• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kesan Persekitaran Fizikal Dan Sosial Kepada Perkembangan Kanak-Kanak Dari Perspektif Neurosains: Kajian Sorotan Sistematik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kesan Persekitaran Fizikal Dan Sosial Kepada Perkembangan Kanak-Kanak Dari Perspektif Neurosains: Kajian Sorotan Sistematik"

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

Kesan Persekitaran Fizikal Dan Sosial Kepada Perkembangan Kanak-Kanak Dari Perspektif Neurosains: Kajian Sorotan

Sistematik

(The Effct Of Physical And Social Environment On Children's Development From A Neuroscience Perspective: A Systematic

Review)

Wong Poh Yee1*, Faridah Yunus1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p99304@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Persekitaran merupakan antara aspek utama atau kriteria untuk menilai kualiti sebuah program pendidikan awal kanak-kanak. Aspek persekitaran fizikal seharusnya diberi penekanan yang sama seperti aspek kurikulum dan pengajaran prasekolah. Ini disebabkan persekitaran fizikal dan persekitaran sosial membawa kesan yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak. Kajian sorotan sistematik ini membincangkan tentang kesan persekitaran fizikal dan sosial kepada perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains.

Neurosians pendidikan ialah suatu bidang yang menggabungkan bidang kolektif neurosains, psikologi, sains kognitif, dan pendidikan untuk mewujudkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana kita belajar dan bagaimana maklumat ini dapat digunakan untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merangkumi analisis tulisan akademik dan hasil dapatan daripada 70 buah artikel jurnal. Antara tema utama yang difokuskan semasa pemilihan artikel jurnal ialah tema neurosians pendidikan, persekitaran pembelajaran dan juga pendidikan prasekolah. Isu-isu yang dihadapi dalam pengintegrasian neurosains ke dalam konteks bilik darjah dan aspek kolaborasi antara pelbagai disiplin juga dikenal pasti sebagai tema-tema tambahan semasa pelaksanaan kajian. Rumusan daripada kajian sorotan literatur ini ialah persekitaran pembelajaran seseorang kanak-kanak memberi impak yang besar terhadap perkembangannya dan ini dapat disokong dari aspek neurosains.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian penyelidikan perlu dijalankan dengan melibatkan kolaborasi antara pakar atau penyelidik neurosains dan pendidik seperti guru prasekolah supaya ilmu neurosains pendidikan dapat diaplikasikan dengan releven dalam penyediaan persekitaran bilik darjah.

Kata kunci: persekitaran, pendidikan prasekolah, perkembangan kanak-kanak, neurosains

Abstract: Environment is one of the main aspects or criteria in accessing the quality of an early childhood programme and it should be given the same emphasis and attention as the curriculum and pedagogy aspect. The physical and social environment greatly impacts a child's development and this systematic review discusses this from a neuroscience's perspective. Neuroeducation is a field that combines the collective fields of neuroscience, psychology, cognitive science and education, to produce a better understanding of how we learn and how can the information benefit learning and teaching. In this study, 70 journal articles are selected and reviewed focusing on main themes such as neuroeducation, learning environment and preschool education. Issues with the application of neuroscience into the

(2)

classroom context and the collaboration between neuroscience researchers, scientists and educators are additional themes derived from the literature as the study went on. In general, this literature review shows that physical and social environments do have a great impact on the development of a child and it is supported from a neuroscience's perspective. However, more research and experiments are needed with the collaboration of neuroscience researchers and educators especially early childhood educators, in order for neuroscience to be relevant and applicable in the setup and planning of a preschool's environment.

Keywords: environment, preschool education, child development, neuroscience

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Persekitaran fizikal di prasekolah atau program awal kanak-kanak merupakan suatu aspek yang sangat penting untuk memastikan kanak-kanak dapat berkembang dan belajar dengan optimum. Kualiti sesuatu program awal kanak-kanak dipengaruhi oleh bilangan, kepelbagaian jenis dan tahap mencabar bahan-bahan permainan, pembacaan interaktif, organisasi bilik darjah dan sokongan instruksional pendidik (Britto et al., 2017). Berikutan itu, perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak dibentuk oleh persekitaran di sekitar mereka (Cheung &

Zhang, 2020). Persekitaran fizikal sering kali dihubung kaitkan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak namun, kualiti dan keberkesanan persekitaran prasekolah juga sangat penting untuk kemajuan pembelajaran kanak-kanak kerana ia memberi rangsangan kognitif yang penting seperti perkembangan kemahiran numerasi (Anders et al., 2012). Malah, penyelidikan baru-baru ini telah menjalin hubungan antara kemahiran motor kanak-kanak dengan prestasi akademik mereka (Carlson, Rowe, & Curby, 2013).

Neurosains pendidikan adalah bidang saintifik yang melibatkan penyelidik neurosains, psikologi, dan pendidikan untuk meneroka proses neurokognitif yang mendasari amalan dan teori pendidikan (Black, Myers, & Hoeft, 2015). Aplikasi neurosains dalam bidang pendidikan ialah satu proses mewujudkan teori-teori sains dan pendidikan yang berhubung rapat dengan pendidik dan pendekatan pengajaran (Aronsson & Lenz Taguchi, 2017). Antara bidang yang diterokai dalam bidang neurosains pendidikan ialah daya ingatan dan kaitannya dengan pembelajaran, kebaikan kegunaan muzik untuk tujuan kognitif, kepentingan dan kesan tidur, kesan aktiviti fizikal atau sukan dan kesan stres atau tekanan emosi (Carew & Magsamen, 2010).

Apakah kaitan atau implikasi neurosains pendidikan terhadap pendidikan awal kanak-kanak (PAKK)? Penaksiran universal untuk kualiti PAKK seperti ECERS-R merangkumi aspek susun atur fizikal, kurikulum, interaksi pengasuh dengan kanak-kanak, kesihatan, keselamatan, penjadualan waktu, permainan dalam dan luar, ruang, kelayakan guru, bahan permainan dan pentadbiran (Anders et al., 2012). Mengikut penaksiran ECERS-R, aspek fizikal bilik darjah seperti susun atur kelas, kesediaan permainan dalam dan luar, agihan ruang dan bahan permainan yang disediakan merupakan aspek yang dipertimbangkan dalam penyediaan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti. Antara tujuan pelaksanaan kajian sorotan literatur ini adalah untuk mengenal pasti kesan aspek persekitaran ini terhadap perkembangan kanak-kanak kerana persekitaran merupakan suatu aspek PAKK yang penting.

Berikutan itu, penyediaan persekitaran yang sesuai dan merangsang adalah amat penting untuk perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal dan juga kognitif (Anders et al., 2012; Cheung &

Zhang, 2020). Selain itu, persekitaran fizikal juga memberi impak terhadap perkembangan

(3)

fungsi eksekutif kanak-kanak. Menurut (Barker et al., 2014), kanak-kanak memperoleh dan memperkembangkan fungsi eksekutif, iaitu proses kawalan kognitif yang mengatur pemikiran dan tindakan untuk menyokong sesuatu tingkah laku yang bertujuan. Oleh yang demikian, persekitaran prasekolah yang selamat dan kaya dengan sumber memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan lebih banyak aktiviti tidak berstruktur yang dapat menyokong perkembangan fungsi eksekutif.

Perkembangan terkini dalam neurosains telah menyumbang kepada peningkatan pemahaman mengenai mekanisme neurosains dalam pembelajaran di mana persekitaran yang seronok dapat mengurangkan emosi negatif dan juga meningkatkan daya ingatan kanak-kanak (Muhammad Syawal Amran & Abu Yazid Abu Bakar, 2020). Kajian sorotan literatur Muhammad Syawal Amra net. al (2019) tentang aplikasi ilmu neurosains dalam pendidikan telah membincangkan perkaitan yang kuat antara aspek emosi dengan pemprosesan kognitif di mana emosi yang positif dapat membantu pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, persekitaran prasekolah yang disediakan seharusnya mempromosi emosi yang positif.

Aspek persekitaran merupakan suatu aspek yang penting dalam program pendidikan awal kanak-kanak dan ini telah diketengahkan dalam banyak teori-teori PAKK dan juga dalam kajian-kajian lepas. Sebagai contoh, pendekatan Montessori menyatakan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh reka bentuk interaksi mereka dengan persekitaran.

Pendekatan Montessori mempunyai fokus pada prinsip-prinsip "persekitaran yang dipersiapkan" - di mana reka bentuk ruang belajar kanak-kanak membolehkan kerja dan penemuan bebas (Phillips-Silver & Daza, 2018). Walaupun kajian-kajian lepas telah banyak menghuraikan kesan dan kepentingan persekitaran terhadap perkembangan kanak-kanak, namun, ia masih kurang dikaji dan belum difahami dengan mendalam dari segi biologi. Apa yang berlaku dalam otak dan minda seseorang kanak-kanak apabila mereka berinteraksi dalam persekitaran fizikal atau persekitaran sosial yang berbeza?

Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengumpul dan menganalisis kajian-kajian lepas tentang persekitaran prasekolah dan kesannya kepada perkembangan kanak-kanak dari segi neurosains.

Kajian ini akan membantu memberi penjelasan tentang kesan tersebut dari perspektif neurosains. Berdasarkan tujuan kajian, objektif kajian sorotan literatur ini dapat disenaraikan seperti berikut:

1) Mengenal pasti kesan persekitaran fizikal kepada perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains.

2) Mengenal pasti kesan persekitaran sosial kepada perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains.

Kanak-kanak mempunyai pelbagai cara pembelajaran, mereka belajar menerusi gabungan pengalaman fizikal, interaksi sosial dan refleksi. Oleh yang demikian, persekitaran pembelajaran mempunyai pengaruh yang besar terhadap cara kanak-kanak belajar dan perkembangan mereka (Aimi Najlaa, 2019). Berikutan itu, persoalan kajian ini ialah:

1) Apakah kesan persekitaran fizikal kepada perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains?

2) Apakah kesan persekitaran sosial kepada perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains?

Sorotan kajian literatur ini penting kerana ia mengumpul, analisis dan sintesis dapatan-dapatan kajian lepas tentang kesan persekitaran fizikal dan sosial kepada perkembangan kanak-kanak prasekolah. Selain itu, kajian ini juga penting kerana ia menjalinkan hubungan dan membina

(4)

jambatan yang menghubung kaitkan persekitaran pembelajaran dengan bidang neurosains.

Kesan persekitaran pembelajaran dibincangkan dari segi aspek neurosains membolehkan pendidik lebih memahami perubahan aktiviti sinaptik otak yang berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dalam persekitaran tertentu. Hasil daripada kajian literatur yang sistematik ini dapat membantu penggubal dasar, kurikulum, dan polisi pendidikan awal kanak-kanak untuk lebih memahami kesan dan implikasi persekitaran pembelajaran PAKK. Dengan ini, diharapkan persekitaran pembelajaran dapat disediakan mengikut keperluan kanak-kanak dan berikutan itu kualiti program PAKK dapat ditingkatkan.

2. Pencarian Literasi

Penyelidik telah merujuk kepada prosedur pencarian literatur daripada kajian Le Gentil &

Mongruel (2015) dan kajian Tawfik et al. (2019) sebagai panduan untuk merancang pencarian literasi. Berikutan itu, penyelidik telah mengadaptasikan prosedur pencarian literatur daripada dua kajian tersebut, dan menghasilkan suatu gambar rajah aliran yang disesuaikan untuk kajian ini (Rajah 1).

Rajah 1: Prosedur Pencarian Literatur

Setelah mengenal pasti tajuk untuk kajian sorotan literatur ini, penyelidik telah menggunakan pangkalan data Scopus dan Google Scholar melalui portal e-Journal di laman web perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana kedua-dua pangkalan data ini mempunyai kajian dan penulisan akademik yang berkualiti. Bahasa Inggeris digunakan semasa pencarian literasi kerana kebanyakan penulisan akademik yang berkaitan dengan kajian ini adalah ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Pada awal pencarian sumber, penyelidik telah menggunakan tajuk kajian, "Kesan Persekitaran Fizikal dan Sosial kepada Perkembangan Kanak-kanak dari segi Perspektif Neurosains" untuk mencari sumber kajian dan telah gagal menemui kajian-kajian lepas atau penulisan akademik yang berkaitan. Dalam garis panduan pelaksanaan kajian sorotan literatur perubatan di Australia, National Health and Medical Research Council (2000) telah mencadangkan penggunaan gambar rajah Venn untuk memudahkan pemilihan kata kunci dan komponen

(5)

kajian untuk digunakan dalam pencarian sumber di pangkalan data. Oleh yang demikian, penyelidik telah memecahkan soalan kajian kepada komponen-komponen yang lebih kecil menggunakan gambar rajah Venn (Rajah 2).

Rajah 2: Gambar rajah Venn komponen pencarian literasi

Berdasarkan Rajah 2, penyelidik telah mencari kajian-kajian lepas dan penulisan akademik yang mempunyai sekurang-kurangnya dua komponen pencarian literasi. Penyelidik membuat demikian dengan membaca tajuk dan abstrak secara sepintas lalu. Semasa menjumpa artikel yang sangat releven dengan tajuk atau persoalan kajian, penyelidik juga turut merujuk kepada bahagian rujukan artikel tersebut untuk mengenal pasti kajian-kajian lain yang releven. Melalui proses ini, daripada 3252 item, 102 buah artikel jurnal dan penulisan akademik telah dikenal pasti. Antara 102 kajian atau penulisan akademik yang dipilih, 79 adalah daripada pangkalan data Scopus manakala 23 adalah daripada Google Scholar

3. Metodologi Kajian

Prosedur pelaksanaan kajian sorotan literatur ini adalah seperti yang disenaraikan dalam gambar rajah aliran dalam Rajah 3.

Rajah 3: Prosedur pelaksanaan kajian sorotan literatur

Bagi melakukan penyusunan maklumat 102 buah artikel dalam bentuk jadual untuk kajian sorotan literatur ini, penyelidik telah membaca setiap artikel tersebut untuk mengenal pasti idea-idea utamanya atau maklumat yang boleh digunakan untuk menjawab persoalan kajian.

(6)

Dalam proses ini, penyelidik menapis artikel-artikel tersebut dan akhirnya hanya memilih 70 artikel jurnal yang paling releven dan sesuai untuk digunakan dalam kajian sorotan literatur ini.

Semasa membaca dan menganalisis artikel-artikel, penyelidik mengenal pasti tema-tema yang baru selain tema yang disenaraikan pada awal kajian. Antaranya ialah isu pelaksanaan neurosains dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta "neuromyths" iaitu salah faham tentang neurosains pendidikan. Selain itu, banyak kajian-kajian lepas juga menekankan keperluan kerjasama dan kolaborasi dua hala antara pakar dalam bidang neurosains dengan pakar pendidik untuk membolehkan neurosains diaplikasikan dengan efektif di bilik darjah dan pengurangan berlakunya "neuromyths". Kedua-dua tema ini banyak muncul dalam kajian-kajian mengenai neurosains dalam pendidikan. Oleh itu, isu aplikasi neurosains dalam konteks pendidikan dan aspek kepentingan kolaborasi antara bidang neurosains dan bidang pendidikan juga dimasukkan sebagai tema yang dikupas dalam perbincangan kajian ini.

Kesemua 102 sampel kajian tersebut adalah artikel-artikel daripada jurnal dan telah dimuat turun dalam format PDF dan dimasukkan ke dalam sistem EndNote untuk memudahkan susunan rujukan. Nombor DOI atau ISBN bagi setiap penulisan juga disenaraikan. Seterusnya, sampel kajian ini disusun dalam suatu jadual literatur yang menyenaraikan (i) tajuk artikel, (ii) penulis dan tahun penerbitan, (iii) nama jurnal, (iv) DOI dan (v) idea utama artikel. Setelah jadual literatur dilengkapkan, setiap artikel tersebut juga diberi label dengan warna dan dikategorikan mengikut tema-tema yang ada pada penulisannya. Antara tema-tema ialah persekitaran fizikal, persekitaran sosial, perkembangan kanak-kanak, pendidikan awal kanak- kanak atau pendidikan prasekolah, neurosains pendidikan, isu aplikasi neurosains dan

"neuromyths", serta kolaborasi. Setiap tema ini telah dilabelkan dengan warna dan satu artikel jurnal boleh mempunyai lebih daripada satu tema.

4. Dapatan Kajian

70 sampel kajian ini disusun dalam suatu jadual literatur yang menyenaraikan (i) tajuk artikel, (ii) penulis dan tahun penerbitan, (iii) nama jurnal, (iv) DOI dan (v) idea utama artikel (Jadual 4.1). Label warna juga digunakan untuk melabel tema-tema yang didapati dalam artikel jurnal tersebut. Berikut merupakan sebahagian daripada jadual literatur (Rajah 4):

Rajah 4: Sebahagian daripada jadual literatur

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Neurosains dalam pendidikan (Neuro-Education) adalah disiplin baru yang bertujuan untuk menggabungkan bidang kolektif neurosains, psikologi, sains kognitif, dan pendidikan untuk mewujudkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana kita belajar dan bagaimana maklumat ini dapat digunakan untuk menghasilkan kaedah pengajaran, kurikulum, dan dasar

(7)

pendidikan (Carew & Magsamen, 2010). Meskipun masih dalam tahap awal sebagai disiplin penyelidikan, inisiatif ini sudah membuka dialog baru yang kritis antara guru, pentadbir, ibu bapa, dan ahli neurosains.

Perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak dibentuk oleh persekitaran di sekitar mereka (Cheung & Zhang, 2020). Berikutan itu, tahap aktiviti fizikal di pusat pendidikan awal kanak-kanak boleh dipertingkatkan dengan memperuntukkan masa untuk aktiviti bermain di dalam dan luar bilik darjah, penglibatan guru dalam aktiviti bermain dan juga prasarana yang menyokong aktiviti fizikal (Byrd-Williams, Dooley, Thi, Browning, & Hoelscher, 2019;

Cosco, Moore, & Smith, 2014). Peruntukan masa untuk aktiviti luar bilik darjah adalah amat penting kerana tahap aktiviti fizikal kanak-kanak adalah lebih tinggi apabila mereka berada di luar bilik darjah.

Kekurangan aktiviti fizikal adalah faktor utama kematian dan ia bermula daripada zaman kanak-kanak sehingga dewasa dan gaya hidup aktif adalah, untuk sebahagian besarnya, dipelajari pada zaman awal kanak-kanak (Brandes, Busse, Sell, Christianson, & Brandes, 2020). Corak aktiviti fizikal ditubuhkan pada tahun-tahun awal seseorang dan berterusan sepanjang hayat, oleh itu, pemupukan gaya hidup aktif pada zaman awal kanak-kanak memberi impak yang besar pada kesihatan dan kepanjangan hidup seseorang (Cleland, Dwyer, & Venn, 2012; Telama et al., 2014). Kesedaran dan fokus dalam menyediakan peralatan yang bersesuaian di persekitaran kanak-kanak, terutamanya peralatan khas yang diadaptasikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah penting untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal kanak-kanak (Bloemen et al., 2015).

Persekitaran fizikal sering kali dihubung kaitkan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak namun, kualiti dan keberkesanan persekitaran prasekolah juga sangat penting untuk kemajuan pembelajaran kanak-kanak kerana ia memberi rangsangan kognitif yang penting seperti perkembangan kemahiran numerasi (Anders et al., 2012). Malah, penyelidikan baru-baru ini telah menjalin hubungan antara kemahiran motor kanak-kanak dengan prestasi akademik mereka (Carlson et al., 2013). Selain itu, persekitaran fizikal juga memberi impak terhadap perkembangan fungsi eksekutif kanak-kanak. Menurut Barker et al. (2014), kanak-kanak memperoleh dan memperkembangkan fungsi eksekutif, iaitu proses kawalan kognitif yang mengatur pemikiran dan tindakan untuk menyokong sesuatu tingkah laku yang bertujuan.

Berikutan itu, persekitaran prasekolah yang selamat dan kaya dengan sumber memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan lebih banyak aktiviti tidak berstruktur yang dapat menyokong perkembangan fungsi eksekutif.

Neurosains pendidikan adalah bidang saintifik yang melibatkan penyelidik neurosains, psikologi, dan pendidikan untuk meneroka proses neurokognitif yang mendasari amalan dan teori pendidikan (Black et al., 2015). Aplikasi neurosains dalam bidang pendidikan ialah satu proses mewujudkan teori-teori sains dan pendidikan yang berhubung rapat dengan pendidik dan pendekatan pengajaran (Aronsson & Lenz Taguchi, 2017). Untuk memanfaatkan ilmu neurosains secara produktif dalam bidang pendidikan, ia harus dilaksanakan secara berhati-hati dengan mengambil kira pelbagai perspektif neurosains pendidikan serta sains perkembangan dan pertumbuhan yang baru (Ferrari, 2011; Immordino‐Yang, 2011).

Antara bidang yang diterokai dalam bidang neurosains pendidikan ialah daya ingatan dan kaitannya dengan pembelajaran, kebaikan kegunaan muzik untuk tujuan kognitif, kepentingan dan kesan tidur, kesan aktiviti fizikal atau sukan dan kesan stres (Carew & Magsamen, 2010).

Menurut Carew and Magsamen (2010), muzik membawa manfaat dari segi kognitif di latihan

(8)

muzik dapat mempertingkatkan kemahiran verbal dan non-verbal selain membantu dalam daya ingatan dan daya fokus kanak-kanak. Selain itu, neurosains dalam pendidikan juga mengkaji tentang fungsi manusia yang paling asas seperti tidur. Peranan dan kepentingan tidur adalah topik yang banyak dikaji oleh ahli sains neurosains dan data menunjukkan bahawa kualiti tidur yang bauk membantu meningkatkan daya ingatan. Aktiviti fizikal dan bersukan juga melindungi sel-sel otak yang tertentu dan membantu dalam pemulihan saraf. Menurut kajian neurosains, stres atau tekanan, terutamanya stres kronik, boleh menjejaskan pembelajaran pelajar dan keupayaan pelajar untuk menumpukan perhatian. Pelajar yang sangat tertekan menunjukkan pengurangan proses di kawasan otak tertentu, ia membawa implikasi bahawa tekanan kronik mengganggu kemampuan otak untuk mengalihkan perhatian dan mengganggu kemampuan pembelajaran di kelas.

Kajian dan penyelidikan lepas telah menggunakan kaedah-kaedah seperti neuroimaging, hyperscanning dan proses “electro-encephalographic” (EEG) untuk melihat aktiviti otak dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kaedah neuroimaging berpotensi memberikan gambaran mengenai proses kognitif yang berkaitan dengan pembelajaran pada tahap yang lebih terperinci berbanding dengan cara pemerhatian. Dengan pemerolehan pengetahuan tentang perkembangan kompetensi akademik dari aspek saraf dan neurosains, ia akan membantu struktur persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk pembelajaran (Ansari, De Smedt, &

Grabner, 2011). Selain itu, kita boleh memahami asas neurofisiologi sesuatu kelakuan sosial dengan menggunakan teknik hyperscanning iaitu rakaman serentak aktiviti saraf daripada dua atau lebih individu yang berinteraksi dalam pelbagai aktiviti interaktif seperti bermain gitar, bermain dalam kuartet rentetan, perbualan, perbincangan dan membuat keputusan atau bermain permainan video (Babiloni & Astolfi, 2014).

Selain itu, penyelidikan tentang dinamik saraf otak melalui proses “electro-encephalographic”

(EEG) iaitu sesuatu pemodelan kognitif neurokognitif mempunyai potensi kegunaan untuk tujuan diagnostik ADHD dan disleksia selain dapat menggambarkan proses pembelajaran dengan lebih tepat, dan menyesuaikan pengajaran dengan sewajarnya (D'Angiulli & Devenyi, 2019). Walaupun kita masih jauh dari aplikasi teknologi neurosains yang boleh dipercayai untuk kegunaan pembelajaran, ia mempunyai potensi yang amat besar. Ujian EEG ialah ujian yang mengesan keabnormalan di otak berdasarkan aktiviti elektrik otak. Semasa prosedur EEG, elektrod yang terdiri daripada cakera logam kecil dengan wayar nipis ditampal ke kulit kepala dan sebarang aktiviti sinaptik menghasilkan impuls elektrik halus dapat direkod (WebMD, 2020). Potensi untuk menyesuaikan teknologi ini untuk kegunaan bilik darjah adalah amat menarik dan berpotensi untuk membawa banyak manfaat.

Perkembangan terkini dalam kaedah neurosains telah menyumbang kepada peningkatan pemahaman mengenai mekanisme neurosains dalam pembelajaran di mana persekitaran yang seronok dapat mengurangkan emosi negatif dan juga meningkatkan daya ingatan murid (Muhammad Syawal Amran & Abu Yazid Abu Bakar, 2020) . Kajian tinjauan sistematik Muhammad Syawal Amran, Saemah Rahman, Shahlan Surat, and Abu Yazid Abu Bakar (2019) tentang aplikasi ilmu neurosains dalam pendidikan telah membincangkan perkaitan yang kuat antara aspek emosi dengan pemprosesan kognitif di mana emosi yang positif dapat membantu pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, persekitaran prasekolah yang disediakan seharusnya mempromosi emosi yang positif.

Menurut pendekatan Maria Montessori, kanak-kanak sepatutnya disediakan dengan persekitaran yang dapat membantu dan menggalakkan perkembangan sensori. Asas pendekatan Maria Montessori ini turut disokong oleh data neurosains yang menyatakan bahawa

(9)

pendidikan deria dapat membantu kecekapan sinaptik di kawasan deria otak, dan ini dapat dikaitkan dengan perhatian dan daya fokus kanak-kanak. Persekitaran yang dirancang mengikut tempoh sensitif tertentu, dan kebenaran untuk aktiviti spontan yang membolehkan kanak-kanak untuk memilih sendiri aktiviti yang cukup mencabar, dapat memberi sumbangan positif terhadap perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Catherine, Javier, & Francisco, 2020).

Sesetengah pedagogi menyatakan pengayaan persekitaran kanak-kanak mendorong perkembangan otak dan pembelajaran yang optimum (Dekker, Lee, Howard-Jones, & Jolles, 2012). Menurut Dekker et al. (2012), disebabkan kekurangan perangsang boleh memberi impak yang negatif terhadap perkembangan sistem sensori, pengayaan perangsang di persekitaran membawa manfaat dalam pembelajaran kanak-kanak. Berikutan itu, prasekolah perlu menyediakan bahan dan peralatan yang menggalakkan pergerakan seperti tikar, alat permainan lembut, reben, tali, bola kecil yang lembut dan sebagainya (Archer & Siraj, 2014).

Ini adalah supaya kanak-kanak boleh bermain dan praktis aktiviti pergerakan seperti berputar, berguling, tarik tali, melompat, merangkak dan menari menggunakan sumber yang ada.

Menurut Archer and Siraj (2014), peralatan dan infrastruktur fizikal seperti rangka pendakian (climbing frame) boleh disediakan di dalam dan luar bilik darjah untuk memberi peluang kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal yang lebih lasak.

Persekitaran prasekolah memainkan peranan dalam perkembangan dan fungsi eksekutif kanak- kanak. Kemajuan dalam bidang neurosains juga mencadangkan bahawa fokus pada pengurusan diri dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat meningkatkan penglibatan anak-anak dalam pembelajaran dan membantu dalam pencapaian akademik di peringkat sekolah rendah (Blair

& Raver, 2014). Tumpuan pada fungsi eksekutif dan aspek berkaitan pengurusan diri dalam pendidikan awal kanak-kanak membawa potensi untuk menutup jurang pencapaian akademik kanak-kanak. Oleh itu, ruangan dan aktiviti yang menggalakkan pengurusan diri, penyelesaian masalah dan penerokaan bebas perlu disediakan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan fungsi eksekutifnya.

Persekitaran prasekolah juga memberi impak terhadap peluang kanak-kanak untuk bersosial dan berinteraksi dengan bahan di sekelilingnya secara berkumpulan. Peluang untuk bersosial dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran adalah penting untuk membantu kemahiran sosial kanak-kanak secara berkumpulan dan meningkatkan penglibatan aktif dalam pembelajaran.

Dikker et al. (2017) telah menjalankan “hyperscanning” terhadap sekumpulan pelajar sekolah menengah di New York menggunakan peralatan EEG mudah alih untuk merekod aktiviti otak 12 orang pelajar pada masa yang sama. Eksperimen ini dijalankan sepanjang semester dalam pelbagai sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengkaji sama ada otak para pelajar menunjukkan aktiviti yang tinggi secara segerak semasa mereka berinteraksi dengan bahan- bahan bilik darjah atau dengan rakan. Hasil daripada kajian Dikker et al. (2017) menunjukkan bahawa penglibatan aktif pelajar mempunyai kolerasi positif dengan aktiviti neural segerak dalam sekumpulan individu.

Kesan Persekitaran Fizikal kepada Perkembangan Kanak-kanak dari Segi Neurosains Persoalan kajian pertama ialah "Apakah kesan persekitaran fizikal kepada perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains?" Berdasarkan dapatan kajian sorotan literatur, kajian- kajian lepas telah membuktikan bahawa persekitaran fizikal mempunyai impak dan pengaruh yang besar kepada perkembangan kanak-kanak. Ini juga disokong dari segi bidang neurosains yang menyatakan persekitaran yang tidak formal dan penyediaan persekitaran yang merangsangkan dapat membantu meningkatkan aktiviti sinaptik dalam otak kanak-kanak. Oleh

(10)

yang demikian, persekitaran fizikal mempunyai kesan pada pembelajaran dan perkembangan seseorang kanak-kanak, termasuk perkembangan kognitif.

Kesan Persekitaran Sosial kepada Perkembangan Kanak-kanak dari Segi Neurosains Persoalan kajian kedua ialah "Apakah kesan persekitaran sosial kepada perkembangan kanak- kanak dari perspektif neurosains?" Menurut kajian-kajian lepas yang disenaraikan dalam jadual sorotan literatur, persekitaran sosial adalah amat penting dalam penyediaan persekitaran di PAKK atau di prasekolah. Ini disebabkan persekitaran sosial banyak mempengaruhi sosio- emosi kanak-kanak dan sesuatu persekitaran yang positif dan gembira dapat mengelakkan kanak-kanak terasa stres atau tertekan. Berikutan itu, kajian-kajian neurosains juga menyokong kenyataan ini dengan kajian-kajian yang menghuraikan kesan negatif stres kepada otak dan perkembangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, persekitaran sosial mempunyai kesan yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains.

Isu-isu Aplikasi Neurosains dalam Pendidikan

Menurut Bruer (1997), kita tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang perkembangan otak, saraf dan fungsi neural untuk menghubungkaitkan pemahaman tersebut kepada amalan dalam pendidikan secara bermakna. Ini disebabkan kita tidak mengetahui dengan secukupnya bagaimana otak berfungsi untuk membawa implikasi pendidikan daripada perubahan morfologi sinaptik. Bishop (2013) turut menyatakan bahawa kajian-kajian sejak 1970-an sehingga kini telah mencadangkan bahawa neurosains mempunyai potensi untuk diaplikasikan dalam intervensi perkembangan bahasa kanak-kanak dan banyak kajian terkini mengenai gangguan perkembangan sekarang secara rutin merangkumi penggambaran otak (neuroimaging) atau komponen elektrofisiologi.

Walaupun aspek penggambaran aktiviti otak adalah amat menarik untuk digunakan dalam intervensi pendidikan, namun, kita hanya mempunyai pengetahuan yang terhad tentang asas masalah pembelajaran bahasa dari segi otak, apatah lagi cara untuk mengaplikasinya dalam program intervensi. Oleh itu, Bishop (2013) menyatakan bahawa ilmu pengetahuan neurobiologikal boleh dijadikan pelengkap kepada evidens tingkah laku (behavioral evidence) dalam meningkatkan pemahaman kita tentang kesan sesuatu program intervensi.

Sejajar dengan pandangan Bruer (1997) dan Bishop (2013) , Bowers (2016) juga menyatakan bahawa neurosains tidak dapat menghasilkan method atau pendekatan pengajaran yang baru dan efektif pada masa kini dan neurosains juga tidak mempunyai kemungkinan yang besar untuk menambahbaik pengajaran pada masa depan. Menurut Bowers (2016), kapasiti kognitif kanak-kanak boleh dicirikan dengan lebih mudah menggunakan kaedah behaviorisme atau daripada pemerhatian tingkah laku, berbanding dengan cara pengukuran saraf dan otak.

Hakikatnya, penyelidikan dan eksperimen yang dijalankan di makmal tidak dapat menggambarkan situasi sebenar pada setiap masa. Kajian Bhattacharya (2017) telah menyatakan bahawa kajian aktiviti neural seseorang individu dalam isolasi adalah bertentangan dengan sifat sosial manusia yang semula jadi. Dalam sesebuah bilik darjah, interaksi antara murid berlaku pada masa yang sama. Oleh itu, untuk mengkaji hubungan antara aktiviti neural dengan tingkah laku dan persekitaran, penyelidik perlu menggunakan kit penggambaran neuro (neuroimaging kit) yang dapat merekod aktiviti neural ramai murid dalam persekitaran yang naturalistik. Pengesahan yang ketat diperlukan sebelum sebarang tuntutan penggunaan praktik neuroimaging yang meluas dapat dilakukan (Black et al., 2015).

(11)

Aplikasi Neurosains dalam Konteks Pendidikan

Neurosains pendidikan yang juga dikenali sebagai “Mind and Brain Education” adalah usaha antara disiplin pelbagai aspek untuk merapatkan jurang antara ilmu neurosains dan penyelidikan pendidikan. Ahli-ahli sains dan pendidik perlu berkolaborasi untuk membina asas penyelidikan neurosains dan pendidikan yang menyokong pembelajaran (Muhammad Syawal Amran et al., 2019). Neurosains pendidikan bertujuan untuk menggabungkan bidang biologi, sains kognitif, perkembangan dan pertumbuhan, serta bidang pendidikan bagi membina asas penyelidikan yang kuat untuk pendidikan (Thomas, Ansari, & Knowland, 2019; Zadina, 2015).

Asas penyelidikan ini memerlukan kolaborasi dua hala di mana pengamal atau pendidik dan penyelidik bekerjasama untuk merumuskan persoalan dan kaedah penyelidikan supaya mereka dapat dihubungkaitkan dengan amalan dan polisi. Untuk membolehkan kolaborasi untuk dijalankan dengan efektif dan ilmu neurosains diaplikasikan secara releven, Devonshire and Dommett (2010) telah merangka satu rajah tahap penyelidikan neurosains dan kebolehgunaan mereka dalam pendidikan. Kajian tersebut menekankan bahawa persoalan penyelidikan harus dibina bersama oleh pendidik dan pakar neurosains untuk memastikan ia dapat diaplikasikan secara optimum.

Brown, Egan, Lynch, and Buffalari (2019) telah menjalankan suatu program jangkauan (outreach programme) yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan pengkaji opsyen neurosains dan pengkaji opsyen pendidikan di universiti. Program ini dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di mana pelajar di sekolah tersebut belajar tentang neurosains asas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh para pengkaji. Dalam program ini, pengetahuan neurosains oleh pengkaji opsyen neurosains adalah penting dalam mereka kurikulum dan mencadang cara penyampaian manakala kemahiran pedagogi daripada pengkaji opsyen pendidikan adalah penting dalam pelaksanaan program. Kajian Brown et al. (2019) menunjukkan bahawa penglibatan kolaboratif daripada dua pihak, iaitu pendidik dan ahli neurosains adalah penting dan diperlukan untuk mengaplikasikan ilmu neurosains dalam konteks pendidikan di bilik darjah.

Untuk menjayakan kolaborasi dua hala, infrastruktur perlu diwujudkan, terutamanya melalui program latihan antara disiplin, penajaan dan penyelidikan yang memungkinkan kolaborasi dua arah antara ahli neurosains kognitif, pendidik dan penyelidik pendidikan (Ansari et al., 2011). Kolaborasi rapat antara pendidik, kanak-kanal dan keluarga diperlukan (Aronsson &

Lenz Taguchi, 2017). Malah, semua pihak yang berkepentingan termasuk guru, pelajar, ahli akademik dan ibu bapa perlu terlibat pada awal proses sebagai sebahagian daripada penyelidikan pembangunan neurosains untuk pendidikan untuk mewujudkan sistem yang efektif dan memenuhi standard etika dan keselamatan (D'Angiulli & Devenyi, 2019).

Selain itu, pusat penyelidikan juga boleh disediakan untuk membolehkan kajian penyelidikan neurosains dalam pendidikan untuk dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh, Pusat Penyelidikan Dunedin di New Zealand merupakan satu pusat penyelidikan yang menjalankan penyelidikan yang longitudinal, iaitu untuk jangka masa yang panjang (Dunedin Multidisciplinary Health & Development Research Unit, 2021). Penyelidikan yang dijalankan adalah mengenai kesihatan, perkembangan dan pertumbuhan, serta tingkah laku manusia dari segi neurosains. Pusat-pusat penyelidikan sebegini yang melibatkan penyelidik daripada pelbagai disiplin memberikan platform yang kondusif untuk kolaborasi transdisiplin.

Implikasi Kajian

Hasil positif penyelidikan neurosains dalam keadaan makmal juga mesti diterjemahkan kepada teknik yang boleh digunakan oleh pendidik. Oleh itu, kerjasama penyelidik neurosains dengan

(12)

pendidik memberi peluang kepada pemahaman tuntutan dan konteks bilik darjah, menangani kerumitan dan memperhatikan reka bentuk kurikulum. Menurut Daniel (2012), langkah untuk bergerak dari makmal ke bilik darjah ialah: (i) penerokaan penemuan yang di makmal yang berpotensi untuk menghasilkan hipotesis untuk aplikasi bilik darjah; (ii) eksperimen yang berhati-hati di konteks bilik darjah; (iii) penghasilan reka bentuk bilik darjah atau pendekatan pengajaran yang senang diintegrasikan, (iv) eksperimen yang dikoordinasikan dengan wakil pelbagai pihak dalam konteks yang lebih rumit seperti ujian klinikal, dan (v) penyebaran dan penambahbaikan berterusan.

Kajian sorotan literatur ini telah membina jambatan yang menghubung kaitkan bidang neurosains dengan pendidikan mengenai penyediaan persekitaran fizikal dan sosial yang kondusif untuk perkembangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, neurosains dalam pendidikan masih merupakan suatu bidang yang baru di mana banyak kajian penyelidikan yang kolaboratif harus dilaksanakan untuk membolehkan pendekatan neurosains dipraktikkan dalam konteks bilik darjah.

Cadangan untuk kajian lanjutan adalah kajian sorotan literatur yang lebih spesifik dan terperinci kepada setiap komponen persekitaran fizikal dan persekitaran sosial. Selain itu, cadangan kajian lanjutan dalam bidang ini juga secara optimumnya melibatkan kolaborasi atau penglibatan penyelidik atau pakar neurosains. Hal ini disebabkan penyelidik neurosains dapat memberi penjelasan dan input dari perspektif neurosains secara lebih saintifik dan profesional.

Gabungan kepakaran penyelidik daripada bidang pendidikan dan juga bidang neurosains semestinya dapat menghasilkan suatu kajian penyelidikan yang lebih komprehensif. Selain itu, kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan dengan menambah bilangan rujukan yang dijadikan sampel dan menambah pencarian dari pangkalan data lain seperti 'PubMed' dan 'Web of Science'.

Rujukan

Aimi Najlaa. (2019). Adaptasi Kriteria Persekitaran Prasekolah. (Masters). Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anders, Y., Rossbach, H.-G., Weinert, S., Ebert, S., Kuger, S., Lehrl, S., & von Maurice, J.

(2012). Home and preschool learning environments and their relations to the development of early numeracy skills. Early Childhood Research Quarterly, 27(2), 231-244. doi:10.1016/j.ecresq.2011.08.003

Ansari, D., De Smedt, B., & Grabner, R. H. (2011). Neuroeducation – A Critical Overview of An Emerging Field. Neuroethics, 5(2), 105-117. doi:10.1007/s12152-011-9119-3 Archer, C., & Siraj, I. (2014). Measuring the quality of movement-play in Early Childhood

Education settings: Linking movement-play and neuroscience. European Early Childhood Education Research Journal, 23(1), 21-42.

doi:10.1080/1350293x.2014.890351

Aronsson, L., & Lenz Taguchi, H. (2017). Mapping a collaborative cartography of the encounters between the neurosciences and early childhood education practices.

Discourse: Studies in the Cultural Politics of Education, 39(2), 242-257.

doi:10.1080/01596306.2017.1396732

Babiloni, F., & Astolfi, L. (2014). Social neuroscience and hyperscanning techniques: past, present and future. Neurosci Biobehav Rev, 44, 76-93.

doi:10.1016/j.neubiorev.2012.07.006

(13)

Barker, J. E., Semenov, A. D., Michaelson, L., Provan, L. S., Snyder, H. R., & Munakata, Y.

(2014). Less-structured time in children's daily lives predicts self-directed executive functioning. Front Psychol, 5, 593. doi:10.3389/fpsyg.2014.00593

Bhattacharya, J. (2017). Cognitive Neuroscience: Synchronizing Brains in the Classroom. Curr Biol, 27(9), R346-R348. doi:10.1016/j.cub.2017.03.071

Bishop, D. V. (2013). Research Review: Emanuel Miller Memorial Lecture 2012 - neuroscientific studies of intervention for language impairment in children: interpretive and methodological problems. J Child Psychol Psychiatry, 54(3), 247-259.

doi:10.1111/jcpp.12034

Black, J. M., Myers, C. A., & Hoeft, F. (2015). The utility of neuroimaging studies for informing educational practice and policy in reading disorders. New Dir Child Adolesc Dev, 2015(147), 49-56. doi:10.1002/cad.20086

Blair, C., & Raver, C. C. (2014). Closing the achievement gap through modification of neurocognitive and neuroendocrine function: results from a cluster randomized controlled trial of an innovative approach to the education of children in kindergarten.

PLoS One, 9(11), e112393. doi:10.1371/journal.pone.0112393

Bloemen, M. A., Backx, F. J., Takken, T., Wittink, H., Benner, J., Mollema, J., & de Groot, J.

F. (2015). Factors associated with physical activity in children and adolescents with a physical disability: a systematic review. Dev Med Child Neurol, 57(2), 137-148.

doi:10.1111/dmcn.12624

Bowers, J. S. (2016). The practical and principled problems with educational neuroscience.

Psychol Rev, 123(5), 600-612. doi:10.1037/rev0000025

Brandes, B., Busse, H., Sell, L., Christianson, L., & Brandes, M. (2020). Protocol for a scoping review to identify and map intervention components of existing school-based interventions for the promotion of physical activity and cardiorespiratory fitness among school children aged 6-10 years old. BMJ Open, 10(10), e037848.

doi:10.1136/bmjopen-2020-037848

Britto, P. R., Lye, S. J., Proulx, K., Yousafzai, A. K., Matthews, S. G., Vaivada, T., . . . Bhutta, Z. A. (2017). Nurturing care: promoting early childhood development. The Lancet, 389(10064), 91-102. doi:10.1016/s0140-6736(16)31390-3

Brown, A. R., Egan, M., Lynch, S., & Buffalari, D. (2019). Neuroscience and Education Colleagues Collaborate to Design and Assess Effective Brain Outreach for Preschoolers. The Journal of Undergraduate Neuroscience Education (JUNE), 17(2), A159-A167.

Bruer, J. T. (1997). Education and the Brain: A Bridge Too Far. Educational Researcher, 26(8), 4-16. doi:10.3102/0013189x026008004

Byrd-Williams, C. E., Dooley, E. E., Thi, C. A., Browning, C., & Hoelscher, D. M. (2019).

Physical activity, screen time, and outdoor learning environment practices and policy implementation: a cross sectional study of Texas child care centers. BMC Public Health, 19(1), 274. doi:10.1186/s12889-019-6588-5

Carew, T. J., & Magsamen, S. H. (2010). Neuroscience and education: an ideal partnership for producing evidence-based solutions to Guide 21(st) Century Learning. Neuron, 67(5), 685-688. doi:10.1016/j.neuron.2010.08.028

Carlson, A. G., Rowe, E., & Curby, T. W. (2013). Disentangling fine motor skills' relations to academic achievement: the relative contributions of visual-spatial integration and visual-motor coordination. J Genet Psychol, 174(5-6), 514-533.

doi:10.1080/00221325.2012.717122

Catherine, L. E., Javier, B., & Francisco, G. (2020). Four Pillars of the Montessori Method and Their Support by Current Neuroscience. 2020 International Mind, Brain, and Education Society and Wiley Periodicals LLC. doi:https://doi.org/10.1111/mbe.12262

(14)

Cheung, P., & Zhang, L. (2020). Environment for Preschool Children to Learn Fundamental Motor Skills: The Role of Teaching Venue and Class Size. Sustainability, 12(22).

doi:10.3390/su12229774

Cleland, V., Dwyer, T., & Venn, A. (2012). Which domains of childhood physical activity predict physical activity in adulthood? A 20-year prospective tracking study. Br J Sports Med, 46(8), 595-602. doi:10.1136/bjsports-2011-090508

Cosco, N. G., Moore, R. C., & Smith, W. R. (2014). Childcare outdoor renovation as a built environment health promotion strategy: evaluating the preventing obesity by design intervention. Am J Health Promot, 28(3 Suppl), S27-32. doi:10.4278/ajhp.130430- QUAN-208

D'Angiulli, A., & Devenyi, P. (2019). Retooling Computational Techniques for EEG-Based Neurocognitive Modeling of Children's Data, Validity and Prospects for Learning and Education. Front Comput Neurosci, 13, 4. doi:10.3389/fncom.2019.00004

Daniel, D. B. (2012). Promising principles: Translating the science of learning to educational practice. Journal of Applied Research in Memory and Cognition, 1(4), 251-253.

doi:10.1016/j.jarmac.2012.10.004

Dekker, S., Lee, N. C., Howard-Jones, P., & Jolles, J. (2012). Neuromyths in Education:

Prevalence and Predictors of Misconceptions among Teachers. Front Psychol, 3, 429.

doi:10.3389/fpsyg.2012.00429

Devonshire, I. M., & Dommett, E. J. (2010). Neuroscience: viable applications in education?

Neuroscientist, 16(4), 349-356. doi:10.1177/1073858410370900

Dikker, S., Wan, L., Davidesco, I., Kaggen, L., Oostrik, M., McClintock, J., . . . Poeppel, D.

(2017). Brain-to-Brain Synchrony Tracks Real-World Dynamic Group Interactions in the Classroom. Curr Biol, 27(9), 1375-1380. doi:10.1016/j.cub.2017.04.002

Dunedin Multidisciplinary Health & Development Research Unit. (2021). The Dunedin Study.

The Dunedin Multidisciplinary Health and Development Study. Retrieved from https://dunedinstudy.otago.ac.nz/studies

Ferrari, M. (2011). What Can Neuroscience Bring to Education? Educational Philosophy and Theory, 43(1), 31-36. doi:10.1111/j.1469-5812.2010.00704.x

Immordino‐Yang, M. H. (2011). Implications of Affective and Social Neuroscience for Educational Theory. Educational Philosophy and Theory, 43(1), 98-103.

doi:10.1111/j.1469-5812.2010.00713.x

Le Gentil, E., & Mongruel, R. (2015). A systematic review of socio-economic assessments in support of coastal zone management (1992-2011). J Environ Manage, 149, 85-96.

doi:10.1016/j.jenvman.2014.10.018

Muhammad Syawal Amran, & Abu Yazid Abu Bakar. (2020). We Feel, Therefore We Memorize: Understanding Emotions in Learning Mathematics Using Neuroscience Research Perspectives. Universal Journal of Educational Research, 8(11B), 5943- 5950. doi:10.13189/ujer.2020.082229

Muhammad Syawal Amran, Saemah Rahman, Shahlan Surat, & Abu Yazid Abu Bakar. (2019).

Connecting Neuroscience and Education: Insight from Neuroscience Findings for Better Instructional Learning. Journal for the Education of Gifted Young Scientists, 7(2), 341-352. doi:10.17478/jegys.559933

National Health and Medical Research Council. (2000). How to review the evidence:

systematic identification and review of the scientific literature. Australia: National Health and Medical Research Council.

Phillips-Silver, J., & Daza, M. T. (2018). Cognitive Control at Age 3: Evaluating Executive Functions in an Equitable Montessori Preschool. Frontiers in Education, 3(106).

doi:10.3389/feduc.2018.00106

(15)

Tawfik, G. M., Dila, K. A. S., Mohamed, M. Y. F., Tam, D. N. H., Kien, N. D., Ahmed, A. M.,

& Huy, N. T. (2019). A step by step guide for conducting a systematic review and meta- analysis with simulation data. Trop Med Health, 47, 46. doi:10.1186/s41182-019-0165- 6

Telama, R., Yang, X., Leskinen, E., Kankaanpaa, A., Hirvensalo, M., Tammelin, T., . . . Raitakari, O. T. (2014). Tracking of physical activity from early childhood through youth into adulthood. Med Sci Sports Exerc, 46(5), 955-962.

doi:10.1249/MSS.0000000000000181

Thomas, M. S. C., Ansari, D., & Knowland, V. C. P. (2019). Annual Research Review:

Educational neuroscience: progress and prospects. J Child Psychol Psychiatry, 60(4), 477-492. doi:10.1111/jcpp.12973

WebMD. (2020). EEG (Electroencephalogram). Retrieved from https://www.webmd.com/epilepsy/guide/electroencephalogram-eeg#1

Zadina, J. N. (2015). The emerging role of educational neuroscience in education reform.

Psicología Educativa, 21(2), 71-77. doi:10.1016/j.pse.2015.08.005

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Persoalan kajian ketiga ialah "Adakah terdapat kesan Program Webinar SHIELDS ke atas Ketahanan Diri (KD) dalam kalangan pelajar berisiko dalam konstruk

Berdasarkan Jadual 5, hasil dapatan kajian telah melaporkan bahawa nilai koefisien korelasi Spearman antara penglibatan ibu bapa [r=0.559, p=0.00] dengan perkembangan

Dapatan untuk mengenal pasti peranan ibu bapa dalam membantu kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain di rumah sepanjang PKP menunjukkan 59 peratus ibu bapa