• Tiada Hasil Ditemukan

DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "DI MALAYSIA"

Copied!
418
0
0

Tekspenuh

(1)

PENGURUSAN

DI MALAYSIA

Pemerkasaan dan Pengukuhan Tadbir Urus Institusi

Penyunting:

Hairunnizam Wahid

Mohd Ali Mohd Noor

(2)

Pengurusan Zakat di Malaysia:

Pemerkasaan dan Pengukuhan Tadbir

Urus Institusi

(3)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab &

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim. 2017. Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu pendekatan analisis gelagat. Bangi: EKONIS-UKM.

ISBN 978-983-3198-98-6

Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor. 2018. Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari. Bangi: EKONIS-UKM. ISBN 978-983-3198-99-3

Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor. 2019. Pengurusan Zakat di Malaysia: Pemerkasaan dan Pengukuhan Tadbir Urus Institusi.

Bangi: EKONIS-UKM. ISBN 978-983-99223-7-0

(4)

Pengurusan Zakat di Malaysia:

Pemerkasaan dan Pengukuhan Tadbir Urus Institusi

Penyunting:

Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI • 2019

http://www.ukm.my/fep Cetakan Pertama, 2019

(5)

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan

sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA http://www.ukm.my/ekonis e-mel:ekonis@ukm.edu.my

Dengan Kerjasama Unit Zakat UKM Pejabat Unit Zakat UKM Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA

e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia oleh

UKM CETAK UKM Holdings Sdn. Bhd.

Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hairunnizam Wahid

Pengurusan Zakat Di Malaysia: Pemerkasaan dan Pengukuhan Tadbir Urus Institusi/ Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor,

1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.

Judul

ISBN 978-983-99223-7-0

(6)

Kandungan

Kandungan …3 Sekapur Sirih…6 Prakata …7 Senarai Penulis…8

BAHAGIAN SATU Isu-Isu Agihan Zakat

Bab 1 Pelaporan Kewangan Institusi Zakat Di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah

Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan, Azlina Ahmad Azizah Mohd Harun & Ainol Basirah Abdul Wahab...11

Bab 2 Kecekapan Pengurusan Kutipan dan Agihan Zakat: Kajian di Pusat Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Hanani Kadimon, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid …27 Bab 3 Faktor Mempengaruhi Tahap Kepuasan Agihan Zakat oleh Institusi Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia Nadzirah Samsuddin, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor...45 Bab 4 Persepsi Pelajar Terhadap Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Universiti Sains Islam Malaysia

Nadiah Hanim Mokhtarudin, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor ..67 Bab 5 Tahap Kefahaman Akidah dalam Kalangan Mualaf dan Peranan Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Mualaf Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Saleha Anuar & Hairunnizam Wahid …85

Bab 6 Peranan PERKIM Bahagian Negeri Selangor dalam Pembangunan dan Pendidikan Mualaf: Satu Tinjauan

Muhammad Qawiem Abdul Baki & Hairunnizam Wahid…109

Bab 7 Persepsi Asnaf Mualaf terhadap Institusi Zakat Pulau Pinang: Kajian di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang

Nurul Amira Mohd Fadzli & Hairunnizam Wahid... 125

Bab 8 Model Agihan Zakat secara tidak Langsung dalam Institusi Pendidikan:

Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Mohd Nasaruddin Shah Abdullah,, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …139

(7)

Bab 9 Keberkesanan Program Pembasmian Kemiskinan Golongan B40 Menggunakan Dana Kerajaan dan Dana Zakat Di Malaysia

Suhaidi Amin, Mohd Ali Mohd Noor& Hairunnizam Wahid …161

Bab 10 Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Sharifah Shakinah Syed Hamid & Hairunnizam Wahid...189

Bab 11 Persepsi Masyarakat terhadap Proses Permohonan Zakat di Institusi Zakat: Kajian terhadap Penduduk Flat Kos Rendah di Kuala Lumpur

Muhammad Adib Mohd Zaki, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid &

Muhammad Syafiq Sham …209

BAHAGIAN KEDUA Isu-Isu Kutipan Zakat

Bab 12 Bayaran Zakat Fitrah mengikut Harga Beras yang dimakan dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Lembaga Zakat Selangor Cawangan Kajang, Selangor

Mohd Shairazi Akmal Mohd Razali & Hairunnizam Wahid …225

Bab 13 Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras yang dimakan dan Peranan Amil Kariah: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor

Sayidah Nafisah Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid …243

Bab 14 Pembayaran Zakat Fitrah dan Galakan Bayaran Mengikut Harga Beras yang dimakan: Kajian di Daerah Perak Tengah, Perak

Muhammad Zaidul Asyraf & Hairunnizam Wahid ... 269

Bab 15 Cadangan Penyetaraan Ukuran Nisab Zakat Emas Perhiasan di Malaysia

Muhammad Norshah Rosle, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid

…299

Bab 16 Persepsi Masyarakat Wanita terhadap Fatwa Pembayaran Zakat Emas:

Satu Kajian di Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan Nurizni Sabrina Sapiee & Hairunnizam Wahid …313

Bab 17 Persepsi Masyarakat Terhadap Sistem Blockchain sebagai Alternatif dalam Urusan di Institusi Zakat: Kajian di Seremban, Negeri Sembilan

Mardiyah Syafiqah Sabarudin & & Hairunnizam Wahid …339

Bab 18 Persepsi Masyarakat terhadap Sistem Pembayaran Zakat atas Talian dalam Pembayaran Zakat: Kajian di Pusat Zakat Negeri Sembilan

Nurul Alyaa Izzati Abdul Khalid, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor

…355

(8)

Bab 19 Persepsi Peniaga terhadap Perniagaan atas Talian dan Perbezaan Sistem Cukai dengan Zakat: Kajian Terhadap Peniaga Kecil di Kajang Selangor

Mohamad Hafhiz Abdul Aziz & Hairunnizam Wahid …379

Bab 20 Pembayaran Zakat Simpanan dan Aplikasi Konsep Wakalah di Bank Islam Malaysia Berhad

Norazira Sharif & Hairunnizam Wahid …393

Bab 21 Kefahaman terhadap Zakat Pendapatan dan Cukai Pendapatan: Satu Kajian Melibatkan Kakitangan Awam di Putrajaya

Muhammad Ridwan Darnisal, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor

…407

(9)

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan rahmat- Nya.

Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif untuk membantu memperkasakan dan memperkukuhkan tadbir urus Institusi Zakat di Selangor khususnya dan Institusi Zakat di Malaysia amnya. Antara program utama Unit Zakat UKM adalah mengadakan dan menyuburkan budaya berseminar, berwacana serta penyelidikan ilmiah di peringkat universiti bagi menambahkan lagi kajian zakat secara ilmiah serta memperkasakan tadbir urus institusi. Sejarah kegemilangan Islam yang lampau adalah jelas menunjukkan apabila tadbir urus zakat dilakukan secara telus dan amanah, ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah sosial dalam negara di samping mempamerkan kehebatan sistem fiskal Islam itu sendiri.

Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan ilmuan sepatutnya tidak berakhir di persidangan dan meja bulat sahaja. Usaha, tindakan dan kerjasama yang serius daripada semua pihak perlu digarap untuk meningkatkan lagi kecekapan pengurusan zakat di Malaysia. Justeru, Unit Zakat UKM dengan kerja sama pensyarah dan pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM telah berusaha menerbitkan sebuah buku yang sangat relevan dengan persoalan pengurusan institusi zakat di seluruh negara. Buku yang bertajuk “Pengurusan Zakat di Malaysia: Pemerkasaan dan Pengukuhan Tadbir Urus Institusi” diterbitkan sangat tepat dan bersesuaian dengan keperluan masa kini.

Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua penyumbang makalah dalam buku ini. Kolaborasi di antara Unit Zakat UKM dan FEP UKM dalam menerbitkan buku ini adalah satu usaha yang sangat murni dan perlu diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha ini memberikan kebaikan dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Salam Hormat

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim Unit Zakat UKM

(10)

Prakata

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Institusi zakat negara perlu berdiri kukuh bagi meyakinkan masyarakat terhadap kredibiliti institusi menguruskan dana zakat walau pun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan daripada aspek politik, ekonomi dan sosial. Justeru, hanya melalui pengurusan zakat yang baik, efisien dan telus mampu mengekalkan keyakinan ini demi amanah besar yang dipikul oleh institusi zakat. Alhamdulillah, pengurusan institusi zakat di Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang baik saban tahun selaras dengan dasar kerajaan meningkatkan lagi kecekapan tadbir urus negara.

Hasil gabungan mantap Unit Zakat UKM dan FEP UKM, buku bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan cabaran kotemporari telah berjaya diterbitkan pada tahun 2018. Kesinambungan itu, satu lagi buku zakat bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Pemerkasaan dan Pengukuhan Tadbir Urus Institusi juga telah berjaya diterbitkan pada tahun ini hasil sumbangan para pelajar dan pensyarah di FEP UKM.

Buku ini umumnya memfokuskan kepada isu dan cabaran tadbir urus dalam pengurusan zakat di samping mencadangkan resolusi penambah baikan dan implikasi dasar. Isu-isu menarik mengenai berkaitan urus tadbir seperti pelaporan kewangan dana zakat, kecekapan kutipan dan agihan, prestasi dan keberkesanan program agihan turut mendapat perhatian utama dalam buku ini.

Sekalung tahniah dan terima kasih kami kepada semua penyumbang makalah sehingga buku ini berjaya diterbitkan khusus kepada penyumbang utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga kepada beberapa pihak di institusi zakat negeri yang telah membantu para pelajar mengumpulkan data, memberi khidmat nasihat dan menyantuni dengan mesra pelajar yang membuat penyelidikan. Bantuan dan sokongan ini, mudah-mudahan akan dapat menjadikan pelajar tersebut lebih proaktif, inovatif dan berdaya maju di masa hadapan. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak yang telah menyumbang geran kepada penyelidikan dalam buku ini seperti Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Kod Projek: EP-2017-027) dan (Kod Projek: EP-2018-005) serta CRIM UKM (Kod Projek: GGP-2014-008)

Akhir kata, besar harapan kami agar buku ini menjadi sebahagian rujukan dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan sama ada kepada institusi zakat, pembuat dasar, kumpulan pelaksana, NGO, universiti dan masyarakat. Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas sebarang kekurangan dan kelemahan dalam buku ini.

Sekian, terima kasih.

Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor

Pusat Pembangunan Inklusif & Lestari (SID), Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

(11)

Senarai Penulis

Ainol Basirah Abdul Wahab. Pensyarah, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Azizah Mohd Harun, Pensyarah, Pusat Pembangunan Inklusif & Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Azlina Ahmad, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif & Lestari,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mardiyah Syafiqah Sabarudin, Pelajar Sarjanamuda Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohamad Hafhiz Abdul Aziz, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Nasaruddin Shah Abdullah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Fairuz Md Salleh, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif

& Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Shairazi Akmal Mohd Razali, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Adib Mohd Zaki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Norshah Rosle, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Qawiem Abdul Baki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Ridwan Darnisal, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Syafiq Sham. Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Zaidul Asyraf, Pelajar Sarjanamuda Ekonomi, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nadiah Hanim Mokhtarudin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nadzirah Samsuddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Norazira Sharif, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

(12)

Norida Basnan, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Saleha Anuar, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurul Alyaa Izzati Abdul Khalid, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurizni Sabrina Sapiee, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurul Amira Mohd Fadzli, Pelajar Sarjanamuda Ekonomi, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sayidah Nafisah Abdul Rahman, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sharifah Shakinah Syed Hamid, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Suhaidi Amin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

(13)

Isu-Isu Agihan Zakat

(14)

Bab 1

Pelaporan Kewangan Institusi Zakat Di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah

Hairunnizam Wahid Mohd Fairuz Md Salleh

Norida Basnan Azlina Ahmad Azizah Mohd Harun Ainol Basirah Abdul Wahab

Pengenalan

Pengurusan dana zakat oleh institusi yang diberi amanah merupakan faktor yang penting dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam khususnya dan negara secara amnya. Dalam konteks Malaysia, pentadbiran harta umat Islam termasuk hasil berkaitan agama Islam seperti zakat, wakaf dan baitulmal diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan dan pentadbiran tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta agensi yang diberi mandat oleh MAIN seperti institusi zakat, wakaf dan baitulmal. Pengasingan pengurusan wang berkaitan agama Islam termasuk zakat yang tidak diiktiraf sebagai wang awam adalah jelas seperti yang termaktub dalam Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957. Perundangan ini digubal bertujuan untuk memastikan kutipan zakat secara khususnya dapat diagihkan dengan sempurna dengan mematuhi tuntutan syarak oleh institusi zakat seperti MAIN atau agensi yang diberi kuasa oleh MAIN yang berperanan sebagai ulul amri. Malah sebenarnya institusi MAIN merupakan entiti perundangan (syakhsiyyah 'iktibariyyah) yang mempunyai hak ke atas pengurusan dan pemegang amanah harta awam umat Islam menurut maslahat (Wahbah al-Zuhaili, 2005) yang berkaitan pengurusan harta baitulmal, wakaf dan zakat. Institusi MAIN sebagai institusi ulul amri yang diberi amanah menguruskan dana zakat memainkan peranan yang penting bagi memenuhi dan memelihara kepentingan umat Islam dan juga masyarakat awam amnya.

Seiring dengan perkembangan ekonomi dan kewangan umat Islam, serta pemodenan tadbir urus MAIN, pengurusan zakat pada masa kini dilihat lebih kompleks dan memerlukan kepada sistem pengurusan yang cekap dan berkesan bagi menjamin kelestarian sosioekonomi umat Islam.

(15)

Namun terdapat beberapa kajian lepas yang menunjukkan aspek pengagihan zakat masih perlu diberi tumpuan terutamanya berkaitan dengan agihan zakat.

Contohnya dalam aspek maklumat agihan zakat, kajian mendapati 32 peratus responden yang dikaji berpendapat maklumat agihan zakat tidak menyeluruh (Hairunnizam et. al, 2009). Antara cadangan yang dikemukakan daripada kajian tersebut ialah pengurusan zakat pada masa kini perlu memahami konsep pengurusan sesebuah institusi termasuklah aspek merancang, mengorganisasi, menyelaras dan membuat keputusan. Justeru, pengurusan zakat perlulah dilakukan secara profesional agar ia dapat meningkatkan imej institusi zakat itu sendiri, dapat meningkatkan keyakinan pembayar zakat dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej dakwah kepada mereka yang masih belum lagi menunaikan zakat harta. Kajian ini berpandangan dalam mengurus sesebuah organisasi secara cekap dan efisien, maklumat berkaitan zakat yang amat penting dan salah satunya adalah maklumat pelaporan kewangan zakat yang akan memudahkan pihak institusi zakat untuk menyelaras dan mengagihkan zakat kepada asnaf bukan sahaja kepada asnaf semasa, malah kepada asnaf di masa akan datang disamping dapat meningkatkan tahap keyakinan pemegang taruh yang berkepentingan dengan segala urusan zakat. Dalam aspek perbincangan berkenaan asnaf zakat, kajian ini mendapati jumlah asnaf zakat sentiasa meningkat dari tahun ke tahun disebabkan banyak faktor antaranya kadar had kifayah yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun disebabkan peningkatan kos sara hidup, faktor ketidaktentuan ekonomi negara, takrifan asnaf yang semakin luas dan dinamik dan sebagainya memungkinkan jumlah asnaf di masa akan datang akan terus meningkat. Justeru tuntutan kepada satu penyata kewangan zakat yang sistematik dan komprehensif amat diperlukan untuk merancang kewangan zakat semasa dan di masa akan datang untuk memastikan tiada asnaf zakat ‘tercicir’ daripada jangkauan institusi zakat.

Secara spesifiknya, tatacara perakaunan dan pelaporan hasil yang sistematik dan telus amat diperlukan bagi membolehkan institusi MAIN menzahirkan akauntabilitinya kepada pihak berkepentingan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Terdapat beberapa kajian terdahulu yang telah mengkaji amalan pelaporan oleh beberapa institusi zakat di Malaysia (Htay &

Salman, 2014; Sapingi et. al, 2016, Hairunnizam et. al, 2017; dan Norfaiezah et. al, 2017). Kesemua kajian ini berpendapat satu pendedahan maklumat kutipan dan pengagihan zakat yang lengkap dan telus adalah perlu untuk mengurangkan tahap ketidakpuasan hati dalam kalangan pembayar zakat terhadap pendedahan pelaporan dan maklumat kewangan dan bukan kewangan oleh institusi zakat. Terdapat juga beberapa kajian semasa yang mencadangkan pelaporan yang berasaskan doktrin syariah seperti pendedahan penyata kewangan yang memenuhi maqasid syariah daripada sudut pendedahan yang bersifat doruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah (Mohd Fairuz et al, 2016) dan pendedahan agihan zakat daripada sudut fiqh agihan iaitu mengikut keutamaan berdasarkan mazhab Imam Syafie (Hairunnizam et. al, 2017). Namun kajian yang mencadangkan aspek pendedahan dalam konteks penyata kewangan yang patuh syariah amat kurang. Satu cadangan ke arah membuat pelaporan yang komprehensif yang menggabungkan aspek doktrin fiqh zakat serta aspek sains

(16)

pengurusan zakat amat diperlukan untuk memastikan pelaporan kewangan oleh institusi MAIN adalah menyeluruh dan seimbang. Walau bagaimanapun satu persoalan utama yang belum dikaji secara mendalam adalah sejauhmana pengiktirafan aset zakat serta kutipan dan agihan zakat yang dilaporkan di dalam penyata kewangan zakat oleh MAIN memenuhi syariat Islam. Cetusan isu kajian ini adalah rentetan daripada kajian lain yang mengupas isu ini daripada sudut pengiktirafan aset menggunakan dana zakat dimana kajian tersebut mendapati amalan semasa institusi MAIN didapati tidak mengiktiraf dan mendedahkan aset yang dibiayai daripada dana zakat dalam penyata kewangan tahunan dan hanya merekodkan di bahagian daftar aset sahaja (Hairunnizam et al, 2018). Malah kajian tersebut telah mencadangkan agar aset yang dibiayai oleh dana zakat perlu diiktiraf, diukur dan didedahkan dalam penyata kewangan MAIN sebagai aset amanah yang pemilikkannya daripada sudut fiqh adalah tidak sempurna. Bagaimana pula elemen perakaunan yang lain seperti hasil, belanja, liabiliti dan sebagainya dilaporkan dalam penyata kewangan MAIN dan adalah pendedahan tersebut selari dengan kehendak syarak dan piawaian perakauan semasa yang telah diamalkan dalam negara.

Justeru kajian ini akan membincangkan asas perbahasan ke arah mencadangkan satu kerangka kerja syariah pelaporan kewangan institusi zakat oleh MAIN serta implikasinya terhadap pengurusan agihan zakat semasa.

Asas Perbahasan Kerangka Kerja Konseptual Perakaunan Islam Bahagian ini akan membincangkan beberapa dalil daripada sumber al-Quran dan as-Sunnah yang berkaitan dengan agihan zakat sebagai asas dalam membina satu kerangka kerja konseptual perakaunan Islam. Seperti yang dijelaskan sebelumnya, dalil serta nas yang dikaji adalah berkaitan dengan dua asas perbincangan utama iaitu (1) Isu pemilikan (tamlik) sama ada ain atau manfaat aset; (2) Isu kaedah dan bentuk agihan iaitu konsumtif dan produktif.

Kajian ini akan dimulakan dengan mengemukakan satu dalil naqli yang diambil daripada al-Quran yang khusus berkaitan konsep agihan zakat.

Al-Quran telah memberi penerangan yang jelas tentang pengagihan zakat berbanding dengan masalah menentukan sumber zakat berdasarkan ayat 60 Surah at-Taubah yang memperincikan arahan pengagihan zakat. Ini jelas menunjukkan pengagihan zakat merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang besar dipikul oleh institusi MAIN terutamanya dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat (Qardawi, 2000 dan Mahmood Zuhdi, 2003). Dalam surah at-Taubah ayat 60, Allah SWT telah menjelaskan kelompok-kelompok yang berhak menerima zakat iaitu melalui firmanNya yang bermaksud,

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir

(17)

(yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Tafsiran ayat tersebut jelas menunjukkan terdapat lapan golongan manusia yang berhak menerima zakat. Lapan golongan tersebut ialah al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang memiliki hutang), fi- sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir yang sedang dalam perjalanan). Ayat al-Quran tersebut juga menunjukkan pengagihan zakat amat penting memandangkan penegasan dan penjelasan yang nyata dalam pengagihan zakat. Institusi zakat atau Baitul Mal yang diwujudkan oleh kerajaan mempunyai kuasa untuk mengutip dan mengagihkan zakat.

Majoriti para fuqaha’ berpendapat pembayaran zakat perlu dilakukan kepada institusi MAIN sebagai syaksiyyah iktibariyyah kerana beberapa alasan termasuklah peranan institusi MAIN yang mampu dan berupaya mengagihkan zakat dengan lebih berkesan kepada asnaf zakat seperti dinyatakan dalam al- Quran.

Kajian ini merujuk kepada laporan Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 2, 2017 (Zon 1) yang telah mencadangkan satu kerangka syariah daripada aspek pengiktirafan, pengukuran dan pelaporan berkenaan aset di institusi MAIN kerana kerangka kerja syariah yang berkaitan dengan perakaunan aset amat berkait dengan cadangan pembinaan kerangka syariah yang berkaitan dengan elemen perakaunan yang lain seperti aset, hasil dan belanja serta liabiliti dan ekuti. Perbincangan dalam laporan tersebut telah merumuskan bahawa terdapat dua kategori aset di institusi MAIN iaitu; (1) aset baitulmal yang mana aset tersebut merupakan harta milik sempurna dan institusi MAIN mempunyai kuasa sepenuhnya dalam menguruskan aset tersebut (tasarruf); dan (2) aset yang dibiayai oleh dana zakat telah diletakhakkan kepada institusi MAIN untuk menguruskan aset tersebut yang mana pengurusan aset tersebut merupakan satu amanah daripada pihak berkepentingan untuk dimanfaatkan oleh mereka yang mempunyai hak atas aset tersebut dan pemilikan serta kawalan terhadap aset tersebut adalah pemilikan yang tidak sempurna oleh institusi MAIN. Merujuk kepada Jadual 1, laporan tersebut juga mendapati hampir kesemua negeri-negeri di zon yang dikaji mempunyai aset yang dijana daripada dana baitulmal yang dikategorikan kepada aset bukan amanah serta aset yang dijana daripada dana zakat yang kategorikan kepada aset berbentuk amanah.

(18)

Jadual 1: Pembahagian aset mengikut kumpulan wang di beberapa Institusi MAIN tahun 2015

Aset1 Selangor Negeri Sembilan

Melaka Johor Sabah

K W W

K W Z

K W B

K W W

K W Z

K W B

K W W

K W Z

K W B

K W W

K W Z

K W B

K W W

K W Z

K W B Hartanah,

Loji &

Peralatan o Tanah o Bangun

an o HLP

lain

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

Nota: 1 berdasarkan penyata kewangan MAIN tahun 2015

KWW: kumpulan wang wakaf; KWZ: kumpulan wang zakat; KWB; kumpulan wang baitulmal

Sumber: Laporan Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 2, 2017

Berdasarkan Jadual 1, laporan tersebut mendapati hampir kesemua negeri di dalam zon yang dikaji telah merekod dan mengakaunkan aset baitulmal dalam penyata kewangan. Namun begitu, hanya ada dua negeri sahaja iaitu negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang telah merekod aset wakaf dalam bentuk tanah manakala tiga negeri yang merekodkan aset wakaf dalam bentuk bangunan masing-masing ialah negeri Selangor, Melaka dan Johor. Namun bagi aset yang berkaitan dengan dana zakat untuk aset tanah dan bangunan, hampir kesemua negeri yang dikaji tidak merekodkan dan mengakaunkan dalam penyata kewangan. Namun begitu sebenarnya aset ini wujud di negeri yang dikaji berdasarkan temubual yang telah dijalankan dengan para akauntan MAIN. Amalan institusi MAIN hanya merekodkan sahaja aset tersebut di dalam buku atau file daftar aset sahaja. Laporan tersebut juga mendapati, mengikut amalan semasa, kesemua aset ini tidak diiktiraf tetapi hanya direkodkan dalam ‘daftar aset’ disebabkan oleh pihak akauntan akan merekodkan aset tersebut berdasarkan amalan terbaik yang mereka ada dalam merekod aset institusi MAIN. Selain daripada itu, fatwa berkaitan juga tidak didedahkan sedangkan maklumat tersebut adalah penting bagi membantu pihak berkepentingan memahami asas kepada tindakan institusi MAIN.

Rentetan daripada pengkelasan aset amanah dan aset bukan amanah yang dijelaskan sebelum ini, maka ia akan memberi satu implikasi yang hampir sama terhadap elemen hasil dan belanja serta liabiliti dan ekuiti yang juga berbentuk bukan amanah dan amanah kerana segala transaksi tersebut akan berkait dengan kategori aset institusi MAIN yang juga berbentuk aset bukan amanah dan aset amanah. Kajian ini mendapati asas utama perbahasan syariah berkaitan hasil dan belanja serta liabiliti dan ekuiti dalam laporan ini

(19)

sebenarnya telah dicetuskan oleh dua isu fiqh yang utama iaitu; (1) perbincangan berkaitan konsep pemilikan (tamlik) ain dan manfaat yang berkait dengan agihan dana zakat kepada penerima manfaat yang ditentukan oleh syarak. (2) kaedah dan bentuk agihan dana zakat kepada penerima manfaat sama ada dalam bentuk konsumtif atau bentuk produktif (Al-Kasani, 1986; Al-Nawawi, 1996; Qardawi, 2000; Sulaiman al-Ashqar et.al, 2004; Al- Ghufayli, 2008; Suhaili & Nor’Azzah, 2009; Muhammad Syukri, 2014; Nurul Ilyana & Zahri, 2018; Ahmad Husni & Muhammad Furqan, 2018)

Berdasarkan perbincangan di dalam laporan Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 2, 2017 (Zon 1), institusi MAIN mempunyai kuasa mengurus secara sempurna dan spara terhadap aset fizikal yang dibiayai oleh dana MAIN mengikut enakmen sebagai pemegang amanah tunggal di negeri berkenaan.

Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, merujuk kepada cadangan kerangka syariah untuk aset dalam laporan fasa kedua, secara umumnya menyimpulkan bahawa aset baitulmal merupakan aset pemilikan sempurna dan mempunyai kuasa kawalan yang sepenuhnya terhadap ain dan manfaat aset. Justeru, segala hasil yang diperoleh daripada aset yang dibiayai oleh dana baitulmal sudah pastilah dimiliki sepenuhnya oleh institusi MAIN. Manakala dalam aspek belanja pula, segala hasil yang diperoleh seperti yang dijelaskan tadi adalah diharuskan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan terhadap aset tersebut dan patuh syariah. Justeru pengiktirafan, pengukuran dan pendedahan yang berkait dengan dana baitulmal adalah seperti institusi lazim yang mempunyai pemilikan, kawalan dan kuasa pengurusan (tasarruf) sepenuhnya terhadap dana tersebut. Namun begitu, pandangan syarak terhadap agihan zakat dalam bentuk aset dan hasil atau faedah dan manfaat daripada aset tersebut serta perbelanjaan yang berkaitan dengan pengurusan aset zakat adalah berbeza. Ini kerana dalam laporan tersebut, ia merupakan pemilikan yang tidak sempurna dimana manfaat daripada kedua-dua aset yang dibiayai oleh dana zakat adalah dimiliki oleh penerima manfaat yang telah ditentukan. Oleh itu, hasil dan manfaat yang dijana daripada aset zakat perlu dikembalikan kepada kumpulan wang zakat dan manfaatnya adalah tertumpu kepada penerima manfaat yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan nas al-Quran dan As-Sunnah. Manakala perbelanjaan pengurusan terhadap aset zakat adalah diharuskan untuk diambil sebahagian daripada hasil penjanaan aset tersebut untuk tujuan penjagaan ain aset agar ia dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dan manfaat aset tersebut berkekalan serta cakupan manfaat tersebut dapat diluaskan kepada pelbagai penerima manfaat yang ramai.

Asas perbahasan aspek syariah kedua ialah bentuk agihan zakat dalam bentuk konsumtif dan produktif. Ini kerana agihan berbentuk konsumtif adalah bentuk agihan yang lazim diamalkan oleh institusi MAIN dalam agihan zakat yang mana barang yang diagihkan adalah berbentuk pakai habis dan sekiranya dalam bentuk wang, ia juga akan dibelanjakan habis. Kaedah ini lebih kepada memenuhi keperluan asas penerima manfaat untuk teruskan kehidupan (kecukupan untuk hidup). Manakala bentuk kaedah kedua adalah berbentuk produktif yang melibatkan agihan berbentuk penggunaan dan perkongsian

(20)

manfaat secara ramai dan berpanjangan dan biasanya dalam bentuk aset dan barang modal atau manfaat secara khusus kepada individu asnaf tertentu.

Kaedah ini antara lainnya adalah bertujuan untuk mengubah sikap asnaf menjadi berdikari menjana pendapatan sendiri dan institusi zakat juga dapat menjana hasil pendapatan daripada aset tersebut untuk diagihkan kepada asnaf dalam jangka masa panjang. Implikasi daripada kedua-dua bentuk agihan ini akan melahirkan perbincangan yang menjurus kepada elemen hasil dan belanja yang berkait dengan liabiliti dan ekuiti.

Implikasi Perbahasan Fuqaha’ Agihan Zakat Terhadap Kerangka Kerja Konseptual untuk Aset, Hasil, Belanja, Liabiliti dan Ekuiti Beberapa implikasi penting perakaunan daripada perspektif syariah1 dapat dibahaskan seperti berikut:

1. Aset zakat adalah aset berbentuk amanah yang perlu mematuhi keperluan syariah dan enakmen MAIN. Justeru segala manfaat yang berkait hasil serta belanja pengurusan yang berkaitan dengan aset tersebut juga adalah berbentuk amanah. Daripada sudut perbincangan ilmu perakaunan, konsep amanah pula dibahagikan kepada dua bentuk layanan perakaunan iaitu; (1) liabiliti; (2) ekuiti terhad.

2. Isu agihan zakat dan pemilikan (tamlik) aset dan manfaat zakat. Ini bersandarkan kepada Al-Quran Surah At-Taubah (9:60) yang dinyatakan sebelum ini iaitu kepada lapan golongan tersebut dengan huruf laam at-tamlik iaitu huruf Laam yang diguna pakai untuk menyatakan pemilikan dan menghubungkan antara asnaf tersebut dengan wawu at-tasyriik iaitu huruf waw (huruf ataf) yang bererti “dan” yang menunjukkan masing-masing mempunyai hak yang sama bersandarkan kepada pendapat para ulama Syafi’iyyah (Wahbah az-Zuhaili, 2011). Oleh itu, semua bentuk zakat merupakan milik semua golongan dengan hak yang sama (Mohamad Uda, 2005) dan para ulama telah membincangkan isu ini dengan lebih mendalam daripada sudut bentuk agihan zakat. Contohnya menurut Qardawi (2000) yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat dua cara agihan zakat, iaitu (1) memberikan bantuan kepada asnaf dengan sejenis bantuan yang dapat menghapuskan sebab kemelaratan dan kesempitan hidup mereka. Cara ini dinamakan sebagai ‘pemberian kecukupan umur’. (2) memberikan bantuan kepada asnaf untuk membiayai mereka sepanjang tahun dalam erti kata lain memberikan bantuan tahunan. Cara ini dinamakan “pemberian kecukupan sara diri”. Dalam melaksanakan cara pengagihan pemberian kecukupan umur ini, Qardawi (2000) telah menjelaskan bahawa adalah harus institusi zakat membangunkan kilang-kilang, premis- premis kediaman, kompleks-kompleks perniagaan dan pelbagai lagi harta aqar dengan menggunakan harta-harta zakat. Manfaat dan faedah daripada harta- harta aqar tersebut dapat menjana pendapatan bagi memenuhi kecukupan mereka dengan sempurna.

1 Perbahasan fuqaha’ berkenaan isu tamlik zakat kepada asnaf.

(21)

Namun pandangan pengkaji semasa telah membahagikan bentuk dan kaedah bantuan zakat kepada dua bentuk iaitu; (1) bantuan berbentuk konsumtif; (2) bantuan berbentuk produktif. Kajian oleh Suhaili dan Nor’Azzah (2009) serta kajian oleh Muhammad Anwar (1995) secara khususnya telah membincangkan cadangan kaedah yang boleh mengubah nasib asnaf menjadi pembayar zakat melalui kaedah agihan zakat berbentuk produktif seperti mengadakan program latihan dan pembangunan modal insan asnaf serta mencadangkan pemberian suatu bentuk pinjaman sama ada menggunakan kontrak qardul hassan dan sebagainya. Namun isu pemilikan (tamlik) tetap menjadi isu utama berdasarkan perbincangan surah Al-Taubah ayat 60 yang telah dijelaskan sebelum ini.

Rumusannya beberapa pandangan mencadangkan agar agihan zakat berbentuk konsumtif adalah kepada empat asnaf yang utama dalam surah Al-Taubah ayat 60 iaitu asnaf fakir, miskin, amil dan hamba manakala agihan zakat berbentuk produktif adalah kepada empat asnaf yang seterusnya. Walau bagaimanapun terdapat juga pandangan yang tidak menghadkan bentuk agihan konsumptif dan produktif kepada kumpulan asnaf tertentu.

3. Isu manfaat dan faedah daripada agihan zakat. Merujuk kepada bentuk agihan zakat (1) komsumtif dan (2) produktif, maka kajian ini berpandangan konsep pemilikan (tamlik) berdasarkan surah At-Taubah ayat 60 dan pandangan Qardawi (2000) yang membezakan huruf li-tamlik yang menunjukkan pemilikan sempurna asnaf empat yang pertama dan huruf fi yang menunjukkan pemilikan secara spara. Implikasinya (1) segala terimaan dan kutipan zakat yang dikutip daripada masyarakat Islam dan diagihkan secara langsung kepada empat asnaf yang pertama atau kepada asnaf yang lain dalam bentuk agihan konsumtif atau; (2) bentuk agihan produktif yang memberi implikasi pindahan hak milik aset secara milik sempurna atau secara spara, maka ia perlu dilayan sebagai liabiliti. Ini adalah kerana ia merupakan satu amanah yang perlu ditunaikan pada tahun berkenaan dan sekiranya berlaku lebihan agihan zakat pada tahun tersebut, maka ia perlu dilayan sebagai liabiliti semasa yang perlu didedahkan di penyata kewangan MAIN.

Manakala segala terimaan daripada aset zakat yang berbentuk agihan produktif seperti pelaburan aset zakat dalam institusi kewangan berbentuk deposit tetap atau mendapat hasil sewaan daripada aset zakat, maka ia perlu dilayan sebagai ekuiti terhad dan segala hasil manfaat daripada aset tersebut diiktiraf sebagai hasil. Ini kerana ia melibatkan usaha bersungguh-sungguh pihak Institusi MAIN yang telah mengubah bentuk agihan zakat daripada tradisionalnya berbentuk konsumtif kepada bentuk produktif (Suhaili dan Nor’Azzah, 2009). Manakala segala kos yang terlibat dalam penyelenggaraan aset bertujuan untuk memastikan manfaat aset tersebut secara berterusan, maka item ini perlu diiktiraf sebagai belanja. Item yang lain yang terlibat termasuklah belanja susut nilai dan sebagainya. Lebihan hasil tolak belanja akan dilayan sebagai ekuiti zakat. Ekuiti zakat agihan berbentuk produktif yang diperolehi daripada manfaat daripada aset zakat yang diletakhakkan kepada Institusi MAIN untuk kegunaan asnaf yang ditentukan. Ia merupakan ekuiti terhad.

(22)

Berdasarkan Laporan Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 2, 2017 (Zon 1), institusi MAIN secara praktisnya telah melaksanakan kaedah agihan berbentuk produktif berpandukan kepada pandangan jawatankuasa syariah dan fatwa negeri masing-masing yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam menguruskan dana zakat dan agensi berkaitan di bawahnya. Contohnya dalam enakmen pentadbiran agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah seksyen 47,

‘…sumber pembiayaan kos-kos agihan zakat secara manfaat hendaklah diambil berdasarkan kepada dana asnaf tersebut diagihkan. Sebagai contoh pembinaan asrama anak yatim Baitul Hasanah yang dibina untuk manfaat anak-anak yatim fakir dan miskin dengan menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.

Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas asrama tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf fakir dan miskin..’

Tarikh 2 Februari 2012 [MAIS/SU/BUU/02/016/171; P.U. Sel.

AGM. 0007 Jld. 3]

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Kajian ini juga mendapati amalan semasa di institusi MAIN tidak menunjukkan banyak perbezaan dalam kalangan Institusi yang dikaji. Namun, fokus harus diberikan bagi meneliti ketepatan amalan mengiktiraf kutipan zakat sebagai ‘hasil’ sama ada amalan tersebut selari dengan konsep hasil daripada perspektif syarak dan juga daripada sudut kerangka perakaunan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Pengiktirafan kutipan zakat sebagai

‘hasil’ dalam penyata pendapatan bagi Institusi MAIN boleh menimbulkan persoalan dan salah faham pengguna penyata kewangan kerana amalan perakaunan semasa mengkelaskan ‘lebihan’ kutipan yang belum diagih dimasukkan ke dalam bahagian ekuti. Ini adalah kerana amalan semasa oleh Institusi MAIN terhadap ‘lebihan belum agih’ tersebut dilayan sama seperti

‘lebihan pendapatan atas perbelanjaan’ daripada sudut perakaunan kerana pelaporan Institusi semasa adalah mengikut piawaian perakaunan konvensional. Namun begitu perlu dijelaskan bahawa amalan tersebut tidak bertentangan dengan syarak kerana ia merupakan uruf perakaunan yang diamalkan sebelum ini dan sekiranya ingin mengekalkan lebihan zakat yang belum diagihkan sebagai elemen ekuiti, maka Institusi MAIN perlu mengkelaskannya sebagai ekuti terhad.

Satu cadangan kerangka syariah ke arah mengubah istilah ‘hasil’

kepada ‘terimaan’ atau ‘pungutan’ serta ‘belanja’ kepada ‘agihan’ serta konsep lebihan agihan zakat pada tahun semasa diiktiraf sebagai ‘liabiliti’ atau ‘ekuiti terhad’ adalah disarankan agar istilah yang akan digunakan tidak mengelirukan masyarakat Islam serta pemegang taruh yang semakin memahami dan

(23)

membaca penyata kewangan MAIN. Justeru kajian ini merumuskan tiga perkara utama iaitu (1) dana zakat merupakan liabiliti kepada entiti yang menguruskan zakat berdasarkan konsep yaddul amanah dan Institusi MAIN adalah yaddul amanah kepada dana zakat di sesebuah negeri berdasarkan perundangan. Ini menjelaskan lagi bahawa Institusi MAIN merupakan entiti perundangan yang kuasanya dirujuk kepada enakmen pentadbiran agama Islam negeri dan pengurusannya terbatas kepada perundangan di peringkat persekutuan dan negeri; (2) Cadangan penggunaan istilah yang betul iaitu

‘kutipan zakat’ dan ‘agihan zakat’ berdasarkan amalan semasa perakaunan yang merujuk kepada IPSASB (2014) dan MPSAS.

Namun kajian ini mencadangkan adalah sesuai perkataan ‘terimaan’

dan ‘belanja’ diidhofahkan secara terus dengan perkataan zakat. Pihak institusi juga perlu dedahkan satu penyata yang khusus untuk menunjukkan ‘terimaan’

dan ‘agihan’ tersebut di penyata kewangan tahunan institusi untuk menunjukkan institusi zakat telah menunaikan amanah tersebut. Amalan di kebanyakkan negeri menunjukkan kebanyakkan negeri lebih selesa dengan istilah ‘Terimaan’ dan ‘Agihan’. Cadangan ini juga selari dengan pandangan beberapa pakar yang telah dirujuk dimana istilah yang dicadangkan tidak menimbulkan kekeliruan; (3) Cadangan untuk mengiktiraf konsep lebihan agihan pada tahun berkenaan kepada ‘liabiliti’ dan bukan ‘ekuiti terhad’ kerana takrif ‘hasil’ dan ‘belanja’ yang tidak konsisten dengan falsafah zakat. Justeru jika ia tidak sesuai dengan terminologi ‘hasil’ dan ‘belanja’, maka konsep lebihan agihan zakat pada tahun berkenaan tidak sesuai dikelaskan sebagai

‘ekuiti’ atau ‘ekuiti terhad’.

Cadangan satu piawaian baru diwujudkan secara khusus untuk perakaunan kutipan dan agihan zakat terutamanya dalam aspek pengiktirafan, pengukuran dan pendedahan dana zakat untuk dilaksanakan oleh semua institusi MAIN di Malaysia kerana keunikan yang wujud dalam menguruskan zakat. Ini kerana pelaporan kewangan zakat perlu dilihat daripada dimensi yang lebih luas termasuklah kaedah doktrin yang berkait dengan fiqh zakat yang melibatkan pelbagai fatwa yang sentiasa kehadapan untuk menangani permasalah fiqh semasa serta kaedah sains yang berkait dengan pengurusan zakat yang dinamik. Justeru satu takrifan yang baik berdasarkan kaedah fiqh iaitu jami’ dan mani’ diperlukan untuk mentakrifkan zakat, kutipan zakat, agihan zakat serta baki zakat yang belum diagihkan agar konsisten dengan piawaian perakaunan semasa untuk memudahkan para akauntan di institusi untuk mengiktiraf, mengukur dan mendedahkan maklumat tersebut di penyata kewangan zakat dengan telus, komprehensif dan tidak menimbulkan kekeliruan kepada pemegang taruh.

Cadangan pembentukan satu piawaian baru untuk perakaunan zakat serta diperkukuhkan dengan aspek perundangan seperti menggubal satu enakmen zakat adalah wajar memandangkan wujudnya banyak transaksi baru berkait dengan penggunaan dana zakat seperti pembelian aset bangunan dan tanah, penjanaan hasil sewa atau pulangan keuntungan daripada aset zakat, pembelian aset kenderaan, pendahuluan wang zakat daripada kategori asnaf fisabilillah untuk tujuan pembangunan harta wakaf atau baitulmal, kewujudkan

(24)

transaksi pinjaman kepada asnaf melalui dana zakat, pendefinisian asnaf yang semakin luas, bantuan zakat yang telah melangkaui sempadan geografi dan sebagainya. Kewujudan enakmen pentadbiran agama Islam negeri yang sedia ada untuk pengurusan zakat didapati adalah amat terhad sedangkan perkembangan semasa menunjukkan pengurusan zakat semakin mencabar bukan sahaja untuk mempelbagaikan kaedah pengagihan zakat ke arah yang lebih produktif, malah menyahut cabaran pihak pemegang taruh untuk menjadikan pengurusan zakat ke arah lebih profesional. Cadangan piawaian baru pelaporan kewangan zakat yang mengikut syarak adalah seperti di Rajah 1 dan Rajah 2 di lampiran.

Kesimpulan

Kecekapan dan keberkesanan institusi agama dalam menzahirkan akauntabiliti kepada pihak berkepentingan adalah perlu dan dalam konteks Malaysia, persoalan terhadap tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan institusi berlandaskan Islam seperti institusi yang mentadbir dan mengurus wakaf, zakat dan baitulmal adalah perkara yang perlu ditangani secara bijak dan profesional. Pendedahan penyata kewangan yang relevan, objektif, material, telus serta komprehensif, boleh dipercayai, tepat yang akhirnya tidak mengelirukan serta tidak menimbulkan fitnah dan kesan negatif kepada masyarakat adalah perlu untuk menangani persepsi negatif yang sentiasa membelenggu masyarakat di luar sana. Justeru itu, dengan wujudnya satu cadangan piawaian perakaunan Islam yang seragam bagi institusi yang menguruskan dana zakat di Malaysia. Adalah diharapkan institusi agama di negara ini dapat menzahirkan akauntabilitinya dengan cekap dan berkesan kepada pihak berkepentingan dan seterusnya melunaskan akauntabiliti kepada Allah SWT.

Penghargaan

Penghargaan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atas geran yang diberikan. Artikel ini adalah sebahagian daripada dapatan projek penyelidikan yang dibiayai oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Kod Projek: EP-2017-027) dan (Kod Projek: EP-2018-005).

Rujukan

Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Abdullah 2018. Konsep Rahmatan Lil Alamin dalam Ibadah Pengurusan Zakat dalam Azman et. al (penyt) Kutipan dan Agihan zakat Malaysia Baharu: Isu, Cabaran dan Harapan. Nilai: Penerbit USIM

Al-Ghufaylī, Abdullah bin Mansūr, 2008. Nawāzil Al-Zakāh Dirāsah Fiqhiyyah Ta’sīliyyah Li Mustajaddāt Al-Zakāh. Riyad: Dar al-Maymān li al-nashr wa al- tawzīᶜ.

(25)

Al-Kasani, Abu Bakr Mas’ud bin Ahmad. 1986. Badā’iᶜ Al-Ṣanā’iᶜ Fī Tartīb Al- Sharāiᶜ. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Mardāwī, Alā’ al-Dīn Abu al-Ḥasan ᶜAlī bin Sulayman. t.th. Al-Inṣāf Fī Maᶜrifat Al- Rājiḥ Min Al-Khilāf. Beirūt: Dar Ihyā’ al-Turāth al-Arabi.

Al-Nawawi, Muhyi al-Din abu Zakaria Yahya b Sharf, 1996. Al-Majmu’ Sharh al- Muhadhdhab Lil Shirazi. Kaherah: Al-Matba’ah al-Muniriyyah

Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Sharaf, 2001. Al-Majmu’ Sharh Al-Muhadhdhab.

Beirūt: Dar al-Fikr.

Conceptual Framework for general purpose financial reporting by public sector entities 2014, IPSASB.

Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad. 2009. Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan Islam, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM, Selangor.

Hairunnizam Wahid, Mohd Fairus Mohd Salleh, Azlina Ahmad, Norida Basnan, Azizah Mohd Harun, Ainol Basirah Abdul Wahab. 2018. Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia:

Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah. dalam Hairunnizam et. al.

(penyt.) Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari.

Bangi: EKONIS-UKM. h.359-384

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Noor & Maryam Abd Rashid 2017. Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat:

Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia. 51(2): 39-54

Hairunnizam, W., Sanep, A. & Radiah, A.K., 2009. Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapa Masyarakat Tidak Berpuas Hati? Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1, 89-112.

Htay, Sheila Nu Nu, & S. A. Salman. 2014 “Proposed best practices of financial information disclosure for zakat institutions: A case study of Malaysia.” World Applied Science Journal 30(37): 288-294

Mahmood Zuhdi , A.M. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia Accounting Standards Board. 2009. SOP i-1 Financial reporting from an Islamic perspective

Malaysia Accounting Standards Board, 2009. SOP i-1 Financial reporting from an Islamic perspective.

Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan, Azlina Ahmad, Azizah Harun, Muhammad Arzim Naim & Hairunnizam Wahid. 2016. Cadangan item pendedahan bagi pelaporan institusi wakaf, zakat dan baitulmal. IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management. 6: 23-44

Muhammad Anwar. 1995. Financing socio-economic development with zakat funds.

Journal of Islamic Economics. 4(1&2). 15-32.

Muhammad Syukri Salleh 2014a, Aliran pemikiran ekonomi Islam dunia Melayu,

‘Ulum Islamiyyah Journal, 12: 1-33

Muhammad Syukri Salleh 2014b. Mengatasi kemiskinan melalui zakat di Malaysia:

Kajian terhadap tiga faktor yang mempengaruhinya. Media Syariah. XVI (1).

Mujaini Tarimin. 2005. Golongan penerima zakat: Agihan dana zakat secara lebih berkesan, Penerbit UiTM.

Muji Tahir, H. 2016. Gagasan kesyumulan fiqh muamalat dalam sistem kewangan Islam. Bangi, Penerbit UKM.

Norfaiezah Sawandi, Norazita Marina Abdul Aziz & Ram al Jafri Saad. 2017. Zakat accountability practices: case study of zakat institution AA. International Journal of Economic Research. 14(16): 223-232

(26)

Nurul Ilyana Muhd Adnan & Zahri Hamat. 2018. Analisis Hukum Penggunaan Dana Zakat untuk Pembangunan Model Takaful Mikro. Tidak diterbitkan.

Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 2, 2017 (Zon 1)

Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 3, 2018 (Zon 1)

Qardawi, Yusuf 2000, Fiqhuz Zakah, Dirasatu Muqaranati li Ahkamiha wa Falsafatiha fi Dhau’il Qur’an was Sunnah. Vol. 2. Ed. Ke-24. Bairut. Al-Resalah Publisher.

Sapingi, Raedah, Sherliza Puat Nelsonb, and Siti Normala Sheikh Obida. (2016) Current Disclosure Practices by zakat Institutions In Malaysia: An Exploratory Study. Qualitatif Research Conference. 24-26 May 2016, Penang, Malaysia Suhaili Sarif & Nor ‘Azzah Kamri. 2009. A theoretical discussion of zakat for income

generation and its fiqh issues. Jurnal Syariah. 17(3). 457-500.

Sulaiman al-Ashqar, Muhammad Uthman Syubair, Muhammad Naim Yasin, Umar Sulaiman al-Ashqar, 2004. Kitab al-abhath fiqhiyyah fi qadaya al-zakat al- muasoroh Jilid 1 (2004/1424H). Jordan: Darul Nafais.

Wahbah al-Zuhaili. 2005. Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid IV. Md Akhir Hj Yaacob et. al (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahbah al-Zuhaili 2005, Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid IV. Md Akhir Hj Yaacob et. al (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahbah az-Zuhaili. 2011. Fiqh Islam Wa Adillatuhu. Jilid 3. Abdul Hayyie al-Kattani (terj.). Jakarta: Gema Insani.

Wahbah az-Zuhaili. 2011. Fiqh Islam Wa Adillatuhu. Jilid 10. Abdul Hayyie al-Kattani (terj.). Jakarta: Gema Insani

(27)

Rajah 1: Kerangka Kerja Konseptual Pengiktirafan, Pengukuran dan Pendedahan Aset Menurut Keperluan Syariah

Sumber: Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 2, 2017 (Zon 1)

Liabiliti Ekuiti

(Hasil dan Belanja)

Aset Bukan Amanah (Aset Baitulmal) Elemen Asas Penyata Kewangan

Aset

Aset Amanah (Aset Wakaf dan Aset Zakat)

Pengiktirafan Kriteria pengiktirafan:

- Memenuhi definisi aset.

- Kemungkinan akan berlaku aliran masuk manfaat ekonomi ke dalam entiti atau potensi perkhidmatan masa depan

- Boleh diukur dengan munasabah.

- Selari dengan hukum, prinsip dan syariat Islam.

Pengukuran Asas pengukuran:

- Pada nilai semasa (diutamakan);

- Pada nilai kos (hanya apabila nilai semasa tidak dapat diukur dengan munasabah)

Nilai semasa diutamakan dengan menggunakan kaedah ukuran:

- Nilai pasaran,

- Kos penggantian, atau - Harga jualan bersih

*Kaedah nilai sedang digunakan (value in use) hanya boleh digunakan sebagai pilihan terakhir apabila kadar diskaun yang selari hukum syarak dapat dipastikan.

Pendedahan Prinsip pendedahan:

Maklumat yang:

- Relevan.

- Objektif.

- Material.- Telus/Komprehensif - Boleh dipercayai (tepat, tidak mengelirukan serta tidak menimbulkan fitnah dan kesan negatif).

(28)

Rajah 2: Cadangan elemen utama dalam Kumpulan Wang Zakat dan Penyata Kewangan Utama MAIN

Sumber: Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 3, 2018 (Zon 1)

Aset (Amanah)

Tunai

Aset Agihan Produktif (Inventori &

HLP)

Liabiliti

Baki Zakat Belum Agih (Terimaan – Agihan)

Ekuiti

Hasil (Manfaat pelaburan

harta zakat) Belanja (Belanja pengurusan

harta zakat)

Ekuiti Zakat (Agihan produktif iaitu perolehan aset yang diletakhakkan kepada MAIN untuk kegunaan asnaf yang

ditentukan) Kumpulan Wang Zakat

(29)

Sumber: Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 3, 2018 (Zon 1)

* Penyata Kewangan Utama juga termasuk Penyata Aliran Tunai dan juga Nota kepada Akaun.

(2) Penyata Prestasi Hasil:

 Manfaat pelaburan harta zakat

(sewaan/hibah/dividen) (-) Belanja:

 Pengurusan aset zakat ________________

Lebihan/kurangan manfaat harta zakat

(1) Penyata Terimaan &

Agihan Terimaan:

 Zakat fitrah

 Zakat harta (-) Agihan:

 Agihan Konsumtif

 Agihan Produktif ________________

Baki Zakat Belum Agih

(3) Penyata Perubahan Ekuiti Baki Awal Ekuiti Zakat (+) Tambahan Ekuiti Zakat (+/-) Lebihan/kurangan manfaat Zakat

(+/-) Rizab Penilaian Semula --- Baki Akhir Ekuiti

(4) Penyata Kedudukan Kewangan Aset Amanah  Tunai

 Aset Agihan Produktif (Inventori & HLP) Liabiliti

 Baki Zakat Belum Agih Ekuiti

 Ekuiti Zakat (agihan produktif)  Lebihan/kurangan terkumpul  Rizab Penilaian Semula

(30)

Bab 2

Kecekapan Pengurusan Kutipan dan Agihan Zakat: Kajian di Unit Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Hanani Kadimon Mohd Ali Mohd Noor Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Pembinaan ummah yang berkualiti tinggi memerlukan kepada sumber dana dan instrumen kewangan yang kukuh untuk memastikan setiap matlamat yang direncanakan mampu dicapai. Oleh itu, zakat merupakan antara salah satu instrumen yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam serta dapat menjamin keadilan dan kestabilan social menerusi pengurangan jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat.

(Patmawati, 2008). Menurut Khairul Azhar (2017) pensyariatan zakat dalam Islam bertujuan untuk menyuburkan keadilan dan keseimbangan dalam kehidupan manusia serta membela golongan yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan. Melalui pengagihan zakat yang sempurna dan bersistematik, ekonomi umat Islam mampu dijana ke tahap yang lebih tinggi menerusi bantuan saluran kewangan zakat. Hal ini akan menghasilkan kesan yang berangkai di mana pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan seimbang akan mewujudkan sistem kebajikan sosial yang ampuh seterusnya meningkatkan taraf pendidikan dan kualiti modal insan dalam negara.

Zakat merupakan rukun Islam ketiga yang bukan sahaja menjadi kewajipan kepada umat Islam malah ianya juga dapat meningkatkan perkembangan ekonomi negara Islam khususnya melalui kecekapan pengurusan kutipan dan agihan zakat yang sistematik. Di dalam Al-Quran, Allah SWT mengiktiraf kesahihan seorang sebagai Muslim melalui zakat.

Firman Allah SWT di dalam surah Taubat 9:71 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu

(31)

akan diberi rahmat oleh Allah, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah At-Taubah 9:71)

Ayat tersebut jelas menunjukkan pengiktirafan Islam seseorang dapat dibuktikan dengan melakukan syahadah, menunaikan solat dan membayar zakat. Sehubungan dengan itu, zakat dapat merapatkan dan memelihara hubungan sosial yang berlandaskan syariat Islam antara satu sama lain. Selain itu, perintah Allah SWT terhadap setiap Muslim untuk mengeluarkan zakat terkandung di dalam firman Allah SWT di dalam Taubah 9:103 dan surah al- Baqarah 2:110. Hadis-hadis Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasai dan Ibn Majah jelas kandungannya menyokong perintah Allah SWT terhadap pengeluaran zakat dan dijelaskan aspek keperluan zakat, nisab, jenis harta dan syarat-syaratnya.

Seterusnya, zakat dalam perspektif ekonomi Islam mempunyai potensi yang signifikan, maka dengan itu sesungguhnya pengurusan zakat yang sistematik perlu mendapat perhatian yang lebih seiring dengan kesejahteraan masyarakat dan akhirnya bantuan zakat dapat menjadi faktor utama kepada solusi kesejahteraan masyarakat serta menjadi sumber utama kepada dana negara. Sehingga zakat bukan hanya memiliki nilai keagamaan malah memiliki nilai ekonomi yang cukup besar (Ali Ridlo, 2014). Oleh itu, setiap individu yang berkemampuan seharusnya menghayati tuntutan rukun Islam ketiga ini dengan membabitkan dan melibatkan diri dalam aktiviti pengeluaran dan pengagihan zakat. (Ghazali, 2009)

Definisi daripada Qardawi (1987) berkenaan zakat daripada sudut istilah boleh ditakrifkan dengan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah SWT untuk diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerima iaitu mengeluarkan jumlah tertentu. Jumlah yang dikeluarkan dari kekayaan itu disebut zakat kerana apa yang dikeluarkan itu bertambah banyak, lebih bererti dan dapat melindungi kekayaan daripada binasa. Ali Akbar (1995) pula mendefinisikan zakat secara istilah sebagai kadar harta tertentu yang diberikan kepada yang berhak menerimanya dengan beberapa syarat. Menurut Qardhawi lagi, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional. Ianya bermaksud segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, hasilan, hasil sewaan, royalti, imbuhan, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup. (Zuarida Mohyin, 2005)

Walhal, bagi mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni, pengurusan zakat perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha membebaskan manusia daripada belenggu kemiskinan melalui peruntukan sara hidup kepada golongan yang memerlukan sama ada secara sementara mahupun kekal. Golongan ini akan diberikan perlindungan yang sewajarnya bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang terjamin dalam jangka panjang. Selain itu, zakat juga bertujuan membantu golongan yang menghadapi masalah kewangan dan material di luar jangkaan seperti hutang, penyakit dan musibah tertentu meskipun pada asalnya mereka berada dalam kategori yang

(32)

tidak memerlukan bantuan. (Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, & Mohd Ali Mohd Noor, 2004)

Selain itu, zakat merupakan antara platform utama buat umat Islam untuk mempunyai sifat prihatin dan bertanggungjawab terhadap nasib saudaranya yang lain serta saling memberi jaminan perlindungan antara satu sama lain. Di samping itu, zakat juga dapat menghalang segala bencana dan bahaya yang berpotensi wujud dalam masyarakat sejagat seperti perasaan hasad dengki dan benci. Dengan membantu golongan ini terlibat secara langsung dalam bidang-bidang tersebut, zakat telah memainkan peranan sebagai instrumen agihan ekonomi yang seimbang bagi mengurangkan kadar kemiskinan, meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan, menyediakan kehidupan yang selesa dan sejahtera seterusnya membawa kepada pembentukan negara yang berprestij di masa hadapan (Zarina, Sanep & Mohd Ali, 2012).

Hasil pengurusan agihan zakat yang berlandaskan syariat mampu membantu perkembangan agama Islam. Secara tidak langsung, keindahan prinsip-prinsip Islam yang menggalakkan sikap saling bantu-membantu antara golongan kaya dengan golongan yang memerlukan yang dapat menjadi contoh yang terbaik kepada agama lain kerana ianya dapat menggambarkan bahawa agama Islam menjadi semakin dihormati kerana umatnya tidak dibelenggu dengan dunia kemiskinan serta menjamin kesejahteraan kehidupan mereka.

Bukan itu sahaja, malah apabila pengurusan zakat yang berlandaskan syariat dapat dilaksanakan, seseorang akan lebih bersemangat untuk menegakkan agama Allah SWT kerana mereka tergolong dalam golongan fisabilillah iaitu membantu golongan asnaf yang berhak menerima bantuan zakat. Di sinilah zakat memainkan peranannya yang amat besar dalam membentuk sebuah masyarakat Islam yang benar-benar dapat menghayati segala ajaran dan tuntutan agama Islam (Muaz, 2016).

Kelebihan berzakat adalah sesuatu yang tidak kelihatan ganjarannya.

Bagaimanakah hendak menyakinkan orang Islam tentang konsep keberkatan dan penyucian harta daripada hasil wang zakat tersebut? Kelebihan ini memang diakui tetapi itu hanya pendapat mereka yang tidak membayarnya.

Malahan berlainan bagi mereka yang melaksanakan tanggungjawab ini kerana ianya akan merasai keberkatan, ketenangan dan banyak lagi kurniaan Allah SWT yang wujud dengan sendirinya. Oleh itu, kita seharusnya menyakini ada hikmah di sebalik suruhan Allah SWT itu. Ini ditegaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Tidak akan berkurangan harta disebabkan menunaikan kewajipan zakat. (Riwayat At-Tarmizi).

Sehubungan itu, menunaikan kewajipan zakat dapat menyuburkan dan mengembangkan harta. Firman Allah SWT bermaksud:

(33)

Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah SWT, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah SWT Maha luas (rahmatnya) kurnia-Nya, lagi meliputi semua pengetahuan-Nya. (Al-Baqarah: 261)

Permasalahan dan Objektif Kajian

Institusi pengurusan zakat adalah sangat penting dalam usaha memainkan peranan sebagai institusi kewangan Islam. Justeru, sistem pengurusan yang baik dan cekap akan menjadikan sesebuah institusi pusat zakat sebagai sebuah institusi kewangan yang dipercayai dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pencapaian yang dilakukan oleh institusi pusat zakat bergantung kepada keupayaan pengurusan yang diuruskan di setiap institusi zakat. Hal ini kerana masih wujud tanggapan negatif ketidakcekapan agihan zakat dan ia merupakan antara salah punca yang telah menjejaskan tahap keyakinan masyarakat Islam untuk menjalankan kewajipan membayar zakat kepada institusi zakat (Hairunnizam, 2017). Jika ketidakcekapan berlaku dalam institusi pusat zakat, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya ketidakcekapan itu? Secara umum, ketidakcekapan berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah pengurusan institusi yang tidak sistematik, pengendalian tadbir urus dalam organisasi, kekurangan kepelbagaian pasaran, penurunan jumlah kutipan namun permintaan agihan yang meningkat dan kurang kesedaran masyarakat tentang kewajipan membayar zakat.

Sehubungan dengan permasalahan umum tersebut, maka kajian ini adalah bertujuan untuk menilai kecekapan pengurusan pusat zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada sudut kutipan dan agihan dana zakat bermula dari tahun 2015 hingga 2018 dengan menggunakan Data Envelopment Analysis (DEA). Kajian telah memilih institusi pusat zakat UKM kerana institusi UKM merupakan satu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang majoriti staf kakitangan dan pelajarnya adalah Muslim dan majoritinya terdiri daripada asnaf fakir dan miskin (B40), fisabilillah dan sebagainya.

Latar Belakang Unit Zakat UKM

Unit Zakat UKM telah ditubuhkan hasil dari termeterainya perjanjian diantara UKM dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada tahun 1997 dengan persetujuan bersama melantik IPTA UKM sebagai salah satu agen pengurusan kutipan zakat di Negeri Selangor. Melihat kepada perkembangan dan pencapaian yang memuaskan yang telah dibuktikan oleh Unit Zakat UKM dalam menanggung tanggungjawab yang telah diamanahkan, pihak MAIS dengan rasminya melantik Unit Zakat UKM sebagai penolong Amil bagi Lembaga Zakat Selangor (LZS) dimana perjanjian tersebut telah diadakan 20 Disember 2005 dan hasilnya telah tertubuhnya Tabung Amanah Zakat UKM

Rujukan

Outline

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini juga mencadangkan satu enakmen zakat yang khusus digubal seperti enakmen wakafyang telah digubal dibeberapa buah negeri di Malaysia. Penggubalan ini perlu

Kajian dilakukan bagi melihat konsep dan pengurusan wakaf pendidikan di dalam Islam dengan melihat kepada amalan sedia ada wakaf pendidikan di Tanah Melayu dan Wakaf

Dengan itu diharapkan ia juga akan memberi panduan kepada institusi pengurusan zakat di Baitulmal Aceh dan di JZNK Kedah Malaysia dalam memperkemas lagi

Kajian ini akan dilakukan di Pusat Kajian Zakat dan Wakaf (eL-Zawa) Universiti Islam Negeri Malang, kerana eL-Zawa lebih inovatif dalam pengurusan dana zakat jika

Pada pendapat kami, penyata kewangan ini telah disediakan dengan sempurna mengikut amalan perakaunan yang diterima umum di Malaysia untuk memberi gambaran yang benar dan

Pada pendapat Para Ahli, penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 59 hingga 65, telah disediakan mengikut piawaian-piawaian perakaunan berkenaan yang diluluskan di

Menurut pengkaji, Yang di-Pertuan Agong ternyata mempunyai pelbagai peranan penting sebagai ketua negara sama ada berkaitan dengan kelancaran perjalanan institusi

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /87 kecekapan institusi zakat yang dinilai bagi kajian ini meliputi beberapa institusi zakat di Malaysia iaitu melibatkan