• Tiada Hasil Ditemukan

Latihan di bawah projek BISA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Latihan di bawah projek BISA"

Copied!
1
0
0

Tekspenuh

(1)

LATIHAN DI BAWAH PROJEK BISA

oleh Tan Siew Eng*

BISA atau Bibliographic Information on Southeast Asia ialah satu database Australia. Database ini meliputi bahan-bahan mengenai Asia Tenggara, khususnya Indonesia dan Malaysia, yang disimpan di Fisher Library, Australian National Library, Australian National University Library dan Monash University Library. Database BISA adalah dalam AUSINET, satu "information network" Australia. Di bawah projek BISA, pengarahnya, Helen Jarvis, telah mewujudkan satu skim latihan untuk memberikan pengalarnan kerja kepada pustakawan- pustakawan Asia Tenggara dalam pengunaan komputer untuk 'data input' dan 'data retrieval'. Tempoh latihan ialah selama enam bulan dan latihan ini dijalankan secara kursus kerja.

Semasa latihan ini saya bekerja di bawah penyeliaan Helen Jarvis dan arahan Pustakawan Universiti Sydney, Dr. Radford. Saya ditugaskan mengkatalog bahan-bahan Indonesia dari koleksi IDC dengan menggunakan terminal untuk mengimput semua penerangan ke dalam komputer. Sistem katalog BISA menggunakan AACR2, AUSMARC dan Dewey Classification. Selain mengimput bahan-bahan I DC, saya juga mengimput indeks Far Eastern Economic Review dan mengumpul sebuah bibliografi bertajuk 'Chinese kungfu stories in Indonesian; a bibliography selected from the IDC collection'. Ini satu senarai cerita kungfu Cina yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia.

Saya juga diberi latihan dan pengalaman kerja dalam bidang online 'information retrieval'. Saya mengikuti satu bengkel DIALOG dan dari masa ke semasa menjalankan 'search' melalui komputer dalam database DI ALOG atau AUSINET.

Selain dari kursus kerja, saya juga melawat beberapa buah perpustakaan di Sydney dan Canberra dan meng- hadiri bengkel-bengkel dan mesyuarat-mesyuarat dalam bidang perpustakaan atau maklumat. Bengkel-bengkel yang penting ialah LAA Workshop on the Generation and Management of Small Scale Databases dan BISA Workshop on Asean/ Australia Resource Sharing in Information Retrieval and MARC.

Dalam lawatan saya ke Australian National Library (ANL) saya dapat peluang memerhatikan pelbagai data- base yang diuruskan oleh perpustakaan ini dan peranannya dalam 'cooperative cataloguing'. Perpustakaan ini bertanggungjawab menghasilkan Australian National Bibliography (ANB) dan Australian Bibliographic Network

(ABN). ANB ialah satu bibliografi kebangsaan dan ABN satu database terdiri dari MARC dari Amerika Syarikat, Great Britain, Canada dan Australia. ANL menjalankan satu kemudahan katalog untuk perpustakaan-perpustaka- an lain. Kemudahan ini dinamakan AMRS (Australian MARC Record Service). Perpustakaan-perpustakaan boleh memesan MARC records melalui AMRS untuk mengkatalog bahan-bahan masing-masing. Mereka menghantarkan nombor penguasaan dalam 'magnetic tape' dan 'hit' nya dikembalikan dalam bentuk pita. Dengan pita ini mereka memproses bahan-bahan mereka secara online.

Perpustakaan-perpustakaan lain yang saya lawati ialah Fisher Library di Universiti Sydney dan cawangan- cawangannya, Australian National University Library dan Macquarie University Library. Di perpustakaan- perpustakaan ini saya memperhatikan proses teknikal rnereka, khususnya proses katalog.

Kursus latihan di bawah projek BISA telah memberikan saya pengalaman yang amat berfaedah. Keistimewa- annya ialah dalam bidang sistem-sistem automasi perpustakaan.

*Bahagian Katalog, Perpustakaan Universiti Malaya.

2

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Penternakan Rumpai Laut melalui konsep estet mini di Semporna Sabah merupakan salah satu daripada 16 Projek Permulaan (Entry Point Projek) (EPP) di bawah sektor pertanian

Rawatan Pergigian sebanyak RM 250.00 adalah untuk satu tahun termasuk tanggungan... Cuti hendaklah dihabiskan dalam tempoh kontrak

Rawatan Pergigian sebanyak RM 250.00 adalah untuk satu tahun termasuk tanggungan... Cuti hendaklah dihabiskan dalam tempoh kontrak

Latihan Industri dan Komuniti merupakan satu program yang menempatkan pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, amali, klinikal atau kerja komuniti dalam satu-satu

Sukacita dimaklumkan pihak Universiti telah meiuluskan cadangan penyelidikan Y, Brs Profesor/tuan/puan untuk membiayai projek penyelidikan di bawah Dana Kecemeriangan UiTM..

Oleh itu, dari apa yang dihayati disini, kajian penempatan seorang pengurus projek yang memahami amalan terbaik sebagai seorang pengurus projek dengan amalan

Arahan Penting: Sila baca dengan teliti dan isi maklumat dengan lengkap sebelum menyerahkan borang ini.. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 25

RIDA juga telah menaja 8 orang pelajar di bawah Pelan Colombo untuk latihan dalam Chartered Accountancy di Australia dimana para pelajar terbabit akan mengikuti peperiksaan