• Tiada Hasil Ditemukan

dengan maksud bahawa mereka dapat memahami dan menghayati seluruh isi kandungan al-Quran dan Sunnah Rasulullah (s.a.w

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "dengan maksud bahawa mereka dapat memahami dan menghayati seluruh isi kandungan al-Quran dan Sunnah Rasulullah (s.a.w"

Copied!
193
0
0

Tekspenuh

(1)

PENDAHULUAN

Kemantapan iman, ilmu dan amal individu dan masyarakat hanya akan berkekalan apabila anggota masyarakat itu berpegang kepada isi kandungan al-Quran dan Sunnah Rasulullah (s.a.w.), dengan maksud bahawa mereka dapat memahami dan menghayati seluruh isi kandungan al-Quran dan Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Apa sahaja yang dijelaskan oleh kedua-duanya wajib kita terima dengan hati yang terbuka walaupun perkara tersebut luar biasa. Penghayatan inilah yang akan menjadikan mereka sebagai generasi al-Quran, seperti generasi Muslim yang terawal diasuh oleh Rasulullah (s.a.w.). Generasi ini mampu mengubah seluruh kehidupan manusia Jahiliah menjadi kehidupan yang bertamadun dan diredai oleh Allah (s.w.t.). Namun hasrat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa adanya usaha-usaha untuk merealisasikannya supaya menjadi kenyataan.

Kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza menjadi penghalang kepada penyampaian mesej kepada golongan sasaran. Struktur masyarakat yang melabelkan mereka sebagai golongan elit, menengah dan miskin juga turut menjadi penyumbang utama ke arah kemelut ini. Bahkan, tahap penerimaan, pemahaman, mentaliti dan psikologi mereka adalah sangat berbeza mengikut acuan hidup mereka yang tersendiri. Kecelaruan yang timbul menjadikan pegangan hidup umat Islam kini rapuh dan goyah disebabkan peredaran zaman globalisasi yang mengejar kebendaan tanpa menghiraukan pensyariatan yang telah disebut oleh Allah (s.w.t.) di dalam al-Quran. Justeru, adalah menjadi satu tanggungjawab setiap ahli ilmu dalam memastikan golongan ini sentiasa berada di atas landasan agama yang benar dan mengamalkan suruhan Allah (s.w.t.) dengan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

(2)

Latar Belakang Kajian

Kajian ini memfokuskan penelitian terhadap pengajian al-Quran kepada golongan kelas menengah di masjid. Tumpuan lokasinya adalah di beberapa buah masjid terpilih di bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kajian ini cuba melihat secara khusus keadaan sebenar kelas pengajian al-Quran kepada golongan kelas menengah. Kajian ini cuba membuktikan sama ada pendekatan metode pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam kelas al-Quran terhadap golongan kelas menengah berkesan atau sebaliknya dan untuk melihat pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah dalam pengajian kelas al-Quran di masjid. Seterusnya, kajian ini cuba membuktikan sama ada boleh atau tidak golongan kelas menengah menguasai al-Quran setelah mengikuti kelas-kelas al-Quran tersebut melalui pengujian kefahaman yang diberikan.

Pemilihan daerah Kuantan sebagai kawasan kajian ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang telah difikirkan oleh pengkaji. Faktor-faktor tersebut ialah:

a) Daerah ini merupakan tempat tinggal sebahagian besar golongan kelas menengah.

b) Terdapat banyak masjid yang mempunyai bilangan jemaah yang ramai di daerah ini.

c) Masjid-masjid di daerah ini bergerak aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti pengajian ilmu.

d) Masjid-masjid ini sentiasa dikunjungi oleh golongan profesional atau menengah kerana berhampiran dengan kawasan perindustrian dan pusat bandar.

(3)

Peranan institusi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu-ilmu agama dapat dilihat melalui pelbagai program antaranya kelas al-Quran, kelas tafaquh, ceramah atau forum dan lain-lain lagi yang diadakan untuk masyarakat setempat. Namun begitu, penerimaan pengajian al-Quran khususnya bagi golongan kelas menengah di masjid-masjid agak berbeza. Sambutannya agak suram walaupun hebahan telah dilakukan.

Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat sama ada pendekatan metode pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam kelas al-Quran kepada golongan kelas menengah di masjid berkesan atau sebaliknya. Bagaimana pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah dalam pengajian kelas al-Quran di masjid? Adakah golongan kelas menengah boleh menguasai al-Quran setelah mengikuti kelas al-Quran di masjid?

Tujuan Kajian

Maksud tujuan dalam sesuatu kajian adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.1 Ia menyatakan hasrat utama pengkaji melakukan kajian dan merupakan aspek terpenting dalam sesuatu kajian. Tujuan perlu dinyatakan dengan jelas dan tepat, kerana ia merupakan pusat kepada seluruh kajian.2 Tujuan kajian juga bermaksud menunjukkan arah, hala tuju dan matlamat kajian yang juga boleh dinyatakan sebagai kepentingan kajian bagi memberi panduan kepada penyelidik. Seterusnya, daripada tujuan kajian ini bolehlah ditentukan objektif- objektif kajian, manakala objektif kajian pula akan memberi langkah-langkah kajian.3

1 William Carr & Kemmis (1986), Becoming Critical: Education Knowledge and Actin Research. Basingtone:

Falmer Press, h.165.

2 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd, h. 12.

3 Mohd Majid Konteng (1993), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cet 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 9 dan 18.

(4)

Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk melihat keadaan sebenar kelas pengajian al- Quran di masjid-masjid terpilih di daerah Kuantan kepada golongan kelas menengah mengikut pendekatan metode pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar, pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh peserta dan membuktikan sejauh mana golongan kelas menengah dapat menguasai al-Quran setelah mengikuti kelas-kelas tersebut. Tujuan kajian diskriptif adalah untuk memerihalkan sesuatu fenomena atau situasi yang berlaku semasa kajian dijalankan.

Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sama ada pendekatan metode pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dan pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah dalam kelas al-Quran di masjid berkesan atau sebaliknya, serta untuk melihat sejauh mana golongan berkenaan menguasai al-Quran setelah mengikuti kelas al-Quran di masjid. Daripada hasil kajian ini, pengkaji akan membuat pengujian kefahaman, tafsiran dan kesimpulan yang tepat bagi menentukan keadaan sebenar pengajian kelas al-Quran kepada golongan kelas menengah di masjid-masjid terpilih di daerah Kuantan.

Kajian ini akan dilakukan di daerah Kuantan melibatkan golongan kelas menengah yang menghadiri kelas-kelas al-Quran di masjid-masjid terpilih. Sebanyak lapan buah masjid di daerah Kuantan dipilih oleh pengkaji sebagai sampel kajian dengan mengikut beberapa kategori masjid iaitu sebuah Masjid Negeri, sebuah masjid gred A iaitu imam gred DG41, tiga buah masjid gred B iaitu imam gred S27 dan tiga buah masjid lagi dipilih berdasarkan sebahagian responden menetap di sekitar masjid berkenaan.

(5)

Objektif Kajian

Objektif kajian ini bertujuan melihat secara khusus keadaan sebenar pengajian al-Quran dalam kalangan golongan kelas menengah. Tumpuan kajian adalah di kelas-kelas pengajian al-Quran di masjid-masjid sekitar bandar Kuantan. Penilaian dilakukan dengan melihat pendekatan metode yang digunakan oleh tenaga pengajar dan pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah di kelas al-Quran di masjid, seterusnya mengenal pasti mengenai sejauh mana golongan kelas menengah menguasai al-Quran selepas menghadiri kelas al-Quran di masjid.

Terdapat tiga objektif yang ditetapkan dalam kajian ini, iaitu;

i. Untuk mengkaji pendekatan metode pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar kelas al-Quran di masjid.

ii. Untuk mengkaji pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah di kelas al-Quran di masjid.

iii. Untuk mengenal pasti sejauh mana golongan kelas menengah menguasai al-Quran di kelas al-Quran di masjid.

Permasalah Kajian

Berdasarkan objektif di atas terdapat beberapa persoalan yang akan dijawab melalui kajian ini, iaitu;

i. Bagaimanakah pendekatan metode pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar

(6)

kelas al-Quran di masjid?

ii. Bagaimanakah pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah di kelas al-Quran di masjid?

iii. Sejauh manakah golongan kelas menengah menguasai al-Quran selepas menghadiri kelas al-Quran di masjid?

Hipotesis Kajian

Kajian ini cuba membuktikan sama ada terdapat atau tidak perbezaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah bersandar atau tidak bersandar tersebut. Antara hipotesis yang ingin dikaji ialah:

HO: Pendekatan metode pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam kelas pengajian al-Quran di masjid tidak sesuai untuk golongan kelas menengah.

H1: Pendekatan metode pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam kelas pengajian al-Quran di masjid sesuai untuk golongan kelas menengah.

HO: Pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah dalam kelas pengajian al-Quran di masjid tidak berkesan.

H1: Pendekatan metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah dalam kelas pengajian al-Quran di masjid berkesan.

HO: Golongan kelas menengah tidak boleh menguasai al-Quran selepas mengikuti kelas pengajian al-Quran di masjid.

H1: Golongan kelas menengah boleh menguasai al-Quran selepas mengikuti kelas pengajian al-Quran di masjid.

(7)

Skop Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai pengajian al-Quran di masjid dengan memfokuskan terhadap kelas al-Quran kepada golongan kelas menengah pada masa kini. Kajian ini dilakukan pada tahun 2009 dan 2010. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau keadaan pengajian kelas al-Quran di masjid dan permasalahan semasa terhadap al-Quran kepada golongan kelas menengah. Kajian ini terbatas kepada golongan kelas menengah yang tinggal di sekitar bandar Kuantan. Seramai 135 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada pegawai-pegawai atasan, pemimpin-pemimpin masyarakat, golongan korporat dan golongan profesional. Sebanyak lapan buah masjid di daerah Kuantan dipilih oleh pengkaji sebagai sampel kajian dengan mengikut beberapa kategori masjid iaitu sebuah Masjid Negeri, sebuah masjid gred A iaitu imam gred DG41, tiga buah masjid gred B iaitu imam gred S27 dan tiga buah masjid lagi dipilih berdasarkan sebahagian responden menetap di sekitar masjid berkenaan. Oleh itu segala penemuan yang bakal diperolehi adalah khusus untuk menggambarkan kelas al-Quran dalam kalangan golongan kelas menengah di masjid-masjid terpilih di daerah Kuantan sahaja dan tidak membayangkan kelas al-Quran di tempat lain sama ada di dalam atau di luar Negeri Pahang.

Metode Penyelidikan Lapangan

Metodologi bererti ilmu tentang cara mengadakan penelitian atau kajian.4 Ia berasal daripada bahasa Greek methods yang bererti cara dan logos yang bererti ilmu.5 Oleh itu, metodologi

4 Imam Barnadib (1982), Arti dan Metod Sejarah Pendidikan. T.c., Yogyakarta : Yayasan Penerbitan FIP-KIP, h.51.

5 Ibid. h.7.

(8)

bererti ilmu tentang cara. Metodologi adalah jalan dan petunjuk kepada pengkaji dalam memahami sesuatu objek yang menjadi sasaran kajian.6 Ia mempunyai kaedah-kaedah dan trek- trek yang sistematik. Metode pula adalah perkara terpenting dalam sesuatu kajian ilmiah kerana ia merupakan cara kerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran kajian.7 Ia merupakan suatu prosedur yang mesti diikuti demi mendapat pengiktirafan dan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan yang dijalankan. Sesuatu kajian ilmiah akan dikira bermutu seandainya metodologi yang digunakan tepat dan sesuai dengan objektif dan tujuannya.8

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang berbentuk diskriptif. Kajian diskriptif bertujuan untuk memerihalkan sesuatu fenomena atau situasi yang berlaku semasa kajian dijalankan. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), reka bentuk diskriptif selalu dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.9

Penyelidikan Perpustakaan

Penyelidikan perpustakaan ialah penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap objek- objek penelitian di beberapa buah perpustakaan dengan tujuan untuk mendapatkan data-data penelitian dalam bentuk dokumen-dokumen yang berautoriti seperti manuskrip, fail rekod dan sebagainya.10 Data-data tersebut diperolehi melalui buku, jurnal, ensiklopedia dan

6 Imam Barnadib (1982), op.cit. h.8.

7 Imam Barnadib (1982), op.cit. h.51.

8 Stephen Isaac dan William B. Michael (1990), Handbook In Research And Evaluation. Cet. 2, Edits Publishers, San Diego, h.2.

9 Sidek Mohd Noah (2002), Reka Bentuk : Falsafah, Teori dan Praktis. Selangor: Universiti Putra Malaysia, h.42.

10 ___________ (2006), Buku Panduan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam, Kuala Lumpur:

Universiti Malaya, h. 15.

(9)

seumpamanya, sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Pengkaji mendapatkan data-data berkenaan daripada beberapa buah perpustakaan. Antara perpustakaan yang terlibat adalah seperti berikut :

a. Perpustakaan Utama, Univesiti Malaya, Kuala Lumpur.

b. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Univesiti Malaya, Kuala Lumpur.

c. Perpustakaan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

d. Perpustakaan Maahad Tahfiz al-Quran, Kuantan.

e. Perpustakaan Awam Kuantan.

f. Perpustakaan Awam Kuala Terengganu.

g. Perpustakaan Jabatan Agama Islam Daerah Kuantan.

Selanjutnya, dalam melakukan kajian perpustakaan, pengkaji menggunakan dua metode iaitu metode historis dan metode dokumentasi.

i. Metode Historis ii. Metode Dokumentasi

Penyelidikan Lapangan

Metode ini adalah cara untuk mendapatkan keterangan dari responden dan berbual secara langsung atau secara berhadapan dengannya. Metode ini memerlukan komunikasi secara

(10)

langsung antara penyelidik dengan subjek atau sampel.11 Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga metode penyelidikan, iaitu:

i. Metode Temu Bual ii. Metode Pemerhatian iii. Soal Selidik

iv. Metode Analisis Data

Data dan Analisis Kajian

Kajian ini terbatas kepada golongan kelas menengah yang tinggal di sekitar bandar Kuantan.

Seramai 135 orang responden terpilih sebagai sampel yang terdiri daripada pegawai-pegawai atasan, pemimpin-pemimpin masyarakat, golongan korporat dan golongan profesional. Sebanyak lapan buah masjid di daerah Kuantan dipilih oleh pengkaji sebagai sampel kajian dengan mengikut beberapa kategori masjid iaitu sebuah Masjid Negeri, sebuah masjid gred A iaitu imam gred DG41, tiga buah masjid gred B iaitu imam gred S27 dan tiga buah masjid lagi dipilih berdasarkan sebahagian responden menetap di sekitar masjid berkenaan.

Data-data yang diperolehi daripada soal selidik dan soalan ujian kefahaman disemak serta diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciene (SPSS) versi 10.0.

Setelah itu data dianalisis menggunakan kaedah analisis diskriptif untuk menerangkan taburan kekerapan dan peratusan. Manakala data-data yang diperolehi tanpa melalui soal selidik seperti

11 Winargo Surachmad (1970), Dasar dan Teknik Research: Pengantar Metodologi Ilmiah, Bandung: C.V. Tarsito, h.168.

(11)

temu bual dan pemerhatian juga dibentangkan secara diskriptif sebagai menyokong atau menghuraikan data soal selidik tersebut.

Data-data kuantitatif ini akan diteliti dan diperatuskan bagi mendapat gambaran menyeluruh berkenaan kecenderungan responden terhadap sesuatu item. Hasil kajian akan dibentangkan dalam bentuk jadual dan huraian. Jadual-jadual ini akan mengandungi item, skor, kekerapan dan peratus yang diperolehi hasil maklum balas responden. Dapatan kajian akan dapat dilihat melalui kekerapan dan peratus jawapan pilihan responden.

Sistemika Penulisan

Sistemika penulisan merupakan bahagian yang memuatkan laporan kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji. Ia mengandungi lima bab dan satu senarai rujukan. Bab-bab tersebut disusun seperti berikut;

Bab 1 : Pengajian al-Quran di Masjid di Daerah Kuantan

Bab ini menghuraikan konsep-konsep teoritikal mengenai pengajian al-Quran di masjid, kelebihan al-Quran, kelebihan mempelajari dan membaca al-Quran, kelebihan mengajar al- Quran, sasaran pengajian al-Quran dan pengisian kelas pengajian al-Quran. Bentuk pengajian al- Quran di masjid daerah Kuantan memberi tumpuan kepada pengenalan daerah Kuantan, masjid- masjid terpilih daerah Kuantan, matlamat kelas pengajian al-Quran, dan juga pengajian al-Quran masa kini.

(12)

Bab 2 : Pengajian al-Quran Kepada Golongan Kelas Menengah

Bab ini menghuraikan konsep-konsep teoritikal mengenai pengajian al-Quran kepada golongan kelas menengah di masjid, pembahagian, ciri-ciri, dan gaya hidup masyarakat Melayu kelas menengah. Pengajian al-Quran juga dapat meningkatkan ilmu hafazan, Ilmu Tajwid, Ilmu Tarannum, Ilmu Qiraat dan Ilmu Tafsir bagi golongan berkenaan mengikutinya. Adapun, sukatan pengajian al-Quran kepada golongan kelas menengah terbahagi kepada tempoh pengajian, waktu atau masa, tenaga pengajar, teknik pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pengajaran kepada golongan kelas menengah.

Bab 3 : Metodologi Kajian Lapangan

Dalam bab ini akan dihuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh pengkaji bagi mendapatkan data untuk kajian ini. Dalam usaha mengkaji, meneliti, menyusun, menulis dan menyempurnakan kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa metode sebagai landasan terhadap kajian yang dilakukan iaitu:

i. Rekabentuk penyelidikan ii. Metode penentuan subjek iii. Kawasan kajian

iv. Populasi kajian

v. Latar belakang responden

vi. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen vii. Metode pengumpulan data

(13)

viii. Analisis data

Bab 4 : Analisis Kajian

Bab ini melaporkan hasil kajian dalam bentuk jadual, rajah dan huraian yang merupakan maklumat terus untuk menjawab persoalan kajian.

Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan

Bab ini membincangkan hasil kajian yang berkaitan dengan persoalan dan hipotesis kajian. Ia juga membentangkan dapatan utama, kesimpulan kajian dan cadangan. Berdasarkan hasil kajian utama, pengkaji juga mencadangkan kajian yang sesuai dilaksanakan pada masa depan. Di akhir bab ini pengkaji menulis penutup laporan penyelidikan.

Rujukan :

Bahagian rujukan menyenaraikan bahan-bahan yang dirujuk dalam teks. Bahan-bahan tersebut termasuk buku, jurnal, majalah, prosiding seminar, tesis, disertasi, laporan kajian dan media elektronik.

Definasi Tajuk

Tajuk kajian ini ialah Pengajian Al-Quran Dalam Golongan Kelas Menengah: Tumpuan Kajian di Masjid-Masjid Terpilih di Kuantan, Pahang. Sebelum pengkaji menjelaskan

(14)

maksud tajuk kajian, terlebih dahulu dihuraikan beberapa istilah tajuk kajian. Istilah-istilah dalam tajuk tersebut ialah :

Pengajian Al-Quran

Pengajian bermaksud penyelidikan yang mendalam atau terperinci.12 Al-Quran bermaksud kitab agama Islam. 13

Golongan Kelas Menengah

Golongan bermaksud kumpulan atau kelompok manusia yang besar atau kecil bilangannya.14 Dalam Kamus Dewan menjelaskan kelas menengah ialah golongan atau kumpulan dalam masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan termasuklah ahli perniagaan dan profesional seperti peguam, akauntan, doktor dan sebagainya.15 Manakala Kamus Za’ba menyatakan golongan kelas menengah adalah golongan atau kumpulan dalam masyarakat yang berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu seperti taraf hidup, kedudukan sosial, pangkat dan lain-lain.16 Dalam Kamus Bahasa Melayu pula mentakrifkan bahawa golongan kelas menengah ialah pegawai-pegawai yang pangkatnya diantara pegawai tinggi dan pegawai rendah.17

12 Hajah Noresah bt. Baharom (2005), Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat.

h.657.

13 Ibid., h.39.

14 Ibid., h.479.

15 Ibid., h.713.

16 Kamus ZA’BA (t.t), h. 580.

17 Dr. Adli Hj. Yacob & Khuzaihan Zakaria (2008), Kamus Bahasa Melayu. Crescent News (KL) Sdn. Bhd, h. 811.

(15)

Tumpuan Kajian

Tumpuan bermaksud sesuatu yang menjadi sasaran atau tujuan. 18 Kajian merupakan kata terbitan dari perkataan kaji bererti selidik. Kajian bermaksud satu kegiatan, usaha atau proses menyelidik dan meneliti dengan mendalam atau terperinci. Ia dilakukan supaya sesuatu keputusan dapat dibuat. 19

Kajian Literatur

Tujuan utama kajian literatur ialah untuk meletakkan kajian yang akan dijalankan pada perspektif saintifik. Ia meletakkan kajian pengkaji ke dalam lautan pengetahuan, seterusnya membantu pengkaji untuk menghubung-kaitkan kajiannya dengan badan pengetahuan (body of knowledge).20 Dalam tinjauan yang dilakukan, pengkaji tidak menemui kajian terdahulu mengenai pengajian al-Quran dalam kalangan golongan kelas menengah di kelas al-Quran dengan tumpuan kajian di masjid-masjid terpilih di Kuantan. Ini bermakna kajian ini merupakan satu kajian baru yang dapat disumbangkan untuk manfaat kepada para guru al-Quran berkaitan metode pengajaran khususnya di Kuantan. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada berkesan atau tidak metode pengajian yang dilalui oleh golongan kelas menengah dalam pengajian kelas al-Quran di masjid. Seterusnya kajian ini cuba membuktikan sama ada boleh atau tidak golongan kelas menengah menguasai al-Quran setelah mengikuti kelas al-Quran di masjid. Namun begitu, pengkaji mendapati beberapa kajian telah dibuat dalam bidang yang hampir sama mengenai kelas al-Quran kepada pelbagai lapisan masyarakat. Pengkaji akan

18 Hajah Noresah bt. Baharom (2005), op.cit., h.1735.

19 Hajah Noresah bt. Baharom (2005), op.cit., h.657.

20 Chua Yan Piaw (2006), op.cit., h. 35.

(16)

meneliti kajian-kajian yang telah dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik yang lepas. Melalui kajian-kajian yang berkaitan, pengkaji boleh mendapatkan kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah, kaedah-kaedah kajian serta keberkesanannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang boleh dikenal pasti. Sekiranya pengkaji meneliti kajian-kajian yang lepas, pengkaji boleh membentuk suatu strategi dan kaedah yang berkesan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ini boleh dilakukan terutamanya dengan mengkaji kajiian-kajian berkaitan yang terbaru yang biasanya menambahbaikkan kaedah yang digunakan dan membaiki kekurangan yang berlaku dalam kajian sebelumnya.21

Pengkaji menemui beberapa kajian yang berkaitan dengan al-Quran. Umumnya kajian tersebut lebih tertumpu kepada kaedah dan permasalahan mengajar membaca al-Quran di kalangan umat Islam yang meliputi semua peringkat umur secara formal sama ada di sekolah- sekolah kerajaan dan swasta mahupun pembelajaran tidak formal yang melibatkan institusi lain seperti masjid, surau dan kelas-kelas di rumah.

Antara kajian tersebut ialah kajian Badrul Hisyam bin Ibrahim (1999), pelajar Ijazah Dasar di Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya bertajuk Sejarah Perkembangan Kelas al-Quran dan Fardu Ain di Kuala Krai. Secara umumnya, kertas projek itu berkisar tentang konsep, dasar dan aspek berkaitan dengan KAFA serta sejarah perkembangannya yang meliputi pelaksanaan kelas tersebut dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Kajian tersebut telah dijalankan di daerah Kuala Krai, Kelantan. Ketika kajian ini dilakukan, kelas tersebut telah lapan tahun dijalankan. Berdasarkan pemahaman pengkaji, KAFA adalah kelas yang dilaksanakan di sekolah rendah bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang pelajaran al-Quran dan ibadah

21 Mohd Majid Konteng (2005), op.cit., h. 44.

(17)

sebagai tambahan kepada pembelajaran formal yang diadakan selepas waktu persekolahan iaitu pada waktu petang.

Kajian kedua oleh Haji Ismail bin Awang (2002) menerusi kajian bertajuk Pengajian dan Pengajaran al-Quran di Kelantan Selepas Merdeka. Beliau membandingkan sistem pengajian al-Quran di Kelantan yang mengandungi sistem lama dengan sistem persekolahan. Sistem lama al-Quran secara biasa dan berlagu, manakala sistem persekolahan dibahas dengan mengkaji jenis sekolah yang melaksanakan pengajaran al-Quran iaitu di sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah menengah arab, sekolah agama rakyat dan sekolah pengajian al-Quran. Pengkaji juga telah mengkaji sejarah bagaimana al- Quran masuk ke Kelantan untuk dipelajari umum dan menjadi pengajian kepada masyarakat pada ketika itu. Kajian tersebut juga dilakukan untuk mengetahui sistem yang manakah yang lebih baik dan berkesan untuk mengajar murid-murid selepas merdeka yang penuh dengan cabaran. Beliau juga menyelitkan tentang kepentingan umat Islam khususnya di Kelantan untuk menjiwai dan menjadikan al-Quran sebagai panduan kehidupan. Beliau juga cuba mencari jawapan bagi mengatasi setiap masalah dan kelemahan dalam aspek pengajaran al-Quran. Akhir sekali, beliau berpendapat tajuk ini belum lagi dikaji dan dibuat ulasan secara mendalam.

Manakala Nurul Amali binti Mohd Shamsudin (2004) dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, juga membuat kajian Perlaksanaan Pengajaran Tilawah Al-Quran di Sekolah Menengah Agama Negeri. Disertasi ini dikemukakan untuk Ijazah Sarjana Pendidikan. Dalam kajiannya beliau telah mengkaji tentang perlaksanaan pengajaran tilawah al-Quran.

(18)

Kajian keempat oleh Abdullah bin Mohmad (2003) Sarjana Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkenaan Tajwid. Kajian beliau bertajuk Kemahiran Ilmu Tajwid di kalangan Pelajar: Kajian di maktab Perguruan Besut, Terengganu. Di bahagian analisis kajian beliau, banyak dapatan kajian yang telah dianalisis seperti kemahiran terhadap menghafaz huruf Hijaiyyah, membaca kalimah, potongan ayat dan surah. Selain itu, beliau juga menganalisis kemahiran pelajar dalam Hukum Iqlab, Ikhfa’, Izhar, Idgham Bi Ghunnah dan Idgham Bila Ghunnah. Pada kesimpulannya masi terdapat masalah terhadap kemahiran dalam pelajaran Tajwid.

Kajian kelima adalah satu kajian secara khusus meneliti perkembangan pengajian al- Quran di Negeri Kelantan dengan menumpukan kepada kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam sistem pengurusan Yayasan Islam Kelantan. Kajian yang dimaksudkan bertajuk Pengajian al-Quran di Kelantan: Tumpuan kepada Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan oleh Noraini binti Mohd Zain (2006) seorang pelajar Sarjana Usuluddin di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Penyelidikan tersebut memaparkan tentang persepsi pelajar yang menjelaskan tentang minat dan kebolehan, faktor yang mendorong minat pelajar dan tahap kemahiran pelajar dalam proses pengajian al-Quran. Manakala, melalui perspektif guru, beliau menganalisis sukatan pelajaran yang digunakan semasa mengajar, corak pengajaran dan sambutan pelajar.

Menurutnya, sambutan pelajar kurang memuaskan akibat dari rendahnya tahap penguasaan Bahasa Arab.

Seterusnya kajian yang berkenaan dengan pendidikan al-Quran dalam modenisasi pendidikan negara ialah kajian yang bertajuk Institut Pendidikan al-Quran: Suatu Kajian

(19)

Terhadap Usaha-usaha Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pendidikan al-Quran. Pengkajian ini dilakukan oleh Mohd Yusuf bin Ahmad (2004) calon Doktor Falsafah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Sinopsis kajiannya menerangkan usaha-usaha Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), dalam pendidikan al- Quran. Beliau juga menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang penglibatan guru dalam pengajaran Pendidikan al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Hulu Langat, Selangor. Pada kesimpulannya beliau menegaskan guru memerlukan kursus yang berkaitan dengan Tajwid, Qiraat, Tarannum dan Metodologi al-Quran lantaran seramai 62.07%

guru belum pernah mengikuti kursus al-Quran.

Manakala Seminar Pusat Pendidikan Islam UiTM Shah Alam sesi Januari ditulis oleh Prof. Madya Maznah binti Daud (2004) iaitu pensyarah Pusat Pendidikan Islam UiTM yang bertajuk Tabiat Membaca al-Quran di Kalangan Mahasiswa. Hasil kajian ini mendapati majoriti remaja hari ini mempunyai latarbelakang pengajian al-Quran dan tahu membacanya, bahkan tahap kebolehan membaca dengan Tajwid yang betul sangat tidak memuaskan. Kebanyakan tidak menjadikan ibadah membaca al-Quran sebagai satu budaya. Malah masih ramai ibu dan bapa yang mengambil berat tentang pengajian al-Quran anak-anak mereka, namun hal ini hanya tertumpu sekadar mengaji sahaja tidak kepada mendalami hukum-hakam cara bacaan yang betul dan memahami tuntutan serta menghayati ajarannya.

Sepanjang kajian dan penelitian ini dibuat, pengkaji tidak menemui sebarang kajian mahu pun karya yang menyamai tajuk sepertimana dalam kajian ini.

(20)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, usaha-usaha yang berterusan ke arah memantapkan lagi kesedaran dalam kalangan golongan kelas menengah terhadap al-Quran harus dipertingkatkan dari masa ke semasa dan menjadi panduan kepada para guru kelas al-Quran khususnya di Kuantan. Cara pengajaran kepada golongan ini hendaklah dilakukan dengan pendekatan berhikmah yang berlainan dengan apa yang telah dilakukan kepada sasaran yang lain, kerana golongan ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. Adalah diharapkan agar kelas al-Quran di masjid-masjid sekitar daerah Kuantan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan ini. Oleh yang demikian, kerjasama semua pihak diharap dapat membuahkan hasil yang lebih berkesan terutamanya dalam menghadapi cabaran hebat dalam era globalisasi ini.

(21)

BAB I

PENGAJIAN AL-QURAN DI MASJID DAERAH KUANTAN

1.1. PENDAHULUAN

Bab ini menghuraikan konsep-konsep teoritikal mengenai pengajian al-Quran di masjid, memberi tumpuan kepada pengenalan daerah Kuantan, masjid-masjid terpilih daerah Kuantan, matlamat kelas pengajian al-Quran, pengurusan kelas al-Quran di masjid-masjid terpilih daerah Kuantan dan juga pengajian al-Quran masa kini.

1.2 PENGAJIAN AL-QURAN DI MASJID DAERAH KUANTAN

Bagi menjelaskan perjalanan dan pengisian pengajian al-Quran dalam kelas al-Quran di masjid- masjid terpilih daerah Kuantan, pengkaji menghuraikannya dalam beberapa sub topik iaitu pengenalan daerah Kuantan, masjid-masjid terpilih daerah Kuantan, matlamat kelas pengajian al- Quran di masjid-masjid di daerah Kuantan, pengurusan kelas al-Quran di masjid-masjid terpilih daerah Kuantan dan pengajian al-Quran masa kini.

1.2.1 Pengenalan Daerah Kuantan

Kuantan merupakan daerah yang termaju di Pahang, terletak di timur Negeri Pahang bersempadan daerah Maran dan Jerantut di sebelah barat, daerah Pekan di selatan, daerah Kemaman di utara dan Laut China Selatan di sebelah timur. Bandar Kuantan merupakan ibu

(22)

negeri kepada Negeri Pahang. Mengikut susunan perbandaran, Kuantan merupakan pusat pertumbuhan yang terbesar di Pantai Timur.22 Sejarahnya dipercayai bermula pada tahun 1850- an23 dan hal ini telah dicatatkan oleh Munsyi Abdullah di dalam bukunya Kisah Pelayaran Abdullah.

“Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada...” 24

Pada peringkat awalnya, Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum.

Penempatannya adalah di sekitar muara sungai. Teruntum terletak berhadapan dengan bangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang ini. Ia telah dibuka oleh Hj. Senik dan pengikutnya sekitar tahun 1850-an. Semasa menetap di sini, mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang di samping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan penepatan ialah perkuburan Cik Timah berhampiran dengan Taman Esplanade.

Menurut Alias Abdullah (1986) bahawa terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari Kampung Kuantan di Sumatera.

Mereka diketuai oleh Tuan Besar. Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini dipendekkan kepada perkataan Kuantan sahaja dan kekal hingga ke hari ini.25

22 Majlis Perbandaran Kuantan (t.t), Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Kuantan (1990-2010).h.1-7.

23 Alias Abdullah (1986), Sejarah Pembukaan Kuantan. Kuantan: Majilis Perbandaran Kuantan, h. 1.

24 Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1981), Kesah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan ke Judah. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd, h. 16.

25 Ibid., h. 1.

(23)

Pembukaan lombong bijih timah di Sungai Lembing (1868) dan Gambang (1880-an) telah menarik kedatangan orang-orang Cina. Apabila perlombongan bijih timah semakin berkembang, beberapa kemudahan telah dibina di Kuantan seperti pasar, pelabuhan, pejabat Kastam dan kedai. Melalui perkembangan ini, orang-orang Cina mula berhijrah ke pusat bandar manakala orang-orang Melayu yang sedia ada telah membuka penempatan di Tanjung Api, Tanjung Lumpur, Beserah dan Tanah Putih.

Menyedari hakikat kepesatan perkembangan bandar Kuantan, pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang telah dipindahkan dari Kuala Lipis ke Kuantan. Selepas pemindahan ini, Kuantan terus membangun sehingga ke hari ini.26 Bandar Kuantan mempunyai kawasan seluas 2,960 km.

persegi yang meliputi tujuh mukim iaitu Kuala Kuantan Satu, Kuala Kuantan Dua, Hulu Kuantan, Beserah, Lepar, Penor dan Sungai Karang. Daripada keluasan tersebut, 25 batu persegi merupakan kawasan bercukai yang diberikan perkhidmatan perbandaran manakala bakinya merupakan kawasan pembangunan sahaja.27

1.2.2 Masjid-Masjid Terpilih Daerah Kuantan

Secara keseluruhan bilangan masjid yang terdapat di Daerah Kuantan mengikut senarai yang diperolehi daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan ialah sebanyak 65 buah. 8 buah surau pula dibenarkan oleh PAID untuk menunaikan solat Jumaat berstatus sementara.28 Tinjauan dan pemerhatian pengkaji terhadap beberapa buah masjid yang terdapat di Daerah Kuantan mendapati, masjid-masjid yang terpilih untuk menjalankan aktiviti kelas al-Quran yang

26 Majlis Perbandaran Kuantan (t.t), op.cit.,h.1-7.

27 Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Data Asas Pahang (UPEN), 2004, h. 1.

28 Laporan senarai masjid Daerah Kuantan 2009, Pejabat Agama Islam Pahang (PAID) tahun 2008/2009, h. 3.

(24)

kebanyakannya dihadiri oleh golongan kelas menengah adalah sebanyak lapan buah masjid iaitu Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Masjid Tengku Ampuan Afzan, Masjid Al-Makmur, Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Masjid Sayyidina Ali b. Abi Talib, Masjid Medan Tok Sira, Masjid Saiyyidina Umar Al-Khattab dan Masjid Al-Hidayah.

Menurut pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Masjid JAIP, Ustaz Mohd Hafidz Muhammad Suhaile, masjid-masjid di setiap daerah di Negeri Pahang dibahagikan kepada kategori mengikut aspek-aspek yang perlu diambil kira antaranya; keluasan fizikal masjid yang sesuai, besar, selesa dan indah, keperluan asas yang mencukupi, kemudahan peralatan dan pekakasan untuk melaksanakan ibadah adalah mencukupi dan sempurna, kedudukan yang strategik dan mengambilkira kesan kepada kariah dan kariah-kariah persekitaran, dan keselamatan masjid dan pengurusan kebersihan adalah teratur dan berjadual.

Sebagai contoh, masjid-masjid di daerah Kuantan berkategori A hanya sebuah iaitu Masjid Tengku Ampuan Afzan, manakala masjid berkategori B sebanyak dua buah masjid iaitu Masjid al-Hidayah dan Masjid al-Makmur dan selebihnya ialah masjid-masjid kariah.29

Sebanyak empat buah masjid sahaja dipilih oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) daerah Kuantan untuk menempatkan seorang guru hafiz di setiap masjid berkenaan. Pemilihan masjid-masjid ini berdasarkan kemudahan yang disediakan antaranya perpustakaan, bilik kenamaan, bilik pejabat atau pentadbiran, bilik imam dan bilal, dewan syarahan atau bilik kuliah, bilik audio visual dan lokasinya yang sering dikunjungi oleh masyarakat. Antara masjid-masjid terpilih adalah Masjid Sultan Ahmad 1, Masjid Tengku Ampuan Afzan, Masjid al-Hidayah dan

29 Temu bual dengan Ustaz Mohd Hafidz bin Muhammad Suhaile di pejabat JAIP Kuantan, pada 1 Jun 2009.

(25)

Masjid al-Makmur. Kelas al-Quran yang diadakan di masjid-masjid ini akan dibimbing oleh seorang guru hafiz tanpa dikenakan yuran atau bayaran kepada setiap peserta yang menyertainya.

Kebanyakan masjid di Daerah Kuantan bersaiz sederhana yang dapat menampung lebih kurang 3,000 orang ahli jemaah kecuali Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang boleh menampung seramai 10,000 jemaah dalam satu-satu masa. Mengikut sejarah penubuhannya, Masjid Sultan Ahmad 1 yang berharga RM37 juta ini merupakan masjid baru yang menggantikan masjid lama yang dibina pada tahun 1965. Pada masa itu, ianya merupakan sebuah bangunan yang dibina menggunakan kayu berbentuk ‘limas’ (piramid) yang hanya boleh menampung jemaah seramai 200 orang sahaja dalam satu-satu masa.30 Masjid ini menjadi tumpuan kakitangan-kakitangan kerajaan dan swasta untuk menunaikan ibadah sama ada pada waktu bekerja atau pada hujung minggu kerana masjid berkenaan terletak di tengah-tengah bandar.

Menurut Ustaz Mohd Khairi Mohd Desa al-Hafiz sebagai imam 1 Masjid KIPSAS, Masjid KIPSAS merupakan tempat ibadat golongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai atasan kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, golongan korporat dan golongan profesional yang menetap di sekitar kawasan berkenaan. Menurut beliau lagi, taman perumahan yang ramai didiami oleh golongan berkenaan iaitu perumahan Taman Guru terletak bersebelahan dengan masjid tersebut. Ada ketikanya golongan berkenaan sering berjumpa dengan beliau untuk bertanyakan tentang permasalahan agama.31

30 Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) (2000), Sejarah Ringkas Masjid-Masjid Negeri Pahang, Al-Wahidah Kreatif Sdn. Bhd., h.2.

31 Temu bual dengan Ustaz Mohd Khairi bin Mohd Desa al-Hafiz di pejabat masjid KIPSAS, pada 1 Jun 2009.

(26)

Dari tinjauan dan pemerhatian pengkaji mendapati, sebahagian masjid-masjid lama telah dirobohkan dan digantikan dengan binaan baru yang lebih cantik, sebagai contoh Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Masjid Al-Makmur, Saiyyidina Umar Al-Khattab dan Masjid Medan Tok Sira.

Pembinaan semula ini adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan proses pembangunan yang begitu pesat di kawasan tertentu di daerah Kuantan.

Kesimpulannya, pada hari ini masjid-masjid di daerah Kuantan telah berkembang begitu pesat sekali, seiring dengan pertambahan dan membuktikan bahawa umat Islam di Daerah Kuantan mempunyai kesedaran yang tinggi akan kepentingan masjid sebagai satu institusi yang berperanan sebagai pusat pendidikan dan pembangunan rohani serta sebagai pusat untuk menyatupadukan masyarakat Islam setempat.

1.2.3 Matlamat Kelas Pengajian Al-Quran di Masjid Terpilih Daerah Kuantan

Dalam membincangkan matlamat kelas pengajian al-Quran dengan memberi fokus terhadap kelas al-Quran di masjid-masjid Daerah Kuantan, kajian ini hanya mengemukakan maklumat mengenainya berdasarkan hasil temu bual dengan beberapa orang responden kajian. Perkara demikian disebabkan, pengkaji tidak menemui sebarang dokumen bertulis atau laporan mengenainya yang menyatakan dengan jelas matlamat kelas al-Quran tersebut diadakan.

Menurut Imam KIPSAS Mohd Khairi Mohd Desa al-Hafiz, kelas al-Quran yang diadakan di masjid adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat

(27)

setempat mengenai ilmu-ilmu al-Quran agar mereka mempraktikkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.32

Menurut Imam 1 Masjid Al-Makmur, Ustaz Muhammad Khairul Ibrahim menjelaskan, MAIP telah melantik guru-guru hafiz yang bertugas di masjid negeri dan masjid-masjid daerah.

Tugas mereka antara lain, adalah untuk memberi khidmat bimbingan kepada anggota-anggota masyarakat setempat dalam bidang hafazan, Qiraat dan hal-hal yang berkaitan dengan hukum tajwid. Sambutan terhadap perkhidmatan ini dibeberapa tempat agak dingin. Mungkin ini pada peringkat permulaan kerana maklumatnya belum tersebar luas. Perkhidmatan yang diberikan oleh para guru hafiz itu adalah percuma. Mereka yang memerlukan bimbingan tersebut, bolehlah berbincang dengan guru hafiz tersebut tentang hari dan masa yang sesuai untuk belajar.33

Menurut guru hafiz Masjid Tengku Ampuan Afzan, Ustaz Abdullah Kamaruddin al- Hafiz menjelaskan, pihak masjid mengadakan kelas al-Quran kepada ahli kariah setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga jam 10.30 pagi yang dibimbing oleh seorang tenaga pengajar al-Hafiz lulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Ini kerana, pengajar yang berpengetahuan dalam bidang pengajian al-Quran akan dapat membimbing seseorang menilai antara kebaikan dan keburukan, serta dapat memberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.34

32 Temu bual dengan Imam 1 Ustaz Mohd Khairi bin Mohd Desa al-Hafiz di pejabat masjid KIPSAS, pada 2 Jun 2009.

33 Temu bual dengan Imam 1 Ustaz Muhammad Khairul bin Ibrahim di pejabat masjid al-Makmur, pada 4 Jun 2009.

34 Temu bual dengan Ustaz Abdullah bin Kamaruddin al-Hafiz di pejabat masjid Tengku Ampuan Afzan, pada 1 Jun 2009.

(28)

Menurut Imam Besar Masjid Tengku Ampuan Afzan, Ustaz Zainuddin Alias al-Hafiz, kelas pengajian al-Quran yang diadakan di masjid banyak membantu para jemaah celik al-Quran khususnya kelas-kelas al-Quran yang telah dianjurkan oleh pihaknya. Secara tidak langsung, para jemaah yang menghadiri kelas al-Quran di masjid lebih banyak menghabiskan masa terluang pada waktu Maghrib dan Isyak di masjid bersama-sama rakan-rakan.35

Tuan Haji Abu Bakar Daud pula menjelaskan, memang tidak dapat dinafikan akan kepentingan pengajian al-Quran sama ada kuliah tafsir atau kelas al-Quran di masjid. Sudah menjadi keyakinan umat Islam bahawa al-Quran merupakan kitab bimbingan hidup manusia untuk mencapai kebahagiaan sejati di dunia mahupun di akhirat. Kitab itu merupakan sumber agama Islam yang tertinggi, kerana di dalamnya mengandungi akidah, ibadah, hikmah, hukum, etika, akhlak, kisah, nasihat, ilmu dan pengetahuan.36

Kesimpulannya, hasil kajian ini mendapati, pihak pengurusan masjid-masjid di Daerah Kuantan amat giat menjalankan kelas pengajian al-Quran kepada masyarakat untuk membangunkan kehidupan individu setempat dengan berpandukan ajaran al-Quran dan al- Sunnah.

35 Temu bual dengan Ustaz Hj. Zainuddin bin Alias al-Hafiz di pejabat masjid Tengku Ampuan Afzan, pada 1 Jun 2009.

36 Temu bual dengan Tuan Haji Abu Bakar bin Daud di pejabat masjid Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib, pada 4 Jun 2009.

(29)

1.2.4 Pengurusan Kelas al-Quran di Masjid Terpilih Daerah Kuantan

Intitusi masjid amat besar peranannya kepada sistem kemasyarakatan Islam. Masjid bukan sekadar komponen bangunan yang akhirnya menjadi sebuah tempat umat Islam beribadat semata-mata. Dalam erti kata lain, mengurus masjid bukan hanya dilihat dari segi pengurusan bangunan atau fizikal masjid bahkan lebih dari itu. Sejak awal lagi masjid merupakan sebuah institusi yang mengurus umat Islam dalam semua hal, bermula dari urusan ibadah fardhu sehingga kepada urusan pentadbiran masyarakat. Oleh itu, tanggungjawab mengurus masjid juga memerlukan suatu kesungguhan supaya masyarakat Islam dapat dibangunkan sebagai insan yang berjaya dan cemerlang di dunia dan juga di akhirat. 37

Menurut Kadi Daerah Kuantan,38 setiap ahli jawatankuasa masjid yang dilantik perlu memahami dan menjalankan tugas dengan penuh amanah sepertimana yang telah tercatat dalam Buku Panduan dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang berkenaan sembilan Piagam Masjid Negeri Pahang Darul Makmur antaranya;

1. Berusaha memelihara masjid sebagai tempat suci lagi mulia dan lokasi tumpuan umat Islam serta memastikan masjid terhindar daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam, Enakmen dan arahan pentadbiran.

2. Berusaha menjadikan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan bebas daripada sebarang perpecahan.

3. Berusaha menjadikan institusi masjid sebagai pusat pembangunan ummah dari segi pendidikan, ekonomi, sosial dan kerohanian.

37 Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) (2006), Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang. h.2.

38 Al-Fadhil Tuan Haji Hamdan Yusi bin Yusof di pejabat JAIP, pada 3 Jun 2009.

(30)

4. Berusaha menjadikan institusi masjid lengkap dengan segala keperluan asas.

5. Berusaha membimbing bagi melahirkan ummah berilmu, beriman dan beramal serta menghayati ajaran Islam yang sempurna.

6. Berusaha mewujudkan pusat informasi Islam, berusaha membetulkan tanggapan atau paradikma ummah terhadap peranan sebenar masjid.

7. Berusaha dan bersedia mempertingkatkan tahap pentadbiran dan pengurusan masjid, menerima saranan dan cadangan serta menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh amanah dan dedikasi.

8. Berusaha untuk melaksanakan tugas dan amanah sebagai pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dengan sebaik-baiknya.

Sewajarnya juga mereka yang dipertanggungjawabkan mengurus masjid memiliki keupayaan yang sesuai dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah seperti beriman dan bertaqwa juga minat berorganisasi dalam urusan makruf serta mencegah kemungkaran. Pengurusan diumpamakan sebagai belon, yang dalam hal ini selagi belon itu tidak dipamkan angin ke dalamnya, maka belon itu tidak mempunyai sebarang fungsi. Begitulah juga dengan pengurusan yang tidak boleh berfungsi tanpa kewujudan sesebuah organisasi. Sebagai contoh, dalam pengurusan Rasulullah (s.a.w.), iaitu apabila baginda Rasulullah (s.a.w.) mentadbir pemerintahan sebuah Negara Islam yang berpusat di Madinah, baginda tidak menjalankan semua kerja seorang diri. Meskipun baginda ialah seorang nabi, namun baginda juga merupakan seorang manusia dan sebagai manusia, baginda amat memerlukan orang lain bagi membantu pengurusan pentadbiran

(31)

kerajaan. Dengan erti kata lain, baginda membentuk suatu struktur organisasi bagi membantu dan melicinkan lagi urusan pentadbiran baginda.39

Kepentingan pengurusan yang cekap bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan memang tidak dapat dinafikan lagi. Antara beberapa sebab pengurusan amat perlu dalam sesebuah organisasi termasuklah; tanpa pengurusan, tidak mungkin sesebuah organisasi dapat beroperasi, pengurusan diperlukan supaya kerja yang betul dapat dilaksankan dengan cekap, pengurusan membantu organisasi mencapai objektif, pengurusan perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan, dan pengurusan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah (kejayaan).40 Hasan al-Banna (1906-1949M) dalam teori dakwahnya menyatakan bahawa wasa’il ‘ammah bagi menjayakan dakwah Ikhwan al-Muslimin ialah; iman yang mendalam, penyusunan atau pengurusan yang cekap, dan amal yang berterusan.41 Dalam teori tersebut, beliau telah menyenaraikan pengurusan yang cekap dan teliti merupakan salah satu faktor kepada kejayaan matlamat dakwah.

Menurut Nana Rukmana (2002), pengurusan masjid yang baik dan cekap akan melahirkan sebuah masjid yang makmur dan meriah dengan kegiatan yang dilaksanakannya. Oleh itu, usaha peningkatan kualiti pengurusan masjid adalah sangat penting dalam usaha meningkatkan kualiti program pemakmuran masjid yang lebih meriah.42

39 Azman Che Omar (2001), Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 2-3.

40 Ibid, h. 9.

41 Hasan al-Banna (t.t), Majmu’ah Rasail al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna. Kaherah: Dar al-Syihab, h. 142.

42 Nana Rukmana (2002), Masjid dan Dakwah: Merencana Membangun Mengelola Masjid. Jakarta: al-Mawardi Prima, h. 61.

(32)

Pengurusan masjid terdiri daripada imam sebagai Ex-officio yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada pengerusi berhubung dengan segala urusan pentadbiran masjid. Dalam hal-hal melibatkan soal pentadbiran masjid, pengerusi hendaklah merujuk kepada imam dan nasihat imam hendaklah dipatuhi oleh pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan enam orang ahli jawatankuasa yang dipilih dan dilantik oleh MAIP melalui senarai calon dari kalangan ahli kariah yang berkelayakan yang dicadangkan oleh pegawai Agama Islam Daerah setelah diperakui oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) kemudiannya memaklumkan pemilihan dan perlantikan itu kepada pegawai Agama Islam Daerah melalui JAIP.43 Pihak pengurusan masjid merupakan nadi utama terhadap kemakmuran sesebuah masjid. Kegiatan-kegiatan masjid akan berjalan dengan baik sebagai satu kumpulan yang sama-sama bekerjasama memikul tugas dan tanggungjawab.

Ustaz Mohd Hafidz Muhammad Suhaile menjelaskan, pengurusan kelas pengajian al- Quran khususnya kelas al-Quran di masjid-masjid di daerah Kuantan diurus oleh pihak pengurusan dan pentadbiran masjid itu sendiri daripada kalangan ahli kariah masing-masing.

Pihak Jabatan Agama Islam Daerah Kuantan hanya memberi elaun kepada briged penceramah agama dan guru takmir yang dilantik sahaja melalui dan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP), manakala tenaga pengajar kelas al-Quran mendapat bayaran elaun bulanan dari dana masjid dan yuran peserta.44

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau, pada bulan April 2009 yang lalu, iklan jawatan guru hafiz masjid daerah secara kontrak bagi pengajian al-

43 Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) (2006),op.cit., h. 7.

44 Temu bual dengan Ustaz Mohd Hafidz Muhammad Suhaile, di pejabat JAIP, pada 2 Jun 2009.

(33)

Quran di masjid-masjid daerah di Negeri Pahang akan diisi pada pertengahan tahun ini. Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) akan memberi elaun tetap sebanyak RM1,500.00 sebulan kepada semua para guru hafiz dan status jawatan berkenaan diurus oleh Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang. Selain itu, program berkenaan akan berjalan pada bulan Julai nanti. Beliau menjelaskan bahawa kelas al- Quran yang diadakan di masjid setiap hari di bawah bimbingan guru hafiz tanpa dikenakan bayaran oleh setiap peserta kelas al-Quran agar mampu membentuk keperibadian yang mulia di kalangan masyarakat dan menghayati dan mendalami al-Quran. Setiap masjid daerah di Negeri Pahang akan ditempatkan seorang guru hafiz manakala hanya daerah Kuantan sahaja mempunyai seramai empat orang guru hafiz disebabkan bilangan penduduk yang ramai.45

Pengurusan program kelas al-Quran di masjid-masjid daerah Kuantan kebanyakannya dipertanggungjawabkan ke atas biro atau lujnah khas bagi merancang dan memantau perjalanannya. Sebagai contoh, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan Masjid Tengku Ampuan Afzan, pengurusannya diletakkan di bawah biro agama; Masjid al- Makmur, diletakkan di bawah biro pendidikan; Manakala Masjid KIPSAS diletakkan di bawah biro dakwah. Walaupun pengurusan kelas al-Quran tersebut dikendalikan oleh biro-biro yang berlainan nama, tetapi fungsinya tetap sama iaitu merancang, menilai dan memastikan ianya berjalan dengan lancar dan jaya.

Menurut Imam 1 Mohd Luqman Ahmad al-Hafiz, penilaian terhadap kelas al-Quran yang dilaksanakan memang dilakukan oleh pihak masjid. Penilaian tersebut bertujuan untuk memastikan ahli jemaah berpuas hati dengan kelas al-Quran yang dihadiri mereka. Di antara

45 Temu bual dengan Tuan Hj. Ahmad Raffli Ab. Malek, di pejabat MAIP, pada 1 Jun 2009.

(34)

kaedah penilaian yang dilakukan ialah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada ahli jemaah untuk mendapatkan maklum balas mereka.46

Tuan Hj. Mustafa Mohammad menjelaskan, di antara cara menilai kualiti kelas al-Quran ialah dengan melihat bilangan pelajarnya sama ada semakin bertambah atau sebaliknya. Jika kehadiran semakin bertambah menandakan kelas al-Quran yang dibuat berkesan dan diminati.

Beliau menambah, bahawa sambutan yang baik biasanya disebabkan tenaga pengajar berkualiti dan pandai menarik hati peserta. 47

Rumusan dari hasil kajian yang dilakukan melalui beberapa siri temu bual antara pengkaji dengan pegawai-pegawai dan AJK di beberapa buah masjid terpilih mendapati, bahawa kelas-kelas al-Quran yang diadakan telah dirancang, dipantau dan dinilai oleh pihak pengurusan masjid masing-masing oleh kerana tenaga pengajar kelas al-Quran mendapat bayaran elaun bulanan dari Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) setiap kali program dianjurkan. Manakala, Pejabat Agama Islam Pahang (PAID) hanya mahu mendapatkan laporan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid.

1.3 PENGAJIAN AL-QURAN MASA KINI

Pengajian al-Quran bermula sejak ianya diturunkan. Selepas Rasulullah (s.a.w.) menerima wahyu yang pertama, baginda terus membaca al-Quran dan mengajarkannya kepada para

46 Temu bual dengan Imam 1 Mohd Luqman Ahmad al-Hafiz, di masjid Tengku Ampuan Afzan, pada 3 Jun 2009.

47 Temu bual dengan Tuan Hj. Mustafa Mohammad, di masjid, al-Hidayah Paya Besar, pada 3 Jun 2009.

(35)

sahabat. Rasulullah (s.a.w.) menerima wahyu dari Malaikat Jibril (a.s.) di Gua Hira’ ketika baginda berumur 40 tahun. Ibn Kathir menyebut;48

Ayat yang pertama diturunkan ialah Iqra’. Malaikat Jibril (a.s.) telah datang kepada Rasulullah (s.a.w.) dan berkata: Bacalah …. “Rasulullah (s.a.w.) berkata: “Saya bukanlah orang yang pandai membaca”…

Rasulullah (s.a.w.) berkata: Dia memeluk saya hingga saya merasa penat kemudian dilepaskan. Kemudian dia berkata:“Bacalah” … Saya berkata:

“Saya bukan pandai membaca”… Maka dia memeluk saya buat kali ketiga sehingga saya merasa penat kemudian dia melepaskan saya maka dia berkata:

M N O P ﮍ ڑ S ژ ﮉ ڈ ﮇ ڎ ﮅ ڌ ﮃ ڍ ﮁ ﮀ ﭿ ڇ a b c d گ

Setelah Rasulullah (s.a.w.) menerima wahyu yang pertama itu, maka Rasulullah (s.a.w.) mengulangi bacaannya dan sebutan ayat-ayat itu berkali-kali supaya di ingati dan baginda terlalu bimbang akan kehilangan ayat itu dari ingatannya. Sikap Rasulullah (s.a.w.) ini dilarang oleh Allah (s.w.t.) dengan firman-Nya:

f f f f g h i j f f f f

Surah al-Qiyamah (75) : 16-17 Maksudnya :

“Janganlah kamu menggerakkan lidah mu untuk membaca al-Quran kerana hendak cepat (dan terburu-buru untuk menguasainya.

Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulnya (di dadamu) dan (membuat mu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutilah bacaan itu.”

Firman Allah (s.w.t.) lagi:

48 Ibn Kathir (t.t.), al-Sirah al-Nabawiyya. Ed. Mustafa al-Wahid, Jil.4 Qahirah: Isa al-Babi al-Halabi, h. 385.

(36)

ٺ ﭝ ﭜ ﭛ ڀ p q r پ ﭟ

ﭤ ﭣ ٿ ﭡ ﭠ

Surah Taha (20) : 114 Maksudnya :

“Jangan lah kamu segera membaca al-Quran sebelum selesai turunnya wahyu itu, katakanlah tuhan ku tambahkanlah ilmu itu.”49

Firman Allah (s.w.t.) lagi:

ﯜ ۈ ﯚ ۆ ﯘ ۇ ﯖ ﯕ ٷ

Surah al-A’la (89) : 6-7 Maksudnya :

“Dan Kami akan membacakan wahyu kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga kamu tidak lupa melainkan apa yang dikehendaki Allah”.

Hal ini menyebabkan baginda dapat menghafal al-Quran dengan lancar dan setiap kali Jibril (a.s.) datang membacakan wahyu kepada baginda, baginda akan mendengar sehingga selesai. Rasulullah (s.a.w.) mengajar para sahabat menyebut dan membaca kalimah dan ayat-ayat al-Quran secara betul seperti yang dibacakan oleh Malaikat Jibril (a.s.) kepada baginda. Baginda kemudiannya menjelaskan maksud dan penafsiran al-Quran kepada mereka untuk dijadikan amalan dalam kehidupan. Di Mekah, pusat pertama pengajian al-Quran di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam,50 manakala di Madinah pula di Masjid Nabawi.

Cara Rasulullah (s.a.w.) mengajar al-Quran kepada para sahabat di antaranya ialah dengan membacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka, kemudian mereka mengikutinya atau mereka

49 ‘Abdullah bin Muhammad Basmih (1983), Tafsir Pimpinan Rahman. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri, h. 1322-1323.

50 Al-Buti (1978), Fiqh al-Sirah. Mesir: Dar al-Fikr, h. 76.

(37)

memperdengarkan bacaan pada Rasulullah (s.a.w.) lalu diperbetul oleh Nabi Muhammad (s.a.w.).51 Sebahagian mereka ada yang mengajar al-Quran di rumah kediaman mereka sendiri untuk mengelak dari rumahnya menjadi tanah perkuburan yang sunyi sepi. Mereka juga mengajar al-Quran pada anak-anak mereka sebagai seorang bapa dan untuk mendapat syafaat di Hari Kiamat.52 Di antara sahabat Nabi (s.a.w.) yang paling banyak menghafaz al-Quran ialah

‘Othman bin ‘Affan, ‘Ali bin Abu Talib, Khalid bin Said, ‘Abas bin Said, al’Ula bin Hadhrami.

Manakala penulis utamanya ialah Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Saad bin Abi Sarah yang menjadi murtad dan kembali kepada Islam pada hari pembukaan Mekah, Mu’awiyah bin Abi Sufyan, Hanzalah al-Asadi, Ibn Mas’ud, Abu Darda’ dan Abu Musa al-‘Asyari.53

Perkembangan pengajian al-Quran makin berkembang dari zaman Tabi’in dan zaman kemudiannya selaras dengan perkembangan Islam ke Negara-Negara Islam di Barat dan Timur.

Pusat-pusat pengajian al-Quran yang bermacam-macam bentuk seperti sekolah, madrasah, universiti, masjid dan seumpamanya tumbuh dengan pesat. Pengajian mereka menggunakan sistem yang diajar oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.).54 Kaedah yang di ajar oleh Rasulullah (s.a.w.) yang meliputi talaqqi musyafahah dan hafazan tetap diteruskan dan di amalkan oleh para Tabi’in.

Imam Shafii berkata: “Saya anak yatim di dalam jagaan ibu saya. Saya dihantar belajar di Kuttab setelah khatam dan saya masuk belajar di masjid untuk mendalami ilmu agama.”55 Saya menghafal al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan saya menghafal Muwata’ ketika saya berumur sepuluh tahun.” 56

51 Muhammad Nur Lubis (2002), Sejarah Penulisan Mushaf al-Syariff. Brunei Darussalam : Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, h.19.

52 Abdullah al-Qari Hj. Salleh (1998), Ibadah Unggul Telinga Mendengar al-Quran. Kuala Lumpur : al-Hidayah, Cet. Pertama h.64.

53 Al-Zarqani (t.t), Manahil al-Irfan. Kaherah : al-‘Arabiyyah, j.1, h.414.

54 Ibid., h. 58.

55 Ibrasyi (1975), al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa Falsafatuha. ed.3. Qahirah: Isa al-Babi al-Halabi, h.7.

56 Al-Baghdadi (t.t.), Tarikh al-Baghdad, Beirut, h. 63.

(38)

Syed Qutub menerangkan kisahnya tentang al-Quran … “Saya mulai membaca al-Quran ketika berumur sembilan tahun tanpa matlamat, tanpa penjelasan. Ini semata-mata kerana saya minat membaca al-Quran itu dan saya hafal sekadar yang mungkin…”57

Pengajian al-Quran merupakan sistem pendidikan tertua di Tanah Melayu. Pengajian ini bermula kira-kira 500 tahun yang lalu. Kenyataan ini berdasarkan kepada rujukan bukti yang dianggap tertua iaitu Hikayat Abdullah:

“Shahadan, maka tiadalah tentu satu atau dua tempat orang mengajar mengaji, melainkan adalah dalam sepuluh dua belas rumah seseorang dua orang anak-anak mengaji al-Quran, bukannya bahasa melayu, kerana demikianlah adat dalam segala negeri-negeri Melayu dalam dunia. Maka tiadalah ia belajar bahasanya melainkan semuanya dari kecilnya ia mula mengaji al-Quran juga.”58

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke 15, telah menjadi titik tolak kepada pengajian al-Quran. Mengaji al-Quran mula diperkenalkan sejak agama Islam sampai dan diterima oleh penduduk disini lagi, amat tidak munasabah sekiranya para pendakwah yang menyampaikan seruan Islam, hanya menyampaikan Islam sahaja tanpa mengajar pengisian dan sumber-sumber asas tentang Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.59

Pada peringkat awal pengajian al-Quran dan ajaran Islam dipelajari secara tidak formal sama ada di rumah, masjid, surau, rumah Tok Guru dan istana.60 Bermula dengan diajar Qiraat dan tajwid, kemudian baru diajar memahami tafsir al-Quran dengan secara ringkas sesuai dengan

57 Muhammad Qutb (t.t.), Dirasat Quraniyyat. Qahirah: Dar al-Syuruq, h. 5.

58 Abdullah bin Kadir Munsyi (1963), Hikayat Abdullah. Jil.1, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, h. 36.

59 Ismail Yusof (1992), Perkembangan Pengajian dan Penulisan Tafsir di Malaysia, tesis (Phd), Kuala Lumpur : Universiti Malaya, t.c., h. xviii.

60 Abdullah Ishak, Pengajian Pondok dan Kesannya terhadap masyarakat Islam di Malysia dalam Abdul Halim el- Muhammady (ed), (1994), Pendidikan Islam Peranannya dalam Pembangunan Ummah. Kuala Lumpur : Budaya Ilmu Sdn. Bhd., h.158.

(39)

keadaan kemampuan pelajar ketika itu. Selepas itu, pelajar diajar sekitar tafsir bertajuk ayat-ayat hukum, mengenai akidah dan akhlak.

Kemudian, ia berkembang kepada pengajian yang lebih formal, iaitu di institusi pengajian pondok. Institusi pengajian pondok di Tanah Melayu telah dikesan bermula pada akhir abad ke 17. Ini berdasarkan catatan bahawa pada ketika itu, sudah terdapat institusi pondok di Pulau Manis, Terengganu Darul Iman yang didirikan oleh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis.61 Maksud perkataan pondok di Malaysia dan di selatan Thailand (khususnya di wilayah-wilayah Patani, Narathiwat, Yala, Songkhla dan Satun) ialah rumah-rumah kecil tempat tinggal tiga atau empat orang pelajar bagi setiap rumah dan merupakan satu institusi pendidikan agama Islam yang dibangunkan secara persendirian dan berasrama. Pendekatan ini sama dengan pesentren di Indonesia iaitu tempat berkumpul dan menginap pelajar-pelajar atau asrama yang menempatkan pelajar-pelajar agama, yang terletak di sekeliling masjid atau sekitar rumah-rumah tuan guru.62

Secara dasarnya, corak pembelajaran dan pengajaran al-Quran pada zaman ini tidak jauh bezanya dengan apa yang diamalkan dan diajarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada para sahabatnya. Apa yang membezakannya adalah penggunaan alat tulis yang lebih moden, bilik kuliah kondusif dan teknik yang lebih mudah dan terbaru terhadap pemahaman serta hafazan untuk dipratikkan kepada masyarakat. Malah ketika ini, wujud kesedaran mengenai kepentingan

61 Abdul Rahman Haji Abdullah (1997), Pemikiran Islam di Malaysia Sejarah dan Aliran. Jakarta : Gema Insani, h.34.

62 Sufian Husin (1993), Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.2.

(40)

penghafazan al-Quran menyebabkan pembelajaran dan pengajarannya dilakukan dengan lebih intensif dan sistematik.

Menurut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAIP menjelaskan, Pengajian al-Quran cara moden bermaksud pengajian yang mempunyai struktur yang tersusun, meliputi sudut pengurusan, kurikulum dan kemudahan infrastrukturnya. Cara moden ini dianjurkan oleh pihak kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Manakala pengajian al- Quran cara tradisional pula bermaksud pengajian yang tidak tersusun dengan baik dari sudut pentadbiran, kurikulum dan kemudahan infrastukturnya adalah seperti sistem pendidikan pondok. Lazimnya, pendidikan secara tradisional ini dikelolakan oleh orang perseorangan atau swasta.63

Semenjak Dasar Pelajaran Kebangsaan diperkenalkan, murid Islam di sekolah rendah dan menengah diwajibkan mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Bagi mempertingkatkan kualiti Pendidikan Islam di sekolah, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal berdasarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diterbitkan pada tahun 1979. 64

Dengan perkembangan yang menggalakkan ini, pendidikan Islam tidak lagi tertinggal atau diabaikan oleh pemerintah. Murid-murid di sekolah-sekolah kerajaan berpeluang mendapat pendidikan Islam tanpa perlu menghadiri sekolah-sekolah agama pada sebelah petang. 65

63 Temu bual dengan Tuan Hj. Ahmad Raffli Ab. Malek, di pejabat JAIP, pada 3 Jun 2009.

64 Muhammad Yunus Noor (1990), Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR, 21-25 Mei, Institut Aminudin Baki.

65 Muhammad Sood (1981), Persepsi Murid, Ibu Bapa dan Guru Terhadap Pilihan Sekolah Menengah Agama

(41)

Berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam KBSM kini, bidang pengajian Tilawah al- Quran bukanlah suatu ilmu yang berasingan, malah bersifat bersepadu. Dengan kata lain, pengajian Tilawah al-Quran tidak hanya dilihat dari sudut membetulkan bacaan

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam kajian ini mereka akan didedahkan dengan retorik al-mujādalah sebagai salah satu cabang dakwah yang penting untuk difahami dan diperjelaskan agar dapat memberikan kepada

Menyedari bahawa golongan murid ini berbeza dengan murid yang normal, adalah penting untuk mengatasi masalah membaca al-Quran di kalangan murid, kajian ini dijalankan

Oleh hal yang demikian adalah perlu kepada suatu usaha untuk mempastikan bidang perubatan dan rawatan yang dilaksanakan sesuai dengan inspirasi al-Quran dan al-Sunnah

Mustaffa (2010), Hafalan al-Quran dan hubungannya dengan kecemerlangan pelajar: Kajian di Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007, Jabatan

Adalah perlu ditekankan bahawa Rasulullah y menggunakan istilah khusus tarannum bi al-Quran ( ). Oleh kerana perkataan tarannum adalah umum dan boleh digunakan kepada

Melihat kepada pedoman al-Quran dan al-Sunnah berkaitan kemahiran interpersonal, kaedah komunikasi dan interaksi maka dapat dirumuskan bahawa bidang ini berkaitan

Tulisan ini akan membincangkan konsep al-wakalah di dalam fiqh Islam dan juga kajian amalan dan kefahaman agen di beberapa buah syarikat takaful di Malaysia terhadap konsep

Carta 4.2 Peratus Motif Bunga di Tiga Buah Masjid Kajian 233 Carta 4.3 Peratusan Keseluruhan Motif Haiwan di Tiga Buah