(2) Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.. MURNIRA Tandatangan Nama pelajar. : Nur Murnira Binti Musthafa. No. Matriks. : C17a0401. Tarikh. : 2 Julai 2021. Disahkan oleh:. Tandatangan Penyelia Nama penyelia : Cop. :. Tarikh. :. i. FYP FTKW. PERAKUAN.
(3) Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulilah. Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya saya telah dianugerahkan kesihatan yang baik untuk menyiapkan kajian ini dengan lancar tanpa sebarang masalah yang berat. Dengan ini saya memberikan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Dr. Yuhanis Bin Ibrahim selaku penyelaras untuk subjek Projek Penyelidikan yang bertungkus lumus memberi nasihat dan panduan yang amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyiapkan kajian saya. Saya juga berterima kasih kerana telah memberi tunjuk ajar yang berkesan dan ruang dan peluang dalam usaha memperkukuhkan kajian uyang telah saya kaji sehingga ke hari ini. Di samping itu, tidak saya lupakan kepada kedua-dua ibu bapa dan keluarga tercinta, serta tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah memberi sokongan dan dorongan yang tidak terbelah bahagi sehigga saya mampu berdiri pada hari ini utuk menyiapkan kajian ilmiah yang dikaji. Semoga segala jasa dan keringat yang kalian berikan mendapat balasan daripada Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.. ii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.
(4) Bahan kitar semula dianggap sesuatu barangan yang boleh dikitar semula ataupun bahan terpakai diguna pakai untuk tujuan tertentu. Bahan kitar semula dibahagikan kepada plastik, kertas, kaca dan barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijadikan sesuatu benda yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan. Bahan kitar semula ataupun barangan terpakai biasanya barangan yang telah digunakan dan diproses untuk menjadi sesuatu bahan yang baru. Namun kini bahan kitar semula telah menjadi minat para rakyat untuk mereka cipta benda baru dengan menggunakan bahan terpakai. Oleh sebab itu kajian ini dilakukan kerana untuk melihat adakah bahan kitar semula ataupun terpakai seseuai untuk digunakan dalam menghasilkan teknik dalam seni halus iaitu teknik kolaj serta menghasilkan karya yang menarik. Kajian ini juga menyatakan objektif iaitu mengaplikasikan bahan kitar semula dalam teknik kolaj untuk menghasilkan karya seni halus kedalam karya. Selain itu, mengkaji pengaruh bahan semula jadi sebagai bahan sebagai skop kajian menggunakan teknik kolaj dan menghasilkan karya yang bersiri kolaj yang berinspirasikan teknik-teknik kolaj sebagai simbolik kepada bahan kitar semula kedalam karya. Kaedah metodologi yang digunakan ialah melalui kualitatif iaitu kaedah temu bual, kaedah pemerhatian, kaedah laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang telah dikaji. Kesimpulannya dapat dilihat bahawa bahan-bahan kitar semula ataupun barangan terpakai sesuai untuk dijadikan karya dalam teknik kolaj. Dengan adanya kajian ini akan dapat memberikan maklumat mengenai tajuk tersebut kepada pengiat seni untuk terus menghasilkan karya dan seni yang lebih menarik.. iii. FYP FTKW. Abstrak.
(5) Recycled materials are considered to be items that can be recycled or used materials used for a specific purpose. Recycled materials are divided into plastic, paper, glass and items that can be recycled into somethings that is beneficial and profitable. Recycled materials or used items are usually items that have been used and processed into something new. But now recycled materials have become the interest of the people to create new things using used materials. Therefore, this study was conducted to see if the recycled or used materials are suitable for use in producing techniques and produce interesting works. This study also states the objective of applying recycled materials in collage techniques to produce fine artwork into the work. In addition, studying the influence of natural materials as the scope of the study using collage techniques and produce a series of collage techniques as symbolic to recycled materials into the work. The methodology used is through qualitative, namely the interview method, observation method, website method to obtain information about the study that has been studied. The conclusion can be seen that recycled materials or used items are suitable to be used as works in collage techniques. With this study will be able to provide information on the topic to art activists to continue toproduce more interesting works and art.. iv. FYP FTKW. Abstract.
(6) Bil.. Perkara. Muka Surat. Tajuk i. Penghargaan. Bab 1. Abstrak. ii-iii. Isi kandungan. iv-v. PENGENALAN 1-2. 1.1 Pengenalan Kajian. Bab 2. 1.2 Objektif Kajian. 3. 1.3 Persoalan Kajian. 3. 1.4 Permasalahan Kajian. 4-5. 1.5 Kepentingan. 5-6. 1.6 Skop Kajian. 6. KAJIAN LITERATUR 2.1 Latar Belakang Kajian. 7. 2.2 Kajian Literatur. 8-10 10-13. 2.3 Teknik Kolaj. Bab 3. METODOLOGI KAJIAN 14. 3.1 Metodologi. v. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.
(7) 3.3 Kerangka Teoritikal. 18. 3.4 Kerangka Proses Kajian Penyelidikan. 19. 3.5 Proses Penghasilan Karya. 20 21-22. 3.6 Carta Gantt. Bab 4. ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan. 23-24. 4.2 Kuantitatif Borang Selidik. 24-26 26-39. 4.2.1 Keputusan 4.3 Proses Penghasilan Karya 4.3.1 Subject Matter / Konsep Design. 42. 4.3.2 Pemilihan Warna. 43-45. 4.3.3 Bahan Kitar Semula. Bab 5. 39-41. 46. KESIMPULAN. 47-48. RUJUKAN. vi. FYP FTKW. 15-17. 3.2 Jenis Data.
(8) PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Kajian. Bahan kitar semula atau kitar semula adalah bahan serta barangan yang dibuang bagi menghasilkan seseuatu bahan yang baru. Penggunaan bahan mentah baru juga dapat dihalang daripada kehabisan bagi kegunaan masa depan serta menjamin ekosistem menjadi stabil. Bahan kitar semula ataupun barangan terpakai biasanya barangan yang telah digunakan dan diproses untuk menjadi sesuatu bahan yang baru. Dengan adanya proses kitar semula barang buangan mampu dikurangkan serta pencemaran mampu diatasi. Antara pencemaran yang mampu diatasi adalah pencemaran air yang disebabkan daripada tapak perlupusan, pencemaran udara daripada kilang-kilang dan pembakaran dan pencemaran gas rumah hijau. Kebanyakan barang yang boleh dikitar semula adalah seperti logam, kertas, kaca, plastik elekronik dan tekstil. Namun kini bahan kitar semula telah menjadi minat para rakyat untuk mereka cipta benda baru dengan menggunakan bahan terpakai. Sekarang ramai golongan muda yang telah menghasilkan karya menggunakan bahan kitar semula seperti kotak minuman, tin minuman, kertas-kertas terpakai untuk dijadikan karya ini menyebabkan barangan kitar semula diproses untuk menghasilkan sesuatu produk yang baharu disamping mengurangkan pencemaran daripada barangan terpakai. Biasanya barangan yang boleh dikitar semula di bawa ke kilang-kilang untuk diproses menjadi sesuatu barangan baru. Contohnya kertas-kertas terpakai daripada pejabat telah dibawa ke kilang untuk diproses menjadi kertas yang baharu. Dengan ini jelaslah bahawa barangan kitar semula atau terpakai mampu dijadikan benda ataupun karya yang menarik minat orang ramai. 1. FYP FTKW. BAB 1.
(9) seni Seterusnya kolaj merupakan salah satu daripada teknik dalam menghasilkan karya seni. Biasanya karya yang menggunakan teknik kolaj banyak menggunakan bahan seperti kertas, tisu, surat khabar, majalah, cat dan apapun jenis bahan boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan karya mengikut seseorang pengkarya mahu hasilkan karya menggunakan bahan apa serta menggunakan isu dan subjek apa. Teknik kolaj merupakan teknik tampal ataupun menampal secara bertindih-tindih sehingga sesuatu bentuk yang ingin dihasilkan timbul mengikut bentuknya. Sebenarnya teknik ini sudah lama timbul tetapi sekarang sudah dikembalikan serta telah dimodenkan mengikut zaman. Karya ataupun teknik kolaj biasanya diatas kanvas ataupun dipapan dan sebagaimana tempat merupakan karya seni yang ternilai. Bagi penghasilan sesebuah karya seni biasanya mempunyai makna yang tersirat kepada kanakkanak yang menampal, mencincang kertas, surat khabar dan majalah lalu ditampal menggunakan gam mengikut bentuk yang diingini oleh mereka. Antara jenis kolaj adalah kolaj dalam lukisan, kolaj atas kayu dan sebagainya.. Teknik ini telah dimodenkan ianya mampu menghasilkan karya moden yang menggunakan fotografi kolaj, ianya menggunakan perisian komputer dan diedit mengikut kesesuaian sesebuah karya itu. Dengan menggunakan barangan terpakai seperti kertas surat khabar, majalah dan sebagainya mampu menghasilkan sebuah karya yang bernilai serta menarik minat orang ramai. Dalam konteks ini, pengkaji memfokuskan kajian terhadap penggunaan teknik kolaj menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan sebuah karya kolaj yang menarik perhatian. Penggunaan bahan-bahan kitar semula juga dipilih mengikut kesesuaian bahan tersebut.. 2. FYP FTKW. disebalik karya tersebut. Biasanya teknik ini mudah dilihat pada awal permulaan pembelajaran.
(10) Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji adakah kajian terhadap penggunaan teknik kolaj menggunakan bahan kitar semula. Diantara objektif yang dikenalpasti bagi menjalankan kajian ini adalah:. I.Mengenalpasti bahan kitar semula yang sesuai untuk menghasilkan karya. II.Bagaimanakah teknik-teknik kolaj dapat diaplikasikan kedalam karya. III.Menghasilkan karya dari kajian terhadap penggunaan teknik kolaj menggunakan bahan kitar semula.. 1.3 Persoalan kajian. Kajian ini dilakukan adalah untuk menjawab dan menguraikan persoalan-persoalan berikut:. I. II. III.. Bagaimanakah bahan-bahan kitar semula dapat diolahkan menjadi karya kolaj. Menganalisis teknik-teknik yang bersesuaian dalam menghasilkan karya. Adakah bahan kitar semula dan juga teknik kolaj dapat menghasilkan sebuah karya.. 3. FYP FTKW. 1.2 Objektif kajian.
(11) Permasalahan kajian yang terdapat dalam kajian adakah bahan kitar semula sesuai untuk dijadikan karya. Hal ini kerana melibatkan luahan emosi, perasan dan cara pemikiran seorang pengksrya. Mampukah pelajar seni mengaplikasikan bahan kitar semula ke dalam karya yang menggunakan teknik-teknik kolaj dengan menghasilkan sebuah karya yang menarik serta menyampaikan mesej daripada karya tersebut kepada penonton. Kebanyakkan pelajar kurang pengetahuan terhadap kolaj, karya dihasilkan untuk meletakkan serta mencurahkan segala perasaan, emosi dan halusinasi dalam menghasilkan karya serta cara pengembangan idea. Seratus peratus daripada karya adalah sebahagiaan daripada kehidupannya. Biasanya bagi penonton, mereka mempunyai cara pemikiran yang tersendiri yang dilihat daripada sesebuah karya.. Permasalahan yang seterusnya adalah pelajar tidak mengetahui teknik-teknik dalam menghasilkan karya kolaj. Teknik merupakan hal yang paling penting untuk menghasilkan sesebuah karya dengan ini dapat pemikiran pelajar juga adalah berbeza-besa mengikut cara pemandangan, pengalaman, perasaan apabila menghasilkan sebuah karya. Penghasilannya bergantung kepada pelajar itu bagaimana caranya untuk menyampaikan mesej dan idea serta kelebihan kreativiti kepada penonton. Karya bukan hanya bergantung kepada indah dan cantik tetapi juga mementingkan kepada penyampaian mesej yang hendak disampaikan adakah mesej tersebut sampai kepada penonton yang melihatnya. Dengan adanya artis rujukan pelajar seni halus dapat mempelajari lebih banyak teknik baharu. Seterusnya, mengnalpasti bahan-bahan kitar semula yang bersesuaian, untuk dijadikan karya. Segelintir pelajar seni halus mereka hanya menghasilkan karya yang menggunakan bahan yang sedia ada tanpa mengeksploitasi bahan baharu iaitu bahan kitar semula dalam penghasilan 4. FYP FTKW. 1.4 Permasalahan kajian.
(12) pembuangan sampah- sarap yang berleluasa. Di samping itu, alam sekitar lebih terjamin dengan adanya kitar semula barangan yang sudah digunakan. Ianya dengan seni halus adalah berkonsep kerana seni mempunyai konsep, cara penyampai idea dan cara pemikiran yang membezakannya. Teknik kolaj juga merupakan sesuai untuk dijadikan cara penyampaian maklumat atau isu yang hendak disampaikan.. 1.5 Kepentingan kajian. Kepentingan dalam menghasilkan kajian adalah pengkaji ingin melihat mampukah bahan kitar semula ataupun barangan yang terpakai diolah bagi menghasilkan sebuah karya yang menarik minat serta menghiburkan penonton. Secara keseluruhan kitar semula adalah sangat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat tetapi peredaran zaman yang semakin hari semakin moden ini mengakibatkan generasi muda lebih mengetahui teknologiteknologi yang lebih canggih sehingga tidak mempunyai minat terhadap ilmu seni. Walaubagaimanapun kitar semula telah muncul ketika awal kemunculan manusia di zaman dahulu, kerana pada ketika itu kekurangan sumber bahan mengakibatkan mereka terpaksa berfikir untuk memproses bahan yang sedia ada untuk menambah sumber daripada kehilangan sumber pada zaman tersebut. Di harapkan pelajar seni halus mampu mengurangkan pembuangan sampah dan mengurangkan pencemaran dengan mengamalkan amalan-amalan kitar semula dengan menghasilkan karya kolaj menggunakan teknik-teknik baharu. Oleh itu, kajian ini penting adalah untuk melihat perspektif pelajar seni halus menggunakan bahan kitar. 5. FYP FTKW. karya. Ini bergantung kepada pelajar kerana bahan kitar semula dapat mengurangkan.
(13) mengubah pandangan pelajar terhadap karya kolaj.. 1.6 Skop kajian. Kajian ini berfokuskan kepada bahan-bahan kitar semula dan bagaimana dikaitkan dengan penggunaan teknik kolaj dalam menghasilkan sebuah karya baru. Ianya adalah bertujuan supaya selaras dengan objektif kajian untuk menganalisis cara mengaplikasikan bahan kitar semula dalam teknik-teknik kolaj dan pengaruhnya dalam penghasilan menggunakan teknikteknik kolaj. Pengkaji hanya menerangkan bahan kitar semula yang bersesuai untuk menghasilkan karya serta teknik-teknik kolaj. Selain itu, berinspirasikan teknik kolaj sebagai simbolik kepada bahan kitar semula.. 6. FYP FTKW. semula mampu diolah menjadi sebuah karya yang menggunakan teknik kolaj serta dapat.
(14) KAJIAN LITERATUR. 2.1 Latar Belakang Kajian. Bahan kitar semula merupakan bagaimana cara untuk menggunakan barangan terpakai atau kitar semula barang supaya menjadi sesuatu yang baru. Dengan adanya kitar semula ini pelbagai masalah pencemaran dapat diatasi walaupun memerlukan masa yang lama. Pada awal proses kitar semula ianya bermula dengan manusia diawal kemunculan manusia. Para ahli arkheologi telah membuat kajian bahawa ketika berlakunya mengurangan sumber mereka terpaksa mencadangkan hasil daripada pembuangan rumah seperti tembikar, abu dan perkakasan yang rosak digunakan ataupun dikitar semula akibat daripada ketiadaan sumber yang baru. Pengumpul sampah di Britain pada awal kitar semula mereka telah mengumpul bahan-bahan seperti arang-arang batu dan debu untuk dikitar semula pada awal munculnya kitar semula ianya adalah untuk dijadikan bahan asas untuk membuat batu-bata. Dengan kitar semula bahan ini mampu mengurangkan sumber pada ketika itu, tanpa perlu mengeluarkan sumber yang baru ini memberikan kelebihan kepada mereka pada ketika itu. Sampah-sarap juga dapat diatasi dengan jumlah penduduk yang padat disesebuah kawasan. Penduduk yang padat akan menyebabkan berlakunya masalah pembuangan sampah yang banyak ini akan mengakibatkan pencemaran bagi penduduk yang tinggal di situ.. 7. FYP FTKW. BAB 2.
(15) Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Pelajar Edisi Kedua (2017) definsi kitar merujuk kepada teknik pemprosesan bahan yang sudah digunakan diproses kembali supaya dapat digunakan semula. Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah kertas lama, botol dan tin minuman mampu diproses untuk dijadikan produk baru. Selain itu, maksud kitar juga memberikan maksud berputar serta berpusing seperti roda, begitulah juga kehidupan berputar mengikut peredaran zaman yang semakin hari semakin canggih sekarang.. Selain itu, daripada Kamus Pan-Hispanik Keraguan (2005) mentaksirkan teknik kolaj dengan mengambarkan pelbagai bahan yang diletakkan diatas papan dan kanvas. Ianya dikeluarkan di Akademi Diraja Sepanyol. Daripada aspek etimologi pula kolaj membawa kata kerja “coller” dari bahasa Perancis iaitu memukul dengan terperinci bagaimana teknik kolaj ini boleh digunakan dengan potongan kertas, objek, pasir, gambar serta boleh dipelbagaikan mengikut kehendak sendiri dan boleh digantung diatas permukaan.. Seterusnya, kolaj merupakan salah satu teknik dalam seni dan berlawanan dengan teknikteknik yang lain seperti teknik cetakan, seni lukis kerana karya ini tidak menunjukkan kepada rupa asal bahan-bahan. Sebagai contohnya dapat dilihat pada penggunaan kanvas kosong dengan penggunaan warna yang berwarna-warni. Ianya adalah sebuah komposisi yang artistik. Teknik ini banyak menggunakan bahan-bahan yang terpakai seperti perca kain, botol, tin dan sebagainya. Selain itu, karya kolaj ini mempunyai bentuk yang tetap iaitu bahan yang digunakan akan kelihatan dalam bentuk tersebut. Biasanya boleh dilakukan dengan dua dimensi dan tiga dimensi/asemblase juga dipanggil karya kolaj dengan peredaran masa karya kolaj semakin moden kearah kolaj yang lebih kontemporari mengikut masa. Teknik kolaj 8. FYP FTKW. 2.2 Kajian Literatur.
(16) tetapi mempunyai nilai sintemental serta keindahan yang tersendiri bagaimana seorang pengkarya menggunakan bahan tersebut dan sesebuah karya memiliki perasaan daripada pengkarya tersebut yang diluahkan dalam sebuah karya.. Gambar 1: “computer avec fruits, violen et verre” karya Pablo Picasso Media campuran (cat minyak) serta potongan kain (teknik kolaj) 1912. Mengikut sejarah kemunculan seni kolaj ini adalah bermula di Itali iaitu di Venice serta berkembang maju pada abad ke 17. Perancis, England, Jerman berkembang selepas Itali serta pesat sehingga sampai ke bandar-bandar sekitar Eropah seni kolaj telah berkembang. Antara artis luar negara yang telah menjadi rujukan pengkaji ialah Pablo Picasso, Georges Braque dan Max Ernst merupakan tokoh yang terkenal dengan penghasilan lukisan karya kolaj menggunakan bahan seperti kain, kertas dan sebagainya di jadikan bahan untuk berkarya. Para ulama pada masa tersebut mendakwa bahawa kemunculan teknik kolaj ini bermula dengan. 9. FYP FTKW. bukan hanya semata-mata menampal, mencantum bahan-bahan tersebut untuk dijadikan karya.
(17) (Tete) yang menggunakan bahan daripada potongan kertas berwarna, arang diatas papan kertas.. 2.3 Teknik Kolaj. 2.3.1 Teknik Assemblage. Gambar 2: Teknik Assemblage. Menurut Wikipedia teknik assemblage merupakan antara salah stu teknik dalam karya kolaj. Teknik lebih kepada pemodelan serta pembuatan karya (patung). Karyanya adalah dua dimensi dan tiga dimensi iaitu memotong, menampal, mengunting, mengoyak dan sebagainya. Penyusunan objek-objek supaya menjadi satu karya yang artistik dengan komposisi penyusunan kreatif.. 10. FYP FTKW. Pablo Picasso pada tahun (1913-1914) beliau telah menghasilkan karya yang bertajuk Head.
(18) Teknik ini adalah gabungan daripada foto-foto yang diambil dan ditampal secara bertindihtindih sehingga menjadi satu karya kolaj dengan hanya menggunakkan gambar yang diambil. Teknik ini adalah teknik yang mudah untuk pelajar mempelajari kolaj. Walaupun dengan hanya menampal foto.. Gambar 3: Teknik Photocollage. 11. FYP FTKW. 2.3.2 Teknik Photocollage.
(19) FYP FTKW. 2.3.3 Teknik Digitalcollage. Gambar 4: Teknik Digitalcollege Seterusnya bagi teknik digitalcollage, biasanya teknik ini menggunakan kaedah visual atau perisian secara (media elektronik) komputer. Biasanya menggunakan adobe photoshop untuk mengedit dan menambahkan elemen-elemen visual dalam penciptaan karya kolaj digital ini. Kemahiran dalam pengendalian komputer amat penting kerana disini memperlihatkan bahawa pengalaman, pengetahuan penting untuk menghasilkan karya kolaj jenis ini. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa teknik digital adalah tidak bersesuaian bagi menghasilkan karya kolaj daripada bahan kitar semula.. 12.
(20) asalkan terjadinya karya kolaj. Pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenalpasti bahawa teknik dan juga bahan dalam menghasilkan karya kolaj daripada bahan kitar semula dapat diolahkan menjadi karya yang mempunyai nilai yang tinggi serta menyampaian maklumat serta mesej kepada audiens.. Secara keseluruhan kitar semula adalah sangat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat tetapi peredaran zaman yang semakin hari semakin moden ini mengakibatkan generasi muda lebih mengetahui teknologi-teknologi yang lebih canggih sehingga tidak mempunyai minat terhadap ilmu seni. Walaubagaimanapun kitar semula telah muncul ketika awal kemunculan manusia di zaman dahulu, kerana pada ketika itu kekurangan sumber bahan mengakibatkan mereka terpaksa berfikir untuk memproses bahan yang sedia ada untuk menambah sumber daripada kehilangan sumber pada zaman tersebut. Di harapkan rakyat mampu mengurangkan pembuangan sampah dan mengurangkan pencemaran dengan mengamalkan amalan-amalan kitar semula.. 13. FYP FTKW. Kolaj merupakan teknik yang tertua dalam seni, ianya tidak terikat daripada mana-mana.
(21) METODOLOGI KAJIAN. 3.1 Metodologi Kaedah yang telah dipilih oleh pengkaji adalah dalam data kualitatif ini adalah kaedah temubual, pemerhatian, perpustakaan, bahan bacaan ilmiah dan dalam talian. Menurut (Lexy,2007) pendekatan kepada kaedah kualitatif, prosedur yang boleh diamati secara penghasilan gambaran data. Disamping itu, melalui tradisi yang fundamental yang bergantung kepada cara pemahaman manusia dan kawasan sekelilingnya serta berkaitan dengan Bahasa dan istilahnya (Kirk & Miller, 1986). Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian kerana ingin melihat bagaimana barangbarangan yang terpakai mampu diolah menjadi sebuah karya yang menarik kepada penonton. Pengkaji telah melihat secara langsung pengumpul barangan terpakai membeli barangan terpakai. Manakala kaedah kuantitatif ialah daripada perkataan kuantiti yang menunjukkan bilangan atau jumlah dan yang dapat daripada hasil pegumpulan data responden dari borang soal selidik. Pengumpulan data daripada kaedah ini adalah lebih tepat dan mempunyai jumlah berbentuk angka dan peratusan. Kajian jenis ini adalah popular dan selesa kerana hal ini kerana maklumat peribadi daripada responden dapat dirahsiakan. Seterusnya kajian ini pengkaji telah menggunakkan kaedah kualitatif digunakan iaitu melalui borang soal selidik untuk mengetahui pandangan terhadap penggunaan teknik kolaj menggunakan bahan kitar semula. Dengan menggunakan kaedah ini soalan-soalan adalah amat ringkas dan mudah untuk dijawab responden. Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu jantina, peringkat umur dan soalan yang perlu dijawab responden.. 14. FYP FTKW. BAB 3.
(22) Pengkaji telah menggunakan analisis data dan pengumpulan data secara pengumpulan daripada data primer dan data sekunder. Pemilihan ini adalah bertujuan untuk mengvariasikan supaya berbeza dari aspek pengumpulan objektif. Data primer merupakan data yang telah dikumpulkan oleh penyelidik melalui kaedah temu bual, kaedah pemerhatian boleh digunakan biasanya data primer adalah data utama dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat. Di samping itu, pengeluaran kos juga tinggi serta memerlukan lebih masa bagi mendapatkan lawatan lapangan ke tempat kajian ataupun berjumpa orang untuk disoal selidik. Oleh itu, perlu dilihat adakah pengumpulan data secara primer adakah bersesuaian dengan kajian penyelidik. Manakala, data sekunder pula adalah pengumpulan data yang sedia ada yang telah dikumpul oleh pengkaji-pengkaji dahulu. Pengumpulan data secara ini menjimatkan kos dan masa penyelidik. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah bahan bacaan ilmiah, kaedah secara dalam talian dan melalui kaedah perpustakaan serta borang soal selidik.. 3.2.1 Data Primer I.. Tinjauan Kaedah ini dibahagikan kepada dua tinjauan iaitu secara (Direct observation dan Participant-observation) iaitu tinjauan secara langsung ditempat tersebut dan tanpa melibatkan komunikasi daripada mana-mana pihak. Pengkaji membuat tinjauan dimana karya-karya yang dihasilkan menggunakan teknik kolaj dengan penggunaan bahan kitar semula.. 15. FYP FTKW. 3.2 Jenis Data.
(23) I.. Bahan Bacaan Ilmiah. Kaedah ini adalah dengan memperolehi makumat daripada majalah-majalah alam sekitar dimana dengan penggunaan bahan kitar semula mampu mengurangkan kesan pencemaran kepada bumi. Jurnal juga tempat untuk penyelidik mengumpulkan maklumat. Ahmad, J. H., Mustafa, H., Abd Hamid, H., & Wahab, J. A. (2011). Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar (knowledge, attitude and practices. of. malaysian. society. regarding. environmental. issues). Akademika, 81(3).. II.. Dalam Talian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan sumber daripada latas talian bagi mendapatkan maklumat dan data mengenai kajian yang dijalankan ini. Pengkaji dapat mengumpulkan info pasal artis-artis dalam talian yang menghasilkan karya secara teknik kolaj untuk menghasilkan karya. Poggi, C. (1992). In defiance of painting: cubism, futurism, and the invention of collage. Yale University Press.. 16. FYP FTKW. 3.2.2 Data Sekunder.
(24) Borang Soal Selidik Kaedah secara borang soal selidik yang dilakukan secara atas talian memudahkan pengkaji untuk mengumpulkan maklumat responden, secara ini menjimatkan masa dan kos pengkaji hal ini kerana setiap maklumat telah direkodkan didalam carta dan graf.. 17. FYP FTKW. III..
(25) Dalam kerangka teoritikal adalah untuk melihat cara pemikiran dan pemahaman terhadap teknik-teknik dalam karya kolaj yang menggunakan medium bahan kitar semula sebagai skop kepada kajian. Di samping itu, penguasaan kepada kedua-dua pemboleh ubah untuk menghasilkan karya. Rajah dibawah menunjukkan penjelasan yang ditunjukkan secara rajah berikut:. Objektif. Pengetahuan terhadap bahan kitar semula yang bersesuaian. Pengetahuan terhadap karya yang menggunakan bahan kitar semula sebagai sebuah karya. Teknik-teknik dalam menghasilkan karya yang menggunakan teknik kolaj. Experimentasi bahan kitar semula. Penghasilan karya akhir. Rajah 3.3: Kerangka Teoritikal Kajian. 18. FYP FTKW. 3.3 Kerangka Teoritikal.
(26) PROSES PENYELIDIKAN. Mencari isu mengenai kajian penyelidikan mMMENPROSES PENYELIDIKAN. Mengumpulkan maklumat mengenai penyelidikan. Permasalahan kajian, Objektif kajian dan Persoalan kajian. Mencari kaedah yang sesuai untuk digunakan. Pengumpulan data. Mengeksplorasi cara baru dalam menghasilkan karya. Menghubungkaitkan isu dengan penghasilan dalam seni kontemporari. Penghasilan kajian. Rajah 3.4: Proses kajian penyelidikan. 19. FYP FTKW. 3.4 Kerangka Proses Kajian Penyelidikan.
(27) Mengambil isu kajian penyelidikan. Membuat lakaran idea daripada isu penyelidikan. Membuat komposisi pembangunan idea. Memilih lakaran akhir. Menghasilkan karya dengan berkonsepkan seni kontemporari. Karya akhir siap. Membuat pameran akhir. Rajah 3.5: Proses penghasilan karya. 20. FYP FTKW. 3.5 Proses Penghasilan Karya.
(28) Tahun. Semester 7 2020/2021. Minggu. 1. 2. 3. 4. 5. Cadangan Penyelidikan Perbincangan. untuk. pemilihan tajuk Mengenal pasti kajian kes Melakukan. peyelidikan. berkaitan dengan tajuk Penulisan Thesis Bab 1 Pengenalan. penyataan. masalah Pengesahan objektif Ulasan keseluruhan bab 1 Bab 2 Penyelidikan visual Kajian literature Menambah pada kajian literature Ulasan keseluruhan bab 2 Penulisan Thesis Bab 3 Metodologi. 21. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. FYP FTKW. 3.6 Carta Gantt.
(29) Ulasan keseluruhan bab 3. Carta Gantt minggu 1 sehingga minggu ke 14. 22. FYP FTKW. Tambah pada carta Gantt.
(30) ANALISIS KAJIAN. 4.1 Pengenalan Bahagian analisis kajian adalah bahagian untuk mendapatkan maklumat suapaya menggunakan kaedah-kaedah yang betul untuk menjawab permasalahan kajian. Kajian ini telah menggunakan data kualitatif atau kuantitatif untuk pengumpulan data. Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri dan berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Temubual, pemerhatian, analisis dokumen ialah contoh pengumpulan data secara kualitatif. Maklumat dan data yang diperolehi merupakan daripada kerja lapangan yang dijalankan bagi mendapatkan informasi melalui kaedah kualitatif. Dalam metodologi akan mengupas tentang data kualitatif yang diperolehi untuk mendapatkan maklumat yang bertepatan dengan objektif kajian. Data kualitatif ini digunakan kerana dalam data kualitatif ini terdapat lima kaedah yang sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang fakta, kandungan dan proses untuk menghasilkan karya dengan lebih mendalam yang boleh merungkai semua persoalan yang terdapat pada objektif kajian tersebut.. Antara kaedah yang terdapat dalam data kualitatif ini adalah kaedah temubual, pemerhatian, perpustakaan, bahan bacaan ilmiah dan laman sesawang. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian kerana ingin melihat bagaimana barang-barangan yang terpakai mampu diolah menjadi sebuah karya yang menarik kepada penonton. Pengkaji telah melihat secara langsung pengumpul barangan terpakai membeli barangan terpakai. Manakala kaedah kuantitatif ialah daripada perkataan kuantiti yang menunjukkan bilangan atau jumlah dan yang dapat daripada hasil pegumpulan data responden dari borang soal selidik. Pengumpulan data daripada kaedah. 23. FYP FTKW. BAB 4.
(31) adalah popular dan selesa kerana hal ini kerana maklumat peribadi daripada responden dapat dirahsiakan.. Dalam kajian ini kaedah kuantitatif digunakan iaitu melalui borang soal selidik untuk mengetahui pandangan terhadap penggunaan teknik kolaj menggunakan bahan kitar semula. Dengan menggunakan kaedah ini soalan-soalan adalah amat ringkas dan mudah untuk dijawab responden. Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu jantina, peringkat umur dan soalan yang perlu dijawab responden.. 4.2 Kuantitatif Borang Soal Selidik. No. Soalan. Adakah anda mengenali teknik 1.. kolaj dalam seni halus ? Adakah bahan kitar semula sesuai. 2.. dijadikan karya?. Jumlah. Jumlah. Jumlah Peratusan. Peratusan. Peratusan. Responden. Responden. Responden. (Mungkin). (Ya). (Tidak). 63.5% (33 orang). 9.6% (5 orang). 50% (26 orang). Apakah perbezaan teknik kolaj dengan teknik-teknik lain dalam 24. 26.9% (14 orang) 50%. -. (26 orang). FYP FTKW. ini adalah lebih tepat dan mempunyai jumlah berbentuk angka dan peratusan. Kajian jenis ini.
(32) seni halus? Sila nyatakan sebab. Adakah anda mengambil subjek. 4.. seni ketika disekolah ?. Adakah dengan penggunaan bahan 5.. kitar. semula. mampu. -. -. -. 46.2%. 7.7%. 46.2%. (24 orang). (4 orang). (24 orang). 50% (26 orang). 50% -. (26 orang). mengurangkan pencemaran ? Adakah 6.. kaca,. kertas,. plastik,. tekstil dan tin aluminium boleh. 48.1% (25 orang). 51.9% -. (27 orang). digunakan untuk menghasilkan sebuah karya ? Adakah 7.. cara. mengaplikasikan. bahan kitar semula dalam teknik. 48.1% (25 orang). 51.9% -. (27 orang). kolaj bagi menghasilkan karya bersesuaian dengan tekniknya ?. 8.. Adakah anda mengetahui warna. 86.3%. tong kitar semula?. (44 orang). Adakah dengan mengitar semula 9.. dapat memelihara keindahan ?. Adakah 10.. pembuangan. sampah. dapat dikurangkan dengan amalan. 13.7% -. 46.2% (24 orang). 53.8% -. 48.1% (25 orang). (8 orang). (28 orang). 51.9% -. (27 orang). mengitar semula ? Amalan 11.. kitar. semula. dapat. menjamin peluang pekerjaan dan. 52.9% (27 orang) 25. 47.1% -. (25 orang). FYP FTKW. 3..
(33) negara ?. Jadual 4.2: Menunjukkan pengumpulan data melalui borang soal selidik.. Jadual diatas menunjukkan pengumpulan data daripada borang soal selidik responden yang telah menjawab soalan. Seramai 52 responden yang telah menjawabnya 37 responden perempuan dan 15 responden lelaki. Jumlah dan peratusan ditunjukkan di dalam jadual bagi memudahkan data diperolehi. Jelaslah bahawa soal selidik adalah kaedah yang mudah dan ringkas bagi pengumpulan data daripada responden kerana tanpa memerlukan maklumat penting daripada responden. Di samping dengan soalan-soalan ringkas dan mudah difahami responden.. 4.2.1 Keputusan. 52 Responden. Untuk kajian kes ini saya telah menggunakan kaedah kuantitatif kerana data yang dikumpulkan dapat diukur Pada akhirnya data bernombor dapat dianalisis menggunakan prosedur statistik. Menurut kajian saya, ia akan lebih tepat menggunakan reka bentuk tinjauan. Menggunakan borang soal selidik untukmengumpulkan data daripada orang ramai. Oleh itu, saya telah menyediakan beberapa soalan untuk diberikan kepada orang dilaman web ini. Hasil pengumpulan akan dianalisis dengan data bernombor.. 26. FYP FTKW. pendapatan kepada rakyat dan.
(34) FYP FTKW JANTINA. JUMLAH. Perempuan. 71.2% (37 orang). Lelaki. 28.8% (15 orang). Daripada jadual ini dapat dilihat bahawa jumlah responden yang telah menjawab soalan ini adalah seramai 52 orang responden. Responden lelaki seramai 15 orang (28.8%) dan 37 orang responden perempuan (71.2%) yang menjawab soal selidik ini. Ini menunjukkan bahawa jumlah peratusan bagi perempuan lebih tinggi yang menjawab soalan selidik ini.. 27.
(35) 18 - 20 tahun. Umur. 17.3% Jumlah. (9 orang). 21 - 25 tahun 25% (13 orang). 24 keatas. Lain-lain. 48.1%. 9.6%. (25 orang). (5 orang). Menunjukkan bahawa terdapat beberapa golongan peringkat umur yang telah menjawab soal selidik ini. Dalam soal selidik ini dapat dilihat pada jadual diatas bahawa peringkat umur 24 tahun. keatas merupakan jumlah tertinggi yang telah menjawab soalan kajian terhadap. penggunaan teknik kolaj menggunakan bahan kitar semula membawa kepada 25 orang responden sebanyak (48.1%) dan diikuti 13 orang responden sebanyak (25%) bagi peringkat umur 21-25 tahun dan diikuti dengan peringkat umur 18-20 tahun keatas menunjukkan peratusan (17.3%) seramai 9 orang serta lain-lain umur seramai 5 orang iaitu (9.6%).. 28. FYP FTKW. Peringkat golongan umur yang telah menjawab soal selidik..
(36) Soalan 1: Adakah anda mengenali teknik kolaj dalam seni halus.. Soalan 1 adakah anda mengetahui teknik kolaj dalam seni halus menujukkan masing-masing menjawab seramai 52 orang responden. Seramai 33 orang (63.5%) menjawab ( Ya ) , 14 orang (26.9%) menjawab ( Mungkin ) mengenali teknik kolaj dalam seni dan 5 orang (9.6% ) responden menjawab ( Tidak ) mengetahui teknik kolaj yang terdapat dalam seni. Hal ini menunjukkan bahawa ada segelintir yang mengetahui dan tidak mengetahui teknik kolaj.. 29. FYP FTKW. Soalan- soalan daripada borang soal selidik..
(37) Soalan 2 menunjukkan peratusan sebanyak 50% pada soalan adakah bahan kitar semula sesuai dijadikan karya. Hal ini menunjukkan bahawa bahan kitar semula adalah sesuai dijadikan karya walaupun tidak menggunakan teknik kolaj tetapi ianya boleh dijadikan karya mengikut kesesuaian masing- masing untuk melakukannya. Dengan ini mampu mengurangkan pembuangan barang yang boleh dikitar semula.. 30. FYP FTKW. Soalan 2: Adakah bahan kitar semula sesuai dijadikan karya.
(38) Sila nyatakan sebab.. Soalan 3 merupakan salah satu soalan subjektif dimana responden telah menjawab soalan tersebut mengikut pendapat dan pemahaman mereka. Berdasarkan gambar diatas menunjukkan bahawa segelintir responden menjawab soalan apakah perbezaan teknik kolaj dengan teknikteknik lain dalam seni halus. Teknik kolaj merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk berkarya. Ianya adalah dengan menampal seseuatu bahan dan salah satu teknik gabungan yang menggunakan bahan-bahan yang tertentu. Walaupun hanya dengan tampal-tampal tapi ianya memerlukan pemahaman yang jelas untuk menghasilkan mesej kepada orang ramai.. 31. FYP FTKW. Soalan 3: Apakah perbezaan teknik kolaj dengan teknik-teknik lain dalam seni halus?.
(39) Soalan 4 adakah anda mengambil subjek seni ketika di sekolah menunjukkan bahawa peratusan yang mengambil subjek seni ketika disekolah dan mungkin juga adalah tinggi seramai 24 responden (46.2%) dan yang tidak mengambil seni ialah sebanyak (7.7%) 4 orang yang tidak pernah mengambil mata pelajaran seni. Ini menunjukkan ada segelintir yang mengambil seni dan ada yang tidak pernah belajar seni. Minat adalah penting untuk belajar sesuatu yang baru.. 32. FYP FTKW. Soalan 4: Adakah anda mengambil subjek seni ketika di sekolah?.
(40) pencemaran.. Peratusan bagi soalan 5 menunjukkan peratusan sebanyak separuh daripada peratusan (50%) seramai 26 responden yang menjawab (Ya) dan (Mungkin) 50% untuk soalan adakah dengan penggunaan bahan kitar semula mampu mengurangkan pencemaran. Ini menunjukkan kesemua responden berkemungkinan dengan bahan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran negara dan adanya pengkarya yang menggunakan bahan daripada kitar semula dapat memgurangkan pembuangan barangan terpakai.. 33. FYP FTKW. Soalan 5: Adakah dengan penggunaan bahan kitar semula mampu mengurangkan.
(41) menghasilkan sebuah karya.. Adakah kaca, kertas, plastik, tekstil dan tin aluminium boleh digunakan untuk menghasilkan sebuah karya menunjukkan kesemua responden memberikan jawapan yang sama dimana responden bersetuju dengan menggunakan bahan diatas dapat menghasilkan karya yang menarik tanpa harus membuang dengan ini dapat mengurangkan pembuangan sampah-sarap seperti diatas. Barangan-barangan diatas mampu menghasilkan sesuatu karya yang menarik dan dapat diolah menjadi sebuah hasil yang mendatangkan manfaat dan faedah kepada orang ramai.. 34. FYP FTKW. Soalan 6: Adakah kaca, kertas, plastik, tekstil dan tin aluminium boleh digunakan untuk.
(42) menghasilkan sebuah karya bersesuaian dengan tekniknya.. Menunjukkan seramai 25 responden (48.1%) memberikan jawapan ya untuk adakah cara mengaplikasikan bahan kitar semula dalam teknik kolaj bagi menghasilkan sebuah karya bersesuaian dengan tekniknya. Walaupun ianya bersesuaian tetapi bahan kitar semula juga mampu menghasilkan sebuah arca yang menarik ataupun menggunakan teknik yang lain. Di samping itu, sebanyak (51.9%) 27 orang menjawab berkemungkinan bahan kitar semula boleh mengaplikasikan dalam teknik kolaj.. Soalan 8: Adakah anda mengetahui warna tong kitar semula.. 35. FYP FTKW. Soalan 7: Adakah cara mengaplikasikan bahan kitar semula dalam teknik kolaj bagi.
(43) ya dan 8 responden (13.7%) memberikan berkemungkinan mengetahui warna tong kitar semula serta diikuti dengan jawapan tidak menunjukkan peratusan kosong. Ini menunjukkan bahawa kesemua responden mengetahui warna tong kitar semula.. Soalan 9: Adakah dengan mengitar semula dapat keindahan.. Menunjukkan bahawa dengan adanya kitar semula bahan buangan ini mampu mengurangkan menjaga alam sekitar serta dapat menjamin kelangsungan hidup untuk generasi yang akan datang. Penjagaan alam sekitar adalah amat penting bagi mengekalkan kelangsungan kehidupan. Ini betgantung kepada masyarakat untuk menjaganya supaya dapat bertahan selamanya dan dapat mengelakkan daripada pembaziran sumber.. 36. FYP FTKW. Berdasarkan soalan ini menunjukkan (86.3%) Iaitu seramai 44 responden memberikan jawapan.
(44) semula.. Menunjukkan adakah pembuangan sampah dapat dikurangkan dengan mengitar semula seramai 25 orang memberikan jawapan ya dan 27 orang berkemungkinan. Jelaslah bahawa kesemua responden bersetuju dengan amalan ini dapat mengatasi masalah pembuangan sampah-sarap yang berleluasa serta dengan menggunakan barangan yang dikitar semula mampu mengurangkan pembuangan sampah. Disamping itu pembuangan bahan seperti kaca, kertas dan sebagainya seperti itu dapat menghasilkan karya yang menarik tanpa perlu dibuang ataupun dapat diolah menjadi sesuatu yang baru yang mendatangkan hasil lumayan kepada sesiapa sahaja.. 37. FYP FTKW. Soalan 10: Adakah pembuangan sampah dapat dikurangkan dengan amalan mengitar.
(45) kepada rakyat dan negara.. Soalan terakhir adalah amalan kitar semula dapat menjamin peluang pekerjaaan dan pendapatan kepada rakyat dan negara menunjukkan hasil yang seimbang dimana dengan jawapan ya seramai (52.9%) dan (47.1%) menjawab mungkin. Ini jelaslah bahawa walaupun dengan bahan kitar semula dapat menjana pendapatan rakyat dan negara. Rakyat boleh mengutip barangan kitar semula untuk dijual di tempat-tempat perlupusan barang kitar semula ataupun melakukan idea yang kreatif dan menarik dengan barangan terpakai.. 4.2.2 Perbincangan. Perbincangan merupakan cara pengkaji mengupas atau menerangkan daripada data dan keputusan yang diperolehi dengan lebih mendalam. Daripada hasil daripada soal selidik didapati bahawa responden perempuan adalah tinggi berbanding responden lelaki dan peringkat umur yang telah menjawab adalah antara umur 24 tahun tertinggi. Antara soalan yang telah diajurkan kepada responden adalah berkiatan dengan mengetahuaan tentang teknik kolaj. 38. FYP FTKW. Soalan 11: Amalan kitar semula dapat menjamin peluang pekerjaan dan pendapatan.
(46) kolaj ataupun tidak pasti ianya adalah teknik kolaj atau hanya menampal-nampal. Disamping itu, ada segelintir yang tidak pernah mengambil subjek atau mata pelajaran seni di sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan mereka terhadap seni itu sedikit. Keputusan pada soalan 4 tersebut adalah sebanyak (46.2%) iaitu 24 responden ya dan berkemungkinan dan selebihnya (7.7%) 4 responden yang tidak pernah mengambil subjek seni ketika disekolah. Sebalik ini dapat dilihat bukan semua yang mengambil subjek seni dan meminati bidang seni walaupun ianya sangat indah dan menarik apabila terhasilnya kejayaan dengan seni. Soalan nombor 3 merupakan satu-satunya soalan subjektif dimana responden perlu menjawab perbezaan teknik kolaj dengan teknik-teknik lain dalam seni halus. Ini jelaslah bahawa amalan-amalan kitar semula mampu membantu pemeliharaan keindahan alam sekitar dan mengurangkan tahap pencemaran negara daripada pembuangan sampah-sarap dan barangan terpakai dengan berleluasa. Ini adalah untuk menjelaskan apa soalan nombor 10 sebanyak 48.1% dan 51.9% responden bersetuju serta berkemungkinan dengan kitar semula mampu mengurangkan pencemaran dan sampah-sarap. Memupuk amalan kitar semula kepada rakyat adalah penting bagi menjamin kelangsungan sumber bahan semula jadi.. 4.3 Proses Penghasilan Karya. 4.3.1 Subject Matter Dan Konsep Design. Pemilihan subjek untuk menghasilkan karya ini adalah daripada tengkorak, dimana tengkorak menjadi simbolik kepada wanita hal ini kerana wanita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Isu feminisme merupakan satu gerakan yang melindungi hak-hak. 39. FYP FTKW. yang terdapat dalam seni, tetapi ada segelintir responden yang tidak mengetahui terdapat teknik.
(47) ketaksamaan antara kaum wanita dan lelaki tidak seharusnya memerlukan jurang yang berbeza sehingga kaum wanita dipinggirkan daripada memegang apa-apa jawatan sehingga tidak mendapatkan taraf yang sama dengan kaum lelaki. Perempuan juga mempunyai hak untuk bebas daripada sebarang syarat yang terikat sehingga tidak mendapatkan hak yang sepatutnya mereka dapat. Daripada aspek sosial, politik dan ekonomi. Feminisme adalah sebuah kepercayaan ketaksamaan melalui aspek-aspek diatas bahawa perbezaan jantina antara wanita dan lelaki tidak seharusnya menjadi masalah kepada kaum wanita untuk menopoli sosial, politik dan ekonomi. Hal ini kerana wanita juga mempunyai keyakinan bahawa wanita mampu menguruskan hal-hal berkaitan sosial, politik dan ekonomi seperti kaum lelaki. Tetapi hak-hak memihak kepada kaum lelaki sehinggakan kepentingkan kaum wanita terjejas. Feminisme juga mempunyai beberapa aliran antaranya aliran Feminisme Liberal, Feminisme Radikal, Feminisme Pascamoden, Feminisme Anarki, Feminisme Marxis, Feminisme Sosialis, Feminisme Pascakolonial dan Feminisme Nordik. Aliran feminisme liberal, memandang kearah untuk menempatkan kaum wanita hak kebebasan yang penuh secara individual. Wanita juga perlu menyiapkan diri untuk bersaing dengan kaum lelaki secara persaingan yang baik kerana kaum wanita juga mempunyai hak serta kedudukan yang sama dengan lelaki. Liberalisme adalah menitikberatkan kepada hak-hak peribadi dan mempunyai peluang kesamarataan rakyat mendapatkan hak sama rata mengikut undang-undang negara. Aliran ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada wanita mereka adalah golongan yang tertindas daripada mendapatkan taraf pekerjaan, pendidikan, politik, sosial dan ekonomi. Feminisme radikal pula lebih kecenderungan kepada melawan kekerasan seksual terhadap wanita. Wanita merupakan golongan yang perlu dijaga kerana wanita bukannya menjadi sebuah alat bagi memuaskan nafsu semata-mata bagi golongan lelaki, kesamarataan gender antara lelaki dan wanita adalah sama.. 40. FYP FTKW. kaum wanita kepada darjat yang lebih tinggi daripada kaum lelaki. Ini adalah kerana hak.
(48) yang menggunakan teknik kolaj banyak menggunakan bahan seperti kertas, tisu, surat khabar, majalah, cat dan apapun jenis bahan boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan karya mengikut seseorang pengkarya mahu hasilkan karya menggunakan bahan apa serta menggunakan isu dan subjek apa. Teknik kolaj merupakan teknik tampal ataupun menampal secara bertindih-tindih sehingga sesuatu bentuk yang ingin dihasilkan timbul mengikut bentuknya. Sebenarnya teknik ini sudah lama timbul tetapi sekarang sudah dikembalikan serta telah dimodenkan mengikut zaman. Karya ataupun teknik kolaj biasanya diatas kanvas ataupun dipapan dan sebagaimana tempat merupakan karya seni yang ternilai. Bagi penghasilan sesebuah karya seni biasanya mempunyai makna yang tersirat disebalik karya tersebut. Biasanya teknik ini mudah dilihat pada awal permulaan pembelajaran seni kepada kanak-kanak yang menampal, mencincang kertas, surat khabar dan majalah lalu ditampal menggunakan gam mengikut bentuk yang diingini oleh mereka. Antara jenis kolaj adalah kolaj dalam lukisan, kolaj atas kayu dan sebagainya. Teknik ini telah dimodenkan ianya mampu menghasilkan karya moden yang menggunakan fotografi kolaj, ianya menggunakan perisian komputer dan diedit mengikut kesesuaian sesebuah karya itu. Kesimpulannya, jelaslah bahawa teknik kolaj dalam seni halus berasal daripada berkurun zaman dan sehingga kini dijadikan salah satu teknik untuk menghasilkan sesebuah karya. Bagi menghasilkan karya ini penyelidik telah menggunakan bahan kitar semula seperti kertas, dawai dan sebagainya untuk menghasilkan sebuah karya yang menggunakan teknik kolaj untuk hasilkanya.. 41. FYP FTKW. Kolaj merupakan salah satu daripada teknik dalam menghasilkan karya seni. Biasanya karya.
(49) FYP FTKW. 4.3.2 Pemilihan Warna. Warna merupakan anugerah ciptaan tuhan kepada semua mahluk yang bernyawa. Pemilihan warna untuk menghasilkan karya kolaj ini menggunakan warna-warna yang bersifat harmoni, hal ini kerana dengan penggunaan warna yang menarik mampu menarik minat para penonton untuk mendekati karya. Dengan penggunaan warna kuning serta warna hijau sebagai simbolik kepada bulan telah menimbulkan kesan harmoni kepada karya. Sebagai contohnya karya dibawah dihasilkan daripada pemilihan warna-warna harmoni disamping berkonsepkan feminisme (kewanitaan) ianya bersesuaian dengan konsepnya.. 42.
(50) FYP FTKW. 4.3.3 Bahan Kitar Semula. Antara bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan karya kolaj menggunakan bahan kitar semua seperti diatas.. 43.
(51) FYP FTKW. KARYA AKHIR. Feminisme 1. Kolaj + mixed media + bahan kitar semula. 44.
(52) 45. FYP FTKW.
(53) KESIMPULAN. Daripada keseluruhan daripada karya-karya daripada kedua-dua ini dapat dilihat bahawa artis rujukan amatlah penting untuk menghasilkan sesebuah karya. Hal ini kerana dengan adanya artis rujukan kita mampu meningkatkan pemahaman terhadap penghasilan karya yang lebih menarik serta karya yang mempunyai penyampaian mesej kepada penonton. Prinsip dan elemen dalam seni juga perlu diterapkan dalam penghasilan karya seni halus itu sendiri hal ini kerana seni adalah melibatkan luahan emosi, perasan dan cara pemikiran seorang mengkarya. Artis menggunakan karya yang dihasilkan untuk meletakkan serta mencurahkan segala perasaan, emosi dan halusinasi mereka dalam menghasilkan karya mereka. Seratus peratus daripada karya adalah sebahagiaan daripada kehidupannya. Biasanya bagi penonton, mereka mempunyai cara pemikiran yang tersendiri yang dilihat daripada sesebuah karya. Cara pemikiran seseorang adalah berbeza-besa mengikut cara pemandangan, pengalaman, perasaan apabila melihat sesebuah karya. Penghasilannya bergantung kepada artis itu bagaimana caranya untuk menyampaikan mesej dan idea kepada penonton. Seni bukan hanya bergantung kepada indah dan cantik karya itu tetapi juga mementingkan kepada penyampaian mesej yang hendak disampaikan adakah mesej tersebut sampai kepada penonton yang melihatnya.. 46. FYP FTKW. BAB 5.
(54) 1. Ahmad, J. H., Mustafa, H., Abd Hamid, H., & Wahab, J. A. (2011). Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar (knowledge, attitude and practices of malaysian society regarding environmental issues). Akademika, 81(3).. 2. Poggi, C. (1992). In defiance of painting: cubism, futurism, and the invention of collage. Yale University Press.. 3. Atiqah, A.A.S.M., Salmah, H., Firuz, Z., & Lan, D. N. U. (2014). The effect of blend ratio on properties of recycled polypropylene/recycled high density polyethylene Geocomposities. Malays J Anal Sci, 18(2), 344-350.. 4. Nuryana, E., & Reza, M. (2014). UPAYA MENINGKATKAN KEMAMPUAN MOTORIK HALUS PADA ANAK MELALUI KEGIATAN KOLASE DENGAN KERTAS BERWARNA PADA KELOMPOK BERMAIN P8UTRA BANGSA DLANGGU. PAUD Teratai, 3(3).. 5. Zakaria, N. M., Radzif, D. N. A. N., Hassan, M. K., Hamim, A., & Yusoff, N. I. M. (2015). PENGGUNAAN CAMPURAN PLASTIK DAN KACA KITAR SEMULA SEBAGAI AGREGAT GANTIAN DALAM CAMPURAN BERASFALT. Jurnal Teknologi, 76(1).. 6. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula 47. FYP FTKW. RUJUKAN.
(55) 8. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Collage. 9. https://prpm.dbp.gov.my/cari?keyword=analisis. 48. FYP FTKW. 7. https://www.scribd.com.
(56)