• Tiada Hasil Ditemukan

PENERIMAAN PELAJAR KURSUS BAHASA ARAB DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN TERHADAP PEMBELAJARAN TERADUN BERTERASKAN MODEL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PENERIMAAN PELAJAR KURSUS BAHASA ARAB DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN TERHADAP PEMBELAJARAN TERADUN BERTERASKAN MODEL "

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

eISSN : 2600-8971 Volume 2, Issue 1 (2019), PP 84-94 www.uniszajournals.com/apj

PENERIMAAN PELAJAR KURSUS BAHASA ARAB DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN TERHADAP PEMBELAJARAN TERADUN BERTERASKAN MODEL

PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM)

Mohammad Taufiq Abdul Ghani

1

, Wan Ab Aziz Wan Daud

2

& Mohammad Najib Jaffar

3

1Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia

2Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Malaysia

3Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia

Penulis Koresponden : Mohammad Taufiq Abdul Ghani agtaufiq@gmail.com

Abstrak: Pembelajaran teradun merupakan satu pengintegrasian pendekatan bersemuka dan menggunakan teknologi. Pendekatan ini masih belum meluas digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Oleh yang demikian, kajian ini betujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan pembelajaran teradun kursus Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda di Universiti Malaysia Kelantan berteraskan model penerimaan teknologi (TAM). Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 120 orang pelajar yang mendaftar kursus bahasa Arab telah dipilih secara rawak untuk mengambil bahagian di dalam kajian tinjauan ini. Data berbentuk kuantitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic 24. Hasil dapatan menunjukkan pendekatan pembelajaran teradun memberi kesan yang positif kepada proses pembelajaran pelajar. Pelajar juga mendapat manfaat daripada pembelajaran teradun ini dan mahukan pendekatan ini dijalankan sepanjang semester berjalan.

Kata Kunci: Bahasa Arab, Pembelajaran Teradun, Model Penerimaan Teknologi, TAM

Abstract: Blended learning is an integration of face-to-face approaches and technology usage. This approach has not been widely used in the teaching and learning process of Arabic language. Therefore, this study aimed at identifying the acceptance of blended learning in Arabic Language Course among undergraduate students at Universiti Malaysia Kelantan based on the Technology Acceptance Model (TAM). A set of questionnaire was distributed to 120 students who enrolled into Arabic language courses to participate in the study. Quantitative data were analyzed descriptively using the IBM SPSS Statistical 24 software. The results show that the blended learning approach has a positive impact on the student learning process. The blended learning gives benefits to students and they want this approach through out the semester.

Keywords: Arabic language, Blended learning, Technology Acceptance Model, TAM

Cite as: Abdul Ghani, M. T., Wan Daud, W. A. A. & Jaffar, M. N. (2019). Penerimaan pelajar kursus Bahasa Arab di Universiti Malaysia Kelantan terhadap pembelajaran teradun berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Asian People Journal (APJ), 2(1),84-94.

Received: 30 April 2019 Accepted: 24 May 2019

Pendahuluan

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur jati telah diberi perhatian yang serius oleh pendidik dan penyelidik. Terdapat banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti PdP bahasa Arab berdasarkan latar belakang pelajar dan persekitaran pembelajaran yang semakin berkembang. Ini telah membawa kepada beberapa transformasi telah menjadikan PdP bahasa Arab ke arah yang

(2)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

lebih baik. PdP bahasa Arab di Malaysia semakin berkembang dari masa ke semasa (Nafi @ Hanafi et al., 2017) bermula dari peringkat sekolah rendah dengan program JQAF (Jawi, Al- Quran, bahasa Arab, dan Fardhu Ain) yang diperkenalkan pada tahun 2004. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, pembelajaran bahasa Arab sudah bermula semenjak tahun 1977 sehingga kini. Pembelajaran bahasa Arab terus berkembang pesat di peringkat yang lebih tinggi sama ada di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pemerolehan bahasa kedua menjadi satu kriteria yang penting dalam menyumbang kepada pengukuran kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar (Zunita et al., 2016).

Walaupun pembelajaran bahasa Arab sudah bermula di peringkat sekolah rendah, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar masih tidak signifikan (Wan Abdul Hayyi et al., 2012;

Harun & Zawawi, 2014; Saipolbarin et al., 2018). Antara faktor utama menyumbang kepada masalah penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur jati ialah dari aspek pedagogi itu sendiri. Janudin (2017) menyatakan sistem pengajaran bahasa Arab sekarang tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran berbahasa. Rosni (2017) juga menyatakan bahawa pelajar perlu menjalani proses pembelajaran kendiri dan aktif menggunakan bahan elekrtronik yang terdapat di sekeliling mereka.

Penggunaan teknologi di dalam proses PdP bahasa Arab seperti pembelajaran bahasa berbantukan komputer, pembelajaran berasaskan web, e-pembelajaran dalam bilik darjah masih kurang dimanfaatkan di sekolah dan universiti (Ismail, 2008; Nurkhamimi &

Muhammad Sabri, 2015; Irma Martiny et al., 2016). Oleh kerana terdapat beberapa perisian pendidikan tidak mesra pengguna bahasa Arab seperti sistem penulisan kanan-ke-kiri yang berbeza dari sistem penulisan berasaskan Latin (Mohd Feham, 2006), bahan pengajaran dalam bahasa Arab yang terdapat di pasaran sangat terhad, masalah teknikal yang berkaitan dengan sistem dan tidak menyokong aksara Arab (Nurkhamimi & Muhammad Sabri, 2015) menyebabkan guru lebih suka menggunakan teknik pengajaran tradisional. Selain itu, kekurangan ketersediaan bahan bantu mengajar, kekurangan pengetahuan mengenai pengendalian bahan bantu mengajar (Harun et al., 2015), tidak memerlukan masa dan usaha tambahan dalam menyediakan bahan bantu mengajar (Muhammad Sabri et al., 2013) menjadikan PdP bahasa Arab masih berteraskan pembelajaran berpusatkan guru dan konvensional.

Oleh itu, pembelajaran teradun dilihat dapat membawa proses PdP bahasa Arab ke arah yang lebih baik. Pembelajaran teradun merujuk kepada pengintegrasian pengajaran di bilik darjah dan pembelajaran dengan pengalaman dalam talian (Min Chen et al., 2016).

Pengintegrasian teknologi dan pembelajaran bersemuka dalam proses PdP bahasa Arab dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bercampur pendekatannya. Secara umumnya, banyak kajian pendekatan ini mampu memberi kesan positif kepada pelajar (Tselios et al., 2011; Izudin, 2013; Bottge et al., 2014; Norasyikin & Mohd Isa, 2016). Justeru itu, kajian ini akan memfokuskan perbincangan mengenai penerimagunaan pembelajaran teradun kursus bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda di Universiti Malaysia Kelantan berasaskan pendekatan Teori Penerimaan Teknologi (TAM).

Pembelajaran Teradun

Di zaman ledakan teknologi kini, pembelajaran teradun semakin mendapat perhatian dalam dunia akademik terutama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Salah satu daripada 10 lonjakan utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) ialah pembelajaran dalam talian tahap global.

Lonjakan ini menjelaskan bahawa pembelajaran teradun akan menjadi satu pendekatan utama dan komponen yang penting di semua peringkat pengajian sama ada di sekolah mahupun di IPT.

(3)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Percampuran persekitaran pembelajaran telah diterima dan diiktiraf sebagai satu strategi instruksional yang juga dikenali sebagai pendekatan pembelajaran bercampur. Rajah di bawah menunjukkan konsep percampuran persekitaran atau pembelajaran teradun.

Rajah 1: Konsep Pembelajaran Teradun

Pendekatan bercampur ini dilihat lebih berkesan kerana sesetengah kandungan lebih efektif jika disampaikan melalui e-pembelajaran manakala kandungan yang melibatkan kemahiran lebih sesuai dilakukan di dalam bilik darjah (Modi et al., 2018). Matlamat utama pembelajaran teradun adalah untuk mengintegrasikan ciri-ciri terbaik daripada dua pendekatan tersebut (Mohamad et al., 2015). Gabungan dua pendekatan ini dapat memperkayakan persekitaran pembelajaran dan menyokong gaya pembelajaran kendiri dan mengurangkan masa di dalam kelas (Wong et al., 2014; Shivam & Singh, 2015; Mohamad et al., 2015).

Secara ringkas dapat dirumuskan bahawa pembelajaran teradun merupakan proses pembelajaran yang berteraskan secara bersemuka dan dalam talian. Pelajar dapat merasai kelebihan kedua-dua pendekatan ini. Oleh itu, para pendidik dan pelajar perlu melakukan lonjakan dalam proses PdP dari penggunaan kaedah konvensional kepada pembelajaran teradun kerana ia membawa kearah penambahbaikkan pedagogi, meningkatkan capaian dan fleksibiliti, dan meningkatkan kecekapan kos yang lebih efektif di samping menggalakkan interaksi sosial (Graham, C. R., 2006).

Model Penerimaan Teknologi

Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model - TAM) dibangunkan oleh Davis, Bogozzi dan Warshaw (1989) untuk menjelaskan faktor penerimaan penggunaan teknologi. Model TAM ini merupakan teori yang dikembangkan dari Theory of Reasoned Action (TRA) yang diasaskan oleh Fishbein dan Ajzen (1975). TRA dibina berpandukan tiga konstruk utama iaitu niat tingkah laku (behavioural intention - BI), sikap terhadap tingkah laku (attitude toward behaviour - AT), dan norma subjektif (subjective norms - SN). TRA membahaskan perilaku seseorang (actual behavior) didorong oleh niat tingkah laku (BI) di mana niat tingkah laku merupakan fungsi dari suatu sikap individu terhadap tingkah laku (AT) dan norma subjektif (SN) yang mengelilingi prestasi tingkah laku. Rajah di bawah merupakan kerangka model TRA.

(4)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Rajah 2: Theory of Reasoned Action (TRA)

Manakala, TAM yang merupakan teori lanjutan daripada TRA menjelaskan mengapa pengguna menerima atau menolak teknologi maklumat. TAM dibangunkan berdasarkan dua pemboleh ubah kognitif yang utama iaitu kebergunaan (perceived of usefulness – PU) dan mudah guna (perceived ease of use – PEU). Menurut TAM, penggunaan teknologi maklumat oleh seorang pengguna sebenarnya berasal secara langsung atau tidak langsung dari niat tingkah laku (BI), sikap (AT), kebergunaan (PU) dan mudah guna (PEOU) sistem. Rajah di bawah merupakan kerangka konsep TAM.

Rajah 3: Technology Acceptance Model (TAM)

Berdasarkan model TAM ini, Davis (1989) telah mendefinisikan kebergunaan (perceived of usefulness – PU) sebagai “the degree to which a person believes that using a particular system would be free of physical and mental effort”, manakala mudah guna (perceived ease of use – PEOU) sebagai “the degree to which a person believes that using a

(5)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

particular system would enhance his/her job performance”. Kedua-dua pemboleh ubah ini dianggap sebagai faktor berbeza yang mempengaruhi sikap pengguna terhadap penggunaan teknologi. Akhirnya, sikap sedemikian terhadap penggunaan teknologi menentukan niat tingkah laku untuk menggunakan teknologi tersebut.

Metodologi

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan pembelajaran teradun kursus bahasa Arab di Universiti Malaysia Kelantan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan (Creswell, 2011) melibatkan penggunaan satu set soal selidik.

Sampel Kajian

Seramai 120 orang pelajar Sarjana Muda di Universiti Malaysia Kelantan yang telah mendaftar kursus bahasa Arab pada Semester 2 Sesi 2018/2019 telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.

Instrumen

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas (Masrom, 2007) dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian yang dijalankan. Instrumen soal selidik ini mempunyai 15 item yang terdiri daripada empat konstruk utama iaitu persepsi penggunaan berkesan (PU), persepsi mudah guna (PEOU), sikap (AT) dan tingkah laku terhadap pembelajaran teradun (BI).

Kajian Rintis

Kajian rintis bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal kajian penyelidikan berskala penuh. Selain itu, ia juga dijalankan untuk mengetahui kesesuaian dan kefahaman responden terhadap item-item di dalam soal selidik. Jika terdapat item yang tidak wajar, sukar difahami atau mengelirukan, maka item tersebut boleh diperbaiki atau dikeluarkan daripada set soal selidik. Bagi peserta kajian rintis pula, Donald dan Pamela (2003) mencadangkan 25 - 100 peserta. Manakala, menurut Johanson dan Brooks (2010) saiz sampel minimum untuk kajian rintis adalah 30 peserta. Oleh itu, penyelidik telah memilih secara rawak 40 pelajar bukan responden sebenar untuk mengambil bahagian dalam kajian rintis untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen bagi kajian sebenar. Perisian IBM SPSS Statistik 24 digunakan untuk menganalisis nilai Pekali Alpha Cronbach (Cronbach’s Alpha Coeficient).

Jadual 1: Nilai Pekali Alpha Cronbach

Konstruk Pekali Alpha Conbach Bil. Item

Persepsi Penggunaan Berkesan (PU) 0.936 4

Persepsi Mudah Guna (PEOU) 0.905 4

Sikap (BI) 0.947 4

Tingkah Laku (AT) 0.920 3

Jumlah Item 15

Jadual di atas menunjukkan keputusan kebolehpercayaan skala pengukuran. Skor kebolehpercayaan pekali Alpha Cronbach adalah lebih dari 0.80, yang dianggap sangat baik (Nunnally, 1978). Oleh itu, keputusan menunjukkan bahawa instrumen soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini boleh dipercayai.

(6)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Dapatan Kajian

Hasil dapatan melaporkan penerimaan pembelajaran teradun kursus bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Terdapat empat konstruk utama iaitu persepsi penggunaan berkesan (PU), persepsi mudah guna (PEOU), sikap (AT) dan tingkah laku (BI). Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan dilaporkan menggunakan min dan sisihan piawai (SP). Nilai interpretasi skor nilai min penerimaan pembelajaran teradun kursus bahasa Arab adalah berdasarkan kriteria penilaian yang dikemukakan Nunally (1978) iaitu 1.00 – 2.00 (rendah), 2.01 – 3.00 (sederhana rendah), 3.01 – 4.00 (sederhana tinggi) dan 4.01 – 5.00 (tinggi).

Jadual 2: Persepsi Penggunaan Berkesan (PU)

Item Min SP Tahap

PU1: Pembelajaran teradun akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran saya.

4.60 0.492 Tinggi PU2: Pembelajaran teradun akan meningkatkan prestasi kursus

saya.

4.58 0.495 Tinggi PU3: Pembelajaran teradun akan meningkatkan produktiviti saya

dalam kerja kursus saya.

4.53 0.501 Tinggi PU4: Saya mendapati pembelajaran teradun sangat berguna. 4.53 0.518 Tinggi Jadual di atas menyenaraikan empat item persepsi penggunaan berkesan terhadap pembelajaran teradun kursus bahasa Arab. Kesemua item menunjukkan persepsi penggunaan berkesan terhadap pembelajaran teradun berada di tahap yang tinggi. Majoriti pelajar bersetuju pembelajaran teradun dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran (M=4.60) dan prestasi kurus mereka (4.58). Pelajar juga beranggapan pembelajaran teradun sangat berguna (M=4.53) dan dapat meningkatkan produktiviti kerja (M=4.53).

Jadual 3: Persepsi Mudah Guna (PEOU)

Item Min SP Tahap

PEOU1: Saya mendapati e-campus mudah digunakan. 4.38 0.505 Tinggi PEOU2: Belajar menggunakan e-campus akan menjadi mudah

untuk saya.

3.96 0.640 Sederhana tinggi PEOU3: Interaksi saya terhadap e-campus jelas dan mudah

difahami.

4.25 0.569 Tinggi PEOU4: Saya lebih mudah mencari maklumat kursus melalui

e-campus.

4.35 0.513 Tinggi

Jadual di atas menunjukkan empat item bagi konstruk persepsi mudah guna. Kesemua item ini menunjukkan persepsi mudah guna e-campus dalam kalangan pelajar berada di tahap yang tinggi dan sederhana tinggi. Tiga item menunjukkan persepsi mudah guna e-campus di tahap tinggi dan satu item berada di tahap sederhana tinggi. Majoriti pelajar bersetuju bahawa e-campus mudah digunakan (M=4.38) tetapi item pembelajaran menerusi e-campus akan menjadi mudah untuk mereka hanya memperoleh nilai min 3.96 sahaja iaitu berada di tahap sederhana tinggi. Selain itu, interaksi pelajar terhadap e-campus juga jelas dan mudah di fahami (M=4.25) di mana pelajar lebih dapat mencari maklumat berkaitan dengan kursus menerusi e-campus dengan mudah (M=4.35).

(7)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Jadual 4: Sikap (AT)

Item Min SP Tahap

AT1: Saya sukakan idea pembelajaran teradun. 4.29 0.492 Tinggi AT2: Saya mempunyai sikap yang lebih positif terhadap

pembelajaran teradun.

4.38 0.505 Tinggi AT3: Saya percaya pembelajaran teradun adalah idea yang

baik untuk kerja kursus saya.

4.41 0.527 Tinggi AT4: Pembelajaran teradun merupakan satu idea yang bernas. 4.46 0.548 Tinggi

Berdasarkan konstruk sikap terhadap pembelajaran teradun dalam jadual di atas, analisis deskriptif menunjukkan empat item sikap pelajar dalam menerimaguna pembelajaran teradun di UMK berada di tahap yang tinggi. Majoriti pelajar percaya pembelajaran teradun merupakan idea yang bernas (M=4.46) dan baik untuk kerja kursus mereka (M=4.41). Selain itu, mereka juga menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran teradun yang tinggi (M=4.38) dan majoriti pelajar UMK sukakan idea pembelajaran teradun (M=4.29).

Jadual 5: Tingkah Laku (BI)

Item Min SP Tahap

BI1: Saya mahukan pendekatan pembelajaran teradun sepanjang semester.

4.51 0.518 Tinggi BI2: Saya selalu menggunakan e-campus. 4.46 0.564 Tinggi BI3: Saya menggunakan e-campus dengan kerap untuk kerja

kursus saya.

4.44 0.547 Tinggi

Jadual di atas menunjukkan konstruk tingkah laku pelajar terhadap pembelajaran teradun kursus bahasa Arab. Terdapat tiga item bagi konstruk ini dan kesemua item menunjukkan tingkah laku pelajar terhadap pembelajaran teradun berada di tahap tinggi.

Majoriti pelajar mahukan pendekatan pembelajaran teradun sepanjang semester berjalan (M=4.51). Mereka juga akan selalu menggunakan e-campus (M=4.46) sebagai medium untuk menjalankan kerja kursus mereka (M=4.44).

Perbincangan Kajian

Hasil dapatan menunjukkan pembelajaran teradun mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran bahasa Arab di UMK. Pengintegrasian penggunaan teknologi dengan pembelajaran bersemuka dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, melalui pendekatan pembelajaran teradun juga dapat meningkatkan prestasi pelajar dan produktiviti mereka terhadap kursus. Aktiviti yang dijalankan di dalam kelas dapat dikukuhkan dengan aktiviti lanjutan di dalam pelantar e-campus. Pengaksesan e- campus di luar bilik darjah memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktis pembelajaran kendiri seterusnya meningkatkan kehamiran insaniah di samping kemahiran menggunakan peralatan digital. Majoriti pelajar sarjana muda di UMK yang telah mendaftar kursus bahasa Arab mendapati pendekatan pembelajaran teradun sangat berguna kepada mereka.

Pengintegrasian e-campus di dalam kursus bahasa Arab di UMK juga menolak persepsi PdP kursus bahasa Arab masih menggunakan kaedah konvensional dan berpusatkan guru.

Konstruk persepsi mudah guna di adaptasi bagi mengukur pelantar e-campus yang digunakan sebagai medium utama pembelajaran teradun di UMK. Majoriti pelajar bersetuju bahawa e-campus mudah digunakan. Atribut-atribut yang dimasukkan ke dalam perisian e- campus memudahkan pelajar dan pensyarah untuk menjalankan proses pembelajaran teradun.

Walaubagaimanapun, nilai min bagi item PEOU2 di tahap sederhana tinggi di mana item

(8)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

tersebut berkaitan pembelajaran menggunakan e-campus akan menjadi mudah. Isu ini dapat dikaitkan dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak UMK. Kelajuan internet memainkan peranan yang penting bagi melancarkan proses pembelajaran secara teradun. Gangguan pada kelajuan internet akan memberi kesan kepada pelajar untuk mengakses e-campus. Selain itu, kawasan capaian internet juga memainkan peranan penting kerana kawasan capaian internet yang luas memudahkan pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran kendiri melalui e- campus. Kawasan capaian internet tidak perlu terhad di dalam fakulti sahaja, ianya perlu diperluaskan lagi sehingga ke asrama dan kafe. Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan bagi pelajar UMK untuk menjalankan proses PdP di luar bilik darjah. Selain itu, pelajar juga bersetuju bahawa mereka lebih mudah untuk mencari maklumat berkaitan dengan kursus bahasa Arab melalui pelantar e-campus. Selain itu, bagi memastikan persepsi mudah guna e- campus di tahap tinggi, pensyarah perlu memberi komitmen sepenuhnya untuk memuatnaik bahan pengajaran ke dalam e-campus. Dari aspek teknikal pula, e-campus mempunyai storan yang tinggi di mana ia dapat menampung bahan-bahan pengajaran, aktiviti di luar bilik darjah, kerja kursus sepanjang semester berjalan.

Dari aspek sikap pelajar terhadap pembelajaran teradun di UMK pula, majoriti pelajar sukakan idea pendekatan pembelajaran teradun bagi kursus bahasa Arab. Mereka bersetuju pendekatan ini merupakan satu idea yang bernas. Pengintegrasian pendekatan teknologi ke dalam PdP bahasa Arab meningkatkan minat mereka terhadap bahasa Arab itu sendiri. Selain itu, aktiviti yang menarik, pendekatan yang lebih bersifat terbuka dan berpusatkan pelajar dapat memotivasikan mereka untuk belajar bahasa Arab. Secara umumnya, majoriti pelajar UMK bersikap positif terhadap pendekatan pembelajaran teradun kursus bahasa Arab.

Manakala, dari aspek tingkah laku pula, pelajar menerima baik pendekatan pembelajaran teradun dan mereka juga inginkan pendekatan ini dijalankan sepanjang semester. Selain itu, e-campus banyak memberi manfaat kepada mereka dan mereka akan selalu menggunakan e-campus bagi tujuan pembelajaran kendiri atau pembelajaran di luar bilik darjah. Kemudahan yang disediakan oleh pihak institusi sangat penting bagi melancarkan proses pendekatan pembelajaran secara teradun. Perkara ini bukan sahaja memudahkan pelajar untuk mengakses e-campus, bahkan memudahkan pensyarah untuk memuatnaik dan mengemaskini nota dan bahan PdP. Kemudahan, komitmen pensyarah, sokongan teknikal, kualiti maklumat dapat memberi kesan kepada tingkah laku pelajar sama ada untuk meneruskan atau meninggalkan pendekatan pembelajaran teradun ini.

Kesimpulan

Pendekatan pembelajaran teradun dilihat mempunyai potensi yang baik dalam melakukan pembaharuan dalam proses PdP bahasa Arab. Pembelajaran teradun merupakan satu permulaan sebelum beralih ke pembelajaran dalam talian sepenuhnya atau pembelajaran jarak jauh. Percampuran pendekatan antara bersemuka dan dalam talian dilihat dapat memberi satu suasana yang efektif terutama dalam konteks PdP bahasa Arab. Tidak dapat dinafikan pendekatan secara bersemuka juga penting dalam proses PdP terutama dari aspek peningkatan kemahiran bahasa. Oleh itu, pendekatan pembelajaran teradun merupakan satu pendekatan yang sesuai untuk dijalankan bagi mendapatkan satu suasana yang baru dalam proses PdP bahasa Arab seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran kendiri serta meningkatkan kemahiran penggunaan alatan digital.

Secara umumnya, dapatan menunjukkan pelajar IPT positif terhadap pendekatan pembelajaran teradun bagi kursus bahasa Arab. Oleh itu, pihak institusi harus memberi sokongan yang berterusan kepada pensyarah untuk memberi komitmen dalam menjalankan pendekatan ini. Selain itu, pihak institusi juga perlu menaiktaraf infrastruktur bagi menjamin kelancaran pembelajaran teradun. Tenaga pengajar juga perlu diberi pendedahan dan latihan

(9)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

secukupnya bagi memastikan perlaksanaan pembelajaran teradun berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objektif yang diingini.

Bagi kajian akan datang, penyelidik mencadangkan untuk mengkaji penerimaan pembelajaran teradun secara lebih komprehensif dengan menggunakan kaedah tinjauan di seluruh IPT di Malaysia. Penyelidik juga mencadangkan untuk menggunakan model pengaplikasian teknologi yang lebih komprehensif seperti The Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) di mana model ini mempunyai konstruk yang lebih menyeluruh dalam aspek penerimaan teknologi. Selain itu, kaedah ekperimen juga boleh dijalankan bagi meneroka keberkesanan pendekatan pembelajaran teradun di IPT.

Rujukan

Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human Decision Process, 5(2), 179-211.

Bottge, B. A., Ma, X., Gassaway, L., Toland, M. D., Butler, M., & Cho, S. -J. (2014). Effect of Blended Instructional Models on Math Performance. Exceptional Children, 80(4), 423-437.

Creswell, J. W. (2011). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Boston: Pearson Education.

Davis, F. D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease Of Use, And Acceptance Of Information Technology. MIS Quarterly, 13(3), 319 - 340.

Davis, F. D., Bogozzi, R. P. & Warshaw, P. R. (1989). User Acceptance of Computer Technology: A Comparison of Two Theoretical Models. Management Science, 35, 982-1003.

Donald, D. R. & Pamela, S. S. (2003). Business Research Method. New York: The McGraw- Hill.

Fishbein, M. & Ajzen, I. (1975). Belief, Attitude, Intention and Behaviour: An Introduction to Theory and Research. Addison-Weseley, Reading, Mass.

Gazilah, M. I. (2011). Pembinaan dan Penilaian Modul Pengajaran Pola Ayat Bahasa Arab.

Kuala Lumpur: Tesis PhD Tidak Diterbitkan: Universiti Malaya.

Graham, C. R. (2006). Blended Learning System: Definition, Current Trends, and Future Direction. In C. G. Bank, The Handbook of Blended Learning: Global Perspectives, Local Designs (pp. 3-21). San Francisco: John Wiley & Sons.

Harun, B. & Zawawi, I. (2014). Vocabulary Learning Strategies and Arabic Vocabulary Size among Pre-University Students in Malaysia. International Education Studies, 7(13), 219-226.

Harun, M. A. W., Ruskam, A., Baharuddin, A. S., Othman, R., & Sarip, M. A. A. (2015).

Epistemology of Practice Teaching Aids “Nabawi” in Teaching and Learning.

International Journal of Islamic and Civilization Studies, 2, 45-55.

Irma Martiny, M. Y., Maimun, A. L., Zaid Arafat, M. N., & Mohd Yusri, K. (2016). The Use of Teaching Aids in the Teaching and Learning of Arabic Language Vocabulary.

CreatEducationive, 7, 443-448.

Ismail, Z. (2008). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama – Evaluation of Implemented Curriculum of Speaking Skill in Arabic Communicative Subjects in Religious Secondary Schools. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Izudin, S. (2013). Pengaruh Model Nlended Learning Terhadap Motivasi dan Prestasi Belajar Siswa SMK. Jurnal Pendidikan Vokasi.

Janudin, S. (2017). Learning Arabic Language Via Interactive Mobile Application.

International Carnival on e-Learning 2017 (pp. 361-363). Nilai: University Sains Islam Malaysia.

(10)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Johanson, G. A. & Brooks, G. P. (2010). Initial Scale Development: Sample Size for Pilot Studies. Educational And Psychological Measurement, 70(3), 394 - 400.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Aize for research Activities.

Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Masrom, M. (2007). Technology Acceptance Model and e-Learning. 12th International Conference on Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Min Chen, Chao Fan, & Di Wu. (2016). Designing Effective Materials and Activities for Mobile Augmented Learning. International Conference on Blended Learning, (pp.

85-93).

Modi, L., Maizatul hayati, M. Y. & Suhairun, N. S. (2018). Pengenalan Pembelajaran Teradun. In M. Y. Maizatul Hayati, Pembelajaran Teradun: Trend, Isu dan Amalan (pp. 3-14). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamad, M., Hussin, H., & Shaharuddin, S. (2015). Adult Learners' Perceptionsof Design Hypermedia in a Blended Learning Course at a Public University in Malaysia.

TOJET, 14(1).

Mohd Feham, M. G. (2006). The Design, Development and Testing on The Efficacy of a Pedagogical Agent on The Performance and Program Rating Scores Among Students Learning Arabic. Penang: Unpublished PhD Thesis: Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Sabri, S., Mohd Firdaus, Y. & Mohd Shahrizal, N. (2013). EZ-Arabic for Children: A Virtual Learning Resource Tool for Malaysian Primary School. Procedia - Social and behavioral Sciences, 369-404.

Nafi @ Hanafi D., Mohd Feham M. G., Muhammad Sabri S., Rusni H., Abdul Wahab Z., &

Zakaria O. (2017). Prototype Development of Mobile App for Trilingual Islamic Banking and Finance Glossary of Terms via iOS and Android Based Devices.

International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM), 145-161.

Norasyikin, O. & Mohd Isa, H. (2016). Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina dan Program. Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 1-9.

Nunnally, J. C. (1978). Psychometric Theory (2nd ed.). New York: McGraw-Hill.

Nunnally, J. C. (1978). Psychometric Theory. New York: McGraw Hill.

Nurkhamimi, Z. & Muhammad Sabri, S. (2015). Theories And Design Principles of Multimedia Courseware For Teaching Arabic Vocabulary: An Analytical And Evaluative Study. International Journal of Technical Research and Applications, 29- 32.

Saipolbarin, R., Zarima, M. Z., Nazri, A. & Mohammad Sidik, A. (2018). Aplikasi Formula Pola Ayat Dalam Penulisan Teks Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah, 5(1), 175-184.

Samah, R. (2017, Disember). Pembelajaran Bahasa Arab Perlu Perubahan. Retrieved January 31, 2018, from https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/pembelajaran-bahasa- arab-perlu-perubahan/

Shivam, R. & Singh, S. (2015). Implementation of Blended learning in Classroom.

International Journal of Specific and Research Publications, 5(11), 369-372.

Tselios, N., Daskalakis, S., & Papadopoulu, M. (2011). Assessing The Acceptance of a Blended Learning University Course. Journal of Educational Technology & Society, 14(2), 224-235.

Wan Abdul Hayyi W. O., Khoirun Nisak M. S., & Majdan P. R. (2012). Masalah Pengajaran Kosa Kata Arab dan Beberapa Cadangan Penyelesaian Dinamika Pendidikan Bahasa Arab Menelusuri Inovasi Profesionalisme Keguruan. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.

(11)

Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Wong, L., Tatnall, A., & Burgess, S. (2014). A Framework for Investigating Blended Learning Effectiveness. Education +Training, 56(2), 233-251.

Zunita, M. M., Harun, B., Maimun, A. L., & Nurul K. Y. (2016). Teaching and Learning Arabic Vocabulary: From a Teacher’s Experiences. Creative Education,, 7, 482-490.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM.. Ia

kajian ini meneliti tahap penguasaan pelajar terhadap kursus kesusasteraan Arab dengan menggunakan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran di UPSI, di samping

Berdasarkan dapatan kajian 1 iaitu, mengenal pasti gaya pembelajaran yang paling dominan dalam kalangan pelajar berdasarkan gaya pembelajaran pelajar diperluas secara

Strategi pembelajaran kolokasi merupakan strategi yang dipandang sepi dalam kurikulum bahasa Arab, namun para sarjana mengakui bahawa ia adalah strategi dominan

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif seperti berikut: i) mengenal pasti tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT Islam, ii) mengenal pasti jenis

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN” KEBERKESANAN KURSUS BAHASA ARAB DI PERINGKAT DIPLOMA DALAM PROSES PEMBELAJARAN DARI SEGI PERTUTURAN: KAJIAN KES DI UiTM ZON UTARA

Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa Arab Peringkat Menengah di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab, Tesis Master, Kuala Lumpur, Universiti Malaya..

Tahap Kebolehan Membaca Al-Quran: Kajian Kes Pelajar Bahasa Arab di Malaysia Nurul Fatihah Hanapi fatihah@umk.edu.my Universiti Malaysia Kelantan Wan Yusoff Wan Shaharuddin