• Tiada Hasil Ditemukan

(1)MINANGKABAU DALAM KALANGAN MASYARAKAT MINANGKABAU DI HULU LANGAT, SELANGOR.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1)MINANGKABAU DALAM KALANGAN MASYARAKAT MINANGKABAU DI HULU LANGAT, SELANGOR."

Copied!
92
0
0

Tekspenuh

(1)MINANGKABAU DALAM KALANGAN MASYARAKAT MINANGKABAU DI HULU LANGAT, SELANGOR.. NUR DIANA BINTI HAMZAH. Projek penyelidikan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK). 2022. FYP FTKW. KAJIAN MENGENAI SIMBOLIK MASAKAN.

(2) FYP FTKW KAJIAN MENGENAI SIMBOLIK MASAKAN MINANGKABAU DALAM KALANGAN MASYARAKAT MINANGKABAU DI HULU LANGAT, SELANGOR.. Oleh. NUR DIANA BINTI HAMZAH. Projek Penyelidikan ini disediakan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan 2022.

(3) Saya memperakui bahawa hasil kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. /. TERBUKA. Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh. organisasi. di. mana. penyelidikan. dijalankan)* Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat. salinan bagi tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran. antara institusi pengajian. Disahkan oleh:. (Tandatangan Pelajar) Kad Pengenalan: 980601-106406. ( Tandatangan penyelia) Nama:. Tarikh: 28 Februari 2022. Tarikh:. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan. i. FYP FTKW. PERAKUAN TESIS.

(4) Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinNya, saya berjaya menyelesaikan tesis ini dengan baik. Dalam usaha menyempurnakan tesis, saya mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada Dr Ainul Wahida Binti Radzuan selaku penyelia yang telah memberikan ilmu dan tunjuk ajar. Beliau telah meluangkan banyak masa dan tenaga dalam membantu saya menyempurnakan tesis ini. Penghargaan juga saya tujukan kepada Fakulti Teknologi dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan tesis ini. Ribuan terima kasih dirakamkan kepada sahabat-sahabat perjuangan di Universiti Malaysia Kelantan yang banyak berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Khas buat keluarga tercinta, jutaan terima kasih saya rakamkan atas sokongan moral yang telah diberikan. Berkat sokongan dan doa keluarga, saya dapat menyiapkan tesis dengan baik. Akhir kata, seikhlas tulus ucapan terima kasih daripada saya kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menyempurnakan tesis ini.. Sekian, Terima Kasih. Nur Diana Binti Hamzah C18A0276 Universiti Malaysia Kelantan. ii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(5) HALAMAN PERAKUAN TESIS. i. PENGHARGAAN. ii. ISI KANDUNGAN. iii. SENARAI JADUAL. vii. SENARAI RAJAH. viii. ABSTRAK. ix. ABSTRACT. x. BAB 1 PENGENALAN. HALAMAN. 1.0 Pendahuluan. 1. 1.1 Latar Belakang Kajian. 3. 1.2 Permasalahan Kajian. 3. 1.3 Persoalan Kajian. 4. 1.4 Objektif Kajian. 5. 1.5 Skop Kajian. 5. 1.6 Kepentingan Kajian. 6. 1.7 Struktur Projek Penyelidikan. 7. BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan. 9. 2.1 Masyarakat Minangkabau. 9. iii. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.

(6) 10. 2.1.2 Kemasukan Islam di Minangkabau. 12. 2.1.3 Budaya Merantau Masyarakat Minangkabau. 14. 2.1.4 Sistem Matrilineal Masyarakat Minangkabau. 16. 2.1.5 Lareh Dua Masyarakat Minangkabau. 17. 2.2 Migrasi Masyarakat Minangkabau di Tanah Melayu 2.2.1 Sejarah Kemasukan Masyarakat Minangkabau 2.3 Warisan Budaya. 21 21 23. 2.3.1 Warisan Budaya Ketara. 23. 2.3.2 Warisan Budaya Tidak Ketara. 24. 2.3.3 Makanan Tradisional sebagai Warisan Tidak Ketara. 25. 2.4 Makanan Tradisional Masyarakat Minangkabau 2.4.1 Asal Usul dan Pengaruh Makanan Tradisional. 27 27. Masyarakat Minangkabau 2.4.2 Rendang sebagai Makanan Tradisional Masyarakat. 29. Minangkabau 2.5 Teori Interaksi Simbolik dalam Makanan. 31. Tradisional Masyarakat 2.6 Kesimpulan. 33. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan. 35. 3.1 Pendekatan Kajian. 36. 3.2 Reka Bentuk Kajian: Kajian Kes. 37. 3.3 Teknik Pengumpulan Data. iv. FYP FTKW. 2.1.1 Sejarah Masyarakat Minangkabau.

(7) 38. a. Kaedah Pemerhatian. 38. b. Kaedah Temu Bual. 39. 3.3.2 Data Sekunder. 40. a. Kaedah Pendokumentasian 3.4 Pensampelan. 41 41. 3.4.1 Teknik Pensampelan. 42. a. Teknik Pensampelan Bertujuan. 42. b. Teknik Pensampelan Bebola Salji. 43. 3.4.2 Saiz Pensampelan. 43. 3.5 Analisis Data. 45. 3.5.1 Analisis Tematik. 45. 3.6 Kesimpulan. 46. BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan. 47. 4.1 Jenis-jenis Makanan Tradisional masyarakat Minangkabau. 47. di Hulu Langat, Selangor. a) Sarapan Pagi Masyarakat Minangkabau. 47. b) Lauk Pauk Tradisional Minangkabau. 49. c) Minum Petang Masyarakat Minangkabau. 52. 4.2 Ciri-ciri Masakan Minangkabau. 53. 4.3 Peranan Makanan Tradisional Minangkabau. 58. 4.4 Perbezaan Makanan Minangkabau dengan Masyarakat Lain. 63. 4.5 Penerimaan Makanan Minangkabau di Hulu Langat. 66. v. FYP FTKW. 3.3.1 Data Primer.

(8) 67. 4.5.2 Penerimaan Generasi Muda dan Faktor Kurangnya. 68. Penerimaan Generasi Muda Terhadap Makanan Tradisional 4.6 Langkah-langkah Melestarikan Makanan Tradisional Minangkabau. 71. di Hulu Langat 4.7 Kesimpulan. 75. BAB 5 RUMUSAN 5.0 Pengenalan. 76. 5.1 Perbincangan. 76. 5.2 Penemuan Utama. 78. 5.2.1 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang. 79. 5.2.2 Kesedaran Masyarakat Minangkabau dalam Memelihara. 79. Warisan Makanan Tradisional Masyarakat Minangkabau 5.2.3 Kerjasama Pihak Kerajaan dalam Mendidik Masyarakat RUJUKAN. 80 81. vi. FYP FTKW. 4.5.1 Penerimaan Komuniti Hulu Langat.

(9) Jadual 3.1 Senarai Demografi Responden Jadual 3.2 Proses Menetapkan Kod Transkripsi Temu bual. vii. FYP FTKW. SENARAI JADUAL.

(10) FYP FTKW. SENARAI RAJAH Rajah 3.1 Proses Analisis Data. viii.

(11) ABSTRAK. Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara terperinci simbolik masakan Minangkabau di Hulu Langat. Sejak dulu hingga kini, masakan tradisional Minangkabau menjadi kebanggaan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kajian ini dijalankan di Hulu Langat, Selangor kerana majoriti penduduk di Hulu Langat terdiri daripada keturunan Minangkabau. Berikutan itu, masakan Padang boleh didapati dengan mudah di Hulu Langat. Namun sejak kebelakangan ini, generasi muda kurang berminat terhadap makanan tradisional ini berikutan kepelbagaian makanan moden dan kontemporari yang berada di pasaran. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis makanan tradisional Minangkabau, mengkaji peranan masakan Minangkabau dalam kehidupan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat serta mengenal pasti mekanisme yang relevan dalam melestarikan makanan Minangkabau. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana sepuluh orang responden yang terdiri daripada masyarakat Minangkabau telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang masakan tradisional Minangkabau. Data yang dikumpul daripada responden dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kepelbagaian makanan untuk sarapan pagi, makan tengah ari dan minum petang bagi masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kajian ini menunjukkan bahawa masakan tradisional Minangkabau merupakan lambang perpaduan yang penting serta baik dalam menjaga kesihatan masyarakat Minangkabau. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa promosi melalui media sosial dan festival adalah cara yang relevan untuk mengekalkan masakan tradisional Minangkabau. Cadangan penambahbaikan cara pengawetan masakan tradisional di Malaysia telah dikemukakan kepada pengkaji, masyarakat serta agensi kerajaan untuk mengambil bahagian pada akhir kajian ini.. Kata Kunci: Rendang, Makanan Warisan, Makanan Tradisional, Makanan Minangkabau. ix. FYP FTKW. Kajian Mengenai Simbolik Masakan Minangkabau Dalam Kalangan Masyarakat Minangkabau di Hulu Langat, Selangor..

(12) ABSTRACT This study aims to explore the symbolic of Minangkabau’s cuisine in Hulu Langat in detail. From then till now, the traditional cuisine of Minangkabau is the pride of Minangkabau people in Hulu Langat. This study was conducted in Hulu Langat, Selangor due to the fact that the majority of the people in Hulu Langat consists of Minangkabau descents. Following to this, Padang’s cuisine can be easily found in Hulu Langat. However, lately, the younger generations shown lesser interest towards this traditional foods due to variety of modern and contemporary foods in the market. Hence, the objective of this research is to identify the types of Minangkabau’s traditional foods, to examine the role of Minangkabau’s cuisines in the life of Minangkabau’s society in Hulu Langat as well as to identify the relevant mechanism in preserving the Minangkabau’s food. This research employed the qualitative approach whereby ten respondents who are the Minangkabau’s people were interviewed to gain informations and knowledge on the Minangkabau’s traditional cuisines. The data collected from the respondents were analysed using thematic analysis. The findings of this study shown that there are variety of foods for breakfast, lunches and tea time for the Minangkabau’s society in Hulu Langat. This research shows that the traditional Minangkabau’s cuisine is significant symbol of unity as well as good in maintaing good health of the Minangkabau’s society. Besides that, the research also finds out that the promotions through social media and festivals is relevant way to preserve the traditional cuisine of Minangkabau. Suggestion on how to improve the way on preserving the traditional cuisines in Malaysia were made for the researcher, society, as well as the government’s agency to take at the end of this study.. Keywords: Rendang, Heritage Food, Traditional Food, Minangkabau’s Cuisine. x. FYP FTKW. A Study of Symbolic of Minangkabau’s Cuisine among Minangkabau People in Hulu Langat, Selangor.

(13) PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan Masyarakat Minangkabau merupakan salah satu etnik yang terdapat di Malaysia dan juga merupakan salah satu etnik yang besar dan terkenal di Indonesia selain etnik Jawa dan etnik Sunda (Angelia, 2017). Masyarakat Minangkabau tiba dari kerajaan Melayu Sumatera ke Semenanjung Tanah Melayu pada sebelum abad ke-15 atas urusan perdagangan di pelabuhan Melaka (Bungo, 2011). Hal ini kerana, pelabuhan Melaka dahulunya merupakan pelabuhan entrepot yang menjadi kawasan tumpuan utama aktiviti perdagangan masyarakat seluruh dunia tidak terkecuali masyarakat Minangkabau. Antara barang dagangan yang menjadi tumpuan utama masyarakat Minangkabau pada waktu itu adalah emas dan bijih timah. Hasil daripada aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka, masyarakat Minangkabau kini kebanyakannya berada di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Bungo, 2011). Masyarakat Minangkabau terkenal dengan beberapa ciri khas antaranya tradisi merantau dan beragama Islam (Angelia, 2017).. 1. FYP FTKW. BAB SATU.

(14) Minangkabau bahkan ianya telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat ini. Kawasan penghijrahan masyarakat Minangkabau adalah di rantau Naning, Sungai Ujong dan juga Rembau. Kini, rantau-rantau ini disebut sebagai Negeri Sembilan (Andaya, 2008). Lazimnya, masyarakat Minangkabau keluar merantau bagi tujuan mencari ilmu, mencari pengalaman dan berdagang (Angelia, 2017). Pada abad ke-19, penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu didorong oleh faktor pemisahan kampung kerana penduduk yang berlebihan dan penduduk yang kekurangan tanah. Penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu bertujuan untuk mendapatkan peluang ekonomi (Andaya, 2008). Budaya merantau masyarakat Minangkabau telah menyebabkan masyarakat Minangkabau berhijrah dari Kepulauan Sumatera ke Semenanjung Tanah Melayu dan kemudiannya berkeluarga dan menetap di sini. Hulu Langat, Selangor merupakan sebuah daerah yang majoriti penduduknya merupakan masyarakat Minangkabau. Selain masyarakat Minangkabau, terdapat juga masyarakat etnik lain di Hulu Langat seperti masyarakat Jawa dan masyarakat Mandailing. Kewujudan majoriti masyarakat Minangkabau di Hulu Langat ini berkait rapat dengan faktor sejarah yang menyatakan bahawa Hulu Langat dahulunya merupakan tanah jajahan Negeri Sembilan. Peratusan majoriti masyarakat Minangkabau di Hulu Langat telah menyebabkan wujudnya restoran dan gerai-gerai makan yang menyajikan makanan tradisional masyarakat Minangkabau di sekitar daerah ini. Walaupun Hulu Langat mempunyai penduduk masyarakat yang bercampur etnik, makanan tradisional Minangkabau ini diterima baik oleh pendudukpenduduk Hulu Langat.. 2. FYP FTKW. Aktiviti merantau sememangnya tidak asing lagi dengan masyarakat.

(15) Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai makanan tradisional masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Hal ini kerana, Hulu Langat merupakan daerah di Selangor yang majoriti penduduknya merupakan masyarakat Minangkabau. Namun, keberadaan masyarakat Minangkabau di sini masih kurang diketahui oleh masyarakat luar Hulu Langat. Hulu Langat kurang dikenali disebabkan oleh faktor lokasinya yang terletak di kawasan hulu dan pedalaman. Tambahan pula, masyarakat Minangkabau di Hulu Langat tidak menunjukkan budayanya dari aspek seni bina rumah dan amalan seharian. Tradisi yang masih kekal dan masih jelas diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di Hulu Langat dapat dilihat dari gaya pemakanan mereka yang masih lagi menjadikan makanan tradisi masyarakat Minangkabau sebagai menu utama hidangan seharian mereka. Oleh itu, kajian ini hanya akan memfokuskan mengenai makanan tradisional masyarakat Minangkabau di Hulu Langat sahaja.. 1.2 Permasalahan Kajian Makanan tradisional adalah makanan yang dimakan oleh sesebuah masyarakat sejak berabad-abad lalu. Setiap masyarakat mempunyai makanan tradisional mereka yang tersendiri. Makanan tradisional merupakan warisan yang penting dan bernilai. Ia juga merupakan salah satu lambang kewujudan dan kemegahan sesebuah masyarakat. Walau kemana sahaja mereka berhijrah, mereka pasti akan membawa makanan warisan bersama. Tidak hairanlah sekiranya terdapat restoran makanan Melayu di luar negara atau terdapat restoran makanan asing di Malaysia. Malaysia merupakan negara berbilang bangsa. Malaysia sering dikatakan sebagai syurga makanan kerana Malaysia mampu memperlihatkan kekayaan dan kepelbagaian makanan tradisional masyarakatnya yang pelbagai etnik. Makanan-makanan di Malaysia 3. FYP FTKW. 1.1 Latar Belakang Kajian.

(16) Malaysia. Begitu juga yang berlaku sebaliknya. Rakyat Malaysia juga gemar untuk melancong ke luar negara untuk merasai makanan-makanan tradisi masyarakat luar negara. Di sini, kita dapat melihat bahawa makanan tradisional memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia sejak dahulu sehingga kini. Namun begitu, kemunculan makanan-makanan moden yang pelbagai variasi telah menjadi punca makanan-makanan tradisional kurang mendapat sambutan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Fenomena golongan muda yang lebih menggemari makanan bukan tradisional telah menyebabkan kedudukan makanan tradisional semakin jatuh (Priskila, 2015). Oleh itu, kajian mengenai makanan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat ini bertujuan untuk mendokumentasikan mengenai makanan tradisi masyarakat Minangkabau dan mengetahui langkah-langkah yang berkesan untuk mempertahankan makanan tradisional ini daripada terus dilupakan.. 1.3 Persoalan Kajian. Persoalan kajian merujuk kepada pertanyaan yang perlu dijawab oleh kajian. Terdapat tiga persoalan kajian iaitu: 1. Apakah makanan-makanan tradisional masyarakat Minangkabau? 2. Apakah peranan masakan Minangkabau dalam kehidupan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat, Selangor? 3. Apakah mekanisme yang relevan dalam melestarikan masakan Minangkabau?. 4. FYP FTKW. juga menjadi salah satu tarikan utama pelancong luar untuk datang melancong ke.

(17) Objektif kajian merupakan matlamat yang perlu dicapai apabila menjalankan kajian. Terdapat tiga objektif kajian iaitu: 1. Mengenalpasti jenis-jenis makanan tradisional masyarakat Minangkabau. 2. Mengkaji peranan masakan Minangkabau dalam kehidupan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat, Selangor. 3. Mengenalpasti. mekanisme. yang. relevan. dalam. melestarikan. masakan. Minangkabau.. 1.5 Skop Kajian Kajian simbolik masyarakat Minangkabau dijalankan di mukim Hulu Langat, Selangor. Kajian ini telah dijalankan dengan menemu bual 10 orang dewasa dari kalangan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat untuk mengkaji simbolik masakan Minangkabau dalam kalangan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat, Selangor. Pengkaji telah mengenalpasti peranan masakan Minangkabau dalam kehidupan seharian masyarakat dan bagi mengkaji mekanisme yang relevan untuk terus mempertahankan masakan Minangkabau. Dalam kajian ini juga, pengkaji membataskan kajian kepada aspek makanan tradisional masyarakat Minangkabau sahaja tanpa membahas aspek warisan budaya masyarakat Minangkabau yang lain. Pengkaji juga telah menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik analisis tematik sebagai kaedah untuk mendapatkan data.. 1.6 Kepentingan Kajian Penghijrahan masyarakat Minangkabau dari Kepulauan Sumatera ke Semenanjung Tanah Melayu pada sebelum abad ke-15 semestinya telah mengubah beberapa aspek dalam 5. FYP FTKW. 1.4 Objektif Kajian.

(18) masyarakat Minangkabau di Indonesia dan masyarakat Minangkabau di Malaysia termasuklah perbezaan dalam aspek penyediaan makanannya. Kajian berkaitan makanan masyarakat Minangkabau adalah penting kepada individu. Kajian mengenai makanan tradisional masyarakat Minangkabau ini dapat meningkatkan kefahaman individu bahawa penting dan bernilainya warisan makanan tradisional kepada sesebuah masyarakat. Kefahaman yang luas berkaitan kepentingan warisan bagi masyarakat akan membuatkan seseorang individu lebih menghormati dan menghargai warisan dan budaya sesebuah masyarakat. Oleh itu, kajian yang dijalankan bukan sahaja untuk mendokumentasikan lebih banyak kajian mengenai makanan masyarakat Minangkabau, namun juga untuk meningkatkan kesedaran individu tentang kepentingan warisan makanan tradisional. Seterusnya, kajian mengenai makanan tradisional juga penting untuk mendidik masyarakat supaya lebih menghargai budaya sendiri dan menghormati budaya orang lain. Melalui kajian ini, masyarakat Minangkabau dapat lebih memahami betapa pentingnya makanan tradisional kepada masyarakat mereka. Mereka juga akan lebih menghargai dan berbangga dengan warisan budaya masyarakat mereka sendiri.. Melalui kajian ini,. masyarakat Minangkabau dapat memperbaiki dan mencari cara untuk memartabatkan lagi warisan makanan tradisional mereka di mata masyarakat luar. Hal ini kerana, usaha keras sesebuah masyarakat dalam memartabatkan warisan budaya masyarakatnya mampu membuatkan warisan budaya sesebuah masyarakat jauh lebih dihormati oleh masyarakat luar. Akhir sekali, kajian mengenai makanan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat penting untuk kegunaan institusi pendidikan. Kajian ini dapat memperbanyakkan lagi hasil penulisan dan pendokumentasian yang berkaitan dengan masyarakat Minangkabau 6. FYP FTKW. warisan budaya mereka. Hal ini telah menyebabkan terdapat beberapa perbezaan antara.

(19) penting untuk kegunaan para pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya pelajar yang mendalami bidang warisan budaya. Kajian ini juga sangat penting untuk mengedukasi masyarakat muda zaman kini mengenai warisan dan budaya nenek moyang mereka. Melalui kajian ini, pengkaji berharap bahawa warisan makanan tradisional masyarakat Minangkabau dapat terus berkembang dan terus dikenali. Oleh itu, pengkaji akan melihat langkah-langkah efektif yang dapat dilakukan bagi memastikan makanan tradisional masyarakat Minangkabau dapat terus dilestarikan.. 1.7 Struktur Projek Penyelidikan Terdapat lima bab dalam kajian mengenai simbolik makanan tradisional Minangkabau di Hulu Langat ini. Bab pendahuluan bakal diteruskan dengan bab dua iaitu kajian literatur. Intipati dalam bab dua adalah kajian lepas berkaitan masyarakat Minangkabau, migrasi masyarakat Minangkabau dan makanan tradisional masyarakat Minangkabau. Seterusnya, bab tiga adalah bab metodologi kajian yang membincangkan pendekatan kajian, reka bentuk kajian dan tenik pengumpulan data yang digunakan dalam menjalankan kajian. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual 10 orang Minangkabau di Hulu Langat dan menggunakan analisis tematik untuk menganalisis data. Kemudian, bab empat merupakan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan. Dapatan kajian telah menjawab objektif kajian seperti jenis makanan tradisional Minangkabau, peranan masakan Minangkabau dalam kehidupan masyarakat Minangkabau dan mekanisme yang relevan untuk melestarikan makanan Minangkabau. Akhir sekali, bab lima merupakan bab kesimpulan yang menyimpulkan keseluruhan kajian serta. 7. FYP FTKW. di Malaysia. Penulisan ilmiah mengenai warisan sesebuah masyarakat adalah sangat.

(20) cadangan-cadang. yang. relevan. Minangkabau di Hulu Langat.. 8. untuk. melestarikan. makanan. FYP FTKW. mengemukakan.

(21) KAJIAN LITERATUR. 2.0 Pengenalan Bab dua menerangkan tentang kajian-kajian lepas yang telah dijalankan mengenai masyarakat Minangkabau. Terdapat lima bahagian dalam bab ini. Bahagian pertama menerangkan mengenai sejarah, sistem politik, sistem ekonomi serta sistem sosial masyarakat Minangkabau. Bahagian kedua menerangkan mengenai sejarah migrasi masyarakat Minangkabau ke Asia Tenggara. Bahagian ketiga menerangkan mengenai warisan budaya ketara, warisan budaya tidak ketara dan hubung kait antara makanan tradisional dengan warisan budaya tidak ketara secara ringkas. Bahagian keempat membincangkan mengenai makanan tradisional masyarakat Minangkabau manakala bahagian kelima membincangkan mengenai teori yang digunakan dalam kajian ini.. 2.1 Masyarakat Minangkabau Minangkabau dikenali sebagai satu bentuk budaya masyarakat yang kaya dengan adat. Perkataan Minangkabau secara umumnya bermaksud tempat berdirinya kerajaan Pagaruyung. Minangkabau juga dapat ditakrifkan sebagai satu kumpulan etnik yang berada di bawah pengaruh kerajaan Pagaruyung.. 9. FYP FTKW. BAB DUA.

(22) Minangkabau dahulunya dikuasai oleh kerajaan Pagaruyung. Pagaruyung merupakan sesebuah institusi politik atau kerajaan yang terletak di Sumatera. Pagaruyung adalah sebuah negara bagi masyarakat Minangkabau. Minangkabau pula merupakan masyarakat yang berada di bawah kekuasaan Pagaruyung dan menyokong kerajaan tersebut (Salleh, 2019). Dalam gambaran sejarah di dataran tinggi Minangkabau, terdapat jurang yang cukup besar antara tarikh terakhir prasasti Adityawarman iaitu pada tahun 1375 dan Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires sekitar tahun 1513 dan 1515 (Andaya, 2008). Pada akhir abad ke-15, timbulnya isu identiti dalam kalangan masyarakat tempatan. Konflik ini bermula apabila penduduk rantau dengan beraninya mewujudkan lebih banyak identiti kompetitif Minangkabau (Andaya, 2008). Masyarakat rantau bertindak sedemikian kerana mereka ingin menjaga hak mereka di pesisir Melayu. Kewujudan etnik di Minangkabau mungkin sebagai tanda penghormatan besar kepada penguasa Minangkabau dari kerajaan Pagaruyung. Dua raja Minangkabau pertama telah memiliki mahkamah mereka di darat manakala raja yang ketiga berkuasa ke atas wilayah pesisiran (Andaya, 2008). Pada abad ke-17 dan abad ke-18, tidak kira dimana mahkamah tertentu penguasa Minangkabau di tanah tinggi, perutusannya perlu berasal dari maharaja Minangkabau yang terletak di Pagaruyung. Dengan wujudnya pengadilan sebegini di Pagaruyung, aura kekuatan spiritual yang berkaitan dengan Adityawarman telah dikekalkan (Andaya, 2008). Pengadilan yang dibuat telah menjadikan identiti Minangkabau yang baru boleh dipercayai dan semakin berkesan. Pada pertengahan abad ke-17, mahkamah Pagaruyung terbukti menjadi inspirasi dan motivasi masyarakat Minangkabau di. 10. FYP FTKW. 2.1.1 Sejarah Masyarakat Minangkabau.

(23) Melayu. Sejak itu, identiti Minangkabau telah diganti dengan kuat oleh kerajaan pesisir (Andaya, 2008). Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires pula menyatakan bahawa Minangkabau mendarat pada awal abad ke-16 di tanah tinggi pedalaman Sumatera. (Andaya, 2008). Tanah tinggi ini merangkumi kawasan pantai timur dari Arcat ke Jambi dan bandar-bandar pelabuhan pantai barat Panchor, Tiku, dan Pariaman. Tanah Inderagiri, Siak dan Arcat merupakan sebahagian dari Tanah Minangkabau, tetapi semua penduduknya adalah orang Melayu. Arcat ke Jambi adalah sebahagian dari rantau Minangkabau. Penduduknya adalah Melayu kerana dahulu berlakunya pergaulan politik yang disebut sebagai Melayu dan budaya yang telah mereka kembangkan (Andaya, 2008). Petempatan masyarakat Minangkabau di rantau dan barat timur diperdagangkan dengan rantau barat yang berkembang di pelabuhan Sumatera pantai barat. Pantai barat dari Panchor, Tico dan Pariaman merupakan kunci untuk ke tanah Minangkabau. Hal ini kerana, ketiga-tiganya saling berkaitan dan memiliki laut pantai (Andaya, 2008). Orang Gujerat dari India datang ke sana untuk menjalankan aktiviti perdagangan secara besar-besaran. Barang-barang dagangan dikumpulkan bersama di kerajaan-kerajaan ini dan mereka melakukan perdagangan dengan orang Gujerat (Andaya, 2008). Barangan penting dalam perdagangan antara Minangkabau dan orang Gujerat adalah barangan emas (Andaya, 2008). Bagi melindungi emas yang dibawa dari pedalaman ke pelabuhan pantai barat, penguasa Minangkabau menciptakan sistem keamanan di sepanjang jalan emas. Jalan emas yang paling penting adalah dari Tanah. 11. FYP FTKW. mana sahaja. Oleh itu, tanah tinggi di Minangkabau tidak lagi dianggap sebagai.

(24) Pantai barat menjadi kawasan rantau yang disukai oleh penduduk Minangkabau di pedalaman Minangkabau kerana pelabuhan tertentu berkait rapat dengan sebahagian komuniti darat. Menjelang abad ke-17, Padang muncul sebagai pelabuhan terkemuka di pantai barat kerana ia berdekatan dengan darat Minangkabau. Sebilangan besar penduduk di pantai barat adalah kumpulan pendatang dari darat. Pendatangpendatang ini datang ke pantai barat dan mengidentifikasikan diri mereka sebagai Minangkabau (Andaya, 2008).. 2.1.2 Kemasukan Islam di Minangkabau. Sebelum kemasukan Islam di Minangkabau, adat animisme dan naturalisme merupakan amalan yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat Minangkabau. Unsur-unsur Hindu-Buddha yang dibawa oleh India kemudiannya juga menjadi pedoman hidup mereka. Pada zaman pemerintahan Adityawarman di Pagaruyung, adat-adat ini dipengaruhi pula oleh fahaman Tantrayana. Tantrayana merupakan salah satu mazhab yang terdapat dalam agama Buddha yang dianut oleh Adityawarman. Islam merupakan pengaruh yang paling lambat sampai ke Minangkabau (Yamin, 1958). Kedatangan Islam ke Minangkabau yang membawa peraturan yang ketat dan kepatuhan kepada kuasa luar biasa daripada penganutnya telah menyebabkan pengaruh agama Hindu, Budha dan Tantrayana hampir-hampir tidak meninggalkan bekas di Minangkabau. Kedatangan Islam di Minangkabau dikatakan bermula sejak abad ke-7. Pada abad ke7, Islam telah mula dikenali di Minangkabau Timur. Pada ketika itu, berlakunya hubungan perdagangan antara China dan Arab melalui Selat Melaka. Selat Melaka. 12. FYP FTKW. Datar ke Pariaman di bawah perlindungan Tuan Gadang dari Batipuh (Andaya, 2008)..

(25) mereka ke Asia Tenggara pada abad ke-7 dan abad ke-8 Masihi (Daya, 1995). Namun, Islam pada ketika ini masih belum berkembang secara pesat. Islam sekali lagi terberhenti dan lenyap disebabkan oleh larangan daripada Dinasti Tang dari China (Mansoer, 1970). Islam telah memasuki Aceh pada abad ke-14. Islam yang tersebar di Aceh disebarkan pula ke Minangkabau melalui Pariaman (Holt, 1917). Tome Pires dalam bukunya yang bertajuk Suma Oriental menyatakan bahawa pada abad ke-15, sebahagian besar raja-raja di Sumatera telah memeluk Islam. Namun, masih terdapat beberapa negeri yang belum memeluk agama Islam (Andaya, 2008). Sultan Alif yang berkuasa sekitar tahun 1560 telah menjadi raja pertama yang memeluk Islam (Ariani, 2015). Setelah Sultan Alif dan keluarga diraja memeluk agama Islam, barulah Minangkabau dianggap sebagai daerah Islam walaupun terdapat sebahagian masyarakat Minangkabau yang terlebih dahulu telah memeluk Islam (Mansoer, 1970). Kemasukan Islam ke Minangkabau secara sedikit demi sedikit sejak abad ke7 ini telah menyebabkan seluruh masyarakat Minangkabau kini beragama Islam. Adalah menjadi satu keganjilan sekiranya terdapat masyarakat Minangkabau yang tidak beragama Islam (Junus, 2002).. 2.1.3 Budaya Merantau Masyarakat Minangkabau. Masyarakat Minangkabau sememangnya terkenal dengan budaya merantau dan berdagang (Bungo, 2011). Sejarah merantau bermula ketika Raja Kecil yang merupakan anak angkat kepada Puteri Jamilan mula meminta izin untuk keluar mencari ilmu. Sebaik sahaja Raja Kecil pulang, Raja Pagaruyung dan Puteri Jamilah. 13. FYP FTKW. merupakan jalan yang dilalui oleh pedagang-pedagang Islam sewaktu pelayaran.

(26) laut. Namun, tidak lama kemudian, Raja Kecil diminta untuk pulang semula ke laut oleh Raja Pagaruyung dan Puteri Jamilan (Andaya, 2008). Perkataan laut yang disebutkan oleh Raja Pagaruyung dan Putri Jamilan merujuk kepada aktiviti merantau. Oleh itu, perkataan merantau berasal dari kata akar rantau yang membawa maksud hamparan sungai atau garis pantai. Dalam penggunaan bahasa masyarakat Minangkabau, hamparan sungai atau garis pantai ini bermaksud luar negeri (Andaya, 2008). Terdapat beberapa faktor utama berlakunya kegiatan merantau. Antara faktor yang telah menjadi penyumbang kepada aktiviti merantau adalah faktor lebihan penduduk, berlaku sesuatu konflik, dan wujudnya peluang ekonomi baharu (Andaya, 2008). Penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu bertujuan untuk mendapatkan. peluang. ekonomi.. Tujuan. utama. penghijrahan. masyarakat. Minangkabau pada awal abad ke-19 pula didorong oleh faktor pemisahan kampung kerana penduduk yang berlebihan dan penduduk yang kekurangan tanah (Andaya, 2008). Budaya merantau dan berdagang sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat Minangkabau sehingga budaya-budaya ini telah dianggap sebagai ciri utama masyarakat Minangkabau. Kewujudan sistem matrilineal dalam masyarakat Minangkabau telah menjadi salah satu faktor terbesar yang menyebabkan anak lelaki Minangkabau keluar merantau untuk mencari harta mereka sendiri (Angelia, 2017). Merantau juga merupakan salah satu langkah untuk mencapai kejayaan dan kematangan diri. Tidak hairanlah sekiranya masyarakat Minangkabau ini maju dalam pelbagai aspek, antaranya dalam aspek perdagangan dan majoriti mereka juga merupakan golongan yang cerdik pandai dan berpendidikan. Budaya merantau ini 14. FYP FTKW. bertanyakan kepada Raja Kecil mengapa Raja Kecil menghabiskan banyak masa di.

(27) seluruh pelusuk dunia (Selat, 2014). Bagi masyarakat Minangkabau, merantau juga penting untuk kelangsungan sistem matrilineal. Merantau akan menyebarkan lebih ramai penduduk Minangkabau ke luar negara dan dapat memperluaskan lagi sistem matrilineal. Namun, merantau sebaliknya telah melemahkan sistem matrilineal kerana masyarakat Minangkabau yang berpegang kepada sistem matrilineal mula berhubungan dengan masyarakat yang memegang sistem patrilineal (Andaya, 2008). Di rantau pada ketika itu, tiada sebarang. kepentingan. untuk. menyokong. sistem. matrilineal. masyarakat. Minangkabau. Perkahwinan antara anak lelaki Minangkabau dengan wanita bukan Minangkabau di rantau akan mengakibatkan anak-anak lebih menyesuaikan diri dengan adat ibu mereka. Hal ini secara tidak langsung melemahkan tradisi Minangkabau. Sekiranya seorang wanita Minangkabau berkahwin dengan lelaki Minangkabau di rantau, ketiadaan saudara lelaki dari pihak perempuan juga akan menyukarkan perlaksanaan sistem matrilineal di sana (Andaya, 2008).. 2.1.4 Sistem Matrilineal Masyarakat Minangkabau. Masyarakat Minangkabau yang berpegang teguh pada sistem matrilineal telah menjadikan adat Minangkabau unik dan menarik. Sistem matrilineal merupakan sistem kekeluargaan yang menjadikan ibu sebagai garis keturunan. Masyarakat Minangkabau mematuhi sistem matrilineal. Dari segi bahasa, matri membawa maksud ibu manakala lineal bermaksud garis (Tono, 2019). Sistem matrilineal di Minangkabau merupakan sistem yang kompleks dan sempurna kerana ia mengatur hampir semua aspek kehidupan masyarakat Minangkabau. Masyarakat Minangkabau. 15. FYP FTKW. juga telah menyebabkan masyarakat Minangkabau tersebar dan berkembang di.

(28) ketara di dunia hari ini. Antara aspek yang dititikberatkan dalam sistem matrilineal adalah urusan harta pusaka, peraturan-peraturan dalam perkahwinan dan pengurusan suku dalam masyarakat (Tono, 2019). Budaya matrilineal ini dimulakan oleh Datuk Parpatih Nan Sabatang yang merupakan salah seorang daripada dua penggubal undang-undang lagenda dalam sejarah masyarakat Minangkabau (Andaya, 2008). Datuk Parpatih Nan Sabatang menyokong idea demokrasi dalam masyarakat Minangkabau. Datuk Parpatih Nan Sabatang ini juga merupakan abang kepada isteri Adityawarman. Oleh itu, bagi mengelakkan konflik di kerajaan Adityawarman, beliau berdamai dengan Datuk Parapatih Nan Sabatang dan menyokong baik idea demokrasi dalam masyarakat Minangkabau (Andaya, 2008). Dalam sistem garis ibu atau sistem matrilineal, perkahwinan sesama suku tidak dibenarkan kerana dianggap mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Garis keturunan dari pihak suami boleh dikatakan tidak wujud dalam sistem matrilineal. Anak-anak perlu tinggal dan membesar di rumah ibu mereka. Keputusan yang dibuat berkaitan dengan harta pusaka juga diagihkan sesuai dengan sistem matrilineal masyarakat Minangkabau (Tono, 2019). Secara ringkasnya, keturunan masyarakat Minangkabau dilihat daripada keturunan ibu. Suku seseorang anak Minangkabau diwarisi daripada suku ibunya. Walaupun sistem matrilineal menekankan garis keturunan ibu, ia tidak mengubah peranan suami sebagai seorang ketua keluarga. Seorang suami masih perlu melaksanakan tanggungjawab mereka iaitu menyediakan keperluan dan melindungi isteri dan anak-anaknya (Tono, 2019).. 16. FYP FTKW. juga dikenali dengan masyarakat yang mempunyai sistem matrilineal yang paling.

(29) membela nasib wanita sekiranya mereka ditinggalkan atau diceraikan oleh suami. Hal ini bagi memastikan hak kaum wanita terus terjaga dan sekali gus mengangkat darjat golongan wanita. Sistem matrilineal secara tidak langsung telah membantu wanita Minangkabau membina keyakinan diri dan tidak terlalu bergantung kepada suami (Tono, 2019). Sistem ini juga bertujuan untuk mengelakkan anak perempuan merantau atau meninggalkan kampung halaman kerana mereka perlu menetap di rumah peninggalan ibu mereka. Dalam sistem matrilineal, harta pusaka akan dimiliki oleh anak perempuan. Oleh itu, sistem matrilineal ini sering menjadi perbualan hangat dan sering menjadi topik kajian para cendekiawan kerana nilai sistemnya yang unik dan penuh beradat (Sahid, 2018).. 2.1.5. Lareh Dua Masyarakat Minangkabau. Lareh merupakan perkataan Minangkabau yang membawa maksud laras atau aliran. Dalam sistem sosio-politik Minangkabau, kata lareh diguna pakai untuk menggambarkan aliran pemikiran dua datuk nenek moyang terdahulu masyarakat Minangkabau (Arifin, 2018). Lareh bertujuan untuk memberi panduan dan mengatur cara hidup masyarakat termasuklah sistem politik, ekonomi, nilai, dan norma hidup yang membantu untuk mengatur aktiviti dan kehidupan seharian politik masyarakat Minangkabau (Arifin, 2018). Terdapat dua lareh dalam sistem sosio-politik Minangkabau iaitu Lareh Koto Piliang dan Lareh Bodi Caniago. Lareh Koto Piliang diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Dalam sistem Koto Piliang yang diasaskan Datuk Ketemenggungan berpendapat bahawa sistem pemerintahan perlu kepada kuasa dan musyawarah daripada para pemerintah atasan.. 17. FYP FTKW. Sistem matrilineal yang menekankan garis keturunan ibu bertujuan untuk.

(30) Datuk Ketemenggungan ini pula berbeza pendapat mengenai struktur pemerintahan masyarakat Minangkabau. Menurut Datuk Parpatih, sistem pemerintahan yang mempunyai kuasa veto seperti adat temenggung ini akan menyebabkan munculnya sikap ego dan salahguna kuasa dalam kalangan para pemimpin. Maka munculnya aliran pemikiran yang berbeza yang dikenali sebagai Lareh Bodi Caniago. Aliran ini lebih bersifat kemasyarakatan dengan menggunakan prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dan mementingkan keadilan dan hak sama rata (Arifin, 2018). Di Malaysia, Lareh Koto Piliang disebut sebagai Adat Temenggung manakala Lareh Bodi Caniago dikenali sebagai Adat Perpatih. Adat Temenggung diguna pakai di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Negeri Sembilan dan di Naning, Melaka manakala Adat Perpatih hanya diguna pakai di Negeri Sembilan dan di Naning, Melaka (Salleh, 2019). Perbezaan ketara kedua-dua adat ini dapat dilihat dengan jelas dalam sistem pemerintahan, sistem perundangan, sistem pewarisan dan pembahagian harta pusaka serta sistem kekeluargaan masyarakat Minangkabau. Dalam sistem pemerintahan adat temenggung, raja atau sultan merupakan kedudukan yang tertinggi dalam struktur pentadbiran di negeri-negeri yang berpegang kepada amalan adat temenggung. Raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak dalam sistem pentadbiran. Raja atau sultan juga merupakan ketua agama dan ketua undang-undang. Raja atau sultan dibantu oleh pembesar mengikut bidang tugas masing-masing seperti laksamana, syahbandar dan bendahara. Sistem pemerintahan adat perpatih pula tidak menggunakan sistem beraja. Sistem adat perpatih dijalankan berdasarkan rumpun. Rumpun merupakan sesuatu keluarga yang mempunyai tiga generasi yang tinggal di sesuatu tempat. Gabungan beberapa rumpun akan membentuk perut iaitu masyarakat yang sama suku. Perut diketuai oleh buapak. Buapak yang merupakan ketua 18. FYP FTKW. Namun, Datuk Parpatih Nan Sabatang yang merupakan adik seibu berlainan bapa.

(31) penceraian, pembahagian harta dan masalah-masalah yang terdapat dalam perut. Lembaga akan dipilih dalam kalangan buapak kemudian undang akan dipilih dalam kalangan lembaga (Abu Talib, 2011). Dalam sistem perundangan adat temenggung, pelaksanaan undang-undang dilakukan untuk memberi hukuman kepada rakyat yang melakukan kesalahan. Hukuman yang diberikan adalah bertujuan untuk memberi iktibar kepada pelaku kesalahan dan memberi peringatan kepada masyarakat. Terdapat beberapa pembentukan undang-undang Tanah Melayu yang terkenal. Antaranya, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Riau dan Undang-Undang Johor (Borhan, 2001). Raja atau sultan memegang kuasa tertinggi dalam sistem perundangan Tanah Melayu. Sekiranya rakyat menderhaka kepada sultan, mereka akan dikenakan hukuman bunuh (Borhan, 2001). Sistem perundangan dalam adat temenggung ini dahulunya boleh dikatakan bersifat berat sebelah. Rakyat biasa akan mendapatkan hukuman yang lebih berat daripada golongan atasan walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama. Sistem perundangan adat perpatih adalah berbeza dengan sistem perundangan adat temenggung. Perundangan dalam adat perpatih bersifat lebih lembut. Hukuman yang diberikan juga bertujuan untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat. Seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi mana tidak disahkan bersalah oleh institusi keadilan (Yatim, 2007). Terdapat enam bahagian perundangan dalam adat perpatih antaranya undang-undang perlembagaan, undang-undang keluarga, undang-undang jenayah dan juga undang-undang harta (Yatim, 2007). Seterusnya, sistem pewarisan harta dalam adat temenggung bersifat lebih islamik dengan menggunakan kaedah faraid. Kaedah faraid merupakan satu sistem. 19. FYP FTKW. masyarakat yang berperanan untuk menjaga sukunya dari aspek perkahwinan,.

(32) faraid membolehkan anak lelaki memperoleh dua bahagian berbanding anak perempuan hanya akan memperoleh satu bahagian. Namun begitu, harta juga boleh diwariskan dengan menggunakan sistem wasiat. Sistem pewarisan harta adat perpatih sedikit rumit dan berbeza. Dalam adat perpatih, terdapat dua jenis harta iaitu harta sepencarian dan juga harta pusaka. Harta pusaka mengikut adat perpatih hanya boleh dimiliki oleh anak perempuan sahaja. Harta sepencarian pula terbahagi kepada dua kategori iaitu harta sepencarian bujang dan harta sepencarian suami isteri. Harta sepencarian bujang adalah harta yang dicari sendiri sebelum seseorang itu masuk ke alam perkahwinan manakala harta sepencarian suami isteri merupakan harta yang diusahakan secara bersama selepas nikah (Yatim, 2007). Dalam sistem kekeluargaan, Adat temenggung menganggap keluarga dari pihak ibu adalah sama taraf dan sama penting dengan keluarga dari pihak bapa. Adat temenggung tiada suku. Keturunan mereka dilihat daripada sebelah bapa. Adat temenggung ini juga tidak melarang perkahwinan dengan sesiapa melainkan beberapa kategori yang telah diharamkan menurut Islam. Dalam adat perpatih, keluarga ibu lebih penting dan keturunan masyarakat perpatih dilihat dari sebelah ibu. Adat perpatih yang menggunakan sistem suku melarang perkahwinan sesama suku. Hal ini kerana, perkahwinan sesama suku dianggap sebagai perkahwinan terlarang. Perkahwinan sesama suku dianggap boleh merosakkan struktur adat. Adat perpatih yang bersifat matrilineal ini akan menyebabkan anak akan mengikut garis keturunan atau suku ibunya. Oleh itu, perkahwinan anak lelaki Minangkabau dengan wanita bukan Minangkabau juga merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh masyarakat Minangkabau kerana perkahwinan luar suku ini dapat merosakkan struktur adat Minangkabau (Arifin, 2018). 20. FYP FTKW. pembahagian harta dalam Islam. Pembahagian harta pusaka menggunakan sistem.

(33) Masyarakat Minangkabau yang terkenal dengan tradisi merantau dan berdagang ini telah masuk ke Tanah Melayu atas urusan perdagangan.. 2.2.1. Sejarah Kemasukan Masyarakat Minangkabau. Penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu mempunyai dua fasa iaitu penghijrahan sementara dan penghijrahan kekal. Penghijrahan sementara berlaku pada abad ke-13 sehingga abad ke-15 manakala penghijrahan secara kekal berlaku sekitar abad ke-14 dan seterusnya (Ibrahim, 2015). Namun, kedatangan masyarakat Minangkabau telah berlaku sejak abad ke-12 lagi. Menurut Newbold (1834), masyarakat Minangkabau dari Sumatera telah tiba jauh lebih awal iaitu pada abad ke12 Masihi. Penghijrahan yang berlaku pada abad ke-13 adalah sekitar tahun 1260 Masihi apabila masyarakat Minangkabau yang menetap di Palembang datang ke Negeri Sembilan melalui Temasik (Ibrahim, 2015). Peristiwa merantau masyarakat Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-15 pula berkait rapat dengan faktor kejayaan Melaka sebagai pelabuhan entrepot pada ketika itu. Kejayaan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan internasional dan juga pusat keilmuan Islam pada abad ke-15 telah mendorong masyarakat luar untuk menjalankan urusan perdagangan dengan Melaka tidak terkecuali masyarakat Minangkabau (Bungo, 2017). Barang dagangan yang menjadi komoditi utama dari Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu adalah seperti lada dan emas. Minangkabau memiliki kekayaan emas yang cukup banyak sehingga banyak diminati oleh orang-orang yang singgah di Melaka (Bungo, 2017). Kekayaan 21. FYP FTKW. 2.2 Migrasi Masyarakat Minangkabau di Tanah Melayu.

(34) Dipertua Pagaruyung kepada syarikat Belanda pada pertengahan tahun 1667. Dalam surat tersebut, Raja Minangkabau menyatakan bahawa baginda menguasai wilayah yang menghasilkan emas (Bungo, 2017). Pada abad ke-19, penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu didorong oleh faktor pemisahan kampung kerana penduduk yang berlebihan dan penduduk yang kekurangan tanah. Penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu bertujuan untuk mendapatkan peluang ekonomi (Andaya, 2008). Kawasan penghijrahan masyarakat Minangkabau adalah di rantau Naning, Sungai Ujong dan juga Rembau. Kini, ianya disebut sebagai Negeri Sembilan. Walaupun berlakunya penghijrahan penduduk secara tetap atau sementara di Tanah Melayu, masyarakat Minangkabau di Tanah Melayu masih mempertahankan hubungan budaya yang kuat dengan tanah air mereka di Sumatera (Andaya, 2008).. 2.3 Warisan Budaya Warisan bermaksud sesuatu peninggalan generasi terdahulu secara turun temurun. Budaya pula merupakan kebiasaan sesebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat kebiasaannya membawa tradisi dan budaya mereka bersama apabila mereka keluar merantau ke suatu tempat baharu. Oleh itu, warisan budaya dapat dikatakan sebagai kebiasaan masyarakat sejak turun temurun. Warisan budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu warisan budaya ketara dan warisan budaya tidak ketara (UNESCO, 2021).. 22. FYP FTKW. emas kerajaan Minangkabau telah tercatat dalam surat yang dikirim oleh Yang.

(35) Warisan Budaya Ketara. Warisan budaya ketara atau warisan budaya nyata dapat ditakrifkan sebagai warisan yang dapat dilihat dan disentuh. Warisan budaya ketara dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu warisan budaya ketara statik dan warisan budaya ketara mudah alih (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2021). Warisan budaya ketara statik bermaksud warisan ketara yang tidak boleh bergerak atau dialihkan. Antara contoh warisan budaya ketara statik adalah seperti monumen dan bangunan bersejarah. Warisan budaya statik ini juga disebut sebagai warisan budaya tidak bergerak. Warisan budaya ketara mudah alih pula merujuk kepada warisan ketara yang boleh dialihkan atau digerakkan. Warisan ketara mudah alih kebiasaannya merujuk kepada barang kecil yang boleh disentuh diangkat dan dialihkan (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2021). Antara contoh warisan ketara mudah alih adalah seperti lukisan, duit syiling dan manuskrip (UNESCO,2003).. 2.3.2. Warisan Budaya Tidak Ketara. Warisan budaya tidak ketara dapat ditakrifkan sebagai amalan, ungkapan, pengetahuan dan kemahiran yang diturunkan dari generasi ke generasi. Warisan budaya tidak ketara diturunkan secara turun temurun daripada nenek moyang sehingga ke generasi-generasi kini secara lisan bagi memastikan adat dan budaya mereka terus kekal terpelihara. Warisan budaya tidak ketara termasuklah tradisi dan ungkapan lisan atau bahasa, seni persembahan, amalan sosial, ritual dan kepercayaan. Warisan budaya tidak ketara ini sering diciptakan semula oleh sesebuah masyarakat (UNESCO,2003).. 23. FYP FTKW. 2.3.1.

(36) Makanan Tradisional sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara. Makanan tradisional boleh ditakrifkan sebagai makanan yang sering dimakan oleh sesebuah masyarakat sebagai makanan yang dimakan secara kerap atau makanan yang dimakan oleh sesebuah masyarakat pada musim perayaan. Makanan tradisional biasanya diturunkan dari satu generasi ke generasi secara lisan. Makanan tradisional dimasak menggunakan bahan tempatan. Makanan tradisional merupakan salah satu warisan turun temurun yang juga turut dikategorikan sebagai warisan budaya tidak ketara (Bernama, 2019). Setakat ini, terdapat 213 jenis makanan yang telah diiktiraf sebagai makanan tradisional oleh Jabatan Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Makanan-makanan ini diiktiraf bertujuan untuk memastikan warisan budaya makanan tradisional terus kekal menjadi sebahagian budaya Malaysia yang dinikmati oleh generasi masa kini dan masa akan datang (Bernama, 2019). Definisi warisan menurut Jabatan Warisan Negara (2022) adalah apa yang diwarisi oleh generasi sebelumnya. Makanan warisan merupakan sebahagian budaya yang perlu dipelihara agar ia dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Jabatan Warisan Negara juga telah merekodkan nama, gambar dan video makanan-makan tradisional dengan terperinci untuk memperkenalkan makanan tempatan kepada pelancong dan masyarakat tempatan. Kebiasaannya, kepelbagaian etnik di Malaysia membolehkan rakyat Malaysia menikmati makanan pelbagai etnik. Misalnya, nasi lemak merupakan makanan masyarakat Melayu dan dimsum yang merupakan makanan masyarakat Cina. Kedua-dua makanan tradisional masyarakat Melayu dan Cina ini juga turut digemari oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia (Bernama, 2019). 24. FYP FTKW. 2.3.3.

(37) Abdullah menyatakan bahawa Jabatan Warisan Negara berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO. Makanan tradisional yang merupakan warisan budaya tidak ketara boleh dicalonkan untuk pengiktirafan Senarai-senarai Perwakilan UNESCO Warisan Budaya Tidak Berwujud Kemanusiaan di bawah Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara 2003. Namun begitu, terdapat beberapa prosedur, elemen serta kriteria yang perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum diiktiraf oleh UNESCO (Bernama, 2019). Terdapat beberapa negara yang pernah berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO. Pada tahun 2005, Mexico pernah mengemukakan warisan yang berkaitan dengan makanan pertama untuk dimasukkan dalam Proklamasi karya agung 2005 dari Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Berwujud. Permohonan itu, bertajuk People of Corn. The Ancestral Cuisine of Mexico. Rituals, Ceremonies and Cultural Practices of the Cuisine of the Mexican People. Namun, pencalonan Mexico ditolak kerana nilai simbolik dan ritual jagung dalam masakan Mexico tidak diperlihatkan (Molina, 2016). Mexico sekali lagi membuat permohonan lebih lanjut untuk dimasukkan dalam proklamasi 2010. Permohonan Mexico kali ini dengan tajuk Traditional Mexican Cuisine—Ancestral, Ongoing Community Culture, the Michoacán Paradigm. Permohonan lain yang dibuat pada waktu yang sama adalah The Mediterranean Diet yang dihantar oleh Sepanyol, Greece, Itali, and Maghribi, dan The Gastronomic Meal of the French, yang dihantar oleh Perancis (Molina, 2016). Jawatankuasa Perlindungan Budaya Tidak Berwujud Warisan (ICH) menerima ketiga-tiga cadangan tersebut dan memasukkannya ke dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Berwujud Kemanusiaan. Kelulusan ketiga-tiga permohonan tersebut 25. FYP FTKW. Pengarah bahagian Warisan Dunia dari Jabatan Warisan Negara, Mohd Syahrin.

(38) khususnya ke arah pertimbangan gastronomi dan peranan simboliknya dalam masyarakat (Molina, 2016).. 2.4 Makanan Tradisional Masyarakat Minangkabau. Makanan tradisional merupakan makanan turun temurun yang dimakan oleh sesebuah masyarakat sejak berabad-abad lalu.. 2.4.1. Asal Usul dan Pengaruh Makanan Tradisional Masyarakat Minangkabau. Makanan tradisional adalah makanan yang sering dimakan oleh sesebuah masyarakat sebagai makan harian atau makanan yang dimakan oleh sesebuah masyarakat pada musim perayaan dan acara tertentu. Makanan tradisional Minangkabau adalah makanan yang dimakan oleh masyarakat Minangkabau secara turun temurun. Makanan tradisional penting kepada masyarakat Minangkabau bukan sahaja kerana ia merupakan makanan yang dimakan sebagai makanan ruji dan dikonsum sejak kecil, tetapi makanan tradisional juga melambangkan identiti sesebuah masyarakat. Walau sejauh manapun sesebuah masyarakat itu merantau, salah satu identiti yang mereka bawa adalah makanan tradisi mereka. Hal ini kerana, setiap makanan tradisi sesebuah masyarakat mempunyai nilai sejarah dan ciri-cirinya yang tersendiri. Makanan tradisional masyarakat Minangkabau ini menerima pengaruh India Selatan. (Nurmufida,. 2017).. Makanan. tradisional. kebiasaannya. dimasak. menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di sesuatu kawasan. Makanan tradisional masyarakat Minangkabau ini mempunyai ciri-ciri khasnya yang tersendiri. Makanan tradisional masyarakat Minangkabau lazimnya menggunakan beberapa 26. FYP FTKW. menunjukkan perubahan pandang oleh UNESCO terhadap kategori warisan baru.

(39) asas makanan Minangkabau. Daging halal seperti daging lembu dan ayam juga dimakan terutamanya untuk majlis khas. Hal ini kerana masyarakat Minangkabau yang beragama Islam tidak dibenarkan memakan daging khinzir atau mana-mana daging haiwan yang haram untuk dimakan menurut Islam (Lipoeto, 2001). Kesemua bahan-bahan bahan asas ini merupakan bahan penting yang digunakan dalam hampir setiap masakan Minangkabau. Penggunaan rempah dalam makanan tradisional masyarakat Minangkabau dikaitkan dengan pengaruh kedatangan masyarakat India Selatan ke Minangkabau. Pengaruh India Selatan dalam makanan Minangkabau dapat dilihat dari penggunaan rempah ratus yang sama dengan makanan tradisional masyarakat India (Nurmufida, 2017). Santan atau kelapa memainkan peranan sebagai sumber utama lemak makanan masyarakat Minangkabau. Gabungan santan, cili dan rempah ratus dapat menghasilkan. makanan-makanan yang. mempunyai tekstur dan rasa yang lebih pekat dan berlemak. Rendang merupakan salah contoh penyediaan daging iaitu dimasak dengan pelbagai ramuan dan rempah serta sejumlah besar santan (Lipoeto, 2001). Walaupun hampir semua makanan masyarakat Minangkabau dimasak dengan menggunakan santan, makanan bergoreng juga merupakan makanan asas yang dimakan pada setiap hari. Masyarakat Minangkabau juga menjadikan sayur-sayuran sebagai makanan harian (Lipoeto, 2001). Penggunaan bahan-bahan masakan yang digunakan dalam makanan tradisional masyarakat Minangkabau bukan sahaja untuk memberi rasa yang sedap pada makanan, ia juga memberi nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Misalnya, penggunaan sayur-sayuran dalam masakan harian masyarakat Minangkabau merupakan sumber vitamin manakala sumber daging seperti ikan, ayam dan daging 27. FYP FTKW. bahan asas seperti santan, cili dan rempah ratus. Nasi dan ikan juga merupakan bahan.

(40) darat, burung dan telur dapat menyediakan sebahagian besar pengambilan tenaga dengan protein dan lemak makronutrien daripada pelbagai sumber. Sumber vitamin D dalam ikan goreng juga dapat membantu menguatkan tulang, menguatkan otot dan melindungi daripada barah (Wahlqvist, 2007). Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Asia ini pula merupakan sumber karbohidrat. Santan dalam makanan masyarakat Minangkabau juga merupakan sumber lemak yang juga diperlukan oleh badan. Gabungan sumber vitamin, protein, karbohidrat, dan lemak dengan bahagian yang betul mengikut pola makanan yang betul dapat membantu menyihatkan tubuh manusia.. 2.4.2. Rendang sebagai Makanan Tradisional Masyarakat Minangkabau. Rendang merupakan makanan tradisional masyarakat Minangkabau dan sangat popular di Asia Tenggara. Rendang merupakan hidangan daging yang terkenal dan telah dikenal pasti sebagai salah satu hidangan ciri budaya makanan Minangkabau. Rendang diperbuat daripada daging cincang dimasak bersama santan, halia, galanga, cili, bawang merah, bawang putih, kunyit daun, serai dan juga daun lemon. Di Sumatera Barat, rendang dicampur dengan cengkih, kayu manis ketumbar dan lada putih (Lipoeto, 2001). Sejarah rendang bermula apabila berlakunya hubungan tetap antara India dan Sumatera pada milineal kedua. Masyarakat India yang datang ke Sumatera untuk berniaga telah membawa budaya mereka bersama (Nurmufida, 2017). Kari yang merupakan makanan tradisi masyarakat India mempunyai hubungan dengan rendang. Kari massaman dikatakan hampir sama dengan rendang. Bahan-bahan penyediaan untuk memasak kari dan rendang juga sama. Kedua-duanya menggunakan daging, 28. FYP FTKW. lembu merupakan sumber protein. Makanan haiwan seperti ikan, daging dari haiwan.

(41) Minangkabau datang ke Tanah Melayu dan memperkenalkan masakan mereka. Sehingga kini, makanan asal masyarakat Minangkabau ini telah menjadi makanan yang cukup popular di Malaysia (Nurmufida, 2017). Masyarakat Minangkabau sangat terkenal dengan budaya merantau. Penyebaran masyarakat Minangkabau di seluruh pelusuk dunia telah membantu menyebarkan pengaruh dan budaya mereka. Hal ini menjadi salah satu sebab mengapa rendang merupakan makanan tradisional yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga sudah terkenal di seluruh dunia. Rendang juga popular disebabkan oleh rasa dagingnya yang sedap dan berempah. Rendang yang dimasak dengan waktu yang sangat lama telah menyebabkan daging menyerap rasa rempah dalam kuah rendang dan memberikan rasa yang memuaskan apabila dimakan (Nurmufida, 2017). Rendang Minangkabau dicirikan melalui teksturnya yang kering dan aromanya yang wangi. Perkataan rendang berasal daripada perkataan merandang atau randang yang membawa maksud perlahan (Nurmufida, 2017). Merandang merupakan perbuatan mengacau sesuatu dengan perlahan. Hal ini kerana rendang Minangkabau ini dimasak dengan perlahan dan mengambil waktu yang sangat lama. Proses memasaknya yang mengambil masa yang lama telah menjadikan rendang Minangkabau. berwarna. coklat. gelap.. Menurut. kepercayaan. masyarakat. Minangkabau, rendang mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Masakan rendang melambangkan tiga nilai utama iaitu nilai kesabaran, nilai kebijaksanaan, dan nilai kegigihan (Nurmufida, 2017). Hal ini kerana, memasak rendang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menjaga api. Rendang menunjukkan nilai kegigihan kerana ia perlu dimasak sehingga kering dan memakan masa yang lama untuk disiapkan (Nurmufida, 2017). Daging direbus perlahan-lahan dengan menggunakan 29. FYP FTKW. santan dan rempah sebagai bahan utama masakan. Pada tahun 1900-an, masyarakat.

(42) tiga hingga empat jam, tetapi mungkin mengambil masa lebih lama untuk membuat rendang kering yang boleh disimpan (Lipoeto, 2001). Nilai kebijaksanaan dinilai dari aspek kemahiran memilih bahan-bahan masakan seperti daging, cili dan rempah ratus yang diperlukan bagi mendapatkan rasa yang diinginkan (Nurmufida, 2017).. 2.5 Teori Interaksi Minangkabau. Simbolik. dalam. Makanan. Tradisional. Masyarakat. Bagi menyempurnakan kajian ini, teori interaksi simbolik telah diguna pakai sepanjang menjalankan kajian. Makanan tradisional Minangkabau merupakan simbolik yang menghubungkan generasi Minangkabau terdahulu dengan generasi Minangkabau pada zaman kini dan akan datang. Dalam teori ini, pengkaji perlu melakukan penelitian secara langsung dengan menggunakan dua kaedah iaitu meneroka ke tahap pemahaman yang menghasilkan konsep kepekaan dan melakukan pemeriksaan (Ahmadi, 2005). Kaedah pertama, pengkaji perlu berada dekat dengan objek atau subjek yang hendak dikaji untuk lebih mengenali dan memahami konteks empirikal yang sebenar. Kaedah kedua, pengkaji perlu melakukan pemeriksaan. Pengkaji perlu memeriksa data dengan cara menunjukkan bukti empirikalnya (Ahmadi, 2005). Interaksi simbolik memberi fokus pada peranan tingkah laku, interaksi antara individu, serta tindakan-tindakan dan komunikasi yang dapat difahami. Melalui interaksi simbolik ini, pengkaji dapat melihat secara lebih mendalam dan spesifik berkaitan kajian dan pengkaji dapat menerangkan perkembangan sejarah dan manfaatnya kepada individu atau masyarakat tersebut. Proses interaksi yang terbentuk melibatkan pemakaian simbol bahasa, ketentuan adat istiadat, agama dan juga pandangan (Ahmadi, 2005). Simbol merupakan salah satu pusat kepada kehidupan manusia yang dapat ditemui dalam realiti 30. FYP FTKW. api kecil sehingga santan mulai kering. Keseluruhan proses memakan masa sekitar.

(43) simbol sewaktu pengkaji menggunakan teori interaksi simbolik adalah penting. Hal ini kerana, simbol merupakan objek sosial dalam interaksi yang digunakan sebagai perwakilan dan komunikasi yang ditentukan oleh masyarakat yang menggunakannya. Masyarakat tersebut memberi makna, mencipta serta mengubah objek dalam interaksi. Simbol sosial tersebut dapat wujud dalam bentuk objek, kata kata dan tindakan (Ahmadi, 2005). Makanan tradisional Minangkabau merupakan simbol yang melambangkan masyarakat Minangkabau. Makanan tradisional merupakan makanan turun temurun yang menjadi penghubung antara generasi Minangkabau terdahulu, generasi Minangkabau masa kini dan generasi yang akan datang. Hal ini kerana, makanan tradisional adalah sangat penting dan mampu memberi nilai sentimental yang besar kepada sesebuah masyarakat. Oleh itu, dalam kajian kes berkaitan makanan tradisional masyarakat Minangkabau ini, teori simbolik akan digunakan untuk mengkaji peranan-peranan makanan tradisional Minangkabau kepada masyarakat Minangkabau di Hulu Langat dan bagi melihat mekanisme-mekanisme yang relevan untuk terus mengekalkan serta melestarikan makanan tradisional masyarakat Minangkabau ini.. 2.6 Kesimpulan. Kesimpulannya, penyelidikan yang bersesuaian dengan isu kajian telah pun banyak dikaji dan teori yang sesuai telah pun dipilih. Dengan menggunakan teori yang dikemukakan, pengkaji mampu mencapai objektifnya dan dapat mengeluarkan hasil dapatan kajian yang berkualiti.. 31. FYP FTKW. sosial manusia, kehidupan sosial manusia dan kehidupan individu. Pemahaman terhadap.

(44) METODOLOGI. 3.0 Pengenalan Metodologi kajian merupakan kaedah yang digunapakai dalam melaksanakan sesuatu kajian. Bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan kajian, pengkaji perlu memilih kaedah-kaedah yang terbaik dan sesuai berdasarkan topik perbahasan dan objektif kajian yang hendak dijalankan. Pada bahagian pertama, pengkaji menerangkan pendekatan yang digunakan ketika menjalankan kajian. Pada bahagian kedua, pengkaji menyatakan reka bentuk yang digunakan untuk menjalankan kajian manakala pada bahagian ketiga, pengkaji menerangkan teknik yang digunakan untuk mengumpul data. Instrumen yang digunakan dalam menjalankan kajian dinyatakan dalam bahagian keempat dan persampelan kajian dinyatakan dalam bahagian kelima bab tiga. Pada bahagian keenam, pengkaji menyatakan analisis data yang digunakan dan diikuti dengan penutup pada bahagian ketujuh bab ini.. 35. FYP FTKW. BAB TIGA.

(45) Bagi menjawab objektif kajian, pengkaji telah menggunakan pendekatan kualitatif dalam menyempurnakan kajian berkaitan makanan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat ini. Kaedah kualitatif lebih mengutamakan pengalaman subjektif individu yang perlu dianalisis secara realiti sosial yang mempunyai makna-makna tertentu. Kajian kualitatif ini bersifat subjektif dan personal (Yusof, 2003). Kajian kualitatif memerlukan pengkaji mengkaji dengan lebih spesifik dan mendalam berkaitan makanan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kaedah ini sesuai dengan tajuk kajian yang hanya memfokuskan kepada masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kajian berbentuk kualitatif juga mampu memberi data-data yang sahih dan mencukupi kepada pengkaji. Melalui pendekatan ini, pengkaji telah berhasil mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada temu bual bersama masyarakat Minangkabau di Hulu Langat.. 3.2 Reka Bentuk Kajian: Kajian Kes Reka bentuk kajian adalah satu cara pengumpulan data berdasarkan perancangan yang sistematik. Reka bentuk yang digunakan untuk menjalankan kajian mengenai makanan tradisional masyarakat Minangkabau ini berbentuk kajian kes. Kajian kes merupakan salah satu reka bentuk kajian yang berupaya menyokong kajian secara lebih terperinci dan mendalam terhadap sesuatu fenomena dan dijalankan dalam tempoh tertentu. Kajian kes bertujuan untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam mengenai subjek yang dikaji. Kajian kes memfokuskan kepada aspek proses, mementingkan aspek penemuan dan bukan untuk mengesahkan sesuatu teori (Merriem, 1998). Selain itu, kajian kes juga merupakan kajian yang berkaitan dengan strategi sesuatu penyelidikan yang lebih. 36. FYP FTKW. 3.1 Pendekatan Kajian.

(46) ‘apakah’ (Yin, 1995). Berdasarkan definisi yang diberikan, kajian kes lebih memfokuskan kepada kajian yang dijalankan secara nyata dan mendalam. Pengkaji tidak semata-mata menerima dan mengesahkan sesuatu teori, sebaliknya pengkaji perlu mencari dan menemukan sendiri jawapan-jawapan kepada persoalan kajian. Kajian kes yang berfokus kepada masyarakat Minangkabau yang terdapat di Hulu Langat ini telah berhasil membantu pengkaji merungkai persoalan-persoalan seperti peranan makanan masyarakat Minangkabau dan mekanisme yang relevan dalam mempertahankan makanan tradisional mereka. Kajian kes ini juga telah dijalankan dalam tempoh kajian yang telah ditetapkan.. 3.3 Teknik Pengumpulan Data Teknik pengumpulan data merupakan teknik yang digunakan untuk mengumpulkan datadata yang diperlukan tentang kajian yang dijalankan. Kaedah kajian merupakan prosedur atau langkah bagi mencapai objektif (Ayob, 1993). Bagi menyelesaikan objektif kajian kes berkaitan masyarakat Minangkabau ini, pengkaji telah menggunakan dua teknik pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder.. 3.3.1 Data Primer. Data primer merupakan data atau maklumat yang diperolehi daripada sumber asal atau sumber pertama (Yusuf, 2004). Data-data yang diperolehi daripada sumber pertama ini belum direkodkan pada mana-mana dokumen. Data-data primer merupakan data yang masih baru dan segar yang boleh didapati melalui individu atau masyarakat. 37. FYP FTKW. memberi fokus kepada persoalan dan pertanyaan seperti ‘siapa’, ‘mengapa’ dan juga.

(47) Kaedah Pemerhatian. Kaedah pemerhatian merupakan satu cara yang penting untuk mencapai objektifobjektif yang telah dinyatakan di bahagian pendahuluan. Pemerhatian yang telah dijalankan oleh pengkaji merupakan pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Bagi kaedah pemerhatian turut serta, pengkaji telah menemu bual responden untuk melihat cara-cara penyediaan dan pengolahan makanan tradisional masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kaedah pemerhatian tidak turut serta pula bertujuan untuk memerhati tingkah laku masyarakat di sekitar warung atau restoran masakan Minangkabau di Hulu Langat. Pengkaji telah ke tempat restoran makanan Padang di Hulu Langat untuk memerhati situasi, gaya pemakanan masyarakat serta penerimaan masyarakat terhadap makanan tradisional masyarakat Minangkabau di Hulu Langat.. b. Kaedah Temu Bual. Temu bual merupakan kaedah untuk mengesahkan maklumat atau data yang diperoleh (Ismail, 2015). Temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lisan daripada orang penting yang berkaitan dengan kajian. Kaedah temu bual merupakan kaedah yang memerlukan pengkaji bertemu secara langsung dengan responden bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan segar daripada sumber pertama. Temu bual yang telah digunakan oleh pengkaji adalah temubual mendalam dan bersifat separa struktur atau semi-struktur. Temu bual mendalam ini bersifat luas. Bagi menjalankan temubual mendalam, pengkaji telah menemu bual masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Masyarakat Minangkabau di Hulu Langat telah ditemu bual dengan menggunakan teknik temu bual berbentuk separa. 38. FYP FTKW. a..

(48) berstruktur. Pengkaji telah mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dan bertepatan dengan objektif kajian. Soalan disusun semula bagi mendapatkan maklumat yang mencukupi. Soalan telah disusun semula sewaktu sesi temubual dengan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan responden. Hal ini kerana, setiap inti yang disebutkan oleh responden merupakan data yang penting dan perlu diambil kira oleh pengkaji. Semasa sesi temu bual, pengkaji telah menggunakan beberapa alat bantuan kajian seperti kamera, perakam audio dan nota lapangan. Kamera digunakan untuk merekod gambar yang dijalankan sepanjang proses pengumpulan maklumat. Kamera merupakan instrumen yang penting untuk merekod bukti secara visual seperti bukti gambar perbualan antara pengkaji dan orang kampung dan masyarakat Minangkabau. Kamera juga telah merakam gerak kerja pengkaji sepanjang kajian dijalankan. Selain itu, perakam audio pula digunakan untuk merekod perbualan secara lisan antara pengkaji dan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Perakam audio merupakan satu instrumen yang penting sepanjang proses pengumpulan data. Penggunaan perakan audio telah digunakan adalah bagi memastikan tiada maklumat yang tercicir dan segala maklumat diterima adalah sahih dan tepat. Akhir sekali, nota lapangan digunakan untuk merekod isi-isi penting yang diperolehi sepanjang sesi temu bual dijalankan. Nota lapangan penting untuk merekod maklumat secara ringkas bagi memastikan pengkaji faham mengenai maklumat yang disampaikan oleh orang yang ditemu bual.. 39. FYP FTKW. struktur yang menggabungkan teknik temu bual berstruktur dan temu bual tidak.

(49) Data sekunder dapat ditakrifkan sebagai data yang diperolehi daripada sumber kedua. Data-data sekunder boleh dirujuk melalui kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji. Data sekunder yang mempunyai kaitan dengan kajian telah diambil sebagai bahan rujukan oleh pengkaji. Data sekunder yang telah diambil untuk dijadikan rujukan adalah kajian-kajian yang berkaitan dengan kajian makanan tradisional masyarakat Minangkabau.. a. Kaedah Pendokumentasian Kaedah pendokumentasian merupakan kaedah sekunder yang perlu digunakan dalam menjalankan sesebuah kajian. Dokumen yang telah digunakan adalah bahan-bahan rujukan ilmiah bertulis seperti buku, tesis, jurnal, artikel, serta hasil penyelidikan sejarah dan bahan-bahan rujukan ilmiah tidak bertulis seperti rakaman dokumentari dalam bentuk cakera. Bahan rujukan ilmiah bertulis dan tidak bertulis yang akan digunakan telah didapatkan di perpustakaan awam, perpustakaan universiti dan juga secara atas talian menerusi laman akademik seperti Google Scholar, Sciencedirect dan Academia. Dokumen-dokumen ini telah membantu pengkaji untuk mendapatkan data- data yang berkaitan dengan makanan masyarakat Minangkabau di Malaysia. Oleh itu, bahan rujukan ilmiah ini telah diambil daripada sumber yang boleh dipercayai dan telah dipastikan kesahihannya terlebih dahulu sebelum digunapakai sebagai bahan rujukan kajian. 3.4 Pensampelan Kajian Pensampelan kajian merupakan sampel yang dipilih oleh pengkaji untuk menjalankan kajian. Pensampelan merupakan proses memilih sebahagian populasi yang mempunyai ciri-ciri yang diinginkan untuk dijadikan sebagai responden kajian (Kamarul, 2015). Pensampelan dilakukan dengan mengambil satu bahagian subjek daripada populasi dan membuat cerapan dalam masyarakat tersebut. Pensampelan telah dilakukan bagi. 40. FYP FTKW. 3.3.2 Data Sekunder.

(50) kesahihan dan kualiti data yang diperoleh. Pensampelan yang telah diguna pakai dalam menyempurnakan kajian ini adalah persampelan bertujuan dan persampelan bebola salji.. 3.4.1 Teknik Pensampelan Teknik pensampelan merupakan kaedah atau cara yang digunakan dalam memilih sampel. Teknik pensampelan yang telah digunakan dalam menjalankan kajian simbolik makanan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat ini adalah teknik pensampelan bertujuan dan teknik pensampelan bebola salji.. a.. Teknik Pensampelan Bertujuan. Pensampelan bertujuan digunakan apabila pengkaji dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan beberapa sampel yang mewakili populasi (Najib, 1999). Pensampelan bertujuan merupakan pensampelan secara berfokus dan terperinci dengan hanya memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja. Pensampelan bertujuan memberi fokus terhadap kajian yang hendak dijalankan dan tidak bersifat rawak. Kajian yang telah dijalankan ini dikatakan pensampelan bertujuan kerana ianya terhad kepada ciri-ciri tertentu sahaja iaitu terhad kepada masyarakat Minangkabau yang tinggal di Hulu Langat.. b. Teknik Pensampelan Bebola Salji Pensampelan bebola salji digunakan sekiranya sampel yang dicari sukar untuk dikenalpasti. Pensampelan ini bermula dengan pemilihan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Pengkaji telah menetapkan satu ciri masyarakat yang akan ditemu bual untuk mendapatkan maklumat yang diingini iaitu masyarakat Minangkabau yang tinggal di Hulu Langat. Penemuan masyarakat yang mempunyai ciri ini telah 41. FYP FTKW. menjimatkan kos, masa, dan keboleh urusan. Ia juga telah berhasil memastikan ketepatan,.

(51) sama. Di sini, pengkaji telah berhasil menemukan lebih ramai masyarakat Minangkabau yang menetap di Hulu Langat sekali gus berhasil mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk meneruskan kajian.. 3.4.2 Saiz Pensampelan Saiz persampelan merupakan jenis populasi atau sampel yang perlu dipilih dan ditentukan sebelum pengkaji menjalankan kajian. Dalam menjalankan kajian kes berkaitan makanan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat ini, pengkaji telah menemu bual 10 orang masyarakat Minangkabau yang telah lama menetap di Hulu Langat. Pemilihan saiz sampel ini diambil kira berdasarkan objektif-objektif yang telah dikemukakan oleh pengkaji pada bab satu. Kajian yang berfokus kepada makanan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat ini hanya memerlukan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat sebagai sampel dalam kajian. Selain itu, pengkaji juga menitikberatkan faktor umur dalam mencari sampel yang sesuai. Pengkaji hanya memerlukan orang dewasa sahaja dalam kajian ini. Hal ini bagi memastikan data-data yang diperolehi dari hasil temubual adalah tepat dan sahih. Berdasarkan jadual 3.1 di bawah, kesepuluh responden yang ditemukan berumur 35 sehingga 61 tahun.. Jadual 3.1: Senarai Responden Kajian. Sumber: Kajian Lapangan, 2021. BIL. KOD. PERANAN. RESPONDEN. 42. UMUR. FYP FTKW. membantu pengkaji menemui lebih ramai masyarakat yang mempunyai ciri yang.

(52) R1. Masyarakat Minangkabau Hulu Langat. 57. 2. R2. Bekas Peniaga Makanan Minangkabau. 40. 3. R3. Peniaga Makanan Minangkabau. 43. 4. R4. Masyarakat Minangkabau Hulu Langat. 35. 5. R5. Masyarakat Minangkabau Hulu Langat. 52. 6. R6. Bekas Peniaga Makanan Minangkabau. 61. 7. R7. Masyarakat Minangkabau Hulu Langat. 57. 8. R8. Peniaga Sate Padang. 60. 9. R9. Masyarakat Minangkabau Hulu Langat. 39. 10. R10. Peniaga Lemang. 47. 3.5 Analisis Data. Analisis data merupakan teknik analisis yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan. Analisis data yang digunakan adalah analisis tematik.. 3.5.1 Analisis Tematik. Analisis tematik adalah salah satu kaedah menganalisis data dengan tujuan untuk mengenal pasti pola dan menemukan tema melalui data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji (Braun dan Clarke, 2006). Analisis tematik merupakan teknik analisis data yang digunakan sewaktu menjalankan penyelidikan kualitatif. Analisis tematik digunakan dalam penyelidikan yang memerlukan jumlah data yang besar dan mendalam. Pengkaji memilih teknik analisis tematik kerana ia merupakan pendekatan yang sesuai untuk menyelidik mengenai pandangan, 43. FYP FTKW. 1.

(53) tematik yang telah digunakan berhasil membantu pengkaji menganalisis data mengenai masyarakat Minangkabau di Hulu Langat dengan lebih tersusun. Terdapat lima tahap dalam menjalankan analisis tematik iaitu memahami data, menyusun kod, mencari dan menentukan tema, membuat laporan dan kemudian peringkat kebolehpercayaan (Heriyanto, 2018).. Transkripsi. Menyusun Kod. Laporan. Triangulasi. Menentukan Tema. Rajah 3.1: Proses Analisis Data. Rajah 3.1 menunjukkan 5 proses yang telah dilakukan untuk menganalisis data. Pada peringkat pertama, pengkaji telah melalui proses transkripsi iaitu mengumpul dan memahami data yang telah didapatkan daripada responden. Segala data yang didapatkan daripada hasil penelitian dan temu bual direkodkan terlebih dahulu dan perlu difahami dengan jelas. Peringkat kedua adalah menyusun kod. Semua data yang telah direkodkan dan difahami telah disusun berdasarkan kod. Hal ini bagi memastikan tiada data yang penting dari hasil temubual tercicir atau tertinggal. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan proses pengekodan transkripsi temubual bersama-sama responden.. 44. FYP FTKW. pengamalan dan nilai-nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Analisis.

(54) Sumber: Kajian Lapangan, 2021. Peringkat seterusnya adalah mencari dan menentukan tema. Pada peringkat ketiga ini, pengkaji telah mencipta tema berdasarkan kod-kod yang telah dikenalpasti. Pada peringkat keempat, pengkaji telah menulis laporan berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada responden. Akhir sekali, pengkaji telah mengesahkan kesahihan data yang didapatkan daripada responden dengan merujuk kajian-kajian lepas daripada sumber yang dipercayai. Peringkat akhir ini disebut peringkat kebolehpercayaan. (Heriyanto, 2018).. Analisis tematik. memerlukan pengkaji menggunakan langkah-langkah yang telah ditetapkan bagi memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh. Analisis tematik merupakan kaedah analisis data telah terbukti sesuai digunakan dalam kajian makanan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat ini.. 45. FYP FTKW. Jadual 3.2: Proses Menetapkan Kod Transkripsi Temubual.

(55) Kesimpulannya, kaedah-kaedah penyelidikan yang bersesuaian dengan isu kajian telah dikemukakan bagi memudahkan gerak kerja pengkaji memperoleh maklumat yang diperlukan. Dengan menggunakan kaedah-kaedah yang dikemukakan ini, pengkaji telah mampu mencapai objektif kajian dan dapat mengeluarkan hasil dapatan kajian yang berkualiti.. 46. FYP FTKW. 3.7 Kesimpulan.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan dan Peranan Amil Kariah: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor massa pula perlu diperhalusi dengan

Menerusi kajian ini juga dapat merungkai falsafah reka bentuk susun atur ruang dalaman rumah tradisional yang dihuni oleh masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di

Di samping persoalan utama kajian, terdapat empat sub-persoalan kajian dalam kajian ini iaitu; apakah taraf kehidupan semasa di kalangan penduduk warga tua di Malaysia,

“penghulu suku” 13. Dalam satu kumpulan randai mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai “pangka tuo randai”, kemudian dibantu “guru tuo silek” dan

Permasalahan pertama kajian ini ialah persoalan tentang penggunaan kata sapaan dalam masyarakat Negeri Sembilan yang seringkali dikatakan berasal dari daerah Kabupaten.. Seperti

Berdasarkan analisis bagi persoalan kajian ketiga iaitu membincangkan langkah untuk memperkenalkan dan memelihara makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek dalam kalangan masyarakat

Dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, budaya yang dibawa oleh masyarakat Minangkabau iaitu Hari Mantai telah menjadikan salah satu tradisi penting yang masih dipraktikkan

Menerusi kajian ini juga pengkaji dapat menyimpulkan bahawa karya yang dihasilkan oleh para pengarang mempunyai maksud dan pancaran status sosial mengenai masyarakat Minangkabau

Selain itu, pejuang Padri yang sangat mahir dengan selok-belok hutan suka membuat pasukan Belanda untuk mengejar mereka ke dalam hutan tersebut dan kemudian mereka akan

Selari dengan dapatan kajian Shai’rah (2015) yang menyatakan tahap kesediaan guru di sekitar daerah Hulu Langat dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan STEM

dan perkahwinan. dalam proses belajar kebudayaan manusia tentunya tidak begitu saja menerima apa adanya. Ia akan selalu menggunakan daya nalarnya untuk memahami, menyelami,

Dapatan kajian yang mengkaji hubungan antara beban tugas dengan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam daerah Hulu Langat melaksanakan kajian pengajaran menimbulkan persoalan kepada

Dalam kajian ini bagi memastikan penduduk sentiasa berada pada tahap kualiti hidup yang semakin baik akibat perubahan aktiviti masyarakat kampung kepada kehidupan penduduk

Pada tahun 1991, sebanyak 6,628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia dan telah meningkat sebanyak 76.1 peratus kepada 27,723 pada 1998 (Seksyen

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sikap guru Bahasa Melayu terhadap keberkesanan dan kekerapan penggunaan BTBM sekolah rendah di daerah Hulu Langat dalam P&P di

Satu dari peraturan itu adalah Peraturan Daerah Kabupaten Agam Nombor 31 tahun 2001 tentang Pemerintahan Nagari untuk menaikkan taraf perempuan agar mempunyai hak yang sama

Pemilihan tema kematian juga adalah cara yang ditempuh Kaum Tua dalam melarang tradisi maratok yang sudah menjadi tradisi dalam masyarakat Minangkabau.. Cara yang dipilih

pesilat memberikan wadah untuk penciptaan tarian baru yang disebut tari piring yang oleh masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat dikenali sebagai tari piring kreasi.8 Apa yang

Objektif kajian ini adalah mengkaji sejauhmana tahap penguasaan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di daerah Hulu Langat

Justeru, makalah ini cuba memaparkan persoalan penganutan agama Islam dan Kristian di kalangan masyarakat Kadazandusun dengan menumpukan kepada kadar bilangan penganut kedua-dua

Dalam budaya Minangkabau, yang pengaruhnya juga terasa pada sebahagian masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, terutama di Negeri Sembilan, dikenal 4 (empat)

2) JPS Daerah Klang 3) JPS Daerah Petaling 4) JPS BPME Seksyen 17 5) JPS Daerah Gombak 6) JPS Daerah Hulu Langat 7) JPS Daerah Kuala Langat 8) JPS Daerah Hulu Selangor 9) JPS

Robiatul A’dawiah Jamaluddin & Halimah Badioze Zaman (2010) dalam tinjauan yang dilakukan ke atas 10 buah prasekolah di Hulu Langat, Selangor dapat melihat