• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENGARUH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) TERHADAP MINAT MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK: SATU TIJAUAN SISTEMATIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENGARUH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) TERHADAP MINAT MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK: SATU TIJAUAN SISTEMATIK"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

PENGARUH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) TERHADAP MINAT MURID DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK: SATU TIJAUAN SISTEMATIK

(The Effect of 21st Century Learning (PAK21) On Students Interest on Teaching and Learning Matematics: A Systematic Review)

Sylviana Mantihal1*, Siti Mistima Maat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: sylvianaherman@yahoo.com

Accepted: 1 March 2020 | Published: 15 March 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran abad ke-21 sememangnya tidak asing lagi dalam sistem pendidikan di Malaysia, namun masih kurang diaplikasikan. Kajian literatur menunjukkan bahawa strategi pengajaran yang tepat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mampu meningkatkan minat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, tinjauan menunjukkan masih ramai guru menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Hal ini menyebabkan murid- murid berasa bosan semasa belajar kerana proses pembelajaran yang berlaku hanya sehala. Dalam tinjauan ini, pembelajaran abad ke-21 boleh meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik serta membantu meningkatkan kefahaman murid dalam mempelajari topik yang lebih kompleks. Artikel telah diakses dari tahun 2015 hingga 2019 melalui dua pangkalan data ERIC dan Google Scholar. Sebelum menjalankan tinjauan ini, beberapa kriteria telah ditetapkan. Daripada tinjauan ini, kebanyakan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara pembelajaran abad ke-21 dengan minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Kata kunci: pembelajaran abad ke-21, minat, pembelajaran konvensional

Abstract: The 21st century learning is certainly very familiar to the education system in Malaysia, but it is still not widely applied. Literature studies show that proper teaching strategies in teaching and learning mathematics can enhance students' interest in teaching and learning sessions. However, the survey shows that many teachers still use conventional learning methods. This causes students to feel bored while learning because the learning process takes place only one direction which is teacher’s centred learning. In this review, 21st century learning can increase students’ interest in mathematics subjects and help to enhance students' understanding of learning in complex topics. Articles have been accessed from 2015 to 2019 through two database ERIC and Google Schola. Before conducting this review, several criteria were set. From these findings, most studies have found that there is a positive relationship between 21st century learning and students' interest in teaching and learning in mathematics.

Keywords: 21st century learning, interest, conventional learning

_________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Isu murid tidak meminati mata pelajaran matematik sememangnya tidak dinafikan. Isu ini bukan sahaja hangat diperkatakan di dalam negara Malaysia, bahkan di luar negara. Menurut (Mbugua, Kibet, Muthaa, & Nkonke, 2012), faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian rendah dalam mata pelajaran matematik termasuklah strategi pengajaran yang tidak sesuai, bahan pengajaran yang tidak mencukupi, kurang motivasi serta sikap guru dan murid sendiri. Manakala, menurut (Amat Ujali Lan & Affero, 2017), faktor-faktor yang menyumbang kepada minat murid terhadap subjek matematik ialah guru, persekitaran serta kemudahan yang disediakan. Dalam abad ke-21 ini, manusia lebih cenderung untung menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, salah satu cara untuk mengintegrasikan teknologi ini adalah melalui pendidikan di sekolah. Guru-guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah dengan menyediakan aktiviti pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi.

Berdasarkan laporan Trends in Mathematics Science Study (TIMSS) 2015, Malaysia telah mencatat pencapaian terbaik pada penyertaan pertama TIMSS pada tahun 1999 iaitu mendapat 519 mata. Namun, pencapaian mulai menurun tiga kali berturut-turut iaitu pada tahun 2003, 2007 dan 2011. TIMSS 2011 mencatatkan pencapaian yang paling rendah sepanjang penyertaan TIMSS. Namun, pencapaian TIMSS sedikit meningkat pada tahun 2015 iaitu 465 mata, yang mana telah meningkat sebanyak 25 mata daripada tahun 2011.

Setelah melakukan penelitian, didapati amalan pengajaran guru di sekolah masih terikat dengan kaedah konvensional (Saracho, 2012). Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyeru para pendidik khususnya para guru agar mempelbagaikan kaedah serta strategi pengajaran di dalam bilik darjah seperti mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 bagi meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Hal ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk mewujudkan individu yang seimbang dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mensistesis hasil dapatan kajian-kajian lepas tentang hubungan antara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dengan minat dan pencapaian matematik pelajar.

Pembelajaran abad ke-21 telah bermula di Malaysia pada tahun 2014. Pembelajaran abad ke- 21 adalah pembelajaran yang berpusatkan lima standard asas dan kemahiran kreativiti (Creativity), komunikasi (Communication), kolaborasi (Collaboration) dan pemikiran kritikal (Critical Thinking). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat melalui pembelajaran abad ke-21 ini pelajar mampu memiliki kemahiran untuk kehidupan masa hadapan. Selain itu, murid bersedia untuk menghadapi pentaksiran dan peperiksaan. Tan Sri Dr.Khair Mohamad Yusof, KPPM “Pembelajaran Abad ke-21 bukan hanya merujuk kepada penggunaan gajet, perisian teknologi TMK dalam bilik darjah. Malah, PAK-21 turut bermaksud guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam diri murid.” Pembelajaran abad ke-21 juga sering dikaitkan dengan perkembangan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan teknologi yang optimum dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan impak yang besar kepada hasil pembelajaran murid (Kumar, 2016). Oleh itu, guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang teknologi, tetapi juga menggunakan semua infrastruktur serta kemudahan pendidikan secara maksimum seperti aplikasi FROG V.L.E, projek School-Net, komputer riba yang dibekalkan, makmal komputer dan pelbagai kemudahan lain yang telah disediakan.

(3)

2. Ulasan Kajian Lepas

Berdasarkan analisis artikel jurnal yang dipilih, kesemua artikel memenuhi skop perbincangan dan persoalan kajian tinjauan sistematik ini. Namun, terdapat satu artikel yang berfokuskan tentang kajian teoritikal yang bertujuan untuk membentangkan satu kaedah bersama dengan sokongan teknologi yang untuk meningkatkan kreativiti dan kolaborasi dalam proses pembelajaran. Walaubagaimanapun, artikel jurnal tersebut masih berada dalam skop tinjauan siatematik ini. Secara keseluruhannya, artikel-artikel yang dipilih membincangkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 dengan mengaplikasikan komponen 4C (creativity, communication, collaboration, critical thingking), aplikasi digital dan teknologi, pembelajaran berasaskan model pembelajaran, pembelajaran berasaskan permainan dan projek dan mengkaji persepsi guru dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

Komponen 4C kreativiti (Creativity), Komunikasi (Communication), Kolaborasi (Collaboration) dan Pemikiran Kritikal (Critical Thinking) merupakan komponen asas yang paling penting dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah. Hasil daripada analisis artikel, (Sipayung, Sani, & Bunawan, 2018) menegaskan bahawa pengaplikasian komponen 4C dalam bilik darjah dapat menghasilkan prestasi pelajar yang lebih baik berbanding pengajaran secara konvensional. Manakala menurut (Rusdin, 2018) menyatakan bahawa komponen 4C mampu memberikan solusi terbaik dalam meningkatkan kemahiran guru sebagai seorang pendidik dalam abad ke-21 yang efektif.

Aplikasi teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 sememangnya tidak asing lagi. Namun, masih ramai guru yang kurang berkemahiran dan mengambil mudah tentang kepentingan penggunaan teknologi dalam pembelajaran abad ke-21. Menurut (Fatimah & Santiana, 2017), aplikasi teknologi dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar ke arah lebih berminat dalam pengajaran guru. Selain itu, penggunaan alat-alat digital juga semakin popular digunakan.

Antara bahan digital yang sering diaplikasikan ialah Digital Storytelling. Kebanyakan guru menggunakan bahan digital untuk mengajar topik penyelesaian masalah dalam matematik.

Menurut (Niemi, Niu, Vivitsou, & Li, 2018), bahan digital dapat menyokong peningkatan prestasi murid. Manakala menurut (Alismail, 2015), bahan digital merupakan alat yang sangat berkesan dalam pembelajaran murid khususnya dalam meningkatkan motivasi murid.

Dalam kajian artikel-artikel lepas, didapati bahawa pembelajaran berasaskan model pembelajaran turut mempengaruhi pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Antara model pembelajaran yang popular dalam kalangan warga pendidik termasuklah model pembelajaran koperatif, model pembelajaran simulasi dan model pembelajaran kontekstual. Menurut (Warner & Kaur, 2017), model pengajaran yang tepat dengan rancangan pengajaran mampu merangsang kreativiti pelajar lantas meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar.

Menurut (Viro & Joutsenlahti, 2018), pembelajaran berasaskan model pembelajaran mempengaruhi kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, kerjasama, komunikasi dan kreativiti pelajar.

Berdasarkan penelitian artikel yang dipilih, pembelajaran berasaskan permainan dan projek turut memberi kesan positif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah. Menurut (Ucus, 2015), pembelajaran berasaskan permainan mampu merangsang minat dan motivasi pelajar serta meningkatkan pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran matematik. Manakala menurut (Stoica, 2015), pembelajaran berasaskan projek mampu mempengaruhi pembelajaran aktif para pelajar. Pelajar lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

(4)

3. Metodologi

Menurut (Pandey, P., & Pandey, 2015), penyelidikan sangat penting dalam memimpin manusia ke arah kehidupan yang lebih maju. Tanpa penyelidikan yang sistematik, kemajuan hanya berlaku sedikit sahaja. Dalam tinjauan sistematik ini, dua pangkalan data iaitu ERIC dan Google Scholar telah digunakan untuk memilih artikel jurnal yang berkaitan dengan tujuan tinjauan sistematik ini. Untuk mendapatkan data yang diperlukan dalam kajian sistematik ini, beberapa kriteria telah diambil kira supaya data yang diperolehi berada dalam skop kajian. Tinjauan literatur adalah daripada artikel jurnal yang diterbitkan sekitar tahun 2015 hingga tahun 2019. Artikel jurnal tersebut haruslah berkaitan dengan Pendidikan matematik. Dalam melaksanakan tinjauan sistematik ini, pengkaji merujuk kepada fasa tinjauan sistematik yang diadangkan oleh (Khan, Kunz, Kleijnen, & Antes, 2003).Terdapat lima fasa yang digunakan dan diilustrasikan dalam Rajah 1.

Fasa 1: Merangka Persoalan Untuk Tinjauan (Framing Questions For Review)

Sebelum menjalankan tinjauan sistematik ini, persoalan kajian perlu dibentuk. Terdapat dua persoalan kajian bagi tinjauan ini. Artikel kajian yang dipilih dalam tinjauan sistematik ini melihat hubungan antara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dengan minat pelajar serta hubungan antara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Dalam kajian ini, pembelajaran abad ke-21 ditakrifkan sebagai pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan bersifat kolaboratif dan koperatif serta mengaplikasikan teknologi seperti penggunaan multimedia dan aplikasi digital.

Fasa 2: Mengenal Pasti Tugasan Yang Relevan (Identifying Relevent Work)

Dalam fasa ini, artikel jurnal yang berkaitan dengan tujuan kajian akan dikumpul dan ditapis berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Artikel-artikel yang dipilih seterusnya akan dianalisis. Pangkalan data ERIC dan Google Scholar telah digunakan untuk mengakses artikel yang relevan. Terdapat 5 kriteria pemilihan jurnal artikel yang berkaitan dengan tujuan tinjauan kajian. Pertama, artikel jurnal yang diterbitkan adalah pada tahun 2015 hingga 2019 (tempoh lima tahun), bahasa pengantara ialah Bahasa Inggeris, berasaskan pendidikan Matematik, mempunyai teks penuh (Full text article) dan responden kajian adalah dalam kalangan guru, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah sahaja. Bagi memudahkan pencarian artikel yang berkaitan, beberapa kata kunci telah ditetapkan. Kata kunci yang ditetapkan adalah “Twenty first century skill”, “Twenty first century learning skills in mathematics education” “Twenty first century learning skills in teaching and learning mathematics”

Phase 1: Framing Questions For Review Phase 2: Identifying Relevent Work

Phase 3: Assessing The Quality Of Studies Phase 4: Summarizing The Evidence

Phase 5: Interpreting The Findings Rajah 1: Fasa Tinjauan Literatur Sistematik

(5)

Fasa 3: Menilai Kualiti Kajian (Assessing The Quality Of Studies)

Bagi menilai kualiti kajian, kriteria inklusi dan pengecualian telah digunakan. Kriteria inklusi digunakan untuk mengenal pasti kajian yang akan diambil kira dalam tinjauan sistematik ini.

Dalam tinjauan sistematik ini kriteria inklusi yang ambil kira ialah soalan kajian, metodologi kajian, dan dapatan kajian. Manakala untuk kriteria pengecualian, kajian-kajian separti desertasi, artikel laporan dan bab akan dikecualikan daripada pemilihan artikel. Melainkan terdapat artikel yang berkaitan dengan limitasi kajian akan dimasukkan. Hal yang terpenting ialah memastikan kajian-kajian tersebut menjawab persoalan-persoalan kajian bagi tinjauan sistematik ini. Kedua, kajian yang diperlukan dapat menjelaskan konsep kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 berdasarkan model serta teori yang dipilih. Akhir sekali, perkara paling penting adalah dapatan kajian yang dibincangkan dengan jelas kerana penyelidik perlu menganalisis penemuan berdasarkan persoalan kajian dalam tinjauan sistematik ini.

Fasa 4: Meringkaskan Eviden (Summarizing the Evidence)

Dalam fasa meringkaskan eviden, kesemua kajian-kajian lepas yang diperolehi daripada dua pangkalan data ERIC dan Google Scholar akan ditapis berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji dalam kajian tinjauan sistematik ini. Hanya sebanyak 15 artikel sahaja telah dipilih yang telah menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan. Ringkasan eviden boleh dirujuk pada Rajah 2 dalam dapatan kajian.

Fasa 5: Mentafsir Dapatan (Interpreting The Findings)

Dalam fasa terakhir ini, hasil dapatan daripada kajian-kajian lepas akan dianalisis.

Berdasarkan dua persoalan yang dibina oleh pengkaji, artikel-artikel kajian lepas yang telah dipilih dianalisis berdasarkan sampel kajian dan jenis pendekatan kajian sama ada pendekatan kualitatif, kuantitatif atau kaedah campuran.

3. Dapatan Kajian

Berdasarkan proses pemilihan artikel daripada dua pangkalan data yang berbeza, terdapat sejumlah 54,027 artikel yang diperoleh. Terdapat 51,865 daripada pangkalan data ERIC dan sejumlah 2162 artikel dari Google scholar. Setelah mengenal pasti skop artikel yang dikeluarkan pada tahun 2015 hingga 2019, sejumlah 11,039 artikel yang dipilih. Bagi pangkalan data ERIC, jumlah artikel yang dikeluarkan dalam lingkungan tahun 2015 hingga 2019 ialah 10269. Manakala daripada pangkalan data Google Scholar terdapat 770 artikel yang diterbitkan pada tahun 2015 hingga 2019. Seterusnya, 1450 artikel jurnal telah dipilih yang berkaitan dengan pendidikan matematik. Iaitu, 958 artikel daripada ERIC dan 492 artikel dari Google Scholar. Seterusnya, sejumlah 368 artikel jurnal yang dipilih kerana mempunyai teks penuh. 241 artikel daripada ERIC dan 127 artikel daripada Google Scholar.

Seterusnya, penelitian keatas tajuk kajian dan abstrak bagi 368 artikel yang tinggal disaring berdasarkan fokus serta persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam tinjauan sistematik ini.

Hanya 16 artikel sahaja yang dipilih. Iaitu 8 artikel dari pangkalan data ERIC dan 8 artikel dari pangkalan data Google Scholar. Huraian proses pemilihan artikel untuk tinjauan sistematik ini diringkaskan dalam rajah 2.

(6)

Peserta kajian

Semua kajian daripada 16 artikel yang telah dipilih mengambil sampel daripada golongan guru berpengalaman, guru novis, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah.

Jadual 2 menunjukkan rumusan sampel kajian yang terdapat dalam 16 artikel yang diplih.

Jadual 1 Ringkasan Sampel Kajian Sampel

kajian Bilangan artikel jurnal ,N Pengkaji

Guru 5

Sengul S. Anagun (2018) Sucran Ucus (2015) Warner,s & Kaur,A. (2017) Norazlin Mohd Rusdin (2018) Sanabria. J.C, Aramburo,J (2017) Guru

pelatih 2 Tican. C & Deniz.S. (2018)

Asri Siti Fatimah (2017) Pelajar

sekolah menengah

4

Hossain. M.A, Ariffin, M.R.K. (2015) Bray.A, Tangney.B (2018)

Stoica, A (2015)

Abdul Fatah, et.al (2016) Pelajar

sekolah rendah

5

Viro.E & Joutsenlahti.J (2018) Halah Ahmed Alismail (2015) Niemi.Hannele, et.al (2018) Lam,T, et.al (2017)

Ponniah,K, et.al (2019)

Kajian yang berpotensi dipilih berdasarkan pangkalan data

Berdasarkan kata kunci:

Eric: 51,865

Google Scholar: 2162

Artikel jurnal yang berpotensi dipilih daripada tahun 2015-2019

Eric: 10,269

Google Scholar : 770

kajian yang berkaitan dengan pendidikan matematik

Eric: 958

Google Scholar : 492

Artikel jurnal yang mempunyai teks penuh Eric: 241

Google Scholar : 127

Artikel yang dipilih dalam tinjauan sistematik Eric: 8

Google Scholar : 8 42,988 artikel tidak

dipilih kerana bukan kajian dari tahun 2015- 2019

9589 artikel tidak dipilih kerana tidak berkaitan dengan Pendidikan matematik

1082 artikel yang ditolak kerana tidak mempunyai teks penuh

Penelitian keatas tajuk dan abstrak:

352 artikel tidak dipilih kerana dapatan kajian tidak berkaitan dengan tujuan tinjauan

Rajah 2 : Carta Alir Pemilihan Artikel Jurnal

(7)

Berdasarkan jadual 1, kebanyakan kajian tentang pembelajaran Abad ke-21 dijalankan terhadap guru. Daripada tinjauan ini, didapati bahawa 7 daripada 15 artikel merupakan kajian ke atas guru, tidak kira guru berpengalaman mahupun guru novis. Manakala, kajian pembelajaran abad ke-21 yang dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah hanya 4 kajian dan sekolah rendah 5 artikel. Berdasarkan rumusan ini, didapati bahawa kajian terhadap sekolah rendah dan sekolah menengah seharusnya ditambah agar pembaca dapat lebih mengesan dan mengetahui tahap kefahaman dan minat pelajar dalam mengikuti pembelajaran abad ke-21 ini.

Hubungan Antara Pembelajaran Abad Ke-21 Dengan Minat Pelajar Dalam Matapelajaran Matematik

Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan hubungan antara pembelajaran abad ke-21 dengan minat pelajar diuji dalam bahagian ini. Bagi persoalan ini, kajian-kajian lepas telah dibahagikan kepada tiga kategori metodologi: a) kajian kuantitatif, b) kajian kualitatif dan c) kajian kaedah campuran. Senarai lengkap kajian lepas berdasarkan ketiga-tiga kategori metodologi ditunjukkan dalam jadual 2.

Jadual 2. Senarai kajian-kajian lepas berdasarkan kategori metodologi

Secara keseluruhannya, untuk mengkaji hubungan antara pembelajaran abad ke-21 dengan minat pelajar dalam mata pelajaran matematik, kebanyakan kajian lepas menggunakan kaedah kuanlitatif sebagai kaedah untuk mengutip data. 9 daripada 16 kajian menggunakan kaedah kualitatif. Menurut (Jasmi, 2001), apabila menjalankan kajian kualitatif, pengkaji akan lebih dekat dengan individu yang dikaji sehingga memungkinkan kefahaman yang lebih mendalam tentang perkara yang hendak dikaji. Menurut (Farr, 2008), satu kelebihan kaedah kualitatif dalam penyelidikan ialah penggunaan soalan terbuka dan meneliti serta memberi peluang kepada peserta kajian untuk menjawab soalan berdasarkan kemahuan sendiri dan bukannya memaksa mereka untuk memilih tanggapan tetap seperti kaedah kuantitatif. Kajian kualitatif juga memainkan peranan penting untuk menjelaskan kemungkinan hubungan, sebab, kesan dan proses dinamik (Mohajan, 2018). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa, kajian kualitatif sesuai digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembelajaran abad ke-21 dengan minat pelajar dalam mata pelajaran matematik.

Metodologi Penulis (Tahun)

Kajian Kuantitatif, n=5 Hossain. M.A, Ariffin, M.R.K. (2015) Adrian Stoica (2015)

Abdul Fatah, et.al (2016) Norazlin Mohd Rusdin (2018) Sipayung,D, et.al (2018) Kajian Kualitatif , n=9 Tican. C & Deniz.S (2018)

Sengul S. Anagun (2018) Halah Ahmed Alismail (2015) Bray.A, Tangney.B (2016) Sucran Ucus (2015) Warner,s & Kaur,A. (2017) Asri Siti Fatimah (2017) Lam,T, et.al (2017) Ponniah,K, et.al (2019)

Sanabria. J.C, Aramburo,J (2017) Kaedah Campuran , n=2 Viro.E & Joutsenlahti.J (2018)

Niemi.Hannele, et.al (2018)

(8)

4. Perbincangan dan Kesimpulan

Tinjauan sistematik yang dijalankan bertujuan untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke- 21 (PAK-21) ke atas motivasi dan pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Oleh yang demikian, tinjauan sistematik ini berfokus untuk menjawab dua persoalan tinjauan sistematik ini iaitu (1) adakah terdapat hubungan antara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dengan pencapaian pelajar? Dan (2) adakah terdapat hubungan antara pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dengan minat pelajar?. Pengkaji telah menggunakan dua pangkalan data ERIC dan Google Scholar bagi mendapatkan artikel berkenaan. Terdapat 16 artikel jurnal yang menepati kriteria dan telah dianalisis. Bagi soalan kajian pertama, terdapat 8 artikel yang menunjukkan dapatan peningkatan pencapaian matematik dalam pembelajaran abad ke-21. Hasil penelitian ke atas pengaruh pembelajaran abad ke-21 ke atas pencapaian pelajar, guru-guru bersetuju bahawa pembelajaran dan inovasi kemahiran abad ke-21 mempengaruhi kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, kerjasama, komunikasi dan kreativiti. Mereka mungkin akan memberikan pelajar mereka dengan persekitaran pembelajaran yang lebih terbuka kepada inkuiri dan lantas pembelajaran adalah lebih kondusif dan membawa kepada peningkatan pencapaian pelajar. (Hossain &

Rezal, 2018) menyatakan bahawa strategi pembelajaran abad ke-21 yang tepat dengan hasil pembelajaran, mampu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran matematik.Berdasarkan soalan kajian kedua, 14 daripada 16 artikel menunjukkan pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah mampu meningkatkan motivasi serta minat murid dalam pengajaran guru. Berdasarkan hasil analisis keseluruhan artikel yang dipilih, kemahiran pembelajaran abad ke-21 dengan komponen 4C kreativiti (Creativity), Komunikasi (Communication), Kolaborasi (Collaboration) dan Pemikiran Kritikal (Critical Thinking) sangat efektif dalam merangsang murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. Murid-murid turut lebih yakin dan bermotivasi dalam menjalankan aktiviti pembelajaran disamping meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Menurut (Toh Tin Lam, Cheng Lu Pien, Ho Siew Yin iang Heng, 2013), kemahiran pembelajaran abad ke-21 dapat membuatkan mereka melibatkan diri secara aktif, lebih yakin dan bermotivasi dalam menjalankan aktiviti pembelajaran matematik. Kesimpulannya, pembelajaran abad ke-21 mampu mempengaruhi minat serta pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Rujukan

Alismail, H. A. (2015). Integrate Digital Storytelling in Education. Journal of Education and Practice, 6(9), 126–129.

Amat Ujali Lan, & Affero, I. (2017). Minat Pelajar dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah Daerah Pontian. Seminar Pendidikan Johor 2016 “Pendidikan Berkualiti Dan Pembangunan Swadaya Insan,” (September 2016), 1–5.

Anagün, Ş. S. (2018). Teachers’ perceptions about the relationship between 21st century skills and managing constructivist learning environments. International Journal of Instruction, 11(4), 825–840. https://doi.org/10.12973/iji.2018.11452a

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa

(TIMSS) 2015. 1–11. Retrieved from

https://www.moe.gov.my/images/Terbitan/Rujukan-Akademik/pubfile_file_002124.pdf Bray, A., & Oldham, E. (2018). Mathematics and science teaching in the contemporary

classroom : perceptions of teachers and suggestions for professional development

(9)

Mathematics and science teaching in the contemporary classroom : perceptions of teachers and suggestions for professional development. (July).

Drake, S., & Reid, J. (2018). Integrated Curriculum as an Effective Way to Teach 21st Century Capabilities. Asia Pacific Jorunal of Educational Research, 1(1), 31–50.

https://doi.org/10.30777/apjer.2018.1.1.03

Fatah, A., Suryadi, D., Sabandar, J., & Turmudi. (2016). Open-ended approach: An effort in cultivating students’ mathematical creative thinking ability and self-esteem in mathematics. Journal on Mathematics Education, 7(1), 9–18.

Fatimah, A. S., & Santiana, S. (2017). Teaching in 21St Century: Students-Teachers’

Perceptions of Technology Use in the Classroom. Script Journal: Journal of Linguistic and English Teaching, 2(2), 125. https://doi.org/10.24903/sj.v2i2.132

Gazdag, E., Nagy, K., & Szivák, J. (2019). “I Spy with My Little Eyes…” The use of video stimulated recall methodology in teacher training – The exploration of aims, goals and methodological characteristics of VSR methodology through systematic literature review. International Journal of Educational Research, 95(April), 60–75.

https://doi.org/10.1016/j.ijer.2019.02.015

Hossain, A., & Rezal, M. (2018). Integration of Structured Cooperative Learning in Mathematics Classrooms. International Journal of Psychology and Educational Studies, 5(1), 23–29. https://doi.org/10.17220/ijpes.2018.01.004

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah. Retrieved from anyflip.com/whpp/xgsi/basic.

Khan, K. S., Kunz, R., Kleijnen, J., & Antes, G. (2003). <Khan et al. - 2003 - Five steps to conducting a systematic review.pdf>.

Mbugua, Z., Kibet, K., Muthaa, G., & Nkonke, G. (2012). Factors Contributing To Students’

Poor Performance in Mathematics at Kenya Certificate of Secondary Education in Kenya: A Case of Baringo County, Kenya. Aijcrnet.Com, 2(6), 87–91. Retrieved from http://aijcrnet.com/journals/Vol_2_No_6_June_2012/11.pdf

Mohajan, H. (2018). Qualitative Research Methodology in Social Sciences and Related Subjects. Journal of Economic Development, Environment and People, 7(1), 23–48.

https://doi.org/10.1007/BF01591250

Niemi, H., Niu, S., Vivitsou, M., & Li, B. (2018). Digital Storytelling for Twenty-First- Century

Competencies with Math Literacy and Student Engagement in China and Finland.

Contemporary Educational Technology, 9(4), 331–353.

https://doi.org/10.30935/cet.470999

Pandey, P., & Pandey, M. M. (2015). Research Methodology:Tools And Techniques. Obtenido De Research Methodology:Tools And Techniques: http://euacademic.org/BookUpload/9.pdf

Ponniah, et. a. (2019). Implementation of the 21st century learning in learning and facilitation of Thirukural in Tamil primary schools. International Journal of Advanced And Applied Sciences, 6(1), 43–50. https://doi.org/10.21833/ijaas.2019.01.006

Roth McDuffie, A., Choppin, J., Drake, C., & Davis, J. (2018). Middle school mathematics teachers’ orientations and noticing of features of mathematics curriculum materials.

International Journal of Educational Research, 92(September), 173–187.

https://doi.org/10.1016/j.ijer.2018.09.019

Rusdin, N. M. (2018). Teachers’ Readiness in Implementing 21st Century Learning.

International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(4), 1293–1306. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i4/4270

Sanabria, J. C., & Arámburo-Lizárraga, J. (2017). Enhancing 21st century skills with AR:

Using the gradual immersion method to develop collaborative creativity. Eurasia

(10)

Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(2), 487–501.

https://doi.org/10.12973/eurasia.2017.00627a

Saracho, O. (2012). Creativity theories and related teachers’ beliefs. Early Child Development and Care, 182(1), 35–44. https://doi.org/10.1080/03004430.2010.535899 Sipayung, H. D., Sani, R. A., & Bunawan, W. (2018). Collaborative Inquiry For 4C Skills.

200(Aisteel), 440–445. https://doi.org/10.2991/aisteel-18.2018.95

Stoica, A. (2015). Using Math Projects in Teaching and Learning. Procedia - Social and

Behavioral Sciences, 180(November 2014), 702–708.

https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.02.181

Tican, C., & Deniz, S. (2019). Pre-service teachers’ opinions about the use of 21st century learner and 21st century teacher skills. European Journal of Educational Research, 8(1), 181–197. https://doi.org/10.12973/eu-jer.8.1.181

Toh, T. L., Cheng, L. P., Ho, S. Y., Jiang, H., & Lim, K. M. (2017). Use of comics to enhance students’ learning for the development of the 21st century competencies in the mathematics classroom. Asia Pacific Journal of Education, 37(4), 437-452.

http://dx.doi.org/10.1080/02188791.2017.1339344

Ucus, S. (2015). Elementary School Teachers’ Views on Game-based Learning as a Teaching Method. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 186, 401–409.

https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.04.216

Viro, E., & Joutsenlahti, J. (2018). The starT project competition from the perspective of mathematics and academic literacy. Education Sciences, 8(2).

https://doi.org/10.3390/educsci8020067

Warner, S., & Kaur, A. (2017). The Perceptions of Teachers and Students on a 21 st Century Mathematics Instructional Model. International electronic journal of mathematics education e-issn:, 12(2), 193–215.

Yusoff, W. M. W., Hashim, R., Khalid, M., Hussien, S., & Kamalludeen, R. (2018). The Impact of Hikmah (Wisdom) Pedagogy on 21st Century Skills of Selected Primary and Secondary School Students in Gombak District Selangor Malaysia. Journal of Education and Learning, 7(6), 100. https://doi.org/10.5539/jel.v7n6p100

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penguasaan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan serta kekangan yang dihadapi oleh semasa pengajaran dan pembelajaran

Pada penghujung pembelajaran, pelajar diharapkan dapat menguasai konsep-konsep dalam topik bioteknologi dan kemahiran abad ke-21 (era literasi digital, inventif dan

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitiatif dalam menjalankan kajian.Borang soal selidik telah dijadikan instrumen utama dalam

Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa amalan mengintegrasikan elemen dan kemahiran PAK21 ke dalam sesi PdP guru di sekolah masih sederhana kerana penyediaan aktiviti yang

Pendekatan gaya pembelajaran merupakan satu keperluan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid generasi baru. Selaras dengan revolusi pendidikan,

Item B10 “saya perlu belajar untuk menambah pengetahuan tentang pelaksanaan pembelajaran abad ke-21” merupakan item yang mendapat skor yang tertinggi antara 10 item yang

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Kumpulan

Kesedaran gaya kognitif perlu untuk membantu siswa guru, menggunakan strategi pembelajaran kendiri dengan lebih baik agar selari dengan generasi abad ke-21 yang