• Tiada Hasil Ditemukan

HSM 319 – Seminar Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HSM 319 – Seminar Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004

Februari/Mac 2004

HSM 319 – Seminar Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan. Jawab DUA Soalan daripada Bahagian A dan DUA soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A.

1. Nilaikan secara kritis pandangan-pandangan yang terdapat dalam karya INSAN mengenai keadaan sosio-ekonomi buruh estet pada tahap selepas kemerdekaan.

2. Sejauh manakah persatuan-persatuan India berperanan dalam memperjuangkan nasib masyarakat perladangan antara tahun 1930 hingga 1942?

3. Sejauh manakah “National Land Finance and Co-operative Society”

(NLFCS) berjaya memajukan kedudukan ekonomi masyarakat perladangan?

4. “Pergerakan Thondar Padai dipengaruhi oleh Tamil chauvinism dan tersemai dengan perasaan anti-orang Eropah. Pergerakan ini dipimpin oleh golongan agresif dan menganjurkan mogok demi menakutkan pengurus estet” (A.Rajeswary). Mengapakah Rajeswary berpandangan sedemikian dan sejauh manakah pandangan beliau dapat dipertahankan?

...2/-

(2)

- 2 - [HSM 319]

Bahagian B.

5. Bandingkan isu-isu perjuangan dan corak kepimpinan yang mendasari mogok-mogok besar buruh Cina pada tahun 1937 dan buruh India pada tahun 1941.

6. Kesatuan Sekerja Umum SeMalaya muncul sebagai pertubuhan buruh yang berjaya mendapatkan sokongan yang meluas daripada kaum buruh antara tahun 1945 hingga 1948. Mengapa?

7. Bincangkan pelaksanaan undang-undang antara 1945 dan 1948 untuk membendung kegiatan buruh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur komunis.

8. Corak “Kesatuan Sekerja Baru” yang diwujudkan oleh pihak kerajaan pada zaman Darurat di Tanah Melayu adalah bersifat pasif dan tertakluk kepada kerajaan. Bincangkan.

- ooo 0 ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Keadaan masyarakat perladangan di Tanah Melayu antara tahun 1900 hingga 1930-an digambarkan oleh wakil Central Indian Association of Malaya (CIAM), Neelakandha Aiyer,

"Pengaruh dan hasutan politik yang memanipulasi isu sosioekonomi telah menjadi punca yang mempengaruhi pergerakan buruh di Tanah Melayu antara 1930-an hingga

daripada produktiviti buruh, manakala bakinya 6 peratus dijelaskan oleh pemboleh ubah lain yang tidak dijelaskan pada model ini pemboleh ubah nisbah modal buruh, buruh

Bincangkan dengan merujuk kepada sejarah seni antara abad ke-7 hingga abad ke-20.. “lmperialisme negara sehingga 1945 hanya membawa

Sejauh manakah persatuan-persatuan India berperanan dalam memperjuangkan nasib masyarakat perladangan antara tahun 1930 hingga 1942?. Sejauh manakah "National Land Finance

(b) Jika pasaran input adalah pasaran monopsoni, dapatkan tingkat keseimbangan upah dan buruh kalau pasaran keluaran adalah monopori.. Angka

sebuah fim yang merupakan pembeli buruh yang tunggal dalam pasaran buruh, menentukan kadar upah yang dibayar kepada buruhnya. Model pilihan kerj a-masa lapang menggunakan keluk

“Rancangan-rancangan ekonomi British di Tanah Melayu telah mengakibatkan lebih banyak kesan sosio-ekonomi yang negatif daripada positif.” Bincangkan.?. “Laporan Razak adalah