• Tiada Hasil Ditemukan

KEUNIKAN SENI BINA RUMAH KUTAI DI KAWASAN PASIR SALAK,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KEUNIKAN SENI BINA RUMAH KUTAI DI KAWASAN PASIR SALAK,"

Copied!
99
0
0

Tekspenuh

(1)PERAK. Oleh. NUR A’ADILAH BINTI ABU HANIFAH. Laporan ini dihantar bagi memenuhi kehendak Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2022. FYP FTKW. KEUNIKAN SENI BINA RUMAH KUTAI DI KAWASAN PASIR SALAK,.

(2) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi. TERBUKA. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi matlamat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.. Disahkan oleh:. ----------------------------. ----------------------------. (Tanda tangan pelajar). (Tanda tangan penyelia). Tarikh:. Nama: Tarikh:. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan. i. FYP FTKW. PERAKUAN TESIS.

(3) Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Ilahi di atas limpahan rahmat dan inayah-Nya dapatlah saya laksanakan projek penyelidikan ini dengan tempoh masa yang ditetapkan. Di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek penyelidikan saya, Puan Athmar Binti Hashim yang banyak membantu memberi tunjuk ajar, sumbangan idea, serta sokongan moral dalam memastikan saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini dengan jayanya.. Seterusnya, terima kasih juga kepada responden-responden di sekitar kawasan Pasir Salak, Perak kerana sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama yang baik semasa kajian ini dilakukan. Tidak lupa juga kepada pihak institusi kajian ini iaitu Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk melaksanakan projek penyelidikan ini.. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu bapa saya Abu Hanifah Bin Md.Said dan Hawariah Binti Md.Piah yang telah banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan projek penyelidikan ini. Jasa mereka tidak dapat saya lupakan. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan projek penyelidikan ini dengan sempurna. Semoga segala usaha yang kita lakukan diberkati oleh Allah S.W.T.. iii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(4) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dalam memberi pendapat dan tenaga dalam menyiapkan tesis ini. Pelbagai cabaran yang telah dihadapi bagi memastikan tesis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan demikian adalah diharapkan penyelidikan ini dapat memberi manfaat dan rujukan di masa akan datang kepada mahasiswa dan masyarakat umum. Sekian, terima kasih.. Nur A’adilah Binti Abu Hanifah C18A0245 Universiti Malaysia Kelantan. iii. FYP FTKW. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.

(5) MUKA SURAT. PERAKUAN TESIS. i. PENGHARGAAN. ii-iii. ISI KANDUNGAN. iv-v. SENARAI RAJAH. vi. ABSTRAK. vii. ABSTRACT. viii. BAB 1 1.1. PENGENALAN Pengenalan. 1. 1.1.1. 1. Pengenalan Kajian. 1.2. Kajian Terdahulu. 4. 1.3. Latar Belakang Kajian. 5. 1.4. Objektif Kajian. 7. 1.5. Persoalan Kajian. 7. 1.6. Permasalahan Kajian. 7. 1.7. Lokasi Kajian. 10. 1.8. Kepentingan kajian. 11. 1.9. Skop Kajian. 12. 1.10. Struktur Tesis. 14. 1.11. Rumusan Bab. 16. BAB 2. RUMAH TRADISIONAL DI MALAYSIA. 2.1. Pengenalan. 17. 2.2. Rumah Tradisional. 18. 2.2.1 Rumah Minangkabau. 18. 2.2.2 Rumah Tradisional Melaka. 20. v. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.

(6) 2.4. 21. 2.2.4 Rumah Limas Bungkus. 23. 2.2.5 Rumah Bumbung Panjang Perlis. 24. Keunikan Rumah Tradisional. 25. 2.3.1 Bumbung Rumah. 26. 2.3.2 Beranda Rumah. 26. 2.3.3 Tingkap Rumah. 27. 2.3.4 Pintu Rumah. 28. 2.3.5 Rumah Utama/Rumah Ibu. 28. 2.3.6 Bilik. 29. Faktor yang Mempengaruhi Pembinaan Rumah Tradisional 31 2.4.1 Alam Sekitar. 31. 2.4.2 Iklim. 32. 2.4.3 Budaya dan Adat Resam. 33. 2.4.4 Pengaruh Asing. 34. 2.5. Rumah Kutai. 36. 2.6. Rumusan. 38. v. FYP FTKW. 2.3. 2.2.3 Rumah Panjang.

(7) METODOLOGI KAJIAN. 3.1. Pengenalan. 39. 3.2. Metodologi Kajian. 40. 3.3. Sumber Primer. 42. 3.3.1 Survei. 42. 3.3.2 Pemerhatian. 43. 3.3.3 Temu bual. 45. Sumber Sekunder. 48. 3.4.1 Kajian Perpustakaan. 48. Rumusan Bab. 51. 3.4. 3.5 BAB 4. DAPATAN KAJIAN. 4.1. Pengenalan. 52. 4.2. Keistimewaan dan Keunikan Seni Bina yang Terdapat Pada Rumah Kutai. 4.3. 52. 4.2.1 Keistimewaan Seni Bina Rumah Kutai. 53. 4.2.2 Keunikan Seni Bina Rumah Kutai. 59. Faktor Rumah Kutai Kurang Diminati Masyarakat Kini. 68. 4.3.1 Pembinaan Rumah Kutai yang Sukar dan Rumit. 68. 4.3.2 Menganggap Rumah Kutai Ketinggalan Zaman. 69. 4.3.3 Bahan Semula Jadi yang Mahal dan Sukar Diperolehi. 71. 4.3.4 Kurang Tahap Keselamatan 4.4. 71. Langkah yang Boleh Dilakukan untuk Memelihara Rumah Kutai. 73. 4.4.1 Menjalankan Pemuliharaan dan Pemeliharaan. vii. 73. FYP FTKW. BAB 3.

(8) Masyarakat. 74. 4.4.3 Menjadikan Rumah Kutai sebagai Kawasan Pelancongan. 75. 4.4.4 Asimilasikan Seni Bina Rumah Kutai dengan Bangunan Moden 4.5. 76. Rumusan Bab. BAB 5. 77. KESIMPULAN DAN CADANGAN. 5.1. Pengenalan. 78. 5.2. Rumusan Kajian. 78. 5.3. Cadangan Kajian. 80. 5.3.1 Menjalankan Pemeliharaan dan Pemuliharaan terhadap Rumah Kutai. 80. 5.3.2 Pengemaskinian Senarai Tempat Pelancongan 81 5.3.3 Mewujudkan Agensi Khas dalam Pengurusan Rumah Tradisional 5.4. 81. Penutup. 82. RUJUKAN. 84. vii. FYP FTKW. 4.4.2 Meningkatkan Kesedaran dalam Kalangan.

(9) MUKA SURAT. Rajah 1.1. Rumah Kutai. 3. Rajah 1.2. Peta Perak Tengah. 10. Rajah 1.3. Rumah Kutai di Pasir Salak. 10. Rajah 1.4. Rumah Kutai di Pasir Salak. 13. Rajah 2.1. Rumah Minangkabau. 20. Rajah 2.2. Rumah Tradisional Melaka. 21. Rajah 2.3. Rumah Panjang Sarawak. 22. Rajah 2.4. Rumah Limas Bungkus. 23. Rajah 2.5. Rumah Bumbung Panjang Perlis. 24. Rajah 2.6. Bumbung Rumah Tradisional. 26. Rajah 2.7. Beranda Rumah Tradisional. 27. Rajah 2.8. Tingkap RumaH Tradisional. 28. Rajah 2.9. Pintu Rumah Tradisional. 29. Rajah 2.10. Rumah Ibu. 30. Rajah 2.11. Bilik Rumah Tradisional. 31. Rajah 3.1. Carta Metodologi Kajian. 39. Rajah 3.2. Survei Rumah Kutai yang Dipelihara. 43. Rajah 3.3. Survei Rumah Kutai yang Tidak Dipelihara. 44. Rajah 3.4. Rumah Kutai yang Dikaji. 45. Rajah 3.5. Pengkaji Bersama Pengurus Kompleks Pasir Salak. 49. Rajah 4.1. Lantai Rumah Kutai. 54. Rajah 4.2. Dinding Rumah Kutai. 54. Rajah 4.3. Bumbung Rumah Kutai. 55. Rajah 4.4. Papan Cantik Bermotifkan Kubah dan Rama-rama. 56. vii. FYP FTKW. SENARAI RAJAH.

(10) Ukiran Tebuk Tembus Bunga Pecah 4. 56. Rajah 4.6. Ukiran Tebuk Tembus Bunga Pecah 8. 56. Rajah 4.7. Pelan Rumah Kutai. 57. Rajah 4.8. Pelan Lantai Rumah Kutai. 57. Rajah 4.9. Tempat Letak Tempayan pada Bahagian Tangga Hadapan. 61. Rajah 4.10. Tangga pada Ruang Selang. 62. Rajah 4.11. Bedui yang Terdapat pada Rumah Kutai. 63. Rajah 4.12. Kedudukan 7 Bedui pada Ruang Rumah Kutai. 63. Rajah 4.13. Tingkap Lepas. 64. Rajah 4.14. Tingkap Jenguk. 65. Rajah 4.15. Tingkap Lut Sinar. 66. Rajah 4.16. Selak Kayu pada Bahagian Pintu. 67. Rajah 4.17. Bahagian Dinding Rumah Kutai. 67. vii. FYP FTKW. Rajah 4.5.

(11) ABSTRAK Kajian tertumpu kepada rumah tradisional Perak iaitu Rumah Kutai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keunikan dan keunikan seni bina yang terdapat di Rumah Kutai, mengenal pasti faktor Rumah Kutai kurang diminati masyarakat pada masa kini, dan mengenal pasti langkah-langkah memelihara tempat kutai. Kajian ini tertumpu di sekitar Pasir Salak, Perak. Kawasan Pasir Salak mempunyai beberapa buah Rumah Kutai yang masih kukuh sehingga kini. Namun kajian ini tertumpu kepada Rumah Kutai milik Kak Wok. Rumah ini merupakan rumah tertua di sekitar Pasir Salak, Perak. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif: kaedah tinjauan, pemerhatian, temubual, dan kaedah perpustakaan. Hasil kajian melalui pemerhatian dan temubual menunjukkan Rumah Kutai mempunyai keunikan dari segi seni bina. Bagaimanapun, Rumah Kutai itu diancam kepupusan kerana masyarakat tidak sedar akan nilai dan kepentingan rumah tradisional itu. Justeru, pelbagai kaedah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan dan kepentingan yang terdapat di Rumah Kutai ini. Akhir kata, semoga kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang Rumah Kutai.. vii. FYP FTKW. Keunikan Seni Bina Rumah Kutai di Kawasan Pasir Salak, Perak.

(12) PERAK. ABSTRACT A study focuses on Perak's traditional house, the kutai house. This study aims to identify the unique features and uniqueness of the architecture found in kutai homes, identify the factors that kutai houses are less popular with the community today, and identify steps to preserve kutai places. This study focus around Pasir Salak, Perak. The Pasir Salak area has several kutai houses that are still strong to this day. However, this study focuses on the kutai house belonging to Kak Wok. This house is the oldest house around Pasir Salak, Perak. The research method used in this study is qualitative: survey, observation, interview, and library method. The study results through observations and interviews show that the kutai house has its uniqueness in terms of architecture. However, the kutai house is threatened with extinction because the community is not aware of the value and importance of the traditional home. Therefore, various methods increase public awareness about the existence and significance found in this kutai house. Finally, hopefully, this study can provide knowledge to the community about kutai homes.. vii. FYP FTKW. UNIQUENESS OF KUTAI HOUSE ARCHITECTURE IN PASIR SALAK,.

(13) PENGENALAN. 1.1. Pengenalan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, tajuk kajian ini memfokuskan mengenai keunikan dan keistimewaan yang terdapat pada Rumah Kutai yang terletak di Pasir Salak, Perak. Kajian ini melibatkan beberapa proses yang perlu dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai tajuk yang dijalankan supaya objektif kajian tercapai. Kajian ini memberi maklumat yang penting dan sahih mengenai rumah tradisional Perak yang semakin dilupakan oleh masyarakat akibat kemodenan. Pada bab ini, pengkaji membentangkan mengenai latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian, dan kepentingan kajian dengan lebih mendalam.. 1.1.1. Pengenalan Kajian. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama, dan budaya. Setiap negeri mempunyai budaya dan warisan yang telah menjadi kebanggaan masing-masing kerana ia merupakan warisan turun-temurun yang telah diamalkan dari zaman nenek moyang lagi. Warisan merupakan harta peninggalan atau pusaka yang berharga. Menurut Adi Taha (2001), warisan merupakan tinggalan yang berkaitan dengan perasaan bangga dan. 1. FYP FTKW. BAB 1.

(14) Warisan ini terdiri daripada pelbagai bentuk dimana ia terdapat dalam bentuk barangan, bangunan, persembahan, dan sebagainya. Pengkaji telah memilih negeri Perak untuk menjalankan kajian mengenai rumah tradisional yang dimiliki oleh negeri tersebut.. Pada zaman kemodenan ini, masih ada beberapa bangunan warisan yang masih utuh walaupun sudah berusia puluhan tahun. Bangunan warisan ini telah menjadi kebanggaan masyarakat kerana mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Namun, bangunan warisan ini semakin dilupakan dari generasi ke generasi sehingga menyebabkan segelintir masyarakat tidak mengetahui akan kewujudannya. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat tidak peka atau tidak mengetahui akan kepentingan untuk memelihara bangunan warisan tersebut. Tambahan pula, pihak yang bertanggungjawab tidak menjalankan kewajiban mereka untuk memelihara bangunan tersebut sehingga menyebabkan ia semakin berkurangan.. Rumah Kutai merupakan sebuah rumah tradisional yang berada di negeri Perak Darul Ridzuan. Rumah Kutai ini sama seperti rumah tradisional yang dimiliki oleh negeri-negeri lain di mana rumah tersebut mempunyai keunikan dan seni bina yang menarik. Namun, Rumah Kutai ini tidak terlalu terkenal seperti rumah tradisional yang berada di negeri lain seperti Rumah Minangkabau, Rumah Melaka,. 2. FYP FTKW. akhirnya menjadi pengenalan atau tanda kepada sesebuah bangsa..

(15) kerana, Rumah Kutai ini hanya terdapat di 3 daerah sahaja di negeri Perak. Tambahan pula, Rumah Kutai ini mempunyai bilangan yang sedikit membuatkan masyarakat tidak mengetahui kewujudannya (Rajah 1.1).. Rajah 1.1: Rumah Kutai Sumber: https://www.google.com/amp/s/www.orangperak.com/rumah-kutaiidentiti-perak-yang-semakin-pupus.html%3famp. 3. FYP FTKW. Rumah Panjang Sarawak, dan lain-lain. Hal ini dikatakan demikian.

(16) Kajian Terdahulu. Menurut penulisan Syarifah Nor Dayana pada akhbar myMetro yang telah disiarkan pada 12 November 2016, dengan tajuk "Rumah Kutai Tiang Bersusun" menyatakan tentang jenis Rumah Kutai dan fungsi setiap bahagian pada ruangan yang terdapat pada Rumah Kutai tersebut. Penulis menyatakan bahawa Rumah Kutai ini terdiri daripada 2 jenis yang dibezakan dengan jumlah tiang yang digunakan bagi membina rumah tersebut. Penulis juga menyatakan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam rumah tersebut dan fungsi di setiap bahagian. Rumah tersebut mempunyai fungsi yang berbeza di setiap bahagian menambahkan lagi keunikan senibina rumah tersebut.. Selain itu, pengkaji juga merujuk pada sumber internet untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini. Menurut sumber internet yang telah ditulis oleh Iskandar Zulqarnain pada 7 April 2019 yang bertajuk "Rumah Kutai, Identiti Perak yang Semakin Pupus" menyatakan bahawa Rumah Kutai ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun begitu, rumah warisan tradisional ini tidak dijaga dengan baik disebabkan tiada sikap kesedaran oleh masyarakat mengenai nilainya. Tambahan pula, kuantiti pembinaan Rumah Kutai ini yang sedikit menambahkan lagi permasalahan untuk memelihara Rumah Kutai ini supaya ia dapat dikekalkan pada masa akan datang.. 4. FYP FTKW. 1.2.

(17) Anna Mohamad pada 12 November 2016 yang bertajuk "Rumah Tradisional Negeri Perak" menyatakan sejarah Rumah Kutai tersebut secara ringkas dan menjelaskan jenis Rumah Kutai dengan lebih terperinci. Jenis Rumah Kutai dibezakan dengan jumlah tiang yang digunakan dimana ada rumah hanya menggunakan 12 tiang dan ada yang menggunakan 16 tiang. Jenis tiang yang digunakan bagi membina rumah tersebut juga turut berbeza dimana terdapat tiang jenis panjang dan juga tiang jenis serambi naik.. Kesimpulannya,. kajian. lepas. sangat. penting. dilakukan. bagi. memudahkan pengkaji dalam mendapatkan maklumat. Hal ini juga akan memudahkan pengkaji untuk membezakan maklumat yang diperolehi melalui kajian lepas dan kajian yang dijalankan pengkaji sendiri. Kajian lepas banyak menjalankan kajian mengenai rekabentuk Rumah Kutai dan kajian ini pula menfokuskan beberapa objektif berkaitan Rumah Kutai dengan terperinci.. 1.3. Latar Belakang Kajian. Kajian ini membincangkan mengenai keunikan seni bina Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk memelihara rumah tradisional Perak ini daripada mengalami kepupusan dalam jangka panjang. Hal ini dikatakan demikian kerana, bilangan rumah kutai yang sedikit dan berdekatan dengan sungai menyebabkan masyarakat tidak mengetahui akan kewujudannya. Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan. 5. FYP FTKW. Seterusnya, pengkaji juga merujuk laman sesawang yang ditulis oleh.

(18) sahaja. Rumah Kutai ini dianggarkan telah dibina pada tahun 1890-an dan hanya terdapat di beberapa daerah negeri Perak sahaja seperti di Kuala Kangsar, Hilir Perak, dan Perak Tengah. Perkataan “Kutai” yang telah digunakan dipercayai membawa maksud tua atau lama oleh penduduk tempatan (Yazid Salleh, 2018).. Berdasarkan pengetahuan pengkaji, Rumah Kutai ini semakin dilupakan oleh masyarakat setempat terutamanya golongan muda. Golongan muda kebanyakannya tidak mengetahui akan kewujudan rumah tradisional yang berada di negeri mereka sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat beranggapan rumah tersebut tidak mempunyai kepentingan dan sudah ketinggalan zaman. Tambahan pula, pemeliharaan dan pemuliharaan tidak dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab menyebabkan rumah ini seperti tiada nilainya lagi dan kelihatan seperti rumah yang usang. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak lagi memperdulikan mengenai kepentingan dan tidak mengambil tahu akan nilai yang terdapat pada rumah tersebut.. 6. FYP FTKW. terhadap Rumah Kutai ini tidak dilakukan menyebabkan ia rosak begitu.

(19) Objektif Kajian Objektif kajian yang telah diperolehi daripada persoalan kajian ialah:. 1.4.1 Mengenalpasti keistimewaan dan keunikan seni bina yang terdapat pada Rumah Kutai 1.4.2 Mengenalpasti faktor Rumah Kutai kurang diminati oleh masyarakat kini. 1.4.3 Mengenalpasti langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara Rumah Kutai.. 1.5. Persoalan Kajian Bagi membincangkan mengenai keunikan Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak, terdapat beberapa persoalan yang telah dinyatakan:. 1.5.1 Apakah keistimewaan dan keunikan seni bina Rumah Kutai? 1.5.2 Apakah faktor yang menyebabkan Rumah Kutai tidak menjadi pilihan untuk dibuat rumah? 1.5.3 Bagaimanakah kaedah yang perlu digunakan dalam memelihara Rumah Kutai?. 1.6. Permasalahan Kajian. Setiap kajian haruslah mengenalpasti permasalahan mengenai tajuk kajian yang hendak dijalankan sebelum ke lapangan. Beberapa masalah yang diperolehi mengenai kajian Rumah Kutai ini.. 7. FYP FTKW. 1.4.

(20) kepentingan. Rumah Kutai ini tidak berada di setiap daerah di negeri Perak dan hanya ada di 3 daerah sahaja iaitu daerah Perak Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar. Ini bermaksud Rumah Kutai tersebut mempunyai bilangan yang sedikit dan sukar untuk dijumpai. Hal ini membuatkan seni bina Rumah Kutai ini tidak terkenal dalam kalangan masyarakat. Kebanyakkan masyarakat lebih memilih seni bina rumah moden untuk dijadikan sebagai tempat kediaman. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat menganggap seni bina Rumah Kutai ini tiada nilainya dan sudah ketinggalan zaman untuk digunakan pada zaman yang moden ini.. 1.6.2. Semakin dilupakan masyarakat terutamanya masyarakat setempat. Selain itu, kewujudan Rumah Kutai ini semakin dilupakan oleh penduduk setempat terutamanya generasi muda. Bilangan Rumah Kutai yang sedikit dan sukar untuk dijumpai ini menyebabkan masyarakat tidak mengetahui akan kewujudannya. Rumah Kutai ini dikatakan hanya mempunyai 62 buah sahaja di seluruh Perak dan berada berdekatan dengan sungai. Tambahan pula, tidak kesemua Rumah Kutai yang masih wujud ketika ini dipelihara dengan baik malahan kebanyakkan daripada rumah tersebut dibiarkan begitu. 8. FYP FTKW. 1.6.1 Menganggap Rumah Kutai tidak mempunyai nilai dan.

(21) dan berada di kawasan pedalaman menyebabkan masyarakat sukar untuk menjumpai Rumah Kutai ini.. 1.6.3 Pemeliharaan dan pemuliharaan yang tidak dijalankan. Seterusnya, pemeliharaan dan pemuliharaan juga tidak dijalankan pada Rumah Kutai ini. Rumah Kutai yang kurang terkenal berbanding rumah tradisional yang lain menyebabkan masyarakat tidak mengendahkan nilai yang terdapat pada rumah tersebut. Pemeliharaan dan pemuliharaan yang tidak dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab menyebabkan rumah ini semakin pupus dari masa ke semasa. Rumah Kutai yang masih wujud kebanyakannya dibiarkan semak kerana tiada pihak yang ingin menjaganya.. 9. FYP FTKW. sahaja. Kedudukan Rumah Kutai yang berdekatan dengan sungai.

(22) Lokasi Kajian. Pengkaji telah memilih kawasan Pasir Salak yang terletak di daerah Perak Tengah untuk dijadikan kawasan kajian (Rajah 1.2). Hal ini dikatakan demikian kerana, kawasan tersebut mempunyai beberapa buah Rumah Kutai yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Kawasan tersebut mempunyai beberapa Rumah Kutai yang masih dipelihara dan tidak dipelihara oleh pihak yang bertanggungjawab (Rajah 1.3). Selain itu, pengkaji juga memilih kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai kajian disebabkan kawasan tersebut berdekatan dengan rumah pengkaji.. Rajah 1.2: Peta Perak Tengah Sumber: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Perak_Tengah_District. Rajah 1.3: Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak. 10. FYP FTKW. 1.7.

(23) https://www.google.com/amp/s/www.orangperak.com/mendalami-kisah-dikompleks-sejarah-pasir-salak.html%3famp. 1.8. Kepentingan Kajian Kajian ini dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan dalam memelihara Rumah Kutai ini. Secara umumnya, kajian ini mempunyai beberapa kepentingan yang melibatkan masyarakat mahupun negara.. 1.8.1. Masyarakat. Kepentingan kajian ini terhadap masyarakat adalah untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat setempat. Keunikan seni bina Rumah Kutai ini boleh dijadikan kebanggaan kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu mengetahui akan keistimewaan Rumah Kutai ini supaya masyarakat tidak akan membiarkan Rumah Kutai ini tidak dipelihara sekaligus boleh menyebabkan rumah ini pupus pada masa akan datang. Masyarakat juga boleh menjadikan seni bina Rumah Kutai ini sebagai idea untuk menjadikan seni bina kediaman mereka. Hal ini akan menyebabkan keistimewaan seni bina rumah ini dapat dikekalkan dan tidak dianggap ketinggalan zaman.. 1.8.2. Negara. 11. FYP FTKW. Sumber:.

(24) menjadikan. sebagai. tempat. tumpuan. pelancong. untuk. meningkatkan pendapatan negara. Pelancong yang datang dari luar negara bukan sahaja mahu merasai kepelbagaian makanan yang dimiliki oleh negara kita, malahan mereka juga ingin mengetahui dan melihat sendiri budaya yang dimiliki oleh negara kita. Oleh itu, Rumah Kutai ini perlulah dipelihara agar ia boleh dijadikan sebagai salah satu kawasan pelancongan. Keunikan dan keistimewaan yang terdapat pada Rumah Kutai ini mampu menarik pengunjung untuk mengetahui maksud di sebalik seni bina rumah tersebut. Hal ini akan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan negara serta boleh dijadikan sebagai identiti negara.. 1.9. Skop Kajian. Skop kajian ini merangkumi kawasan Pasir Salak, Perak. Hal ini dikatakan demikian kerana, Pasir Salak mempunyai beberapa buah Rumah Kutai yang masih kekal hingga ke hari ini. Oleh itu, pengkaji memilih kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai kajian bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan. Tambahan pula, pengkaji hanya memakan masa 5 hingga 8 minit untuk ke tempat kajian. Ini kerana, tempat kajian tersebut berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji dan akan memudahkan lagi pengkaji untuk berulangalik sehingga kajian tersebut selesai dijalankan.. 12. FYP FTKW. Kepentingan kajian ini terhadap negara pula adalah boleh.

(25) Perak Tengah. Rumah Kutai yang akan dikaji oleh pengkaji terletak di kawasan Pasir Salak tersebut (Rajah 1.4). Rumah ini telah dibina pada zaman Kesultanan Melaka dan Perak. Walaupun rumah ini sudah berusia beratus tahun, rumah ini masih lagi wujud dan strukturnya masih bertahan sehingga hari ini. Rumah ini telah dijadikan sebagai tempat lawatan kepada penduduk tempatan dan juga para pelancong. Kedudukan Rumah Kutai yang berhampiran dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak ini mampu menarik pelawat untuk mengetahui sejarah rumah ini dengan lebih mendalam disebabkan senibinanya yang menarik dan unik.. Rajah 1.4: Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak. Sumber: https://www.penang-traveltips.com/malaysia/perak/pasirsalak/pasir-salak-historical-complex.htm. 13. FYP FTKW. Pasir Salak merupakan salah satu mukim yang terdapat di daerah.

(26) Struktur Tesis. Bab 1 : Pengenalan. Bab ini pengkaji membentangkan mengenai Rumah Kutai secara umum. Bab ini juga turut menerangkan beberapa objektif dan persoalan kajian. Selain itu, pengkaji juga membentangkan mengenai permasalah kajian yang diperoleh mengenai tajuk kajian yang dijalankan. Pengkaji juga menjelaskan lokasi kajian yang telah dipilih dan sebab-sebab kawasan tersebut menjadi pilihan pengkaji. Kemudian, pengkaji juga turut menjelaskan mengenai kepentingan kajian yang diperolehi oleh dua pihak iaitu masyarakat dan negara sekiranya kajian ini dilakukan.. Bab 2 : Keunikan Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak. Pengkaji menerangkan keunikan rumah tradisional lain yang terdapat di Malaysia. Pengkaji menjelaskan dengan terperinci setiap keunikan rumah tradisional yang berada di Malaysia. Selain itu, pengkaji juga turut menjelaskan keunikan Rumah Kutai yang terdapat pada Rumah Kutai. Pengkaji turut menerangkan dengan lebih mendalam mengenai seni bina yang terdapat pada Rumah Kutai beserta sebab dan motif pembinaannya.. Bab 3 : Metodologi Kajian. 14. FYP FTKW. 1.10.

(27) pengkaji bagi mendapatkan maklumat. Pengkaji menjelaskan mengenai kaedah kualitatif dan kuantitatif yang digunakan bagi menjalankan kajian ini. Kemudian, pengkaji turut menerangkan dengan lebih terperinci mengenai sumber kajian yang digunakan oleh pengkaji iaitu sumber primer dan sumber sekunder.. Bab 4 : Analisis Data. Bab ini pengkaji akan menjelaskan mengenai analisis data yang diperolehi menerusi kaedah kajian yang digunakan. Pengkaji menjelaskan definisi analisis data secara umum terlebih dahulu sebelum menerangkan data yang diperolehi. Definisi analisis data ini penting untuk diterangkan supaya masyarakat dapat mengetahui dan memahami makna dengan lebih jelas.. Bab 5 : Kesimpulan. Bab ini pengkaji akan menjelaskan hasil kajian yang diperolehi secara keseluruhan dan menyatakan beberapa cadangan kajian yang boleh dijalankan mengenai kajian pengkaji supaya penambahbaikan boleh dijalankan oleh pihak yang berkaitan pada masa akan datang.. 1.11. Rumusan Bab. 15. FYP FTKW. Bab ini menjelaskan mengenai metodologi kajian yang digunakan oleh.

(28) masyarakat tentang kewujudan Rumah Kutai di negeri Perak. Masyarakat perlu mengetahui tentang kepentingan nilai sejarah dan seni bina yang terdapat pada Rumah Kutai tersebut. Masyarakat setempat perlulah bekerjasama mempertahankan dan memelihara warisan yang dimiliki oleh negeri mereka sendiri. Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan juga haruslah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan jangka hayat rumah ini terpelihara. Rumah Kutai ini juga merupakan salah satu rumah tradisional yang berada di dalam Malaysia yang mempunyai sejarah yang penting dan keunikan yang tersendiri. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan daripada Rumah Kutai ini pupus ditelan arus kemodenan.. 16. FYP FTKW. Kajian ini dilakukan untuk memupuk kesedaran di kalangan.

(29) RUMAH TRADISIONAL DI MALAYSIA. 2.1. Pengenalan. Kajian lepas dirujuk untuk mendapatkan beberapa maklumat yang berkaitan tajuk kajian. Hal ini dilakukan bagi mendapat bayangan atau maklumat awal sebelum pergi ke lapangan. Menurut Amani Dahaman (2011), kajian lepas merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan lepas untuk melakukan kajian yang baharu. Menurut Sulistyo Basuki (1991), kajian lepas bermaksud penyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif. Ia membuktikan bahawa teori yang digunakan bukanlah hanya rekaan.. Pengkaji telah merujuk beberapa sumber bagi mendapatkan maklumat. mengenai. kajian. yang. akan. dijalankan.. Pengkaji. mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian melalui laman sesawang, akhbar, dan lain-lain lagi. Setiap kajian lepas yang ditemui akan dianalisis oleh pengkaji untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai tajuk kajian dengan lebih tepat dan kukuh. Penelitian maklumat dan data daripada kajian lepas ini dilakukan dengan terperinci. Hal ini dilakukan bagi mengenalpasti maklumat tersebut dengan lebih mendalam semasa pergi ke lapangan.. 17. FYP FTKW. BAB 2.

(30) Rumah Tradisional di Malaysia. Rumah tradisional telah dibina oleh masyarakat zaman dahulu dengan teknik pertukangan yang khusus, mempunyai maksud dan tujuan yang tersendiri pada setiap bahagian rumah tersebut. Teknik pertukangan yang digunakan pada rumah tradisional tidak lagi digunakan pada zaman sekarang. Kebiasaannya, rumah tradisional dibina dengan cara tanggam dan pasak serta tidak menggunakan paku. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia bagi memudahkan masyarakat dahulu untuk membuka dan memasang semula struktur rumah tersebut ketika pemindahan rumah. Kebanyakan seni bina rumah tradisional dibina dengan mengikut kepercayaan dan adat masing-masing. Pelbagai rumah tradisional yang masih kukuh sehingga ke hari ini seperti Rumah Minangkabau, Rumah Tradisional Melaka, Rumah Panjang dan sebagainya. Setiap rumah tradisional yang terdapat di Malaysia mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.. 2.2.1. Rumah Minangkabau. Rumah Minangkabau merupakan rumah tradisional yang berada di Negeri Sembilan. Rumah ini dianggarkan mula dibina pada abad ke 18. Keunikan Rumah Minangkabau ini paling jelas terletak pada bahagian bumbung. Rumah Minangkabau ini mempunyai rekabentuk bumbung yang tajam seperti tanduk kerbau dan dikenali sebagai “Rumah Gadang”. Menurut Sudirman. 18. FYP FTKW. 2.2.

(31) Minangkabau yang mengikut sistem kekerabatan matrilineal (bersifat keibuan).. Reka bentuk Rumah Minangkabau ini mempunyai identiti yang tersendiri. Menurut Raja Nafida (2007), seni bina dan ciri-ciri rekabentuk rumah ini berkait rapat dengan adat Perpatih. Bumbung Rumah Minangkabau agak lebih melentik berbanding dengan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Terdapat ukiran kerawang dengan corak silang-menyilang pada bahagian serambi rumah. Anjung pula meneduhkan tangga utama rumah tersebut (Rajah 2.1).. Selain itu, pintu rumah ini juga sengaja direka agak kecil dan rendah supaya setiap tetamu yang masuk akan menundukkan kepala sebagai penghormatan kepada tuan rumah. Rumah ini mempunyai bilik yang sedikit kerana mengikut falsafah dan amalan gaya hidup Melayu lama Negeri Sembilan. Kemudian, ruang ibu dikhaskan untuk golongan wanita untuk berehat dan bersosial. Loteng yang terdapat pada rumah ini digunakan sebagai tempat menyimpan bekalan makanan serta barang berharga,. selain. menjadi. tempat. perempuan sekiranya diserang musuh.. 19. persembunyian. kaum. FYP FTKW. (2007), Rumah Gadang bermaksud rumah besar dalam bahasa.

(32) Sumber: https://www.iproperty.com.my/lifestyle/rumah-kampungtradisional-di-malaysia/. 2.2.2. Rumah Tradisional Melaka. Rumah Tradisional Melaka merupakan sebuah rumah yang sangat terkenal dengan seni bina dan warna yang menarik. Rumah ini dianggarkan mula dibina pada tahun 1831 dengan gabungan pelbagai elemen dari kaum yang berbeza. Sebagai contoh, bahagian bumbung rumah ini mempunyai unsur seni bina Bugis, Jambi, Riau, dan Minangkabau. Bahagian tangga rumah ini membezakan dengan rumah tradisional yang lain kerana tangganya diperbuat daripada simen dan mempunyai hiasan jubin yang mempunyai pengaruh seni bina china (Rajah 2.2). Kebiasaannya, bahagian tangga ini menggunakan warna merah atau hijau, namun ada sesetengah Rumah Tradisional Melaka menggunakan jubin yang mempunyai beraneka corak.. 20. FYP FTKW. Rajah 2.1: Rumah Minangkabau.

(33) FYP FTKW Rajah 2.2: Rumah Tradisional Melaka Sumber: https://www.iproperty.com.my/lifestyle/rumah-kampungtradisional-di-malaysia/. 2.2.3. Rumah Panjang. Rumah Panjang merupakan rumah tradisional yang berada di Sarawak. Rumah ini dianggarkan mula dibina pada tahun 1818 dan melambangkan perpaduan yang sebenar. Keistimewaan pada Rumah Panjang ini ialah penduduk rumah ini bukan terdiri daripada satu atau dua keluarga, tetapi puluhan keluarga yang tinggal di rumah tersebut. Setiap ruang bilik yang terdapat pada rumah tersebut dipecahkan mengikut jumlah keluarga yang ada (Rajah 2.3). Kebiasaannya Rumah Panjang ini didiami suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu, dan Bidayuh.. Bahan binaan rumah ini terdiri daripada tiang jenis kayu terbelian di mana kayu tersebut tidak mudah reput. Kemudian, bahagian bumbung pula menggunakan daun yang tebal seperti. 21.

(34) digunakan pada bahagian lantai dan dinding manakala tangga rumah. pula. diperbuat. daripada. sebatang. kayu. bulat.. Kebiasaannya rumah panjang ini dibina berdekatan dengan sungai kerana sungai merupakan tempat laluan utama bagi masyarakat di Sarawak.. Rajah 2.3: Rumah Panjang Sarawak Sumber: https://www.iproperty.com.my/lifestyle/rumah-kampungtradisional-di-malaysia/. 2.2.4. Rumah Limas Bungkus. Rumah Limas Bungkus merupakan rumah tradisional yang terdapat di negeri Terengganu. Rumah Limas Bungkus ini juga dikenali sebagai Istana Tengku Long. Hal ini dikatakan demikian kerana, rumah ini pernah didiami oleh seorang pembesar di daerah Besut yang dikenali sebagai Tengku Long Bin Tengku Ngah. Rumah ini dikatakan telah dibina pada tahun 1850 oleh seorang tukang rumah yang berasal dari negeri Pahang iaitu Cik Hat. Seni bina rumah ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau. 22. FYP FTKW. biru, pantu, mulong, dan sebagainya. Buluh atau kulit kayu.

(35) pada abad ke 19.. Rumah ini dikatakan berasal daripada British dan Belanda. Rumah ini dikenali dengan seni bina yang terdapat pada bahagian bumbung yang terdiri daripada perabung lurus dan bersambung dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap. Bahagian bumbung rumah ini turut dihiasi dengan ukiran kerawang kayu membuatkan kelihatan lebih menarik dan unik. Rumah ini menggunakan dinding jenis janda berhias dan pian. Seni bina rumah ini sangat terkenal di kalangan raja dan bangsawan. Rumah ini dibina dengan menggunakan kayu cengal, meranti, dan kapur manakala atapnya pula daripada atap tanah dan atap senggora (Rajah 2.4).. Rajah 2.4: Rumah Limas Bungkus Sumber: https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://w ww.tbnsa.gov.my/web/guest/rumahterngganu&ved=2ahUKEwitucGPuY_xAhWRYH0KHWtiDJMQFj AbegQIGhAC&usg=AOvVaw00kY5X-OFGiEt3pGwLbJI_. 23. FYP FTKW. sekitar abad ke 17 hingga ke 19 dan mula dibina di Terengganu.

(36) Rumah Bumbung Panjang Perlis. Rumah Bumbung Panjang Perlis ini terdapat di negeri Perlis dan semakin pupus dari masa ke semasa. Rumah ini dikatakan sudah berusia lebih 70 tahun dan sukar dijumpai pada masa kini. Rumah Bumbung Panjang Perlis hampir sama dengan binaan Rumah Bumbung Panjang Kedah. Perbezaan pada kedua-dua rumah ini hanya pada susunan ruang di dalam rumah sahaja. Bahagian dalam rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan rumah dapur.. Rumah ini mempunyai bumbung yang panjang lurus mendatar dan mempunyai 24 batang tiang pada bahagian rumah ibu. Bumbung rumah ini diperbuat daripada pelupuh yang berkelarai manakala atapnya daripada rumbia, nipah, atau genting senggora. Rumah pula diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut manakala dindingnya daripada kelarai (Rajah 2.5).. Rajah 2.5: Rumah Bumbung Panjang Perlis 24. FYP FTKW. 2.2.5.

(37) tradisional-melayu-di-semenanjung-malaysia/. 2.3. Keunikan Rumah Tradisional. Setiap rumah tradisional yang terdapat di Malaysia mempunyai ciriciri dan keunikan yang tersendiri. Seni bina setiap rumah tersebut dibina mengikut kepercayaan sesuatu bangsa masing-masing. Bentuk rumah tradisional mempunyai ciri khas yang tersendiri dan tidak sama seperti bentuk rumah moden yang ada pada masa kini. Rumah tradisional kebiasaannya dibina dengan mengambil kira beberapa faktor seperti budaya, cuaca, pencahayaan, pengudaraan, dan lain-lain lagi (Nur Sabihah, 2019). Faktor ini dititikberatkan sejak zaman dahulu lagi untuk keselesaan semasa tinggal di rumah tersebut.. 2.3.1 Bumbung Rumah. Bahagian. bumbung. akan. dibina. condong. bagi. mempercepatkan proses aliran air semasa cuaca hujan. Bumbung akan dibina melebihi bahagian rumah supaya tempias hujan tidak terkena pada bahagian dalam rumah. Bumbung rumah tradisional kebiasaannya menggunakan daun nipah. Daun nipah digunakan kerana mudah diperolehi, tahan lama, dan dapat mengurangkan penyerapan haba. Hal ini akan membuatkan ruang di dalam rumah tidak akan menjadi panas dan penghuni. 25. FYP FTKW. Sumber: https://toponeproperty.my/2021/02/09/kenali-rumah-.

(38) tersebut pula dihiasi dengan ukiran yang mencantikkan lagi seni bina rumah tersebut. Kehalusan ukiran yang terdapat pada bahagian tepi hujung bumbung tersebut menunjukkan masyarakat Melayu kaya dengan seni yang tersendiri.. Rajah 2.6 : Bumbung Rumah Tradisional Sumber : https://www.google.com/amp/s/ohbulan.com/keistimewaanrumah-tradisional-melayu-yang-buat-kita-rindu-nak-balikkampung/amp. 2.3.2 Beranda Rumah. Beranda merupakan tempat bagi kaum lelaki untuk berehat, berbincang, mahupun berbual (Rajah 2.7). Kaum wanita kebiasaannya akan bersosial di dalam rumah kerana masyarakat dahulu. sangat. mementingkan. tatatertib. dan. adab. bagi. mengelakkan fitnah. Selain itu, kaum lelaki juga akan duduk di bahagian beranda rumah bagi melindungi keselamatan semua penghuni di dalam rumah. 26. FYP FTKW. dapat tinggal dengan selesa. Pada bahagian tepi hujung bumbung.

(39) FYP FTKW Rajah 2.7 : Beranda Rumah Tradisional Sumber : http://anjasukma.blogspot.com/2013/06/homestay-dkampung.html. 2.3.3 Tingkap Rumah. Rumah tradisional mempunyai beberapa tingkap yang berfungsi untuk pencahayaan dan pengudaraan. Kebiasaannya, tingkap akan dibuat rendah hingga ke lantai atau hingga paras pinggang penghuni sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, bagi memberi keselesaan kepada penghuni apabila duduk bersila di atas lantai. Penghuni rumah tidak akan berasa panas apabila tinggal di dalam rumah terutamanya pada waktu tengah hari. Ini kerana angin dapat memasuki rumah melalui ruang tingkap tersebut.. Bahagian bawah tingkap akan dipasang palang keselamatan supaya perkara tidak diingini tidak berlaku terutamanya kepada anak-anak kecil. Kebiasaannya bahagian tingkap dan palang ini 27.

(40) ukiran kayu tradisional yang halus untuk mencantikkan lagi seni bina rumah tersebut (Rajah 2.8). Ukiran-ukiran yang terdapat pada bahagian tingkap juga bertujuan untuk pengudaraan terutamanya pada waktu malam. Ini kerana bahagian bukaan lain seperti tingkap dan pintu akan ditutup pada waktu malam.. Rajah 2.8 : Tingkap Rumah Tradisional Sumber : http://rumahwarisanshaharizanabdjalilkglereh.blogspot.com/2012/02/terdapatpelbagai-variasi-tingkap-rumah.html. 2.3.4 Pintu Rumah. Rumah tradisional kebiasaannya akan mempunyai 2 atau 3 pintu iaitu pintu depan, pintu tengah dan juga pintu dapur (Rajah 2.9). Hal ini dikatakan demikian kerana, kaum lelaki dan kaum wanita akan keluar dan masuk rumah dengan menggunakan pintu yang berbeza. Kaum lelaki akan menggunakan pintu depan untuk. 28. FYP FTKW. dibuat dengan menggunakan kayu dan akan dihiasi dengan.

(41) menggunakan pintu tengah atau pintu dapur.. Selain itu, tetamu yang hadir ke rumah juga akan menggunakan pintu yang berbeza mengikut keakraban tetamu tersebut dengan tuan rumah. Tetamu yang mempunyai hubungan kurang rapat dengan tuan rumah akan memasuki rumah mengikut pintu depan manakala tetamu yang rapat seperti saudara-mara akan masuk ke rumah mengikut pintu tengah. Bahagian pintu juga akan dihiasi dengan ukiran halus dengan motif flora dan alam semula jadi.. Rajah 2.9 : Pintu Rumah Tradisional Sumber : https://www.atiqahnajihah.com/2021/07/rumah-kutairumah-tradisional-negeri.html. 2.3.5 Rumah Ibu. Bahagian utama di bahagian dalam rumah akan dipanggil rumah ibu. Hal ini dikatakan demikian kerana, panggilan tersebut. 29. FYP FTKW. keluar dan masuk rumah manakala kaum wanita akan.

(42) mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menguruskan rumah. Ruang ini digunakan sebagai tempat berkumpul ahli keluarga untuk berehat mahupun bersantai bersama-sama (Rajah 2.10). Ruang ibu ini akan dibina besar dan luas untuk keselesaan penghuni terutamanya ketika menjalankan sesuatu majlis seperti kenduri-kendara.. Rajah 2.10 : Rumah Ibu Sumber : https://www.libur.com.my/rumah-tradisional-melayudiiktiraf-dunia-orang-melayu-dulu-genius-2/. 2.3.6 Bilik. Bilik merupakan ruang peribadi tuan rumah dan ahli keluarga. Tetamu yang hadir ke rumah tidak dibenarkan untuk pergi ke ruang bilik kerana kelakuan tersebut dianggap tidak sopan. Rumah tradisional kebiasaan mempunyai bilangan bilik yang sedikit seperti 1 atau 2 bilik sahaja (Rajah 2.11). Anak lelaki dan. 30. FYP FTKW. digunakan sebagai tanda menghormati peranan ibu yang.

(43) berbeza.. Bagi rumah tradisional yang mempunyai satu bilik sahaja akan digunakan oleh semua ahli keluarga secara bergilir-gilir. Kebiasaannya ruang bilik akan digunakan mengikut jantina dalam satu masa. Hal ini menunjukkan masyarakat melayu dahulu amat mementingkan adab dan turut mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.. Rajah 2.11 : Bilik Rumah Tradisional Sumber : Kajian Lapangan. 31. FYP FTKW. anak perempuan akan diasingkan dan menggunakan bilik yang.

(44) Faktor yang Mempengaruhi Pembinaan Rumah Tradisional. Gaya seni bina rumah tradisional melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor. Menurut Abdul Halim Nasir (1995), seni bina rumah melayu dipengaruhi oleh faktor alam persekitaran, iklim, cara hidup, dan nilai. Masyarakat dahulu mahir dalam pertukangan rumah yang kreatif dan unik mengikut kesesuaian dan keperluan. Penghasilan rumah yang kreatif membuatkan seni bina rumah tradisional kelihatan unik dan menarik.. 2.4.1 Alam Sekitar. Alam sekitar merupakan sumber utama dalam penghasilan rumah tradisional. Kayu digunakan sebagai struktur bangunan dan diikat dengan menggunakan rotan atau akar. Kayu atau batang pinang akan digunakan pada bahagian lantai kerana mempunyai tahap penyerapan haba yang rendah. Hal ini dapat mengurangkan haba di dalam rumah supaya penghuni rumah dapat tinggal dengan selesa.. Kemudian, buluh, daun rumbia, atau nipah pula digunakan untuk dijadikan dinding dan atap. Bahan semula jadi ini dapat bertahan lama dan dapat mengurangkan penyerapan haba. Bahan-bahan untuk membuat rumah akan diambil dengan kadar yang sesuai dengan skala rumah yang akan dibina. Masyarakat dahulu juga sering membina rumah di sepanjang 32. FYP FTKW. 2.4.

(45) semula jadi.. 2.4.2 Iklim. Iklim. merupakan. faktor. yang. mempengaruhi. dalam. pembinaan rumah. Iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun perlu dititikberatkan dalam pembinaan rumah. Bahagian bumbung yang curam dan unjurannya lebar bagi melindungi rumah dari tempias dan memudahkan pengaliran air semasa hari hujan. Bilangan tingkap yang banyak pula berfungsi untuk pengedaran udara. Ukiran-ukiran yang terdapat pada bahagian dinding dan tingkap rumah pula berfungsi untuk pengudaraan udara pada waktu malam.. Kemudian, rumah tradisional akan dibina agak tinggi bagi memberi ruang pada bahagian bawah rumah. Hal ini dilakukan bagi mengatasi kelembapan dan mengelak daripada rumah ditenggelami air sekiranya berlaku banjir. Ini kerana masyarakat dahulu sering membina rumah berdekatan dengan sungai dan berpotensi untuk berlaku banjir terutamanya ketika air pasang.. 2.4.3 Budaya dan Adat Resam. Budaya dan adat resam juga memainkan peranan dalam pembinaan rumah tradisional. Sebelum membina rumah,. 33. FYP FTKW. sungai. Hal ini menunjukkan hubungan manusia dan alam.

(46) sesuai untuk mendirikan rumah dan bersih dari makhluk halus. Pemilik rumah akan meletakkan air dalam bekas yang berisi bunga dan sekeping syiling emas pada bahagian atas tapak rumah tersebut. Mereka mempercayai bahawa sekiranya air tersebut berkurangan, maka kawasan tersebut tidak sesuai untuk mendirikan rumah.. Selain itu, rumah akan dibina secara menghala ke arah Timur-Barat bagi memudahkan penghuni rumah untuk melihat arah kiblat. Kedudukan rumah dari arah timur ke barat ini juga membolehkan cahaya matahari sampai ke ruang rumah pada waktu pagi dimana ia dipercayai dapat memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan. Mereka mahu mengelak sinaran cahaya matahari ke ruang rumah pada waktu petang kerana dipercayai boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh badan.. Kemudian, ruang di setiap bahagian di dalam rumah juga dibina mengikut adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga. Masyarakat dahulu sangat mematuhi adat resam yang telah digunakan dan dipercayai dari generasi ke generasi dalam pembinaan rumah. Sebagai contoh, masyarakat rumah panjang mempercayai bahawa hanya penduduk yang lahir di rumah itu sahaja yang boleh melakukan renovasi dan membaikpulih.. 34. FYP FTKW. pemilik rumah harus mengetahui sama ada tempat tersebut.

(47) bahawa mereka akan ditimpa musibah.. 2.4.4 Pengaruh Asing. Seni bina rumah tradisional turut dipengaruhi budaya asing di mana kehadiran penjajah telah memberi alternatif baru. Sebagai contoh, atap rumbia dan kayu telah diganti dengan zink dan atap genting manakala pasak kayu dan akar telah diganti dengan paku. Selain itu juga, seni rekaan dalam pembinaan rumah tradisional juga mempunyai unsur dari bangsa dan negara lain. Sebagai contoh, rumah tradisional melaka mempunyai unsur seni bina dari Riau, Bugis, Jambi dan Minangkabau.. Seterusnya, susun atur di dalam rumah juga mempunyai fungsi dan tertentu bagi melindungi penghuni rumah. Sebagai contoh, tangga rumah tradisional akan dibina tinggi dan curam bagi melambatkan pergerakan pihak musuh untuk memanjat tangga tersebut. Loteng juga dibina untuk dijadikan sebagai tempat persembunyian kaum perempuan sekiranya diserang musuh.. 2.5. Rumah Kutai. 35. FYP FTKW. Sekiranya peraturan tersebut tidak diikuti, mereka mempercayai.

(48) rumah tersebut dibezakan dengan ruang di dalam rumah mengikut keperluan. Pada asasnya Rumah Kutai ini mempunyai 3 bentuk seni bina iaitu Rumah Kutai Asli, Rumah Kutai Anjung, dan Rumah Kutai Anjung Beranda. Rumah Kutai Asli merupakan Rumah Kutai yang pertama yang wujud dan dianggarkan seni binanya digunakan pada tahun 1817 hingga 1890-an. Kemudian, seni bina Rumah Kutai ini diperbaharui dan diberi nama Rumah Kutai Anjung sejak tahun 1900 hingga 1910-an. Rumah Kutai Anjung Beranda pula mula wujud pada tahun 1920 sehingga 1935 dengan seni bina yang lebih besar dan luas. Ketiga-tiga jenis rumah ini menggunakan bahan dan kaedah pembinaan yang berbeza dengan mengikut kesesuaian bentuk rumah itu sendiri (Anna Mohamad, 2016).. Keunikan Rumah Kutai ini terletak pada kehalusan ukiran yang terdapat pada pintu, bukaan tingkap, dinding, dan sebagainya. Seni bina rumah ini dikatakan hampir sama dengan seni bina rumah Aceh dan rumah Bugis. Rumah Kutai ini dikatakan mempunyai 2 jenis iaitu Rumah Kutai Tiang 12 dan juga Rumah Kutai Tiang 16. Bagi Rumah Kutai Tiang 12, rumah ibunya terdiri daripada 6 batang tiang panjang dan 6 batang tiang serambi naik dengan saiz segi empat sama. Rumah Kutai Tiang 16 pula mempunyai 8 batang tiang panjang dan 8 batang tiang serambi naik dengan saiz segi empat tepat. Kedua-dua rumah ini bukan sahaja dibezakan dengan jumlah tiang yang digunakan malahan keluasan rumah tersebut juga berbeza. Rumah Kutai Tiang 16. 36. FYP FTKW. Rumah Kutai mempunyai beberapa bentuk seni binanya di mana.

(49) 12. Saiz bagi Rumah Kutai Tiang 12 dianggarkan kira-kira 422 kaki persegi manakala Rumah Kutai Tiang 16 pula mempunyai saiz kira-kira 502 kaki persegi (Anna Mohamad, 2016).. Struktur Rumah Kutai ini menggunakan kayu keras seperti cengal dan merbau. Bahagian kemasan lantai dan dinding pula menggunakan meranti dan anyaman buluh. Rumah Kutai ini dibina dengan tidak menggunakan paku tetapi ia dibina dengan menggunakan baji dan selak. Tiang Rumah Kutai tersebut dimasukkan ke dalam tanah sedalam 3 meter. Hal ini dikatakan demikian kerana, bagi mengukuhkan rumah tersebut supaya tidak mudah runtuh terutamanya apabila berlaku banjir. Selain itu, Rumah Kutai ini juga dibina dengan mempunyai 3 tangga pada bahagian hadapan, rumah ibu dan belakang rumah. Tangga hadapan rumah digunakan untuk lelaki manakala tangga pada belakang rumah pula digunakan untuk perempuan. Setiap seni bina yang terdapat pada Rumah Kutai ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan membawa maksud yang tertentu menyebabkan rumah tersebut kelihatan lebih unik dan menarik (Khairul Fikri Khairudin, 2018).. 2.6. Rumusan Bab. 37. FYP FTKW. mempunyai rumah ibu yang lebih besar berbanding Rumah Kutai Tiang.

(50) yang telah dilakukan oleh para pengkaji terdahulu. Keseluruhan kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu tidak terlalu tertumpu kepada tajuk kajian yang dijalankan. Walaubagaimanapun, pengkaji memperoleh maklumat dan pengetahuan yang baru mengenai kajian yang akan dijalankan. Maklumat yang diperolehi daripada pengkaji terdahulu akan dijadikan sebagai panduan dan gambaran awal sebelum pengkaji melakukan kajian.. 38. FYP FTKW. Secara keseluruhan, bab ini menghuraikan tentang kajian lepas.

(51) METODOLOGI KAJIAN. 3.1. Pengenalan. Metodologi kajian merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian yang ingin dijalankan. Kaedah metodologi ini merupakan teknik yang digunakan bagi mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data serta maklumat yang diperlukan bagi mencapai objektif kajian. Menurut Hornby (1985), metodologi kajian membawa maksud satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian tertentu. Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985) pula, metodologi kajian merupakan soal bagaimana tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai.. Bahagian ini akan menerangkan mengenai kaedah yang akan digunakan dalam kajian berkaitan mengenal pasti keunikan seni bina Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak. Metodologi kajian memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan relevan. Kaedah ini dijalankan secara teratur supaya pengumpulan data dapat dilakukan dengan lancar. Kaedah ini digunakan supaya pengkaji lebih memahami dengan lebih mendalam dan meluas mengenai tajuk kajian yang dijalankan.. 39. FYP FTKW. BAB 3.

(52) FYP FTKW. 3.2. Metodologi Kajian. Rajah 3.1: Carta Metodologi Kajian. Pemahaman mengenai sesuatu kajian yang akan dijalankan dapat ditentukan dengan menggunakan beberapa kaedah metodologi yang sesuai bagi mendapatkan maklumat. Dua pendekatan yang boleh digunakan dalam kajian iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif merupakan suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Kaedah ini melibatkan jumlah bilangan bagi mendapatkan data mengenai kajian untuk dianalisis. Kaedah kualitatif pula merupakan satu kaedah dalam penyelidikan untuk menghasilkan data gambaran yang boleh diamati. Bagi kaedah ini pula lebih melibatkan kepada kepelbagaian kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam mengenai kajian.. 40.

(53) bersesuaian bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang akan dijalankan. Menurut Cresswell (1994), kaedah kualititatif adalah proses pemahaman yang berasaskan kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial. Kaedah ini membolehkan pengkaji untuk mengumpulkan data primer dan sekunder mengenai kajian dengan lebih terperinci. Data akan dikumpulkan dengan beberapa kaedah seperti survei, pemerhatian, dan temu bual.. Sumber data mempunyai 2 jenis dimana ia terdiri daripada data primer dan data sekunder. Pengkaji telah menggunakan kedua-dua jenis sumber bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan supaya objektif kajian dapat tercapai. Data primer merupakan data yang diperoleh daripada sumber asli atau sumber yang pertama. Sebagai contoh, menggunakan responden bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Bagi data sekunder pula membawa maksud memperoleh maklumat daripada data sokongan dalam sesuatu kajian. Sebagai contoh, mendapatkan maklumat dengan merujuk sumber internet, kajian lepas, atau sebagainya.. 41. FYP FTKW. Pengkaji telah memilih kaedah kualitatif dimana kaedah tersebut.

(54) Sumber Primer. Menurut Yusof (2003) sumber primer adalah data yang berasal daripada sumber asli yang dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Sumber primer ini diperoleh dan dikumpulkan sendiri oleh pengkaji semasa berada di kajian lapangan. Pengkaji menggunakan beberapa sumber primer seperti survei, pemerhatian, dan temu bual untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.. 3.3.1 Survei. Kaedah survei merupakan satu kaedah tinjauan yang dilakukan oleh pengkaji selepas mengenalpasti tempat yang akan dijadikan sebagai tempat kajian. Kaedah ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengumpulkan data awal bagi menghuraikan persoalan kepada responden. Selain itu, kaedah ini juga dilakukan bagi melihat sendiri keadaan tapak kajian supaya dapat memperolehi gambaran awal sebelum melakukan kajian sebenar. Pengkaji perlu menyelaras teknik ini terlebih dahulu bagi menentukan cara penyelidikan yang sesuai dengan mengambil kira pelbagai kriteria seperti masa, kos, dan peraturan tempat kajian.. Pengkaji telah menjalankan survei di kawasan Pasir Salak dan mendapati terdapat 4 buah Rumah Kutai di kawasan tersebut. Namun, hanya 2 buah Rumah Kutai yang masih dalam keadaan. 42. FYP FTKW. 3.3.

(55) (Rajah 3.2) manakala 2 buah rumah yang lain dibiarkan semak (Rajah 3.3). Pengkaji juga mendapati keempat-empat Rumah Kutai di Pasir Salak tersebut adalah jenis tiang 16.. Pengkaji akan menjalankan kajian terhadap Rumah Kutai yang masih dipelihara. Hal ini dikatakan demikian kerana, Rumah Kutai yang tidak dipelihara tersebut berada dalam keadaan yang tidak baik dimana kayu rumah tersebut sudah kelihatan usang dan reput. Ini akan membuatkan pengkaji sukar untuk menjalankan kajian dan hanya dapat melihat keadaan Rumah Kutai tersebut dari luar sahaja. Tambahan pula, Rumah Kutai yang dipelihara oleh pihak Kompleks Pasir Salak tersebut dikatakan sudah dibina pada 1890an kerana kedudukannya yang menghadap ke arah sungai Perak.. Rajah 3.2: Survei Rumah Kutai yang Dipelihara Sumber : Kajian Lapangan. 43. FYP FTKW. baik kerana telah dipelihara oleh Kompleks Sejarah Pasir Salak.

(56) FYP FTKW Rajah 3.3: Survei Rumah Kutai yang Tidak Dipelihara Sumber : Kajian Lapangan. 3.3.2 Pemerhatian. Kaedah pemerhatian merupakan suatu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pembolehubah penyelidikan. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus dan pemerhatian secara penglibatan. Pengkaji hanya menggunakan kaedah secara terus dimana pengkaji pergi sendiri ke kawasan kajian untuk melihat sendiri rupa bentuk seni bina Rumah Kutai dan mendapatkan maklumat mengenainya daripada beberapa individu. Kaedah ini perlu dijalankan oleh pengkaji dalam sesuatu tempoh yang tertentu sehingga memperolehi kesemua maklumat yang diperlukan. Ini kerana proses pemerhatian tersebut sangat terperinci untuk memperolehi data dan maklumat yang tepat.. Pengkaji melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak untuk melihat sendiri keistimewaan seni bina Rumah Kutai (Rajah 3.4). Pengkaji akan memerhatikan setiap bahagian seni bina Rumah Kutai dan 44.

(57) ingin mengetahui maksud atau fungsi seni bina tersebut yang telah digunakan oleh masyarakat dahulu. Setiap maklumat yang diperolehi semasa menjalankan kajian akan dicatatkan supaya tidak berlaku kesalahan maklumat semasa menganalisis data.. Rajah 3.4 : Rumah Kutai yang Dikaji Sumber : Kajian Lapangan. 3.3.3 Temu Bual. Kaedah. temubual. merupakan. satu. kaedah. dimana. ia. melibatkan perbualan antara pengkaji dan responden. Menurut Rozmi Ismail (2015), temu bual adalah triangulasi yang bertujuan untuk mengesahkan data atau maklumat yang diperolehi. Kaedah temu bual ini dilakukan bagi memperolehi maklumat yang tepat dengan pandangan dan pengetahuan beberapa individu yang berada di kawasan Pasir Salak tersebut.. 45. FYP FTKW. merekodkannya dengan mengambil gambar. Ini kerana pengkaji.

(58) Salak iaitu En. Fauzi Bin Mohd. Razali dan beberapa penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan tempat kajian secara rawak bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pengkaji akan menanyakan beberapa soalan yang tertumpu dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kaedah ini lebih berkesan sekiranya pengkaji menemu bual responden yang mengetahui mengenai kajian yang dilakukan dengan lebih mendalam.. NO.. TARIKH. NAMA. PERKARA Keunikan Rumah. 11 June 2021. En. Fauzi Bin. 1.. Kutai di Pasir (Jumaat). Mohd. Razali Salak 1. Faktor Rumah Kutai kurang diminati masyarakat kini. 11 June 2021. Siti Hajar Binti. (Jumaat). Bas’sirin. 2.. 2. Langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara Rumah Kutai. 46. FYP FTKW. Pengkaji akan menemubual pengurus Kompleks Sejarah Pasir.

(59) Faktor. Rumah Kutai kurang diminati masyarakat kini 11 June 2021. Nurul Ain Binti. (Jumaat). Nazri. 3.. 2.. Langkah yang boleh. dilakukan untuk memelihara Rumah Kutai 1.. Faktor. Rumah Kutai kurang diminati 20 Disember. masyarakat kini En. Fauzi Bin. 4.. 2021. 2.. Langkah. Mohd. Razali (Isnin). yang boleh dilakukan untuk memelihara Rumah Kutai. Jadual 3.1 : Responden yang Terlibat Dalam Temubual. Pengkaji telah ke kajian lapangan sebanyak 2 kali untuk menemubual En. Fauzi Bin Mohd. Razali yang merupakan pengurus Kompleks Pasir Salak (Rajah 3.5). Temubual yang pertama telah dijalankan pada 11 June 2021 bersamaan hari jumaat. 47. FYP FTKW. 1..

(60) keunikan yang terdapat pada seni bina Rumah Kutai dari luar hingga ke dalam rumah tersebut dan mengambil masa selama 2 jam setengah bersamaan 5.00 petang. Kemudian, pengkaji berjumpa semula dengan En. Fauzi pada 20 Disember 2021 bersamaan hari isnin pada jam 10 pagi. En. Fauzi telah menyatakan faktor Rumah Kutai kurang diminati masyarakat kini dan langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara Rumah Kutai. Temubual ini mengambil masa selama 3 jam dan selesai pada 1.00 petang.. Selain itu, pengkaji turut temubual penduduk kampung yang tinggal di sekitar Pasir Salak dan memperolehi beberapa maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperolehi daripada penduduk kampung tidak mencukupi. Hal ini dikatakan demikian kerana, penularan wabak covid-19 menyebabkan penduduk kampung tidak mahu ditemubual. Pengkaji hanya menemubual 2 orang sahaja penduduk. kampung. yang. tinggal. di. sekitar. Pasir. Salak.. Walaubagaimanapun, responden tersebut tidak mengetahui banyak maklumat mengenai Rumah Kutai tersebut. Hal ini membuatkan pengkaji membuat keputusan untuk berjumpa semula dengan pengurus Kompleks Pasir Salak iaitu En. Fauzi untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang kajian yang dijalankan.. 48. FYP FTKW. pada jam 2.30 petang. En Fauzi telah menceritakan mengenai.

(61) FYP FTKW Rajah 3.5 : Pengkaji Bersama Pengurus Kompleks Pasir Salak Sumber : Kajian Lapangan. 3.4. Sumber Sekunder. Sumber sekunder merupakan maklumat yang diperolehi daripada data yang sedia ada. Menurut Marican (2005), sumber sekunder boleh dirujuk sebagai data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Pengkaji mendapatkannya dengan merujuk daripada beberapa sumber mengenai tajuk kajian yang dijalankan seperti daripada internet, akhbar, artikel, dan lain-lain. Pengkaji memperolehi maklumat yang diperlukan daripada kaedah perpustakaan. Maklumat yang diperolehi akan dicatatkan untuk dijadikan sebagai maklumat tambahan mengenai kajian.. 3.4.1 Kaedah Perpustakaan. Kaedah. perpustakaan. merupakan. kaedah. yang. biasa. digunakan oleh para pengkaji untuk mendapatkan data dan bukti kajian. Kaedah ini sering dijadikan sebagai kaedah utama dalam melakukan kajian kerana maklumat yang diperolehi merupakan 49.

(62) (2015), kajian perpustakaan. sangat penting bagi pengkaji. mendapatkan maklumat yang akan dilakukan. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian, kaedah perpustakaan dilakukan menerusi bahan-bahan ilmiah seperti buku, tesis, akhbar, dan sebagainya.. Pengkaji telah merujuk beberapa kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji yang lain. Walaupun kajian yang dijalankan berbeza, maklumat yang diperolehi oleh pengkaji dapat memberi pengetahuan dan gambaran awal mengenai kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji sendiri. Pengkaji telah mengetahui beberapa jenis dan bentuk Rumah Kutai yang telah dibina dari awal kewujudannya sehingga masa kini. Pengkaji mendapati Rumah Kutai mempunyai 3 jenis pada awal kewujudannya iaitu Rumah Kutai Asli, Rumah Kutai Anjung, dan Rumah Kutai Anjung Beranda. Namun, Rumah Kutai kini hanya mempunyai 2 jenis sahaja iaitu Rumah Kutai Tiang 12 dan Rumah Kutai Tiang 16 di mana ia dibezakan dengan jumlah tiang yang digunakan.. 50. FYP FTKW. maklumat yang tepat dan boleh dipercayai. Menurut Siti Sarah.

(63) Rumusan Bab. Secara. keseluruhannya,. bab. ini. membincangkan. tentang. metodologi kajian yang digunakan secara keseluruhan. Kaedah ini dilakukan. supaya. perancangan. awal. dapat. dilakukan. bagi. mendapatkan data-data yang diperlukan. Metodologi kajian merupakan satu kaedah yang penting dan boleh digunapakai bagi mendapatkan suatu maklumat dengan lebih terperinci dan sahih berdasarkan aspek kajian yang dikaji. Setiap maklumat yang diperolehi sepanjang kajian ini dijalankan akan dicatatkan untuk dianalisis bagi menjawab persoalan kajian dan hasil akhir kajian ini.. 51. FYP FTKW. 3.5.

(64) DAPATAN KAJIAN. 4.1. Pengenalan. Bab ini akan membincangkan tentang hasil dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji secara terperinci berdasarkan objektif kajian. Dapatan kajian ini diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji. Dapatan kajian tersebut dilakukan berdasarkan susunan objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu:. 1. Mengenalpasti keistimewaan dan keunikan seni bina yang terdapat pada Rumah Kutai 2. Mengenalpasti faktor Rumah Kutai kurang diminati oleh masyarakat kini. 3. Mengenalpasti langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara Rumah Kutai.. 4.2. Keistimewaan dan Keunikan Seni Bina yang Terdapat pada Rumah Kutai. Pengkaji akan menerangkan mengenai keistimewaan dan keunikan Rumah Kutai dengan lebih terperinci. Pengkaji akan menjelaskan setiap ruang bahagian yang terdapat pada Rumah Kutai beserta fungsinya. 52. FYP FTKW. BAB 4.

(65) dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:. 4.2.1. Keistimewaan Seni Bina Rumah Kutai. 4.2.2. Keunikan Seni Bina Rumah Kutai. Hasil daripada penerangan pengurus Kompleks Pasir Salak iaitu En. Fauzi Bin Mohd. Razali, Rumah Kutai tersebut adalah antara Rumah Kutai yang telah dibina daripada awal kewujudannya iaitu sekitar tahun 1890-an. Rumah Kutai tersebut adalah milik seorang penduduk kampung yang dikenali dengan nama Kak Wok dan telah diambil alih oleh kerajaan untuk menjalankan pemeliharaan.. 4.2.1 Keistimewaan Seni Bina Rumah Kutai. Rumah Kutai telah dibina dengan menggunakan bahan semula jadi yang mudah untuk diperoleh pada suatu ketika dahulu seperti kayu keras, daun rumbia, dan buluh atau rotan. Bahagian lantai Rumah Kutai ini diperbuat daripada kayu keras dan mempunyai ruang di antara satu kayu dengan kayu yang lain (Rajah 4.1). Hal ini dilakukan untuk memudahkan tuan rumah membersihkan rumah disebabkan rumah tradisional mempunyai bedui di setiap ruang. Dinding Rumah Kutai pula dibina dengan menggunakan buluh atau rotan dan dijadikan kelarai (Rajah 4.2). Seterusnya, bumbung Rumah Kutai kebiasannya dibina dengan. 53. FYP FTKW. dan maksud di sebalik seni bina tersebut. Bahagian ini akan.

(66) Rumah Kutai yang dikaji ini diperbuat daripada zink sebelum diambil alih oleh kerajaan dan telah diubah kepada atap genting setelah proses pemeliharaan telah dijalankan (Rajah 4.3).. Rajah 4.1 : Lantai Rumah Kutai Sumber : Kajian Lapangan. Rajah 4.2 : Dinding Rumah Kutai Sumber : Kajian Lapangan. 54. FYP FTKW. menggunakan daun rumbia. Walaubagaimanapun, bumbung.

(67) FYP FTKW Rajah 4.3 : Bumbung Rumah Kutai Sumber : Kajian Lapangan. Selain itu, Rumah Kutai yang sudah berusia ratusan tahun ini mempunyai ukiran yang halus menambahkan lagi keunikannya. Rumah Kutai ini mempunyai 3 jenis ukiran iaitu ukiran pada papan cantik dan ukiran tebuk tembus motif bunga pada bahagian jenang dan dinding. Pada bahagian papan cantik mempunyai ukiran yang bermotifkan kubah dan rama-rama (Rajah 4.4). Kemudian, terdapat ukiran geometri iaitu ukiran tebuk tembus bunga pecah 4 pada bahagian jenang pintu (Rajah 4.5) manakala bahagian dinding pula mempunyai ukiran tebuk tembus bunga pecah 8 (Rajah 4.6). Ukiran pada Rumah Kutai ini dilakukan adalah untuk melancarkan sistem pengudaraan. Hal ini akan membuatkan penghuni rumah ini tidak akan terasa panas tinggal di Rumah Kutai terutamanya pada waktu tengah hari.. 55.

(68) FYP FTKW Rajah 4.4 : Papan Cantik Bermotifkan Kubah dan Ramarama Sumber : Kajian Lapangan. Rajah 4.5 : Ukiran Tebuk Tembus Bunga Pecah 4 Sumber : Kajian Lapangan. Rajah 4.6 : Ukiran Tebuk Tembus Bunga Pecah 8 Sumber : Kajian Lapangan. 56.

(69) fungsi yang tersendiri. Rumah ini mempunyai 4 bahagian utama yang terdiri daripada anjung, rumah ibu, ruang selang, dan ruang dapur. Rumah ibu mempunyai sebuah bilik dan dipisahkan dari ruang dapur dengan selang. Rumah ibu mempunyai bumbung yang agak tinggi manakala selang mempunyai ketinggian agak rendah.. Rajah 4.7: Pelan Rumah Kutai. Rajah 4.8 : Pelan Lantai Rumah Kutai. Anjung merupakan ruang pada bahagian depan rumah sebelum ke rumah ibu. Anjung ini merupakan ruang yang digunakan oleh kaum lelaki dan dijadikan sebagai tempat tidur 57. FYP FTKW. Rumah Kutai ini mempunyai struktur yang menarik dengan.

(70) tempat duduk tetamu lelaki semasa menjalankan sesuatu majlis keramaian seperti kenduri-kendara, majlis keagamaan, dan sebagainya.. Rumah ibu merupakan ruang utama Rumah Kutai ini dan mempunyai keluasan yang paling besar. Ruang ini dipanggil ruang ibu disebabkan menghormati tugas ibu yang sentiasa menguruskan kerja-kerja rumah. Ruang ini merupakan ruang dimana ahli keluarga berehat dan bersosial. Selain daripada itu, ruang ini juga digunakan oleh tetamu wanita semasa mempunyai sesuatu. majlis. keramaian. seperti. kenduri-kendara,. majlis. keagamaan, dan sebagainya.. Selain itu, Rumah Kutai ini hanya mempunyai sebuah bilik sahaja yang berada pada bahagian rumah ibu. Bilik ini digunakan bersama-sama oleh semua ahli keluarga secara bergilir-gilir mengikut jantina sebagai tempat menukar pakaian. Ruang bilik ini mempunyai 2 laluan keluar dan masuk tetapi kedua-dua laluan tersebut. tidak mempunyai pintu. Hal ini dilakukan bagi. mengelakkan ahli keluarga daripada duduk di dalam bilik sendirian semasa ahli keluarga yang lain sedang berbual sesama keluarga atau tetamu seperti saudara-mara.. 58. FYP FTKW. kaum lelaki pada waktu malam. Ruang ini juga digunakan sebagai.

(71) ibu dan ruang dapur. Selang ini merupakan tempat berbual atau menjalankan pelbagai aktiviti oleh kaum perempuan. Selang ini juga digunakan sebagai tempat jemuran pakaian. Aktiviti bertungku juga dilakukan pada ruang ini sekiranya mempunyai ahli keluarga yang sedang berpantang.. Ruang dapur terbahagi kepada dua yang dikenali dengan dapur kering dan dapur basah/pelantar. Dapur kering digunakan untuk memasak dan menyediakan makanan kepada ahli keluarga. Peralatan dapur disimpan pada bahagian siling di ruang dapur ini. Aktiviti memasak akan dilakukan pada sebelah kiri ruang dapur tersebut manakala pada sebelah kanan pula merupakan tempat penyimpanan barang-barang.. Kemudian, bahagian pelantar atau dapur basah pula merupakan ruang yang terdapat pada bahagian belakang rumah. Hasil kebun atau sungai akan disimpan dan diletakkan pada bahagian pelantar ini. Selain daripada itu, pelantar ini juga digunakan sebagai tempat memandikan bayi dan tempat menyiang ikan. Setiap ruang rumah kutai tersusun dengan fungsi dan kegunaan yang berbeza-beza.. 59. FYP FTKW. Seterusnya, selang merupakan tempat laluan antara rumah.

(72) Setiap bahagian dari dalam dan luar Rumah Kutai ini dibina oleh masyarakat dahulu atas sebab-sebab tertentu membuatkan Rumah Kutai ini kelihatan unik. Seni bina Rumah Kutai pada bahagian. tangga. hadapan. mempunyai. maksud. fizikal. (nampak/jelas) dan spiritual (tidak nampak/tidak jelas). Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat dahulu membina rumah mengikut kepercayaan dan ilmu dalam Islam. Seni bina Rumah Kutai ini sesuai dikatakan seperti sebuah pepatah yang dikenali dalam kalangan masyarakat iaitu “Rumahku, Syurgaku”.. Rumah Kutai mempunyai 3 tangga yang berbeza iaitu pada bahagian hadapan, bahagian selang, dan bahagian pelantar. Setiap tangga akan diletakkan tempayan dan batok untuk digunakan oleh penghuni rumah mahupun tetamu (Rajah 4.9). Tempayan tersebut akan diisikan dengan air dan digunakan untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana, agama Islam amat mementingkan kebersihan. Walaupun mereka keluar rumah dengan menggunakan kasut, perkara ini wajib juga dilakukan supaya kotoran yang tidak nampak dengan mata kasar tidak akan dibawa masuk ke dalam rumah.. 60. FYP FTKW. 4.2.2 Keunikan Seni Bina Rumah Kutai.

(73) FYP FTKW Rajah 4.9 : Tempat Letak Tempayan pada Bahagian Tangga Hadapan Sumber : Kajian Lapangan. Rumah Kutai juga mempunyai anak tangga dengan bilangan yang ganjil. Hal ini dilakukan supaya aturan langkah tepat dan akan melangkah masuk ke pintu rumah dengan menggunakan kaki kanan seperti yang diajarkan oleh agama Islam. 7 anak tangga tersebut juga bermaksud perjalanan seorang manusia yang bermula daripada alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh, mahsyar, hisab, syurga atau neraka. Pemegang tangga kiri dan kanan selain dijadikan sebagai pemegang semasa menaiki tangga, ia juga merupakan kepercayaan islam iaitu rukun islam dan rukun iman.. Tangga yang terdapat pada bahagian selang di antara rumah ibu dan ruang dapur juga mempunyai fungsi sedikit berbeza dari tangga yang lain (Rajah 4.10). Anak tangga kedua dan keempat pada. bahagian. tersebut. dibuat. sedikit. bergoyang. dan. menghasilkan bunyi. Hal ini dilakukan supaya penghuni rumah 61.

(74) kedatangan. tetamu. selain. dijadikan. sebagai. keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Walaupun anak tangga tersebut sedikit bergoyang, namun ia masih selamat untuk digunakan.. Rajah 4.10 : Tangga pada Ruang Selang Sumber : Kajian Lapangan. Siling serambi mempunyai ketinggian yang tidak sekata dimana silingnya dibuat secara serong dan rendah. Ini dilakukan supaya tetamu yang datang akan menundukkan kepala sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Maksud dalam kepercayaan islam pula ialah manusia yang merupakan seorang hamba harus sentiasa merendahkan diri dan menundukkan pandangan di mana sahaja kita berada walaupun di tempat kita sendiri.. 62. FYP FTKW. menyedari.

(75) penghuni rumah sentiasa berhati-hati semasa berjalan dan ingin mengelakkan kanak-kanak berlari di dalam rumah. Bedui di antara serambi dan rumah ibu merupakan bedui yang paling tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana, rumah tersebut dibina mengikut adat merisik. Kebiasaannya keluarga pihak lelaki akan duduk pada bahagian serambi, calon wanita akan menghantar air kepada pihak lelaki dan akan berhati-hati semasa melangkah bedui. Ini membuatkan keluarga pihak lelaki akan melihat keayuan dan kesopanan calon wanita tersebut.. Rajah 4.11 : Bedui yang Terdapat pada Rumah Kutai Sumber : Kajian Lapangan. Rajah 4.12 : Kedudukan 7 Bedui pada Ruang Rumah Kutai 63. FYP FTKW. Rumah Kutai mempunyai 7 bedui dan ia dibuat supaya.

(76) menonjol berbanding dinding rumah. Hal ini dilakukan untuk melancarkan sistem pengudaraan supaya penghuni rumah dapat tinggal di dalam rumah dengan selesa. Bahagian tingkap diperbuat daripada kayu dan dipasangkan palang untuk keselamatan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Rumah Kutai mempunyai 2 jenis tingkap iaitu tingkap lepas dan tingkap jenguk. Tingkap lepas digunakan pada waktu siang (Rajah 4.13) manakala tingkap jenguk digunakan pada waktu malam. Tingkap jenguk dibuat supaya dapat melihat keadaan luar rumah pada waktu malam tanpa membuka tingkap dengan luas (Rajah 4.14).. Rajah 4.13 : Tingkap Lepas Sumber : Kajian Lapangan. 64. FYP FTKW. Tingkap Rumah Kutai merupakan bahagian yang paling.

(77) FYP FTKW Rajah 4.14 : Tingkap Jenguk Sumber : Kajian Lapangan. Pada bahagian ruang bilik, terdapat sebuah tingkap lut sinar yang bersaiz segi empat sama (Rajah 4.15). Tujuan tingkap itu dibuat adalah untuk mengetahui waktu solat. Masyarakat dahulu memastikan sama ada sudah masuk waktu solat atau belum dengan melihat arah bayang-bayang. Selain daripada untuk melihat waktu solat, tingkap itu juga digunakan sebagai aliran pencahayaan.. 65.

(78) FYP FTKW Rajah 4.15 : Tingkap Lut Sinar Sumber : Kajian Lapangan. Bahagian pintu pula dibuat dengan menggunakan sekeping kayu yang tebal dan bukan daripada cantuman beberapa keping kayu sehingga menjadi tebal. Pintu Rumah Kutai sangat berat dan menghasilkan bunyi apabila digerakkan. Bahagian pintu ini dihasilkan begitu untuk keselamatan supaya penghuni rumah menyedari apabila terdapat orang asing yang cuba untuk memasuki rumah. Selak kayu pada bahagian pintu turut dipasang supaya pintu dapat dikunci dan orang dari luar tidak dapat masuk ke dalam rumah dengan mudah (Rajah 4.16).. 66.

(79) FYP FTKW Rajah 4.16 : Selak Kayu pada Bahagian Pintu Sumber : Kajian Lapangan. Bahagian dinding Rumah Kutai diperbuat daripada buluh dan kulit pelepah kerana bahan tersebut dapat bertahan dalam jangka yang lama. Bahan semula jadi tersebut dibuat anyaman dengan menggunakan motif siku keluang (Rajah 4.17). Bahagian dinding ini mempunyai sedikit ruang yang jarang supaya pengudaraan dapat mengalir dengan baik. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan bahagian dalam rumah menjadi panas terutamanya pada waktu tengah hari.. Rajah 4.17 : Bahagian Dinding Rumah Kutai 67.

(80) Bahagian lantai Rumah Kutai pula diperbuat daripada kayu dan mempunyai sedikit ruang di antara kayu-kayu tersebut. Hal ini dilakukan supaya mudah untuk membersihkan rumah disebabkan adanya bedui di antara ruang tersebut. Selain itu, lantai jarang ini juga dilakukan supaya memudahkan pengaliran air semasa memandikan jenazah sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga.. 4.3. Faktor Rumah Kutai Kurang Diminati Masyarakat Kini. Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai faktor Rumah Kutai kurang diminati masyarakat kini. Masyarakat kini lebih memilih seni bina rumah moden untuk dijadikan sebagai kediaman berbanding seni bina Rumah Kutai yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Data ini diperolehi oleh pengkaji daripada temubual yang telah dijalankan kepada masyarakat yang tinggal di sekitar Pasir Salak, Perak. Temubual ini dilakukan dengan melibatkan 3 orang responden sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, kawasan kajian pengkaji merupakan salah satu kawasan yang berisiko tinggi dengan penularan wabak Covid-19.. 4.3.1 Pembinaan Rumah Kutai yang Sukar dan Rumit. 68. FYP FTKW. Sumber : Kajian Lapangan.

(81) dibina oleh masyarakat dahulu. Pembinaan Rumah Kutai ini tidak menggunakan peralatan yang moden dan hanya menggunakan peralatan tradisional seperti kapak dan tidak menggunakan paku. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat dahulu tidak mempunyai peralatan yang canggih dan hanya menggunakan barangan sedia ada untuk membuat rumah. Ini menunjukkan bahawa masyarakat dahulu bijak dalam ilmu pertukangan sehingga berjaya membina rumah yang kukuh untuk dijadikan kediaman.. Masyarakat. kini. pula. membina. rumah. dengan. menggunakan paku dan batu-bata. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembinaan rumah dengan menggunakan bahan tersebut lebih mudah dan cepat berbanding rumah tradisional. Rumah tradisional memerlukan tempoh yang lama untuk dibina kerana proses pembinaannya sangat terperinci.. 4.3.2 Struktur Binaan yang Tidak Bersesuaian dengan Keperluan Terkini. Rumah Kutai merupakan rumah tradisional yang dibina dengan menggunakan buluh pada bahagian dinding manakala bahagian lantai pula dibina dengan menggunakan kayu. Ini merupakan salah satu keunikan yang terdapat pada binaan. 69. FYP FTKW. Rumah Kutai merupakan rumah tradisional yang telah.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seni bina bangunan dan tingkap kediaman yang dipilih dianalisis dan data yang dikumpul daripada setiap rumah terpilih telah digunakan dalam pengiraan tetingkap nisbah

Secara keseluruhannya, tiga aspek yang dinilai iaitu aspek perbincangan di rumah, aspek penjagaan di rumah dan aspek komunikasi di rumah memberikan hasil yang positif

2.3 Mengenalpasti pesakit positif COVID-19 yang tidak sesuai untuk menjalani pemerhatian atau pengawasan di rumah / tempat kediaman untuk dirujuk ke Pusat

Tunjukkan pelajaran yang dapat digunakan dalam penghasilan seni bina kini.. ( 5

Selain daripada kampung-kampung tradisi dan rumah-rumah kedai yang sedia ada dalam lingkungan pusat bandar Alor Setar, terdapat juga rumah-rumah baru yang dibina

(3 markah) Lakar dan huraikan apakah ciri-ciri keistemewaan yang ada pada binaan Parthenon (Seni Bina Greek) dan Pantheon (Seni Bina Roman).. (7 markah) Apakah

Ia merangkumi kursus-kursus seperti studio reka bentuk, sejarah dan teori seni bina, sains persekitaran, struktur bangunan, kemudahan bangunan, komunikasi seni bina, teknologi

Ia merangku- mi subjek-subjek seperti studio reka bentuk, sejarah dan teori seni bina, sains persekitaran, struktur bangunan, kemudahan bangunan, komunikasi seni bina, teknologi

Di antara jenis-jenis seni bina tradisi megalitik yang ada disini, terdapat binaan yang digunakan sebagai tapak pengebumian iaitu kubur batu kepingan dan dolmen.. Kajian

Objektif kajian ini adalah mengkaji nilai kepentingan budaya pada Kompleks Warisan Pahlawan Resort, mengenalpasti pengubahsuaian yang dilakukan ke atas rumah-rumah tokoh di

Kajian ini juga akan memfokuskan kepada golongan tukang rumah yang mahir dalam hal membina rumah kayu bagi mengetahui nila-nilai sejarah yang ada pada seni bina rumah warisan

Rumah Bujang Berserambi Selasar merupakan rumah yang berbentuk bumbung yang panjang paling awal dibina dalam seni rumah Melayu tradisional Terengganu dan lokasinya adalah bertempat

5.2 Perbincangan dapatan kajian Rumusan daripada hasil kajian dibuat berdasarkan objektif yang telah ditetapkan pada bahagian awal kajian yang bertajuk Keistimewaan Seni Bina

Oleh hal demikian, pengkaji mendapati bahawa budaya dan aktiviti masyarakat dapat menjadi tunjang dalam memberi kesan pemeliharaan Rumah Kutai di Pasir Salak, Perak kepada

Istana Jahar merupakan fokus utama pengkaji dalam kajian ini kerana istana ini mempunyai nilai warisan yang mungkin akan memberikan penemuan baru dalam aspek pengaruh seni bina

Selain itu, kajian ini memberikan peluang dan ruang kepada pengkaji akan datang untuk mengkaji tentang Rumah Warisan Haji Su ini, Selain itu, keputusan yang telah dibuat oleh

Selain itu, terpdat juga objektif kajian yang digunakan bagi menyelesaikan permasalahan kajian seperti mengenalpasti seni susunatur dalam rumah tradisional, mengkaji

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang motif seni bina rumah cina peranakan dalam penghasilan rekaan corak kain batik sarung, untuk mengetahui proses dalam penghasilan

Nilai estetika yang terdapat pada senibina tradisional negeri Kelantan mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan pada rekabentuk bangunan semasa terutama dalam

Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pegawai terhadap langkah- langkah yang diambil oleh TDM dalam aktiviti-aktiviti pembangunan kerjaya,

Objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap pelaksanaan video pembelajaran Bahasa Melayu tahun 6 semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mengenalpasti kesediaan

"Saya amat mengharapkan projek Sekretariat Orkestra Cina seperti ini dapat memperkenalkan seni muzik masyarakat Cina dan keunikan budaya Cina dengan lebih

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenalpasti sistem pembelajaran seni khat yang wujud di dalam negara, menilai kejayaan institusi pendidikan seni khat tempatan