• Tiada Hasil Ditemukan

View of KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID: SATU ANALISA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID: SATU ANALISA"

Copied!
26
0
0

Tekspenuh

(1)

1

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464

Journal website: http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN

BERPUSATKAN MURID: SATU ANALISA

Norma Jusof 1* dan Mohd Isa Hamzah2

1 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: normafattah@gmail.com Article Information:

Article history:

Received date : 13 June.2020 Revised date : 18 June.2020 Accepted date : 18 July 2020 Published date : 1 September 2020 To cite this document:

Jusof, N., & Hamzah, M. (2020).

KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID: SATU ANALISA.

International Journal Of Education And Pedagogy, 2(3), 1-26.

Abstrak: Pengajaran yang berkualiti akan terhasil apabila seorang guru mempunyai kemahiran tentang pelbagai kaedah dalam pengajaran. Mata pelajaran Pendidikan Islam akan lebih bermakna dan efektif apabila guru Pendidikan Islam cekap dalam menggunakan pendekatan pedagogi yang bersesuaian. Justeru, pengkaji membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran berpusatkan murid di sekolah rendah. Seramai 500 orang guru Pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian.

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran guru (M=3.96) berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, kajian ini memberi implikasi positif terutamanya kepada guru Pendidikan Islam, pihak sekolah, penggubal dasar, institusi pendidikan guru dan universiti serta kepada teori yang mendasari nya dan amalan pedagogi terutamanya pedagogi Pendidikan Islam.

Kata kunci: Kemahiran, pengajaran berpusatkan pelajar, sekolah rendah.

(2)

2

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1. Pengenalan

Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan bermatlamatkan untuk melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Sehubungan dengan itu, Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai al Din, bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu Muslim yang beriman kepada Allah S.W.T. Mohammad Kamal, 1988 menyebut bahawa Pendidikan Islam pada hakikatnya bukanlah satu mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat yang sempit dan kaku, malah merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip dan cara hidup berasas sumber wahyu yang diturunkan sebagai panduan kehidupan manusia sepenuhnya.

Realiti pada hari ini jika dilihat kepada konsep pedagogi Pendidikan Islam lebih menekankan kepada keupayaan dan kebolehan pelajar mengetahui dan menghafal. Pelajar tidak memahami dan menghayati asas prinsip Pendidikan Islam dan mempelajari Pendidikan Islam dengan berkesan, menyebabkan pelajar akan cepat merasa bosan.

Oleh yang demikian, jika dilihat kepada tuntutan terhadap perkembangan pendidikan dan komitmen pihak kerajaan sendiri terhadap perkembangan kualiti pendidikan negara semestinya para pendidik sama-sama menyahut cabaran tersebut untuk membentuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, inovatif dan kreatif agar murid yang dihasilkan nanti juga akan bersifat kreatif dan inovatif.

2. Tinjauan Literatur

Ilmu dan kemahiran pedagogi merupakan aspek yang perlu kepada setiap guru. Penguasaan ilmu pedagogi akan memudahkan guru-guru mengendalikan kelas secara berkesan. Pengajaran berkesan merupakan aspek penting bagi melahirkan modal insan berkualiti. Ianya bertepatan sekali dengan Falsafah Pendidikan Guru yang menyatakan bahawa matlamat pendidikan guru adalah melahirkan guru berkualiti tinggi dalam aspek sahsiah dan peribadi, profesional, amalan tingkah laku dan sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta menghayati amalan nilai keguruan agar mampu mencapai kegemilangan dalam dunia pendidikan bagi memenuhi tuntutan wawasan pendidikan negara pada alaf ke-21 (Bahagian Pendidikan Guru 2012).

Standard Guru Malaysia (SGM) yang digubal oleh BPG pada tahun 2009 berfungsi sebagai panduan bagi mengenal pasti kualiti dan kompetensi guru dari sudut amalan profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Manakala, sepuluh prinsip yang digariskan oleh Lucas dan Bernstein (2005) boleh dijadikan pegangan. Antaranya menjelaskan aspek hubungan guru dan murid, interaksi antara murid, kerjasama, pembelajaran aktif, maklum balas cepat, beramanah dengan tugas, komunikasi, menghormati kepelbagai kecerdasan, berperancangan, adil dan beretika (Kamarul Azmi & Noor Fadhlina 2012). Berdasarkan prinsip tersebut, guru PI perlu bijak dalam menyesuaikan strategi pengajaran yang begitu penting dalam pedagogi terutamanya pengajaran berpusatkan murid.

Dalam menentukan keberkesanan sesuatu teknik atau strategi pengajaran, faktor penyumbang kepada kejayaannya adalah dengan melihat sejauh mana kemahiran seseorang guru melaksanakannya. Pendidikan abad ke-21 mendidik guru untuk lebih matang dalam mengaplikasikan teknik pengajaran dan pelajar akan mendapat manfaat dari sesi pembelajaran untuk menghasilkan serta mengekalkan kemahiran yang

(3)

3

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

diperlukan bagi menghadapi cabaran era globalisasi (Amran & Rosli 2017). Dalam kajian ini, kemahiran pelaksanaan adalah merujuk kepada penggunaan pengajaran berpusatkan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ia berlandaskan kepada kemahiran pelaksanaan dalam merancang dan kemahiran pelaksanaan melaksanakan apa yang telah dirancang dalam penggunaan pengajaran berpusatkan murid.

Kajian oleh Aimi Hafizah (2017) mendapati tiada perbezaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif di antara guru berpengalaman dan guru kurang pengalaman, didapati juga pengalaman guru tidak mempengaruhi pelaksanaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran koperatif.

Perbezaan di antara jantina guru juga didapati tidak mempengaruhi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah.

Kamarul Azmi (2010) dalam kajian beliau telah membincangkan aspek- aspek guru cemerlang Pendidikan Islam yang disandarkan kepada idea-idea al-Ghazali. Guru Cemerlang Pendidikan Islam seharusnya menitikberatkan aspek keperibadian, pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran. Ini kerana perkara tersebut merupakan manifestasi serta lambang keimanan yang kukuh terhadap Allah S.W.T dalam membentuk keperibadian dan personaliti sebagai seorang GPI. Dapatan kajian penulis seterusnya menghasilkan satu model guru cemerlang Pendidikan Islam serta beberapa model lain.

Rafizah (2011) turut meninjau berkenaan aspek profesionalisme guru contoh Pendidikan Islam berpandukan pandangan al-Ghazali. Tujuan kajian tersebut adalah untuk mengetahui ciri-ciri guru contoh Pendidikan Islam berdasarkan aspek keimanan, penampilan diri, kemahiran mengajar dan dari sudut ilmu pengetahuan.

Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2011) terhadap GPI sekolah menengah yang berpengalaman mengajar melebihi lima tahun dan sebahagian besar telah menghadiri kursus peningkatan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun kebelakangan, hasil cerapan menunjukkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kurang berpusatkan murid, GPI belum berjaya merancang, melaksana dan menilai aktiviti pengajaran dengan berkesan (JNJK 2011). Di samping itu, aspek pemilihan bahan bantu mengajar (BBM) oleh GPI juga kurang menarik perhatian dan minat murid kerana BBM berbentuk tradisional seperti kad manila dan lembaran kerja manakala penggunaan BBM berorientasikan TMK kurang digunakan dalam pengajaran GPI (JNJK 2011). Perkara ini juga dinyatakan dalam kajian Ab. Halim et al. (2006) bahawa lebih 80% daripada 717 GPI yang terlibat dalam kajian tidak pernah menggunakan LCD, perisian Pendidikan Islam dan laman web semasa pengajaran Pendidikan Islam

Syed Najmuddin et al. (2009) dalam kajian mereka mendapati kebanyakan guru Pendidikan Islam di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kurang menggunakan kepelbagaian kaedah dan sumber rujukan dalam pengajaran mereka. Ini menimbulkan beberapa rungutan tentang guru yang bersifat kurang kreatif, penyampaian bahan yang hambar serta kaedah mengajar yang kurang berkesan (dan dikatakan berpunca daripada kurang berpengetahuan guru menggunakan strategi yang sesuai. Hasilnya, murid kurang seronok dan kurang berminat dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.

Dalam merancang PBM, guru-guru memerlukan perubahan yang drastik daripada gaya P&P secara konvensional kepada gaya pembelajaran yang moden dengan menggunakan BBM yang berteknologi tinggi sejajar dengan peredaran zaman pada masa kini. Tugas guru kian mencabar kesan daripada perubahan dunia ke era globalisasi yang positif mahupun negatif (Zain 2002; Nik Yusof 2002). Guru-guru yang kreatif dan inovatif

(4)

4

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

boleh dicontohi kepada guru-guru yang lain kerana menggunakan BBM yang sedia ada atau menghasilkan BBM yang baru untuk proses P&P. Dalam kajian Kamarul Azmi et al. (2011) menyatakan BBM berfungsi sebagai pemudah cara untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Dalam kajian mereka juga menyatakan sebanyak 25 peratus sahaja penglibatan guru di dalam bilik darjah. Justeru itu, pelbagai bentuk BBM yang boleh meningkatkan kefahaman serta pencapaian pelajar mengikut sesuatu topik yang mereka akan pelajari.

Menurut Ahmad Zanzali dan Daud (2010) menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam proses P&P, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses P&P bagi meningkat minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar.

Oleh itu, kaedah dan teknik P&P sahaja tidak mencukupi dan menjamin berlakunya proses P&P dengan jayanya dan berkesan terhadap objektif pengajaran tanpa menggunakan BBM.

Manakala kajian berkaitan pengajaran akidah yang dilaksanakan oleh Ahmad Yunus (2011) menumpukan kepada aspek pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) dalam pengajaran Akidah guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian membuktikan guru cemerlang dapat memahami objektif pengajaran, ilmu pedagogi, merancang dan melaksanakan pengajaran secara berkesan. Di samping itu, guru juga melaksanakan penilaian dan refleksi dalam pengajaran (Ahmad Yunus 2011; Ahmad Yunus & Ab. Halim 2010). Ringkasnya, didapati guru cemerlang Pendidikan Islam melaksanakan pengajaran mengikut strategi pengajaran yang ditetapkan.

Berdasarkan dapatan kajian Razila et al. (2019) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kualiti GPI berdasarkan jantina, kategori sekolah bandar dan luar bandar serta pengalaman mengajar guru. Situasi ini menggambarkan bahawa tahap kualiti GPI adalah sama berdasarkan jantina, kategori bandar dan luar bandar serta pengalaman mengajar guru.

Keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor latihan yang diterima oleh semua guru di peringkat institusi pengajian mereka sebelum dilantik menjadi guru.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa aspek kemahiran pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru Pendidikan Islam amat penting bagi mempertingkatkan keberkesanan penggunaan pendekatan ini. Kesemua aspek yang telah dibincangkan haruslah diberi penekanan oleh guru-guru. Secara umumnya, guru harus jelas dan faham dengan setiap kemahiran pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid.

2.1 Pernyataan Masalah

Bagi menjadi seorang guru yang baik dan berperanan sebagai pengurus dalam bilik darjah, seorang guru itu perlu menyiapkan diri dengan tahap kemahiran yang baik dalam banyak perkara terutamanya hal yang berkaitan dengan selok belok strategi pengajaran termasuklah pengajaran berpusatkan murid. Namun begitu, melalui kajian kualitatif yang dijalankan oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pengajian Tinggi (2011) tentang pengajaran guru di Malaysia mendapati sebanyak 125 siri pengajian di 41 buah sekolah di seluruh Malaysia, hanya 12% daripada pengajaran tersebut disampaikan pada standard yang tinggi, iaitu melaksanakan lebih banyak amalan terbaik pedagogi. Bahkan, kebanyakan guru Pendidikan Islam dikatakan masih menggunakan kaedah yang lebih berpusatkan guru (Shahabuddin 2003).

Kegagalan guru menguasai kemahiran ilmu pedagogi ini akan menjadikan murid lebih bermasalah

(5)

5

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

dalam menguasai topik pengajaran guru (Ab. Halim 2010). Keadaan ini memungkinkan murid semakin tidak bermotivasi dan menjejaskan minat untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum). Ekoran daripada itu dikhuatiri mata pelajaran Pendidikan Islam kurang mendapat tempat di hati murid-murid sebagai mata pelajaran yang diminati (Norhaya & Tuan 2006).

Ajaran Islam sangat menggalakkan proses berfikir dengan hujah-hujah rasional dalam mencari sesuatu kebenaran dan meneguhkan nya. Galakan berfikir ini banyak disebut dalam Al-Quran antaranya melalui soalan-soalan yang dikemukakan (Al-Quran: al-A’raf 7: 191-195; al-Kahfi 18:83-84) bagi membangkitkan perasaan ingin tahu seterusnya membawa kepada proses berfikir bagi mencari jawapan dan penyelesaian terhadap persoalan yang telah ditimbulkan. Namun didapati GPI turut dikesan kurang kreatif dalam penyampaian silibus pengajian, tidak variasi dalam pengurusan kelas, kurang capaian ilmu daripada sumber yang pelbagai (Syed Najmuddin et al. 2009) dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang terhad atau tiada langsung (Kamarul Azmi et al. 2011; Md. Yusof et al. 2006; Siti Fatimah & Ab. Halim 2010). Walaupun hanya segelintir daripada mereka yang berbuat demikian, namun ia telah menjejaskan reputasi GPI secara keseluruhannya (Syed Najmuddin et al. 2009).

Berlakunya kegagalan dalam sesuatu pelaksanaan kurikulum adalah disebabkan kurang penekanan aspek kemahiran agen pelaksana iaitu para guru. Keberkesanan proses PdP amat berkait rapat dengan kebijaksanaan seorang guru dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid (Zaleha 2011). Penggunaan teknik dan strategi pengajaran guru yang kurang menarik akan mewujudkan suasana yang membosankan, apatah lagi apabila tidak dirancang dengan baik (Abdul Jamir, Ab. Halim & A’dawiyah 2012). Menurut Toth, Audrey Amrein- Beardsley dan Foulger (2010) perubahan pengajaran tradisional kepada pengajaran berpusatkan murid mampu menghasilkan kesan positif ke atas diri murid. Namun menurut pandangan pengkaji, kaedah tradisional seperti kuliah dan syarahan masih tetap relevan dan bersesuaian dengan topik- topik Pendidikan Islam, akan tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya guru mempunyai kemahiran dalam memvariasikan pengajaran supaya murid tidak menjadi bosan antaranya dengan melaksanakan pendekatan berpusatkan murid.

Perlu juga diketahui, kaedah pengajaran yang dicadangkan dalam huraian sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam juga berbeza mengikut objektif bagi setiap bidang. Bagi pengajaran akidah ialah kuliah, perbincangan, sumbang saran, forum, penyelesaian masalah, kajian kes dan soal jawab.

Berlainan pula dengan kaedah yang dicadangkan bagi pengajaran ibadat iaitu kuliah, tunjuk cara, simulasi, hafalan, perbincangan, soal jawab, penyelesaian masalah dan kajian kepustakaan (KPM 2003).

Sehubungan perkara di atas, kajian berkaitan guru cemerlang di Malaysia dijalankan di peringkat doktor falsafah oleh Hanipah (2000) mengkaji mengenai pemikiran guru cemerlang kesannya terhadap prestasi pengajaran, manakala Kamarul Azmi (2010) mengkaji berkaitan kemahiran dan motivasi kerja GC. Sungguhpun demikian, sebagaimana dilaporkan Kamarul Azmi (2010) dan Ahmad Yunus (2011) walaupun bergelar GCPI penggunaan strategi pengajaran berpusatkan guru adalah lebih tinggi berbanding pengajaran berpusatkan murid. Keadaan ini bertentangan dengan teori pendidikan yang menjelaskan strategi guru cemerlang amat mementingkan kepelbagaian.

(6)

6

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Kajian yang telah dijalankan oleh Zahiah (2012) menunjukkan kemahiran merancang, merujuk dan mengikut sukatan pelajaran sewaktu membuat perancangan mengajar merupakan kemahiran yang perlu ada bagi semua guru, hampir 95% responden bersetuju dan memilih bahawa tindakan tersebut adalah antara faktor kejayaan guru dalam mencapai keberkesanan dalam amalan pendidikan mereka. Menurut Rahil, Habibah dan Kamariah (1997), guru Pendidikan Islam perlu merujuk huraian sukatan pelajaran agar perancangan yang dibuat bertepatan dengan objektif dan bertindak sebagai garis panduan agar pengajaran guru tidak tersasar dari perancangan asal.

Walaupun aspek kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran termasuklah pengajaran berpusatkan murid diberikan perhatian untuk merealisasikan matlamat kurikulum, namun penyelidikan secara mendalam mengenainya perlu dilakukan. Berdasarkan pencarian, pembacaan terhadap literatur dan tinjauan penyelidik mendapati bahawa penulisan dan kajian yang dilakukan berkaitan Pendidikan Islam di negara ini belum menyentuh secara khusus tentang kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran berpusatkan murid. Oleh yang demikian kajian ini perlu dijalankan terhadap guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah bagi mengkaji dan mengenal pasti kemahiran pengajaran berpusatkan murid. Perkara ini adalah wajar memandangkan pendidikan rendah merupakan asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor murid (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) 2001; PPK 2001).

Didapati juga, kajian berkaitan pembelajaran berpusatkan murid didapati agak meluas dilaksanakan di Malaysia yang meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah kajian dalam subjek Pendidikan Islam oleh Farah Hannan, Mohd Aderi & Maimun (2016); Kamarul Azmi &

Norhafizah (2013); Kamarul Azmi, Osmadi & Mohd Faeez (2012); Zakaria (2012). Kajian untuk subjek lain adalah seperti Bahasa Melayu oleh Alizah (2015). Seterusnya ialah kajian Zarina (2007) yang menumpukan subjek Tamadun Islam dan Kenegaraan. Kebanyakan kajian dilaksanakan di peringkat menengah dan IPTA. Namun, didapati kajian yang menumpukan penerokaan konsep pengajaran di sekolah rendah belum ditemui dan tidak meluas. Justeru, terdapat satu keperluan untuk kajian ini di jalankan kerana murid-murid sekolah rendah seharusnya didedahkan dengan pendekatan berpusatkan murid bagi menyediakan mereka dengan suasana pembelajaran di sekolah menengah seterusnya di universiti yang mengarah kepada pembelajaran kendiri. Perkara ini turut disokong oleh Schleicher (2012), apabila beliau menyatakan kepentingan tentang pembangunan kemahiran baru oleh murid. Beliau juga menambah bahawa pembangunan kemahiran ini adalah dipengaruhi oleh pendidik.

Hakikatnya, ciri pengajaran berkesan memerlukan peranan guru mengaplikasikan perancangan dan pelaksanaan kelas yang baik dan sistematik (Gray & Madson 2007; Kamarul Jasmi 2007) yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor (Farrant 1977). Guru berperanan dalam memberi ruang kepada murid mencetuskan idea (Nursafra 2017) seterusnya meneroka ilmu untuk kegunaan diri dan masyarakat (Suhailah 2007). Dalam standard 4 SKPMg2, guru bertanggungjawab memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Guru berperanan merancang, membimbing, mendorong, menilai dan murid sebagai pelajar aktif. Berdasarkan kajian, didapati guru mengamalkan pendekatan berpusatkan murid, namun ruang murid untuk meneroka masih terhad (Hashim, Hussien & Imran 2014; Kamarul Azmi et al. 2011; Zakaria 2012). Ringkasnya, isu-isu utama ini tetap menekankan kepada kurangnya penerokaan ruang kepada murid-murid dalam proses pengajaran ke arah penghayatan Islam.

(7)

7

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Sementara itu, hasil penelitian mendapati terdapat beberapa kajian yang lebih memfokuskan kepada amalan pembelajaran berpusatkan murid PI. Ia hanya dilakukan secara umum oleh Nur Hanani (2015) dan Kamarul Azmi (2010). Manakala kajian berkaitan amalan pengajaran Akidah berfokuskan murid sekolah menengah dilakukan oleh Ahmad Yunos (2011). Justeru, didapati terdapat kelompongan yang perlu dipenuhi agar dapatan kajian mampu dijadikan panduan kepada guru PI secara keseluruhannya. Pengetahuan, kemahiran dan sikap perlu diketengahkan bagi melihat aspek-aspek yang membezakan pelaksanaan pendekatan tersebut berbanding dengan subjek atau bidang-bidang yang lain. Terdapat keperluan terhadap paradigma baharu pendidikan dalam aspek penyelesaian masalah, berfikir luas dan berdikari dalam pengajian serta rutin harian kini (Tengku Sarina 2014). Keperluan kepada paradigma baharu ini membantu meningkatkan proses penyampaian Pendidikan Islam agar menjadi lebih bermakna.

Kajian kes oleh Nurhanani (2015) dijalankan terhadap guru cemerlang Pendidikan Islam di peringkat menengah dalam pengajaran Ibadat. Data membuktikan komponen pengetahuan guru yang ditemui dalam kajian ini ialah kepercayaan guru terhadap pengajaran, pengetahuan isi kandungan, pedagogi, PPK, kurikulum, tentang murid, matlamat, konteks, komunikasi dan diri.

Guru mementingkan aspek sikap, masalah dan prestasi murid dalam proses pengajaran. Dapatan turut menjelaskan guru menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan bahan agar proses penyampaian ilmu Ibadat adalah berkesan. Kajian oleh Kamarul Azmi (2010) pula menunjukkan amalan pembelajaran berpusatkan pelajar diamalkan oleh guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah menengah. Kajian beliau berjaya menghasilkan dapatan baharu antaranya ciri-ciri P&P berkesan Pendidikan Islam yang boleh digunakan sebagai panduan di sekolah menengah.

Seterusnya, kajian amalan pengajaran Akidah oleh Ahmad Yunus (2011) menumpukan kepada aspek penguasaan pedagogi kandungan (PPK) Akidah di sekolah menengah. Data menunjukkan guru cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) yang dikaji memiliki kefahaman yang jelas terhadap objektif pengajaran, menyampaikan pengajaran secara pedagogi dan proses pengajaran adalah berkesan. Kajian ini membuktikan belum terdapat kajian pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam secara terperinci di peringkat sekolah rendah dalam pembelajaran berpusatkan murid.

Kajian Zakaria (2012) pula menumpukan kepada persepsi guru PI sekolah menengah terhadap kefahaman kurikulum, pendekatan berpusatkan murid, penggunaan BBM, kaedah pengajaran seterusnya halangan dan kekangan yang dihadapi. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara persepsi terhadap kefahaman kurikulum dengan pelaksanaan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (PBP). Hasil dapatan daripada pelajar pula menunjukkan pelaksanaan PBP berada pada tahap sederhana. Melalui pemerhatian dalam kelas juga menunjukkan murid-murid menghadapi masalah dalam pelaksanaan PBP di dalam bilik darjah. Kajian mendapati murid- murid tidak berpuas hati pelaksanaan PBP yang dilaksanakan oleh sebahagian guru PI.

Manakala kajian oleh Farah Hannan, Mohd Aderi dan Maimun Aqsha Lubis (2016) pula menghuraikan pembelajaran berpusatkan murid dari aspek konsep pelaksanaan. Kajian berbentuk kepustakaan ini menghuraikan secara umum pelaksanaan pembelajaran yang meliputi aspek konsep pembelajaran berpusatkan murid. Namun, penerokaan mendalam terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap GPI dalam pengajaran berpusatkan murid yang diamalkan belum dijalankan.

(8)

8

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Sedangkan untuk menjadi seorang guru yang baik dan berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran berpusatkan murid, seorang guru itu perlu menyiapkan diri dengan tahap pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam banyak perkara. Dua perkara ini merupakan isu utama yang perlu ditangani dengan bijaksana oleh setiap guru bagi mencapai keberkesanan dalam pengajaran (Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zahir 2003). Jadi, kajian pengetahuan, kemahiran dan sikap GPI terhadap pengajaran berpusatkan murid perlu diberi tumpuan agar dijadikan garis panduan kepada guru-guru PI yang lain.

2.1.1 Tujuan Kajian

Secara khusus, kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid.

2.1.2 Soalan Kajian

Kajian ini bertumpu kepada soalan kajian yang berikut, iaitu:

1. Apakah tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar?

3. Metodologi Kajian

Secara umumnya, reka bentuk yang diguna pakai dalam kajian ini ialah tinjauan deskriptif yang menggunakan data kuantitatif sebagai data yang utama. Untuk mendapatkan data utama iaitu data kuantitatif, satu set soal selidik telah diubahsuai.

Walaupun secara amnya, teknik pensampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah pensampelan rawak mudah, namun bagi setiap peringkat kelompok, teknik pensampelan khusus digunakan.

Pada peringkat pertama, sampel kajian distratakan kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Selatan. Seterusnya, pengkaji memilih satu negeri bagi mewakili setiap zon secara rawak. Sampel kajian yang dipilih secara rawak membolehkan pengkaji membuat generalisasi secara tepat berkenaan dengan sesuatu populasi yang dikaji (Neuman 2002). Setelah melakukan undian, negeri-negeri yang terpilih ialah zon utara diwakili oleh negeri Kedah, zon selatan diwakili oleh negeri Johor, zon tengah pula diwakili oleh negeri Selangor dan zon timur diwakili oleh negeri Kelantan.

3.1 Instrumen

Instrumen soal selidik di gunakan dalam kajian ini sebagai alat untuk mengumpul data dan maklumat tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan PBM dalam Pendidikan Islam KSSR. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini telah dibina dan diubah suai dengan bantuan penyelia pengkaji dan pakar-pakar yang telah dipilih khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Item-item dalam instrumen tersebut adalah dibentuk hasil dari berbagai sumber seperti instrumen–instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, sumber-sumber perpustakaan, jurnal-jurnal Pendidikan, buku-buku Pendidikan Islam dan dari sumber-sumber lain yang berkaitan.

(9)

9

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

3.1.1 Responden

Kajian ini melibatkan seramai 500 orang guru Pendidikan Islam dengan pelbagai latar belakang seperti jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. Dalam kajian ini, populasi yang digunakan ialah guru Pendidikan Islamyang sedang bertugas di sekolah Kebangsaan di seluruh Semenanjung Malaysia. Mereka terdiri dari guru lelaki dan guru perempuan. Dalam kajian ini, populasi yang digunakan ialah GPI yang sedang bertugas di sekolah rendah kebangsaan di seluruh Semenanjung Malaysia. Mereka terdiri dari guru lelaki dan perempuan. Lokasi sekolah terdiri dari sekolah di bandar dan di luar bandar di seluruh Semenanjung Malaysia. Lokasi bandar dan di luar bandar merupakan kategori yang ditetapkan oleh pihak KPM dan juga Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

3.1.2 Pengumpulan Data

Data dalam kajian ini dikumpul dan diambil dari kaedah pengumpulan data secara kuantitatif.

Pengumpulan data dari kaedah kuantitatif merupakan kaedah utama dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat pengukur. Ini kerana soal selidik merupakan cara yang tepat, cepat dan menjimatkan masa untuk memperoleh maklumat (Mohd Majid 1990; Othman Talib 2013). Soal selidik ini bertujuan meninjau kemahiran pelaksanaan terhadap pengajaran berpusatkan murid di sekolah kebangsaan.

3.1.3 Kaedah Persampelan

Pengkaji telah mengambil beberapa perkiraan dalam menentukan saiz sampel yang akan digunakan. Menurut Sekaran (2000) bahawa sampel yang hendak di pilih harus mampu mewakili dan menggeneralisasikan keseluruhan populasi yang dinyatakan. Namun begitu perlu juga diambil kira keadaan tertentu seperti saiz sampel yang terlalu besar kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Pemilihan sampel juga harus di ambil kira pendapat yang dikemukakan Krejchie dan Morgan (1970), Sekaran (2002) dan Formula Cochran’s (1977) berhubung dengan jumlah dan formula cara pemilihan sampel. Mereka mendapati bilangan sampel yang besar yang telah dipilih boleh menghasilkan perkaitan yang signifikan walaupun perkaitan terlalu kecil dan tidak praktikal.

Setelah jumlah populasi diketahui, saiz sampel ditentukan berdasarkan kepada jadual Kerjcie &

Morgan (1970). Jadi untuk jumlah populasi GPI di Semenanjung Malaysia seramai 28229 orang, sampel kajian yang diperlukan ialah 379 orang (Krejcie & Morgan 1970). Walau bagaimanapun, pengkaji menambah bilangan sampel sebanyak 30% menjadi 500 orang setelah mengambil kira syarat-syarat yang diperlukan untuk membolehkan analisis inferensi dijalankan ke atasnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menambahkan ketepatan dan mengukuhkan dapatan kajian.

Oleh kerana kesukaran mendapat kembali soal selidik yang diedarkan merupakan salah satu faktor yang sering berlaku dalam sesuatu kajian, maka pengkaji telah mengedarkan soal selidik melebihi daripada jumlah sampel yang sepatutnya iaitu 600 set soal selidik untuk sampel guru. Pengkaji yakin sampel yang dipilih adalah sesuai untuk kajian ini kerana jumlah ini melebihi saiz sampel yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) dan Formula Cochran’s (1977).

Memandangkan kajian ini melibatkan penggunaan ujian regresi. Maka penentuan bilangan saiz sampel guru dalam kajian ini juga turut mengambil kira ujian regresi. Berdasarkan Hair et al.

(2006) serta Cohen (1988) telah meletakkan tahap alpha 0.05 dan kuasa untuk mendapatkan tahap

(10)

10

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

signifikan kajian ialah 0.08 serta bilangan pemboleh ubah sebanyak tiga. Berdasarkan perbincangan di atas jumlah saiz sampel telah melebihi jumlah saiz sampel untuk ujian regresi.

Oleh itu, pengkaji yakin jumlah saiz sampel guru telah menepati dalam kajian.

Pada peringkat pertama iaitu peringkat zon, pengkaji membahagikan jumlah sampel yang terlibat kepada empat zon secara rawak. Bagi menentukan jumlah sampel yang terlibat, GPI dibahagikan kepada empat zon iaitu zon utara, tengah, timur dan selatan. Zon utara diwakili oleh negeri Kedah, zon selatan diwakili oleh Negeri Johor, zon tengah pula diwakili oleh negeri Selangor dan zon timur diwakili oleh negeri Kelantan. Kaedah pemilihan sampel dalam kajian ini ialah kaedah pensampelan rawak mudah. Ary et al. (1996) menyebut bahawa tujuan pemilihan pensampelan kaedah rawak mudah untuk memastikan bahawa semua ahli mempunyai peluang yang sama bagi mewakili populasi yang dinyatakan dalam kajian ini. Manakala Othman (2002) menjelaskan bahawa dalam menentukan saiz sampel, perkara penting ialah sampel tersebut boleh mewakili dengan baik populasi yang dikaji, reka bentuk kajian dan kuasa statistik. Melalui kaedah ini juga pengkaji dapat melalui pemprosesan data secara inferensi, iaitu statistik dari sampel kepada populasi.

Pada peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri, pengkaji menggunakan nisbah berkadar daripada jumlah populasi negeri. Bagi negeri Johor 127 orang (25.5%), manakala bagi negeri Kedah 93 orang (18.5 %). Kemudian, bagi negeri Kelantan yang terlibat ialah seramai 113 orang. Akhir sekali bagi negeri Selangor, sampel yang terlibat ialah seramai 167 orang (33.4 %).

Seterusnya, pada peringkat yang ketiga, GPI di setiap daerah yang terpilih dipilih secara rawak berdasarkan strata lokasi sekolah. Di mana setiap daerah diwakili oleh GPI bandar dan luar bandar mengikut nisbah berdasarkan populasi GPI yang mewakili negeri (proportional stratified sampling) dan kemudiannya strata jantina juga ditentukan berdasarkan nisbah.

3.2 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif ini akan melihatkan nilai min, peratusan, sisihan piawai untuk menentukan tahap pemboleh ubah kajian iaitu kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran berpusatkan murid. Penyelidik menggunakan jadual interpretasi skor min Jamil Ahmad (2002) sebagai panduan untuk menghuraikan data deskriptif.

3.3 Penganalisisan Data

Setelah semua data kuantitatif diperoleh proses analisis data perlu dilakukan. Bagi data kuantitatif, proses analisis yang terlibat ialah dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. Jenis analisis bagi dapatan ini ialah analisis deskriptif.

3.3.1 Kesahan Instrumen

Kesahan instrumen dilakukan ke atas dua bahagian penting soal selidik iaitu kesahan muka dan kesahan kandungan. Ini kerana kualiti sesuatu instrumen bergantung kepada kesahan nya (Litwin 1995). Kesahan instrumen ialah bagi memastikan apa yang ingin diukur bertepatan dan skor ujian dapat diterjemahkan secara tepat dan bersesuaian (Gay et al. 2006). Oleh yang demikian, kesahan kandungan penting bagi memastikan item yang digunakan bersesuaian dan mewakili bidang yang

(11)

11

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

diukur (Wiersma 2000). Begitu juga dengan kesahan muka agar aspek bahasa seperti ejaan, struktur ayat dan gaya penulisan dapat dikemaskinikan (Muijs 2004; Wiersma 2000).

Bagi tujuan tersebut, pengkaji telah membentuk sebuah panel rujukan yang terdiri dari beberapa orang yang pakar dalam bidang Pendidikan Islam yang terdiri dari universiti-universiti (IPTA), IPG, pegawai-pegawai dari KPM dan juga guru cemerlang dalam Pendidikan Islam yang sedang bertugas di sekolah. Pengkaji menggunakan satu set soal selidik dan borang tersebut telah diedarkan kepada para panel yang telah dipilih untuk dinilai, dibaiki dan ditambah terhadap apa yang kurang dan dibuang apa yang lebih serta dibaiki kandungan item-item soalan-soalan tersebut.

Pengkaji telah berbincang dengan para panel tersebut bagi memastikan segala cadangan untuk memperbaiki instrumen tersebut dapat difahami untuk mempertingkatkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam instrumen tersebut. Seramai 10 orang pakar telah ditemui untuk mengesahkan setiap konstruk, sub konstruk dan item yang digunakan dalam kajian ini.

4. Perbincangan Dapatan Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 500 orang GPI dengan pelbagai latar belakang seperti jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. Huraian mengenai profil demografi kajian seperti berikut.

Jadua1 1.1: Profil Demografi Kajian

Demografi Kekerapan Peratusan

Jantina

Lelaki 187 37.4

Perempuan 313 62.6

Lokasi

Bandar 253 50.6

Luar bandar 247 49.4

Pengalaman

Kurang 10 Tahun 168 33.6

10 hingga 20 Tahun 235 47.0

Lebih dari 20 Tahun 97 19.4

Akademik tertinggi

Sarjana 27 5.4

Sarjana Muda 451 90.2

STPM 19 3.8

SPM 3 .6

Negeri

Kedah 93 18.6

Johor 127 25.4

Kelantan 113 22.6

Selangor 167 33.4

Merujuk jadual 1.1, seramai 500 orang GPI telah terpilih sebagai responden dalam kajian ini.

Responden kajian ini terdiri daripada 187 orang (37.3%) guru lelaki dan seramai 313 orang (62.6%) guru perempuan. Bilangan guru perempuan lebih mendominasi jumlah guru lelaki seperti jadual 4.1 tersebut merupakan fenomena yang biasa dilihat di kebanyakan sekolah di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan lokasi sekolah menunjukkan seramai 253 orang (50.6%) guru sekolah bandar dan seramai 247 orang (49.4%) guru sekolah di luar bandar. Mengikut pengalaman menunjukkan seramai 168 orang (33.6%) guru berpengalaman mengajar kurang dari 10 tahun, seramai 235 orang (47.0%) guru berpengalaman mengajar 10 tahun hingga 20 tahun dan seramai

(12)

12

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

97 orang (19.4%) guru berpengalaman mengajar lebih dari 10 tahun. Seterusnya berdasarkan akademik tertinggi menunjukkan seramai 27 orang (5.4%) guru dengan akademik Sarjana, seramai 451 orang (90.2%) guru dengan akademik Sarjana Muda, seramai 19 orang (3.8%) guru dengan akademik STPM dan seramai 3 orang (0.6%) guru dengan akademik SPM dan mengikut negeri pula menunjukkan seramai 93 orang (18.6%) guru di Negeri Kedah, seramai 127 orang (25.4%) guru di Negeri Johor, seramai 113 orang (22.6%) guru di Negeri Kelantan dan seramai 167 orang (33.4%) guru di Negeri Selangor.

4.1 Tahap Kemahiran Guru Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Murid

Statistik deskriptif yang menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan tahap kemahiran GPI dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid seperti berikut.

4.1.1 Merancang pengajaran berpusatkan murid

Jadual 1.2: Tahap kemahiran dalam Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Murid dari Segi Merancang Pengajaran Berpusatkan Murid dalam Kalangan guru Pendidikan

Islam No Merancang pengajaran

berpusatkan murid

JS J AK K SK Min SP

1 Saya merujuk kepada sukatan pelajaran untuk menyediakan perancangan pengajaran berpusatkan murid.

- 7 (1.4%) 62 (12.4%) 213 (42.6%)

218 (43.6%)

4.28 0.73

2 Saya menyediakan rancangan mengajar untuk pembelajaran berpusatkan murid.

- 9 (1.8%) 81 (16.2%) 264 (52.8%)

146 (29.2%)

4.09 0.72

3 Saya menentukan hasil pembelajaran mengikut kehendak sukatan pelajaran.

- 6 (1.2%) 78 (15.6%) 241 (48.2%)

175 (35.0%)

4.17 0.73

4 Saya menyesuaikan isi kandungan dengan kebolehan murid.

2 (0.4%) 5 (1.0%) 91 (18.2%) 266 (53.2%)

136 (27.2%)

4.06 0.73

5 Saya memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pengajaran berpusatkan murid.

- 3 (0.6%) 98 (19.6%) 233 (46.6%)

166 (33.2%)

4.12 0.73

6 Saya membina bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pengajaran berpusatkan murid.

- 30

(6.0%)

147 (29.4%)

234 (46.8%)

89 (17.8%) 3.76 0.81

7 Saya merancang strategi pengajaran yang bertepatan dengan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

- 5 (1.0%) 91 (18.2%) 270 (54.0%)

134 (26.8%)

4.07 0.70

(13)

13

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved 8 Saya memilih kaedah

pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.

- 2 (0.4%) 94 (18.8%) 249 (49.8%)

155 (31.0%)

4.11 0.71

9 Saya merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1 (0.2%) 5 (1.0%) 111 (22.2%)

243 (48.6%)

140 (28.0%)

4.03 0.75

Keseluruhan 4.08 0.52

Jadual 1.2 menunjukkan bahawa item dalam merancang pengajaran berpusatkan murid yang mempunyai min yang paling tinggi ialah saya merujuk kepada sukatan pelajaran untuk menyediakan perancangan pengajaran berpusatkan murid (min = 4.28 dan sp = 0.73). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 218 (43.6%) guru menyatakan sangat kerap, seramai 213 (42.6%) guru menyatakan kerap, seramai 62 (12.4%) guru menyatakan agak kerap dan seramai 7 (1.4%) guru menyatakan jarang. Manakala item dengan min yang paling rendah ialah saya membina bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pengajaran berpusatkan murid (min

= 3.76 dan sp = 0.81). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 234 (46.8%) guru menyatakan kerap, seramai 147 (29.4%) guru menyatakan agak kerap, seramai 89 (17.8%) guru menyatakan sangat kerap dan seramai 30 (6.0%) guru menyatakan jarang. Secara keseluruhannya menunjukkan kemahiran melaksanakan pengajaran berpusatkan murid dari segi merancang pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan GPI berada pada tahap tinggi (min = 4.08 dan sp = 0.52).

4.1.2 Pelaksanaan Proses Pengajaran

Jadual 1.3: Tahap Kemahiran dalam Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Murid Dari Segi Pelaksanaan Proses Pengajaran Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam

No Pelaksanaan proses pengajaran

JS J AK K SK Min SP

1 Memulakan pengajaran dengan menggunakan set induksi.

3 (0.6%) 15 (3.0%)

104 (20.8%)

195 (39.0%)

183 (36.6%)

4.08 0.86

2 Memastikan setiap langkah pengajaran dilaksanakan dengan teratur dan baik.

- 5 (1.0%) 72 (14.4%) 278 (55.6%)

145 (29.0%)

4.13 0.68

3 Melaksanakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran.

- 5 (1.0%) 93 (18.6%) 235 (47.0%)

167 (33.4%)

4.13 0.74

4 Melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan pengajaran berpusatkan murid.

- 7 (1.4%) 82 (16.4%) 260 (52.0%)

151 (30.2%)

4.11 0.71

5 Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran berpusatkan murid.

- 13

(2.6%)

112 (22.4%)

220 (44.0%)

155 (31.0%)

4.03 0.80

6 Memberi ruang kepada

murid untuk

mengemukakan idea mereka.

- 7 (1.4%) 88 (17.6%) 276 (55.2%)

129 (25.8%)

4.05 0.70

(14)

14

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved 7 Memberi ruang yang luas

kepada murid

mengemukakan dapatan yang diperoleh.

- 10

(2.0%)

112 (22.4%)

233 (46.6%)

145 (29.0%)

4.03 0.77

8 Mampu memberi bantuan kepada murid yang memerlukan bantuan interpersonal.

- 9 (1.8%) 105 (21.0%)

270 (54.0%)

116 (23.2%)

3.99 0.72

9 Merangsang minat pelajar mencari

maklumat yang

dikehendaki.

1 (0.2%) 12 (2.4%)

123 (24.6%)

249 (49.8%)

115 (23.0%)

3.93 0.77

10 Memberikan maklumat tentang sumber-sumber rujukan dari buku atau internet yang boleh diakses oleh murid.

1 (0.2%) 20 (4.0%)

105 (21.0%)

260 (52.0%)

114 (22.8%)

3.93 0.78

Keseluruhan 4.04 0.55

Jadual 1.3 menunjukkan bahawa item dalam pelaksanaan proses pengajaran yang mempunyai min yang paling tinggi ialah memastikan setiap langkah pengajaran dilaksanakan dengan teratur dan baik (min = 4.13 dan sp = 0.86). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 195 (39.0%) guru menyatakan kerap, seramai 183 (36.6%) guru menyatakan sangat kerap, seramai 104 (20.8%) guru menyatakan agak kerap, seramai 15 (3.0%) guru menyatakan jarang dan seramai 3 (0.6%) guru menyatakan jarang sekali. Begitu juga bagi item melaksanakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran (min = 4.13 dan sp = 0.74). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 235 (47.0%) guru menyatakan kerap, seramai 167 (33.4%) guru menyatakan sangat kerap, seramai 93 (18.6%) guru menyatakan agak kerap dan seramai 5 (1.0%) guru menyatakan jarang.

Manakala item dengan min yang paling rendah ialah merangsang minat murid mencari maklumat yang dikehendaki (min = 3.93 dan sp = 0.77). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 249 (49.8%) guru menyatakan kerap, seramai 123 (24.6%) guru menyatakan agak kerap, seramai 115 (23.0%) guru menyatakan sangat kerap, seramai 12 (2.4%) guru menyatakan jarang dan seramai 1 (0.2%) guru menyatakan jarang sekali dan juga item memberikan maklumat tentang sumber-sumber rujukan dari buku atau internet yang boleh diakses oleh murid (min = 3.93 dan sp

= 0.78). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 260 (52.0%) guru menyatakan kerap, seramai 114 (22.8%) guru menyatakan sangat kerap, seramai 105 (21.0%) guru menyatakan agak kerap, seramai 20 (4.0%) guru menyatakan jarang dan seramai 1 (0.2%) guru menyatakan jarang sekali. Secara keseluruhannya menunjukkan kemahiran melaksanakan pengajaran berpusatkan murid dari segi pelaksanaan proses pengajaran dalam kalangan GPI berada pada tahap tinggi (min

= 4.04 dan sp = 0.55).

4.1.3 Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berpusatkan murid

Jadual 1.4: Tahap kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid dari segi pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru Pendidikan Islam

No Pelaksanaan kaedah pengajaran

berpusatkan pelajar

JS J AK K SK Min SP

1 latih tubi - 7 (1.4%) 97 (19.4%) 133 (26.6%)

263 (52.6%)

4.30 0.83

(15)

15

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved 2 Pembentangan 3 (0.6%) 33 (6.6%) 202

(40.4%)

208 (41.6%)

54 (10.8%) 3.55 0.80 3 Forum 18 (3.6%) 52 (10.4%) 233

(46.6%)

141 (28.2%)

56 (11.2%) 3.33 0.93 4 Simulasi 7 (1.4%) 22 (4.4%) 112

(22.4%)

203 (40.6%)

156 (31.2%)

3.96 0.92 5 Tasmik 1 (0.2%) 7 (1.4%) 63 (12.6%) 188

(37.6%)

241 (48.2%)

4.32 0.76

6 Peta minda - 11 (2.2%) 153

(30.6%)

205 (41.0%)

131 (26.2%)

3.91 0.81 7 Kaedah koperatif 2 (0.4%) 12 (2.4%) 223

(44.6%)

199 (39.8%)

64 (12.8%) 3.62 0.75 8 P e n y e l e s a i a n

M a s a l a h

1 (0.2%) 19 (3.8%) 205 (41.0%)

209 (41.8%)

66 (13.2%) 3.64 0.76 9 Main Sambil Belajar 1 (0.2%) 24 (4.8%) 107

(21.4%)

210 (42.0%)

158 (31.6%)

4.00 0.86 10 Sumbang saran 2 (0.4%) 16 (3.2%) 118

(23.6%)

233 (46.6%)

131 (26.2%)

3.95 0.81

11 Lawatan 76 (15.2%) 156

(31.2%)

128 (25.6%)

95 (19.0%) 45 (9.0%) 2.75 1.19

Keseluruhan 3.76 0.50

Jadual 1.4 menunjukkan bahawa item dalam pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan murid yang mempunyai min yang paling tinggi ialah tasmik (min = 4.32 dan sp = 0.76). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 241 (48.2%) guru menyatakan sangat kerap, seramai 188 (37.6%) guru menyatakan kerap, seramai 63 (12.6%) guru menyatakan agak kerap, seramai 7 (1.4%) guru menyatakan jarang dan seramai 1 (0.2%) guru menyatakan jarang sekali. Manakala item dengan min yang paling rendah ialah lawatan (min = 2.75 dan sp = 1.19). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 156 (31.2%) guru menyatakan jarang, seramai 128 (25.6%) guru menyatakan agak kerap, seramai 95 (19.0%) guru menyatakan kerap, seramai 76 (15.2%) guru menyatakan jarang sekali dan seramai 45 (9.0%) guru menyatakan sangat kerap. Secara keseluruhannya menunjukkan kemahiran melaksanakan pengajaran berpusatkan murid dari segi pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan GPI berada pada tahap tinggi (min = 3.76 dan sp = 0.50).

(16)

16

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

4.1.4 Refleksi

Jadual 1.5: Tahap kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid dari segi refleksi dalam kalangan guru Pendidikan Islam

No Refleksi JS J AK K SK Min SP

1 Memberikan refleksi kepada murid selepas pengajaran

berpusatkan murid

1 (0.2%) 9 (1.8%) 87 (17.4%) 190 (38.0%)

213 (42.6%)

4.21 0.80

2 Memberi penilaian terhadap hasil perbincangan yang dibentangkan murid.

1 (0.2%) 9 (1.8%) 84 (16.8%) 241 (48.2%)

165 (33.0%)

4.12 0.76

3 Saya boleh

melaksanakan prinsip- prinsip penyoalan menerusi pendekatan berpusatkan murid.

1 (0.2%) 12 (2.4%) 121 (24.2%)

217 (43.4%)

149 (29.8%)

4.00 0.81

Keseluruhan 4.11 0.70

Jadual 1.5 menunjukkan bahawa item dalam refleksi yang mempunyai min yang paling tinggi ialah memberikan refleksi kepada murid selepas pengajaran berpusatkan murid (min = 4.21 dan sp = 0.80). Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 213 (42.6%) guru menyatakan sangat kerap, seramai 190 (38.0%) guru menyatakan kerap, seramai 87 (17.4%) guru menyatakan agak kerap, seramai 9 (1.8%) guru menyatakan jarang dan seramai 1 (0.2%) guru menyatakan jarang sekali. Manakala item dengan min yang paling rendah ialah saya boleh melaksanakan prinsip-prinsip penyoalan menerusi pendekatan berpusatkan pelajar (min = 4.00 dan sp = 0.81).

Dari kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 217 (43.4%) guru menyatakan kerap, seramai 149 (29.8%) guru menyatakan sangat kerap, seramai 121 (24.2%) guru menyatakan agak kerap, seramai 12 (2.4%) guru menyatakan jarang dan seramai 1 (0.2%) guru menyatakan jarang sekali.

Secara keseluruhannya menunjukkan kemahiran melaksanakan pengajaran berpusatkan murid dari segi refleksi dalam kalangan GPI berada pada tahap tinggi (min = 4.11 dan sp = 0.70).

Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kemahiran GPI dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berada pada tahap tinggi (min = 3.96 dan sp = 0.47). Aspek yang mempunyai min yang paling tinggi ialah refleksi (min = 4.11 dan sp = 0.70). Seterusnya diikuti oleh merancang pengajaran berpusatkan murid (min = 4.08 dan sp = 0.52), Pelaksanaan proses pengajaran (min = 4.04 dan sp = 0.55) dan pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid (min = 3.76 dan sp = 0.50).

Melalui analisis yang telah dijalankan, secara keseluruhannya didapati tahap kemahiran GPI dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid adalah tinggi. Analisis yang dijalankan mendapati bahawa kemahiran guru dalam merancang pengajaran berpusatkan murid, pelaksanaan proses pengajaran, pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan murid dan refleksi berada pada di tahap tinggi.

(17)

17

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Dapatan keseluruhan kajian sangat memberangsangkan yang mana item dalam merancang pengajaran berpusatkan murid yang mempunyai min yang paling tinggi ialah saya merujuk kepada sukatan pelajaran untuk menyediakan perancangan pengajaran berpusatkan murid. Manakala item dengan min yang paling rendah ialah saya membina bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pengajaran berpusatkan murid.

Kemahiran melaksanakan pengajaran berpusatkan murid dari segi merancang pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan GPI berada pada tahap tinggi. Sebagai pelaksana amalan kurikulum, guru harus berkemahiran dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Oleh itu, untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran di dalam kelas, guru perlu menyediakan perancangan yang baik dalam segenap aspek berkaitan kemahiran tersebut (Al-Khuli 1982). Mohd. Salleh (1992), mengukuhkan pandangan ini dengan menyatakan bahawa dalam konteks profesionalisme, antara kemahiran yang harus dimiliki oleh guru adalah mempunyai kemahiran dalam ilmu pedagogi seperti berkebolehan menyusun rancangan mengajar, memahami objektif pengajaran dan mengetahui teknik-teknik pengajaran yang baru. Perancangan dan menetapkan matlamat yang sempurna dan rapi dalam pengajaran berpusatkan murid akan lebih memudahkan guru membuat persediaan dari pelbagai aspek seperti nota, persediaan mengajar dan alat bantu mengajar. Di samping itu, membantu guru menghasilkan pengajaran yang berkesan kerana telah membuat persediaan dari awal dan bersungguh-sungguh.

Perlu diketahui bahawa salah satu aspek profesionalisme yang penting dalam bidang perguruan adalah kemahiran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia turut ditekankan dalam teori pengajaran dan pembelajaran al-Ghazali (1992) dan model pengajaran dan pembelajaran Burden dan Bryd (2003). Pengajaran yang berkesan juga mempunyai beberapa ciri yang meliputi individu guru dan pelajar. Ciri ini dapat dirangkumkan menjadi empat ciri yang berkaitan iaitu penguasaan ilmu yang tinggi, perancangan amalan pengajaran, menggabungkan aktiviti pengajaran iaitu strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dan keperibadian GPI (Mohd Aderi 2008).

Namun, didapati dapatan kajian penulis bercanggah dengan Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) yang mengatakan GPI belum berjaya merancang, melaksana dan menilai aktiviti pengajaran dengan berkesan (JNJK 2011). Ianya juga bercanggah dengan pandangan Mat Asuar (2008), yang menyatakan guru tidak mempunyai persediaan rapi untuk melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menghadapi kesukaran dalam mengendalikan keseluruhan pengajaran yang menggunakan kaedah pantun sebagai pendekatan bantu mengajar. Guru seharusnya berpengetahuan dan bijak dalam merancang langkah-langkah pengajaran agar mampu menghasilkan rancangan pengajaran efektif dan memberi kesan yang positif kepada murid. Ia memberi makna dan berfaedah (Anuar et al. 2009) serta mempunyai nilai yang kekal dan berterusan yang boleh diaplikasikan oleh seseorang murid. Ini kerana semakin bermakna pembelajaran itu, semakin bertambah penerimaan dan minat murid terhadap mata pelajaran tersebut.

(18)

18

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Dapatan ini selari dengan kajian Anuar dan Nelson (2015) menyatakan bahawa guru-guru yang cekap dari aspek kemahiran mengajar akan mengajar secara teratur atau bersistematik, penyusunan kaedah dari peringkat permulaan dengan penerangan mengenai konsep, menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Manakala langkah yang terakhir pula dengan menggunakan peneguhan dan pengukuhan terhadap pelajar-pelajar. Penguasaan kemahiran pengajaran juga meliputi aspek memulakan pengajaran, mengemukakan soalan dan contoh, teknik penyoalan, pengurusan kelas dan kemahiran motivasi (Anuar Ahmad & Nelson Jinggan 2015).

Dapatan ini juga selaras dengan kajian Nur Farhanah (2011) dan kajian Nor Aishah dan Yap (2002). Kajian Nur Farhanah (2011) mendapati aktiviti PBM tersebut berjaya dilaksanakan dengan keupayaan guru yang mampu merancang pengajaran secara efektif walaupun aktiviti nyanyian memerlukan ruang, pengawasan, kebebasan bergerak serta bersuara dan suasana yang santai tetapi terkawal. Kajian Nor Aishah dan Yap (2002) mendapati guru-guru yang mempunyai kesungguhan dan semangat yang tinggi akan sentiasa menggunakan pelbagai kaedah yang relevan dalam pengajaran mereka dengan menguasai isi kandungan pelajaran dan memahami pendekatan yang akan digunakan. Begitu juga dengan guru Pendidikan Islam, selain mempunyai kemahiran mengaplikasikan pendekatan ini, mereka juga harus mempamerkan kesungguhan dalam merancang dan menggunakannya agar menjadi kaedah pengajaran yang berkesan (Abd Rahim et al. 2000) kerana murid akan lebih bersemangat sekiranya mereka diajar dan dididik oleh guru yang bersungguh-sungguh.

Merujuk kepada sukatan pelajaran untuk menyediakan perancangan pengajaran berpusatkan murid juga merupakan salah satu perkara yang penting dalam menyediakan rancangan mengajar dalam PBM. Situasi ini menggambarkan kesungguhan yang dizahirkan oleh responden dalam merujuk kepada sukatan untuk menyediakan perancangan PBM. Item ini dilihat sebagai perkara yang amat penting dalam pengajaran seorang guru. Dalam aspek kemahiran pengajaran dan pembelajaran, GPI perlu sentiasa memantapkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Merancang pengajaran dengan cara merujuk sukatan pelajaran untuk menyediakan rancangan pengajaran seharusnya menjadi keutamaan diikuti dengan menterjemahkan objektif pengajaran kepada aktiviti pembelajaran yang sesuai, mengenal pasti kelemahan sedia ada pelajar, merancang aktiviti pembelajaran mengikut potensi pelajar, menyediakan aktiviti pengajaran yang menekankan aktiviti berpusatkan pelajar serta menentukan isi pelajaran bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.

Selain itu, dapatan kajian ini juga sependapat dengan kajian yang telah dijalankan oleh Zahiah (2012) yang menunjukkan kemahiran merujuk dan mengikut sukatan pelajaran sewaktu membuat perancangan mengajar merupakan kemahiran yang perlu ada bagi semua guru, hampir 95%

responden bersetuju dan memilih bahawa tindakan tersebut adalah antara faktor kejayaan guru dalam mencapai keberkesanan dalam amalan pendidikan mereka. Bersesuaian dengan pandangan Rahil et al. (1997), sewaktu merancang dan membina persediaan untuk mengajar, guru perlu merujuk sukatan pelajaran agar perancangan yang dibuat bertepatan dengan objektif dan mencapai matlamat yang dirancang. Tindakan guru merujuk sukatan juga adalah sebagai garis panduan agar pengajaran guru tidak tersasar dari perancangan asal.

(19)

19

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Namun begitu, item dengan min yang paling rendah ialah saya membina bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pengajaran berpusatkan murid tidak sesekali diabaikan. Walaupun dapatan kajian berada pada tahap tinggi, namun ianya merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam memastikan pengajaran berpusatkan murid dapat dijalankan dengan berkesan dan menyeronokkan. Amalan guru menggunakan BBM dalam P&P bukannya perkara asing lagi dalam dunia pendidikan. Di samping itu, jenis-jenis bahan bantu mengajar (BBM) semasa PBM serta kaedahnya juga penting diketengahkan. Penggunaan BBM adalah komponen penting dalam pelaksanaan P&P yang efektif hasil daripada pemikiran GPI yang kreatif dan inovatif (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2011). Selain itu, kemahiran merancang, kemahiran menggunakan BBM, kemahiran menyoal, menilai dan melaksanakan hands on aktiviti perlu dikuasai oleh guru (Esah 2004) untuk melibatkan murid dalam pengajaran berpusatkan murid secara aktif.

Dapatan kajian ini berbeza dengan kajian Kamarul Azmi et al. (2011), Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2011) dan Mohd Musa (2011), yang menyatakan terdapat kekangan dalam usaha guru untuk mempelbagaikan sumber bahan untuk mendapatkan BBM dan kekurangan penggunaan BBM dan aspek pemilihan BBM oleh GPI juga berbentuk tradisional. Dua kajian tersebut mendapati bahawa guru tidak dapat menggunakan BBM disebabkan kekurangan sumber dalam mendapatkan bahan. Mohd Musa (2011) menjelaskan bahawa guru-guru kurang didedahkan dengan sumber pengajaran yang pelbagai sehingga menyebabkan tidak berlaku perkongsian BBM antara sesama guru dan murid. Manakala Kamarul Azmi et al. (2011) menyatakan bahawa kekurangan sumber dalam mempelbagaikan BBM menyebabkan guru sukar untuk menjadi pemudah cara ketika pengajaran dan pembelajaran(PdP). Dua kajian tersebut mendapati bahawa guru tidak dapat menggunakan BBM disebabkan kekurangan sumber dalam mendapatkan bahan. Dapatan kajian penyelidik juga berbeza dengan Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2011) yang menyatakan aspek pemilihan bahan bantu mengajar (BBM) oleh GPI juga kurang menarik perhatian dan minat murid kerana BBM berbentuk tradisional seperti kad manila dan lembaran kerja manakala penggunaan BBM berorientasikan TMK kurang digunakan dalam pengajaran GPI (JNJK 2011). Lebih membimbangkan lagi apabila PdP guru tidak mampu menarik minat murid untuk belajar kerana proses PdP menggunakan kaedah tradisional sepenuhnya tanpa memikirkan kesesuaian murid. Kekurangan sumber bahan ini juga menyebabkan murid kurang pendedahan dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang dilaksanakan oleh sekolah. Hal ini akan menyebabkan prestasi murid dalam peperiksaan akhir akan terganggu kerana kurang pendedahan terhadap sumber BBM yang mampu menggalakkan murid untuk berfikir dengan kritis dan kreatif (Mwathwana et al. 2014).

Kekurangan sumber ini juga menyebabkan guru tidak mampu meluangkan masa untuk murid dalam PdP kerana tidak membuat persediaan sebelum menggunakan BBM (Abdullah et al.

2015a).

Ianya selaras dengan pandangan berkaitan kepentingan kemahiran merancang guru yang turut dipersetujui oleh Golightly dan Osvaldo (2013) dan Nur Hanani, Mohd Aderi & Ab Halim (2014).

Perancangan dan penetapan matlamat akan memudahkan guru membuat persediaan awal dari pelbagai aspek seperti nota, persediaan mengajar dan bahan bantu mengajar. Kelemahan dan kekurangan guru dalam aspek perancangan akan menjejaskan keberkesanan apa jua kaedah dan amalan pengajaran yang digunakan (Kamaruddin 2010; Norhaya 2015). Menurut Burden dan Byrd (2003) juga, perancangan pengajaran merupakan proses keputusan yang dilakukan oleh guru

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemahiran guru sekolah luar bandar terhadap penerapan Design Thinking dalam pendidikan STEM adalah pada tahap yang rendah iaitu secara

Begitu juga dengan tahap minat pelajar tingkatan 4 terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di surau sekolah berada pada tahap yang tinggi

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan teknik pengajaran berada pada tahap rendah; tahap penggunaan ABM juga berada pada rendah; tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa

Guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan penting bagi meningkatkan kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah, untuk mencapai matlamat ini, guru Bahasa

Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah daerah Ledang berada pada tahap tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja guru

Berdasarkan kepentingan kemahiran interpersonal guru dalam pengajaran, kelemahan pelaksanaan kemahiran interpersonal dalam pengajaran, terhadnya kajian yang

Pelaksanaan pengajaran tersebut diteroka melalui: (i) tanggapan guru terhadap keupayaan belajar murid, (ii) jangkaan guru terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membaca

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemupukan kemahiran proses sains berlaku semasa proses pengajaran-pembelajaran sains melalui kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru, aktiviti