• Tiada Hasil Ditemukan

BIMBINGAN IBU BAPA KE ATAS PELAJAR LELAKI AGRESIF 01 MEDAN-INDONESIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "BIMBINGAN IBU BAPA KE ATAS PELAJAR LELAKI AGRESIF 01 MEDAN-INDONESIA "

Copied!
241
0
0

Tekspenuh

(1)

BIMBINGAN IBU BAPA KE ATAS PELAJAR LELAKI AGRESIF 01 MEDAN-INDONESIA

Oleh

LAHMUDDIN

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperIuan bagi Ijazah Doktor FaIsafah

Mei 2002

(2)

Almarhum ayahanda Miarun Lubis Almarhumah ibunda Nursani Isteri tercinta Dra. Elfiah Muchtar

Anak-anak tersayang Miftah Farid Elmunawar

Fathur Rahman Lathifah Elfitri

(3)

PENGHARGAAN

Tiada kata yang pantas saya ucapkan di lembaran yang bersejarah ini kecuali Alhamdulillah wa syukrulillah, kerana hanya berkat Rahmat, Hidayah dan Ma'unah-Nya jualah saya dapat menyelesaikan tesis ini, walau dalam peIjalanan panjang yang dilalui terdapat banyak rintangan, cobaan dan cabaran.

Kemudian selawat dan salam saya sampaikan keharibaan Nabi besar Muhammad Rasulullah SAW, kiranya saya tetap istiqamah dalam menjalani bimbingan dan tuntuan beliau melalui pusaka yang beliau tinggalkan iaitu al-Qur'an dan sunnahnya yang mulia.

Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi- tingginya kepada penyelia saya, Dr. Zulkifli Mohamed Rasid yang sentiasa memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan kepada saya sejak awal kajian sehingga selesainya penulisan tesis ini. Jasa dan budi baik beliau akan selalu saya kenang dalam diari kehidupan saya. Saya juga sangat berterima kasih kepada Prof Madya Dr. Mohd. Daud Hamzah yang begitu banyak memberi bantuan, arahan dan dedikasi kepada saya selarna ini, semoga budi baik dan bantuan ikhlas yang telah beliau berikan, dibalasi oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dekan lnstitut Pengajian Siswazah, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan seluruh kaki tangan Universiti Sains Malaysia yang telah banyak memberi bantuan kepada saya sarna ada semasa saya mengikuti pengajian peringkat master (M. Ed) tiga tabun yang lepas mahupun peringkat Ph D masa illi.

Ucapan terima kasih saya sampaikan kepada Bapak Rektor IAIN-Sumatera Utara Prof Dr. H.M. Yasir Nasution, Bapak Dekan Fakultas Dakwah IAIN- Sumatera Utara Dr. H. Asmuni, M. Ag. dan seluruh civitas akadernika lAIN-SU yang telah memberi izin, motivasi dan bantuan kepada saya untuk mengikuti pendidikan di Universiti Sains Malaysia. Ucapan terima kasih juga saya sampaikan kepada Bapak Rektor Universiti Muharnmadiyah Sumatera Utara di atas sokongan dan bantuan yang diberikan.

Kepada Bapak Kakanwil Depdiknas Provinsi Suamatera Utara, kepala SLTP Negeri-7, kepala SLTP Negeri-12 dan kepala SLTP Negeri-35 saya mengucapkan terima kasih atas oerkenannya memberi izin sekaligus memberi sokongan moral kepada saya selama menjalankim kajian. Kepada Bapak Konsul lendral RI Pineng di Pulau Pinang Malaysia, saya mengucapkan terima kasih atas segal a bantuan yang diberikan.

Ucapan terima kasih dan penghargaan yang tiada terhingga saya sampaikan kepada Bapak H. Joharuddin, SE dan keluarga yang telab banyak memberi bantuan baik moril maupun material kepada saYa selama ini. Semoga jasa baik dan bantuan ikhlas yang diberikan, dibalasi oleh Allah SWT dengan sebaik- baiknya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Bapak Drs. H. Bahasan Siregarl lbu Dra. Siti Fatimah, !bu Prof. Hj. Djanius Djamin, SH, MS, Bapak Prof Dr. H.

(4)

M. Ali Ya'kub Matondang, MA, Bapak Drs. Djohansjah Djafar, Bapak Wahyudi, BapakDrs. Dasril Nurdin, abanganda Drs. Ibrahim Sakti Batubara, abangnda Ir. H.

Azhar Dalimunthe dan yang lainnya yang telah banyak memberi bantuan baik moril maupun material kepada saya selama saya menjalani pendidikan.

Saya akan selalu mengingat dan mengenang jasa rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan perhatian, sokongan dan motivasi kepada saya selama ini, di antaranya Bapak Drs. H. Zaini Chalis Hamdy, Bapak Drs. H.

Maratua Simanjuntak, abanganda Drs. Sakhyan Asmara, kakanda Dr. H. M.

Nawawy Loebis, En. Shuki bin Osman, adinda Pujiati, Luthfi Aziz Siregar, Yustiman Ihza, Satria Tirtayasa dan rakan-rakan yang lain yang tak dapat saya sebutkan namanya satu persatu.

Ucapan dan penghargaan paling istimewa saya sampaikan kepada ibu bapa tercinta Almarhum Miarun Lubis dan almarhumah Nursani serta mertua tersayang almarhum Muchtar, MA dan almarhumah Hj. Zakiah Hasyim, di atas segala jasa, kasih sayang, didikan dan do'a yang ikhlas yang telah membekalkan keyakinan dan memperkokoh azam saya untuk mencapai cita-cita yang mulia ini.

Penghargaan khas saya sampaikan kepada isteri tercinta Dra. Elfiah Muchtar, dan anak-anak tersayang Miftah Farid Elmunawar, Fathur Rahman dan Lathifah Elfitri di atas segal a ketulusan, ketabahan, pengertian dan kesabarannya selama saya menjalani pendidikan.

Semua bantuan dan budi baik dari berbagai pihak akan selalu saya kenang dalam setiap lembaran kehidupan saya. Oleh itu, saya selalu berdo'a kepada Allah SWT, semoga Allah SWT memberi balasan dengan sebaik-baiknya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

(5)

JADUAL KANDUNGAN

PENGHARGAAN

DAFT AR KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAlRAJAH ABSTRAK

ABSTRACT

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Pemyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Hipotesis kajian

1.7 Kerangka Model Kajian 1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi Operasional

MlJKA SURAT

111

v x

XII

Xlll

xv

9 13

14 15 16 17 19 21

(6)

r

. --:.!:>~.;.

" VI

BAB 2 TINJAUAN LITERA TUR

2.1 Pendahuluan 25

2.2 Pengerttan Ttngkah Laku Agrestf 25

2.3 Komponen -komponen Agrestf 28

2.4 Kajtan Lepas Tentang Tingkah Laku Agresif "" .:U 2.4.1 Hubungkait Agresif Dengan Antisosial 32 2.4.2 Hubungkait AgresifDengan Marah (Anger) 36 2.4.3 Hubungkait AgresifDengan Peras Ugut 37 2.4.4 Hubungkait AgresifDengan Keganasan (Violence) 39 2.4.5 Hubungkait Agresif Dengan Budaya Negatif 44 2.5 Pendekatan Yang Sering Digunakan Bagi Membendung

Tingkah laku Agresif Dalam Kalangan Pelajar 48

2.5.1 Teori Modifikasi Tingkah Laku 48

2.5.2 Teori Perubahan Sikap 60

2.5.3 Teori Fungsional 63

2.5.4 Teori Kognitif 65

2.5.5 Latihan Pemodelan (Modelling Training)) 67

2.5.6 Teori Motivasi 74

2.5.7 Kritikan Ke Atas Latihan Pemodelan Bandura 82 2.5.8 Bimbingan Ibu bapa (Parental GUidance) 85 2.6 Pendekatan Yang Digunakan Dalam Kajian 94

2.7 Rumusan 94

(7)

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahul uan 96

3.2 Reka Bentuk Kajian 96

3.2.1 Reka Bentuk Eksperimen 96

3.2.2 Langkah Rawatan Yang Dijaiankan 98

3.3 Tempat Kajian 108

3.4 Populasi dan Pensampeian 109

3.5 Kajian Rintis 114

3.5.1 Menguji Kefahaman Item-item Instrumen Kajian 115 3.5.2 Menguji Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian 116

3.5.2.1 Kesahan 116

3.5.2.2 Kebolehpercayaan 124

3.6 Instrumen Pengumpulan Data 129

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 131

3.8 Analisis Data 134

3.9 Rumusan 136

BAB 4 DAPA TAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 137

4.2 Analisis Deskriptif Ciri-ciri Subjek 137

4.3 Pengujian Hipotesis 139

4.3.1 Pengujian Hipotesis HoI 139

(8)

4.3.2 Pengujian Hipotesis Ho2 142

4.3.3 Pengujian Hipotesis Ho3 144

4.3.4 Pengujian Hipotesis H,,4 146

4.3.5 Pengujian Hipotesis H,)5 147

4.3.6 Pengujian Hipotesis Ho6 149

4.4 Rumusan 152

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 154

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 154

5.3 Perbincangan 155

5.4 lmplikasi Kajian 165

5.4.1 Pihak Sekolah 166

5.4.2 Pihak Ibu bapa 166

5.4.3 Pihak Badan-badan Sukarela Masyarakat 167 5.4.4 Pihak Kerajaan (Kementerian Pendidikan) 167

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 168

5.5.1 Kekekalanl Keberkesanan Kajian 168

5.5.2 JangkamasaJ Tempoh Rawatan 169

5.5.3 Kandungan Tayangan Video 169

5.6 Kesimpulan 170

BIBLIOGRAFI 172

(9)

Lampiran Al Lampiran A2 Lampiran A3 Lampiran Bl Lampiran B2 Lampiran C Lampiran 01 Lampiran 0 Lampiran E Lampiran F Lampiran G Lampiran H Lampira!1 I

LAMPIRAN-LAMPIRAN

Penilaian Pakar Terhadap Item Soal selidik Soal selidik Mengikut Arahan Pakar

Soal selidik Mengikut Komponen Agresif Perbandingan Ujian Pra Ke Atas Tiga Kumpulan Penetapan Sampel Yang Berhampiran

Senarai Nama Pakar

Soal selidik Latar Belakang Subjek

Soal selidik Yang Oijalankan Semasa Kajian Kehadiran Ibu Bapa Kumpulan Satu (R 1) Kehadiran Ibu Bapa Kumpulan Oua (R2)

Lawatan Ke Rumah Ibu Bapa Kumpulan Oua (R2) Senarai Semak Ibu Bapa Semasa Kajian Oijalankan Modul Latihan Pemodelan

(10)

SENARAI JADUAL

JADUAL MUKASURAT

1.1

3.1 3.2 3.3 3.4

3.5

3.6 3.7 3.8 4.1

4.2 4.3 4.4 4.5

4.6 4.7 4.8

Peningkatan Tingkah laku Agresif di Kalangan Pelajar Kegiatan Dan Tajuk Dalam Modul Latihan Pemodelan Kegiatan Dan Arahan Dalam Modul Bimbingan Ibu Bapa Penilaian Pakar Terhadap Item Soal se1idik

Penilaian Pakar Terhadap Soal se1idik Yang Disempumakan

Perbandingan Ranking Pelajar Antara Penghakiman Guru DenganAlatyangDibina

Nilai Pekali Alfa Setiap Item Dari dua Kumpulan Nilai Pekali Alfa Setiap Item Kumpulan Agresif

Nilai Pekali Alfa Setiap Item Kumpulan Bukan Agresif Bilangan dan Peratus SUbjek Bagi Setiap Ciri dan Latar Belakang

Keputusan ANOYA Pada Ukuran Agresif Skor Min Pada Ukuran Agresif

Keputusan Post Hoc Pada Ukuran Agresif

Perbandingan Skor Min dan Sisihan Lazim Kumpulan Rl, R2 dan K Pada Komponen Agresif

Keputusan ANOY A Pada Aspek AntisosiaI Skor Min Pada Aspek Antisosial

Keputusan Post Hoc Pada Aspek Antisosial

12

101

105

119

121

123 126 127 128

138 140 140 140

141 143 143 143

(11)

4.9 ,Keputusan ANOVA Pada Aspek Marah 144

4.10 Skor Min Pada Aspek Marah 145

4.11 Keputusan Post Hoc Pada Aspek Marah 145

4.12 Keputusan ANOVA Pada Aspek Peras Ugut 146

4.13 Skor Min Pada Aspek Peras Ugut 146

4.14 Keputusan Post Hoc Pada Aspek Peras Ugut 147

4.15 Keputusan ANOVA Pada Aspek Keganasan 148

4.16 Skor Min Pada Aspek Keganasan 148

4.17 Keputusan Post Hoc Pada Aspek Keganasan 149

4.18 Keputusan ANOVA Pada Aspek Budaya Negatif 150

4.19 Skor Min Pada Aspek Budaya Negatif 150

4.20 Keputusan Post Hoc Pada Aspek Budaya Negatif 151

4.21 Keputusan Ujian Hipotesis 152

(12)

SENARAlRAJAH

RAJAH MVKASURAT

1.1 Kerangka Model Kajian 17

2.1 Komponen Agresif Dalam Kajian 30

2.2 Proses Latihan Pemodelan 73

3.1 Reka Bentuk Eksperimen 97

3.2 Langkah Rawatan Pemodelan 99

3.3 Langkah Rawatan Bimbingan Ibu Bapa 103

3.4 Prosedur Penetapan Sekolah dan Sampel Kajian 113

(13)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk men genal pasti keberkesanan latihan pemodeJan dan bimbingan ibu bapa terhadap tingkah laku agresif pelajar di Medan-Indonesia. Model latihan pemodelan dibina berdasarkan teori pembelajaran sosial Bandura (1959). Model latihan bimbingan ibu bapa dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan amalan pembentukan personaliti masyarakat setempat. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan dua kumpulan latihan dan satu kumpulan kawalan. Sampel kajian seramai 90 orang pelajar lelaki agresif dipilih secara rawak bertujuan (random purposive) di tiga buah Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri di Medan- Indonesia. Sampel kajian ini dibahagi sarna banyak kepada tiga kumpulan : Kumpulan rawatan satu (Rl) yang diberikan latihan pemodelan, kumpulan rawatan dua (R2) yang diberikan latihan bimbingan ibu bapa, manakala kumpulan ketiga adalah kumpulan kawalan (K). Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Bandura (1959) dan diubah suai oleh penyelidik menurut keadaall setempat. Soal selidik mempunyai pekali kebolehpercayaan 0.78. Data dianalisis dengan menggunakan pengiraan statistik Analysis of Variance (Anova) diikuti dengan pcrbandingan post hoc. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan rawatan satu (R 1, M =

24.60) dengan kumpulan rawatan dua (R2, M = 35.43), antara rawatan satu (Rt) dengan kumpulan kawalan (K, M = -5.93) dan juga antara skor min kumpulan

.,

(14)

rawatan dua (R2) dengan skor min kumpulan kawalan (K) pada ukuran agresif.

Selanjutnya dan segi komponen agresif pula, terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan rawatan satu (R 1) dengan skor min kumpulan kawalan (K) bagi aspek antisosial, marah, peras ugut dan ganas, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek budaya negatif. Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan rawatan dua (R2) dengan skor l'!Iin kumpulan kawalan (K) bagi semua aspek (anti sosial, marah, peras ugut, ganas dan budaya negatif). Skor min kumpulan rawatan satu (Rl) tidak berbeza secara signifikan dengan skor min kumpulan rawatan dua (R2) bagi aspek antisosial, marah dan pcras ugut.

(15)

THE EFFECTS OF MODELLING TRAINING AND PARENTAL GUIDANCE ON AGGRESSIVE BEHAVIOUR OF MALE STUDENTS

IN ME DAN-INDONESIA

ABSTRACT

The study was designed to investigate the effects of modelling training and parental guidance on students' aggressive behaviours in Medan-Indonesia. The modelling training model was developed based on Bandura's social learning theory (1959). Parental guidance model was developed by the researcher based on the local community practices related to personality development. This study employed a quasi experimental design using two experimental and one control group. A sample of 90 students were selected using purposive random sampling method from male aggressive students in three junior high schools (SMP) in Medan- Indonesia. The sample was divided into three equal groups. Treatment group 1 (Rl) was given the modelling training, treatment group 2 (R2) was given the parental guidance, while the third group was designated as control group (K).

The data were collected through a questionnaire developed by Bandura (1959) with modification and adjustment to suit the local context. The questionnaire has a reliability index of 0.78. The data were analyzed by utilizing Analysis of Variance (Anova) followed by post hoc comparisons. The results of this study

A

indicate that there are significant differences between the mean score of treatment group 1 (Rt, M=24.60) and the mean score of treatment group 2 (R2, M=35.43),

(16)

between treatment group 1 (Rl) and control group (K, M= -5.93), and also between the mean score of treatment group 2 (R2) and the mean score of control

!:,TfOUp (K). On each aspect of ag!:,Tfessiveness, there are significant differences between the mean score of treatment group 1 (R 1) and the mean score of control group (K) on the aspects of antisocial, anger, bully and violence, but not in the aspect of negative culture. There are significant differences between the mean score of treatment group 2 (R2) and the mean score of the control group (K) on all aspects (antisocial, anger, bully, violence and negative culture). The mean score of treatment group 1 (Rl) is not significantly different from the mean scor of treatment group 2 (R2) on the aspects of antisocial, anger and bully.

(17)

1.1 Latar Belakang Kajian

PENGENALAN

Agresif atau kelangsangan adalah salah satu jenis emosi yang wujud pada seseorang, sarna ada dalarn kalangan orang dewasa seperti ibu bapa, guru mahupun pel~jar dan kanak-kanak. Oleh yang demikian, masalah agresif dan fenornena yang berlaku selalunya menjadi bah an kajian· ahli psikologi, sarna ada pada rnasa yang dahulu rnaupun pada masa iill.

J uniati (1991) mengatakan bahawa tingkah laku agresif dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk iaitu; pertama tingkah laku agresif yang cenderung positif, bercirikan suka mengkritik, dinamik, kreatif dan cergas; kedua tingkah laku agresif yang cenderung negatif, bercirikan ingin menyakiti, menyiksa, melukai, bertingkah laku kasar, ganas, marah, peras ugut dan lain-lain.

Di sam ping dua bentuk tingkah laku agresif di atas, sebenamya masih terdapat tingkah laku agresif ketiga iaitu agresif yang terpendam atau agresif pasif.

Agresif pasif ialah suatu gejala ingin memberikan respon atau tindak balas jika ia disakiti, disiksa atau dilukai oleh seseorang, namun ia tidak rnampu menunjukkannya, kerana ia was-was akan teIjadi tindak balas berikutnya dari pada orang yang menyakitinya, sehingga perasaan terpendam seumpama ini boleh menjadikan seseorang itu mempunyai tingkah laku agresif. Namun demikian agresif pasif ini belum banyak dikaji oleh ahli psikologi.

(18)

Nazar (1992) mendapati bahawa orang yang memiliki tingkah laku agresif negatif sebenamya boleh berubah ke arah yang positif, jika orang yang memiliki tingkah laku af,Tfesif itu dikawal, diarah dan dibina pada hal-hal yang positif dengan perkataan lain, ibu bapa, guru dan persekitaran dapat mengubah tingkah laku agresif yang negatif menjadi tingkah laku agresif yang positif. Beliau juga mengatakan bahawa tingkah laku agresif merupakan salah satu cara manusia melepaskan emosinya, dan dengan bertingkah laku (acting) agresifmanusia boleh mendapatkan kepuasan.

Walau bagaimanapun, para pakar psikologi belum menemui secara pasti punca agresif ini berlaku terhadap seseorang. Dollard, Doob, Miller, Mowker dan Sears, (1969) me1aporkan bahawa tingkah laku agresif berpunca dari suatu tindak balas terhadap perasaan marah. Davidoff (1991) pula berpendapat bahawa tingkah laku agresif berpunca dari perasaan kecewa (frustrasi), bahkan terdapat hubungan timbal balik (kausaliti) antara kekecewaan dengan agresif. Kekecewaan, sakit fizikaI, penghinaan dan ancaman yang dideritai seseorang seringkali menyebabkan perasaan marah yang akhimya timbul tingkah laku agresif.

Emosi dan keagresifan sering dikaitkan bersama, terutama apabila seseorang itu terlibat dalam interaksi sosial. Seseorang yang marah kadang kaia akan memaparkan tingkah laku agresif. Begitu juga halnya dengan seseorang yang berasa sedih, kecewa dan gembira, boleh menjadikan seseorang itu melakukan tingkah laku agresif.

luniati (1991) mengatakan perasaan kecewa akibat kemiskinan menyebabkan seseorang itu melakukan tindakan yang agresif, bahkan semakin

(19)

sesaknya pertarnbahan penduduk di sesebuah kawasan rnenyebabkan orang sernakin agresif. Hendwerk, Michael, Larezelere, Robert & Steven (1999) rnelaporkan tingkah laku at,Tfesif rnerupakan salah satu tindakan daripada beberapa tingkah laku orang yang bermasalah. Tingkah laku agresif harnpir sarna dengan permasalahan kernurungan, antisosial, tingkah laku yang rnenyirnpang, rnasalah dalarnan dan luaran.

Mengikut Neuringer (1970) agresif ialah rnanusia yang rnernpunyai hati yang keras dan banyak masalah. Dia juga melaporkan bahawa tingkah laku agresif hari ini lebih dahsyat dan sangat merbahaya. Dalam abad ke 20 sifat-sifat iri hati dan dengki lebih dominan berbanding abad-abad sebelumnya. Sifat agresif benar- benar tidak akan dapat dikawal dan dikendalikan secara berkesan. Bandura (1973) mengemukakan bahawa tingkah laku agresif boleh dikategorikan sebagai perbuatan yang menyebabkan kecederaan dan kelakuan yang membinasakan.

Beliau juga rnenambah bahawa ada sesetengah tingkah laku agresif itu wujud kerana didorong oleh kekecewaan, perasaan tertekan serta emosi lain yang dialarni oleh seseorang.

BerkO\vitz (1995) berpendapat bahawa tingkah laku agresif ialah segala bentuk tingkah laku yang bertujuan rnenyakiti seseorang sarna ada secara fizikal mahupun mental. Patterson (1986) melaporkan tingkah laku agresif selalu digunakan oleh seseorang untuk rnernaksakan keinginannya ke atas orang lain, bahkan menurut beliau tingkah laku memaksa itu dilakukan bagi mempengaruhi tingkah laku orang lain.

(20)

Bagi Beck (1983) pula, tingkah laku agresif ialah tingkah laku yang berrnaksud untuk rnencerdaskan seseorang, sarna ada secara fizikal rnahupun psikologikal. Beck rnengatakan bahawa orang yang rnemiliki tingkah laku agresif ialah orang yang rnudah berkernbang, dinarnik dan cergas. luniati (1991) berpendapat bahawa tingkah laku agresif seringkali dipuaskan atau dikurangkan dengan sikap suka bertanding, suka berlawan, suka melihat permaimin-permainan yang ganas, suka rnenonton tayangan-tayangan yang ganas serta membaca cerita- cerita yang rnemaparkan keganasan. Kesemuanya ini merupakan antara pelbagai cara yang dianggap sesuai untuk memuaskan dorongan agresif mereka.

Goldstein (1983) menjelaskan bahawa tingkah laku agresif ialah kombinasi daripada reaksi tekanan yang dial ami oleh seseorang, meliputi kebirnbangan (anxiety), kemurungan (depression), gangguan tidur (disturbed sleep), naiknya tekanan darah (elevated blood pressure) dan sakit kepala (headaches). Edwin, Megargee and Hokanson (1970) mendapati bahawa tingkah laku agresif boleh menjadikan seseorang lebih dinarnik dan berkernbang, tetapi lebih ramai ahli psikologi yang berpandangan bahawa keagresifan itu merupakan suatu gejala emosi yang negatif, bahkan tingkah laku agresif dapat dikatakan sebagai suatu tingkah Iaku yang bertujuan rnelukai sesuatu organisrna atau makhluk lain

Graves & McAlister (1997) berpendapat bahawa sifat-sifat dan tingkah laku seperti keganasan (violence), permusuhan (hostile), kemarahan (anger), suka akan pertentangan (conflict), jenayah (crime) dan peras ugut termasuk sifat-sifat yang dirni1iki oleh orang-orang yang agresif

(21)

Oi sampmg itu, Murugiah (1996) mengatakan bahawa sikap inginkan pennusuhan dengan orang lain, tingkah laku yang merosakkan, tingkah laku mengganggu dan menyimpaRg, masalah hiperaktifiti, pergantungan berlebihan, kebimbangan pelajar, bahkan sikap suka menyendiri dan mengasingkan diri daripada orang ramai dan rakan sebaya termasuk sifat-sifat orang yang mempunyai tingkah laku agresif Mengikut Cohen (1969) bahawa tingkah ]aku agresif termasuk salah satu dari tingkah laku yang menyimpang. Tingkah laku menyimpang pula ialah tingkahlaku yang melanggar, bertentangan dan menyimpang daripada aturan-aturan normatif Sadli (1973) melaporkan tingkah laku agresif atau tingkah laku menyimpang iaitu tingkah 1aku yang menyimpang daripada norma-norma sosial. Dengan perkataan lain, jika diperhatikan secara teliti didapati lebih ramai ahli psikologi membuat penyelidikan agresif yang 'negatif (seperti ingin mencederakan, menyakiti, menghina, marah, perilaku kasar, ganas dan sebagainya) dibandingkan dengan agresif yang positif (seperti kreatif, gcmbira, cinta, cergas dan dinamik).

Kenakalan dan berbagai bentuk keganasan sering disaksikan oleh anak- anak di mana-mana tempat, sama ada di rumah mahupun di jalan, bahkan sampai ke bilik tidur me1alui televisyen (Groves, Zuckerman, Marans, & Cohen, 1993).

As Rubel (1977) melaporkan bahawa pertengkaran sering terjadi di kalangan pelajar. Pada mUlanya pertengkaran berbentuk kata-kata berlaku seterusnya berkelahi sehinggalah teIjadi hal yang lebih buruk lagi iaitu membunuh dengan menggunakan senjata. Meningkatnya tingkah laku keganasan (violence) dalam kalangan pelajar amatlah cepat, terutama di antara tahun 1960 sehingga tahun

(22)

1975, hal seumpama ml mencenninkan kenaikan kadar jenayah dalam masyarakat.

Berita Harian Malaysia (Rabu, 8 Mac 2000) melaporkan bahawa kekerasan dan keganasan terjadi di merata tempat, seperti juga adanya pertikaian antara GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan kerajaan Indonesia yang berlaku sejak sekian lama menyebabkan lebih daripada 5000 orang terbunUh. Di New Delhi pula seperti yang dipetik oleh akhbar Utusan (Isnin, 24 April 2000), melalui akhbar "Press Trust Of India" menyebutkan bahawa seorang suri rumah di negeri Madhya Pradesh di tengah India didakwa memenggal kepala ibu mertuanya selepas berlaku pertengkaran. Polis tidak mendedahkan nama wanita itu tetapi memberitahu bahawa dia bertindak membungkus kepala yang dipenggal itu dengan sehelai kain kemudian menaiki sebuah bas di kampungnya Vhidouli menuju ke sebuah balai polis berhampiran. Polis kemudian menahan suri rumah tersebut terhadap tuduhan membunuh ibu mertuanya berhubung dengan soal harta.

Berdasarkan akhbar "Berita Harian-Malaysia", (Isnin 02 Oktober 2000), bahawa kira-kira 200,000 orang terkorban dan lebih 20,000 masih hilang akibat perang di Bosnia Herzegovina yang teIjadi mulai tahun 1992 hingga tahlm 1995.

Harian Serambi Aceh-Indonesia seperti yang dipetik oleh akhbar "Berita Harian- Malaysia" melaporkan bahawa man gsa ialah seorang petani dibunuh di depan rumahnya dan dibakar di daerah Pidie, Aceh-lndonesia. "Berita Harian Malaysia"

(02-10-2000) juga melaporkan bahawa seorang veteran perang Taiwan membunuh dua orang isterinya serta tiga orang anak lelakinya untuk mendapatkan pampas an msurans.

(23)

Akhbar "Harian Waspada" (Ahad, 24 Mac 2002) pula memuatkan berita tentang seorang ibu bemama Andrea Yates dijatuhi hukuman seumur hidup di Texas Amerika Syarikat, kerana ia terbukti membunuh anak kandunbrnya sebanyak lima orang. Mengikut laporan Pater Drost (Kompas 28 April 2001) tindakan kekerasan semakin jelas dilihat di merata tempat termasuk di Indonesia. Oi kota Jakarta-Indonesia sering terjadi kekerasan dan pertikaian yang be"j-punca dari politik, bahkan pelajar-pelajar telah terbiasa melihat perkelahian, kekerasan dan pembunuhan.

Oemikian juga halnya dengan berita akhbar tempatan yang menyedihkan, iaitu seorang wanita bemama Noor Suzaily Mukhtar jurutera komputer berusia 24 tahun dirogol sebelum dicekik hingga mati oleh pemandu bas ekspres yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke tempat keIja dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang (Utusan, 12 Oktober 2000). Ahmad (1993) mendapati bahawa tindakan kekerasan berkumpulan di Eropah sering teIjadi, terutama semasa perebutan kuasa. Mengikut Edelman (1992), wabak penyakit permusuhan dan keganasan ini merupakan bukti adanya krisis moral dan krisis kesihatan masyarakat.

Bentuk kekerasan dan keganasan juga terlihat di Palestin, apabila dalam masa dua minggu terakhir, rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israil seramai 91 orang (Utusan, 12 Oktober 2000). Harian Waspada (20 October 2000) memberitakan bahawa teIjadi perselisihan berdarah dalam tiga pekan, lebih daripada 100 orang meninggal dunia dan lebih daripada 2000 orang yang cedera.

Hampir semua yang menjadi mangsa ini ialah warga Palestin. Tindakan kekerasan,

(24)

keganasan dan pembunuhan senng berlaku di Amerika Syarikat, hal ini merupakan bukti nyata bahawa kekerasan dan keganasan, bahkan pembunuhan di Amerika Syankat menunjukkan jumlah yang tertinggi di dunia (Fingerhut &

Kleinman, 1990),

Berdasarkan beberapa pendapat dan pandangan di atas, dapatlah dikatakan bahawa walaupun dan satu sudut tingkah laku agresif mengandungi unsur-unsur positif dan dinamik, tetapi dan sudut lain, keagresifan dapat dikatakan sebagai emosi yang tidak stabil dan cenderung negatif, seperti suka melakukan kekerasan, mencederakan seseorang, marah, peras ugut dan menyakiti orang lain. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji memfokuskan pembahasan agresif kepada agresif negatif sahaja. Komponen-komponen agresif negatif tersebut mengandungi lima aspek iaitu tingkah laku antisosial, marah, peras ugut, keganasan dan budaya negatif

Memandangkan tingkah laku agresif ini boleh wujud pada sesiapa saja termasuk ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah, dan jika tingkah laku agresif negatif ini dibiarkan berterusan tanpa diben arahan, tanpa hala tuj u yang jelas dan tuntunan ke arah yang lebih positif dan dinamik, maka dikhuatin akan dapat merosakkan fikiran dan emosi seseorang. Akhimya keadaan ini boleh menjadikan pre stasi pencapaian pelajar menurun dan te~iejas, dan sikapnya cenderung negatif

Oleh itu, pengkaji menjalankan rawatan atau latihan yang berbentuk ekspenmen kuasi yang difokuskan kepada dua model latihan iaitu latihan pemodelan dan bimhingan ibu bapa ke atas pelajar-pelajar lelaki agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Medan-Indonesia. Latihan pemodelan

(25)

(modelling training) yang dijalankan difokuskan kepada empat elemen iaitu penumpuan (ellention), ingatan (retention), penghasilanl buat semula (reproduction) dan motivasi (motivation). Sedangkan latihan bimbingan ibu bapa (parental guidance) difokuskan pula kepada empat elemen iaitu memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak, menggalakkan komunikasi dua hala, melatih disiplin dan bertanggungjawab serta melatih anak untuk membina perhubungan dengan orang lain.

1.2 Pernyataan masalah

Ramai ahli psikologi mengatakan bahawa tingkah laku agresif (kelangsangan) merupakan masalah yang serius bahkan masalah ini boleh mengganggu emos} seseorang, sarna ada ke atas orang dewasa, kanak-kanak mahupun pelajar. Maka masalah ini sehalUsnya mendapat perhatian senus daripada ibu bapa, guru kelas, guru pembimbing atau kaunselor sekolah, pengetua sekolah dan kerajaan pada amnya. Tanpa arahan, tunjuk ajar dan bimbingan yang positif daripada orang dewasa (guru, ibu bapa mahupun kaunselor) ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai tingkah laku agresif, maka kita berasa cemas dan bimbang akan masa hadapan pelajar-pelajar yang terbabit. Lebih-Icbih lagi semasa remaja, kerana masa ini merupakan mas a transisi atau peralihan daripada masa kanak-kanak menuju masa dewasa. Masa seperti ini sering disebut sebagai masa pancaroba dan penuh kebimbangan, kerana kebimbangan boleh wujud ke atas seseorang disebabkan kurang selesa dan kurang yakin akan kemampuan yang ada pada dirinya.

(26)

r-

~. 10 Hurlock (1973) mendapati bahawa kebimbangan atau kerisauan, kesedihan (unhappiness), kegelisahan, pertukaran mood (mood swings), kemarahan (irritability) dan perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri mahupun orang lain, merupakan sebahagian daripada tingkah laku agresif.

Ausubel, Montemayor & Svajian (1977) menjelaskan bahawa kebimbangan mula melanda kanak-kanak apabila ia melangkah ke alam remaja. Pada masa remaja atau tahap peralihan (daripada masa kanak-kanak kepada masa dewasa), remaja menghadapi masalah yang paling banyak. Kebimbangan remaja ini wujud disebabkan adanya perubahan fizikal serta sosial ke arah yang lebih baik untuk menjadi seorang yang berdikari (self standing).

Hall (1904) berpendapat bahawa terdapat beberapa perubahan pada masa remaja, iaitu perubahan pada bentuk badan, keperluan membina perhubungan dengan jantina berlainan, tanggapan yang lebih tinggi, tanggungiawab baru, keperluan untuk menegakkan hak dan kebebasan. Erikson (1959) pula menyatakan bahawa tahap ini dikatakan sebagai "krisis identiti", iaitu seseorang remaja sedang mencari jati diri siapakah dia sebenamya. Dalam keadaan seperti ini, peranan orang lain (ibu bapa, guru mahllpun persekitaran) sangat penting bagi menentukan perkembangan personaliti seseorang. Apakah pel ajar berkenaan cenderung bertingkah laku positif, dinamik dan cergas, atau sebaliknya, cenderung bertingkah laku agresif negatif seperti suka merosakkan, menghina, menyakiti, ganas, kasar dan peras ugut.

Demikian pula halnya dengan keadaan pelajar-pelajar di Sekolah-sekolah Menengah Negeri di Medan-Indonesia, di mana prilaku menyimpang/ agresif para

(27)

pelajar semakin hari semakin mencemaskan dan mengkhawatirkan pihak !,TUfU,

ibu bapa mahupun kerajaan, apabila didapati ramai pelajar yang terIibat dengan perkelahian, sarna ada di antara pelajar-pelajar yang berasal daripada sekolah yang bersamaan mahupun dengan pelajar-pelajar sekolah yang berbeza. Mengikut laporan Kartini (1998) kenakalan pelajar/ remaja semakin meningkat dari masa ke semasa. Tahun 1960-an rarnai pelajar yang berprilaku antisosial dan kriminal bahkan suka meniru atau mencontohi orang asing yang datang dmipada luar negara, sarna ada meniru mode rambut, pakaian dan lain-lain. Tahun 1970-an ramai pelajar di bandar-bandar besar menjadi penjenayah, berprilaku keganasan, merompak dan merogoL Tahun 1980-an dan 1990-an, ramai remaja dan pelajar sekolah menengah menunjukkan kejahatan yang lebih merbahaya lagi, kerana perbuatan jenaya~ semakin meluas dan jumlahnyapun semakin ramai. Hal ini dapat diketahui dengan semakin ramainya remaja yang malas be!ajar (putus sekolah) dan hidup bermewah-mewah, ingin santail happy, berprilaku antisosiaI, berkelahi berkumpulan (tawuran) antara satu sekolah dengan sekolah lain, melakukan jenayah, melakukan hubungan seksuaI dan mengguna sabu-sabu (satu bahagian daripada dadah).

Peningkatan tingkah Iaku menyimpang dan mencemaskan ini juga dilihat di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah negen di Kota Medan-Indonesia, khususnya di kalangan peJajar-pelajar sekolah menengah negen-27 (SMPN-27 Medan, kajian nntis dijalankan di sekolah ini). Tahap pcningkatan tingkah laku agresif ini adaJah seperti terdapat pada jadual 1.1 berikut :

(28)

ladual 1.1 Peningkatan Tingkah laku Agresif di Kalangan Pelajar No

I

J e n is Kes Tahun 1998 Tahun 1999 Tahun 2000

i

L P L P L P

1

I

1 Me\anggar Disiplin

I

15 3 17 5 29 5

2

I

Prilaku Antisos;.1 10 0 14 I 23 3

3 Berkelahi dengan rakan dari sekolah

-

yang sarna 9 0 I 1 0 15 0

4 Berkelahi dengan

pelajar sek. berbeza 0 0 0 0 1 0

5 Mengugut rakan 5 0 II 0 17 0

16 Marah pada Guru I 0 3 0 5 0

7 Menghina Guru 1 0 2 I 4 1

8 Mengambil wang

I

rakan di kelas 4 1 3 1 5 1

9 Mengguna sabu- sabuJ salah satu

bahagian dari 2 0 5 0 7 0

dadah

Ilumlah 47 4 66 8 106 10

i

Sumber : Rekod Dokumen SMP Negeri 27 Medan tahun 2000.

Berdasarkan pada jadual 1.1, terdapat peningkatan kes-kes kenakalan dan keagresifan pelajar-pelajar sekolah menengah di Kota Medan-Indonesia dari tahun 1998-2000. Peningkatan kes-kes tersebut amnya terdapat pada pelajar lelaki dan amat sedikit bagi pelajar perempuan. Terdapat sebanyak 47 kes bagi pelajar lelaki pada tahun 1998, menjadi 66 kes pada tahun 1999, dan seterusnya menjadi 106 kes bagi tahun 2000. Walau bagaimanapun bagi pelajar perempuan terdapat

(29)

sedikit pengingkatan, khasnya bagi tahun 1998-1999, dimana terdapat sebanyak 4 kes pada tahun 1998, mejadi 8 kes bagi tahun 1999. Dari tahun 1999 hingga tahun 2000 tidak terdapat sebarang peningkatan yang bererti, di mana bagi tahun 1999 terdapat 8 kes dan bagi tahun 2000 hanya terdapat 10 kes. Berdasarkan data statistik dan analisis ini pulalah, penetapan pelajar lelaki sebagai sampel kajian turut menjadi salah satu pertimbangan bagi pengakji.

Oleh itu, pernyataan masalah kajian ini adalah :

Untuk mengenal pasti keberkesanan latihan pemodelan dan bimbingan ibu bapa ke atas pelajar lelaki agresif. Dengan perkataan lain, apakah kedua-dua model latihan yang dijalankan boleh menurunkan tahap keagresifan pelajar lelaki agresif yang mengikuti rawatan di Medan Indonesia atau tidak ? Seandainya kedua model rawatan ini boleh menurunkan tahap keagresifan pelajar, model manakah yang paling berkesan dari dua bentuk rawatan yang dijalakan.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ml bertujuan menentukan keberkesanan latihan pemodelan (modelling training) dan bimbingan ibu bapa (parental gUidance) ke atas pelajar-pelajar lelaki agresif di Medan-Indonesia. Dengan perkataan lain, kajian ini bertujuan mengenal pasti model manakah yang paling berkesan bagi mengurangi tahap keagresifan di dalam kalangan pelajar lelaki agresif di Medan- Indonesia.

(30)

1.4 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dapat dinyatakan sebagai yang berikut:

1. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada ibu bapa, khususnya ibu bapa daripada pelajar yang mempunyai tingkah laku agresif negatif Ibu bapa dapat menjalankan latihan bimbingan ibu bapa kepada anak-anak di rumah dengan cara memberikan perhatian dan kaSih sayang, menggalakkan komunikasi dua hala, melatih disiplin dan bertanggungjawab serta melatih bersosialisasi dengan rakan-rakan mereka, sehingga tingkah laku agresif yang sedia ada pada anak-anak mereka boleh berkurangan atau dihapuskan.

2. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada para guru kaunselor di sekolah-sekolah, khususnya sekolah menengah tempat kajian dijalankan. Para guru dapat menggunakan pendekatan pemodelan dan latihan bimbingan ibu bapa bagi mengurangi atau menghapuskan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar. Dengan perkataan lain, latihan pemodelan dan latihan bimbingan ibu bapa dapat dijadikan salah satu model bagi mengatasi tingkah laku agres1f dalam kalangan pelajar.

3. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada kerajaan.

Latihan pemodelan dan latihan bimbingan ibu bapa seumpama ini boleh digunakan untuk mengatasi permasalahan pelajar, khususnya pelajar lelaki agresif.

(31)

4. Kajian ini juga diharapkan boleh menambahkan sumbangan bagi ilmu pengetahuan (saintifik) yang boleh digunakan bagi sesiapa sahaja yang memerlukan, sarna ada di Indonesia (tempat kajian dijalankan) mahupun di Malaysia dan negara-negara lain.

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat dua persoalan utama dalam kajian ini, iaiatu :

Adakah latihan pemodelan (modelling training) boleh menurunkan tahap keagresifan pelajar yang mengikuti rawatan ?

2 Adakah latihan bimbingan ibu bapa (parental gUidance) boleh menurunkan tahap keagresifan pelajar yang mengikuti rawatan ?

Dengan demikian, persoalan kajian ini adalah untuk membuktikan secara pasti apakah kedua-dua model latihan yang dijalankan berkesan bagi mengurangi tahap keagresifan dalam kalangan pelajar. Seandainya berkesan, latihan manakah yang paling menor.jol bagi mengurangi tahap keagresifan dalam kalangan pelajar lelaki agresif di Medan- Indonesia. Apakah kedua model latihan yang dijalankan boleh mengurangi tahap keagresifan pelajar pada semua aspek agresif yang dikaji (aspek antisosial, marah, peras ugut, keganasan dan budaya negatif) ?, ataukah hanya berkesan ke atas beberapa aspek sahaja ? Untuk menjawab soalan-soalan di atas, wujudlah penyelidikan ini.

(32)

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis dalam kajian ini bennula daripada hipotesis nul iaitu :

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan rawatan satu (latihan pemodelan) dengan kumpulan rawatan dua (bimbingan ibu bapa) dan kumpulan kawalan pada ukuran agresif

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan rawatan satu (latihan pemodelan) dengan kumpulan rawatan dua (bimhingan ibu bapa) dan kumpulan kawalan pada aspek antisosial.

3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor mm kumpulan rawatan satu (latihan pemodelan) dengan kumpulan rawatan dua (bimbingan ibu bapa) dan kumpulan kawalan pada aspek kemarahan.

4. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor mm kumpulan rawatan satu (latihan pemodelan) dengan kumpulan rawatan dua (bimbingan ibu bapa) dan kumpulan kawalan pada aspek peras ugut.

5. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor mm kumpulan rawatan satu (latihan pemodelan) dengan kumpulan rawatan dua (bimbingan ibu bapa) dan kumpulan kawalan pada aspek keganasan (violence).

(33)

6. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan rawatan satu (Iatihan pemodelan) dengan kumpulan rawatan dua (bimbingan ibu bapa) dan kumpulan kawalan pada aspek budaya negatif.

1. 7 Kerangka Model Kajian

Kerangka model yang digunakan dalam kajian yang dijalanKan seperti yang terlihat dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1 : Kerangka Model Kajian

~IL-

_p_em_OdeJan

Latihan

Bimbingan Ibu bapa

~

Pengisian dan Tumpuan Latihan :

~

Tumpuan Ingatan Buat Semula Motivasi

Perhatian &.

kasih sayang Komunikasi- dua hala Disiplin Sosialisasi

Tujuan

..

...

"

PeriJaku Prososiall Normal

~E t

Dalam !atihan pemodelan (R 1), pengkaji lebih menumpukan kepada pengubahan tingkah laku pelajar dengan cara mengubah tingkah laku yang negatif ke arah tingkah laku yang normal, atau dari tingkah laku salahsuai menjadi tingkah laku yang cekapsuai.

(34)

Subjek yang menjalani latihan ini terfokus pada pemodelan (modelling), kerana melalui latihan ini, seseorang dengan mudah meniru atau mencontohi orang lain. Apa yang dilihat dan menjadi tumpuan perhatian seseorang akan menjadi model baginya atau sesuatu yang dapat dicontohi. Hal ini sesuai dengan as as latihan pemodelan iaitu apa yang pemah dilihat dan menjadi tumpuan perhatian ke atasnya, akan selalu diingat, setelah itu akan cuba mengulangi atau membuat semula akan hal yang sama.

Oleh itu, penyusunan modul dalam kajian ini mencerminkan adanya : Main peranan

Simulasi

Tayangan video/ Filem yang berkait dengan :

keluarga yang harmoni, anak yang solih dan solihah, akhir sebuah petualang, Ali dan Zahra, Erti sebuah kesetiaan, Liku-liku kehidupan, dan kasih sayang seorang ibu.

Perbincangan

Oi sampmg menjalankan latihan pemodelan (modelling training), pengkaji juga menjalankan latihan bimbingan ibu bapa (parental training) ke atas pelajar lelaki agresif di Medan-Indonesia. Latihan berasaskan bimbingan ibu bapa ini lebih difokuskan kepada interaksi ibu bapa dengan anak-anak mereka di rumah. Latihan berasaskan bimbingan ibu bapa mengandungi beberapa aspek seperti ibu bapa disarankan memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak- anak mereka di rumah, menggalakkan komunikasi dua hal a, melatih anak-anak agar berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan

(35)

serta menyarankan anak-anak agar dapat bersosialisasi dan menghargai orang lain. Subjek yang mendapat latihan bimbingan ibu bapa, diberikan penasihatan dan arahan yang dilakukan secara sistematik, teratur dan rasional.

Pada kumpulan kedua ini, ibu bapa diharapkan dapat mengarah, membina dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka, kerana bagaimanapun keadaan sesebuah rumah tangga turut mempengaruhi tingkah laku anggota keluarga yang ada di dalamnya. WaIT (1993b) mengatakan bahawa semakin banyak remaja berinteraksi dengan ibu bapa di rumah, maka tingkah laku salah suai anak semakin berkurang.

Kumpulan ketiga dalam penyelidikan ini ialah kumpulan kawalan (K), kumpulan ini tanpa diberikan sebarang latihan. Walau bagaimanapun kumpulan kawalan ini diperlukan dalam kajian, kerana pada kumpulan ini dijalankan ujian pra dan ujian pos serta mengadakan temubual bagi memastikan pelajar sesuai dengan pencalonan yang diberikan oleh kaunselor atau pihak sekolah.. Dengan demikian, dalam kajian ini terdapat tiga kumpulan, dua kumpulan latihan dan satu kumpulan kawalan.

1.8 Batasan Kajian

Adapun batasan kajian ini adalah sebagai yang berikut :

a. Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki agresif sahaja.

Pelajar lelaki agresif yang dimaksudkan dalam kajian In} adalah pelajar-pelajar yang memiliki tingkah laku antisosial, marah/kemarahan, peras ugut, ganas (violence) dan budaya negatif

(36)

b. Pelajar yang memihki tingkah laku antisosial adalah pelajar-pelajar yang suka mengganggu rakan, menyakiti perasaan guru, melawan pada guru, menyakiti rakan sebaya, menghina rakan, menghina guru, mengganggu orang yang lebih kecil, menconteng dinding sekolah, menuhs kata-kata kotor, menimbulkan kemarahan orang yang lebih lemah, menimbulkan kemarahan ibu bapa dan menimbulkan kemarahan guru.

c. Pelajar yang memiliki tingkah Iaku marah/ kemarahan adalah pelajar- pelajar yang sentiasa marah kepada ibu bapa, marah kepada rakan dan marah kepada saudara mara tanpa punca yang jelas.

d. Pelajar yang memiliki tingkah laku peras ugut adalah pelajar-pelajar yang sentiasa mengancam ternan, mengancam saudara, mengancam guru di sekolah, mengancam ibu bapa, meminta wang dengan paksa kepada orang yang lebih kecil dan lebih Iemah daripadanya, memaksakan kehendak kepada ternan, memaksakan kehendak kepada saudara, memaksakan kehendak kepada ibu bapa dan sentiasa bergabung (berkumpulan) dengan orang-orang yang terlibat dengan peras ugut.

e. Pelajar yang memiliki tingkah laku ganas/ keganasan adalah pelajar- pelajar yang sentiasa suka berkelahi, mahu berkelahi jika melihat orang

(37)

yang berkelahi, suka melakukan kekerasan, senang melihat ibu bapa berkelahi, suka membaca cerita yang berhubungkait dengan keganasan dan kekerasan, suka merosakkan harta benda saudara, suka merosakkanl mengkoyak buka ternen, suka merosakkan harta ternan, suka merosakkan harta ibu bapa dan suka memijak kaki ternan semasa belajar.

f. Pelajar yang rnemiliki tingkah laku budaya negatif adalah adalah pelajar-pelajar yang suka menyaksikan acara tinju di televisyen dan suka menonton filem pembunuhan di televisyen dan suka rnembaca cerita-cerita yang berisikan keganasan dan kekerasan.

g. Masa rawatan bagi tiap-tiap kumpulan dihadkan selama selama tiga bulan sahaja. Jika terdapat pelajar yang lambat maju, maka latihan ini terhad kuasanya.

h. Pelajar yang rnengikuti latihan bimbingan lbu bapa boleh terkawal hanyalah di rumah sahaja, sedangkan pengaruh yang berasal daripada rakan sebaya dan lingkungan pelajar, latihan ini terhad ke atasnya.

1.9 Definisi Operasional

Penulisan kajian ini melibatkan beberapa istilah iaitu :

(38)

1.9.1 Kesan

Kesan adalah keberhasilan atau kejayaan latihan pemodelan (modelling training) dan bimbingan ibu bapa (parental guidance) dalam mengurangkan tahap kea!:,Tfesifan pelajar yang mengikuti rawatan.

1.9.2 Latihan

Latihan ialah gerak kerja yang terdapat pada modul latihan pemodelan (lmodelling training) dan modul pada latihan bimbingan ibu bapa (parental guidance).

1.9.3 Pemodelan

Salah satu Jems rawatan atau latihan yang boleh digunakan untuk mengubah atau menurunkan tahap keagresifan pelajar, yang difokuskan kepada empat elemen iaitu penumpuan (attention), ingatan (retention), penghasilan/ buat scmula (reproduction) dan motivasi (motivation), sehingga tingkah laku agresif menurun atau menjadi normal kembali.

1.9.4 Bimbingan Ibu bapa

Bimbingan ialah penasihatan dan arahan yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Arahan yang diberikan mengandungi aspek- aspek perhatian dan kasih sayang, menggalakkan komunikasi dua hal a, melatih disiplin dan bertanggungjawab serta latihan membina perhubungan

(39)

dengan orang lain/ bersosiaI. Arahan dan bimbingan ini dijalankan oleh ibu bapa secara sistematik, teratur dan rasionaI.

1.9.5 Pelajar

Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah pelajar lelaki yang masih aktif belajar di tiga buah Sekolah Menengah Negeri (S'MP Negeri- 7, SMP Negeri-12 dan SMP Negeri-35) yang ada di Medan-Indonesia.

Pelajar-pelajar tersebut masih aktif sehingga sesi 200112002.

1.9.6 Agresif

Agresif (kelangsangan) adalah salah satu jenis tingkah laku salahsuai dan cenderung kepada tingkah laku negatif seperti suka merosakkan, menghancurkan, menyiksa, menghina dan mencederakan. Namun dalam penyelidikan ini hanya difokuskan pada tingkah laku antisosial (antisocial), marah (anger), peras ugut, keganasan (violence) dan budaya negatif.

1.9.7 Sekolah Menengab

Sekolah menengah yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Negeri 7 (SMPN-7), Sekolah Menengah Negeri-12 (SMPN-12), dan Sekolah Menengah Negeri 35 (SMPN-35) yang terdapat di Medan-Indonesia.

Ketiga-tiga buah sekolah menengah ini dijadikan sebagai sam pel kajian daripada 45 buah sekolah menengah negeri yang ada di Medan (sekolah

(40)

yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh kerajaan Indonesia}. Secara amnya usia pelajar yang diterima pada peringkat ini adalah di antara 12 sehingga 16 tahun, atau pelajar yang telah tamat daripada sekolah rendah.

1.9.8 Medan

Salah satu kawasan yang terIetak di bahagian Utara Sumatera. Medan

-

merupakan salah satu provinsi daripada 30 provinsi yang ada di Indonesia.

(41)

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam bab 1, pengkaji telah menghuraikan latar belakang masalah, pemyataan masalah, tujuan kajian, kepentingan kajian, hipotesis kajian, kerangka model kajian, batasan kajian dan definisi operasional.

Pada bab kedua ini dihuraikan pula tentang pengertian agresif, komponen- komponen agresif, kajian lepas tentang agresif, pendekatan yang sering digunakan bagi membendung tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar, pendekatan yang digunakan dalam kajian dan rumusan.

2.2 Pengertian Tingkah Laku Agresif

Sebenamya sangat sukar untuk menjelaskan pengertian yang paling sesuai bagi sesuatu istilah, kerana an tara seseorang pakar dengan pakar yang lain terdapat perbezaan pandangan dalam melihat sesuatu istilah itu. Namun demikian, penyelidik mengemukakan beberapa pendapat para ahli tentang konsep agresif

Mengikut Nazar (1992), tingkah laku agresif ialah suatu cara manusia untuk melepaskan emosinya. Dengan beraksi agresif, manusia boleh mendapatkan kepuasan sesuatu perasaan. Sudarsono (1996) berpendapat bahawa tingkah laku agresif merupakan tingkah laku fizikal yang ditujukan kepada seseorang sehingga menyebabkan kerugian atau kesakitan. Edwin dan Jack (1970) melaporkan bahawa tingkah laku agresif ialah suatu tindakan yang bertujuan menyakiti

(42)

makhluk lain. Ciri-ciri orang yang mempunyai tingkah laku agresif itu adalah suka merosakkan, menghancurkan, menyiksa, membalas, menyakiti, meradang, menghina dan mengancam. Blanchard dan Caroline (1986) berpendapat bahawa keagresifan juga dapat dikatakan sebagai sebuah konsep yang luas bermula daripada sifat suka menyerang sehinggakan suka bertingkah laku yang ganas dan merbahaya. Graves & Betsy (1997) mengatakan bahawa sifat-sifat seperti keganasan (violence), permusuhan (hostile), kemarahan (anger), konflik (conflict), jenayah (crime), pertengkaran dan peras ugut, termasuklah sifat-sifat orang yang agresif.

Brigham (1991) pula berpendapat bahawa tingkah laku agresif ialah perbuatan yang bertujuan menyakiti orang lain, sama ada secara fizikal mahupun secara psikologis. Tingkah laku agresif seringkali digunakan oleh manusia sebagai jalan untuk mengungkapkan perasaan dan menyelesaikan persoalan hidup mereka.

Bagi Bandura (1973) tingkah laku agresif boleh dikategorikan sebagai perbuatan yang membawa kecederaan dan kelakuan yang membinasakan.

Walau bagaimanapun Beck (1983) berpendapat bahawa tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang bermaksud untuk mencerdaskan seseorang secara fizikal mahupun psikologi. Beliau juga menjelaskan bahawa anak-anak yang mempunyai sifat agresif lebih cepat berkembang, lebih cergas dan lebih dinamik dibandingkan dengan anak-anak yang tidak memiliki sifat agresif Namun demikian, diperlukan pembinaan dan pengawalan ke atas anak-anak yang mempunyai tingkah laku agresif sehingga sifat dan tingkah laku mereka lebih terarah kepada yang positif Nazar (1992) berpendapat bahawa tingkah laku agresif termasuk salah satu jenis emosi seseorang. Oleh itu, jika tingkah laku

(43)

r

27

f

\ abTfesif dapat dikawal, dibendung dan dibina dengan baik, maka keagresifan itu boleh membawa pada kehidupan yang lebih dinamik. Tetapi jika tingkah laku agresif tidak dikawal dan diarahkan, maka keagresifan itu merupakan punca permasalahan jiwa. Mengikut Langgulung (1979), setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini membawa beberapa fitrah atau kecenderungan, iaitu kecenderungan menjadi baik dan jahat~ kecenderungan berbuat positif dan r1'egatif dan sebagainya.

Untuk menentukan kecenderungan mana yang paling berpengaruh pada personaliti seseorang, ia sangat bergantung pada bimbingan ibu bapa dan persekitaran di mana anak tersebut dilahirkan dan dibesarkan. Oleh itu, ibu bapa serta persekitaran banyak menentukan personaliti seseorang, sarna ada seseorang itu menjadi baik ataupun jahat~ positif mahupun negatif dan sebagainya.

Daripada beberapa definisi dan penjelasan di atas, dapatlah diambil kesimpulan bahawa orang yang mempunyai tingkah laku agresif pada hakikatnya mempunyai kecenderungan untuk berperilaku positif dan juga berperilaku negatif Ibu bapa dan persekitaran sangat banyak mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang, termasuklah untuk menentukan apakah seseorang itu mempunyai tingkah laku agresif atau tidak. Para ahli psikologi lebih ramai berkecenderungan membuat kajian tentang tingkah laku agresif yang berhubungkait dengan tingkah laku negatif dibandingkan dengan tingkah laku agresifyang positif

Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan pengambilan sampel kajian ke atas pelajar-pelajar lelaki yang memiliki tingkah laku agresif negatif sahaja.

(44)

2.3 Komponen-komponen Agresif

Ramai ahli psikologi yang menjalankan kajian yang berhubungkait dengan tingkah laku agresif dan punca wujudnya tingkah laku ab'Tesif ke atas seseorang;

namun para ahli psikologi berbeza pendapat dalam menentukan punca sebenar berlakunya tingkah laku agresif terhadap seseorang.

Mengikut Brown, Fox, & Brady (1987), serangan terhadap seseorang, ugutan, ancaman, situasi yang mengganggu, tingkah laku lain daripada yang diarah, dan terlalu ramai pelajar di dalam satu kelas belajar boleh mewujudkan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar. Durand dan Carr (1987) mengatakan bahawa tingkah laku agresif wujud pada sese orang berpunca dari masa transisi atau pada masa pertukaran kelas. Tugasan yang sukar dan ketja terlalu banyak yang diberikan kepada murid-murid boleh menimbulkan keagresifan dalam kalangan pelajar. Bagi Margaret, Delores & Isom (1998), adegan kekerasan dan keganasan yang disaksikan melalui media televisyen, sangat mempengaruhi anak- anak terhadap kcwujudan tingkah laku agresif.

Eron (1987) mengatakan bahawa tayangan televisyen yang menunjukkan keganasan dan pembunuhan banyak mempengaruhi anak-anak dan menyebabkan mereka menjadi agresif. Eron (1987) juga membuktikan bahawa anak-anak yang agresif lebih kerap menonton televisyen secara amnya. Mereka akan mencontohi watak-watak yang agresif di tclevisyen dan cenderung untuk mempercayai bahawa permusuhan yang terdapat di televisyen membayangkan keadaan dalam kehidupan sebenamya.

Sears, Maccoby dan Levin, (1957) btrpendapat ibu bapa yang agresif dan sentiasa menghukum anak-anak mereka sebenamya telah menyediakan satu

(45)

r

{ l~' ,

contoh tingkah laku yang abTfesif, kerana anak-anak mereka akan belajar menjadi agresifAxelrod, Hall, & Tams (1977) mengatakan bahawa tingkah laku agresif boleh wujud kerana susunan kerusi-meja yang tidak teratur. Rosenfield, Lambert,

& Black (1985) berpendapat bahawa tingkah laku agresif boleh wujud terhadap

diri seseorang disebabkan oleh cara guru menyampaikan pelajaran kurang disenangi pelajar-pelajar. Gardner, Cole, Davidson & Karan (1986) oerpendapat bahawa anak-anak yang terencat dan cacat boleh menjadikan dirinya bertingkah laku agresif Kennedy & ltkonen (1993) mengatakan bahawa tingkah laku agresif boleh wujud disebabkan terlebih atau terlalu banyak tidur pada waktu pagi.

Mengikut Miller (1941) prilaku agresif boleh berlaku ke atas seseorang disebabkan harapan dan keinginannya tidak terpenuhi. Beliau juga berpendapat bahawa frustasi menyebabkan wujudnya berbagai kecenderungan, salah satu kecenderungan yang wujud adalah prilaku agresif. Dollard, Doob, Miller, Mowrer

& Sears (1939) pula berpendapat bahawa agresif boleh wujud ke atas seseorang

berpunca dari perasaan kecewa (frustasi). Sedangkan Scaff, Phillips & McCartney (1990) membahagi prilaku agresif itu kepada dua bahagian iaitu agresi instrumen dan agresi emcsional. Adanya penghalang bagi mendapatkan tujuan yang diharapkan menyebabkan wujudnya agresi emosional.

Dalam membincangkan tingkah laku agresif, pengkaji memfokuskan pada beberapa bahagian sahaja iaitu : Berhubungkait dengan tingkah laku antisosial, kemarahan (anger), peras ugut, keganasan (Violence) dan unsur budaya negatif.

Budaya yang dimaksudkan ialah sesuatu yang sentiasa berlaku dalam masyarakat dan diwariskan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya (Sagan, 1974).

T erda pat beberapa perbuatan yang berlaku di masyarakat tertentu dianggap

(46)

sebagai budaya atau sesuatu yang perlu dipertahankan dan dikembangkan, tetapi oleh .masyarakat yang lain perbuatan seumpama itu dianggap sebahagian daripada tingkah laku agresif

Secara umumnya dapat dikatakan bahawa jika persekitaran atau budaya sesuatu masyarakat baik, harmoni dan berkasih sayang; maka individu yang ada di dalamnya berkecenderungan menjadi lebih baik. Demikian pula seba1iknya, jika persekitaran atau budaya sesuatu kawasan itu tidak baik, kasar dan sering berlaku kekerasan; maka budaya seumpama ini dapat membentuk individu bertingkah laku kasar dan agresif Disebabkan adanya suatu kawasan yang sengaja mendidik masyarakatnya berlaku agresif, seperti kekerasan, keganasan dan saling membunuh, maka elemen budaya atau persekitaran ini pengkaji masukkan ke dalam komponen agresif.

Dengan demikian, terdapat lima komponen agresif dalam kajian ini, tetapi yang dapat dilihat dalam belltuk tingkah laku hanyalah empat komponen.

Keempat- empat komponen tersebut seperti yang terlihat pada rajah 2.1.

Rajah 2.1 : Komponen AgresifDalam Kajian

Paling rendah Paling tinggi

Antisosial Marah Peras ugut Ganas

Selain menjelaskan ciri-ciri agresif seperti ganas, kasar, kejam, suka menggertak, saling membunuh dan lain-lain, pengkaji juga membincangkan wujudnya gangguan-gangguan psikik ini kepada manusia. Banyak gangguan psikik yang muncul disebabkan pengaruh keluarga. Ramai daripada kanak-kanak sejak

(47)

usia muda merasakan dan mendapatkan perlakuan yang tidak baik daripada situasi kel uarganya.

Pada hakikatnya ibu bapa kadang kala bukan sengaJa menyajikan persekitaran yang tidak baik kepada anak-anak, namun disebabkan keadaan ekonomi, kebudayaan, adat resam atau sosial memaksa sesebuah rumah tangga menjadi kacau bilau. Tindakan yang tidak baik seperti tindakan tit1"gkah laku agresif yang pernah dilakukan oleh salah seorang anggota keluarga dalam sebuah rumah tangga, sarna ada secara langsung mahupun tidak langsung, boleh mempengaruhi perkembangan emosi anak-anak. Demikian juga halnya dengan permusuhan, pelanggaran dan keganasan yang sentiasa dilihat anak-anak dalam persekitarannya, boJeh menjejaskan perkembangan jiwa mereka. Taylor (1994) menegaskan kesulitan ekonomi mempunyai pengaruh negatif terhadap fungsi sosial dan hubungan keluarga.

Gangguan-gangguan psikik itu wujud bukan hanya disebabkan oleh satu faktor, tetapi ia berpunca dari beberapa faktor, seperti yang dijelaskan oleh Kartini (1997) yang menyenaraikan tiga penyebab utama munculnya sikap agresif dan gangguan psikik pada anak-anak iaitu :

1) Faktor organik atau somatik, misalnya terdapat kerosakan pada otak dan proses dementia.

2) Faktor-faktor psikik dan struktur keperibadiannya, misalnya reaksi neurosis dan reaksi-psikotik peribadi yang berbeza dan pribadi yang psikotik. Kecemasan, kesedihan, sakit hati, kemurungan dan perasaan rendah diri kesemuanya boleh rnenyebabkan seseorang menjadi agresif.

(48)

3) Faktor persekitaran atau sosial yang tidak harmoni yang sentiasa dilihat dan disaksikan oleh seseorang, boleh menyebabkan seseorang itu memilikitingkah laku agresif.

Di sampmg itu, masyarakat moden yang selalu memburu keuntungan komersial dan sangat individualistik, akan selalu berasa penuh pe~samgan.

Perasaari bersaing yang dialami seseorang boleh menimbulkan tekanan batin, dan jika keadaan ini berlaku pada seseorang, maka pada suatu ketika akan meledak menjadi gangguan psikik, sehingga memudahkan munculnya tingkah laku agresif terhadap seseorang.

Begitu juga halnya pengaruh media massa seperti akhbar, filem dan televisyen kesemuanya turut merangsang dan memotivasi manusia untuk mengikuti budaya moden yang penuh dengan kemewahan dan kelengkapan semua keperluan, ingin mendapatkan kedudukan yang tinggi, ingin dihargai oleh orang ramai dan ingin memperoleh pendapatan yang sebesar-besarnya. Tetapi apabila semuanya tidak diperoleh, maka timbullah perasaan malu, takut, bingung, bimbang, cemas dan rendah diri. Akhirnya sifat-sifat ini akan melahirkan sifat kecEwa dan gangguan jiwa yang pada akhirnya muncullah tingkah laku af,'Tesif (Kartini, 1997).

Dalam suasana seperti itu, maka lahirlah beberapa pemikiran, yang miskin menjadi lebih bingung dan perasaan cern as yang berterusan, memikirkan masa hadapan keluarga dan anak-anaknya, manakala yang kaya pula selalu cemas dan khuatir kerana merasa takut akan kehilangan harta kekayaan dan kedudukan yang pernah diperolehinya. Kartini (1997) berpendapat andainya suasana tegang dan

(49)

tidak menentu seumpama ini dilihat dan diketahui oleh anak-anak dalam sesebuah rumah tangga, maka sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran dan mental anak-anak, kerana banyak gangguan psikik muncul dalam kalangan anak-anak berpunca dari seringnya berlaku kekerasan dan keganasan dalam keluarga. Dengan perkataan lain, keadaan keluarga yang tidak harmoni boleh menyebabkan munculnya tingkah laku a!:,Tfesif kepada anak-anak dalarn sesebuah keluarga.

2.4 Kajian Lepas Tentaug Tiugkah Laku Agresif

Huraian tingkah laku agresif dalam kajian ini difokuskan kepada tingkah laku agresif negatif sahaja.

Oleh itu, dalam membincangkan kajian lepas tentang tingkah Iaku agresif, pengkaji Iebih menekankan kepada lima bahagian iaitu : Berhubungkait dengan tingkah Iaku antisosial, marah (anger), peras ugut, ganas (violence) dan unsur budaya negatif.

2.4.1 Hubuugkait Agresif Deugau Antisosial

Kajian yang berhubur.gkait dengan latihan pemodelar. pemah dijalankan oleh Bandura (1959). Bandura melakukan kajian pada tahun 1959 di Amerika Syarikat ke atas 26 orang remaja yang mempunyai tingkah Iaku agresif dan 26 orang remaja yang tidak mempunyai tingkah Iaku agresif serta 52 orang ibu bapa daripada sampel berkenaan.

(50)

Hasil penyelidikan mendapati :

a) Perasaan Bermusuhan (hostility) Isteri Kepada Suami

Pada aspek permusuhan (hostility), hasil penyelidikan menunjukkan bahawa perasaan bermusuhan isteri kepada suami lebih besar pada kumpulan at,Tfesif dibandingkan dengan kumpulan yang bukan agresif, sikap kasar suami kepada isteri juga lebih besar pada kump,ulan agresif dibandingkan dengan kumpulan yang bukan agresif.

b) Rasa Bersalah (Feeling of guilt) Anak Kepada Ibu bapa

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa remaja daripada kumpulan agresif Iebih rendah rasa bersalah dan berdosa mereka terhadap ibu dibandingkan dengan kumpulan yang bukan agresif. Demikian juga perasaan bersalah kepada bapa, kumpulan agresif Iebih rendah perasaan bersalah mereka kepada bapa dibandingkan dengan kumpulan yang bukan agresif

c) Rasa Bersalah (Feeling of guilt) Murid Kepada Guru

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan agresif lebih rendah perasaan bersalah mereka kepada guru dibandingkan dengan kumpulan yang bukan agresif. Demikian juga dengan perasaan berdosa kepada guru semasa murid melakukan kesalahan atau penyimpangan, kumpulan agresif lebih rendah perasaan berdosa mereka kepada guru pada ketika membuat kesalahan berbanding dengan kumpulan yang bukan agresif.

(51)

d) Rasa Bersalah (Feeling ofguilf) Kepada Sesama Rakan

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kumpulan agresif lebih rendah perasaan bersalah mereka ketika mereka membuat kesalahan atau dosa terhadap sesama rakan, dibandingkan dengan kumpulan yang bukan ahlTesif.

e) Rasa Bersaiah (Feeling ofguilt) Ketika Melakukan Penyimpangan Seksual Kumpulan agresif lebih rendah perasaan bersalah dan berdosa mereka ketika mereka melakukan penyimpangan seksual dibandingkan dengan kumpulan yang bukan agresif.

f) Rasa Bersalah (Feeling of guilt) Terhadap Tingkah Laku Kejahatan

Kumpulan agresif lebih rendah perasaall bersalah atau perasaan berdosa mereka ketika mereka melakukan tingkah laku jenayah seperti tingkah laku ganas dan peras ugut, dibandingkan dengan kumpulan yang bukan agresif

Daripada dapatan kajian ini, Bandura (1959) menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan agresif berbanding kumpulan yang bukan agresif dalam aspek kasih sayang, sikap kasar, rasa horrnat kepada ibu-bapa, dan perasaan bersalah atau berdosa kepada ibu bapa, guru serta rakan sebaya. Demikian pula halnya dengan dapatan kajian Lahmuddin (2001) menyebutkan bahawa pelajar-pelajar yang agresif lebih rendah pencapaian

(52)

akademik mereka dibandingkan dengan pelajar-pel

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

...bersambung ke muka 12.. zaman dan masa. Sebagai ibu bapa, kita tentunya mencari jalan terbaik untuk masa depan anak-anak. Kerisauan ibu bapa yang mengahwinkan anak bawah umur

Cadangan ini adalah berkaitan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa suapaya dapat melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan lebih efektif semasa

Kajian terhadap pendidikan ibu dan bapa, pekerjaan ibu dan bapa serta pendapatan ibu dan bapa terhadap pencapaian akademik pelajar di SMK Bau bagi melihat

Mereka memberi beberapa alasan untuk mengelak bayaran yuran seperti taska tidak menawarkan perkhidmatan, pendapatan ibu bapa yang terjejas, ibu bapa yang masih

Berdasarkan dari apa yang dibincangkan di atas, dari konteks perkhidmatan yang diberikan oleh anak-anak terhadap ibu bapa OKU ini dalam pelaksanaan ibadah, majoriti ibu

Jika ketiga-tiga elemen ini iaitu ibu bapa, sekolah dan kerajaan dapat bergerak seiring dalam menyediakan rangsangan yang positif kepada pelajar, tidak mustahil

Bagi kesesuaian kajian maka digunakan kaedah Sentroid (Composite Moment). Kaedah ini menggunakan penyelesaian jelas yang diperolehi dengan cara mengambil titik pusat

5.4.2 Kesan Pengantara Efikasi Kendiri Menahan Diri Terhadap Hubungan Corak Komunikasi Ibu Bapa dengan Kecenderungan Tingkah Laku Seks Berisiko dalam Kalangan Remaja Lelaki