• Tiada Hasil Ditemukan

BULETIN PERSATUAN WANITA UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "BULETIN PERSATUAN WANITA UKM"

Copied!
28
0
0

Tekspenuh

(1)

Bil. 71

ISSN 1985-7713 2016

BULETIN PERSATUAN WANITA UKM

1

Fokus I

2

Kata Pengarang

5

Fokus II

7

Hidayah I

8

Hidayah II

10

Ceria

13

Pengalaman

KANDUNGAN

FOKUS I

...bersambung ke muka 3

Terperangkap di Perkahwinan Awal Usia

Nasrudin Subhi

16

Doktor Pakar

18

Kesihatan

20

Kembara

22

Profi l

24

Dapur Sukmanita

25

Berita

S

ejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapati lebih ramai pasangan yang berkahwin adalah mereka yang berada di usia muda. Rata-rata boleh dikatakan di usia antara 20-25 tahun. Mereka ini adalah dalam kategori usia awal dewasa di mana di kala ini mereka rata-rata sudah mula bekerja setelah tamat SPM, STPM, sijil, diploma ataupun ijazah sarjana muda. Tren ini berbeza dengan golongan mereka di usia lewat 30an dan 40an di mana mereka ini dahulu rata- rata berkahwin di usia lewat 20an atau awal 30an dan mungkin sebahagiannya di pertengahan 30an. Pada hemat mereka, kerjaya perlu diberikan penumpuan dahulu agar stabil dan dalam masa yang sama punyai masa untuk mengumpul wang bagi melaksanakan perkahwinan. Ada juga yang berpendapat bahawa mereka mahu berbakti dahulu kepada keluarga sebelum membuat komitmen baharu dalam perkahwinan.

Secara umumnya kadar perkahwinan di Malaysia turut meningkat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mencatatkan peningkatan jumlah perkahwinan untuk tiga tahun berturut dengan catatan 156,674 (2013), 159,851 (2014) dan 174,321 (2015). Namun dalam masa yang sama, kadar perceraian turut sama mengalami peningkatan dengan catatan 29,583 (2013), 33,842 (2014) dan 36,732 (2015). Sebilangan perkahwinan dan perceraian ini mungkin datang daripada mereka yang berkahwin di usia muda. Tiada sebarang kesalahan terhadap peningkatan perkahwinan di dalam negara namun yang merunsingkan ialah kadar perceraian tidak sepatutnya melalui tren peningkatan yang sama.

Persiapan Perkahwinan

Perkahwinan memerlukan kepada persiapan yang rapi.

Banyak paparan di media cetak mahupun elektronik yang mensajikan pembaca dan penonton dengan persiapan yang perlu dilakukan menjelang menyambut hari bahagia melalui gerbang perkahwinan. Segala persiapan diteliti bermula daripada penjagaan diri

kepada lokasi, sajian, hantaran, wang hantaran, tema warna, kad jemputan hinggalah kepada pakej berbulan madu. Semua ini pasti memperuntukkan masa yang lama sehingga berbulan lamanya. Namun, dalam kesibukan dan keghairahan melakukan persiapan berbentuk fi zikal dan material ini ramai di antara pasangan yang ingin berkahwin, lebih-lebih lagi yang muda lupa akan persiapan mental sedangkan ia dianggap persiapan yang paling mustahak. Bagi tujuan tersebut individu perlulah mencapai kematangan dalam perkembangan kognitifnya. Justeru, kesedaran perlu timbul berkenaan tujuan sebenar beliau hendak melangkah ke gerbang perkahwinan. Selain daripada kematangan berfi kir, kesediaan itu juga perlu datang daripada diri sendiri dan bukan disebabkan desakan atau paksaan daripada faktor sekeliling. Sebagi contoh, jangan jadikan sandaran rakan-rakan karib yang rata-rata telah berkahwin untuk anda turut mengikut jejak langkah mereka hanya kerana tidak mahu merasa ketinggalan.

Cabaran Sosial

Selain faktor kurang persiapan mental, cabaran sosial masa kini yang kian mencabar juga menjadi faktor remaja terperangkap dalam perkahwinan di usia muda. Dunia hari ini diistilahkan sebagai dunia tanpa

(2)

PENASIHAT

Datin Zarina Mahmud EDITOR

Prof Madya Hasnah Ali

SIDANG REDAKSI

Prof Madya Hasnah Ali hasnah_ali03@yahoo.co.uk

KATA PENGARANG

Ahli SUKMANITA yang dihormati,

Syukur ke Hadhrat Allah SWT kita dapat bersua kembali dalam keluaran SUARANITA. Penerbitan SUARANITA Bilangan 71 kali ini memaparkan tema Perkahwinan di Usia Muda. Fenomena perkahwinan awal bukan merupakan isu baru dalam kalangan masyarakat Melayu baik di bandar atau pun di luar bandar.

Malahan ia telah menjadi satu trend dan bilangannya semakin meningkat. Perkahwinan awal ini boleh difahamkan sebagai ikatan pasangan lelaki dan perempuan sebagai suami isteri di usia muda iaitu di bawah umur 18 tahun.

Ada beberapa faktor yang boleh menggalak anak muda untuk berkahwin awal. Pergaulan bebas yang semakin berleluasa dikenal pasti sebagai faktor pemangkin kepada trend kahwin muda ini. Bagaimanapun, sering kali perkahwinan seperti itu dianggap sebagai satu jalan penyelesaian oleh pasangan yang terlanjur demi menyelamatkan maruah keluarga daripada tercemar. Selain itu, desakan keluarga juga dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam usia muda.

Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu mementingkan darjat, susur galur dan agama.

Sehubungan ini ada beberapa faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman bujang anak mereka. Pertama, kerana khuatir mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan dan sebab lain terutama bagi keluarga miskin

di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu dikahwinkan untuk mengurangkan beban. Tidak kurang juga keluarga yang berpegang kepada pendapat bahawa perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak perempuan wajar dikahwinkan pada usia muda. Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana ramai ibu bapa percaya anak gadis mereka akan dilindungi suami sebaik sahaja berumah tangga. Aspek itu lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing diperkosa atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan.

Kita sedia maklum perkahwinan memerlukan banyak persiapan. Dalam keghairahan melakukan persiapan berbentuk fi zikal dan material ramai pasangan muda ini lupa memikirkan persiapan mental bukan sahaja dari aspek kematangan berfi kir tetapi jugak kesediaan menerima tanggungjawab dalam berumahtangga. Justeru berbagai masalah, cabaran dan dugaan yang timbul yang diakhiri dengan banyak perceraian. Namun tidak dinafi kan perkahwinan awal juga banyak kebaikan seperti boleh meransang sesaorang menjadi lebih fokus dan bermotivasi dan lebih bertanggungjawab.

Banyak isu-isu menarik berkaitan perkahwinan di usia muda ini dibincangkan dalam keluaran ini seperti terperangkap di perkahwinan awal usia, emak, saya mahu kahwin, kebaikan dan keburukan berkahwin di usia muda, pengalaman berkahwin ketika masih bergelar mahasiswi, peningkatan perceraian dan berbagai lagi. Di ruangan dari doktor pakar kita berpeluang mempelajari serba sedikit mengenai mammografi bagi mengesan penyakit seperti kanser. Seperti biasa kita ada ruangan kembara dan catatan mengenai kegiatan dan aktiviti SUKMANITA. Semoga keluaran SUARANITA kali ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca sekelian.

Sekian dan Selamat Membaca.

JAWATANKUASA KERJA

Prof Madya Hasnah Ali (Pengerusi) Siti Wahida Amanullah (Setiausaha) Prof Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal Prof Madya Datin Noraziah Ali Prof Madya Dr Fariza Mohd Sham Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah Rohaya Umar

Maznah Ibrahim

GRAFIK

Muhammad Farid Zainal Azman TERBITAN/EDARAN

Biro Penerbitan & Publisiti SUKMANITA

(3)

...bersambung dari muka 1

...bersambung ke muka 4 sempadan apabila segala maklumat berada di hujung

jari. Tambahan dengan adanya telefon android hal ini menjadi bertambah mudah. Selain informasi positif, informasi negatif juga mudah didapati menerusi telefon android ini. Sebagai contoh: (1) kini video lucah semakin mudah diperolehi, (2) terdapat juga banyak aplikasi yang berbentuk chatting dan dating secara atas talian yang turut memerangkap mereka yang di bawah umur dan (3) aplikasi perkongsian sosial seperti Facebook dan Instagram yang berupaya mendorong seseorang itu menjadi ketagihan untuk mendapatkan penghargaan sosial. Generasi muda dilihat taksub untuk mendapatkan perhatian bagi penghargaan sosial daripada orang di sekeliling. Ada beberapa sebab kenapa ini berlaku antaranya: (1) mendapat perhatian yang melampau sewaktu membesar – justeru apabila menginjak dewasa terus dahagakan perhatian daripada orang di sekeliling, (2) ingin menutup kekurangan diri – apabila orang sekeliling tertumpu kepada kehebatan diri yang dipaparkan mereka akan lupa tentang kelemahannya, (3) cemburu dengan perhatian yang diperoleh oleh orang lain – akibat sifat ini mereka juga berlumba untuk turut sama mendapatkan perhatian daripada orang sekeliling.

Taksub untuk mendapatkan perhatian dan penghargaan sosial ini, generasi muda seringkali terjerat ke dalam pergaulan bebas. Akibat pergaulan bebas ini pula generasi muda cenderung terperangkap dalam perhubungan intim luar nikah yang membawa kepada aktiviti seks luar nikah. Kepesatan teknologi maklumat (IT) dan gajet menyebabkan salah laku anak-anak lebih sukar untuk dikesan ibu bapa. Sebagai contoh, ibu bapa hanya mengetahui anak perempuan mereka terlibat dengan aktiviti seks luar nikah apabila anak tersebut didapati mengandung. Stigma mengandung luar nikah masih lagi suatu isu yang menebal dan sering kali menjadi buah mulut masyarakat. Justeru, masih ramai ibu bapa yang tidak sanggup berhadapan dengan perkara ini. Lantas, sebagai jalan keluar terbaik ada yang mengambil keputusan untuk segera mengahwinkan anak mereka walaupun di bawah umur.

Di Malaysia, statistik menunjukkan mereka yang berkahwin di bawah usia yang ditetapkan oleh undang- undang turut meningkat. Umur sah berkahwin di negara ini adalah apabila kanak-kanak itu telah mencapai umur 18 tahun, namun bagi gadis Muslim setelah mencapai umur 16 tahun. Bagi gadis Muslim di bawah umur 16 tahun yang ingin berkahwin mereka perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, pada tahun 2012 mahkamah telah menerima sebanyak 1,165 permohonan perkahwinan dimana salah seorang

pasangan adalah di bawah umur dan daripada jumlah tersebut telah meluluskan sebanyak 1,022 permohonan.

Jumlah ini meningkat daripada tahun sebelumnya di mana permohonan yang diluluskan adalah sebanyak 900 permohonan.

Faktor Generasi

Seterusnya adalah faktor generasi yang turut menyumbang kepada perkahwinan di awal usia.

Generasi muda kini adalah mereka yang dikategorikan sebagai gen-Y dan gen-Z. Gen-Y adalah mereka yang dianggarkan lahir dari tahun 1979 hingga 1997 manakala gen-Z adalah mereka yang lahir dari tahun 1998 hingga kini. Ini bermakna umur gen-Y tertua adalah 37 tahun dan gen-Z tertua ialah 18 tahun. Oleh itu, ibu bapa mereka terdiri daripada gen-Y dan gen-X.

Gen-X dan Y adalah generasi yang lahir selepas Perang Dunia. Oleh itu, mereka tidak pernah terdedah dengan kesusahan dan keperitan hidup akibat peperangan.

Ibu bapa mereka juga telah bertanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan kehidupan yang terbaik buat anak-anak ini memandangkan ibu bapa mereka telah hidup dalam era yang serba kekurangan. Justeru, anak-anak gen-X dan gen-Y pastinya lebih bernasib baik kerana suasana kehidupan mereka jauh lebih sempurna berbanding ibu bapa mereka.

Oleh kerana generasi muda kini datang daripada keluarga yang dikatakan stabil ekonominya maka kehendak mereka untuk mendirikan rumahtangga bukanlah suatu yang sukar untuk dipenuhi. Kos kenduri kendara banyak dibantu oleh keluarga. Namun, mereka berhadapan dengan cabaran lebih dekat dengan diri iaitu beberapa personaliti negatif yang seringkali dikaitkan dengan generasi ini iaitu mereka lebih bersifat individualistik dan kurang kemahiran untuk bersosial secara langsung kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa secara atas talian. Mereka juga dikatakan lebih bersifat impulsive dan agak kurang tahap kesabaran. Selain itu, rata-rata golongan muda seringkali dikaitkan dengan sifat panas baran, ingin bebas, tidak berfi kir panjang dan mudah cemburu. Mengemudi rumahtangga bukan semudah yang disangka. Menjalani perkahwinan dan membina rumahtangga juga tidak boleh diibaratkan sebagai satu proses cuba jaya yang boleh dibubarkan dengan mudah setiap kali berhadapan dengan isu kecil. Justeru, sebuah perkahwinan dan rumahtangga pastinya menuntut pelbagai pengorbanan daripada pasangan. Sebagai contoh, berkorban masa bersosial dengan rakan, berkorban keperluan diri dan berkorban waktu rehat dan tidur demi kesihatan dan kesejahteraan

(4)

...bersambung dari muka 3

isteri dan anak-anak. Sifat rela berkorban inilah perlu disemai dan diperkukuhkan dalam generasi muda hari ini.

Generasi muda perlu diingatkan bahawa kebahagiaan rumahtangga bukan hanya diukur berlandaskan kepada keupayaan untuk menyediakan segala kelengkapan fi zikal buat kesempurnaan keluarga. Ini kerana andai ditakdirkan kekayaan telah habis maka keharmonian rumahtangga akan mula tergugat lalu mengundang kepada perceraian. Hakikatnya kasih sayang dan belaian jauh lebih penting dan berharga daripada rumah besar dan kereta mewah. Sebagai contoh, seorang suami perlukan belaian manja isteri manakala si isteri pula perlukan sokongan dan cinta suami manakala anak- anak turut inginkan perhatian, perlindungan dan kasih sayang daripada ibu dah ayahnya.

Kursus Perkahwinan

Kursus perkahwinan yang diwajibkan pengambilannya bagi pasangan yang ingin berkahwin juga perlu dikaji semua pelaksanaan serta pengisiannya agar ia seiring peredaran zaman. Memandangkan sekarang dunia telah mula didedahkan dengan konsep ‘Open Learning’

dan rata-rata generasi muda kini mempunyai android dan capaian internet kaedah kursus perkahwinan boleh dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan terstruktur dengan cara ini. Pelbagai aspek baharu boleh dimasukkan ke dalam struktur kursus sedia ada agar mereka yang menjalani kursus ini benar-benar bersedia untuk memasuki gerbang perkahwinan.

Kesimpulan

Akhirnya, tidak dinafi kan perkahwinan di usia muda turut mempunyai kebaikan. Sekiranya pasangan muda sukar untuk mengawal nafsu syahwatnya maka berkahwin di usia muda ini dapat memberi ruang kepada pasangan muda untuk menyalurkan nafsu syawat dengan cara yang halal lantas mengelakkan daripada melakukan dosa. Membesarkan anak-anak kecil memerlukan kudrat yang banyak justeru berkahwin muda mempunyai kelebihan di mana tenaga golongan ini masih di tahap yang terbaik. Selain itu, berkahwin muda berupaya meransang diri individu tersebut untuk lebih fokus dan bermotivasi dengan kehidupan bagi membentuk masa depan keluarga yang lebih baik dan cerah. Gunakan kelebihan ini untuk sama-sama belajar tentang cara gaya terbaik bagi membangunkan sebuah keluarga bahagia yang mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Pusat Pemerkasaan Remaja,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM nas2572@ukm.edu.my

MUTIARA KATA

Saat kita memilih untuk mencintai, kitalah yang perlu bertanggungjawab mengurus hati. Kerana jatuh cinta itu satu pilihan, tetapi mencintai itu satu keputusan.

Tidak wajar menyalahkan orang lain atas keputusan yang kita sendiri ambil. Maka sebelum memutuskan, sebaiknya teliti dengan jitu pilihan yang datang agar kelak tiada penyesalan... yang mengundang kedukaan berpanjangan.

~ Ummuhusna99 ~

(5)

...bersambung ke muka 6

FOKUS II Perkahwinan Bawah Umur atau Perkahwinan Kanak-kanak:

Satu Manfaat atau Mudarat?

Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal

P

erkahwinan kanak-kanak bukan suatu perkara baru dalam kalangan masyarakat silam. Amalan ini dilakukan secara meluas, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam, bahkan juga dalam budaya silam masyarakat dunia yang lain, seperti di China, Jepun, India, Babylon, Rom, Athens, Yahudi dan Kristian di Eropah.

Perkahwinan Kanak-Kanak

Perkahwinan kanak-kanak berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia bawah 16 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang juga berusia di bawah 18 tahun atau lebih dari 18 tahun. Yang biasa berlaku ialah pasangan lelaki itu jauh lebih tua dari kanak-kanak yang dinikahinya. Perkahwinan kanak- kanak jarang melibatkan kanak-kanak lelaki yang di bawah 18 tahun dengan pasangan wanita yang melebihi 20 tahun. Pada April 2016, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, dilaporkan berkata terdapat sebanyak 827 permohonan perkahwinan di bawah umur 16 tahun bagi masyarakat Islam yang direkodkan tahun 2015.

Sejak akhir-akhir ini kes-kes perkahwinan kanak-kanak bayak dilaporkan oleh akhbar. Misalnya di Sabah, seorang lelaki Riduan Masmud, 40 tahun telah didakwa merogol seorang budak berumur 12 tahun, dan kemudiannya telah mengahwini mangsanya sebagai isteri kedua dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Pada 14 Disember 2014, seorang pemuda berusia 21 tahun, Zulhelmi Kaharudin, berkahwin dengan seorang gadis berusia 15 tahun, Nurulain Mohammad, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh.

Perkahwinan pasangan ini direstui kedua-dua ibu bapa mereka. Zulhelmi, seorang peniaga restoran dan isterinya masih menuntut. Pada 30 November 2014, seorang pelajar tingkatan lima, Nur Izzati Amiera Ishak

(berusia 17 tahun) berkahwin dengan teman lelakinya, Muhd. Muaz Mislan (berusia 15 tahun). Perkahwinan ini juga juga direstui keluarga mereka. Mereka berkahwin selepas bercinta kira-kira dua bulan.

Rasional Perkahwinan Bawah Umur

Apa yang menjadi persoalan hari ini ialah apakah rational perkahwinan bawah umur atau perkahwinan kanak- kanak ini? Suatu masa dahulu perkahwinan bawah umur ini disebabkan kepercayaan orang Islam bahawa ia kerana Rasullah saw berkahwin dengan Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun. The Star, telah melaporkan bahawa Dr Wan Azhar Wan Ahmad, fello kanan dan pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik di IKIM, telah menolak keras tanggapan bahawa perkahwinan bawah umur adalah anjuran atau amalan Islam. Menurut beliau, tidak ada nas atau dalil yang menyokongnya. Dr Wan Azhar menyokong pandangan sesetengah ulama yang berpendapat Aisyah berusia sekitar 17 tahun sewaktu berkahwin. Beliau juga merujuk pada surah An-Nisa 4:21, yang mana Allah mengingatkan bahawa isteri berpegang kuat kepada perjanjian ataupun kontrak perkahwinan yang dibuat bersama suaminya. Beliau berhujah bahawa pastilah hanya wanita dewasa dan tidak mungkin kanak-kanak kecil yang mampu memahami kandungan, makna dan kesan perjanjian perkahwinan tersebut. Malahan perkahwinan kanak-kanak adalah produk budaya dan juga masalah ekonomi keluarga.

Ada ibubapa dari keluarga msikin juga mengahwinkan anak perempuan untuk meringankan beban keluarga.

Jika suatu masa dahulu ramai ibubapa kita sendiri berkahwin pada usia yang sanbat muda, pada tahun–

tahun 1980an dan 1990an bilangan yang berkahwin muda berkurangan. Ini kerana anak perempuan dihantar ke sekolah dan mereka menjadi lebih berjaya dalam akademik. Hasil kejayaan tersebut, ramai yang memilih untuk berkahwin lewat sedikit. Hari ini kebanyakan anak perempuan berkahwin pada usia 26 tahun dan anak lelaki pada usia 27 tahun, namun trend berkahwin muda atau awal ini kembali menjadi popular.

Antara sebab perkahwinan ini ialah kerana pergaulan bebas dan ada antara mereka terlibat dengan seks tanpa nikah. Ada juga yang telah hamil sebulan dua sebelum diakadnikahkan. Jika dahulu ibubapa kita berkahwin pada usia yang sangat muda, namun kita semua membesar dengan baik dan mendapat pendidikan. Hari

(6)

...bersambung dari muka 5

ini ramai pasangan muda berkahwin semata-mata kerana ingin menghalalkan satu hubungan yang mungkin telah bermaksiat dari awal. Kebanyakan generasi Y hari ini berkahwin kerana kegagalan mengawal nafsu dan akhirnya berkahwin atas sebab telah terlanjur dan ingin menjaga nama keluarga. Akhirnya pasangan bercerai selepas satu ke tiga tahun perkahwinan.

Penceraian

Akhbar Kosmo dalam laporannya pada 15 November 2016 menyatakan yang dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga Islam di negara ini. Jika diambil secara purata, kes setahun adalah 45,666 kes dan 3,805 kes sebulan atau 126 kes sehari atau 5 kes setiap satu jam. Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan pada 2015 sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos, bagi 2014 sebayak 53,870 dan pada 2011 sebanyak 43,749 kes perceraian. Dari jumlah tersebut ada kajian yang menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah. Tidak pasti sama ada jumlah ini melibatkan pasangan perkahwinan kanak-kanka atau pun tidak. Justeru, perkahwinan kanak-kanak bukan lah sesuatu yang digalakkan dan ia bukan satu amalan agama terutama yang melibatkan umur di bawah 16 tahun.

Perkahwinan kanak-kanak memberi kesan buruk kepada kanak-kanak dan kes perceraian dalam kalangan mereka juga tinggi. Pasangan yang telah dewasa apabila berkahwin pun mengalami berbagai masalah termasuk masalah kurang skil keibubapaan. Masalah kewangan adalah satu lagi masalah besar yang dihadapi pasangan kanak-kanak kerana mereka masih belajar, tiada pendapatan dan ditanggung keluarga. Biasanya mereka membebankan ibubapa terutama apabila mereka mempunyai anak. Bagi anak perempuan pula, kebanyakan yang berkahwin terus berhenti belajar dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini amat merugikan masa depan mereka. Apabila berlaku perceraian atau ditinggalkan oleh suami, mereka terpaksa memelihara anak perkahwinan tersebut seorang diri. Ini antara kesan buruk dari perkahwinan awal.

Kesimpulan

Ibubapa perlu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak supaya mereka tidak terlibat dalam gejala sosial seperti seks bebas yang boleh mengakibatkan kehamilan luar nikah. Perkahwinan kanak-kanak diharuskan jika pasangan benar-benar mahu berkahwin kerana menjaga nama baik keluarga.

Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, UKM

tnchepa@ukm.edu.my

(7)

...bersambung ke muka 8

Perkahwinan Awal & Keluarga Bahagia

Dr A’dawiyah Ismail

P

erkahwinan di dalam agama Islam adalah suatu tuntutan dan merupakan ibadat. Ia mengikat hubungan antara seorang lelaki dan perempuan secara sah sebagai suami dan isteri mengikut syarat dan peraturan yang ditentukan oleh syariat Islam. Menurut Wahbah al-Zuhayli (1983) perkahwinan merujuk kepada akad perjanjian untuk menyatukan lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin, bertujuan mencapai kebahagiaan yang berkekalan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syarak.

Malah Islam juga menekankan faktor penerusan zuriat yang halal sebagai tujuan utama perkahwinan.

Kebaikan Perkahwinan

Di dalam Islam, banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh pasangan yang berkahwin sekiranya konsep perkahwinan, tujuan dan matlamat perkahwinan difahami dan dihayati dengan sebenarnya. Dengan perkahwinan, membuktikan pasangan mengikut sunnah Rasulullah saw, mewujudkan kasih sayang dengan pasangan yang berhak , mengawal kehormatan diri, melaksanakan ibadah dan tuntutan syarak , mendapat keampunan Allah swt, memelihara kesihatan, meluaskan kaum kerabat dan silaturrahim serta banyak lagi.

Antara dalil tuntutan berkahwin, seperti berikut:

Maksud Firman Allah swt:

Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ialah Dia mencipta untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfi kir. (Surah al-Ruum 30:21)

Maksud Sabda Nabi SAW:

“Wahai kumpulan pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah ia berkahwin maka dengan berkahwin itu akan menundukkan pandangan mata dan mengekang hawa nafsu. Dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa kerana dengan berpuasa itu dapat mengekang hawa nafsunya” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum berkahwin adalah wajib kepada orang yang mampu menunaikan nafkah zahir dan batin serta sangat mengingininya kerana bimbang dan takut terjebak ke lembah maksiat zina jika tidak berkahwin. Sedangkan menjaga diri dari zina adalah wajib dan jika kewajipan ini dapat dipenuhi dengan berkahwin, maka perkahwinan

menjadi wajib.

Fenomena Perkahwinan Awal

Fenomena perkahwinan awal atau perkahwinan di negara ini dalam usia muda bukanlah isu yang baru dalam kalangan masyarakat Melayu sama ada di bandar atau luar bandar. Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada orang ramai apabila perkahwinan awal atau perkahwinan di usia muda ini semakin menjadi permintaan individu atau waris pasangan yang hendak berkahwin. Perkahwinan awal dapat difahami sebagai ikatan pasangan sebagai suami isteri sekitar usia seawal 20-an tahun ke di bawah. Jika merujuk Pelaksanaan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (Seksyen 8) 2003, umur minimum perkahwinan bagi lelaki genap 18 tahun dan perempuan 16 tahun. Manakala di bawah umur 16 tahun kebenaran berkahwin hendaklah didapati secara bertulis daripada Mahkamah. Walaupun Islam tidak menetapkan had umur perkahwinan tetapi peraturan penetapan had umur perkahwinan pada hari ini perlu dan wajar bagi maslahah dan kepentingan yang tertentu seperti masa depan mereka contohnya pendidikan, kemampuan ekonomi, kematangan dalam membuat keputusan, kesihatan serta psikologi juga perlu diambilkira untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal dan bahagia selamanya. Sejarah Islam juga memberi contoh Rasulullah saw berkahwin dengan Sayyidatina Aishah ketika berumur enam tahun dan tinggal bersama Rasulullah saw ketika berumur 9 tahun.

Terbukti atas asas keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT kebahagiaan kekal hingga ke punghujung hayat hingga ke akhirat.

Berbeza dengan hari ini seperti di Malaysia, akibat perkembangan, cabaran semasa, perubahan minda, persekitaran yang dianggap selari dengan kemajuan pada hari ini, pasangan yang hendak berkahwin awal adalah ramai. Ini dapat dilihat menerusi statistik oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 2010, sejumlah 1,065 remaja bawah umur 18 tahun memohon kebenaran Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk berkahwin melalui ibu bapa masing-masing. Antara kalangan yang berkahwin awal khususnya di Malaysia terdiri daripada mereka yang masih belajar atau tamat belajar di peringkat pendidikan menengah atau pendidikan tinggi di Institusi Pengajian Tinggi. Banyak faktor berlaku perkahwinan awal seperti faktor desakan keluarga, mengawal pergaulan bebas

HIDAYAH I

(8)

...bersambung dari muka 7

Faktor Perceraian Bagi Usia Perkahwinan Yang Muda

Prof Madya Dr Fariza Md Sham

M

anusia dijadikan berpasangan. Itulah sebabnya Islam mengharuskan perkahwinan kerana ia merupakan fi trah manusia. Sebagaimana fi rman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Ayat ini menggambarkan tentang perkara asas yang perlu ada dalam rumahtangga iaitu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Apabila perasaan ini kuat antara suami dan isteri,maka segala permasalahan yang timbul dalam rumah tangga boleh diatasi secara rasional dan penuh semangat kekeluargaan.Namun begitu, dengan pelbagai cabaran hidup dan gaya hidup masyarakat kini, terdapat pasangan yang tidak berjaya mengharung cabaran rumah tangga menyebabkan rumahtangga mudah goyah yang akhirnya membawa kepada perceraian.

Kes Perceraian Terus Meningkat

Merujuk kepada statistic yang dikeluarkan oleh JAKIM 2012, kes perceraian terus meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2009, sebanyak 27891 kes perceraian didaftarkan. Pada tahun 2010 pula, peningkatan sebanyak 144 kes apabila angka kes pendaftaran perceraian menjadi 28035 kes dan Selangor merupakan antara negeri yang mencatatkan kes perceraian yang paling tinggi di Malaysia.

Merujuk kepada kajian Fariza (1994, 2010), antara faktor utama yang menimbulkan permasalahan dalam rumahtangga ialah ketidak sefahaman antara suami isteri, masalah ekonomi, sering bergaduh walau perkara kecil, suami curang atau ada orang ketiga dan suami atau isteri tidak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya.

Kesan Perceraian

Kesan kepada perceraian ini amat dalam terutama dari aspek psikologi isteri dan anak-anak. Kajian Fariza (2010) tentang kesan perceraian terhadap isteri, mendapati bahawa, antara kesan psikologi ialah isteri/

ibu mengalami tekanan, kerisauan kerana memikirkan masa depan dirinya dan anak-anak, malu kerana terasa diri dicemuh masyarakat kerana ditinggal oleh suami dan merasa rendah diri, hilang harapan serta putus asa. Manakala dari aspek psikologi anak-anak pula ialah hilang kasih sayang dan perhatian seorang ayah, kesedihan apabila melihat ibu dan ayah bercerai dan terpisah kerana sebelum ini hidup sebagai satu keluarga serta merasa kesunyian. Anak-anak yang berhadapan dengan keluarga yang bercerai adalah berada dalam kategori remaja risiko, iaitu mempunyai kecenderungan untuk terlibat dalam salah laku sekiranya mereka tidak ditangani atau dibimbing dengan baik (Azyyati & Fariza 2016).

yang boleh mengakibatkan berlaku gejala maksiat zina, kebimbangan anak lambat jodoh, kesesakan kewangan disebabkan tangungan yang ramai, menyelamatkan maruah jika terlanjur dan kebimbangan pasangan yang dicintai diambil orang lain kerana kurang yakin dengan jodoh. Terpulanglah apa faktor berlakunya perkahwinan awal, paling penting dan utama adalah pasangan mendapat keizinan dan keredaan kedua ibu bapa, bersedia menghadapi alam berumah tangga dengan kematangan dan kebijaksanaan, mengendalikan urusan dengan ilmu pengurusan rumah tangga menurut Islam dan bukan emosi semata serta mencipta kebahagiaan dan mengekalkan kebahagiaan dari awal hingga ke akhir perkahwinan. Perkahwinan awal ada kebaikan, keburukan dan cabarannya. Kebaikannya boleh dilihat dari segi tanggungjawab dan kepimpinan dalam keluarga serta menghindari kemaksiatan. Manakala cabaran perkahwinan awal seperti persediaan menyambut zuriat dalam tempoh pengajian, kewangan dalam menyediakan tanggungan pengajian, nafkah zahir dan batin pasangan serta keperluan seisi rumah, mudah beremosi jika menghadapi perselisihan tanpa ilmu dan kemahiran yang boleh menyebabkan perceraian dan perubahan psikologi alam bujang ke alam berpasangan dan lain-lain. Islam tidak menghalang perkahwinan awal asalkan pasangan bersedia dengan asas agama yang kuat dan ilmu berumahtangga di samping keluarga yang sentiasa memberi sokongan untuk pengekalan kebahagiaan dalam perkahwinan. Hadapilah cabaran kecil atau besar dengan tabah, sabar dan berusaha mencari penyelesaian yang terbaik. Insyaallah rumah tangga akan dipelihara dan diberi pertolongan oleh Allah SWT.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sebagai umat Nabi Muhammad saw mari sama-sama mengambil iktibar tentang kehidupan berumahtangga Rasulullah saw bersama isteri baginda dan menjadikan baginda qudwah hasanah dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat; iaitu mendirikan rumah tangga melalui perkahwinan yang sah berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT, tawadhuk, kesederhanaan, keimanan dan keyakinan di dalam hati, memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Wallahua’lam.

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM

ada@ukm.edu.my

HIDAYAH II

...bersambung ke muka 9

(9)

Punca Perceraian

Trend perceraian masa kini mendapati, perkahwinan yang berusia dalam tempoh 10 tahun ke bawah adalah berisiko untuk berlakunya perceraian. Contohnya, kajian Che Hashim (2006 ) dan Noorul Afi qah (2012), mendapati, usia perkahwinan yang 10 tahun ke bawah yang banyak mengalami perceraian. Tempoh perkahwinan10 tahun ke bawah adalah dianggap satau tempoh perkahwinan yang muda dan masih baru. Berdasar kajian Noorul Afi qah (2012), beliau menemui empat faktor utama yang menjadi punca kepada perceraian ini, iaitu:

1. Faktor ekonomi

Pasangan yang baru menempuh ke alam perkahwinan kebiasaannya berhadapan dengan masalah kewangan.

Ini disebabkan, sumber ekonomi yang belum stabil kerana suami isteri baharu sahaja memasuki alam pekerjaan yang gaji atau pendapatan mereka belum tinggi dan stabil. Tetapi tuntutan dan gaya hidup kini yang serba serbi memerlukan wang memberi tekanan kepada pasangan yang baharu berkahwin.

Sekiranya, pasangan suami isteri tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah ekonomi rumahtangga, ia menajdi punca kepada perselisihan dalam rumah tangga.

2. Kurang mahir dalam melaksanakan tanggungjawab rumahtangga

Pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga masih kurang mempunyai kemahiran mengurus rumahtangga dan melaksanakan tanggungjawab suami isteri. Gaya hidup orang bujang masih terbawa-bawa dan sikap individualistik masih menebal dalam diri mereka. Mereka masih kurang mahir untuk berkongsi, bertolak ansur dan melaksanakan tanggungjawab secara bersama.

3. Tidak mampu berdikari

Memasuki alam rumahtangga bermakna pasangan perlu hidup berdikari dan tidak lagi bergantung kepada ibu bapa. Sesetengah pasangan yang kurang matang, masih tidak mampu berdikari atau hidup sendirian jauh dari keluarga atau ibu bapa. Permasalahan dalam rumahtangga tidak dapat dikendalikan secara matang.

Sikap kebergantungan kepada ibu bapa dalam hal kewangan, tempat tinggal dan membuat keputusan boleh menimbulkan masalah kepada pasangan kerana ada campur tangan pihak ketiga dalam urusan rumatangga mereka.

4. Gopoh dan terburu-buru

Pasangan muda kebiasaannya mempunyai sikap tergesa-gesa dan gopoh serta terburu-buru dalam membuat sesuatu atau keputusan. Ini disebabkan

mereka masih muda dan belum mencapai tahap kematangan dalam membuat keputusan. Oleh itu, apabila berlaku perselisihan dan permasalahan dalam rumahtangga mereka cepat membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan akibat dari keputusan tersebut. Contohnya, keputusan untuk berpisah atau bercerai tanpa memikirkan kesan kepada anak-anak dan kehidupan selepas itu. Hanya mereka fi kirkan tentang perasaan ketidakpuasan hati dan marah kepada pasangan ketika itu.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, perceraian dalam usia perkahwinan yang masih muda atau kurang 10 tahun adalah disebabkan beberapa faktor seperti yang dibincangkan di atas. Kehidupan berumahtangga adalah seperti sebuah kapal dalam pelayaran. Sekiranya nakhoda yang mengendalikan kapal tersebut mempunyai ilmu, kemahiran, kesabaran, kecekalan, sifat kerjasama, kepimpinan dan kematangan, InsyaAllah pelayaran tersebut akan sampai ke pelabuhan.

Tetapi jika sebaliknya, akan karam di tengah lautan yang bergelora.

Rujukan Al-Quran

Azzyati Mohd Nazim & Fariza Md Sham.2016.Remaja Berisiko dan Peranan NGO Wanita.Kuala Terengganu:

UNISZA Press.

Che Hashim.2006.(pnyt.). Perkahwinan dan Perceraian di Negeri Kelantan:Satu Kajian Demografi k.Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Fariza Md Sham.2010.Psikologi Ibu Tunggal dalam Perspektif Islam: Isu-Isu Dakwah Masa Kini Keluarga, Komuniti Marginal dan Pendidikan. Bangi:UKM Press.

Fariza Md Sham.1994.Pendekatan LPPKN dalam Mengatasi Masalah Perkahwinan Pasangan Muslim.

Latihan Ilmiah.Bangi: FPI UKM.

Noorul Afi qah Mohd Arifi n.2012.Perceraian dalam Usia Perkahwinan Yang Muda dan Kesan Psikologi Ke atas Wanita.Kajian di JAIS.Latihan Ilmiah.Fakulti Pengajian Islam,UKM.Bangi: FPI UKM.

Fakulti Pengajian Islam, UKM farisham@ukm.edu.my ...bersambung dari muka 6

(10)

...bersambung ke muka 11

Alah, Emak Kahwinkan Aku!

Siti Wahida Amanullah

T

iga puluh tahun yang lalu, jika anak perempuan anda yang berusia di antara 15 hingga 19 tahun, maklumkan mahu berkahwin, ia bukanlah sesuatu yang dibimbangkan. Melewati zaman moden, masyarakat malahan kita sebagai ibu bapa merasakan ia umpama sebuah permintaan yang bakal menyekat segala potensi mereka dalam kehidupan. Bersediakah golongan ini melalui alam rumah tangga? Masih relevankah ungkapan ‘kahwinkan saja budak ini, selesai masalah’?

Di Malaysia, kanak-kanak ditakrifkan sebagai mereka yang berumur di bawah 18 tahun, dan kini mempunyai 9.9 juta daripada mereka, iaitu kira-kira satu pertiga daripada penduduk Malaysia (Nor Khalilah & Wan Amalia, 2016 : 2). Menurut Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam sebuah ucapan beliau, “Membimbangkan apabila dua perkataan indah iaitu “kanak-kanak” dan “perkahwinan”

digabungkan seolah-olah menjadi satu ungkapan ngeri.

Marilah kita berjanji untuk melindungi anak-anak kita daripada semua amalan berbahaya ini” (Nor Khalilah &

Wan Amalia, 2016 : 3).

Fahami Situasi Anak

Isu kanak-kanak atau remaja dan perkahwinan awal di Malaysia mungkin berbeza daripada apa yang berlaku di peringkat global iaitu mereka dipaksa berkahwin untuk membayar hutang keluarga atau mahu kurangkan bebanan keluarga dek kemiskinan. Sebaliknya kebanyakan kes di Malaysia termasuk kisah warga emas berkahwin dengan pasangan berumur 12 tahun adalah dengan keinginan dan permintaan anak itu sendiri.

Persekitaran yang terlalu terbuka dan tidak mampu dikawal lagi terutama sogokan drama bersiri, drama adaptasi mahupun novel remaja yang berkisarkan tentang perkahwinan peringkat awal tidak mesra, sering bergaduh, merajuk dan dipujuk, tetapi lama-kelamaan

si suami menjadi romantik dan bertambah bahagia membawa impak yang besar kepada perkembangan fi zikal dan mental kanak-kanak di antara umur 12 hingga 18 tahun ini.

Mereka seolah terbuai dengan rencana yang dilukiskan melalui skrip drama ini dengan pengakhiran kisah yang manis-manis belaka. Hakikatnya, kehidupan hari ini penuh dengan cabaran. Begitulah peranan ibu bapa yang tidak kurang kecil cabarannya, kita menyokong kemahuan dan permintaan anak dengan belas kasihan, kebijaksanaan, pengertian dan kasih sayang kerana perkahwinan pada usia yang terlalu awal tidaklah seindah bayangan mereka sekiranya masih belum bersedia mental dan fi zikal, ketahanan emosi, tanggungjawab bersama malah kestabilan kewangan. Pada tahun 2014, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menerbitkan fatwa yang membuat kesimpulan, perkahwinan awal mendatangkan lebih banyak bahaya daripada baik, terutama sekali menjurus kepada kesihatan dan psikologi kanak-kanak terbabit. (Nor Khalila & Wan Amalia, 2016 : 2).

Walaupun kita tidak dapat menolak terdapat beberapa kes perkahwinan awal ini yang membawa kepada sebuah kerukunan rumah tangga yang aman, tetapi bilangan angkanya masih kecil. Ini amat menakutkan ibu bapa untuk mengizinkan anak remaja mereka melangkah ke dunia perkahwinan. Dalam setiap masyarakat dunia, kita meyakini perkahwinan dianggap sebagai sebuah ikatan yang suci, malahan menerusinya kehidupan akan menjadi lebih terjamin dan dilindungi.

Tetapi faktor kesempurnaan untuk terjamin itu bergantung kepada kesediaan dan kematangan lelaki yang bakal memegang status suami supaya sebarang onak bakal ditempuhi dengan sabar. Bagi si suami muda, pengetahuan mengenai tanggungjawab harus diketahui dan dipelajari sedangkan dibimbangi mereka masih belum merasa puas untuk berseronok dengan rakan-rakan. Begitu juga dengan perempuan yang masih muda yang bakal memikul tanggungjawab sebagai isteri, telah cukup matang untuk menangani tekanan, menanggung beban sepanjang tempoh kehamilan malahan kesediaan bergelar ibu muda sedangkan rakan- rakan masih seronok dengan alam remaja.

Gilap Potensi Diri

Kita tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara-perkara yang dirasakan kecil atau beranggapan nanti mereka ini pandai menguruskan hal rumah tangga mereka. Sedangkan, kerana silap langkah ia boleh membawa kepada penceraian, penderaan seksual, fi zikal

CERIA

(11)

dan mental, pengabaian malahan juga pembuangan bayi.

Sebenarnya, perkahwinan awal ini bukan satu-satunya jalan untuk menyekat kebebasan bersosial anak-anak kita, atau cara membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Tanggapan ini boleh mencemarkan institusi perkahwinan sekaligus kekeluargaan kerana dikhuatiri tanpa ilmu rumah tangga dan ilmu keibu bapaan yang sempurna, kehidupan itu akan diwarisi pula kepada anak-anak mereka kerana rata-rata yang berkahwin awal tidak memiliki sumber pendapatan yang baik, tidak bersekolah tinggi atau berhenti sekolah.

Isu kahwin muda dikatakan semakin meningkat walaupun Malaysia sedang menuju status negara maju (Nor Afzan, 2016 : 8). Sepatutnya, bagi sesebuah negara maju masyarakatnya semakin kurang berkahwin awal, kerana mengambil peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk memperolehi pendapatan dan status kehidupan yang lebih baik. Dorongan masyarakat terutama ibu bapa untuk anak-anak lebih menerokai ilmu, bakat dan potensi diri dengan lebih tinggi amat penting kerana itu mampu merubah masa depan dengan lebih baik. Walaupun perkahwinan awal itu tidak semestinya mengubah perjalanan kehidupan atau menutup pintu kepada kemahiran mencari pendidikan tetapi cabarannya lebih besar dengan tumpuan yang tidak lagi berfokus.

Di Malaysia, perkahwinan bawah umur ditetapkan 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki. Bagi umat Islam, tidak ada penetapan had usia berkahwin tetapi perlu mendapat kebenaran mahkamah syariah terlebih dulu (Nor Afzan, 2016 : 8). Justeru, keperluan penetapan usia berkahwin bagi lelaki dan perempuan dilihat bertujuan untuk melindungi hak asasi mereka sebagai individu yang masih dibawah kategori kanak- kanak, di samping melindungi dan memastikan potensi serta bakat mereka digilap semaksimumnya dalam

melahirkan individu bertanggungjawab kepada ahli keluarga mahupun masyarakat.

Malahan, golongan ini juga merupakan aset atau pelaburan kepada sesebuah negara. Anak muda ini yang mempunyai potensi dan masa depan dalam memberi sumbangan terutama dalam ekonomi demi membawa Malaysia menuju negara maju. Tambahan pula, Malaysia kini berdiri berpandukan prinsip membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh meliputi aspek pendidikan, kesihatan dan perspektif sosial. Sedari itu, kita tidak mahu impak kepada kahwin awal ini merencatkan potensi, kebebasan dan kebolehan anak muda yang kelak bakal menjadi pewaris dan pemimpin negara.

Atas faktor itu juga, Malaysia tidak menggalakkan perkahwinan bawah umur, malah proses untuk membenarkannya menjadi rumit, iaitu antara lain permohonan perlu melalui dan mendapat persetujuan menteri besar atau ketua menteri di negeri berkaitan, selain ibu bapa pasangan terbabit (Nor Afzan, 2016 : 10). Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu ini, sama ada menerusi kaunseling di bawah agensi kementerian kerana pada usia seawal itu anak ini seharusnya mendapat pendidikan atau berada di sekolah dan bukannya berkahwin dek tawaran harta yang banyak daripada pihak lelaki atau faktor kemahuan anak yang masih mentah itu.

Jaga Maruah Diri dan Keluarga

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejumlah 2,104 perkahwinan didaftarkan sejak tahun 2011 sehingga September 2015, yang membabitkan anak perempuan berusia genap 16 tahun. Daripada jumlah itu, sebanyak 680 orang berkahwin dengan lelaki berumur di bawah usia 21 tahun, selebihnya iaitu 1,424 perempuan berkahwin dengan lelaki berusia lebih 21 tahun. Manakalah menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Negara 2010, mencatatkan sebanyak 80,000 perkahwinan membabitkan gadis berusia antara 15 hingga 19 tahun dan 70,000 lelaki berkahwin. Merujuk Banci Penduduk 2000, sebanyak 1.2 peratus wanita berkahwin berusia 15 hingga 19 tahun yang mewakili 53,261 wanita dengan majoriti daripada gadis tersebut berada di Selangor iaitu seramai 1,800 anak perempuan (Nor Afzan, 2016 : 10).

Sesungguhnya tiada dalil atau tegahan di dalam Islam berkaitan perkahwinan awal kanak-kanak perempuan sama ada paksa atau tidak kerana mereka masih di bawah penguasaan ayah mereka. Namun sesuatu perkara itu sebelum di pandang baik atau sebaliknya, perlulah dikaji dan diteliti mengikut kesesuaian dan peredaran ...bersambung dari muka 10

...bersambung ke muka 12

(12)

zaman dan masa. Sebagai ibu bapa, kita tentunya mencari jalan terbaik untuk masa depan anak-anak.

Kerisauan ibu bapa yang mengahwinkan anak bawah umur ini tentunya berganda dan pastinya mempunyai sebab tertentu demi menjaga maruah diri anak dan keluarga. Perkahwinan awal ini bukanlah perkahwinan biasa, tetapi perlu diperhalusi dan diselidiki kepentingan dan keperluannya. Ibu bapa masih boleh memainkan peranan dalam memantau pasangan yang berkahwin di bawah umur ini dengan tinggal bersama mereka sehingga mampu berdikari. Pembentukan akhlak, adab- adab dan ilmu berumah tangga masih menjadi hak ibu bapa terutama bagi anak perempuan yang masih di bawah umur.

Kesimpulan

Seiring dengan kepesatan dunia di hujung jari, cabaran yang mendatangi kedua ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat juga tiada sempadan. Persiapan dan kesediaan ibu bapa untuk sentiasa menambah atau upgrade ilmu berkaitan keibu bapaan menerusi sesi perkongsian ilmu, usrah, seminar atau melalui media sosial amat penting untuk mendepani kanak-kanak zaman ini. Perhatian dan kasih sayang keluarga dilihat faktor penting dalam menyekat keinginan kanak-kanak untuk meneruskan hasrat ‘Alah, emak kahwinkan aku!’

dalam usia yang masih muda dan mentah. Proses tumbesaran kanak-kanak kini juga berbeza kerana mereka dilihat lebih cepat matang begitu juga dengan keinginan dan kehendak mereka terhadap sesuatu perkara. Sikap keterbukaan ibu bapa dengan melayani mereka sebagai kawan dan memberi gambaran jelas terhadap isu-isu semasa merupakan kemahiran yang baik untuk diaplikasikan. Keyakinan dan kepercayaan ibu bapa kepada kebolehan juga bakat kanak-kanak perlu digilap supaya mereka tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar. Permulaan didikan adalah bermula di rumah, justeru contoh teladan dan doa kedua ibu bapa adalah kekuatan utama kita sebagai umat Islam.

Rujukan :

Nor Afzan Mohamad Yusof. 2016. Mitos kahwin bawah umur. Berita Harian. 29 Februari.

Nor Khalilah Gusti Hassan & Wan Amalia Wan Mohd Daud. 2016. Perkahwinan bawah umur. Sinar Harian. 13 Mac.

Syalikha Sazili. 2016. Dipaksa kahwin. Berita Harian. 21 Mac.

Nor Afzan Mohamad Yusof. 2016. Impak kahwin bawah umur. Berita Harian. 11 Mac.

Nor Afzan Mohamad Yusof. 2016. Bendung perkahwinan bawah usia. Berita Harian. 17 Februari.

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, UKM wydaman@ukm.edu.my

...bersambung dari muka 11

MUTIARA KATA

1. Firman Allah,

“Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki &

perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan”.

(Surah An-Nur : 32)

2. Nas Al-Quran mengatakan:

“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba- hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”

(Surah An-Nur : 32)

“Dalam satu-satu perhubungan ( suami dan isteri ) apabila salah seorang menghulur kepercayaan, seorang lagi hendaklah memperkasakannya.” Lafaz, “Saya percaya abang...” “Abang percaya sayang..” adalah satu pujian dan semangat yang lebih tinggi dari ucapan : “Saya menyintai abang” “Abang mencintai sayang”. Lantaran, kita tidak dapat selalu mempercayai insan yang kita kasihi, tetapi kita dapat selalu mengasihi insan yang kita percayai.

Percayalah! Ia membahagiakan.

~ Ummuhusna99 ~

Dalam perkahwinan, perkongsian sejati adalah sesuatu yang memerlukan keikhlasan hingga kasih sayang yang lahir bukan berlatarkan fi zikal dan material, tetapi emosi yang mapan dan spiritual yang menyanjung arahan TUHAN.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa

tenteram kepadanya, dan dijadikan-NYA diantaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfi kir (QS. Ar Rum [30]:21) Saling bersyukur dan bersabar menerima kekuatan dan kelemahan masing-masing yang dengannya keharmonian jiwa dapat diwujudkan. Jiwa yang harmoni tetap melimpahkan senyum dalam tangisan, memberi dalam kesempitan, menerima penuh

keterbukaan, mengasihi tanpa harap balasan.

(13)

Perkahwinan Di Usia Awal : Catatan Pengalaman

Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah

P

erkahwinan di usia awal terutama sewaktu masih bergelar pelajar bukanlah perkara luar biasa dalam kalangan pelajar di kolej dan universiti kerana pada usia ini remaja lebih terdedah untuk memikirkan tentang jodoh dan pasangan hidup lebih-lebih lagi kepada remaja perempuan. Ini kerana remaja perempuan yang hendak berkahwin tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyara keluarga. Hal ini adalah sebaliknya kepada remaja lelaki. Persoalan berkahwin di usia muda apatah lagi masih belajar menjadi isu yang agak rumit untuk diputuskan kerana remaja lelaki yang berkahwin mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyara pasangannya dan bagaimanakah tanggungjawab ini dapat dilaksanakan jika dia masih belajar dan bergelar mahasiswa? Sebenarnya membuat keputusan untuk berkahwin awal adalah sebuah keputusan yang memerlukan pertimbangan yang mendalam dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kewangan, keupayaan, pencapaian akademik, pengurusan masa dan kekuatan mental.

Mahasiswi Universiti

Saya terpanggil untuk mencatatkan pengalaman dalam ruangan ini kerana saya mempunyai pengalaman berkahwin sewaktu masih bergelar mahasiswi. Saya mulakan dengan kehidupan saya sebagai mahasiswi di Universiti Malaya. Setelah tamat SPM dengan kejayaan yang cemerlang, saya telah ditawarkan menyambung pengajian di matrikulasi UM, Nilam Puri dalam bidang Pengajian Islam. Saya merasa sangat bangga kerana terpilih menjadi mahasiswi di sebuah universiti yang terbaik di Malaysia. Saya juga sedar di sebalik kegembiraan saya itu, abah adalah insan yang paling gembira. Sesiapa sahaja yang ditemui, akan dikhabarkan tentang kejayaan itu dan dia tidak pernah jemu mengucapkan syukur atas kejayaan tersebut.

Menjalani kehidupan sebagai mahasiswi, banyak kenangan yang indah dilalui. Keterlibatan dalam persatuan juga sangat menyeronokkan dan menjadi wadah untuk membina keyakinan diri dan semangat kerja berpasukan. Seperti remaja lain, kehidupan di kampus mendorong saya memikirkan siapakah calon suami yang bakal menemani kehidupan saya. Ramai juga yang senang berkawan dengan saya dan ada yang menaruh hati serta ingin menjadikan saya kawan yang istimewa. Memang saya dalam dilema untuk memilih yang terbaik pada waktu itu. Ada individu yang saya suka tetapi keluarga saya kurang suka. Ada pula yang sukakan saya tetapi saya pula yang kurang suka. Begitulah dilema saya dalam membuat keputusan. Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Akhirnya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa untuk membantu saya membuat keputusan. Di tengah malam yang hening saya bermunajat kepada Yang Maha Mengetahui agar menunjukkan saya siapakah yang paling sesuai untuk dijadikan teman hidup dalam solat istikharah. Di akhir solat saya menadah tangan dan berdoa :

PENGALAMAN

...bersambung ke muka 12

“Wahai Tuhanku sesungguhnya aku memohon kebajikan daripadaMu dengan ilmuMu, aku memohon kekuatan dengan KekuasaanMu, aku meminta padaMu kerana kurniaMu yang Maha Besar. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa dan aku tidaklah berkuasa,

Engkaulah yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang lebih mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah ya Tuhanku, jika Engkau mengetahui bahawa perkara itu baik bagiku, bagi agamaku, duniaku dan akibat perkara itu sama ada pada masa sekarang atau akan datang maka anugerahkanlah kepadaku kekuatan dan berkatkanlah bagiku padanya.

Tetapi jika Engkau mengetahui bahawa perkara itu buruk bagiku, pada agamaku, duniaku dan akibat perkara itu, sama ada pada masa sekarang atau akan datang, maka hindarkanlah aku daripada perkara tersebut dan anugerahkanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan kebajikan di manapun adanya kebajikan kemudian Kau redhailah aku”

Beberapa kali juga saya mendirikan solat istikharah bagi mendapatkan kepastian tentang keputusan yang akan diambil. Akhirnya Allah memberi petunjuk melalui gerak hati untuk memilih dia yang kini telah menjadi teman hidup saya, yang sentiasa mendampingi saya dalam mengharungi susah dan senang bersama dan kami telahpun melayari bahtera perkahwinan selama lebih 24 tahun.

Keputusan Berkahwin

Akhirnya kami membuat keputusan untuk berkahwin awal (saya berumur 22 tahun dan suami 26 tahun pada waktu itu) kerana tidak mahu asyik berhubung apatah lagi melanggar batas-batas syara’. Sebagai seorang siswi Pengajian Islam tentulah saya bimbang akan melakukan dosa apabila asyik berhubung dengan lelaki yang bukan mahram ataupun keluar ber‘dating’. Hal ini jelas dilarang dalam Islam kerana Nabi Muhammad SAW berpesan dalam Hadith Riwayat al-Tirmidhi yang bermaksud

‘Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan kerana yang ketiganya adalah syaitan’.

Justeru itu, saya mengharapkan hubungan yang suci dan diredhai-Nya supaya perkahwinan yang dibina tidak dicemari dengan unsur keburukan dan maksiat kerana perkahwinan adalah ikatan yang suci dan jalan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sebagai seorang anak, keputusan kami untuk berkahwin awal dilakukan dengan persetujuan ibu bapa kami.

Abah sangat menyokong keputusan kami kerana abah adalah seorang bilal dan imam masjid yang tidak mahu anaknya melanggar batas-batas pergaulan. Emak pula pada awalnya agak keberatan kerana bimbangkan saya gagal mengekalkan pencapaian terbaik dalam akademik. Saya masih ingat kebimbangan emak yang

(14)

disuarakan kepada saya;

“Mak risau nanti bila kau telah berkahwin, bolehkah kau kekalkan kecemerlangan dalam akademik seperti sebelum ini? Mak juga risau, kalau kau kahwin sekarang, mak tak merasalah bantuan kau nanti bila dah dapat kerja sebab kau dah ada suami, sedangkan kaulah satu- satunya anak mak yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan diharapkan dapat membantu mak dan abah suatu hari nanti.”

Menitis air mata saya mendengar luahan hati mak itu. Saya berjanji dengan mak yang saya tidak akan hampakan harapannya itu. Semenjak itu, saya sematkan kemas-kemas dalam hati saya bahawa saya tidak akan sekali-kali menghampakan harapan emak yang sangat saya kasihi. Emak adalah insan yang tidak pernah jemu mendoakan kejayaan saya malah sebahagian besar kejayaan saya dalam kehidupan yang sementara ini adalah kerana dorongan dan doanya. Terima kasih emak atas sokongan dan doamu selama ini. Mana mungkin saya melupakan jasa emak selama ini dan kenangan semasa kecil sangat mencuit hati ini. Kenangan ini tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila terutama sewaktu saya baru mula mengenal dunia pembelajaran.

Seperti kanak-kanak lain, saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan pada usia tujuh tahun. Pada awalnya saya tidak suka pergi ke sekolah kerana terikat dengan disiplin belajar yang ketat. Saya pernah dikejar oleh pengawal keselamatan kerana ingin lari dari sekolah, tidak mahu belajar. Emak terpaksa menemankan saya di sekolah sehingga beberapa bulan lamanya. Kesian emak jika saya teringatkan kenangan itu. Sesekali malu juga rasanya. Namun siapa pernah menyangka, budak yang dulunya tidak suka sekolah, akhirnya menjadi Ketua Murid di sekolah yang sama dan kini telah berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang ahli akademik di universiti.

Kerana inginkan sebuah hubungan yang diberkati Allah maka kami membuat keputusan untuk berkahwin walaupun pada waktu itu saya baru di tahun dua pengajian ijazah Sarjana Muda Usuluddin.

Saya mempunyai dua tahun lagi untuk menamatkan pengajian. Saya yakin dengan keputusan ini setelah mendapat restu kedua orang tua dan yang paling penting setelah mendapat petunjuk daripada Allah SWT dalam munajat saya menerusi solat istikharah.

Persiapan Ringkas

Persiapan sebelum berkahwin sangat ringkas kerana saya masih lagi belajar dan suami baru bekerja. Walaupun mempunyai ijazah perakaunan daripada University of Stirling, UK, namun kegawatan ekonomi Malaysia waktu itu tidak memungkinkan dia memperolehi gaji yang tinggi. Saya akur dengan keadaan ini dan tidak pernah mengharapkan kemewahan. Tambahan pula sebagai seorang mahasiswi pengajian Islam saya sedar pesan Nabi Muhammad SAW dalam sebuah Hadith ...bersambung dari muka 11

Riwayat Abu Daud ‘sebaik-baik mas kahwin ialah yang paling ringan’. Apa yang penting bagi saya pada waktu itu ialah saya mengharapkan bakal suami yang memahami kepayahan saya dan tidak akan menghalang saya membantu keluarga jika saya telah bekerja kelak.

Alhamdulillah, suami saya tidak pernah menghalang saya memberikan wang setiap bulan kepada ibu bapa saya. Alhamdulillah juga, walaupun saya telah berkahwin, saya sempat mengumpul wang untuk menunaikan hasrat abah mengerjakan haji. Saya juga sempat berusaha memberikan perkhidmatan rawatan yang terbaik di akhir hayatnya kerana saya sedar, wang dapat dicari tetapi kasih ibu dan ayah yang luhur, selamanya tidak dapat diganti walau dicari di seluruh isi dunia ini. Semoga ruh abah tenang di alam sana dan di tempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang dikasihi.

Proses Penyesuaian

Di awal perkahwinan, banyak juga cabaran yang perlu saya tempuhi. Proses penyesuaian tentunya memakan masa yang agak lama kerana saya tidak begitu mengenali suami saya. Kami tidak melalui fasa percintaan sebelum berkahwin sebagaimana biasa dilalui oleh pasangan pada masa kini. Saya baru mula belajar mengenalinya dan pastinya kadang-kadang ada juga perselisihan kecil antara kami lebih-lebih lagi apabila minat kami tidak selalunya sama. Perkara ini saya lalui dengan tabah kerana sebenarnya bukan senang hendak melayari kehidupan berumahtangga tanpa ujian seperti tenangnya air tanpa kocakan. Pada awalnya saya juga akui memang ada kekalutan membahagikan masa sebagai pelajar dan isteri. Lebih-lebih lagi apabila kami terpaksa menyewa rumah yang jauh daripada UM atas alasan ekonomi.

Kuliah pada waktu malam juga sangat meletihkan saya. Dalam masa yang sama, saya juga perlu meraikan aktiviti kedua-dua belah keluarga pada hujung minggu.

Semua ini memberi kesan juga kepada pelajaran saya sehingga sedikit merosot pada tahun tiga dan saya tidak dapat mengekalkan anugerah pelajar terbaik Usuluddin pada tahun tersebut sedangkan anugerah itu telah saya perolehi setiap tahun pada Tahun Satu dan Tahun Dua.

Emak sangat sedih dengan keadaan ini, dan saya tahu perasaan emak waktu itu. Setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Rupanya ada hikmah apa jua yang berlaku. Kegagalan ini menjadi semangat kepada saya untuk berusaha dengan lebih gigih pada tahun akhir. Dekan Akademi Pengajian Islam pada waktu itu (al-marhum Prof. Dr. Halim Mat Diah) juga bimbang dengan kemerosotan pencapaian akademik saya ini dan meminta saya agar mengekalkan prestasi supaya saya dapat menjadi contoh kepada pelajar lain bahawa perkahwinan sewaktu belajar tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Terima kasih juga kepada al-marhum kerana sering memberi motivasi kepada saya untuk meraih kecemerlangan. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya memperolehi ijazah dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama. Walaupun saya tersenarai untuk memenangi Calon Anugerah Di Raja, tetapi saya gagal merangkul gelaran itu kerana kemerosotan pelajaran saya pada tahun ketiga. Saya redha dengan ketentuan ini dan tidak

(15)

pernah menyesali keputusan saya untuk berkahwin sewaktu masih belajar.

Berkahwin sewaktu masih belajar memang mempunyai pro dan kontra tetapi semua itu tertakluk kepada cara kita menguruskan kehidupan ini dan kebergantungan kepada Yang Maha Esa. Walaupun saya berkahwin sewaktu masih belajar tetapi semua ini tidak pernah membantutkan hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat doktor falsafah. Suami saya tidak pernah menghalang saya untuk merealisasikan hasrat tersebut malah sentiasa memberi sokongan agar semuanya menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Melanjutkan Pelajaran

Disebabkan kecemerlangan sewaktu ijazah pertama, UM menaja pembelajaran saya di peringkat sarjana.

Sekali lagi suami menyokong saya untuk menyambung pengajian. Meskipun saya mendapat peluang untuk belajar ke luar negara tetapi hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana suami tidak dapat menyertai saya ke luar negara. Ini disebabkan suami baru mula membina kerjayanya. Dalam masa yang sama juga, saya sedang mengandungkan anak pertama kami dan tentunya sukar bagi saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seorang diri. Pada masa itu, saya berkorban untuk kepentingan keluarga walaupun sebenarnya saya sangat teringin menyambung pengajian di luar negara tetapi saya yakin Allah akan beri saya rezeki yang lebih baik. Akhirnya saya menyambung pengajian di peringkat sarjana di universiti yang sama. Setelah tamat pengajian sarjana, saya mendapat pekerjaaan sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hasrat untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah tidak pernah padam dalam hati ini. Peluang terbuka luas apabila akhirnya saya berjaya mendapat pekerjaan sebagai tutor di UKM pada tahun 2003 dan UKM menaja pembelajaran saya di peringkat doktor falsafah di USM.

Masih tetap segar dalam ingatan ini, perjalanan hidup sebagai seorang pelajar doktor falsafah di USM Pulau Pinang. Rutin harian sewaktu ingin bertemu penyelia yang dihormati lagi dikasihi, Prof Madya Dr Noor Shakirah Mat Akhir dilalui dengan tabah. Apabila saya ingin berjumpa penyelia, seawal jam 5.30 pagi saya dan suami keluar daripada rumah meninggalkan anak-anak yang masih tidur dan mengharapkan pembantu rumah mengejutkan mereka untuk pergi ke sekolah. Suami tidak pernah merungut dan terus menyokong saya menjalani rutin sebagai pelajar sepanjang 3 tahun pengajian Ph.D.

Terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Shakirah yang sentiasa membimbing dan membekalkan saya ilmu yang sangat berguna sebagai persiapan berhadapan dengan banyak lagi cabaran dalam percaturan hidup sebagai ahli akademik di universiti.

Syukur ke hadrat Allah, ijazah Ph.D saya perolehi pada usia 38 tahun. Selepas itu bermulalah kerjaya saya sebagai ahli akademik. Memang banyak juga cabaran dilalui dalam kehidupan sebagai seorang sarjana.

Sungguhpun begitu saya bersyukur kepada Allah dengan kurniaan-Nya yang sangat banyak kepada saya selepas itu. Bersyukur juga kerana saya diberi peluang oleh Allah SWT menerima Anugerah Tokoh Saidatina

Khadijah sempena Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor pada tahun 2014, menerima kenaikan pangkat Prof. Madya dan diberi kepercayaan untuk memegang jawatan pentadbiran di Fakulti Pengajian Islam sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi pada tahun yang sama.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki pada hari ini (meskipun mungkin pada sebahagian orang lain, pencapaian ini adalah perkara biasa). Namun yang paling saya syukuri atas semua itu ialah mempunyai seorang suami yang sangat memahami kerjaya saya dan sentiasa mendorong saya untuk terus meraih kecemerlangan demi kecemerlangan. Tanpa sokongan beliau tentu saya tidak boleh sampai ke tahap ini selain izin Allah yang maha Kuasa dan pastinya juga berkat doa emak dan abah yang sentiasa mengiringi setiap langkah dalam perjalanan hidup yang saya lalui.

Saya juga bersyukur kerana sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang saya kasihi seperti adik beradik dan sahabat handai yang semuanya memberi dorongan dan doa atas kejayaan saya selama ini.

Nasihat saya kepada pelajar yang ingin berkahwin sewaktu masih belajar, fi kirlah sedalam-dalamnya.

Mohonlah petunjuk daripada Allah dengan doa dan solat istikharah. Ini kerana perkahwinan adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan ini dan masa yang dihabiskan bersama pasangan adalah lebih lama daripada masa yang kita berikan bersama ibu bapa sendiri. Keputusan terbaik adalah sangat diperlukan supaya tidak tersalah dalam membuat keputusan. Selain itu, berbincanglah dengan kedua ibu bapa sebelum mengambil sebarang keputusan untuk berkahwin kerana restu orang tua sangat penting bagi mengiringi perjalanan hidup seterusnya yang diberkati Allah.

Jika anda merupakan seorang wanita atau lelaki yang mempunyai cita-cita yang tinggi, berbincanglah dengan bakal suami atau isteri, supaya dapat memahami impian anda dan menyokong anda dalam mencapai impian tersebut. Ini penting supaya dia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anda suatu hari nanti.

Kesimpulan

Semoga catatan pengalaman berkahwin sewaktu masih belajar ini dapat dijadikan panduan kepada remaja hari ini. Jauh sekali mahu membanggakan diri atas pengalaman dan pencapaian saya selama ini, namun catatan ini dilakarkan dengan hasrat semoga yang baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk dapat dijadikan sempadan. Semoga catatan ini memberi manfaat kepada semua pembaca yang dikasihi.

Fakulti Pengajian Islam, UKM salhanin@ukm.edu.my

(16)

...bersambung ke muka 15

Pemeriksaan Mammografi : Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Dr Siti Soraya Ab Rahman

DARI DOKTOR PAKAR

Kanser payudara merupakan kanser yang paling meluas di kalangan wanita di Malaysia. Menurut Daftar Kanser Kebangsaan (NCR) Malaysia, hampir 3,500 kes kanser payudara dilaporkan pada tahun 2006 dan peratusan tertinggi adalah di kalangan wanita berumur antara 50 hingga 59 tahun. Antara faktor risiko kanser payudara adalah:

 Jantina – wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki.

 Umur – risiko meningkat dengan peningkatan umur.

 Sejarah keluarga – sekiranya emak atau adik- beradik perempuan menghidap kanser payudara.

 Sejarah ketumbuhan / kanser payudara – pernah menghidap ketumbuhan / kanser payudara sebelum ini.

Pemeriksaan mammografi merupakan ujian sinar X berdos rendah yang dapat memberikan gambaran tisu payudara.

Gambar 1: Pemeriksaan Mammografi (Ehsan: www.google.com)

Apakah kegunaan mammografi ?

Mammografi saringan adalah pemeriksaan mammografi yang dilakukan ke atas pesakit yang tidak mempunyai simptom atau tanda penyakit payudara. Mammografi saringan ini membantu dalam pengesanan awal kanser payudara, sebelum ia dapat dikesan melalui pemeriksaan fi zikal.

Mammografi diagnostik adalah pemeriksaan mammografi yang dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai tanda-tanda klinikal yang tidak normal, contohnya ketulan dalam payudara atau perubahan

pada puting payudara.

Apakah kepentingan mammografi ?

Mammografi membantu dalam pengesanan awal kanser payudara. Kajian telah menunjukkan bahawa pengesanan awal dapat mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh kanser payudara.

Ini kerana rawatan dapat diberikan dengan lebih awal, sebelum kanser tersebut merebak ke bahagian badan yang lain.

Adakah mammografi berbahaya?

Mammografi menggunakan dos sinar X yang sangat rendah. Risiko pendedahkan kepada radiasi ini juga adalah rendah. Kepentingan mammografi kerap kali melebihi sebarang risiko yang terlibat.

Bilakah saya perlu menjalani pemeriksaan mammografi ?

Menurut Panduan Amalan Klinikal (CPG) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mammografi saringan boleh dijalankan ke atas wanita berumur 50 tahun ke atas. Bagi wanita berumur 40-49 tahun yang berisiko rendah dan sederhana, mammografi saringan dijalankan mengikut keperluan selepas perbincangan bersama doktor.

Apakah persediaan sebelum menjalani pemeriksaan mammografi ?

Pada hari pemeriksaan, jangan gunakan sebarang bedak talkum, deodoran atau losyen pada payudara atau ketiak. Maklumkan sebarang simptom payudara kepada juru x-ray yang akan menjalankan mammografi tersebut. Jangan lupa bawa bersama sebarang fi lem mammografi yang terdahulu supaya perbandingan boleh dilakukan dengan pemeriksaan terkini.

Bagaimanakah pemeriksaan mammografi dilakukan?

Pada mesin mammografi , payudara anda akan diletakkan di antara dua permukaan rata dan ditekan sedikit demi sedikit. Tekanan ini penting untuk mendapatkan imej mammografi yang terbaik. Jika tekanan yang diberi tidak sekata, ia boleh mengakibatkan imej mammografi kabur, sebahagian tisu payudara tidak termasuk dalam imej mammografi dan ketulan kecil tidak kelihatan.

(17)

...bersambung dari muka 14

Gambar 2: Pemeriksaan Mammografi (Ehsan: www.google.com)

Pemeriksaan mammografi lazimnya mengambil imej dari dua posisi, iaitu dari atas ke bawah, dan dari tepi. Ketika imej sedang diambil, anda seeloknya tidak bergerak dan, jika perlu, menahan nafas seketika. Selesai pemeriksaan mammografi , anda mungkin diminta menunggu sebentar sementara doktor pakar radiologi menilai imej- imej mammografi tersebut. Sekiranya perlu, posisi tambahan akan dilakukan.

Adakah saya akan berasa sakit?

Semasa payudara ditekan, anda mungkin akan berasa tidak selesa untuk beberapa saat.

Sesetengah wanita yang lebih sensitif digalakkan untuk membuat temujanji pada masa payudara mereka kurang sakit, contohnya pada minggu selepas kedatangan haid. Jika anda berasa sangat sakit semasa pemeriksaan, beritahu juru x-ray dan tekanan akan dikurangkan. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa tekanan yang mencukupi perlu untuk mendapatkan imej mammografi yang berkualiti.

Bagaimana jika saya mempunyai implan payudara?

Semasa membuat temujanji, beritahu kakitangan jabatan sekiranya anda mempunyai implan payudara. Implan menyukarkan penilaian imej mammografi dan hanya pusat-pusat tertentu yang mempunyai kepakaran tersebut.

Siapakah yang akan menilai pemeriksaan mammografi saya?

Doktor pakar radiologi yang akan menilai imej-imej mammografi dan mengeluarkan laporan. Laporan tersebut akan diberikan kepada doktor asal anda yang merujuk untuk pemeriksaan mammografi tersebut.

Bagaimana jika keputusan mammografi saya tidak normal?

Jangan panik sekiranya anda mendapat laporan yang tidak normal. Ini tidak bermaksud anda menghidap kanser payudara. Kebanyakan mammografi yang tidak normal adalah disebabkan masalah yang tidak malignan, ataupun “benign”, seperti sista, tisu payudara tebal ataupun ketulan seperti fi broadenoma. Anda mungkin akan dirujuk kepada pakar bedah bagi pemeriksaan lanjut.

Gambar 3: Pemeriksaan Mammografi (Ehsan: www.google.com)

Akhir kata, setiap wanita pasti akan menjalani pemeriksaan mammografi apabila tiba masanya.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, pengesanan awal kanser payudara dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser tersebut. Pemeriksaan mammografi juga merupakan salah satu cara kita memelihara kesihatan diri, yang turut digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud;

  “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).”  (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Pakar Radiologi Pensyarah Perubatan

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia

(18)

Apakah Ada Kaitan Kahwin Di Usia Muda Dengan Kesihatan?

Hanisah A Abd Rashid & Prof Madya Hasnah Ali

P

ersekitaran kini adalah jauh berbeza dengan persekitaran zaman dahulu. Remaja-remaja kini telah terdedah kepada berbagai situasi, berbagai keadaan dengan media sosial yang begitu berleluasa dan berbagai seperti whatsapp, instagram, snapchat, telegram, facebook dan seumpamanya yang tidak dinafi kan ada mempengaruhi mereka ini untuk cepat berkahwin. Ditambah pula dengan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik telah menyebabkan permulaan baligh, atau puberti berlaku pada usia yang lebih muda berbanding dahulu. Maka tidak hairan didapati perkahwinan d iusia muda telah menjadi trend di kalangan rakyat negara ini.

Kebaikan Perkahwinan Awal

Tidak dinafi kan terdapat banyak kebaikan hasil dari perkahwinan awal. Antaranya seperti dapat mengelakkan zina, dapat mengawal nafsu dan mengelakkan maksiat, batas-batas pergaulan mereka terpelihara, terdapat prestasi cemerlang selepas berkahwin, dapat membuat perancangan keluarga lebih awal dan berupaya menjadikan mereka lebih bertanggungjawab.

Apakah pula relevennya kahwin awal dengan kesihatan?

Maka penulisan ini cuba mengupas adakah kesan-kesan negatif yang boleh kita kaitankan dengan kesihatan.

Kaitan Dengan Kesihatan

Ada beberapa aspek yang kita boleh fi kirkan kaitan antara berkahwin awal dengan kesihatan. Antaranya seperti yang akan dibincangkan seterusnya.

1. Lemah Dalam Membuat Keputusan

Kajian terhadap otak manusia yang telah dijalankan oleh National Institute of Mental Health (NIMH) mendapati bahawa bahagian otak yang terbabit dalam kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi akan berkembang sepenuhnya apabila seseorang individu mencecah usia 20-an (NIMH, 2011). Menurut NIMH (2011) lagi, remaja yang ber

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tambahan lagi, tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa kelas menengah membolehkan anak-anak daripada kelas ini mempunyai lebih banyak peluang

Dalam hal ini, kapital budaya adalah kelebihan yang diperoleh oleh kelas menengah dan kelas atasan kerana ibu bapa daripada kelompok dominan mempunyai kapital

Memandangkan kajian dalam negeri menggambarkan wujudnya anziati dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa namun demikian ianya tidak melibatkan berkaitan anak-anak yang

Anak-anak pula tidak mampu untuk membawa ibu bapa yang telah tua untuk tinggal dengan mereka di tempat baru kerana rumah sempit, masa untuk bersama kurang dan tidak

Kedominan gaya keibubapaan autoritatif berbanding gaya autoritatian dan permisif dalam kajian ini memperlihatkan bahawa ibu bapa pelajar yang dikaji cenderung mendidik anak-anak

Jelas kajian ini menunjukkan keperluan yang tinggi terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak- anak terutama ketika anak-anak berada di sekolah menengah..

Bagi kesesuaian kajian maka digunakan kaedah Sentroid (Composite Moment). Kaedah ini menggunakan penyelesaian jelas yang diperolehi dengan cara mengambil titik pusat

Apabila anak-anak remaja mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi maka ibu bapa tidak perlu bimbang tentang akhlak anak-anak mereka kerana anak remaja ini akan