• Tiada Hasil Ditemukan

Pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap komitmen amalan standard halal: satu kajian dalam revolusi industri halal di Kota Kinabalu, Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap komitmen amalan standard halal: satu kajian dalam revolusi industri halal di Kota Kinabalu, Sabah"

Copied!
26
0
0

Tekspenuh

(1)

Pengaruh Sikap Dan Pengetahuan Terhadap Komitmen Amalan Standard Halal: Satu Kajian Dalam Revolusi Industri Halal Di Kota Kinabalu, Sabah

(The Effect Of Attitude And Knowledge Towards Halal Standard Commitment Practice: A Study Of Halal Industry Revolution In Kota Kinabalu, Sabah)

Nurul Hudani Md. Nawi Universiti Malaysia Sabah

Corresponding e-mail: [nurul@ums.edu.my]

This study aims to explore the attitude and knowledge specifically the local halal industry towards the commitment for halal standard practice in Malaysia. Due to its importance, the second revised manual procedure for halal certificates (2011) has asserted that any halal industries that seek for halal certificate need to have an internal halal committee represented by various other units in the organization. The objective of the study is to determine the extent of attitude and knowledge influence the practice of halal commitment standard by the management in fulfilling the requirement of sharia compliance and the manual for certification procedure 2011 (second revision) (JAKIM, 2012) and Malaysian standard 1500: 2009 (Jabatan standard Malaysia, 2009). This study used cross-sectional survey method using questionnaire for the purpose of obtaining relevant information. The subject of the study consists of internal halal executive officer in Malaysia according to seven main scheme categories which are products, restaurant, tools, pharmaceutical product, slaughter-house, logistic, brushes, and bones. Data were analyzed using IBM SPSS statistics software version 24.0. The results of the study have shown that; i) Only aspects of attitude affect the practice of halal standard commitment (halal operation) and ii) attitude and knowledge influence the practice of halal standard commitment (halal guarantee).This study will be the basis for management authority in an organization to identify the attitude and leadership knowledge which are needed to influence the commitment for halal standard practice in an organization since they are the pioneers for ensuring the standard of an organization is achieved on the optimum level.

Keywords: attitude, knowledge, halal commitment, halal industry Sebagaimana diketahui umum bahawa

sehingga kini tiada negara di seluruh dunia yang mewajibkan pemilikan pengesahan halal terhadap sesuatu produk. Hal ini termasuklah Malaysia yang telah meletakkan permohonan pengesahan persijilan halal sebagai bersifat sukarela (Mustafa Afifi & Azlin Ariza, 2014). Walau pun begitu, situasi ini menunjukkan kepentingan untuk mendapatkan sokongan dari pihak pengurusan dalam usaha

memastikan sesuatu produk yang ingin dikeluarkan oleh syarikat bagi memenuhi keperluan pengguna setempat mahu pun antarabangsa. Hal ini kerana ianya bukan sahaja dilihat dari segi kualiti tetapi apa yang lebih utama ialah menepati syariat khususnya dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan etnik dan majoritinya adalah Muslim. Dalam erti kata lain, halal bukan sahaja untuk pengguna Muslim tetapi juga

(2)

pengguna bukan Muslim. Hal ini konsisten dengan Mukkhriz (2011) menjelaskan bahawa 70% pemilikan sijil halal adalah dimiliki oleh bukan bumiputera. Dalam pada itu, manual prosedur persijilan 2011 (semakan kedua) (JAKIM, 2012) dan Malaysian standard 1500: 2009 (Jabatan standard Malaysia, 2009) turut menekankan tentang komitmen, peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh pihak organisasi supaya sesuatu produk atau perkhidmatan berkaitan halal dapat memenuhi piawaian halal yang telah ditetapkan. Misalnya pihak kepimpinan organisasi perlu menekankan aspek sikap yang positif dan pengetahuan yang baik supaya komitmen yang diberikan berterusan dalam memastikan ianya mengikut prosedur yang ditetapkan.

Melihat kepentingan tersebut, manual prosedur persijilan halal Malaysia (2011), semakan kedua telah mensyaratkan bahawa mana-mana industri halal yang ingin memiliki sijil halal perlu mewujudkan jawatankuasa dalaman halal yang mewakili pelbagai unit di mana kebanyakannya adalah merupakan ketua-ketua unit bahagian berkaitan seperti kepemimpinan, pengurusan, pengurusan pembelian, pengurusan operasi dan sebagainya. Justeru itu kepimpinan dalam sesebuah organisasi berperanan penting dalam memenuhi keperluan syariat dipenuhi bagi kegunaan para pengguna.

Dalam hal ini sebagai sebuah organisasi yang mempunyai aset pekerja yang terdiri dari pelbagai latar belakang sama ada warga tempatan mahu pun asing, pemantauan dari pemimpin amat diperlukan yang bertindak sebagai satu maklum balas daripada pihak pengurusan khususnya bagi menunjukkan komitmen mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan pengesahan persijilan

halal dipenuhi. Dalam pada itu, memandangkan pihak pengurusan juga adalah terdiri daripada pelbagai unit dan bahagian perlu merangka satu polisi untuk diguna pakai dalam isu ini. Justeru itu, kepimpinan organisasi memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaannya dan mempunyai komitmen untuk menepati apa yang digariskan oleh organisasi misalnya dari segi interaksi kawalan termasuklah keprihatinan kepimpinan kepada pekerja. Contohnya organisasi haruslah menyediakan kemudahan ibadat kepada pekerja Muslim sebagai memenuhi kebajikan terhadap pekerja yang dilihat sebagai tanda penghargaan organisasi secara bersama ke atas usaha yang dilaksanakan oleh pekerja. Dalam hal ini juga pemimpin dapat mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam usaha mentransformasikan organisasi agar mampu berdaya saing dengan organisasi yang lain.

Dalam hal ini, Malaysia juga mempunyai potensi besar dalam industri halal berdasarkan kepada beberapa faktor seperti di bawah :

Peneraju Piawaian Halal Antarabangsa Industri halal kini bukan sahaja tertumpu kepada bidang kewangan dan pelaburan Islam tetapi ia merangkumi semua termasuk makanan, barang gunaan, produk farmaseutikal, logistik dan sebagainya. Bagi pensijilan halal Malaysia sendiri, ia kini menjadi rujukan dunia terutama organisasi yang terlibat dalam pensijilan halal.

Buktinya, pelbagai standard halal baru telah dikeluarkan dan menjadi panduan kepada industri dan hasilnya pada tahun 2013, melalui standard Halal MS2424:

Pharmaceuticals – General Guidelines, syarikat multinasional CCM telah diberikan sijil halal pertama berdasarkan keperluan standard tersebut (Utusan Malaysia, 2013).

(3)

Di samping itu, keadaan ini disokong oleh pengiktirafan negara serantau MABIMS yang melantik Malaysia sebagai penyelaras dalam Jawatankuasa Teknikal Bidang Khas Pembangunan Halal Negara Anggota MABIMS, memberi khidmat kepakaran berkaitan standard halal dalam kalangan Negara Pertubuhan Islam (OIC) seperti Sudan serta sebagai medan perbincangan dan berdiskusi berkaitan halal melalui beberapa siri perjumpaan yang dianjurkan di negara ini khususnya bagi badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Justeru, ia dilihat sebagai langkah terbaik dalam mengkoordinasikan piawaian halal sejagat.

Pelopor industri berteraskan halal

Kewujudan piawaian halal yang disokong oleh proses dan gerak kerja yang bersepadu dari pelbagai agensi terutama kerajaan memberi kelebihan kepada industri halal di Malaysia. Ia juga selaras dalam memenuhi ekonomi halal global di mana potensinya mencecah USD 2.1 trilion seperti yang dilaporkan dalam Euromonitor reports, FAOSTAT (Perbadanan Pembangunan Industri Halal, 2013). Bahkan pengeksportan produk halal oleh Malaysia sendiri ke sepuluh buah negara (China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, Belanda, Thailand, Jepun, Korea Selatan dan India) telah mencecah RM32 billion sepanjang tahun 2012 (Perbadanan Pembangunan Industri Halal, 2013).

Berbeza dengan hasil kajian Pazim, Irfan dan Wan Sabri (2009) yang melihat potensi halal secara holistik dengan mengambilkira

‘supply chain’ dan polisi kerajaan dan mendapati keutamaan seharusnya juga diberikan terhadap jalinan atau rangkaian strategik dengan negara luar seperti ASEAN yang mempunyai kelebihan dari segi sumber alam, buruh dan kepakaran di samping keupayaan negara luar dalam aspek tertentu

misalnya pengeluaran bahan berasaskan daging (meat based) dengan membuat perbandingan ‘cost-price’ di samping memperkukuhan keselamatan produk, kualiti, pengesanan dan sistem jaminan halal.

Namun begitu, dalam hal ini Malaysia turut menekankan konsep amalan ekonomi halal yang bertepatan dengan syarak. Ia sesuai dengan ciri-ciri yang disarankan oleh Abd.

Rasyid (1984) iaitu menggunakan daya pengeluaran dalam bidang aktiviti yang halal; penggunaan daya pengeluaran yang secukupnya bagi memenuhi keperluan asas manusia, pembangunan ekonomi yang sepadu, amal (kerja) sebagai penentu hak milik perseorangan individu dan penggunaan keluaran mengikut keperluan.

Malahan ekonomi Islam sendiri sangat menekankan dan mensyaratkan barangan dagangan mempunyai manfaat berlandaskan syariah Islam dan menurut keutamaan yang dibahagikan mengikut kategori daruriyyat, hajiyat, kamaliyyat dan tahsiniyyat seperti yang pernahkan dinyatakan oleh Ibn Khaldun dan beberapa ahli-ahli fiqh sekaligus menyokong bahawa sebenarnya logo halal tidak terhad berfungsi dalam pensijilan sahaja, malah lebih daripada itu mampu mengawal gelagat pengguna dan pengeluar barangan supaya masing-masing menggerakkan aktiviti ekonomi yang bermanfaat untuk memenuhi keperluan kehidupan (Lokman, 2012).

Pusat Latihan Kepakaran Halal

Pengiktirafan Malaysia dilihat bukan sahaja di kalangan serantau tetapi melangkaui lebih daripada itu. Rozailin (2013) dalam kajiannnya berkaitan perspektif pengilang negara OIC terhadap Malaysia sebagai global Halal Hab mendapati faktor seperti pengetahuan Malaysia dalam industri halal, keyakinan dan kedudukan Malaysia dalam

(4)

Organization of Islamic Cooperation (OIC), motivasi dalam pematuhan halal dan potensi pasaran telah melonjakkan penerimaan Malaysia sebagai global Halal Hab. Justeru, berbekalkan pengetahuan piawaian halal yang mencakupi pelbagai kategori samada makanan, barang gunaan, farmaseutikal, logistik dan sebagainya memberi keyakinan bidang halal di Malaysia. Jamil Khir (2013b) yakin bahawa Malaysia mampu menjadi pusat pertemuan dan rujukan standard halal dunia melalui kesediaan badan-badan pensijlan halal luar negara menghadiri seminar, konveksyen tahunan dan pameran untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran.

Pelopor Sistem Teknologi Halal

Dunia hari ini menyaksikan bagaimana kejayaan sesebuah organisasi perlu seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Dalam industri halal di Malaysia sendiri, ia bermula dengan kaedah manual sehinggalah ia bergerak melalui sistem atas talian

’MYeHALAL’ dan kini telah mendapat pengiktirafan pelbagai pihak termasuklah industri perusahaan kecil sederhana.

Contohnya, sistem ini telah mendapat Anugerah SME Sahabat Negara Award 2013 (http://www.jakim.tv/aggregator/

categories/1) di atas usaha inovasi yang dijalankan. Bagi rangkaian di peringkat global kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan agensi swasta dalam membina teknologi berkaitan halal. Buktinya melalui sistem New Field Communicatation (NFC) yang diintegrasikan bersama ciri-ciri yang terdapat dalam sijil halal, pengguna dapat mengesan premis halal dalam jarak yang lebih dekat dengan menggunkan telefon pintar. Di samping itu, Halal Verification Engine (HVE) yang mampu mengakses data maklumat produk halal dalam dan luar negara juga telah mendapat perhatian dunia (Jamil, 2013b). Buktinya HVE telah mendapat tempat pertama Anugerah Inovasi,

Jabatan Perdana Menteri 2014.

http://www.islam.gov.my/berita-semasa/15- bahagian-dakwah/7-jakim-rangkul-4- anugerah-hari-inovasi.

Senario Pengilang di Malaysia

Malaysia yang ke depan dalam industri halal bergerak seiring dalam semua perkara bukan sahaja melibatkan pihak pengeluar pensijilan, pengguna akhir tetapi juga pengguna kepada perkhidmatan pensijilan halal yang dibekalkan oleh pihak berautoriti.

Perubahan demi perubahan dilalui oleh pengilang di Malaysia yang terpaksa berhadapan dengan tuntutan semasa seperti prosedur dan peraturan yang digunapakai, proses kerja mahupun keputusan-keputusan berkaitan hukum syarak yang mesti dipatuhi.

Dalam pensijilan halal sendiri, kepekaan terhadap perubahan penggunaan logo serta peruntukan yang berkaitan memerlukan pemahaman yang jelas dan menyeluruh.

Walaupun permohonan pensijlan halal di Malaysia adalah berbentuk sukarela, namun statistik telah menunjukkan terdapat peningkatan yang mendadak dari tahun ke tahun. Ia jelas dibuktikan berdasarkan kepada jumlah permohonan yang mendapat pengesahan sijil halal Malaysia pada tahun 2007, jumlah pensijilan halal bagi kategori produk adalah sebanyak 890 dan telah mencecah 4074 pada tahun 2015 (http://www.halal.gov.my, Dicetak pada 24 Ogos 2016)

Dalam pada itu, permohonan pensijilan halal di Malaysia juga tiada sempadan atau terhad kepada pihak tertentu tanpa melihat kepada faktor agama mahupun bangsa-bangsa tertentu. Bahkan ia bersifat menyeluruh selagi ia menepati piawaian halal yang digunakan. Keadaan ini disokong oleh data yang menunjukkan 70 peratus pemilik sijil

(5)

halal adalah dalam kalangan bukan bumiputera (Mukhriz, 2011).

PERNYATAAN MASALAH

Industri halal kini telah mendapat perhatian dunia sebagai industri global yang bersifat sejagat. Kewujudannya bukan sahaja dilihat daripada sudut pengeluaran produk, perkhidmatan dan pemasaran tetapi isu yang penting juga adalah sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi dalam sesebuah organisasi. Ini memandangkan pihak pengurusan khususnya kepimpinan terlibat secara langsung dalam merangka misi-misi organisasi atau pun syarikat. Begitu juga dengan pemilikan pengesahan halal di Malaysia memandangkan halal adalah merupakan persijilan kualiti di peringkat kebangsaan.Melihat kepentingan tersebut, manual prosedur persijilan halal Malaysia (2011), semakan kedua telah mensyaratkan bahawa mana-mana industri halal yang ingin memiliki sijil halal perlu mewujudkan jawatankuasa dalaman halal yang mewakili pelbagai unit di mana kebanyakannya adalah merupakan ketua-ketua unit bahagian berkaitan seperti kepemimpinan, pengurusan, pengurusan pembelian, pengurusan operasi dan sebagainya. Oleh yang demikian, aspek kepimpinan dalam sesebuah organisasi berperanan penting dalam memenuhi keperluan syariat terutamanya kepada pengguna. Sebagai organisasi yang mempunyai aset pekerja yang pelbagai latar belakang sama ada warga negara mahu pun sebaliknya memerlukan satu maklum balas daripada pihak pengurusan terutamanya dalam memenuhi keperluan pengesahan persijilan halal. Ini memandangkan pihak pengurusan yang terdiri daripada pelbagai unit dan bahagian mampu merangka satu polisi untuk diguna pakai untuk kemudahan dan kebaikkan semua pihak. Justeru itu, kepimpinan khususnya ahli jawatan kuasa halal dalaman sesebuah organisasi

memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaannya menepati apa yang digariskan oleh polisi organisasi sama ada dari segi interaksi kawalan mahu pun keprihatinan dari aspek kepimpinan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengetahui tahap sikap, pengetahuan kepimpinan dan komitmen amalan standard halal pegawai eksekuitf halal dalaman bagi industri halal di Kota Kinabalu Sabah.

2. Menentukan pengaruh sikap dan pengetahuan kepimpinan yang diamalkan ke atas komitmen amalan standard dalam kalangan pengawai eksekutif halal dalaman di Kota Kinabalu Sabah.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kepimpinan yang berwibawa tidak hanya melihat kepada keuntungan organisasi semata-mata tetapi juga sumbangan kepada para pekerja. Pihak organisasi perlu peka dengan keperluan pelbagai unit terutama bahagian operasi yang terlibat secara langsung dalam memastikan sesuatu perkhidmatan atau pengeluaran produk terjamin halal. Ini memandangkan mereka berupaya mengenal pasti sebarang ketidakakuran yang tidak dijangka.

Keperluan yang mendesak dari faktor luaran mahu pun dalaman perlu mendapat perhatian dan sokongan yang padu daripada kedua-dua pihak khususnya dari pihak pengurusan dan kepimpinan atasan sesebuah organisasi.

Dalam hal ini juga, pihak kepimpinan perlu peka dalam menangani sebarang krisis atau

(6)

risiko. Ini memandangkan pihak organisasi adalah tertakluk kepada sebarang peraturan atau undang-undang berkaitan terutamanya apabila sesuatu perhidmatan atau pengeluaran produk mengalami ketidakakuran. Justeru tingkah laku kepimpinan yang bagaimanakah perlu disesuaikan dalam keadaan tersebut.

Malahan tindakan tersebut bukan sahaja memerlukan perhatian dalaman organisasi bahkan pihak kepimpinan juga perlu peka dengan persekitaran organisasi kerana pengesahan halal adalah bersifat global yang turut melibatkan pihak organisasi lain melalui rantaian perbekalan. Contohnya dalam sesebuah organisasi apabila disahkan mengalami kontaminasi terhadap sesuatu pengeluaran produk keluarannya, maka pihak kepimpinan perlu bijak dalam mengesan rantaian produk yang terlibat dalam pencemaran tersebut khususnya keterlibatan dari organisasi luar. Berikutan hal ini aspek kepimpinan berperanan penting dalam memastikan organisasi terus berdaya saing dari sebarang krisis yang dihadapi organisasi sehingga mampu diselesaikan secara berkesan dan menepati semua piawaian yang ditentukan oleh pihak berautoriti. Misalnya apabila disahkan sesuatu produk keluaran organisasi terbabit positif DNA babi maka pihak organisasi tersebut hendaklah melakukan sertu (sa’mak) dengan seberapa segera mengikut garis panduan yang disediakan dan perlu disahkan oleh pihak berkuasa agama (JAKIM, 2012). Malah, kepimpinan yang berwibawa juga tidak melihat sebarang isu yang timbul dengan menuding jari kepada pihak yang lain bahkan ia harus bersifat terbuka dan proaktif

Selain itu, aspek pengurusan kepimpinan dan komitmen juga adalah berkait rapat antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi. Begitu juga dalam konteks pengurusan halal yang memerlukan

komitmen yang padu dari pihak pengurusan kepimpinan dalam memastikan hala tuju organisasi dapat dicapai. Ini memandangkan pihak pengurusan adalah mereka yang bertanggungjawab dalam menghadapi sebarang perubahan yang wujud terutama polisi baharu yang diketengahkan oleh pihak kerajaan seperti Akta Perihal Dagangan (2011), Manual Prosedur Persijilan Halal (2011) dan Sistem Jaminan Halal (2013).

Dalam hal ini, aspek kepimpinan memerlukan satu usaha yang berlipat ganda apabila penyelarasan pensijilan halal telah diselaraskan di seluruh Malaysia dengan menggunapakai logo sistem sijil dan prosedur yang sama. Justeru peranan dan komitmen pihak pengurusan kepimpinan organisasi masing-masing khususnya pegawai eksekutif halal dilihat sebagai fokal utama dalam menangani segala perubahan yang berlaku sama ada melibatkan organisasi itu sendiri atau pun dari persekitaran luaran.

Secara relatifnya apabila dikaitkan dengan persijilan kualiti, maka sesebuah organisasi yang berorientasikan penghasilan kualiti perlu menekankan aspek komitmen.

Komitmen menurut Sheldon (1971) sebagai satu sikap atau orientasi terhadap organisasi yang menghubungkan identiti seseorang kepada organisasi tersebut. Ianya memerihalkan sikap komitmen sebagai satu proses individu mengidentifikasikan diri dengan organisasi, iaitu penerimaan matlamat ke atas matlamat organisasi, penglibatan dalam kerja organisasi, bersemangat dan berperasaan kepada organisasi serta patuh kepada organisasi.

Oleh itu, komitmen boleh dikatakan sebagai satu set minda bagaimana individu melihat nilai matlamatnya adalah selaras dengan nilai dan matlamat organisasi (Mowday et.

al., 1982)

(7)

Dalam kajian ini pengetahuan adalah merujuk kepada penguasaan maklumat dari pihak kepimpinan khususnya Ahli Jawatankuasa Halal terhadap konsep

’halalan thoyyiban’ dan prosedur pelaksanaan yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia. Manakala sikap pula adalah merujuk kepada sejauh mana sikap yang diamalkan oleh para pemimpin dalam yang terdiri Ahli Jawatankuasa Halal tentang peranan dan tanggujawab terhadap pensijilan halal. Sementara komitmen halal merujuk kepada sejauh mana komitmen mereka dalam memastikan pelaksanaan amalan halal dipraktiskan dalam pengendalian produk atau pun perkhidmatan dalam sesebuah organisasi dapat dipatuhi dengan sempurna.

Pengetahuan

Pengetahuan dalam perkembangan dunia yang mencabar tidak hanya terbatas pada ilmu tertentu sahaja. Ia merujuk kepada fakta, perasaan dan pengalaman seseorang atau kumpulan (Azmawani, Ebrahim dan Suhaimi, 2015). Secara khususnya ia diertikan sebagai kepakaran dan kemahiran yang diperolehi oleh seseorang atau kumpulan melalui pemahaman teori atau praktikal (Che Ahmat dll., 2011). Menurut Hall dan Adriani (2002) pengetahuan dapat diklasifikasikan dalam dua peringkat iaitu eksplisit yang merujuk kepada pengetahuan yang jelas dan dituturkan, didapati dalam pelbagai bentuk samada bentuk dokumen, prosedur operasi piawaian, rangka tindakan dan jenis yang kedua ialah tacit iaitu pengetahuan yang ada dalam pemikiran manusia dan sukar dituturkan malahan dalam organisasi ia terhasil daripada pemikiran dan pandangan setiap individu secara kolektif.

Oleh itu, dalam konteks organisasi pengetahuan dilihat kepada pengupayaan organisasi untuk mengetahui, memahami

dan mendalami ilmu yang berkaitan serta mampu mengimplementasikan dalam apa jua keadaan dalam meningkatkan prestasi organisasi. Tambahan pengurusan pensijilan halal di Malaysia sendiri turut mengalami perubahan mulai tahun 2012 di mana semua permohonan pensijilan halal oleh pihak industri adalah menggunakan permohonan atas talian (Hakimah, 2012). Pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikannya membantu pematuhan pensijilan halal dan seterusnya meningkatkan prestasi organisasi.

Contoh; melalui laman sesawang http://

www.halal.gov.my, pihak industri dapat mengenalpasti syarikat pembekal yang mempunyai pensijilan terhadap produk yang digunakan bahkan sekiranya terdapat ingredien tambahan, mereka dapat memaklumkan segera kepada pihak JAKIM/MAIN/JAIN dengan kadar yang cepat dan berkesan.

Kajian yang melihat tahap pengetahuan dalam organisasi telah dilakukan oleh Asyraf, Wan, Mohd. Yusof dan Zainab (2011) bagi mengkaji tentang tahap pengetahuan makanan halal dalam kalangan 300 pengusaha makanan di negeri Kelantan dan Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan pengusaha mempunyai tahap pengetahuan tinggi berkaitan halal termasuklah pengetahuan mengenai cara dan kaedah dalam mematuhi pemprosesan, penyediaan dan pemakanan yang menyokong kepada peningkatan prestasi.Sekali gus memaparkan kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam isu ini. Namun begitu, berdasarkan limitasi kajian hanya kepada dua buah negeri sahaja, kajian turut mencadangkan ianya diperluaskan kepada negeri-negeri lain dengan melihat juga kepada pemboleh ubah yang lain.

Manakala Muhammad Haziq, Sazelin dan Safiah (2015) telah menjalankan kajian ke

(8)

atas 39 Eksekutif Halal di Melaka tentang pengetahuan dan amalan dalam melaksanakan sistem halal jaminan dalaman dan mendapati asas pengetahuan agama yang telah sedia dimiliki adalah tunjang kepada pengurusan halal organisasi. Kajian

telah mengemukakan model dengan melihat pengetahuan sebagai faktor peramal terhadap pelaksanaan standard halal seperti Rajah 1.

Rajah 1 Hubungan peramal pengetahuan terhadap pelaksanaan jaminan halal.

Sumber: Muhammad Haziq dll. (2015) Ia disokong oleh hasil kajian oleh Abdul Manaf, Cheng dan Nurwahida (2013) melalui kaedah SWOT tentang daya saing syarikat pemakanan halal di Malaysia mendapati bahawa pengetahuan tentang amalan Islam berkaitan adalah merupakan penyumbang utama perkembangan produk halal.

Walau bagaimanapun, pengetahuan organisasi perlu dilihat dalam skop yang lebih luas termasuklah sistem yang digunakan sebagai medium antara organisasi dan pihak berautoriti. Misalnya pengetahuan terhadap sistem teknologi maklumat, ianya dapat membantu organisasi berinteraksi dengan pihak tertentu dengan cepat melalui sistem dan teknologi yang digunakan. Ia selari kajian Santhanam dan Hartono (2003) yang mendapati organisasi yang mempunyai kemampuan yang tinggi terhadap pengetahuan sistem akan menyumbang kepada prestasi organisasi.

Selain pengetahuan berkaitan tatacara dan tindakan kerja melalui sistem maklumat, organisasi juga melihat kepada pengetahuan bidang utama. Contohnya bagi organisasi

yang berorientasasikan perkhidmatan pembuatan, pengetahuan terhadap segala prosedur dan apa jua yang berkaitan dengan produk dititikberatkan. Malahan Brown (1996) dalam kajiannya berkaitan pensijilan jaminan kualiti, mendapati walaupun sesebuah syarikat mendapat pensijilan disebabkan oleh faktor luaran, yang penting adalah ciri-ciri dalaman seperti peningkatan kesedaran kualiti, faktor dalaman syarikat dan peningkatan kualiti produk. Di sini kemahiran dan pengalaman kelompok organisasi berperanan dalam meningkatkan keupayaan organisasi. Adakalanya ia diterjemahkan secara tidak langsung melalui perbincangan, mesyuarat tidak formal dan sebagainya.

Sikap

Sikap dapat dilihat dalam pelbagai dimensi dan ianya boleh mewakili individu, kelompok tertentu atau organisasi. Secara umumya ia adalah satu penilaian umum samada dalam bentuk positif mahu pun negatif. Malahan ia juga boleh merujuk kepada tahap kekuatan yang dimiliki dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Ia

Pelaksanaan Sistem Jaminan Halal

Dalaman Pengetahuan Agama

(Spiritual knowledge) Kemahiran Teknikal

Pemahaman

Kemahiran mengurus premis makanan

(9)

merupakan satu gabungan kepercayaan, perasaan dan kecenderungan tingkahlaku yang secara relatifnya tahan lama yang ditujukan kepada sesuatu objek. Lazimnya dalam psikologi, sikap dikaitkan dengan tiga komponen utama iaitu kognitif, efektif dan tingkahlaku (Ma’arof, 2007).

Ketiga–tiga komponen tersebut dapat dijelaskan melalui Rajah 2, bahawa

hubungan antara komponen tingkah laku ditandai dengan H(at), antara komponen tingkah laku dengan komponen kognitif H(tk), dan antara komponen afektif dengan komponen kognitif H(ak)(H=hubungan, a=afektif, t=tingkahlaku, dan k=kognitif).

Hubungan antara komponen-komponen ini adalah bersifat saling mempengaruhi.

Komponen-komponen sikap

Komponen-komponen sikap

Rajah 2 Sikap sebagai penilaian.

Sumber Diubah suai daripada Ma’arof (2007)

Penilaian

+ Organisasi berhak untuk memilih - Komitmen Pematuhan pensijilan halal

membataskan pengeluaran kepada produk tertentu - Pematuhan pensijilan halal terikat peraturan + Pematuhan halal dapat menyakinkan pengguna terhadap sesuatu produk

Komitmen amalan

halal

Komponen Afektif Organisasi merasakan komitmen dlm pematuhan terhadap mana-mana peraturan adalah perkara biasa.

Organisasi merasa wujud kelebihan dalam mematuhi keperluan halal

Komponen tingkah laku

Organisasi akan memberi komitmen mematuhi keperluan halal

Komponen Kognitif

Organisasi berhak untuk memilih.

Pematuhan halal adalah tidak menjejaskan

Pematuhan Halal H(at)

H(tk)

H(ak)

(10)

Kajian mengenai sikap pula telah dilakukan oleh Preffer (1998) mendapati bahawa operasi yang berbeza memberi kesan positif terhadap amalan ke arah pencapaian prestasi. Ia disokong oleh kajian oleh Noraini (2007) ke atas industri bagi kategori Perusahan Kecil Sederhana di Malaysia dan hasil kajian mendapati sikap yang diterjemahkan dalam perlakuan ternyata mempunyai hubungan dan mampu mempengaruhi prestasi organisasi.

Menyedari hakikat tersebut (Tienmen, 2007) dan Zailani dll. (2015) menjelaskan bahawa sikap industri khususnya tanggungjawab dan integriti berperanan dalam setiap rantaian halal termasuklah staf, bahan produk, proses pengilangan, pengangkutan dan penyimpanan.

Ia turut disokong oleh kajian Sadeeqa dll.

(2013) yang mendapati sikap berperanan dalam memberikan amalan terbaik kepada operasi organisasi. Hasil kajian ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh pengamal perubatan di Malaysia mendapati rasa bertanggungjawab dalam memberi informasi yang tepat dalam setiap amalan tugas berkaitan jenis ubat dan kandungan memberi keyakinan mereka untuk lebih menggunakan ubatan halal. Bahkan kajian menunjukkan 33 peratus sangat bersetuju untuk mengesyorkan pembelian ubatan yang benar-benar halal walaupun harganya agak mahal. Ini menunjukkan bahawa walaupun sesetengah organisasi terikat dengan peraturan yang dilihat secara global bagi menjaga kemaslahatan umum namun ia masih percaya bahawa sikap berperanan dalam memenuhi tanggungjawab agama yang diterjemahkan dalam bentuk proses atau amalan tugas.

Namun begitu terdapat juga industri yang tidak melihat sikap sebagai sesuatu yang positif yang dapat memberi manfaat kepada organisasi. Hasil daripada pemantauan dan

penguatkuasaan oleh pihak berautoriti menunjukkan wujudnya unsur-unsur tidak bertanggungjawab dan ambil mudah oleh pihak organisasi terhadap keperluan amalan halal. Buktinya terdapat organisasi yang dikenakan tindakan melalui kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku seperti tidak memaklumkan kepada pihak berautoriti tentang perubahan ramuan tehadap sesuatu produk seperti yang dijelaskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014 (Muhammad Naim, 2012). Sikap yang demikian bukan sahaja memberi kesan terhadap organisasi dari segi pematuhan halal tetapi juga perniagaan syarikat.

Komitmen Amalan Standard Halal Issa, Hamdan, Muda, dan Jusoff (2009) mendapati tahap komitmen amalan pengeluar berkaitan produk halal adalah dengan memfokuskan usaha kawalan dalaman ke arah peningkatan prestasi organisasi. Ia bertepatan dengan Model Sistem Jaminan Pengurusan Makanan yang dicadangkan oleh AQL (2013) yang melihat pencapaian prestasi pematuhan halal secara keseluruhan dan melibatkan gerak kerja dalaman oganisasi yang kukuh. Model yang dikemukakan adalah mengambilkira huraian Garis Panduan Sistem Pengurusan Jaminan Halal Malaysia yang dilancarkan pada 9 Julai 2011 oleh JAKIM dan perkara-perkara yang perlu dipenuhi seperti pematuhan piawaian halal dan sebagainya.

Dalam pensijilan kualiti produk Huo dll.

(2014) telah memberi nafas baru dalam mengkaji prestasi operasi melalui kesan aliran pengurusan (flow management) yang membahagikannya kepada dua dimensi iaitu pengurusan aliran produk (product flow management) yang lebih tertumpu kepada nilai rantaian produk dan pengurusan aliran proses (proses flow management) yang lebih

(11)

memberi fokus kepada keupayaan organisasi melalui faktor sumber manusia, informasi dan keputusan. Ia selaras dengan dengan Ndubisi dan Iftikhar (2012) bahawa dalam mencapai prestasi kualiti, maka ciri-ciri keusahawanan yang melibatkan modal insan perlu difokuskan seperti pengambilan risiko, pro-aktif dan kuasa autonomi.

Mohamad Nasran dan Norhalina (2009) juga telah membuat kajian berkaitan aspek-aspek utama yang menjadi pengukuran dalam audit pengesahan halal oleh JAKIM berdasarkan penelitian terhadap konsep halal dan audit, prosedur yang digunapakai dan amalan oleh pegawai pemeriksa. Kajian mendapati elemen atau aspek yang menjadi ukuran dalam pematuhan halal adalah terbahagi kepada dua iaitu pengauditan dari segi aspek syariah meliputi; profil pemohon, semakan dokumentasi, bahan ramuan, pekerja, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pelabelan, peralatan, pengangkutan, pengedaran produk dan pengauditan dari aspek teknikal iaitu;

semakan dokumentasi, bahan ramuan, pekerja, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pelabelan, pengangkutan, peralatan, pengurusan bahan buangan dan sistem rawatan sisa buangan, bangunan dan keseluruhan premis.

Elemen atau aspek kajian yang dijalankan adalah berdasarkan MS1500:2004 (versi lama) dan Manual Prosedur Pensijilan Halal (2005 versi lama). Manakala penelitian atau subjek kajian yang djalankan adalah satu pihak iaitu pengeluar pensijilan tanpa memfokuskan kepada pengguna perkhidmatan seperti pihak industri, pengguna dan sebagainya.

Menurut Chaudry, Jackson, Hussaini dan Riaz (1997) sistem jaminan halal adalah berdasarkan ‘three zero’s iaitu zero limit (tiada penggunaan bahan haram dalam

pengeluaran), zero defect (tiada pengeluaran produk haram) dan zero risk (tiada risiko kerugian). Dalam konteks pengurusan Anton Apriyantono (t.t) ianya mengandungi lima komponen utama iaitu piawaian pengurusan halal dan sistem halal, piawaian auditan sistem halal, kawalan kritikal analisa haram, garis panduan halal dan pengkalan data halal.

Sejajar dengan dapatan kajian penyelidik terdahulu, didapati penilaian terhadap tahap komitmen amalan dalam memenuhi keperluan syarak dan pihak autoriti berkaitan halal dapat diterjemahkan oleh organisasi itu sendiri dengan membuat penilaian berdasarkan piawaian halal terkini yang digunakan dalam pensijilan halal di negara berkenaan seperti akta, standard, peraturan, pekeliling mahu pun garis panduan berkaitan. Ia disokong oleh kaedah pengukuran yang dicadangkan oleh Aramyan dll. (2007) yang mendapati pematuhan terhadap mana-mana piawaian atau standard yang digunakan boleh dijadikan sebagai ukuran terhadap penunjuk yang ingin dicapai samada kualiti produk, persekitaran kerja dan sebagainya berdasarkan jenis organisasi.

Metod

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Tempat kajian

Lokasi kajian adalah merujuk kepada tempat di mana penyelidikan yang ingin dijalankan (Sidek, 2003). Bagi tujuan ini, penyelidik memilih organisasi mahu pun syarikat di Kota Kinabalu, Sabah, Tuaran dan Kudat yang terbahagi kepada multinasional dan perusahaan kecil dan sederhana

(12)

berpandukan kepada tujuh skim utama yang berdasarkan kepada Directory Halal JAKIM (2014) (www,halal.gov.my).

Subjek Kajian

Subjek kajian terdiri daripada pegawai eksekutif halal dalaman di kalangan industri halal di Malaysia mengikut tujuh kategori skim utama iaitu produk, permis makanan, barang gunaan, produk farmaseutikal, rumah sembelihan, logistik, produk kulit bulu dan tulang. Dalam kajian ini, pengawai eksekutif halal adalah merujuk kepada salah seorang jawatan kuasa halal yang dilantik khusus untuk memastikan pengurusan halal dapat dilaksanakan dengan betul dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Ia berpandukan kepada Klausa 5.2 Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia yang mewajibkan setiap industri bagi kategori multinasional dan perusahaan kecil sederhana memiliki pengawai eksekutif halal dalaman masing- masing. Oleh itu, pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan senarai industri yang memiliki sijil halal di seluruh Malaysia yang terdiri daripada dua kategori iaitu multinasional dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Senarai pemilihan syarikat adalah berdasarkan kepada Directory Halal JAKIM (2014) (www,halal.gov.my).

Instrumen Kajian

Instrumen bagi kajian yang dijalankan ini adalah dengan menggunakan soal selidik dalam mengukur setiap pemboleh ubah kajian. Kaedah ini dipilih kerana soal selidik sebagai alat kajian berupaya dan mampu mengukur ciri-ciri atau pembolehubah yang hendak diukur daripada saiz sampel yang melibatkan persampelan yang mengkaji sesuatu populasi (Mohd Majid, 2000). Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi empat bahagian.

Bahagian pertama berkenaan dengan maklumat demografi responden seperti jantina, umur, taraf pendidikan, kaum, pengalaman dan lain-lain. Manakala bahagian A terdiri daripada instrumen untuk mengukur sikap. Bahagian B merupakan instrumen yang digunakan untuk mengukur pengetahuan. Sementara itu, Bahagian C pula terdiri daripada instrumen bagi mengukur komitmen dalam amalan standard halal. Penggunaan kesemua instrument ini boleh dilihat dalam borang soal selidik.

Jadual 1

Soal selidik faktor modal insan dalam industri makanan halal Dimensi Bil.

item

Jum.

item positif

Jum.

item negatif

Nombor item

Skop Pengukuran Instrumen

Pengetahuan 6 5 1 1,

2 (i)(ii)(iii),

*(3),4

Instrumen yang dibentuk melihat tentang tahap keupayaan organisasi dalam memahami halal dan mengimplementasikan- nya dalam organisasi berdasarkan kepada akta dan peraturan yang digunapakai oleh badan pensijilan halal

(13)

Sikap 5 4 1 5,*(6),7,8,9 Dalam pembinaan instrumen, unsur kognitif, afektif, dan tingkahlaku digunakan.

Komitmen Amalan

Standard Halal

49 47 2 30, 32 Instrumen dibangunkan untuk

mengukur komitmen dalam pengurusan halal

Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Ujian kebolehpercayaan dapat menentukan sejauh mana instrumen yang digunakan mengukur sesuatu konsep atau konstruk secara konsisten. Malahan ia bebas daripada kesilapan dan menghasilkan keputusan yang tekal (Arsaythamby dan Arumugan, 2013).

Menurut Churchill (1979) pula kebolehpercayaan merujuk kepada bagaimana semua item dalam konstruk itu berkait rapat di antara satu sama lain.

Manakala Sekaran (2003) menyatakan kebolehpercayaan mempunyai dua aspek iaitu kestabilan (keupayaan untuk menghasilkan keputusan yang konsisten merentas masa walaupun dalam keadaan ujian tanpa kawalan) dan ketekalan (homogeniti item instrumen pengukuran dalam mengukur konstruk).

Kaedah yang digunakan untuk membina kebolehpercayaan dalam penyelidikan ialah kaedah ketekalan dalaman (Internal Consistency Approach). Churchill (1979)

telah menyarankan kaedah

kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang merupakan kaedah yang banyak digunakan dalam kajian lapangan. Menurut. Sekaran (2003) menyatakan ketekalan dalaman adalah darjah interkorelasi antara satu item dengan item yang lain yang mengukur konsep yang sama. Ia diperjelaskan lagi oleh Chua (2006d), kaedah ketekalan dalaman digunakan bagi mencari nilai korelasi yang tinggi dengan skor setiap item dalam soal

selidik dengan jumlah skor bagi semua item dalam soal selidik. Item yang mempunyai korelasi nilai yang tinggi dengan skor indeks ujian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Manakala item-item yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah akan dikeluarkan dari soal selidik.

Beberapa item telah dikumpulkan kepada beberapa subskala bagi menjurus kepada soalan kajian yang telah dibina. Pengukuran yang digunakan adalah Cronbach’s Alpha seperti yang disarankan oleh Churchill (1979). Cronbach’s Alpha dikatakan boleh memberi petunjuk yang cukup baik bagi menentukan kebolehpercayaan (Sekaran, 2003). Untuk menilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini purata korelasi digunakan bagi kesemua item kajian. Ukuran penerimaan instrumen dibuat berdasarkan nilai 0.60 ke atas bagi setiap dimensi. Asas pemilihan ini berdasarkan saranan dibuat oleh Sekaran (2003) yang menyatakan Cronbach’s Alpha kurang daripada 0.60 adalah lemah, 0.70 adalah diterima dan melebihi 0.80 adalah baik untuk instrumen kajian. Walau bagaimanapun, menurut Pallant (2009) Cronbach’s Alpha 0.5 boleh dipertimbangkan sekiranya sesuatu pemboleh ubah itu mempunyai jumlah item kurang daripada 10. Jadual 2 menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha bagi pemboleh ubah utama kajian yang diperolehi melalui kajian rintis.

(14)

Jadual 2

Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis (n=44)

Pemboleh ubah Cronbach’s alpha

 Komitmen Amalan Standard halal 0.78

 Pengetahuan 0.82

 Sikap 0.73

_____________________________________________________________________________

Ujian Kesahan Instrumen

Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenskan dan dapat memenuhi konsep kajian melalui ukuran yang dibuat seterusnya bebas daripada kesilapan (Hair dll., 2010). Oleh itu, ujian kesahan instrumen digunakan untuk mengukur sejauh mana sesuatu instrumen itu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ujian ini dilakukan selepas ujian kebolehpercayaan. Kesahan kandungan dan konstruk adalah penting dalam mengukur instrumen kajian (Uggioni dan Salay, 2013;

Sekaran, 2003).

Kesahan kandungan merujuk kepada kecukupan kandungan domain tertentu dalam suatu sampel iaitu instrumen berkenaan mengandungi item-item yang meliputi semua aspek bagi mengukur sesuatu pemboleh ubah. Manakala kesahahan konstruk merujuk kepada darjah sesuatu pengukur menilai konstruk yang patut diukur (Sekaran, 2003).

Kesahan kandungan pula dilakukan dengan mendapatkan pandangan dan pertimbangan pakar dalam bidang pengurusan operasi. Di samping itu ujian korelasi item-total telah dilakukan untuk melihat konsistensi antara skor item dengan skor total yang dapat dilihat dari besarnya koefisien korelasi

antara setiap item dengan skor keseluruhan.

Manakala ujian kesahan instrumen akan dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis faktor sekiranya subjek kajian mencukupi di mana menurut Hair dll. (2010) jumlah keperluan soalan yang baik dan sesuai untuk analisis faktor adalah 100. Oleh itu, analisis faktor dilakukan pada data sebenar kajian.

Prosedur Pengumpulan Data Kajian Bagi memastikan kajian ini mendapat perhatian dan kerjasama daripada pengusaha atau industri yang terlibat dalam kajian, pengkaji telah mendapatkan surat sokongan daripada Persatuan Pengilang Malaysia (FMM) atau pihak Universiti Malaysia Sabah sebagai menunjukkan kajian yang dijalankan adalah berbentuk rasmi dan bagi tujuan penyelidikan sahaja. Kemudiannya dilampirkan bersama dengan soal selidik yang diedarkan.

Di samping itu, sebelum kajian dilakukan juga pengkaji menghubungi staf yang bertanggungjawab secara langsung dalam pensijilan halal yang bermula daripada permohonan hinggalah peringkat kawalan.

Misalnya, bagi kategori multinasional, pegawai yang bertanggungjawab ialah Eksekutif Halal manakala bagi kategori Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) pegawai

(15)

yang bertanggungjawab ialah penyelia Muslim. Setelah persetujuan diperolehi, surat dihantar melalui email kepada staf tersebut. Pengesahan penerimaan surat akan dilakukan dan direkodkan.

Kemudiannya pengkaji menyerahkan sendiri soal selidik yang perlu diisi. Sementara itu, bagi memastikan tahap kefahaman yang jelas terhadap soal selidik yang disediakan, satu penerangan yang ringkas telah diberikan berkaitan tujuan dan objektif kajian, kepentingan kajian, kepentingan maklumbalas serta jaminan bahawa segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya digunakan bagi tujuan akademik semata-mata. Melalui penerangan yang diberikan, pengkaji mengharapkan agar sampel kajian memberikan maklumbalas yang positif serta jujur dalam membuat penilaian mengikut persepsi dan peranan yang dipertanggungjawabkan dalam organisasi.

Pengkaji juga perlu bersedia dengan jangkaan sekiranya responden yang

diperlukan tidak dapat dikumpulkan dalam satu-satu masa, soalan tersebut dikembalikan melalui sampul pos ekspress yang dibekalkan sendiri oleh pengkaji.

Pengurusan tempoh masa pemulangan instrumen juga diambil kira. Dengan ini data-data pendekatan pensijilan halal, faktor modal insan, amalan piawaian halal dan prestasi diperolehi daripada instrumen yang disediakan.

Maklumat Deskriptif Sampel Kajian Bahagian ini menggunakan analisis statistik deskriptif bagi menjelaskan ciri-ciri demografi terpilih sampel kajian yang merangkumi profil organisasi dan jawatankuasa halal dalaman. Analisis deskriptif bagi profil organisasi ini meliputi kategori syarikat, tempoh syarikat beroperasi, jenis syarikat dan jenis pensijilan. Manakala butiran jawatankuasa halal dalaman pula, analisis yang dipaparkan termasuklah jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan kelulusan akademik.

Analisis ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3

Taburan responden mengikut demografi

Demografi Kategori Bilangan

responden

Peratus (%) Profil Organisasi

Kategori Syarikat PerusahanKecil Sedehana Multinasional

68 44

60.7 39.3 Tempoh Ditubuhkan 1-10 tahun

11-20 tahun 21-30 tahun 31-40 tahun

>41 tahun

22 28 24 26 12

19.6 25.0 21.4 23.2 10.7 Jenis Syarikat Bumiputera

Bukan Bumiputera

20 24

45.5 54.5 Jenis Pensijilan Tunggal

Berganda

56 56

50.0 50.0

(16)

Profile Ahli jawatan halal

Jantina Lelaki

Perempuan

52 60

46.4 53.6

Umur 18-25 tahun

26-35 tahun 36-45 tahun

>45 tahun

18 56 21 15.2

16.1 50.0 18.8 15.2 Tahap pendidikan

Tempoh perkhidmatan

SPM Diploma

Ijazah Sarjana

PhD Lain-lain 1-5 tahun 4- 10 tahun 11-15 tahun 16-25 tahun

>25 tahun

35 27 34 8 2 6 57 24 16 8 7

31.3 24.1 30.4 7.1 1.8 5.4 50.9 21.4 14.3 7.1 6.3

Berdasarkan kepada Jadual 3 menunjukkan bahawa 68 (60.7%) syarikat adalah perusahaan kecil sederhana dan 44 (39.3%) adalah multinasional. Keadaan ini menunjukkan bahawa corak sebenar industri pemakanan halal di Malaysia bukan hanya dimonopoli oleh satu kategori sahaja.

Malahan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) kini telah berkembang dengan pesat dan menjadi perhatian kerajaan. Berdasarkan tempoh syarikat ditubuhkan didapati 22 syarikat (19.6%) berada dalam tempoh 1-10 tahun, 28 syarikat (25%) 11-21 tahun, 24 syarikat (21.4%) 21-30 tahun, 26 syarikat (23.2%) 31-40 tahun dan 12 syarikat (10.7%) adalah lebih daripada 40 tahun. Ini dapat menggambarkan bahawa pemilikan

sijil halal di Malaysia bukan sahaja terbatas kepada syarikat yang sudah lama bertapak atau sebaliknya. Profil industri juga telah memaparkan bahawa 20 syarikat (45.5%) jenis bumiputera dan 24 syarikat (54.5%) adalah bukan bumiputera. Manakala berdasarkan pensijilan pula didapati 56 syarikat (50%) memiliki sijil tunggal (sijil halal) dan 56 syarikat (50%) pula telah memiliki sijil yang berganda yang bukan sahaja sijil halal tetapi juga integrasi bersama sijil-sijil kualiti yang lain. Statistik ini sekaligus menyatakan bahawa semua syarikat adalah diberi peluang yang sama rata dalam mencapai pensijilan halal.

(17)

Jadual 4

Tahap kekerapan bagi komitmen amalan standard halal, pengetahuan dan sikap Pemboleh ubah

Tahap Tahap

PKS (n=68) Multinasional (n=44) Kekerapan Peratus (%) Kekerapan Peratus (%) Komitmen standard halal

Rendah (0.00 ≤ R ≤ 2.99) Sederhana(3.00 ≤ S ≤ 3.99) Tinggi (4.00 ≤ T ≤ 5.00)

- 14 54

- 20.6 79.4

- 2 14

- 12.5 87.5 Pengetahuan

Rendah (0.00 ≤ R ≤ 2.99) Sederhana(3.00 ≤ S ≤ 3.99) Tinggi (4.00 ≤ T ≤ 5.00)

- 13 15

- 19.1 80.9

- 8 36

- 18.2 81.1 Sikap

Rendah (0.00 ≤ R ≤ 2.99) Sederhana(3.00 ≤ S ≤ 3.99) Tinggi (4.00 ≤ T ≤ 5.00)

- 20 18

- 29.4 70.6

- 6 38

- 13.6 86.4

Berdasarkan jadual 4, ia menunjukkan taburan tahap yang tidak menyeluruh untuk tiga kategori (rendah, sederhana dan tinggi).

Sebagai contoh, hasil keputusan menunjukkan bahawa ketiga-tiga aspek yang dikaji berada pada tahap sederhana dan tinggi sahaja bagi kategori PKS. Dapatan bagi Multinasional turut menunjukkan bahawa ketiga-tiga aspek pada tahap sederhana dan peratus tahap tinggi.

Manakala bagi kategori multinasional pula, keputusan turut membuktikan bahawa komitmen, pengetahuan dan sikap adalah berada pada peratus tahap sederhana dan tahap tinggi. Hasil perincian data mengikut dimensi pula memperlihatkan bahawa kedua–dua kategori memiliki tahap yang tinggi bagi semua aspek iaitu pengetahuan,

sikap dan komitmen. Keputusan yang diperolehi ini telah menguatkan lagi maklum balas dari pihak industri terhadap usaha kerajaan Malaysia dalam memperkukuhkan industri halal di Malaysia melalui perhatian dan kawalan dalaman organisasi. Tambahan penyelarasan pensijilan halal yang mula berkuatkuasa pada 2012 serta akta, garis panduan dan pekeliling baru yang diperkenalkan oleh pihak autoriti telah memberi cabaran kepada pemain industri dalam pelaksanaan pensijilan halal. Hal ini sudah tentunya memerlukan gerak kerja yang berterusan terutama dalam meningkatkan peranan dan fungsi modal insan melalui jawatankuasa halal yang diwujudkan di peringkat organisasi.

Jadual 5

Keputusan analisis regresi pengaruh bagi sikap dan pengetahuan terhadap komitmen amalan standard halal (operasi halal).

Pemboleh ubah β T P

Pemboleh ubah Tidak Bersandar

Sikap .339** 2.084 .043

Pengetahuan .257 1.579 .122

(18)

R .532

R2 .283

Perubahan R2 .248

Perubahan signifikan F .001

*p<0.05, **p<0.01

Berdasarkan Jadual 5, melalui uijian analisis regresi pengaruh pengetahuan dan sikap terhadap amalan piawaian halal (operasi halal), nilai R2 menunjukkan 0.283 iaitu menerangkan bahawa 28.3 peratus amalan piawaian halal (operasi halal) diterangkan oleh faktor peramal iaitu pengetahuan dan sikap dan (R2 =0.283; F=8.082; p<0.05).

Berdasarkan nilai (β) dalam Jadual 5,

keputusan kajian membuktikan hanya peramal sikap [β = 0.339, t = 2.084, p = 0.043] memberi pengaruh yang signifikan terhadap komitmen amalan standard halal (operasi halal). Manakala pengetahuan [β = 0.257, t = 1.579, p = 0.122] tidak memberi pengaruh kepada amalan piawaian halal (operasi halal).

Jadual 6: Keputusan analisis regresi pengaruh bagi pengetahuan dan sikap terhadap amalan piawaian halal (jaminan halal).

Pemboleh ubah β T P

Pemboleh ubah Tidak Bersandar

Pengetahuan .419** 8.482 .000

Sikap .257** 5.140 .000

R .723

R2 .523

Perubahan R2 .517

Perubahan signifikan F .000

*p<0.05, **p<0.01

Berdasarkan kepada keputusan uijian analisis pengaruh pengetahuan dan sikap terhadap amalan piawaian halal (jaminan halal) nilai R2 menunjukkan 0.523 iaitu menerangkan bahawa 51.7 peratus amalan piawaian halal (jaminan halal) diterangkan oleh pengetahuan, sikap dan kepekaan tehadap polisi kerajaan (R2 =0.523;

F=86.462; p<0.05). Berdasarkan nilai (β) dalam Jadual 5.25, keputusan kajian membuktikan sumbangan yang signifikan semua peramal pengetahuan [β = 0.419, t = 8.482, p = 0.000] dan sikap [β = 0.257, t = 5.140, p = 0.000] terhadap amalan piawaian halal (jaminan halal). Berpandukan kepada

nilai (β) juga, keputusan mendapati faktor pengetahuan (0.419) mempunyai kesan yang tinggi kepada amalan piawaian halal (jaminan halal) diikuti sikap (0.257) dan kepekaan tehadap polisi kerajaan (0.249).

Perbincangan

Pengaruh bagi pengetahuan dan sikap terhadap komitmen amalan standard halal (operasi halal).

Hasil analisis yang dijalankan menyokong dapatan kajian oleh Asyraf, Wan, Mohd.

Yusof dan Zainab (2011) Mohani, Hashanah, Mazlina dll. (2013), Noraini (2007), Sadeeqa dll. (2013), Mustafa dan

(19)

Azlin (2014), Talib dll. (2015) dan Nordin (2006) bahawa sikap berperanan dalam mempengaruhi amalan operasi halal.

Malahan dapatan kajian juga senada dengan Zailani dll. (2015) yang mendapati faktor modal insan mempengaruhi strategi orientasi halal (staf, bahan, proses, peyimpanan dan pengangkutan). Bahkan hasil kajian adalah menepati rangka model yang dikemukakan oleh AQL (2013) bahawa tanggungjawab dan peranan jawatankuasa halal dalaman mampu memberi pengaruh terhadap operasi halal seterusnya meningkatkan prestasi organisasi.

Sekaligus ianya menolak dakwaan laporan media masa bahawa industri makanan di Malaysia tidak prihatin terhadap operasi halal berdasarkan prosedur yang digariskan oleh pihak berkuasa berwibawa dalam pensijilan halal (Berita Harian, 18 Julai 2014). Begitu juga isu berkaitan kewibawaan peranan jawatankuasa halal organisasi. Pada masa yang sama juga, keputusan yang diperolehi ini berjaya menolak dakwaan dapatan temu bual oleh Wilson (2012) bersama beberapa orang yang terlibat dalam pembangunan halal bahawa industri halal yang dimonopoli oleh Muslim kurang memberi penekanan terhadap modal insan khususnya aspek integriti.

Dalam membincangkan pengaruh tersebut, jika dilihat secara statistiknya keputusan menunjukkan bahawa pengetahuan tidak memberi pengaruh kepada operasi halal. Ini memandangkan perkataan halal itu sendiri lebih sinonim dengan masyarakat Islam termasuklah pengamal industri yang sudah tentunya cenderong memastikan produk yang diperolehi adalah halal tanpa melihat mendalam unsur-unsur berkaitan operasi halal seperti aliran proses, bahan dan campuran yang digunakan dan sebagainya.

Keputusan ini sudah tentunya selari dengan dapatan kajian terkini oleh Muhammad

Haziq dll. (2015) yang menjelaskan bahawa amalan operasi halal di kalangan industri makanan halal adalah didasari oleh ilmu agama yang sedia ada sebagai Muslim. Ia disokong oleh Abdul Manaf dll. (2013) bahawa pengetahuan agama yang dimiliki oleh warga industri penyumbang terhadap perkembangan produk halal. Tambahan berdasarkan kepada dapatan statistik yang diperolehi, keputusan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan industri makanan halal di Malaysia berada pada tahap yang tinggi.

Walau bagaimanapun dalam konteks pensijilan halal di Malaysia, pengetahuan halal itu sendiri perlu dilihat secara meluas selaras dengan konsep ’halalan thoyyiban’

yang dipraktiskan di mana halal bukan hanya tertumpu kepada kandungan bahan semata-mata tetapi juga meliputi aspek pemprosesan, kebersihan dan kesucian (Jamil, 2013) seperti yang digariskan di dalam piawaian halal. Hasil daripada keputusan ini sudah tentunya memberi cabaran kepada pihak autoriti dalam pensijilan halal di Malaysia dan juga agensi berkaitan tentang usaha kerajaan dalam memastikan bahawa industri makanan halal di Malaysia mampu menterjemahkan konsep halal yang dicanangkan oleh kerajaan Malaysia terhadap konsep ’halalan thoyyiban’. Dengan erti kata lain, memahami konsep halal sahaja belum mencukupi tetapi ia perlu disokong dengan amalan halal berdasarkan akta, standard, peraturan dan peka terhadap pekeliling semasa yang perlu dipatuhi sesuai dengan perkembangan teknologi terkini. Ia selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan pensijilan produk halal di peringkat antarabangsa melalui piawaian halal yang diterima secara global (MITI, Pelan Induk Perindustrian Makanan Ketiga / 2006-2020).

(20)

Pengaruh bagi pengetahuan dan sikap terhadap amalan piawaian halal (jaminan halal).

Hasil keputusan yang diperolehi adalah selari dengan Razali (2013), Mustafa dan Azlin (2014), Ramayah dan Jasmine (2013), Talib (2015) dan Nik Maheran dll. (2009) betapa faktor sikap dan pengetahuan berperanan dalam mengukuhkan kawalan dan jaminan dalaman organisasi di samping perlu peka dengan polisi semasa.

Keputusan ini juga menggambarkan kedua- dua aspek iaitu keupayaan pengetahuan dan peranan sikap dalam kalangan industri memberi pengaruh yang tinggi terhadap komitmen dalam aspek jaminan halal. Hasil yang diperolehi ini sudah tentunya kesan daripada usaha bersama oleh semua agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta yang terlibat dalam halal mahupun standard lebih dari 15 tahun (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1997) selaras dengan Resolusi ke 7 Persidangan Penguatkuasaan Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013 dalam memastikan bahawa industri perlu memperkukuh kawalan dalaman dan bersedia megimplementasikan prosedur semasa termasuklah sistem jaminan halal (Laporan Konvensyen Penguatkuasaan Halal Malaysia, 2013).

Ia juga selaras dengan penggunaan 1 akta, 1 standard, 1 prosedur, 1 logo dan 1 sijil mulai 2012 (Mashitah, 2011). Malahan bertitik tolak daripada inilah peranan dan fungsi modal insan lebih jelas di kalangan industri sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan, mengukuhkan sikap dan tanggunjawab di samping sentiasa memberi penekanan serta peka terhadap apa jua polisi dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti dalam pensijilan halal. Peranan Jawatankuasa Halal Dalaman termasuklah membangun, memantau dan mengawal pelaksanaan sistem jaminan halal

berdasarkan kepada garis panduan yang disediakan, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan organisasi khususnya berkaitan pematuhan prosedur pelaksanan halal dan

sebagai jawatankuasa yang

bertanggungjawab terhadap apa-apa keputusan berkaitan halal melalui mesyuarat secara berkala (Jabatan kemajuan Islam Malaysia, 2013b). Tambahan setiap eksekutif halal yang merupakan salah seorang anggota dalam jawatankuasa tersebut berperanan dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep halalan thoyyiban dalam kalangan warga syarikat, melaksanakan tuntutan Al-amr bi al-Ma’ruf wa Nahy al-Munkar dalam membina integriti halal dan pada masa yang sama perlu mengurus dan membangunkan keperluan asas aplikasi halalan thoyyiban (Mustafa dll., 2015) yang bertindak sebagai kawalan dan jaminan halal dalaman organisasi. Ia selaras dengan dapatan Abdul Manaf dll. (2013) bahawa industri halal di Malaysia memiliki modal insan yang kompeten.

Ini sekaligus menolak dakwaan dapatan Muhammd Haziq dll. (2015) bahawa terdapat eksekutif halal yang mengimplementasikan halal berdasarkan pengetahuan sedia ada sebagai muslim tanpa penekanan terhadap keperluan peruntukan dalam piawaian halal terutamanya sistem jaminan halal yang baru diperkenalkan.

Walaupun kajian tersebut tidak memberi gambaran yang menyeluruh tentang situasi sebenar bagi negeri-negeri di Malaysia tetapi cukup memberi isyarat awal tentang tahap pengetahuan di kalangan industri makanan halal di Malaysia.

Kesimpulan

Secara umumnya hasil kajian ini telah menyumbang ilmu pengetahuan kepada para ahli akademia dan pengamal industri halal

(21)

dalam memastikan sama ada produk mahu pun perkhidmatan yang dikeluarkan adalah memenuhi piawaian halal dan tanggungjawab kepada semua pihak samada ahli akademik, penyelidik, pengurusan dan pihak berautoriti dalam pensijilan halal, ahli politik, dan komuniti masyarakat keseluruhannya. Kajian mendapati prestasi organisasi dalam industri pemakanan halal di Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor samada faktor pengurusan melalui pendekatan pensijilan halal yang dipraktiskan, faktor modal insan mahupun amalan operasi dalaman organisasi.Maka tidak hairanlah, kerajaan Malaysia telah mensyaratkan penubuhan Jawatankuasa Halal Dalaman di kalangan industri seperti yang digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014, klausa 6.5.2 (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2014b) bagi menangani masalah di peringkat operasi.

Rujukan

Abdul Manaf Bohari, Cheng Wei Hin dan Nurwahida Fuad. 2013. An analysis on the competitiveness of halal food industry in Malaysia: an approach of SWOT and ICT strategy, Malaysia Journal of Society and Space, 9 (1), 1-11.

Abdul Rahman Abu Bakr As-Suyuti, (t.t). Al Jaami’ Al Saghir: 5272, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

Abdul Rasyid Dail, (1984), Prinsip Ekonomi Islam. Selangor: Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah.

Ackelsberg, R. dan Arlow, P. 1985. Small business do plan and its pays off.

Long Run Planning 18 (5), 61-67 Ahmad Hidayat Buang dan Zulzaidi

Mahmod. 2012. Isu dan Cabaran Badan Pensijilan Halal di Malaysia.

Jurnal Syariah, 20 (3): 271-288 Aiken, L.S., dan West, S.G. 1991. Multiple

regression: testing and interpreting interactions. Newbury Park: Sage.

Ainon. 2007. Halal label a vital mechanism.

New straits Times, 10 September: 18

Aizzat Mohd Nusurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad. 2006.

Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors

Akta Perihal Dagangan 2011 (Apd 2011).

Percetakan Nasional Berhad. Kuala Lumpur

Al-Akhuraisy, (t.t), Al-Khurashiyy ‘Ala Mukhtasar Al-Khalֿil, Beirut: Dar Al- Sadir, jld. 3, hal. 26.

Al-Qardhawi, Yusuf. 1978. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Sa`udi: Wizarah al-Ma`arif, al-Mamlakah al-

`Arabiyyah al-Sa`udiyyah.

Aminah Abdullah. 2000. Prinsip Penilaian Sensori, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia: 15-25.

Amit, R., dan Shoemaker, P. 1993.

Strategic asset and organizational rent. Strategic Management Journal, 14, 33-46.

Anisah Ab. Ghani. 2008. Kebersihan dan Keselamatan Makanan Dari

(22)

Perspektif Halal. Jurnal Halal.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia:

37-52.

Anton Apriyanto. (t.t), Halal Assurance System. Indohalal.com.

http://www.indohalal.com/doc_halal 1.html. 9 Januari 2014.

AQL. 2013. Participant Guideline. Course on Certified Industry Foundation Programme (CIFP). Petaling Jaya.

18-20 Nov.

Aramyan, L.H., Oude Lansink, A.G., Van Der Vorst, J.G. dan Van Kooten, O., 2007. Performance measurement in agri-food supply chains: a case study. Supply Chain Management:

An International Journal, 12(4):

304-315.

Armstrong, J.S. dan Overton, T.S. 1977.

Estimating nonresponse bias in mail surveys. Journal of marketing research : 396-402.

Arias Aranda, D. 2003. Service operation strategy, flexibility and performance in engineering consulting firms.

International Journal of Operations and Production Management, 23(11): 1401-1421.

Arsaythamby, V. dan Arumugan, R. 2013.

Kaedah Analisis dan Interpretasi Data. Kedah. Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Asmak A. Rahman. 2009. Sekuriti Makanan Dari Perpektif Syariah. Jurnal Syariah. 17(2): 299-326.

Assayyid Sabiq. 1992. Fiqh Sunnah. Al Fath Lil A’Lam Al Arabi. Kaherah.

Asyraf Ab. Rahman, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Mohd Yusoff Mohamad dan Zainab Ismail. 2011.

Knowledege on halal amongst food industry entrepreneurs in Malaysia.

Asian Social Science. 7(12): 216-221 Azmawani Abd Rahman, Ebrahim

Asrarhaghighi dan Suhaimi Ab Rahman. 2015. Consumers and Halal cosmetics products:

knowledge, religiosity, attitude and intention. Journal of Islamic Marketing, 6 (1): 148-163.

Babbie, E. 2010. The practice of social research (11th Ed.). USA:

Wadsworth Cengage Learning.

Bachok, S., Chik, C.T., Ghani, M.A., dan Ayob, M.K. 2015. Theory and Practice in Hospitality and Tourism Research, Proceedings of the 2nd International Hospitality and Tourism Conference 2014, Penang, 2-4 September: 437-440

Badruzzaman Abdul Rahim. 2012. Isu-isu Halal Dalam Penguatkuasaan Akta Makanan 1983. Konvensyen Penguatkuasaan Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012. Grand Season, Kuala Lumpur. 10 Disember.

Baharudin Othman dan Syahriah Yatim Mustafa. 2012. Penjelasan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Kedua) 2011. Seminar Auditor Halal Peringkat Kebangsaan 2012, 21 Mac 2012, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Barney, J. 1991. Firm Resources and Sustained Competative Advantage,

(23)

Journal of Management. 17(1): 99- 120.

Baron, R.M. dan Kenny, D.A. 1986. The Moderator-Mediator Variable Distinction in Social Psychological Research: Conceptual, Strategic and Statistical Considerations. Journal of Personality and Social Psychology.

51(6):1175-1182.

Bartlett, II, J.E., Kotrlik, J.E. dan Higgins, C.C. 2001. Organizational Research:

Determining appropriate sample size in survey research, Information Technology, Learning, and Perfornmance Journal. 19(1):43-50 Behling, O., dan Law, K. S. 2000.

Translating questionnaires and other research instruments: problems and solutions. Thousand Oaks, CA: Sage.

Bennett, J.A. 2000. Mediator and moderator variables in nursing research:

conceptual and statistical Differences. Research in Nursing and health. 23: 415-420.

Bonne, K., Vermeir, I., Bergeaud-Blackler, F. dan Verbeke, W., 2007.

Determinants of halal meat consumption in France. British Food Journal, 109(5):367-386.

Boyer, K. K. dan Lewis, M. W. 2002.

Competitive priorities: Investigating the need for trade-off in operations strategy. Production and Operations Management, 11(1), 9- 20.

Boyne, G.A., 2002. Public and private management: what’s the difference?.Journal of management studies, 39(1): 97-122.

Bratton, J. dan Gold, J. 2012. Human Resource Management : Theory &

Practice. (5th ed). New York : Palgrave Macmillan.

Brown, A., dan Van. Der Wiele, T. 1998.

ISO 9000: Boon or Bane for Small Business?. Strategic Quality Management Institute, Netherlands:

Erasmus University.

Bryman, A., dan Creamer, D. 1990.

Quantitative data analysis for social scientist. London, Routledge.

Chan, Y. 2004. Performance measurement and adoption of balance scorecards:

a survey of municipal governments in the USA and Canada.

International Journal of Public Sector Management, 17(3), 204-2.

Chaudry, M.M., Jackson, M.A., Hussaini, M.M. dan Riaz, M.N. 1997. Halal industrial production standards. My Own.

Che Ahmat, N., Mohd. Radzi, S., Zahari, M.S.M., Muhammad, R., Abdul Aziz, A. dan Ahmad, N.A. 2011.

The effect of factors influencing the perception of price fairness towards customers response behaviors, Journal of Global Management, 2 (1) : 22

Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B.J., Anderson, R.E., dan Tatham, R.L.

2010. Multivariate data analysis, Sixth Edition. Prentice Hall. New Jersey.

Hakimah Yusoff. 2012a. Teks Ucapan alu- aluan. Seminar Auditor Halal

(24)

Peringkat Kebangsaan, 21 Mac, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Hall, R. dan Adrianni, P. 2002. Managing knowledge for innovation. Long Range Planning, 35: 29-48

http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/

garis-panduan/standard-malaysia.

Dicetak 13 Oktober 2014

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2012.

Taklimat Pengkelasan

Ketidakakuran Hasil Audit. Bengkel

Penyelarasan Laporan

Ketidakakuran (NCR), 19-22 November, Klana Beach Resort, Negeri Sembilan.

Jabatan Standard Malaysia. 2009.

MS1500:2009 - Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (Semakan Kedua). Kuala Lumpur

Ja

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan tekanan di tempat kerja terhadap komitmen organisasi dan keterlibatan pekerja dan juga komitmen organisasi

Kajian ini adalah berkaitan faktor-faktor kejayaan perniagaan dalam kalangan usahawan Muslim di dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan pengaruh amalan agama

Kajian ini bertujuan menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar dalam menghadapi risiko yang terdapat di bengkel kejuruteraan dan juga persekitaran kolej

Terdapat tiga persoalan kajian yang telah dibentuk dalam kajian ini iaitu (1) apakah pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap isu penyalahgunaan dadah di

Secara khususnya kajian ini menghuraikan (1) pengaruh kepimpinan transformasi sekolah terhadap komitmen pengajaran dan pembelajaran guru, komitmen inovasi pengajaran serta

Dalam fasa pertama, kajian ini bertujuan menentukan tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap TB sistem saraf pusat dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan dan juga faktor

Ia bukan sahaja melibatkan serangan terhadap sesuatu produk semata-mata, malah menimbulkan implikasi terhadap para pengguna, pengusaha industri dan pihak autoriti halal. Sehubungan

Oleh sebab kajian ini mengkaji hubungan antara faktor anteseden dengan pengupayaan dan seterusnya pengaruh pengupayaan psikologikal terhadap komitmen afektif dan perlakuan