(2) FTKW PELESTARIAN SENI PERSEMBAHAN TARIAN KUDA KEPANG DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI PARIT RAJA, JOHOR
Tekspenuh
(2) FTKW PELESTARIAN SENI PERSEMBAHAN TARIAN KUDA KEPANG DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI PARIT RAJA, JOHOR. DISEDIAKAN OLEH: NURUL FARAH SABRINA BINTI ABDUL RAZAK. Laporan Projek Akhir Ini Dikemukakan Sebagai Syarat Dalam Memenuhi Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2022.
(3) FTKW. PERAKUAN STATUS TESIS. Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi. TERBUKA. Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh _____________ hingga _____________. SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Utama. Tandatangan Penyelia. ....Farahsabrina.... ........................................................ NURUL FARAH SABRINA. DR. NORAZLINDA BT MOHAMED. BINTI ABDUL RAZAK. ROSDI. Tarikh: 26/02/2022. Tarikh: 26/02/2022. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan.. i.
(4) FTKW. THESIS DECLARATION. I hereby certify that the work embodied in this thesis is the result of the original research and has not been submitted for a higher degree to any other University or Institution. OPEN ACCESS. I agree that my thesis is to be made immediately available as hardcopy or on-line open access (full text). EMBARGOES. I agree that my thesis is to be made available as hardcopy or on-line (full text) for a period approved by the Post Graduate Committee. Date from ____________ until ______________. CONFIDENTIAL. (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*. RESTRICTED. (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*. I acknowledge that University Malaysia Kelantan reserves the right as follows. 1 2 3. The thesis is the property of University Malaysia Kelantan. The library of University Malaysia Kelantan has the right to make copies for the purpose of research only. The library has the right to make copies of the thesis for academic exchange. Farahsabrina __________ SIGNATURE. ___________________________ SIGNATURE OF SUPERVISOR. NAME:. NAME OF SUPERVISOR:. NURUL FARAH SABRINA BINTI ABDUL RAZAK. DR. NORAZLINDA BT. MOHAMED. Date:. Date:. ROSDI. 26/02/2022. 26/02/2022. Note: * If the thesis is CONFIDENTIAL OR RESTRICTED, please attach the letter from the organization stating the period reasons for confidentially and restriction.. ii.
(5) FTKW. PENGHARGAAN. Pertama sekali, saya bersyukur dengan penuh kepujian kepada ALLAH S.W.T atas kurniaan dan limpah rahmatNya memberi peluang kepada pengkaji untuk menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Tujuan pengkaji melakukan kajian ini adalah bagi melengkapkan keperluan kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan kepujian dalam pengkhususan bidang Warisan Budaya di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan di Universiti Malaysia Kelantan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Norazlinda Binti Mohammed Rosdi selaku penyelia saya di atas sokongan, kesabaran, nasihat, semangat, pertolongan serta kebijaksaan beliau dalam mendidik dan membimbing saya untuk menjadi penyelidik yag berjaya. Penghargaan ini juga diberikan kepada barisan pensyarah di Fakulti Teknoologi Kreatif Dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan kerana sudi memberikan ilmu dan pengalaman sepanjang pengajian saya di sini. Segala kenangan tidak dapat saya lupakan hingga akhir hayat.. Selain itu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan diberikan kepada ibu saya iaitu Puan Elyza Binti Mohd Noor serta seluruh ahli keluarga yang menjadi penguat serta memberikan dorongan, semangat, bantuan dari segi wang ringgit , iringan doa agar saya berjaya pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang sentiasa ada di saat memerlukan bantuan, mengharungi cabaran bersama serta membatu menyelesaikan masalah dalam menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada para respoden yang sudi menjawab sesi temubual saya demi mendapatkan maklumat yang tepat untuk menjalankan penyelidikan ini.. Akhir sekali, saya mengakui bahawa kajian ini masih tidak sempurna dengan segala kekurangan yang wujud merupakan tanggungjawab saya dalam memperbaikinya. Kajian ini didedikasikan untuk memartabatkan warisan kebudayaan melayu terutamanya Warisan Tidak Ketara.. iii.
(6) FTKW. PELESTARIAN SENI PERSEMBAHAN TARIAN KUDA KEPANG DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR. ABSTRAK. Kajian ini merupakan sebuah kajian mengenai perspektif masyarakat terhadap aktiviti seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan masyarakat dalam pelestarian tarian Kuda Kepang. Persembahan tarian Kuda Kepang merupakan tarian tradisi masyarakat Jawa yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Kuda Kepang ini menggunakan patung anyaman yang dibuat berbentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Selalunya, tarian ini dipersembahkan semasa aktiviti keraian seperti majlis perkahwinan, dan majlis yang melibatkan masyarakat yang ramai. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan menggembirakan hati tetamu yang hadir. Kuda kepang ini menjadi lambang identiti budaya utama di kawasan Parit Raja dan Negeri Johor sebagai aktiviti seni persembahan yang penuh emosi dan indah. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan kajian ini iaitu menemu ramah penduduk kampung untuk mendapatkan maklumat tentang seni persembahan tarian Kuda Kepang. Hasil dapatan kajian ini mendapati masyarakat di Parit Raja masih melestarikan dan mengekalkan tarian ini sehingga sekarang bagi menjagat kebudayaan warisan yang tidak ternilai ini.. Kata Kunci: Tarian Kuda Kepang, seni permsembahan, sejarah kedatangan, usaha pelestarian, Parit Raja, masyarakat. iv.
(7) THE COMMUNITY IN PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR. ABSTRACT. FTKW. PRESERVATION OF KUDA KEPANG DANCE PERFORMANCE ART AMONG. This research is a study on the perspective of community activities on the art of Kuda Kepang dance performance in Parit Raja, Batu Pahat, Johor. The main purpose of this study is to evaluate the level of community effectiveness in the preservation of Kuda Kepang dance. Kuda Kepang is a traditional dance of the Javanese community. Kuda Kepang were made by woven statue and in the shape of a horse without legs. Often, these dances are performed during festive activities such as weddings and events involving large communities. The purpose is to impress and delight the hearts of the guests who came to the function. Kuda Kepang dance is a symbol of the main cultural identity in the Parit Raja area and the State of Johor as a performing arts that is full of emotion and beautiful. The researcher used a qualitative method in conducting this study which is to interview the villagers to obtain information about the art of Kuda Kepang dance performance. The results of this study found that the community in Parit Raja still maintains and maintains this dance until now to preserve this invaluable cultural heritage.. Keywords: Kuda Kepang Dance, performing arts, history of arrival, conservation efforts, Parit Raja, community. v.
(8) HALAMAN. PERAKUAN TESIS. i. THESIS DECLARATION. ii. PENGHARGAAN. iii. ABSTRAK. iv. ABSTRACT. v. ISI KANDUNGAN. vi. SENARAI GAMBAR. x. SENARAI PETA. x. SENARAI RAJAH. xi. SENARAI KEPENDEKKAN. xii. BAB I. PENDAHULUAN. 1.0. Pengenalan. 1. 1.1. Latar Belakang. 3. 1.2. Permasalahan Kajian. 5. 1.3. Persoalan Kajian. 6. 1.4. Objektif Kajian. 6. 1.5. Skop Kajian. 7. 1.6. Kepentingan Kajian. 8. 1.6.1 Individu. 8. 1.6.2 Masyarakat. 8. 1.6.3 Kerajaan. 8. Topik Pembahagian Bab. 9. 1.7. vi. FTKW. ISI KANDUNGAN.
(9) Kesimpulan. BAB II. SOROTAN KAJIAN. 2.0. Pengenalan. 13. 2.1. Kajian Lepas. 13. 2.2. Definisi Pemeliharaan Warisan. 14. 2.2.1 Warisan Budaya Tidak Ketara. 14. Definisi Seni Persembahan. 15. 2.3.1 Sejarah Dan Asal Usul Tarian Kuda Kepang. 16. 2.3.2 Perkembagan Dan Perbahan Seni Persembahan Tarian. 18. 2.3. 12. Kuda Kepang 2.3.3 Hubungan Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang. 20. Dengan Masyarakat 2.4. Kerangka Teori. 21. 2.5. Kesimpulan. 23. BAB III. METODOLOGI KAJIAN. 3.0. Pengenalan. 25. 3.1. Kaedah Kajian. 25. 3.1.1 Kaedah Kualitatif. 26. 3.2. Reka Bentuk Kajian. 27. 3.3. Data Primer. 30. 3.3.1 Kaedah Pemerhatian. 31. 3.3.2 Kaedah Temubual. 32. Data Sekunder. 33. 3.4.1 Kajian Kepustakaan. 34. 3.4.2 Sumber Internet. 34. 3.5. Kaedah Analisis Data. 34. 3.6. Kesimpulan. 35. 3.4. vii. FTKW. 1.8.
(10) DAPATAN KAJIAN. 4.0. Pengenalan. 37. 4.1. Analisis Temubual Responden. 38. 4.1.1 Kaedah Temubual. 39. Sejarah Dan Perkembangan Seni Persembahan Tarian Kuda. 40. 4.2. Kepang 4.2.1 Perkembangan Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang i-. Peralatan Yang Digunakan Semasa Persembahan. 43 46. Tarian Kuda Kepang 4.2.2 Fungsi Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang Kepada. 51. Masyarakat 4.3. Penerimaan Penduduk Parit Raja terhadap Seni Persembahan. 53. Tarian Kuda Kepang 4.3.1 Perubahan Ketara Dalam Seni Persembahan Tarian. 55. Kuda Kepang 4.4. Pelestarian Persembahan Tarian Kuda Kepang Di Parit Raja ,. 57. Johor 4.4.1 Apakah Harapan Seni Persembahan Tarian Kuda. 61. Kepang sentiasa dipelihara pada masa akan datang 4.5. Kesimpulan. BAB V. PENUTUP. 5.0. Pengenalan. 63. 5.1. Perbincangan. 64. 5.2. Cadangam Saranan. 66. 5.2.2. Cadangan Di Peringkat Masyarakat. 67. 5.2.3 Cadangan Di Peringkat Sekolah. 68. 5.2.4 Cadangan Di Peringkat Universiti. 69. 5.2.5 Cadangan Di Peringkat Kerajaan. 70. Kesimpulan. 71. 5.3. 62. viii. FTKW. BAB IV.
(11) 73. LAMPIRAN. 76. ix. FTKW. RUJUKAN.
(12) NO. GAMBAR. HALAMAN. Gambar 1. Pengkaji Bersama Responden. 38. Gambar 2. Responden Kedua. 39. Gamabr 3. Gambar Semasa Proses Temubual. 40. Gambar 4. Permainan Tarian Kuda Kepang. 43. Gambar 5. Gong. 46. Gambar 6. Anglung. 47. Gambar 7. Bonang Atau Caklempong. 48. Gambar 8. Kuda Jadian. 49. Gambar 9. Tali Pecu. 50. Gamabr 10. Kuda Kepang Tanpa Unsur Pemujaan. 57. Gambar 11. Ahli Kumpulan Tarian Kuda Kepang UTHM. 58. Gambar 12. Ahli Kumpulan Tarian Seni Budi. 50. SENARAI PETA. NO. PETA. Peta 1. HALAMAN. Lokasi Parit Raja , Batu Pahat. x. 7. FTKW. SENARAI GAMBAR.
(13) NO. RAJAH. HALAMAN. Rajah 1. Rekabentuk Kajian. 30. Rajah 2. Pembinaan Soalan Temubual. 33. Rajah 3. Analisis Data. 35. xi. FTKW. SENARAI RAJAH.
(14) UTHM. -. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN. UKM. -. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. MAIJ. -. MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR. JKKN. -. JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN. YPJ. -. YAYASAN WARISAN JOHOR. xii. FTKW. SENARAI KEPENDEKKAN.
(15) PENDAHULUAN. FTKW. BAB I. 1.0 PENGENALAN. Malaysia merupakan Negara yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum yang sangat unik dan istimewa. Setiap kumpulan etnik di Negara ini mempunyai seni persembahan tersendiri dan berbeza antara satu-sama lain. Setiap seni persembahan yang di lakukan mempunyai pengaruh tersendiri untuk menjadikannya lebih istimewa. Oleh itu, setiap seni persembahan dari pelbagai kaum dan etnik di Malaysia membawa makna yang besar bagi masyarakat, bangsa dan Negara. Ianya dapat menjadikan Negara Malaysia menjadi satu destinasi yang kaya dengan pelbagai seni persembahan dari pelbagai kaum dan etnik di sesuatu tempat.. Seni persembahan adalah satu acara dan seni yang menggunakan kreativiti, nilai estetika, kebudayaan, kecekalan dan kemantapan dalam hasil berkarya. Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai seni persembahan yang mewakili setiap masyarakat. Seni persembahan merangkumi pelbagai jenis kesenian seperti tarian, nyanyian, teater, dan segala kesenian dan kebudayaan yang di sampaikan secara langsung. Menurut Malaysia Qualification Register (2013) seni persembahan berasal dari ritual pemujaan. Ini bagi memudahkan saluran berkomunikasi antara masyarakat dan roh nenek moyang pada zaman dahulu.. Tarian didefinisikan sebagai seni tari melalui pergerakan badan, kaki dan tangan dengan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Setiap seni tari yang dipersembahkan dari setiap kaum itu mempunyai tujuan dan asal usul tersendiri..
(16) FTKW. Menurut Jerman C. Sachs (1965) beliau telah memberi definisi bahawa tarian sebagai satu gerakan yang berirama yang sangat indah.. Seni persembahan Kuda Kepang adalah tarian yang dipersembahkan secara berkumpulan menggunakan arca kuda. Seni persembahan tari Kuda Kepang merupakan. satu budaya yang ditarikan oleh masyarakat mempunyai nilai keindahan tinggi pada. persembahannya dan mampu menarik minat penonton apabila melihat seni persembahan ini dilangsungkan. Menurut Holt (1967) Kuda Kepang adalah tarian yang menggunakan kuda tiruan yang lahir di tanah Jawa, Indonesia. Tarian ini bertujuan untuk memberi semangat kepada rakyat atas perjuangan para pahlawan Jawa dalam menghalau penjajah yang menindas rakyat yang tinggal di pulau itu.. Selepas itu, tarian ini mula dikembangkan ke tempat lain termasuklah ke Malaysia khasnya di Negeri Johor Darul Ta’zim. Negeri ini kaya dengan kesenian, budaya, adat dan tradisi daripada pelbagai kaum yang menetap di negeri ini. Dengan adanya warisan kebudayaan seperti makanan, adat istiadat, tarian menjadikan kerajaan negeri menitikberatkan penjagaan dan pemeliharaan warisan di negeri ini. Hal ini kerana, dengan adanya keistimewaan warisan budaya yang banyak dan menarik mampu menjadikan produk pelancongan di negeri ini dan seterusnya melambangkan identiti masyarakat Negeri Johor.. Kajian yang dijalankan adalah bertajuk Pelestarian Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang dalam kalangan masyarakat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pemilihan tajuk ini dibuat adalah untuk mengkaji sejauh mana tahap pemeliharaan seni persembahan Kuda Kepang dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti kaedah yang bersesuaian dalam usaha untuk pemeliharaan tarian seni persembahan Kuda Kepang. 2.
(17) FTKW. Seni persembahan tarian Kuda Kepang ini amatlah penting untuk dilestarikan oleh masyarakat kerana mempunyai unsur seni persembahan yang menarik dan sangat. bermakna. Kajian yang akan dijalankan ini akan mendatangkan banyak kebaikan dan kelebihan dalam usaha pemeliharaan seni persembahan tarian Kuda Kepang di Negeri Johor. Ia juga dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, bangsa dan Negara.. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN. Kuda Kepang merupakan satu seni persembahan tarian tradisional yang ditarikan. Oleh masyarakat Jawa.Latar belakang seni persembahan Kuda Kepang ini sangat jelas akan pengaruh Jawa. Pada mulanya, tarian Kuda Kepang ini dikenali sebagai kuda lamping atau jaran kepang. Masyarakat Jawa berhijrah ke Negara Malaysia khasnya di negeri Johor dengan membawa tarian ini dan menukar nama tarian kuda lamping kepada tarian Kuda Kepang. Oleh itu, nama tarian Kuda Kepang kekal sehingga hari ini dan tiada pengubahsuaian yang ketara.. Sejarah seni persembahan tarian Kuda Kepang ini datang dari Tanah Jawa pada abad ke 15 dan dikenalkan oleh Wali Sembilan yang hidup pada masa itu. Tujuan penciptaan tarian Kuda Kepang ini ialah bagi mendapatkan tarikan dalam usaha menyerbarkan syiar Islam di tanah Jawa. Pada mulanya, Wali Songo menghadapi pelbagai rintangan untuk mendekati masyarakat di Tanah Jawa.Mereka dikatakan telah mendapat ilham untuk menari sambil menunggang kuda bagi menarik perhatian dan mendekati orang di Tanah Jawa.. Gerak tari tarian Kuda Kepang yang dipersembahkan mempunyai gaya dan nilai estetikanya tersendiri. Gerak tari ini merupakan tarian yang berbentuk ciptaan yang indah sehingga boleh memberi kepuasan kepada penonton dan masyarakat. Menurut. 3.
(18) FTKW. Kirama (2013) Kuda Kepang dipercayai dikuasai oleh kuasa alam ghaib, yang mana. akan terjadinya kejadian tidak diingini boleh menimpa pemain dan penonton semasa tarian ini sedang dipersembahkan.. Tarian Kuda Kepang mula berkembang di negeri Johor pada sekitar tahun 60. an. Impak daripada penghijrahan ini , secara tidak langsung masyarakat jawa membawa kesenian yang istimewa di dalam negeri ini. Pada mulanya, tarian Kuda Kepang ini. hanya dipersembahkan kepada penduduk-penduduk kampung sebagai alat hiburan untuk masyarakat di negeri Johor.. Seni persembahan tarian Kuda Kepang mula berkembang luas di kawasan dan daerah negeri Johor Darul Ta’zim. Pada tahun 1971, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian di Negeri Johor telah mengiktiraf seni persembahan tarian Kuda Kepang sebagai warisan kesenian rakyat. Pengiktirafan ini dibuat khususnya kepada masyarakat di negeri Johor. Tujuan utama yang diberi oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor adalah bertujuan bagi memilihara warisan seni persembahan tarian Kuda Kepang ini agar tidak pupus ditelan arus kemodenan dunia (Sharifah Syahirah Syed Othman, 2014).. Pada era komodenan yang semakin berkembang, tarian Kuda Kepang ini telah banyak diubah dari segi persembahan dan muziknya. Ia bertujuan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang tidak mahu tarian itu diselubungi unsur khurafat dan syirik. Transformasi yang dilakukan menjadi lebih kepada masyarakat dan bukan lagi benda yang menakutkan. Ini menjadikan tarian Kuda Kepang lebih mudah didekati dan mengekalkan warisan seni persembahan ini terutamanya masyarakat di negeri Johor. Menurut Akhbar Berita Harian bertarikh 23 April 2013 pemodenan dalam tarian Kuda Kepang ini sangat ketara bagai langit dan bumi. Suasana dikatakan lebih aman dan tenteram serta indah apabila dilangsungkan. Tarian Kuda Kepang ini. 4.
(19) di Parit Raja, Batu Pahat, Johor sangat dititkberatkan.. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN. FTKW. memang sangat unik dan indah. Oleh itu, pelestarian seni persembahan Kuda Kepang. Tarian Kuda Kepang ini adalah seni persembahan yang sangat unik kerana mempunyai nilai estetika pada tarian itu. Ia merupakan tarian yang menjadi seni tradisi masyarakat terutamanya di negeri Johor. Melihat kepada pentingnya tarian ini kepada masyarakat. usaha pelestarian dan pengekalan perlu dilakukan supaya tidak dilupakan oleh masyarakat pada masa ini. Kekurangan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan pelestarian sesuatu warisan amatlah perlu diatasi pada zaman ini. Pengekalan seni persembahan di Malaysia amatlah penting untuk dijadikan pembelajaran dan penghayatan kepada generasi akan datang (Syed Zainol Abidin 1995).. Keunikan seni persembahan Kuda Kepang oleh para penari dapat memberi kepuasan kepada penonton apabila melihatnya dan dapat menggerakkan pancaindera individu. Sesiapa yang mempelajari falsafah seni akan mempunyai perasaan yang lebih mendalam dan pengalaman yang berbeza dan kesannya mendapat kehidupan yang lebih bermutu. (Ahmad Sunwari Long 2008, 18). Namun begitu masyarakat terutamanya golongan remaja pada masa ini tidak mengambil berat atau memandang tinggi terhadap seni persembahan yang ada di Kampung Parit Raja Batu Pahat, Johor terutamanya tarian Kuda Kepang.. 5.
(20) Persoalan kajian ini dikemukakan bertujuan untuk beberapa tujuan iaitu:. i). Bagaimanakah sejarah dan perkembangan seni persembahan tarian Kuda Kepang di .Parit Raja bermula?. ii). FTKW. 1.3 PERSOALAN KAJIAN. Bagaimanakah penerimaan masyarakat di Parit Raja terhadap seni persembahan tarian Kuda Kepang pada kini?. iii). Apakah kaedah yang bersesuaian untuk usaha melestarikan seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja?. 1.4. PERSOALAN KAJIAN. Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa objektif kajian seperti di bawah:. i). Mengenalpasti sejarah dan perkembangan seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja.. ii). Mengkaji penerimaan penduduk Parit Raja, terhadap seni persembahan tarian Kuda Kepang pada masa kini.. iii). Membincangkan kaedah yang bersesuaian dalam usaha untuk pelestarian tarian seni persembahan Kuda Kepang di Parit Raja.. 6.
(21) FTKW. 1.5 SKOP KAJIAN. Peta 1: Lokasi Parit Raja Batu Pahat, Johor Daruk Ta’zim Sumber: Google Maps. Penyelidik menjalankan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Lokasi ini dipilih bagi menjalankan kajian kerana mempunyai aktiviti seni persembahan tarian Kuda Kepang. Parit Raja terkenal dengan aktiviti budaya seni persembahan tarian Kuda Kepang. Hal ini kerana, populasi penduduk di sana merupakan golongan keturunan Jawa yang masih melihat kepentingan memelihara seni persembahan Kuda Kepang.. Skop kajian ini membataskan kepada seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor yang mempunyai fokus utama iaitu pemeliharaan seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja. Pengkaji juga memberi tekanan kepada keunikan dan keistimewaan yang ada dalam tarian Kuda Kepang. Kajian ini dijalankan dengan merujuk kepada sumber-sumber ilmiah, internet, jurnal dan artikel-artikel yang berkaitan dengan seni persembahan Kuda Kepang. Kajian ini memfokuskan kepada 3 objektif utama dalam kajian ini.. 7.
(22) FTKW. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN. Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu kelestarian warisan seni persembahan tarian Kuda Kepang di Kg.Parit Raja Batu Pahat, Johor di pandang tinggi oleh masyarakat dan mendapat tempat di mata Negeri Johor dan Malaysia. Di samping itu,. kajian ini juga dijalankan untuk memberi banyak maklumat dan dapat berkongsi tentang keunikan dan keistimewaan tarian Kuda Kepang di Malaysia. Secara tidak langsung. kajian ini juga dapat membantu dan mendatangkan sesuatu sinar yang baru buat seni persembahan tarian Kuda Kepang di Kg.Parit Raja menjadi terkenal di mata dunia serta. menjadi satu inovasi kepada pembelajaran generasi muda akan tarian seni persembahan di Malaysia.. Selain itu, kajian ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada individu dan masyarakat kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang keistimewaan seni persembahan tarian Kuda Kepang dan sekaligus menerusi kajian dapat melahirkan sikap menghargai warisan budaya tidak ketara dalam kalangan generasi muda.. 1.6.1 Individu. Kajian ini berpotensi dan dapat memberi manfaat kepada individu. Hal ini kerana dengan mengkaji kajian ini individu dapat mengetahui tentang keunikan dan keistimewaan seni persembahan tarian Kuda Kepang dengan lebih meluas dan mendalam.. 8.
(23) FTKW. 1.6.2 Masyarakat. Kepentingan kajian ini kepada masyarakat ialah dapat menunjukkan sikap jati diri. kepada masyarakat tentang menghargai warisan budaya di tempat yang didiami. Tarian Kuda Kepang ini menjadi sinonim kepada masyarakat yang tinggal di Parit Raja, Batu. Pahat. Oleh itu, akan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai tarian ini.. 1.6.3 Kerajaan. Melalui kepentingan kajian ini dapat membantu pihak kerajaan mempromosikan kebudayaan seni persembahan tarian Kuda Kepang kepada semua golongan masyarakat agar mereka teruja dengan keistimewaan tarian Kuda Kepang. Ia juga berpotensi menjadi produk pelancongan kepada Negara.. 1.7 PEMBAHAGIAN BAB. Bab 1 menjelaskan kajian yang merangkumi pengenalan tajuk kajian yang telah dikaji oleh pengkaji. Kandungan bab ini menceritakan secara ringkas mengenai seni persembahan tarian Kuda Kepang seterusnya menerangkan permasalahan kajian yang dihadapi iaitu kurangnya pengetahuan generasi muda terhadap tarian ini dan tahap pemeliharaan untuk mengekalkan warisan ini. Dalam bab ini juga terdapat tiga persoalan kajian yang di kaji iaitu bagaimanakah sejarah dan perkembangan seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat bermula, bagaimanakah penerimaan masyarakat di Parit Raja terhadap seni persembahan tarian Kuda Kepang pada kini dan apakah kaedah yang bersesuaian untuk usaha pelestarian senipersembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja. Tujuan persoalan kini dilakukan. 9.
(24) FTKW. untuk menjawab selari dengan objektif yang ingin dicapai. Selain itu, pengkaji menjelaskan lokasi yang dipilih untuk melakukan kajian ini iaitu di Parit Raja, Batu. Pahat, Johor. Pengkaji memilih kawasan ini untuk dijadikan kajian kerana sebilangan besar masyarakat adalah masyarakat jawa dan mempunyai kelab Kuda Kepang yang. terkenal di kawasan itu. Akhir sekali, pengkaji juga menerangkan kepentingan kajian ini dilakukan terutama dalam kalangan individu, masyarakat dan kerajaan supaya tarian Kuda Kepang ini sentiasa terpelihara.. Dalam bab 2, pengkaji akan menghuraikan berkaitan sorotan kajian lepas dan juga pemilihan kerangka teori yang digunakan dalam kajian ini. Sorotan kajian yang dikaji oleh pengkaji adalah berkaitan pemeliharaan seni persembahan tarian Kuda Kepang serta sejarah dan perkembangan tarian ini. Pengkaji juga mengkaji tentang hubungan tarian Kuda Kepang dalam masyarakat. Dengan meniliti kajian lepas membantu pengkaji memperoleh maklumat dengan lebih tepat dan jelas kerana mempunyai pelbagai sumber yang dapat dijadikan sebagai rujukan serta ke arah tujuan menghasilkan kajian yang lebih berkualiti. Seni persembahan merupakan satu bentuk pertunjukan seni yang dipersembahkan secara langsung atau terus kepada penonton dan khayalak ramai (Jabatan Warisan Negara, 2020). Ia mempunyai empat elemen utama iaitu tempat, masa, ruang dan hubungan antara pelaku dan penonton. Secara amnya, seni persembahan bertujuan untuk mengekspresikan perasaan dan emosi yang merupakan suatu penyataan yang ingin disampaikan oleh si pelaku kepada penonton. Seterusnya, pengkaji melihat kepada aspek hubungan tarian Kuda Kepang dengan masyarakat. Melalui hasil kajian, menunjukkan tarian ini mempunyai hubungan dengan masyarakat kerana dapat memberi hiburan, kesan emosi dan mengisi keperluan yang tinggi kepada masyarakat. Pengkaji juga menerangkan teori yang digunakan bagi menjalankan kajian ini. Teori yang digunakan adalah teori semiotik. Teori ini dipilih kerana menumpukan kepada seni persembahan atau pertunjukan yang mempengaruhi pelbagai aspek masyarakat dan budaya.. 10.
(25) FTKW. Bab 3 pula membincangkan berkaitan metodologi kajian yang digunakan oleh. pengkaji dalam kajian ini. Pengkaji menyatakan kaedah kajian yang digunakan iaitu. pendekatan kualitatif yang meliputi temubual dan pemerhatian. Kajian kualitatif merupakan reka bentuk kajian anjal. Ianya kerana bentuk kajian kualitatif iaitu tidak menetapkan secara khusus apa dan bagaimana kajian hendak dijalankan pada. permulaan kajian (Trochim, 2006). Pendekatan kualitatif ini memudahkan pengkaji memperolehi maklumat yang lebih tepat dan jelas bagi mencapai objektif yang dibuat.. Pengkaji mendapatkan maklumat ini dalam kajian ini menggunakan dua sumber iaitu data sekunder dan primer. Data sekunder meliputi kajian menggunakan artikel, bukubuku akademik, jurnal, akhbar dan sumber-sumber yang berkaitan. Data primer pula melibatkan proses temubual dengan orang yang terlibat dengan seni persembahan tarian Kuda Kepang serta penduduk kampung sekitar kawasan Parit Raja Batu Pahat, Johor yang mempunyai pengalaman melihat tarian ini dari dahulu sehingga sekarang.. Bahagian bab 4, menghuraikan dan menjelaskan berkaitan analisis dapatan kajian yang dibuat dalam kajian ini secara menyeluruh. Maklumat yang diperolehi oleh pengkaji adalah melalui hasil temubual yang dilakukan kepada responden. Pengkaji akan menumbual ketua jurulatih seni persembahan tarian Kuda Kepang di Kampung Parit Raja, serta ahli kelab dan penduduk kampung di situ. Melalui kaedah temubual ini membantu pengkaji menjelaskan sejarah dan perkembangan tarian Kuda Kepang dengan lebih jelas dan tepat. Selain itu, menerusi temubual ini juga pengkaji berjaya untuk membuat satu ringkasan kajian dengan baik kerana memperolehi maklumat yang banyak.. Dalam bab 5, pengkaji cuba merumuskan berkaitan kajian yang telah dilakukan iaitu pemeliharaan seni persembahan tarian Kuda Kepang dalam kalangan masyarakat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Setiap bab yang dibuat oleh pengkaji berfungsi untuk menjelaskan beberapa aspek seperti pengenalan tajuk kajian, sorotan kajian, metodologi kajian, analisis kajian dan penutup.. 11.
(26) FTKW. 1.8 KESIMPULAN. Kesimpulannya, daripada bab ini pengkaji telah membincangkan dan menjelaskan tentang latar belakang mengenai seni persembahan tarian Kuda Kepang. Seni. persembahan tarian Kuda Kepang ini perlu dipelihara oleh masyarakat dan komuniti supaya tidak dilupakan. Hal ini kerana tarian Kuda Kepang ini mempunyai. keistimewaan dari sudut estetika dan membawa makna kepada masyarakat khususnya. di Negeri Johor. Setiap maklumat yang disampaikan adalah bertujuan untuk menjadi bahan rujukan kepada semua golongan masyarakat.. Pemodenan dunia pada masa ini membawa kepada masyarakat yang mengekar kecanggihan dan kepentingan diri. Ini menyebabkan warisan tidak dipandang tinggi dan mengabaikaannya sebagai salah satu alat yang tidak berharga. Walaupun begitu, warisan ini perlu sentiasa dipergiatkan aktivitinya supaya tidak hilang di telan arus dunia. Pentingnya penjagaan warisan budaya terutama warisan tidak ketara kerana ia tidak kekal dan berubah mengikut peredaran zaman. Oleh itu, warisan budaya tidak keatara seperti seni persembahan tarian Kuda Kepang ini sentiasa menjaga pelestariannya agar masih berharga di mata masyarakat.. Berdasarkan kajian diatas, dapat dibuktikan bahawa seni persembahan di Malaysia semakin dipandang rendah oleh masyarakat dan tidak dipelihara dan dikekalkan warisan ini terutamanya seni persembahan Kuda Kepang. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif yang akan dijalankan iaitu mengenalpasti asal usul seni persembahan Kuda Kepang di Parit Raja, Johor, menganalisis cara pemeliharaan seni persembahan Kuda Kepang, dan mengkaji keunikan dan keistimewaan seni persembahan Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.. 12.
(27) KAJIAN LITERATUR. FTKW. BAB II. 2.0 PENGENALAN. Kajian literatur adalah asas yang sangat penting kepada pengkaji kerana bagi memudahkan kajian yang dijalankan mempunyai rujukan dan garis panduan yang tepat, jelas dan nyata untuk menjalankan tugas. Kajian literature ini juga dikenali sebagai kajian lepas yang dilaksanakan dan dikaji oleh pengkaji lain. Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan segala fakta berkaitan dengan seni persembahan tarian Kuda Kepang pada zaman dahulu sehingga sekarang. Selain itu, dalam bab ini akan memberikan gambaran dengan lebih jelas kepada pengkaji dan pembaca tentang sesuatu yang dikaji dengan infomasi yang tepat bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan serta penyebaran ilmu yang tepat kepada yang lain. Di dalam bab ini akan dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu definisi tarian Kuda Kepang, sejarah dan asal usul tarian Kuda Kepang, perkembangan tarian Kuda Kepang, hubungan tarian Kuda Kepang dan masyarakat dan pemeliharaan seni persembahan tarian Kuda Kepang.. 2. 1. KAJIAN LEPAS. Kajian lepas merupakan kaedah untuk pengkaji akan menggunakan maklumat dan fakta yang telah dikaji oleh penyelidik sebelum ini. Kajian yang diteliti mestilah berkait dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Dalam menghasilkan kajian lepas pengkaji..
(28) FTKW. Melalui kajian lepas, kebanyakan bahan ilmiah dan artikel menerangkan tentang maksud warisan budaya, asal- usul seni persembahan khususnya tarian Kuda Kepang dan hubungan seni persembahan tarian Kuda Kepang dengan masyarakat.. 2.2. DEFINISI PEMELIHARAAN WARISAN. Pemeliharaan warisan membawa maksud yang berkait dengan kepentingan sesuatu ‘tempat’ dalam kehidupan kita (Marquis-Kyle, 1992). Pemeliharaan warisan dapat membantu menaikan semangat masyarakat yang akan menjadi kebanggaan dalam diri mereka.. Konsep pemeliharaan warisan adalah ‘Keaslian Pemuliharaan Warisan’. Keaslian dianggap sebagai aspek estetika tetapi proses bagi mengembalikannya adalah perkara etika. Pemeliharaan ini juga ditafsirkan suatu perbuatan dan mengekalkan sesuatu yang sedia ada, intergriti dan sturuktur (Howe BJ, 1997).. 2.2.1 Warisan Budaya Tidak Ketara. Warisan budaya tidak ketara dapat ditafsirkan sebagai perbahasan dan aspek bahasa seperti gurindam, peribahasa, tarian, muzik, teater, cerita rakyat dan ungkapan tradisi. Seni mempertahankan diri yang wujud di Malaysia adalah warisan budaya tidak ketara dalam masyarakat Malaysia (Hanapi Dollah, 2005).. 14.
(29) FTKW. Warisan budaya tidak ketara adalah sesuatu yang berkaitan adat resam dan pantang larang melalui pelbagai etnik di Negara ini. Antara warisan budaya tidak ketara. yang terhasil adalah budaya dan kepercayaan daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia seperti pemujaan buka kampung, ritual waktu kelahiran, kematian serta ritual tolak bala dan pengubatan (Mohd Yuszaidy,2018).. 2.3 DEFINISI SENI PERSEMBAHAN. Seni persembahan merupakan satu bentuk persembahan atau pertunjukkan kesenian melalui secara langsung kepada khayalak atau penonton. Ia melibatkan empat teras utama iaitu tempat, masa, ruang dan hubungan antara penari dan penonton (Jabatan Warisan Negara, 2016).. Seni persembahan ini terhasil apabila wujudnya kepercayaan manusia kepada kuasa alam ghaib atau alam di bawah sedar. Dengan wujudnya kepercayaan ini maka terjadilah seni persembahan yang bersifat ritual. Upacara ritual atau penyembahan yang dilakukan melalui tarian seni persembahan ini untuk mendapatkan pertolongan daripada kuasa ghaib supaya diberikan kekuatan dan semangat dalam setiap benda manusia sama ada perkara itu mendatangkan kebaikan atau keburukan (Mohd Kipli Bin Abdul Rahman, 2011).. Dari sudut pandangan yang positif, pertunjukkan seni persembahan ini dapat memberikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia dengan upacara ritual atau penyembahan. Dari sudut negatif pula ia akan mendatangkan musibah kepad pelaku dan penonton semasa ianya dimainkan. Masyarkat pada zaman dahulu menerapkan amalan ritual dalam kehidupan mereka dalam bentuk seni persembahan untuk memohon restu dan perlindungan serta semangat hidup dari kuasa ghaib.. 15.
(30) FTKW. Daripada konteks ini dapat dilihat bahawa seni persembahan tarian Kuda. Kepang dipandu oleh kuasa ghaib dan dipindahkan ke alam bawah sedar. Persembahan tarian Kuda Kepang ini dipercayai dimainkan untuk mendapatkan semangat roh bagi mendapatkan perlindungan kepada sesuatu tempat itu agar tidak ditimpa musibah atau dikuasai oleh pengaruh-pengaruh jahat (Roslina Abu Bakar, 2014).. Selain itu, dalam ritual memuja roh dalam tarian Kuda Kepang ini juga. melibatkan penggunaan jampi dan mantera. Jampi, serapah dan mentera yang. mempunyai unsur kata-kata seruan menggunakan nama jin, dewa-dewa dan berhala diucapkan semasa proses pemujaan berlaku (Amran Kasimin, 2004). Upacara menyeru jin dalam jampi dan mentera turut menggunakan kalimah Allah, sifat pada nama Allah, dan nama-nama dalam Islam dalam bahasa Arab.. 2.3.1 Sejarah Dan Asal Usul Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang. Asal usul seni persembahan tarian Kuda Kepang ini dipercayai datang dari pelbagai unsur dan kepercayaan masyarakat itu sendiri. Hal ini kerana terdapat beberapa sumber yang berbeza yang menyatakan asal usul kedatangan seni persembahan Kuda Kepang di Tanah Jawa. Oleh itu, pengkaji membuat kajian dengan menggunakan kajian lepas yang berkaitan dengan peristiwa kedatangan seni persembahan tarian Kuda Kepang.. Asal-usul tarian Kuda Kepang ini dikaitkan dengan kisah Saidina Ali yang sangat terkenal di mata dunia. Ini kerana Saidina Ali dipercayai mempunyai kehebatan yang luar biasa kerana beliau mampu membuat angkatan tentera peperangan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir sehingga tidak menyedarkan diri. Dengan kehebatan yang dibawa oleh Saidina Ali ia telah mewujudkan seni persembahan tarian Kuda Kepang yang sangat hebat dan luar biasa kerana tarian ini dipercayai mempunyai kuasa. 16.
(31) mendapat ilham daripada kisah peperangan askar berkuda Saidina Ali di Tanah Arab.. FTKW. ilmu ghaib antara dua alam (Zakaria Ariffin, 1990). Kesenian tarian ini dipercayai. Pengkaji lain berpendapat bahawa kewujudan tarian Kuda Kepang ini adalah. berhubung kait dengan ‘Wali Songo’ ke Sembilan yang berhijrah di Tanah Jawa pada abad ke 15. Tujuan persembahan tarian Kuda Kepang di dimainkan adalah untuk mengembangkan ajaran agama islam ke seluruh penduduk di Tanah Jawa. Namun usaha. kumpulan ‘Wali Songo’ pada peringkat awal tidak mendapat sambutan yang hebat oleh penduduk di Tanah Jawa. Hal ini dikatakan kerana semasa Wali Songo dan pengikutnya membuat penyebaran dakwah islam di kawasan-kawasan pendalaman, penduduk di kawasan itu akan lari bertempiaran serta menghilangkan diri kerana mereka berasa ketakutan.. Oleh itu, ahli ‘Wali Songo’ terus berusaha mencari jalan penyelesaian bagi mendekatkan diri dengan para penduduk di Tanah Jawa. Usaha yang dibuat oleh ahli wali songo ialah mengumpulkan penduduk kampung dengan menari menggunakan kuda beramai-ramai dihadapan orang ramai. Dengan pertunjukkan tarian kuda ini menjadikan usaha mereka berjaya menawarkan hati para penduduk di Tanah Jawa. Semenjak peristiwa ini berlaku, seni persembahan tarian berkuda ini telah menjadi adat dan permainan bagi masyarakat di situ (Berita Harian, 2019).. Ada pendapat lain yang menyatakan kuda kepanng berasal dari Wilayah Ponorgo Jawa Timur. Tarian ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang peperangan menentang penjajah dengan cara menunggang kuda (Yusmiliyati Yuno, 2020).. 17.
(32) FTKW. Masyarakat Jawa turut mempercayai bahawa permainan tarian Kuda Kepang ini. adalah datangnya dari alam kayangan. Kuda Kepang dikatakan berasal dari seekor kuda yang dipanggil ‘kuda Sembrani’ yang dipercayai datang dari Tanah Jawa. Tujuan kuda. Sembrani ini turun kedunia kerana mencari rakannya yang hilang. Apabila Kuda Sembrani telah berjaya berjumpa rakannya mereka melompat-lompat dan menari kegembiraan sehingga mereka tidak sedarkan diri. Keasyikkan tarian kedua-dua kuda. tersebut telah menarik perhatian masyarakat di Tanah Jawa pada ketika itu. Setelah peristiwa itu, terciptalah satu tarian di Tanah Jawa mengikut langkah kuda Sembrani dan digelar sebagai tarian Kuda Kepang (Irma Musliana, 2016).. 2.3.2 Perkembangan Dan Perubahan Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang. Seni persembahan tarian Kuda Kepang adalah satu kesenian kebudayaan masyarakat Jawa. Tarian Kuda Kepang adalah kesenian budaya masyarakat yang mempunyai nilai estetika yang tinggi kepada masyarakat (Nurul Haniza Samsudin, 2020).. Permainan tarian Kuda Kepang ini adalah merupakan tarian pahlawan berkuda iaitu kesenian yang lahir dari Jawa, Indonesia. Pada peringkat awal, tarian Kuda Kepang ini adalah bertujuan untuk menghalau penjajah di Pulau Jawa yang ingin menindas penduduk. Kemudian, tarian Kuda Kepang ini disebarkan dengan menerusi penjajahan ke Tanah Melayu terutamanya di negeri Johor (Amira Batrisya, 2019).. Seni persembahan tarian Kuda Kepang mempunyai perkembangan dan perubahan yang sangat ketara pada zaman dahulu dan sekarang. Tarian Kuda Kepang banyak mempengaruhi unsur syirik dan khurafat sehingga menimbulkan perasaan takut kepada penonton yang melihatnya (Orang Kata, 2019). Hal ini kerana, semasa permainan dijalankan akan menyebabkan penari naik ‘Sheikh’ serta mampu merasuk badan penonton yang menonton persembahan Kuda Kepang. Oleh itu, kajian ini diteliti. 18.
(33) tarian Kuda Kepang.. FTKW. daripada pengkaji terdahulu untuk membuktikan tahap perkembangan dan perubahan. Tarian Kuda Kepang atau jaran kepang adalah upacara ritual yang merupakan. suatu bentuk upacara yang mempunyai hubungan dengan kepercayaan atau agama yang dapat menghubungkan melalui sifat khusus yang membawa tanda hormat atau membawa erti kepada kesucian agama (Minmio, 2007).. Tarian Kuda Kepang dipertunjukkan melalui aspek penggabungan unsur animism atau spiritual, dan ia juga menunjukkan kaitan perhubungan manusia dengan alam ghaib pada sebelum, semasa dan selepas akhirnya persembahan. Unsur animism atau spiritual ini bertujuan untuk memberikan ketahanan dari segi fizikal dan mental supaya penari Kuda Kepang mempunyai keyakinan yang tinggi ketika melakukan persembahan di depan orang ramai (Roslina Abu Bakar, 2020).. Upacara ritual dalam tarian Kuda Kepang yang diamalkan oleh masyarakat Jawa sejak dari zaman animisme. Tarian Kuda Kepang mempunyai empat tahap semasa berlakunya proses upacara ritual. Pada tahap pertama, ritual pembukaan dilakukan bertujuan untuk memanggil makhluk ghaib dengan penyediaan santapan. Santapan ini dipercayai dengan memberi makanan akan menaikkan semangat roh yang dipuja dan memudahkan meresap ke dalam jasad penari yang bersemangat menari (Zakaria Ariffin, 1990).. Ensembel muzik diatur terlebih dahulu dengan menghadap ke arah ruang persembahan. Selepas itu, berlakunya upacara pemujaan roh yang dilakukan bagi menghormati makhlus halus dan meminta kebenaran makhluk ghaib atau penguasa ghaib bagi memulakan permainan tarian Kuda Kepang (Ralunan M.K, 2013).. 19.
(34) FTKW. Tarian Kuda Kepang pada masa ini telah mengalami sedikit perubahan dan tidak seperti tarian Kuda Kepang pada masa dahulu. Ianya tidak lagi menunjukkan unsur. khurafat dan syirik dan lebih menumpukkan kepada aspek tarian yang dipersembahkan. Hal ini bagi tujuan untuk mengelakkan masyarakat takut dengan tarian Kuda Kepang. ini dan ngin memberikan rasa gembira, kenikmatan apabila masyrakat melihatnya (Mohd Yazid Sabtu, 2018).. 2.3.3 Hubungan Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang Dengan Masyarakat. Kuda Kepang adalah kesenian rakyat yang sangat terkenal di Pulau Jawa. Ia mempunyai hubungan yang kuat dengan masyarakat pada masa itu kerana mereka mempercayai kepada animism dan dinamisme. Masyarakat mempercayai bahawa tarian Kuda Kepang ini yang dikatakan dapat menghadirkan roh binatang iaitu Kuda Kepang dapat menghalau roh jahat yang ada pada tempat tinggal mereka. Cara mereka melakukan pemujaan ini adalah dengan memasukkan roh Kuda Kepang melalui tubuh badan seseorang yang sedang menari seterusnya diarak mengelilingi kampung. Hal ini menjadikan tarian Kuda Kepang mempunyai kaitan dengan masyarakat di Pulau Jawa pada masa itu kerana mayarakat di kampung mengganggap bahawa dengan mengadakan upacara pemujaan ini akan menjaga keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan di perkampungan itu ( R.M Soedarsono, 1998).. Keunikan seni persembahan tarian Kuda Kepang adalah satu unsur gabungan animisme yang melambangkan identiti masyarakat Jawa. Di sebalik tarian ini mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Bagi masyarakat Jawa persembahan tarian Kuda Kepang ini dapat memberi hiburan, kesan emosi dan juga mengisi keperluan yang tinggi kepada masyarakat. Dengan penggabungan jalinan unsur spiritual atau animisme dan hubungan manusia dengan alam ghaib mempunyai hubungan yang erat antara satusama lain bersama masyarakat (Roslina Abu Bakar, 1994).. 20.
(35) FTKW. 2.4 KERANGKA TEORI. Penyelidik menggunakan Teori Semiotik dalam menjalankan kajian ini. Teori semiotik ini dipilih oleh pengkaji kerana bersesuaian dengan kajian yang dijalankan iaitu tertumpu kepada seni persembahan atau pertunjukan yang mempengaruhi pelbagai aspek kepada masyarakat dan budaya.. Teori semiotik merupakan konsep ‘semiology’ yang dipelopori oleh Saussure. Teori ini berfokus kepada tanda atau simbol dalam konteks semiotik yang berfungsi dalam menyampaikan mesej berbentuk bahasa visual, metofora, komunikasi dan tingkah laku. Teori semiotik merupakan sebuah teori yang berkaitan lambang yang dikomunikasikan. Teori ini biasanya digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu termasuklah seni pertunjukan. Seni pertunjukan berfungsi untuk memahami sistem simbol yang membawa kepada peristiwa sesebuah seni persembahan (Abdul Latiff Abu Bakar, 2016). Contohnya, dalam tarian seni persembahan, Kuda Kepang adalah simbol dalam tarian ini dengan menyampaikan mesej melalui tingkah laku iaitu semasa Kuda Kepang ini ditarikan bertujuan untuk membersihkan sesebuah perkampungan itu daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka.. Tokoh teori semiotik iaitu Ferdinand de Saussure yang mengkaji bahasa percaya bahawa sesebuah bahasa terbina melalui struktur yang mengandungi tandatanda dalam bahasa itu dan mempunyai makna tersendiri. Menurut Saussure, bahasa merupakan suatu sistem tanda yang mempunyai fungsi (Mana Sikana, 2005).. Sander Pierce merupakan seorang lagi tokoh dalam teori semiotik. Pierce dianggap tokoh pertama yang menggunakan dan mempopularkan istilah semiotik ini. Beliau menginterpretasikan bahasa berperanan sebagai sistem lambang. Dalam bidang. 21.
(36) FTKW. kesenian, teori ini dapat diaplikasikan melalui peranan seniman dan penonton sebagai pengamat simbol atau lambang dan proses bagi memahami pertunjukkan sesuatu karya.. Menurut Morris (1946), dalam proses perlembagaan, setiap lambang. mempunyai nilai tertentu seperti ketergantungan (dependence), keterpisahan (detachment) dan keunggulan. Berdasarkan nilai dan fungsi dalam berkomunikasi, lambang merupakan sesuatu gambaran dan perlakuan. Lambang dapat membawa. maksud petanda yang baik dan kurang baik (Schranm & Petter, 1992). Contohnya, dalam seni persembahan, Kuda Kepang menunjukkan simbol penari Kuda Kepang yang. menari dengan mengenjutkan badan, duduk dan sambil mendongakkan kepala. Mengenjutkan badan menunjukkan pergerakan yang serupa dengan kuda sedang berjalan dan bergerak. Pergerakan mendongak kepala membawa maksud gerakan seperti kuda sedang berlari dan pergerakkn duduk dapat menggambarkan kuda itu sedang menari dan berjoget.. Menurut Russel (1958), tarian dalam penghasilan teater tidak semestinya diiringi dengan nyanyian atau sebaliknya. Ia juga dimainkan ditempat-tempat tertentu. Tarian yang dipersembahkan dapat menyampaikan sesuatu makna. Oleh itu, dalam persembahan ini memerlukan pergerakan ekspresif dan sepenuhnya berperanan sebagai medium komunikasi.. Dalam seni persembahan tarian Kuda Kepang, gerak geri aksi luar biasa perlu ditarikan oleh penari agar dapat dipandu oleh kuasa ghaib dan mudah untuk beralih ke alam bawah sedar. Ini kerana tarian Kuda Kepang ini dipercayai dikuasai sepenuhnya oleh kuasa ghaib untuk memudahkan berkomunikasi dengan alam roh. Dengan itu, penyampaian dilakukan dengan aksi luar biasa oleh penari agar dapat berkomunikasi dengan makhluk ghaib.. 22.
(37) FTKW. Pada hakikatnya, tiada hubungan secara mutlak antara satu lambang dengan apa yang ingin dilambangkan kerana lambang merupakan sesuatu yang dinamik (Elam,. 1983). Mengikut prinsip lambang yang digunakan di atas pentas digunakan untuk menyampaikan fenomena apa sahaja. Contohnya, tarian Kuda Kepang hanya boleh dilakukan di atas pentas yang luas atau kawasan tanah yang lapang. Kawasan yang. dipilih untuk melakukan tarian ini perlu dipagar menggunakan tali supaya dapat memisahkan ruang persembahan dan penonton. Perkara ini dilakukan kerana dikhuatiri para penari Kuda Kepang akan mencederakan penonton kerana dirasuk oleh makhluk. ghaib. Sifat lambang atau simbol yang tidak berkaitan membenarkan pelbagai sistem lambang iaitu boleh digabungkan untuk memberikan gambaran yang hampir serupa dengan objek atau mesej yang ingin disampaikan.. Akhir sekali, teori semiotik merupakan satu teori yang berkembang dalam pelbagai bidang disiplin ilmu dan sosial. Teori ini meletakkan kepentingan simbol dan lambang sebagai alat komunikasi dan penyampaian sesuatu makna. Dalam seni persembahan, teori semiotik ini digunakan untuk mengkaji aspek-aspek verbal iaitu dalam dialog mengikut teks yang disediakan dan non-verbal seperti mimic muka, gerak geri, pakaian atau busana yang digunakan di atas pentas.. 2.5 KESIMPULAN. Kesimpulannya, daripada hasil penetilian pengkaji, banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan pelestarian dan pemeliharaan tarian Kuda Kepang oleh beberapa pengkaji sebelum ini terutamanya di kawasan Parit Raja Batu Pahat, Johor. Seni persembahan tarian Kuda Kepang ini haruslah sentiasa dilestarikan untuk pengekalan aktiviti warisan budaya yang menjadi lambang identiti bagi sesuatu tempat. Malaysia merupakan sebuah negara yang menuju ke arah pemodenan dan kini semakin pesat membangun.. 23.
(38) muda agar tidak dilupakan begitu sahaja disebabkan mengejar kecanggihan dunia.. FTKW. Oleh itu, seni persembahan ini mestilah dijaga dan dikembangkan kepada generasi. Selain itu, tarian ini juga mampu menjadi produk pelancongan Negeri Johor. serta Negara Malaysia. Hasil daripada penyelidikan mendapati bahawa tarian Kuda Kepang ini masih dimainkan dan dipersembahkan sehingga hari ini walaupun tidak. serancak pada waktu dahulu. Bagi merancakkan dan mengekalkan seni persembahan. tarian Kuda Kepang ini di mata masyarakat terutamanya generasi muda, langkah yang berkesan perlulah dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab demi menjaga kelestarian seni persembahan tarian Kuda Kepang.. 24.
(39) METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENGENALAN. FTKW. BAB III. Dalam bab 3 ini, ia membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji bagi menjalankan kajian ini. Tujuan metodologi kajian ini dijalankan ialah dapat memberi penjelasan yang tepat bagaimana sesuatu kajian dijalankan, data-data diperolehi dan analisis yang tepat. Menurut Hornby (1985), metodologi adalah satu set kaedah yang digunakan bagi menjalankan sesuatu kajian ke atas kajian yang tertentu. Bagi Ustazkenali (2013) pula, metodologi kajian adalah satu keadah dan teknik reka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang kukuh untuk menyakinkan sesuatu kajian. Tujuan metodologi ini dibuat adalah bagi membantu dengan lebih terperinci tentang pengaplikasian kaedah serta membuat huraian tentang kajian yang dijalankan. Bagi mendapatkan maklumat yang tepat pengkaji mestilah mengikuti segala estetika penyelidikan bagi menjamin kualiti tentang penyelidikan yang akan dihasilkan. Oleh itu, dalam bahagian ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, lokasi kajian, persampelan data, persampelan kajian, instrument kajian kaedah analisis data dan kesimpulan. Tujuan kajian ini dilakukan bagi menghasilkan kajian yang berkualiti dan baik.. 3.1 KAEDAH KAJIAN. Kaedah kajian merupakan cara bagi mendapatkan data atau maklumat dengan menggunakan dua kaedah atau pendekatan. Pendekatan pada kaedah kajian ialah pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitif. Kajian lapangan yang dijalankan dalam kajian ini berdasarkan dua data iaitu data sekunder dan data primer. Kedua-dua data ini.
(40) FTKW. menggunakan kaedah yang berbeza. Data sekunder merangkumi kaedah perpustakaan,. sumber ilmiah dan sesawang rasmi manakala data primer pula dikumpul menerusi kaedah temu-bual, pemerhatian dan soal selidik.. 3.1.1 Kaedah Kualitatif. Merujuk Taylor dan Bogdan (1984), data kualitatif berbentuk diskriptif adalah kata-. kata lisan yang dapat diamati. Data kualitatif terbentuk daripada tiga jenis data iaitu yang. pertama data melalui hasil pemerhatian. Data ini dibuat dengan uraian terperinci. tentang sesuatu situasi, tingkah laku dan interaksi yang diperhatikan di lapangan. Jenis seterusnya adalah hasil pembicaraan iaitu melakukan kutipan secara langsung dari pernyataan orang- orang yang berpengalaman, sikap, pemikiran dan keyakinan mereka dalam sesi temubual. Akhir sekali, data daripada bahan bertulis merujuk kepada petikan atau keseluruhan dokumen, rakaman, surat-menyurat dan kes sejarah (Patton, 1990).. Pengkaji menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dalam menjalankan kajian ini. Kaedah kualitatif ini dapat memberikan informasi yang lebih jelas dan terperinci berkaitan seni persembahan tarian Kuda Kepang. Pengumpulan data merupakan tujuan utama bagi memperolehi maklumat yang lebih mendalam dan terperinci. Pengumpulan data (data collection) merujuk kepada peringkat yang berlaku proses penyelidikan iaitu pengkaji menggunakan teknik dan kaedah saintifik bagi mengumpulkan data sistem untuk tujuan menagalisa (Ummi Abidah, 2019). Kaedah persampelan yang digunakan oleh pengakaji dalam kajian ini ialah kaedah ‘snow ball sampling’. Snowball sampling ini adalah kaedah yang terbaik bagi memberikan data yang lebih tepat dan jelas kepada pengkaji.. 26.
(41) FTKW. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN. Reka kajian adalah suatu perkara penting bagi sesuatu kajian dijalankan kerana menjadi. panduan memastikan objektif kajian tercapai dan sekaligus dapat menjawab persoalan. kajian. Kajian ini dijalan adalah untuk mengenalpasti sejarah perkembangan seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, mengkaji penerimaan penduduk Parit Raja terhadap seni persembahan tarian Kuda Kepang pada. masa kini dan membincangkan kaedah yang bersesuaian dalam usaha untuk pelestarian seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja.. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah kajian yang bersifat deskriptif. Ia juga adalah salah satu kajian berdasarkan gambaran yang telah sedia ada. Pengumpulan data yang dibuat pengkaji dengan menggunakan kajian yang berbentuk kaedah kualitatif. Tujuan pengkaji memilih rekabentuk kajian kualitatif kerana ia kajian yang dibina memerlukan pemerhatian, temu bual, soal selidik dan kajian kepustakaan.. Menurut Lexy (2007), pendekatan kaeadah kualitatif adalah suatu prosedur penyelidikan yang akan menghasilkan data gambaran yang lebih jelas. Tradisi tertentu dalam mendalami ilmu pengetahuan sosial melalui cara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia pada tempat mereka sendiri. Ianya mempunyai kaitan dari segi bahasa dan peristilahan (Krik & Miller, 1986).. Kaedah Kualitatif merupakan kajian kes yang dilaksanakan bertujuan untuk menghimpunkan data dan memperoleh maklumat dan mendapatkan pemahaman yang lebih jelas dalam sesuatu kes. Menurut Cresswell (1998) proses pengumpulan data ialah mengenalpasti individu atau tapak, mendapatakan akses dan membuat rekod, mengumpul. data,. persampelan,. merekod. menyelesaikan isu-isu lapangan yang dikaji.. 27. maklumat,. menyimpan. data. dan.
(42) FTKW. Pengkaji akan menjalankan kajian dengan menggunakan reka bentuk kajian secara. langsung kepada keadah dan bagaimana mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan kajian yang telah dinyatakan.. Sehubungan dengan itu, untuk mencapai objektif dalam kajian ini, pengkaji. akan membuat pembahagian kepada beberapa peringkat bagi memperoleh data yang. tepat. Peringkat pertama, pengkaji telah melakukan penyelidikan dan kajian oleh sebahagian para penyelidik yang membuat penyelidikan yang telah mereka hasilkan sebelum ini.. Pada peringkat seterusnya, pengkaji membuat tinjauan di sekitar kawasan kajian. Tujuan pengkaji membuat tinjauan dan meneliti tentang kawasan kajian adalah untuk mencari individu atau kumpulan yang masih bergiat dalam seni persembahan tarian Kuda Kepang dan memilih 30 orang penduduk kampung yang terpilih yang boleh dijadikan sampel kajian dalam penyelidikan ini.. Peringkat ketiga ialah pengkaji telah membina beberapa instrument kajian iaitu borang soal selidik dan soalan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada responden yang dipilih. Selain itu, pengkaji juga menggunakan telefon bimbit untuk tujuan merekod perbualan dan maklumat yang diberikan oleh responden dengan lebih tepat. Pengkaji juga menggunakan buku nota bagi mencatat segala info yang diberikan oleh responden ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji meneliti sumber yang diperoleh pada masa membuat kajian kelak.. Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah temubual. Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada responden. Teknik tembual ini juga dapat memberi ruang kepada pengkaji untuk mendapatkan maklumat. 28.
(43) bual orang yang terlibat dan berpengalaman dengan tarian ini.. FTKW. yang lebih spesifik mengenai seni persembahan tarian Kuda Kepang dengan menemu. Pengkaji memperoleh maklumat-maklumat kajian ini daripada sumber-sumber. sekunder iaitu daripada kajian perpustakaan yang menggunakan jurnal, artikel-artikel, majalah, buku-buku akademik dan sebagainya. Selain itu, pengkaji menggunakan laman sesawang bagi mencari maklumat yang berkaitan Seni Persembahan Kuda Kepang.. Apabila proses yang dijalankan semua telah selesai pengkaji akan memulakan proses kaedah penulisan yang mana ia merangkumi sama ada tajuk yang diplih dalam kajian ini tercapai atau tidak. Pada akhirnya, kajian ini akan memperolehi kesimpulan dengan melihat melalui keputusan yang akan diperolehi menjawab objektif yang dibina oleh pengkaji. Dalam hasil kajian ini, pengkaji akan dapat banyak maklumat daripada responden tentang seni persembahan tarian Kuda Kepang.. 29.
(44) FTKW. Permasalahan kajian. Objektif kajian. Kajian lepas. Kajian lapangan. Kaedah Primer •. Temubual. •. Kajian Lapangan. Kaedah Sekunder •. Kajian perpustakaan. Analisis data. Kesimpulan. Carta Alir 1: Rekabentuk Kajian. 3.3 DATA PRIMER. Data Primer merupakan data yang berasal dari sumber asli yang dikumpulkan untuk menjawab persolan kajian (Yusuf, 2003). Data-data dikumpulkan oleh penyelidik kajian lapangan atau proses eksperimental seperti temubual, soal selidik, pemerhatian. 30.
(45) FTKW. dan sebagainya. Data primer ini merujuk kepada sumber data yang tidak tersedia dalam bentuk laporan atau fail. Pengumpulan data primer boleh dibuat secara aktif dan pasif.. Pengkaji akan mengumpulkan data primer ini bagi tujuan mengumpulkan. hipotesis yang telah dibuat dalam melakukan kajian ini. Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data primer dalam kajian ini. Antaranya, pengkaji. menggunakan kaedah temu bual iaitu kaedah ini akan dapat membantu pengkaji. mendapatkan maklumat dengan lebih teliti berdasarkan temubual yang dibuat oleh respoenden di Kampug Parit Jawa dalam perkara yang berkaitan seni persembahan Tarian Kuda Kepang. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah temubual, dan kaedah pemerhatian.. 3.3.1 Kaedah Pemerhatian. Kaedah pemerhatian adalah satu langkah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji bagi mengukur pembolehubah penyelidikan yang dijalankan. Pemerhatian juga merupakan kaedah untuk mengumpul data atau maklumat yang lebih tepat. Melalui kaedah pemerhatian ini, pengkaji dapat memerhati sesuatu tingkah laku yang berlaku melalui pemboleh ubah yang dikenalpasti.. Terdapat beberapa kategori dalam kaedah pemerhatian seperti kategori unit tingkah laku, tingkah laju, generalisasi, para pentafsir pemerhati dan penggunaan serta tingkah laku (Kerlinger, 1973). Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri yang perlu direkod dan diperhatikan.. 31.
(46) FTKW. Pengkaji menjalankan kajian ini dengan menggunakan dua bahagian kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian secara penglibatan dan pemerhatian secara terus. Kaedah. penglibatan ini memerlukan pengkaji dalam komuniti dan kumpulan yang melakukan seni persembahan tarian Kuda Kepang. Kaedah pemerhatian ini berperanan untuk pengkaji merujuk kepada proses kajian yang menghubungkaitkan hubungan sosial antara pengkaji dengan subjek kajian.. 3.3.2. Kaedah Temubual. Kaedah temubual merupakan kaedah penggunaan bagi mengumpul data dan mendapatkan maklumat dalam kajian yang dijalankan. Cara pelaksanaan kaedah ini dengan melakukan temu bual secara lisan dan setiap jawab yang dijawab oleh responden perlu direkod oleh pengkaji secara bertulis ataupun melalui rakaman.. Pengkaji menggunakan kaedah ini dengan menyediakan dan membina soalan yang mudah agar responden dapat menjawab kajian ini dengan jelas dan teliti. Temubual ini dilakukan dengan membuat temujanji dan menemubual pengasas seni persembahan tarian Kuda Kepang di Batu Pahat, Johor. Di samping itu, temubual juga dilakukan dengan memilih beberapa orang kampung bagi menjawab persoalan berkaitan seni persembahan tarian Kuda Kepang.. 32.
(47) Membina dan merangka soalan temubual. Menyemak soalan temubual. FTKW. Mengenalpasti soalan untuk menjalankan temu bual. Memastikan soalan yang dibuat betul. Menjalankan temubual. Carta Alir 2: Pembinaan Soalan Temubual. 3.4. DATA SEKUNDER. Data sekunder merupakan data yang telah dikaji dan dikumpulkan oleh pengkaji lain (Marican, 2005). Sebagai contoh, data-data yang terdahulu dikumpul untuk tujuan kajian. Data-data tersebut masih lagi relevan untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian atau dikembangkan kepada info mahupun. formulasi pada masa kini. Contoh. data sekunder yang boleh didapati adalah dokumen awam seperti arkib, dokumen, laporan formal, kaedah kepustakaan, majalah, surat khabar, dan sebagainya.. 33.
(48) FTKW. 3.4.1 Kajian Kepustakaan. Kajian kepustakaan dilakukan mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan kajian ini. Antara tempat yang digunakan oleh pengkaji bagi mencari maklumat tentang tempat kajian adalah seperti Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan, Perpustakaan Awam Johor Bahru, dan banyak lagi. Pengkaji juga merujuk kepada keratan akhbar, kajian penyelidik dan penulisan pengkaji sebelum ini.. 3.4.2. Sumber Internet. Selain daripada rujukan bahan-bahan ilmiah, pengkaji juga akan merujuk kepada sumber internet dalam menambah maklumat untuk memperoleh data kajian. Kesemua data-data penting ini akan dianalisis dan dimasukkan ke dalam laporan kajian.. 3.5. KAEDAH ANALISIS DATA. Pengkaji akan memilih kaedah termatik untuk menjalankan kajian ini. Menganalisis data dengan melalui beberapa proses iaitu membuat transkripsi data temu bual. Apabila selepas mendapatkan data, pembacaan semula akan dilakukan dan menetapkan jawapan temubual yang tepat. Selepas itu, pengkaji akan membuat triangulasi data dengan membuat subkumpulan dan meletakkan kod bagi setiap kumpulan yang dipilih. Setelah selesai proses ini pengkaji akan membuat semakan bagi pengesahan data daripada responden untuk dimasukkan dal am dapatan kajian.. 34.
(49) Proses Transkripsi Data Triangulasi Data Pembacaan Semula. FTKW. Semakan untuk pengesahan. Pemilihan subkumpulan Penentuan Tema Pemilihan kod kumpulan. Carta Alir 3: Analisis Data. 3.6 KESIMPULAN. Tuntasnya, bagi menjalankan penyelidikan mempunyai pelbagai kaedah yang akan digunakan oleh pengakaji antaranya dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kualitatif merupakan kaedah yang dimana penngkaji perlu pergi ke tempat kajian dan menjalankan beberapa servei. Kaedah ini dilakukan secara tinjauan dan menemubual bersama penduduk serta masyarakat di kawasan kajian. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah sekunder iaitu kaedah internet, pusat sumber dan rujukan ilmiah.. 35.
(50) FTKW. Kesimpulan daripada bab ini, menunjukkan bahawa kajian yang berkualiti terhasil dengan penggunaan kaedah metod yang terbaik. Dengan menggunakan kaedah. yang ditetapkan, pengkaji yakin bahawa kajian ini mengikut prosedur yang ditetapkan dan kualiti yang baik. Metodologi kajian ini dibuat dengan tujuan agar memudahkan. pengkaji untuk mendapatkan maklumat daripada responden dengan lebih tepat.. Seterusnya, pengkaji berharap agar kajian yang dijalankan dapat memenuhi dan mencapai objektif utama dan mencapai matlamat yang disasarkan. Ini bertujuan untuk. melihat sejauh mana penglibatan masyarakat dalam memelihara seni persembahan tarian Kuda Kepang di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor.. 36.
(51) DAPATAN KAJIAN 4.0 PENGENALAN. FTKW. BAB IV. Setiap masyarakat di Negara mempunyai adat tradisi mereka tersendiri dari segi kepercayaan, pakaian, pemakanan dan seni persembahan. Setiap seni persembahan yang. di bawa di setiap Negeri di Malaysia membawa makna dan melambang identiti. di tempat tersebut. Sebagai contoh, di negeri Terengganu terkenal dengan tarian Ulek Mayang sehingga mendapat tarikan di mata masyarakat. Di negeri Johor pula, terkenal dengan tarian zapin dan juga tarian Kuda Kepang. Tarian Kuda Kepang amat terkenal di negeri ini sejak dahulu sehingga lah kini. Seni persembahan Kuda Kepang ini telah diiktiraf sebagai lambang budaya Negeri Johor oleh Universiti Malaya 1970 (Akhbar Berita Harian, 2015).. Seni persembahan tarian Kuda Kepang ini mempunyai keistimewaan dan makna tersendiri yang dekat dengan kehidupan masyarakat sejak kedatangannya di Negeri Johor terutamanya masyarakat jawa di Parit Raja, Batu Pahat. Keistimewaan yang dibawa oleh seni persembahan tarian Kuda Kepang adalah ianya dapat menghiburkan hati masyarakat terdahulu dengan melihat persembahan Kuda Kepang yang dimainkan oleh pemain dan mempunyai makna sejarah yang mendalam masyarakat Jawa.. Dalam bab ini, akan diterangkan secara terperinci tentang analisis data yang telah dijalankan oleh pengkaji. Bab ini merupakan elemen yang paling penting bagi pengkaji untuk menjawab objektif kajian dan permasalahan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini. Dapatan kajian tertumpu tiga objektif utama yang telah dinyatakan oleh pengkaji iaitu yang pertama mengenalpasti sejarah dan perkembangan.
(52) FTKW. seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat, kedua mnengkaji penerimaan penduduk Parit Raja, Batu Pahat terhadap seni persembahan tarian Kuda. Kepang pada masa kini dan objektif yang ketiga membincangkan kaedah yang bersesuaian dalam usaha untuk pemeliharaan seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja.. 4.1 ANALISIS TEMUBUAL RESPONDEN. Bab ini menerangkan data-data yang pengkaji perolehi daripada hasil temubual bersama responden yang mengetahui dan mempunyai pengalaman tentang seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat. Perlaksanaan kaedah temubual ini merupakan kaedah kualitatif.. Gambar 1: Pengkaji Bersama Responden Pertama Sumber: Kajian Lapangan, 2021. 38.
(53) FTKW. 4.1.1 Kaedah Temubual. Kaedah temubual adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam dapatan kajian bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Selain itu, ia juga dapat berkongsi data yang lebih terperinci dan luas tentang seni persembahan tarian Kuda Kepang.. Gambar 2: Responden Kedua Sumber: Kajian Lapangan, 2021. Pengkaji telah melakukan sesi temubual dengan 3 orang responden dalam proses mengumpulkan maklumat tentang kajian pengkaji. Responden yang di tembubual adalah En Miskon bin Karim yang merupakan Ketua Seni Persembahan Kuda Kepang di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Saudara Mohd Syafiq Bin Budiman (Ahli aktif dalam seni persembahan tarian Kuda Kepang) dan En. Nain Bin Ahmad (penduduk lama di kampung berkenaan.. 39.
(54) FTKW Gambar 3: Gambar Semasa Proses Temubual Sumber: Kajian Lapangan, 2021. 4.2 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SENI PERSEMBAHAN TARIAN KUDA KEPANG DI PARIT RAJA, JOHOR. Asal usul seni persembahan tarian Kuda Kepang dikatakan bermula daripada Jawa. Ia merupakan tarian yang sangat popular oleh masyarakat jawa yang mempunyai makna peninggalan sejarah oleh generasi terdahulu (Mutiara Dini Primestri, 2016).. Menurut Encik Miskon Bin Karim, asal usul kedatangan seni persembahan tarian Kuda Kepang ini dikatakan dari jawa timur, Indonesia. Tarian ini merupakan satu alat hiburan kepada penduduk kampung pada zaman dahulu. Pada tahun 1940-an berlaku penghijrahan masyarakat Jawa, Indonesia ke Tanah Melayu terutamanya di kawasan Parit Raja , Batu Pahat menyebabkan tersebarkan seni persembahan tarian Kuda Kepang kepada masyarakat di kawasan ini.. 40.
(55) Pada mulanya orang kampung menjadikan Kuda Kepang ini sebagai satu hiburan, waktu tu bila tiba je petang hari ramai budak-budak berkumpul di tengah pada lapang … “sekejap saya nak angkat fon dulu” … okay saya sambung yang tadi … diaorang berkumpul lalu diambilnya bahan dari pokok jadikan seperti kuda dan berlawan sesama mereka pada waktu petang…. Selepas dari itu Kuda Kepang ini semakin disukai oleh penduduk kampung bukan saje kanak-kanak, orang tua pun dah ikut serta. FTKW. ‘’Kuda Kepang ni datangnya dari jawa belah timur di sana……. ‘hahaha’. Disebabkan tu Kuda Kepang terus berkembang di sini lagi lagi penduduknya kebanyakkan berketurunan jawa macam saya ni’’. (R1, 2021). Bagi Mohd Syafiq Bin Budiman pula, beliau turut menyokong kenyataan bahawa tarian Kuda Kepang berasal dari Jawa Timur Tengah yang menjadikan tarian ini sebagai tradisional rakyat pada masa dahulu. Ia merupakan tarian terpenting dalam masyarakat Jawa Timur bagi menghiburkan hati penduduk kampung. Pada zaman dahulu, berlakunya perpindahan secara besar-besaran masyarakat Jawa di Tanah Melayu untuk aktiviti perniagaan dan perdagangan. Apabila sudah menetap di kawasan Tanah Melayu mereka mula menyebarkan kebudayaan yang dibawa dan dipersembahkan kepada masyarakat di kampung.. Seni persembahan tarian Kuda Kepang ini juga mempunyai pendapat kedatangan yang berbeza iaitu dari Tanah Arab dan Parsi. Menurut Dewan Bahasa (1982), pada abad ke-13 tahun Masihi , pelaut-pelaut daripada Jawa berhijrah ke Timur Tengah dan membawa tarian Kuda Kepang ini dengan tujuan dipersembahkan kepada masyarakat. Tarian ini dalam merupakan titik gambaran tingkah laku perwira Arab dibawah kempimpinan Saidina Ali yang menunggang kuda semasa berperang dengan musuh Islam.. 41.
(56) FTKW. Fakta ini ditekankan melalui temu bual bersama responden iaitu En. Mohd Nain Bin Ahmad menyatakan bahawa kedatangan tarian Kuda Kepang ini adalah dari tanah Arab yang pada mulanya bertujuan untuk menyebarkan agama Islam melalui. penunggang kuda dan ia menggantikan Kuda Kepang sebagai alat tarikan penduduk.. Dengan penghijrahan masyarakat Jawa ianya terus merebak sehingga ke Tanah Melayu dan kemudian tarian Kuda Kepang kepada penduduk kampung di sekitar Kampung Parit Raja, Johor.. “Erm…… yee Kuda Kepang ini datang dari tanah Jawa Timur, lepastu penduduk dekat sana ramai-ramai pindah dekat daerah Batu Pahat ni untuk aktiviti jual beli… lama-lama masyarakat jawa ni makin banyak tinggal dekat sini.. kalau tengok sekarang ni boleh kata setiap penduduk dekat daerah Batu Pahat ni berketurunan Jawa, sebab tu lah diaorang kenalkan tarian Kuda Kepang ni dekat kita sebagai salah satu tarian tradisional dan jadi tarikan kepada penduduk dekat sini”. (R2, 2021). “Bagi saya Kuda Kepang ni datang dari Arab sebab ada kumpulan yang dikatakan sebagai “Wali Songo” nak sebarkan ajaran agama islam melalui tarian Kuda Kepang ini. Dengan lenggak lenggong tarian tu jadikan orang kampung suka dengan Kuda Kepang sebab rasa terpersona” (R3, 2021). 42.
(57) FTKW. Secara kesimpulannya, asal-usul seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit. Raja Batu Pahat, Johor adalah dari Jawa, Indonesia. Ianya datang ke Tanah Melayu selepas penghijrahan orang Jawa dan diperluaskan lagi tarian Kuda Kepang ini kepada penduduk kampung berkenaan.. Gambar 4: Permainan Tarian Kuda Kepang Sumber: Carian Google. 4.2.1. Perkembangan Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang. Negara Malaysia kaya dengan kepelbagaian masyarakat peribumi yang datang berhijrah daripada Indonesia seperti Acheh, Jawa, Minangkabau dan Batam. Masyarakat peribumi ini fasih dengan bahasa Melayu, beragama Islam dan duduk dalam sekumpulan masyarakat melayu di Malaysia. Kedatangan mereka ke tanah melayu ini membawa pengaruh yang sangat kuat dalam ilmu kesenian dan kebudayaan terutamanya seni persembahan tarian Kuda Kepang yang di bawa oleh masyarakat Jawa, Indonesia ke Tanah Melayu (Idham, 2006).. 43.
(58) FTKW. Tarian Kuda Kepang semakin lama semakin berkembang di tanah melayu terutamanya di kawasan Kampung Parit Raja, Johor. Pada mulanya ianya dimainkan. oleh sekumpulan kecil di sebuah kampung dan ianya mendapat perhatian penduduk kampung yang lain di kawasan Parit Raja (Margono Anuar, 2018). Oleh itu, mereka. berlawan sesama sendiri dalam tarian Kuda Kepang dan menjadi satu tarian tradisi masyarakat di situ. Selepas itu tarian ini semakin berkembang dan terkenal di seluruh. Negeri Johor. Pada tahun 1971, tarian Kuda Kepang ini telah diiktiraf oleh Jabatan kebudayaan dan kesenian di negeri Johor sebagai kesenian budaya masyarakat khususnya di negeri Johor (Azrul Affandi Sobri dan Mohd Nasaruddin Parzi, 2015).. Maklumat yang diberikan oleh respoden pertama iaitu En Miskon bin Karim menerangkan tarian Kuda Kepang ini berkembang di kawasan Parit Raja, melalui permainan sekumpulan penduduk kampung. Setiap penduduk kampung membuat kumpulan dalam kelompok kecil dan berkumpul di hadapan rumah serta membuat tarian persembahan tarian Kuda Kepang. Ia semakin lama mendapat perhatian setiap golongan kanak-kanak termasuklah golongan dewasa di kampung itu. Oleh kerana itulah, seni perembahan tarian Kuda Kepang ini menjadi popular dan menjadi satu tarikan persembahan kebudayaan yang diiktiraf di Negeri Johor.. Menurut responden kedua dan ketiga juga memberikan pendapat yang sama seperti responden yang pertama. Mereka menyatakan bahawa seni persembahan tarian Kuda Kepang ini mengalami perkembangan yang ketara di. Parit Raja kerana. keasyikkan dan tarian Kuda Kepang ini sangat istimewa di hati masyarakat di sini serta menjadi seni persembahan budaya yang tinggi nilai budayanya.. 44.
(59) kanak pada masa dulu. dengan Kuda Kepang.. buat tarian ni. makin terkenal ..aaa boleh pulak tu orang besar pun nak ikut serta … sebab tu dia jadi semakin rancak sampai terkenal di seluruh daerah Batu Pahat … oh , tambah-tambah masa kenduri kahwin memang seronok orang kampung tengok persembahan Kuda Kepang”. FTKW. “Macam yang saya cakap tadi, pabila ada aktiviti wajib kanak-. (R1, 2021). “Haa,,,bila kita tengok dengan sokongan orang ramai dalam tarian Kuda Kepang ni terutama penduduk kampung jadi faktor Kuda Kepangni makin meluas di daerah Batu Pahat dan Negeri Johor … sekarang Kuda Kepang ni jadi tarian warisan yang diiktiraf oleh Yayasan Warisan Johor , tak mustahil pada masa akan datang dia jadi popular dekat negeri-negeri lain” (R2, 2021). “Waktu saya kecik lagi Kuda Kepang ni dah terkenal dekat sini, saya ingat lagi masa tu umur 10 tahun mak bawa gi padang tengok tarian ni…ermmm, bila tengok reaksi orang ramai diaorang sangat teruja ..sekarang umur saya dah 61 tahun tarian ni tetap diperlukan dan semakin berkembang dekat mana-mana dalan daerah Johor ni” (R3,2021). 45.
(60) Peralatan Yang Digunakan Semasa Persembahan Tarian Kuda Kepang. FTKW. i.. Peralatan yang digunakan bagi memulakan seni persembahan Kuda Kepang seperti. angklung, gendang, gong, bonang ( caklempong ), sador, kenong, jidor, sembilan kuda,. serantai tali sepanjang 100 kaki dan sebatang pecut. Kesemua peralatan ini mempunyai fungsi bagi mengarahkan peserta mengikut rentak serta bertukar posisi dalam bentuk yang seiring dalam tarian yang dipersembahkan (Hafiz Ithnin, 2018).. Gambar 5: Gong Sumber: Carian Google. Angklung yang digunakan dalam tarian Kuda Kepang ini diperbuat daripada buluh dan rotan yang dikumpul di sekitar kawasan penduduk kampung. Menurut En Misnon yang merupakan ketua persatuan seni pesembahan Kuda Kepang, angklung dibuat bersaiz segi empat dan dimainkan dengan cara menggoncang dan menggoyang buluh tersebut. Pada mulanya, sebelum penciptaan angklung penduduk kampung mengumpul botol-botol kecil untuk dijadikan alat muzik yang boleh mengeluarkan. 46.
(61) FTKW. bunyi yang kuat. Fungsi buluh yang besar pada angklung mengeluarkan bunyi bergema. manakala buluh yang kecil akan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Percampuran antara kedua-dua bunyi ini akan mengeluarkan bunyi yang unik dan indah.. “Dulu masa mula-mula permainan ni wujud … budak-budak kampung hanya guna botol-botol untuk jadikan dia alat muzik… dari botol tu lah dia akan keluarkan bunyi yang kuat …aaa… lepas tu dengan perubahan masa dia bertukar kepada angklung yang berfungsi untuk keluarkan bunyi nyaring dan sedap bila didengar oleh penari dan penontong yang ada disitu” (R1, 2021). Gambar 6: Angklung Sumber: Carian Google. Bonang atau caklempong merupakan alat muzik yang bergema dalam persembahan gamelan. Responden kedua menyatakan bonang ini juga dikenali sebagai keromong yang merupakan gong-gong kecil yang diletakkan secara mendatar di atas kayu. Terdapat sepuluh atau dua belas biji bonang yang akan diatur dalam dua baris susunan di setiap kotak kayu.. 47.
DOKUMEN BERKAITAN
Seterusnya, bagi kenyataan perkara 9 menunjukkan seramai 58 orang yang menyokong kenyataan iaitu membuat penyelidikan tentang tarian Daling-Daling untuk dijadikan sumber rujukan
Asal- usul seni muzik Ghazal Seni muzik ghazal ini merupakan satu kesenian warisan Johor yang telah diiktirafkan oleh Yayasan Kesenian Johor namun pada itu seni muzik ini juga
Secara kesimpulannya, kajian yang dijalankan mengenai Wayang Kulit Wong ini berdasarkan tiga objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu mengenalpasti sejarah dan
Informan 1 menyatakan bahawa semasa pandemik ini terjadi, kumpulan Dabus tidak lagi menggunakan kaedah latihan secara fizikal bagi menarik minat golongan muda untuk terlibat
Kesimpulannya, terdapat tiga jenis asal usul tarian-tarian tradisional di Sabah telah ditemui dan dibincangkan dalam sorotan literatur ini, iaitu tarian-tarian tradisional
Kedua-dua konsep persembahan tarian Mongigol-Sumundai ini adalah berbeza berdasarkan kepada lima aspek penting dalam persembahan tarian seperti penari, ruang persembahan,
Saat Tanjung Kalang berkalang, Arung Salamiah akan mengubah rentak tariannya kepada persembahan tarian Igal Limbayan kerana roh dan semangat jin mulai mendampingi beliau dan
Pelestarian budaya dan tradisi itu terdapat dalam (1) kearifan lokal berkaitan dengan mensakralkan kain kuning, (2) kearifan lokal berkaitan dengan tradisi mandi raja Banjar,
Berdasarkan nilai RMSE ini yang merujuk kepada data TEC dari WARAS , ditunjukkan bahawa nilai TEC yang diperolehi daripada IONEX memiliki ralat yang lebih kecil
Pengetahuan Kemiskinan merupakan satu pendekatan dalam memahami punca-punca kemiskinan dengan lebih tepat dari perspektif golongan miskin, iaitu tahap pendidikan
bertulis terlebih dahulu daripada Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor adalah dilarang1. Mana-mana rundingan tertakluk kepada
recording or any other form without any prior written permission from The Publisher’s Office of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor is prohibited..
Penyelidikan ini adalah berkaitan dengan penyampaian visual melalui penggunaan kaedah interaktif infografik menerusi teknik holografi dalam memperkenalkan seni persembahan
Justeru, fokus kajian ini adalah berkenaan aspek penggunaan dan variasi bahasa Jawa di kawasan kajian yang terletak di dalam Daerah Batu Pahat, di Negeri Johor
Penemuan ini menunjukkan bahawa tari ritual KKM masih signifikan dengan konteks masyarakat pengamal kini ekoran kepercayaan mereka terhadap proses inisiasi
1,2,3 Department of Real Estate and Facilities Management, Faculty of Technology Management and Business, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Seni tarian tergolong dalam seni estetika (fine art). Jenis seni ini turut meliputi seni panggung, muzik, suara, pahat, opera dan lain-lain lagi. Penganut sesebuah kepercayaan
57 Dalam seni budaya Melayu Islam khasnya pada seni persembahan, unsur-unsur kearifan tempatan masyarakat dapat dilihat pada setiap genre-genre kesenian tersebut iaitu genre
Sehubungan itu, kajian ini adalah usaha untuk mengetengahkan budaya rakyat dan menghubungkannya dengan alam kesedaran yang merangkumi tiga peringkat iaitu alam sedar
Contohnya, kewujudan KUiTHO (kini dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) yang terletak di pinggir kawasan bandar Batu Pahat Barat iaitu Parit Raja telah
rakaman atau apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor adalah
atau apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor adalah dilarang1.
atau apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor adalah dilarang..