• Tiada Hasil Ditemukan

(1):\lANTER<\ DAN UPACARA RITUAL MASYARAKAT MELA YU PESISIR TIMUR DI SUMATERA UT ARA : KAJIAN TENTANG FUNGSI DAN NILAI-NILAI BUDA YA OLEB SYAIFUDDIN BJ

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1):\lANTER<\ DAN UPACARA RITUAL MASYARAKAT MELA YU PESISIR TIMUR DI SUMATERA UT ARA : KAJIAN TENTANG FUNGSI DAN NILAI-NILAI BUDA YA OLEB SYAIFUDDIN BJ"

Copied!
47
0
0

Tekspenuh

(1)

:\lANTER<\ DAN UPACARA RITUAL MASYARAKAT MELA YU PESISIR TIMUR DI SUMATERA UT ARA :

KAJIAN TENTANG FUNGSI DAN NILAI-NILAI BUDA YA

OLEB

SYAIFUDDIN BJ. \VAN MAHZTh'I

Tesis diserahkan untuk memenuhi keperluan ijazah Doktor Falsafah bidang kesusasteraan

PUSAT PENGAJLI\N ILMU KEMANUSIAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2005

' . .~ ..

(2)

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

SYAIFUDDIN HJ. WAN MAHZIM 2005

(3)

PENGHARGAAN

Pertama-tama penulis memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. yang telah mengizinkan penulis memanfaatkan umur yang diberikan untuk menimba ilmu dan izin-Nya beroleh kekuatan dan kelapangan untuk menyiapkan kajian ini. Syalawat beriring salam ke atas Nabi Besar Muhammad s.a.w. kerana atas safaat Baginda segala 'cahaya' dalam kehidupan manusia.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua badan kerajaan dan individu yang terlibat dalam menjayakan kajian ini, iaitu:

Penghargaan dan rasa terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Haron Daud yang begitu tekun dan sabar menyelia kajian ini. Beliau adalah seorang penyelia yang sangat berdiplomasi. Sikap terbuka beliau memberikan semangat kepada penulis untuk menyiapkan kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Dekan lnstitut Pengajian Siswazah dan staf serta Dekan dan Pensyarah Pusat Pengajian llmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia yang selalu memberi galakkan dan ·mencipta suasana kekeluargaan sehingga boleh memotivasi penulis agar berbuat yang terbaik.

Penghargaan dan terima kasih kepada Rektor Universitas Sumatera Utara yang memberi peluang kepada penulis untuk meningkatkan taraf pendidikan di peringkat Doktor Falsafah.

11

(4)

Penghormatan dan terima kasih penulis kepada Yang Mulia Tuanku Luckman Sinar Basyarsah II Sultan Negeri Serdang dan para pawang di kawasan Pesisir Timur Sumatera Utara.Segala nasihatnya lnsya Allah akan penulis amalkan.

Ucapan penghargaan untuk keluarga yang dikasihi yang telah mengizinkan penulis mengambil sebahagian dari masa berharga mereka,, khususnya kepada isteri penulis, Ora. Roma Ayuni Aminoeddin Loebis, M.A. dan dua orang permata hati kami; Wan Posniroha Abil Rasyid Syaifuddin dan Wan Nadira Humaira Syaifuddin. Mereka cukup berharga bagi penulis, Ayu tidak pernah mengeluh, Abil tidak pemarah dan Dira suka tersenyum dalam menghadapi keletihan penulis.

Selain itu, tidak penulis lupakan pengorbanan orang tua Hajji Wan Mahzim Wan Kecik, Haliah Hamidah Sitepu, Bunda Ora. Haliah Rohani Lubis dan Ayahnda Hajji Aminoeddin Loebis Gelar Patoean Soetan Naparas (aim). Mereka mempunyai andil setiap kejayaan penulis, khasnya emak dan bunda banyak membantu penulis.

Akhirnya, ucapan penghargaan untuk ternan-ternan yang memberi kerjasama; Adinda Warjio, M. Adlin, Jaya Harefa, En. Azis, Abangda Husnan lubis, Hendra dan ketuarga serta Bapak Abdul Kadir, Dr. Nazaruddin Ainun, Puan Rahimah dan keluarga serta Adinda Cek Mad Cek Leh yang kerap mendampingi penulis di saat akhir kajian ini. Semoga bantuan mereka mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Amin.

Wassalamualaikum wr.wb.

Syaifuddin Hj. Wan Mahzim

lll

(5)

KANDUNGAN

PENGHARGAAN KANDUNGAN

SENARAI PETA DAN GAMBAR SENARAI JADUAL

GLOSARI ABSTRAK ABSTRACT

BAB1 PENDAHULUAN

1. 1 Latar Belakang Permasalahan Kajian 1. 2 Objjektif Kajian

1. 3 Tinjauan Kajian Lepas 1. 4 Kepentingan Kajian 1. 5 Konsep-Konsep Kajian 1. 6 Ruang Lingkup Kajian 1. 7 Metodologi Penyelidikan 1. 8 Kerangka Teoritikal Kajian 1. 9 Hipotesis

BAB 2 LATAR BELAKANG MASYARAKAT MELAYU PESISIR TIMUR

2. 0 Pengenalan

2. 1 Kedudukan Wilayah

lV

Halaman ii

IV

vii

IX

XI

xix

XXI

1 1

6 6 13 14 19 20 24 46

47 47 47

(6)

2. 2 Sejarah Masyarakat 2. 3 Bahasa

2, 4 Sistem Sosial

2. 5 Kesusasteraan Rakyat 2. 6 Kosmologi

BAB 3 JENIS- JENIS UPACARA RITUAL 3. 0 Pengenalan

3. 1 Pawang

3. 2 T em pat dan Waktu lstiadat 3. 3 Khalayak Ritual

3. 4 Benda- Benda Ritual 3. 5 Pelaksanaan Upacara

BAB 4 MAKNA KONTEKS SOSIAL RITUAL 4. 0 Pengenalan

4. 1 Makanan dan Jenis Tumbuhan 4. 2 Jenis Haiwan

4. 3 Jenis Logam dan Pakaian 4. 4 Perlakuan dan Perbuatan 4. 5 Pantang Larang

6. 6 Kuasa Simbolik Makna Konteks Sosial BAB 5 FUNGSI MANTERA RITUAL

5. 0 Pengenalan 5. 1 Bahasa Mantera 5.2 Pengucapan Mantera

v

52 61

63 67

79

102 102

102

116

122 129 133 187 187 188 202 207 221 236 243

259 259 260 267

(7)

5.3 Bentuk Mantera 282 5.4 Fungsi Pembinaan Pengetahuan Diri 288

5.5 Fungsi Pembinaan Solidariti 315 5.6 Fungsi pembinaan ketertiban Sosial 323 5. 7 Fungsi Pembinaan Perlindungan/Kawalan Sosial 326 5.8 Fungsi Pembinaan Kesejahteraan Masyarakat 332 BAB 6 ORIENTASI NILAI BUDAYA MASYARAKAT 343

6.0 Pengena~n 343

6. 1 Latar Belakang Responden 344

6. 2 Persepsi Mengenai Hakikat Kehidupan 347 6. 3 Persepsi Mengenai Hakikat Kerja 352

6. 4 Persepsi Mengenai Hakikat Waktu 360 6. 5 Persepsi Mengenai Hakikat Alam 364 6. 6 Persepsi Mengenai Hakikat Sesama Manusia 370

BAB 7 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 381

DAFTAR RUJUKAN 391

LAMPIRAN 408

Lampiran 1 : Teks Mantera Ritual 408

Lampiran 2 : Borang Soal Selidik 427

\>1

(8)

Peta 2. 1

Peta 2. 2

SENARAI PETA DAN GAMBAR

Wilayah masyarakat Melayu Pesisir Timur di Provinsi Sumatera Utara, Republik Indonesia

Wilayah Ootkust Van Sumatera

Halaman

49 51 Gam bar 3. 1 : Zakaria pawang upacara ritual Puja Pantai 109 Gam bar 3. 2 : Baharuddin bin Kutak pawang ritual Mandi Berminyak 109 Gambar 3. 3 : Abdul Kadir pawang upacara ritual Tarian Lukah 115 Gambar 3. 4: Rajab pawang persembahan ritual Tolak Bala 115 Gambar 3. 5 : Kawasan upacara ritual Puja Pantai 123 Gambar 3. 6: Kawasan upacara ritual Tarian Lukah 123 Gambar 3. 7: Kawasan upacara ritual Tolak Bala 124 Gambar 3. 8 : Kawasan upacara ritual Mandi Berminyak 124 Gambar 3. 9 : Benda-benda ritual Puja Pantai 136 Gambar 3.10: Benda-benda upacara ritual Tarian Lukah 136 Gambar 3.11: Benda-benda upacara ritual Mandi Berminyak 137 Gambar 3. 12: Bergotong royong dalam upacara ritual Puja Pantai 137 Gambar 3.13: Mesyuarat pelaksanaan upacara ritual Puja Pantai 139 Gambar 3. 14: Balai upacara ritual Puja Pantai 139 Gambar 3. 15: Pawang berkeliling sekali gus menabur bertih upacara

ritual Puja Pantai

Gambar 3. 16: Doa upacara ritual Mandi Berminyak

Vll

157 157

(9)

Gambar 3.17 : Benda-benda upacara ritual Tarian Lukah dikemas kini

oleh pawang 166

Gambar 3. 18: Pawang membersihkan kawasan ritual T arian Lukah

terhindar daripada makhluk halus 166

Gambar 3. 19: Pasangan lukah persembahan ritual Tarian Lukah 167 Gambar 3. 20: Pawang memandikan lukah yang menari 167 Gambar 3. 21: Pawang dan pemuka masyarakat mengusahakan ramuan

upacara ritual Mandi Berminyak 180

Gambar 3. 22: Ramuan majlis mandi 180

Gambar 3. 23: Minyak yang diguna persembahan ritual Mandi Berminyak 181 '

Gambar 3. 24: Majlis mandi minyak 181

Gambar 3. 25: Pawang menerima calon penuntut untuk mandi minyak 182 Gambar 3. 26: Majlis membaca doa penutup upacara ritual 182

Vlll

(10)

SENARAI JADUAL

Halaman

Jadual 1. 1 : Kerangka Kluckhon mengenai orientasi nilai budaya 44 Jadual 2. 1 : Bahasa Melayu Pesisir Timur yang berbeza dengan

bahasa Indonesia 62

Jadual 6. 1 : Taburan jawapan Latar Belakang Responden 345 Jadual6. 2: Tabu ran jawapan tahu mantera dan menyertai upacara

Ritual 346

Jadual6. 3: Taburan jawapan responden untuk soalan Persepsi

Mengenai Hakikat Kehidupan 348

Jadual6. 4: T aburan jawapan responden untuk soalan Persepsi Mengenai Hakikat Kehidupan mengikut peringkat umur,

pendidikan dan jenis pekerjaan 350

Jadual6. 5: T aburan jawapan respond en untuk soalan Persepsi

Mengena Hal<.ikat Kerja 353

Jadual6. 6: Taburan jawapan responden untuk Persepsi Mengenai Hakikat Kerja mengikut peringkat umur, pendidikan dan

jenis pekerjaan 356

Jadual6. 7: Taburan jawapan responden untuk soalan Persepsi

Mengenai_ Hakikat Waktu 360

ix

(11)

Jadual 6. 8: Taburan jawapan responden untuk soalan Persepsi Mengenai Hakikat Waktu mengikut peringkat umur,

pendidikan dan jenis Pekerjaan 363

Jadual 6. 9: Taburan jawapan responden untuk soalan Persepsi

Mengenai Hakikat Alam 365

Jadual 6. 10: Tabu ran jawapan responden untuk soalan Persepsi Mengenai Hakikat Alam mengikut peringkat umur,

pendidikan dan jenis pekerjaan

Jadual 6.11: Taburan jawapan responden untuk soalan Persepsi Mengenai Hakikat Hubungan Manusia dengan Sesama Manusia

Jadual 6. 12: Taburan jawapan responden untuk soalan Persepsi Mengenai Hakikat Hubungan Manusia dengan

Sesama Manusia mengikut peringkat umur, pendidikan

368

371

dan jenis pekerjaan 37 4

Jadual 6. 13: Orientasi nilai budaya dan peratus kesan mantera 378

X

(12)

A

Adoptive values Air ketubang Air mati

malan-amalan

Aspek budaya

Apatis B Bantai Barzakh Bersopan Bisnu

Black magic

GLOSARI

Nilai-nilai yang diubahsuai daripada sumbernya.

Air yang keluar semasa kelahiran man usia di dunia.

Suasana !aut yang tidak menguntungkan kepada Nelayan penangkap ikan

Sesuatu aktiviti yang dijalankan berterusan mempunyai keterkaitan dengan nilai dan norma- norma adat.

Sahagian daripada kebudayaan, seperti bahasa, kesenian, adat-istiadat, arkitek dan makanan.

Tidak mengambil berat kepada sesuatu keadaan.

Haiwan korban untuk persembahan dalam ritual Tempat kehidupan setelah mati

Berbudi dan berakhlak

Salah satu dewa dalam kepercayaan Hindu (Dewa Wisnu)

llmu hitam, menggunakan magis untuk hal yang tidak baik dalam kehidupan

XI

(13)

c

Citraan Gambaran yang wujud dari tindakan sama ada gerak, bunyi ataupun tulisan yang dilakukan terhadap sesuatu gambaran itu boleh mempengaruhi fikiran.

Camat Pentadbir daerah atau wilayah.

Colective conciousnees Kesedaran kelompok

D Datu'

Dayo

Digompokan Ditetak

E

Eksternal

Esoterik Exsistensialis

Seseorang yang diperakui oleh masyarakat

Mempunyai kuasa di kawasan tertentu. Ia mempunyai kuasa sakti atau tuah.

Kuasa atau kekuatan Dipahamkan

Memukulkan benda yang keras dan tajam kepada fizikal manusia dengan kuat.

Unsur luaran daripada sesuatu hal yang berada di luar kuasa individu.

Makna atau nilai yang tersembuyi Kedudukan atau kewujudan sesuatu.

Xll

(14)

F

Fenomena

Fleksibel

G Galah

: Sesuatu hal baru yang sedang berlaku dan Dirasakan berterusan.

Berubahsuai

: Benda penyambung untuk memperolehi sesuatu yang tidak boleh dijangkau fizik manusia secara

langsung.

Individual conciousnees : Kesedaran individu Intended values : Nilai-nilai kehebatan

lntensiti : Kehebatan

lsyarat : T anda-tanda sam a ada berbentuk suara a tau gerak

J

Jentera

yang diterima oleh sesorang yang sedang berhubungan dengan aktiviti ritual.

Sesuatu benda atau zat yang dijadikan alat untuk melaksanakan sesuatu.

xiii

(15)

K Kayo Kesakti Kelobo Kharismatik Koletoral Kolektif Konsisten Klasifikasi Kurang-dingin

Kweng keneng

L Laten Lara badi

Langkah panglima Lakantuk kini Lomoh tabib Lurah

: Kaya

: Mempunyai nilai atau kuasa luar biasa : Kalbu/hati

: Berwibawa

: Hubungan setaraf : Kesatuan

: Berlaku tetap dan berterusan.

: Kategori

: Menyatakan masa-masa yang kurang baik untuk melakukan sesuatu aktiviti..

: Hubungan yang berkenaan dengan kuasa luar biasa.

Sesuatu pola yang bersifat tetap kewujudannya Kesedihan yang membawa mudarat

: Jadual hari-hari baik untuk melkukan aktiviti ritual.

,..--: Sangat mengantuk masa ini : kekuatan ubat

: Pentadbir kampung yang kharismatik

XlV

(16)

M

Magic aggressive Magic produktif

Magic protective

Mambang Tali Arus

Manifestasi Menggilo Menjinjing

Mentenungkan

N Nazir

0 Obor

Omak

Orang sembarangan Overative values

: Menggunakan magis untuk menyerang

: Menggunakan magis untuk hal yang berguna atau berpaedah

: Menggunakan magis untuk melindungi sesuatu hal daripada gangguan makhluk halus atau kejahatan.

: Kawasan tertentu di laut yang dipercayai bersifat merbahaya.

: lmbas balik

: Aktiviti fizik yang berlebihan daripada biasanya.

: Mengangkat sesuatu yang ringan dengan Menggunakan tangan sahaja.

: Merenung bagi berhubungan dengan makhluk halus, seperti jin atau roh.

: Seorang yang mentadbir aktiviti di mesjid.

: Alat penerang yang dibina dari bambo dan minyak tanah.

: Orang tua perempuan yang bijak

: lndividu yang tidak menggunakan kekuatan magik : Nilai yang berlaku dalam sosial masyarakat

XV

(17)

p Pari a Patologi

Petake

Pengeras Penghulu Puake

Pukat harimau

Pusat Tasek Peuh Jenggi

R Rafal

Rasi

Ramuan jamuan laut

Representasi

: Jenis sayuran

: Kedaan yang dirasakan sedang mengalami gangguan atau ketegangan.

: Keadaan yang mewujudkan mudarat kepada Kehidupan manusia

Benda yang mempunyai kuasa ghaib.

: Pentadbir kampung atau luak

: Zat yang dipercayai mempunyai kuasa sama ada Bersifat baik ataupun buruk.

: Alat penangkap ikan yang menggunakan enjin.

Dalam menangkap ikan secara suka-suka.

: Kawasan yang berada di laut dipercayai oleh Masyarakat sebagai kedudukan penunggu laut

: Teks mantera yang hanya dibaca oleh pawang atau tuan guru dan penuntut.

: Senarai tarikh yang baik dan buruk untuk panduan atas pelaksanaan aktiviti harian : Persyaratan yang diperlukan dalam upacara

ritual Puja Pantai.

: Keterwakilan.

XV\

(18)

s

Sanai

Saudara berempat Sesepuh

Silindid Sirimbo

T

Tangkal

Tembok

Terberito Terkombang

Terdengung-dengung Terbebek

Tebing Tujug Trend

: Haiwan ataupun benda jelmaan daripada makhluk halus, seperti jin atau penunggu yang wujud pada kawasan tertentu di laut. Dipercayai

penjelmaan kerana berlaku kejahatan di laut.

Makhluk halus yang dipuja oleh manusia.

: Anggota masyarakat yang menjadi teuladan : Burung yang berjasa

: Binatang buas

: Benda yang dipercayai boleh menselaraskan keadaan dan kehendak manusia dengan makhluk

halus.

: Lubang yang disebabkan oleh tujusukan benda tajam

: Terdengar : Kebebasan : Berisik

: Mengeluarkan suara dengan kuat : Dinding pembatas

: Hari akhir dalam masa seminggu : Gaya atau pola

(19)

w

Wazir berempat

White magic

: Wakil daripada rakyat yang mempunyai kuasa Mentadbir dan menetapkan penguasa/sultan di kawasan Melayu Pesisir Timur.

Menggunakan magik untuk mewujudkan hal yang baik atau tidak mengganggu kehidupan_

X\11\

(20)

MANTERA DAN UPACARA RITUAL MASYARAKAT MELA YU PESISIR TIMUR DI SUMA TERA UT ARA :

KAJIAN TENTANG FUNGSI DAN NILAI-NILAI BUDA YA

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk : " Mantera dan Upacara Ritual Masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara: Kajian Tentang Fungsi dan Nilai-Nilai Budaya". Kajian ini berdasarkan mantera dan upacara ritual Puja Pantai, T olak Bala, T arian Lukah dan Mandi Berminyak. Bahan yang dikaji terdiri daripada teks mantera, komponen dan unsur atau konteks sosial ritual serta orientasi nilai budaya anggota masyarakat. Mantera dan upacara ritual masih berfungsi dalam masyarakat yang mempunyai hubungkait serta kesan ke atas orientasi nilai budaya masyarakt Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi mantera ritual dan hubungkait mantera dan upacara ritual dengan nilai-nilai budaya serta mengenal pasti keberkesanannya dalam kehidupan anggota masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi sastera kaedah fungsional yang berasaskan fakta sosial . dan nilai budaya, manakala analisis orientasi nilai budaya pula menggunakan kaedah yang bersaskan suatu konsep pedoman bagi perilaku manusia dalam masyarakat.

Dalam perbincangan upacara ritual, wujud keperitan dan ketegangan disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang dihubungkaitkan dengan kepercayaan dan keyakinan kepada Islam. Hal ini didapati bersifat keramat serta boleh diidentifikasikan hubungannya dengan hakikat, nilai dan proses sosial

XIX

(21)

dalam kehidupan anggota masyarakat. Makna dan kuasa simbolik konteks sosial upacara ritual membentuk keseimbangan fizikal dan jiwa sehingga membangkitkan kekuatan semangat. Analisis teks mantera ritual pula membina imejan suasana seram, suci dan magik sehingga berfungsi memperkukuhkan binaan kekuatan fizikal, mentaliti, solidariti, mempertahankan ketertiban dan mempertingkatkan kawalan sosial serta kualiti kesejahteraan. Hal ini dibuktikan berkesan dan berhubungan dengan orientasi nilai budaya anggota masyarakat tentang hakikat kehidupan, hakikat kerja, hakikat waktu, hakikat alam dan hakikat hubungan antara sesama manusia. Sebahagian besar anggot msyarakat pernah menyertai upacara ritual, mengetahui tentang mantera dan menyatakan ..

keberkesanannya serta mempunyai hubungan dengan nilai-nilai budaya mereka.

Keberkesanan tersebut lebih terserlah kepada anggota masyarakat yang berumur antara 50-59 tahun, tidak pernah bersekolah dan golongan petani.

Perilaku pengubahsuaian atau adaptasi mereka menerusi mantera dan istiadat yang berkaitan dengan aktiviti harian. Mantera dan upacara masyarakat Melayu Pesisir Timur di sumatera Utara adalah manifestasi masyarakat yang mencampurbaurkan kepercayaan Islam, Hindu dan animisme oleh simbol hingga kepercayaan itu terpancar dalam satu aktiviti budaya mereka.

XX

(22)

MANTRAS AND RITUAL CEREMONIES AMONG THE EASTERN COASTAL MALAY COMMUNITY IN NORTH SUMATRA:

STUDIES ON FUNCTION AND CULTURAL VALUES

ABSTRACT

This study is titled " Mantras and Ritual Ceremonies Among the Eastern Coastal Malay Community in North Sumatra: Studies on Functions and Cultural Values".

This study is based on the mantras of the Puja Pantai, Tolak Bal, Tarian Lukah and Mandi Berminyak ritual ceremonies. The material examined were mantra texts, components and elements of social ritual contexts as well as orientation of the communities cultural values. Mantras and ritual ceremonies still has its own function in the community that are related to the orientation of cultural values of the eastern coastal Malay community in North Sumatra. The goal of this study is to identify the function of ritual mantras, the connection of mantras and ritual ceremonies with cultural values and to recognize its impact in the daily life of community. This study used the sociological literary approach of functionalism method which is based on social facts and cultural values, white the analysis of cultural values orientation used the method that is based on the guidance concept of human behavior in the society. In discussing ritual ceremonies, sufferings and tension are cause by the interference of spirit which are connected to the belief in Islam. This matter has the characteristic keramat while its relationship with the values and social process in community member's life can be identified. The meaning and power of social symbolic context. for ritual

XXI

(23)

ceremony led to the physical and spiritual equivalence until it rised spiritual power. The analysis of the ritual mantra texts on the other hand build up the image of horror, holiness and magic until do it consolidated the construction of physical in mental their and solidarity to maintain orderliness and to increase social control and harmony. This has been proven to be effective and related to the community member's cultural values orientation regarding the reality of life, work, time, nature and human relationship. The larger part of the community member who have taken part in the ritual ceremony, have some knowledge of mantras, its effectiveness and its relationship with their cultural values. This impression is most evident among the farmers and illiterate members of the community members aged between 50-59. Their actions are modified or adapted by mantras and rituals are closely related to daily activities. Mantras and ritual ceremonies among the Eastern Coastal Malay community in North Sumatra is a community manifestation which mix up Islamic, Hinduism and Animism belief.

As the result, their beliefs were reflected in their cultural activity.

XXll

(24)

BABI

PENDAHULUAN

1. 1 LA TAR BELAKANG PERMASALAHAN KAJIAN

Kebudayaan diketahui wujud dalam tiga bentuk. Pertama, wujud kebudayaan sebagai suatu kompleks dari idea-idea, gagasan, nilai-nilai, norma-norma dan peraturan; kedua, wujud kebudayaan sebagai suatu kompleks aktiviti kelakuan berpola daripada manusia dalam masyarakat;

ketiga, wujud kebudayaan sebagai benda-benda hasil karya manusia.1 Wujud pertama adalah wujud ideal daripada kebudayaan. Sifatnya abstrak, tidak dapat disentuh atau digambarkan. Lokasinya adalah di dalam minda atau dengan perkataan lain, di dalam alam fikiran anggota masyarakat yang hidup di dalam budaya tersebut. Apabila anggota masyarakat tadi menyatakan gagasan pemikiran mereka itu dalam bentuk tulisan, maka kebudayaan

. .

yang ideal kerap berada dalam karangan atau hasil karya para anggota masyarakat yang mendukung budaya itu. Biasanya, kemas kini dan empirik karya itu menjadi sebahagian daripada adat-istiadat yang wujud di dalam masyarakat tersebut.

1 Koentjaraningrat, 1984. Kebudayaan Mentalitas dan Pembangunan, Jakarta: PT. Gramedia, him. 5-8.

l

(25)

Wujud kedua pula merujuk kepada sistem perilaku yang berkaitan dengan mata pencarian dan kekerabatan, sedangkan yang ketiga, berkaitan dengan benda-benda hasil karya anggota masyarakat pendukung kebudayaan berkenaan. Umpanya seni patung, ukiran dan seni lukis. Wujud kedua dan ketiga tersebut bersifat konkrit, yakni dapat disentuh dan digambarkan.

Pandangan itu mempunyai persamaan tentang pemahaman kebudaya- an, seperti yang dimaksudkan oleh Geertz,

" ... historically transmitted pattern of meanings embodied in symbols, a system of inherited

conceptions expressed in symbolic forms by means of which men communicate, perpetuate, and develop their knowledge about and attitudes toward life".2

Simbol-simbol yang dimaksudkan itu dianggap sebagai media penyimpanan makna. Oleh itu, menerusi simbol ini boleh difahami budaya sesuatu masyara-

kat dan pemahaman terhadap kehidupannya.

Kedudukan sastera dalam takrif kebudayaan sebagai keseluruhan sistem gagasan dan tindakan manusia yang harus dibiasakannya dengan bela jar menerusi simbol-simbol, sastera adalah berada dalam wujud ideal. 3 Sarna halnya dengan adat-istiadat sebagai pewujudan ideal kebudayaan, ia berfungsi mengatur dan memberi arahan kepada perbuatan, fikiran dan idea- idea manusia da~am menghasilkan benda-benda kebudayaan fiziknya.

2 Clifford Geertz, 1973. The Religion of Java, London: Free Press, him. 89.

3 Koentjaraningrat, 1984. Kebudayaan Mentalitas dan Pembangunan, Jakarta: PT. Gramedia, him. 5-8.

2

(26)

Dalam fungsi tersebut secara lebih khusus lagi adat-istiadat terdiri daripada beberapa lapisan, iaitu daripada yang paling abstrak dan luas, sampai kepada yang paling konkrit dan terhad. Lapisan yang paling abstrak misalannya adalah sistem nilai budaya. Manakala lapisan yang konkrit pula ialah sistem norma-norma, dan seterusnya yang lebih konkrit lagi ialah sistem hukum yang bersandar kepada norma-norma tersebut.

Sementara itu, peraturan-peraturan khusus mengenai berbagai-bagai aktiviti dalam kehidupan anggota masyarakat sehari-hari (seperti aturan sopan- santun) adalah merupakan lapisan adat-istiadat yang paling konkrit, tetapi terhad ruang lingkupnya. 4

Mantera dalam istiadat ritual merupakan sebahagian daripada bentuk kesusasteraan tradisional. Ia diketegorikan sebagai tradisi lisan. lsinya banyak mengandungi nilai-nilai kehidupan dan kepercayaan. 5 Fungsi dan kedudukannya berada dalam pewujudan ideal kebudayaan serta berada pada lapisan-lapisan yang wujud dalam adat-istiadat. Sejarah kewujudan mantera sukar diketahui dengan tepat. Ada pendapat yang menyatakan bahawa mantera lahir sejak terbentuknya masyarakat. Walau bagaimanapun kewujudan mantera di dalam masyarakat Melayu boleh dikaitkan dengan pandangan berdasarkan corak kepercayaan masyarakat Melayu. 6

4 Ibid, hlm.S-6.

5 Haran Daud, 2001. Mantera Melayu Ana/isis Pemikiran, Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia, him. 69- 83.

6 Ibid, him. 4.

3

(27)

Sebelum kedatangan pengaruh Hindu-Buddha dan Islam, masyarakat Melayu Pesisir Timur Sumatera Utara menganut kepercayaan animisme.7 Malapetaka seumpama ancaman binatang buas, kemalangan dan bencana alam termasuk ribut taufan, biasanya dikaitkan dengan kepercayaan yang berkait rapat dengan kemarahan makhluk halus. Dipercayai bahawa makhluk halus itu berkuasa mengawal dan mempengaruhi kejadian di dunia dan kehidupan manusia di alam barzakh. Akhirnya mejadi satu upacara dalam bentuk persembahan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup.

Berdasarkan pemahaman dan konsep semacam inilah timbulnya adat-istiadat seperti upacara ritual yang memuja makhluk halus untuk memperoleh bantuan atau perlindungan. Bagi melaksanakan upacara ritual itu sama ada dalam bentuk pemujaan atau persembahan, maka mantera diwujudkan dan dijadikan sebagai media perantara bagi anggota masyarakat dengan makhluk-makhluk halus yang dianggap boleh membantu serta memberikan perlindungan tersebut.

Meskipun masyarakat Melayu Pesisir Timur sudah bebas daripada kepercayaan animisme pada kurun yang serba-serbi canggih dengan pelbagai bidang ilmu, khasnya teknologi maklumat, namun mantera masih lagi wujud.

lni dibuktikan melalui kewujudan upacara ritual, seperti upacara ritual Puja Pantai, Tolak Bala, Mandi Berminyak dan Tarian Lukah, yang masih diamalkan.

Bahkan, setiap upacara ritual tersebut diperkukuhkan lagi dengan adanya

7 Tengku Luckman Sinar, 1978. Sumatera Utara Zaman Purbakala, Medan: Perwira, him. 7.

4

(28)

jadual pelak~anaan yang tetap_ pada setiap tahun. Menurut pandangan informan bernama Kadir, anggota masyarakat tersebut merasa bersalah sekiranya terus menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian tanpa melakukan adat-istiadat ritual tersebut. 8

Begitu banyak peranan mantera yang terdapat dalam adat-istiadat ritual masyarakat Melayu Pesisir Timur dalam kehidupan sosial masyarakatnya. Namun, berdasarkan penelitian literatur dan kajian terhadap-

nya, penyelidikan ke arah itu belum pernah dilakukan oleh mana.-mana ahli sastera dan kebudayaan. Padahal, berdasarkan fungsinya yang erat dengan fakta-fakta sosial yang ada dalam masyarakat, ia merupakan suatu kajian yang amat perlu.

Mengambil kira tentang Jatar belakang tersebut adalah menjadi pertimbangan dalam mengenal pasti permasalahan penyelidikan kerana ia dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan boleh dilaksanakan.

Permasalahan penyelidikan ini adalah seperti berikut:

i) Mantera dan upacara ritual masih berfungsi dalam anggota masyarakat;

ii) mantera dan upacara ritual mempunyai hubungkait dengan nilai nilai budaya;oan

iii} keberkesanan kuasa mantera ke atas orientasi nilai budaya masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara.

8 Abdul Kadir, 1999. 83 tahun, temubual, di rumahnya, Desa Sei Paham, Sungai Kepayang-Asahan-Tanjung Balai, 23 September.

5

(29)

1. 2 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, secara umumnya kajian ini bertujuan untuk;

i) Mengenal pasti fungsi mantera dalam anggota suatu masyarakat; dan ii) mengenal pasti hubungkait mantera dan upacara ritual dengan nilai-nilai

budaya.

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:

i ) Mengenal pasti keberkesanannya dalam kehidupan masyarakat Melayu Pesisir Timur; dan

iii) Mengenal pasti hubungkait mantera ritual dengan aspek orientasi nilai- nilai budaya masyarakat Melayu Pesisir Timur.

1. 3 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Perbincangan dan kajian mengenai mantera Melayu telah banyak diselenggarakan sama ada oleh sarjana tempatan mahupun Barat. Kajian oleh para sarjana ini adalah berkenaan dengan sosiobudaya, fungsi mantera dalam upacara ritual ·dan hubungannya dengan pemikiran masyarakat Melayu.

Namun, setakat ini kajian ke atas mantera yang wujud dalam upacara ritual masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara belum pernah diselenggarakan oleh mana-mana pihak. Suripan menyenaraikan hasil-hasil penyelidikan sastera lisan di negara Republik Indonesia berasaskan kawasan, masa dan bangsa yang menjalankan penyelidikan tersebut. Kawasan-kawasan

6

(30)

ini dikategorikan mengikut negeri dan turut mengambilkira dua zaman yang berbeza, iaitu zaman pentadbiran kolonial dan zaman kemerdekaan negara Indonesia. Manakala bangsa yang menjalankan penyelidikan, iaitu sarjana Sa rat dan Timur atau tempatan. 9 Berasaskan kepada senarai terse but penyelidikan yang berkaitan dengan sastera lisan masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara tidak diperolehi sama ada pada zaman kolonial mahupun zaman selepas merdeka. Tambahan pula penyelidikan ke atas mantera istiadat ritual tidak wujud dalam senarai berkenaan. Hanya ada usaha- usaha sebatas pengumpulan untuk disimpan.

Antara sarjana tempatan yang telah menjalankan kajian ke atas kuasa mantera Melayu adalah Siregar, iaitu penyelidikan tentang kuasa mantera upacara ritual Tabui'. Beliau mendapati bahawa kuasa mantera adalah sebagai kawalan sosial bagi komuniti nelayan dalam masyarakat Minangkabau di pesisir Selatan Sumatera Barat.10 Marzan pula melakukan penyelidikan dari segi aspek makna dan kuasa simbolik ritual Basirompak yang merangkumi mantera dan persyaratan upacara ritual. Beliau mendapati bahawa ritual ini adalah aktiviti ritual magis yang menjadi seni pertunjukkan masyarakat Minangkabau. Kuasa simboliknya semata-mata berdasar dan memohon

9 Suripan Sadi Hutomo, 1991. Mutiara yang Terlupakan Pengantar Studi Sastra Lisan, Jawa Timur: Penerbit Himpunan Sarjana Kesussasteraan Indonesia, him. 32-51.

10 Miko Siregar, 1997. Tabui' dan Manteranya: A/at Komunikasi di Antara Sesama Nelayan. Jakarta: Fascasarjana Universitas Indonesia, him. 15-21.

7

(31)

kepada kuasa luar biasa yang bukan lslam.11 Mohammad, menyelengarakan penyelidikan Kuasa Warna Magis Mantera Pengasih. Beliau mendapati bahawa pemakaian warna yang beraneka ragam dalam mantera pengasih bukan sekadar ingin mengindahkan corak imaginasi khalayak, malah turut memainkan peranan yang besar bagi meningkatkan suasana harmoni dalam jiwa penutur-pendengar. Penggunaan warna ini menjadi semacam kod tertentu yang lahir daripada tanggapan mata dan jiwa nurani masyarakat.12

Selain itu, Noriah juga turut membicarakan mengenai mantera dalam bentuk kertas kerja 13 dan artikel. Beliau memfokuskan perbincangan mengenai kuasa mantera dari sudut mekanisme kuasa mantera. Kedua-dua perbincangan tersebut mengarah kepada sudut pandangan teori kawalan sosial, sosiologis dan fungsionalis seperti Malinowski dan Fischer. Pendekatan ini melihat gugus-gugus bahasa yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa sihir, bahasa magis (spell-mantera, jampi).

Beliau turut mengenal pasti konsep bunyi dan kata yang disusun dalam mantera sama dengan perkataan-perkataan suci yang tersusun di dalam kitab suci. Bahasa yang digubah secara halus dan berseni itu, kemudiannya diasosiasikan dengan kuasanya sebagai penyembuh jiwa. laitu yang dikatakan

11 Marzan, 2002. Aktivitas Ritual Magis Basirompak. Yogyakarta: Penerbit Kepel, him. 17.

12 Mohammad Fauzi Abdullah, 2000, "Warna Magis dalam Mantera Pengasih". Dewan Sastera. Jild 04, Bil. 30, April, him. 2-29.

13 Noriah Taslim, 2000, "Mekanisme Kuasa dalam Mantera: Satu Analisis Dari Pendekatan Pragmatik", Kertas kerja Bengkel Pandangan Semesta Melayu dalam Puisi-Puisi Melayu Tradisional: Mantera. Port Dickson anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. 25-27 April.

8

(32)

sebagai verbal . h(3afing. Ia berfungsi untuk mengawal dan mengimbangkan emosi atau dari segi istilah psikologinya disebut sebagai fungsi psikoterapetik.14

Rozaiman turut membincangkan kedudukan mantera dalam kepercayaan masyarakat Melayu Brunei. Beliau mendapati bahawa mantera merupakan warisan daripada kebudayaan Hindu yang sudah sebati dalam masyarakat Brunei. Namun, setelah kedatangan agama Islam berlakulah, proses lslamisasi secara halus. Kemurnian agama Islam telah menambat hati masyarakat Brunei. Proses lslamisasi bukanlah bersifat menghapuskan tetapi bersifat menyesuaikan. Lantaran daripada itu mantera masih wujud sehingga ke hari ini khususnya bagi masyarakat pedalaman.15 Berbeza dengan Amat yang telah menyelenggarakan penyelidikan kedudukan kuasa mantera di dalam kepercayaan orang Melayu berhubungan dengan pertanian. Beliau mendapati bahawa peranan kuasa mantera dalam kepercayaan yang berhubungkait dengan pertanian ini masih wujud dalam masyarakat Melayu petani. Upacara- upacara yang berlandaskan kepercayaan tradisional orang Melayu ini dilaksanakan berdasarkan kepercayaan yang terbina daripada teori

14 Noriah Taslim, 2000, "Mekanisme Kuasa dalam Mantera". Dewan Sastera. Bil. 1, Jil. 31, Januari. him: 44.

15Rozaiman Makmun, 2000, "Kesusasteraan Klasik Brunei: Gambaran Masyarakat Brunei Masa lalu". Pangsura, Bil.11 Jil.6. Julai - Disember, him:

43-69.

9

(33)

kepercayaan dan pandangan alam para petani yang menganggap melalui upacara-upacara ini apa yang mereka hajati akan tercapai.16

Sementara itu, antara sarjana Barat yang menyelenggarakan kajian tentang mantera Melayu, ialah;

i) Maxwell pada Jun 1906 yang membicarakan tentang Mantera Gajah. Ulasan mengenai mantera gajah ini yang diambil daripada mantera kepunyaan Tuanku Manteri Ibrahim bin Jaafar. Ulasannya antara lain mengenai penggunaan bahasa yang disifatkan sebagai bahasa campuran antara Melayu dengan bukan Melayu dan menterjemahkan mantera itu ke dalam bahasa lnggeris .

.

-

Pada keluaran yang lain beliau turut menyiarkan sepenuhnya mantera gajah dalam bahasa yang asal;

ii) Bland memaparkan Mantera Rusa berserta dengan terjemahannya. Mantera itu adalah untuk menangkap rusa dan membuang badi rusa. Manurutnya, mantera tersebut diperolehi daripada seorang pawang di negeri Sembilan setelah membayar pengeras termasuk kain, pisau, kelapa dan wang baharu;

iii) Hamilton memaparkan tentang mantera Pengasih, Pemanis Muka, Sikat Rambut, Minyak Rambut, Mandi Cahaya Bulan, Hikmat Asap Rokok dan pembenci dalam JMBRAS yang berjudui"Malay Love Charms";

iv) Anker Rentse memaparkan beberapa mantera dari Kelantan. Antaranya ialah Mantera llmu Penjauh Harimau, llmu Berjalan di Hutan, llmu Pengasih, llmu Wayang Kulit dan llmu main Puteri. Hasil kajian tersebut rata-ratanya

16 Amat Juhari Moain, 1990, Kepercayaan Orang Melayu berhubungan dengan Pertanian. Kuala Lumpur: Dewab Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan, him. 80-90.

10

(34)

dilakukan oleh pegawai tadbir British dan telah dimuatkan di dalam JSBRAS dan kemudian JMBRAS.17

Daripada pelbagai kajian dan perbincangan kuasa mantera berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Haron, menerusi pendekatan sosiologikal telah meperlihatkan penyelidikan yang menyeluruh dari segi kuasa mantera bagi melihat keberkesanan ke atas pemikiran orang Melayu. Kajian beliau bermula dengan mengkalsifikasikan genre mantera sebagai karya sastera, jenis dan fungsi mantera, kedudukan mantera dalam masyarakat serta .. pernyataan simbolik mantera. Pada penghujung kajiannya penganalisisannya dilihat dari segi keberkesanan mantera ke atas pemikiran masyarakat Melayu.

Beliau mendapati bahawa mantera sebagai dokumen sosiobudaya dan mempunyai kekuatan dalam memberikan gambaran tentang masyarakat Melayu. Secara tuntasnya beliau menyatakan bahawa mantera adalah sebagai penyataan sastera yang mempunyai nilai estetik, terutamanya apabila dibaca menimbulkan irama yang menarik kerana terdapatnya pola irama, aliterasi, asonansi dan perulangan berupa anafora dan eipifora. Selain itu, mantera juga dapat memancarkan world-view dan pemikiran orang Melayu berhubung dengan kosmologi, kepercayaan warisan, ketuhanan, makhluk ghaib, dan hakikat diri.18 ·

Usaha-usaha mengumpulkan mantera masyarakat Melayu Pesisir Timur dilakukan oleh Yos dan Fadillah. Usaha tersebut diharap dapat dijadikan bahan

17 Lihat Haron Daud, 2001. Mantera Melayu Ana/isis Pemikiran, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, him. 5-6.

181bid, him: 282-288. ·

l l

(35)

masukan bagi peneroka budaya Melayu dan menjadi rujukan pengkuliahan bagi pensyarah kertas kesusasteraan etnik Melayu di Sumatera Timur. Mereka turut menyenaraikan mantera-mantera Jamuan Laut di Pesisir Pantai Labu.

Senarai ini tanpa mengambil kira konteks sosial ataupun benda yang menyertai dan tidak ada sebarang penjelasan tentang informan serta teknikal perakaman.19 Azrai juga membicarakan struktur mantera ritual Mandi Berminyak menerusi pendekatan objektif. Beliau mensenaraikan mantera ritual Mandi Berminyak di kawasan Aras Kabu Pesisir Serdang dan unsur-unsur dalaman dari mantera tersebut adalah seperti tema, alur dan plot. Kajian dilakukan bagi memenuhi keperluan kertas karja pada peringkat ijazah pertama di F akultas Sastera Universitas Sumatera Utara. 20 Teresa juga menyelenggarakan pengumpulan mantera-mantera upacara ritual Tarian Lukah yang wujud dalam masyarakat Melayu Pesisir Timur di kawasan Tanjung Balai.

Namun, dalam pengumpulan ini tidak dijumpai sama ada metod pengumpulan mahupun perakaman teks mantera, aktiviti ini juga bagi memenuhi tugas akhir di peringkat ijazah pertama di Fakultas Sastera Universitas Sumatera Utara.21

19 Yos Rizal dan Fadillah, 1995. "Mantera Jamuan Laut di Desa Kelambir Kecamatan Pantai Labu Kabupaten Deli Serdang. Medan: Universitas Sumatera Utara, him. 17-20.

20 M. Azrai, 1999. "Analisis Struktur Mantera Kebal Masyarakat Melayu di Desa Aras Kabu",. (skripsi) Medan: Fakultas Sastra Universitas Sumatera Utara.

21 Teresa, 2002. "Mantera-Mantera Tarian Lukah atau Jambang Lukah Menari", (skripsi) Medan: Fakultas Sastera Universitas Sumatera Utara.

12

(36)

1. 4 KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan kepada kajian awal yang bermula pada 1 Julai 1999 melalui penglibatan langsung dan daripada rujukan-rujukan lain seperti buku dan hasil kajian tentang masyarakat, kajian terhadap budaya masyarakat, adat-istiadat mahupun terhadap mantera adat-istiadat upacara ritual masyarakat Melayu Pesisir Timur belum pernah dilakukan. Untuk itu, kepentingan kajian ini secara umumnya adalah seperti berikut:

. i) Memperkenalkan nilai sosiobudaya masyarakat Melayu Pesisir Timur Sumatera Utara kepada masyarakat yang lebih luas; dan

ii) memahamkan masyarakat awam, masyarakat ilmiah dan pakar sastera terhadap fungsi mantera dan upacara ritual dalam masyarakat.

Selanjutnya secara khususnya pula ialah:

i) Menambah khazanah kajian bidang kesusasteraan rakyat Melayu; dan ii) mewujudkan panduan dalam mengkaji mantera upacara ritual dan nilai

budaya masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara.

1. 5 KONSEP-KONSEP KAJIAN

Berhubung dengan kajian tentang mantera dan upacara ritual Masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara: Kajian Tentang Fungsi dan Nilai Nilai Budaya adalah penting dibincangkan tentang konsep dasar istilah-istilah tertentu. Antara lain istilah yang akan dibicarakan ialah:

l3

(37)

Adat-lstiadat

Adat-istiadat yang dimaksudkan ialah pewujudan ideal daripada kebudayaan, secara ringkasnya disebut adat, sedangkan dalam bentuknya yang jamak adalah adat-istiadat. Adat-istiadat berfungsi mengatur, mengendali dan memberi arahan kepada kelakuan dan perbuatan anggota masyarakat dalam kehidupan. Dalam konteks kajian ini makna istiadat tidak boleh berdiri sendiri kerana istiadat hanya lebih memberatkan kepada upacara seperti perkahwinan, kematian, dan pertabalan sahaja. Maknanya

adat dan istiadat mempunyai pengertian yang berbeza apabila dipisahkan.

Animisme

Animisme merupakan kepercayaan tentang wujudnya makhluk halus atau kuasa ghaib dalam unsur alam yang boleh bersifat sakti (supernatural)

yang mempengaruhi kehidupan.

Fakta Sosial

Setiap hal sama ada benda-benda, amalan, mites dan perlakuan ataupun perbuatan anggota masyarakat yang dapat menjadi pengecaman terhadap hakikat hubungan sosial, nilai sosial atau proses sosial.22

22 Van Der Leeden, A.C. & Taufik Abdullah, 1986. Durkheim dan Pengantar Sosiologi Moralitas. Jakarta: Yayasan Obor, him. 49.

14

(38)

Fungsi

Dalam kurun ke-XIX, konsep fungsi dan perkataan fungsi selalu dipakai dalam falsafah sosial dan sosiologi. Perumusan awal yang sistematik tentang konsep ini digunakan dalam pengkajian yang saintifik tentang masyarakat, iaitu diselenggarakan oleh Durkheim pada tahun 1895 dalam bukunya yang bertajuk Reg/es de Ia Methode Sociologigue. Dalam kajian ini konsep fungsi berkaitan dengan yang digunakan oleh Durkheim tersebut, bahawa fungsi adalah menafsirkan masyarakat berdasarkan kehidupan

?Osiobudaya dengan kehidupan organik anggota masyarakat.

Penunggu

Kuasa luar biasa yang menetap di sesuatu tempat. Ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik di tempat berkenaan. 23

Keramat

Kuasa yang dimiliki seseorang manusia dan sesuatu rangkaian aktiviti masyarakat atau upacara yang memiliki kuasa luar biasa. Kuasa tersebut boleh mendatangkan kebaikan atau kecelakaan kepada manusia. 24

23 Hanapi Dollah, 1989. Asimilasi Budaya. Kuala Lumpur: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, him. 88.

24 .

lbtd, him. 88-89.

15

(39)

Magik

Segala sistem aktiviti anggota masyarakat bagi mencapai suatu maksud menerusi kuasa yang wujud di alam serta seluruh kompleks anggapan yang wujud menyertainya.25

Mantera

Mantera adalah puisi klasik yang juga dikenali dengan puisi tradisi dan kadangkala disebut puisi lama.26 Haron menyatakan bahawa mantera mempunyai bentuk, isi dan roh tersendiri. "Roh" atau unsur magis merupakan teras mantera kerana setiap jenis puisi apabila diberikan roh akan menjadi mantera dan tidak dikatakan mantera jika sebaliknya. Kemudian, klasifikasi mantera dapat dilakukan melalui fungsinya; misalnya mantera pakaian diri sebagai pelindung, penggagah, pengasih, pemanis dan pembenci. Mantera dalam pekerjaan seperti yang berhubungan dengan bersawah, berburu, menangkap buaya, berniaga; mantera perbomohan untuk mengubati penyakit termasuklah main puteri, bagih, saba, ulit mayang; dan mantera dalam adat- istiadat seperti buka panggung, bersemah, Puja Pantai dan sebagainya.27

25 Koentjaraningrat, 1985. Ritus Peralihan di Indonesia. Jakarta: balai Pustaka, him. 224.

26 Haron Daud, 1986, "Mantera : Bandingan dengan Puisi Lain-Bentuk dan lsi". Dalam Dewan Sastera, Bil.4, Jli. 30, Mei, him. 37.

27 Ibid, him: 45.

16

(40)

Makhluk Halus

Makhluk halus adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, seperti syaitan, jin, hantu atau mambang dan jembalang.

Upacara Ritual

Upacara ritual adalah suatu upacara yang terhasil daripada tindakan atau keinginan untuk mencari hubungan dengan dunia ghaib. Maknanya, media untuk mempersatukan hasrat anggota masyarakat kepada suatu kepercayaan melalui berbagai-bagai prosedur dan tindakan-tindakan yang dilakukan secara simbolik seperti bentuk-bentuk tertentu daripada persembahan, pengorbanan dan larangan-larangan.28

Sistem Nilai Budaya

Sistem nilai budaya ialah susunan kompleks idea-idea dan gagasan manusia yang menjadi sumber inspirasi dan orientasi dalam menghadapi masalah kehidupan. Orientasi atau pandangan hidup ini memberi satu kejelasan yang kuat dan ia dianggap sebagai "sumber" daripada kelompok

-

masyarakat tertentu. Gagasan itu sating berkait di antara satu sama lain

28 Koentjaraningrat, 1984. Kamus lstilah Antropologi. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Depatemen Pendidikan dan Kebudayaan, him. 120.

17

(41)

dan menjadi suatu sistem yang berpola (habit of thinking). Sistem nilai budaya dalam kebudayaan berhubungan dan berkait rapat dengan lima masalah

pokok di dalam kehidupan manusia yang disebut sebagai orientasi nilai budaya anggota masyarakat. 29

Sistem Nilai Sosial

Sistem nilai sosial merupakan tindakan berpola (habit of doing) dari .. a~ggota masyarakat Melayu Pesisir Timur. Sistem sosial ini terdiri daripada pola aktiviti anggota masyarakat Melayu Pesisir Timur yang saling berintegrasi (berhubungan) serta bergaul antara satu sama lain dari masa ke masa, selalu membentuk dan mengikuti pola-pola tertentu yang kemudian lahir dalam bentuk adat-istiadat. Sistem sosial boleh diterokai, digambarkan dan diamati, tetapi tidak boleh disentuh. Maknanya ukuran atau pedoman yang dianut masyarakat dalam melakukan interaksi sesamanya disebut sebagai nilai sosial. Nilai-nilai sosial dipengaruhi oleh nilai-nilai budaya masyarakatnya. 30

29Soerjono Soekanto, 1985. Kamus Jstlah Sosiologi. Jakarta: Rajawali, him. 138.

30 Ibid, 140

18

(42)

Trance

Suatu keadaan mabuk non-alkoholik atau keadaan kehilangan kesedaran akibat konsentrasi psikhis penuh terhadap suatu objek yang dipercayai menjelajahi dunia roh dalam suatu ritual. 31

1. 6 RUANG LINGKUP KAJIAN

Dalam penyelidikan ini kajian akan ditumpukan kepada masyarakat Melayu Pesisir Timur Sumatera Utara dan upacara serta mantera ritual Puja Pantai, Tolak Bala, Mandi Bermiyak dan Tarian Lukah. Kawasan kajian meliputi kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Selat Melaka seperti Langkat, Deli, Serdang, Asahan, Kualuh, Billah, Panai dan Kotapinang. Dalam kajian ini juga turut menganalisis tentang makna dan kuasa simbolik konteks sosial dan fungsi mantera serta orientasi nilai budaya masyarakat Melayu Pesisir Timur. Selain daripada itu, kajian dari aspek bahasa, pengucapan dan bentuk mantera ritual juga turut dilakukan.

Bagi menganalisis mantera ritual diberi penekanan kepada unsur luaran.

Kajian dari aspek bahasa pengucapan dan bentuk mantera ritual pula dilakukan secara umum. Analisis unsur luaran mantera ritual meliputi aspek fungsi pembinaa kekuatan diri, solidariti, ketertiban dan perlindungan atau kawalan sosial serta fungsi untuk membina kesejahteraan anggota masyarakat.

· 31

Mercea Eliade. 197 4. Myth, Dreams, and Misteries, the Encounters Between Contemporary Faith and Archaic Reality. Paris: Librairie Gallimard, him, 5.

19

(43)

Kaedah yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data, pemerhatian, temuduga, soal selidik dan dokumentasi. . Kerangka teori anal isis adalah sosiologi sastera penekanan kepada fungsionalisme yang diasaskan oleh Durkheim dan kajian orientasi nilai budaya berasaskan kerangka kajian yang

pernah dikembangkan oleh Kluckhon.

1. 7 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Pada dasarnya bentuk penyelidikan yang dilaksanakan bersifat analisis deskriptif dan penerokaan awal yang dilihat merujuk kepada tujuan penyelidikan dan jenis data. Kaedah pemerhatian, temu bual dan dokumentasi digunakan dalam penyelidikan ini. Teknik perolehan data pula menggunakan kaedah pencatatan, rakaman dan soal selidik serta kepustakaan, sedangkan analisis sosiologi sastera digunakan dalam kerangka teori pendekatan fungsional dan analisis orientasi nilai-nilai budaya.

Pelaksanaan penyelidikan terdiri daripada beberapa tahap. Tahap pertama, membincangkan tentang keutuhan dan kaitan kedudukan sejarah;

sistem bahasa, kepercayaan dan agama masyarakat Melayu Pesisir Timur kepada takrif sebagai masyarakat, khususnya dengan kesusasteraan rakyat dan kosmologi masyarakatnya. Kedua, melaksanakan pemerhatian tentang perwujudan upacara ritual Puja Pantai, Mandi Berminyak, Tolak Bala dan ritual Tarian Lukah yang dilakukan di kawasan masyarakat Melayu Pesisir Timur.

Pada tahap ini dapat memahami bahawa wujudnya berbagai-bagai nama dalam setiap upacara ritual, kecuali ritual Mandi Berminyak. Ritual Puja Pantai

20

(44)

di kawasar1 ~abllllan Batu turut dikenali sebagai Kenduri Pasi, di kawasan Pulau Sembilan Langkat dikenali sebagai Jamuan Laut dan di kawasan Asahan dipanggil lstiadat Labuhan. Bagi upacara ritual Tolak Bala pula didapati wujud nama lain seperti istiadat Sedekah Bendungan. Manakala di kawasan Asahan dan Kualuh Labuhan Batu pula upacara ritual T arian Lukah dikenali sebagai istiadat Joget Dangkong dan Tarian Upih.

Pada tahap ketiga, merakam pelaksanaan upacara ritual Puja Pantai, Mandi Berminyak, Tolak Bala dan ritual Tarian Lukah. Upacara ritual bermula dengan majlis persiapan, menyediakan kelengkapan, semasa persembahan, penyelesaian dan doa serta makan bersama. Pengkaji turut mengenal pasti benda-benda yang digunakan sebagai kelengkapan upacara ritual tersebut.

T a hap ini difahami sebagai komponen dan unsur atau konteks so sial serta teks mantera yang membina upacara ritual. Komponen ritual tersebut termasuk pawang, tempat, waktu, peralatan dan khalayak, sedangkan unsur ritual wujudnya dalam bentuk persembahan, korban, jamuan makan, berpawai dan bunyian. Manakala diperolehi juga teks mantera persembahan dalam upacara berkenaan. Keempat, dibincangkan makna dan kuasa simbolik konteks sosial ritual.

Kemudian tahap kelima setiap teks mantera ritual dianalisis unsur dalaman dan luarannya. Walau bagaimanapun penekanan analisis kepada · unsur luaran mantera. Analisis unsur dalaman hanya melingkupi aspek bahasa, pengucapan dan bentuk. Analisis menyatakan unsur-unsur yang membina suasana seram, suci atau sakral, keramat dan adanya kuasa magik, Ia

21

(45)

membina gambaran atau imajan mengenai pemikiran dan membangkitkan kekuatan semangat penutur dan pendengar teks mantera ritual.

Analisis unsur luaran teks mantera ritual melingkupi aspek fungsi pembinaan pengetahuan diri, solidariti, moral, harmoni dan ketertiban, perlindungan, pertahanan dan pengekalan serta fungsi kesejahteraan masyarakat. Analisis ini dinyatakan sebagai wujud kehidupan sosial masyarakat Melayu Pesisir Timur. T a hap keenam diselenggarakan dalam bentuk soal selidik bagi membincangkan hubungan dan kesan upacara dan mantera ritual dengan orientasi nilai-nilai budaya anggota masyarakat dalam kehidupan. Kajian ini sebagai pernyataan kehidupan organik masyarakatnya.

1. 7. 1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data melibatkan kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik dan dokumentasi. Pelaksanaan temubual berkaitan dengan para pelaku dan khalayak dalam adat-istiadat upacara ritual, iaitu pawang dan ketua adat sebagai informan, manakala masyarakat tempatan yang lain disebut sebagai responden. Kemudian, material temubual dikemas kini dalam pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dan tidak berjadual serta berdasarkan garis-garis besar yang diperlukan.

Berkaitan dengan pelaksanaan dan tempat temubual, ia bersifat tidak terhad yakni sama ada di rumah ataupun di tempat-tempat yang formal. Walau bagaimanapun ia dilakukan berdasarkan kepada situasi atau keadaan yang selesa dan tanpa paksaan. Dalam setiap temubual yang dijalankan, meng-

22

(46)

gunakan tape recorder cassete, untuk merakam tanpa pengetahuan individu yang dijadikan responden dan informan. Teknik rakaman ini disebut sebagai "rakaman tidak langsung". Kemudian rakaman dengan video cassette juga dilakukan terhadap setiap aturcara pelaksanaan upacara ritual Puja Pantai, Mandi Berminyak, Tolak Bala dan ritual Tarian lukah menggunakan video cassete. Dalam hal ini, rakaman dijalankan ketika istiadat ritual dilak- sanakan sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang dikajL

Borang soal selidik yang diselenggarakan mengandungi 83 soalan dan disampaikan kepada 100 orang responden. Populasi kaji~n terdiri daripada anggota masyarakat Melayu Pesisir Timur di kawasan Sumatera Utara yang berbahasa dan dialek Melayu tempatan. Borang soal selidik dinyatakan dalam bentuk nombor berurutan, iaitu bermula dengan nombor satu hingga seratus.

Berdasarkan soal selidik dapat mengenal pasti keberkesanan upacara ritual Puja Pantai, Tolak Bala, Tarian Lukah, ritual Mandi Berminyak dan mantera serta hubungan kuasa mantera dengan orientasi nilai budaya masyarakat Melayu Pesisir Timur di Sumatera Utara. Keseluruhan soalan dikemaskinikan dalam tujuh bahagian, iaitu; i) latar belakang responden; ii) mantera dan upacara ritual; iii) persepsi mengenai hakikat kehidupan; iv) persepsi mengenai hakikat kerja; v) persepsi mengenai waktu; vi) persepsi mengenai alam; dan vii) persepsi mengenai hubungan manusia sesama manusia.

23

(47)

1. 7. 2 ANALISIS DATA " - - - - · - --

Analisis data dilakukan dengan dua kaedah yang saling menyokong, iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Analisis data kuantitatif diperolehi dari soal selidik menggunakan statistik diskriptif yang melibatkan kaedah kekerapan (frequency). Analisis data menggunakan kaedah SPSS.32

Data kualitatif yang diperolehi daripada temubual tidak langsung, rakaman, pemerhatian dan kepustakaan bagi analisis secara deskriptif

digun~kan sebagai .· maklumat tambahan untuk anal isis kuantitatif. Oleh itu, kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif dan mengaitkannya dengan reka bentuk penyelidikan kuantitatif. Kedua-dua bentuk ini digunakan kerana setiap reka bentuk penyelidikan dianggap mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan dalam reka bentuk penyelidikan kualitatif diharapkan dapat diatasi oleh reka bentuk penyelidikan kuantitatif.

1. 8 KERANGKA TEORITIKAL KAJIAN

Sahagian ini membincangkan kerangka konseptual teori pendekatan sosiologi menerusi kaedah fungsionalisme dan orientasi nilai budaya. Tumpuan pendekatan fungsionalisme adalah penekanan kepada kerangka fakta sosial atau nilai budaya, sedangkan orientasi nilai budaya merujuk kepada kerangka

32 Singgih Santoso, 2000. SPSS Versi 1.0. Jakarta: Gramedia, him.

21-28.

24

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Analisis awal mengenai keusahawanan di sekitar pesisir pantai Negeri Terengganu mendapati tiada kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara faktor peramal

Tingkah laku beragama merupakan satu bentuk kegilaan kerana manusia berada dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan upacara dan amalan ritual tersebut dan juga

Justeru, pengkajian terhadap aspek bahasa dalam pantun dan peribahasa sangat penting untuk mengetahui aspek pemikiran, nilai pendidikan, falsafah dan kebijaksanaan bangsa

Satu dari peraturan itu adalah Peraturan Daerah Kabupaten Agam Nombor 31 tahun 2001 tentang Pemerintahan Nagari untuk menaikkan taraf perempuan agar mempunyai hak yang sama

meliputi ritual, pantang-larang dan juga petua yang diamalkan oleh masyarakat Bajau.Walau bagaimanapun,kajian ini tidak menyentuh tentang mantera dan amalan dalam kecantikan

Tesis ini meninjau dan menghubungkaitkan ketiga-tiga elemen iaitu muzik, teks dan gerakan yang digunakan dalam upacara ritual Gong Tek oleh masyarakat Teo Chew

Canta ritual terlalu penting dalam adat enggeluh (peraturan kehidupan) Karo kerana mempunyai kelebihan sebagai alat komunikasi lisan yang tidak boleh diucapkan hanya

Dalam kedua-dua kes AP2A dan B, Surat Perakuan Nikah perlu ditandatangani oleh pengantin lelaki dan perempuan setelah ijab dan kabul (akad nikah) selesai. Dokumen