• Tiada Hasil Ditemukan

BUKIT BENDERA BERPOTENSI DIIKTIRAF RIZAB BIOSFERA UNESCO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "BUKIT BENDERA BERPOTENSI DIIKTIRAF RIZAB BIOSFERA UNESCO"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

PULAU PINANG, 5 Oktober 2016 – Bukit Bendera, salah satu tarikan pelancongan berkonsepkan alam semulajadi di negeri ini berpeluang tinggi diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Ia berikutan usaha sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama The Habitat Penang Hills, Penang Hills Corp, Jabatan Perhutanan Negeri dan beberapa agensi lain yang komited mengumpul data untuk penyediaan dosir bagi dikemukakan kepada pihak UNESCO.

Saintis Pusat Pengajian Sains Kajihayat merangkap Pengarah Pusat Inkubasi USM, Profesor Dr. Siti Azizah Mohd Noor berkata, Bukit Bendera yang memiliki puncak tertinggi di Western Hills iaitu 833 meter dari aras laut mempunyai keunikan biodiversiti yang amat penting untuk dipelihara.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

BUKIT BENDERA BERPOTENSI DIIKTIRAF RIZAB BIOSFERA UNESCO

05 OCT

(2)

“Inisiatif pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia dilihat semakin terancam impak dari aktiviti sosio-ekonomi manusia termasuk pertanian, pembangunan dan sebagainya.

“Bukit Bendera mempunyai kepelbagaian spesis tumbuhan dan haiwan, antara yang unik adalah spesis orkid hutan dan pokok-pokok konifer. Pun begitu orkid misalnya, dilihat semakin berkurangan atas pelbagai faktor termasuk dipetik secara tidak terkawal untuk pelbagai tujuan,” katanya.

Justeru katanya, pewartaan dalam Rizab Biosfera UNESCO membolehkan kegiatan ekonomi berjalan seiring dengan inisiatif pemeliharaan bagi mengekalkan biodiversiti, selain menambah data saintifik terhadap spesis-spesis unik lain yang berpotensi ditemui.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena penganjuran simposium The Launch: Canopy Science & Forest Conservation in Penang di sini hari ini yang dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Profesor Dr. Amirul Al-Ashraf Balakrishnan Abdullah.

Yang turut hadir ialah Pengarah The Habitat Penang Hills, Reza Cockrell.

(3)

Kerjasama berkenaan turut mendapat perhatian dari rakan saintis terkemuka termasuk dari Amerika Syarikat (USA), Australia dan Hong Kong yang bersetuju membantu dalam pelbagai aspek khususnya penyediaan data saintifik dan perkongsian kepakaran.

Pembentang ucaptama yang dibawakan khas dari California Academy of Sciences, USA, Profesor Dr.

Margaret D. Lowman berkata, beliau teruja dan komited berkongsi pengalamannya untuk menjadikan Bukit Bendera sebagai pusat penyelidikan kanopi bertaraf antarabangsa.

Pakar ekologi kanopi yang telah banyak terlibat dalam penyediaan laluan kanopi di serata dunia itu menegaskan, kanopi hutan adalah sebahagian besar kawasan yang belum diterokai dan mempunyai rahsia alam tersendiri.

(4)
(5)

“Justeru, melalui rangkaian strategik ini memberi peluang keemasan untuk kami di peringkat saintis menemukan pelbagai perkara baharu yang dapat membantu dalam usaha memelihara hutan hujan khususnya Bukit Bendera yang sangat cantik, unik dan istimewa,” katanya.

Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

“USM sebagai sebuah universiti yang memberi tumpuan kepada masyarakat OKU, merasa bangga kerana dengan usaha ini, ia dapat membantu masyarakat OKU di Malaysia dan di

Menggalakkan guru-guru untuk mengaplikasikan pendekatan inkuiri penemuan dan penerokaan terbuka dalam pdpc yang dapat memberi murid peluang untuk mengaplikasikan dan

Sistem pembelajaran yang baharu (ULS) direka bentuk untuk membantu pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah di dalam tugasan harian mereka dan ia sepatutnya dapat

Tambahnya lagi, usaha perlu dibuat untuk menjadikan kesukarelawanan lebih efisyen, terlatih dan bersiap siaga untuk membantu dalam pelbagai usaha masa hadapan

Kajian ini dapat memberi peluang kepada murid memperolehi intervensi pengajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan mereka dan akhirnya membantu mengukuhkan proses membuat

Dengan yang demikian Peneduh 2S ciptaan kami ini dapat disesuaikan dengan pelbagai bentuk dan jenis model mesin rumput galas yang berada dalam pasaran sekarang.. Untuk perhatian

Kami percaya bahawa tugas un- tuk mendidik, memberi kefahaman serta membuka peluang kepada masyarakat untuk turut sama terlibat dalam bidang seni visual dan keu- sahawanan ini

Justeru, besarlah harapan penyelidik dengan hasil kajian yang dijalankan ini dapat memberi manfaat dan peluang kepada kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan DBKL