• Tiada Hasil Ditemukan

SEPANJANG JALAN KE PULAU PINANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SEPANJANG JALAN KE PULAU PINANG "

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008

Oktober/November 2007

HKA 101 – PENGANTAR KESUSASTERAAN

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja. DUA daripada Bahagian A dan DUA daripada Bahagian B.

…2/-

(2)

Bahagian A

1. Watak utama kedua-dua buah novel Suami karya Ali Jusoh dan Isteri karya Rosmini Shaari mengalami bebanan emosi dan konflik cinta yang menagih simpati khalayak. Dengan memilih SAMA ADA novel Suami ATAU Isteri, huraikan bagaimanakah bebanan emosi dan konflik cinta itu menjadi elemen kreativiti pengarang untuk mengolah jalan cerita yang menarik dan berjaya meninggalkan kesan yang menyayat hati?

2. Dengan memfokuskan perbincangan kepada puisi [dilampirkan]

“Sekiranya” karya Muhammad Hj. Salleh, “Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang” karya Zurinah Hassan dan “Catitan Harian” karya Latiff Mohidin, bincangkan secara kritis bagaimana setiap penyair berkenaan menampilkan unsur diksi dan simbol tentang alam yang memperlihatkan perbezaan perspektif mereka tentang kehidupan.

3. Watak dan perwatakan dapat dihayati dengan berkesan jika dibina dengan latar yang menarik. Berdasarkan pernyataan tersebut, bandingkan permasalahan yang dialami oleh Profesor Zaqlol dalam cerpen “Riak” karya Shahnon Ahmad dengan salah satu watak utama dalam cerpen-cerpen berikut:

[a] Menteri dalam cerpen “Mereka Tidak Mengerti” karya Keris Mas.

[b] Gadis dalam cerpen “Tentang Dia” karya Melly Goeslaw.

[c] Saya dalam cerpen “Dinding Anak” karya Danarto.

4. Berdasarkan kajian anda terhadap drama Matinya Seorang Pahlawan karya Usman Awang, bincangkan secara mendalam apakah pendirian dan tanggapan kritis pengarang yang dapat anda kesan melalui watak Hang Jebat, Hang Tuah dan Dang Wangi?

Bahagian B

5. Apakah yang anda faham dengan genre kesusasteraan lisan Melayu? Berdasarkan kefahaman itu, bincangkan Hikayat Raja Muda sebagai suatu genre karya yang memancarkan pandangan hidup masyarakat Melayu tersebut.

…3/-

(3)

6. Baca petikan berikut:

Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh, lalu terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya; dan kualanya berbukit.

Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh berburu; sekonyong- konyong terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda, “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” Maka sembah segala Orang Besar-besar,

“Benarlah seperti titah duli tuanku itu.” Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah baginda, “Apa nama kayu itu?” Maka sembah orang, “Kayu Melaka namanya, tuanku.” Maka titah Raja Iskandar Syah, “Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.”

(Sulalatus Salatin/ Sejarah Melayu, 1996: hlm. 71)

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan etos Melayu tentang asal- usul pembukaan sebuah negeri dan hubungkaitnya dengan keadaan negeri Melaka seterusnya.

7. Nasihat al-Muluk adalah salah sebuah karya nukilan Imam al- Ghazali yang banyak memberi nasihat dan panduan kepada raja dan para pembesar negara. Berdasarkan karya tersebut, bincangkan DUA daripada perkara-perkara berikut:

[a] Dua ciri dan contoh nasihat kepada raja yang adil.

[b] Sifat-sifat raja yang zalim dan pembalasannya.

[c] Peranan cerita-cerita daripada sastera dan sejarah Islam.

8. Pengajaran tentang alam kerohanian merupakan suatu bidang yang khusus dan rumit untuk difahami oleh orang biasa. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada tema kerohanian turut disampaikan secara lebih berkesan melalui cerita-cerita yang berhubungan dengan tokoh atau peristiwa kerohanian. Bincangkan hal ini dengan mengambil Hikayat Sultan Ibrahim sebagai contoh.

…Lampiran /-

…4/-

(4)

Lampiran

SEKIRANYA

Oleh: Muhammad Hj. Salleh

sekiranya batu ini retak sungai akan longlai nafas tanah tersesak manusia dilemaskan keringnya.

sekiranya pohon rebah buluh dicerah langit dicat merah, manusia akan parah-panas.

sekiranya cacing terlantar kering gagak rebah di tepi sampah bangkai berulat

manusia melarat.

sekiranya bumi panas rumput kering tebing retak

manusia dikuburkan rakusnya.

CATITAN HARIAN

Oleh: Latiff Mohidin

hari ini

banyak sekali perkara penting

berlaku dalam hidupku:

kalendar p.ramli jatuh dari dinding

sikat hijauku hilang

seekor cicak bertelur di sudut almari

temanku diam-diam melipat kainnya ke dalam beg.

…Lampiran/-

…5/-

(5)

Lampiran

SEPANJANG JALAN KE PULAU PINANG

Oleh: Zurinah Hassan

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu

ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi

pecah di pantai berbuih cuma.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi lagu

angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu.

Aku antara manusia beribu airmataku antara laut-laut lepas, laguku hilang dalam angin menderu.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hatiku terjun ke air

mencari tempat bagiku aku orang pelarian.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM, PULAU PINANG, 14 Disember 2016 - Seramai 160 orang pesara menerima Anugerah Jasamu Dikenang di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sepanjang

USM, PULAU PINANG, 5 November 2016 - Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia HE Syed Hassan Raza akan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Economic Development and CPEC

Malah sebagoi kefua masyarakat tempatan yang awalyang tentunya mahir dengan selok belok negeritersebut, beliau telah diberi kepercayan oleh Francis Ught untuk mengawasi

Kedua, hasil maklumat yang diperolehi memberikan hubung kait antara kawasan destinasi dengan latar belakang individu, ini berdasarkan kepada maklumat sosiodemografi,

Attached is the project paper entitled “CUSTOMERS' SATISFACTION TOWARDS MARKETING MIX OF AN INTERNATIONAL HYPERMARKET (CASE STUDY OF CARREFOUR HYPERMARKET, PULAU PINANG)” to

Untuk mendapatkan lokasi dan masa yang tepat untuk melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit DD dan DDB, faktor-aktor ruangan yang berkaitan dengan pembiakan nyamuk

Mechanical Engineering Faculty, Universiti Teknologi Mara (Pulau Pinang) Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau

This study practice about to the identifying flexible pavement distress along the jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang.. The objectives o f this study are to get