• Tiada Hasil Ditemukan

JMG 319/JMG 419 – Geografi Bandar dan Petempatan Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMG 319/JMG 419 – Geografi Bandar dan Petempatan Manusia "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

...2/-

_______________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2016/2017

Mei/Jun 2017

JMG 319/JMG 419 – Geografi Bandar dan Petempatan Manusia

Masa: 3 jam

__________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab EMPAT (4) soalan daripada ENAM (6) soalan yang diberikan. Jika calon menjawab lebih daripada empat soalan, hanya empat soalan pertama mengikut susunan dalam skrip jawapan akan diberi markah.

Sertakan ilustrasi atau rajah di dalam jawapan anda bagi soalan yang berkaitan.

Setiap soalan diperuntukkan 100 markah.

(2)

...3/- [JMG 319/JMG 419]

- 2 -

1. Bincangkan cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh bahagian perancang bandar dalam usaha pengekalan unsur-unsur kelestarian petempatan bandar.

(100 markah)

2. “Setiap negara di dunia mempunyai definisi yang tersendiri dalam takrifan petempatan luar bandar, namun terdapat ciri-ciri persamaan sejagat sebagai aspek penyatuan”. Bincangkan.

(100 markah)

3. Konsep koridor pertumbuhan ekonomi merupakan usaha kerajaan bagi memastikan keseimbangan pertumbuhan ekonomi antara wilayah. Huraikan pencapaiannya dengan merujuk kepada satu contoh koridor ekonomi.

(100 markah)

4. Dengan merujuk pengalaman sebuah negara di dunia, sejauh manakah petempatan luar bandar telah mengalami transformasi sejak tahun 1990-an?

(100 markah)

5. Bagaimanakah hubungan bandar dan luar bandar dapat meningkatkan proses pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat?

(100 markah)

(3)

...4/- [JMG 319/JMG 419]

- 3 -

6. Terangkan EMPAT (4) daripada perkara berikut:

(a) Ciri-ciri tadbir urus yang baik dalam membangunkan petempatan bandar.

(25 markah)

(b) Konsep Bandar Selamat. (25 markah)

(c) Model Pelbagai Pusat Harris-Ullman. (25 markah) (d) Konsep daya saing bandar. (25markah)

(e) Perbezaan di antara pendekatan deskriptif dengan pendekatan saintifik dalam kajian petempatan.

(25 markah) (f) Pemikiran ekologi dalam konteks kajian petempatan. (25 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dengan merujuk keadaan alam sekitar tempatan dan global yang semakin kritikal, bincangkan peranan anda sebagai ahli geografi untuk mengatasinya dalam konteks

Jika calon menjawab lebih daripada empat soalan hanya empat soalan pertama mengikut susunan dalam skrip jawapan akan diberi markah.. Sertakan illustrasi atau rajah di

Jika calon menjawab lebih daripada empat soalan hanya empat soalan pertama mengikut susunan dalam skrip jawapan akan diberi markah.. Baca arahan dengan teliti sebelum

Pembangunan sesebuah bandar amat bergantung kepada kekayaan sumber yang dimiliki oleh sesebuah petempatan sama ada merupakan sebuah kawasan perbandaran baharu atau juga

Kajian ini telah mengenal pasti ciri-ciri dan mengukur prestasi perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan di sebuah destinasi warisan luar bandar iaitu di Lembah

Sejauh manakah versi globalisasi yang wujud pada masa kini lebih banyak menguntungkan negara maju berbanding negara sedang

Proses rebakan guna tanah bandar ke pinggir telah memperlihatkan banyak petempatan luar bandar di zon luaran wilayah metropolitan di negara membangun termasuk

Proses rebakan guna tanah bandar ke pinggir telah memperlihatkan banyak petempatan luar bandar di zon luaran wilayah metropolitan di negara membangun termasuk Malaysia bertukar