• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kesediaan Murid Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Flipped Classroom Dalam Mata Pelajaran Ekonomi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kesediaan Murid Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Flipped Classroom Dalam Mata Pelajaran Ekonomi"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

Kesediaan Murid Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Flipped Classroom Dalam Mata Pelajaran Ekonomi (Readiness of Secondary School Students for the Use of Flipped

Classroom in Economics Subjects)

Roziah Ibrahim1 , Nurfaradilla Mohamad Nasri1 , Rohaizat Ibrahim2

1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

3Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia

*Pengarang Koresponden: ddsmarteacher@gmail.com Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan motivasi murid sekolah menengah terhadap penggunaan flipped classroom. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 134 orang murid tingkatan 4 di tiga buah sekolah di daerah Cheras, Kuala Lumpur telah terlibat dalam menjawab soal selidik kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (Min = 3.59, SP=0.41 ), sikap (Min

= 3.37, SP=0.79) dan motivasi (Min = 3.45, SP=0.57) murid adalah sederhana walaupun mereka telah didedahkan dengan flipped classroom. Justeru, beberapa cadangan telah diberikan dalam kajian ini bagi memastikan murid lebih berautonomi dan berdikari dalam memperoleh maklumat pembelajaran.

Kata kunci: Flipped Classroom, Kesediaan, Pengetahuan, Sikap, Motivasi, Ekonomi

Abstract: This study aims to identify the level of knowledge, attitudes and motivations of secondary school students towards the use of the flipped classroom. The design of this study is using a quantitative approach. A total of 134 Form 4 students in three schools in Cheras district, Kuala Lumpur were involved in answering the survey questionnaire. The findings of the study showed that the level of knowledge (Mean = 3.59, SP = 0.41), attitude (Mean = 3.37, SP = 0.79) and motivation (Mean = 3.45, SP = 0.57) of the students were moderate even though they were exposed to flipped classroom. Thus, several suggestions have been given in this study to ensure that students are more autonomous and independent in obtaining learning information.

Keywords: Flipped Classroom, Readiness, Knowledge, Attitude, Motivation, Economy _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Perkembangan teknologi yang pesat memainkan peranan penting dalam transformasi penyampaian sumber pengajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan selari dengan antarabangsa. Maka, satu kerangka pedagogi abad ke-21 untuk generasi digital telah diperkenalkan dan antaranya adalah penggunaan flipped classroom.

Flipped classroom diperkenalkan oleh seorang pensyarah yang bernama Baker dari Universiti Cedarville, Ohio Amerika Syarikat. Dalam pendekatan flipped classroom, waktu kuliah dalam

(2)

kelas mengantikan kuliah berasaskan digital di luar waktu kelas, manakala waktu dalam kelas digunakan untuk perbincangan dan pengukuhan konsep utama yang dipelajari sebelum kelas.

Menurut Van Wyk, M. M. (2018) kaedah pengajaran menggunakan flipped classroom dapat mengoptimumkan peluang pembelajaran murid dalam kelas dan meningkatkan amalan reflektif kandungan kursus. Guru dan murid akan mendapat manfaat dengan memperkukuhkan pengetahuan terhadap topik pelajaran yang kompleks agar dapat difahami (Michelich, 2002).

Selain itu juga, kaedah flipped classroom dapat membantu guru dalam menguruskan masa dengan baik berbanding menggunakan kaedah tradisional. Rahimi et al (2005) dalam Siti Faizzatul Aqmal (2011) mengakui bahawa flipped classroom juga dapat menjimatkan masa dan tenaga guru dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang cepat dan bahan boleh didapati secara atas talian. Maka, pendekatan flipped classroom ini telah mendapat tumpuan dalam sistem pendidikan kerana ia memberikan peluang pembelajaran yang lebih bermakna. Ini diakui dalam kajian Bates, D., & Ludwig, G. (2020) melaporkan bahawa peserta kajiannya mengakui pendekatan flipped classroom sangat berharga sebagai sumber tambahan dan alternatif pembelajaran kerana video dapat dimainkan berulang kaji sebelum kuliah bermula.

Kajian Van Wyk, M. M. (2018), menunjukkan bahawa pedagogi digital flipped classroom dapat meningkat prestasi dan persepsi akademik siswazah ekonomi dalam persekitaran pembelajaran jarak jauh dalam talian. Namun di Malaysia, pelaksanaan flipped classroom mata pelajaran ekonomi sekolah menengah didapati masih terhad dilaporkan walaupun kajian lepas ada mengkaji tentang flipped classroom, tetapi kaji lebih tertumpu kepada keberkesanan teknik pengajaran (Kavita, M:2019; Rahman, A.B.A, 2017), mata pelajaran teras seperti Sains (Noh, N.M et al, 2017), Matematik (Damayanti, .N & Sutama, S, 2016) dan Sejarah (Kavita, M, 2016). Kajian yang melaporkan sama ada murid bersedia untuk menggunakan pendekatan flipped classroom dalam Pdpc juga masih terhad dieksplotasi oleh pengkaji. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kesediaan murid sekolah menengah dari segi pengetahuan, sikap dan motivasi terhadap pelaksanaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi.

Pernyataan Masalah

Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah menekankan kepada penggunaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, namun penggunaannya masih lagi terhad.

Ini termasuklah penggunaan flipped classroom. Kajian yang dijalankan oleh Chen (2016) mendapati bahawa murid sukar untuk menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran secara dalam talian dan lebih gemar kepada kaedah tradisional. Ini kerana terdapat terdapat banyak gangguan oleh laman web atau rangkaian sosial sekeliling mereka yang menyebabkan kurang tumpuan semasa menonton video pembelajaran.

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Abdullah et al. (2019) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sikap ketabahan, kesanggupan dan keyakinan pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa menggunakan flipped classroom. Malah, beliau turut menyatakan bahawa walaupun penekanan intervensi telah dilaksanakan oleh pengkaji lepas namun ianya masih kurang ditekankan sehingga kini. Akibatnya, murid mudah berasa jemu dan malas.

Selain itu, Ibrahim et al. (2020) pula mendapati kegagalan penggunaan flipped classroom adalah disebabkan oleh reka bentuk yang kurang sesuai dengan keperluan murid. Walaupun kajian mereka adalah tertumpu kepada murid pendidikan khas namun beliau dan rakan-rakan menegaskan bahawa reka bentuk dalam flipped classroom memainkan peranan penting bagi mengekalkan momentum dan motivasi murid terhadap pembelajaran termasuklah murid

(3)

tipikal. Maka wujud keperluan untuk mengenalpasti kesediaan murid di sekolah menengah terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi.

Objektif Kajian

Secara khusus, kajian ini mempunyai tiga objektif yang ingin dicapai, iaitu:

i. Mengenal pasti kesediaan murid sekolah menengah dari aspek pengetahuan terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi.

ii. Mengenal pasti kesediaan murid sekolah menengah dari aspek sikap terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi.

iii. Mengenal pasti kesediaan murid sekolah menengah dari aspek motivasi terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi.

Persoalan Kajian

Soalan-soalan kajian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan.

i. Apakah kesediaan murid sekolah menengah dari aspek pengetahuan terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi?

ii. Apakah kesediaan murid sekolah menengah dari aspek sikap terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi?

iii. Apakah kesediaan murid sekolah menengah dari aspek motivasi terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi?

2. Ulasan Kajian Lepas

Era perkembangan teknologi masa kini telah membawa sekali perkembangan inovasi dalam sistem pendidikan bagi menggantikan pengajaran dan pembelajaran tradisional kepada yang lebih fleksibel mengikut peredaran zaman. Kaedah pembelajaran secara tradisional tidak lagi dilihat relaven sebagai kaedah untuk merangsang pembelajaran murid. Penggunaan kaedah chalk and talk menyebabkan kebanyakkan murid tidak bermotivasi dan lemah dalam pencapaian subjek (Ibrahim 2015). Hal ini disokong oleh kajian Kassim dan Zakaria (2013), perkembangan potensi murid akan terhalang jika pendekatan pengajaran masih berpusatkan guru, papan putih dan buku teks. Zainul, Abdul Malek dan Basharudin (2017) mendapati pencapaian akademik murid meningkat kesan daripada pelaksanaan video pembelajaran.

Di Malaysia kajian awal tentang flipped classroom mula dikaji oleh Rahman et al. (2014) tentang flipped classroom dalam konteks Malaysia. Kajian tersebut bertujuan untuk merungkai kesesuaian pelaksanaan flipped classroom terhadap prestasi murid dan kemampuannya dalam mengaplikasikan pelbagai bidang pendidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah flipped classroom sangat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah. Kajian-kajian lepas juga membuktikan kaedah flipped classroom berpotensi tinggi untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan di seluruh negara (Herreid dan Schiller, 2012; Stone, 2012; Warter-perez dan Dong, 2012; Bishop dan Verleger, 2013; Siegle, 2013). Di Malaysia juga terdapat banyak penyelidikan tentang keberkesanan pendekatan flipped classroom dan hasilnya kesan positif ke atas persepsi murid yang gemar menggunakan kaedah pengajaran flipped classroom berbanding pengajaran tradisional dan mereka belajar dengan lebih berkesan melalui pendekatan ini (Azlina A. Rahman 2017). Disamping itu juga, kaedah ini dapat menarik penglibatan murid secara menyeluruh melalui aktiviti pembelajaran yang disediakan (Mohamed Amin dan Ebrahim, 2014). Manakala kajian Agustiningrum, A. (2017) terhadap peningkatan aktiviti dan hasil pembelajaran murid Ekonomi dengan menggunakan flipped classroom. Hasil kajian ini, mendapati penggunaan video sangat berkesan dalam menajamkan

(4)

ingatan murid dan pengajaran lebih berkualiti. Penyediaan bahan mengajar melalui video memberikan masa yang lama untuk murid dan guru berinteraksi di dalam kelas dan mengwujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan.

Sikap dan motivasi memainkan peranan penting dalam mencapai sesuatu kejayaan. Sekiranya terdapat sikap yang negatif dalam diri murid akan membawa mereka kepada kegagalan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi yang tinggi dapat mengubah sikap, minat dan tingkahlaku murid ke arah yang positif. Ini menjadikan pembelajaran akan lebih bermakna dan berfaedah kepada murid. Kajian-kajian lepas ada mengkaji keberkesanan pelaksanaan flipped classroom membawa kesan yang positif kepada motivasi murid (Chao et al., 2015;

Chen, Wang, & Chen, 2014; Davies, Dean, & Ball, 2013; Strayer, 2012; Yilmaz, 2017), serta sikap murid belajar (Chao et al., 2015; Lin & Chen, 2016). Maka, dapatan kajian lepas dapat dirumuskan bahawa kaedah flipped classroom memberi kesan yang positif kepada motivasi dan sikap murid terhadap pembelajaran mereka.

3. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpati kesediaan murid sekolah menengah terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi dari segi pengetahuan, sikap dan motivasi. Menurut Fowler (2002), kaedah ini merupakan cara yang paling berkesan dan praktikal dalam memperoleh maklumat.

Lokasi, Populasi Dan Sampel Dan Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada 3 buah sekolah menengah tingkatan 4 di daerah Cheras Kuala Lumpur yang mempunyai kemudahan internet. Sekolah menengah yang dipilih sebagai sempel kajian terdiri daripada murid tingkatan 4 yang mengambil elektif sastera ikhtisas dan kemanusiaan bagi mata pelajaran Ekonomi. Jumlah murid ketiga-tiga sekolah menengah tersebut adalah seramai 210 orang murid. Pengkaji telah memilih seramai 134 orang murid sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).

Responden dipilih dari kalangan mereka yang pernah menggunakan kaedah flipped classroom dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Ekonomi tingkatan 4.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik hasil adaptasi kajian terdahulu yang digunakan dalam kajian Yahaya, N., & Ning, L. N. (2011) dan Destiana et al. (2013). Dalam kajian ini pengkaji membina soal selidik berdasarkan kajian-kajian lepas. Soal selidik dalam kajian ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian dengan kehendak kajian. Borang soal selidik dalam kajian ini mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan latar belakang murid dan bahagian B, C dan D berkaitan dengan kesediaan murid sekolah menengah menggunakan flipped classroom sebagai e-pembelajaran dalam mata pelajaran Ekonomi dari segi tahap pengetahuan, sikap dan motivasi. Bahagian ini menggunakan skala lima Likert iaitu sangat setuju (SS), setuju (S), tidak pasti (TP), tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS).

Kajian Rintis Dan Kebolehpercayaan Item

Dalam kajian ini, nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha ditunjukkan dalam Jadual 1.

(5)

Jadual 1: Nilai Pekali Kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi Instrumen Kajian (N=30)

Pemboleh Ubah Nilai Cronbach’s Alpha Item

Tahap Kesediaan Pengetahuan Murid 0.772 13

Tahap Kesediaan Sikap Murid 0.666 11

Tahap Kesediaan Motivasi Murid 0.673 8

Dalam kajian ini, kajian rintis dilakukan di sekolah penyelidik yang mempunyai kemudahan internet dan responden yang dipilih adalah bukan responden sebenar. Seramai 30 orang responden yang dipilih secara rawak dalam kajian rintis ini. Perisiaan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menganalisis kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha. Nilai kebolehpercayaan ialah a=0.859 hasil daripada kajian rintis yang dijalankan. Nilai alpha yang melebihi 0.600 menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan dalam kajian sebenar (Nunnally, J.C, & Bernstein, I.H, 1994, Mohd Majid, 2000).

Analisis Data

Min digunakan untuk menilai skala purata yang mempunyai 3 tahap seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.

Jadual 2: Tafsiran Tahap Berdasarkan Min

Julat Min Tahap

1.00-2.33 Rendah

2.34-3.67 Sederhana

3.68-5.00 Tinggi

Data yang diperolehi dari kutipan borang soal selidik akan dianalisis oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif kuantitatif. Semua dapatan yang telah dianalisis akan dipaparkan dalam bentuk jadual bagi menunjukkan peratus, frekuensi, min dan sisihan piawai.

Dalam bahagian 1 soal selidik, pengkaji menggunakan kaedah peratus dan frekuensi untuk menganalisis demografi responden kajian. Manakala bahagian 2, 3 dan 4 mengumpulkan maklumat tentang tahap kesediaan murid dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi menggunakan flipped classroom dikaji menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai.

4. Dapatan Kajian

Data Demografi

Bahagian ini mengandungi tiga soalan latar belakang responden. Taburan data responden kajian ditunjukkan secara terperinci seperti Jadual 3.

Jadual 3: Taburan Data Respondan

Maklumat Responden Kekerapan Peratusan (%)

Jantina Lelaki Perempuan

70 64

52.2 47.8 Bangsa

Melayu Cina India Lain-lain

126 7 0 1

94.0 5.2 0 0.8 Pendapatan Ibu Bapa

(6)

Bawah RM4000 RM4000 – RM9000 RM9000 ke atas

58 57 19

43.3 42.5 14.2

Jumlah 134 100

Jadual 3 di atas memaparkan 70 responden (52.2%) ialah murid lelaki dan 64 responden (47.8%) ialah murid perempuan. Ini menunjukkan jumlah responden murid lelaki dan murid perempuan adalah seimbang. Majoriti responden yang menjawab borang soal selidik ialah murid berbangsa Melayu iaitu seramai 126 responden (94%), diikuti bangsa Cina seramai 7 responden (5.3%) dan 1 responden (0.8%) daripada kaum lain. Analisis kajian mendapati tiada bangsa India yang menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Manakala taburan responden mengikut pendapatan ibu bapa iaitu seramai 58 responden (43.3%) ibu bapa yang berpendapatan bawah RM4000. Manakala pendapatan ibu bapa antara RM4000 hingga RM9000, responden adalah seramai 57 orang (42.5%) dan hanya 19 responden (14.2%) ibu bapa berpendapatan RM9000 ke atas.

Kesediaan Murid Sekolah Menengah dari Aspek Pengetahuan Terhadap Penggunaan Flipped Classroom dalam Mata Pelajaran Ekonomi.

Jadual 4: Min Kesediaan Murid Sekolah Menengah dari Aspek Pengetahuan Terhadap Penggunaan Flipped Classroom dalam Mata Pelajaran Ekonomi

Item Min SP Tahap

1. Saya mempunyai kemahiran menggunakan e-learning (pembelajaran atas talian)

3.69 .920 Tinggi 2. Saya selalu menghadapi halangan semasa menggunakan

flipped classroom kerana kekangan pengetahuan menggunakannya

3.13 1.032 Sederhana

3. Saya sedar bahawa flipped classroom diaplikasikan di sekolah

3.57 .826 Sederhana 4. Saya sedar bahawa flipped classroom mempunyai banyak

kelebihan

3.84 .764 Tinggi 5. Saya tahu bahawa saya akan ketinggalan sekiranya tidak

menggunakan flipped classroom.

3.82 .793 Tinggi 6. Saya tahu bahawa banyak tajuk pembelajaran boleh

dipelajari melalui flipped classroom.

3.91 .699 Tinggi 7. Saya tahu bahawa flipped classroom boleh membantu

pencapaian akademik saya.

3.72 .791 Tinggi 8. Saya sedar bahawa saya perlu menggunakan flipped

classroom semasa saya berada di rumah.

3.75 .862 Tinggi 9. Saya tidak boleh menggunakan flipped classroom dengan

berkesan.

3.09 1.10 Sederhana

10. Saya mempunyai pengetahuan ICT 3.66 .965 Sederhana

11. Saya mempunyai kemahiran ICT. 3.57 1.0 Sederhana

12. Saya tahu bahawa flipped classroom merupakan satu keperluan

3.68 .752 Tinggi 13. Saya berasa kurang yakin semasa menggunakan flipped

classroom

3.27 1.056 Sederhana

Min Keseluruhan 3.59 0.41 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4, terdapat tujuh item pengetahuan yang berada pada tahap tinggi iaitu

“Saya tahu bahawa banyak tajuk pembelajaran boleh dipelajari melalui flipped classroom”

(Min=3.91, SP=0.699), “Saya sedar bahawa flipped classroom mempunyai banyak kelebihan”

(Min=3.84, SP=0.764), “Saya tahu bahawa saya akan ketinggalan sekiranya tidak

(7)

menggunakan flipped classroom” (Min=3.82, SP=0.793), “Saya sedar bahawa saya perlu menggunakan flipped classroom semasa saya berada di rumah” (Min=3.75, SP=0.862), “Saya tahu bahawa flipped classroom boleh membantu pencapaian akademik saya” (Min=3.72, SP=0.791), “Saya mempunyai kemahiran menggunakan e-learning” (Min=3.69, SP=0.920) dan “Saya tahu bahawa flipped classroom merupakan satu keperluan” (Min=3.27, SP=1.056).

Berbanding dengan enam item yang lain, iaitu “Saya mempunyai pengetahuan ICT”

(Min=3.66, SP=0.965), “Saya sedar bahawa flipped classroom diaplikasikan di sekolah”

(Min=3.57, SP=0.826), “Saya mempunyai kemahiran ICT” (Min=3.57, SP=1.0), “Saya berasa kurang yakin semasa menggunakan flipped classroom” (Min=3.27, SP=1.056), “Saya selalu menghadapi halangan semasa menggunakan flipped classroom kerana kekangan pengetahuan menggunakannya” (Min=3.13, SP=1.032) dan “Saya tidak boleh menggunakan flipped classroom dengan berkesan” (Min=3.09, SP=1.10). Secara keseluruhan, tahap kesediaan murid sekolah menengah dari aspek pengetahuan terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi berada pada tahap sederhana iaitu (Min=3.59, SP= 0.41).

Kesediaan Murid Sekolah Menengah dari Aspek Sikap Terhadap Penggunaan Flipped Classroom dalam Mata Pelajaran Ekonomi.

Jadual 5: Min Kesediaan Murid Sekolah Menengah dari Aspek Sikap Terhadap Penggunaan Flipped Classroom dalam Mata Pelajaran Ekonomi

Item Min SP Tahap

1. Saya bersedia untuk menggunakan flipped classroom pada bila-bila masa

3.61 1.061 Sederhana 2. Saya jarang menggunakan flipped classroom (kurang

daripada 5 kali seminggu)

3.72 1.007 Tinggi 3. Saya belajar menggunakan flipped classroom 3.23 1.089 Sederhana 4. Saya sentiasa prihatin terhadap topik baharu yang

dikemukakan oleh guru dalam flipped classroom

3.50 .964 Sederhana 5. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam

penggunaan flipped classroom

3.61 1.033 Sederhana 6. Saya menganggap bahawa kaedah flipped classroom adalah

cara pembelajaran pilihan saya

3.22 1.081 Sederhana 7. Saya menggunakan flipped classroom bagi semua mata

pelajaran.

3.13 1.058 Sederhana 8. Saya menggunakan flipped classroom untuk berkomunikasi

dengan rakan-rakan sekolah.

3.07 1.091 Sederhana 9. Saya menggunakan flipped classroom untuk bekerjasama

dengan rakan-rakan sekolah.

3.25 1.079 Sederhana 10. Saya selalu cuba menggunakan flipped classroom untuk

membuat latihan di rumah

3.25 1.095 Sederhana 11. Saya sentiasa mengambil peluang dalam pembelajaran

melalui flipped classroom

3.46 1.095 Sederhana

Min Keseluruhan 3.37 0.79 Sederhana

Berdasarkan Jadual 5, terdapat satu item sikap yang berada pada tahap tinggi iaitu “Saya jarang menggunakan flipped classroom (kurang daripada 5 kali seminggu)” (Min=3.72, SP=1.007).

Manakala sepuluh item yang lain, pada tahap sederhana iaitu “Saya bersedia untuk menggunakan flipped classroom pada bila-bila masa” (Min=3.61, SP=1.061), “Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam penggunaan flipped classroom” (Min=3.61, SP=1.033),

“Saya sentiasa prihatin terhadap topik baharu yang dikemukakan oleh guru dalam flipped classroom” (Min=3.50, SP=0.964), “Saya sentiasa mengambil peluang dalam pembelajaran melalui flipped classroom” (Min=3.46, SP=1.095), “Saya menggunakan flipped classroom

(8)

untuk bekerjasama dengan rakan-rakan sekolah” (Min=3.25, SP=1.079), “Saya selalu cuba menggunakan flipped classroom untuk membuat latihan di rumah” (Min=3.25, SP=1.095),

“Saya belajar menggunakan flipped classroom” (Min=3.23, SP=1.089), “Saya menganggap bahawa kaedah flipped classroom adalah cara pembelajaran pilihan saya” (Min=3.22, SP=1.081), “Saya menggunakan flipped classroom bagi semua mata pelajaran” (Min=3.13, SP=1.058) dan “Saya menggunakan flipped classroom untuk berkomunikasi dengan rakan- rakan sekolah” (Min=3.07, SP=1.091). Secara keseluruhan, tahap kesediaan murid sekolah menengah dari aspek sikap terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi berada pada tahap sederhana iaitu (Min=3.37, SP= 0.79).

Kesediaan Murid Sekolah Menengah dari Aspek Motivasi Terhadap Penggunaan Flipped Classroom dalam Mata Pelajaran Ekonomi.

Jadual 6: Min Kesediaan Murid Sekolah Menengah dari Aspek Motivasi Terhadap Penggunaan Flipped Classroom dalam Mata Pelajaran Ekonomi

Item Min SP Tahap

1. Saya suka menggunakan pendekatan flipped classroom dalam pembelajaran

3.51 1.031 Sederhana 2. Saya kurang selesa dengan penggunaan flipped classroom

dalam pembelajaran

3.09 1.079 Sederhana 3. Saya berasa seronok menggunakan flipped classroom 3.52 1.031 Sederhana 4. Saya kurang minat menggunakan flipped classroom 3.08 1.097 Sederhana 5. Saya mendapat galakan daripada guru untuk menggunakan

flipped classroom

3.69 0.860 Tinggi 6. Saya mendapat galakan daripada rakan sebaya untuk

menggunakan flipped classroom

3.40 1.020 Sederhana 7. Saya mendapat galakan daripada pihak sekolah untuk

menggunakan flipped classroom

3.57 .961 Sederhana 8. Saya merasakan flipped classroom menjimatkan masa

pembelajaran.

3.77 1.117 Tinggi

Min Keseluruhan 3.45 0.57 Sederhana

Berdasarkan Jadual 6, terdapat dua item motivasi yang berada pada tahap tinggi iaitu “Saya merasakan flipped classroom menjimatkan masa pembelajaran” (Min=3.77, SP=1.117) dan

“Saya mendapat galakan daripada guru untuk menggunakan flipped classroom” (Min=3.69, SP=0.860), berbanding enam item yang lain pula berada pada tahap sederhana iaitu “Saya mendapat galakan daripada pihak sekolah untuk menggunakan flipped classroom” (Min=3.77, SP=1.117), “Saya berasa seronok menggunakan flipped classroom” (Min=3.52, SP=1.031),

“Saya suka menggunakan pendekatan flipped classroom dalam pembelajaran” (Min=3.51, SP=1.031), “Saya mendapat galakan daripada rakan sebaya untuk menggunakan flipped classroom” (Min=3.40, SP=1.020), “Saya kurang selesa dengan penggunaan flipped classroom dalam pembelajaran” (Min=3.09, SP=1.079), dan “Saya kurang minat menggunakan flipped classroom” (Min=3.08, SP=1.097). Secara keseluruhan, tahap kesediaan murid sekolah menengah dari aspek motivasi terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran ekonomi berada pada tahap sederhana iaitu (Min=3.45, SP= 0.57).

(9)

5. Perbincangan

Hasil kajian menunjukkan kesediaan murid sekolah menengah terhadap penggunaan flipped classroom dari segi pengetahuan, sikap dan motivasi adalah sederhana dengan nilai skor min keseluruhan sebanyak 3.47.

Perbincangan Dapatan Persoalan Pertama

Dapatan kajian ini mendapati bahawa majoriti murid sekolah menengah mempunyai pengetahuan tentang kebaikan penggunaan flipped classroom dalam pembelajaran mereka.

Namun mereka kurang keyakinan untuk menggunakan flipped classroom. Ini kerana murid sekolah menengah masih lagi selesa dengan kaedah tradisional di mana guru sentiasa bersama mereka dalam mendapatkan maklumat berbanding dengan penggunaan flipped classroom. Ini selari dengan pandangan Simpson dan Richards (2015) yang mendapati cabaran besar dalam pelaksanaan flipped classroom adalah berkaitan dengan penentangan murid terhadap mod pengajaran yang baru. Murid telah biasa dengan kaedah tradisional dan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan gaya pengajaran yang baru. Maka, murid-murid ini perlu diberi latihan atau bengkel menggunakan flipped classroom untuk memastikan sesi pembelajaran dapat diperoleh secara efektif. Selain itu juga, majoriti murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT. Generasi digital ini tiada kekangan dalam mengaplikasikan pembelajaran atas talian kerana kegunaan internet telah menjadi rutin harian mereka. Ini selari dengan pandangan Oblinger & Oblinger, (2007) yang memaklumkan bahawa generasi kini merupakan ‘Generasi Net’ yang membesar dalam persekitaran ICT. Oleh itu, sikap, minat dan pencapaian pembelajaran generasi ini dipengaruhi dengan penggunaan internet (Lapammu, S., & Mahamod, Z. 2018). Oleh itu, penggunaan flipped classroom boleh diperhebatkan lagi oleh pihak sekolah mahupun pendidik untuk menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman murid dalam membentuk pembelajaran mereka,

Perbincangan Dapatan Persoalan Kedua

Hasil kajian mendapati majoriti murid sekolah menengah mempunyai tahap sikap yang sederhana dalam persediaan menggunakan flipped classroom pada bila-bila masa dan bersedia menghadapi cabaran dalam penggunaan flipped classroom. Majoriti murid juga berusaha mengambil peluang serta menganggap pendekatan flipped classroom sebagai pilihan pembelajaran mereka. Dapatan ini selari dengan kajian Al-Harbi, S.S., & lshumaimeri, Y.A (2016) yang menyatakan bahawa majoriti murid menyukai pembelajaran flipped classroom dan mencadangkan ia dilaksanakan pada mata pelajaran lain. Kebanyakkan responden mengakui bahawa flipped classroom telah menjadi pilihan mereka dalam kaedah pembelajaran. Ini kerana mereka mempercayai kaedah pembelajaran ini lebih berkesan dapat meningkatkan pencapaian akademik. Namun, hasil kajian juga mendapati majoriti murid jarang menggunakan flipped classroom kurang dari 5 kali seminggu (min=3.72). Ini menunjukkan segelintir guru kurang menggunakan pendekatan flipped classroom di sekolah. Hal ini disokong dengan kenyataan Ahmad (2010) yang menyatakan penggunaan e-pembelajaran dikalangan pelajar dan guru masih berada pada tahap yang sederhana. Walhal, kajian Siti Ezaila dan Azizah (2011) menunjukkan rakyat Malaysia puratanya menggunakan 20 jam seminggu bagi tujuan hiburan, perkongsian maklumat dan komunikasi menggunakan telefon.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid telah bersedia untuk menggunakan flipped classroom untuk semua mata pelajaran (min = 3.13). Justeru, guru juga perlu diberi perhatian dan latihan bagi memastikan semua guru dapat menggunakan teknologi dalam mempelbagaikan pedagogi pengajaran dan pembelajaran mereka.

(10)

Perbincangan Dapatan Persoalan Ketiga

Dapatan kajian ini mendapati bahawa majoriti murid sekolah menengah mempunyai tahap motivasi yang sederhana (min=3.45) terhadap penggunaan flipped classroom dalam pembelajaran mereka. Walaupun galakan daripada rakan sebaya dan pihak sekolah berada pada tahap sederhana, tetapi galakan guru untuk menggunakan flipped classroom berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan guru berusaha mendorong murid dalam penglibatan e-pembelajaran dengan memuat naik bahan video pembelajaran. Dapatan kajian ini di sokong dengan kajian Tahar, & Zaid (2018) yang menyatakan bahawa guru berperanan sebagai penggerak dalam e-pembelajaran dan diperkukuhkan lagi dengan kajian Mohd Nihra (2007) bahawa guru penting dalam meningkatkan keberkesanan e-pembelajaran.

Justeru, tugas guru pentadbir dan ibu bapa sangat penting dalam mengaplikasikan pendekatan flipped classroom di sekolah mahupun di rumah. Selain itu juga, majoriti murid mengakui bahawa kaedah flipped classroom ini dapat menjimatkan masa kuliah di dalam kelas. Ini selari dengan kajian Marlowe (2012), menyatakan bahawa kaedah flipped classroom dapat menjimatkan masa penyampaian konsep di dalam kelas dan digantikan aktiviti pembinaan pengetahuan, perbincangan koloboratif dan penyelesaian masalah. Majoriti murid juga berasa seronok dan suka menggunakan pendekatan flipped classroom dan dipercayai bahawa ciri-ciri ini meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran. Ini selari dengan kajian Mohamed Noh et.al (2017) yang menyatakan PdPc menggunakan pendekatan flipped classroom bukan hanya dapat meningkatkan pencapaian murid, tetapi ia dapat memberi keseronokan dan kepuasan kepada murid untuk belajar serta murid juga akan berkeyakinan tinggi untuk melibatkan diri dalam aktiviti di bilik darjah.

5. Kesimpulan dan Cadangan

Secara umumnya, kajian ini menunjukkan bahawa murid sekolah menengah tingkatan 4 mempunyai kesediaan yang sederhana dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi terhadap penggunaan flipped classroom dalam mata pelajaran Ekonomi. Walaupun begitu, sikap murid terhadap penggunaan flipped classroom menunjukkan min keseluruhan yang paling rendah berbanding pengetahuan dan motivasi. Justeru, adalah dicadangkan agar kajian pada masa akan datang memberi fokus kepada daya inovasi guru Ekonomi dalam meningkatkan sikap murid terhadap penggunaan flipped classroom.

Rujukan

Ahmad, M. F. B., K. A. A. Rashid, et al. (2010). Kesediaan Dan Kesedaran P&P Berasaskan Cidos Di Politeknik. Prosiding Seminar Kebangsaan Transformasi Pendidikan Teknikal pp. 66-171.

Abdullah, M. Z., Daud, I., Idris, M. R., & Rahman, M. N. A. (2019). Kesan Pembelajaran Flipped Classroom Terhadap Sikap Bagi Penyelesaian Masalah Bagi Algebra. JuKu:

Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(4), 1-10.

Al-Harbi, S. S., & Alshumaimeri, Y. A. (2016). The Flipped Classroom Impact in Grammar Class on EFL Saudi Secondary School Students' Performances and Attitudes. English Language Teaching, 9(10), 60-80.

Azlina Binti A. Rahman. (2017). Kesan Kaedah Flipped Classroom Menerusi Pembelajaran Berasaskan Projek Ke Atas Pencapaian dan Gaya Pembelajaran Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia

Bates, D., & Ludwig, G. (2020). Flipped classroom in a therapeutic modality course: students’

perspective. Research and Practice

(11)

Berrett, D. (2012). How 'Flipping' the Classroom Can Improve the Traditional Lecture. The Chronicle Of Higher Education, 7-14.

Bishop, J. L., dan Verleger, M. (2013). The Flipped Classroom: A Survey of the Research.

120th ASEE Annual Conference dan Exposition. 23-26 June. Atlanta, United State, 1- 18

Chao, C.-Y., Chen, Y.-T., & Chuang, K.-Y. (2015). Exploring students’ learning attitude and achievement in flipped learning supported computer aided design curriculum: A study in high school engineering education. Computer Applications in Engineering Education, 23(4), 514–526. https://doi.org/10.1002/cae.21622

Chen, L. L. (2016). Impacts of flipped classroom in high school health education. Journal of Educational Technology Systems, 44(4), 411 –420.

Chen, Y., Wang, Y., Kinshuk, & Chen, N.-S. (2014). Is FLIP enough? Or should we use the FLIPPED model instead? Computers & Education, 79, 16–27.

https://doi.org/10.1016/j.compedu.2014.07.004

Damayanti, H. N., & Sutama, S. (2016). Efektivitas Flipped Classroom Terhadap Sikap Dan Ketrampilan Belajar Matematika Di Smk. Manajemen Pendidikan, 11(1), 2-7.

Davies, R. S., Dean, D. L., & Ball, N. (2013). Flipping the classroom and instructional technology integration in a college-level information systems spreadsheet course.

Educational Technology Research & Development, 61(4), 563–580.

https://doi.org/10.1007/s11423-013-9305-6

Doman, E., & Webb, M. (2015). Benefits of flipping an EFL classroom in Macao. In E. Doman (Ed.), Reframing English education in Asia (pp. 157–176). Salt Lake City, UT:

American Academic Press.

Herreid, C. F., dan Schiller, N.A. (2012). Case Studies and The Flipped Classroom. Journal of College Science Teaching. 42(5).

Ibrahim, S. (2015). Motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa melayu menggunakan teknologi multimedia pada abad ke-21. Universiti Malaysia Sarawak: Tesis Sarjana Ibrahim, R., Yasin, M. H. M., Ibrahim, R., & Abdullah, N. (2020). Indikator sokongan

pembelajaran dalam reka bentuk flipped classroom bagi murid bermasalah pembelajaran berdasarkan kesepakatan pakar. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9(2), 23-33.

Kassim, N. & Zakaria, E. (2013). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran dan pemudahcaraan Matematik: Analisis Keperluan Guru. Jurnal Pendidikan Matematik, 3(1), 1 – 12

Kaviza, M. (2018). Kesan Penggunaan Teknik Peer Instruction dengan Pendekatan Kelas Flipped terhadap Pencapaian Pemahaman Konsep Sejarah. Journal of ICT in Education, 1, 14-26.

Kaviza, M. (2019). Kesan Kaedah Flipped Classroom dengan Teknik Peer Instruction Terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. e-Bangi, 16(5).

Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.

Education and Phychological Measurement, 30: 607- 610.

Lapammu, S., & Mahamod, z. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4 terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu (The Level of Knowledge, Attitudes and Readiness Form 4 Students to the Using of Virtual Learning Environment VLE Frog in Malay Language Learning). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 53-62

Lin, P.-C., & Chen, H.-M. (2016). The effects of flipped classroom on learning effectiveness:

using learning satisfaction as the mediator. World Transactions on Engineering and Technology Education, 14(2), 231–244

Lowell, J. et al., (2013). The Flipped Classroom : A Survey of the Research.

(12)

Marlowe, N. A. (2012). The Effect Of The Flipped Classroom On Student Achievement And Stress. Montana State University, Montana.

Michelich, V. (2002). Streaming media to Enhance Teaching and Improve Learning. The

Technology Source Archive. Dicapai daripada

http://technologysource.org/article/streaming_media_to_enhance_teaching_and_impr ove_learning/ pada 13 Disember 2014

Milman, N. B. (2012). The flipped classroom strategy: What is it and how can it best be used?

Distance Learning, 9(3), 85–87.

Missildine, K., Fountain, R., Summers, L., & Gosselin, K. (2013). Flipping the classroom to improve student performance and satisfaction. Journal of Nursing Education, 52(10), 597–599.

Mohamed Noh, N., Abdullah, N., Wong, K. T., & Hamzah, M. (2017). Keberkesanan pendekatan Flipped Classroom dalam pembelajaran sains di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 7(2), 106-118.

Noh, N. M., Abdullah, N., Teck, W. K., & Hamzah, M. (2017). The Effectiveness of Flipped Classroom Approach in Learning Science in Primary School (106-118). Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 7(2), 106-118.

Oblinger, D.G. & Oblinger, J.L. (2007). Educating the net generation.

https://net.educause.edu/ir/library/pdf/pub710 1.pdf. (25 Februari 2017).

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. (2013). PPPM 2013-2025: Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siegle, D. (2013). Technology: Differentiating Instruction by Flipping The Classroom. Gifted Child Today. 37(1), 51–55.

Simpson, V., & Richards, E. (2015). Flipping the classroom to teach population health:

Increasing the relevance. Nurse Education in Practice, 15(3), 162–167

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2011). Media Baharu yang Bahary: Trend Penggunaan Jaringan Sosial dalam Kalangan Pengguna di Malaysia.Retrived June 15, 2014 from http://umexpert.um.edu.my/file/publication/00007404_79860.pdf

Siti Faizzatul Aqmal. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan ‘Streaming Video’

bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad ke-21.Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.

Dicapai di

http://eprints.uthm.edu.my/2572/1/Pengajaran_dan_Pembelajaran_berasaskan_streami ng_video.pdf pada 15 Disember 2014

Strayer, J. F. (2012). How learning in an inverted classroom influences cooperation, innovation and task orientation. Learning Environments Research, 15(2), 171–193.

https://doi.org/10.1007/s10984-012-9108-4

Stone, B. B. (2012) Flip Your Classroom to Increase Active Learning and Student Engagement.

Proceedings of 28th Annual Conference on Distance Teaching dan Learning. 9-10 August, Teach: 1–5

Tahar, A. M., & Zaid, N. M. (2018). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Frog VLE Dalam Matapelajaran Biologi Tingkatan 4 (Student’s Perception towards the Usage of Frog VLE in Form 4 Biology Subject). Innovative Teaching and Learning Journal (ITLJ), 2(2), 43-58.

Van Wyk, M. M. (2018). Economics student teachers’ views on the usefulness of a flipped classroom pedagogical approach for an open distance eLearning environment. The International Journal of Information and Learning Technology.

Vuong, N. H. A., Tan, C. K., & Lee, K. W. (2018). Students’ Perceived Challenges of Attending a Flipped EFL Classroom in Viet Nam. Theory and Practice in Language Studies, 8(11), 1504-1510.

(13)

Warter-perez, N., dan Dong, J. (2012). Flipping the Classroom: How to Embed Inquiry and Design Projects into A Digital Engineering Lecture. Proceedings of the 2012 ASEE PSW Section Conference. 19-21 April. California: 1-17

Yilmaz, R. (2017). Exploring the role of e-learning readiness on student satisfaction and motivation in flipped classroom. Computers in Human Behavior, 70, 251–260.

https://doi.org/10.1016/j.chb.2016.12.085

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sumber motivasi dan sikap pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen terhadap pembelajaran Bahasa

Kajian tentang keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) terhadap pergaulan pelajar di sekolah menengah dilakukan berdasar kepada wujudnya permasalahan

Kajian yang dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat aliran teknikal di sekolah menengah teknik di negeri Kelantan menunjukkan terdapat hubungan secara

Penilaian pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran seni reka tanda dalam program mata pelajaran vokasional di sekolah menengah akademik.. Tesis Sarjana Pendidikan

Oleh kerana kemahiran bahasa secara relatifnya berkait rapat dengan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, maka kebolehan dan kesediaan murid-murid bermasalah pembelajaran

Hasil dapatan kajian terhadap 80 orang murid eksperimen yang terdiri daripada murid Cina dalam dua buah kelas di sekolah sekolah menengah jenis kebangsaan telah berjaya

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Iban sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa

Kes yang terbaru melibatkan murid tingkatan tiga di salah sebuah sekolah menengah di Pokok Sena, Kedah sudah cukup membuktikan bahawa masalah buli adalah satu perkara yang