• Tiada Hasil Ditemukan

TEMPORAL BONE DISSECTION COURSE BANTU LAHIRKAN PAKAR BEDAH TELINGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "TEMPORAL BONE DISSECTION COURSE BANTU LAHIRKAN PAKAR BEDAH TELINGA"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 1302

KUBANG KERIAN, 8 Mac 2016 – Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-HNS) Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan ‘3rd USM Temporal Bone Dissection Course’ yang berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 Mac 2016.

Menurut Pengarah Program, Profesor Dr. Mohd Khairi Md Daud, dalam proses menghasilkan seorang doktor pakar bedah ORL-HNS, kemahiran amat diperlukan dan latihan simulasi pembedahan seperti ini sangat berguna sebelum seseorang doktor itu melakukan prosedur pembedahan sebenar ke atas pesakit.

“Temporal Bone Dissection Course merupakan satu bengkel latihan secara ‘hands-on’ di mana peserta membuat simulasi pembedahan di bahagian belakang telinga pada kadaver kepala yang disediakan dengan tunjuk ajar daripada fasilitator”.

Mohd Khairi berkata, proses serta kesukaran sesuatu pembedahan tidak dapat diketahui hanya melalui pembacaan kerana prosedur pembedahan yang sebenar lebih sukar dan disebabkan itulah, latihan sebegini perlu untuk meningkatkan kemahiran setiap pelajar.

“Kursus ini merupakan kali ketiga diadakan dengan bilangan peserta seramai lapan orang dan mendapat sambutan bukan sahaja daripada peserta dalam negara malahan ada yang datang daripada Indonesia dan Iraq kerana kepercayaan mereka terhadap kepakaran yang ada di tempat kita.

IMG 1301

Kita mendapat maklumbalas yang positif dan memberangsangkan daripada peserta yang telah mengikuti kursus pada tahun pertama dan kedua, manakala bermula pada tahun hadapan kursus ini akan diadakan dua kali setahun bagi memenuhi permintaan banyak pihak kerana untuk satu slot kursus yang diadakan kita tidak dapat membuka penyertaan kepada bilangan peserta yang besar kerana bergantung kepada bilangan kadaver kepala yang dapat disediakan untuk sesi simulasi,”

katanya lagi.

Seramai enam orang fasilitator terlibat dalam kursus ini iaitu daripada USM, Profesor Dr. Mohd Khairi Md Daud, Profesor Dr. Dinsuhaimi Sidek dan Dr Nik Adilah Nik Othman, daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Zulkiflee Salahuddin, daripada Hospital Kuala Lumpur, Dr. Iskandar Hailani (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

TEMPORAL BONE DISSECTION COURSE BANTU LAHIRKAN PAKAR BEDAH TELINGA

09 MAR

(2)

dan daripada Hospital Sungai Buloh, Dr. Fadzilah Ismail.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berpandukan pelan transformasi ST yang memberi penekanan kepada inisiatif continuous improvement dalam memenuhi keperluan semasa dan masa depan sektor tenaga

1) Loji Janakuasa RE Utama Yang Telah Dilesenkan Sehingga Suku Tahun Kedua (Q2) 2012 Pada suku tahun kedua terdapat pertambahan sebanyak 3 lesen yang dikeluarkan oleh

Kursus Bahasa dan budaya Melayu mula diperkenalkan di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), USM pada tahun 2002. Peserta sulung yang diterima

Pelajar yang terlibat dengan kajian adalah terdiri daripada pelajar tahun pertama dan kedua oleokimia dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST)... Pelajar yang terlibat dengan

2021 merupakan tahun yang kedua dimana negara kita masih lagi dibelenggu oleh wabak penyakit yang berentetan dari tahun 2020 dan pada masa yang sama, alam semulajadi seolah-olah

EKSPEN adalah  aktiviti tahunan yang dirangka untuk membantu para pelajar merancang dan menerokai dunia pekerjaan pada masa hadapan dan pada tahun ini sebanyak

Sidang Pertama akan diadakan pada hari Sabtu, 25 April 2015 mulai jam 10.00 pagi untuk siswazah Doktor Falsafah dan yang setaraf dengannya, manakala Sidang Kedua, bermula jam

Syarikat tersebut menjangka kos penyelenggaraan peralatan B ialah RM5,000 dalam tahun pertama, RM5,200 pada tahun kedua, dan jumlah yang meningkat sebanyak RM200 setiap tahun