• Tiada Hasil Ditemukan

Amaran hujan peringkat kuning

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Amaran hujan peringkat kuning "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

Amaran hujan peringkat kuning

SITI FATIHAH AWANG 26 DISEMBER 2016

Gambar paras air di kawasan Munduk, Rantau Panjang telah dinaiki air yang diviralkan di laman Facebook, semalam.

KOTA BHARU - Amaran hujan lebat peringkat kuning telah keluarkan Jabatan

Meteorologi melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, bermula Isnin hingga Rabu ini.

Menurut portal rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sehingga jam 6 petang semalam, paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang masih lagi mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 8.76 meter (m) (bahaya 8 m).

Bukan hanya di Rantau Panjang, malah Sungai Kelantan di Kusial juga mencatatkan bacaan 12.38 m iaitu melebihi paras berjaga-jaga (12 m).

Sungai Galas di Kampung Lembaga, Gua Musang pula mencatatkan bacaan 81.61 m iaitu melebihi paras normal 80 m dan Sungai Lebir di Kuala Koh pula mencatatkan bacaan 62.13 m, juga melebihi paras normal 62 m.

Bacaan paras air Sungai Galas di Limau Kasturi pula mencatatkan bacaan 54.45 m iaitu melebihi paras normal (53 m), dan Sungai Galas di Dabong pula 30.24 m, juga melebihi paras normal 30.24 m.

(2)

Manakala Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan 24.74 m melebihi paras normal (23 m), dan Sungai Kelantan di Kuala Krai pula mencatatkan 18.57 m, juga melebihi paras normal (17 m).

Sungai Kelantan di Jenob pula mencatatkan bacaan 20.45 m, melebihi paras normal 19 m dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam pula mencatatkan 0.81 m, juga melebihi paras normal 1 m.

Sungai Kelantan di Air Mulih pula mencatatkan bacaan 4.11 m melebihi paras normal 1 m, termasuklah Sungai Golok di Kuala Jambu juga mencatatkan bacaan 1.39 m, melebihi paras normal 0.70 m.

Manakala Sungai Semerak di Pasir Putih pula, 0.37 m air dicatatkan dan ia berada di bawah paras normal (0.40m).

Dalam masa yang sama, Empangan Bukit Kwong juga mencatatkan bacaan 15.86 m di bawah paras normal (16.76 m) termasuklah Sungai Pergau di Air Bol, mencatatkan bacaan 67.53 m, juga berada di bawah paras normal (70 m).

Sehingga jam 6 petang juga, menurut laporan portal banjir kerajaan negeri, tiada sebarang jalan ditutup berikutan limpahan air atau banjir kilat.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang musim tengkujuh ini.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Menurutnya, memandangkan paras air kolam mencatatkan penyusutan, pihaknya yakin keadaan banjir di daerah Kerian akan semakin pulih sekiranya kadar taburan hujan berterusan

• Alat ukur aras tertinggi banjir dapat mengukur paras air hampir tepat di bawah sasaran +15mm ketepatan. • Penggunaan polistren sebagai tolok bacaan dan juga pelampung

Beliau yang juga Pegawai Daerah Sabak Bernam berkata, berdasarkan bacaan paras pasang surut air laut di Jeti Bagan Datok, paras air pasang tertinggi iaitu 3.2 meter dijangka

Jabatan itu telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning bagi negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Baru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala

Jimmy Puah berkata, jumlah hujan di Empangan Sungai Lebam pada Januari lalu mencatatkan bacaan 110 milimeter, berbanding 475 milimeter pada tempoh yang sama tahun lalu. Katanya,

Dua sungai di Setiu juga mencatat kenaikan paras air iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok setinggi 8.52m melepasi paras bahaya 8.40m dan Sungai Nerus di Kampung Langkap iaitu

Penduduk yang dipindahkan adalah dari lebih 10 kampung antaranya Kampung Simpangan, Kuala Jambu, Teluk Jering, Jejulok, Palas Merah dan sekitar.. Limpahan Sungai Golok itu

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dan membimbangkan apabila bilangan mangsa semakin bertambah dan hampir kesemua sungai di negeri ini berada di paras