• Tiada Hasil Ditemukan

HGM 237 – Geografi Bandar Dan Metropolitan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HGM 237 – Geografi Bandar Dan Metropolitan "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004

Februari/Mac 2004

HGM 237 – Geografi Bandar Dan Metropolitan

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan.

1. Merujuk kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara, huraikan peranan proses globalisasi ekonomi dalam menentukan kedudukan bandaraya utama negara-negara ini dalam jaringan global bandaraya (global network of cities).

[25 markah]

2. Bincangkan ketepatan pernyataan berikut dalam konteks pembangunan Kuala Lumpur sejak 1980.

“Proses globalisasi merupakan punca perubahan di bandaraya dan bandaraya memudahkan proses ini’.

[25 markah]

3. Merujuk kepada contoh-contoh tertentu, huraikan kesan berbentuk

‘regularities’ dan ‘singularities’ proses globalisasi di bandaraya.

[25 markah]

…2/-

(2)

- 2 - [HGM 237]

4. Bandaraya global adalah bandaraya yang memainkan peranan ‘arah dan kawal’ (command and control) ke atas ekonomi dunia.

Bincangkan faktor penentu peranan ini di bandaraya global dan bagaimana peranan ini dilaksanakan.

[25 markah]

5. SAMA ADA

[a] [i] Huraikan mengapa bandaraya perlu bersaing dalam era globalisasi?

[10 markah]

[ii] Merujuk kepada kes Kuala Lumpur, bincangkan falsafah dan pendekatan strategi persaingan yang telah dan sedang dilaksanakan.

[15 markah]

ATAU

[b] Menurut Griffiths (1998), dalam konteks persaingan bandaraya di era globalisasi “Pemasaran tempat dan keusahawanan bandar bentuk baru telah menghasilkan rupa bentuk bandaraya yang hampir sama”. Bincangkan pernyataan ini. (25markah)

6. [a] Huraikan unsur penting kerangka ‘desakota’ McGee.

[10 markah]

[b] Bincangkan sejauhmana ‘Wilayah Metropolitan Meluas’

(Extended Metropolitan Region) di Asia berpunca daripada integrasi bandaraya di rantau ini dengan ekonomi global.

[15 markah]

7. Jelaskan maksud pembangunan lestari (sustainable development) dari sudut prinsip dan dalam konteks isu-isu ruangan di bandaraya.

[25 markah]

- ooo 0 ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Merujuk kepada contoh yang sesuai, bincangkan proses dan implikasi globalisasi ekonomi terhadap negara membangun. Bincangkan bukti-bukti kebangkitan China sebagai salah satu kuasa

Kegawatan ekonomi ini hampir melumpuhkan pertumbuhan dan nilai pasaran perdagangan negara - negara rantau ini dengan mata wang dan ekonomi telah menjadi mangsa

Merujuk kepada contoh-contoh daripada negara maju dan negara membangun bincangkan perkaitan di antara sektor perkhidmatan dengan tahap pembangunan ekonomi negara..

(2007) globalisasi menyebabkan peningkatan pengintegrasian ekonomi hampir semua negara di dunia. Ini memberikan implikasi kepada ekonomi sesebuah negara yang mana ia

PULAU PINANG, 6 Mac 2015 - Jaringan integrasi yang kukuh dan mapan di antara  negara - negara Persatuan Negara Asia Tenggara      (ASEAN ) amat perlu dalam meniti arus globalisasi

Kumpulan negara-negara “Asian NIEs” dan “ASEAN 4 (Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia) dikatakan penggerak utama kepada pertumbuhan pesat ekonomi di rantau Asia

Merujuk kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara, huraikan peranan proses globalisasi ekonomi dalam menentukan kedudukan bandaraya utama negara-negara ini dalam jaringan

Merujuk kepada sebuah negara selain Malaysia, bincangkan bagaimana sektor perkhidmatan memainkan peranan dalam pembangunan wilayah negara berkenaan..