• Tiada Hasil Ditemukan

HIU 225 – PENDIDIKAN NILAI-NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HIU 225 – PENDIDIKAN NILAI-NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF ISLAM "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008

Oktober/November 2007

HIU 225 – PENDIDIKAN NILAI-NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF ISLAM

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja. DUA soalan dari bahagian A dan DUA soalan dari bahagian B.

…2/-

(2)

[HIU 225]

- 2 -

Bahagian A

1. Maksud hadith:

“Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya; dan jika dia tidak mampu maka dengan lisannya; dan jika dia tidak mampu maka dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”. [Riwayat Muslim]

Berdasarkan maksud hadith di atas, jawab soalan berikut:

[a] Huraikan dengan terperinci pandangan sarjana tentang kewajipan melaksanakan al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al- munkar .

[40 markah]

[b] Jelaskan LIMA proses dalam melaksanakan al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar berdasarkan pandangan al-Ghazali.

[25 markah]

[c] Huraikan DUA golongan yang wajib melaksanakan al-amr bi al- ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar .

[20 markah]

[d] Sebutkan pembahagian al-munkar menurut al-Ghazali.

[15 markah]

2. [a] Jelaskan TIGA faktor yang menjadi sebab timbulnya penyakit hasad dan DUA kaedah yang disarankan oleh al-Ghazali untuk merawat penyakit ini.

[50 markah]

[b] Pendidikan akhlak dalam Islam mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep al-din. Berdasarkan kenyataan ini, bagaimanakah konsep al-din dapat dijelaskan dalam konteks kerohanian?

[20 markah]

...3/-

(3)

[HIU 225]

- 3 -

[c] Jelaskan istilah-istilah di bawah:

[ i] al-Jihad

[10 markah]

[ ii] al-Nafs al-Mutma’innah

[10 markah]

[iii] al-Ruh

[10 markah]

3. [a] Huraikan Hedonisme dan kesannya kepada akhlak.

[50 markah]

[b] Huraikan konsep keadilan sosial menurut perspektif Islam.

[50 markah]

Bahagian B

4. Dalam kerohanian Islam, tazkiyat al-nafs memainkan peranan yang penting dalam pembinaan peribadi muslim.

[a] Jelaskan definisi dan skop kepada proses tazkiyat al-nafs.

[25 markah]

[b] Huraikan kepentingan-kepentingan proses tazkiyat al-nafs dengan sokongan dalil-dalil naqli.

[45 markah]

[c] Huraikan faktor-faktor penyelewengan akhlak dan cara-cara mengatasinya menurut Islam.

[30 markah]

5. Aqidah Tauhid yang tulen membantu kemantapan ibadah.

Berdasarkan pernyataan ini, huraikan perkara-perkara berikut:

[a] Hubungan antara akidah Tauhid dan kerohanian Islam.

[30 markah]

[b] Al-Qur’an dan al-Sunnah adalah sumber-sumber yang sahih bagi penghayatan nilai-nilai murni.

[30 markah]

...4/-

(4)

[HIU 225]

- 4 -

[c] Ibadah-ibadah khusus dalam Islam merupakan asas kekuatan pembinaan peribadi muslim.

[40 markah]

6. [a] Berdasarkan konsep ihsan dalam Islam, huraikan peranan dan kesannya terhadap kehidupan individu dan masyarakat.

[50 markah]

[b] Muhasabah adalah salah satu metode yang disarankan dalam Islam untuk menilai dan memperbaiki diri. Huraikan tentang konsep muhasabah al-nafs dalam Islam.

[50 markah]

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

[a] Nilai-nilai akhlak yang tumbuh dalam jiwa yang disinari cahaya tauhid clan penyakit-penyakit hati yang diakibatkan oleh serangan syirik..

Apakah yang dimaksudkan dengan ihsan dari segi bahasa dan istilah serta bincangkan peranan dan kesannya terhadap kehidupan bermasyarakat. [50

Muhasabah adalah salah satu metod yang disarankan di dalam ilmu kerohanian Islam untuk memperbaiki akhlak dan menilai diri. Bincangkan muhasabah dari

Bagaimanakah penyatuan (integrasi) setiap konsep tujuan/nilai Pergerakan Kreatif ini dapat membentuk kanak-kanak dan remaja yang harmonis dan berjiwa murni. Berikan

Islam menganjurkan mujahadah al-nafs dan muhasabah al-nafs untuk mendidik serta mengawal nafsu yang sering mendorong seseorang kepada melakukan perkara-perkara yang

“Telah berlaku kerosakan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari apa yang telah

[b] Huraikan dengan terperinci kaedah-kaedah yang disarankan oleh Islam untuk merawat penyakit ghadab dan sebutkan jenis- jenis ghadab yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada

[a] Bincangkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan penyelewengan akhlak dan cara-cara mengatasinya menurut pandangan Islam.