E-Prosiding PERSEP II 2022

585  Download (0)

Full text

(1)

E - P R OSI D I N G

"Merealisasikan Kegemilangan Peradaban dan Etnik Pada Era Endemik"

20 OKTOBER 2022 I DALAM TALIAN

EDITOR:

MOHD. SOHAIMI ESA SAIFULAZRY MOKHTAR

SABARIAH ABD RAHIM

SHARIFAH DARMIA SHARI F ADAM ESTHER JAWIN G

R OMZI ATIONG DARON BENJAMIN LOO

ROSMAH DERAK

ABANG MOHD RAZIF ABANG MUIS

(2)

Cetakan Pertama, 2022 Hak cipta terpelihara

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia-Data Pengkatalogan-dalam- Penerbitan

Prosiding Persidangan Serantau Peradaban dan Etnik Ke-II.

Diterbitkan oleh:

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

(3)

PRAKATA

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana pada tahun ini Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi dapat melaksanakan Persidangan Serantau Peradaban dan Etnik Kali Ke-2 Tahun 2022 (PERSEP II 2022). PERSEP II 2022 merupakan platform terbaik untuk para ahli akademik, penyelidik, pelajar dan masyarakat secara umumnya dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan peradaban dan etnik untuk bersama-sama membentangkan hasil-hasil penyelidikan dan tulisan mereka di samping berkongsi penemuan-penemuan baharu dalam penyelidikan yang dijalankan.

Melalui persidangan ini, para pembentang berpeluang menunjukkan kemampuan dan inovasi mereka dalam menjalankan penyelidikan. Diharapkan melalui pembentangan yang berinovasi dan penemuan yang baharu ini, dapat mewujudkan perkongsian antara pembentang dengan para peserta dan masyarakat yang berminat terhadap kajian mereka.

Justeru, matlamat utama PERSEP II 2022 kali ini yang bertemakan “Merealisasikan Kegemilangan Peradaban dan Etnik Pada Era Endemik” telah dirangka untuk meningkatkan lagi perkongsian penyelidikan berkaitan dengan isu-isu peradaban dan etnik khususnya pada era yang mencabar ini iaitu era endemik. Selain itu, ia juga bertujuan merealisasikan sekaligus bertepatan dengan motto PPIB iaitu “Memperkasa Nilai Kemanusiaan”.

PERSEP II 2022 telah menghasilkan prosiding “Persidangan Serantau Peradaban dan Etnik Kali Ke-2 2022” yang menghimpunkan semua kertas kerja yang berkaitan dengan bidang peradaban dan etnik. Saya bagi pihak Jawatankuasa PERSEP II 2022, merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penganjur bersama, pembentang, peserta, penilai, moderator dan seluruh ahli jawatankuasa serta semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini. Tahniah dan syabas untuk semua.

Sekian, wassalam.

DR. ABANG MOHD. RAZIF ABANG MUIS Pengerusi

PERSEP II 2022

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah.

(4)

Bismillahi al-Rahmani al-Rahim.

Alhamdulillah dan Kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan `inayah dan limpah kurnia-Nya, E-Prosiding Persidangan Serantau Peradaban dan Etnik Kali Ke- 2 Tahun 2022 (PERSEP II 2022) telah berjaya diterbitkan bagi tujuan persidangan ini pada 20 Oktober 2022. Tema yang dipilih pada kali ini adalah “Merealisasikan Kegemilangan Peradaban dan Etnik Pada Era Endemik”.

Sebagai makluman, persidangan antarabangsa ini melibatkan usahasama enam agensi dengan penganjur utama iaitu Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah. Seterusnya, rakan penganjur bersama lain iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Persatuan Penyelidik dan Khidmat Sosial Malaysia (AMRASS) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Sabah. Usaha murni ini merupakan selari dengan matlamat kerajaan agar membuka ruang kerjasama di antara agensi seluas mungkin untuk pemangkin kepada pembangunan negara. Hasil daripada kolaborasi ini memungkin persidangan ini telah berjaya menghimpunkan seramai 76 pembentang kertas kerja, serta sebahagian daripada kertas kerja tersebut telah diterbitkan dalam e-prosiding ini.

PERSEP II telah memfokuskan kepada dua tema utama iaitu peradaban dan etnik.

Dalam tema peradaban ini mengandungi sub-tema seperti peradaban dan kepelbagaian agama, peradaban dan kewangan Islam, peradaban dan pendidikan, isu-isu semasa peradaban, serta peradaban dan pendigitalan. Sementara tema etnik pula sub-temanya termasuklah etnik dan bahasa, etnik dan pendidikan, etnik dan agama, etnik dan pembangunan ekonomi, serta seni dan warisan etnik serantau.

Kepelbagaian tema ini tentu dapat memperluaskan lagi percambahan ilmu dan intelek dalam kertas kerja yang dihasilkan dengan berasaskan penyelidikan dari pelbagai disiplin.

Menerusi e-prosiding ini, maka ia menjadi suatu pelantar pemangkin muzakarah ilmu, khususnya kepada masyarakat akademik iaitu para pensyarah dan guru, komuniti penyelidik dan golongan pelajar dalam pelbagai bidang demi berkongsi diversiti kepakaran dalam konteks penyelidikan kontemporari, penemuan idea terkini, dan pelbagai aspek yang sinonim dengan tema persidangan. Penerbitannya juga dapat menjadi wadah dan sumbangan bukan sahaja kepada golongan intelektual, tetapi juga memberi makna yang besar kepada pelbagai lapisan masyarakat.

PROF. MADYA DR. MOHD. SOHAIMI ESA Ketua Editor

PERSEP II 2022

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah.

(5)

1. Sejarah Tok Kenali: Tinjauan Dari Sudut Sejarah Lisan

Wan Nor Amanina Wan Md Fikeri, Wan Muhamad Hariz Hazwan Wan Sazali & Maili Lamsin

1

2. Pengaruh Unsur Peradaban Manusia Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah Di Sekolah Rendah

Tan Tze Hong, Jong Kheng Wei & Low Keat Yi

13

3. Implikasi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) Tilawah Al- Quran Terhadap Masyarakat Luar Bandar Di Sabah

Ahmad Faisal Ahmad Fashil @ Ahmad Fazil, Nor Amalina Mohd Hasarudin & Siti Aisyah Rosli

21

4. Pendekatan Strategi Pemulihan (Turnaround Strategy) Yang Digunakan Oleh Pihak Majikan Semasa Organisasi Berhadapan Situasi Pandemik Covid 19: Satu Ulasan Literatur

Muhammad Aiman Danial Abu Bakar & Kee.Y. Sabariah Kee Mohd Yussof

31

5. Analisis Nilai Murni Dan Kepercayaan Masyarakat Melayu: Kajian Dalam Novel Kasyaf Ain

Norazilah Buhari, Nor Azlili Hassan & Nik Norazira Abd Aziz

49

6. Kemiskinan Digital Dalam Kalangan Peniaga Di Kawasan Luar Bandar:

Satu Kajian Kes Di Kota Belud Dan Kudat, Sabah

Nur Firzana Rosman & Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof

60

7. Kajian Literatur: Revolusi dan Umat Digital Nor Azaruddin Husni Hj. Nuruddin

74

8. Revolusi Industri 4.0: Teknologi Sirna Nilai Peradaban

Taufik A. Latif, Mohd Syuja Saedin, Norazilah Buhari & Ira Meilita Ibrahim

83

9. Peradaban Komputasional Dalam Reka Bentuk Dan Teknologi Mendepani Revolusi Industri 4.0

Mohamad Fahruddin Boman, Arina Subohan & Feralane Laka Anak Tenie

94

10. Kesediaan Guru Pelatih Reka Bentuk Dan Teknologi Mengaplikasi Teknologi Instruksional Mendepani Cabaran Revolusi Industri 4.0

Cassey Jontiri, Bernard Leu Ching Yoong & Via Elyana Durin

102

11. Persepsi Pelajar Pelbagai Etnik Di IPG Kampus Gaya Terhadap Konsep Keluarga Malaysia

Rafidah Begum Azizur Rehman, Michelle Marcella Sennia Anak Daniel & Carole Anne Justin

112

(6)

13. Perkembangan Filem Sejarah Di Malaysia: Bukit Kepong, Leftenan Adnan Dan Mat Kilau

Auji Nur Izzati Abdul Mutalib, Nur Shazllin Shaharom & Wan Nor Nadia Mamat Radan @ Zahari

131

14. Leksis Bajau Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-3, Cetakan Ke-6 (2015)

Saidatul Nornis Mahali 141

15. Signifikan Kerjasama Kebahasaan Antara Malaysia Dan Indonesia Pada Tahun 1959 Dalam Pengukuhan Bahasa Kebangsaan

Sharifah Darmia Sharif Adam

157

16. Glokalisasi Leksis Asing Membentuk Neo-Morfologi Leksis Melayu Di Alam Malaynesia

Mohd Nor Azan Abdullah & Gerald Ahayu

170

17. A Case Study On The Declined Usage Of Dusun Language And Its Implications: A Teacher-Trainee’s Pespective

Nicole Lee Wei Wei, Nobert Juanis & Nur Sakinah Ishak Sibani

181

18. Mengukur Kesedaran Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar IPG Kampus Gaya: Satu Kajian Tinjauan

Ezmal Padu, Amalin Wahida Ag Damit & Carole Anne Justin

192

19. Imbuhan Akhiran Dalam Bahasa Bajau Kota Belud: Satu Kajian

Mohd Azuwan Reji 198

20. Cabaran Taska Bahasa Iranun Dalam Usaha Melestarikan Bahasa Ibunda Rosmah Derak, Junaidah Januin, Halina Sendera Mohd Yakin, Kamsilawati Kamlun & Sabariah Abd Rahim

205

21. Peralihan Bahasa Dalam Kalangan Generasi Murut Di Keningau, Sabah:

Satu Rumusan Dini

Saidatul Nornis Mahali, Aishah Tambi Omar & Aini Janteng

217

22. Pola Ayat Bahasa Rumpun Dusunik Dalam Penulisan Dan Komunikasi Lisan

Rozita Buyoh, Caroline L Loven, Johan Severinus Tati & Jane Wong Kon Ling

233

23. Examining Linguistic Lanscape Through Shop Signs: Drawing Insights About Language Identity in Tamparuli Town

Daron Benjamin Loo

248

24. Pemantapan Hubungan Etnik Kalangan Mahasiswa Di Universiti Tenaga Nasional: Satu Penelitian

Suzy Aziziyana Saili & Rosila Bee Mohd. Hussain

260

(7)

26. Pendidikan Sejarah Dalam Membentuk Perpaduan Etnik Di Malaysia Muhammad Ameerudin Shamsul Bahari, Leonarachel Anak Petrus &

Stephanie Lee Jia Ling

286

27. Cabaran Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Kalangan Murid Berbilang Etnik Di Sabah

Ainul Syahira Abd Halim, Ezzatun Nur Zahirah Muhamad Ramli &

Nurul Nadrah Syamilah Mat Zamlus

293

28. Pemahaman, Penghayatan Dan Pengamalan Identiti Etnik Lundayeh Dalam Kalangan Belia Suku Kaum Lundayeh

Dexter John Victor

301

29. Mitos Dan Pengaruhnya Terhadap Pua Kumbu

Jovina Johny, Chearlyn Beatreace Anak Roslie, Cindy Yap Juan &

Rahmah Abdul Ghani

314

30. Tajau: Murut Tagol Di Daerah Kecil Pagalungan

Monna Attasya Majin, Nazirah Beh Su Yi, Philisia May Vong Pei Lu

& Rahmah Abdul Ghani

323

31. Amalan Adat Dan Budaya Tradisional Dalam Mengekalkan Kelestarian Pengurusan Konservasi Hutan: Satu Kajian Kes Di Ranau, Sabah

Jennifer Yukin, Widayati Harun & Joyiemin Min

333

32. Sejarah Kewujudan Pesta Ampalud De Padau Dalam Kalangan Etnik Tidung Di Beluran, Sabah

Elly Ezora Roni, Lusriani Baharuddin & Maili Lamsin

348

33. Kefahaman Ke Atas Perayaan Perahu Naga Dalam Kalangan Pelajar Cina Di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu, Sabah

Tan Shu Man, Chor Di Seng, Goh Yong Siang & Nadarajan Marimuthu

362

34. Simbolisme Budaya Dalam Karya Seni Arca “Kerbau Liar” Oleh Ahmad Shah Ag Tengah

Rohasmezan Hashim, Zaimie Sahibil & Baharudin Mohd Arus

372

35. Amalan Berurut Sebagai Seni Perubatan Tradisi: Masyarakat Kedayan di Daerah Limbang

Syaizzati Puasa, Nuraisyah Ibrahim & Siti Safiah Mohamed Izham

378

36. Aplikasi Media Sosial Sebagai Platform Memperkenalkan Seni Dan Warisan Etnik Serantau: Impak Kepada Siswa Guru

Shazatul Azha Asanan, Nur Aina Farhana Mohd Noor, Muhammad Ihsan Adar & Arbiah Maddahiri

390

(8)

38. Dasar Syarikat Berpiagam Borneo Utara Terhadap Pendidikan Di Sabah, 1881 – 1940

Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli

410

39. Migration Phenomena: University Students Perception on Malaysian Civilisation and Its Impact on Migrain

Charanjit Kaur, Ashwinder Kaur & Parveenpal Kaur

428

40. Enhancing English Language Skills Through The Implementation Of Digital Learning Platforms Among Malaysian Students

Amaris De’ Laila Len, Christel Ferly Anak Achong & Jasmine Anak Chumbing

445

41. Peradaban Islam Muhammad Uthman El-Muhammady (1943-2013) Earnie Elmie Hilmi

458

42. Pengaruh Budaya Bejalai Dan Ngayau Terhadap Migrasi Masyarakat Iban Ke Kampung Sungai Salah, Sarikei

Andolia Joseph, Alessandra Anak Da’os & Maili Lamsin

465

43. “Ayuh, Kenali Konda Kondi!”: Revolusi Permainan Tradisional Menggunakan Multimedia Interaktif

Angela Lee Xing Xing, Arliana binti A Anas, Albertyn Ngo & Israh binti Aripin

480

44. Bangsa Pikul Dalam Status Sosial Masyarakat Melanau Di Sarawak Mohammad Husri Morni & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

490

45. Berhala Moden Dalam Batang Tubuh Umat Islam: Introspeksi Inklusif Dan Iktibar Inspiratif

Nordi Achie

498

46. Motivasi Dan Penglibatan Murid Etnik Sungai Terhadap Proses Pembelajaran Secara Bersemuka Dalam Fasa Endemik Covid-19 :

Kajian Kes Sk, Gusi Ranau

Joyiemin Min, Widayati Harun & Jennifer Yukin

509

47. Fiqh Sabahi: Ramuan, Resipi Dan Resapan Nordi Achie

524

48. Tamu Gaya Street: Warisan Kelestarian Budaya Dan Ekonomi Masyarakat Di Sabah.

Juviana Binti Jima & Dr. Sapihi Bin Hj Dulamit

535

49. Bangsa Pikul Dalam Status Sosial Masyarakat Melanau Di Sarawak Mohammad Husri Morni & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

544

(9)

Mohamed Ariffin

51. Isu kesihatan Scavenger di Tapak Pelupusan Kayu Madang Kota Kinabalu, Sabah Malaysia

Abdul Hair Beddu Asis

566

(10)

1

SEJARAH TOK KENALI: TINJAUAN DARI SUDUT SEJARAH LISAN

Wan Nor Amanina Binti Wan Md Fikeri1 Wan Muhamad Hariz Hazwan bin Wan Sazali2

Maili Lamsin3

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah, Malaysia. (E-mail: nor24-708@epembelajaran.edu.my)

2 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah, Malaysia. (E-mail: muhamad24-764@epembelajaran.edu.my)

3 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah, Malaysia. (E-mail: maili24-63@epembelajaran.edu.my)

Abstrak: Tokoh agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu telah membangunkan semangat orang tempatan untuk memperbaiki diri. Pada kurun ke 20 di Tanah Melayu, para tokoh agama Islam telah berusaha mempengaruhi masyarakat agar tidak jauh ketinggalan daripada bangsa Inggeris dan etnik Cina. Perjuangan sosial ini dilakukan dengan penuh hikmah berlandaskan unsur keislaman tanpa pertumpahan darah. Kajian ini membincangkan tokoh ulama Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad atau dikenali sebagai Tok Kenali di Kelantan.

Kertas kerja ini bertujuan merungkai kepakaran dan keilmuan Tok Kenali dalam berkarya dan berdakwah kepada masyarakat Islam. Pendekatan kajian adalah kualitatif menggunakan kaedah sejarah lisan dan kerja lapangan dengan mengumpulkan maklumat melalui temubual dengan waris keluarga, pejuang agama, pengkaji akademik dan juga masyarakat di Kelantan.

Maklumat yang dikutip melalui temubual akan disalin, disemak dan ditaip sebagai bahan penyelidikan. Bagi melengkapkan kertas kerja, kajian kepustakaan dilaksanakan sebagai sumber sekunder dan perbandingan untuk mendapatkan fakta yang tepat mengenai Tok Kenali.

Dapatan kajian mendapati Tok Kenali mempunyai peranan penting dalam menyebarkan dakwah Islam. Seruan perjuangan melalui majalah Pengasuh meningkatkan moral masyarakat tempatan. Tok Kenali telah berjaya menyebarkan karya berunsur keislaman di Tanah Melayu. Diharapkan kajian ini menyumbang kepada tradisi bertulis bercorak sejarah tempatan dan mengetahui sumbangan keilmuan Tok Kenali. Cadangan lanjut juga disyorkan agar lebih ramai rakyat biasa dilibatkan dalam temu ramah untuk memahami pengaruh karya ilmu Tok Kenali dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini.

Kata Kunci: Tok Kenali, Sejarah Lisan, Dakwah Islam, Majalah Pengasuh

Pengenalan

Muhammad Yusof bin Ahmad ataupun terkenal dengan nama Tok Kenali (1868-1933) merupakan seorang anak jati Kelantan yang lahir di Kubang Kerian, Kelantan. Beliau dilahirkan pada tahun 1868 di sebuah perkampungan bernama Kampung Kenali yang berada 7 kilometer daripada Kota Bharu. Beliau tergolong di dalam keluarga yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai pegangan agama yang kukuh, Tok Kenali merupakan anak kepada Ahmad bin Abdul Samad dan Fatimah binti Mohamad Salleh. Panggilan ‘Tok’

merupakan panggilan yang biasa digunakan oleh orang tempatan di Kelantan apabila merujuk kepada individu yang lebih berusia, manakala ‘Kenali’ pula merujuk kepada tempat beliau

(11)

2 dilahirkan.1 Jadi beliau dikenali dengan nama Tok Kenali yang segar dalam ingatan masyarakat sehingga masa kini.

Tok Kenali dikenali sebagai seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agama terutamanya dengan Sheikh al-Fatani iaitu merupakan seorang ulama yang terkenal di Pattani pada ketika itu lalu beliau dibawa oleh gurunya itu untuk belajar di Makkah. Semasa di Makkah, beliau belajar bersama-sama dengan tokoh yang membangun- kan Kelantan seperti Nik Mahmud Ismail yang menjadi Menteri Besar Kelantan pada zamannya. Tok Kenali yang sangat beradab dan sopan dalam menuntut ilmu bersama gurunya dahulu sangatlah disegani hingga membuatkan gurunya menyayangi dan mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada Tok Kenali. Dengan tahap keilmuan yang ada pada diri Tok Kenali, beliau dilantik sebagai ahli di dalam Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), beliau menjadi pengarah pertama dalam penghasilan majalah Pengasuh yang mula diterbitkan pada tahun 1918.2 Dari majalah inilah beliau mula mencurahkan intisari dakwahnya kepada masyarakat tempatan khususnya bagi orang Melayu ketika itu yang mundur dari segi pemikiran dan moral.

Pada zaman beliau menjadi ketua pengarang bagi majalah Pengasuh, beliau banyak mengarang dengan menekankan mesej-mesej kepada masyarakat supaya bersatu padu sesama anak bangsa agar mereka dapat memajukan ketamadunan.

Pernyataan Masalah

Latar belakang kajian ini dilaksanakan adalah selepas mengambil kira dari segi aspek temubual secara lisan, pengkaji membina biodata Tok Kenali berdasarkan temubual yang telah dilakukan. Dapatan temubual akan ditapis menggunakan artikel dan jurnal yang berkaitan supaya dapat menunjukkan latar belakang Tok Kenali yang sebenar dari sudut pandang ahli keluarga beliau. Selain itu berdasarkan tinjauan kepustakaan dan dokumen bertulis didapati penceritaan sejarah Tok Kenali, terutamanya maklumat biodata beliau di jurnal dan artikel dari internet bersifat ringkas sahaja dan tidak merangkumi kehidupan beliau dari kecil di kampung Kenali sehingga beliau menjadi ulama yang terkenal, permasalahan ini akan menyusahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat Tok Kenali dengan lebih jelas dan tepat kerana terdapat maklumat yang mengelirukan daripada beberapa laman sesawang berkenaan dengan biodata Tok Kenali.

Hal ini dikatakan demikian kerana setelah pengkaji menyusun dan menapis maklumat daripada pelbagai cara kebanyakannya maklumat daripada internet tidak lengkap dan maklumat yang kurang tepat berbanding dengan buku dan maklumat yang diperolehi daripada hasil temubual secara lisan. Misalnya, dalam buku The Architects of Islamic Civilisation, pada muka surat 264 kehidupan atau biodata Tok Kenali hanya direkodkan secara ringkas sahaja iaitu hanya memperkenalkan nama penuh beliau serta ibu bapanya lalu terus kepada perjalanan beliau menuntut ilmu. Walaupun terdapat novel yang menceritakan tentang Tok Kenali, tetapi ia agak tebal dan sarat dengan maklumat sesuai untuk golongan akademik. Bagi bacaan golongan kanak-kanak, kajian ini diusahakan agar dapat mendedahkan biodata Tok Kenali secara menyeluruh dengan maklumat yang padat tetapi ringkas dan mudah dicerna oleh masyarakat umum.

Tidak banyak dokumen bertulis yang diterbitkan mengenai biodata Tok Kenali yang lengkap sejak beliau kecil sehinggalah akhir hidup beliau. Biodata tokoh yang lengkap mampu

1 TheArchitects of Islamics Civilisation, 2017, Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Petaling Jaya, hlm. 264.

2 Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, Seruan Kebangkitan Islam dalam Majalah Pengasuh oleh Tok Kenali

dan Za’ba, 2013, Jurnal Usuluddin. 37, 57-81, dipetik dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/

view/7461 pada 8 Julai 2022, hlm. 67.

(12)

3 untuk membantu dalam mengkaji sumbangan beliau kepada masyarakat kerana latar peristiwa memainkan peranan yang penting terhadap peristiwa yang berlaku. Misalnya, latar tempat, latar masa dan latar suasana serta usaha beliau dalam menuntut ilmu mesti dianalisis bagi menimbulkan perkaitan di antara tingkah laku tokoh dan latar belakangnya.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk merungkai biodata Tok Kenali dengan lebih mendalam dengan cara temubual bersama waris dan perkaitan hubungan dengan Tok Kenali yang masih hidup pada masa kini. Serta menemu ramah pejuang agama Islam, pengkaji akademik dan juga masyarakat di Kelantan. Seorang tokoh yang berjasa pasti akan meninggalkan legasi tidak kira secara kebendaan mahupun dalam hal keilmuan.

Objektif Kajian

Objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah supaya masyarakat setempat secara khususnya dapat mendalami identiti sebenar Tok Kenali melalui kaca mata keturunannya serta waris-waris beliau yang masih hidup sehingga kini. Tujuannya agar mendapat penghayatan yang lebih mendalam dan menyedari pengorbanan serta usaha keras yang diberikan Tok Kenali yang mana masih digunapakai sehingga kini. Pengkaji ingin mewujudkan perasaan ingin tahu golongan muda untuk mengetahui biodata tokoh-tokoh tempatan supaya mereka lebih menyedari untuk menghayati pengorbanan mereka. Selain itu, melalui pemahaman yang jitu terhadap latar belakang Muhammad Yusof bin Ahmad atau Tok Kenali, penghargaan terhadap keilmuan yang terdapat dalam diri Tok Kenali dapat diwujudkan dengan cara menelusuri dan mendalami sumbangan beliau dari aspek keilmuan. Konsep 5W 1H dalam Sejarah diterapkan dalam kajian ini untuk mengetahui secara spesifik suatu peristiwa sejarah akan digunakan oleh pengkaji untuk menerangkan ketokohan dan keilmuan Tok Kenali dalam perjuangannya membangunkan masyarakat.

Kajian Literatur

Menerusi kajian terhadap Tok Kenali dari perspektif sejarah lisan ini, terdapat dua perkara yang akan dibincangkan iaitu;

a. Biodata sebenar Tok Kenali

Tok Kenali ataupun nama sebenarnya Muhammad Yusof bin Ahmad dikenali sebagai seorang ulama yang disegani seiring dengan ulama-ulama lain pada zamannya. Kehidupan Tok Kenali berlatarbelakangkan kehidupan dalam suasana kampung serta keadaan serba kekurangan. Beliau dilahirkan di kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira- kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M).

Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah binti Salleh, merupakan ibunya yang merupakan seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi serta murni.3

Oleh yang demikian, pengkaji ingin menelusuri identiti sebenar beliau secara mendalam iaitu kehidupan Tok Kenali di luar bidang dakwah. Ini kerana, maklumat yang kurang lengkap diperolehi daripada internet dan buku menyukarkan pengkaji untuk menggunakan maklumat tersebut sebagai bahan kajian. Dengan menemubual secara langsung

3 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran, https://ms.wikipedia.org/

wiki/Muhammad_Yusuf_bin_Ahmad#cite_note-2

(13)

4 kepada waris cicit Tok Kenali dan murid terakhir beliau akan memudahkan kami mendapat maklumat yang benar dan tepat. Dalam mengenali seseorang tokoh perlu untuk mengenali peribadinya bagi mewujudkan perkaitan di dalam perkara yang disumbangkannya terhadap masyarakat. Oleh itu penting bagi pengkaji sejarah mendalami biodata seseorang tokoh supaya dapat menghubungkan kegiatan tokoh dengan zaman kehidupannya.

b. Keilmuan Tok Kenali

Pembangunan dalam Islam adalah keupayaan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat di dalam satu proses yang harmoni dan bersepadu. Fokus utama dalam pembangunan dalam Islam bukan dari aspek lahiriah semata-mata tetapi ia adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri.

Pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah pembangunan yang datangnya daripada kesedaran yang tinggi dalam satu kelompok masyarakat yang besar dan bukannya datang daripada satu kelompok yang kecil. Di samping itu, pembangunan ini juga haruslah mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan dari segi rohani dan jasmani.4 Oleh itu sangat ditekankan bahawa, konsep pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Al-Quran merupakan rujukan utama umat Islam, kalimah ilmu itu sendiri disebut sebanyak 750 kali dan membentuk satu peratus daripada kata dalam Al-Quran. Menurut Syed Muhammad Dawilah al-Edrus dan Haji Dasuki Haji Ahmad, ilmu adalah salah satu daripada sifat Allah SWT.5 Allah berfirman dalam Surah al Nahl ayat 19 yang bermaksud:

“Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan”

Ilmu adalah milik Allah secara mutlak kerana Allah menciptakan dan mengatur alam ini. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh akal manusia. Di dalam Islam, menuntut ilmu itu sangat penting seperti dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas kaum Muslimin lelaki dan perempuan”

Imam al-Ghazali menafsirkan bahawa perkataan ilmu dalam matan hadis tersebut adalah merujuk kepada perkara yang wajib seperti fardhu ain. Jadi, dapat disimpulkan bahawa Islam adalah agama yang mengangkat ilmu sebagai cara bagi seseorang individu untuk mendekatkan diri dengan tuhan disamping menjaga aspek kehidupan dari segi ekonomi, politik, sosial dan perkara duniawi yang lain. Tok Kenali banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam seperti Al-Imam Ghazali (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu laduni di zaman silam. Melihat kepada Tok Kenali, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara menyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengetahuan, politik, sosial ekonomi dan lain- lain.6

Berdasarkan ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh Tok Kenali daripada para ulama Islam yang terkenal dan guru-gurunya maka beliau dikenali sebagai ulama yang terkenal pada zamannya. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang keagamaan tetapi beliau juga mempunyai

4 Adibah Sulaiman @ Mohamad, Ezad Azraai Jamsari dan Nurliyana Mohd Talib, Konsep Ilmu menurut Perspektif Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, 2016, Islamiyyat, 38(2), 93-102, dipetik dari: http://journalarticle.

ukm.my/10755/1/16918-53157-1-PB.pdf pada 15 Ogos 2022, hlm. 95.

5 Al Quran al-Karim, Surah Al- Baqarah ayat 29.

6 https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Yusuf_bin_Ahmad

(14)

5 pengalaman dalam bidang kewartawanan. Tok Kenali berusaha untuk menyedarkan masyarakat Melayu tempatan pada waktu itu yang berada dalam kemunduran. Beliau menjalankan dakwah-dakwah di masjid, surau, madrasah dan juga menggunakan medium moden pada ketika itu seperti majalah Pengasuh khususnya7.

Bagi Penggunaan Kaedah Sejarah Lisan dalam melaksanakan kajian. Kaedah lisan adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengkaji masa lalu. Penceritaan daripada nenek moyang secara turun temurun termasuk dalam kaedah lisan namun mempunyai unsur tokok tambah yang perlu ditapis dengan bukti konkrit yang selari dengan sejarah yang sebenar.

Dalam kajian ini, tradisi lisan amat sesuai sekali digunakan untuk menyusun kembali sejarah tokoh Melayu dahulu kala atau dari erti kata lain dalam aspek sejarah lisan moden, digunakan sebagai sumber sejarah tanah air atau tempatan untuk dihargai secara meluas. Pengkaji menggunakan kaedah sejarah lisan untuk melengkapkan bahan maklumat sejarah, agar dapat diketahui secara meluas oleh masyarakat di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

Maklumat yang lengkap berguna kepada pemerhati atau pengkaji selepas ini dalam mengenali tokoh menerusi rakaman dan transkrip audio yang disediakan untuk memberikan satu informasi yang alive dan tidak hanya kepada gambar atau ilustrasi serta pameran Tok Kenali yang bersifat statik8.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan juga kaedah sejarah lisan. Pengkaji mencari maklumat maya di internet seperti e-jurnal atau artikel yang berkaitan dengan Tok Kenali baik dari segi biografi ataupun sumbangan beliau dalam bidang keilmuan. Jurnal yang telah dirujuk ini tadi akan digunakan untuk menganalisis dapatan temubual daripada waris Tok Kenali atau waris bekas anak murid beliau sendiri. Selain itu, kaedah sejarah lisan seperti melibatkan teknik temuramah, mencatat dan merekod hasil temu bual responden. Perbandingan di antara dua jenis sumber sejarah ini akan dianalisis bagi memastikan sejarah Tok Kenali dan bukti-bukti keilmuan beliau sahih dan sejajar mengikut kaedah kajian sejarah. Sehubungan dengan itu, proses temubual akan dijalankan dengan responden yang berkaitan di kawasan sekitar Kelantan. Sebanyak tiga orang responden utama yang telah di temubual untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Tok Kenali. Ini kerana tradisi lisan yang wujud dalam kalangan orang tempatan akan dapat dilihat kerana setiap individu mempunyai naratif yang berbeza.

Hasil analisis kajian akan menentukan sama ada sumber lisan yang dikaji dapat digunakan sepenuhnya untuk menceritakan sejarah Tok Kenali serta keilmuannya dalam usaha memajukan masyarakat.

Dapatan Kajian

Melalui temubual yang dijalankan oleh pengkaji dengan tiga individu berkenaan Tok Kenali pengkaji akan melakukan analisis kandungan untuk mengenal pasti biodata sebenar Tok Kenali dan keilmuannya melalui analisis transkrip temubual dan dapatan sedia ada dari internet.

7 Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, Seruan Kebangkitan Islam dalam Majalah Pengasuh oleh Tok Kenali dan Za’ba, 2013, Jurnal Usuluddin. 37, 57-81, dipetik dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/

view/7461 pada 8 Julai 2022, hlm 67.

8 Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavali A.Rengasamey dan Meor Aris Meor Hamzah, Sejarah Lisan dan Pendokumentasian, 2016, Sasbadi Sdn.Bhd, hlm. 30.

(15)

6 Mereka yang di temubual terdiri daripada Profesor Dr. Wan Muhamad Kamil Wan Abdullah9, Encik Hassan bin Salleh10 dan Encik Muhammad Hafiz Hukmi Bin Wardi11.

Berdasarkan temubual dengan Profesor Dr. Wan Muhamad Kamil Wan Abdullah yang merupakan mantan profesor tenaga pensyarah bagi Jabatan Radiologi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Mengajar di Pusat Pengajian Sains Fizik di USM, Penang selama 10 tahun dan seterusnya di USM Kubang Kerian, Kelantan selama 25 tahun. Di dalam temu ramah pengkaji bersama responden ini, beliau banyak menceritakan tentang kisah hidup Tok Kenali dan sifat-sifatnya yang baik dan layak bagi seorang ulama yang terkenal pada zamannya.

Selain itu, menurut Profesor Dr. Wan, Tok Kenali adalah seorang yang sangat rapat dengan gurunya, beliau semasa berada di Mekah sering mengikut ke mana saja Syeikh al- Fathani pergi sehinggakan Tok Kenali berada bersama gurunya ketika sesi soal jawab bersama ulama-ulama Mesir yang lain. Di samping itu, Tok Kenali juga ada menuntut ilmu dengan guru-guru lain seperti Tok Pulai Chondong dan Tok Wan Ali Kutan yang juga merupakan ulama asal Kelantan yang terkenal.12 Berdasarkan dapatan pengkaji ini, dapat disimpulkan bahawa Tok Kenali merupakan seorang yang sangat mementingkan ilmu dalam kehidupan beliau, ini terbukti dengan dapatan daripada jurnal dan temuramah yang menceritakan kisah beliau yang pergi ke Makkah untuk berguru dengan ulama di sana walaupun sukar bagi beliau dari segi kewangan, memandangkan latar belakangnya dari golongan yang susah.13 Kesungguhan Tok Kenali untuk mencari ilmu agama ini seiringan dengan hadis sahih yang menjelaskan kelebihan menuntut ilmu. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda14:

ي ِ ف ٌم ْوَق َع َمَت ْجا ا َم َو ، ِةَّن َجْلا َلَِإ ا ًقيِر َط ِهِب ُه َ

ل ُالله َل َّه َس ،ا ًم ْ

ل ِع ِهي ِف ُس ِم ت َ ْ ل َي ا ً

قي ِر ط َ ك َ َ ل َس ْن َم ل ْ

ت َي ، ِالله ِتوُي ُب ْن ِم ٍتْيَب الله َبا َ

ت ِك َ

نو ِ، ، ُ

ة َ

ني ِك َّسلا ِم ِه ْيَل َع ْتَلَزَن َّ

لَّ ِإ ، ْم ُهَنْيَب ُهَنو ُس َرا َدَتَي َو َو ه َ

د ْ

ن ِع ْن َمي ِف ُالله ُم ُهَرَك َ ذ َو ، ُ

ة َ ك ِئ َ

لَ َم ْ لا ُم ُه ْ

ت َّ

ف َح َو ُ

ة َم ْح َّرلا ُم ُه ْ ت َي ِش َ

غ ُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah diantara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

Walaupun Tok Kenali seorang yang miskin tetapi beliau datang daripada keluarga yang sangat mementingkan urusan dan keilmuan agama dalam kehidupan. Ini tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada zaman beliau khususnya pada era awal 20-an, belum wujud lagi universiti atau institut pengajian tinggi yang mengkhususkan kepada bidang agama, justeru itu anak-anak muda yang meneruskan pengajian dalam bidang agama biasanya akan ke pondok dan madrasah tempatan, jika mampu mereka

9 Beliau merupakan mantan tenaga pensyarah USM Kubang Kerian, Kelantan selama 25 tahun. Mempunyai pengetahuan dan minat yang mendalam terhadap sejarah Tok Kenali. Temuramah dilakukan pada 12 Julai 2022.

10Beliau merupakan anak murid terakhir Tok Kenali yang masih hidup pada masa kini, temubual di kediaman beliau iaitu di Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh Kelantan pada 13 Julai 2022.

11Beliau merupakan cicit kepada arwah Tok Kenali yang menetap di Teratak Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi bagi Pondok Tok Kenali serta penjaga amanah bagi Pondok tersebut dan merupakan penceramah bebas. Sesi temubual dilakukan di rumah beliau sendiri di Kampung Tok Kenali, Kubang Kerian Kelantan pada bulan Mac 2021.

12 Ibid

13 TheArchitects of Islamics Civilisation, hlm. 264.

14 Sahih Muslim, hadith no 4867.

(16)

7 akan ke luar negara untuk meneruskan pengajian agama mereka. Berbekalkan wang yang sedikit, Tok Kenali pergi ke Timur Tengah dan berguru dengan ulama yang terkenal seperti Syeikh al-Fathani. Kewangan beliau yang sempit tidak menghalang usaha beliau dalam menuntut ilmu, sehingga beliau terpaksa meminjam kitab agama dan menggunakannya di kedai buku kerana tidak mampu untuk membelinya. Sifat-sifat Tok Kenali yang bersungguh-sungguh mencari ilmu ini wajar dicontohi oleh anak-anak muda masa kini lebih-lebih lagi dengan kewujudan institut pengajian tinggi yang memudahkan lagi perjalanan belajar mereka.

Profesor Dr. Wan juga turut mendedahkan keterikatan Tok Kenali dengan ilmu, menurutnya Tok Kenali tidak berminat untuk mendapatkan pangkat di dalam kerajaan Kelantan semasa Menteri Besar Kelantan menawarkannya jawatan. Bahkan Tok Kenali hanya ingin membuka sekolah pondok sahaja untuk mengajar ilmu agama kepada anak-anak muda.

Melalui penelitian pengkaji ke atas perjalanan menuntut ilmu agama yang dilalui Tok Kenali ini, sangat logik kenapa beliau menolak menjadi ahli politik pada zamannya, beliau memanfaatkan ketokohannya dalam ilmu agama khususnya dalam bidang bahasa membolehkan beliau menulis mesej yang mendalam terhadap masyarakat Melayu supaya mereka menguatkan jati diri mereka sebagai bangsa Melayu dan menegakkan agama Islam supaya memperoleh kesatuan dalam masyarakat, memantapkan lagi adab-adab mulia seiring dengan nilai-nilai Islam.

Akhir sekali, melalui temubual ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa majalah Pengasuh adalah salah satu daripada banyaknya pemangkin kepada kesedaran masyarakat tempatan khususnya Melayu yang pada masa itu banyak dikuasai oleh makalah-makalah daripada paderi Kristian contohnya Bustan al-Ariffin oleh C.H Thompson. Pada penghujung abad ke-20, terdapat 5 buah majalah yang ditubuhkan dengan sepenuhnya inisiatif daripada paderi-paderi, iaitu Pungutan Segala Remah Pungatauan (1952), Chermin Mata (1857-1859), Sahabat (1895-1905), Pelajaran Sekolah Agama (1896-1904), dan Warta Melayu (1898).

Melalui temubual bersama Encik Hassan bin Salleh pula yang lahir di Kampung Gong Datu, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau dilahirkan pada 23 Mei 1912, walaupun dalam maklumat pengenalan diri beliau dilahirkan pada tahun 1929, namun apabila ditanya, beliau memaklumkan bahawa tahun beliau dilahirkan adalah 1912 kerana kesusahan hidup beliau dahulu menyebabkan beliau kelewatan untuk mendaftarkan pengenalan diri sebagai status warganegara semasa temubual dijalankan, ini menjadikan umur beliau adalah berumur 110 tahun.15 Beliau merupakan satu-satunya anak murid terakhir Tok Kenali yang masih hidup pada masa kini diantara yang lain kerana kebanyakkan sudah meninggal dunia, walaupun begitu sebanyak 232 nama anak murid Tok Kenali yang berjaya dikumpul oleh Roslan dalam laman sesawang bloggernya iaitu TvTarekat16. Melalui analisis transkrip temubual yang diperolehi terdapat beberapa perkara yang boleh difokuskan terutamanya berkenaan dengan cara hidup anak murid bersama Tok Kenali dahulu serta perbandingan beza maklumat yang telah diperolehi daripada Permata dengan maklumat yang di temubual sendiri oleh anak murid terakhir Tok Kenali.

Melihat kepada biodata anak murid terakhir bagi Tok Kenali ini, beliau dikenali sebagai Pok Long ataupun panggilan penuhnya Tok Ayah Haji Hassan bin Salleh. Sebelum ini, pengkaji juga mendapatkan maklumat daripada al-Faqir namun setelah dianalisis dengan lebih mendalam rupanya panggilan bagi Tok Ayah Haji Hassan adalah Pok Long bukannya Pok

15 Temubual dilaksanakan pada 13 Julai 2022. Beliau dikurniakan 2 anak perempuan.

16 Roslan, 2020, 232 Anak Murid Tok Kenali Dikenalpasti:tvtarekat. Laman sesawang http://tvtarekat.com/2020/04/anak-murid-tok-kenali.html

(17)

8 Loh.17 Apa yang dapat dilihat daripada temubual bersama Tok Ayah Haji Hassan adalah Pok Long menceritakan tentang cara penerimaan ilmu dengan Tok Kenali dahulu dimana ketika Pok Long menerima ilmu bersama Tok Kenali pada peringkat umur 10 tahun. Walaupun Tok Kenali dikenali dengan tok guru yang sukar memberi ilmu namun Pok Long berjaya menuntut dan memperoleh ilmu daripada Tok Kenali selama empat tahun. Hal ini kerana usia Tok Kenali yang sudah uzur dan meninggal dunia.18 Memang tidak dapat dinafikan tidak semua orang mampu menuntut ilmu dengan Tok Kenali kerana ilmu yang Tok Kenali berikan bukanlah mudah untuk diperolehi oleh sebab itulah jika Tok Kenali tidak berkenan untuk memberikan ilmu kepada seseorang yang ingin menuntut ilmu dengan Tok Kenali, maka beliau akan menolaknya dan berkeras untuk tidak memberikan ilmu tersebut.

Dalam pada itu juga, penemubual juga mendapati bahawa terdapat liku-liku cabaran yang dihadapi oleh Pok Long semasa mengikut dan mengiringi Tok Kenali dalam menjalankan dakwah dan menyampaikan ilmu agama. Dapat dikatakan bahawa Tok Kenali sangat peka dan cerewet tentang cara makanan dihidangkan dan jenis makanan yang dimakan. Ini kerana Tok Kenali merupakan orang yang terkenal dan seringkali juga beberapa segelintir masyarakat yang cuba membuat khianat dengan memberikan makanan kepada Tok Kenali untuk tujuan sihir.19 Hal ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita bahawa berhati-hati apabila orang memberikan kita makanan kerana cara termudah untuk menyihir orang adalah dengan cara makan makanan yang disihir tersebut. Tidak banyak yang dapat disimpulkan daripada hasil menemuramah Pok Long oleh kerana keuzuran beliau dan lewat usia yang semakin menua menyebabkan banyak maklumat yang diperolehi sukar untuk dikongsikan namun apabila pengkaji membuat perbandingan bersama dengan maklumat yang diperolehi daripada internet dapat dirumuskan bahawa kedatangan setiap orang yang ingin menemuramah beliau mempunyai tafsiran dan maksud tersendiri kerana dilihat seolah-olah Pok Long mengetahui fikiran yang bermain dihati penemu bual.

Akhir sekali, bukan itu sahaja, menurut penceritaan Pok Long juga, Tok Kenali dulunya seorang guru yang memberi ilmu dengan penuh kesabaran, ini dikatakan demikian kerana Tok Kenali tidak pernah sekalipun merotan atau memarahi anak muridnya. Tok Kenali sangat menjaga tutur kata, tidak pernah memaki atau celupar mahupun mengeluarkan kata-kata kesatnya. Hal inilah yang menyebabkan anak-anak muridnya amat menyayangi Tok Kenali sehinggakan tiada seorang pun yang berani melawan Tok Kenali. Keseluruhan daripada temubual ini, Pok Long juga turut memberi nasihat yang berguna kepada masyarakat iaitu sentiasalah berselawat dengan menuturnya satu-satu, jangan terlalu cepat berzikir dan apa yang baik maka hasilnya juga akan baik.

Bagi melengkapkan kajian ini, untuk temubual yang terakhir oleh pengkaji telah pun berhasil menemuramah ahli keluarga Tok Kenali iaitu cicit kepada Tok Kenali yang bernama Muhammad Hafiz Hukmi Bin Wardi atau dengan nama panggilannya ustaz Hafiz, beliau lahir pada 17 Februari 1982.20 Menerusi transkrip temubual serta gambar semasa temubual dilaksanakan seperti dalam Lampiran 6. Beliau merupakan pengerusi Pondok Tok Kenali dan juga seorang penceramah bebas di Teratak Tok Kenali, Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan. Berlatar belakang pendidikan agama, beliau memulakan persekolahan di Sekolah

17 Al-Faqir, 2022. Permata: Tok Ayah Haji Hassan @ Pok Loh - Murid Terakhir Tok Kenali. Laman Sesawang Facebook: https://business.facebook.com/pg/UlamaBesarAlamMelayu/posts/

18 Tok Kenali telah kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad, 2 Syaban, 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 Masihi.

19 Tok Kenali juga tidak akan menerima makanan yang diberikan dengan tangan kiri atau makanan tersebut diambil dengan menggunakan tangan kiri.

20 Temuramah dijalankan pada bulan Mac pada jam 8:00 pagi ditemani dengan pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

(18)

9 Rendah Islam Madinatul Ilmu iaitu Pondok Tok Kenali serta menyambung pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dan menyambung lagi diperingkat menengah iaitu di Madrasah Darul As-Sakinah dan yang terakhirnya menjadi Tok Guru di Pusat Pengajian Pondok.

Beliau juga merupakan penceramah jemputan di serata negeri seperti Kelantan, Terengganu Pahang, Selangor dan Kedah. Bukan itu sahaja, menerusi sesi temubual tersebut dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa maklumat yang diperolehi secara temubual bersemuka berbeza dengan maklumat yang diperolehi dalam internet. Antara maklumat yang diperolehi daripada temubual tersebut adalah berkenaan dengan biodata Tok Kenali yang disama ertikan dengan biodata Tok Janggut merupakan suatu perkara yang berbeza. Ini dikatakan demikian kerana Tok Kenali merupakan pakar bagi tokoh ilmuan Islam manakala Tok Janggut pula adalah tokoh kepahlawanan yang memperjuangkan hak masyarakat. Oleh sebab itulah maklumat yang diperolehi di dalam laman sesawang tidak begitu tepat dan memerlukan juga penerimaan jawapan secara lisan. Ini kerana selepas pengkaji membuat tinjauan secara terperinci dan menemu bual sumber pertama iaitu cicit kepada Tok Kenali, Muhammad Hafiz Hukmi, mengatakan bahawa di kawasan Kubang Kerian Kelantan tersebut terdapat banyak tempat bersejarah yang pernah digunakan oleh Tok Kenali seperti telaga lama yang Tok Kenali gunakan untuk mandi dibiarkan terbiar tanpa dijaga dan tidak dijadikan sebagai tempat persejarahan atau tempat peringatan.

Antara dapatan maklumat hasil temubual tersebut adalah tokoh keilmuan iaitu Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad dalam menuntut ilmu pengetahuan serta keistimewaan yang diperolehi oleh Tok Kenali selepas mempelajari pelbagai ilmu sehingga digelar Tok Kenali dan merupakan wali Allah. Bukan itu sahaja, antara maklumat yang diperolehi daripada orang awam yang menulis berkenaan dengan Tok Kenali di dalam internet dan juga menemu ramah sumber sebenar yang mengetahui lebih mendalam tentang Tok Kenali itu sendiri adalah jauh bezanya. Contohnya yang dicerita oleh sumber adalah Tok Kenali sudah menghafal Surah Al-Ikhlas sejak kecil, tetapi di dalam Berita Metro tidak diterangkan bacaan Al-Ikhlas dibaca dari kecil sebaliknya hanya menerangkan Tok Kenali membacanya sepanjang hayat.21 Umum mengetahui bahawa Tok Kenali merupakan salah seorang ulama agama yang sangat berpegang kepada ajaran agama dan mendalami ilmu dengan bersungguh-sungguh, hal yang demikianlah pengkaji ingin mengambil maklumat yang sebenar serta beberapa cabaran dan pengorbanan Tok Kenali semasa menuntut ilmu dahulu.

Di samping itu juga, maklumat yang terdapat di dalam internet kurang memuaskan dan tidak merujuk kepada skop yang luas berkenaan dengan peristiwa kepada nama Tok Kenali yang dikenali sebagai ulama Islam yang mencetuskan pembangunan bagi pemikiran umat Islam di dunia agar menjadikan Islam sebagai sebuah agama yang agung. Namun, apabila pengkaji menemuramah cicit kepada Tok Kenali, pengkaji dapati pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang diperoleh hasil daripada kesungguhan dan ketabahan Tok Kenali semasa mempelajari ilmu sewaktu kecil hingga dewasa. Antaranya adalah seperti keistimewaan Tok Kenali yang diperolehi hasil daripada mempelajari pelbagai ilmu adalah ianya berlaku semasa Tok Kenali berada di Mekkah adalah seorang ulama yang dikenali sebagai Tok Wan Ahmad telah menanyakan tiga soalan yang belum pernah pun diajar di dalam kelas dan semasa soal 3 soalan tersebut disoal tiada sesiapa pun boleh menjawab soalan tersebut kecuali Tok Kenali yang walaupun dikatakan sentiasa tidur mampu untuk menjawab soalan yang diajukan tersebut.

Maka selepas daripada kejadian itu rakan di kelas Tok Kenali pun mula menghormati Tok Kenali kerana sebenarnya Tok Kenali yang dahulunya dipandang rendah oleh rakan

21 Muhamaad Razis Ismail, Tok Kenali Tak Lekang Baca Al-Ikhlas, Portal My Harian Metro, 2020, Diakses melalui pautan https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/574993/tok-kenali-tak-lekang-baca-al-ikhlas

(19)

10 rakannya kerana dilihat terbongkok di dalam kelas seperti sedang tidur, yang menyebabkan mereka beranggapan bahawa Tok Kenali tidak serius dalam menuntut ilmu. Bukan itu sahaja Tok Kenali semasa belajar di dalam kelas juga tidak membawa buku kerana tidak mampu untuk membeli buku dan disebabkan itulah terdapat dua pandangan gelaran kepada Tok Kenali iaitu

"awee” yang mana merupakan nama manja bagi Tok Kenali ataupun maksud daripada bahasa Kelantan tersebut adalah awan seperti yang bermaksud ilmu setinggi awan disebabkan oleh kejujuran dan ketangkasan untuk kembali dan kebijaksanaan untuk kembali dalam menjawab pelbagai persoalan terutamanya tentang bab harta telah menyebabkan Tok Kenali menjadi penasihat kepada Raja di Kelantan. Ini dikatakan demikian kerana cara Tok Kenali mengajar adalah Tok Kenali akan memejamkan mata sambil mengajar dan apabila Tok Kenali mula mengajar beliau tidak akan pernah berhenti sampai tajuk tersebut tamat.

Dalam pada itu juga, dikatakan cara kelas Tok Kenali dimulakan adalah beliau akan memukul beduk sebelum mula mengajar agar orang ramai dapat mendengar bahawa pada ketika itu Tok Kenali telah mendapat ilham untuk mengajar dan berkenan untuk menyampaikan ilmu, walaupun ketika itu pernah juga dikatakan Tok Kenali mengajar anak muridnya pada jam 3 pagi, namun kerana ilmu yang diperolehi oleh Tok Kenali sangat mukjizat menyebabkan mereka sanggup untuk menerima ilmu seawal jam tersebut. Dalam temubual tersebut dikatakan juga, Tok Kenali dahulu, beliau sangat berminat dalam pelajaran matematik sejak umur 4 hingga 5 tahun, ini kerana Tok Kenali diajak oleh Tok Leh ataupun dikenali sebagai Tok Guru al Quran dan mempelajari ilmu hisab. Maka, pada usia 5 tahun keistimewaan Tok Kenali adalah boleh mendengar dan membetulkan bacaan al-quran yang dibaca oleh orang tua daripada juzuk 1 yang pertama sehingga ke juzuk 29. ini dikatakan demikian kerana Tok Kenali mengenal al-Quran dan belajar untuk memahami al-quran sebelum ia membacanya apabila seseorang itu kenal akan al-quran dan boleh membacanya maka akan memudahkan pemahaman seseorang untuk menghafal dan mengingati al-quran.

Bukan itu sahaja, menerusi penceritaan Ustaz Hafiz Hukmi, semasa Tok Kenali berumur 9 tahun, Tok Kenali telah belajar dengan Tok Penghulu dan belajar untuk mengira cukai. Ini menyebabkan Tok Wan iaitu Tok Penghulu di Machang tersebut telah mengangkat Tok Kenali sebagai pekerjanya untuk menulis perkara berkaitan dengan perniagaan oleh kerana tulisan Tok Kenali mempunyai tulisan yang sangat cantik dan kemas. Namun, selepas itu, Tok Kenali juga ingin berhenti bekerja kerana ingin menyambung pelajarannya pada umur 10 hingga 18 tahun, dimana Tok Kenali telah berulang alik untuk belajar dari Kubang Kerian ke Masjid Muhammadi Kota Bharu dan disebabkan itu selepas umurnya mencapai 18 tahun Tok Kenali telah bermusafir ke Mekkah untuk menyambung pelajaran. Dikatakan disinilah berlakunya cabaran dan liku-liku kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh Tok Kenali yang tidak pernah diceritakan didalam mana-mana laman sesawang iaitu Tok Kenali sangat gemar untuk menuntut ilmu maka terjadilah suatu kisah dimana di Kelantan dahulu telah mengalami ribut taufan yang sangat teruk menyebabkan beberapa rakan tok kenali mengambil keputusan untuk berhenti belajar ke masjid muhammad di tersebut kerana ribut taufan yang kuat.

Kesimpulan

Berdasarkan maklumat yang diperolehi secara bertulis mahupun lisan, dapat dikatakan bahawa Tok Kenali merupakan tokoh ulama yang terkenal di Tanah Melayu. Seorang yang bukan sahaja tekun menimba ilmu pengetahuan bahasa dan agama Islam malah jika dilihat pengorbanan dan kesusahan Tok Kenali dalam mendapatkan ilmu dahulu, ini dikatakan demikian kerana tidaklah mudah untuk menuntut ilmu cara dahulu dengan menuntut ilmu cara kini yang terdapat pelbagai kemudahan dan prasarananya. Bukan itu sahaja, melihat kepada

(20)

11 sumbangan beliau penting untuk meliputi beberapa aspek seperti pendidikan dan membuka pondok pengajian agama kepada masyarakat. Hal ini kerana dengan adanya pendidikan agama yang jelas serta pembukaan sekolah pondok memberi peluang kepada remaja dan masyarakat Islam untuk mendalami ilmu agama dengan lebih jelas dan telus. Selain itu juga, Tok Kenali dikenali sebagai seorang yang merupakan ketua pengarang majalah Pengasuh dan Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan. Pengaruh dan legasi Tok Kenali telah melahirkan tokoh-tokoh ulama telah menyemarakkan lagi kesedaran tentang pembangunan pemikiran umat Islam di tanah air.

Rujukan

Al-Quran al-Karim.

Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi. Sahih Muslim, no hadith 4867.

Abdullah Al-Qari. (2018). Pusaka Tuk kenali: Sejarah Perkembangan Pemikiran Islam.

Abdul Ghani Said. (2016). 7 Wali Melayu: Tok Kenali. Hikmah.

Adibah Sulaiman@ Mohamad, Ezad Azraai Jamsari dan Nurliyana Mohd Talib. (2016).

Konsep Ilmu menurut Perspektif Syed Sheikh Ahmad al-Hadi. Islamiyyat, 38(2), 93-102.

Dimuat turun pada 15 Ogos 2022 daripada http://journalarticle.ukm.my/ 10755/1/ 16918- 53157-1-PB.pdf

Baharin Ilias. (2012). Tok Kenali: Pusaka Tuk Kenali. Kelantan Serambi Mekah di Zaman Tuk Kenali.

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif. (2013). Pemikiran Islah Majalah Pengasuh Tahun 1918 (Islah Thought in Majalah Pengasuh 1918), Jurnal Al- Tamaddun Bil. 8 (1) 2013, 115-131. Muat turun pada 19 Julai 2022 daripada http://commonrepo. um.edu.my/ 12607/7/ Page% 20115-131.pdf

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid. (2013). Seruan Kebangkitan Islam dalam Majalah Pengasuh oleh Tok Kenali dan Za’ba, Jurnal Usuluddin. 37, 57-81. Muat turun pada 8 Julai 2022 daripada https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7461

Irsyad al-Hadith Sirike-109. (2016). Kelebihan Menuntut Ilmu. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-ke- 109-kelebihan-menuntut-ilmu

Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Hassan. Tanpa Tahun. Lima Tokoh Ulama Yang Memainkan Peranan Penting Dalam Perkembangan Ilmu Di Negeri Kelantan (1860-1940). Muat turun pada 19 Julai 2022 daripada http://journalarticle.ukm.my/512/1/1.pdf

Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavali A.Rengasamey dan Meor Aris Meor Hamzah. (2016).

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian. Sasbadi Sdn.Bhd.

The Architects of Islamics Civilisation. (2017). Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Petaling Jaya

Senarai Nama Yang Ditemu ramah

Profesor Dr. Wan Muhamad Kami Wan Abdullah, mantan profesor tenaga pensyarah bagi Jabatan Radiologi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Mengajar di Pusat Pengajian Sains Fizik di USM, Penang selama 10 tahun dan seterusnya di USM Kubang Kerian, Kelantan selama 25 tahun. Ditemubual di rumahnya sendiri iaitu di Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian Kelantan pada 12 Julai 2022.

Encik Haji Hassan bin Salleh, anak murid terakhir Tok Kenali yang masih hidup pada masa kini, dan ditemubual di kediaman beliau iaitu di Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh Kelantan pada 13 Julai 2022.

(21)

12 Encik Muhammad Hafiz Hukmi Bin Wardi, merupakan cicit kepada arwah Tok Kenali yang menetap di Teratak Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi bagi Pondok Tok Kenali serta penjaga amanah bagi Pondok tersebut dan merupakan penceramah bebas. Sesi temubual dilakukan di rumah beliau sendiri di Kampung Tok Kenali, Kubang Kerian Kelantan pada bulan Mac 2021.

Lampiran

Berikut menunjukkan bukti temubual bersama saksi Tok Kenali bagi mendapatkan audio lisan

(22)

13

PENGARUH UNSUR PERADABAN MANUSIA TERHADAP KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DI SEKOLAH

RENDAH

Tan Tze Hong1 Jong Kheng Wei2

Low Keat Yi3

1 IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, (E-mel: tan24-669@epembelajaran.edu.my)

2 IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, (E-mel: jong24-678@epembelajaran.edu.my)

3 IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, (E-mel: low24-662@epembelajaran.edu.my)

Abstrak: Kemahiran Pemikiran Sejarah membolehkan manusia berfikir secara kritis dan analitis terhadap sumber dan peristiwa sejarah. Kemahiran Pemikiran Sejarah merupakan salah satu elemen penting dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah di mana ia telah disyorkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah yang menjadi panduan kepada para guru Sejarah sekolah rendah.

Tujuan kajian ini adalah mengkaji pengaruh unsur-unsur peradaban manusia melalui penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah. Manakala jenis dan kaedah penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam mata pelajaran Sejarah sekolah rendah juga dikenal pasti dalam kajian ini.

Reka bentuk kajian ini adalah jenis etnografi secara kualitatif. Persampelan kajian ini terdiri daripada warga sebuah sekolah rendah di Sabah yang melibatkan diri dalam kajian secara sukarela. Instrumen pengumpulan data kajian ini ialah kaedah temu bual dan soal selidik yang dilaksanakan terhadap persampelan. Data-data kajian ini yang diperoleh menggunakan kaedah temu bual dan soal selidik diadaptasi dan dianalisis berdasarkan transkripsi temu bual dan soalan-soalan soal selidik. Dapatan kajian akan menunjukkan pengaruh unsur-unsur peradaban manusia melalui penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah. Cadangan kajian lanjutan adalah mengkaji penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah menengah demi mendapatkan gambaran unsur-unsur peradaban manusia yang terpengaruh secara menyeluruh.

Kata Kunci: Kemahiran Pemikiran Sejarah, Guru, Pengajaran, Pengaruh, Peradaban Manusia

Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan, peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus).

Syed Naquib Al-Attas dan Ahmad Bek Kamal memilih tema tingkah laku dalam mendefinisikan peradaban. Syed Naquib Al-Attas percaya bahawa peradaban ialah keadaan kehidupan manusia dalam masyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan budaya mulia bagi seluruh masyarakatnya (Amir A. Rahman, 1990). Edward L. Farmer telah memberi pandangannya dalam buku Comparative History of Civilizations in Asia, beliau

(23)

14 mendefinisikan bahawa peradaban adalah entiti atau unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi- institusi yang berterusan. Beliau juga mengenal pasti beberapa ciri yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat bertamadun seperti sistem tulisan, kerajaan dan pentadbiran yang berkesan, agama dan kepercayaan, organisasi sosial, perbandaran, teknologi dan pengkhususan.

Sebagai sebuah negara yang merdeka selama 62 tahun, kita berusaha untuk membina sebuah masyarakat yang berkeadaban dan bertamadun. Kerajaan kita telah melaksanakan beberapa perancangan dan dasar dalam pelbagai aspek terutamanya pendidikan. Sebagai contohnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1987 (Maszuria A. Ghani et.al., 2017).

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

(Akta Pendidikan 1996, Akta 550) Demi melahirkan masyarakat yang adab, pendidikan merupakan langkah penyelesaian yang paling berkesan kerana ia merupakan medan penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik (Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin, 2011).

Pada tahun 2014, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di sekolah rendah oleh KPM dan murid wajib menerima Pendidikan Sejarah bermula tahun 4 sehingga tahun 6.

Hubungan Sejarah dengan peradaban sangat rapat kerana sejarah adalah intipati ketamadunan atau peradaban. Melalui sejarah, kita sedar mengenai kewujudan atau keberadaan identiti sesebuah negara, masyarakat, kebudayaan dan manusia. Objektif mata pelajaran ini ialah melahirkan para murid yang bukan sahaja mengetahui secara fakta perkembangan sejarah di tanah air mahupun di negara luar tetapi mampu untuk merangsang pemikiran murid melalui proses pembelajaran yang dilalui oleh mereka (Muhammad Ridzuan Bin Idris, 2021).

Masyarakat juga boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku.

Di samping itu, Sejarah juga dapat membangunkan pemikiran kritis dan kreatif murid dengan latihan taksiran dan pertimbangan mengenai fakta Sejarah (Tan Ai Hoon, 1997). Demi mencapai tahap pemikiran yang tinggi, satu garis panduan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diwujudkan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Panduan tersebut meliputi Struktur Disiplin Sejarah yang mengandungi beberapa aspek Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) iaitu:

a. Kemahiran memahami kronologi b. Menerokai bukti

c. Membuat interpretasi d. Membuat imaginasi e. Membuat rasionalisasi

Kemahiran tersebut bertujuan membantu murid memahami bagaimana sejarawan merekonstruksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan signifikan sesuatu tarikh, tokoh, peristiwa, lokasi dan aktiviti manusia masa lalu

(24)

15 (Jabar Baharuddin, 2003). Maka kajian ini menerokai pengaruh unsur peradaban manusia terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di Sekolah Rendah oleh peserta kajian Sejarah.

Pernyataan Masalah

Kemahiran Pemikiran Sejarah merupakan salah satu elemen penting dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah khususnya di peringkat sekolah rendah bagi tahap dua iaitu darjah empat, lima dan enam. Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah diutamakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga ia disyorkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Sejarah sekolah rendah yang menjadi panduan kepada para guru Sejarah. Dengan ini, pengaruh unsur peradaban manusia terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah perlu dikaji dalam usaha memastikan keberkesanan penerapan nilai-nilai patriotisme dan semangat kekitaan dalam kalangan murid.

Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan gambaran secara menyeluruh mengenai pengaruh unsur peradaban manusia terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah.

Kajian ini penting dalam memastikan proses penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid tidak terjejas. Tambahan pula, kajian ini juga berfokuskan kepada peningkatan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam sekolah rendah untuk membolehkan murid memmuridi peristiwa sejarah dengan kaedah yang lebih sistematik dan berkesan.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:

a. Mengenalpasti pengaruh unsur peradaban manusia terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah.

b. Mengenalpasti keberkesanan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah.

c. Meningkatkan penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah.

Hipotesis Kajian

Unsur peradaban manusia mempengaruhi penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah. Antara persoalan yang perlu diatasi melalui kajian ini adalah mengenalpasti apakah unsur peradaban manusia dan bagaimana pengaruhnya terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah. Pengaruh peradaban manusia mendatangkan kesan kepada penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah, ia terus mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah rendah khususnya bagi mata pelajaran Sejarah.

Tinjauan Literatur

Terdapat beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam bahagian literatur ini, antaranya termasuk konsep peradaban manusia, konsep Kemahiran Pemikiran Sejarah dan hubungan antara pengaruh unsur peradaban manusia terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah.

(25)

16 Konsep Peradaban Manusia

Berdasarkan pengertian diatas, maka Hasim Musa (1997:2) menyimpulkan bahawa istilah

“tamadun” boleh ditarifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan dan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkah laku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia, yang membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Konsep Kemahiran Pemikiran Sejarah

Sejarah menurut Maharom Mahmood (1998), adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis. Oleh yang demikian, guru-guru sejarah memainkan peranan penting untuk menerapkan kemahiran pemikiran sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan murid berfikir. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merujuk kepada proses berfikir secara analitis, kritis dan kreatif bertujuan memahami peristiwa yang berlaku pada masa lalu untuk dihubungkan dengan masa kini dan sebagai persediaan untuk masa akan datang (Siti Hawa Abdullah, 2007).

Wang Gung Wu (1968), umpamanya mengangkat martabat sejarah dari sudut kepentingan mengingati masa lalu khususnya dalam membentuk keperibadian sesuatu kumpulan, puak atau masyarakat. Sartono Kartodirdjo (1992) pula menyatakan pendidikan sejarah berperanan sebagai alat didaktik khususnya sebagai tunjang pendidikan nasional.

Menurut Jabar Baharuddin (2006), kemahiran pemikiran sejarah pula adalah merupakan satu bentuk proses kognitif yang memerlukan murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru.

Dalam Modul Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001c) terdapat beberapa objektif tentang kemahiran pemikiran sejarah yang perlu diterapkan kepada para murid. Di antara objektif yang digariskan ialah membolehkan murid berfikir secara kreatif dan kritis, memahami ciri-ciri sejarah, melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati, meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru dan memahami bagaimana sejarawan membina peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikansi suatu peristiwa.

Hubungan antara Pengaruh Unsur Peradaban Manusia Terhadap Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah Di Sekolah Rendah.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kemahiran Pemikiran Sejarah merupakan satu bentuk proses kognitif yang memerlukan murid untuk membuat penerokaan terhadap idea yang kompleks dan abstrak di bawah bimbingan guru. Maka, murid dapat memahami secara mendalam dan kritis tentang segala aspek kehidupan manusia silam sehingga ke hari ini.

Tegasnya, unsur-unsur peradaban manusia seperti perbezaan kaum, adat resam, agama, kesenian dan sejarah tempatan mendatangkan pengaruh terhadap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah di sekolah rendah. Keadaan ini memerlukan guru Sejarah di sekolah rendah untuk memikirkan pelbagai kaedah dan langkah yang sesuai dalam usaha menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan murid menerusi mata pelajaran seperti Sejarah di sekolah rendah.

Figure

Updating...

References

Related subjects :