• Tiada Hasil Ditemukan

View of Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC): Pertikaian dan Perbahasan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Share "View of Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC): Pertikaian dan Perbahasan"

Copied!
20
0
0

Tekspenuh

(1)

DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2042

Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC): Pertikaian dan Perbahasan

(Independent Chinese Secondary Schools (ICSS) and Unified Examination Certificate (UEC): Disputes and Debates)

Chin Tek Yoong1* , Nur Atiqah Tang Abdullah2

1Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: P85983@siswa.ukm.edu.my

2Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: atiqah@ukm.edu.my

CORRESPONDING AUTHOR (*):

Chin Tek Yoong

(P85983@siswa.ukm.edu.my) KATA KUNCI:

Bahasa Ibunda Dong Zong SMPC UEC

Masyarakat Etnik Cina KEYWORDS:

Mother Tongue Dong Zong ICSS UEC

Chinese Ethnic Society CITATION:

Chin, T. Y. & Nur Atiqah Tang Abdullah.

(2023). Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC): Pertikaian dan Perbahasan.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002042.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2042

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan kedudukan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Keterpisahan SMPC daripada sistem pendidikan kebangsaan sering menimbulkan isu yang membabitkan Dong Zong mendesak kerajaan supaya mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (Unified Examination Certificate). Sijil ini dianggap sebagai ‘jenama' yang menjadi kayu pengukur kualiti pendidikan SMPC, kualitinya yang kini telah dikatakan memperoleh pengiktirafan daripada universiti-universiti terkemuka dunia dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Data-data dalam artikel ini diperoleh daripada hasil temu ramah penulis dengan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina dan bahan bercetak dalam bentuk jurnal, buku, tesis dan keratan akhbar. Hasil analisis mendapati pendirian yang berbeza antara Dong Zong dengan aspirasi kerajaan. Dong Zong mendesak kerajaan supaya melayan pendidikan bahasa ibunda Cina dengan adil dan saksama manakala kerajaan melalui pemerkasaan sistem persekolahan aliran kebangsaan sebagai alat menyemai benih perpaduan untuk mencapai hasrat membina negara bangsa perlu mengutamakan kepentingan nasional secara keseluruhan.

ABSTRACT

This article discusses the status of Independent Chinese Secondary Schools (ICSS). The separation of ICSS from the national education system often raises issues involving Dong Zong, who urges the government to recognise the ICSS Unified Examination Certificate. This certificate is considered a "brand" that measures the ICSS quality, which has now gained recognition from the world's leading universities as well as private higher education institutions (IPTS). The data in this article is obtained from the author's interviews with Chinese education activists and printed materials in the form of journals, books, theses, and

(2)

newspaper articles. The findings show a disparity between Dong Zong's and the government's goals. Dong Zong urged the government to treat Chinese mother tongue education fairly while also sowing the seeds of ethnic unity through the strengthening of the national education system in order to build a nation state that prioritises the national interest.

Sumbangan/Keaslian: Kajian ini diharapkan dapat membantu pemahaman yang lebih jelas berkaitan sejarah, pembangunan dan perkembangan pendidikan bahasa ibunda Cina di Malaysia kepada pengkaji, dan menjadi rujukan kepada pengkaji pada masa akan datang yang ingin mendalami isu-isu pendidikan bahasa ibunda Cina di Malaysia.

1. Pengenalan

Isu pengiktirafan Sijil UEC sering mengundang pertikaian dan perbahasan daripada pelbagai pihak apabila isu ini diungkit. Setiap kali menjelang musim Pilihan Raya Umum, parti politik yang bertanding menjadikan pengiktirafan Sijil UEC dalam manifesto perikatan politik sudah pasti menghangatkan lagi pertikaian berhubung isu ini.

Peperiksaan UEC diadakan sejak tahun 1975 untuk SMPC seluruh negara. Namun, pertikaian isu Sijil UEC masih tidak berkesudahan hingga hari ini. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mengakuri bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu menurut peruntukan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan tidak menafikan hak penggunaan bahasa lain selain tujuan rasmi. Berdasarkan pendirian Dong Zong, pengiktirafan Sijil UEC tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak timbulnya soal mencabar status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini.

Pejuang pendidikan bahasa ibunda Cina menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan persekutuan pada tahun 2018 supaya dapat mengiktiraf Sijil UEC, namun kehangatan isu pengiktirafan Sijil UEC terpendam apabila Kerajaan PH tertumpas dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan pada 2020.

Sesudah Pilihan Raya Umum ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022, PH, BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya membentuk kerajaan perpaduan atas pimpinan Anwar Ibrahim. Dong Zong membangkitkan semula isu pengiktirafan Sijil UEC dengan menggesa kerajaan mengadakan rundingan dengan kadar segara.

2. Sorotan Literatur

Sekolah Menengah Cina dan kewujudan Sekolah SMPC selepas pelaksanaan Akta Pelajaran 1961 menjadi satu topik kajian yang menarik minat pengkaji pendidikan bahasa ibunda. Pengkaji seperti Kua (1985), Tan (1997), Pay (2008), dan Lee (2011) telah menjalankan penyelidikan berpandukan kaedah kualitatif dan dokumentasi tentang pembangunan, asal usul, masalah, dan cabaran pendidikan Cina. Kua (1985), telah meninjau sejarah perkembangan pendidikan Cina, bermula dari sejarah awal permulaan pendidikan Cina, pendidikan Cina dalam zaman penjajahan, isu-isu kewarganegaraan, politik pendidikan, pendidikan Cina dalam era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan isu penubuhan Universiti Merdeka. Tan (1997) dalam kajiannya

(3)

tentang politik pendidikan Cina di Malaya berdasarkan kaedah penyelidikan dalam disiplin ilmu sejarah. Penulisan Tan (1997) ini telah menyumbangkan gambaran keseluruhan sejarah perkembangan pendidikan Cina sepanjang dekad 50-an hingga 60- an. Lee (2011) pula menganalisis kuasa British, Jepun dan kerajaan Malaysia menetapkan polisi yang dikatakan mengancam kedudukan pendidikan Cina dan reaksi golongan aktivis pendidikan Cina memberi maklum balas terhadap ancaman tersebut.

Pay (2008) dalam kajian kesnya berpandukan tipologi hubungan etnik untuk meninjau politik pendidikan dan perkembangan SMPC.

SMPC terpisah dari sistem pendidikan kebangsaan. Masa depan dan jatuh bangun SMPC bergantung pada gerakan perjuangan pendidikan Cina yang memastikan kelangsungan kewujudannya. Antara pengkaji yang menjalankan kajian tentang gerakan pendidikan Cina seperti Tan (2005), Cheong (2009), Pheong (2010), Ang (2011), Ong (2014), Tan (2014) serta Ng dan Nor Azlili Hassan (2019). Kajian Tan (2005) tentang perjuagan Dong Jiao Zong membela nasib pendidikan vernakular di Semenanjung dalam tempoh 1960- 1982. Tan (2005) mengupas isu bahasa dan pendidikan berdasarkan kerangka teori Model Teoritikal J.W. Berry dan Tipologi Dasar Bahasa Fishman. Hasrat Dong Jiao Zong mewujudkan pendidikan Cina yang lengkap dan berautonomi, menuntut hak pendidikan Cina sebagai hak asasi. Cheong (2013) pula mengisi jurang penyelidikan tentang perjuangan Dong Jiao Zong dalam tempoh 1970-2002 berpandukan teori gerakan sosial Mccarthy & Zald. Cheong (2013)dalam kajiannya menyimpulkan bahawa gerakan pendidikan Cina yang diperjuangkan oleh Dong Jiao Zong masih memerlukan pengubahsuaian dari segi strategi perjuangan. Tidak ketinggalan Pheong (2010) telah mengkaji dilema perjuangan Dong Jiao Zong dalam politik etnik dari perspektif Hegemoni Budaya dan Falsafah Praxis Gramsci dan Artikulasi Laclau & Mouffe. Pheong membahaskan dan membandingkan tema strategi gerakan perjuangan pendidikan Cina pada zaman yang berbeza. Ang (2011) mengaplikasikan teori mobilisasi sumber menganalisis penginstitusian dan mobilisasi sosial oleh golongan avtivis pendidikan Cina dalam gerakan yang dilancarkan. Struktur institusi dan hubungan jalinan institusi dengan institusi lain sebagai kayu pengukur keberkesanan mobilisasi sumber dan keberkesanan perjuangan gerakan pendidikan Cina. Tan (2014) dan Ong (2014) telah menyusur galur sejarah pendidikan Cina, meninjau pengaruh dan kesan gerakan pendidikan Cina. Memandangkan peranan Dong Jiao Zong sebagai pembela nasib pendidikan bahasa ibunda Cina, Ng dan Nor Azlili (2019) membuat analisis yang cukup menyeluruh tentang strategi perjuangan Dong Jiao Zong mengikut peredaran masa.

Sesungguhnya kajian-kajian lepas telah memberi sumbangan yang cukup signifikan dalam korpus ilmu. Namun demikian, keterpisahan SMPC daripada sistem pendidikan kebangsaan mengundang banyak isu dan pertikaian. Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina tetap mempertahankan sistem persekolahan SMPC menyebabkan pertikaian dan perdebatan masih tidak terungkai.

3. Agenda Perpaduan dan Pembinaan Negara Bangsa

Kerajaan melalui pendidikan sekolah sebagai alat menyatupadukan semua murid dan pelajar sekolah di bawah satu bumbung dengan bahasa pengantar yang sama di semua sekolah. Inilah salah satu tindakan kerajaan yang memenuhi cita-cita unggulnya melahirkan sebuah negara bangsa. Berdasarkan pandangan Wan Norhasniah (2012), pembinaan negara bangsa melibatkan tindakan menyusun semula struktur sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya masyarakat untuk memenuhi kehendak aspirasi kerajaan yang baru ditubuhkan, pemimpin yang menerajui pucuk pimpinan dan ideologi negara,

(4)

masalah yang dihadapi adalah bagaimana mencapai perpaduan dalam masyarakat sebangsa atau dalam masyarakat majmuk. Voon (2007) mengadaptasikan klasifikasi Smith dalam komponen-komponen state-building dan nation-building, bahawa dalam proses membina negara bangsa, melibatkan aspek seperti kewarganegaraan, kebudayaan kebangsaan, bahasa dalam pendidikan. Abdul Rahman (2000) menekankan bahawa dalam proses membina negara bangsa, adalah mewujudkan komuniti politik bersatu padu dalam kalangan kumpulan etnik dan komuniti ini dipautkan melalui aspek perkongsian wilayah bersama, ekonomi dan perkongsian unsur-unsur yang terdiri daripada bahasa, budaya dan nama.

Amat jelas dalam konteks Malaysia, pembinaan negara bangsa tidak mungkin dapat tercapai jika sistem pendidikannya tidak direka ke arah itu. Menurut Abdul Rahman Embong:

“...Malaya diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, yang dilahirkan ialah sebuah negara, bukan bangsa. Begitu juga, apabila Malaysia terbentuk pada 1963, yang kita miliki hanyalah negara Malaysia, sedangkan bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu padu masih jauh daripada terwujud.” (Abdul Rahman, 2000).

Amat jelas bahawa pembinaan negara bangsa cukup penting di negara kita sebab negara Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama. Rashidah (2016), memetik kata-kata Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tentang bangsa yang cuba dibina Malaysia melalui wawasan 2020:

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Mahathir Mohamad, dalam Rashidah Mamat, 2016).

Dalam upacara pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur 30 tahun dahulu, Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991. Gagasan murni ini merupakan suatu hasrat pemimpin negara membina bangsa Malaysia, memastikan negara mencapai status negara maju pada tahun 2020. Namun begitu, antara cabaran kepada Bangsa Malaysia seperti dinyatakan berikut:

“Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.”

(Mahathir Mohamad, 1991).

(5)

Ketika Abdullah Ahmad Badawi menerajui pucuk pimpinan negara dari tahun 2003 hingga 2009, slogan ‘Cemerlang, Gemilan, Terbilang’ sering kedengaran dan konsep Islam Hadari diperkenalkan. Namun begitu, usaha pembinaan negara bangsa tetap ditekankan, seperti dalam perutusannya ulang tahun kemerdekaan 2007 di bawah:

“…Merdeka adalah hasil dari azam kukuh untuk menebus maruah bangsa; Merdeka adalah hasil dari perjuangan suci untuk membela tanah pusaka. Merdeka adalah puncak pencapaian satu perjuangan untuk memulakan perjuangan yang baru. Merdeka terbina atas tiang sejarah, untuk membina sejarah baru. Merdeka adalah milik berharga negara bangsa…” (Abdullah Ahmad Badawi, 2007).

Setelah tibanya masa Najib Razak menggantikan Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh tahun 2009 hingga tahun 2018, konsep Satu Malaysia pula diperkenalkan dengan slogan

‘Janji Ditepati, Rakyat Didahulukan’. Dalam gagasan Satu Malaysia ini:

“Gagasan 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.” (Jabatan Penerangan Malaysia, 2010).

Nasib malang menimpa kerajaan Pakatan Harapan yang tidak sampai satu penggal telah ditumpaskan dalam Langkah Sheraton. Kerajaan Perikatan Nasional dilahirkan pada 1 Mac 2020 atas pimpinan Muhyiddin Yassin. Atas tema Malaysia Prihatin yang melawan pandemik Covid-19, Muhyiddin tidak lupa akan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Muhyiddin berkata:

“Selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat, Kerajaan telah melancarkan Dasar Perpaduan Negara pada 15 Februari yang lalu, bersekali dengan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030. Dasar dan rangka tindakan ini yang pertama kali digubal menggariskan 41 anjakan strategik untuk dijadikan tumpuan di peringkat pelaksanaan bagi mencapai Hasrat ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’...” (Muhyiddin Yassin, 2021).

Ketidakstabilan politik negara ketika negara dilanda pandemik Covid-19 sememangnya dapat dirasai rakyat kerana tidak ada mana-mana pihak yang membentuk kerajaan dapat bertahan lama. Atas ‘nama’ Keluarga Malaysia, Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya:

“…Idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan hari ini bukan retorik atau slogan semata-mata, tetapi ia merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, di mana kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarg… kita teguh

(6)

bersama mendepani apa jua dugaan, meraikan perbezaan, mencari titik persamaan dalam memperkasa perpaduan dan integrasi nasional dengan semangat Keluarga Malaysia…”

(Ismail Sabri Yaakob, 2021).

Fenomena peralihan kuasa memang lumrah dalam dunia politik, namun agenda pembangunan negara dan polisi pendidikan akan sentiasa disemak, digubal dan diselaraskan kerelevanannya agar sejajar dengan aspirasi kerajaan. Pasukan Petugas Dasar Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) yang ditubuhkan pada Oktober 2018 dikatakan telahpun menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Pendidikan ketika kerajaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan. Yang menjadi tanda soal sekarang apakah cadangan dalam laporan penuh tersebut dan apakah nasib Sijil UEC sehingga kini?

3.1. Tipologi Dasar Pendidikan Untuk Minoriti Model Fishman 1970 dan Tipologi Dasar Bahasa Fishman 1971

Kedudukan Malaysia sebagai negara bumi bertuah yang didiami kumpulan etnik yang pelbagai, yang menuturkan bahasa ibunda dan mengamalkan budaya unik masing- masing. Sarjana Schermerhorn (1970) mendefinisikan kumpulan etnik sebagai:

“a collectivity within a larger group having real or putative common ancestry, memories of a shared historical past, and a cultural focus on one or more symbolic elements defined as the epitome of their peoplehood. Examples of such symbolic elements are: kinship patterns, physical contiguity (as in localism or regionalism), religious affiliation, language or dialect forms, tribal affiliation, nationality, phenotypical features or any combination of these. A necessary accompaniment is some consciousness of kind among members of the group.” (Schermerhorn, 1970).

Setiap kumpulan etnik di Malaysia cuba sedaya upaya mengidentifikasikan diri mereka dengan asal usul dan amalan budaya mereka. Golongan etnik Cina juga tidak terkecuali dalam hal ini. Wirth (1945) pula mentakrifkan minoriti sebagai:

“ minority as a group of people who, because of their physical or cultural characteristics, are singled out from the others in the society in which they live for dierential and unequal treatment, and who therefore regard themselves as objects of collective discrimination. The existence of a minority in a society implies the existence of a corresponding dominant group enjoying higher social status and greater privileges.

Minority status carries with it the exclusion from full participation in the life of the society … The members of minority groups are held in lower esteem and may even be objects of contempt, hatred, ridicule, and violence.” (Wirth, 1945).

(7)

Tidak kurang juga terdapat banyak kajian sarjana tentang penggubalan dasar pendidikan dalam negara yang golongan kumpulan etnik yang pelbagai. Antaranya, Tipologi Dasar Bahasa Fishman 1971.

Menurut Santhiram (1997), Fishman menerangkan dalam sesebuah negara sedang membangun, penggubal dasarnya berusaha mencari jalan penyelesaian supaya dapat mengakomodasikan pendidikan yang melibatkan penduduk minoriti dan mengatasi isu penggunaan bahasa. Model tipologi diperkenalkan mula-mula dari peringkat kepengggunaan dwibahasa transisi hingga dwibahasa penuh. Terdapat empat tipologi dasar pendidikan dalam struktur bersiri ini, yang dikenali sebagai kedwibahasaan transisi, kedwibahasaan monoliterate, kedwibahasaan separa, dan kedwibahasaan menyeluruh. Kesemua tipologi ini mengambil kira tempoh masa persekolahan, jenis bahasa, dan objektif yang perlu dicapai dalam satu garis masa tertentu.

Selain itu, dalam soal penggubalan dasar bahasa pula, segala usaha penggubalan dasar bahasa dalam negara yang diselubungi masalah persaingan majoriti-minoriti pasti mengundang pelbagai kontroversi dan mencetuskan konflik etnik. Beberapa pertimbangan yang sesuai dengan konteks setempat perlu diambil kira untuk menggubal sesuatu dasar bahasa agar dasar bahasa yang digubal dapat dimantapkan seperti Dasar Bahasa Fishman 1971 telah memperkenalkan dasar bahasa A, dasar bahasa B, dan dasar bahasa C yang dapat dijadikan rujukan penggubal dasar bahasa di negara-negara baru membangun. Dong Zong dan pihak yang bersekutu dengan mereka giat mempertahankan dasar kepelbagaian bahasa dan budaya menafikan hasrat kerajaan menggunakan satu bahasa yang sama untuk mencapai unifikasi dalam kalangan rakyat (Tan, 2005).

3.2. Penjenamaan Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sijil UEC

Jenama SMPC sering dipopularkan Dong Zong demi meningkatkan nilai Sijil UEC dalam kalangan lepasan Tingkatan Senior III SMPC. Kewujudan SPMC sebagai kubu pertahanan budaya Cina mencerminkan masyarakat etnik Cina menginginkan pendidikan bahasa ibunda yang lengkap dan berautonomi. Golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina amat mengagung-agungkan kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh 60+1 buah SMPC yang mempunyai daya tarikan masing-masing. Antaranya, pendidikan SMPC dikatakan sebagai titik kesinambungan pendidikan bahasa ibunda dari sekolah rendah vernakular Cina di samping pengajaran mata pelajaran bahasa selain Bahasa Cina, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diberi penekanan sama rata. Selain itu, SMPC menonjolkan keunikan sistem kurikulum dan kokurikulum yang berbeza daripada sistem pendidikan aliran perdana dan menekankan tradisi kecemerlangan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik menerusi pendidikan bahasa ibunda terus dapat dikembangkan di SMPC.

Sungguhpun begitu, isu tuntutan pengiktirafan Sijil UEC dibangkitkan oleh Dong Zong, golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda, parti-parti politik yang berorientasikan rukun politik etnik Cina, dan pihak-pihak sehaluan dengannya sering menimbulkan kontroversi disusuli pula perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat umum tentang kedudukan SMPC.

4. Perdebatan

Berbalik pada Tipologi Dasar Bahasa Fishman 1971 yang dikemukakan penulis, dapat dirumuskan bahawa kerajaan berusaha membangunkan sistem pendidikan dan berusaha mengakomodasikan pendidikan minoriti pada takat yang tertentu. Kewujudan

(8)

SMPC 60 tahun sejak penguatkuasaan Akta Pelajaran 1961 mencetuskan banyak isu tentang perjuangan pendidikan bahasa ibunda. Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina mempertahankan sistem pendidikan ibunda yang berautonomi manakala kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua sekolah dalam sistem pendidikan aliran perdana supaya dapat menyatupadukan semua pelajar seterusnya berhasrat melahirkan sebuah negara bangsa.

Sudut pandangan Dong Zong dan kerajaan yang berbeza ini menyebabkan perdebatan hangat antara kedua-dua pihak.

4.1. Pengiktirafan Nilai Sijil UEC

Perkembangan Dasar Pendidikan hingga tahun 1960 memperlihatkan usaha kerajaan menyususn semula sistem pendidikan (Tan, 2005). Setelah Akta Pelajaran 1961 berkuatkuasa, akta ini memberi implikasi terhadap kedudukan sekolah Cina di negara ini. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) merupakan sekolah Cina yang menerima bantuan subsidi daripada kerajaan. Akan tetapi, sekolah Cina yang enggan menerima bantuan kewangan daripada kerajaan pada zaman 60-an, tidak mahu diserap dalam sistem pendidikan kebangsaan tetapi ingin mengekalkan status quonya dengan mewujudkan sistem kurikulum dan sistem pendidikan yang tersendiri telah menjadi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Sijil UEC dikatakan diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi terkemuka, sama ada di dalam negara atau di luar negara, kecuali di Malaysia. Jadi, persoalan yang timbul daripada penulis adalah mengapakah selepas hampir 60 tahun kewujudan SMPC, Dong Zong menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil UEC yang asalnya tidak sepadan langsung dengan sistem pendidikan kebangsaan? Sesetengah Sekolah Cina yang tidak menyertai sistem pendidikan kebangsaan kerana ditakuti ciri- ciri sekolah Cina terjejas, sebaliknya sanggup menjadi SMPC yang berautonomi dan nasibnya disandarkan pada masyarakat etnik Cina. Keputusan inilah telah dibuat oleh lembaga pengelola sekolah Cina pada ketika itu setelah mempertimbangkan baik buruk isu pertukaran aliran sekolah Cina. Tuntutan Dong Zong bagaikan seorang ‘anak’ yang sanggup memutus hubungan dengan anggota keluarga lantas meninggalkan keluarga besar menjadi ‘anak yatim’, tetapi terus-menerus menuntut hak di luar pintu keluarga asalnya, apakah rasionalnya tindakan Dong Zong ini?

4.2. Penyebaran Kebudayaan Cina Melalui Pendidikan Bahasa Ibunda Cina

Eastman (1983) mengatakan bahawa bahasa sebagai faktor budaya yang mengidentifikasikan diri dan membezakan seseorang antara satu sama lain dalam masyarakat yang kompleks sebagai simbol identiti etnik. Kua (1985) memberi penekanan bahawa hanya melalui bahasa ibunda, ciri-ciri semula jadi budaya sesuatu masyarakat etnik dapat diperoleh dan dapat dikembangkan. Dong Zong menekankan bahawa pendidikan bahasa ibunda Cina membolehkan pelajar mengetahui asal usul etnik dan menghargai warisan etnik. Kewujudan SMPC untuk memastikan ideologi pendidikan bahasa ibunda Cina menyebarkan kebudayaan Cina dapat diwarisi dari generasi ke generasi. Di sebalik kenyataan ini, dapat dilihat sistem pendidikan SMPC dalam sistem pendidikan kebangsaan dalam erti kata yang lebih luas. Sekolah SMPC melalui bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, dan ciri-ciri kecinaan sudah sebati dengan kawasan sekolah SMPC. Menurut pandangan ‘Jiwa Budaya Cina’ Malaysia, Lim Lian Geok:

“…menjadi rakyat Tanah Melayu, syaratnya ialah tanggungjawab dan ketaatan, tetapi bukan berdasarkan

(9)

syarat melapaskan hak penggunaan bahasa ibunda dan budaya…” (Lim Lian Geok, 1954).

“…Budaya kita sebagai roh etnik kita, pendidikan bahasa ibunda sebagai kubu pertahanan budaya etnik…” (Lim Lian Geok, 1955).

Persoalan pertama yang timbul di sini bahawa kerajaan berniat menghapuskan sekolah Cina ke akar umbinya menurut tuduhan Dong Zong. Akan tetapi jika tuduhan Dong Zong itu benar, mengapakah sekolah-sekolah vernakular, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan SMPC terus dibenarkan wujud?

Atas dasar apakah sekolah-sekolah ini masih dibenarkan bertapak? Jika tuduhan Dong Zong itu masuk akal, sekolah vernakular Cina dan SMJK sebenarnya langsung tidak dibenarkan wujud jika kerajaan ada niat menghapuskan pendidikan bahasa ibunda Cina hingga ke akar umbi, apatah lagi SMPC yang terpisah dari sistem pendidikan kebangsaan.

Persoalan yang kedua, masyarakat etnik India tidak ada sistem persekolahan menengah yang menyerupai SMPC yang dimiliki masyarakat etnik Cina. Kebanyakan lepasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK (T) terus melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah kebangsaan, mengapakah masyarakat etnik India masih dapat mengamalkan kebudayaan India tanpa kesulitan. Apakah penjelasan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina tentang sekolah sebagai satu-satunya saluran yang mewariskan kebudayaan etnik dari generasi ke generasi seterusnya?

4.3. Bahasa Ibunda Paling Berkesan Mempelajari Sesuatu Ilmu

Pertikaian penggunaan bahasa ibunda sebagai alat yang paling berkesan dalam penyampaian ilmu, menguasai kemahiran dan memaksimumkan potensi diri, manakala penggunaan bahasa kebangsaan untuk melahirkan semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah aliran kebangsaan tidak pernah menemui titik noktah.

Penggunaan bahasa ibunda disokong kuat oleh UNESCO , The Use of Vernacular Language in Education memberi hujah:

“…bahasa ibunda sistem tanda yang mempunyai makna memainkan peranan dalam pemahaman seseorang, seseorang dapat belajar dengan cepat jika mempelajari sesuatu melalui bahasa pengantarnya…” (Todd, 1983).

Bahasa ibunda memberi kesan yang cukup mendalam terhadap intuisi bahasa seseorang pelajar. Terdapat teori dan pendapat sarjana pendidikan yang mengatakan bahawa bahasa ibunda sebagai alat yang paling berkesan untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu ilmu di sekolah rendah. Di peringkat sekolah rendah, murid Malayu memasuki Sekolah Kebangsaan (SK), manakala murid Cina memasuki SJK (C) dan murid India memasuki SJK (T). Keadaan ini bersifat lumrah untuk murid-murid sekolah rendah mempelajari ilmu asas dalam bahasa ibunda masing-masing.

Sungguhpun demikian, apakah penjelasan kita tentang murid Cina dan murid India yang memasuki Sekolah Kebangsaan yang dapat mengikuti pelajaran dalam bahasa pengantar bahasa Melayu, malah dapat fasih berbahasa Inggeris dan Melayu? Bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam Sekolah Kebangsaan ialah bahasa Melayu, melainkan mata pelajaran bahasa. Golongan murid Cina dan murid India ini telah menguasai ilmu

(10)

asas melalui bahasa pengantar yang bukan bahasa ibunda mereka. Satu lagi contoh yang sangat menarik yang dapat mengundang semua pihak membuat renungan bersama adalah semakin ramai murid Melayu dan murid India memasuki SJK (C), ramai antara mereka mempelajari ilmu asas dalam bahasa pengantar sekolah SJK (C), iaitu bahasa Mandarin, sedangkan mereka mungkin langsung tidak ada ilmu asas tentang bahasa Mandarin itu, tetapi tidak menjadi halangan bagi golongan murid tersebut kerana tidak lama kemudian mereka dapat mengikuti pelajaran dengan baik, malah mereka menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam bahasa pengantar peperiksaan di SJK (C), iaitu bahasa Mandarin. Pada masa yang sama, mereka masih mengekalkan ciri-ciri etnik masing-masing, mewarisi kebudayaan dan meraikan perayaan mereka masing-masing. Apa kata sekarang ini bahasa ibunda merupakan bahasa yang paling berkesan mempelajari ilmu sedangkan terdapat kalangan murid Cina di Sekolah SK, murid Melayu di SJK (C), dan murid India di SJK (C) dan SK? Mengapakah ada kemasukan murid ke sekolah rendah yang menggunakan bahasa pengantar pendidikan bukan merupakan bahasa ibunda murid berkenaan?

SMPC berstatus sekolah persendirian, sistem persekolahan SMPC merupakan kesinambungan SJK (C) yang menekankan bahasa Cina sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar sekolah. Persoalannya mengapakah masih lagi terdapat sebahagian besar murid lepasan SJK (C) memilih Sekolah Menengah Kebangsaan tetapi tidak untuk SMPC? Begitu juga murid Melayu dan murid India di SJK (C)? Soalan ini agak menarik dan belum terjawab dengan memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Juga, SMPC melalui pengambilan pelajar baharu menekankan bahawa melanjutkan pelajaran di SMPC tidak perlu mengalami pertukaran bahasa pengantar. Hal ini bermakna bahawa bahasa Mandarin terus digunakan dari segala aspek dalam pendidikan SMPC. Persoalan ini menimbulkan tindakan menafikan fungsi dan peranan bahasa Melayu, yang telah diangkat tinggi sebagai bahasa pengantar pendidikan dan bahasa perpaduan yang mampu menyatupadukan semua pelajar di bawah satu bumbung yang mendukung aspirasi nasional. Sebaliknya, Bahasa Melayu terpaksa memberi laluan di SMPC, statusnya sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan kebangsaan telah diturunkan statusnya menjadi salah satu mata pelajaran bahasa di SMPC, dan tidak wajib lulus untuk memperoleh Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (UEC).

Penulis ingin melontarkan suatu persoalan, mengapakah Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina mendakwa pelajar baharu SMPC tidak perlu risau akan pertukaran bahasa pengantar? Bukankah anak murid SJK (C) sudah difahamkan bahawa mereka akan melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan apabila mereka tamat persekolahan rendah? Apa sudah terjadi pada sesetengah murid lepasan SJK (C) yang tidak dapat mengikuti pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan disebabkan masalah penguasaan bahasa pengantar? Mengapakah ada anak murid lepasan SJK (C) masih gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan memuaskan? Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ibu bapa perlu memandang serius terhadap masalah ini, menangani masalah dan bukan mengelakkan diri daripada masalah dengan tanggapan pendidikan SMPC tidak ada masalah pertukaran bahasa pengantar. Masalah tetap wujud jika masalah tidak ditangani dengan bijak dan akan terus menghantui murid yang terbabit.

Bahasa kebangsaan sukar dipelajari sering kedengaran. Penulis berasa kagum akan kebolehan warga buruh asing dari Myanmar, Vietnam, Nepal, dan Bangladesh walaupun

(11)

mereka baru sahaja berpijak di bumi Malaysia tetapi sudah fasih berbahasa Melayu, malah ada pula dalam kalangan mereka dapat bertutur dalam nada seperti penutur jati.

Mengapakah golongan buruh asing dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi tidak bagi sesetengah anak murid Cina yang memasuki SMPC? Pertanyaan ini masih belum terjawab oleh sesiapa dengan memuaskan. Bahasa Melayu gagal dikuasai oleh anak murid tempatan tetapi pada masa yang sama warga buruh asing berjaya menguasai bahasa Melayu yang bukan bahasa kebangsaan mereka. Jadi, mengapakah Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina berhujah bahawa pelajar SMPC tidak perlu risau akan bahasa pengantar? Murid lepasan SJK (C) yang gagal menguasai bahasa Melayu setelah enam tahun berada di sekolah rendah, siapa yang patut bertanggungjawab? Apakah sikap ibu bapa Cina terhadap bahasa Melayu? Masyarakat etnik Cina lebih gemar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selain bahasa ibunda kerana menganggap bahasa Inggeris lebih bersifat global yang merupakan ‘tingkap dunia luar’. Apakah tahap kefasihan bahasa Melayu pemimpin Dong Zong dan masyarakat etnik Cina? Adakah mereka ini menguasai bahasa ini dengan baik? Mengapakah sehingga hari ini terdapat murid Cina membahasakan guru yang sedang dilawan bercakap dengan mereka sebagai ‘awak’?

4.4. Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Masyaratkat etnik Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda membuat kritikan bahawa kerajaan mengamalkan dasar “satu bahasa, satu bangsa, satu negara”

merupakan dasar unilingualisme (Ong, 2014). Menurut mereka, keadaan ini tidak akan membawa faedah kepada negara yang pada hakikatnya terdiri daripada multietnik dalam struktur masyarakatnya. Dong Zong dan masyarakat etnik Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda menggesa kerajaan supaya mengamalkan dasar kepelbagaian bahasa yang memberikan kedudukan bahasa-bahasa etnik lain setaraf dengan bahasa Melayu. Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara yang diidam-idamkan kerajaan untuk membina negara bangsa dan menyatupadukan semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, manakala golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina masih tidak berputus asa memperjuangkan layanan adil dan saksama dalam bahasa ibunda supaya setaraf dengan bahasa Melayu. Seorang responden yang ditemu bual, terus mengeluarkan keluhannya:

“...Sayang sekali, adakah pemerintah menguji kesabaran setiap kaum? Penyatuan disandarkan pada aspek mana?...” (Cheah, 2017, 11 10).

Sementara itu, seorang responden memberi maklum balas dengan mengatakan:

“...adakah Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara patut? Hal ini telah bertentangan dengan usaha mewujudkan sesebuah negara yang berada di paras yang tertinggi, iaitu dasar kepelbagaian. Dasar kepelbagaian merupakan tren yang diamalkan di seantero dunia, unilingualisme sudah tidak laku dan tidak memenuhi keperluan tren perkembangan semasa.

Konsep melting polt yang dipelopori oleh Huntington didapati tidak lagi relevan satu contoh yang baik...” (Ong, 2017, 11 10).

Dalam soal penggunaan bahasa, bahasa Melayu dimartabatkan menjadi bahasa kebangsaan berperanan membentuk jati diri negara, menonjolkan imej negara di mata

(12)

dunia, menyatupadukan semua warga sekolah di bawah satu bumbung yang mendukung aspirasi nasional, menyemai semangat kekitaan yang memperjuangkan nasib negara bersama. Dong Zong dan masyarakat etnik Cina pula menginginkan kedudukan bahasa Cina berkedudukan setaraf dengan bahasa Melayu. Dari kaca mata kerajaan, tindakan Dong Zong dan masyarakat etnik Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda Cina membuat tuntutan sudah melampaui batasan, golongan ini tidak sanggup berkompromi dan tidak sanggup berkorban menurunkan citra Cina yang semakin menebal. Dong Zong dan masyarakat etnik Cina mengkritik kerajaan yang mengagung-agungkan status dan kedudukan bahasa Melayu dalam agenda pembinaan negara bangsa. Sementara itu, maklum balas kerajaan terhadap kritikan Dong Zong dan masyarakat etnik Cina dalam pertanyaan ‘di manakah bumi yang sedang dipijak mereka?’ nampaknya masih belum mematahkan semangat mereka yang terus mendesak kerajaan.

Perbuatan tuduh-menuduh ini sudah lama berlangsung sejak kewujudan SMPC. Kerajaan dan Dong Zong tidak mahu mengalah masing-masing mengemukakan fakta-fakta menyokong pendirian masing-masing. Penulis berpendapat, penentuan bahasa sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar pendidikan bukankah berdasarkan kelompok kumpulan etnik majoriti seperti yang dipersetujui dalam kontrak sosial sebelum kemerdekaan Tanah Melayu?

Jika kita melihat kes pembinaan negara bangsa di negara jiran, negara Thai umpamanya, masyarakat etnik Cina di negara Thai merupakan golongan minoriti, tetapi mereka akur dengan status bahasa Thai telah diangkat sebagai bahasa negara dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah negara Thai. Begitu juga Indonesia, negara itu terkenal dengan pembinaan negara bangsa yang sangat terkenal dengan satu Pancasila, satu bahasa, satu bangsa, satu Indonesia. Hal ini demikian kerana dasar asimilasi menyebabkan golongan etnik Cina telah meletakkan citra kecinaan masing-masing. Mereka mentaati pemimpin negara dan fasih berbahasa Indonesia sehinggakan tidak dapat dikesan keturunan jika hanya melihat pada nama dan tanpa melihat pada rupa wajah. Di Singapura, walaupun masyarakat etnik Cina merupakan kumpulan etnik yang terbesar di negara republik itu, namun mendiang Lee Kuan Yew yang memimpin negara itu tidak meletakkan bahasa Mandarin sebagai bahasa negara dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah negara republik itu. Sebaliknya, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan di samping bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan. Pada hakikatnya, kerajaan Singapura memperuntukkan status bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi, namun penggunaan bahasa Inggeris lebih dominan di negara tersebut. Keputusan kerajaan Singapura telah mengambil kira fahaman komunisme yang berleluasa pada dekad 60-an dan tidak mahu melihat negara republik itu sebagai sebuah negara yang dikritik oleh negara-negara jiran dan dilabel sebagai sebuah negara China di rantau Asia Tenggara yang menyokong fahaman komunis.

Berbalik pada soal unilingualisme, pihak-pihak yang mempertikaikannya sebenarnya telah menidakkan persetujuan yang dibuat dalam kontrak sosial yang melahirkan Malaya yang merdeka. Persoalan dari penulis apakah rasionalnya mempertikaikan dan mempersoalkan sesuatu yang dipersetujui? Dong Zong dan masyarakat etnik Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda Cina mengkritik kerajaan mengamalkan dasar unilingualisme, tidak menghormati masyarakat Malaysia yang bersifat multietnik.

Mereka berpendapat bahawa dasar unilingualisme boleh menyebabkan kemunduran, jadi Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina sering menyaran kerajaan supaya bahasa-bahasa etnik lain turut diangkat sama taraf dengan bahasa

(13)

Melayu. Amatlah jelas usaha kerajaan ditafsirkan menurut sudut pandangan Dong Zong dan masyarakat etnik Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda Cina sebagai dasar unilingualisme. Adakah tuduhan ini benar? Jika amalan dasar unilingualisme itu benar, mengapakah sekolah agama yang menyampaikan ilmu dalam bahasa Arab dibenarkan wujud? Mengapakah sekolah SJK (C), SJK (T) dan sekolah antarabangsa yang masing-masing menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil, dan bahasa Inggeris dibenarkan wujud dan beroperasi? Malaysia sudah menjadi negara multibahasa dan multidialek pada hakikatnya. Apa yang diberi keutamaan ialah bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi sekolah dan bahasa perpaduan semua bangsa.

Tambahan pula, sudah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada mana-mana pihak boleh dihalang daripada menggunakan dan mempelajari bahasa- bahasa lain.

Perdebatan tentang bangsa, negara dan bahasa pengantar tidak pernah menemui kesudahan kerana pihak-pihak yang bertikam lidah tidak mahu mengalah malah menguatkan pendirian mereka. Di benua Asia Timur contohnya, Jepun dan Korea antara contoh negara yang mengagung-agungkan bahasa kebangsaan mereka dalam pelbagai aspek. Dasar bahasa yang diamalkan oleh Jepun dan Korea telah membuktikan mereka mampu menjadi negara industri maju yang menyaingi negara barat. Jadi dari asas manakah Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina mengatakan dasar unilingualisme menyebabkan kemunduran negara? Penulis ingin bertanya, dari sumber manakah tuduhan mereka dapat membuktikan negara Malaysia mengamalkan dasar unilingualisme? Seperti yang kita sedia maklum, negara kita masih lagi dalam usaha membina bangsa. Pada saat kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, yang lahir hanya sebuah negara dan bukan bangsa. Adakah Dong Zong dan masyarakat etnik Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda Cina memandang berat usaha kerajaan membina negara bangsa ini? Sebarang persoalan tidak timbul sekiranya golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina mengakui bahawa kepentingan nasional wajar mengatasi kepentingan etnik (Tan, 2005). Bilakah Dong Zong dan sekutunya memberi laluan kepada kepentingan nasional supaya mengatasi kepentingan etnik? Adalah jelas bahawa sejak gerakan perjuangan pendidikan bahasa ibunda Cina yang dilancarkan Lim Lian Geok, tema perjuangannya tidak terlepas daripada memperjuangkan nasib pendidikan bahasa ibunda dan hak masyarakat etnik Cina. Dengan kata lain, gerakan perjuangan pendidikan bahasa ibunda Cina lebih memperjuangkan kepentingan etnik daripada memperjuangkan kepentingan nasional. Jika melihat istilah terjemahannya, 民族教育 (min zu jiao yu) bermaksud pendidikan bangsa, tetapi pendidikan bangsa yang diperjuangkan oleh masyarakat etnik Cina tidak sama dengan pendidikan bangsa Malaysia yang dipertahankan oleh kerajaan selama ini, iaitu pendidikan arus perdana yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

4.5. Hak Asasi Manusia

Pendididkan bahasa ibunda diiktiraf sebagai hak asasi manusia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dong Zong menekankan bahawa pendidikan bahasa ibunda Cina sebagai hak asasi manusia yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa atas apa-apa alsan sekalipun. Pada hakikatnya, jika kita menghalusi perkara yang bersangkut paut dengan soal bahasa dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas termaktub bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Rakyat mempunyai kebebasan mempelajari bahasa lain tanpa sebarang halangan. Pada hakikatnya, atas dasar kerajaan yang memenuhi keperluan

(14)

pendidikan bahasa ibunda, sekolah-sekolah selain daripada aliran perdana ditubuhkan pada peringkat sekolah rendah seperti SJK (C), SJK (T), Sekolah Agama Rakyat dan sekolah antarabangsa. Pada peringkat sekolah menengah, sekolah kebangsaan diberi penekanan dan keutamaan, manakala sekolah-sekolah menengah di luar aliran perdana masih dibenarkan wujud. Contohnya, pembangunan sekolah SMPC atas usaha dan tanggungan Dong Zong, golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina, dan masyarakat etnik Cina, cuma sijil kelayakan akademik SMPC seperti Sijil UEC tidak diiktiraf kerajaan. Jadi, di sinilah dapat diperhatikan hak asasi manusia dalam pendidikan bahasa ibunda tidak dinafikan kerajaan, sebaliknya dipertahankan mengikut keadaan struktur masyarakat negara yang multietnik sifatnya. Dong Zong cenderung melihat sesuatu hal dan menilainya menurut tafsiran mereka sendiri tanpa melihat situasi yang sebenar, apatah lagi mereka jika tidak mempertimbangkan kesan dan akibat yang bakal dihadapi, ditanggung, dan dirasai padahnya. Dong Zong dan golongan etnik Cina mahukan masa depan pendidikan bahasa ibunda Cina yang cerah dan mendesak kerajaan melakukan sesuatu yang dapat memenuhi permintaan mereka, tetapi mereka tidak terfikir tentang implikasinya yang bakal ditanggung oleh semua pihak.

Tuduhan Dong Zong terhadap kerajaan mengamalkan dasar satu bahasa tidak memperlihatkan asas yang meyakinkan. Bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran kerajaan dan bahasa pengantar pendidikan. Namun begitu, penggunaan bahasa-bahasa lain tidak terhalang. Penggunaan bahasa Melayu yang melambangkan identiti negara diputuskan sejak kemerdekaan Tanah Melayu. Penulis tidak dapat membayangkan apakah makna jika ada pihak mempertikaikan sesuatu hal yang dipersetujui berdasarkan prinsip tawar-menawar politik? Tuntutan bahasa-bahasa lain diangkat sama tinggi dengan bahasa Melayu sering kedengaran daripada kumpulan pendesak seperti Dong Zong, adakah sesuai dengan konteks iklim politik di kepulauan Melayu dan realiti sosial negara? Tidak ada makna kita cuba berpatah balik ke masa silam menyangkal perjanjian kontrak sosial yang diputuskan pemimpin-pemimpin etnik Melayu, Cina dan India yang memperjuangkan nasib sebuah negara baru. Dalam sebuah negara seperti Malaysia yang multietnik dan multibahasa, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi negara manakala pembelajaran bahasa-bahasa lain tiada halangan, itulah atas persetujuan semua pihak yang terlibat dalam menuntut kemerdekaan negara.

Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina mendesak kerajaan supaya menilai semula dasar yang dikatakan mengancam kedudukan pendidikan bahasa ibunda Cina. Pada hal yang sebenar, mereka tidak melihat pada implikasi yang akan timbul kerana mereka membuat penilaian berdasarkan perspektif dalam ruang lingkup etnik yang sempit. Sebaliknya, kerajaan yang menggubal dasar perlu membuat pertimbangan dari pelbagai segi dan perlu memastikan polisi kerajaan benar-benar mendatangkan manfaat dan dapat menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat dalam jangka masa panjang.

4.6. Perpaduan dan Segregasi

SMPC sering menjadi mangsa kritikan kerana sistem persekolahannya yang didominasi oleh pelajar etnik Cina dan bahasa pengantar yang digunakan dalam SMPC ialah bahasa Mandarin. Soal bahasa pengantar ini didapati bercanggah dengan sistem persekolahan sekolah kerajaan dan menyebabkan segregasi yang ketara antara etnik dikatakan tidak mencapai matlamat perpaduan yang disarankan pemimpin negara. Wujud percanggahan pendapat di sini antara Dong Zong dan kerajaan.

(15)

Dari pihak kerajaan, parti pemerintah bertanggungjawab menggubal pelbagai dasar dan polisi kerajaan memastikan segala sumber kekayaan negara dan peluang ekonomi diagihkan secara sama rata untuk mencapai perpaduan rakyat. Bahasa Melayu sebagai lambang identiti negara telah memainkan peranan yang cukup signifikan menyatupadukan semua rakyat melahirkan bangsa Malaysia yang memperjuangkan nasib negara bersama.

Akan tetapi, dari sudut pandangan yang lain, Dong Zong berperanan sebagai guardian SMPC, mempertahankan hak pendidikan bahasa ibunda dan mendidik masyarakat etnik Cina tentang SMPC sebagai kubu pertahanan budaya. Penulis ingin melontarkan persoalan apakah jenis negara yang diimpikan oleh Dong Zong dan masyarakat etnik Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda Cina? Menurut Dong Zong, kewujudan SMPC tidak menjejaskan perpaduan kaum. Sebaliknya, sebab utama yang menjejaskan perpaduan ialah dasar dan polisi yang menyelebihi satu-satu kumpulan etnik. Jika kerajaan melayani semua golongan etnik secara adil dan saksama, barulah perpaduan dapat tercapai. Persoalannya itukah formula yang begitu hebat untuk mencapai perpaduan rakyat? Di manakah formula untuk mencapai perpaduan yang lebih teliti?

Idealisme yang tidak berpijak di bumi yang nyata akan membawa padah. Bayangkan kerajaan tidak melaksanakan dasar afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) 70-an?

Setahu kita struktur masyarakat negara yang pernah kita lihat merupakan warisan peninggalan zaman penjajahan kuasa asing, iaitu orang Cina mendiami bandar berniaga, orang Melayu mendiami kampung bertani, orang India mendiami estet dan menoreh getah. Apa yang akan berlaku jika orang Cina mendominasi dunia perniagaan sementara orang Melayu merupakan golongan majoriti yang berasa bahawa peluang ekonomi mereka ditindas? Tambahan pula, jika ketidaksenangan mereka diapi-apikan oleh ahli politik yang mempunyai agenda politik yang terselindung? Perasaan tidak puas hati pasti menutup pintu perdamaian malah menimbulkan perasaan marah dan cemburu, bukankah peristiwa 513 suatu pengajaran pahit lagi menyedihkan? Jika tuntutan Dong Zong dipenuhi, bagaimanakah kerajaan menangani tuntutan yang serupa timbul daripada kumpulan etnik lain? Idealistik yang keterlaluan tanpa penilaian dan pertimbangan mengikut situasi yang sebenar, semua pihak terpaksa tanggung kerugian.

Dong Zong menuduh bahawa kerajaan melalui satu bahasa, satu bangsa dan satu negara merupakan dasar unilingualisme yang mengasimilasikan kumpulan etnik bukan Melayu untuk mencapai perpaduan. Tuduhan ini juga menimbulkan pertanyaan, bilakah pengamalan dasar unilingualisme dan asimilasi ada benarnya? Perlembagaan Persekutuan langsung tidak menyebutkan kuasa itu, di manakah asasnya tuduhan tersebut? Menurut Dong Zong, Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada multietnik dan multibudaya, suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan, perpaduan hanya dapat dicapai melalui tindakan kerajaan menghormati masyarakat yang multietnik, multibahasa dan multibudaya serta layanan yang adil lagi saksama kepada semua kumpulan etnik, begitulah premis dan kesimpulan Dong Zong. Nampaknya, Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina begitu yakin dengan hujah-hujah tersebut. Agak ironisnya jika disebut apakah cara dan formula yang terperinci mencapai perpaduan, tidak kedengaran.

Di SMPC, bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran. Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina tetap akan pendirian bahawa negara ini terdiri daripada multietnik, mutibahasa dan multibudaya, mengapakah mereka tidak menggalakkan SMPC sekurang-kurangnya mengangkat

(16)

bahasa Mandarin dan bahasa Melayu dan menjadikan bahasa pentadbiran SMPC dalam dwibahasa?

Perpaduan rakyat tidak semudah yang difikirkan Dong Zong sekadar menghormati multietnik, multibahasa, multibudaya dan layanan sama rata diberikan kepada semua kumpulan etnik. Cuba kita melihat kawasan sekolah SMPC, majoriti pelajar Cina menggunakan bahasa Mandarin mengikuti pelajaran, pernahkah kita menyoalkan setakat mana tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan mereka? Apakah sikap pelajar SMPC terhadap bahasa kebangsaan ini? Wujudnya keterpisahan antara pelajar SMPC dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan sudah menjadi kenyataan, apakah formula Dong Zong berkenaan dengan isu ini dan sanggup menyahut usaha kerajaan membina negara bangsa? Sayangnya, Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina tidak menawarkan sebarang formula perpaduan melainkan premis usulan berbunyi layanan adil dan saksama kepada sumua kumpulan etnik akan dapat menzahirkan kesimpulan, iaitu perpaduan rakyat boleh tercapai. Penulis mempertikaikan sejak bila Dong Zong pernah menjalani eksperimen yang seumpama, pernahkah mereka mempertimbangkan kesan kuasa-kuasa pembesar negeri dan raja tercabar dalam hal bersangkutpaut dengan layanan adil dan saksama bagi semua kumpulan etnik? Jika kerajaan akur dengan desakan dan memenuhi permintaan Dong Zong, implikasi negatif yang bakal timbul tidak terfikir Dong Zong dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina tentang perasaan kumpulan etnik lain.

Dasar asimilasi bukan agenda kerajaan dan tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perpaduan rakyat di Malaysia melalui integrasi, setiap kumpulan etnik tahu akan ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain dan berasa sensitif akan perbezaann itu.

Sistem persekolahan SMPC tidak mahu menyertai sistem pendidikan aliran kebangsaan dengan mewujudkan sistem pendidikan bahasa ibunda Cina yang mempunyai sukatan pelajaran yang tersendiri dan sistem peperiksaan yang tersendiri tetapi tidak menunjukkan raeksi menyahut saranan kerajaan memebina sebuah negara bangsa.

Malah, jika diteliti objektif penubuhan SMPC, telah dinyatakan bahawa: (i). SMPC menawarkan pendidikan bahasa ibunda enam tahun peringkat menengah yang berkesinambungan daripada SJK (C); (ii). SMPC dipertanggungjawabkan mewarisi nilai- nilai kebudayaan Cina; (iii). mennyahut deklarasi UNESCO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu pendidikan bahasa ibunda pendidikan paling berkesan kepada pelajar mempelajari ilmu, dan ia merupakan hak asasi manusia yang tidak boleh dicabar atas apa-apa alasan sekalipun.

Penulis menjangkakan bahawa pada masa yang akan datang, sistem pendidikan SMPC dan sistem pendidikan aliran kebangsaan tidak mungkin menemui titik pertemuan kerana pendidikan SMPC bercanggah dengan Dasar Pendidikan Negara dan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun, kerajaan tidak bercampur tangan terhadap operasi 60+1 buah SMPC di seluruh negara, melainkan kawal selia dan pemantauan di bawah Bahagian Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara. Hak asasi manusia dan kepentingan negara, yang mana patut diutamakan? Kerajaan yang dipertanggungjawabkan menggubal dasar tidak dapat mengelakkan memberi beberapa pertimbangan yang mungkin timbul. Perasaan semua kumpulan etnik perlu dijaga demi mencapai kesejahteraan hidup rakyat dalam jangka masa panjang. Tidak dapat dinafikan sesuatu dasar yang digubal tidak semestinya memuaskan semua kumpulan etnik yang ada. Namun, kerajaan cuba meminimumkan sebarang penyimpangan yang mungkin berlaku. Keupayaan kerajaan di sini tidak terlihat oleh Dong Zong melainkan mereka terus mendesak kerajaan, menuntut sesuatu yang tidak munasabah, sedangkan agenda

(17)

kerajaan membina negara bangsa yang mantap di kaca mata dunia sengaja dipersenda dan diabaikan. Perhatikan maklum balas daripada responden:

“kepentingan negara boleh merangkumi apa-apa sahaja, kita perlu meneliti konsep ini sebelum memberi ulasan. Apakah maksud sebenar kepentingan negara, jawapannya boleh pelbagai, jadi perlu tentukan skopnya. Kepentingan negara tidak boleh bersandar pada kepentingan satu-satu kaum, sebaliknya semua kaum menerima layanan yang adil dan saksama barulah ini dianggap sebagai kepentingan negara...”

(Ong, 2017, 11 10).

Dong Zong berperanan sebagai kumpulan pendesak sering membuat tuntutan, desakan dan bantahan terhadap polisi pendidikan yang dikatakan tidak mesra kepada pendidikan bahasa ibunda, tetapi penulis ingin mempersoalkan apakah pemberian Dong Zong kepada pembangunan negara, selain daripada ruang lingkup etnik Cina? Masyarakat etnik Cina sebenarnya suatu konsep yang sangat luas skopnya. Contohnya, golongan Cina peranakan dan kumpulan etnik Cina yang terdidik dalam pendidikan Inggeris, bahasa pertuturan seharian mereka tidak semestinya dalam bahasa Mandarin, malah ada juga mereka yang langsung tidak dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin. Jadi, adakah Dong Zong dapat mengenal pasti barapakah peratusan golongan ini menyokong perjuangan Dong Zong membela nasib pendidikan bahasa ibunda Cina di negara ini?

5. Kesimpulan

Dijangkakan Dong Zong akan terus mempertahankan sistem pendidikan bahasa ibunda Cina yang berautonomi di SMPC. Penulis menjangkakan pendidikan bahasa ibunda Cina akan terus bertapak dan berakar atas status quo. Seperti yang dikatakan oleh Teo (2022), kedudukan UEC kena terus melekat di sistem pendidikan swasta. Namun demikian, kelayakan akademik SMPC, Sijil UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan setakat artikel ini disiapkan. Ibu bapa ada pilihan menyekolahkan anak mereka ke sekolah kerajaan yang mendukung aspirasi nasional atau SMPC. Kelangsungan kewujudan SMPC amat bergantung pada usaha masyarakat etnik Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda Cina dan kerajaan tidak ada tanggungjawab membangunkan SMPC.

Pertikaian episod seterusnya diramalkan akan berlanjutan. Penulis memetik kata-kata responden yang membuat ramalan :

“Perjuangan masyarakat Cina yang menyokong pendidikan bahasa ibunda Cina akan diteruskan, dan pertikaian juga akan berterusan tanpa kesudahan.” (Tang, 2017, 11 14 ).

Selain itu, ibu bapa golongan etnik Cina pada masa yang akan datang lebih mempertimbangkan apakah jenis pendidikan yang dapat ditawarkan kepada anak mereka. Pendidikan bahasa ibunda tidak lagi menjadi pilihan selain daripada sekolah aliran kebangsaan. Hal ini demikain kerana sekolah antarabangsa tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kewujudan sekolah antarabangsa dan home schooling benar- benar memberi saingan kepada SMPC. Jadi, tidak dapat dielakkan bahawa SMPC selain mempertahankan kelangsungan kewujudannya supaya terus laku dalam hati masyarakat etnik Cina, kini pula terpaksa menghadapi saingan sekolah antarabangsa dan pendidikan alternatif yang benar-benar mengubah suasana dunia pendidikan pada hari ini. Kini

(18)

sekolah SJK (C) telah menerima banyak murid keturunan bukan Cina, Dong Zong selain mencari jalan keluar memperjuangkan nasib SMPC, kerisauan Dong Zong amat terasa berikutan semakin ramai murud bukan Cina memasuki SJK (C), ada kemungkinan mengubah imej SJK (C). Responden, Cheah mengulas bahawa:

“Tren gerakan perjuangan pendidikan bahasa ibunda Cina terpulanglah pada skop. Cabaran yang menggugat pendidikan bahasa ibunda Cina wujud pada bila-bila masa, ibu bapa masa kini lebih mementingkan apakah pendidikan yang akan diterima anak mereka. SMPC kini disaingi oleh sekolah antarabangsa, sekolah swasta, dan sebagainya. Institusi pendidikan sedemikian ditubuhkan oleh ahli perniagaan yang bermotifkan keuntungan. Jadi SMPC tidak boleh menolah untuk berubah, sebaliknya perlu bergerak mengikut tren perkembangan semasa.” (Cheah, 2017, 11 10).

Tuntutan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina sukar dipenuhi kerana kerajaan berhasrat membina sebuah negara bangsa dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan perlu terlebih dahulu mengutamakan kepentingan nasional secara keseluruhan. Kepentingan etnik tida boleh mengatasi kepentingan nasional dalam konteks pendidikan negara. Namun, pendirian kerajaan terhadap sistem pendidikan kebangsaan tidak menjejaskan autonomi pendidikan bahasa ibunda yang diusahakan oleh masyarakat etnik Cina tempatan. Kini, Kerajaan Perpaduan atas pimpinan Anwar Ibrahim perlu bijak menangani tuntutan badan-badan NGO dan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda supaya sistem pendidikan kebangsaan tetap, didaulatkan, diperkasakan, dan dipertahankan malah menjadi pilihan utama golongan ibu bapa. Pada masa yang sama, kerajaan perlu menunjukkan keikhlasannya menjamin hak pendidikan bahasa ibunda setiap kumpulan etnik dan membenarkan pendidikan vernakular dan SMPC dapat terus berkembang pada takat yang tertentu.

Penghargaan (Acknowledgement)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah, selaku penyelia tesis atas kesabaran, sokongan, nasihat, bimbingan dan galakan yang diberikan banyak membantu saya dalam penerbitan artikel jurnal ini.

Kewangan (Funding)

Penulis menerima bantuan kewangan daripada penyelia tesis melalui dana penyelidikan institut.

Konflik Kepentingan (Conflict of Interest)

Penulis melaporkan tidak mempunyai konflik kepentingan dalam penerbitan artikel jurnal ini.

(19)

Rujukan

Abdul Rahman Embong. (2000). Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: PenerbitUKM.

Abdullah Ahmad Badawi. (2007). Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif: Acara Kemuncak PerayaanUlang Tahun Kemerdekaan Kali Kelima Puluh. Retrieved 12 10, 2022, from Portal Pejabat Perdana Menteri: https://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3139 Ang, M. C. (2011). Institutions and Social Mobilization: The Chinese Education Movement in

Malaysia. Unpublished Ph.D Thesis, National University of Singapore.

Cheah, C. M. (2017, 11 10). Gerakan Pemulihan Pendidikan Bahasa Ibunda Cina. (Chin, T. Y., Interviewer) SMPC Yuk Choy Jelapang Ipoh, Perak, Malaysia.

Cheong, Y. K. (2013). Gerakan Pendidikan Cina Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002). Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Center.

Eastman, C.M. (1983). Language Planning: An Introduction. San Francisco: Chandler & Sharp Publishers Inc.

Ismail Sabri Yaakob. (2021). Pelancaran Keluarga Malaysia. Retrieved 12 2, 2022, from Portal Rami Pejabat Perdana Menteri: https://www.pmo.gov.my/wp- content/uploads/2021/10/FINAL-TEKS- UCAPAN-YAB-PERDANA-MENTERI- PELANCARAN-KELUARGA-MALAYSIA.pdf

Jabatan Penerangan Malaysia. (2010). 1 Malaysia: Rakyat Didahuluikan Pencapaian Diutamakan.

Retrieved 12 2, 2022, from Portal Rasmi Kementerian Komunikasi Dan Digital:

https://www.kkmm.gov.my/pdf/1%20malaysia%20booklet%20edisi%20terbaharu.pdf Kua, K. S. (1985). The Chinese School of Malaysia: A Protean Saga. Kuala Lumpur: UnitedChinese

School Committees Association of Malaysia.

Lee, T. H. (2011). Chinese Schools in Peninsular Malaysia: The Struggle for Survival. Singapore:

Institute of Southeast Asian Studies.

Lim, L. G. (1954). Lin Lian Yu Yu Lu: Kata-Kata Hikmah Lim Lian Geok. Retrieved 12 10, 2022, from LLG Cultural Developement Centre: https://llgcultural.com/83

Lim, L. G. (1955). Lin Lian Yu Yu Lu: Kata-Kata Hikmah Lim Lian Geok. Retrieved 12 10, 2022, from LLG Cultural Developement Centre: https://llgcultural.com/83

Mahathir Mohamad. (1991). Perspektif Wawasan 2020. Retrieved 12 10, 2022, from Portal

Pejabat Perdana Menteri:

https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/22PERSPEKTIF_WAWASAN_2020.pd f

Muhyiddin Yassin. (2021). Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin. Retrieved 12 2, 2022, from Portal Rasmi Kementerian Kominikasi Dan Digital:

https://www.kkmm.gov.my/pdf/ucapan/2021/210301- AmanatPerdanaSetahunMalaysiaPrihatin.pdf

Ng, C. C. & Nor Azlili Hassan. (2019). Kepelbagaian Strategi Perjuangan Dong Jiao Zong Dalam Pemeliharaan Pendidikan Cina Di Malaysia: Dong Jiao Zong’s Diversity Of Struggle Strategy In The Preservation Of Chinese Education In Malaysia . The Sultan Alauddin Sulaiman

Shah Journal (JSASS), 6(2), 49-68. Retrieved from

http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/134/110

Ong, S. K. (2014). Malaixiya Huawen Zhongxue de Gaizhi yu Fuxing:Yi Pilizhou Weili (1962-1985) [The Metamorphosis and Resurgence of Chinese Secondary Schools in Malaysia: Focusing on Perak (1962-1985)]. Ipoh: Percetakan Advanco Sdn. Bhd.

Ong, S. K. (2017, 11 10). Gerakan Pemulihan Pendidikan Bahasa Ibunda Cina. (Chin, T. Y., Interviewer) SMPC Yuk Choy Jelapang Ipoh, Perak, Malaysia.

Pay, S. T. (2008). Politik Pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), 1962-2002:

Satu Kajian Tentang Perkembangan SMPC di Ipoh, Perak. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.

Pheong, E. -L. (2010). The Dilemma of Malaysia Chinese Education Movement, From The Perspective of Ethnic Politics. Unpublished Master Thesis, Taiwan Shih Hsin University.

Rashidah Mamat. (2016). Satu Bangsa Satu Identiti: Nasionalisme dan Patriotisme Paksi Survival Negara Bangsa. Dalam Rohani Ab Ghani (Ed.), Negara Bangsa Malaysia Asas Dan Cabaran (pp. 1-31). Sintok: UUM Press.

(20)

Santhiram, R. (1997). Pendidikan Untuk Golongan Minoriti: Tipologi Dan Isu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan (Jilid 15), 13-31.

Schermerhorn, R.A. (1970). Comparative Ethnic Relations: A Framework for Theory and Research.

New York: Random House.

Tan, L. E. (1997). The Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tan, Y. S. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, politik dan Gerakan Perjuangan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tan, Y. S. (2005). Politik Dongjiaozong dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia (1960-1982). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tan, Y. S. (2010). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tang, Y. (2017, 11 14). Gerakan Pemulihan Pendidikan Bahasa Ibunda Cina. (Chin, T. Y., Interviewer) Sg.Rokam Ipoh, Perak, Malaysia.

Teo, K. S. (2022). UEC Sesuai Berada Pada Jalur Pendidikan Swasta Sahaja. Retrieved 12 2, 2022,

from Portal BH Online:

https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1033447/uec- sesuai-berada- pada-jalur-pendidikan-swasta-sahaja

Todd, L. (1983). Language Option For Education in a Multilingual Society: Cameroon. In Kennedy, C.(Ed.), Language Planning and Language Education (pp. 160-171). London:

George Allen & Unwin.

Voon, P. K. (2007). State and Nation: An Overview and Malaysian Perspective. In Voon, P. K.

(Ed.), Malaysian Chinese and Nation Building: Before Merdeka and Fifty Years After (pp. 3- 4). Kuala Lumpur: Centre For Malaysian Chinese Studies.

Wan Norhasniah Wan Husin. (2012). Peradaban Dan Perkauman Di Malaysia –Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Wirth, L. (1945). The Problem with Minority Groups. In R. Linton (Ed.), The Science of Man in the World Crisis (pp. 347-372). New York: Columbia University Press.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Antara objektif kajian ini ialah pengkaji akan mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu melalui pendekatan analisis kesilapan bahasa Melayu dalam karangan

Antaranya, ada yang boleh diterima dan ada yang tidak boleh diterima oleh penutur ibunda bahasa Melayu apabila sesuatu kata akar itu menerima salah satu

Dengan berlatarbelakangkan fenomena dan masalah yang berpusat pada tiga as- pek di atas, iaitu pendidikan dan pendidikan bahasa sebagai asas kehidupan dan tamadun manusia,

Penerimaan kedua-dua sekolah rendah dan menengah Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan tidak akan diterima baik oleh nasionalis Melayu yang antara lain,

Kajian Wee juga telah memaparkan bahawa faktor latar belakang pendidikan dan juga kebolehan dalam menguasai bahasa ibunda juga merupakan salah satu elemen yang sangat

Terdapat sistem pendidikan kebangsaan di mana sekolah kebangsaan (rendah, menengah) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar persekolahan; sekolah jenis

Pengalaman pengkaji sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Jasin, Melaka selama hampir 8 tahun telah

Menurut Bock (Berita Minggu, 12.11.2000), Dong Zong ialah persatuan badan kebangsaan dan bukannya pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jiao Zong pula ialah persatuan guru- guru