• Tiada Hasil Ditemukan

JAA 582/2 – Pengurusan Pembinaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JAA 582/2 – Pengurusan Pembinaan "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2004/2005

Mac 2005

JAA 582/2 – Pengurusan Pembinaan

Masa : 2 jam

Arahan Kepada Calon:

1. Sila pastikan kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA (3) muka surat bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

2. Kertas ini mengandungi LIMA (5) soalan. Jawab EMPAT (4) soalan. Markah hanya akan dikira bagi EMPAT (4) jawapan PERTAMA yang dimasukkan di dalam buku mengikut susunan dan bukannya EMPAT (4) jawapan terbaik.

3. Semua soalan mempunyai markah yang sama.

4. Semua jawapan MESTILAH dimulakan pada muka surat yang baru.

5. Semua soalan MESTILAH dijawab dalam Bahasa Malaysia.

6. Tuliskan nombor soalan yang dijawab di luar kulit buku jawapan anda.

…2/-

(2)

- 2 - [JAA 582/2]

1. (a) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan nilai. Nyatakan EMPAT (4) fasa pelan kerja pengurusan nilai dalam projek pembinaan. Jelaskan tiap-tiap fasa pelan kerja tersebut terutama tentang kaedah dan pelaksanaannya.

(13 markah)

(b) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan jaminan kualiti. Nyatakan proses dan prosedur yang perlu dipatuhi dan dijalankan untuk mencapai tahap kualiti produk pembinaan yang boleh diterima.

(12 markah)

2. (a) Bincangkan garispanduan dan program untuk mengimplementasi aspek keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan. Berikan ulasan tentang risiko yang terdapat di tapak bina.

(15 markah)

(b) Bincangkan tentang organisasi yang terlibat dalam jaminan kualiti dan konflik yang mungkin berlaku di antara organisasi yang terlibat.

(10 markah)

3. Perkembangan pesat industri pembinaan di negara ini menjadikan asas penyediaan dokumen kontrak menjadi begitu penting kepada semua yang terlibat dalam industri ini termasuk jurutera awam. Untuk itu setiap jurutera mestilah mempunyai pengetahuan yang jelas berkenaan jenis-jenis kontrak yang akan digunakan dalam menyediakan dokumen tender yang diperlukan.

(a) Huraikan dengan terperinci EMPAT (4) jenis kontrak yang selalunya menjadi amalan di Malaysia.

(15 markah)

(b) Bincangkan perkara-perkara yang perlu diambilkira semasa penyediaan dokumen tender dan senaraikan kandungan utama yang diperlukan dalam dokumen tender.

(10 markah)

4. Pengurusan kontrak binaan merangkumi semua aspek penting dalam industri ini untuk menentukan semua perancangan projek akan berjaya disiapkan mengikut masa dan perbelanjaan yang diperuntukkan. Huraikan LIMA (5) daripada enam (6) topik di bawah yang berkenaan dengan urusan pengurusan kontrak:

(a) Kitar hayat sesuatu projek pembinaan bermula dari kajian kemungkinan projek.

(b) Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam penilaian tender (c) Jenis-jenis tawaran yang biasa diamalkan di dalam negara kita (d) Sijil kelewatan dan lanjutan masa kontrak

(e) Tugas dan tanggungjawab pegawai penguasa projek (f) Arahan perubahan kontrak

(25 markah)

…3/-

(3)

- 3 - [JAA 582/2]

5. (a) Terangkan istilah-istilah di bawah ini yang digunakan untuk merangka kaedah laluan genting (CPM).

i. Masa mula terawal ii. Masa mula terlewat iii. Jumlah apungan iv. Apungan bebas

(5 markah)

(b) Jadual 1.0 menunjukkan senarai aktiviti yang terdapat bagi suatu projek pembinaan, kaitannya dengan aktiviti-aktiviti lain dan tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti. Berdasarkan Jadual 1.0, lukiskan:

i. Carta bar atau carta Gantt

ii. Gambarajah ‘Kaedah Laluan Genting’ (atau CPM)

bagi aktiviti-aktiviti dalam projek pembinaan tersebut.

(5 markah) (c) Seterusnya bagi setiap aktiviti kirakan:

i. Masa mula terawal ii. Masa mula terlewat iii. Jumlah apungan iv. Apungan bebas

(15 markah) Nyatakan juga aktiviti-aktiviti yang genting.

Jadual 1.0

Aktiviti Bergantung pada Masa (minggu)

A - 7

B A 2

C A 9

D - 4

E D 5

F - 6

G B 3

H C 8

I G, H 7

- ooo O ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan. c) Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian atau pengalaman

(i) Berapakah cara yang berbeza yang boleh dilakukan bagi menyediakan semangkuk aiskrim yang mengandungi tiga skup aiskrim yang mana setiap jenis perasa boleh digunakan

(b) Dalam bidang industri pembinaan terdapat beberapa sektor atau kumpulan yang memainkan peranan masing-masing secara langsung atau pun tidak langsung..

Mikroorganisma yang dipencilkan dari sampel ini telah dikultur di dalam fermenter secara kelompok dengan menggunakan medium yang mengandungi glukosa sebagai substrat yang

Kajian dibuat dengan menggunakan lima buah kereta yang mempunyai kemampuan jarak dalam kilometer yang berbeza untuk setiap liter?. Setiap kereta akan diuji dengan setiap jenis minyak

[Apakah jenis-jenis pergerakan kamera yang biasa digunakan dalam produksi TV. Lakar dan jelaskan jenis-jenis saiz shot yang digunakan dalam

Nyatakan data (lapisan peta) penting yang diperlukan untuk setiap masalah tersebut dan jenis-jenis analisis ruangan atau manipulasi data yang perlu dijalankan

( 5 markah) (c) Bincangkan proses yang terlibat dalam memanggil tender projek pembinaan dari. awal hingga penyerahan