• Tiada Hasil Ditemukan

View of PELAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PELAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL"

Copied!
20
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 [Vol. 3 No. 1 March 2021]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

PELAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL

Surya Adliza Abdul Kadir1* and Ying-Leh Ling2

1 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak, Kuching, MALAYSIA

2 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak, Kuching, MALAYSIA

*Corresponding author: adliza@poliku.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 30 January 2021 Revised date : 23 February 2021 Accepted date : 28 February 2021 Published date : 1 March 2021 To cite this document:

Abdul Kadir, S., & Ling, Y. (2021).

PELAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL.

International Journal Of Education And Pedagogy, 3(1), 22-41.

Abstrak: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu pendekatan pembelajaran berkonsepkan pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan PBM dalam kalangan pelajar institusi pendidikan teknikal berdasarkan empat dimensi iaitu pembelajaran kolaborasi, refleksi, pembelajaran kendiri dan pembelajaran konstruktif. Reka bentuk kajian ini adalah deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak 221 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set borang soal selidik yang menggunakan skala Likert 1 hingga 5 telah digunakan sebagai instrumen kajian. Semua data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 26.0 for Windows dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan skor min bagi setiap dimensi yang dinyatakan bagi melihat tahap kesesuaian PBM dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min purata keseluruhan bagi pelaksanaan PBM adalah setinggi 4.40. Ini menunjukkan tahap kesesuaian pelaksanaan PBM berada pada tahap sederhana tetapi masih sesuai digunakan dalam kalangan pelajar Politeknik. Sehubungan itu, dapatan turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara dimensi PBM dengan jantina. Seterusnya, analisis korelasi telah mendapati wujud hubungan yang signifikan antara dimensi-dimensi yang dikaji. Justeru, pengkaji berharap

(2)

1. Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad lalu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mula merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dengan menggariskan sepuluh lonjakan dan aspirasi pelajar bagi mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Bagi menyahut seruan KPM dalam membentuk kualiti graduan Technical and Vocational Education and Training (TVET) yang holistik dan berciri keusahawanan serta seimbang, transformasi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran harus diberi penekanan. Antaranya, Lonjakan ke-10 iaitu Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi bertujuan untuk meningkatkan kualiti pelajar. Dalam konteks institusi pendidikan teknikal termasuk Politeknik, kluster pembelajaran terdiri daripada pengetahuan dan pemahaman (Knowledge & Understanding), kemahiran kognitif (Cognitive Skills), kemahiran praktikal (Practical Skills), kemahiran interpersonal dan berkomunikasi (Interpersonal & Communication Skills), kemahiran digital dan penomboran (Digital & Numeracy Skills), kemahiran kepimpinan, autonomi, dan kebertangungjawaban (Leadership, Autonomy & Responsibility), kemahiran kendiri dan keusahawanan (Personal & Entrepreneurial Skills) dan kemahiran etika dan profesionalisme (Ethics

& Professionalism) telah diperkenalkan pada tahun 2019. Bagi mencapai semua kluster di atas, adalah perlu bagi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara umumnya dan politeknik khususnya untuk mengadakan transformasi penyampaian dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini perlu bagi memastikan penguasaan kepelbagaian kemahiran dalam kalangan pelajar agar mereka dapat bersaing dalam dunia kerjaya kelak.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara aktif berpusatkan pelajar dalam abad ke-21. Pendekatan PBM telah dilihat sebagai proses pembelajaran menyelesaikan masalah yang diberi dengan menggunakan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru daripada rujukan yang pelbagai (Lian & Nor Damsyik, 2017). Pengalaman, keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran dalam komunikasi merupakan teras kepada PBM.

Sehubungan itu, PBM merupakan kaedah pedagogi yang memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam konteks situasi sebenar. Dalam mengintegrasikan pendekatan PBM dalam proses pengajaran, pengajar menyediakan sumber rujukan, bimbingan, dan penerangan kepada pelajar supaya pelajar dapat membangunkan pengetahuan, kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan kemahiran komunikasi (Halizah, 2010). Kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar akan ditingkatkan dan diperkukuhkan melalui pengintegrasian pendekatan PBM dan proses PdP. Di mana budaya ini penting untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam keadaan yang sebenar dan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian akademik (Suhaizila, 2004). Keberkesanan pendekatan PBM ini juga telah banyak memberi kesan yang positif terhadap sikap, minat pelajar, agar kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pensyarah bagi memastikan PBM dapat diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bukan sahaja di Politeknik malahan di semua institusi pendidikan.

Kata Kunci: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM), kolaborasi, refleksi, kendiri, konstruktif.

(3)

pencapaian pelajar, kemampuan menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik (Nor Amalina & Zanaton, 2018). Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan PBM dalam proses pembelajaran dan pengajaran berpandukan empat aspek yang ditentukan iaitu pembelajaran secara kolaborasi, pembelajaran kendiri, pembelajaran secara konstruktif, dan refleksi dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan teknikal. Secara spesifik, kajian ini akan mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi-dimensi pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan jantina pelajar. Seterusnya, kajian ini juga akan menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi-dimensi pendekatan PBM dengan faktor-faktor demografi pelajar.

1.1 Penyataan Masalah

Isu kebolehpasaran graduan dan pengangguran dalam kalangan siswazah harus diberi fokus di negara ini. Realitinya, setiap ibu bapa menghendaki anak mereka cepat bekerja selepas tamat pengajian.

Status bekerja dan pekerjaan graduan adalah jaminan kelangsungan hidup mereka yang telah melalui proses pembangunan modal insan semasa belajar bagi mengisi pelbagai jawatan yang diperlukan untuk pembangunan negara (Shaharuddin, Noraziah, & Mohd Fauzi, 2011). Dapatan kebolehpasaran graduan yang telah diperoleh menunjukkan peningkatan yang kurang memberangsangkan. Kadar peratusan graduan yang bekerja selepas tamat pengajian adalah 55.4 peratus pada tahun 2017 di mana berlaku penurunan sebanyak 1.1 peratus berbanding dengan 2016 (56.5 peratus). Bagi konteks politeknik pula, terdapat peningkatan kadar peratusan graduan bekerja selepas tamat pengajian iaitu 77.8 peratus pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, peningkatan ini masih tidak mencukupi bagi menggerakkan negara kita ke arah negara maju dan contoh kepada dunia menerusi Wawasan 2025.

Dalam hal ini, tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti modal insan yang dijana bertambah baik. Justeru, reformasi pengajaran dan pembelajaran harus dilakukan.

Kaedah pengajaran biasa melibatkan langkah demi langkah dan prosedur daripada guru bagi menyelesaikan masalah dan pelajar hanya perlu mengikut prosedur tersebut bagi penyelesaian masalah yang sama jenis tidak sesuai lagi untuk diamalkan. Setiap kategori masalah telah direka bentuk untuk pelajar dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh guru. Ini menyebabkan pelajar yang lemah tidak dapat menguasai dan mengembangkan pembelajaran kerana pelajar tidak terlibat dalam aktiviti penyelesaian dan hanya menerima sahaja (Suhaizila, 2004).

Dalam konteks politeknik, kejayaan politeknik menghasilkan pekerja separuh mahir bergantung kepada tiga aspek penting iaitu kurikulum terancang, situasi belajar yang sempurna dan penyediaan tenaga pengajar yang berkaliber. Kaedah pengajaran adalah sama penting dengan penyataan objektif dan kurikulum yang dinyatakan dalam mana-mana falsafah pendidikan. Senario PdP di politeknik kurang melibatkan perkembangan unsur kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan lebih menumpu kepada kaedah kuliah dan amali (Halizah, 2010). Dapatan kajian Ahmad (2007) telah menunjukkan pihak industri di Malaysia memerlukan pekerja yang mempunyai tahap kemahiran generik yang tinggi. Tegasnya, kaedah PdP di politeknik yang bertumpu kepada kaedah kuliah dan amali adalah merugikan dan kurang selaras dengan keperluan pihak industri (Halizah, 2010). Justeru, alternatif menggunakan kaedah PBM dalam PdP di politeknik wajar dipraktikkan dan diteruskan berdasarkan kurikulum politeknik.

(4)

Jadual 1: Bilangan dan Peratus Graduan Warganegara Malaysia Mengikut Status Pekerjaan Berdasarkan Kategori IPT (2015-2017)

Sumber: Statistik Kementerian Pendidikan Tinggi (2017)

2. Tinjauan Literatur

2.1 Pengajaran dan Pembelajaran di Politeknik

Transformasi pendidikan khususnya dalam bidang teknik dan vokasional kini masih dilihat sebagai agenda utama oleh kerajaan dalam membangunkan sistem pendidikan negara yang menyeluruh.

Dalam hal ini, penglibatan pelajar pada tahap tinggi dalam akademik dapat membantu mereka mengenal pasti potensi diri. Ini jelas dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) (PPPM (PT)) di dalam aspirasi pelajar di mana Kementerian akan terus menjadikan Falsafah Pendidikan Negara sebagai asas kepada pendidikan seimbang untuk membangunkan aspirasi pelajar. Kementerian memberi penekanan untuk mengimbangi antara ilmu dan akhlak.

Status Pekerjaan Bekerja Melanjutkan pengajian

Meningkatkan kemahiran

Menunggu penempatan pekerjaan

Belum bekerja Jumlah

Kategori IPT

Tahun Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

Universiti Awam

2017 65,592 52.9 22,116 17.8 3,339 2.7 6,252 5.0 26,776 21.6 124,07 5

100 2016 65,808 57.4 14,976 13.1 3,377 2.9 4,707 4.1 25,821 22.5 114,68

9

100 2015 58,541 51.8 20,733 18.3 2,127 1.9 4,548 4.0 27,065 23.9 113,01

4

100 IPTS 2017 50,876 51.5 16,778 17.0 1,507 1.5 4,851 4.9 24,804 25.1 98,816 100 2016 45,665 50.2 14,483 15.9 1,386 1.5 4,476 4.9 25,039 27.5 91,049 100 2015 43,645 50.9 14,616 17.1 1,218 1.4 3,728 4.4 22,458 26.2 85,665 100 Politeknik 2017 17,344 77.8 2,797 12.5 171 0.8 752 3.4 1,234 5.5 22,298 100 2016 16,593 71.2 3,102 13.3 583 2.5 394 1.7 2,646 11.3 23,318 100 2015 14,004 62.1 2,720 12.1 385 1.7 803 3.6 4,629 20.5 22,541 100 Kolej

Komuniti

2017 6,973 78.9 1,508 17.1 38 0.4 23 0.3 291 3.3 8,833 100

2016 5,610 76.7 1,464 20.0 28 0.4 10 0.1 205 2.8 7,317 100

2015 4,507 72.7 1,494 24.1 21 0.3 16 0.3 163 2.6 6,201 100

Institut Latihan Teknik dan Vokasional

2017 472 43.8 296 27.5 13 1.2 28 2.6 268 24.9 1,077 100

2016 885 48.8 485 26.7 20 1.1 32 1.8 392 21.6 1,814 100

2015 1,043 48.6 504 23.5 25 1.2 38 1.8 537 25.0 2,147 100

Jumlah 2017 141,257 55.4 43,495 17.1 5,068 2.0 11,906 4.7 53,373 20.9 255,09 9

100 2016 134,561 56.5 34,510 14.5 5,394 2.3 9,619 4.0 54,103 22.7 238,18

7

100 2015 121,740 53.0 40,067 17.5 3,776 1.6 9,133 4.0 54,852 23.9 229,56

8

100

(5)

PPPM (PT) menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ke-10 iaitu Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi bertujuan untuk meningkatkan kualiti pelajar. Dalam konteks politeknik, lonjakan ke-10 dapat dilihat daripada penilaian kluster pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan dan pemahaman (Knowledge & Understanding), kemahiran kognitif (Cognitive Skills), kemahiran praktikal (Practical Skills), kemahiran interpersonal dan berkomunikasi (Interpersonal & Communication Skills), kemahiran digital dan penomboran (Digital & Numeracy Skills), kemahiran kepimpinan, autonomi, dan kebertangungjawaban (Leadership, Autonomy & Responsibility), kemahiran kendiri dan keusahawanan (Personal &

Entrepreneurial Skills) dan kemahiran etika dan profesionalisme (Ethics & Professionalism). Kluster pembelajaran ini mula diperkenalkan di politeknik pada tahun 2019 sehingga kini untuk mengimbangi antara ilmu dan akhlak pelajar.

Kini, pengajaran dan pembelajaran di politeknik mengguna pakai Garis Panduan Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2019. Ia diterbitkan bertujuan untuk memantau tahap prestasi pelajar dan memaklumkan pensyarah mengenai prestasi pelajar, kandungan modul, kaedah penyampaian, pengajaran dan penilaian. Ini membolehkan proses pemantauan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mencapai standard yang diperlukan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti kerana proses PdP merupakan elemen yang penting dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar. Dengan ini, dapat dilihat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik adalah tersusun, bersistematik dan berpusatkan kepada pelajar mengikut silibus yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) sebagai pembelajaran aktif berpusatkan pelajar menggunakan masalah tidak berstruktur sebagai titik permulaan proses pembelajaran. Modul PBM merangkumi pengintegrasian penyelesaian masalah yang menggalakkan penjanaan kemahiran berfikir pada aras tinggi (Barron, Preston-Sabin, & Kennedy, 2013). Modul pengajaran konvensional hanya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran telah didapati hanya memfokuskan kemahiran pembelajaran aras rendah iaitu pengetahuan dan hafalan. PdP berasaskan PBM melalui perbincangan dan penglibatan aktif pelajar dapat meningkatkan pemahaman terhadap ilmu pengetahuan yang dipelajari.

Pengajaran berasaskan PBM sesuai dilaksanakan berikutan perubahan pendidikan berasaskan teknologi. Dalam hal ini, pengajaran konvensional tidak lagi relevan dilaksanakan. Generasi muda yang menghadapi cabaran dunia lebih kompleks dengan pelbagai perubahan yang berteraskan teknologi. Pendekatan pembelajaran perlu seiring dengan perubahan agar pembelajaran tidak dikenali sebagai stereotaip dan tidak menarik. Payne dan Zimmerman (2010) telah menjelaskan PBM berupaya mewujudkan interaksi aktif dalam kalangan pelajar melalui kumpulan kecil semasa meneroka pengetahuan baru serta dapat mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Ini turut dibuktikan dengan dapatan Sabaria (2003) di mana pengajaran dan pembelajaran berasaskan PBM mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Sabaria (2003) turut menjelaskan pencapaian ini berikutan pelaksanaan aktiviti perbincangan dalam PBM dapat mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari. Aktiviti mencari maklumat melalui pembelajaran akses kendiri juga dapat membantu pelajar memberi fokus dan penegasan kepada konsep-konsep penting yang

(6)

dipelajari. Semakin kerap pelajar melakukan penyelesaian masalah, maka semakin keraplah pelajar dapat menyumbang kepada pencapaian dan kefahaman tahap tinggi dalam topik yang dipelajari.

Nurmurni, Haslina, dan Tengku Radziatan (2019) turut menyatakan PBM sebagai kaedah yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran belajar pelajar secara berterusan berasaskan konsep

‘learning by doing’. Mereka telah menekankan kaedah ini membolehkan pelajar belajar secara aktif sekaligus membantu pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran. Pendekatan pengajaran ini sudah pasti akan meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar (Farah Adlina, 2019). Bagi memastikan penguasaan KBAT secara efektif, tenaga pengajar harus lebih kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran dan mengikuti perkembangan semasa dalam penyediaan pengajaran agar sentiasa dilihat bersifat positif dan kondusif.

Dapatan kajian Siti Fatimah dan Azlinah (2017) telah mengesan keberkesanan kemahiran murid dalam bahagian penerangan berdasarkan gambar telah meningkat ketika proses PBM diperkenalkan kepada para pelajar. Pelajar berjaya menyatakan pendapat, idea, dan penyelesaian yang diketengahkan dalam gambar dan bukan hanya menerangkan aktiviti tanpa penyelesaian. Dengan ini, PBM dipercayai dapat membantu pelajar supaya lebih berkeyakinan untuk menyampaikan idea-idea dengan lebih menarik, teratur, dan memberikan respons peribadi yang baik.

Menurut Yee, Siti Khairiah, Tee, dan Mimi (2018), tahap pengetahuan dan kesediaan pensyarah dan pelajar berada pada tahap yang tinggi apabila guru mengintegrasikan pendekatan PBM dalam proses pengajaran. Pensyarah dan pelajar berusaha mencari sumber untuk memahami dengan lebih jelas dalam menyelesaikan masalah melalui buku, internet, dan perbincangan rakan-rakan. Ini juga telah menggalakkan pelajar untuk mengamalkan sikap kerjasama di dalam kumpulan dalam proses PdP.

2.3 Kualiti Pelajar di Politeknik

Mohd Effendi dan Ahmad Zamri (2015) dalam kajian perbandingan cabaran pelajar Politeknik di Malaysia menggunakan pendekatan model pengukuran Rasch menunjukkan bahawa salah satu aspek kejayaan pelajar adalah apabila mereka dapat memasuki IPT. Kerisauan pelajar akan memberi kesan kepada pelajar itu sendiri, sama ada ia akan menjadi motivasi atau ia akan bertukar kepada gangguan.

Pelajar yang menerima cabaran ini sebagai sesuatu yang positif akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk berusaha dalam pelajaran, bagi mendapat tempat ke universiti. Skop pengajian adalah penyesuaian diri pelajar dengan perkuliahan di politeknik, manakala pembelajaran pula berkaitan dengan kurikulum dan pembelajaran di politeknik. Kualiti pelajar di politeknik adalah bergantung kepada keyakinan pelajar itu sendiri untuk mengawal emosi agar tidak berasa takut dan bimbang ketika menghadapi peperiksaan.

Menurut Ermizan, Muhammad Nazri, Mohd Shah, dan Arfieen (2010) dalam pembangunan modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran, menjelaskan untuk memastikan pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang lebih luas dan terkini, pensyarah terlebih dahulu menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran terutama dalam kursus yang di ajar dan penguasaan teknologi komputer. Oleh itu, untuk membina pelajar politeknik yang berkualiti, pensyarah perlu mendahului pelajarnya dalam menimba ilmu pengetahuan dan pelajar juga perlu dipupuk dengan budaya cintakan ilmu pengetahuan supaya mereka dapat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Sehubungan itu, Ermizan et. al

(7)

(2010) menyatakan melengkapi diri pelajar dengan pelbagai kemahiran merupakan salah satu tindakan untuk mengembangkan potensi diri pelajar. Ini termasuklah penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seperti pasukan beruniform, kelab dan persatuan di politeknik. Selain itu, potensi diri pelajar juga dapat diseimbangkan melalui pembelajaran kursus teknik dan vokasional, tugasan amali di bengkel dan pembelajaran teori.

Nur Sofuroh et. al. (2006) menyatakan bahawa pelajar cemerlang dapat menjadi contoh kepada pelajar yang lain termasuk dari segi cara belajar, pengurusan masa dan pendorong di sebalik kejayaan mereka. Apabila pelajar yang lemah mengetahui strategi dan amalan pembelajaran pelajar cemerlang, ia dapat membantu untuk meningkatkan prestasi mereka. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar cemerlang boleh menjadi panduan kepada pelajar yang lemah dan mereka boleh menggunakan pendekatan yang sama dalam aktiviti pembelajaran.

2.4 Kajian-kajian Lepas tentang Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pengkaji-pengkaji lepas telah banyak menjalankan kajian ke atas kepentingan pembelajaran berasaskan masalah. Kajian lepas telah mendapati pendekatan PBM sangat membantu untuk memberi kefahaman yang mendalam tentang topik yang dipelajari melalui aktiviti yang mencabar, menarik, dan menyeronokkan (Mohd Aderi, Aderi, Normurni, Adibah Hasanah, & Absha Atiah, 2018; Ramlee

& Zaharatul, 2008). Pelajar didapati lebih bersemangat dalam menyampaikan penerangan tentang hasil kerja mereka. Fazilah, Othman, dan Azraai (2016) turut mengesan modul PBM merangkumi aktiviti penyelesaian masalah melibatkan pemikiran aras tinggi. Hasil kajian mereka menunjukkan pelajar di bawah pendekatan PBM mempunyai pencapaian akademik yang lebih memuaskan berbanding dengan kumpulan pelajar di bawah pembelajaran secara konvensional. Secara khusus, pelajar dapat mengenal pasti masalah, membina hipotesis, dan membentuk teknik uji kaji yang sesuai dengan tajuk yang dipelajari.

Tinjauan kajian-kajian lepas juga menunjukkan PBM dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam kalangan pelajar (Anthony, Zulida & Noryani, 2006), memupuk pengetahuan pedagogi dalam kalangan pelajar sarjana (Tee & Lee, 2011), dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dalam kalangan pelajar (Halizah & Ishak, 2008).

Menurut Suzilawati, Ong, dan Shakinaz (2012), sekiranya seseorang pengajar hanya mahu pelajar untuk menghafal fakta-fakta dan kemudiannya dimuntahkan semasa peperiksaan, maka pengajaran secara konvensional sudah memadai untuk mencapai hasrat tersebut. Sebaliknya, sekiranya pengajar ingin memupuk kemahiran-kemahiran kognitif pada aras yang lebih tinggi, maka pendekatan PBM harus dimanfaatkan.

(8)

3. Metodologi Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu penggunaan instrumen soal selidik di mana pengkaji ingin mengenal pasti tahap kesesuaian pelaksanaan PBM dalam kalangan pelajar institusi pendidikan teknikal yang terbahagi kepada empat dimensi iaitu (1) pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM, (2) refleksi dalam PBM, (3) pembelajaran kendiri dalam pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dan (4) pembelajaran konstruktif dalam PBM. Pendekatan ini digunakan kerana ia amat sesuai untuk mendapatkan maklumat data daripada sampel dalam populasi yang besar jumlahnya. Melalui kaedah ini, satu set soal selidik digunakan untuk dijawab oleh responden. Menurut Chua (2011), kajian penyelidikan yang menggunakan kaedah kuantitatif dilakukan melalui kajian eksperimental dan menggunakan data numerika perlu dianalisis dengan menggunakan ujian statistik. Kajian deskriptif pula melibatkan data yang dikumpul daripada keseluruhan populasi dan analisis umum yang digunakan berbentuk frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, dan taburan skor dalam membentangkan laporan.

3.1 Populasi dan Persampelan

Kajian telah dijalankan ke atas sampel terdiri daripada 237 orang pelajar semester lima Sesi Jun 2019 terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, dan Jabatan Perdagangan di Politeknik Kuching Sarawak. Jumlah keseluruhan pelajar semester lima bagi keempat-empat jabatan yang dinyatakan adalah seramai 603 orang. Krejcie dan Morgan (1970) telah mendapati saiz sampel responden yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 234 orang berdasarkan jumlah dalam populasi tersebut. Kadar respon bagi soal selidik yang boleh diguna pakai adalah setinggi 94.4 peratus merangkumi 221 sampel kajian. Jadual 2 menunjukkan jabatan akademik dan sampel yang terlibat dalam kajian ini.

Persampelan kajian yang digunakan adalah persampelan rawak mudah di mana prosedur persampelan ini membolehkan peluang yang sama rata dalam populasi untuk dipilih sebagai sampel kajian ini.

Persampelan ini adalah lebih praktikal dan menjimatkan kos jika dibandingkan dengan persampelan lain. Walaupun persampelan ini memerlukan senarai bagi semua kelompok, tetapi hanya individu- individu di dalam kelompok yang dipilih dan pengkaji boleh menganggar ciri-ciri bagi setiap kelompok dan juga populasi.

(9)

3.2 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data dijalankan secara berperingkat supaya kajian dapat berjalan dengan lancar. Pengkaji memulakan pengumpulan data dari fasa kajian rintis sehingga fasa kajian sebenar.

Pengkaji telah menetapkan masa dan hari bagi menjalankan ujian rintis melibatkan 36 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Kajian rintis dilakukan bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan fasa kajian sebenar. Fasa ini perlu untuk menggunakan dan mentadbir soal selidik kepada responden sebenar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Dalam usaha menjalankan kajian sebenar, pengkaji telah memberi taklimat ringkas kepada semua wakil kumpulan yang dipilih untuk tujuan pengedaran dan pengisian soal selidik. Soal selidik yang telah di isi akan disemak dan seterusnya data dimasukkan ke dalam perisian SPSS 26.0 untuk tujuan analisis seterusnya.

Jadual 2: Jadual populasi dan sampel kajian JABATAN

AKADEMIK

PROGRAM SEKSYEN BILANGAN PELAJAR

BILANGAN RESPONDEN JABATAN

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Diploma Kejuruteraan Mekanikal - DKM

1 36 14

2 34 13

3 33 13

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) – DTP

1 21 8

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) – DAD

1 29 11

2 30 12

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyaman Udara & Penyejukbekuan) – DPU

1 17 7

JABATAN KEJURUTERAAN

AWAM

Diploma Kejuruteraan Awam – DKA 1 36 14

2 34 13

3 38 15

Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan – DPB

1 30 12

Diploma Geomatik –DGU 1 32 13

JABATAN KEJURUTERAAN

PETROKIMIA

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) – DPE

1 25 10

2 26 10

3 25 10

JABATAN PERDAGANGAN

Diploma Akauntansi – DAT 1 36 14

2 35 14

Diploma Pengurusan Perniagaan – DPM

1 28 11

2 31 12

3 27 11

JUMLAH 603 237

(10)

3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif di mana pengkaji ingin mengenal pasti tahap kesesuaian pelaksanaan PBM dalam kalangan pelajar yang terbahagi kepada empat dimensi iaitu (1) pembelajaran secara kolaborasi, (2) pembelajaran kendiri, (3) pembelajaran konstruktif, dan (4) pelajar dapat memberi refleksi di penghujung proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengenal pasti kesesuaian PBM, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan item soal selidik ini di ambil daripada kajian Lian dan Nor Damsyik (2017) dan telah diadaptasi mengikut kesesuaian lokasi kajian ini dilaksanakan.

Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A bertujuan untuk mendapatkan maklumat demografi responden seperti jantina, umur, dan jabatan. Seterusnya, Bahagian B mengandungi 17 soalan tertutup yang dibahagi kepada empat dimensi pembelajaran pelajar di politeknik. Responden diminta untuk menjawab soal selidik yang mempunyai skala Likert lima mata iaitu 1 – Sangat Tidak Setuju, 2 – Tidak Setuju, 3 – Kurang setuju, 4 – Setuju, dan 5 – sangat Setuju. Daripada data yang dikumpulkan, pengkaji telah menyemak dan menetapkan tiga tahap kesesuaian bagi menentukan tahap kesesuaian yang baik untuk pelaksanaan PBM bagi pembelajaran pelajar di politeknik mengikut skor min di mana skor min dalam lingkungan 1.00-4.00, dikategorikan sebagai tahap rendah, 4.01-4.50 diletakkan dalam tahap sederhana, manakala skor min 4.51-5.00 akan dikategorikan sebagai tahap tinggi. Jadual 3 pula menunjukkan bilangan item bagi setiap dimensi yang diukur.

Jadual 3: Bilangan item bagi setiap dimensi pembelajaran pelajar di politeknik

Dimensi Bilangan Item

Pembelajaran Secara Kolaborasi dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

3

Refleksi dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 4

Pembelajaran Kendiri dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 5 Pembelajaran Konstruktif dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 5 Jumlah Keseluruhan Item 17

3.4 Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dilakukan, kajian rintis telah dijalankan terhadap 36 orang. Lian dan Nor Damsyik (2017) menyatakan kajian rintis digunakan bertujuan untuk menentukan kesahan instrumen pengukuran dan kebolehpercayaan item-item yang terdapat dalam instrumen kajian sebelum kajian sebenar dijalankan. Kepentingan sesuatu kajian rintis atau alat penilaian mencerminkan keupayaannya. Analisis statistik dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS 26.0 for Windows dengan dapatan nilai Alpha Cronbanch menunjukkan kebolehpercayaan tinggi .929. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan yang bersesuaian dengan kenyataan Pallant (2010) bahawa nilai pekali Alpha Cronbach yang lebih tinggi daripada 0.7 menunjukkan instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang boleh diterima. Dengan itu, instrumen kajian dianggap sesuai untuk diadaptasikan dalam kajian ini.

(11)

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan 4.1 Profil Responden

Hasil dapatan kajian mendapati bilangan responden yang mengambil bahagian adalah 221 orang terdiri daripada 116 orang pelajar lelaki dan 105 orang pelajar perempuan. Terdapat 33 orang responden dalam lingkungan umur 17-19 tahun, sebanyak 181 orang dalam kategori umur 20-22 tahun, dan 7 orang berada dalam kategori umur 23-25 tahun. Majoriti responden terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu sebanyak 96 orang. Ini diikuti oleh 65 orang responden dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan 43 orang responden dari Jabatan Perdagangan. Hanya terdapat 16 orang responden dari Jabatan Kejuruteraan Petrokimia yang telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Ini seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Profil Responden (N=221)

Perkara Kekerapan Peratus

Jantina

Lelaki 116 52.5

Perempuan 105 47.5

Umur

17-19 tahun 33 14.9

20-22 tahun 181 81.9

23-25 tahun 7 3.2

26 tahun dan ke atas 0 0

Jabatan Akademik

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 96 43.4

Jabatan Kejuruteraan Awam 65 29.4

Jabatan Kejuruteraan Petrokimia 16 7.2

Jabatan Perdagangan 43 19.5

(12)

4.2 Analisis Deskriptif

Dapatan analisis data daripada soal selidik setiap item mengikut dimensi bagi tahap kesesuaian untuk pembelajaran pelajar di politeknik mendapati skor min bagi item B1 hingga B3 di dalam dimensi pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM berada pada tahap sederhana iaitu 4.36, 4.43 dan 4.35.

Analisis telah menunjukkan responden menerima pendapat rakan-rakan semasa sesi perbincangan sebagai kriteria utama dalam dimensi pembelajaran kolaborasi dalam PBM. Sehubungan itu, skor min bagi item B4 hingga B7 di dalam dimensi refleksi dalam PBM juga didapati berada pada tahap sederhana dengan skor min 4.44, 4.38, 4.38 dan 4.40. Dapatan ini menunjukkan pensyarah perlu mengintegrasikan sesi soal jawab dalam proses pembelajaran kerana dipercayai menggalakkan refleksi dalam proses PBM.

Jadual 5: Analisis deskriptif bagi pembelajaran pelajar politeknik

Item Skala Skor

Min

Sisihan Piawai

Tahap

1 2 3 4 5

B1 Memberi kerjasama dalam kumpulan

2 0.9

0 0

22 10

90 40.7

107 48.4

4.36 .7347 Sederhana B2 Menerima pendapat rakan-rakan

saya semasa sesi perbincangan.

1 0.5

1 0.5

15 6.8

90 40.7

114 51.6

4.43 .6810 Sederhana B3 Menyumbang pendapat semasa

sesi perbincangan dengan rakan- rakan.

0 0.0

4 1.8

17 7.7

98 44.3

102 46.2

4.35 .7012 Sederhana

B4 Sesi soal jawab meningkatkan kefahaman.

0 0.0

1 0.5

16 7.2

89 40.3

115 52.0

4.44 .6482 Sederhana B5 Menerangkan semula topik

pembelajaran

0 0.0

2 0.9

18 8.1

95 43.0

106 48.0

4.38 .6744 Sederhana B6 Mengaitkan pembelajaran dengan

latihan praktikal.

1 0.5

1 0.5

23 10.4

85 38.5

111 50.2

4.38 .7256 Sederhana B7 Membina kesimpulan hasil

daripada pembelajaran.

2 0.9

1 0.5

15 6.8

93 42.1

110 49.8

4.40 .7159 Sederhana B8 Merangsang rasa ingin tahu. 1

0.5 0 0.0

21 9.5

97 43.9

102 46.2

4.35 .6891 Sederhana

B9 Berfikir sendiri. 1

0.5 2 0.9

17 7.7

102 46.2

99 44.8

4.34 .6992 Sederhana B10 Menanam minat saya terhadap

kursus yang diajar.

1 0.5

2 0.9

22 10.0

83 37.6

113 51.1

4.38 .7388 Sederhana

B11 Memberi motivasi. 1

0.5 1 0.5

28 12.7

79 35.7

112 50.7

4.36 .7531 Sederhana B12 Dapat belajar secara sendiri. 1

0.5 2 0.9

28 12.7

87 39.4

103 46.6

4.31 .7600 Sederhana B13 Mendapat pengetahuan baru. 0

0.0 2 0.9

7 3.2

75 33.9

137 62.0

4.57 .6036 Tinggi B14 Berfikir secara kritis. 0

0.0 5 0.9

20 9.0

99 44.8

100 45.2

4.34 .6805 Sederhana B15 Menggunakan pengetahuan sedia

ada.

1 0.5

0 0.0

20 9.0

92 41.6

108 48.9

4.39 .6886 Sederhana B16 Berfikir secara meluas. 1

0.5 0 0.0

19 8.6

86 38.9

115 52.0

4.42 .6871 Sederhana B17 Pandangan daripada pelbagai

sudut.

1 0.5

0 0.0

17 7.7

83 37.6

120 54.3

4.45 .6767 Sederhana

(13)

Keseluruhan item B8 hingga B12 bagi dimensi pembelajaran kendiri dalam PBM pula mendapati skor min berada pada tahap sederhana iaitu 4.35, 4.34, 4.38, 4.36 dan 4.31. Dapatan turut mengesan minat pelajar terhadap kursus yang dipelajari dan motivasi dalam pembelajaran akan membentuk pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Bagi dimensi pembelajaran konstruktif dalam PBM pula mendapati bahawa hanya satu item sahaja berada pada tahap tinggi iaitu item B13 telah mendapat skor min 4.57. Manakala skor min bagi item B14 hingga B17 berada pada tahap sederhana iaitu 4.34, 4.39, 4.42 dan 4.45. Dalam erti kata lain, pensyarah perlu memastikan pembentukan kefahaman baru dalam proses PBM dan mengambil kira pandangan pelajar adalah penting bagi memastikan pembelajaran konstruktif berjalan dengan lancar.

Kesimpulannya, dapatan analisis data daripada soal selidik mendapati skor min bagi 16 item adalah berada pada tahap sederhana bagi pelaksanaan PBM dalam pembelajaran pelajar politeknik.

Manakala satu item sahaja iaitu item B13 merekodkan skor min berada pada tahap tinggi. Ini ditunjukkan seperti dalam Jadual 5.

Jadual 6 pula menunjukan keputusan analisis skor min purata keseluruhan bagi tahap kesesuaian untuk empat dimensi pembelajaran pelajar politeknik. Hasil dapatan kajian mendapati dimensi pembelajaran konstruktif dalam PBM telah menyumbang kepada skor min paling tinggi iaitu 4.51 diikuti dengan dimensi refleksi dalam PBM dengan min sebanyak 4.42, dimensi pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM iaitu sebanyak 4.353. Analisis turut menunjukkan skor min terendah jatuh kepada dimensi pembelajaran kendiri dalam PBM iaitu sebanyak 4.330. Secara kesimpulannya, dapatan kajian min keseluruhan bagi pembelajaran PBM dalam kalangan pelajar politeknik berada pada sederhana iaitu 4.40.

Jadual 6: Analisis deskriptif mengikut dimensi pembelajaran pelajar politeknik

Dimensi Min Sisihan

Piawai

Tahap Pembelajaran Secara Kolaborasi dalam Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBM)

4.353 .6553 Sederhana

Refleksi dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

4.416 .6075 Sederhana

Pembelajaran Kendiri dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

4.330 .6284 Sederhana

Pembelajaran Konstruktif dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

4.511 .5769 Tinggi

(14)

4.3 Analisis Kenormalan Data

Ujian Kolmogorov-Smirnov telah dijalankan untuk menentukan kenormalan taburan data mengikut jantina. Dapatan mendapati taburan skor PBM bagi semua kumpulan mengikut jantina adalah tidak normal. Justeru, ujian para metrik untuk perbandingan antara kumpulan mengikut jantina mengikut peringkat pengajian adalah tidak sesuai. Dalam hal ini, ujian tak berparameter iaitu Ujian Mann- Whitney U telah digunakan untuk menguji hipotesis bahawa terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan mengikut jantina terhadap PBM di politeknik. Ini ditunjukkan seperti dalam Jadual 7.

Jadual 7: Analisis Shapiro-Wilk mengikut dimensi pembelajaran pelajar politeknik

Dimensi Statistik Kekerapan Signifikan

Pembelajaran Secara Kolaborasi dalam PBM .833 221 .000*

Refleksi dalam PBM .822 221 .000*

Pembelajaran Kendiri dalam PBM .847 221 .000*

Pembelajaran Konstruktif dalam PBM .789 221 .000*

4.4 Analisis Perbezaan Bagi PBM Dengan Jantina

Keputusan analisis ujian Mann-Whitney U telah mendapati nilai z = .306, p > .05, bagi dimensi pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki (M = 109.81) dan pelajar perempuan (M = 112.31). Seterusnya bagi dimensi refleksi dalam PBM mendapati nilai z = -.477, p > .05 dan ini juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki (M = 112.84) dan pelajar perempuan (M = 108.96). Bagi dimensi pembelajaran kendiri dalam PBM telah mengesan nilai z = -.749, p > .05 dan ia tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki (M = 113.94) dan pelajar perempuan (M = 107.75).

Bagi dimensi pembelajaran konstruktif dalam PBM pula mendapati nilai z = -.925, p > .05 dan ia juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki (M = 114.53) dan pelajar perempuan (M = 107.10). Justeru, melalui ujian Mann-Whitney U, dapatan kajian secara jelas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembelajaran pelajar politeknik ke atas jantina pelajar mengikut keempat-empat dimensi yang diukur iaitu dimensi pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM, dimensi refleksi dalam PBM, dimensi pembelajaran kendiri dalam PBM, dan dimensi pembelajaran konstruktif dalam PBM.

(15)

4.5 Analisis Korelasi Antara Dimensi PBM

Analisis korelasi Spearman telah menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara dimensi pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM dengan refleksi dalam PBM (r = .677, p < .05), pembelajaran kendiri dalam PBM (r = .533, p < .05), dan pembelajaran konstruktif dalam PBM (r = .612, p < .05). Sehubungan itu, analisis turut mendapati hubungan korelasi yang signifikan antara dimensi refleksi dalam PBM dengan pembelajaran kendiri dalam PBM (r = .557, p < .05) dan pembelajaran konstruktif dalam PBM (r = .642, p < .05). Seterusnya analisis korelasi telah mengesan hubungan korelasi yang signifikan antara pembelajaran kendiri dalam PBM dengan pembelajaran konstruktif dalam PBM (r = .674, p < .05). Walau bagaimanapun, analisis korelasi Spearman telah menunjukkan tidak terdapat hubungan korelasi yang signifikan bagi setiap dimensi PBM dengan faktor demografi responden dalam kajian ini. Ini ditunjukkan seperti dalam Jadual 8.

Jadual 8: Pekali korelasi Spearman antara dimensi pembelajaran pelajar institusi pendidikan teknikal

Dimensi RFK PKD PKK

PSK .677* .533* .612*

RFK .557* .642*

PKD .674*

Nota:

*Signifikan pada aras p < .05

PSK-Pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM; RFK-Refleksi dalam PBM; PKD-Pembelajaran kendiri dalam PBM;

PKK-Pembelajaran konstruktif dalam PBM

4.6 Perbincangan Kajian

Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap min bagi keempat-empat dimensi iaitu dimensi pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM, dimensi refleksi dalam PBM, dimensi pembelajaran kendiri dalam PBM dan dimensi pembelajaran konstruktif dalam PBM dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana dan sesuai dilaksanakan dalam kalangan pelajar sekali gus dapat menjadikan pelajar lebih aktif di dalam pembelajaran dan meningkatkan kemahiran insaniah dan kemahiran generik pelajar.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk konvensional kurang sesuai digunakan dalam proses PdP kerana pelajar menjadi kurang aktif dalam pembelajaran dan proses PdP hanya berpusatkan kepada guru dan kebiasaannya bersifat chalk and talk. Ini menjadi faktor kelemahan kepada kaedah pembelajaran dalam kalangan pelajar. Menurut Lian dan Nor Damsyik (2017), pendekatan PBM telah dilihat sebagai proses pembelajaran menyelesaikan masalah yang diberi dengan menggunakan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru daripada rujukan yang pelbagai.

Justeru, PBM amat sesuai untuk proses PdP dalam kalangan pelajar politeknik kerana ia membolehkan pelajar menjadi lebih aktif dalam proses PdP sekali gus dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan kemahiran generik pelajar.

(16)

Dalam dimensi pembelajaran secara kolaborasi dalam PBM mendapati PBM sesuai dilaksanakan dalam kalangan pelajar institusi pendidikan teknikal. Di dalam pembelajaran kolaborasi, pensyarah bertindak sebagai pembimbing dan menilai segala aktiviti yang dijalankan. Halizah (2010) turut menjelaskan PBM sebagai kaedah pedagogi yang memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam konteks situasi sebenar. Dalam mengintegrasikan pendekatan PBM dalam proses pengajaran, pengajar menyediakan sumber rujukan, bimbingan, dan penerangan kepada pelajar supaya pelajar dapat membangunkan pengetahuan, kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan kemahiran komunikasi.

Bagi dimensi refleksi dalam PBM juga sesuai dilaksanakan dalam kalangan pelajar kerana pelajar dapat menghurai semula input yang diperolehi dalam proses PdP dan memberi maklum balas terhadap proses PdP yang telah dijalankan. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Nor Amalina dan Zanaton (2018) di mana keberkesanan pendekatan PBM telah banyak memberi kesan yang positif terhadap sikap, minat pelajar, pencapaian pelajar, kemampuan menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Oleh itu, refleksi didapati dapat meningkatkan kemahiran kognitif pelajar.

Dalam dimensi pembelajaran kendiri dalam PBM juga sesuai dalam kalangan pelajar institusi pendidikan teknikal. Setiap pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam kursus yang diikuti melalui PBM. Dalam erti kata lain, pelajar diberi peluang mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dengan daya usaha sendiri. Ini jelas dilihat melalui pentaksiran Tugasan Berasaskan Masalah (TBM) yang telah digariskan di dalam silibus yang ditawarkan di politeknik.

Dengan adanya pentaksiran TBM, pelajar perlu memahami sesuatu teori dengan menggunakan kemahiran analisis. Pelajar mempunyai perasaan ingin tahu dan mengerahkan pemikiran dan menganalisis maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah yang diberikan dalam tugasan.

Pelajar juga diberi peluang untuk saling merujuk antara rakan-rakan pelajar yang lain melalui perbincangan. Hasilnya, pelajar menjadi lebih bermotivasi dan berminat untuk menyelidik secara mendalam (Lian & Nor Damsyik, 2017).

Manakala bagi dimensi pembelajaran konstruktif dalam PBM dalam kalangan pelajar politeknik pula, pelajar memperoleh pembelajaran yang baru dan mengguna pakai pengetahuan sedia ada. Dimensi ini adalah penting kerana pelajar dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Suhaizila (2004) telah menekankan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar akan ditingkatkan dan dikukuhkan melalui pengintegrasian pendekatan PBM dan proses PdP.

Budaya ini penting untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam keadaan yang sebenar dan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian akademik. Penekanan pembelajaran konstruktif dalam PBM melalui aktiviti PdP akan menggalakkan pelajar memperoleh pengetahuan baru dan dapat berfikir secara kritis, meluas, dan terbuka.

(17)

5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dimensi-dimensi yang telah dikaji iaitu Pembelajaran Secara kolaborasi dalam PBM, refleksi dalam PBM, pembelajaran kendiri dalam PBM, dan pembelajaran konstruktif dalam PBM sesuai dilaksanakan dalam kalangan pelajar institusi pendidikan teknikal bagi mewujudkan suasana PdP yang berpusatkan pelajar dan membolehkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif dalam proses pembelajaran. Kajian ini telah memberi sumbangan dari sudut bukti empirikal bahawa pendekatan PBM dikenal pasti sebagai kaedah yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran belajar kerana ia menitikberatkan cara pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan.

Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan keupayaan untuk belajar sendiri bagi menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Malahan ia turut memberi kesan terhadap pemupukan nilai pelajar. Proses PdP yang menggunakan pendekatan PBM pula dapat membantu pelajar lebih menguasai sesuatu ilmu dan sekaligus memberi impak yang positif kepada pelajar dari segi kolaborasi, refleksi, pembelajaran kendiri, dan konstruktif. Kemahiran-kemahiran ini penting untuk melahirkan graduan Technical and Vocational Education and Training (TVET) yang holistik. Ini merupakan alternatif yang boleh diketengahkan kepada para pendidik untuk dilaksanakan dalam proses PdP.

Pengkaji berharap agar pelajar dapat diberi pendedahan dan dibimbing oleh pendidik untuk menguasai kaedah PBM dalam proses PdP. Ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab kendiri pelajar. Seterusnya, ia dapat membentuk pelajar yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam menerokai dunia ilmu pengetahuan pada masa akan datang. Dengan pelaksanaan PBM, ia dapat menjadikan pelajar agar berhati-hati dalam mengambil apa-apa keputusan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Ini merupakan nilai yang amat sukar untuk diterapkan dalam kalangan pelajar di mana ia boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka. Memandangkan kajian ini hanya melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaan PBM dalam kalangan pelajar institusi pendidikan teknikal, pengkaji mencadangkan kajian keberkesanan PBM dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dengan mengambil kira impak PBM terhadap pertimbangan sahsiah pelajar.

Ini kerana ia penting untuk mengenal pasti cara berfikir pelajar dalam membuat keputusan terhadap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka.

6. Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Ribuan terima kasih kepada keluarga tersayang yang memberi sokongan dalam menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada Dr. Ling Ying Leh yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, sokongan dan dorongan dalam menyempurnakan kajian ini. Semoga penyelidikan ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.

(18)

Rujukan

Ahmad Esa. (2007). Penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia. (Tesis PhD tidak diterbitkan). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Anthony, E., Zulida Abd Kadir & Noryani Neni Ahmad Jamain. (2006). Problem-Based Learning:

A useful Approach for effective communication. In Proceedings of Seminar on Problem-Based Learning, 103-125. Penerbit UTHM, Malaysia.

Barron, L., Preston, S. J., & Kennedy, D. (2013). Problem-based learning for the pre-service teacher.

SRATE Journal, 22(2), 39-45.

Chen, Uk Raai, Alias Masek, & Mohd Hasril Amiruddin. (2014). Kajian gaya pembelajaran dan motivasi terhadap pencapaian pelajar diploma kejuruteraan di Politeknik. CiE-TVET 2014 Prosiding 008, 117-136.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education.

Ermizan Edni, Muhammad Nazri Abdul Halim, Mohd Shah Yunus, & Arfieen Mokhtar. (2010).

Pembangunan modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran. Seminar Penyelidikan dan Inivasi (SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak.

Farah Adlina Mokter. (2019). Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam penulisan karang bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 9 (1), 33-46.

Fazilah Razali, Othman Talib, & Azraai Othman (2016). Kajian aplikasi kemahiran proses sains dalam pembelajaran berasaskan masalah untuk mata pelajaran biologi. Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik Julai 2016, 4 (3), 38-46.

Halizah Awang. (2010). Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap penguasaan kemahiran generik dan pencapaian akademik pelajar di Politeknik Malaysia (Doctoral dissertation).

Universiti Sains Malaysia.

Halizah Awang & Ishak Ramly (2008). Creative thinking skill approach through problem-based learning: Pedagogy and practice in the engineering classroom. Internasional Journal of Social Sciences, 3(1), 18-23.

Heong, Y. M., Ping, K.H., Siti Khairiah Sidik, Kiong, T. T., & Mimi Mohaffyza Mohamad (2018).

Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah di Politeknik. Online Journal for TVET Practitioners, 3(1), 54-67.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Garis Panduan Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2019. Putrajaya: Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, JPPKK.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

Lian, A. C. & Nor Damsyik Mohd Said (2017). Kajian pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) untuk kursus litar elektronik dalam kalangan pelajar.e-Proceeding of the 4th International Seminar: IRSTC 2017, 1-6

(19)

Mohd Aderi Che Noh, Normurni Mohamad, Adibah Hasanah Abd Halim, & Absha Atiah Abu Bakar (2018). Pelaksanaan kaedah pemebelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah fiqh. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 2(2), 14-23.

Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, & Ahmad Zamri Khairani. (2015). Perbandingan cabaran pelajar Politeknik di Malaysia menggunakan pendekatan model pengukuran Rasch. e-Proceeding of Social Science Postgraduate Internasional Seminar (SSPIS 2015) USM, 446-458.

Nor Amalina Ab Hakim & Zanaton Iksan. (2018). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam mata pelajaran sains. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN2018), 72-82.

Nurmurni Mohamad, Haslina Abdullah, & Tengku Radziatan Mardziiah Tengku A. Razak. (2019).

Kemahiran belajar melalui pembelajaran berasaskan masalah di Politeknik Selangor. Politeknik

& Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 4(1), 41-53.

Nur Sofuroh, Maziana, & Rosfaszlizah. (2006). Pembelajaran pelajar cemerlang - satu kajian dalam membantu meningkatkan kualiti pembelajaran. Seminar TVE’06, 29-38

Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual. Training, Ed. Ke-3. Toronto: Nelson Education Ltd.

Payne, D. L., & Zimmerman, T. D. (2010). Beyond terra firma: Bringing ocean and aquatic sciences to environmental and science teacher education. In The inclusion of environmental education in science teacher education (pp. 81-94). Springer, Dordrecht.

Ramlee Mustapha & Zaharatul Laili Abdul Rahim. (2008). Pembelajaran berasaskan masalah bagi mata pelajaran elektronik: Satu kajian tindakan di sekolah menengah teknik. Sains Humanika, 49(1).

Rozita@Uji Mohamed & Falex, J. L. (2018). Isu kebolehpasaran dan kebolehgajian graduan Pra-U Tingkatan Enam di Bahagian Pantai Barat Selatan Sabah. Journal of Global Business and Sosial Entrepreneurship (GBSE) 4(10), 96-105.

Sabaria Juremi. (2003). Kesan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah terhadap kemahiran berfikir kritis, kreatif, proses sains dan pencapaian biologi. (Doctoral dissertation).

Universiti Sains Malaysia.

Shaharuddin Ahmad, Noraziah Ali, & Mohd Fauzi Hamzah. (2011). Kebolehpasaran graduan UKM:

Satu kajian perbandingan antara graduan disiplin Sains dengan bukan Sains. Jurnal Personalia Pelajar, (14), 81-90.

Siti Fatimah Omar Bakri & Azlinah Dakarlan. (2017). Pembelajaran Berasaskan Masalah.

Proceedings of International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning (ICSoTL 2017) UUM, 116-119.

Suhaizila Sari. (2004). Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam memberikan langkah penyelesaian masalah, motivasi dan minat pelajar terhadap bab litar arus terus: Satu kajian di SMT Bukil Katil, Melaka (Doctoral dissertation). Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Suzilawati Shamsuddin, Ong, E. T., & Shakinaz Desa. (2012). Kesan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian biologi dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. 2(1), 49-61.

(20)

Tee, M. Y., & Lee, S. S. (2011). From socialisation to internalisation: Cultivating technological pedagogical content knowledge through problem-based learning. Australasian Journal of Educational Technology, 27(1), 89-104.

Zurina Yasak, Baharom Mohamad, Ahmad Esa, & Shahrizal Shabuddin. (2009). Kaedah pengajaran berasaskan laman web terhadap pelajar diploma kejuruteraan Elektrik Mekatronik di politeknik.

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009, UTHM, 1-15.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Menurut Creswell (2005) reka bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan

Terdapat tujuh objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini, iaitu (i) Mengenal pasti tahap pengetahuan kaedah edutainment, (ii) Mengenal pasti tahap pelaksanaan kaedah

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitiatif dalam menjalankan kajian.Borang soal selidik telah dijadikan instrumen utama dalam

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen borang soal selidik yang telah diubahsuai berdasarkan kerangka kajian soal selidik Ang (2008) yang berkaitan dengan

Objektif kajian adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan Soal Selidik Faktor Input (SSFI) Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru yang

Soal selidik ini merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Saridah Hussin (2006) iaitu dalam “Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan pendapat di atas, jelaslah bahawa kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk campuran yang menekankan lebih kepada kaedah kuantitatif iaitu

Dalam kajian berbentuk kuasi-eksperimen ini, pengkaji ingin mengenal pasti sama ada pengajaran yang menggunakan pendekatan penghayatan yang didedahkan kepada Kumpulan Eksperimen,