• Tiada Hasil Ditemukan

Indek Harga Pengguna

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Indek Harga Pengguna "

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN EKONOMI MONETARI DAN FISKAL

KURSUS : EPPE 2213

EKONOMI MONETARI

TAJUK :

DASAR MONETARI DI IRAN

NAMA PENSYARAH : DR.MOHD AZLAN SHAH ZAIDI

DISEDIAKAN OLEH :

SALWAH BINTI BULIS A131396

(2)

Page 2 PENGENALAN

Dasar monetari adalah penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Bank Pusat adalah pihakyang bertanggungjawab untuk membina dan melakukan pelaksanaan kepada polisi kredit dan monetari negara seperti yang telah dinyatakan dalam akta monetari dan

perbankan Iran(Monetary and Banking Act of Iran). Bank Pusat bagi ialah Bank Markazi Jomhouri Islami Iran. Bank Pusat Iran tertubuh pada tahun 1960. Empat objektif utama Bank Pusat seperti yang dinyatakan dalam akta monetari dan perbankan Iran, iaitu :

 Mengekalkan nilai matawang

 Mengekalkan keseimbangan dalam imbangan pembayaran

 Memudahkan transaksi perdagangan

 Membantu dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, Bank Pusat bertanggungjawab untuk mencapai beberapa fungsi berikut :

 Mengeluarkan wang

 Menyelia bank dan institusi kredit

 Merangka tindakan dan peraturan terhadap polisi pertukaran asing dan transaksi

 Peraturan terhadap transaksi emas

 Merangka tindakan dan peraturan ke atas transaksi dan aliran keluar atau aliran masuk matawang tempatan.

Sebagai Bank kepada kerajaan, Bank Pusat diberi tanggungjawab untuk memegang akaun kerajaan, memberikan bantuan pinjaman dan kredit kepada perusahaan dan agensi. Bank Pusat juga memegang fungsi sebagai pemudah kepada pinjaman daripada bank perdagangan, membeli dan menjual sekuriti kerajaan.

(3)

Page 3 SEJARAH DASAR MONETARI DI IRAN

Sebelum tahun Islamic Revolution, sistem perbankan Iran menggunakan struktur yang biasa dan dasar kewangan yang digunakan pada masa ini adalah direka berdasarkan sistem perbankan konvensional. Antara dasar kewangan yang digunakan oleh Bank Pusat pada waktu itu ialah operasi pasaran terbuka(OPT), menentukan kadar diskaun yang digunakan untuk kadar pinjaman antara bank, nisbah keperluan rizab bank-bank ditentukan oleh Bank Pusat dan menetapkan jumlah pinjaman yang maksimum.

Iran telah merangka plan yang di namakan plan yang kelima, semasa wujudnya plan ini Iran telah menghadapi kadar inflasi yang agak tinggi yang disebabkan peningkatan dalam kecairan dan permintaan agregat sejak 1350(1971/72). Ada waktu ini, ekonomi berada dalam keadaan yang baik dimana berlaku kenaikan harga minyak dan ini meningkat hasil minyak negara hampir empat kali ganda. Dalam plan yang kelima ini walaupun dasar kewangan dan dasar kredit mengucup, tetapi peningkatan dalam operasi fiskal menghasilkan tunai yang banyak untuk sektor swasta dan sistem perbankan.

Pada tahun 1383, Iran menggunakan beberapa dasar monetari iaitu :

1. Kadar keuntungan sementara deposit perbankan. Kadar keuntungan sementara perbankan deposit untuk deposit pelaburan jangka pendek telah ditentukan sebanyak 7% dan untuk deposit pelaburan jangka panjang kadar keuntungan yang yang diberikan adalah antara 13-17% setiap tahun.

2. Mudah Tunai. Dasar ini dalah untuk mencapai objektif-objektif dalam plan ketiga iaitu mengurangkan kadar inflasi.

(4)

Page 4 ALAT DASAR MONETARI YANG DIGUNAKAN

Dalam melaksanakan dasar monetari, Bank Pusat adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mengatur. Bank Pusat telah menggunakan beberapa instrument-instrumen dasar untuk

menentukan alat dasar monetari. Bank Pusat menggunakan dua instrumen iaitu alat-alat langsung dan alat-alat tidak langsung. Alat-alat langsung adalah tidak bergantung dengan keadaan pasaran.

Manakala alat-alat tidak langsung adalah bergantung dengan keadaan pasaran.

Antara alat-alat langsung yang digunakan ialah :

 Kadar keuntungan perbankan. Alat ini terhasil dengan bermulanya pelaksanaan Usury- free Banking Law dan pengenalan kepada kontrak pulangan tetap dan perkongsian, peraturan berkaitan kadar bunga atau pulangan dijangka seperti yang telah ditetapkan oleh peraturan yang terdapat dalam Usury-free Banking Law yang telah di tentukan oleh Money and Credit Council (MCC). Tambahan pula, Bank Pusat akan masuk campur dalam menentukan kadar untuk projek pelaburan.

 Credit ceiling(kredit bumbung). Berdasarkan article 4 dalam Monetary and Banking Law of Iran, Bank Pusat boleh masuk campur dan menyelia kewangan dan sistem perbankan dengan menentukan mekanisme-mekanisme untuk penggunaan dana dan menentukan tahap maksimum untuk pinjaman dan kredit.

Seterusnya antara alat-alat tidak langsung yang digunakan ialah :

 Nisbah keperluan rizab(Reserve requirement ratio). Nisbah keperluan rizab merupakan salah satu alat instrumen yang tidak langsung. Melalui nisbah keperluan rizab ini, bank Pusat boleh menurunkan atau menaikkan kadar keperluan rizab untuk mengembangkan atau mengurangkan penawaran wang. Mengikut artikel 14 dalam undang-undang monetari dan perbankan Iran, Bank Pusat adalah dibenarkan untuk menentukan nisbah keperluan rizab sebanyak 10% hingga 30% bergantung kepada keadaan liabiliti.

(5)

Page 5

 CBI Participation Papers. Pelaksanaan yang baik dalam dasar monetari adalah melalui operasi pasaran terbuka oleh Bank Pusat. Operasi pasaran terbuka menyediakan kelonggaran dalam pengurusan kecairan gangguan dalam pasaran wang.

 Akaun deposit terbuka(Open deposit account (ODA)). Tujuan merangka Usury-free Banking Law adalah untuk membenarkan bank-bank membuka akaun deposit khas dengan Bank Pusat. Pelaksanaan ODA telah diluluskan oleh Money and Credit Council (MCC) pada akhir 1377(1998/99). Objektif utama ODA ialah untuk menyesuaikan dasar kewangan untuk mengawal tunai.

Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa Negara Iran telah menggunakan alat dasar monetari seperti berikut :

 Nisbah keperluan rizab

 Operasi pasaran terbuka(OPT)

 Polisi kredit bumbung

 Deposit khas bank dengan Bank Pusat

 Operasi pertukaran asing

(6)

Page 6 PEMBOLEHUBAH DASAR MONETARI YANG DIGUNAKAN

Pembolehubah monetari adalah perkara yang boleh diukur berdasarkan harga semasa. Antara pembolehubah yang digunakan oleh negara Iran ialah hasil minyak, dan sasaran inflasi.

 Hasil minyak

Pada tahun 1350(1971/72), Iran telah berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi kerana berlaku kenaikan ke atas kecairan dan permintaan agregat. Kepesatan pertumbuhan ekonomi pada waktu ini telah menyebabkan kepada kenaikan harga minyak. Harga minyak yang meningkat menyebabkan hasil minyak Negara hampir empat kali ganda.

Perkara ini mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di mana ianya mempengaruhi penawarn wang oleh Bank Pusat. Kenaikan harga minyak telah menigkatkan lagi kadar penggangguran dan inflasi.

 Sasaran inflasi

Kenaikan harga minyak ini juga pendorong kepada peningkatan hasil Negara dan meningkatkan import Iran terhadap minyak dan mendorong kepada kenaikkan harga minyak di Iran. Iran telah melakukan sasaran inflasi dalam dasar monetari negara. Ini kerana bagi Iran, kenaikkan harga minyak telah menaikkan kadar inflasi. Kadar inflasi yang tinggi telah menjana kepada pertumbuhan ekonomi yang baik iaitu pendapatan Negara adalah bertambah.

(7)

Page 7 KESAN DASAR MONETARI KE ATAS PERTUMBUHAN EKONOMI DAN INFLASI Dalam mengukur pertumbuhan ekonomi dan inflasi akibat dasar monetari yang diamalkan, aspek yang perlu dilihat ialah pertumbuhan kadar inflasi dan pertumbuhan keluaran Negara.

Rajah 1 : pertumbuhan kadar inflasi

Rajah di atas menunjukkan pertumbuhan kadar inflasi yang dapat diukur melalui Indeks Harga Pengguna(IHP). Dapat dilihat IHP dari tahun ke tahun semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa kadar inflasi bagi Iran dari tahun 1991 hingga 2010 semakin meningkat.

Rajah 2 : pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar

0.00 50.00 100.00 150.00 200.00 250.00

1991 1993 1995 1997 1999 2001 2003 2005 2007 2009

Indek Harga Pengguna

Indek Harga Pengguna

0 5E+10 1E+11 1.5E+11 2E+11 2.5E+11 3E+11 3.5E+11 4E+11

KDNK

KDNK

(8)

Page 8 Rajah di atas menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi yang diukur berdasarkan jumlah

Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dari tahun 1991 hingga 2009 dalam nilai wang. Dapat diperhatikan bahawa jumlah keluaran bagi Iran dari tahun ke tahun secara keseluruhan adalah meningkat. Ini menunjukkan bahawa Iran mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.

Rajah 3 : kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar(%)

Rajah diatas menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi yang diukur berdasarkan peratus pertumbuhan KDNK. Daripada rajah dapat dilihat bahawa pertumbuhan peratusan KDNK bagi Iran kurang stabil di mana berlaku naik dan turun dari tahun 1992 hingga 2009.

-4.00 -2.00 0.00 2.00 4.00 6.00 8.00 10.00

1992 1994 1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010

KDNK(%)

KDNK(%)

(9)

Page 9 KESIMPULAN

Gambaran daripada ketiga-tiga rajah yang menunjukkan kadar inflasi dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi negara Iran, dapat dirumuskan bahawa alat dasar monetari yang digunakan oleh Negara Iran dapat menggalakkan kepada pertumbuhan ekonomi yang baik kepada Iran. Namun, IHP yang meningkat pada setiap tahun meransang kepada kadar inflasi yang tinggi. Dasar monetari yang diamalkan oleh Iran iaitu nisbah keperluan rizab, Operasi pasaran terbuka(OPT), polisi kredit bumbung, deposit khas bank dengan Bank Pusat, dan Operasi pertukaran asing memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan inflasi kepada Iran.

Pembolehubah monetari yang digunakan oleh Iran ialah hasil minyak dan sasaran inflasi disebabkan oleh harga minyak yang meningkat juga turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara dari segi peningkatan dalam hasil negara. Namun ianya memberikan kesan yang kurang baik kepada pertumbuhan kadar inflasi kerana kadar inflasi yang semakin meningkat. Namun kadar inflasi yang tinggi meningkatkan keluaran Negara.

RUJUKAN ;-

1. Worldbank ( URL, http://data.worldbank.org/ )

2. The Central Bank of The Islamic Republic of Iran, Bank Markazi Jomhouri Islami Iran ( URL, http://www.cbi.ir/default_en.aspx )

3. Jurnal : The Impact of Monetary Variables on

Economic Growth in Iran: A Monetarists’ Approach Vol. 15, 449-456, 2011

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian yang dilakukan oleh Boldin, Morote dan McMullen (1996) merumuskan enrolmen pendidikan tinggi memberi kesan kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK)

MacKinnon (1982) menyatakan bahawa, kadar inflasi cenderung dikaitkan dengan kadar yang tinggi daripada simpanan peribadi atau tabungan. Pada waktu inflasi berlaku, nilai

Malaysia telah mengambil langkah dengan menggubal dasar-dasar yang berkaitan pertanian negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan makanan.. Terdapat tiga dimensi

Dalam analisis empirikal ini, kami mengkaji hubungan jangka panjang di antara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar sebagai proksi kepada pertumbuhan ekonomi

Kajian empirik yang telah dilakukan untuk mengetahui hubungan perbelanjaan pendidikan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan bahawa

Keputusan ini menunjukkan bahawa apabila inflasi berlaku, keuntungan bank meningkat (ekoran daripada peningkatan kadar.. Pembolehubah bersandar adalah LCR yang mana

Analisis ke atas Thailand menggunakan pertumbuhan penawaran wang M1 menunjukkan bahawa pertumbuhan penawaran wang dan jurang output memberi kesan positif kepada inflasi dalam

Pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini bagi kedua-dua negara merangkumi kadar faedah jangka pendek (INT), kadar pertukaran benar (REER), indeks harga