• Tiada Hasil Ditemukan

View of Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam (HeadMaster Sustainable Leadership Practice and Teacher Job

Satisfaction in Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam)

Raja Nurmunira Raja Harman Shah1*, Mohamed Yusoff Mohd Nor1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p100185@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kepimpinan lestari merupakan satu bentuk model kepimpinan terkini bagi menilai aspek kepimpinan dalam bidang pendidikan dengan merujuk kepada perubahan-perubahan terkini dan baharu yang berlaku dalam dunia pendidikan. Permasalahan kepada kajian ini adalah secara realitinya perkara yang berlaku di sekolah adalah masa bekerja pengetua umumnya dihabiskan dengan urusan lain. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan Lestari Guru Besar serta mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif dengan menggunakan soal selidik berskala Likert melibatkan 30 responden yang yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Dapatan kajian mendapati tahap amalan kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi serta terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan kerja guru. Implikasi hasil dari kajian adalah berharap dapat memberi panduan kepada PPD, JPN dan KPM untuk mengadakan latihan bagi meningkatkan kepimpinan lestari guru besar. Kesimpulan nya guru besar di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah mengamalkan tahap kepimpinan lestari yang tinggi.

Kata kunci: Kepimpinan lestari, kepuasan kerja, hubungan tahap amalan

Abstract: Sustainable leadership is a form of the latest leadership model to evaluate the aspects of leadership in the field of education with reference to the latest and new changes that occur in the world of education. The problem in this study is that in reality the thing that happens in school is that the headmaster’s working time is generally spent on other matters.

The purpose of the study is to identify the level of Sustainable leadership practices of headmaster as well as to identify the level of job satisfaction of teachers in Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. In addition, this study is also to identify the relationship between the level of sustainable leadership practice of headmasters with the level of job satisfaction of teachers in Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. This study uses a descriptive quantitative method using a Likert scale questionnaire involving 30 respondents consisting of teachers from Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. The findings of the study found that the level of headmaster leadership practice and the level of teacher job satisfaction are high and there is a significant relationship between the level of headmaster leadership practice and the level of job satisfaction. The implication of the results of the study is to hope to provide guidance to PPD, JPN and KPM to conduct training to improve the sustainable leadership of

(2)

headmasters. In conclusion, the headmaster at Sekolah Kebangsaan Padang Jawa has practiced a high level of sustainable leadership.

Keywords: Sustainable leadership, job satisfaction, practice level relationships

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Sekolah merupakan tempat untuk membentuk modal insan yang berkebolehan, berketerampilan dan berupaya menggantikan pemimpin negara pada masa hadapan. Peranan utama sesebuah sekolah bukan sahaja melahirkan modal insan yang cemerlang daripada segi jasmani, emosi, intelek, sahsiah dan sosial sebaliknya turut memainkan peranan yang besar dalam menyediakan individu yang boleh memenuhi permintaan pasaran kerja. Menurut Fawziah Kassim (2008) berpendapat guru besar adalah seorang pemimpin yang berkeupayaan, bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana pengetahuan, berkemahiran, mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap dan berkesan.

Malah, Abdul Rahim (2003) yang berpendapat bahawa sekolah sebagai organisasi yang terancang perlu menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada komuniti setempat. Lantas, guru besar perlu memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah mengikut gaya kepimpinan yang sesuai dan tepat. Oleh itu, pemimpin utama di sekolah sama ada guru besar atau pengetua memainkan peranan yang penting dalam mendepani segala cabaran melestarikan kecemerlangan pendidikan negara tanpa meminggirkan kerjasama yang erat dengan semua kakitangannya.

Kajian ini dijalankan bagi memerhati, meneliti dan merumuskan sama ada guru besar sekolah rendah adalah pemimpin lestari atau ‘sustainable leaders’ di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Dalam konteks kajian ini juga, penyelidik ingin memberi gambaran jelas tentang tahap tingkah laku dan amalan kepimpinan yang diaplikasikan oleh guru besar khususnya dalam membudayakan kepimpinannya di sekolah sebagaimana yang telah diasaskan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink sejak tahun 2003. Hargreaves dan Fink menyarankan agar kepimpinan lestari perlu menjadi komitmen dan keutamaan semua pemimpin sekolah dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. Oleh itu, para pentadbir perlu memahami pendekatan atau amalan-amalan kepimpinan lestari untuk menguruskan sekolah dengan lebih berkesan. Tanpa melestarikan legasi kepimpinan sudah pasti keunggulan sesuatu sekolah tidak dapat dikekalkan pada masa hadapan.

1.1 Pernyataan Masalah

Kajian yang dijalankan oleh tokoh pendidikan (Harris, B.2007) mengenai sekolah dan keberkesanan kepimpinan menunjukkan bahawa organisasi sekolah yang semakin kompleks memerlukan anjakan amalan dan penyesuaian dari perspekstif kepimpinan. Menurut Azlin Norhaini Mansor (2006), Foo Say Fooi (2003) dan Daresh (2001) model pengurusan klasik masih diamalkan dan digunakan oleh kebanyakan pengetua di mana ianya memberi impak kepada guru. Kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan.

Secara realitinya, perkara yang berlaku di sekolah adalah masa bekerja pengetua umumnya dihabiskan dengan urusan lain. Majoriti pengetua gagal mengamalkan fungsi utama mereka iaitu membantu pengajaran guru di bilik darjah disebabkan banyak masa terpaksa dihabiskan untuk mengurus hal-hal pentadbiran dan pengurusan sekolah yang umum (Maimunah, 2005).

(3)

Menurut Azlin (2006), masa bekerja pengetua banyak dihabiskan dengan urusan seperti pentadbiran di pejabat, masalah disiplin, urusan kertas kerja, komunikasi telefon, atau internet dan sebagainya yang tiada kaitan langsung dengan pengajaran guru. Selain itu, menurut Mohd.Suhaimi dan Zaidatol Akmaliah (2007) kebanyakan pengetua banyak melaksanakan pelbagai tugas yang mendesak seperti menghadiri mesyuarat, berjumpa ibu bapa dan melihat kerosakan di kawasan sekolah, sekaligus menghadkan masa mereka untuk memberi perhatian terhadap amalan kepimpinan lestari.

1.2 Tujuan Dan Objektif Kajian

Tujuan kajian adalah untuk Mengenalpasti hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam.

Secara khususnya objektif kajian adalah:

1) Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan lestari Guru Besar

2) Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam.

3) Mengenal pasti hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam.

2. Ulasan Kajian Lepas

Beberapa kajian lepas yang lepas menunjukkan bahawa amalan kepimpinan lestari telah membawa kepada perubahan yang positif dan keberkesanan kepada sekolah. Dapatan kajian yang dijalankan oleh Habib & Zaimah (2012) mendapati bahawa amalan kepimpinan lestari guru besar di daerah Segamat berada pada tahap sederhana tinggi sekaligus menunjukkan bahawa kepimpinan lestari yang diamalkan akan membantu meningkatkan prestasi kerja guru.

Supian & khadijah (2012) menyatakan hasil kajian menunjukkan kepimpinan lestari yang telah diamalkan pada keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Ini bermakna guru besar mengamalkan kepimpinan lestari dengan kadar yang kerap sama ada secara sedar atau sebaliknya. Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Syed Ishak (2015) di Sekolah Menengah Agama Bahagian Kuching menunjukkan keseluruhan dimensi amalan kepimpinan lestari pengetua di sekolah yang dikaji berada pada tahap yang tinggi.

Berdasarkan dapatan dalam kajian lepas lain, kepimpinan lestari telah membawa satu keputusan dan perubahan yang positif dalam pentadbiran sesebuah pengurusan di sekolah.

Dalam kajian Lokman (2009) kepimpinan di sekolah telah mengamalkan strategi kepimpinan lestari dalam memastikan segala objektif, matlamat dan visi sekolah tercapai. Ng Shok (2014) dalam kajiannya mendapati kepimpinan lestari mempunyai hubungan secara langsung dengan prestasi kerja guru di sekolah.

Abdul Ghani (2005) menegaskan pengetua berkeupayaan meningkatkan prestasi guru dan sikap guru dengan amalan kepimpinan lestari. Manakala Koh (2008) berpendapat bahawa pengetua sekolah yang cemerlang akan membangunkan minda guru-guru melalui keupayaan kepimpinan guru-guru iaitu merujuk kepada penglibatan meluas dan keterampilan dalam tugas memimpin. Jelaslah di sini bahawa kepimpinan lesatri merupakan satu gaya kepimpinan pengurusan ke arah satu keputusan yang positif dan memberi kebaikan kepada semua pihak.

2.1 Teori

Kepimpinan ialah kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan

(4)

dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi (Kim dan Maubourgne, 1992). Teori Trait adalah teori kepribadian. Teori ini menjelaskan bahawa seseorang yang dilahirkan atau dilatih dengan kepribadian tertentu akan menjadi yang terbaik sebagai seorang pemimpin. Seseorang yang mempunyai keperibadian yang baik terutamanya dari segi komunikasi, pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah, bertanggungjawab akan dapat menjadi seorang pemimpin yang baik dan dapat menguruskan pentadbiran dengan baik.

McCall dan Lombardo (1983) menyatakan terdapat empat sifat keperibadian utama yang menjadi penentu keberhasilan atau kegagalan seorang pemimpin. Antara sifat keperibadian yang utama ialah ketenangan emosi, mengakui kesalahan, keterampilan yang baik, mempunyai pengetahuan yang luas. Sifat-sifat keperibadian inilah yang diperlukan dalam diri seorang pemimpin. Menurut Baharom dan kawan-kawan (2009) teori ini mengasingkan sifat-sifat sahsiah, sosial, fizikal, atau intelektual seseorang pemimpin daripada orang yang bukan pemimpin.

Dengan kata lain, sifat-sifat pemimpin berbeza daripada yang bukan pemimpin. Pemimpin yang baik dan mengamalkan gaya kepimpinan yang terpilih merupakan seorang pemimpin yang mempunyai jiwa yang besar dan dapat bertoleransi dalam setiap keputusan yang akan dilakukan.

2.2 Model

Guru besar merupakan pemimpin di sekolah yang mana lazimnya akan menjadi tempat rujukan guru-guru dan juga pentadbir utama di sekolah. Menurut Nubli (2012), matlamat akhir pendidikan adalah perubahan dan organisasi yang membuahkan kejayaan. Oleh yang demikian, gaya kepimpinan seorang pengetua memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah pengurusan atau pentadbiran di sekolah. Terdapat tujuh dimensi dalam model kepimpinan lestari seperti dalam Rajah 1 dan Model kepimpinan lestari ini dicetuskan oleh Hargreaves dan Fink (2003). Setiap dimensi mempunyai gaya yang tersendiri dalam corak kepimpinan.

Rajah 1: Model Kepimpinan Lestari Hargreaves dan Fink (2003)

(5)

Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan lima dimensi model kepimpinan lestari.

Dimensi yang digunakan ialah keutamaan matlamat jangka panjang, mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah, mengutamakan dan memimpin pembelajaran di sekolah, keutamaan kepada aset manusia dan material dan dimensi kelima yang digunakan ialah membina kapasiti dan kepelbagaian persekitaran sekolah.

Sehubungan itu, kepuasan kerja guru menggunakan Model Zainuddin Awang dan Zahari Ismail (2010) seperti Rajah 2 yang terdiri daripada lima faktor iaitu beban kerja, persekitaran kerja, kepimpinan guru besar, kenaikan pangkat dan rakan sekerja tetapi dalam kajian hanya menggunakan 3 aspek sahaja iaitu kenaikan pangkat, beban kerja dan rakan sekerja.

Rajah 2: Model Kepuasan Kerja Zainuddin & Zahari Ismail (2010)

3. Metodologi

3.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik yang menggunakan aplikasi Google Form. Soalan soal selidik direka menggunakan skala Likert lima tahap. Sampel kajian adalah 30 orang responden yang dipilih secara rawak terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Jawa di Shah Alam.

3.2 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik yang direka menggunakan skala Likert:

1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju

3 Kurang Setuju 4 Setuju

5 Sangat Setuju

Jadual 1: Interpretasi Skor Min (Marwan, 2011) Skor Min Interprestasi Skor Min 1.00 - 1.50 Sangat Rendah 1.51 - 2.49 Rendah 2.50 - 3.49 Sederhana 3.50 - 4.49 Tinggi 4.50 - 5.00 Sangat Tinggi

(6)

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Dapatan kajian diperoleh daripada data-data secara menyeluruh dan terperinci berdasarkan soalan-soalan berkaitan dengan dimensi amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam.

Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Latar Belakang

Berdasarkan Jadual 2, responden yang dipilih terdiri daripada 6 orang guru lelaki dan 24 orang guru perempuan di mana masing-masing mewakili 20% dan 80%. Jumlah responden adalah seramai 30 orang guru Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam yang dipilih secara rawak. Responden yang memiliki kelulusan akademik Ijazah adalah tertinggi iaitu 19 orang mewakili 63.3% berbanding diploma iaitu 4 orang mewakili 13.3% dan Ijazah Sarjana iaitu 7 orang mewakili 23.3%. Selain itu, tempoh perkhidmatan responden dengan masing-masing adalah 9 pada tempoh 1-5 tahun dan 21 tahun dan lebih dan masing-masing mewakili 30%.

Manakala tempoh perkhidmatan 6-10 tahun dan 16-20 tahun masing-masing adalah 3 dan mewakili 10% serta tempoh perkhidmatan 11-15 tahun adalah 6 dengan mewakili 20%.

Objektif 1: Mengenal Pasti Tahap Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar Di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam

Jadual 3: Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar

Bil Min Sisihan Piawai Interprestasi Skor Min

A. Menggalakkan Pembelajaran Berterusan 4.30 0.60 Tinggi

B. Mewujudkan Pemimpin Pelapis Di Sekolah 4.28 0.76 Tinggi

C.Penerapan Budaya Perkongsian Pembelajaran Dalam Kalangan Guru

4.17 0.67 Tinggi

Bil Latar Belakang Responden Kekerapan

(n=30)

Peratus (100%) 1 Kelulusan Akademik

1.1 Diploma 4 13.3

1.2 Ijazah 19 63.3

1.3 Ijazah Sarjana 7 23.3

1.4 PhD 0 0

2 Jantina

2.1 Lelaki 6 20

2.2 Perempuan 24 80

3 Umur

3.1 Bawah 29 Tahun 6 20

3.2 30– 35 Tahun 4 13.3

3.3 36 – 40 Tahun 5 16.7

3.4 41 – 45 Tahun 6 20

3.5 46 – 50 Tahun 2 6.7

3.6 51 – 55 Tahun 6 20

3.7 56 – 60 Tahun 1 3.3

4 Tempoh Perkhidmatan

4.1 1 – 5 Tahun 9 30

4.2 6 – 10 Tahun 3 10

4.3 11 – 15 Tahun 6 20

4.4 16 – 20 Tahun 3 10

4.5 21 Tahun Dan lebih 9 30

5 Taraf Perkahwinan

5.1 Belum Berkahwin 8 26.7

5.2 Berkahwin 22 73.3

(7)

D.Menggalakkan Perkongsian Dengan Rakan atau Organisasi Di Luar Sekolah

3.86 0.73 Tinggi

E. Kepelbagaian 4.11 0.70 Tinggi

Dapatan seperti dalam Jadual 3 menunjukkan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa adalah tinggi di mana dimensi menggalakkan pembelajaran berterusan adalah tertinggi (Min = 4.30; s.p = 0.60) berbanding dengan dimensi yang lain. Ini menunjukkan guru besar Sekolah Kebangsaan Padang Jawa cenderung mengamalkan amalan kepimpinan lestari dalam menggalakkan pembelajaran berterusan.

Jadual 3.1 A: Dimensi Menggalakkan Pembelajaran Berterusan

Min Sisihan Piawai Interprestasi Skor Min A1. Guru besar memberi sokongan berterusan

kepada pembelajaran sepanjang hayat kepada guru dan pelajar

4.50 0.57 Sangat Tinggi

A2. Guru besar mengutamakan penguasaan ilmu bukan untuk lulus

4.10 0.88 Tinggi

A3. Guru besar menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan di sekolah

4.37 0.61 Tinggi

A4. Guru besar menggalakkan perkembangan emosi pelajar

4.23 0.68 Tinggi

Seperti dalam Jadual 3.1 menunjukkan dapatan dimensi menggalakkan pembelajaran berterusan yang diukur dengan empat (4) item di mana item yang pertama iaitu ‘Guru besar memberi sokongan berterusan kepada pembelajaran sepanjang hayat kepada guru dan pelajar’adalah sangat tinggi (Min = 4.50, s.p = 0.57) dan item yang lain juga berada pada tahap tinggi. Ini jelas menunjukkan guru besar di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa sangat memberi galakan dan semangat yang berterusan kepada para guru.

Objektif 2: Mengenal Pasti Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam

Jadual 4: Tahap Kepuasan Kerja Guru

Bil Min Sisihan Piawai Interprestasi skor min

A. Kenaikan Pangkat 4.28 0.66 Tinggi

B. Beban Kerja 3.88 0.48 Tinggi

C. Rakan Sekerja 3.71 0.35 Tinggi

Jadual 4 menunjukkan dapatan tahap kepuasan kerja guru di sekolah kebangsaan padang jawa shah alam adalah tertinggi pada aspek kenaikan pangkat (Min = 4.28; s.p = 0.66) seterusnya aspek beban kerja (Min = 3.88; s.p = 0.48) dan aspek rakan sekerja (Min = 3.71; s.p = 0.35).

Jelas menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa adalah pada aspek kenaikan pangkat.

Jadual 4.1 A: Aspek Kenaikan Pangkat

Min Sisihan Piawai Interprestasi Skor Min BA1. Pangkat yang diperolehi sekarang

kurang daripada apa yang sepatunya diterima

3.27 0.85 Tinggi

BA2. Pangkat yang diperolehi tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan

4.02 0.74 Tinggi

(8)

BA3. Pangkat yang diperolehi memadai dalam bidang kerja seorang guru

3.84 0.96 Tinggi

BA4. Pangkat yang lebih tinggi membuatkan orang lebih hormat dan hargai

4.35 0.69 Tinggi

Seperti dalam Jadual 4.1 menunjukkan dapatan kepuasan guru bagi aspek kenaikan pangkat yang di ukur dengan empat (4) item adalah tinggi tetapi item yang keempat iaitu ‘pangkat yang lebih tinggi membuatkan orang lebih hormat dan hargai’ berada pada tahap tertinggi (Min = 4.35; s.p = 0.69) berbanding item yang lain. Ini jelas menunjukkan pangkat diperlukan oleh para guru demi menjamin hubungan antara guru dan guru besar.

Objektif 3: Mengenal Pasti Hubungan Tahap Amalan Kepimpinan Lestari Dan Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam

Jadual 5: Hubungan Tahap Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar Dan Tahap Kepuasan Kerja Guru KORELASI

Amalan Kepimpinan Lestari Kepuasan Kerja Guru Amalan

Kepimpinan Lestari

Pearson Correlation 1 .291

Sig. (2-tailed) .002

N 30 30

Kepuasan Kerja Guru

Pearson Correlation .291 1

Sig. (2-tailed) .002

N 30 30

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Dapatan seperti dalam Jadual 5 menunjukkan Ujian Korelasi Pearson yang dijalankan dalam menentukan hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan tahap kepuasan kerja guru di mana kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan lestari guru besar dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam (r= 0.291, p<0.05) maka hipotesis nul berjaya ditolak.

Dapatan kajian mendapati tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan kepimpinan lestari dan kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam.

4.1 Implikasi

Implikasi hasil daripada kajian ini kepada guru besar diharapkan dapat memberi lebih penekanan terhadap amalan kepimpinan lestari dalam menjamin kepuasan kerja guru di sekolah. Malah guru besar perlu lebih memberi pendedahan berkenaan kursus, latihan, seminar atau bengkel kepada para guru dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran guru seterusnya dapat memberi kelebihan untuk para guru menjawat pangkat yang lebih tinggi

Selain itu, implikasi hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengadakan latihan dan kursus bagi meningkatkan kepimpinan lestari guru besar di setiap sekolah di shah alam di samping memberi pendedahan dan maklumat garis panduan agar tahap amalan kepimpinan lestari dapat ditingkatkan oleh guru besar dari masa ke masa demi menjamin profesionalisma guru besar.

5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati tahap amalan kepimpinan lestari oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Padang Jawa adalah tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru. Ini memperlihatkan persepsi

(9)

guru terhadap amalan kepimpinan lestari guru besar adalah tinggi dan guru besar telah menjalankan tanggungjawab dan peranan nya dengan baik sekali sebagai guru besar yang lestari.

Rujukan

Mohd Suhaimi Mohamed Ali & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007). Amalan kepimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah luar bandar. Kertas Kerja Seminar Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-14 IAB, Genting Highlands

Hargreaves, A dan Fink, D. (2003). Sustaining Leadership.Phi Delta Kappan

Lokman Mohd Tahir, Khadijah Daud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ahmad Marzuki

Mohamad. (2009). Teori dan Model Kepimpinan Dalam Pendidikan, Johor Bahru: Desktop Publisher

Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2012. Kecemerlangan Pengurusan Organisasi Dalam Islam. (Siri 4). Universiti Malaysia Pahang

Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim. (20019) Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Prosiding ‘Seminar Kepengetuan Kebangsaan Ke-V1’- Halatuju

Kepemimpinan Sekolah Untuk Penambahbaikan Yang Mapan – 10-12 Mac 2009.

Institut Kepengetuaan, Kampus Kota, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Azlin Norhaini Mansor. (2004). Amalan Pengurusan Pengetua: Satu Kajian Kes. Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan

Ke-12, 6-9 Disember 2004. Genting Highlands: IAB

Supian Hashim dan Khadijah Daud (2014). Amalan Kepimpinan Lestari dan Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah Yang Menerima Tawaran Baru di Daerah

Segamat. Sains Humanika 2:4, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, 197–208

Saiful Akramin bin Mhd Nor (2016). Amalan Kepimpinan Pengetua Di Sekolah Prestasi Akademik Tinggi Dan Rendah Di Daerah Kota Bharu. Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 221-230 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

Fatimah, A. 2014. Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru Kolej Fuziah Mat Yakop & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). A study of reationship between

leadership practices and learning organization practices in cluster secondary schools

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh yang demikian, dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru besar akan memberi kesan kepada pentadbiran sekolah seterusnya memberi kesan terhadap

Menurut (Quaglia &amp; Marion, 1991 dalam Junaidah Mohamad, 2013) menyatakan terdapat perkaitan rapat antara kepuasan kerja guru dengan perkara yang selalu berlaku

Sesuatu kepimpinan yang efektif merupakan satu asas bagi kenaikan taraf sekolah secara berterusan, bersama kepimpinan transformasi guru besar akan memberi impak

Kajian ini mendapati hubungan positif yang signifikan pada tahap tinggi antara amalan kepimpinan distributif pengetua dengan kepimpinan guru di sekolah

Jadual 4.12 di atas menujukkan hasil data analisis regresi iaitu nilai R-square adalah 0.140 atau bersamaan dengan 14% dalam analisis regresi yang

Dapatan kajian mendapati tahap tingkah laku kepimpinan guru besar, beban kerja guru dan prestasi kerja guru di daerah Sarikei adalah sederhana manakala analisis

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti terdapat tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar mengikut empat dimensi iaitu pengaruh yang ideal,

Seterusnya, hasil dapatan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu menunjukkan hubungan di antara amalan kepimpinan lestari guru besar