• Tiada Hasil Ditemukan

View of Sorotan Literatur Bersistematik Terhadap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Sorotan Literatur Bersistematik Terhadap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

Sorotan Literatur Bersistematik Terhadap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik

(A Systematic Literature Review on Mathematics Teachers’

Pedagogical Content Knowledge)

Sebestian Kalang William1*, Siti Mistima Maat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: sebestian.william@stjosephkuching.edu.my Accepted: 15 September 2020 | Published: 30 September 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru matematik semakin giat dijalankan di peringkat antarabangsa. Keperluan untuk melihat kepada skop umum kajian dapat membantu menjimatkan masa dan memberi idea kepada pengkaji masa depan dalam pemilihan skop yang ingin dijalankan terhadap kajian PPIK guru matematik sebagai usaha untuk mengurangkan jurang kajian. Berpandukan kepada dua persoalan kajian yang menumpukan kepada metodologi dan skop kajian empirikal lepas, kajian ini telah menjalankan sorotan literatur bersistematik sepanjang tempoh 2017 sehingga Mac 2020.

Penyaringan artikel menemukan sebanyak 25 artikel dan 10 artikel masing – masing melalui pangkalan data Scopus dan Microsoft Academic berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kajian ini. Hasil kajian mendapati majoriti kajian lepas telah menjalankan pendekatan kualitatif terutama yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Di samping itu, kebanyakan kajian telah melibatkan guru pra-perkhidmatan serta kurang tumpuan terhadap guru sekolah rendah dan pra-sekolah. Topik khusus dalam matematik telah menjadi tumpuan yang dominan dalam kajian PPIK seperti topik nombor dan geometri. Peningkatan kajian PPIK guru matematik menunjukkan PPIK guru matematik semakin diberi perhatian dalam usaha untuk memberi kesedaran terhadap kualiti guru matematik masa kini. Hasil kajian ini sebagai rujukan untuk kajian yang ingin dilakukan dengan memberi tumpuan terhadap faktor yang mempengaruhi PPIK guru matematik, kepercayaan, persepsi dan kerisauan.

Kata kunci: pengetahuan pedagogi isi kandungan, PPIK, matematik, guru, literatur bersistematik

Abstract: The issue on pedagogical content knowledge (PCK) of mathematics’ teachers are globally studied. The need to review the scope of these studies will help future researchers saves their time and provides ideas on the future researches as an effort to fill the research gap of the same issue. In this study, a systematic literature review was conducted involving studies from 2017 to March 2020 based on two research questions which focussed on methodology and the scope of past empirical studies. After the listed articles were filtered based on the inclusion and exclusion criteria of this study, the final evidences chosen in this study comprises 25 and 10 articles from Scopus and Microsoft Academic databases respectively. This study found that majority of the previous studies conducted qualitatively with case studies as the main research design. Moreover, most of the studies focussed on pre- service teachers with limited highlight on primary and pre-school teachers. Mathematics topics has been the main focus of previous PCK studies which majorly studied teachers’ PCK on number theory and geometry. The gradual increase on the study of this issue shows the

(2)

questionable quality of mathematics teachers nowadays. Future researchers may focus more on the factors influencing mathematics teachers’ PCK, beliefs, perception and anxiety.

Keywords: pedagogical content knowledge, PCK, mathematics, teacher, systematic literature review

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Guru merupakan aset penting dalam pendidikan sesebuah negara. Keberkesanan perancangan yang telah dibuat oleh sesuatu negara ditentukan oleh guru kerana golongan ini yang berurusan secara langsung dengan pelajar. Walaupun rancangan yang telah dibuat oleh sesebuah kementerian pendidikan hebat dan mantap, akan tetapi keberhasilan ini bergantung terutama dengan pelaksanaan yang dijalankan oleh guru. Oleh yang demikian, kebanyakan institusi yang menawarkan program melatih guru berusaha untuk menyediakan guru dari segi pengetahuan dan praktikal supaya dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih efektif dan mencapai tahap yang maksimum.

Ini menyebabkan pengetahuan guru sentiasa menjadi perbincangan setiap pihak terutama pengetahuan yang melibatkan subjek khusus seperti matematik, sains, geografi dan sebagainya. Apakah guru sekiranya tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mampu menyampaikan pengetahuan tersebut kepada pelajar? Perkara ini akan mempengaruhi dan memberi kesan yang buruk terutama kepada masa depan pelajar dan negara. Apabila merujuk kepada subjek khusus yang spesifik, Ishak, Abdullah dan Ishak (2019) telah melaporkan penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan guru memberi kesan kepada kemerosotan skor matematik TIMSS khususnya di Melaka. Ini bukan sahaja mempengaruhi pencapaian negara malah pembelajaran dan pencapaian pelajar turut terjejas disebabkan oleh guru yang tidak dapat menguasai pengetahuan yang diperlukan dengan sepenuhnya.

Seperti yang telah dilaporkan oleh Rahman et. al. (2018), kajian yang telah dijalankan mendapati tahap kompetensi pengetahuan guru matematik di Malaysia adalah berada pada tahap sederhana dan rendah. Malahan, guru tiada pengetahuan terperinci dan tidak memahami kandungan kurikulum serta teknologi pengajaran (Chee et. al. 2018) terutama pada masa kini yang memerlukan guru untuk berupaya mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran. Di samping itu, Ozdemir et. al. (2017) turut mendapati tiada perkembangan yang berimpak dalam pengetahuan guru semenjak tahun dilatih sehinggalah dalam perkhidmatan yang mana pengetahuan strategi instruksional guru berada pada tahap yang tidak mencukupi. Hal ini juga disokong oleh Naseer (2018) yang melaporkan guru kurang mempunyai pengetahuan isi kandungan umum, pengetahuan pedagogi, kurikulum dan juga pengetahuan tentang pelajar.

Ini merupakan isu yang perlu diberi perhatian oleh para guru untuk berusaha meningkatkan kompetensi pengetahuan masing – masing supaya tidak mempengaruhi pencapaian pelajar.

Guru – guru perlu mempunyai kesedaran dan bersikap terbuka untuk memperbaiki diri sendiri terutama melibatkan pengetahuan khusus sesuatu subjek dan juga kebolehan dalam menyampaikan pengetahuan khusus tersebut kepada pelajar. Selain dari mengikuti pelbagai latihan yang dijalankan, para guru boleh menambah ilmu dengan membaca laporan kajian lepas yang telah dijalankan terutama yang melibatkan pengetahuan guru. Di samping itu, guru juga boleh menjalankan kajian sendiri untuk menambah pengetahuan bagi menjawab persoalan spesifik yang berlaku di dalam kelas. Namun begitu, merancang kajian yang ingin

(3)

dijalankan terutama melibatkan pembacaan kajian lepas untuk mengenalpasti jurang kajian yang ingin dijalankan memakan masa bagi para guru yang sangat sibuk dengan kerja sekolah.

Oleh hal yang demikian, kajian ini mempunyai matlamat untuk membantu para guru dengan menjalankan kajian literatur bersistematik dengan menumpukan kepada metodologi dan skop kajian lepas. Usaha ini dapat membantu menjimatkan masa guru dan memberi idea kepada kajian yang ingin dijalankan khususnya metodologi dan skop yang ingin dijalankan.

2. Kajian Literatur

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru merupakan idea yang telah dibangkitkan oleh Shulman (1987) sebagai salah satu kategori pengetahuan seseorang guru. Shulman menerangkan PPIK merupakan pengetahuan seseorang guru menggabungkan pengetahuan khusus isi kandungan sesuatu subjek dengan pedagogi – penyampaian isi kandungan ini kepada pelajar. Seperti yang telah ditegaskan oleh Shulman, idea ini memberikan perbezaan yang ketara di antara seseorang yang hanya mempunyai pengetahuan dalam sesuatu subjek dengan individu yang mempunyai pengetahuan mengintegrasikan pengetahuan dan penyampaian isi kandungan sesuatu subjek tersebut.

Antara kategori pengetahuan guru yang telah dijelaskan oleh Shulman ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi umum, pengetahuan kurikulum, pengetahuan pedagogi isi kandungan, pengetahuan terhadap pelajar dan ciri – ciri pelajar, pengetahuan tentang konteks pendidikan dan pengetahuan tujuan, nilai, falsafah dan pendidikan (Shulman 1987; Tengku Zainal, Mustapha & Habib 2009). Idea ini semakin berkembang hasil dari kajian – kajian yang telah dilakukan terutama yang melibatkan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru dari pelbagai bidang seperti matematik, sains, bahasa dan subjek yang khusus.

Bilangan kajian PPIK yang semakin giat dijalankan ini memberi maklumat yang sangat banyak dan sudah semestinya telah dikaji menggunakan pelbagai metodologi yang sedia ada sesuai dengan persoalan sesuatu kajian tersebut. Berdasarkan pencarian ringkas yang telah dijalankan kajian ini mengenai PPIK guru matematik, pangkalan data ERIC sahaja telah menunjukkan sebanyak 2,266 kajian yang telah dilaporkan setakat tempoh kajian ini dijalankan. Seterusnya, kajian ini menjalankan pencarian di pangkalan data yang lain yang mana menyediakan laporan kajian secara meluas di seluruh dunia iaitu Google Scholar.

Pangkalan data ini telah menunjukkan sebanyak 1,040,000 laporan mengenai PPIK guru matematik setakat tempoh kajian ini dijalankan. Walaupun berkemungkinan terdapat beberapa duplikasi laporan di antara kedua – dua pangkalan data ini, namun bilangan yang telah dilaporkan oleh Google Scholar sudah cukup meyakinkan menunjukkan bilangan kajian yang sangat tinggi terhadap PPIK guru matematik.

Bagi membantu pengkaji untuk merumuskan secara sistematik skop kajian lepas yang menumpukan PPIK guru matematik, kajian ini menjalankan kajian literatur bersistematik dengan menumpukan kepada skop kajian – kajian lepas. Hasil kajian ini bukan sahaja dapat memaklumkan pengkaji yang akan datang tentang skop kajian yang kerap digunakan, malah dapat menjimatkan masa pengkaji untuk membuat keputusan pendekatan yang menjadi pilihan untuk kajian yang hendak dijalankan. Seperti yang telah dijelaskan oleh Hulland dan Houston (2020), melalui literatur bersistematik, pengkaji yang akan datang dapat mengisi jurang kajian tehadap PPIK guru matematik terutama dari segi skop kajian. Justeru itu, adalah wajar untuk merumuskan secara sistematik skop kajian – kajian lepas meggunakan kaedah kajian literatur bersistematik dengan menumpukan kepada skop kajian lepas.

(4)

3. Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menyemak secara sistematik literatur kajian terkini yang mengkaji pengetahuan kandungan pedagogi guru matematik. Terdapat dua persoalan kajian yang telah dibentuk untuk membimbing kajian ini. Antaranya ialah:

1. Apakah metodologi yang digunakan oleh pengkaji menjalankan kajian empirikal pengetahuan kandungan pedagogi guru matematik?

2. Apakah skop kajian empirikal pengetahuan kandungan pedagogi guru matematik?

4. Metodologi

Kajian literatur bersistematik merupakan satu kajian yang sistematik bertujuan untuk menggabungkan hasil kajian empirikal yang memenuhi kriteria yang telah ditentukan untuk menjawab persoalan kajian (Higgins et. al. 2019). Kajian ini telah mengadaptasi protokol dan carta alir yang telah disarankan oleh Shamseer et. al. (2015) yang mana dikenali umum sebagai PRISMA untuk memilih artikel yag digunakan dalam sorotan literatur bersistematik.

Di samping itu, terdapat lima langkah yang telah diperkenalkan oleh Khan et. al. (2003) yang telah digunakan oleh kajian ini untuk melaksanakan sorotan sistematik. Langkah tersebut telah ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1: Langkah Sorotan Sistematik

Pada langkah pertama, kajian ini telah mengenalpasti tujuan dan objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Berdasarkan persoalan kajian yang telah dinyatakan, kajian ini ingin mengenalpasti skop kajian empirikal pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru matematik. Fokus kajian ini merujuk kepada kajian empirikal yang lepas terhadap PPIK guru matematik. Di samping itu, kajian ini turut berhasrat untuk meneroka metodologi kajian PPIK guru matematik yang telah dijalankan oleh kajian lepas. Namun demikian, perkara yang akan hanya diberi tumpuan dalam kajian ini adalah reka bentuk kajian, pendekatan kajian dan sampel kajian sahaja. Sehubungan dengan itu, jurang kajian yang jelas dinyatakan oleh kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk kajian yang akan datang. Hasilnya, terdapat dua persoalan kajian yang telah berjaya dibentuk untuk membantu kajian ini mencapai objektif yang telah dinyatakan.

Pada langkah kedua, kajian ini telah mengenalpasti artikel melalui pencarian artikel kajian yang berkaitan dengan PPIK guru matematik. Artikel kajian lepas telah dicari berdasarkan dua pangkalan data yang boleh dilayari di internet iaitu Scopus dan Microsoft Academic.

Pencarian artikel dalam kajian ini telah dijalankan sehingga akhir bulan Mac 2020 di mana artikel yang menjadi tumpuan merupakan artikel yang telah diterbitkan dari tahun 2017 hingga 2020. Sepanjang tempoh pencarian artikel, kajian ini telah mengulangi pencarian artikel dengan menggunakan kaedah pencarian yang sama sehingga tiada rujukan baharu yang dikeluarkan oleh pangkalan data tersebut. Ini dicadangkan oleh Okolo dan Schabram (2010) bertujuan untuk mengelakkan beberapa artikel terlepas dari direkod. Kata kunci yang telah digunakan untuk mencari artikel ini pada kedua – dua pangkalan data ialah:

“pedagogical content knowledge” AND “mathematics”. Senarai artikel yang telah dipaparkan oleh kedua – dua pangkalan data ini seterusnya diperincikan mengikut kriteria yang telah

Membentuk persoalan

Mengenalpasti penerbitan yang berkaitan

Menilai kualiti kajian

Merumus dapatan

Menterjemah dapatan kajian

(5)

Bilangan artikel yang telah disingkirkan

(n = 126)

Alasan: topik tidak berkaitan, kertas konsep, disertasi, persidangan, laporan bab buku, refleksi dan sampel kajian pensyarah IPT

ditetapkan oleh kajian ini termasuklah artikel jurnal, menjalani semakan setara, penerbitan tahun 2017 – 2020, Bahasa Inggeris dan artikel dengan teks lengkap.

Kemudian, senarai artikel yang telah diperincikan ini dibandingkan di antara kedua – dua pangkalan data untuk mengenalpasti tiada duplikasi bagi setiap artikel yang ditemukan. Pada langkah ini, setiap artikel yang telah ditemukan akan dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kajian ini. Artikel yang tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh kajian ini dikecualikan berdasarkan kriteria pengecualian yang telah ditetapkan. Kriteria pengecualian yang telah ditetapkan ini termasuklah artikel dengan topik tidak berkaitan seperti PPIK guru selain dari subjek matematik, kertas konsep, disertasi, persidangan, laporan bab buku, refleksi dan pensyarah yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi sebagai sampel kajian.

Selepas itu, kajian ini akan menjalankan langkah penilaian kualiti untuk setiap artikel yang telah terpilih berdasarkan kriteria yang telah ditentukan. Bukan semua artikel yang telah diterbitkan mempunyai kuaiti yang baik (Okolo & Schabram 2010). Oleh yang demikian, kajian ini menyaring artikel yang telah ditemukan dengan hanya memilih artikel yang dikeluarkan oleh jurnal yang mempunyai pengulas dan pemeriksa yang berkelayakan terutama artikel yang telah diperolehi dari pangkalan data Microsoft Academic memandangkan semua artikel yang diindeks dalam pangkalan data Scopus telah menjalani proses pemeriksaan oleh panel yang berkelayakan sebelum diterbitkan. Akan tetapi, penilaian kualiti ini amat rumit dijalankan (Okolo & Schabram 2010) kerana setiap artikel perlu diteliti dengan cermat dan tidak terburu – buru agar tiada artikel yang berkualiti tinggi disingkirkan.

Ini merupakan limitasi kajian ini dalam usaha untuk meneliti artikel yang berkualiti dari pangkalan data Microsoft Academic. Namun begitu, tumpuan kajian ini dijalankan hanyalah untuk meneroka metodologi dan skop kajian lepas dan tidak merujuk secara spesifik hasil kajian yang dicari. Rajah 2 menunjukkan rumusan proses pemilihan artikel sehingga ke peringkat akhir yang telah digunakan untuk mengumpul bahan kajian ini.

Rajah 2: Carta Alir PRISMA Selepas duplikasi

disingkirkan (n = 157)

Microsoft Academic (n=46) Scopus

(n=115)

Bilangan akhir artikel yang termasuk dalam sintesis

(n = 35)

(6)

Hasil daripada saringan yang telah dilakukan mendapati sejumlah 161 artikel tersenarai dari kedua – dua pangkalan data yang mana Scopus menyenaraikan 115 bilangan artikel manakala Micrsoft Academic menyenaraikan 46 bilangan artikel. Hasil dari perbandingan dua pengkalan data ini mendapati terdapat 4 duplikasi artikel dan dua pasang artikel ini telah disingkirkan. Setelah menjalankan saringan yang lebih terperinci berdasarkan kriteria rangkuman dan pengecualian yang telah ditetapkan oleh kajian ini., hanya 35 artikel dipilih menjadi bahan untuk kajian dan selebihnya disingkirkan.

Kajian ini telah merekod skop dan metodologi bagi setiap artikel yang telah diperolehi. Setiap artikel dibaca dengan teliti dan maklumat yang bermakna telah direkodkan menggunakan jadual matriks mengikut kriteria masing-masing sebelum menjalani proses sintesis.

Pembacaan setiap artikel telah diulang sebanyak dua kali untuk mengelakkan salah erti dan ketinggalan maklumat bermakna bagi kajian ini. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan peratusan bagi setiap kategori dan dipersembahkan melalui carta pai serta carta bar bagi trend serta peratusan setiap kategori yang telah dikenalpasti oleh kajian ini.

5. Keputusan

RQ1: Apakah metodologi yang digunakan oleh pengkaji menjalankan kajian empirikal pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik?

Sebelum menjawab persoalan kajian ini, kebolehan untuk meneroka trend terkini kajian PPIK guru matematik dapat memberikan maklumat kekerapan kajian PPIK guru matematik yang telah dijalankan seperti yang telah ditunjukkan pada Rajah 3. Berdasarkan pemerhatian kajian yang telah merujuk kepada artikel yang telah diterbitkan dari tahun 2017 sehingga hujung bulan Mac 2020, kajian ini mendapati kajian PPIK terhadap guru matematik paling banyak merupakan pada tahun 2019 dan paling minimum pada tahun 2020. Akan tetapi, tempoh carian artikel pada tahun 2020 hanya sah sepanjang tempoh pencarian artikel ini dijalankan iaitu sehingga bulan Mac 2020 sahaja. Oleh yang demikian, bilangan kajian yang mengkaji PPIK guru matematik pada tahun 2020 belum pasti kerana kajian ini tidak dapat menyatakan dengan bukti yang kukuh tahun yang mengeluarkan artikel PPIK guru matematik yang minimum. Selain itu, trend kekerapan kajian PPIK guru matematik boleh dijangkakan semakin meningkat sehingga akhir pada tahun 2020.

Rajah 3: Trend Kajian PPIK Berdasarkan Tahun (2017 – 2019)

Untuk menjawab persoalan kajian pertama, kajian ini telah mempersembahkan hasil kajian dengan menggunakan carta pai untuk menggambarkan kekerapan metodologi yang telah

(7)

dijalankan oleh pengkaji lepas. Carta pai pada Rajah 4 menunjukkan peratusan pendekatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas. Pendekatan kajian yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah sifat kajian yang dijalankan sama ada kuantitatif, kualitatif ataupun gabungan di antara kuantitatif dengan kualitatif. Hasil kajian mendapati kebanyakan kajian PPIK terhadap guru matematik bersifat kualitatif dengan peratusan 46% daripada jumlah artikel yang telah dikaji. Kemudian, sebanyak 31% daripada jumlah kajian yang telah dikenalpasti menjalankan kajian kuantitatif manakala hanya 23% daripada jumlah kajian yang dikaji menjalankan kajian dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dengan kualitatif.

Rajah 4: Peratusan Pendekatan Kajian

Sehubungan dengan itu, kajian ini meneruskan analisis dengan meneroka secara spesifik reka bentuk kajian yang telah digunakan oleh pengkaji lepas terhadap PPIK guru matematik.

Terdapat lima kumpulan telah dikesan oleh kajian ini yang membincangkan reka bentuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji lepas. Berdasarkan Rajah 5, majoriti pengkaji lepas telah menjalankan kajian kes terhadap PPIK guru matematik dengan peratusan 37%.

Kemudian, pengkaji lepas turut menjalankan reka bentuk kajian deskriptif, korelasi dan tinjauan, masing – masing dengan peratusan 17% daripada jumlah keseluruhan artikel yang telah dikaji.

Rajah 5: Peratusan Reka Bentuk Kajian

Selebihnya, kajian ini telah mengumpulkan reka bentuk lain yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas dalam kumpulan lain – lain kerana masing – masing reka bentuk yang tergolong dalam kumpulan ini dijalankan sekali sahaja sepanjang tempoh pencarian artikel dan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Antara reka bentuk kajian yang tergolong dalam 11% daripada jumlah kajian yang dikaji ialah kajian tindakan, inkuiri, banding beza

(8)

dan kajian reka bentuk (design-based). Jadual 1 menunjukkan secara terperinci pengkaji yang menjalankan reka bentuk kajian dan pendekatan PPIK terhadap guru matematik mengikut kategori masing – masing.

Jadual 1: Reka Bentuk dan Pendekatan Kajian PPIK Guru Matematik Reka bentuk

kajian

Pendekatan

Kualitatif Kuantitatif Gabungan

Tinjauan n.a. Yang et. al. (2020), Aksu

& Kul (2019), Fang &

Jin (2019), Koponen et.

al. (2017)

Joutsenlahti & Perkkilä (2019), Buchholtz (2017)

Kajian Kes Yildiz & Gokcek (2017), Chikiwa et. al.

(2019), Muhtarom (2019), Kula Ünver et.

al. (2020), Yildiz &

Akyüz (2019), Tutak et.

al. (2020), Siswono et.

al. (2019), Tang (2018), Tekin-Sitrava & Isiksal-

Bostan (2018),

Ozmantar & Akkoc (2017)

n.a. Naseer (2018), de

Freitas & Spangenberg (2019), Tchoshanov et.

al. (2019)

Deskriptif Morales-López (2019), Alkhateeb (2018), Zayyadi et. al. (2020), Güler & Çelik (2018)

Olasehinde-Williams et.

al. (2018)

Samková (2019)

Korelasi n.a. Murray et. al. (2018),

Cueto et. al. (2017), Norton (2017), Peker &

Ulu (2018), Gvozdic &

Sander (2018)

Wu (2017)

Lain – lain Manderfeld & Siller (2019), Kurt-Birel et. al.

(2020)

Ozdemir et. al. (2017) Rosli et. al. (2020)

Selanjutnya, kajian ini telah mengesan lima kumpulan sampel kajian yang telah digunakan oleh pengkaji lepas. Merujuk Rajah 6, jelas sekali kajian PPIK terhadap guru matematik selalunya dijalankan terhadap guru matematik pra-perkhidmatan dengan peratusan 36%

daripada jumlah keseluruhan artikel yang telah dikaji. Sementara itu, pengkaji lepas turut memberi tumpuan dengan mengkaji PPIK guru matematik terhadap guru di sekolah menengah (30%) manakala 23% daripada jumlah keseluruhan kajian mengkaji PPIK guru matematik dengan menggabungkan dari mana – mana kumpulan yang telah dinyatakan pada Rajah 6. Sebagai contoh, Ozdemir et. al. (2017) telah menggabungkan guru pra-perkhidmatan dengan guru sedang berkhidmat dalam pendidikan untuk meneroka perkembangan pelajar pra-perkhidmatan setelah secara rasmi berkhidmat menjadi guru di sekolah. Kemudian, 6%

daripada jumlah artikel yang telah dikaji dijalankan terhadap guru sekolah rendah dan selebihnya dijalnakan terhadap guru yang mengajar pelajar di peringkat pra-sekolah.

(9)

Rajah 6: Peratusan Sampel Kajian

RQ2: Apakah skop kajian empirikal pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik?

Seterusnya, kajian ini akan melaporkan hasil kajian yang menjawab persoalan kajian kedua dalam kajian ini. Persoalan kedua dalam kajian ini menumpukan kepada skop kajian yang yang telah digunakan oleh kajian lepas. Rajah 7 menunjukkan tiga kategori tumpuan kajian yang telah ditemukan oleh kajian ini iaitu topik matematik, kerisauan, persepsi dan kepercayan guru serta faktor yang mempengaruhi PPIK. Hasil kajian ini mendapati majoriti (73%) pengkaji lepas telah menumpukan kajian PPIK guru matematik kepada topik spesifik matematik seperti algebra, nombor, kebarangkalian, geometri dan sebagainya. Hasil kajian yang lebih terperinci boleh dilihat pada Rajah 8. Terdapat juga pengkaji yang menjalankan kajian dengan memberi tumpuan kepada kerisauan, persepsi dan kepercayaan PPIK guru matematik dengan peratus 17% manakala selebih daripada jumlah kajian yang telah dikaji memberi tumpuan kepada faktor yang mempengaruhi PPIK guru matematik.

Rajah 7: Peratusan Kategori Tumpuan Kajian

Antara kajian yang telah mengkaji efikasi dan kerisauan pengajaran matematik (Aksu & Kul 2019; Peker & Ulu 2018; Norton 2017) manakala kajian yang menumpukan kepada kepercayaan dan persepsi guru pula seperti berikut (Koponen et. al. 2017; Buchholtz 2017;

Manderfeld & Siller 2019; Muhtarom 2019). Antara faktor yang mempengaruhi PPIK guru matematik yang telah dikesan daripada kajian lepas adalah seperti kommognitif (Zayyadi et.

al. 2020), sosioekonomi yang mana memberi kesan kepada pencapaian matematik pelajar (Cueto et. al. 2017) dan perkembangan professionalisme guru matematik (Ozdemir et. al.

(10)

2017); Ozmantar & Akkoc 2017) Tang (2018). Rajah 8 menunjukkan peratusan topik spesifik matematik yang telah menjadi tumpuan para pengkaji lepas.

Rajah 8: Peratusan Topik Tumpuan Kajian

Berdasarkan bilangan artikel yang telah terpilih untuk kajian ini, majoriti pengkaji telah menumpukan kajian melalui topik spesifik matematik dalam meneroka PPIK guru matematik. Walaupun topik tumpuan ini telah diasingkan, terdapat beberapa kajian yang telah menguji PPIK guru matematik dengan menggabungkan beberapa topik yang disenaraikan dalam kajian ini seperti algebra, geometri dengan nombor (Yang et. al. 2020), teknologi dengan geometri (Morales-López 2019), nombor dengan probabiliti (Joutsenlahti &

Perkkilä 2019), kartun dengan nombor (Samková 2019), algebra, geometri, nombor dengan kebarangkalian (Murray et. al. 2018) dan geometri dengan teknologi (Yildiz & Gokcek 2017). Rajah 8 menunjukkan secara terperinci tumpuan pengkaji lepas dalam topik matematik yang dijalankan. Kajian ini telah membahagikan kepada lapan kumpulan topik tumpuan matematik dalam kajian PPIK guru matematik. Topik yang selalu digunakan dalam kajian PPIK guru matematik ialah nombor asas dengan 20% daripada jumlah keseluruhan diikuti dengan topik geometri yang juga menjadi kegemaran kedua oleh pengkaji dalam kajian PPIK guru matematik dengan peratusan 17%. Kemudian, 14% daripada jumlah keseluruhan kajian menggunakan topik algebra lebih tinggi daripada penggunaan topik kebarangkalian dengan hanya 11% daripada keselruhan artikel yang dikaji. Pengkaji lepas turut menguji PPIK guru matematik terhadap teknologi dan penyelesaian masalah masing – masing dengan peratusan 9% daripada jumlah keseluruhan. Pengkaji juga turut mengkaji PPIK guru matematik terhadap topik matematik asas dalam pra-sekolah dengan peratusan 6%. Berdasarkan Rajah 8, kumpulan lain-lain telah mencatatkan peratusan 14% jika dibandingkan dengan yang selebihnya. Walaupun peratus ini lebih tinggi dari kebanyakan kumpulan lain, setiap topik yang terkandung dalam kumpulan ini masing – masing hanya mencatatkan peratusan sebanyak lebih kurang 3%. Antara topik tumpuan yang tersenarai dalam kumpulan lain – lain ini ialah urutan operasi (Tutak et. al. 2020), indeks (Olasehinde- Williams et. al. 2018), konsep segi tiga (Alkhateeb 2018), pengajaran mikro (Kula Ünver et.

al. 2020) dan kartun (Samková 2019).

6. Perbincangan

Kajian PPIK guru matematik semakin giat dijalankan oleh pengkaji. Hasil kajian ini mendapati trend kajian lepas sejak dari tahun 2017 menunjukkan peningkatan dalam bilangan kajian yang dijalankan pada setiap tahun. Walaupun tempoh artikel yang dikaji sehingga Mac 2020, tetapi boleh dijangka kajian PPIK guru akan semakin meningkat sehingga akhir tahun

(11)

2020 kerana masih ada baki sembilan bulan lagi untuk tahun 2020. Peningkatan kajian PPIK guru matematik ini menunjukkan isu PPIK guru semakin membimbangkan dan diberi tumpuan oleh pengkaji pada masa kini. Ini boleh dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Ishak, Abdullah dan Ishak (2019) mendapati penguasaan pedagogi, penguasaan pengetahuan guru dan pengetahuan isi kandungan guru mempengaruhi kemerosotan skor matematik TIMSS di Malaysia di mana faktor yang dominan ialah penguasaan pengetahuan guru. Hal ini turut disokong oleh Patric dan Rosli (2020) yang melaporkan pengetahuan dan amalan pedagogi guru mempengaruhi pembelajaran murid.

Hasil kajian ini mendapati majoriti kajian PPIK guru matematik telah dijalankan secara kualitatif. Ini menunjukkan kebanyakan pengkaji ingin memahami secara mendalam PPIK guru matematik dalam merancang serta melaksanakan perancangan pengajaran dan pembelajaran. Kajian kualitatif dijalankan untuk menyokong keputusan untuk menjalankan kajian yang sama tetapi dengan reka bentuk yang berbeza pada masa hadapan (Maxwell 2008). Di samping itu, ini boleh dijelaskan oleh peratusan yang tertinggi bagi kajian yang menjalankan reka bentuk kajian kes di mana bertujuan untuk memahami “bagaimana” dan

“mengapa” sesuatu isu yang ingin dibincangkan dalam kajian yang dijalankan (Rowley 2002). Hasil kajian ini selari dengan dapatan kajian meta-analisis yang telah dijalankan oleh Rahman, Zamri dan Eu (2018) yang mendapati kajian kes merupakan tumpuan pengkaji mengkaji PPIK guru matematik. Merujuk kepada dapatan kajian ini, kebanyakan kajian lepas menjalankan kajian PPIK guru pra-perkhidmatan dibandingkan dengan sampel kajian yang lain seperti guru sekolah menengah, sekolah rendah dan guru pra-sekolah. Hasil dapatan ini konsisten dengan kajian yang telah dilakukan oleh Simsek dan Boz (2016) yang mendapati kebanyakan kajian lepas menguji PPIK guru pra-perkhidmatan.

Sepanjang tempoh dari tahun 2017 hingga hujung bulan Mac 2020, kebanyakan kajian PPIK guru matematik yang dijalankan oleh pengkaji melibatkan topik khusus matematik terutama topik nombor dan geometri. Hasil kajian ini tidak selari dengan dapatan yang telah diperolehi oleh Rahman, Zamri dan Eu (2018) serta Simsek dan Boz (2016) yang mendapati topik khusus yang menjadi tumpuan pengkaji lepas ialah pecahan dan algebra. Ini menunjukkan pengkaji – pengkaji lepas telah mengisi jurang penyelidikan PPIK guru matematik dengan mempelbagaikan lagi topik tumpuan. Di samping itu, kedua – dua kajian yang dirujuk ini masing – masing hanya tertumpu kepada PPIK guru matematik di satu negara sahaja walhal kajian ini memperluaskan skop untuk mengetahui trend penyelidikan PPIK guru matematik tanpa had kepada negara yang terlibat. Perbezaan ini menunjukkan perkembangan penyelidikan dalam kajian PPIK guru matematik.

7. Kesimpulan

Secara umum, PPIK guru matematik semakin dipandang serius oleh penyelidik hasil dari trend peningkatan yang telah dilihat dari tahun 2017 sehingga Mac 2020. Ini menunjukkan perkembangan kajian dalam bidang pendidikan untuk terus meningkatkan kualiti guru yang mana guru yang mempunyai PPIK tinggi dapat menghasilkan pelajar dengan pencapaian matematik yang baik (Cueto et. al. 2017). Berdasarkan hasil kajian ini,terdapat beberapa kajian sahaja yang menjalankan pendekatan gabungan kualitatif dengan kuantitatif.

Pendekatan ini wajar diberi perhatian kerana hasil kajian yang akan diberikan menggunakan pendekatan ini sangat padu kerana masing – masing pendekatan saling melengkapi; hasil kajian kualitatif memberikan fahaman terhadap isu kajian manakala hasil kajian kuantitatif membantu menyokong secara objektif hipotesis kajian (McKim 2015). Pertimbangan menjalankan pendekatan kajian gabungan sekaligus dapat memvariasikan reka bentuk kajian

(12)

yang akan digunakan oleh pengkaji yang akan datang. Di samping itu, kajian ini turut mencadangkan kajian yang akan datang untuk memberi tumpuan kepada kajian yang melibatkan guru dalam perkhidmatan yang mengajar di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah kerana peringkat ini merupakan yang penting untuk membina pengetahuan asas pelajar dari segi akademik dan gaya hidup. Akhir sekali, kajian mendatang boleh memberi lebih tumpuan kepada kajian yang membincangkan faktor yang mempengaruhi PPIK guru matematik, kepercayaan, persepsi dan kerisauan terhadap PPIK guru matematik dan lain – lain tumpuan kajian.

Rujukan

Chee, J., Nor, M. M., Othman, A. J., & Rahman, M. N. A. (2018). Isu Pengetahuan kandungan, pedagogi dan teknologi dalam kalangan guru prasekolah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(1), 7-21.

Cueto, S., León, J., Sorto, M. A., & Miranda, A. (2017). Teachers’ pedagogical content knowledge and mathematics achievement of students in Peru. Educational Studies in Mathematics, 94(3), 329-345.

Higgins JPT, Thomas J, Chandler J, Cumpston M, Li T, Page MJ, Welch VA (editors).

(2019). Cochrane Handbook for Systematic Reviews of Interventions version 6.0 (updated July 2019). Cochrane. Available from www.training.cochrane.org/handbook.

Hulland, J., & Houston, M. B. (2020). Why systematic review papers and meta-analyses matter: an introduction to the special issue on generalizations in marketing.

Ishak, S., Abdullah, M.Y., & Ishak, F. H. (2019). Pengaruh Penguasaan Pengetahuan, Pedagogi Dan Isi Kandungan Guru Terhadap Kemerosotan Skor Matematik Timss Di Melaka. Jurnal Kesidang, 4(1), 23-37.

Maxwell, J. A. (2017). Evidence: A Critical Realist Perspective for Qualitative Research: A Critical Realist Perspective for Qualitative Research Joseph A. Maxwell. In Qualitative Inquiry and Social Justice (pp. 108-122). Routledge.

McKim, C. A. (2017). The value of mixed methods research: A mixed methods study.

Journal of Mixed Methods Research, 11(2), 202-222.

Naseer, M. S. (2018). Impact of Professional Development Training Curriculum on Practicing Algebra Teachers. International Journal on Emerging Mathematics Education, 2(2), 187-202.

Okolo, C., Schabram, K. (2010). "A Guide to Conducting a Systematic Literature Review of Information Systems Research," Sprouts: Working Papers on Information Systems, 10(26). http://sprouts.aisnet.org/10-26

Ozdemir, B. G., Sahin, O., Basibuyuk, K., Erdem, E., & Soylu, Y. (2017). Development of Pedagogical Content Knowledge of Classroom Teachers on the Numbers in Terms of Two Components. International Journal of Research in Education and Science, 3(2), 409-423.

Patric, N., & Rosli, R. (2020). Pengetahuan Pedagogi Dan Isi Kandungan Guru Opsyen Matematik Dalam Pengajaran Topik Pecahan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 92-101.

Rahman, M. N. A., Zamri, S. N. A. S., & Eu, L. K. (2018). Kajian Meta-Analisis Pengetahuan Guru Matematik Malaysia. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(2), 11-22.

Rowley, J. (2002). Using case studies in research. Management research news.

Shulman, L. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform. Harvard Educational Review, 57(1), 1–23. doi:10.17763/haer.57.1.j463w79r56455411

(13)

Şimşek, N., & Boz, N. (2016). Analysis of pedagogical content knowledge studies in the context of mathematics education in Turkey: A meta-synthesis study. Educational Sciences: Theory & Practice, 16(3).

Zainal, T. Z. T., Mustapha, R., & Habib, A. R. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah (Pedagogical Content Knowledge of Mathematic Teachers on Fraction: A Case Study at Primary Schools). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 34(1), 131- 153.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pengetahuan ini membolehkan kebolehan dan kepayahan pelajar dalam mempelajari ogif ditentukan. Dengan cara itu, kajian ini dapat membantu guru matematik merangka aktiviti bagi

Misalnya, hasil kajian ini memberikan maklumat kepada guru matematik tentang kegunaan jalur kertas dan cip kertas sebagai bahan untuk membantu mereka mengenal

Pengkaji menggunakan lima pangkalan data elektronik yang terkenal untuk mencari artikel jurnal yang dikaji bermula dari tahun 2015 hingga 2020 (tempoh enam tahun) iaitu

Pernyataan ini telah disokong lagi dengan kajian yang dijalankan oleh Maharani dan Kartini (2019) kerana hasil dapatannya menunjukkan bahawa lebih daripada 50% mahasiswa

Pengetahuan ini penting dalam menentukan pendekatan yang bersesuaian dengan kandungan yang hendak disampaikan semasa pengajaran (Mishra & Koehler, 2006). Kesemua enam

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melihat perkembangan kemajuan pelajar disamping membantu guru

Selain itu, kesukaran yang dihadapi melibatkan pelaksanaan e- pembelajaran disebabkan kekurangan kemudahan (Msomi & Bansilal 2018), kekurangan kemahiran bagi

Oleh itu, guru perlu sentiasa berusaha menambah pengetahuan dan kemahiran pedagogi untuk pengajaran yang berkesan agar kefahaman murid dalam mata pelajaran