• Tiada Hasil Ditemukan

View of Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah Serta Kepentingannya Kepada Pelajar Sekolah: Kajian Sistematik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah Serta Kepentingannya Kepada Pelajar Sekolah: Kajian Sistematik"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah Serta Kepentingannya Kepada Pelajar Sekolah: Kajian

Sistematik

(The Effectiveness of Teaching and Learning Approach Based on Critical Thinking and Problem-Solving Skills and Its Importance to

School Students: A Systematic Review)

Jesinta Macsie Jaimis1*, Nurfaradilla Mohamad Nasri1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: jesintamacie@gmail.com

Accepted: 15 September 2021 | Published: 1 October 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Untuk merealisasikan matlamat negara agar pendidikan negara setaraf dengan pendidikan dunia, pembelajaran abad ke-21 (PAK21) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di peringkat sekolah mulai tahun 2014. Pembelajaran abad ke- 21 mempersiapkan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar agar mereka mampu menggunakan pelbagai strategi ketika menyelesaikan masalah, mempertimbangkan sudut pandangan yang berbeza, dan meneroka dengan banyak kaedah. Salah satu elemen yang ditekankan dalam pembelajaran abad ke-21 adalah pemikiran kritis yang turut merangkumi penyelesaian masalah. Maka itu, negara Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai kemahiran untuk berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah pada tahap tinggi untuk membangunkan negara. Kajian sistematik ini menganalisis secara terperinci keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah serta kepentingannya kepada pelajar sekolah. Kajian sistematik ini menggunakan dua enjin carian pangkalan data, iaitu Google Scholar dan ERIC untuk memilih artikel dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk. Artikel dan jurnal yang dipilih untuk tinjauan literatur adalah sekitar tahun 2016 sehingga tahun 2020. Melalui kajian sistematik ini, ianya menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran berasaskan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah adalah sangat berkesan untuk membantu pelajar mengungkapkan idea mereka dengan lebih baik apabila diaplikasikan dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Bahkan, melalui kemahiran ini, pelajar dapat mempersiapkan diri mereka kepada alam dan situasi kerja sebenar pada masa akan datang. Dicadangkan agar kesan pendekatan pengajaran kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah terhadap pemboleh ubah atau faktor lain seperti persekitaran pendidikan yang berbeza, strategi pembelajaran, dan peranan teknologi dalam membantu meningkatkan kemahiran ini dikaji dalam kajian akan datang.

Kata kunci: pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, pendekatan pengajaran, pembelajaran, kepentingan

Abstract: To realize the national goal so that national education is on par with the world education, 21st century learning (PAK21) has been implemented by the Ministry of Education Malaysia (MOE) at the school level starting in 2014. 21st century learning prepares students to face the real world of work so that they are able to use a variety of strategies when solving problems, consider different points of view, and explore with many methods. One of the

(2)

elements emphasized in 21st century learning is critical thinking and problem-solving skills.

Therefore, Malaysia needs citizens who have the think critically and solve problems skills at a high level to develop the country. This systematic study analyses in detail the effectiveness of teaching and learning approaches based on critical thinking and problem- solving skills as well as its importance to the school students. This systematic study used two database search engines, that is Google Scholar and ERIC to select articles and journals related to the title.

The articles and journals selected for the literature review are around 2016 to 2020 year.

Through this systematic review, it is shown that the teaching approach based on critical thinking and problem solving is very effective to help students express their ideas better when applied in the learning process in the class. In fact, through these skills, students are able to prepare themselves for the real world and real work situations in the future. It is suggested that the effects of critical thinking and problem -solving skills teaching approaches on variables or other factors such as different educational environments, learning strategies, and the role of technology in helping improve these skills be studied in the future studies.

Keywords: critical thinking, problem-solving, teaching approach, learning, importance _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Institusi pendidikan, tenaga pengajar, guru, dan pensyarah selalu berhadapan dengan kaedah yang betul dalam memberikan persediaan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dalam bidang akademik. Cara mengajar pelajar pada masa kini adalah sangat berbeza dengan cara mengajar beberapa dekad yang lalu. Pelajar boleh menanggapi guru menjadi degradasi yang berbeza. Pelajar yang tidak berminat atau tertarik dengan cara pengajaran guru dalam bilik darjah adalah sesuatu perkara yang membimbangkan. Perkara ini boleh menyebabkan kemahiran berfikir pelajar juga tidak dapat ditingkatkan dan diasah ke suatu tahap yang lebih baik bagi mempersiapkan pelajar atau graduan dalam alam pekerjaan yang sebenar.

Pada abad ke-21 ini, alam pekerjaan adalah sangat menitikberatkan akan modal insan yang bukan saja lengkap dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek tetapi juga mempunyai kemahiran atau kemampuan untuk berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pihak seperti institusi pendidikan, tenaga pengajar, guru dan pensyarah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyediakan pelajar dan graduan yang memiliki keterampilan pemikiran kritikal dan penyelesaian yang sangat efektif. Oleh itu, adalah sangat mustahak bagi guru dan tenaga pengajar untuk memberikan pendekatan pengajaran yang kritikal dan bernas kepada pelajar.

Adapun tumpuan kita pada bidang bahasa, sejarah, matematik, geografi atau ekonomi, tujuan pendidik adalah untuk mengajar pelajar berfikir secara kritikal (Lapuz & Fulgencio, 2020).

Maka itu, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran yang boleh meningkatkan atau mengasah kemahiran pemikiran kritikal pelajar dalam bilik darjah seperti pendekatan penyelesaian masalah kerana ianya salah satu kaedah bagi memaksa pelajar berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Hasil tinjauan literatur daripada Lapuz & Fulgencio (2020), hubungan antara kemahiran kritikal dengan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dalam bilik darjah menunjukkan hasil yang positif kepada pelajar. Stentoft (2017), mencirikan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah sebagai pendekatan kepada pengajaran dan pembelajaran kemahiran pemikiran kritikal. Pendekatan ini dapat memberikan pelbagai kesan

(3)

dan impak kepada pelajar mahupun guru. Pendekatan pengajaran berasaskan penyelesaian masalah ini juga boleh menjadi sebuah kaedah pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah.

Menurut Bashit & Amin (2017), mereka menyatakan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dengan berasaskan penyelesaian masalah mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi, mempengaruhi makna dalam menjalankan tugas, meningkatkan kemampuan berfikir, dan mempunyai meta kognitif dan pembelajaran kendiri, jika dibandingkan dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan pendekatan konvensional.

2. Sorotan Literatur

Tinjauan literatur adalah dasar untuk memahami lebih dalam mengenai kajian yang dilakukan.

Penyelidik mendapatkan informasi mengenai topik, iaitu keberkesanan pendekatan pengajaran berdasarkan kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah melalui pembacaan. Soroton literatur ini juga akan mengupas kepentingan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah kepada pelajar sekolah.

Definisi dan takrifan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah

Menurut Rene & Jose (2018), pemikiran kritikal merupakan satu proses disiplin intelek yang mahir dan aktif semasa membuat konsep, mengaplikasi, menganalisis, mengumpul maklumat, menilai pengalaman, membuat refleksi, komunikasi dan sebagai petunjuk kepada setiap perlakuan. Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah telah lama dikategorikan sebagai satu terminologi yang sangat penting dalam pendidikan. Kemahiran pemikiran kritikal menggunakan keupayaan tahap menganalisis yang tinggi untuk memahami masalah dan semasa menyelesaikan atau mencari jawapan kepada masalah tersebut. Kemahiran pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah merangkumi menyatakan masalah, mengupas masalah, mencari bukti, menganalisis keberangkalian, mengelakkan membuat keputusan mengikut emosi dan memilih cara penyelesaian yang terbaik secara kreatif.

Pemikiran kritikal dapat diertikan sebagai satu kaedah dan kemahiran dari pelbagai disiplin akademik, dimana pelajar boleh menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi berasaskan kemahiran berfikir secara kritis. Pemikiran kritikal adalah satu disiplin intelektual secara aktif dan berlandaskan konsep, penerapan, analisis, sintesis, atau menaksir informasi yang dikumpulkan melalui pengalaman, pemerhatian, refleksi, penaakulan, atau kontak selaku bimbingan usaha dan kepercayaan (Zivkovic, 2016). Kemahiran pemikiran kritikal merupakan satu kemahiran yang membolehkan seorang pelajar untuk menjana idea serta boleh memberikan pendapat kepada orang lain dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Pelajar yang boleh menjana idea yang kritis dan logik serta dapat diterima oleh orang lain dalam pelbagai situasi merupakan seorang pelajar yang mempunyai kemahiran kritikal yang sangat baik.

Awan, Hussain & Anuar (2017) pula berpendapat bahawa pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah didefinisikan sebagai kaedah inkuiri di mana pelajar menyelesaikan kesukaran, keanehan, keraguan, dan masalah dalam konteks kehidupan sebenar. Mereka juga menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah membolehkan pelajar mengembangkan rasa ingin tahu mereka dan kemahiran kerja berkumpulan atau kerja berpasukan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah boleh mendorong pelajar untuk meningkatkan tahap motivasi, minat, dan juga ianya adalah sesuatu yang menyenangkan melalui hasil daripada proses semasa berusaha untuk menerima atau menyelesaikan masalah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian

(4)

masalah juga membantu pelajar membina sendiri pengetahuan mengenai topik yang diberikan semasa bekerja secara kolaboratif atau berpasukan.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah adalah model pembelajaran di mana pelajar berusaha untuk menyelesaikan masalah yang sahih dengan niat untuk mengembangkan pengetahuan mereka sendiri, mengembangkan kemahiran penyelidikan dan kemahiran berfikir aras tinggi, mengembangkan keyakinan diri dan keyakinan pembelajaran.

Kemahiran pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah merangkumi: (a) mengemukakan soalan / masalah, (b) memfokuskan pada hubungan antara disiplin, (c) pertanyaan sahih, (d) menghasilkan produk dan mempamerkannya, dan (e) kerjasama. Pendekatan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dilihat sebagai model pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal. Keupayaan berfikir secara kritikal adalah dipengaruhi oleh impuls intrinsik dan ekstrinsik (Nadiak & Naibaho, 2020).

Pada peringkat global masa kini, antara strategi pembelajaran yang digunakan adalah penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah merupakan pendekatan yang sangat baik untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal dan disokong oleh ahli akademik seluruh dunia.

Konsep penyelesaian masalah adalah untuk mengupas isu situasi, mencari maklumat, dan membincangkan serta mengaplikasikan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah atau isu tersebut.

3. Metodologi

Kajian sistematik ini menggunakan dua enjin carian pangkalan data, iaitu Google Scholar dan ERIC untuk memilih artikel dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk. Artikel dan jurnal yang dipilih untuk tinjauan literatur adalah sekitar tahun 2016 sehingga tahun 2020. Kata kunci yang digunakan pada enjin carian pangkalan data ini adalah “teaching approach based on critical thinking and problem solving / pendekatan pengajaran berasaskan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah”.

Seterusnya, pengkaji menggunakan dan merujuk kepada kaedah tinjauan sistematik yang dicadangkan oleh (Siddaway, Hedges & wood, 2019). Kaedah tinjauan sistematik ini menggunakan 6 fasa utama iaitu:

Fasa 1: Scoping (Menilai)

Menilai informasi atau topik yang ingin diketahui atau diselidik. Menilai sumber idea sedia ada yang tepat tentang cara penemuan penyelidikan yang sesuai bagi mengatasi persoalan kajian.

Fasa 1: Scoping ( Menilai )

Fasa 2 : Planning ( Merancang )

Fasa 3: Identification ( Mengenalpasti ) Fasa 4: Screening ( Menapis )

Fasa 5: Elegibility ( Kelayakan )

Fasa 6: Study Quality ( Kualiti Kajian)

(5)

Menilai kajian dengan jelas, spesifik dan soalan penyelidikan yang boleh dijawab adalah titik permulaan untuk berjaya dalam kajian secara menyeluruh.

Fasa 2: Planning (Merancang)

Pecahkan soalan penyelidikan anda ke dalam konsep individu untuk membuat carian. Setelah menetapkan keperluan jelas untuk tinjauan sistematik, langkah seterusnya adalah merumuskan istilah carian yang tidak jelas yang mengoperasikan soalan penyelidikan anda. Syarat ini adalah diperlukan untuk anda melakukan carian yang lengkap dan berjaya mencari semua kajian yang berpotensi yang mana berkaitan dengan topik yang diminati. Untuk penyelidik yang kurang berpengalaman, membaca literatur yang ada, dan berunding dengan kolaborator dan penyelia akan memberi anda idea yang baik tentang bagaimana menterjemahkan soalan penyelidikan anda menjadi jelas dan relevan istilah carian.

Fasa 3: Identification (Mengenalpasti)

Menggunakan sekurang-kurangnya dua pangkalan data elektronik yang berbeza untuk membuat carian menggunakan istilah carian sendiri. Tujuannya adalah untuk mencari kajian atau penyelidikan lepas yang telah diterbitkan untuk menjawab persoalan penyelidikan yang dilakukan menggunakan istilah carian sendiri. Penggunaan sekurang-kurangnya dua pangkalan data adalah untuk mencari dengan teliti sebahagian besar karya yang diterbitkan sesuai dengan soalan penyelidikan yang dilakukan.

Fasa 4: Screening (Menapis)

Eksport rujukan ke pengurus petikan untuk menyusun hasil carian. Carian anda pada pangkalan data elektronik hampir pasti akan menunjukkan sebilangan besar atau sangat banyak hasil.

Fasa 5: Eligibility (Kelayakan)

Kumpul versi teks penuh artikel yang berpotensi layak. Pada peringkat ini, tumpuan anda akhirnya akan beralih dari kepekaan kepada kekhususan. Anda kini perlu menyaring versi teks penuh artikel yang berpotensi memenuhi syarat untuk melihat apakah masing-masing memang relevan dan sesuai untuk disertakan. Walaupun pada peringkat ini, anda dapat dengan cepat mengurangkan kumpulan kajian berpotensi dengan memfokuskan kajian anda dengan membaca sama ada setiap karya yang diterbitkan atau tidak diterbitkan memenuhi penyertaan anda dan kriteria pengecualian.

Fasa 6: Study Quality (Kualiti Kajian)

Kriteria kemasukan dan pengecualian anda dirancang untuk memastikan bahawa hanya kajian yang relevan sahaja termasuk dalam tinjauan sistematik anda. Walau bagaimanapun, kajian itu tentu berbeza dari segi kualiti. Oleh itu, anda mungkin percaya bahawa akan menjadi konstruktif untuk mempertimbangkan dan mungkin memperhitungkan kajian kualiti (berat sebelah) sehingga dapat membuat kesimpulan yang sangat sesuai dengan sifat dan kualiti yang ada bukti. Ini akan dapat membantu meringkaskan masalah metodologi yang boleh membatasi atau berat sebelah sastera.

(6)

4. Dapatan

Jadual 1: Ringkasan analisis keberkesanan pendekatan pengajaran berasaskan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah serta kepentingannya kepada pelajar sekolah

Pengkaji/

Tahun

Kajian Isu/Perbincangan Karakoc (2016) The Significance of Critical Thinking

Ability in terms of Education

Menjelaskan kemampuan berfikir secara kritikal dari aspek proses pendidikan dan kepentingan pemikiran kritikal bagi pelajar yang mengikuti

mana-mana program

pendidikan.

Zivkovic (2016) A Model of Critical Thinking as an Important Attribute for Success in the 21st Century

Menyarankan pendekatan pengajaran khusus yang menggunakan model pemikiran kritikal, dan juga untuk menunjukkan kemungkinan untuk penstrukturan pengetahuan profesional dan meningkatkan kecekapan pembelajaran.

Bashith & Amin (2017)

The Effect of Problem Based Learning on EFL Students’ Critical Thinking Skill and Learning Outcome

Mengulas beberapa konsep pemikiran kritikal dan kepentingannya dalam pendidikan.

Olga, Diana &

Maria (2017)

Critical Thinking and its Importance in Education: Some Reflections

Menganalisis kesan

pembelajaran berasaskan masalah terhadap sikap pelajar terhadap pembelajaran, kemahiran berfikir kritis dan pencapaian pelajar.

Awan, Hussain

& Anuar (2017)

Effects of Problem Based Learning on Students’ Critical Thinking Skills, Attitudes towards Learning and Achievement

Menilai kesan pendidikan pemikiran kritikal dalam kemahiran menyelesaikan masalah dan kesedaran diri.

Azizi, Sedhagat

& Moghadam (2017)

Effect of Critical Thinking Education on Problem Solving Skills and Self- Esteem in Iranian Female Students

Mengkaji kesan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) kepada kemahiran pemikiran kritikal pelajar dan hasil pembelajaran.

Rene & Jose (2018)

Effecting change on students critical thinking in problem solving

Mengenal pasti kesan penggunaan situasi penyelesaian masalah melalui kemahiran pemikiran kritikal pelajar dalam menyelesaikan masalah.

Wan, Jamalludin

& Nurbiha (2019)

Problem based learning to enhance students critical thinking skill via tools

Melihat bagaimana alat online yang digunakan oleh para sarjana dahulu dan alat online yang terbaru dalam

(7)

pembelajaran penyelesaian masalah dapat meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal.

Muchlas, Sunwinarti, Bima, Reza &

Juni (2019)

Learning strategy to develop critical thinking, creativity and problem- solving skills for vocational school students

Mencari strategi pembelajaran yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal, kreativiti dan penyelesaian masalah di sekolah.

Lubis, Irwanto

& Harahap (2019)

Increasing Learning Outcomes and Ability Critical Thinking of Students Through Application Problem Based Learning Strategies

Menentukan peningkatan kemahiran pemikiran kritikal dan hasil pembelajaran pelajar.

Lapuz &

Fulgencio (2020)

Improving the Critical Thinking Skills of Secondary School Students using Problem-Based Learning

Menentukan adakah penggunaan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dapat meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal pelajar sekolah menengah dalam subjek ekonomi.

Nadeak &

Naibaho (2020)

The Effectiveness of Problem-Based Learning On Students Critical Thinking

Menilai keberkesanan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah kepada pemikiran kritikal pelajar.

Moneva,

Miralles &

Rosell (2020)

Problem solving attitude and critical thinking ability of students

Mengenal pasti keberkesanan hubungan antara sikap menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal di kalangan pelajar sekolah.

Sumber: Pelbagai literatur 5. Perbincangan

Pendekatan pengajaran

Kejayaan seorang pelajar di sekolah mahupun di tempat kerja adalah bergantung kepada kebolehan pelajar tersebut untuk berfikir secara kritikal. Kemahiran berfikir tahap tinggi secara kritikal seperti penyelesaian masalah, aplikasi, menganalisis dan menilai adalah asas kepada peningkatan intelek pelajar. Sebagai pendidik, jangkaan kita seharusnya adalah pelajar melakukan pembelajaran kognitif tahap tinggi sekerap mungkin sewaktu proses pengajaran.

Mereka seharusnya diberikan banyak peluang untuk melakukan tugasan yang menuntut pemikiran kognitif mereka berkerja semasa sesi pengajaran dalam kelas.

Lubis & Harahap (2019) berpendapat bahawa membentuk pelajar yang aktif dalam pembelajaran bukanlah suatu perkara mudah. Ia memerlukan usaha dan kesungguhan yang maksimum. Jadi di sinilah peranan guru yang paling penting, iaitu bertanggungjawab memilih dan mengurus aktiviti yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, akhir-akhir ini semakin banyak pengurus institusi pendidikan menyedari keperluan akan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru dianggap tradisional dan perlu diubah. Ini kerana pendekatan berpusat guru menekankan liputan dan penyebaran bahan dan menyebabkan

(8)

pelajar kurang aktif dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah banyak pakar pendidikan berpendapat bahawa pendekatan ini tidak mencukupi untuk tuntutan era pengetahuan semasa pada masa kini.

Dalam hal ini, banyak contoh strategi pembelajaran dikemukakan oleh pakar, terutamanya strategi pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Salah satu daripada pelbagai strategi tersebut adalah strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah adalah pendekatan pembelajaran di mana pelajar bekerja secara berpasukan untuk mencari penyelesaian atau penyelesaian untuk masalah yang sahih atau kompleks. Strategi pembelajaran berasaskan masalah bermula dari kognitif psikologi yang dipopularkan oleh Jean Piaget. Piaget percaya bahawa perkembangan kanak-kanak berlaku melalui transformasi proses pemikiran yang berterusan. Sudah tentu jika kaedah ini diaplikasikan akan menjadikan pelajar menjadi seorang yang akan berfikir secara kritikal dan meningkatkan hasil pembelajaran mereka dan mengajar pelajar untuk menilai hasil pembelajaran mereka.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah akan meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal pelajar dengan sangat baik.

Wan, Jamalludin & Nurbiha (2019) menyatakan bahawa pada abad ke-21, cara pengajaran dan pembelajaran adalah bagaimana seorang guru mengerakkan sebuah kelas pelajar untuk berfikir secara kritikal dan kritis, yang mana kemahiran ini akan menjadi asas kepada masa depan mereka sendiri atau jalan hidup pelajar di masa akan datang. Mengajar kemahiran berfikir kritis kepada pelajar sekolah memerlukan pendidik supaya fleksibel, bereksperimen, mempunyai kesabaran yang berterusan, untuk bekerja ketegasan akademik, untuk menggunakan bukti penilaian, dan berhati-hati dalam mendidik seluruh pelajar. Ini adalah pendekatan multifaktor yang menghasilkan keputusan yang baik, merapatkan jurang akauntabiliti dan mempersiapkan pelajar seumur hidup bukan sahaja dalam bidang pendidikan dengan baik.

Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah didorong bukan oleh jawapan tetapi oleh soalan.

Penyoalan adalah nadi utama dalam pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah. Soalan merangkumi mana-mana tahap pemikiran teratur yang boleh mendapatkan jawapan daripada pelajar. Soalan terbuka adalah yang terbaik – ini termasuk menggunakan soalan "berdasarkan cara" seperti "Bagaimana kaedah saintifik menjadi teratur dalam beberapa langkah? " sebagai bertentangan dengan soalan yang hampir sama seperti "Apakah langkah-langkah untuk kaedah saintifik?" Soalan terbuka menyebabkan "roda kognitif" dalam fikiran untuk mula berpusing dan berfikir. Dengan ini, pelajar terlibat secara langsung dan berupaya memberikan hujah yang intelek dan berpandukan kandungan. Untuk mewujudkan persekitaran kelas yang melibatkan rasa ingin tahu secara intelektual pelajar, soalan hendaklah wajib ada. Ini akan mengalakkan pelajar untuk berfikir secara kritikal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Jika pelajar memberikan jawapan kepada soalan dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberi, pelajar lain akan memberikan bantuan yang membawa kepada perbincangan antara pelajar dalam kelas. Sekiranya pada akhir tugas pelajar tidak memahami atau belum mencapai sasaran pembelajaran yang ditetapkan untuk mereka, kita boleh kembali mengulang kaji, atau menggunakan peluang untuk mengajukan pelbagai soalan yang akan merangsang otak mereka untuk aktif berfikir secara kritikal.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dalam bilik darjah adalah salah satu strategi untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal pelajar. Pemikiran kritikal berakar pada falsafah, psikologi dan pendidikan. Ini adalah salah satu konsep terpenting yang menjadi keutamaan pendidikan masa kini untuk memupuk individu yang mengetahui apa

(9)

yang dipelajarinya dan mengapa mereka belajar (Azizi, Sedhagat & Mohagdam, 2017).

Pendekatan pembelajaran ini disokong oleh kognitif, teori metakognitif dan konstruktivisme.

Para konstruktivis percaya bahawa perancang kurikulum harus menyediakan situasi di mana pelajar dapat menjana dan membahaskan idea, yang dapat mempercepat dan memudahkan interaksi serta analisis dalam bilik darjah dan dapat membuatkan pelajar untuk berfikir secara kritikal.

Sebagai tambahan, penekanan pada pengembangan kemampuan penaakulan untuk dimasukkan dalam bidang kurikulum, sebagai elemen keempat pendidikan asas setelah membaca, menulis dan mengira, adalah petunjuk bahawa kemahiran pemikiran kritikal belum diberikan perhatian yang sepenuhnya dalam bidang pendidikan. Banyak pakar pendidikan menyatakan bahawa pendekatan dengan kemahiran ini adalah sangat perlu diterapkan oleh para tenaga pengajar dalam bilik darjah pada abad ini.

Keberkesanan pendekatan pengajaran berasaskan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah kepada pelajar sekolah

Rene &Jose (2018) menyatakan bahawa pendekatan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat membantu pelajar untuk menjana idea dan bukannya sekadar menghafal fakta. Kemahiran pemikiran kritikal dan pemikiran positif meningkatkan keyakinan pelajar bahawa mereka boleh menyelesaikan setiap masalah dalam setiap subjek di sekolah dan dapat memberi data yang sahih kepada pelajar semasa membuat keputusan.

Selain itu, pendekatan pengajaran berasaskan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah di sekolah membantu pelajar belajar atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan seronok. Ini akan membantu pelajar mengingat apa yang mereka pelajari pada masa akan datang. Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah turut menggalakkan pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah tanpa bergantung kepada orang lain semasa belajar, bekerja mahupun dalam kehidupan seharian. Melalui pendekatan pengajaran berasaskan penyelesaian masalah dalam pengajaran di sekolah, pelajar akan digalakkan untuk berfikir secara kritikal, menjana idea, berkongsi idea degan orang lain dan dapat memilih jalan penyelesaian dengan baik tanpa dipengaruhi oleh emosi semasa menyelesaikan sesuatu masalah.

Pendekatan pengajaran berasaskan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah penting kepada pelajar semasa menangani dan menganalisis masalah yang dihadapi dengan baik (Moneva, Miralles & Rosell, 2020). Pelajar yang memiliki kemahiran ini akan berjaya pada masa akan datang. Kemahiran pemikiran kritikal dan sikap menyelesaikan masalah tahap tinggi seorang pelajar akan memberikan kelebihan kepada pelajar tersebut dalam kehidupan seharian.

Mereka boleh menggunakan kemahiran tersebut untuk menyelesaikan masalah yang rumit.

Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dengan meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah akan membantu pelajar untuk berjaya di kemudian hari.

Zivkovic (2016) menyatakan bahawa pendekatan pengajaran berasaskan pendekatan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah dalam bilik darjah memberikan kesan yang sangat positif kepada hasil pembelajaran pelajar. Penggunaan pendekatan penyelesaian masalah dalam bilik darjah memberikan banyak faedah dalam meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal pelajar.

Melalui pendekatan ini, aktiviti yang melibatkan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang mana dilakukan secara berkumpulan lebih efektif kepada pelajar dibandingkan dengan

(10)

pendekatan pengajaran yang hanya melibatkan seorang individu sahaja. Oleh itu, pendekatan ini sangat sesuai dilakukan dan diterapkan dalam bilik darjah. Ini kerana dalam bilik darjah mempunyai jumlah pelajar yang ramai dan proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara berpasukan dan bukannya secara individu. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan ramai pelajar akan menjadikan pembelajaran tersebut berpusatkan pelajar dan bukannya berpusatkan pada guru semata-mata.

Kepentingan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah kepada pelajar sekolah

Keprihatinan mengenai keperluan pelajar untuk berkembang dan mempunyai kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah sejak beberapa dekad kebelakangan ini telah meningkat disebabkan oleh profil pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar yang menuntut tuntutan masyarakat abad ke-21 yang dicirikan oleh perubahan pesat dan kemajuan.

Ciri ini bukan saja melibatkan aspek teknologi tetapi juga dalam aspek ekonomi dan sosial, yang mana pengetahuan merupakan aspek yang sangat kritikal untuk pertumbuhan negara.

Kebanyakan calon pekerjaan yang mengikuti temu duga untuk mendapatkan pekerjaan tidak boleh berfikir secara kreatif atau kritis, menyelesaikan masalah, berkomunikasi secara berkesan, bekerjasama dengan baik, mengatur atau mengutamakan tugas di tempat kerja. Fakta ini secara langsung mempengaruhi institusi pendidikan kerana lepasan graduan mereka adalah tenaga kerja masa depan negara, ahli perniagaan dan pemerintah. Oleh itu, pendidikan mesti menolong pelajar membuat persediaan untuk menghadapi cabaran yang berterusan dan tanggungjawab (Olga, Diana & Maria, 2017).

Kebanyakan permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan manusia mempunyai dimensi yang berlainan. Oleh sebab itu, kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah adalah satu- satunya cara untuk menyelesaikannya dengan berkesan. Ianya perlu dipromosikan kerana tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar pelajar untuk berfikir secara kritikal. Bahkan, kemahiran ini akan membantu pelajar menyelesaikan sebarang masalah dan keraguan yang dihadapi, dan membantu menyesuaikan diri dengan perubahan sosial, budaya serta teknologi yang berterusan dalam alam pekerjaan mahupun dalam kehidupan seharian mereka.

Karakoc (2016) berpendapat bahawa kemahiran ini perlu dikuasai oleh seorang pelajar kerana kemahiran ini tidak diragukan lagi digunakan dalam semua bidang pekerjaan, terutamanya dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pekerja berhadapan dengan orang ramai. Ini menekankan pekerjaan dalam bidang perubatan manusia, terutamanya pekerja yang berhadapan terus dengan orang ramai seperti psikologi, kaunselor dan tenaga pendidik hendaklah memiliki kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah dalam praktikal mahupun pengurusan. Oleh itu, institusi pendidikan perlu menyediakan modal insan yang mempunyai kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah yang sangat baik sebelum menceburkan diri dalam bidang pekerjaan seperti ini. Seorang guru dan kaunselor mestilah terlebih dahulu komited terhadap pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah serta falsafahnya sebelum menerapkan atau menggunakan pendekatan pengajaran kemahiran ini di dalam bilik darjah.

Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang dipelajari oleh pelajar dalam bilik darjah adalah salah satu usaha untuk mempersiapkan mereka semasa menghadapi sebarang cabaran dan masalah yang akan mereka hadapi sekarang dan juga pada masa hadapan (Nadeak & Naibaho, 2020). Pelajar yang tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang baik akan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan sebarang cabaran dan masalah dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan seharian mereka. Ini akan

(11)

menempatkan pelajar dalam situasi yang boleh membuatkan mereka stress dan tertekan semasa melakukan sebarang pekerjaan atau semasa menghadapi sebarang cabaran yang memerlukan mereka untuk berfikir secara kritikal dalam kehidupan mereka. Mempunyai kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian yang baik akan membantu pelajar menyelesaikan sebarang situasi dengan mudah dan dapat menghadapi sebarang situasi dengan emosi yang stabil dan dapat menjalani kehidupan yang sejahtera pada masa akan datang.

Muchlas et. al (2019) menyatakan bahawa kemahiran ini sangat penting kepada pelajar untuk menyediakan mereka kepada alam dan situasi kerja sebenar pada masa akan datang. Cara kerja pada masa kini sangat tinggi disebabkan oleh pembangunan yang pesat, persaingan global, dan penggunaan teknologi yang banyak. Pelajar sekolah perlu menyediakan diri dengan pelbagai kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar. Oleh itu, kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang pelajar pada abad ke-21. Kemahiran kritikal merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam tahap menganalisis dan menilai dalam “Bloom Taxanomy”. Pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran kritikal mampu berfikir dengan logik dan tepat semasa menganalisis maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selain itu, kemahiran ini sangat diperlukan dalam bidang pekerjaan pada zaman sekarang.

Kemahiran ini amatlah penting untuk dikuasai dengan baik bagi menyiapkan dan menyelesaikan tugasan dalam sesuatu pekerjaan (Trilling & Faded, 2009). Kemahiran pemikiran secara kritikal dan penyelesaian masalah boleh dipelajari oleh setiap orang, iaitu salah satunya adalah melalui bidang pendidikan kerana salah satu tugas bidang pendidikan adalah untuk membentuk sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar. Oleh itu adalah sangat penting untuk menggunakan pendekatan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi melatih pelajar untuk menguasai kemahiran ini dalam diri mereka. Pendekatan ini akan memberikan banyak kelebihan kepada pelajar pada masa akan datang dan menyediakan pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

6. Kesimpulan

Berdasarkan idea yang telah dibincangkan, kajian sistematik ini menunjukkan model keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah serta impaknya kepada pelajar sekolah. Dengan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, pelajar dapat berfikir secara kritikal tentang bagaimana konsep ini diaplikasikan dalam situasi kehidupan sebenar, memperdalam kualiti kefahaman dan kemampuan mereka untuk menggunakan kemahiran ini apabila menghadapi sesuatu masalah atau bila berhadapan dengan situasi yang baru. Kajian sistematik ini turut menunjukkan bahawa terdapat banyak kepentingan atau faedah kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah kepada pelajar sekolah, antaranya dapat menjana idea, membantu pelajar belajar atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan seronok, pelajar dapat menangani dan menganalisis masalah yang dihadapi dengan baik, dan mempersiapkan mereka kepada alam dan situasi kerja sebenar pada masa akan datang. Justeru, pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah perlu diberi keutamaan oleh para guru.

Dicadangkan agar kesan pendekatan pengajaran kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah terhadap pemboleh ubah atau faktor lain sebagai contoh persekitaran pendidikan yang berbeza, strategi pembelajaran, dan peranan teknologi dalam membantu meningkatkan kemahiran ini untuk dikaji dalam kajian akan datang.

(12)

Rujukan

Abdul Bashith & Saiful Amin. 2017. The Effect of Problem Based Learning on EFL Students’

Critical Thinking Skill and Learning Outcome. Al-Ta Lim Journal, 24 (2): 93-102.

April Mercy E. Lapuz & Marlon N. Fulgencio. 2020. Improving the Critical Thinking Skills of Secondary School Students using Problem-Based Learning. International Journal of Academic Multidisciplinary Research (IJAMR), 4(1): 1-7.

MaryamAzizi, Zeinab Sedaghat & Ashraf Direkvand-Moghadam. 2018. Effect of Critical Thinking Education on Problem Solving Skills and Self-Esteem in Iranian Female Students. Journal of Clinical and Diagnostic Research, 12(1): 4-7.

Moneva. J. C, Miralles. R. G, & Rosell. J. Z. 2020. Problem solving attitude and critical thinking ability of students. International Journal of Research – GRANTHAALAYAH 8(1): 138-149.

Muchlas Samani, Sunwinarti, Bima A.W. Putra, Reza Rahmadian, & Juni Noor Rohman. 2019.

Learning strategy to develop critical thinking, creativity, and problem-solving skills for vocational school students. Jurnal Pendidikan Teknologi dan Kejuruan, 25(1): 36-42.

Murat Karakoç. 2016. The Significance of Critical Thinking Ability in terms of Education.

International Journal of Humanities and Social Science, 6(7): 81-84.

Nadeak, B. dan Naibaho, L. 2020. The Effectiveness of Problem-Based Learning on Students' Critical Thinking. Jurnal Dinamika Pendidikan, 13(1): 1-7.

Olga Lucía Uribe Enciso, Diana Sofía Uribe Enciso & María del Pilar Vargas Daza. 2017.

Critical Thinking and its Importance in Education: Some Reflections. Rastros Rostros, 19(34): 78-88.

Rahmat Rifai Lubis, Irwanto & Muhammad Yunan Harahap. 2019. Increasing Learning Outcomes and Ability Critical Thinking of Students Through Application Problem Based Learning Strategies. International Journal for Educational and Vocational Studies, 1(6): 524-527.

Rene R. Belecina & Jose M. Ocampo, Jr. 2018. Effecting Change on Students’ Critical Thinking in Problem Solving. EDUCARE: International Journal for Educational Studies 10(2): 109-118.

Riffat un Nisa Awan, Hamid Hussain & Nadeem Anwar. 2017. Effects of Problem Based Learning on Students’ Critical Thinking Skills, Attitudes towards Learning and Achievement.Journal of Educational Research, 20(2): 28-41.

Siddaway. A, Hedges. L.V. & Wood. A. M. 2019. How to Do a Systematic Review: A Best Practice Guide for Conducting and Reporting Narrative Reviews, Meta-Analyses, and Meta-Syntheses. Annual Review of Psychology, 70: 1-49.

Sladana Zivkovic. 2016. A Model of Critical Thinking as an Important Attribute for Success in the 21st Century. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 232: 102-108.

Trilling. B. & Fadel. C. 2009. 21st century skills: Learning for life in our times. San Francisco:

Jossey-Bass.

Wan Nur Tasnim Wan Hussin, Jamalludin Harun & Nurbiha A. Shukor. 2019. Problem Based Learning to Enhance Students Critical Thinking Skill via Online Tools. Asian Social Science 15(1): 14-23.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Hasil dapatan ini selari dengan beberapa hasil kajian lain di Malaysia yang menunjukkan bahawa pelajar Malaysia di peringkat sekolah dan universiti lemah dalam kemahiran penaakulan