• Tiada Hasil Ditemukan

View of Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Keberkesanan Pengajaran Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Keberkesanan Pengajaran Guru"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Keberkesanan Pengajaran Guru

(Principal’s Instructional Leadership Practices and Their Relationship to Teacher Teaching Effectiveness)

Siti Hazirah Hamdzah1*, Mohd Izham Mohd Hamzah1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: sitihazirah1415@gmail.com

Accepted: 15 October 2021 | Published: 1 November 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Amalan kepimpinan merupakan suatu amalan yang diperlukan dalam mentadbir dan menguruskan sekolah. Dalam era revolusi industri keempat telah menunjukkan bahawa pelbagai amalan kepimpinan yang dimainkan oleh pengetua dalam menjalankan tanggungjawab mereka di sekolah. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan mengenai hubungan amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan keberkesanan pengajaran guru. Secara keseluruhannya, kajian terdahulu mendapati bahawa kepimpinan instruksional pengetua berada pada tahap tinggi dan keberkesanan pengajaran guru berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, kolerasi pemboleh ubah kepimpinan instruksional pengetua dengan keberkesanan pengajaran guru menunjukkan hubungan yang signifikan.

Selain itu, kertas konsep ini juga mengemukakan teori dan model tentang pemboleh ubah kajian. Pada masa yang sama, kertas konsep ini turut mengutarakan beberapa cadangan dalam usaha penambahbaikan amalan kepimpinan dan keberkesan pengajaran guru. Oleh itu, diharapkan kertas konsep ini dapat memberikan maklumat kepada pengetua dan guru-guru dalam meningkatkan kepimpinan serta keberkesanan pengajaran di sekolah. Kesimpulannya, pengetua bertanggungjawab terhadap amalan kepimpinan yang mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerana ianya secara tidak langsung akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Kata kunci: kepimpinan instruksional, keberkesanan pengajaran guru, prestasi akademik

Abstract: Leadership practice is a necessary practice in administering and managing a school. In the era of the fourth industrial revolution has shown that various leadership practices are played by principals in carrying out their responsibilities in schools. This concept paper aims to discuss the relationship of principal’s instructional leadership practices with teacher’s teaching effectiveness. Overall, the findings of previous studies found that the instructional leadership of principals was at a high level and the teaching effectiveness of teachers was at a moderately high level. Meanwhile, the relationship between principal’s instructional leadership and teacher’s teaching effectiveness showed a significant relationship.

In addition, this concept paper also presents theories and models about the study variables. At the same time, this concept paper also makes some suggestions in an effort to improve leadership practices and teaching effectiveness of teachers. Therefore, it is hoped that this concept paper can provide information to principals and teachers in improving leadership and teaching effectiveness in schools. In conclusion, principals are responsible for leadership practices that can improve knowledge and skills because it will indirectly affect the effectiveness of teacher’s teaching in improving student’s academic performance.

(2)

Keywords: Instructional leadership, teacher teaching effectiveness, academic performance _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pengetua merupakan individu yang berperanan penting dalam memimpin dan menguruskan sekolah ke arah mencapai pendidikan berkualiti (Noor Asma & Mohamed Yusoff, 2017).

Pendidikan berkualiti menuntut pemimpin sekolah mempunyai kualiti diri yang tinggi dalam memacu kecemerlangan sekolah (Shariffah, Mohammed Sani & Mohd Izham, 2012). Menurut Louis dan rakan-rakannya (2010) turut menyokong bahawa kekerapan kepimpinan instruksional sering menghubungkaitkan amalan kepimpinan pengetua sebagai pemimpin organisasi.

Kepimpinan instruksional adalah kepimpinan yang sangat diperlukan oleh pengetua dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran di sekolah. Kepimpinan instruksional berperanan sebagai pemula perubahan dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa serta mampu memberikan kesan kepada keberhasilan dan pencapaian murid (Alimuddin, 2010).

Kementerian Pendidikan Malaysia sedaya upaya memastikan pengetua mahupun guru besar yang berkualiti ditempatkan di setiap sekolah (KPM, 2010). Melalui kepimpinan instruksional yang berkesan, sekolah akan memperoleh sasaran kecemerlangan pencapaian pelajar (Zaliza

& Mohd Izham, 2018).

Keberkesanan pengajaran guru adalah usaha guru dalam menarik minat dan perhatian pelajar untuk belajar (Rohani, Hazri & Nordin, 2010). Usaha mencapai keberhasilan dalam pembelajaran pelajar adalah suatu proses yang perlu dilakukan oleh guru bagi menghasilkan keberkesanan pengajaran di dalam kelas (Mohammed Sani, 2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM, 2010), menggariskan guru perlu mempunyai penguasaan dalam merancang pengajaran, melaksanakan pengajaran, mengurus bilik darjah dan memiliki perwatakan guru.

Penguasaan guru dalam pengajaran akan menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran.

1.1 Tujuan Kajian

Tujuan utama kertas konsep pengkaji memfokuskan kepada perbincangan tahap amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua dan hubungannya dengan keberkesanan pengajaran guru.

2. Teori dan Model

Kertas konsep turut menfokuskan perbincangan teori dan model kepimpinan instruksional pengetua dan keberkesanan pengajaran guru di sekolah,

2.1 Teori dan Model Kepimpinan Instruksional

Teori kepimpinan instruksional mula diperkenalkan oleh Hallinger dan Murphy pada tahun 1985. Model Hallinger dan Murphy (1985) menyenaraikan sebelas amalan kepimpinan instruksional pengetua di sekolah. Perkembangan dan penambahbaikan model kepimpinan instruksional terus berlaku bagi memantapkan lagi teori ini (Hallinger & Murphy, 1985, 1987;

Hallinger, 2011).

Model Kepimpinan Instruksional oleh Hallinger (2011) mempunyai tiga dimensi yang digariskan dalam mengukur kepimpinan instruksional iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksional dan mewujudkan iklim pembelajaran. Ketiga-tiga dimensi ini

(3)

mempunyai elemen yang menjadikan kesemuanya mempunyai sepuluh elemen. Bagi dimensi mendefinisikan misi sekolah terdiri daripada dua elemen iaitu merangka matlamat sekolah (i) dan menyampaikan matlamat sekolah (ii).

Manakala, dimensi menguruskan program instruksional mempunyai tiga elemen iaitu menyelia dan menilai pengajaran guru (iii), menyelaras kurikulum (iv) dan memantau kemajuan murid (v). Sementara, elemen mewujudkan iklim pembelajaran pula mempunyai lima elemen iaitu melindungi masa pengajaran dan pembelajaran (vi), mengekalkan keterlihatan yang tinggi (vii), menyediakan insentif untuk guru (viii), menggalakkan perkembangan kerjaya (ix) dan menyediakan insentif untuk pembelajaran (x).

Menentukan Misi Sekolah Mengurus Program Pengajaran

Mewujudkan Iklim Pembelajaran

▪ Merangka matlamat sekolah

▪ Menyampaikan matlamat sekolah

▪ Menyelia dan menilai pengajaran guru

▪ Menyelaras kurikulum

▪ Memantau kemajuan murid

▪ Melindungi masa pengajaran dan pembelajaran

▪ Mengekalkan keterlihatan yang tinggi

▪ Menyediakan insentif untuk guru

▪ Menggalakkan perkembangan kerjaya

▪ Menyediakan insentif untuk pembelajaran

Rajah 1 : Teori Kepimpinan Instruksional Sumber : Model Hallinger (2011)

Melalui Teori Kepimpinan Instruktional ini, pengetua dijangkakan mengamalkan kesepuluh- sepuluh elemen tersebut. Kesepuluh-sepuluh emelen ini didasari oleh tiga dimensi utama iaitu menentukan misi sekolah, mengurus program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran. Berdasarkan model teori ini, pengetua sekolah yang mengamalkannya akan menjadi peran contohan dalam pengajaran dan pembelajaran secara mendalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Keadaan ini secara tidak lansung akan membantu guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di dalam bilik darjah.

2.2 Teori dan Model Keberkesanan Pengajaran Guru

Teori Keberkesanan Pengajaran. diperkenalkan oleh Slavin (1987) berkesinambungan daripada teori sebelumnya iaitu Teori Pembelajaran Berkesan yang diperkenalkan oleh Caroll (1963). Daripada teori yang dikemukan ini Slavin (1987) telah memperkenalkan Teori Pengajaran Berkesan atau juga diperkenalkan sebagai Teori Keberkesanan Pengajaran (Slavin, 1995). Model Keberkesanan Pengajaran Slavin (1995) mempunyai empat dimensi bagi mengukur keberkesanan pengajaran guru iaitu (i) kualiti pengajaran guru, (ii) kesesuaian aras pengajaran, (iii) insentif dan (iv) masa.

Rajah 1 : Teori Pengajaran Berkesan Sumber : Model Slavin (1995)

KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU i. Kualiti Pengajaran Guru

ii. Kesesuaian Aras Pengajaran iii. Insentif

iv. Masa

(4)

3. Dapatan dan Perbincangan Kajian Terdahulu

Kajian terdahulu memperlihatkan kepimpinan instruksional merupakan suatu kepimpinan yang mendapat perhatian oleh pengkaji di dalam dan luar negara. Di Malaysia, kajian terhadap kepimpinan intruksional lebih mengutamakan amalan dan peranan yang dimainkan oleh pengetua (Hallinger 2011; Rigby, 2014; Zaliza & Mohd Izham, 2018). Menjelang abad ke-21, masih lagi releven membincangkan amalan kepimpinan instruksional yang menjadi penyumbang kepada kecemerlangan kurikulum di sekolah (Hallinger, 2011). Hallinger dan Murphy (1985, 1987) merupakan individu yang berperanan dan berpengaruh dalam merumuskan idea tentang kepimpinan instruksional. Kajian lanjutan oleh Hallinger (2011), turut menekankan pemimpin sekolah perlulah mengamalkan peranan dan tanggungjawab kepimpinan instruksional di sekolah dalam usaha ke arah meningkatkan prestasi akademik pelajar. Para penyelidik di Malaysia telah menggunakan teori dan model kepimpinan instruksional berdasarkan kepada persekitaran pendidikan luar negara seperti Amerika Syarikat dan negera-negara Eropah lain (Mohd Yusri & Aziz Amin, 2017).

Kajian-kajian lepas mengaitkan kepimpinan instruksional dengan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu berkaitan objektif kajian penulis. Kajian-kajian lepas dalam laluan negara dan luar negara mempunyai persamaan dan perbezaan tertentu mengikut persoalan dan objektif kajian. Menurut perincian oleh Hallinger (2011), terdapat lebih seratus kajian tentang kepimpinan instruksional yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di peringkat doktor falsafah (PhD) di negara luar terutamanya Amerika Syarikat. Antaranya, menghubungkaitkan kepimpinan instruksional juga turut dinilai melalui pencapaian pelajar dan kepimpinan dan keberkesanan sekolah (Zakaria & Sufean, 2016). Pengkaji sering memilih kajian yang berkaitan kepimpinan instruksional dengan mengaitkan pembolehubah hasilan. Perkaitan hasilan berkenaan termasuklah mengaitkan dengan kecemerlangan, keberkesanan sekolah dan pencapaian akademiuk (Zakaria & Sufean, 2016).

Seterusnya, dalam kajian terdahulu yang melihat hubungan amalan kepimpinan instruksional dengan komitmen guru (Zaliza & Mohd Izham 2018; Rozila & Jamalul Lail, 2019). Kajian- kajian lepas mengukur komitmen guru berdasarkan kepada tiga iaitu komitmen normatif, komitmen afektif, dan komitmen berterusan. Dapatan kajian yang dijalankan oleh Zaliza dan Mohd Izham (2018) menunjukkan terdapat hubungan yang positif sederhana kuat. Majoriti kajian menunjukkan hubungan kolerasi berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pengetua menjalankan perubahan sikap positif terhadap pendidikan di sekolah (Nik Mustafa et al., 2015; Jameela & Jainabee, 2011). Pengetua dan warga sekolah dilihat bersama-sama menerima dengan positif strategi kepimpinan instruksional dalam mempromosi dan menegakkan piawaian akademik di sekolah.

Kajian juga mendapati wujud hubungan kepimpinan instruksional dengan prestasi akademik sekolah di Zon Baram Hilir di Sarawak (Yeo Pei & Azlin, 2017). Hasil dapatan kajian tahap kepimpinan instruksional menunjukkan hubungan yang signifikan. Prestasi akademik diukur berdasarkan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) tahun 2003. Dapatan kajian selari dengan dapatan yang dijalankan oleh Saiful (2016) yang memperlihatkan pengetua mencapai prestasi akademik tinggi apabila memberikan fokus dalam mengukur peningkatan pembelajaran pelajar, membentuk persekitaran pembelajaran dan menilai program-program pendidikan yang dijalankan di sekolah.

(5)

Di samping itu, keberkesanan pengajaran guru pula berdasarkan kajian terdahulu menunjukkan bahawa hubungan kepimpinan pengetua sering digandingkan dengan amalan kepimpinan srategik (Kalaimani & Aida Hanim, 2020; Fazleen & Siti Noor, 2018). Dapatan kajian oleh Kalaimani dan Aida Hanim (2020) menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan kepimpinan strategik dengan tahap kualiti pengajaran guru. Hal ini kerana kedua-dua domain menunjukkan kepimpinan guru besar dengan tahap kualiti pengajaran guru tidak memberikan kesan antara satu sama lain. Hasil dapatan ini turut dikukuhkan oleh kajian yang dilakukan Fazleen dan Siti Noor (2018) menunjukkan bahawa hubungan positif pada aras yang sangat lemah. Keadaan ini bermaksud kepimpinan sekolah perlu mempraktikkan amalan strategik di sekolah dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran guru (Hairuddin & Aniyath, 2015).

Selanjutnya, tahap amalan keberkesanan pengajaran guru berdasarkan kajian oleh Noor Lela dan Nur Afrina (2020) menunjukkan amalan keberkesanan berada pada tahap sederhana tinggi.

Keadaan ini telah membuktikan bahawa guru-guru menguruskan masa pengajaran dengan efektif, menggunakan kaedah peneguhan positif dan negatif bagi memotivasikan pelajar serta berkemahiran dalam menggunakan pelbagai kaedah pendekatan dalam pengajaran bersesuaian dengan tahap pelajar. Dapatan kajian sama turut membuktikan bahawa guru yang melaksanakan pengajaran mereka berasaskan pembelajaran abad ke-21 berjaya merangkum perancangan, pelaksanaan dan penilaian atau penaksiran di kelas(Normiati & Abdul Said, 2019; Nurul Huda & Azlin, 2017).

4. Cadangan dan Implikasi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peneraju utama sistem pendidikan di Malaysia, begitu komited dalam melahirkan pengetua yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap amalan kepimpinan instruksional. KPM berusaha merealisasikan hasrat ini melalui anjakan kelima dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kerangka pelan menunjukkan bahawa pengetua yang berkebolehan akan ditempatkan di sekolah agar kepimpinan instruksional mampu dilaksanakan secara berkesan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Sejajar dengan hasrat ini, KPM menggariskan bahawa pengetua perlulah memberikan tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan tidak memfokuskan hanya kepada kepimpinan dalam pentadbiran sahaja. Maka, hasil daripada kertas konsep ini diharapkan KPM dapat memperkukuhkan lagi dasar dengan peraturan dan pemantauan agar pengetua dapat menyeimbangkan kepimpinan dalam pentadbiran dan instruksional.

Usaha KPM ke arah pemantapan kepimpinan sekolah ini turut dianjurkan melalui program latihan di Institut Aminuddin Baki (IAB) iaitu melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).

Fungsi LADAP adalah merangka dan mengadakan program dan latihan kepada pengetua dalam meningkatkan kualiti kepimpinan. Diharapkan, latihan dan program yang telah dirangka oleh KPM ini dapat diteruskan dan ianya mengikuti arus terkini dan terbaru dalam memenuhi keperluan pemimpin sekolah. Selain itu, dalam meningkatkan kualiti pengajaran, guru pula diharapkan guru diberikan peluang dan ruang membangunan profesionalisme keguruan. Pihak yang terlibat seperti KPM, JPN dan PPD perlu menyediakan platform dari semasa ke semasa agar guru dapat meningkatkan profesionalisme mereka. Penambahbaikan dalam penyediaan akan memberikan lebih peluang dan akses kepada tahap pendidikan yang lebih berkualiti dari segi amalan dan pengetahuan guru. Oleh itu, diharapkan kertas konsep ini dapat dijadikan asas dalam meningkatkan latihan dan program barisan pentadbir sekolah dan guru.

(6)

Seterusnya, implikasi melalui kertas konsep ini telah menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional berperanan mempengaruhi keberhasilan pencapaian akademik sekolah. Kajian- kajian terdahulu telah membuktikan bahawa sejak 20 tahun yang lalu kepimpinan instruksional ini dijadikan penanda aras kepada kejayaan pengetua mewujudkan budaya pengajaran di sekolah. Secara keseluruhannya, hubungan antara kepimpinan pengetua dengan keberkesanan pengajaran guru pula dilihat tidak meninggalkan kesan yang besar terhadap pengajaran kerana kedua-dua domain ini berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, diharapkan kertas konsep ini telah memberikan pemahaman kepada pengkaji bahawa hubungan yang lemah ini bukanlah faktor utama memberikan impak kepada prestasi sekolah.

Sehubungan dengan itu, barisan pentadbir sekolah juga perlu sedar dan bertanggungjawab dalam usaha meningkatkan amalan, pengetahuan serta kemahiran kepimpinan instruksional.

Amalan kepimpinan instruksional ini seharusnya tidak hanya terbatas kepada teori sahaja tetapi turut mempengaruhi praktikal. Keadaan ini agar impak yang besar dapat dioptimumkan oleh pengetua dalam meneraju kepimpinan instrusional di sekolah. Begitu juga dengan keberkesanan pengajaran guru juga dilihat perlu memenuhi standard yang telah digariskan agar kualiti pengajaran mereka turut memberikan impak kepada prestasi murid.

5. Kesimpulan

Kertas konsep ini telah membincangkan kepimpinan intruksional dan keberkesanan pengajaran guru. Kajian-kajian terdahulu turut menguatkan lagi praktikaliti kepimpinan pengetua dalam kepimpinan dan keberkesanan pengajaran guru di bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa peningkatan prestasi akademik turut di dorong oleh peranan pengetua dan peranan guru.

Pengetua yang mengamalkan amalan kepimpinan instruksional yang sempurna akan membantu guru-guru mencapai aktiviti pengajaran dengan komited terhadap tugas mereka.

Pada abad ke-21 di negara ini ke arah memacu pembangunan pendidikan secara holistik.

Justeru, diharapkan peranan dan kepentingan amalan kepimpinanan instruksional pengetua sekolah amat penting dalam membangun taraf pendidikan Malaysia di peringkat global.

Rujukan

Alimuddin, M. D. (2010). Ciri-ciri Pengetua yang Cemerlang. Pendidik Selangor. Widad Publications. Bil 73.

Carroll, J, B. (1963). A Model of Scholl Learning. Teachers College Record, 64, 723-733.

Fazleen, M., & Siti Noor. (2018). Kepimpinan strategik dan hubungannya dengan kualiti pengajaran guru.JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(2), 14-25.

Hairuddin, M, A,. & Aniyath, A. (2015). Do Strategic Leadership and Self Efficacy Among School Leaders Make a Difference?. Asian Social Science, 11(27), 219.

Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behavior of principals.The Elementary School Journal, 86 (2).

Hallinger.P. & Murphy.J. (1987). Assesing and developing principal instructional leadership.

Educational Leadership. 45(1):54-61.

Hallinger, P. (2011). A review of three decades of doctoral studies using the principal instructional management rating scale: A lens on methodological progress in educational leadership. Educational Administration Quarterly, 47(2), 271-306.

Jamelaa, B. A., & M. K. Jainabee. (2011). Instructional leadership and attitude towards organizational change among secondary schools principal in Pahang, Malaysia.

Procedia-Social and Behavioral Sciences, 15, 3304–3309

(7)

Kalaimani, R., & Aida Hanim, A, H., (2020). Kepimpinan strategik dan hubungannya dengan kualiti pengajaran guru di sekolah kluster Tamil daerah Pasir Gudang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2), 57-64.

Kementeriaan Pendidikan Malaysia. (2010). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: KPM.

Louis, K.S., Dretzke, B., & Wahlstrom, K. (2010). How does leadership affect student achievement? Results from a national US survey. School effectiveness and school improvement, 21(3), 315-336.

Mohammed Sani, I,. (2017). Peranan guru kanan mata pelajaran dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran guru-guru. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(1), 28-41.

Nik Mustafa, M, A., Mohd Radzi, T., Hazlina, J., Wan Aida Rohana, M, S., & Mohd Nawawi, O. (2015). Principals’ instructional leadership and teachers’ commitment in three Mara junior Science Colleges (Mjsc) in Pahang, Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 191, 1848-1853.

Normiati, B., & Abdul Said, A., (2019). Pengaruh Pengajaran Guru Terhadap Kualiti Pengajaran Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(2), 30-42.

Noor Asma, I., & Mohamed Yusoff, M,N., .(2017)Tahap Kepimpinan Instruksional Dan Rekabentuk Instruksional Pengetua Di Sekolah–Sekolah Menengah Daerah Pendang, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana 1(1): 1-13

Noor Lela, A., & Nur Afrina Haziqah, A., (2020). Tahap Amalan Pengajaran Berkesan Guru Prinsip Perakaunan Berasaskan Model Slavin (Accounting Principle Teacher’s Effective Teaching Practices Based on Slavin’s Model). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 45(1), 53-62.

Nurul Huda, A, R., & Azlin Norhaini, M., (2017). Tahap amalan guru besar serta pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah (The level of headmaster leadership and the teaching and learning of primary school teacher).Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 13(3).

Rigby, J. G. (2014). Three logics of instructional leadership. Educational Administration Quarterly, 50(4), 610-644.

Rohani, A., Hazri, J. & Nordin, A.R. (2010). Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 2, 61-69.

Rozila, M, Y., & Jamalul Lail, A, W. (2019). Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Komitmen Guru di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Daerah Seremban. International Journal of Education, 4(33), 107-121.

Saiful Akramin, M, N. (2017). Amalan Kepimpinan Pengetua di Sekolah Prestasi Akademik Tinggi dan Rendah di Daerah Kota Bharu Kelantan, 1(1), 221-230.

Shariffah Sebran Jamila, S, I,. Mohammed Sani, I,. & Mohd Izham, M, H. (2012). Tret Kepimpinan Pengetua Dan Guru Besar Di Malaysia: Perspektif Pentadbir Sekolah. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 23(1), 29-43.

Slavin, R. E. (1987). A Theory of School and Classroom Organization, Educational Psychologist, 22:2, 89-108,

Slavin, R. E. (1995). A model of effective instruction. The Educational Forum 59(2), 166- 176.

Mohd Yusri, I., & Aziz, A. (2017). Model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11-25.

(8)

Yeo Pei Chyi & Azlin Norhaini Mansor. (2017). Kepimpinan instruksional guru besar di Zon Baram, Sarawak. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zakaria, O., & Sufean, H. (2016). Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Prestasi Akademik Di Sekolah Kurang Murid. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 29(1), 40-53.

Zaliza, M, Y., & Mohd Izham, M, H., (2018). Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Komitmen Guru di Sekolah Menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan,31(1).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Demikian juga dengan hasil kajian oleh Alia Yashuk (2020) dapatan hasil kajiannya terhadap tahap motivasi guru Pendidikan Islam iaitu kerja itu sendiri, peluang memajukan diri

Menurut (Quaglia & Marion, 1991 dalam Junaidah Mohamad, 2013) menyatakan terdapat perkaitan rapat antara kepuasan kerja guru dengan perkara yang selalu berlaku

Dapatan kajian oleh Hilman (2018) ke atas 90 orang pengetua di Sulawesi Selatan mendapati kecerdasan emosi pengetua memberikan kesan secara signifikan ke atas kepimpinan

Kajian ini mendapati hubungan positif yang signifikan pada tahap tinggi antara amalan kepimpinan distributif pengetua dengan kepimpinan guru di sekolah

Dapatan kajian ini selari dengan kajian lepas yang dihasilkan oleh Shafinaz (2017) yang mendapati secara keseluruhannya pengetua sekolah menengah di Negeri

Mohd Izham Mohd Hamzah, 2017). Walaupun dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh pengetua berada pada tahap yang tinggi dan sederhana

Seterusnya, dapatan kajian Rohani (2006) menunjukkan amalan kepimpinan karismatik yang paling dominan dalam kalangan pengetua ialah dimensi sebagai agen perubahan

Dari segi implikasi Galakan Pengetua dengan Komitmen Guru, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa galakan pengetua mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap