• Tiada Hasil Ditemukan

View of Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Malaysia: Kajian Meta-Analisis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Malaysia: Kajian Meta-Analisis"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Malaysia: Kajian Meta-Analisis (Level of Job Satisfaction Among Teachers in Malaysia: Meta-

Analysis Study)

Vasugi a/p Shamugam1*, Ruslin Amir1, Ishak Rahman1

1 Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

*Pengarang Koresponden: vasugi1505@gmail.com Accepted: 15 September 2021 | Published: 1 October 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kajian literatur secara sistematik berkaitan dengan kepuasan kerja guru di sekolah. Artikel kajian yang dipilih secara sistematik ini berfokuskan dari tahun 2008 hingga 2021 yang dipilih melalui pangkalan data dan enjin carian EBSCOHost, Google Scholar dan Google Search. “Kepuasan guru”, “tahap kepuasan guru”, “tahap kepuasan guru di sekolah”, “tahap kepuasan guru di Malaysia” dan “faktor kepuasan guru” merupakan antara kata kunci yang digunakan untuk mencari artikel kajian.

Pelbagai dimensi telah dikaji untuk mengenal pasti tahap kepuasan guru. Antara dimensi utama yang dikaji oleh para pengkaji ialah rakan sekerja, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, gaji, beban kerja dan persekitaran kerja. Hasil analisis kajian-kajian lepas ini mendapati bahawa kebanyakan guru berpuas hati dengan pekerjaan yang dilakukan. Namun begitu, daripada lapan kajian yang dianalisis, hanya dua kajian sahaja yang menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan keputusan kajian, para pengkaji mencadangkan pihak pentadbir perlu mengkaji kepuasan kerja guru secara berkala supaya dapat memperbaiki kekangan bagi memastikan kepuasan kerja guru terjamin.

Kata kunci: kepuasan kerja, kepuasan kerja guru

Abstract: The purpose of this research is to investigate systematic literatur review related to teachers’ job satisfaction in schools. This systematically selected research article focuses from 2008 to 2021that is selected through the EBSCOHost, Google Scholar and Google Search databases and search engines. "Teacher satisfaction", "teacher satisfaction level", "teacher satisfaction level in school", "teacher satisfaction level in Malaysia" and "teacher satisfaction factor" are among the keywords used to find research articles. Various dimensions were studied to identify the level of teacher satisfaction. The dimensions studied by the researchers were colleagues, promotion opportunities, supervision, salary, workload and work environment. The results of the analysis of these past studies found that most teachers are satisfied with their work as a teacher. However, only two studies from eight studies showed that teachers' job satisfaction was at a moderate level. Based on the results of the study, the researchers suggested that administrators should review on teachers' job satisfaction periodically in order to improve the constraints to ensure teacher job satisfaction is guaranteed.

Keywords: job satisfaction, teachers’ job satisfaction

_________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Pendidikan merupakan tonggak kepada kemajuan sesuatu bangsa dan pembangunan sesebuah negara. Justeru, guru merupakan nadi pendidikan iaitu golongan yang terpenting yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan dan mendidik anak bangsa serta menjadikan matlamat negara sebuah kenyataan bagi menjadi sebuah negara yang maju. Selaras dengan perkembangan arus perdana, dunia pendidikan kini mengalami perubahan yang ketara dan pesat. Perubahan demi perubahan ini mengakibatkan tugas dan peranan guru semakin mencabar dan membebankan. Oleh itu, adakah perubahan dalam sistem pendidikan ini mempengaruhi kepuasan kerja guru?

Pendidikan telah diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pemangkin dalam kemajuan dan pembangunan negara. Salah satu tujuan asas pendidikan adalah untuk melahirkan sumber manusia terlatih yang dapat memajukan negara. Untuk mencapai tujuan ini, tenaga pekerja perlu berpuas hati semasa berkhidmat dalam sektor pendidikan ini. Tenaga pekerja yang kepuasan kerjanya tinggi akan berkeupayaan untuk meluangkan tenaga, masa dan usaha mereka untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik (Scott, 2004). Menurut Armstrong (2006), kepuasan kerja adalah sikap, tingkah laku dan perasaan seseorang terhadap pekerjaan individu tersebut. Armstrong berpendapat bahawa persekitaran kerja yang positif dan sikap baik akan memberikan kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya bagi sikap yang negatif terhadap pekerjaan akan menunjukkan ketidakpuasan kerja.

Kepuasan kerja merupakan perasaan, reaksi atau emosi yang subjektif seseorang individu terhadap pekerjaan mereka. Menurut Zaffar Ahmad Nadaf (2018), setiap manusia berpendapat bahawa kepuasan dalam kehidupan suatu perkara yang penting dan bagi individu yang bekerja, kepuasan kerja ini penting sepanjang tempoh mereka bekerja. Afendi (2014) berpendapat kepuasan kerja merupakan kelahiran rasa gembira, seronok, senang, selesa, aman dan perasaan positif yang terhasil daripada sikap atau pengalaman seseorang melalui emosi individu terhadap pekerjaan. Setiap pekerja memerlukan kepuasan kerja bagi membolehkan mereka bermotivasi dan mempunyai persekitaran yang positif untuk bekerja. Ibrahim, Wan Sulaiman dan Hafidz (2018) berpendapat bahawa kepuasan kerja amat berharga dan wujud dalam diri setiap individu yang bekerja kerana apabila kepuasan dicapai tugas dapat dilaksanakan dengan baik. Kepuasan kerja ini juga akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri secara menyeluruh ke arah pencapaian dan penerimaaan matlamat dan prestasi kerjaya.

Walau bagaimanapun, bukan semua pekerja berpandangan positif terhadap pekerjaan yang sedang dilakukan. Menurut Muhammad Asghar et.al.(2011), sekiranya pekerja tidak berpuas hati, keseluruhan sistem untuk memajukan diri akan terjejas. Pekerja-pekerja ini berkemungkinan mengalami impak-impak negatif seperti mengalami kekecewaan, tekanan perasaan, suasana yang tidak seronok, kebimbangan, kerisauan dan kepenatan. Kesan-kesan ini boleh merendahkan tahap kepuasan kerja dan komitmen mereka. Individu yang tinggi kepuasan kerjanya akan memperlihatkan dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka. Secara kesimpulannya, kepuasan kerja adalah hasil keseluruhan reaksi terhadap pekerjaan yang dilakukan.

Berdasarkan aspek kepuasan kerja guru pula, Hongying (2008) berpendapat bahawa kepuasan bekerja guru merujuk kepada keseluruhan sikap dan pandangan guru terhadap persekitaran kerja dan profesion. Ini bermaksud guru yang gembira, setia dan komited akan memberi kesan yang positif terhadap sekolah, ibu bapa, murid dan masyarakat (Ofoegbu, 2004). Guru

(3)

membawa perubahan di sekolah. Guru juga seperti pekerja lain mempunyai hasrat dan keinginan untuk memajukan anak bangsa dan negara. Sepanjang dalam kerjaya tersebut, guru akan mempunyai keinginan untuk menjadi profesional dalam bidang pendidikan dan berpuas hati terhadap kerjaya mereka. Jaiyeoba dan Jibril (2008) menyatakan bahawa guru yang bermotivasi dan berpuas hati penting dalam sistem pendidikan. Kejayaan atau kegagalan sistem pendidikan bergantung pada kepuasan hati guru dan pentadbiran guru.

Kepentingan kepuasan kerja dalam sistem pendidikan sangat penting berbanding dengan organisasi lain. Pendidikan bukan sekadar pemindahan maklumat tetapi secara keseluruhannya satu proses mengembangkan keperibadian manusia (Muhamamad Asghar et.al.,2011). Ini hanya boleh dilaksanakan jika guru-guru berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Pendidikan berkualiti dan pembangunan manusia hanya mungkin dapat dilahirkan sekiranya orang yang terlibat dalam sistem tersebut berpuas hati dengan kerja mereka.

2. Tujuan Kajian

Meta analisis ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Justeru, kajian ini berfokuskan kepada dua persoalan iaitu:

1) Apakah metodologi yang digunakan dalam kesemua kajian mengenai tahap kepuasan bekerja guru?

2) Apakah dapatan utama melalui keseluruhan kajian berkaitan tahap kepuasan bekerja guru di Malaysia?

3. Metodologi

Kajian berkaitan kepuasan kerja guru di Malaysis telah dianalisis secara sistematik dengan menggunakan reka bentuk meta analisis. Menurut Cohen, Manion & Morrison (2011), meta analisis merupakan analisis terhadap analisis yang lain yang menggabungkan dapatan kajian berkaitan dan mencari impak utama kajian tersebut. Artikel yang berkaitan kepuasan kerja guru ini telah dicari dengan menggunakan pangkalan data dan enjin carian EBSCOHost, Google Scholar dan Google Search. “Kepuasan guru”, “tahap kepuasan guru”, “tahap kepuasan guru di sekolah”, “tahap kepuasan guru di Malaysia” dan “faktor kepuasan guru” merupakan antara kata kunci yang digunakan untuk mencari artikel kajian. Artikel kajian yang dipilih secara sistematik ini berfokuskan antara tahun 2008 hingga 2021. Cronin, Ryan & Coughlan (2008) menyatakan bahawa kajian terkini dipilih supaya dapatan kajian dapat dijadikan sumber rujukan yang relevan dan berfokus. Sebanyak lapan kajian telah dipilih untuk dianalisis mengenai tahap kepuasan kerja guru. Kajian ini dianalisis berdasarkan pengkaji, objektif kajian, responden, rekabentuk kajian, teknik analisis data dan dapatan. Jadual 1 menunjukkan rumusan mengenai kajian-kajian yang telah dipilih.

(4)

Jadual 1: Meta-analisis kajian mengenai tahap kepuasan kerja guru di Malaysia Pengkaji Objektif

Kajian

Responden Rekabentuk Kajian

Teknik Analisis Data

Dapatan Kajian

Raja Nurmunira

& Mohamed Yusoff (2021)

Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di

Sekolah Kebangsaan Padang Jawa

Shah Alam.

30 orang guru Kaedah tinjauan

Kuantitatif Analisis deskriptif

Tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi

dalam aspek kenaikan pangkat, beban kerja

dan rakan sekerja.

Anjilus & Roslee (2018)

Mengenal pasti tahap

setiap dimensi kepuasan kerja guru akademik di

Pusat Tingkatan

Enam di daerah Penampang,

Sabah.

50 orang guru Tingkatan

Enam

Kaedah tinjauan

Kuantitatif Analisis deskriptif

Tahap kepuasan

kerja mengikut

dimensi peluang kenaikan pangkat, gaji,

penyeliaan, prosedur kerja dan rakan sekerja

berada pada tahap sederhana.

Syed Kamaruzaman, Mohd Faithal &

Habib (2017)

Mengenal pasti tekanan dan kepuasan kerja dalam

kalangan guru Pendidikan

Jasmani.

226 orang guru Pendidikan

Jasmani

Kaedah tinjauan

Kuantitatif Analisis deskriptif

Tahap kepuasan kerja bagi aspek hubungan rakan sekerja adalah paling tinggi dan paling rendah

adalah dari aspek peluang

kenaikan pangkat.

Nor Mohamad, Jamalullail &

Ruzita (2016)

Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di

sekolah kebangsaan

daerah Ledang,

Johor.

138 orang guru

Kaedah tinjauan

Kuantitatif Analisis deskriptif

Min skor keseluruhan

bagi tahap kepuasan kerja guru berada pada

tahap yang tinggi.

Junaidah & Nik Rosila (2013)

Mengkaji tahap kepuasan

bekerja dalam guru pendidikan

khas

115 orang guru Pendidikan

Khas

Kaedah tinjauan

Kuantitatif Analisis deskriptif

Ujian-t

Tidak terdapat perbezaan

yang signifikan

kepuasan bekerja dalam

(5)

4. Perbincangan

i) Metodologi kajian

Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada kajian meta-analisis yang dilaksanakan dalam Jadual 1, reka bentuk kajian yang diaplikasikan terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk kajian tinjauan dan kajian kes. Majoriti kajian yang dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk melihat tahap kepuasan kerja guru. Reka bentuk kajian tinjauan sesuai digunakan untuk mengenal pasti dan mengetahui pemboleh ubah yang sesuai dengan sesuatu situasi (Cresswell, 2007).

berdasarkan jantina.

lelaki dan perempuan

dari aspek imbuhan, tugas dan persekitaran

kerja.

Shahrin &

Saraswathi (2011)

Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru dari segi pekerjaan,

kenaikan pangkat, gaji,

penyelia dan rakan sejawat.

80 orang guru Kaedah tinjauan

Kuantitatif Analisis deskriptif

Tahap kepuasan kerja adalah

pada tahap tinggi bagi aspek rakan

sekerja, sederhana tinggi bagi

aspek pekerjaan,

peluang kenaikan pangkat dan

penyeliaan serta rendah

bagi dalam aspek gaji.

Ahmad Jawahir (2009)

Mengenal pasti tahap kepuasan kerja dan perkaitan dengan ciri-

ciri demografi

dalam kalangan

Guru Penolong Kanan Mata

Pelajaran (GKMP)

104 orang guru GKMP

Kajian kes Kuantitatif Analisis deskriptif

Analisis inferensi (Ujian Korelasi)

Terdapat hubungan signifikan dengan kepuasan

kerja.

Majoriti GKMP kurang berpuas hati

dengan kerjaya yang

dilakukan.

Kimong, Ferlis

& Norzihan (2008)

Memerihal kepuasan kerja guru secara deskriptif.

250 orang guru

Kaedah tinjauan

Kuantitatif Analisis deskriptif

45.2% guru berpuas hati

dengan pekerjaan yang sedang

dijalankan.

(6)

Selain itu, hanya satu kajian yang menggunakan rekabentuk kajian kes. Pemilihan kajian kes mungkin disebabkan untuk melihat perkaitan ciri-ciri demografi dengan tahap kepuasan guru.

Kajian kes ini akan membantu pengkaji untuk memperoleh maklumat yang tepat dan tertumpu mengenai sesuatu isu yang terjadi dan faktor berlakunya sesuatu tindakan itu (Tan &

Mohammad Yusof, 2014).

Berdasarkan keseluruhan kajian, 100% kajian adalah tertumpu kepada kajian kualitatif. Data- data tersebut telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Selain itu, bagi kaedah pengumpulan data, kesemua pengkaji telah menggunakan soal selidik untuk mengumpul maklumat berkaitan kajian yang dilaksanakan. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati keseluruhan kajian terdahulu mengkaji tahap kepuasan kerja guru dengan menggunakan satu kaedah pengumpulan data sahaja iaitu instrumen soal selidik.

ii) Dapatan utama daripada kajian berkaitan kepuasan kerja guru di Malaysia

Hasil kajian Raja Nurmunira & Mohamed Yusoff (2021) mendapati bahawa kepuasan kerja guru-guru dalam aspek kenaikan pangkat, beban kerja dan rakan sekerja di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa adalah tinggi dengan nilai min masing-masing ialah 4.28, 3.88 dan 3.71. Ini jelas menunjukkan bahawa aspek kenaikan pangkat memberi kepuasan yang paling tinggi kepada para guru di sekolah tersebut. Kajian yang dijalankan Nor Mohamad, Jamalullail

& Ruzita (2016) untuk mengenalpasti kepuasan kerja 138 orang guru berdasarkan pencapaian sekolah turut mencatatkan min skor keseluruhan pada tahap yang tinggi bagi tahap kepuasan kerja guru iaitu 4.20. Pada waktu yang sama, kajian yang dijalankan oleh Syed Kamaruzaman, Mohd Faithal & Habib (2017) dan Shahrin & Saraswathi (2011) turut menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap kepuasan yang tinggi dalam aspek rakan sekerja. Hal ini dibuktikan melalui Desta Ayele (2014) di mana rakan sekerja di sekolah berfungsi sebagai sumber pendorong, penyokong, pemberi nasihat dan bantuan akan menyebabkan peningkatan kepuasan kerja guru.

Seterusnya, dalam kajian Kimong, Ferlis & Norzihan (2008) menunjukkan bahawa daripada 250 orang guru di kawasan pedalaman Sabah, 211 orang guru iaitu sebanyak 84.4%

menyatakan bahawa mereka berminat dan tertarik dengan pekerjaan yang dilakukan dan 199 orang guru (79.6%) guru mempunyai perasaan gembira terhadap pekerjaan mereka. Sementara itu, hanya 71 orang guru (28.4%) berpendapat bahawa mereka tidak berpuas hari terhadap pekerjaan mereka sebagai guru. Pernyataan ini membuktikan bahawa majoriti guru di kawasan tersebut berpuas hati dengan kerja yang dilakukan. Berdasarkan kajian Junaidah dan Nik Rosila (2013), keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas berdasarkan aspek imbuhan, tugas dan persekitaran kerja.

Walau bagaimanapun, daripada lapan kajian meta analisis yang dilakukan, hanya dua kajian sahaja yang menunjukkan majoriti guru merasa kurang berpuas hati dengan kerjaya yang dilakukan. Kedua-dua kajian ini menunjukkan tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap yang sederhana. Ahmad Jawahir (2009) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja dan perkaitan dengan ciri-ciri demografi dalam kalangan Guru Penolong Kanan Mata Pelajaran (GKMP). Persepsi guru-guru terhadap kepuasan kerja adalah sederhana yang menyumbang kepada 71.2%. Kajian ini turut menunjukkan terdapat hubungan signifikan dengan kepuasan kerja. Kajian mengenai kepuasan kerja guru turut dilaksanakan oleh Anjilus

& Roslee (2018) di Pusat Tingkatan Enam di daerah Penampang, Sabah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pengaruh iklim organisasi terhadap kepuasan kerja guru

(7)

sekerja. Berdasarkan analisis data kajian tersebut, skor min kepuasan kerja guru akademik adalah pada tahap sederhana. Dimensi rakan sejawat menunjukkan kepuasan kerja yang tertinggi diikuti dengan peluang kenaikan pangkat dan penyeliaan manakala dimensi prosedur kerja pula mencatatkan kepuasan yang paling rendah. Hal ini dibuktikan dalam kajian Tang dan Tham (2014) di mana sistem pentaksiran STPM yang baharu mengakibatkan guru-guru sibuk mengejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan melaksanakan banyak prosedur kerja dan pendokumentasian. Justeru, prosedur kerja yang rumit menyebabkan tahap kepuasan kerja dalam dimensi tersebut paling rendah.

5. Cadangan

Kepuasan kerja dalam kalangan guru sememangnya sangat penting supaya guru dapat menjalankan tugas dengan penuh komited. Walau bagaimanapun, berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, masih terdapat guru-guru yang tahap kepuasan kerjanya rendah dan sederhana dalam beberapa aspek. Justeru, pentadbir perlu melihat dan mengkaji kepuasan kerja guru secara berkala supaya dapat memperbaiki kekangan yang dihadapi serta meningkatkan produktiviti guru. Junaidah dan Nik Rosila (2013) mengemukakan pandangan bahawa guru- guru Pendidikan Khas perlu diberikan insentif dan keperluan fasiliti kerana proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid bekeperluan khas lebih mencabar berbanding murid yang normal.

Ahmad Jawahir (2009) mencadangkan pihak kerajaan perlu mengkaji dan menitikberatkan semula skim gaji dan elaun supaya wajar dan adil bagi guru-guru yang memegang jawatan GKMP. Syed Kamaruzaman, Mohd Faithal dan Habib (2017) juga mencadangkan bahawa pihak pentadbir perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Natijahnya, ramai pengkaji berpandangan bahawa pihak pentadbir perlu berperanan sebagai pembimbing utama dalam memotivasikan guru supaya sentiasa memberikan komitmen dan memastikan kepuasan kerja guru terjamin.

5. Rumusan

Kesimpulannya, kajian meta analisis ini telah menunjukkan pola dan corak terkini berkaitan kepuasan kerja guru. Reka bentuk kajian tinjauan merupakan reka bentuk kajian utama yang digunakan dalam kajian-kajian tersebut. Di samping itu, kajian kuantitatif yang menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi menjadi pilihan kebanyakan pengkaji menganalisis kajian kepuasan kerja guru ini. Seterusnya, kebanyakan kajian berfokuskan tahap kepuasan kerja guru dari aspek penyeliaan, peluang kenaikan pangkat, rakan sekerja, gaji, beban kerja, prosedur kerja dan keadaan kerja. Secara keseluruhannya, kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan guru berpuas hati dengan pekerjaan yang sedang dilakukan. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, rakan sekerja, peluang kenaikan pangkat dan penyeliaan menyumbang kepuasan kerja yang tinggi kepada para guru.

Rujukan

Affendi, F. (2014). Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru kolej vokasional: pendekatan structural equation model (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Ahmad Jawahir. (2009). Perkaitan antara faktor demografi dengan kepuasan kerja Jasin dan Melaka Tengah, negeri Melaka. Journal of Human Capital Development, 2(2): 1-21.

Anjilus, W. & Roslee Talip. (2018). Pengaruh iklim organisasi terhadap kepuasan kerja guru akademik di Pusat Tingkatan Enam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(4) : 35 -49.

(8)

Armstrong, M. (2006). A handbook of human resource management practice, (10 Edition).

London: Kogan Page Publishing.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research Methods in Education (Seventh).

Routledge.

Creswell, J. W. (2007). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches(2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Cronin, P., Ryan, F., & Coughlan, M. (2008). Undertaking a literature review: a step-by-step approach. British Journal of Nursing, 17(1) : 38–43.

Desta Ayele. (2014). Teachers’ Job Satisfaction and Commitment in General Secondary Schools of Hadiya Zone in Southerin Nation Nationality and People of Regional State.

Doctoral Thesis.

Hongying, S.(2008). Literature review of teacher job satisfaction. Chinese Education and Society, 40(5):11-16.

Ibrahim, M. A., Wan Sulaiman, W. S., & Hafidz, M. S.W. (2018). Organizational citizenship behavior as a mediator in the relationship between Jurnal Psikologi Malaysia 32 (4) (2018): 75-87 ISSN-2289-8174 86 job satisfaction and organizational commitment towards task performance among university lecturers. Sains Humanika, 10(3), 47-56.

Jaiyeoba, A.O. & Jibril, A. (2008). A study of job satisfaction of secondary school administrators in Kano state, Nigeria. An International Multi-Disciplinary Journal, 2(2): 94-107.

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. (2013). Kajian tentang kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28:103–115.

Kimong, P, J., Ferlis Bahari & Norzihan Ayub. (2008). Profil kepuasan kerja dalam kalangan guru di pedalaman Sabah. Persidangan Pengurusan Pendidikan Peringkat Kebangsaan, 1-22.

Muhammad Asghar Ali, Tanveer-uz-Zaman, Fouzia Tabassum Zafar Iqbal. (2011). A study of job satisfaction of secondary school teacher. Journal of Education and Practice, 2(1) : 32-37.

Nor Mohamad Zulhairi Ismail, JamalulLail Abdul Wahab & Ruzita Md Hassan. (2016).

Kepuasan kerja guru dan perbezaannya berdasarkan pencapaian sekolah. Personalia Pelajar,19(1): 49 -54

Ofoegbu, FI. (2004). Teacher motivation: a factor for classroom effectiveness and school improvement in Nigeria. College Student Journal, 38(1):81-89.

Raja Nurmunira Raja Harman Shah & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2021). Amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1) : 385-393.

Scott, M. (2004). Perceptions of Fundamental Job Characteristics and their level of Job Satisfaction. Mississippi State University Extension Service Agents:

Unpublished Masters Thesis State University.

Shahrin Hashim and Saraswathi Vani Marappan.(2011). Kepuasan kerja dalam kalangan guru di sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Tamil) daerah Kulai. Universiti Teknologi Malaysia. 1-8.

Syed Kamaruzaman, Mohd Faithal & Habib. (2017). Tekanan dan kepuasan kerja dalamkalangan guru pendidikan jasmani. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 1(1) : 122-135.

Tan Yin Peen, & Yusof, M. (2014). Teacher and Student Questions: A Case Study in Malaysian Secondary School Problem-Based Learning. Asian Social Science, 10(4) :174–183.

(9)

Tang, K.W., & Tham, Y.M. (2014). Penjenamaan semula sistem pentadbiran Tingkatan Enam:

Satu kajian kes. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(2), 52-60.

Zaffar Ahmad Nadaf. (2018). Comparative study on job satisfaction of J&K Bank employees.

North Asian International Research Journal of Social Science & Humanities, 4(1), 281- 293.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini adalah berdasarkan kepada matlamat kajian dan ini dibahagi kepada dua iaitu (1) Untuk memahami konsep keseluruhan pemuliharaan warisan di dalam

Data kajian di analisis menggunakan Statistical Package fo r the Social Sciences (SPSS). Analisis Deskriptif digunakan untuk menganalisa soalan kajian pertama dan

Menyesuaikan pengoperasian seperti proses kerja, analisis data, latihan, kajian kepuasan pelanggan, simulasi dan audit dalaman mengikut pelaksanaan Skop ISMS yang

Hasil kajian secara deskriptif bagi tahap kepuasan (melibatkan jangkauan dan pencapaian kepuasan) pelancong yang telah mengunjungi tempat-tempat ekopelancongan di

Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah daerah Ledang berada pada tahap tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja guru

Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan teknik analisis diskriptif mudah iaitu, data yang dianalisis adalah berbentuk peratusan dan kekerapan bagi menunjukkan tahap

Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik kekerapan dan deskriptif digunakan untuk mengenal pasti taburan data dan

Bersandarkan kepada hasil kajian analisis data temubual yang tersebut di atas, telah begitu jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkaitan dalam kajian kes Protokol Montreal