• Tiada Hasil Ditemukan

View of KOMITMEN SUKAN DALAM KALANGAN ATLET KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of KOMITMEN SUKAN DALAM KALANGAN ATLET KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

KOMITMEN SUKAN DALAM KALANGAN ATLET KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA

(Commitment in Sport Among Kolej Komuniti Malaysia Athletes)

Mohd Nazaruddin Hanapiah1*, Tajul Arifin Muhamad2, Kaswati Salleh

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: nazaruddin.kkkl@celt.edu.my Accepted: 1 February 2020 | Published: 15 February 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penglibatan dalam aktiviti sukan dapat memberikan kebaikan serta tahap kualiti kehidupan terhadap seseorang individu. Aktiviti sukan bukan sahaja amalan hobi bagi sesetengah individu malah ia juga dipercayai dapat memberikan pelbagai perkara positif dalam aspek kehidupan seperti kesihatan diri, hubungan & pergaulan sesama manusia.

Walaubagaimanapun komitmen dalam aktiviti sukan adalah bergantung kepada matlamat dan hasil yang diinginkan oleh setiap individu atau sesuatu pasukan . Kajian ini bertujuan untuk mengkaji komitmen pelajar atlet dengan menggunakan Questionnaire Model Sport-2 (SCQ-2). Model Komitmen Sukan digunakan secara meluas untuk memahami motivasi dan komitmen para atlet untuk terus bermain sukan. Seramai 251 responden yang menyertai Kejohanan Sukan Kolej Komuniti 2019 dipilih dalam kajian ini yang mengukur 12 subskala komitmen sukan. Semua data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min, ujian-t sampel tidak bersandar. Hasilnya dapatan menunjukkan keseronokan sukan adalah faktor utama yang telah menyumbang kepada komitmen atlet dalam semua jenis sukan.

Manakala hasil dapatan ujian-t tidak bersandar pula mendapati tidak mempunyai perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina perempuan dan lelaki terhadap komitmen sukan.

Kata kunci: Sukan, pelajar atlet, kolej komuniti, model komitmen sukan, motivasi, psikologi sukan

Abstract: Participating in sports activities can give the individual a good and better quality of life. Sports activities are not only a hobby practice for some individuals but they are also believed to provide a variety of positive aspects in life such as personal health, relationships and intercommunications with others. However, commitment to sports activities depends on the goals and desired outcomes of each individual or team. The purpose of this study was to examine student's commitment using the Sport Commitment Questionnaire-2 (SCQ-2). The Sport Commitment model is widely used to understand the motivation and commitment of athletes to continue playing sports. A total of 251 respondents participating in the 2019 Community College Sports Championship were selected in this study which measured 12 sports commitment scores. All data were analyzed using descriptive statistics, mean comparison and independent sample t-test. The results show that sports fun is a major factor contributing to athlete commitment in all sports. While the results of the t-test did not show that there was no significant difference based on female and male gender in sports commitment.

Keywords: sports, athlete student, community college, sport commitment model, motivation, sport psychology

_________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Penglibatan dalam aktiviti sukan sebenarnya memerlukan pengorbanan yang menyeluruh oleh pelajar. Begitu juga dengan pelajar, mereka memerlukan sokongan dan galakan bagi melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Semua pihak sepatutnya terus berganding bahu bersama-sama meneruskan usaha demi masa depan aset negara ini. Institusi pendidikan sedia ada diketahui berperanan dalam memberikan pendidikan kepada pelajar-pelajarnya.

Walaubagaimanapun dalam aspek pendidikan akademik dan bukan akademik dipercayai banyak perkara yang masih belum diterokai kebaikan dan kesannya kepada semua pihak.

Pengkaji terdahulu menyatakan, pelajar kadangkala berada dalam dilema bagi menentukan perkara yang lebih penting antara bergiat aktif dalam bidang sukan ataupun memfokuskan terhadap akademik. Pengorbanan dari aspek fizikal, kewangan, emosi, intelek, dan juga mental merupakan faktor-faktor yang mendorong pelajar UTM 10 menyertai aktiviti sukan dalam kajian yang dijalankan oleh (Azly, 2006).

Sosialisasi pembelajaran dan pemahaman tentang keperluan, ganjaran, tuntutan, cabaran- cabaran, dan faedah dalam persekitaran pelajar merupakan proses penglibatan (Kuh, 1992).

Penglibatan merupakan suatu perbuatan yang mana keterlibatan seseorang dalam sesuatu hal dan perkara. Ianya didorong oleh diri sendiri dan bertanggungjawab dalam setiap penyertaan kepada perkara-perkara yang diinginkannya.

Afektif dan tingkah laku pula merupakan takrifan penglibatan kepada dua dimensi (Leithwood dan Jantzi, 1999). Dikatakan, untuk menjadi peserta yang aktif berbanding dengan rakannya yang lain, adalah pelajar yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Potensi diri seseorang pelajar juga mampu digilap melalui penglibatan dalam kokurikulum yang mana ianya akan menjurus ke arah bidang pekerjaan.

Menurut Russell et al. (2005), penglibatan merupakan suatu tenaga bagi sesuatu tindakan, di mana ia adalah perkara yang menghubungkan seseorang individu dengan aktiviti. Emosi, kognitif dan tingkah laku merupakan tiga bentuk penglibatan yang mana kesemua perkara tersebut memperlihatkan seseorang dalam setiap penglibatannya.

2. Ulasan Kajian Lepas

Penerangan Ulasan Kajian Lepas

Becker (1960); Kelly (1983) dan Rusbult (1980) menyatakan bagi menjelaskan keazaman untuk satu bentuk perhubungan atau sesuatu aktiviti maka komitmen merupakan salah satu set faktor tersebut. Rusbult (1988) turut menambah, definisi komitmen merupakan keinginan seseorang individu untuk terus kekal dengan satu bentuk perhubungan dan sesuatu aktiviti serta mengalami perasaan psikologikal "kelekatan" tersebut terhadapnya.

Ini menunjukkan signifikasi komitmen dalam mempengaruhi individu untuk terus melakukan sesuatu. Ianya disokong oleh Jess (2009) dalam kajianya menyatakan salah satu ukuran kebarangkalian sama ada seseorang individu itu akan terus melibatkan diri dalam sukan pada masa akan dating adalah bergantung kepada tahap komitmen individu dalam sesuatu aktiviti.

Oleh itu komitmen memainkan peranan, motif atau salah satu faktor penting dalam mempengaruhi seseorang individu untuk terus atau tidak terlibat dalam sesuatu aktiviti.

Pelbagai sudut dapat dilihat dalam pengertian komitmen sukan dan ia juga penting kepada matlamat dan objektif sebenar individu tersebut. Sesuatu kejayaan mungkin akan dikecapi

(3)

apabila semua faktor-faktor tersebut dimiliki oleh seseorang individu. Hal ini disokong oleh Kwame Ampofo-Boateng (2015) yang menayatakan komitmen telah lama dikenal pasti sebagai faktor penting untuk kejayaan sukan. Dalam konteks bidang sukan, Scanlan et al.

(1993) telah memperkenalkan model komitmen secara teoritikal dalam bidang sukan yang mempunyai lima faktor iaitu, penglibatan alternatif, peluang penglibatan, pelaburan peribadi, keseronokan sukan dan kekangan sosial. Oleh itu dalam kajian ini pengkaji memilih model ini untuk mengkaji proses motivasi dalam penglibatan sukan.

.

3. Analisis dan Hasil Dapatan

Analisis diskriptif subskala komitmen sukan bagi atlet lelaki dan perempuan yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan

Jadual 1: Skor min komitmen sukan mengikut jantina

Subskala Jantina N Min Sisihan

Piawai Enthusiastic

Commitment

Lelaki 165 4.7444 0.46363

Perempuan 86 4.6434 0.66478

Contrained Commitment

Lelaki 165 3.4158 0.55171

Perempuan 86 3.3814 0.50933

Sport Enjoyment Lelaki 165 4.7770 0.40207

Perempuan 86 4.6465 0.69328

Valuable Opportunities

Lelaki 165 4.7167 0.49428

Perempuan 86 4.6250 0.62983

Other Priorities Lelaki 165 4.5515 0.73920

Perempuan 86 4.5605 0.72587

Personal Investments- Loss

Lelaki 165 4.6909 0.60746

Perempuan 86 4.5651 0.72611

Personal Investments- Quantity

Lelaki 165 4.7561 0.46604

Perempuan 86 4.6366 0.66494

Social Constraints Lelaki 165 4.6409 0.67642

Perempuan 86 4.6134 0.69732

Social Support- Emotional

Lelaki 165 4.6576 0.63151

Perempuan 86 4.6076 0.65926

Social Support- Informational

Lelaki 165 4.7030 0.54799

Perempuan 86 4.6605 0.55989

Desire to Excel- Mastery Achievement

Lelaki 165 4.7525 0.45294

Perempuan 86 4.6492 0.57111

Desire to Excel- Social Achievement

Lelaki 165 4.7527 0.45793

Perempuan 86 4.6372 0.63506

(4)

Jadual 1 di atas menunjukkan skor min komitmen sukan yang mempengaruhi responden atlet peajar perempuan dan lelaki untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hasil dapatan kajian mendapati komitmen sukan bagi atlet pelajar lelaki yang memperolehi nilai skor min yang tertinggi adalah subskala Sport Enjoyment (M=4.7770, SD=0.40207). Seterusnya subskala Desire to Excel- Social Achievement iaitu dengan skor min 4.7527 dan sisihan piawai 0.45793. Personal Investments- Quantity memperolehi nilai skor min 4.7561 dan sisihan piawai 0.46604. Komitmen sukan Enthusiastic Commitment memperolehi nilai skor min 4.7444 dan sisihan piawai 0.46363. Manakala subskala Desire to Excel- Mastery Achievement iaitu dengan skor min 4.7525 dan sisihan piawai 0.45294. Komitmen sukan Social Support- Informational memperolehi nilai skor min 4.7030 dan sisihan piawai 0.54799. Skor min komitmen sukan menunjukkan Personal Investments- Loss yang memperolehi nilai skor min 4.6909 dan sisihan piawai 0.60746. Social Support- Emotional pula mempunyai nilai skor min 4.6576 dan sisihan piawai 0.63151. Komitmen sukan bagi subskala Social Constraints memperolehi nilai skor min 4.6409 dan sisihan piawai 0.67642.

Other Priorities pula menunjukkan skor nilai skor min 4.5575 dan sishan piawai 0.73920.

Manakala skor min yang paling rendah bagi responden atlet lelaki adalah subskala Constrained Commitment yang mempunyai nilai skor min 3.4158 dan sisihan piawai 0.55171.

Skor min komitmen sukan bagi responden atlet perempuan menunjukkan subskala Social Support- Informational yang memperolehi nilai skor tertinggi iaitu min 4.6605 dan sisihan piawai 0.55989. Subskala komitmen sukan yang memperolehi skor min kedua tertinggi ialah Desire to Excel- Mastery Achievement dengan nilai skor min iaitu 4.6492 dan sisihan piawai 0.57111. Seterusnya subskala Sport Enjoyment iaitu dengan skor min 4.6465 dan sisihan piawai 0.69328. Enthusiastic Commitment memperolehi nilai skor min 4.6434 dan sisihan piawai 0.66478. Komitmen sukan Desire to Excel- Social Achievement memperolehi nilai skor min 4.6372 dan sisihan piawai 0.63506. Seterusnya subskala Personal Investments- Quantity iaitu dengan skor min 4.6366 dan sisihan piawai 0.66494. Komitmen sukan Valuable Opportunities memperolehi nilai skor min 4.6250 dan sisihan piawai 0.62983. Skor min komitmen sukan menunjukkan Social Constraints yang memperolehi nilai skor min 4.6134 dan sisihan piawai 0.69732. Social Support- Emotional pula mempunyai nilai skor min 4.6076 dan sisihan piawai 0.65926. Komitmen sukan bagi subskala Personal Investments- Loss memperolehi nilai skor min 4.5651 dan sisihan piawai 0.72611. Other Priorities pula menunjukkan skor nilai skor min 4.5665 dan sishan piawai 0.72587. Manakala subskala Constrained Commitment memperolehi nilai skor min yang paling rendah bagi responden perempuan iaitu 3.3814 dan sisihan piawai 0.50933

Analisis komitmen sukan atlet perempuan dan lelaki yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan

Jadual 2 menunjukkan keputusan analisis bagi ujian-t sampel tidak bersandar digunakan bagi membandingkan skor min komitmen sukan responden atlet peremuan dan atlet lelaki yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Lajur yang dilabelkan sebagai p (sig. 2-tailed)

menentukan sama ada skor min antara dua belas subskala komitmen sukan berbeza secara signifikan atau tidak.

Ujian menunjukkan nilai t=1.259, p=0.210 adalah tidak signifikan bagi komitmen sukan iaitu subskala Enthusiastic Commitment. Hasil daripada ujian yang diajalankan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min bagi Enthusiastic Commitment yang signifikan di

(5)

antara responden atlet lelaki (M=4.7444, SD=0.46363) dengan responden atlet perempuan (M=4.6434, SD=0.66478). Manakala skor min komitmen sukan bagi subskala Constrained Commitment menunjukkan nilai t=.481, p=0.631 adalah tidak signifikan. Seterusnya tidak terdapat perbezaan skor min komitmen sukan bagi subskala Constrained Commitment di antara responden atlet lelaki (M=3.4158, SD=0.55171) dengan responden atlet perempuan (M=3.3814, SD=0.50933) di dalam keputusan ujian yang dijalankan.

Komitmen sukan Sport Enjoyment menunjukkan nilai t=1.610, p=0.110 adalah tidak signifikan. Hasil daripada ujian yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min bagi Sport Enjoyment yang signifikan di antara responden atlet lelaki (M=4.7770, SD=0.40207) dengan responden atlet perempuan (M=4.6465, SD=0.69328). Manakala skor min komitmen sukan bagi subskala Valuable Opportunities menunjukkan nilai t=1.266, p=0.207 adalah tidak signifikan. Seterusnya hasil ujian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min komitmen sukan bagi subskala Valuable Opportunities di antara responden atlet lelaki (M=4.7167, SD=0.49428) dengan responden atlet perempuan (M=4.6250, SD=0.62983).

Nilai t=-.092, p=0.927 adalah hasil keputusan ujian yang menyatakan tidak signifikan bagi aspek komitmen sukan iaitu subskala Other Priorities. Begitu juga hasil daripada ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min bagi Other Priorities yang signifikan di antara responden atlet lelaki (M=4.5515, SD=0.73920) dengan responden atlet perempuan (M=4.5605, SD=0.72587). Manakala skor min komitmen sukan bagi subskala Personal Investments- Loss menunjukkan nilai t=1.454, p=0.147 adalah tidak signifikan. Manakalan keputusan ujian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min komitmen sukan bagi subskala Personal Investments- Loss di antara responden atlet lelaki (M=4.6909, SD=0.60746) dengan responden atlet perempuan (M=4.5651, SD=0.72611).

Komitmen sukan Personal Investments- Quantity menunjukkan nilai t=1.486, p=0.140 adalah tidak signifikan. Hasil dapatan ujian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min bagi Personal Investments- Quantity yang signifikan di antara responden atlet lelaki (M=4.7561, SD=0.46604) dengan responden atlet perempuan (M=4.6366, SD=0.66494).

Manakala skor min komitmen sukan bagi subskala Social Constraints menunjukkan nilai t=.303, p=0.762 adalah tidak signifikan. Seterusnya hasil keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min komitmen sukan bagi subskala Social Constraints di antara responden atlet lelaki (M=4.6409, SD=0.67642) dengan responden atlet perempuan (M=4.6134, SD=0.69732).

Komitmen sukan Social Support- Emotional menunjukkan nilai t=.587, p=0.558 adalah tidak signifikan. Keputusan hasil ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min bagi Social Support- Emotional yang signifikan di antara responden atlet lelaki (M=4.6576, SD=0.63151) dengan responden atlet perempuan (M=4.6076, SD=0.65926). Manakala skor min komitmen sukan bagi subskala Social Support- Informational menunjukkan nilai t=.580, p=0.563 adalah tidak signifikan. Seterusnya hasil keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min komitmen sukan bagi subskala Social Support- Informational di antara responden atlet lelaki (M=4.7030, SD=0.54799) dengan responden atlet perempuan (M=4.6605, SD=0.55989).

Ujian yang menunjukkan nilai t=1.456, p=0.148 adalah tidak signifikan bagi komitmen sukan iaitu subskala Desire to Excel- Mastery Achievement. Hasil daripada keputusan ujian

(6)

menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min bagi Desire to Excel- Mastery Achievement yang signifikan di antara responden atlet lelaki (M=4.7525, SD=0.45294) dengan responden atlet perempuan (M=4.6492, SD=0.57111). Manakala skor min komitmen sukan bagi subskala Desire to Excel- Social Achievement menunjukkan nilai t=1.496, p=0.137 adalah tidak signifikan. Hasil keputusan ujian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min komitmen sukan bagi subskala Desire to Excel- Social Achievement di antara responden atlet lelaki (M=4.7527, SD=0.45793) dengan responden atlet perempuan (M=4.6372, SD=0.63506).

Jadual 2: Perbezaan Skor Min Komitmen Sukan Mengikut Jantina

Subskala Jantina N Min Sisihan

Piawai

t df p

Enthusiastic Commitment

Lelaki 165 4.7444 0.46363 249 0.210

Perempuan 86 4.6434 0.66478 1.259 249

Contrained Commitment

Lelaki 165 3.4158 0.55171 249 0.631

Perempuan 86 3.3814 0.50933 .481 249

Sport Enjoyment Lelaki 165 4.7770 0.40207 249 0.110

Perempuan 86 4.6465 0.69328 1.610 249

Valuable Opportunities

Lelaki 165 4.7167 0.49428 249 0.207

Perempuan 86 4.6250 0.62983 1.266 249

Other Priorities Lelaki 165 4.5515 0.73920 249 0.927

Perempuan 86 4.5605 0.72587 -.092 249

Personal

Investments- Loss

Lelaki 165 4.6909 0.60746 249 0.147

Perempuan 86 4.5651 0.72611 1.454 249

Personal Investments- Quantity

Lelaki 165 4.7561 0.46604 249 0.140

Perempuan 86 4.6366 0.66494 1.486 249

Social Constraints Lelaki 165 4.6409 0.67642 249 0.762

Perempuan 86 4.6134 0.69732 .303 249

Social Support- Emotional

Lelaki 165 4.6576 0.63151 249 0.558

Perempuan 86 4.6076 0.65926 .587 249

Social Support- Informational

Lelaki 165 4.7030 0.54799 249 0.563

Perempuan 86 4.6605 0.55989 .580 249

Desire to Excel- Mastery Achievement

Lelaki 165 4.7525 0.45294 249 0.148

Perempuan 86 4.6492 0.57111 1.456 249

Desire to Excel- Social Achievement

Lelaki 165 4.7527 0.45793 249 0.137

Perempuan 86 4.6372 0.63506 1.496 249

(7)

4. Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian ini membolehkan pihak Kolej Komuniti Malaysia mempunyai pemahaman yang lebih baik dan pandangan yang lebih komprehensif serta bersesuaian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi atlet pelajar terhadap komitmen dalam sukan. Melalui kajian ini juga dapat membantu memberi pendedahan serta penjelasan kepada pihak berkenaan dalam menyusun dan merangka pembangunan pelan tindakan strategik bagi meningkatkan tahap pencapaian prestasi atlet pelajar Kolej Komuniti Malaysia.

Rujukan

Abdullah, A. (2006). Faktor-faktor pendorong pelajar UTM Kolej 10 untuk menyertai Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM) (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Ang, E. (2017). Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Personaliti “Big Five” Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Daerah Kota Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia.

Universiti Teknologi Malaysia.

Chear, S. L. S., Mohd, M. I., & Hamzah, S. H. (2018). Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam Membina Personaliti Dan Meningkatkan Prestasi Akademik, 7(1), 21–33.

Mirzaei, A., Nikbakhsh, R., & Sharififar, F. (2013). The relationship between personality traits and sport performance. European Journal of Experimental Biology, 3(3), 439–442.

Retrieved from www.pelagiaresearchlibrary.com

Scanlan, T. K., Chow, G. M., Sousa, C., Scanlan, L. A., & Knifsend, C. A. (2016). The development of the Sport Commitment Questionnaire-2 (English version). Psychology of Sport and Exercise, 22, 233–246. https://doi.org/10.1016/j.psychsport.2015.08.002 Teshome, B., Mengistu, S., & Beker, G. (2015). The Relationship between Personality Trait

and Sport Performance: The Case of National League Football Clubs in Jimma Town, Ethiopia. Journal of Tourism, Hospitality and Sports, 11(C), 25–33. Retrieved from http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.965.2917&rep=rep1&type=pd f

Scanlan, T. K., Carpenter, P. J., Schmidt, G. W., Simons, J. P., & Keeler, B. (1993). An introduction to the sport commitment model. Journal of Sport and Exercise Psychology, 15, 1-15

Weiss, W. M., Weiss, M. R., & Amorose, A. J. (2010). Sport commitment among competitive female athletes: Test of an expanded model. Journal of sports sciences, 28(4), 423-434.

Kanezaki, R. (2002). Verifications of sport commitment scales among old peoples. Journal of the Faculty of Culture and Education, 6, 239–247.

Chen, S., & Li, S. (2006). Research on the test of the Sport Commitment Model under the sport participation among college students. Journal of Beijing Sport University, 29, 623–625.

Choosakul, C., Vongjaturapat, N. Li, F. & Harmer, P. (2009). The Sport Commitment Model : An Investigation of Structural Relationships with Thai Youth Athlete Populations. Measurement in Physical Education and Exercise Science, 13, 123–139.

Allen, M. S., Greenlees, I., & Jones, M. V. (2013). Personality in sport: A comprehensive review. International Review of Sport and Exercise Psychology, 6, 1-47.

American Psychological Association. (2015). Personality. Retrieved from https://apa.org Costa, P. T. Jr., & McCrae, R. R. (2000). Revised NEO Personality Inventory Interpretive

Report. Lutz, FL: PAR Psychological Assessment Resources, Inc.

Costa, P. T. Jr., & Widiger, T. A. (1994). Personality disorders and the five-factor model of

(8)

personality. Washington, DC: American Psychological Association.

Hathaway, S. R., & McKinley, J. C. (1943). The Minnesota Multiphasic Personality Inventory (Rev. ed.). Minneapolis, MN: University of Minnesota Press.

Heine, S. J. (2012). Cultural Psychology. New York: W. W. Norton. Hellison,

John, O. P., & Srivastava, S. (1999). The Big-Five trait taxonomy: History, measurement, and theoretical perspectives. In L. A. Pervin & O. P. John (Eds.), Handbook of personality:

Theory and research (Vol. 2, pp. 102–138). New York: Guilford Press.

Lee, F. K., Johnston, J. A., & Dougherty, T. W. (2000). Using the five-factor model of personality to enhance career development and organizational functioning in the workplace. Journal of Career Assessment, 8(4), 419-427.

McCrae, R. R., & Allik, J. (2002). The Five-Factor Model of Personality Across Cultures.

New York: Kluwer Academic/ Plenum Publishers.

McCrae, R. R., Gaines, J. F., & Wellington, M. A. (2012). The five-factor model in fact and fiction. In I. B. Weiner, H. A. Tennen, & J. M. Suls, (Eds.), Handbook of psychology, volume 5, personality and social psychology 2nd edition (pp. 65-91). Hoboken, New Jersey: Wiley.

Olson, M. H., & Hergenhahn, B. R. (2011). An Introduction to Theories of Personality.

Boston: Pearson Education, Inc.

Weinberg, R. S. & Gould, D. (2011). Foundations of Sport and Exercise Psychology.

Champaign, IL: Human Kinetics.

Barrick, M.R. & Mount, M.K. (1991). The big five personality dimensions and job performance: A meta-analysis. Personnel Psychology, 44, 1-26.

Costa, P.T., Jr. & McCrae, R.R (1992). Revised NEO Personality Inventory (NEO-PI- R) and NEO Five-Factor Inventory (NEO-FFI) manual. Odessa, FL: Psychological Assessment Resources.

Scanlan, T. K., Carpenter, P. J., Schmidt, G. W., Simons, J. P., & Keeler, B. (1993). An introduction to the sport commitment model. Journal of Sport and Exercise Psychology, 15, 1-15.

Chen, S., & Li, S. (2006). Research on the test of the Sport Commitment Model under the sport participation among college students. Journal of Beijing Sport University, 29, 623–

625.

John, O. P., & Srivastava, S. (1999). The Big-Five trait taxonomy: History, measurement, and theoretical perspectives. In L. A. Pervin & O. P. John (Eds.), Handbook of personality:

Theory and research (Vol. 2, pp. 102–138). New York: Guilford Press.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dapatan ini telah membuktikan bahawa hipotesis 2, iaitu terdapat perbezaan skor min yang signifikan terhadap prestasi penulisan karangan keseluruhan antara murid kumpulan

Selain itu, responden 4 mengulas bahawa cara staf sokongan memberi galakaan kepada pelajar OKU mereka ini adalah dengan membeli produk yang di jual oleh mereka dan tidak

Kedua-dua ujian ANOVA telah membuktikan bahawa terdapat perbezaan nilai min bagi semua aspek dalam tahap pengetahuan dan kemahiran pendidikan seksualiti guru prasekolah antara

Berdasarkan hasil-hasil kajian ini yang melibatkan topik-topik matematik, maka pengkaji juga mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor pencapaian antara pelajar lelaki

Manakala hasil kajian hipotesis kedua adalah, Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian lari ulang alik 30 kaki terhadap atlet berumur bawah 16 tahun bagi

Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengkaji hubungan antara tret personaliti dan prestasi kerja dalam kalangan pegawai pusat sukan

Namun begitu, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan atlet bola sepak UKM bagi keempat-empat faktor kekuatan mental iaitu

Analisis Varians Dua Hala pula digunakan bagi melihat i perbezaan yang signifikan dari segi skor min item kesediaan pelajar antara pelajar kumpulan akademik SPM berprestasi tinggi dan