• Tiada Hasil Ditemukan

USM BANTU SEKOLAH TUBUH KELAB NEUROSAINS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM BANTU SEKOLAH TUBUH KELAB NEUROSAINS"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

untitled 14

KOTA  BHARU,  KELANTAN,  16  April  2015  ­  Pusat  Pengajian  Sains  Perubatan  (PPSP)  Universiti  Sains Malaysia  (USM)  Kampus  Kesihatan  di  Kubang  Kerian,  melalui  Jabatan  Neurosains  menubuhkan  Kelab Neurosains  USM  untuk  membantu  meningkatkan  minat  pelajar  terhadap  bidang  sains  dengan mendedahkan mereka kepada ilmu sains neuro sebagai pemangkin kejayaan Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan mendedahkannya kepada fungsi otak.

Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains USM, Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah berkata,  pada  peringkat  permulaan  pihaknya  telah  menyenaraikan  beberapa  program  untuk dilaksanakan oleh kelab ini melalui lawatan akademik ke PPSP untuk memberi peluang kepada ahli kelab melihat secara dekat kajian mengenai fungsi otak dan organ berkaitan.

"Kami kini sedang melakukan pelbagai penyelidikan mengenai fungsi otak yang boleh dikongsi bersama ahli­ahli  kelab  untuk  meningkatkan  minat  mereka  dalam  bidang  sains  terutama  neuro  dan  yang menariknya  mereka  yang  menyertai  kelab  ini  menunjukkan  minat  mendalam  untuk  mengetahui pelbagai persoalan melibatkan otak dan minda,” katanya.

untitled 12

Jafri Malin baru­baru ini telah melancarkan Kelab Neurosains MRSM Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba Melaka, yang pertama menyertai kelab Neurosains USM.

Kelab  Neurosains  USM  ini  menitikberatkan  modul  pengajaran  dan  pembelajaran  di  luar  bilik  darjah seperti  menunjukkan  cara  pembedahan  secara  langsung  kepada  pelajar  seperti  pembedahan  otak kambing untuk menarik minat mereka mendalami ilmu saraf dan mengurangkan rasa ketakutan pelajar dalam bidang pembedahan.

Tambah  Jafri  Malin,  banyak  usaha  perlu  dilakukan  bagi  meningkatkan  kefahaman  dalam  kalangan pelajar mengenai fungsi dan peranan otak, oleh itu langkah awal perlu dilakukan untuk menarik minat mereka  melalui  pelbagai  program  di  peringkat  sekolah  yang  tentunya  penting  supaya  matlamat menambah bilangan saintis negara tercapai. ­ Teks & Foto: Mohamad Iqmal Mathlan

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

USM BANTU SEKOLAH TUBUH KELAB NEUROSAINS

17 APR

(2)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

KUBANG KERIAN, 16 Jun 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Lau Jiun Sien, 24, mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan

USM PULAU PINANG, 20 April 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) ingin menjemput para pelajar yang menjalankan projek tahun akhir,

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia

KUBANG  KERIAN,  KELANTAN,  25  July  2016  ­  The  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  School  of 

KUBANG  KERIAN,  KELANTAN,  11  September  2016  –  The  School  of  Medical  Sciences  (PPSP),  Health Campus,  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  recently  launched 

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 September 2016 - Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mengadakan program ibadah korban bersama penduduk sekitar

[Kampus Kesihatan (Jniversiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, akan menubuh satu sistem komuniknsi serabut optik dengan Kampus Induk USM di Pulau Pinang,