• Tiada Hasil Ditemukan

JMK416/JMK514 – Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK416/JMK514 – Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih "

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

__________________________________________________________________________________________

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2018/2019

Jun 2019

JMK416/JMK514 – Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

Masa : 3 jam

__________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA (5) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

…3/- SULIT - 2 -

Pilih dan jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

1. Kajian perbandingan genre membuka ruang dan peluang untuk para pelajar menghayati karya-karya terpilih yang mewakil pelbagai tradisi kesusasteraan.

Bagaimanakah teks kajian terpilih dalam kursus JMK ini dapat diketengahkan kepada masyarakat dan memberi manfaat kepada mereka?

(25 markah)

2. Puisi-puisi Hamzah Fanzuri membawa falsafah cinta dengan ajaran Wahdat al- wujud yang menggambarkan ketinggian ilmu dan pemikiran dalam tradisi kesusasteraan Islam. Ajaran sufi berkenaan merujuk EMPAT (4) peringkat/maqam iaitu syariat, tarekat, hakikat dan makrifat yang berhubung langsung dengan persoalan ketuhanan serta bermatlamat menghidupkan cinta kasih kepada Allah SWT. Bincangkan dengan merujuk puisi yang diberi (Lampiran A).

(25 markah)

3. Dewi Putih karangan Ren Shau Dzeng dapat dianggap sebagai salah sebuah karya kesusasteraan dalam bentuk prosa yang mewakili tradisi kesusasteraan China.

Dalam teks tersebut persoalan budaya, mistisisme dan estetika amat menyerlah. Bincangkan.

(25 markah)

4. Kenneth Yasuda menyebut Haiku sebagai atau pengalaman estetik yang mencantumkan antara alam dan pengalaman cinta. Bincangkan ciri-ciri yang disebut oleh Kenneth Yasuda dalam Haiku yang diberi (Lampiran B).

(25 markah)

5. Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu penuh dengan kaitan sejarah, andaian, kontradiksi dan kontroversi. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa teks-teks berkenaan menjadi khazanah yang merakam budaya hidup masyarakat Melayu lama. Bincangkan aspek-aspek budaya Melayu yang berkaitan dengan sejarah, andaian, kontradiksi dan kontroversi yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.

(3)

…4/- SULIT - 3 -

6. Tradisi kesusasteraan China purba khususnya memaparkan falsafah Daoisme.

Lima ciri kesusasteraan Daoisme ialah menerangkan penderitaan hidup duniawi, melukiskan dunia khayalan yang indah-indah, adanya penceritaan tentang dewa dewi kayangan, menerangkan teknik-teknik sakti dan menerangkan ajaran agama daoisme. Ciri-ciri berkenaan amat jelas terakam dalam Dewi Putih.

Pilih tiga daripada lima ciri berkenaan dan bincangkan.

(25 markah)

(4)

…5/- SULIT - 4 -

Lampiran A

Tuhan kita yang bernama Qadim Pada sekalian makhluq terlalu karim Tanda-Nya qadir lagi dan hakim

Menjadikan alam daripada Ar-Rahman Ar-Rahim

Rahman itulah yang bernama sifat Tiada bercerai dengan kunhi Dzat

Dzat di sana perhimpunan sekalian ibarat Itulah haqigat yang bernama ma’lumat

Rahman itulah yang bernama wujud Keadaan Tuhan yang sedia ma’bud Kenyataan Islam Nasrani dan Yahud Dari Rahman itulah sekalian maujud

Ma’bud itulah yang bernama haqiq Sekalian alam di dalamnya ghariq Olehnya itulah sekalian fariq

Pada kun hinya itu tiada beroleh thariq

(Hamzah Fansuri, “Minuman Para Pencinta”.1995:113)

Panduan Istilah Arab;

Daim-tetap Fariq-golongan Karim-mulia

Ma’lumat-memaklumkan Qadir- kuasa

Kunhi- esensi

Ma’bud-Tuhan yang wajib disembah Yahud-yahudi

Bayan-penjelasan Haqiq-nyata Ghariq -terbenam Thariq-jalan

(5)

…6/- SULIT - 5 -

Lampiran B

From far Hot spring Hills

All the way to windy Beach – How cool the evening view!

The river Mogami

Has drowned the hot, summer sun And sunk it in the sea!

How hot the sun glows, Pretending not to notice

And autumn wind blows!

All through the night

I listened to the autumn wind In the lonely hills.

(A Haiku Journey, Basho’s Narrow Road to a Far Province.1974:68,75 &79)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berdasarkan perbandingan antara gerakan wanita di Tanah Melayu dan Indonesia, didapati bahawa aspek cetusan dan perkembangan menunjukkan persamaan, sifat organisasi yang serupa

Puisi “PadaMu Jua” oleh Amir Hamzah dan “Tuhan, Kita Begitu Dekat” oleh Abdul Hadi W.M adalah karya Mistik Islam yang lahir daripada pengalaman cinta

Ilustrasi gambaran landskap yang dilakar berdasarkan Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu menyerlahkan aspek gubahan atau reka bentuk landskap sebuah ibu kota kerajaan Melayu

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar akan aspek–aspek yang berkaitan dengan sosiolinguistik bahasa Melayu.. Bahasa dalam masyaraka dijadikan asas

Palaniappan P., Pengubahsuaian Unsur Metos India di dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional dengan merujuk kepada tek, Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuan , Tesis

Bincangkan cara anda mengajar kepada bahawa Sulalatus Salatin Sejarah Melayu sastera agung Melayu yang penting... a) "Sastera sejarah atau historiografi adalah hasil

Seterusnya kajian ini dilanjutkan dengan memperlihatkan bahawa teks Hikayat Keturunan Raja Negeri Deli sebagai sebuah hasil kesusasteraan dalam genre historiografi Melayu

Bab ini akan menganalisis data kajian yang terdiri dari 54 artikel yang ditulis dan disiarkan dalam Majalah Guru berkaitan dengan sejarah Melayu-Islam. Proses