• Tiada Hasil Ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

GUNASAMA KUMP B (PSL)

PP KJ KK JUM 10 1 6 17

No. Kad Pengenalan: ____________________

PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

PENOLONG PEGAWAI SAINS C29 / PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN N29 / PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29 / PENOLONG PUSTAKAWAN S29 /

PENOLONG AKAUNTAN W29

KERTAS I - UMUM

Tarikh : 30 April 2019 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari (3 jam)

Tempat : Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan & Kampus Kesihatan

______________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi LAPAN (8) soalan berbentuk esei. Anda dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan sahaja. Setiap soalan bernilai 20 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 4 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

GUNASAMA KUMP B (PSL)

2 Jawab LIMA (5) soalan sahaja.

1. Encik Osman telah mendapat tawaran sebagai Penolong Pegawai Tadbir di jabatan XYZ bermula pada tahun 2017 yang lalu. Sebelum mula berkhidmat di Jabatan XYZ, beliau sebenarnya telah berkhidmat dalam jawatan yang sama di Kementerian ABC dan telah melalui semua keperluan syarat pengesahan jawatan. Beliau kini telah dicadangkan oleh jabatan untuk disahkan jawatan.

a) Nyatakan apakah syarat-syarat pengesahan dalam jawatan?

b) Berapakah tempoh masa yang boleh dipertimbangkan untuk pengesahan jawatan?

c) Apakah Encik Osman boleh memohon untuk pengecualian syarat pengesahan jawatan? Apakah yang perlu dilakukan oleh beliau untuk melakukan permohonan tersebut?

d) Berapakah markah penilaian prestasi tahunan yang perlu beliau perolehi untuk disahkan jawatan dalam tempoh setahun?

(20 markah)

2. Puan Emma merupakan salah seorang pensyarah Universiti di Pusat Pengajian Sains Tulen. Beliau berhajat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Dalam hal ini, beliau telah meminta nasihat daripada seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 berhubung apakah langkah yang patut beliau ambil bagi meneruskan hajat beliau.

Sebagai seorang Penolong Pegawai Tadbir di pusat pengajian berkenaan, apakah nasihat anda kepada beliau sekiranya beliau ingin memohon bantuan penajaan Universiti melalui Skim Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik (RPTKA) Universiti Sains Malaysia (USM)? Apakah syarat yang perlu beliau penuhi bagi melayakkan beliau memohon penajaan RPTKA?

(20 markah)

(3)

GUNASAMA KUMP B (PSL)

3

3. Puan Zaimah merupakan seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Pusat Pengajian XYZ, beliau berminat untuk memajukan diri dengan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sambilan.

a) Perincikan syarat Belajar Sambilan yang beliau perlu penuhi serta jelaskan kelayakan Pengecualian Yuran bagi staf yang layak

b) Huraikan faedah yang akan diterima oleh staf jika diluluskan Belajar Sambilan (20 markah)

4. Universiti Sains Malaysia menawarkan pelbagai program pengajian kepada calon yang berminat dan berkelayakan melalui beberapa saluran kemasukan. Jelaskan LIMA (5) daripada saluran kemasukan tersebut.

(20 markah)

5. Jelaskan mengenai penawaran Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP) berikut:

a) Tempoh dan tujuan penawaran b) Kelayakan menduduki KSCP

c) Kaedah penilaian dan pengiraan PNGK untuk kursus ulangan

(20 markah)

6. Konsep akauntabiliti adalah konsep penting di dalam pengurusan kewangan awam.

Ini adalah kerana kerajaan yang dipilih oleh para pemilih telah diberikan amanah untuk menguruskan segala khazanah Negara dengan cekap dan efisien mengikut undang-undang yang ditetapkan.

a) Nyatakan definisi akauntabiliti sektor awam.

b) Apakah matlamat akauntabiliti dalam sektor awam?

c) Huraikan TIGA (3) peringkat akauntabiliti sektor awam.

d) Berikan cadangan anda untuk meningkatkan akauntabiliti awam di tempat anda bertugas.

(20 markah)

(4)

GUNASAMA KUMP B (PSL)

4

7. a) Siapakah yang dimaksudkan dengan Pegawai Universiti dan Pihak Berkuasa Universiti?

b) Jelaskan fungsi dan kuasa TIGA (3) Pihak Berkuasa Universiti.

(20 markah)

8. a) “Pelajar”, “Fakulti” dan “Kesalahan boleh daftar”. Jelaskan maksud ketiga-tiga perkataan tersebut dalam konteks Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971.

b) Sekiranya seseorang pelajar Universiti dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar, apakah implikasi ke atas pelajar tersebut?

c) Sekiranya seseorang pelajar Universiti telah disabitkan bersalah atas kesalahan tatatertib tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, apakah tatacara yang perlu dilakukan oleh pelajar tersebut?

(20 markah)

oooo 0 oooo

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 5 muka surat termasuk

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 5 muka surat termasuk

Anda dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan sahaja iaitu satu (1) soalan dari setiap bahagian. Setiap soalan bernilai 20 markah. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 5 muka surat termasuk

Anda dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan sahaja iaitu satu soalan daripada setiap bahagian dan satu lagi soalan daripada mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai

Bahagian B: EMPAT (4) soalan berbentuk esei disediakan. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada