• Tiada Hasil Ditemukan

PENDEKATAN PSIKOTERAPI ISLAM DALAM MENGURUS TEKANAN PESAKIT KANSER PAYUDARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PENDEKATAN PSIKOTERAPI ISLAM DALAM MENGURUS TEKANAN PESAKIT KANSER PAYUDARA"

Copied!
446
0
0

Tekspenuh

(1)M al. ay a. PENDEKATAN PSIKOTERAPI ISLAM DALAM MENGURUS TEKANAN PESAKIT KANSER PAYUDARA. U. ni. ve. rs. ity. of. NORHAFIZAH BINTI MUSA. AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018.

(2) M al. ay a. PENDEKATAN PSIKOTERAPI ISLAM DALAM MENGURUS TEKANAN PESAKIT KANSER PAYUDARA. ity. of. NORHAFIZAH BINTI MUSA. U. ni. ve. rs. TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH. AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018.

(3) UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama:. Norhafizah Binti Musa. No. Matrik: IHA090042 Nama Ijazah: Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):. ay a. Pendekatan Psikoterapi Islam dalam Mengurus Tekanan Pesakit Kanser Payudara Bidang Penyelidikan: Psikoterapi Islam. Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:. ni. ve. rs. ity. of. M al. (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.. U. Tandatangan Calon. Tarikh:. Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi. Tarikh:. Nama: Jawatan. ii.

(4) PENDEKATAN PSIKOTERAPI ISLAM DALAM MENGURUS TEKANAN PESAKIT KANSER PAYUDARA ABSTRAK. Kanser payudara merupakan salah satu penyakit berisiko tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Penyakit ini memberi kesan yang teruk kepada fizikal bahkan turut. ay a. mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi pesakit sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami stres yang berpanjangan sepanjang tempoh rawatan mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Untuk itu,. M al. kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif ini bertujuan membincangkan bentuk-bentuk tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Kajian ini juga menyelidik. of. pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Bagi memenuhi objektif kajian ini, satu modul psikoterapi Islam (MOPSI) telah. ity. disintesis berdasarkan sumber utama iaitu al-Qur’an dan hadis. Satu analisis juga dilakukan untuk melihat perubahan tekanan pesakit selepas pengaplikasian MOPSI. Hasil. rs. dapatan kajian menunjukkan pesakit yang konsisten mengamalkan MOPSI mengalami. ve. perubahan yang positif terhadap kesihatan jiwa dan juga perubahan yang ketara pada rutin harian menjadi lebih sihat dan bersemangat. Hasil kajian ini dapat merumuskan bahawa. ni. pendekatan psikoterapi Islam mampu membantu pesakit dalam mengurangkan tekanan. U. atau stres yang dialami. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan yang berguna kepada semua orang terutamanya pesakit kronik yang mengalami masalah gangguan jiwa.. Kata kunci: kanser, stres, psikoterapi Islam, modul, kesihatan jiwa. iii.

(5) PENDEKATAN PSIKOTERAPI ISLAM DALAM MENGURUS TEKANAN PESAKIT KANSER PAYUDARA ABSTRACT. Breast cancer is one of the high-risk diseases among women in Malaysia. The disease affects the physical and also the mood and emotion of the patients to the detriment of their. ay a. lives. Most of them will experience prolonged stress during treatment or even through everyday life. This descriptive qualitative analysis study aimed to discuss the forms of stress experienced by the breast cancer patients. It also aimed to examine the Islamic. M al. psychotherapy approach in managing the stress experienced by the breast cancer patients. To fulfil the objective of this study, an Islamic psychotherapy module (modul psikoterapi. of. Islam, MOPSI) was synthesised on the basis of the Qur’an and hadith. An analysis was also done to observe the changes in level of stress after the application of MOPSI. The. ity. results show that the patients who consistently practised MOPSI showed positive changes in their spiritual well-being and a significant change in their daily routine to be healthier. rs. and more vibrant. The results of this study concluded that the Islamic psychotherapy. ve. approach is able to help patients to reduce stress. This study is expected to be a useful guide for everyone especially the chronic patients who are suffering from mental. U. ni. disorders.. Keywords: cancer, stress, Islamic psychotherapy, module, spiritual well-being. iv.

(6) PENGHARGAAN. ‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬. ay a. Pertama dan selamanya, lautan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’en, tabi’e al-tabien dan seluruh pengikut petunjukNya sehingga hari pertemuan denganNya di akhirat kelak. Alhamdullilah, dengan limpah kurnian Illahi maka dapatlah pengkaji menyiapkan tesis ini sebagaimana yang telah disyaratkan oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya bagi melayakkan pengkaji mendapatkan Ijazah Falsafah Kedoktoran.. M al. Di kesempatan ini juga, jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada Prof. Madya Dr. Che Zarrina Binti Sa`ari dan Dr. Mohd Khairul Naim Bin Che Nordin, selaku penyelia pengkaji kerana telah memberi nasihat dan tunjuk ajar serta dorongan semangat yang berguna bagi pengkaji menyempurnakan kajian ini.. of. Setulus penghargaan juga dikhususkan buat suami yang dicintai, Dr. Azahar bin Yaakub, atas sokongan, perhatian dan toleransinya yang benar-benar menjadi kekuatan untuk meneruskan jihad ilmu ini. Untaian rasa penghargaan juga kepada ibu bapa pengkaji di atas sokongan dari sudut moral, doa tulus ikhlas keduanya, begitu juga kepada anak-anak dan ahli keluarga pengkaji.. ve. rs. ity. Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Akadami Pengajian Islam Universiti Malaya khususnya pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam serta sahabat-sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu pengkaji dalam melaksanakan amanah yang diberikan secara langsung ataupun tidak langsung. Terima kasih juga kepada Dr. Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman dan Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor yang banyak membantu.. U. ni. Akhir kalam, segala bimbingan nasihat dan tunjuk ajar yang telah kalian berikan amatlah pengkaji hargai dan semoga segala pertolongan dan jasa baik dari semua pihak akan mendapat keredaan Allah SWT. Pengkaji meminta maaf seandainya terdapat kelemahan dan kekurangan dalam menyiapkan kajian ini. Pengkaji memohon agar dapat membetulkan kesilapan dan kesalahan kajian ilmiah ini sekiranya ada yang jelas kelihatan. Pengkaji berharap kajian ini memberi manfaat kepada diri pengkaji sendiri dan ummah.. Nama: Norhafizah Binti Musa Alamat: Taman Rowther, Gombak 68100, Kuala Lumpur. Emel: pa.unhm75@gmail.com. v.

(7) JADUAL KANDUNGAN. iii. ABSTRACT. iv. PENGHARGAAN. v. JADUAL KANDUNGAN. vi. SENARAI GAMBAR RAJAH. xii. ay a. ABSTRAK. SENARAI TRANSLITERASI SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN. 1.1 Pengenalan. ity. BAB 1: PENDAHULUAN. of. SENARAI LAMPIRAN. M al. SENARAI JADUAL. xiii xiv xvi xvii. 1 1 1. 1.3 Persoalan Kajian. 7. ve. rs. 1.2 Latar Belakang Masalah Kajian. 7. 1.5 Skop Kajian. 7. 1.6 Kepentingan Kajian. 8. U. ni. 1.4 Objektif Kajian. 1.7 Definisi. 8. 1.7.1 Pendekatan. 8. 1.7.2 Psikoterapi. 9. 1.7.3 Tekanan. 9. 1.7.4 Pesakit Kanser Payudara. 9. 1.8 Sorotan Literatur. 10 vi.

(8) 1.8.1 Psikoterapi Islam. 10. 1.8.2 Tekanan. 12. 1.8.3 Kanser. 14. 1.8.4 Kanser Payudara. 16. 1.9 Metodologi Kajian. 19 20. ay a. 1.9.1 Kajian Kualitatif Deskriptif 1.9.2 Metode Pengumpulan Data. 1.9.4 Metode Analisis Data 1.9.5 Kajian Kes. 1.9.7 Proses Triangulasi Data. of. 1.9.6 Analisis Pembinaan Tema. M al. 1.9.3 Metode Dokumentasi. 21 21 33 36 36 37 39. 1.10 Susunan Penulisan. 43. 1.11 Kesimpulan. 44. ve. rs. ity. 1.9 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN. BAB 2: TEKANAN DALAM KALANGAN PESAKIT KANSER PAYUDARA. 45 45. 2.2 Latar Belakang Kanser Payudara. 45. U. ni. 2.1 Pengenalan. 2.2.1 Pengenalan Payudara. 46. 2.2.2 Komponen Payudara. 47. 2.2.3 Sistem Limfatik Payudara. 48. 2.2.4 Pengenalan Kanser Payudara. 49. 2.2.5 Jenis- Jenis Kanser Payudara. 50. vii.

(9) 2.2.6 Faktor-Faktor Risiko dan Penyebab Kanser Payudara. 53. 2.3 Statistik Pesakit Kanser Payudara. 62. 2.4 Bentuk-Bentuk Tekanan dalam Kalangan Pesakit. 65 66. 2.4.2 Tekanan Pesakit Kanser Payudara. 72. 2.4.3 Tahap Kanser Payudara. 75. ay a. 2.4.1 Bentuk Gangguan Tekanan yang Dialami oleh Pesakit. 2.4.4 Rawatan Kanser Payudara. 77. 2.4.5 Proses Tekanan dalam Diri yang Membawa Kepada Perubahan Biologi,. M al. Fisiologi dan Hormon. 2.5 Faktor-Faktor Yang Mendorong Kepada Tekanan 2.5.1 Faktor Usia. 77 86 86 87. 2.5.3 Cara hidup (lifestyle). 87. ity. 2.5.4 Personaliti. of. 2.5.2 Faktor Sosial Ekonomi/Kewangan. rs. 2.6 Kesan Tekanan Terhadap Pesakit. ve. 2.6.1 Walker J, Postma K, McHugh GS, et al.. 88 90 90 91. 2.6.3 Thomas BC, Devi N, Gangadharan PS, et al.. 91. ni. 2.6.2 Ozalp E, Soygur H, Cankurtaran E, et al.. U. 2.7 Kesan Tekanan Terhadap Pesakit Kanser Menerusi Sudut Pandangan Islam. 94. 2.7.1 Kelemahan Hati. 98. 2.7.2 Kelemahan Roh. 100. 2.7.3 Pengaruh Nafsu. 101. 2.7.4 Kelemahan akal. 103. 2.8 Rawatan Alternatif Terhadap Kanser 2.8.1 Aromaterapi. 105 105 viii.

(10) 105. 2.8.3 Kromoterapi. 106. 2.8.4 Hirudoterapi. 107. 2.8.5 Kiropraktik. 108. 2.8.6 Herbalisme. 109. 2.8.7 Akupunktur. 111. ay a. 2.8.2 Terapi Kanser. 2.8.8 Ayurveda 2.8.9 Homeopati. M al. 2.9 Kesimpulan. 3.1 Pengenalan. ity. 3.2 Definisi Psikoterapi. of. BAB 3: PSIKOTERAPI ISLAM. 113 114 115. 117 117 117 120. 3.4 Konsep Psikoterapi dalam Islam. 122. 3.5 Tujuan Psikoterapi dalam Rawatan Islam. 124. ve. rs. 3.3 Sejarah Perkembangan Psikoterapi dalam Sains Perubatan. 125. 3.5.2 Menggalakkan Membuka Minda. 125. 3.5.3 Memberi Sokongan. 126. 3.5.4 Penyelesaian Konflik atau Masalah. 127. U. ni. 3.5.1 Memberi Maklumat. 3.6 Penjelasan Krisis Jiwa Atau Tekanan Menurut al-Qur’an. 128. 3.6.1 Gelisah/berkeluh-kesah. 130. 3.6.2 Tergesa-gesa. 132. 3.6.3 Lemah. 133. ix.

(11) 3.6.4 Bimbang/takut. 135. 3.6.5 Sombong/ego. 137. 3.7 Pendekatan Psikoterapi Islam Bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. 140. 3.8 Teori Psikoterapi Islam dalam Pengurusan Stres Menurut Sarjana Muslim. 144. 3.8.1 Isqāṭ Tadbīr al-‘Uyūb Ibn `Ata’ Allah dalam Terapi Kefahaman. 146. atau Behavior (Sunnah Rasulullah SAW) 3.8.3 ‘Aṣabiyyah Ibn Khaldūn dalam Terapi Ijtimā`i. ay a. 3.8.2 Adab al-Riyāḍah wa al-Istiṣlaḥ al-Māwardī dalam Terapi Personaliti Karakter 163 166 171. 3.8.5 Al-Shifā’ Ibn Qayyim Dalam Terapi Hati. 173. M al. 3.8.4 Tazkiyah al-Nafs al-Ghazali dalam Terapi Amalan dan Penghayatan. 4:. MODUL. PENGURUSAN. STRES. ity. BAB. of. 3.9 Kesimpulan. PSIKOTERAPI ISLAM (MOPSI). rs. 4.1 Pengenalan. PENDEKATAN 176 176 176. ve. 4.2 Komponen Atau Asas Utama MOPSI. MENERUSI. 175. 178. 4.3.1 Modul Terapi. 178. 4.3.2 Ahli Terapi. 252. 4.3.3 Klien atau penerima. 253. 4.3.4 Metodologi Terapi. 254. 4.3.5 Pemerhatian dan Penilaian. 277. U. ni. 4.3 Perbincangan Lima Bahagian Utama MOPSI. 4.4 Perbincangan Pelaksanaan Pendekatan Psikoterapi dalam Mengurus Tekanan Pesakit Kanser Payudara. 280. x.

(12) 4.4.1 Profil Pesakit Kanser Payudara. 280. 4.4.2 Bentuk Tekanan Yang Dihadapi oleh Subjek Kajian 1 dan Subjek Kajian 2 282 4.4.3 Hasil Penerapan Modul Psikoterapi Islam Terhadap Pesakit Kanser Payudara 288 299. BAB 5: PENUTUP. 300. ay a. 4.5 Kesimpulan. 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan. M al. 5.3 Cadangan. 300 300 303 303. 5.3.2 Cadangan Kepada Badan Kerajaan. 304. 5.3.3 Cadangan Kepada Pengamal Perubatan. 304. 5.3.4 Cadangan Kepada Masyarakat. 305. ve. RUJUKAN. rs. 5.4 Kesimpulan. ity. of. 5.3.1 Cadangan Kepada Para Penyelidik. 305. 306 336. LAMPIRAN. 337. U. ni. SENARAI PENERBITAN DAN KERTAS KERJA. xi.

(13) SENARAI GAMBAR RAJAH. Rajah 1.1: Aliran Temu Bual Bersemuka: Kutipan Data, Kebolehpercayaan Tema dan Analisis Data ........................................................................................................................ 26 Rajah 1.2: Tahap-tahap Teknik Analisis Kandungan Pendekatan Psikoterapi Islam dalam Mengurus Tekanan Pesakit Kanser Payudara ...................................................................... 35. ay a. Rajah 1.3: Metodologi Kajian Pendekatan Psikoterapi Islam dalam Mengurus Tekanan Pesakit Kanser Payudara ...................................................................................................... 38 Rajah 1.4: Kerangka Konseptual Kajian .............................................................................. 42 Rajah 2.1: Anatomi Payudara .............................................................................................. 47. M al. Rajah 2.2: Tumbuhan Herba .............................................................................................. 109 Rajah 2.3: Akupunktur Dari Zaman Dinasti Ming ............................................................ 111. of. Rajah 4.1: Lima Bahagian Utama Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI) ................................................................................................ 178. ity. Rajah 4.2: Lima Terapi dalam Modul Terapi Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI) ................................................................................................ 179. rs. Rajah 4.3: Lima Terapi Konsep Kefahaman atau Kepercayaan dalam Modul Terapi Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI) ................................ 183. ve. Rajah 4.4: Gambaran Peta Hidup ....................................................................................... 199 Rajah 4.5: Empat Bentuk Terapi Amalan dan Penghayatan dalam Modul Terapi Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI) ................................ 202. ni. Rajah 4.6: Model ABCDEF dalam Teori REBT ............................................................... 219. U. Rajah 4.7: Empat Bentuk Terapi Hati dalam Modul Terapi Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI) ............................................................ 222. Rajah 4.8: Teori Psikoterapi Islam dalam Modul Pengurus Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI) ................................................................................................ 244 Rajah 4.9: Gambaran Proses MOPSI ................................................................................. 255. xii.

(14) SENARAI JADUAL. Jadual 1.1: Senarai Pakar Penilai Kesahan Kandungan Modul ........................................... 30 Jadual 1.2: Pengiraan Nilai Kesahan Kandungan Modul Antara Pakar Penilai .................. 31 Jadual 1.3: Jadual Perjumpaan dengan Subjek Kajian 1 ...................................................... 32 Jadual 1.4: Jadual Perjumpaan dengan Subjek Kajian 2 ...................................................... 32. ay a. Jadual 2.1: Tahap Emosi Pesakit.......................................................................................... 67 Jadual 2.2 Tahap Kanser Payudara………………………………………………………...76. M al. Jadual 4.1: Rumusan Terapi yang Digunakan Semasa Langkah-langkah Proses MOPSI. 276 Jadual 4.2: Gambaran Keseluruhan Modul MOPSI........................................................... 278 Jadual 4.3: Gambaran Bentuk Tekanan Berdasarkan Sorotan Literatur dan Temu bual dengan Dua Orang Subjek Kajian ...................................................................................... 287. of. Jadual 4.4: Jadual Perjumpaan dengan Subjek Kajian 1 .................................................... 289. ity. Jadual 4.5: Jadual Perjumpaan dengan Subjek Kajian 2 .................................................... 290 Jadual 4.6: Skor Sebelum Menjalani MOPSI .................................................................... 291. rs. Jadual 4.7: Skor Selepas Menjalani MOPSI ...................................................................... 291. U. ni. ve. Jadual 4.8: Perubahan yang Berlaku ke atas Pesakit Selepas Menjalani Sesi ................... 297. xiii.

(15) SENARAI TRANSLITERASI. 1. HURUF. 7. ‫حديث‬. ‫ص‬. 15. ‫ض‬. ni U. 21 22 23 24 25 26 27 28 29. Dh R Z S. rs. ‫ط‬ ‫ظ‬ ‫ع‬. ve. 19 20. D. ‫ش‬. 14. 18. H Kh. ‫س‬. 13. 17. ‫ح‬. ‫ز‬. 12. 16. ‫مجال‬. ‫ر‬. 11. ‫ثابة‬. J. ‫ذ‬. 10. ‫تقوى‬. ‫ج‬. ‫د‬. 9. Bab. Th. ‫خ‬. 8. ‫باب‬. ‫غ‬. ‫ف‬ ‫ق‬ ‫ك‬ ‫ل‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫هـ‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ة‬. ‫خاص‬ ‫داود‬. ‫مذهب‬ ‫رمحة‬ ‫زكاة‬ ‫سنة‬. Taqwa. ay a. 6. Awladuhu. T. ‫ث‬. 5. ‫أولده‬. B. ‫ت‬. 4. TRANSLITERASI. a,’. ‫ب‬. 3. CONTOH. M al. 2. TRANSKRIPSI. of. 1. HURUF ARAB ‫ ء‬،‫ا‬. Thabit Jamal. Hadith Khas. Dawud Madhhab Rahmah Zakah Sanah. Sh. ‫شيخ‬. Shaykh. S. ‫صفة‬. Sifah. ity. Bil.. Qaḍa. Ḍ. ‫قضى‬. T. ‫طمأنينة‬. Tama’ninah. Z. ‫ظاهر‬. Zahir. `. Gh F Q K L M N H W Y H. ‫عيوب‬. `Uyub. ‫لغة‬. Lughah. ‫فرض‬. Fard. ‫قوم‬ ‫كتب‬ ‫كمال‬ ‫منفعة‬ ‫نفس‬ ‫شهوة‬ ‫واجب‬. Qawm Kitab Kamal Manfa`ah Nafs Shahwah Wajib`. ‫قيامة‬. Qiyamah. ‫صدقة‬. Sadaqah. xiv.

(16) 2. VOKAL PENDEK Huruf Arab. 1. ‫َــ‬ (Fathah) َ‫ــ‬ ( Dammah) َ‫ــ‬ ( Kasrah). 2 3. Nama dan Transkripsi. Contoh. Transliterasi. A. ‫نصيحة‬. Nasihah. U. ‫خملق‬. Makhluq. I. ‫حكمة‬. Hikmah. ay a. Bil. Huruf Arab. 1. ‫آ‬. Nama dan Transkripsi A. 2. ‫و‬. U. 3. ‫ي‬. Huruf Arab. 1. ‫اَو‬ ‫اَى‬. ve. Bil. U. ni. 2 3 4. ‫يـ‬. ‫و‬. Contoh. Transliterasi. ‫كالم‬. Kalam. ‫مؤمن‬. Mumin. ‫تدبري‬. Tadbir. Nama dan Transkripsi aw. Contoh. Transliterasi Qawm. ay. ‫قوم‬ ‫عليه‬. ity. I. rs. 4. DIFTONG. of. Bil. M al. 3. VOKAL PANJANG. Iy/i uww. ‫نيب‬ ‫قوة‬. c. Alayh Nabi. Quwwah. Sumber: Buku Panduan Ilmiah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Edisi Ketiga.. xv.

(17) SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN. : Bilangan. Ed. : Editor. et al. : Pengarang dan lain-lain (melebihi dua orang). Ibid. : Ibidem (rujukan berturut). SAW. : Salla Allah `Alayh wa Sallam. SWT. : Subhanah wa Tacala. T.T.P. : Tiada Tempat Penerbitan. T.P. : Tiada Penerbit. MOPSI. : Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam. U. ni. ve. rs. ity. of. M al. ay a. Bil. xvi.

(18) SENARAI LAMPIRAN. : Borang Penilaian Pakar. Lampiran B. : Instrumen Kesesuaian Item. Lampiran C. : Amalan Doa dan Ibadah yang Disarankan. Lampiran D. : Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI). Lampiran E. : Carta Ringkas Modul MOPSI. U. ni. ve. rs. ity. of. M al. ay a. Lampiran A. xvii.

(19) BAB 1: PENDAHULUAN. 1.1 PENGENALAN Bab ini akan menghuraikan beberapa aspek yang menjadi panduan terhadap kajian pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara. Justeru, pengkaji membincangkan latar belakang masalah kajian, bidang kajian, tajuk kajian,. ay a. persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan definisi operasional. Di samping itu, bab ini juga mengemukakan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan. M al. kajian ini dan membicarakan metodologi kajian yang telah dilaksanakan sepanjang kajian dijalankan. Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara. of. ini mengfokuskan kepada kajian berbentuk kualitatif dan bersifat lapangan. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN. ity. Kanser ialah pertumbuhan sel yang tidak normal seperti kebiasaannya. Secara umumnya semua sel yang tumbuh di dalam tubuh mempunyai tugas, sebab dan pada kadar tertentu.. rs. Kanser berlaku apabila terdapat gangguan sel-sel yang tidak normal dengan mengalihkan. ve. tugas yang telah ditetapkan oleh sel yang normal.1 Kanser payudara yang merupakan. ni. kanser paling tua di dunia. Kanser ini juga telah umum diketahui sebagai kanser ketumbuhan dalam badan manusia yang bermula di sel payudara yang melapisi bahagian. U. saluran (ductal cancer), kelenjar lobul (lobular cancer) dan tisu-tisu lain. Rawatan utama. barah payudara lebih tertumpu kepada pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh. 1. Persatuan Onkologi Malaysia dan Pfizer Malaysia, “Hope Handbook Buku Panduan Sumber untuk Pesakit Kanser yang Baru Didiagnosis,” 2, dicapai pada 29 Ogos 2017, http://www.hopehandbook.org/hope_handbook1/pdf/Hope_BM.pdf. 1.

(20) kimoterapi dan radioterapi.2 Rawatan barah payudara bergantung kepada tahap dan jenis tumor. Lumpektomi ialah pembuangan ketulan atau pembuangan tisu payudara. Pembedahan membuang keseluruhan payudara pula dikenali sebagai mastektomi. Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi pembedahan bebas dari barah,. ay a. dan ia telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu tidak dibuang sepenuhnya, maka pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang. M al. merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).3. Kanser payudara telah menjadi penyebab utama kepada kematian wanita Asia. of. khususnya beberapa tahun kebelakangan ini. Statistik penghidap kanser payudara telah jauh meningkat di negara-negara membangun termasuk Malaysia mengatasi jenis kanser yang. ity. lain.4 Setiap tahun, anggaran sebanyak 1.6 juta kes baru yang didiagnosis di seluruh dunia.. rs. Di Malaysia, kanser payudara adalah kanser yang paling biasa di mana 1 dalam 19 wanita. ve. Malaysia akan didignosis dengan kanser payudara pada usia 85 tahun. Sekitar 4000 wanita didiagnosis setiap tahun dan ia biasanya berlaku dalam kalangan wanita yang berusia antara. ni. 35 hingga 60 tahun dengan 40 peratus dihidapi oleh yang berumur di bawah 50 tahun.. U. Suatu kemungkinan besar angka penghidap kanser payudara menjadi lebih besar daripada laporan rasmi tersebut kerana ada kes-kes yang tidak dilaporkan terutama bagi penghidap. 2. 3. 4. Rainbow T. H. Ho, Tracy T. C. Kwan, Irene K. M. Cheung et al, “Association of Fatigue with Perceived Stress in Chinese Women with Early Stage Breast Cancer Awaiting Adjuvant Radiotherapy,” dicapai pada 29 Ogos 2017, Stress Health, vol. 31 (2015), 214. Ruchi Dhuria, Vandana Mehta, Hitendra Loh et al., “Unilateral Quadripartite Composition of Pectoral Major Muscle: Anatomical Description and Clinical Implications,” Int. J. Morphol., vol. 27, no. 4 (2009), 1213-1216. Lihat juga Kesihatan Malaysia, “Pembedahan Kanser Payudara,” dicapai pada 30 Ogos 2017, http://kesihatan.bf-1.com/tag/kanser-payudara. Agarwal G, Pradeep P.V, Yip C.H & Cheung P.H, “Spectrum of Breast Cancer in Asian Women,” World Journal Surgery, No. 5 (2007), 31. 2.

(21) kanser payudara yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman dan mengalami kesulitan dari segi pengangkutan.5 Kajian Jabatan Pesakit Kanser di Hospital Besar Kuala Lumpur menunjukkan statistik pesakit Melayu-Islam mencapai angka tertinggi menghidap kanser payudara berbanding bangsa Cina dan India.6 Statistik ini melibatkan penghidap kanser dari tahap awal hingga tahap akhir dan yang maut berpunca dari penyakit tersebut. Kadar. ay a. pesakit kanser yang dilaporkan telah menyebabkan tahap kebimbangan dalam kalangan individu dan pesakit meningkat kerana penyakit tersebut dikatakan pembunuh nombor satu wanita apatah lagi dengan tanggapan seolah-olah tidak ada harapan untuk sesiapa pulih dari. M al. penyakit ini.. Hal ini menyebabkan individu yang menghidapi penyakit kritikal seperti kanser. of. payudara bukan sahaja mengalami kesakitan fizikal, malah terganggu spiritual, psikologi dan emosi sehingga boleh menyebabkan stres dan tekanan kepada pesakit. Berdasarkan. ity. kajian Moh Sholeh, stres boleh menyebabkan sistem imun badan terganggu untuk melawan penyakit, justeru, boleh menyebabkan penyakit yang dialami bertambah teruk.7 Oleh itu. rs. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit itu boleh menjadi semakin teruk. ve. antaranya kelemahan elemen spiritual dan psikologi pesakit. Ini kerana tekanan dan. ni. ketidakstabilan emosi sangat berkait dengan elemen spiritual dan psikologi pesakit.. U. Pesakit Melayu-Islam sering dikaitkan dengan cara hidup dan kepercayaan yang. mendorong mereka untuk mencari rawatan alternatif bagi kesakitan mereka selain dari merujuk masalah kesihatan kepada institusi perubatan profesional. Usaha pencegahan melalui cara hidup Islam, khususnya pendekatan psikoterapi Islam melalui ketinggian 5 6 7. CARIF, “Facts & Figures about Breast Cancer”, laman sesawang Cancer Research Initiatives Foundation, dicapai pada 3 Jun 2015, http://carif.com.my/?page_id=209. Abdullah N. Hisham & Cheng H. Yip, “Overview of Breast Cancer in Malaysian Women: Problem with Late Diagnosis,” Asian Journal of Surgery, vol. 27, no. 2 (2004), 130-133. Moh Sholeh, Terapi Shalat Tahajud (Jakarta: Noura Books, 2012), 49. 3.

(22) amalan spiritual diharap banyak membantu pesakit kanser payudara Melayu-Islam dalam menghadapi penderitaan mereka.8 Menurut Hamdani Bakran, psikoterapi Islam adalah proses perubatan merawat penyakit mental, spiritual, tekanan jiwa dan fizikal melalui bimbingan al-Qur’an dan alSunnah.9 Proses penyembuhan jiwa manusia dari segala penyakit membuktikan perubahan. ay a. boleh berlaku pada diri seseorang itu ekoran impak keimanan kepada Allah dan segala rukun iman yang lain dalam jiwa manusia dari segala penyakit. Iman dapat merawat. yang tenang dan jiwa yang tenteram.10. M al. kegelisahan dan tekanan dalam hidup sekali gus mengembalikan fitrah kepada kehidupan. Penyakit seperti kanser payudara merupakan satu bentuk ujian dalam kehidupan. of. manusia yang boleh menyucikan manusia dari sifat-sifat mazmumah dan mendekatkan diri kepada Tuhan Rabbul Izzati dengan mengharap kesembuhan dan kekuatan dari-Nya.11. ity. Justeru, menghadapi dan menerima ujian seperti penyakit, kemalangan dan seumpamanya. rs. merupakan satu bentuk mekanisme dari Allah untuk manusia dalam rangka mempertingkatkan manifestasi keimanan agar menjadi hamba Allah yang pasrah dengan. ve. ketentuan qaḍā’ dan qadar serta belajar reda dengan ketentuan Allah SWT.12 Kajian-kajian. ni. yang telah dilakukan Robinson, Kendrick dan Brown dalam ilmu perubatan moden. U. mendapati bahawa amalan-amalan spiritual yang meningkatkan ketinggian unsur dalaman. 8 9 10 11 12. Amber Haque & Khairol A. Masuan, “Religious Psychology in Malaysia,” International Journal for the Psychology of Religion, vol. 12, no. 4 (2002), 277-289. Hamdani Bakran Adz-Dzaky, Psikoterapi dan Kaunseling Islam: Penerapan Metod Saintifik (Yogyakarta: Fajar Pustaka Biru, 2001), 3. Muhammad Uthman Najati, Jiwa Manusia Dalam Sorotan Al-Quran, terj. Ibn Ibrahim (Jakarta: Cendikia Centra Muslim, 1987), 169-170. Abdullah Al-Hadad, The Book of Assistance (London: Quilliam Press (1989), 112-113. Al-Ghazali, Ihya’ `Ulum Al-Din (Beirut: Dar al-Ma`arif, t.t),33. 4.

(23) manusia sangat berperanan dalam proses penyembuhan.13 Kajian yang dijalankan oleh Pargament pula menunjukkan bahawa penghayatan keagamaan merupakan sumber motivasi terbaik, penetapan nilai dalam diri manusia dan sumber memberi ketenangan kepada perasaan pesakit.14 Ketinggian unsur rohani membawa manusia kepada suatu bentuk kesedaran untuk memahami bahawa penyakit dan penderitaan. ay a. adalah suatu bentuk anugerah Tuhan yang boleh meningkatkan nilai diri manusia dan kesucian jiwa mereka.15 Bagi Islam, kesihatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan. M al. akhirat bukan dinilai semata-mata pada kesihatan zahir atau fizikal, sebaliknya Islam melihat dengan pandangan yang syumul bahawa manusia yang berjaya dan sejahtera adalah insan yang sihat sejahtera jiwanya dan berfungsi mengabdikan diri mereka kepada Allah. of. SWT. 16. Daripada paparan dan maklumat di atas menggambarkan bahawa fenomena penyakit. ity. payu dara amatlah berbahaya. Keadaan kesihatan boleh menjadi lebih kronik apabila. rs. pesakit menghadapi stres yang berlebihan. Kesan daripada stres yang tidak ditangani boleh menyebabkan psikologi dan fisiologi individu terganggu serta menurunkan tahap. ve. kesihatan.17 Di samping itu, penyakit kanser payudara ini secara umumnya memberikan. ni. kesan terhadap imej badan seseorang seperti keguguran rambut apabila kimoterapi. U. disebabkan alopecia. Kesan biasanya bermula dalam masa beberapa hari selepas kimoterapi. Oleh itu, pesakit yang menjalani kimoterapi mempunyai perasaan trauma untuk 13 14 15 16 17. Robinson S, Kendrick K & Brown A, Spirituality and The Practice of Healthcare (Hampshire: Palgrave MacMillan, 2003), 67. Pargament K. I, The Religious Dimension of Coping: Advance in Theory, Research and Practice (New York: Guilford, 2005), 48-63. Tzeng H. M, & Yin C. Y, “Learning and Respect a Patient’s Spiritual Needs Concerning an Unknown Infection Disease,” Nursing Ethics, vol. 13, no. 1 (2006), 17-28. Asmawati Suhid & Fathiyah Mohd Fakhruddin, “Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam: Hala Tuju dan Cabaran,” Journal of Islamic and Arabic, vol. 4, no. 2 (2012), 61. M.M. Zafir & M.H. Fazilah, “Stres di Tempat Kerja dan Kesannya Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,” Malaysian Journal of Community Health, vol. 12 (2006), 41. 5.

(24) trauma untuk keguguran rambut. Bagi sesetengah wanita, alopecia memberi trauma yang lebih berbanding mastektomi.18 Rawatan mengatasi kanser payudara memerlukan penyelesaian yang bersifat klinikal dan saintifik berasaskan perubatan moden. Namun aspek yang bakal ditonjolkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah bagaimana mengatasi dan mengurangkan tahap penderitaan. ay a. yang dialami oleh penyakit kanser melalui medium rawatan Psikoterapi Islam. Pengkaji percaya Allah yang mencipta penyakit dan Allah jua yang menyembuhkannya. Firman. M al. Allah SWT di dalam Surah al-Syu’ara’ ayat 80: َۡ ََُ ُ ۡ َ َ ٨٠ ‫ِني‬ ِ ‫ِإَوذا م ِرضت فهو يشف‬. of. (Surah al-Shu‘ara’, 26: 80). Terjemahan: “Dan apabila Aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”. ity. Demikian juga firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 82 yang berbunyi:. (Surah al-Isrā’, 17: 82). ve. rs. ُ َ َ َ َ ۡ ُ ۡ ‫ ز‬ٞ َ ۡ َ َ ٞ َ َ ُ َ ‫ن ُل م َِن ۡٱل ُق ۡر َء‬ َ ‫َ َُز‬ ٗ ‫ني إَل َخ َس‬ ٨٢ ‫ارا‬ ِ ‫ان ما هو شِفاء ورۡحة ل ِلمؤ ِمن ِني وَل ي ِزيد ٱلظَّٰل ِ ِم‬ ِ ِ ‫ون‬. U. ni. Terjemahan: “Dan Kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”. Berasaskan kedua-dua ayat di atas, pengkaji percaya kepada keberkesanan rawatan. moden sebagai satu ikhtiar rawatan mengatasi masalah penyakit kanser payudara. Namun, rawatan-rawatan lain juga harus diterokai seperti rawatan Psikoterapi Islam, kaunseling dan. 18. Ruchika Rani, Manjinder Singh & Jasbir Kaur, “An Exploratory Study to Assess Perceived Body Image among Breast Cancer Patients with Alopecia, Undergoing Chemotherapy in Selected Hospitals of Ludhiana, Punjab,” International Journal of Nursing Education, vol. 8, no. 4, October-December (2016), 41. 6.

(25) bimbingan kerohanian dan lain-lain bagi memastikan rawatan pemulihan dilakukan secara menyeluruh kepada pesakit kanser payu dara dengan izin Allah SWT. 1.3 PERSOALAN KAJIAN a) Apakah bentuk-bentuk tekanan yang lazimnya dihadapi oleh pesakit kanser payudara?. ay a. b) Adakah psikoterapi Islam dapat mengurus tekanan? c) Apakah modul psikoterapi Islam yang sesuai disusun dan dilaksanakan untuk membantu pesakit kanser payu dara dalam menghadapi tekanan hidup dan sekali gus mengurangkan. M al. penderitaan hidup mereka? 1.4 OBJEKTIF KAJIAN. of. Kajian ini menggariskan beberapa objektif seperti berikut:. ity. 1. Membincangkan bentuk dan tahap tekanan yang dihadapi pesakit kanser payudara.. rs. 2. Mengkaji pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan. 3. Mensintesiskan pendekatan psikoterapi Islam dalam membina modul pengurusan stres. ve. Islam (MOPSI).. ni. 4. Menganalisis perubahan tekanan pesakit kanser payudara selepas aplikasi modul MOPSI.. U. 1.5 SKOP KAJIAN Kajian ini menumpukan kepada nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang berkait dengan Psikoterapi Islam terutama dari segi sindrom, faktor, kesan dan rawatan terhadap tekanan hidup. Kajian ini dijalankan ke atas dua orang pesakit kanser payudara yang beragama Islam sahaja kerana modul rawatan yang digunakan ini berpandukan al-Qur’an dan al-. Sunnah yang memerlukan kepercayaan dan pengamalan daripada pesakit Muslim.. 7.

(26) 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian yang telah dilaksanakan ini mempunyai beberapa kepentingan seperti berikut: a) Membantu kumpulan sokongan pesakit kanser dan sesiapa yang berkenaan untuk merangka program sokongan menggunakan pendekatan Psikoterapi Islam. b) Sebagai penerusan kepada budaya ilmu, di mana hasil kajian ini diharap akan membuka. ay a. ruang yang lebih luas kepada para penyelidik untuk melakukan penyelidikan lanjutan khususnya dalam bidang psikoterapi Islam.. M al. c) Hasil dapatan kajian ini mengemukakan teori dan modul baru yang lebih tersusun dan sistematik dalam mengurus dan merawat sebarang bentuk tekanan hidup yang berupa tekanan emosi, mental, jasmani dan spiritual khususnya kepada pesakit kanser payu dara.. of. 1.7 DEFINISI. ity. Merujuk kepada tajuk kajian, terdapat beberapa istilah penting yang sering diulang-sebut dalam kajian ini antaranya ialah pendekatan, Islam, stres, psikoterapi dan pesakit kanser. rs. payudara. Berikut adalah huraian definisi bagi terminologi yang berkaitan:. ve. 1.7.1 Pendekatan. ni. Kamus Nusantara mendefinisikan pendekatan dengan beberapa maksud yang berbeza iaitu. U. yang pertama ialah proses di mana merupakan satu perihal atau perbuatan untuk mendekati atau mendekatkan. Seterusnya, ia juga didefinisikan sebagai kaedah iaitu cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas bagi mengatasi sesuatu masalah. Akhir sekali, pendekatan juga diterangkan sebagai usaha dalam rangka aktiviti penelitian untuk mengadakan hubungan dengan orang yang diteliti atau metode-. 8.

(27) metode untuk mencapai pengertian tentang masalah penelitian.19 Dalam kajian ini, pendekatan merujuk kepada kaedah-kaedah dan cara yang dibentuk dan dimuatkan di dalam modul sebagai alat atau panduan bagi mencapai objektif kajian. 1.7.2 Psikoterapi Psikoterapi didefinisikan sebagai cara pengubatan dengan menggunakan pengaruh doktor. ay a. terhadap jiwa pesakit (penderita) tanpa menggunakan ubat-ubatan, tetapi melalui kaedah cadangan, nasihat, menghibur, hipnosis dan sebagainya atau rawatan sakit jiwa atau. M al. gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi.20 1.7.3 Tekanan. Tekanan merupakan gangguan atau kekacauan mental dan emosi (emosional) yang. of. disebabkan oleh faktor-faktor luar, tekanan jiwa dan ketegangan.21 Keadaan resah, cemas,. ity. tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Melalui kajian ini, tekanan merujuk kepada keadaan emosi atau rohani pesakit-pesakit kanser payudara yang juga. ve. rs. dikenali sebagai stres.. 1.7.4 Pesakit Kanser Payudara. ni. Pesakit ialah mereka yang dikategorikan sebagai orang yang sakit atau si sakit.22 Manakala. U. kanser payudara ialah bermula dengan sel yang tumbuh dan merebak secara tidak terkawal. Sel-sel yang tumbuh membentuk tumor yang boleh dilihat melalui x-ray dan secara fizikalnya seperti benjolan yang timbul. Tumor yang jahat akan merebak ke seluruh. 19 20 21 22. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kamus Bahasa Melayu Nusantara (Selangor: H.I Holdings Sdn Bhd, 2003), 569. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2149. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2598. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2340. 9.

(28) bahagian lain dalam tubuh.23 Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan kajian ini akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara.. ay a. 1.8 SOROTAN LITERATUR Melalui penelitian terhadap kajian-kajian lepas, pengkaji mendapati kajian-kajian yang berkaitan dengan asas-asas psikoterapi Islam secara umum telah banyak dilakukan. Walau. M al. bagaimanapun, kajian-kajian tersebut bukan dalam bentuk menghasilkan satu modul lengkap yang boleh diujikaji pengamalannya dalam tempoh masa tertentu. Kajian-kajian tersebut lebih bersifat kajian perpustakaan yang banyak menyumbang saranan dan idea dari. of. segi elemen zikir-zikir dan amalan yang bersesuaian untuk diaplikasikan terhadap golongan. ity. sasaran terutama pesakit kanser payu dara dan lain-lain penyakit. Cadangan pengaplikasian amalan tersebut adalah bagi membuktikan keberkesanannya dalam menangani masalah. rs. gangguan kejiwaan pesakit tersebut. Oleh yang demikian, pengkaji telah menyusun kajian. ve. terdahulu berdasarkan tema utama kajian seperti psikoterapi Islam, tekanan, kanser, dan. ni. kanser payudara.. U. 1.8.1 Psikoterapi Islam Al-Ghazālī, Abū Ṭālib al-Makki, Ibn ‘Ata’ Allāh, al-Māwardī dan lain-lain ulama terdahulu. banyak mendatangkan pelbagai cadangan peringkat-peringkat yang mesti dilalui bagi membantu rawatan jiwa. Hal ini menunjukkan masalah kejiwaan adalah suatu masalah yang telah berlaku sejak dahulu lagi. Sebagai contoh, Abū Ṭalib al-Makkī membincangkan Kumpulan Perubatan dan Editorial The American Cancer Society, What is Breast Cancer?, American Cancer Society, dicapai pada 13 Ogos 2018, https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/about/what-isbreast-cancer.html.. 23. 10.

(29) usaha untuk membangunkan kerohanian dan akhlak manusia dari sudut psikoterapi Islam dengan mendatangkan cadangan-cadangan peringkat dan maqamat.24 Manakala. Hairunas. Rejab. mengkaji. tentang. Psikoterapi. Islam. dan. Pengaplikasiannya dalam Kesihatan Mental. Kajian peringkat ijazah doktor falsafah ini membina kerangka teori dalam ilmu psikoterapi Islam di bawah kerangka psikoterapi Iman,. ay a. psikoterapi ibadah dan psikoterapi tasawuf. Menurut beliau, psikoterapi Islam merupakan metod yang paling asas dalam mewujudkan kebahagiaan, kesihatan mental dan. M al. keperibadian Islam berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kajian ini turut menyarankan agar para pendakwah dan pengkaji dapat membuat kajian lanjutan gangguan mental seperti kemurungan, neurosis, tekanan dan psikosis sebagai usaha. of. memahami perilaku beragama individu dan masyarakat.25. Satu kajian telah dijalankan di sebuah Pondok Pesantren di Indonesia di mana. ity. pengkaji meneliti dan menyelusuri cara atau metode yang digunakan oleh pengasas pondok. rs. pesantren itu sendiri iaitu KH. Hamdani Bakran Adz Dzaky dalam mengatasi masalah. ve. masyarakat sekeliling pondok pesantren itu terhadap hubungan individu sesama mereka juga hubungan dengan Pencipta, Allah SWT. Kajian ini mengkaji cara-cara mengatasi. ni. gangguan-gangguan kejiwaan dan teknik-teknik yang digunakan serta tahap-tahap. U. pelaksanaan psikoterapi dengan menggunakan metode sufistik.26. 24 25 26. Sharifah Basirah Syed Muhsin & Che Zarrina Sa’ari, Kaedah Psikoterapi Islam berdasarkan Konsep Maqamat Abu Talib al-Makki (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015), 31. Hairunas Rejab, “Psikoterapi Islam dan Pengaplikasiannya dalam Kesihatan Mental,” Tesis Kedoktoran (Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam, 2006). Untung Joko Basuki. M. Pd. I, Psikoterapi Islam Melalui Metode Sufistik Mengatasi Gangguan Kejiwaan: Laporan Penelitian (Yokyakarta: Fakultas Teknologi Industri Institut Sains dan Teknologi, AKPRIND, 2013). 11.

(30) Sebuah kajian di Institusi Perlindungan Kompleks Dar Assaadah (KDS), Kuala Lumpur telah mengenal pasti keberkesanan modul psikospiritual Islam sebagai asas rawatan pemulihan akhlak di institusi perlindungan. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kelakuan, budaya hidup dan sikap penghuni sebelum dan selepas menjalani rawatan dan pemulihan berasaskan Islam di KDS. Kajian ini juga turut menilai. ay a. keberkesanan modul psikospiritual yang diterapkan di KDS terhadap kesihatan mental penghuni institusi tersebut. Analisis perbezaan sikap digunakan untuk mengukur keberkesanan program yang dilaksanakan di KDS. Penyelidik menyimpulkan bahawa. M al. program tersebut berjaya kerana terdapat perbezaan ke arah lebih positif antara keadaan responden sebelum mengikuti program pemulihan di KDS dengan selepasnya.27. of. 1.8.2 Tekanan. Satu kajian berkaitan dengan tekanan telah dijalankan dengan tajuk Association of Fatigue. ity. with Perceived Stress in Chinese Women with Early Stage Breast Cancer Awaiting. rs. Adjuvant Radiotherapy. Kajian menemui bahawa keletihan disebabkan kanser adalah biasa dalam kalangan wanita Cina yang mengalami kanser payudara. Metodologi kajian ini. ve. menggunakan kajian keratan rentas untuk meneroka tekanan akibat daripada kebimbangan,. ni. kemurungan, sakit dan masalah kualiti tidur. Kajian ini dilakukan ke atas 133 orang wanita Cina yang mengalami kanser payudara peringkat awal dan berusia di antara 25 sehingga 68. U. tahun. Majoriti wanita ini telah selesai pembedahan, kimoterapi dan sedang menunggu radioterapi. Soal selidik telah diedarkan untuk mengumpul data dan mendapati bahawa empat puluh lima peratus daripada wanita tersebut mengalami kepenatan yang teruk. Kajian. 27. Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Mohd Afifuddin Mohamad & Azizi Che Seman. “Penerapan Agama dalam Modul Psikospiritual dan Kesannya Terhadap Kesihatan Spiritual: Kajian Kes Kompleks Dar Assaadah Kuala Lumpur,” Jurnal Syariah, vol. 20, no. 1 (2014), 117. 12.

(31) ini penting untuk memantau psikologi pesakit semasa rawatan dijalankan.28 Satu kajian yang telah dijalankan oleh Chiara Renzi et al bertajuk Stress Exposure in Significant Relationships Is Associated with Lymph Node Status in Breast Cancer menyatakan tekanan hidup berlaku kepada pesakit kanser payudara dan mempengaruhi kesihatan dan kehidupan pesakit. Dapatan kajian menunjukkan hubungan sentimental dan. tekanan psiko-fisiologi dan mempengaruhi sistem imun.29. ay a. ikatan ibu bapa mempunyai peranan yang boleh memodulasi perkembangan kanser melalui. M al. Kajian laporan bertajuk Perceived cognitive impairment in Chinese patients with breast cancer and its relationship with post-traumatic stress disorder symptoms and fatigue telah dijalankan oleh Jie Li et al mendapati bahawa kimoterapi mempunyai kesan negatif ke. of. atas kognitif pesakit kanser payudara. Bukti mengenai kesan faktor-faktor psikologi seperti gejala gangguan stres pasca-trauma dalam menerima kemerosotan kognitif adalah terhad.. ity. Kajian ini mengkaji antara faktor-faktor psikologi dan kemerosotan kognitif yang diterima. rs. dalam kalangan pesakit kanser payudara. Keseluruhannya, 204 orang pesakit dinilai dan. ve. diuji dari sudut kemerosotan kognitif yang diterima, gejala gangguan stres pasca-trauma, keletihan, kebimbangan dan kemurungan berdasarkan ukuran dalam laporan diri. Regresi. ni. linear hierarki telah dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara pembolehubah dengan. U. kemerosotan kognitif. Berdasarkan kajian, pengkaji membuat kesimpulan bahawa selain daripada kimoterapi, gejala gangguan stres post-trauma terutama hyperarousal, dan keletihan merupakan faktor yang penting dalam kemerosotan kognitif dan siasatan lanjut. 28 29. Rainbow T. H. Ho, Tracy T. C. Kwan, Irene K. M. Cheung et al, “Association of Fatigue with Perceived Stress in Chinese Women with Early Stage Breast Cancer Awaiting Adjuvant Radiotherapy,” 214-221. Chiara Renzi, Valeria Vadilonga, Sara Gandini, “Stress Exposure in Significant Relationships Is Associated with Lymph Node Status in Breast Cancer”, Relational Stress in Breast Cancer (2016). 13.

(32) perlu dijalankan ke atas kajian ini.30 Sebuah kajian telah dijalankan untuk mengukur skala tekanan ialah Measuring reliability and validity of a newly developed stress instrument: Newly Diagnosed Breast Cancer Stress Scale. Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen yang dibangunkan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pesakit kanser payudara. ay a. ini jelas kelihatan gelisah, bimbang dan murung. Ianya membawa kepada miskin psikososial dan memberi kesan menurunkan kualiti hidup kerana sukar mengurus tekanan.. M al. Kesahan kandungan kajian ini ditentukan oleh pakar kajian. Seramai 125 orang wanita yang disahkan menghidap kanser payudara telah ditemuramah sehari sebelum pembedahan payudara dilakukan. Hasil kajian menunjukkan Newly Diagnosed Breast Cancer Stress. of. Scale mempunyai kebolehpercayaan yang boleh diterima dan kesahihan baik untuk mengukur tekanan pada pesakit yang baru didiagnosis dengan kanser payudara. Kajian ini. ity. juga sesuai digunakan dalam bidang klinikal kerana Newly Diagnosed Breast Cancer Stress Scale ini boleh menyediakan instrumen untuk mengenal pasti tahap tekanan ketika. ve. rs. diagnosis pesakit kanser payudara.31 1.8.3 Kanser. ni. Kajian yang berkaitan dengan pesakit kanser telah dijalankan oleh Montazeri dalam. U. kajiannya yang bertajuk Factors Predicting The Use of Complimentary and Alternative Therapies Among Cancer Patients in Iran. Kajian yang dilakukan terhadap 625 orang pesakit kanser telah membuktikan bahawa amalan solat dan kerohanian seperti pergi ke rumah ibadah telah menjadi terapi terbaik dalam menenangkan tekanan dan kegelisahan 30. 31. Jie Li, Lixiang Yu, Zhouting Long et al., “Perceived cognitive impairment in Chinese patients withbreast cancer and its relationship with post-traumatic stress disorder symptoms and fatigue”, Psycho-Oncology 24 (2015), 676-682. Tso-Ying Lee, Hsing-Hsia Chen, Mei-Ling Yeh, “Measuring reliability and validity of a newly developed stress instrument: Newly Diagnosed Breast Cancer Stress Scale”, Journal of Clinical Nursing, 22 (2013), 2417–2425, Doi: 10.1111/jocn.12107. 14.

(33) jiwa pesakit kanser. Malah, tiga per empat daripada jumlah pesakit telah disahkan sembuh dari penyakit tersebut dengan amalan solat dan kerohanian.32 Jenkins dan Pargament turut menjalankan kajian yang bertajuk Patterns of Positive and Negative Religious Coping with Major Life Stresor dan mereka mendapati bahawa unsur spiritual dan keagamaan menjadi sebab utama kepada penerimaan ujian hidup dengan. ay a. tenang dan aman. Perkara ini dibuktikan melalui kajian mereka terhadap golongan yang mengalami tekanan hidup yang berat seperti pesakit kanser, bekas banduan dan. M al. sebagainya.33. Kajian turut dilakukan untuk mengkaji pekerja kesihatan masyarakat (CHW). Mereka sering mengadakan aktiviti celik kesihatan dan menjalankan intervensi berkaitan. of. mamogram dan ujian saringan. Kajian oleh Hae-Ra Han et al telah menjalankan ujian kelompok secara rawak di 23 etnik gereja di Baltimore, Maryland-Washington, DC, yang. ity. merupakan kawasan metropolitan di antara area tahun 2010 dan 2014. Seramai 560 wanita. rs. dilatih dan mendaftar sebagai pekerja kesihatan masyarakat. Intervensi kelompok secara. ve. individu menerima risalah pemeriksaan kanser serta diikuti dengan latihan celik kesihatan dan membuat kaunseling melalui telefon secara bulanan dengan bantuan navigasi. Hasil. ni. kajian mengenai penerima ujian saringan kanser adalah suatu yang sesuai dengan umur,. U. literasi kesihatan, pengetahuan kanser, dan persepsi tentang pemeriksaan kanser selama 6 bulan. Kesan daripada intervensi mendapati bahawa pengetahuan terhadap kesihatan. 32. 33. Montazeri A., Sajadian A., Ebrahimi M., Haqhiqhat S. & Harirchi I, “Factors Predicting The Use of Complementary and Alternative Therapies Among Cancer Patients in Iran,” European Journal of Cancer Care, vol. 16, no. 2 (2007), 144-149. Kenneth I. Pargament, Bruce W. Smith, Harold G. Koenig & Lisa Perez, “Patterns of Positive and Negative Religious Coping with Major Life Stressors”, Journal for The Scientific Study of Religion, vol. 37, no. 4 (1998), 710-724. 15.

(34) semakin meningkat dan menerima pandangan yang positif terhadap pemeriksaan kanser.34 Kajian bertajuk Effective Referral of Low-Income Women at Risk for Hereditary Breast and Ovarian Cancer to Genetic Counseling: A Randomized Delayed Intervention Control Trial yang mengkaji keberkesanan perkhidmatan telefon di seluruh negeri dalam mengenal pasti wanita berpendapatan rendah yang berisiko mendapat penyakit keturunan. ay a. kanser payudara dan kanser ovari bagi mendapatkan kaunseling genetik secara percuma telah dijalankan oleh Rena J. Pasick et al. Kajian ini bermula dari Jun 2010 sehingga Ogos. M al. 2011. Pemanggil yang layak mendapat perkhidmatan talian bebas tol kanser payudara dan ovari California telah disaring tentang sejarah keluarga pesakit kanser payudara dan ovari. Wanita yang berisiko tinggi segera ditawarkan temu janji, 39% diberi kaunseling semasa. of. tempoh intervensi, berbanding dengan 4.5% daripada mereka yang menerima risalah. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan kesihatan awam melalui kaunseling genetik. ity. boleh memberi kejayaan dalam berhadapan dengan risiko yang serius iaitu penyakit kanser ovari dan kanser payudara secara turun temurun. Hal ini terbukti apabila disepadukan. rs. usaha-usaha yang sedia ada seperti organisasi jaringan keselamatan dan mendapat. ve. maklumat daripada pakar sehingga berkesan mengurangkan risiko kanser. 35. ni. 1.8.4 Kanser Payudara. U. Kajian mendapati alopecia adalah gangguan dan kesan sampingan ketara yang berlaku selepas rawatan kimoterapi untuk pesakit kanser. Sehubungan dengan itu penting untuk. menjalankan kajian penerokaan bagi menilai gred alopecia dan imej badan dalam kalangan pesakit kanser payudara yang menghidapi alopecia. Kajian menggunakan teknik 34. 35. Hae-Ra Han, Youngshin Song & Miyong Kim et al., “Breast and Cervical Cancer Screening Literacy Among Korean American Women: A Community Health Worker-Led Intervention,” AmJ Public Health, vol. 107 (2017), 159-165. Rena J. Pasick, Galen Joseph & Susan Stewart, “Effective Referral of Low-Income Women at Risk for Hereditary Breast and Ovarian Cancer toGenetic Counseling: A Randomized Delayed Intervention Control Trial”, Am J Public Health, vol. 106 (2016), 1842-1848. 16.

(35) persampelan dengan tujuan untuk mengumpul data telah dijalankan dengan seramai 60 pesakit yang menghadiri onkologi OPD telah dipilih dan ditahan di wad onkologi. 36 Effects of an integrated Yoga Program on Self-reported Depression Scores in Breast Cancer Patients Undergoing Conventional Treatment: A Randomized Controlled Trial adalah kajian yang membandingkan kesan program yoga dengan terapi sokongan terhadap. ay a. gejala kemurungan dalam kalangan pesakit kanser payudara yang menjalani rawatan konvensional. 98 pesakit kanser payudara yang mengalami peringkat II dan peringkat III. M al. telah menerima yoga dan terapi sokongan selama 24 minggu yang merupakan tempoh mereka menjalani pembedahan diikuti dengan adjuvant radiotherapy atau kimoterapi atau kedua-duanya sekali. Hasil kajian ini mendapati bahawa untuk mengurangkan skor. rawatan konvensional. 37. of. kemurungan adalah dengan intervensi yoga kepada pesakit kanser payudara yang menjalani. ity. You Do What You Got To Do: African-American Women’s Perspectives of Managing. rs. Breast Cancer adalah kajian yang menjelaskan teori bagaimana wanita Amerika Afrika. ve. menghidap kanser payudara peringkat III berjaya mengurus diagnosis, rawatan dan penjagaan susulan. Teori ini mencadangkan kepada wanita-wanita ini untuk mengurus diri. ni. mereka dalam berlawan dengan penyakit, memiliki ciri-ciri kerohanian yang kuat,. U. pragmatisme, fokus yang positif secara proaktif semasa rawatan rundingan dan sistem sokongan, serta mengendalikan terapi endokrin dan rawatan susulan lain. Kajian juga memberi cadangan kepada pusat penjagaan kesihatan untuk mewujudkan program yang. 36. 37. Ruchika Rani, Manjinder Singh & Jasbir Kaur, “An Exploratory Study to Assess Perceived Body Image among Breast Cancer Patients with Alopecia, Undergoing Chemotherapy in Selected Hospitals of Ludhiana, Punjab,” 41-46. Raghavendra Mohan Rao, Nagarathna Raghuram, HR Nagendra, “Effects of an integrated Yoga Program on Self-reported Depression Scores in Breast Cancer Patients Undergoing Conventional Treatment: A Randomized Controlled Trial,” Indian Journal of Palliative Care, vol. 21, no. 2, May-Aug (2015), 174182. 17.

(36) menggalakkan pesakit melawan penyakit. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama di antara agensi bagi mewujudkan hubungan antara pesakit kanser payudara yang terselamat dan menggalakkan hubungan mendengar yang aktif dan rasa empati serta sokongan daripada ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan kepada pesakit. 38 Risk Factors For Breast Cancer: Knowledge By A Group Of Obese Women. ay a. merupakan kajian yang memberi pengetahuan kepada wanita mengenai obesiti sebagai faktor yang berisiko untuk menghidap kanser payudara. Kaedah kajian ialah berbentuk. M al. deskriptif kajian keratan rentas dengan membuat ujian ke atas 40 wanita yang mengalami obesiti. Data dikumpulkan melalui lawatan ke rumah dengan diajukan soal selidik pada bulan Oktober dan November 2013. Keputusan kajian menunjukkan 55% daripada wanita. of. tidak mengetahui sebarang faktor yang berisiko untuk mendapat kanser payudara dan tiada seorang pun daripada mereka mengenal pasti bahawa obesiti adalah faktor kepada kanser. ity. payudara. Ini dapat disimpulkan bahawa kebanyakan wanita tidak mengetahui atau memiliki pengetahuan yang terhad tentang faktor-faktor yang berisiko untuk menghidapi. rs. kanser payudara, dan dalam masa yang sama mereka juga tidak mengenal pasti dan. ve. mengetahui obesiti itu merupakan faktor yang berisiko untuk mengalami kanser payudara.39. ni. The Outcome of Breast Cancer Is Associated with National Human Development. U. Index and Health System Attainment merupakan kajian yang mencadangkan polisi hendaklah dibuat di negara-negara kurang maju, yang lebih cenderung untuk mendapatkan hasil keputusan kanser payudara wanita yang lebih teruk bagi meningkatkan kekuatan. 38 39. Kelly S. Kennedy, Pamela Rollins, “You Do What You Got To Do: African-American Women’s Perspectives of Managing Breast Cancer”, The ABNF Journal (2016), 92-99. Camila Padovani, Keli Regiane Tomeleri da Fonseca Pinto, Isabella dos Santos Laqui, “Risk Factors For Breast Cancer: Knowledge By A Group Of Obese Women”, English/Portuguese J Nurs UFPE on line., Recife, vol. 10, no. 7 (2016), 2319-2327. 18.

(37) ekonomi yang komprehensif dan mengoptimumkan sistem prestasi kesihatan mereka.40 Kajian-kajian lepas menunjukkan satu keperluan untuk menghasilkan kajian secara lebih khusus tentang pendekatan psikoterapi Islam dalam menangani tekanan pesakit kanser di Malaysia khususnya kanser payudara. Justeru, dapat disimpulkan daripada perbincangan mengenai sorotan literatur di atas, bahawa kajian mengenai pendekatan psikoterapi Islam. ay a. dalam menangani tekanan pesakit kanser di Malaysia belum dilakukan lagi, malah modul pengurusan stres menerusi pendekatan psikoterapi Islam secara lebih sistematik dan. M al. praktikal untuk dinilai aplikasinya secara langsung terhadap pesakit kanser payudara belum dilakukan di dunia akademik. Oleh yang demikian, kajian ini amat penting bagi mengisi. 1.9 METODOLOGI KAJIAN. of. kelompongan tersebut.. ity. Metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin, dan sebagainya.41 Metodologi juga merupakan pelan tindakan. rs. dalam melakukan sesuatu kajian yang melibatkan penyusun atur, pengumpulan dan. ve. penganalisisan data untuk mencapai objektif kajian42 dan mengemukakan proses kajian yang dilaksanakan serta memberi panduan kepada pengkaji bagaimana proses mencari data. ni. maklumat, menganalis dan mentafsir sesuatu penyelidikan.43 Dalam kajian ini, terdapat. U. pelbagai kaedah yang digunakan bagi mengumpul data dan menganalisis maklumat.. 40. 41 42 43. Kaimin Hu, Lixia Lou, Wei Tian, “The Outcome of Breast Cancer Is Associated with National Human Development Index and Health System Attainment,” Socioeconomic Development & Breast Cancer (2016), 1-9. Isaac, Stephen & Michael, William B, Handbook in Research and Evaluation (2nd ed.) (San Diego: Edits Publisher, 1990), 2. Creswell, J. W, Education Research: Planning, Conducting And Evaluating Quantitative And Qualitative Research, Edisi 4 (Boston: Pearson Education, 2012), 141. Sabitha Marican, Kaedah Penyelidikan Sains Sosial (Petaling Jaya: Prentice Hall, 2006), 24. 19.

(38) 1.9.1 Kajian Kualitatif Deskriptif Kajian ini berbentuk deskriptif, iaitu menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menentukan dan mengenal pasti komponen-komponen tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Menurut Mohd Majid Konting, kajian deskriptif ialah kajian yang mempunyai matlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.44 Kaedah. ay a. penyelidikan deskriptif adalah kaedah yang berkesan untuk menjawab persoalan kajian.45 Othman Lebar berpandangan pendekatan kualitatif merupakan suatu proses penyiasatan untuk memahami masalah manusia melalui gambaran yang menyeluruh dan kompleks. M al. berdasarkan pendapat subjek kajian yang mendalam.46 Selain itu, pendekatan kualitatif juga mendapat perhatian pengkaji yang berminat untuk meneroka, membuat analisis serta. of. mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu kajian.. Berdasarkan pandangan tersebut, pengkaji melihat kajian kualitatif adalah kaedah. ity. yang sesuai digunakan memandangkan kajian ini memerlukan pengkaji untuk turun terus ke lapangan dan melihat sendiri bagaimana pelaksanaan modul MOPSI untuk pesakit. rs. kanser payudara dijalankan serta keberkesanannya.47. ve. Kajian perpustakaan dan lapangan ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam penganalisaan data yang melibatkan proses pemahaman konsep, penjelasan persoalan. ni. kepercayaan dan psikologi, interpretasi sesuatu fenomena yang berlaku ke atas pesakit dan. U. juga perancangan modul yang telah dicadangkan.48. 44 45 46 47 48. Mohd Majid, Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005), 96. Mohd Majid, Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, 98. Othman Lebar, Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod (Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2009), 109-110. Othman Lebar, Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod, 109-110. Mohd Majid, Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, 20-23. 20.

(39) 1.9.2 Metode Pengumpulan Data Teknik pengumpulan data memberikan tumpuan kepada kajian perpustakaan, kajian lapangan dan pemerhatian. Beberapa buah perpustakaan telah didimanfaatkan sepenuhnya terutama bagi menjalankan semakan bibliografi melalui pengkalan data berkomputer iaitu Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya:. ay a. Perpustakaan Negara: Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP): Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM: Perpustakaan Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bahan-bahan ini seterusnya diklasifikasikan kepada. M al. bahagian-bahagian berikut iaitu buku, jurnal, kertas kerja, tesis, disertasi, risalah, majalah, akhbar dan lain-lain lagi. Pengkajian pepustakaan ini penting bagi mendapatkan kefahaman tentang subjek kajian di samping membuat semakan di antara satu bahan dengan bahan. of. yang lain. Metode digunakan ini bersifat analisis deskriptif.49. ity. 1.9.3 Metode Dokumentasi. rs. Metode dokumentasi diperlukan dalam proses pengumpulan data dengan mencari kajiankajian yang mempunyai dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan ini.. ve. Dokumentasi merupakan sesuatu yang bertulis dalam memberi keterangan terhadap. ni. sesuatu.50. U. 1.9.3.1 Kajian Lapangan Kajian ini dijalankan ke atas subjek kajian yang telah dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Hanya dua orang subjek kajian sahaja dipilih. Kajian mempunyai batasan seperti. 49. 50. Hopkins, Will G, Quantitative Research Design. Sportscience 4 (1), Department of Physiology and School of Physical Education, University of Otago, Dunedin, New Zealand 9001, 2000), Diperoleh pada 21 Februari 2012 daripada: http://www.sportsci.org/jour/0001/wghdesign.html#indiv_diffs . Iman Bernadib, Arti dan Metode Sejarah Pendidikan (Yogjakarta: Penerbitan FIP-IKIP Yokyakarta, 1982), 52. Alan Bryman, Social Research Methods, Ed. 4 (Oxford, UK; Oxford University Press, 2012), 543. 21.

(40) masa, tenaga dan kewangan menyebabkan pengkaji sukar untuk melaksanakan kajian ke atas setiap diri individu dalam populasi.51 Maklumat mengenai subjek kajian telah diperjelaskan secara lebih detail di dalam bab keempat. 1.9.3.2 Subjek Kajian Subjek yang digunakan dalam kajian ini ialah pesakit kanser payudara. Pesakit ini dipilih. ay a. berdasarkan kepada pertimbangan dan keperluan pengkaji. Pengkaji menggunakan teknik persampelan iaitu mengumpul sampel secara rawak yang tidak memberi peluang kepada. M al. semua elemen dalam populasi pesakit kanser payudara dipilih. Teknik persampelan ini bersifat pemilihan bercorak mudah dan bertujuan. Subjek ini dapat memberi nilai maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji berdasarkan situasi dan tingkah laku individu yang dikaji.52. of. Pengkaji memperoleh subjek kajian melalui kaedah ‘snow ball’ atau maklumat daripada satu pihak kepada pihak yang lain tentang individu yang menghidapi penyakit kanser. ity. payudara.53. rs. Terdapat beberapa ciri yang perlu dipertimbangkan dalam memilih subjek menurut. ve. Stewart dan Cash iaitu taraf pengetahuan dan pengalaman, bersedia untuk ditemu ramah, dan mampu memberikan maklumat dengan tepat dan kajian dapat diselesaikan.54 Setiap. ni. subjek kajian yang telah dipilih merupakan individu berautoriti, berpengalaman mengalami. U. sakit kanser payudara serta terlibat dalam pelaksanaan modul MOPSI yang dikemukakan oleh pengkaji. Di samping itu, waktu sesi temu bual mengambil masa yang lama selama 45 minit menyebabkan pengkaji memilih pesakit kanser payudara yang tidak bekerja dan 51 52 53. 54. Iman Bernadib, Arti dan Metode Sejarah Pendidikan., 62-63. Sabitha Marican, Kaedah Panyelidikan Sains Sosial, 105-106. Kamarul Azmi Jasmi, “Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatitif,” Makalah, Kursus Penyelidikan Kualitatif siri 1 2012 di Puteri Resort Melaka anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim, pada 28-29 Mac 2012. Charles Stewart, dan William Cash, Interviewing: Principles and Practices, Edisi 10 (Boston: McGraw Hill, 2003), 6. 22.

(41) menjadi suri rumah sepenuh masa untuk meneliti perkembangan dan perubahan pesakit. Dalam kajian ini, dua orang subjek kajian yang dipilih untuk ditemu bual mengalami kanser payudara dan menjalani modul MOPSI. 1.9.3.3 Deskriptif Tinjauan Penyelidikan deskriptif adalah penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu. ay a. fenomena yang berlaku.55 Reka bentuk deskriptif ini akan memberi gambaran bagi pembolehubah yang ingin dicerap menggunakan petunjuk statistik bagi melihat taburan dan. M al. bentuk pola serta kecenderungan data. Reka bentuk kualitatif pula digunakan untuk mencerap data daripada soalan terbuka. Selain itu, pengkaji memperkukuhkan kajian ini. 1.9.3.4 Teknik Soal Selidik. of. melalui kaedah-kaedah sebagaimana berikut:. ity. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan soalan kaji selidik yang ditadbir secara individu bagi mendapatkan data. Menurut Schweigert dalam bukunya “Research Methods. rs. and Statistics in Psychology” pentadbiran soal selidik membolehkan pengkaji mendapatkan. ve. maklumat secara tepat dan jujur daripada subjek kajian dengan menyoalnya secara individu. Pengkaji juga dapat memastikan semua soalan yang terkandung dalam soal selidik. U. ni. dijawab dengan tepat dan difahami oleh subjek kajian.56 Seterusnya, soal selidik ini disemak oleh lima orang pakar iaitu Prof. Madya Dr. Nurhayati Zainal Abidin, Prof. Madya Dr Khadijah Mohd. Khambali@Hambali, Dr Rafidah Kastawi, Prof. Dato' Dr. Ab. Halim Tamuri, dan Dr Siti Suhaila Ihwani serta. penyelia pengkaji iaitu Prof Madya Dr. Che Zarrina Sa`ari dan Dr Mohd Khairul Naim Che 55 56. Chua Yan Piaw, Kaedah Penyelidikan (Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Malaysia Sdn. Bhd., 2006), 7. Hugh Coolican, Research Methods and Statistics in Psychology, Edisi 6 (New York: Psychology Press, 2014), 168-169. 23.

(42) Nordin bagi mendapatkan data mengenai perubahan yang dialami oleh pesakit kanser payudara dalam mengaplikasikan MOPSI. Beberapa kelebihan soal selidik yang dijalankan secara individu, antaranya ialah: a.. Mengelakkan daripada berlakunya masalah subjek kajian yang dipilih enggan memberi respon. Pengkaji boleh mendapatkan maklumat tambahan sebagai maklumat sokongan atau. ay a. b.. sebagai penjelasan lanjut kepada maklumat yang diberi.. Peluang untuk mendapatkan maklumat yang diminta melalui soalan terbuka adalah. M al. c.. lebih cerah.57. Soal selidik yang digunakan adalah berbentuk terbuka bagi memberi kebebasan. of. kepada individu untuk menjawab. Berdasarkan kepada soalan soal selidik ini pesakit kanser payudara memberi respon tentang perubahan yang dialaminya, informasi tentang. ity. kepercayaan dan informasi peribadi pesakit kanser payudara.58. rs. 1.9.3.5 Teknik Temu bual. ve. Temu bual adalah metode mendapatkan keterangan secara lisan dari subjek.59 Pengkaji. ni. menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan kaedah rawatan, masalah-masalah dalam melaksanakan kaedah psikoterapi Islam,. U. pandangan dan kefahaman subjek kajian terhadap kaedah psikoterapi Islam, masalah atau. tekanan yang dihadapi pesakit, cara hidup dan sebagainya. Metode ini telah digunakan oleh pengkaji bagi mengetahui proses secara mendalam dalam kalangan pesakit dalam. 57 58 59. Siti Hawa Abdullah, Or. Santhiram Raman, “Quantitative and Qualitative Research Methods Some Strengths and Weaknesses,” Jurnal Pendidik dan Pendidikan, vol. 17 (2000), 122-124. Wolters O.W., “Studying Srivijaya,” Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, vol. 52, no. 2 (1979), 1-52. Kamarul Azmi Jasmi, “Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif,” (Makalah, Kursus Penyelidikan Kualitatif siri 1 2012 di Puteri Resort Melaka anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru, pada 28-29 Mac 2012). 24.

(43) mendapatkan pandangan yang tepat hasil temu bual sebagaimana yang dibincangkan di dalam bab 4. Teknik temu bual juga membolehkan pengkaji mengetahui persepsi subjek terhadap makna atau pemahaman tentang sesuatu situasi yang dialami. Ini dapat dikesan dengan melihat kepada emosi yang dizahirkan oleh subjek ketika temu bual dijalankan. Teknik temu bual yang berbentuk kualitatif, berbeza dengan temu bual berbentuk. ay a. kuantitatif kerana ia tidak dapat melihat emosi pesakit kanser payudara. Temu bual ini dapat membentuk hubungan yang baik dan mesra dengan pesakit dan membolehkan pengkaji mendapat maklumat yang tepat.60 Sebelum memulakan sesi temu bual pengkaji. M al. telah menentukan individu untuk ditemu bual serta merangka bentuk soalan yang bersesuaian. Temu bual ini berbentuk forum diskusi terfokus bagi mengetahui masalah, sebab dan penyelesaian serta mendapat maklumat keberkesanan modul MOPSI ini dengan. of. melihat perubahan sifat negatif pesakit kanser payudara kepada perubahan sifat positif. Temu bual ini mengambil keterangan daripada pesakit kanser payudara iaitu subjek kajian. ity. 1 dan subjek kajian 2. Sepanjang sesi terapi dijalankan, pengkaji atau ahli terapi memberi. rs. keterangan yang terperinci tentang modul MOPSI sebelum diaplikasikan oleh pesakit. ve. kanser payudara ketika sesi temu bual dijalankan. Temu muka antara pengkaji dengan subjek kajian dapat mengetahui pengalaman dan mengetahui aktiviti pesakit kanser. ni. payudara yang tidak didapati secara langsung. Gambaran rajah di sebelah menunjukkan. U. aliran temu bual yang telah dijalankan.. 60. Kamarul Azmi Jasmi, “Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif.” 25.

(44) Rajah 1.1: Aliran Temu Bual Bersemuka: Kutipan Data, Kebolehpercayaan Tema dan Analisis Data. Aliran Temu Bual Pakar dan subjek kajian. ay a. Instrumen temu bual. M al. Rakaman audio/kaset dilabel. Memindah Transkripsi – Menggunakan Microsoft word. Membentuk tema-tema. Menganalisis naratif/ jadual. ve. rs. ity. of. Semakan Subjek– (proses kesahan Dalaman). U. ni. Sumber: Olahan Penyelidik. Hasil Temu bual Panel Penilai: Dalam kajian ini, pengkaji telah menemu bual lima panel penilai bagi menilai, berkongsi idea dan memperkemaskan lagi kajian pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara, yang terdiri daripada ahli akademik atau pensyarah daripada Universiti Malaya, Kolej Universiti Islam Selangor, Universiti Teknologi Malaysia, dan Kolej Islam As-Sofa. Secara tuntasnya, melalui temu bual ini pengkaji lebih. 26.

(45) memfokuskan kepada semakan kebolehgunaan modul psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan MOPSI dan cadangan penambahbaikan modul oleh para panel penilai serta pengesahan maklumat mengenai bab tekanan dalam kalangan pesakit kanser payudara. Pertamanya, pengkaji telah menemu bual Dr Rafidah Kastawi, merupakan seorang kaunselor berdaftar dan pensyarah di Kolej Islam As Sofa pada 05 September 2017, jam. ay a. 11.30 pagi. Beliau memberi pandangan berkaitan langkah-langkah atau proses terapi supaya dibahagikan kepada enam langkah, dan memberi komentar supaya dibina kerangka konseptual kajian. Menurut beliau item-item dalam modul tiada masalah kerana bertepatan. M al. dengan modul psikoterapi Islam yang ingin diterapkan. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pengkaji iaitu pembinaan Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI) perlu jelas dalam kerangka konseptual yang. of. mempunyai teori dan kandungan berkaitan langkah-langkah atau proses terapi. Beliau menyarankan juga supaya diletakkan dengan lebih jelas modul MOPSI dikhususkan kepada. ity. siapa dan untuk siapa. Beliau juga mencadangkan supaya susunan modul atau mencari. rs. design yang boleh dijadikan contoh untuk MOPSI. Selain itu, beliau menyarankan. ve. dimasukkan tahap membina hubungan dan tahap mengenal pasti masalah kerana penting untuk menjelaskan proses terapi. Beliau juga mengingatkan pengkaji supaya membentuk. ni. rajah dan jadual berkaitan langkah dan terapi yang digunakan. Pengkaji mengambil kira. U. penilaian beliau.. Perjumpaan dengan panel temu bual diteruskan ke Kolej Universiti Islam. Antarabangsa Selangor dengan Prof. Dato' Dr. Ab. Halim bin Tamuri, rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada 20 September 2017, jam 11 pagi. Beliau memberi pandangan berkaitan modul yang telah pengkaji rangkakan. Di antara pandangan beliau ialah secara umumnya item-item yang dikemukakan adalah sesuai untuk diberikan kepada subjek kajian, walaupun terdapat beberapa item yang panjang perlu diringkaskan 27.

(46) dan disesuaikan dengan item-item lain dan lebih tepat serta sesuai jika ada rujukan pembinaan dan penentuan item-item yang dibina kerana asas dan rujukan adalah amat penting. Setelah diteliti penilaian daripada beliau, pengkaji tidak mengubah item yang panjang kerana item tersebut masih sesuai digunakan dan setiap item mempunyai rujukan. Pengkaji juga menemu bual panel penilai daripada Universiti Teknologi Malaysia. ay a. iaitu Dr Siti Suhaila Ihwani Pensyarah di Fakulti Tamadun Islam pada 18 September 2017, jam 10 pagi. Beliau mencadangkan supaya ejaan dan ayat di dalam Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam MOPSI dibaiki. Pengkaji. M al. mengambil kira cadangan ini dengan membaiki ejaan dan ayat sepertimana yang dicadangkan. Beliau juga berpandangan terdapat beberapa item yang panjang perlu diringkaskan dan disesuaikan dengan item-item lain. Beliau memberikan item-item yang. of. panjang dengan skala likert 1 iaitu sangat tidak sesuai. Namun skala likert tersebut bercanggah dengan pandangan panel penilai Prof. Dato' Dr. Ab. Halim bin Tamuri. Prof.. ity. Dato' Dr. Ab. Halim bin Tamuri menandakan item yang panjang dengan skala likert 5 iaitu. rs. sesuai. Oleh yang demikian, pengkaji tidak mengubah item yang panjang kerana. ve. berpandangan item tersebut masih sesuai digunakan. Pengkaji juga telah menemui dua panel penilai daripada Universiti Malaya.. ni. Pertamanya, Prof. Madya Dr Khadijah Mohd. Khambali@Hambali, pensyarah di. U. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang sudi meneliti dan menilai modul ditemu bual pada 5 September 2017, jam 2.30 petang. Beliau berpandangan aspek analisa yang dilakukan adalah kurang menonjol dan memberi cadangan supaya dimasukkan diagram. Beliau juga berpendapat bahawa perlu merujuk teori yang dikemukakan oleh Dr Azmil Zainal Abidin dalam subtopik tasawur ketuhanan. Pengkaji tidak memasukkan teori yang dikemukakan oleh Prof Madya Dr. Khadijah kerana penyelia pengkaji berpandangan pada subtopik itu perlu diringkaskan. Prof Madya Dr 28.

(47) Khadijah tidak menilai instrumen kesesuaian item berkaitan Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam MOPSI. Oleh yang demikian, instrumen kesesuaian item hanya dinilai oleh tiga orang panel. Panel penilai terakhir yang ditemui pengkaji di Universiti Malaya adalah Prof. Madya Dr Nurhayati Zainal Abidin, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains,. ay a. Universiti Malaya pada 25 September 2017, jam 11 pagi. Beliau menyemak isi kandungan di bab dua iaitu Tekanan Dalam Kalangan Pesakit Kanser Payudara. Menurut beliau di dalam bab 2 terdapat struktur ayat yang lemah dan berlaku pengulangan fakta. Penulis. M al. memperbaiki semula struktur ayat yang lemah dan mengabungkan fakta di halaman 57 seperti dicadangkan oleh panel supaya tidak berlaku pengulangan. Beliau juga turut. of. memperbetulkan kesilapan ejaan dan istilah yang telah ditulis.. Pengesahan Pakar dan Pencapaian Penilaian Pakar. ity. Pengkaji telah mendapatkan kesahan kandungan modul pakar kerana pakar merupakan. rs. orang luar yang mengesahkan modul yang dijalankan pengkaji. Pengiraan Kesahan. ve. Kandungan Modul berdasarkan formula berikut:-. ni. Jumlah Skor Pakar (x). x 100% = Pencapaian Kesahan Kandungan. U. _________________ Skor Maksimum 25. Jumlah skor yang diberikan oleh pakar melalui skala likert akan dijumlahkan dan skor tersebut akan dibahagikan dengan skor maksimum skala likert serta didarabkan dengan 100. Menurut Tuckman, Waheed dan Abu Bakar, pencapaian 70% dianggap mencapai tahap pencapaian yang tinggi. Sekiranya modul ini kurang daripada 70%,. 29.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Psikoterapi shar‘iyyah adalah rawatan secara psikologi terhadap penyakit yang gejalanya tidak dapat dikesan oleh pesakit, tetapi penyakit ini berbahaya kerana memberi kesan

Perbincangan hasil kajian akan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu; (a) pemakaian prinsip wa‘d dalam lindung nilai dengan memfokuskan kepada kontrak Islamic FX

Dalam upaya untuk bersilat di dalam gelanggan perbincangan seputar isu yang dibawa oleh judul makalah ini, maka penulis akan memusatkan perbincangan mengenai hal-hal

Walaupun sastera Islam belum boleh dianggap sebagai satu fenomena, dewasa itu, perbincangan atau perdebatan mengenai peranan Islam di dalam sastera atau sebaliknya, telah pun

Dalam satu kajian kanser payudara berulang di kalangan pesakit wanita, hanya 17 pemerhatian adalah masa yang tidak tertapis sehingga berulangnya kanser dan 56 pemerhatian

gelisah dan boleh memberi pelbagai kesan kepada mental, fizikal dan jiwa manusia seperti mudah panik, fikiran bercelaru, sentiasa pucat dan sebagainya. Apabila

Berdasarkan perbincangan di atas, muncul satu permasalahan yang akan dibincangkan dalam kajian ini iaitu, “Bagaimanakah akhbar Waspada dan Analisa mewacanakan

Berdasarkan penjelasan di atas maka dapat disimpulkan bahawa kajian yang dijalankan ini adalah berkisar mengenai kefahaman dalam kalangan wanita di Kota Bharu