• Tiada Hasil Ditemukan

DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR BUTTERWORTH,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR BUTTERWORTH, "

Copied!
171
0
0

Tekspenuh

(1)

APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DAN KAEDAH PENILAIAN PELBAGAI KRITERIA

DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR BUTTERWORTH,

PULAU PINANG

SHARMILI BINTI MAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2012

(2)

APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DAN KAEDAH PENILAIAN PELBAGAI KRITERIA DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN

SEMULA BANDAR BUTTERWORTH, PULAU PINANG

Oleh

SHARMILI BINTI MAN

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Sarjana Sastera

MEI 2012

(3)

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya tesis ini dapat disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Narimah Samat selaku penyelia penyelidikan di atas sumbangan idea-idea beliau yang bernas dan bimbingan beliau dalam membantu menyiapkan tesis ini. Tidak dilupakan juga kepada En. Ardiansyah, En. Kamarul Ismail dan pensyarah-pensyarah lain yang terlibat secara tidak langsung dalam membantu menyiapkan tesis ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) yang telah menyediakan kemudahan Makmal Komputer bagi menyiapkan kerja-kerja analisis tesis ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Pulau Pinang serta Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP) kerana telah banyak membantu dalam menyediakan data dan maklumat bagi menyiapkan tesis ini.

Buat ayah tercinta Man Bin Mat Saman dan ibu tersayang Sepiah Binti Noh serta ahli keluarga lain, terima kasih kerana telah mencurahkan kasih sayang dan terus memberikan semangat serta sokongan tanpa jemu di sepanjang perjuangan ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih kerana telah banyak membantu dan memberi sokongan disepanjang penghasilan tesis ini. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala sumbangan bagi menyiapkan tesis ini. Semoga Allah dapat membalas jasa kalian semua.

(4)

i KANDUNGAN

Muka surat PENGHARGAAN

KANDUNGAN i

LAMPIRAN v

SENARAI JADUAL v

SENARAI RAJAH vi

SENARAI PERSAMAAN viii

ABSTRAK ix

ABSTRACT xi

BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah Kajian 7

1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 13

1.4 Skop Kajian 14

1.5 Kepentingan Kajian 15

1.6 Prosedur Kajian 16

1.7 Rangka Tesis 20

BAB DUA TINJAUAN LITERATUR: TEORI DAN MODEL PEMBANGUNAN GUNA TANAH BANDAR, PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR, SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DAN KAEDAH PENILAIAN PELBAGAI KRITERIA

2.1 Pengenalan 21

2.2 Teori Dalam Kajian Bandar 21

2.3 Pembangunan Semula Bandar

di Luar Negara Dan Dalam Negara 27

2.4 Sistem Maklumat Geografi (GIS) 31

(5)

ii

2.5 Kaedah Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE) 35

2.5.1 Rangka Kerja Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE) 36

a. Penentuan Masalah 36

b. Penentuan Kriteria 39

c. Penentuan Nilai Pemberat 39

d. Peraturan Keputusan 42

e. Keputusan Akhir 45

2.5.2 Analisis Kesensitifan dan Saranan 45

2.6 Kesimpulan 46

BAB TIGA KAWASAN KAJIAN DAN PEMILIHAN AKTIVITI GUNA TANAH BAGI PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR

3.1 Pengenalan 48

3.2 Kawasan Kajian 48

3.2.1 Pemilihan Butterworth Sebagai Kawasan Kajian 50

3.2.2 Bentuk Muka Bumi dan Saliran 51

3.2.3 Pengangkutan Dan Perhubungan 51

3.2.4 Iklim 52

3.2.5 Penduduk 52

3.2.6 Kesesuaian Kawasan (Kawasan Berpotensi) 53

3.3 Penyediaan Pangkalan Data Geografi 56

3.4 Pemilihan Aktiviti Guna Tanah Untuk Pembangunan Semula

Bandar 58

3.4.1 Pembangunan Guna Tanah Komersial 59

3.4.2 Pembangunan Guna Tanah Perumahan 60

(6)

iii

3.4.3 Pembangunan Guna Tanah Untuk Kemudahan

Awam 60

3.4.4 Pembangunan Kemudahan Rekreasi 61

3.5 Penentuan Jenis Guna Tanah Bagi Pembangunan Semula Bandar 62 3.5.1 Jenis Guna Tanah Pilihan Untuk Pembangunan

Semula Bandar 64

3.5.2 Analisis Kebolehpercayaan 68

3.6 Pemilihan Kriteria Guna Tanah Komersial 70

a. Kemudahsampaian ke Jalan Utama 71

b. Kemudahsampaian ke Kemudahan Awam 73

c. Kemudahsampaian dengan Pusat Bandar 75

d. Kedekatan dengan Kawasan Pembangunan 76

e. Kedekatan dengan Penduduk 77

3.7 Pemilihan Kaedah Dalam Penentuan Nilai Pemberat 79

3.7.1 Kaedah Ranking 80

3.7.2 Kaedah Pairwise Comparison 82

3.8 Pembentukan Analisis Kesensitifan Dalam Menguji

Hasilan Analisis 85

3.9 Kesimpulan 88

(7)

iv

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN DAN IMPLEMENTASI GIS DALAM ANALISIS PEMBANGUNAN

GUNA TANAH KOMERSIAL

4.1 Pengenalan 89

4.2 Metodologi Kajian 89

4.3 Penentuan Nilai Pemberat Bagi Kriteria Melalui

Kaedah Ranking dan Pairwise Comparison 91

4.3.1 Penentuan Pemberat Melalui Kaedah Ranking 91 4.3.2 Penentuan Pemberat Melalui Kaedah Pairwise Comparison 93

4.4 MCE Dan Prosedur Analisis GIS Bagi Pemilihan Kawasan Pembangunan Guna Tanah Komersial 95 4.4.1 Operasi Pertukaran Data Vektor kepada Raster 96 4.4.2 Analisis DISTANCE 99

4.4.3 Analisis FUZZY 101

4.4.4 Analisis WLC 102

4.4.5 Analisis RECLASS 105

4.5 Hasilan Analisis Kesesuaian Kawasan Komersial 106

4.6 Analisis Sensitiviti Dan Penemuan Kajian 109

4.7 Perbincangan Dan Kesimpulan 119

BAB LIMA RUMUSAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan 122

5.2 Kelebihan Kajian 123

5.3 Kelemahan Kajian 124

5.4 Cadangan dan Saranan Kajian Pada Masa Depan 125

5.5 Penutup 127

RUJUKAN 128

(8)

v LAMPIRAN

LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik 139

LAMPIRAN B: Analisis Penjadualan Silang (Cross-tabulation) 148 LAMPIRAN C: Pemberat Atribut yang ditentukan oleh

Responden dan Pengiraan Atribut bagi Setiap Pemberat 154 LAMPIRAN D: Pengiraan Jumlah Keluasan Kesesuaian

Kawasan Baru 156

SENARAI JADUAL

Muka surat 3.1 Keluasan Kawasan Berhalangan dan Berpotensi

Untuk Pembangunan di Seberang Perai 55

3.2 Elemen Data Kajian 57

3.3 Cadangan Tambahan Kemudahan Masyarakat

di Butterworth dan Kawasan Sekitar Bagi Tempoh 1991-2010 61 3.4 Analisis Kebolehpercayaan Antara Aspek Ekonomi, Sosial

dan Perebakan Bandar 69

3.5 Sistem Hierarki Jalan Raya di Butterworth 72

3.6 Skala Perbandingan Nilai Kriteria 82

3.7 Cara Pengiraan Nilai Pemberat, Pengiraan Matriks Dan Hasilan

Nilai Pemberat 83

4.1 Kriteria Pembangunan Guna Tanah Komersial 91

4.2 Susun Tingkat Kepentingan Kriteria 92

4.3 Keputusan Nilai Pemberat bagi Kriteria Pembangunan

Guna Tanah Komersial (Kaedah Ranking) 92

4.4 Kepentingan Relatif Setiap Kriteria Bagi Pembangunan Guna

Tanah Komersial 94

4.5 Keputusan Nilai Pemberat Bagi Kriteria Pembangunan

Guna Tanah Komersial (Kaedah Pairwise Comparison) 95

(9)

vi

4.6 Hasilan Analisis Tahap Keluasan Kesesuaian Kawasan Bagi

Guna Tanah Komersial 106

4.7 (a) Perbandingan Antara Nilai Pemberat Asal dan Baru (+20%) Bagi

Kaedah Ranking 110

4.7 (b) Perbandingan Antara Nilai Pemberat Asal dan Baru (+20%) Bagi

Kaedah Pairwise Comparison 110

4.8 Jumlah Keluasan Kesesuaian Kawasan Asal 111 4.9 Jumlah Keluasan Kesesuaian Kawasan Baru Analisis 111

SENARAI RAJAH

Muka surat

1.1 Faktor-Faktor Urbanisasi di Malaysia 6

1.2 Prosedur Kajian 19

2.1 Konsep Zon Berpusat 24

2.2 Konsep Model Bersektor 25

2.3 Konsep Model Pelbagai Pusat (Nukli) 26

2.4 Peringkat Dalam GIS 33

2.5 Rangka Kerja Kaedah Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE) 37

3.1 Kawasan Kajian 49

3.2 Kawasan Potensi di Butterworth 54

3.3 Data guna tanah di Butterworth pada tahun 2006 58

3.4 Pemilihan Aktiviti Guna Tanah Yang Sesuai Untuk

Pembangunan Semula Bandar 64

3.5 Pandangan Responden Terhadap Aspek Ekonomi

Dalam Penentuan Jenis Guna Tanah Bagi Pembangunan

Semula Bandar 65

3.6 Pandangan Responden Terhadap Aspek Sosial Dalam Penentuan Jenis Guna Tanah Bagi Pembangunan

Semula Bandar 66

3.7 Pandangan Responden Terhadap Aspek Kawalan Perebakan Bandar Dalam Penentuan Jenis Guna Tanah Bagi

Pembangunan Semula Bandar 67

(10)

vii

3.8 Jalan Raya (Rangkaian Pengangkutan) di Butterworth 73

3.9 Kawasan Kemudahan Awam di Butterworth 74

3.10 Lokasi Pusat Bandar Butterworth 75

3.11 Kawasan Pembangunan di Butterworth 77

3.12 Kawasan Perumahan di Butterworth 78

4.1 Metodologi Kajian 90

4.2 Proses-Proses Dalam Penukaran Format Vektor Kepada Raster 97

4.3 Prosedur Analisis Perisisan IDRISI 98

4.4 Analisis DISTANCE Bagi Kriteria-Kriteria Pembangunan Guna

Tanah Komersial 100

4.5 Analisis FUZZY Bagi Kriteria-Kriteria Pembangunan Guna

Tanah Komersial 103

4.6 Kesesuaian Kawasan Guna Tanah Komersial

Kaedah Ranking 104

4.7 Kesesuaian Kawasan Guna Tanah Komersial

Kaedah Pairwise Comparison 104

4.8 Prosedur Penentuan Kelas Kesesuaian Dalam MCE Melalui

Kaedah Equal-Interval 105

4.9 Tahap Kesesuaian Kawasan Bagi Pembangunan

Komersial Kaedah Ranking 107

4.10 Tahap Kesesuaian Kawasan Bagi Pembangunan

Komersial Kaedah Pairwise Comparison 108 4.11 Hasilan Analisis Kesesuaian Kawasan (Kaedah Ranking) 113 4.12 Hasilan Analisis Kesesuaian Kawasan (Kaedah Pairwise Comparison) 115 4.13 Hasilan Analisis Sensitiviti Terhadap Kriteria Pemberat

dan Kaedah Pembuatan Keputusan 118

(11)

viii

SENARAI PERSAMAAN

Muka surat

2.1 Titik Perskalaan 44

3.1 Pengiraan Nilai Pemberat Kaedah Ranking Melalui Statistik 80 3.2 Pengiraan Pengujian Kebolehterimaan Nilai pemberat 81

3.3 Pengiraan Indeks Kekonsistensi 84

3.4 Pengiraan Nisbah Kekonsistensi 84

3.5 Pengiraan Pertambahan Nilai Pemberat Asal 86

3.6 Pengiraan Bagi Pengurangan nilai Pemberat Asal Untuk

Kriteria Lain 87

3.7 Pengiraan Peratus Sisihan Keluasan Kesesuaian Kawasan

Pembangunan Guna Tanah Komersial 87

(12)

ix

APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DAN KAEDAH PENILAIAN PELBAGAI KRITERIA DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN

SEMULA BANDAR BUTTERWORTH, PULAU PINANG ABSTRAK

Perbandaran yang pesat telah menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, peningkatan harga tanah secara mendadak, kewujudan kawasan setinggan, percanggahan guna tanah dan rebakan bandar. Justeru, ianya mendorong kepada penghijrahan penduduk bandar ke kawasan pinggir bandar dan menyebabkan bandar sedia ada menjadi usang disebabkan kawasan bandar tersebut mengalami pengurangan aktiviti ekonomi dan sosial ekoran kekurangan penduduk. Oleh hal yang demikian, perancangan pembangunan semula bandar perlu dilaksanakan dengan mengenal pasti satu aktiviti yang dapat menjana semula ekonomi bandar atau membangunkan bandar. Kajian ini telah dijalankan di bandar Butterworth, Pulau Pinang bagi mengenal pasti beberapa jenis guna tanah yang berpotensi dan lokasi yang sesuai untuk pembangunan semula bandar.

Pemilihan aktiviti dapat dilaksanakan dengan menggunakan Kaedah Delphi.

Kaedah ini sesuai bagi mendapatkan pandangan pembuat keputusan mengenai aktiviti guna tanah yang bersesuaian dalam menjana semula aktiviti ekonomi dan sosial bandar. Soal selidik dijadikan instrumen bagi mendapatkan pandangan pembuat keputusan mengenai aktiviti bersesuaian dalam menjana ekonomi bandar Butterworth. Soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sceinces (SPSS) dan mendapati aktiviti guna tanah komersial sesuai dibangunkan di bandar Butterworth. Setelah itu, GIS diaplikasikan bagi mencari lokasi yang sesuai untuk aktiviti guna tanah komersial. Antara kriteria yang digunakan adalah kemudahsampaian ke jalan utama, kemudahsampaian ke

(13)

x

kemudahan awam, kemudahsampaian dengan pusat bandar, kedekatan dengan kawasan pembangunan dan kedekatan dengan penduduk.

Penentuan pemberat untuk setiap kriteria adalah bagi mencari lokasi yang sesuai untuk guna tanah komersial ditentukan melalui kaedah Ranking (Susun Tingkat) dan Pairwise Comparison (Perbandingan Berpasangan). Dua kaedah tersebut digunakan bagi menilai kesensitifan dua kaedah penentuan pemberat terhadap hasil tapak terpilih. Hasil analisis menunjukkan kaedah Pairwise Comparison lebih sensitif berbanding kaedah Ranking. Analisis ini dijalankan dengan menguji perubahan nilai pemberat bagi setiap kriteria melalui kedua-dua kaedah tersebut. Umumnya, tujuan analisis kesensitifan ini dijalankan adalah bagi membandingkan hubungan antara hasilan kajian dan perubahan model asal.

Pengintegrasian GIS dan MCE sesuai digunakan dalam mencari kesesuaian lokasi bagi pembangunan guna tanah komersial. Kajian ini dapat dijadikan asas kepada kajian yang lebih mendalam dalam bidang perancangan pembangunan semula bandar bagi memastikan kawasan-kawasan terbiar di dalam bandar dapat digunakan secara efektif.

(14)

xi

AN APLICATION OF GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEMS AND MULTI-CRITERIA EVALUATION APPROACH IN URBAN RE-

DEVELOPMENT IN BUTTERWORTH, STATE OF PENANG.

ABSTRACT

Rapid urbanization process caused various problems such as traffic congestions, increase land value, slums, land use conflicts and urban sprawl. Thus it leads to migration of population to suburban areas and causes present town became obsolete due to reduction of social economic activities due to the lacks of population in the city centre. Therefore, urban re-development planning should be implemented by identify particular activity that may re-generate urban economic and develop the city. This study was conducted in the city of Butterworth, Penang to identify several types of potential and suitable location for urban re-development.

Activities selection can be applied by Delphi Method. This Method suitable to obtain a decision makers opinion about appropriate land use activities to re- generate urban economic and social activities. The questionnaire is used as instrument to obtain the decision makers opinion about appropriate activities to re- generate the city of Butterworth economics. The questionnaire was analyzed using Statistical Packages for Social Sceinces (SPSS) software and the results shown that commercial land use are appropriate to develop in Butterworth. Then, GIS was applied to determine an appropriate location for commercial land use. Among the criteria are use is accessibility to main road, accessibility to public facilities, accessibility to city centre, proximity to development area and proximity to residential.

(15)

xii

The determination of weights for each criterion is to find a suitable location for commercial land use is determined through Ranking Method and Pairwise Comparison Method. Thus methods were used to evaluate the sensitivity of two methods for determining the weight for the selected sites. Analysis result shows Pairwise Comparison Method more sensitive than Ranking Method. The analysis is performed to test changes of weighting of each criterion by both methods. Generally, sensitivity analysis was carried out to compare the relationship between research outcomes and changes in original model.

Integration of GIS and MCE can be use to find appropriate location for the commercial land use development. The study will be the foundation for the future research in the urban redevelopment field to ensure that abundant areas in the city will be used effectively.

(16)

1

BAB SATU: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Bandar merupakan pusat pengeluaran dan penggunaan ekonomi, arena rangkaian sosial, aktiviti budaya serta pentadbiran (Pacione, 2001). Kewujudan bandar membawa kepada proses perkembangan dan perubahan ke kawasan sekitar dari masa ke semasa (Hall, 1998). Proses perbandaran secara umumnya berlaku disebabkan oleh peningkatan penduduk secara semulajadi dan mobiliti penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar serta kawasan di sekitar bandar (Mohd Aris, 1989).

Terdapat pelbagai kaedah dalam mendefinisikan bandar. Contohnya bandar didefinisikan berdasarkan jumlah penduduk dalam sesebuah negara. Walau bagaimanapun, tidak semua negara mentakrifkan bandar dengan jumlah atau saiz penduduk yang sama. Denmark contohnya, mentakrifkan kawasan sebagai bandar apabila sesebuah petempatan mempunyai penduduk melebihi 250 orang. Di Australia, kawasan bandar dirujuk sebagai „pusat bandar‟ dan dikenal pasti sebagai pengelompokan populasi 1000 orang atau lebih, dengan kepadatan minimum 200 orang per kilometer (Wikipedia, 2007).

Bagi negara Asia seperti India dan Jepun, penakrifan sesebuah bandar diberikan berdasarkan jumlah penduduk yang tinggi. Di India contohnya, sesuatu kawasan dikenali sebagai bandar apabila penduduknya mencecah angka 5,000 orang sebaliknya Jepun mentakrifkan sesuatu kawasan sebagai bandar apabila penduduknya mencecah 30,000 orang (Wan Rozali, 2007). Ini kerana kedua-dua negara tersebut mempunyai bilangan penduduk yang tinggi dan terpadat di dunia. Di

(17)

2

Malaysia, kawasan bandar merujuk kepada kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersepadanan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini yang mempunyai penduduk seramai 10,000 dan ke atas (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006).

Proses urbanisasi dunia yang semakin pesat telah meningkatkan jumlah populasi penduduk bandar seluruh dunia. Menurut United Nation Centre for Human Settlement (UNCHS) dipetik dari McGee (1988), lebih daripada 57% penduduk dunia mendiami kawasan bandar menjelang tahun 2020 iaitu dengan agihan 53%

adalah penduduk di negara-negara membangun dan 77% terdiri penduduk di negara- negara maju. Penduduk bandar akan terus meningkat daripada 48.4% pada tahun 2007 kepada 57.5% pada tahun 2025 dan seterusnya 68.6% pada tahun 2050 (UN, 2007).

Di Malaysia, jumlah penduduk terus meningkat dalam tempoh 50 tahun iaitu antara tahun 1975 hingga 2025. Jumlah penduduk bandar di Malaysia terus meningkat daripada 4.6 juta orang di tahun 1975, kepada 12.8 juta orang di tahun 2000 dan 16.5 juta orang di tahun 2005, seterusnya dijangka akan mencapai 22.9 juta orang pada tahun 2025 (UNCHS, 1996; The Star, 21 September 2008). Antara negeri-negeri yang mempunyai peningkatan penduduk bandar tertinggi pada bancian tahun 2000 ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 100%, Selangor sebanyak 87.6% dan Pulau Pinang sebanyak 80.1% (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006).

Peningkatan penduduk bandar yang pesat di Malaysia membawa kepada kemunculan bandar-bandar baru sama ada bandar tersebut wujud secara dirancang atau tidak.

Perkembangan ini dijangka berterusan menjelang tahun 2020, iaitu penduduk di

(18)

3

Malaysia berjumlah 40.6 juta dan dianggarkan seramai 17.6 juta orang atau 75%

daripada penduduk tinggal di bandar (Utusan Malaysia, 17 September 2003). Ini menunjukkan, pada tahun 2020 lebih separuh daripada penduduk di Malaysia akan mendiami kawasan bandar.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perbandaran yang pesat di Malaysia iaitu merangkumi faktor ekonomi, sosial dan politik. Antara faktor ekonomi adalah perubahan kemajuan ekonomi negara dan antarabangsa serta globalisasi ekonomi. Faktor ini dianggap penting sebagai pemangkin proses urbanisasi (Drakakis-Smith, 1986; Bunnell et. al, 2002). Ini dijelaskan oleh Morshidi dan Suriati (1999:30):

“undeniably, the process of globalization of economic activity is simply the latest in a long series of process that have shaped cities”.

Globalisasi ekonomi berlaku ketika meletusnya “revolusi industri” pada abad ke-19 yang secara tidak langsung telah membentuk bandar-bandar di Malaysia (Hall, 1998). Faktor lain adalah pemusatan fungsi dan pembangunan ekonomi dan diikuti oleh pertambahan penduduk di bandar utama negara. Hal ini juga telah membawa kepada kemunculan kawasan perindustrian berdekatan bandar (Katiman, 1988; Hall, 1998).

Disamping itu, kegiatan pengeluaran sumber alam tempatan seperti bijih timah dan petroleum juga mempengaruhi proses perbandaran di Malaysia. Contohnya bandar Kerteh di Terengganu dan Bintulu di Sarawak telah berkembang menjadi bandar kerana terdapat loji penapisan petroleum yang berperanan sebagai pemacu

(19)

4

ekonomi setempat. Pemusatan fungsi dan pembangunan ekonomi di bandar tersebut menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk di bandar.

Namun terdapat juga pengkaji berpendapat bahawa faktor sosial dan politik lebih berpengaruh ke atas proses perbandaran terutamanya di negara-negara Asia Tenggara berbanding dengan faktor ekonomi (Hamzah, 1962; Breese, 1969; McGee, 1988 dan Katiman et. al, 2005). Antara faktor sosial yang mempengaruhi proses perbandaran adalah migrasi desa ke bandar terutamanya bagi negara-negara sedang membangun seperti Malaysia (UNESCO, 1961). Faktor ini didorong oleh keinginan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik kerana bandar merupakan pusat kegiatan ekonomi yang menyediakan banyak peluang pekerjaan ( Mohd Aris Othman, 1989).

Keadaan ini telah meningkatkan jumlah penduduk bandar yang menyebabkan permintaan terhadap ruang semakin meningkat (Samy, 2004). Migrasi dari desa ke bandar bukan hanya menyumbang kepada peningkatan penduduk bandar tetapi juga meningkatkan permintaan terhadap kemudahan lain seperti perumahan, pekerjaan dan kemudahan awam (Katiman, 1988). Peningkatan penduduk bandar yang berlaku secara drastik membawa pelbagai cabaran kepada juru rancang dan pembuat dasar.

Faktor pembandaran kawasan luar bandar dan pinggir bandar juga menyebabkan peningkatan dalam proses urbanisasi dengan pembentukan bandar baru (Ghani, 2000; Katiman et. al, 2005). Pembentukan bandar baru melibatkan kawasan yang terasing dari bandar sedia ada. Pembentukan bandar baru dapat menyediakan peluang pekerjaan serta menyebarkan proses urbanisasi kepada

(20)

5

penduduk di kawasan luar bandar (Beauregard dan Haila, 2000) seperti pembangunan bandar baru di Jengka Tiga Segi, Pahang dan Koridor Kemaman- Dungun (Rahimah, 1989; Katiman, 2005).

Selain itu, faktor politik seperti penempatan semula penduduk kaum Cina di kampung-kampung baru semasa negara mengalami darurat pada tahun 1948-1963 juga membawa kepada pertumbuhan bandar (Sandhu, 1964). Pembukaan petempatan baru tersebut membawa penduduk menetap dan tinggal di kawasan tersebut dan seterusnya berkembang menjadi bandar baru. Selain itu, pembangunan pusat pentadbiran di kawasan pinggir bandar juga mempengaruhi pembentukan bandar di sekitar kawasan tersebut (MPSP, 2000). Tujuan letakan pusat pentadbiran di pinggir bandar adalah bagi mengurangkan kesesakan di kawsan pusat bandar. Contoh perubahan lokasi pentadbiran kerajaan daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya dan pemindahan lokasi pentadbiran di Butterworth ke bandar PERDA di Bukit Mertajam telah membentuk bandar baru di kawasan tersebut. Secara ringkasnya, tiga faktor utama yang menggalakkan proses urbanisasi di Malaysia adalah faktor ekonomi, sosial dan politik seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

(21)

6

Sumber: Drakakis-Smith, 1986; Hamzah , 1962; Sandhu, 1964; Breese, 1969; Beauregard dan Haila, 2000; Bunnel et. al, 2002 dan Katiman et.al, 2005.

Rajah 1.1 Faktor-faktor urbanisasi di Malaysia Ekonomi

Sosial

Politik

- Kemajuan dan Globalisasi Ekonomi

- Revolusi Industri - Kewujudan

Kawasan Industri Di Pinggir Bandar -

- Pengeluaran Sumber Alam Seperti Bijih Timah dan Petroleum

- Migrasi Dari Luar Bandar ke Bandar - Peningkatan

Semulajadi Populasi Bandar

- Perluasan Perbandaran Kawasan Luar Bandar dan Pinggir Bandar.

Contoh di Bandar Baru, Bangi.

- Penempatan Semula Penduduk. Contoh Penempatan Semula Masyarakat China di Kampung Baru - Dasar

Kerajaan:Pembangun an Pusat Pentadbiran Di Luar Kawasan Pusat Bandar. Contoh di PERDA dan Putrajaya

(22)

7

Secara amnya, proses urbanisasi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa Pertama, Fasa Kedua dan Fasa Ketiga (Ghani, 2000). Fasa Pertama adalah semasa pemerintahan British iaitu pada tahun 1011 hingga tahun 1921. Semasa fasa tersebut, proses urbanisasi di Tanah Malayu adalah pesat dengan pembukaan kawasan bijih timah di sekitar Kuala Lumpur.

Fasa Kedua atau fasa sebelum kemerdekaan adalah antara tahun 1947 dan 1957, iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Walaupun tempoh masa yang singkat, namun kadar urbanisasi negara meningkat disebabkan oleh peningkatan penduduk serta kadar migrasi dari desa ke bandar yang tinggi. Seterusnya adalah Fasa Ketiga atau selepas kemerdekaan antara tahun 1971-1990. Fasa tersebut menuntut peningkatan peranan fungsi bandar akibat perkembangan proses urbanisasi seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

1.2 Penyataan Masalah Kajian

Fungsi bandar adalah bagi menyediakan aktiviti ekonomi dan sosial kepada penduduk bandar dan sekitarnya. Namun terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan fungsi bandar tersebut beralih ke kawasan lain terutamanya ke kawasan sekitar menyebabkan tanah dan kawasan di sekitar bandar sedia ada menjadi usang, terbiar dan terabai. Keadaan tersebut memberi kesan dalam pelbagai aspek iaitu ekonomi, sosial, alam sekitar dan imej bandar. Kewujudan kawasan terbiar di dalam bandar adalah disebabkan nilai tanah yang tinggi untuk dibangunkan (MPPP, 2011).

Walau bagaimanapun, kawasan terbiar seperti kawasan kilang, stesen pengangkutan awam dan tapak pelupusan sampah mampu mengancam kesihatan penduduk kerana kawasan tersebut mempunyai risiko pencemaran dari sisa toksid. Manakala bangunan

(23)

8

yang terbengkalai dan terbiar juga boleh mengundang kepada masalah pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan wabak penyakit seperti denggi. Selain itu, kewujudan kawasan terbiar dan terabai ini juga mengundang kepada masalah sosial kerana kawasan tersebut sering menjadi tempat penagihan dadah dan jenayah serta mengancam keselamatan masyarakat setempat (Utusan Malaysia, 2003).

Terdapat banyak kajian yang dijalankan mengenai pembangunan semula bandar dan hasil kajian mendapati penyaluran aktiviti ekonomi dan sosial adalah disebabkan oleh perkembangan aktiviti tersebut ke kawasan pinggir bandar (Gibson dan Langstaff, 1982; Turok, 1987; McGee, 1988; MPSP, 1990; MPSP, 2000; Fatimah et, al, 2008). Butterworth merupakan contoh bandar di Malaysia yang mengalami masalah kekurangan daya saing akibat perpindahan aktiviti ekonomi dan sosial ke bandar berhampiran. Keadaan ini menyebabkan banyak kawasan pusat di bandar Butterworth menjadi usang dan hambar seperti tiada daya hidup terutamanya di waktu selepas bekerja.

Faktor utama yang menyebabkan aktiviti ekonomi dan sosial berkembang di pinggir bandar adalah kerana pertambahan penduduk bandar (Mohd Aris, 1989;

Rodenelli, 1993; Wan Rozali, 2007). Peningkatan penduduk bandar akan mempengaruhi aktiviti ekonomi berpindah ke kawasan pinggir bandar menyebabkan tekanan serta berlaku perubahan kepada struktur pusat bandar seperti rebakkan kawasan perumahan ke pinggir bandar di samping mewujudkan persaingan terhadap ruang bandar yang menyebabkan peningkatan harga tanah di pusat bandar (Daxiodis, 1966; Samy, 2004). Seiring dengan peningkatan harga tanah di pusat bandar, kemudahan infrastruktur dan komunikasi serta kemudahan lain telah disalurkan ke

(24)

9

kawasan pinggir bandar kerana kos tanah di pinggir bandar terutamanya tanah pertanian adalah lebih rendah (Rosli, 1975; Ong, 1999).

Selain perpindahan kemudahan infrastruktur dan komunikasi ke pinggir bandar, kawasan perindustrian atau Zon Perdagangan Bebas (FTZ) juga dibangunkan di pinggir bandar. Ini bertujuan menarik pelabur ke kawasan pinggir bandar melalui penyediaan kemudahan pengangkutan, elektrik dan air (Katiman et. al, 2005).

Contohnya kawasan perindustrian Teknologi Tinggi (Hi-Tech) di Kulim, kawasan perindustrian FTZ di Bayan Lepas dan Seberang Jaya di Pulau Pinang dan kawasan perindustrian Pasir Gudang di Johor, telah dibangunkan di pinggir bandar dalam usaha membangunkan kawasan di sekitarnya.

Kewujudan kawasan perindustrian di kawasan pinggir bandar menyebabkan ramai tenaga kerja berhijrah ke pinggir bandar dan meningkatkan permintaan terhadap tempat kediaman dan kemudahan lain lalu membentuk aglomerasi aktiviti ekonomi dan sosial di pinggir bandar (Daxiodis, 1966; Cameron, 1977; Katiman, 1988; McGee, 1988; Rodenelli, 1993; Ong, 1999). Ianya secara tidak langsung telah mengubah guna tanah pertanian di kawasan pinggir bandar kepada guna tanah komersial, perumahan dan perindustrian (Weng, 2002; Xiao et al., 2006). Ini menyebabkan aktiviti ekonomi di pusat bandar telah beralih ke kawasan pinggir bandar. Di China dan Hong Kong contohnya, banyak kawasan pertanian dan perumahan telah bertukar kepada kawasan bandar disebabkan oleh permintaan ruang tanah yang tinggi (Xiao et al., 2006; Lee dan Chan, 2008). Di Malaysia, fenomena peralihan fungsi pusat bandar ke pinggir bandar dapat dilihat di Ipoh (Ong, 1999).

(25)

10

McGee (1988) mentafsirkan perubahan guna tanah dan kehilangan fungsi pusat bandar sebagai “Urban Transition” atau “desakota” iaitu dengan merujuk kepada perkembangan kawasan pusat bandar ke pinggir bandar. Keadaan ini menyebabkan berlaku ketidakjelasan sempadan yang membezakan antara kawasan pusat bandar dan pinggir bandar (Johnson, 1967). Fenomena ini banyak berlaku di negara-negara Asia yang sedang membangun seperti Malaysia, India, Indonesia, Filipina, Taiwan serta Pakistan.

Pembangunan di kawasan pinggir bandar telah menyebabkan kawasan bandar menjadi usang dan kurang berperanan dalam menjana ekonomi dan sosial setempat.

Oleh hal yang demikian, pembangunan semula bandar diperlukan di kawasan pusat bandar bagi meningkatkan daya saing dan mengembalikan aktiviti ekonomi dan sosial sesebuah bandar (Rodenelli, 2001; Fatimah, 2008). Ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan pembangunan di kawasan baru dan menggalakkan penggunaan ruang di dalam bandar sedia ada (Chapin dan Kaiser, 1979). Rancangan pembangunan semula dijalankan bagi memperkukuhkan aktiviti ekonomi di pusat bandar disamping memperbaiki keadaan fizikal bandar (Gibson dan Langstaff, 1982;

Wannop dan Leclerc, 1987; Bunnell et.al, 2002). Pembangunan semula perlu lebih bersifat menyeluruh iaitu mengambil kira aspek ekonomi, sosial dan persekitaran penduduk setempat. Pembangunan semula juga dijalankan secara komprehensif sebagai usaha mengawal pertumbuhan bandar daripada merebak ke kawasan pinggir bandar (Turok, 1987; Temelova, 2007).

Selain faktor ekonomi, faktor politik seperti peperangan, contohnya perang saudara yang berlaku di Lithuana juga menyebabkan peralihan fungsi pusat bandar dan

(26)

11

melumpuhkan aktiviti sosial bandar berkenaan (Zavadskas dan Antuchevicine, 2005).

Peperangan akan membawa kepada kejatuhan aktiviti ekonomi di kawasan pusat bandar akan menyebabkan pengagihan aktiviti ekonomi antara pusat dan pinggir bandar menjadi tidak sekata (Turok, 1987). Peralihan aktiviti ekonomi daripada pusat bandar ke pinggir bandar turut menyediakan peluang pekerjaan di kawasan pinggir bandar. Oleh hal yang demikian, golongan kerja (produktif) berpindah ke kawasan pinggir bandar dan sebaliknya hanya tinggal golongan tidak produktif iaitu golongan tua dan kanak-kanak di kawasan pusat bandar di mana golongan ini dilihat tidak mampu untuk menjana ekonomi setempat (Danison dan Middleton, 1987).

Oleh hal yang demikian, pembangunan semula perlu dijalankan bagi memulihkan daya saing kawasan tersebut, memandangkan tanah merupakan sumber yang terhad (Davis, 1976). Perancangan pembangunan semula bandar adalah penting bagi mengembalikan peranan pusat bandar dan mampu menjana ekonomi setempat (Fatimah, 2008). Perancangan dijalankan melalui perbincangan, perundingan dan perhitungan untuk membuat persediaan lengkap mengenai tindakan-tindakan bakal diambil pada masa hadapan bagi mencapai matlamat pembangunan (Little dan Mirless, 1982). Proses tersebut memerlukan pertimbangan ke atas jenis aktiviti yang bersesuaian dan seterusnya menentukan lokasi yang sesuai untuk aktiviti yang dicadangkan. Hal ini memerlukan penggunaan pelbagai maklumat seperti maklumat ruangan dan bukan ruangan. Oleh hal yang demikian, penggunaan GIS dapat membantu dalam mempertingkatkan keberkesanan perancangan pembangunan semula bandar.

(27)

12

Kewujudan Sistem Maklumat Geografi (GIS) sesuai digunakan dalam membantu proses perancangan pembangunan semula bandar. Ini kerana GIS merupakan alat sokongan dalam membantu proses pembuatan keputusan terutamanya berkaitan dengan masalah ruangan (Ruslan dan Noresah, 2004).

Keupayaan GIS dapat membantu dalam memproses, mengurus, menganalisis dan mempersembahkan data-data geografi dengan mudah dan komprehensif (Healey, 1988; Fotheringham dan Wilson, 2008). Selain itu, data dan maklumat daripada pelbagai sumber dapat diintegrasikan bagi membantu proses pembuatan keputusan (Masser, 2001; Yeh dan Li, 1997). Ini menjadikan GIS sebagai alat bantu yang penting dalam mengolah dan menganalisis data daripada dunia sebenar ke dunia maya (Silvera et al., 1996).

Namun begitu, keupayaan GIS dikatakan masih terhad kepada memanipulasi data dan hanya berperanan sebagai alat sokongan dalam proses pembuatan keputusan (Tomlin, 1990; Narimah 2002). Oleh hal yang demikian, GIS telah diintegrasikan dengan kaedah Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE) bagi meningkatkan keupayaan dalam analisis dan membantu proses pembuatan keputusan ruangan dengan lebih sistematik (Finlay, 1994; Turban, 1995). MCE juga sering digunakan dalam mengenalpasti kesesuaian atau potensi sesuatu lokasi (Malczewski, 1999; Store dan Kangas, 2001; Joerin et. al, 2001). Contohnya mencari alternatif bagi risiko projek pembangunan alam sekitar, tapak pelupusan dan kawasan berpotensi untuk pembangunan guna tanah (Zavadskas at. al, 2008; Narimah, 2002; Wang et. al, 2009). Oleh hal yang demikian, pendekatan MCE sesuai digunakan dalam menilai beberapa kriteria dalam pembangunan guna tanah bagi pembangunan semula bandar.

(28)

13 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kawasan terbiar (brownfield) di Butterworth dan kawasan sekitar dengan memilih aktiviti guna tanah bagi tujuan pembangunan semula bandar. Pengenalpastian tapak bagi aktiviti guna tanah tersebut berbantukan GIS dan MCE. Berdasarkan matlamat kajian, objektif kajian adalah seperti berikut.

a) Menentukan jenis guna tanah yang sesuai bagi tujuan pembangunan semula bandar berdasarkan pendapat dari pembuat keputusan.

b) Mengintegrasikan GIS dan MCE bagi mengenal pasti tapak berpotensi untuk aktiviti guna tanah yang ditentukan menggunakan kaedah Ranking (Susun Tingkat) dan Pairwise Comparison (Perbandingan Berpasangan).

c) Menilai kesensitifan kaedah penentuan pemberat setiap kriteria iaitu kaedah Ranking dan Pairwise Comparison dalam pemilihan lokasi pembangunan semula bandar.

(29)

14 1.4 Skop Kajian

Kajian ini merangkumi pusat bandar Butterworth dan kawasan sekitarnya iaitu Bagan Dalam, Mak Mandin dan Bagan Ajam yang meliputi kawasan seluas 3370.14 hektar. Kaedah Delphi dan SPSS dijalankan bagi mendapatkan pandangan pembuat keputusan mengenai pemilihan aktiviti guna tanah yang bersesuaian untuk pembangunan semula bandar.

Pengintegrasian GIS dan MCE dijadikan sebagai alat bantu dalam mencari lokasi yang sesuai bagi pembangunan guna tanah yang telah dilipih oleh pemnuat keputusan. Kawasan pembangunan semula merupakan kawasan tanah terbiar seperti tanah kosong dan tanah yang telah dicemarkan (MPPP, 2011). Terdapat empat jenis guna tanah komersial, perumahan, kemudahan awam dan rekreasi telah dikenalpasti dan berpotensi untuk dibangunkan di Butterworth. Kriteria bagi pembangunan guna tanah dipilih melalui hasil pembacaan, kajian literatur dan pendapat pembuat keputusan.

Pemberat bagi setiap kriteria ditentukan melalui kaedah Ranking (Susun Tingkat) dan Pairwise Comparison (Perbandingan Berpasangan). Ini bertujuan, mendapatkan dua hasilan berbeza bagi kesesuaian kawasan pembangunan semula bandar. Oleh kerana terdapat dua hasilan lokasi berbeza, maka analisis kesensitifan akan dijalankan bagi membandingkan perubahan hasilan kajian yang dijalankan.

Ianya bertujuan mengukur tahap kesensitifan kaedah penentuan kriteria. Analisis kesesuaian lokasi pembangunan semula bandar yang dijalankan adalah terhad kepada keupayaan GIS dan MCE iaitu melalui perisian ArcView dan IDRISI (Malczewski, 1999; Joerin et, al, 2001).

(30)

15 1.5 Kepentingan Kajian

Memandangkan tanah merupakan sumber semakin terhad dan memerlukan pengurusan yang efektif, maka tanah kosong dan terbiar di kawasan bandar harus dibangunkan dengan melaksanakan pembangunan secara “infill” supaya kawasan- kawasan yang berpotensi dapat dibangunkan semula (MPPP, 2011). Oleh hal yang demikian, penentuan jenis guna tanah yang sesuai harus ditentukan bagi mencapai objektif pembangunan semula bandar.

Penentuan jenis guna tanah amat penting dalam perancangan pembangunan semula bandar bagi memastikan guna tanah yang dibangunkan dapat menggalakkan aktiviti ekonomi dan sosial bandar di samping mengurangkan masalah percanggahan guna tanah (Chapin dan Kaiser, 1979). Oleh hal yang demikian, pembangunan guna tanah yang efektif dapat membantu meningkatkan ekonomi dengan menjana pulangan yang lebih tinggi daripada pendapatan cukai. Ia juga dapat meningkatkan produktiviti tanah, menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan daya saing dan menarik pelaburan ke bandar Butterworth.

Oleh hal yang demikian, kajian ini mencadangkan perancangan guna tanah bagi tujuan pembangunan semula bandar melalui pengintegrasian GIS dan MCE bagi meningkatkan keberkesanan proses pengurusan dan pengolahan data. Selain itu, ianya mempelbagaikan alternatif kepada penyelesaian perancangan guna tanah khususnya di bandar (Ahris Yaakup dan Healey, 1994). Pemilihan kaedah pembuatan keputusan juga merupakan langkah terpenting dalam perancangan guna tanah kerana ianya dapat memastikan pembangunan guna tanah yang dijalankan adalah lebih teratur dan cekap pada masa hadapan (Malczewski, 1999; Jankowski

(31)

16

dan Nyerges, 2001; Yalcin dan Akyurek, 2004). Selain itu, dengan menjalankan analisis kesensitifan, keberkesanan kajian dapat diuji dan seterusnya dapat memberi saranan bagi kajian pada masa depan.

Kajian ini dapat memberi sumbangan ilmiah, khasnya dalam meningkatkan keupayaan penggunaan GIS dan mengurangkan masalah perancangan seperti perancangan guna tanah melalui proses pembuatan keputusan.

1.6 Prosedur Kajian

Metodologi kajian dilaksanakan berdasarkan enam bahagian iaitu kajian awalan, kajian literatur, pengumpulan data, analisis kajian dan hasilan, perbincangan kajian serta rumusan dan penutup seperti Rajah 1.2.

i) Kajian Awalan

Kajian awalan dibentuk sebagai asas dan garis panduan kajian. Kajian awalan merangkumi penyataan masalah kajian, matlamat dan objektif kajian, skop kajian serta kepentingan kajian.

ii) Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur merupakan kajian ilmiah atau teoritikal bagi memahami konsep dan situasi pada peringkat kajian awalan. Tinjauan literatur merupakan kajian pelbagai sumber seperti buku, artikel, internet, akhbar, majalah dan jurnal bagi meneliti teori serta kajian-kajian terdahulu dan pelaksanaannya di peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Ianya merangkumi teori pembangunan guna tanah

(32)

17

bandar, pembangunan semula bandar, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE).

iii) Pengumpulan Data

Dalam proses pengumpulan data, data primier dan sekunder diperlukan bagi membentuk pangkalan data yang akan digunakan analisis kalian. Data primier dikutip menggunakan borang soal selidik. Pengumpulan data ini bertujuan memilih jenis aktiviti guna tanah yang sesuai bagi tujuan perancangan pembangunan semula bandar. Sebanyak 37 borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terdiri daripada juru rancang bandar, pensyarah dan pelajar sarjana di Pusat Pengajian Perumahan, Pembangunan dan Perancangan (HBP), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Data sekunder terdiri daripada peta guna tanah Butterworth 2006 diperolehi daripada jabatan dan agensi kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Pusat Sistem Malumat Geografi Negeri Pulau Pinang (PEGIS). Selain itu, maklumat sokongan seperti laporan kajian, guna tanah semasa, rangkaian jalan raya, kemudahan awam dan kawasan penduduk akhbar dan majalah juga diperolehi dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Pulau Pinang dan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi menguatkan data dan maklumat yang sedia ada.

iv) Analisis dan Hasilan Kajian

Pada bahagian ini, semua data dan maklumat dikumpul berdasarkan matlamat dan objektif kajian serta skop kajian. Penganalisisan kajian ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama adalah mengenal pasti jenis guna tanah bagi tujuan pembangunan semula bandar dan mancari lokasi kesesuaian pembangunan guna

(33)

18

tanah yang telah dipilih. Peringkat kedua adalah menjalankan analisis kesensitifan terhadap hasilan kajian yang diperolehi.

Perisian yang digunakan bagi analisis kajian peringkat pertama adalah perisisan SPSS untuk menentukan jenis guna tanah bagi tujuan pembangunan semula bandar Butterworth. Seterusnya kajian peringkat kedua dijalankan dengan mengaplikasikan GIS dan teknik MCE bagi mencari kesesuaian dan potensi kawasan bagi pembangunan guna tanah tersebut. Akhir sekali, analisis kesensitifan dijalankan ke atas hasilan kajian bagi mengukur tahap kesensitifan kriteria yang digunakan di samping membandingkan perhubungan antara hasilan kajian terbaru dan perubahan hasilan kajian asal.

v) Perbincangan Kajian

Perbincangan kajian memaparkan potensi GIS dan MCE dalam mencari kesesuaian kawasan yang diperlukan bagi tujuan pembangunan semula bandar.

Selain itu, bahagian ini juga membincangkan perubahan yang dilakukan terhadap pemberat setiap kriteria yang mempengaruhi hasilan kajian melalui analisis kesensitifan.

vi) Rumusan dan Penutup

Bahagian ini merupakan bahagian akhir iaitu rumusan yang dikemukakan adalah hasil daripada analisis kajian yang telah dilakukan serta penemuan yang diperolehi. Ianya merangkumi kelebihan dan kelemahan kajian serta cadangan dan saranan kajian pada masa depan.

(34)

19

Rajah 1.2 Prosedur Kajian Kajian Awalan - Penyataan Masalah Kajian - Matlamat dan Objektif Kajian - Skop Kajian

- Kepentingan Kajian

Kajian Literatur

Pengumpulan Data

Data Primier - Soal Selidik - Peta Guna Tanah

2006

Data Sekunder

- Agensi Kerajaan - PBT

- Laporan Kajian/

Akhbar/ Majalah

Analisis Kajian - SPSS, GIS dan MCE

Peringkat Pertama Peringkat Kedua Hasilan Kajian

Perbincangan Kajian

Rumusan/ Penutup

(35)

20 1.7 Rangka Tesis

Tesis ini dibahagikan kepada lima bab. Bab Satu merupakan pengenalan kepada kajian ini dengan membincangkan permasalahan dan objektif kajian. Selain itu, ianya juga membincangkan faktor-faktor urbanisasi dan keperluan kepada pembangunan semula bandar. ringkasan prosedur kajian juga dibincangkan di bahagian akhir bab satu.

Bab Dua memaparkan ulasan mengenai teori dan model pembentukan bandar dan contoh kajian pembangunan semula yang dilakukan di luar negara dan dalam negara. Bab ini juga membincangkan kelebihan dan kekurangan GIS dan MCE iaitu kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Bab Tiga merupakan asas metodologi kajian ini dengan membincangkan kawasan kajian dan pemilihan aktiviti guna tanah bagi pembangunan semula bandar.

Bab Empat merupakan peringkat analisis dan hasilan kajian iaitu lanjutan daripada perbincangan daripada Bab Tiga. Bab Lima merupakan bab terakhir iaitu penutup kepada tesis ini yang membincangkan kelebihan dan limitasi kajian yang dihasilkan serta cadangan dan saranan kajian pada masa depan.

(36)

21 BAB DUA

TINJAUAN LITERATUR : TEORI DAN MODEL PEMBANGUNAN GUNA TANAH BANDAR, PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR, SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DAN KAEDAH PENILAIAN PELBAGAI

KRITERIA

2.1 Pengenalan

Bahagian ini membincangkan mengenai teori dan falsafah dalam kajian bandar, perancangan pembangunan semula bandar, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan kaedah Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE). Kajian lepas mengenai aplikasi GIS dalam perancangan bandar dan GIS dalam pembangunan semula bandar turut dibincangkan. Memandangkan perancangan pembangunan semula bandar di dalam negara agak terhad, kebanyakan ulasan adalah mengenai kajian yang dijalankan di luar negara. Bahagian selanjutnya akan membincangkan teori dalam kajian bandar.

2.2 Teori Dan Model Dalam Kajian Bandar

Dalam usaha memahami corak perbandaran, perkembangan sesebuah bandar dapat dibahagikan berdasarkan teori dan model kajian dijalankan. Teori dan model guna tanah bandar terhasil daripada persoalan yang dibentuk mengenai situasi dan tapak bandar dari aspek ekonomi, teknologi, pengangkutan, penjenisan bandar- bandar berdasarkan sifat-sifat fizikal dan ciri-ciri ekonomi bagi mewakilkan dunia sebenar kepada bentuk lebih ringkas dan mudah difahami (Torrens, 2000; Gonzalez dan Medina, 2004).

Bagi memahami faktor perkembangan sesebuah bandar, Christaller (1966) telah menulis tentang Teori Petempatan Pusat mentakrifkan petempatan adalah sebagai sebuah petempatan apabila ianya menyediakan barang dan perkhidmatan

(37)

22

kepada penduduk di daerah berdekatan seperti perkhidmatan jual-beli barang, pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan kerajaan. Pusat setempat tersebut berfungsi sebagai penggerak kepada kegiatan yang bersifat sosial dan ekonomi dalam bentuk perkhidmatan atau barangan (Hasnah, 1991). Teori tersebut terlalu menekankan kepada faktor perkhidmatan dan barangan walaupun realiti sebenar terdapat pelbagai faktor lain seperti faktor sumber asli dan dasar kerajaan dalam pembentukan sesebuah bandar serta petempatan (Katiman, 1988).

Selain itu, teori Kutub Pertumbuhan juga mempunyai pengaruh kuat dalam menerangkan faktor pertumbuhan bandar. Teori tersebut dikembangkan oleh Perreoux, memperbaiki kelemahan dalam teori Petempatan Pusat sebagai model struktur reruang wilayah. Teori Kutub Petumbuhan berpendapat bahawa pertumbuhan tidak wujud pada semua tempat dan tidak terjadi serentak, sebaliknya perkembangan bandar disebabkan oleh satu pusat iaitu pemacu kepada proses urbanisasi (Glasson, 1990; Katiman, 2005). Contohnya perletakan industri di sesuatu tempat membantu menjana dan menyebarkan pembangunan di kawasan sekitar (Rosli, 1975; Katiman, 1988; Rodenelli, 2001 ).

Teori Kutub Pertumbuhan seterusnya dikembangkan oleh Boudeville (1966) dalam kajian mengenai kepesatan urbanisasi di Porto Alegre, Brazil iaitu pertumbuhan bermula pada sebuah pusat dan telah menyebabkan penyelerakkan pusat bandar. Kajian tersebut adalah berasaskan perbandingan zon-zon yang mempengaruhi perkembangan bandar disebabkan pembukaan jalan-jalan baru, perkembangan demografi dan pembangunan struktural.

(38)

23

Teori Letakan Industri telah dikemukan oleh Weber dengan membuat ramalan mengenai pengaruh perletakan lokasi industri dalam mempengaruhi pembentukan sesebuah bandar (Glasson,1990). Teori tersebut berkisar kepada tiga pendekatan iaitu pendekatan kos terendah, analisis kawasan pasaran dan pendekatan memaksimakan keuntungan bagi membentuk aglomerasi ekonomi yang mempengaruhi perkembangan daerah lain (Moshidi dan Suriati, 1999). Selain memahami faktor perkembangan sesebuah bandar, teori dan model bagi memahami corak dan pola guna tanah bandar juga telah dijalankan. Antaranya adalah Konsep Zon Berpusat, Konsep Model Bersektor dan Konsep Pelbagai Pusat (Nukli).

Konsep Zon Berpusat dikemukan oleh Burgess adalah berdasarkan model guna tanah bandar di Chicago pada tahun 1920-an. Teori ini menerangkan corak perkembangan guna tanah sesebuah bandar adalah daripada zon pusat bandar yang dikenali sebagai Daerah Perniagaan Berpusat (CBD) dan seterusnya membawa perkembangan bandar ke kawasan sekitarnya secara radial (gegelung) (Harvey, 1996). Rajah 2.1 menunjukkan model Zon Berpusat yang dibahagikan kepada lima zon iaitu Zon 1 merupakan Zon Perniagaan Berpusat (CBD) terdiri daripada hotel, pejabat, bank dan aktiviti ekonomi, manakala Zon 2 adalah Zon Peralihan merupakan kawasan perniagaan dan indusri ringan dan mempunyai rangkaian pengangkutan menghubungkan zon-zon lain. Seterusnya Zon 3 adalah Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Setinggan, Zon 4 adalah Kawasan Perumahan Kos Sederhana dan Zon 5 merupakan Zon Pergerakan (ulang-alik) merupakan kawasan luar dari sempadan bandar. Kelima-lima zon ini merupakan komponen yang penting dalam memahami model guna tanah bandar bagi Konsep Zon Berpusat (Torrens, 2000).

(39)

24

Rajah 2.1 Konsep Zon Berpusat

Seterusnya Konsep Model Bersektor diperkenalkan oleh Hyot bagi memahami corak perkembangan guna tanah sesebuah bandar. Asas teori ini adalah diubahsuai daripada teori Zon Berpusat dan berdasarkan kajian empirikal Hyot terhadap 142 buah bandar raya di Amerika Syarikat (Gonzalez Dan Medina, 2004).

Melalui teori ini, Hyot menyatakan bandar membangun melalui sektor guna tanah dan bukan lingkaran. Hyot menjelaskan taburan sewa dalam bandar dengan menyatakan kawasan yang mempunyai kadar sewa pertengahan adalah terletak di antara kawasan yang mempunyai kadar sewa yang tinggi dan rendah (Torrens, 2000).

Hyot juga menekankan kepada andaian aksesibiliti seperti pola pengangkutan dan berpendapat golongan berpendapatan rendah banyak tertumpu di kawasan industri dan laluan penggangkutan utama seperti kereta api dan jalan raya.

Ianya bagi mengurangkan kos pengangkutan ke tempat kerja disamping pilihan tempat tinggal yang terhad. Sebaliknya golongan berpendapatan tinggi cenderung untuk tinggal di kawasan bukit dan tinggi. (Hyot, 1939). Konsep Model Bersektor juga terbahagi kepada lima zon iaitu Zon 1 adalah Daerah Perniagaan Berpusat (CBD), Zon 2 adalah Pemborongan dan Industri Ringan, Zon 3 adalah Perumahan

(40)

25

Kelas Rendah, Zon 4 adalah Perumahan Kelas Pertengahan dan Zon 5 adalah Perumahan Kelas Atasan seperti Rajah 2.2.

Rajah 2.2 Konsep Model Bersektor

Konsep Pelbagai Pusat (Nukli) diperkenalkan oleh Harris dan Ullman dengan mengandaikan bahawa pola guna tanah bandar tidak tertumpu kepada satu pusat bandar sahaja sebaliknya wujud di persekitaran pusat bandar (nukli) lain yang ditentukan oleh faktor ekonomi (Katiman, 1988). Teori ini menjelaskan pusat bandar wujud dengan jelas dari hanya satu nukli dan nukli-nukli lain akan wujud dalam bentuk aktiviti ekonomi dan perindustrian. Seterusnya, nukli-nukli tadi akan mewujudkan guna tanah bagi kemudahan yang lain seperti pendidikan dan akhirnya mewujudkan masyarakat pinggir bandar dan diikuti masyarakat bandar satelit.

(Torrens, 2000; Gonzalez dan Medina, 2004).

Rajah 2.3 menerangkan Konsep Model Pelbagai Pusat iaitu terdiri daripada sembilan zon iaitu Zon 1 adalah Pusat Perniagaan Daerah (CBD), Zon 2 adalah Jualan Borong dan Industri Ringan, Zon 3 adalah Perumahan Kelas Bawahan, Zon 4

(41)

26

adalah Perumahan Kelas Pertengahan, Zon 5 adalah Perumahan Kelas Atasan, Zon 6 adalah Industri Berat, Zon 7 adalah Kawasan Perniagaan Luar, Zon 8 adalah Perumahan Pinggir Bandar dan Zon 9 adalah Industri Pinggir Bandar.

Rajah 2.3 Konsep Model Pelbagai Pusat (Nukli)

Umumnya, teori dan model yang dibincangkan memaparkan proses tranformasi bandar dan masih memiliki kekurangan untuk diterapkan pada bandar dewasa kini. Kemajuan bandar dan globalisasi tidak dapat dipisahkan kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain disebabkan oleh kemasukkan pelaburan asing yang diiringi dengan teknologi informasi dan komunikasi terkini (Gonzalez dan Medina, 2004; Chin Lim, 2005). Ini membuktikan bahawa bandar pasti mengalami proses tranformasi daripada awal perkembangan kepada kemuncak urbanisasi dan seterusnya kehilangan fungsi akibat daripada perpindahan aktiviti ekonomi dan sosial ke kawasan pinggir bandar. Oleh hal yang demikian, faktor perkembangan sesebuah bandar dan pola guna tanah bandar adalah saling berkaitan dalam mempengaruhi bentuk urbanisasi sesebuah bandar. Bahagian selanjutnya membincangkan mengenai kajian pembangunan semula bandar yang telah dijalankan di luar negara dan dalam negara.

(42)

27

2.3 Pembangunan Semula Bandar di Luar Dan Dalam Negara

Konsep pembangunan semula bandar merangkumi pelbagai aspek merangkumi fizikal, ekonomi, sosial mahupun persekitaran bagi memastikan sumber tanah yang terhad digunakan sebaik-baiknya bagi meningkatkan semula aktiviti ekonomi dan sosial kawasan bandar tersebut (Zavadkas, dan Antuchevicience, 2005;

Temelova, 2007; MPPP, 2011). Di samping itu, perancangan pembangunan semula juga dijalankan bagi mengurangkan tekanan pembangunan dan rebakan bandar ke kawasan pertanian di sekitarnya akibat aktiviti perubahan guna tanah yang sedang pesat berlaku (Goh, 1974; Lopez et. al, 2001). Terdapat banyak kajian pembangunan semula yang dijalankan terutamanya di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Kebanyakan pembangunan semula bandar dikesan melalui pembangunan guna tanah yang efektif di kawasan terbiar dan terabai bagi memenuhi keperluan perancangan pembangunan semasa.

Di Amerika Syarikat, perancangan pembangunan semula bandar dijalankan bagi membangunkan semula tanah terbiar tinggalan kawasan industri yang tidak ekonomik (Thomas, 2000). Tapak peninggalan industri tersebut ditukarkan kepada aktiviti guna tanah yang mempunyai nilai tinggi seperti komersial atau perumahan.

Perancangan pembangunan semula bandar dijalankan dengan mengambil kira pendapat pelbagai pihak seperti orang awam dan pemaju bagi memastikan projek yang dilaksanakan memberi faedah kepada semua pihak.

Kanada juga telah berusaha membangunkan semula kawasan tinggalan industri (brownfield). Namun perancangan membangunkan semula kawasan bandar utama di seluruh Kanada adalah dengan mengambil kira pandangan penduduk dan

(43)

28

juru rancang di bandar seperti Montreal, Vancouver, Toronto dan Qeubec dalam membantu proses pembuatan keputusan. Antara aspek yang dilihat adalah keberkesanan peranan kerajaan serta pihak pemaju dalam menguruskan pembangunan semula bandar dari segi pengurusan kewangan, peraturan dan undang- undang kerajaan serta pengurusan am (De Souza, 2006).

Projek pembangunan semula yang dijalankan di Scotland melibatkan bandar Glasgow dikenali sebagai Glasgow Eastern Area Renewal (GEAR) pada tahun 1976 (Danison dan Middleton, 1987). Antara kawasan terlibat dalam projek pembangunan semula tersebut adalah Millarfield, Barrowfield, Gallowgate dan Bridgetown. Projek tersebut dijalankan berdasarkan masalah kekurangan jumlah penduduk di pusat bandar disebabkan penghijrahan golongan tenaga kerja ke luar kawasan pusat bandar Glasgow. Oleh hal yang demikian, pelbagai rancangan telah dijalankan bagi mengembalikan tenaga kerja produktif ke kawasan bandar Glasgow.

Pembangunan semula bandar Glasgow dijalankan dengan memilih kawasan kosong atau perumahan usang sedia ada di dalam kawasan bandar dan digantikan dengan kediaman baru. Pembangunan kawasan kediaman baru tersebut bagi meningkatkan darjah ketersampaian antara penduduk dengan kemudahan kesihatan, pengangkutan dan komunikasi. Selain itu, kawasan rekreasi juga disediakan kepada penduduk bandar berkenaan. Aspek persekitaran juga dirancang dalam pembangunan semula bandar dengan membangunkan “kawasan hijau” bertujuan memperbaiki imej bandar. Selain itu, ia juga menyediakan tapak industri bagi menghidupkan semula aktiviti ekonomi setempat (Danison dan Middleton, 1987).

(44)

29

Di Prague, pembangunan semula pusat bandar telah dijalankan di sekitar kawasan Smìchov (Temelova, 2007). Kaedah soal-selidik dan pemantauan (survey) digunakan bagi mencari jawapan kepada kaedah perancangan pembangunan semula bandar. temubual dijalankan dengan beberapa orang juru rancang tempatan. Hasil temu bual terbabit mendapati terdapat beberapa rancangan yang sesuai dijalankan bagi merancang pembangunan semula bandar seperti di bawah:-

i) Membangunkan semula tapak-tapak industri yang terabai (brownfield site). Contohnya pembangunan Angel City (Anděl Bussiness Centre) pada tahun 2000, mengandungi kawasan membeli-belah, hotel dan kompleks hiburan. Pembinaan kawasan komersial tersebut telah menjadikan kawasan terbiar bertukar kepada kawasan berproduktiviti tinggi di samping berfungsi sebagai pemacu pembangunan dan daya penarik kepada pembangunan.

ii) Memulihkan bangunan sedia ada seperti rumah dan bangunan kedai.

iii) Membaiki ruang awam dengan menjalankan projek membina semula taman-taman rekreasi dan sistem pengangkutan.

Kajian-kajian tersebut telah berjaya mengembalikan fungsi bandar dari aspek ekonomi dan sosial walaupun memerlukan masa dan kos yang tinggi. Namun begitu, ianya bukan penghalang kepada usaha dalam meneruskan perancangan pembangunan semula bandar di luar negara mahupun di Malaysia.

Di Malaysia, Ong (1999) menjalankan kajian pembangunan semula bandar di Ipoh supaya aktiviti ekonomi dan sosial dapat ditingkatkan di bandar berkenaan

(45)

30

berikutan impak daripada kemunculan bandar-bandar baru di sekitarnya yang mengakibatkan masalah rebakan bandar. Kajian pembangunan semula bandar dijalankan oleh Ahris dan Healey (1994) menggabungkan GIS dan pendekatan Analisis Kos-Faedah bagi merancang semula penempatan setinggan di kawasan Jinjang – Kepong. Kawasan tersebut dipilih kerana kebanyakkan tanah di situ adalah tanah hak milik kerajaan dan bekas kawasan perlombongan terbiar. Pelbagai jenis data diperlukan iaitu data pentadbiran (zon perancangan), data sosio-ekonomi (kemudahan asas) dan data fizikal (rangkaian jalan raya, lapisan tanah, dan persekitaran). Kajian tersebut dijalankan dengan membuat pemilihan tapak yang sesuai untuk pembangunan semula perumahan kos rendah bagi penduduk setinggan.

GIS digunakan dalam mengautomasi pangkalan data dari rekod sedia ada, pembentukan model ruangan dan mengenal pasti kriteria yang mempengaruhi guna tanah perumahan. Data tersebut dianalisis menggunakan perisian ArcInfo bagi membentuk model ruangan yang dapat menentukan kawasan bersesuaian berasaskan senario alternatif yang dijana.

Secara umunya, kebanyakan rancangan pembangunan semula bertujuan merancang pembangunan secara mapan dan komprehensif. Oleh hal yang demikian, alat bantu yang sesuai harus digunakan bagi memastikan perancangan pembangunan semula bandar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) dapat menjadi alat bantu dalam pembangunan semula bandar memandangkan keupayaan perisian GIS dalam pengurusan pangkalan data yang efisyen dalam menyelesaikan pelbagai masalah ruangan.

(46)

31 2.4. Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah banyak membantu menyelesaikan masalah ruangan dan membuat keputusan (Tomlin, 1990). Pada peringkat awal kemunculannya, GIS hanya digunakan bagi mengurus, megumpul, menyimpan, dan mempersembahkan maklumat ruangan berkaitan dengan fenomena yang berlaku di dunia (Aronoff, 1989; Star dan Ester, 1990; Burrough, 1986; Goodchild, 1993).

Namun kini, penggunaan GIS telah meningkat kepada analisis ruangan seperti pembangunan permodelan ruangan dan matematik serta penerokaan statistik yang lebih kompleks dan maju seperti ramalan, unjuran masa depan dan simulasi serta berkeupayaan menjalankan analisis kesensitifan (Lowry et.al, 1995;

Malczewski, 1999; Rogerson, 2004; Fotheringham dan Wilson, 2008). Selain itu, GIS juga telah diintegrasikan dengan internet bagi meningkatkan keupayaannya dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna (Jones dan Purves, 2008). Ini bagi memastikan keupayaan GIS dapat ditingkatkan dari masa ke masa mengikut perkembangan teknologi terkini.

Secara umumnya, Rajah 2.4 memaparkan perisian GIS berfungsi dalam mendapatkan data, penyimpanan, mengolah dan menganalisis dan memaparkan data ruangan yang digunakan dalam pelbagai aplikasi (Fotheringham dan Wilson, 2008).

Peringkat pertama adalah mendapatkan dan mengumpul data ruangan seperti imej satelit, foto udara, peta topografi dan mesin Pengesanan Cahaya dan Perletakan (Light Detection And Ranging - LIDAR) serta data bukan ruangan seperti data banci. Seterusnya data dimasukkan dalam pangkalan data dan disimpan dalam format vektor atau raster. Kelebihan utama GIS adalah dapat menyimpan data dan

(47)

32

maklumat ruangan yang banyak dari pelbagai sumber dan skala (Eastman, 1999;

Chang, 2002; Fotheringham dan Wilson, 2008). Data ruangan yang disimpan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti tiga dimensi (3-D), peta komposit, peta interaktif dan jadual.

Data dapat dimanipulasi dan dianalisis melalui permodelan ruangan dan permodelan matematik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, bandar, sosial dan pengangkutan kerana GIS mempunyai kelebihan dan kepentingan dalam menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan perletakan ruangan (Ruslan dan Noresah, 1998; Chang, 2002; Stillwell dan Clarke, 2004).

GIS digunakan dalam menyelesaikan pelbagai masalah ruangan, maka GIS dianggap sebagai sebuah rangka untuk mempersoal dan mendapatkan jawapan dari pelbagai sumber data (Ibrahim Wahab dan Abdul Hadi, 1992). Menurut ESRI (1993), sistem GIS dapat menjawab lima soalan berkaitan ruangan seperti “what is at”” merupakan soalan untuk mencari apa yang wujud di sesuatu lokasi seperti nama tempat dan rujukan geografi. Soalan “where is it”pula berkaitan dengan keadaan.

Ianya adalah lanjutan dari soalan pertama dan memerlukan analisis rungan. Dalam perancangan pembangunan semula bandar, soalan tersebut bertujuan bagi mencari tempat atau kesesuaian lokasi untuk pembangunan semula.

(48)

33

Pengutipan Data Ruangan

Penyimpanan Data Ruangan

Persembahan Data

Analisis Data

Aplikasi Dalam Pelbagai Bidang

Sumber: Fotheringham dan Wilson (2008)

Rajah 2.4 Peringkat dalam GIS

“What has changed since?” merupakan soalan ketiga iaitu berkaitan dengan tren atau perubahan. Soalan tersebut melibatkan soalan pertama dan kedua untuk mencari perbezaan atau perubahan yang berlaku di sesuatu kawasan. Dalam perancangan semula bandar, soalan ini boleh dijadikan garis panduan untuk melihat aktiviti guna tanah bandar terdahulu dan perubahan yang telah berlaku di situ.

Soalan seterusnya adalah “what spatial pattern exist”, bagi menjawab persoalan

Pangkalan Data

Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Imej Satelit

Data Sekunder

Cth:

Popolasi Penduduk

Foto Udara

Peta

Topografi LIDAR

Imej 3D Peta

Komposit

Peta Interaktif

Jadual

Permodelan Ruangan dan

Permodelan Matematik Penetapan

Statistik Penerokaan

Statistik

Peruba- tan

Bandar/

Ekonomi

Perseki- taran

Geo- sains

Pengang- kutan Perhutanan/

Biografi

Peruncitan Lot

Tanah

Pertaha- nan

Sosial

(49)

34

berkaitan dengan corak. Menurut ESRI (1993), soalan tersebut adalah lebih kompleks dan berguna bagi melihat perbandingan corak bandar dulu dan kini.

Soalan kelima dan terakhir adalah “what if” berkaitan dengan permodelan, untuk menentukan apa yang bakal berlaku. Contohnya jika laluan baru ditingkatkan dalam rangkaian pengangkutan sedia ada melalui perancangan pembangunan semula bandar, maka apa bakal berlaku kepada jaringan jalan raya atau pengangkutan tersebut sebelum pembangunan semula bandar dilakukan. Bagi menjawab persoalan tersebut memerlukan banyak maklumat ruangan dan memerlukan analisis GIS dengan lebih mendalam.

Penggunaan GIS harus melebihi daripada pengaplikasian perisisan GIS semata-mata (Goodchild, 2008). Oleh itu, cabaran GIS pada masa kini tidak terhad kepada mengumpul, menganalisis dan memaparkan data ruangan sahaja, malah GIS berpotensi sebagai satu alat bantu dalam proses pembuatan keputusan ruangan seperti analisis kesesuaian kawasan (Carver, 1991; Malczewski, 1999). Analisis kesesuaian kawasan dijalankan dengan mengintegrasikan teknik-teknk Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE) dan GIS. Antara kajian kesesuaian kawasan yang dijalankan adalah seperti bagi mencari kesesuaian habitat (Store dan Kangas, 2001), mencari tapak sisa buangan (Wang et. al, 2009), serta tapak pembuangan sisa toksik (Delgado dan Tarantola, 2006). Pendekatan integrasi GIS dan MCE berkeupayaan menyelesaikan masalah yang melibatkan pelbagai kriteria serta telah menghasilkan peluang dalam pelbagai bidang bagi membangunkan pendekatan baru untuk peningkatan dimensi baru bagi pengurusan, analisis dan persembahan maklumat yang luas bagi tujuan pembuatan keputusan (Healey, 1988; Carter, 1991). Ini kerana,

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Secara keilmuan, kebaharuan kajian ini adalah ditemukannya: (1) fragmentasi spasial dapat digunakan sebagai model untuk memahami proses fragmentasi secara luas pada

Matlamat akhir aspirasi di atas yang perlu digemblingkan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses perancangan dan pembangunan adalah untuk menjadikan kawasan perumahan

Seperti yang dibincangkan dalam kajian ini, pembangunan semula bandar akan membawa perubahan kepada Geylang Serai dengan memperkenalkan kawasan kediaman yang baru, kawasan

Sebahagian daripada hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa impak pembangunan bandar metropolitan Lembah Klang-Langat ke atas pertumbuhan premis kitar semula di

Lokasi pembangunan yang dicadangkan, unjuran isipadu trafik untuk tahun 2029 di Persimpangan JA dan JB dan zon yang telah ditentukan di sekitar kawasan pembangunan yang

Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa strategi telah dikemukakan antaranya melibatkan penerapan kaedah kontemporari, modul pembangunan semula tanah wakaf,

Tujuan program pembangunan yang dijalankan dan dibina oleh kerajaan ialah untuk mengurangkan keterasingan daerah May Brat dengan kawasan bandar, melancarkan pengangkutan

Kawasan kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian berkenaan kesan pembangunan perumahan terhadap kualiti hidup penduduk bandar ini adalah Sri Aman,