• Tiada Hasil Ditemukan

Marilah kita semua mensyukuri penubuhan universiti yang kita cintai ini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Marilah kita semua mensyukuri penubuhan universiti yang kita cintai ini"

Copied!
1
0
0

Tekspenuh

(1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UKM,

Selamat menyambut ulang tahun ke - 45 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marilah kita semua mensyukuri penubuhan universiti yang kita cintai ini.

Marilah kita menanam azam setinggi gunung untuk terus memberi yang terbaik bagi menjulang nama baik universiti ini.

18 Mei, 1970, impian segenap lapisan masyarakat dijelmakan. Gegaran penubuhan UKM terasa diseluruh pelusuk negara. Tidak dapat digarap dengan perkataan apa yang terdetik disanubari setiap rakyat disaat penubuhan UKM 45 tahun yang lalu. Harapan yang begitu tinggi. Hampir separuh isi rumah negara pada ketika itu masih bergelumang dengan kemiskinan, mengharapkan kehidupan yang lebih selesa. Malaysia meletakkan harapan yang tinggi ke atas UKM untuk mencorakkan masa depan negara. Membina kesarjanaan yang memanfaatkan semua.

Warga UKM yang saya hormati,

Marilah kita mendukung citra penubuhan universiti ini, menjadi Pendaulat Amanah Negara.

Universiti yang membawa negara ini dan rakyatnya maju kehadapan dengan kesarjanaan yang disegani dan dihormati. Universiti yang Mengilham Harapan dan Mencipta Masa Depan yang gemilang untuk semua.

Ukurlah kejayaan kita merealisasikan amanah dan misi ini dalam setiap tindakan kita. Sejauh mana amanah negara telah kita tunaikan? Sebanyak manakah harapan yang telah kita ilhamkan? Apakah masa depan yang telah kita ciptakan? Ini tanggungjawab kita semua yang bergelar Warga UKM. Bukan calang-calang amanah dan misi yang kita dukung. Berat sekali, namun insyaAllah dapat kita tunaikan kiranya kita laksanakan bersama.

Tempoh 45 tahun telah mendewasakan UKM. Amanah dan harapan negara perlu ditafsir seiring dengan cabaran semasa dan mendatang. Tahap sosio-ekonomi yang lebih tinggi, keperluan dan kehendak masyarakat yang lebih canggih, lanskap persekitaran dan persaingan yang lebih getir memerlukan kita semua bersedia dan berani untuk membuat perubahan dan memikul tanggungjawab baharu yang umumnya lebih mencabar.

Banyak kelaziman yang terbina perlu dinilai dan dicorakkan semula. Kita mesti memastikan UKM terus relevan, dirujuk dan dihormati kewibawaannya. Menjadi pencetus, peneraju dan pendorong untuk seluruh negara beranjak ke era pembangunan yang baharu.

Kekuatan setiap warga perlu digembleng bersama sebanyak yang mungkin. Kita perlu tingkatkan integrasi ilmu, kepakaran dan kesarjanaan merentasi disiplin bagi mencipta penyelesaian yang bermakna dan tawaran yang bernilai tinggi. Kita perlu menstruktur pengoperasian yang menggalakkan integrasi ini. Kita mesti meletakkan penghasilan impak yang tinggi untuk semua pemegang taruh. Mencabar kelaziman secara sistematik dengan daya inovasi dan kreativiti yang tinggi perlu menjadi lumrah kita semua. Enam (6) keberhasilan strategik yang digariskan menjadi teras kepada tindakan-tindakan kita.

Sama-samalah kita menjayakan universiti ini. Kepada Allah SWT kita berharap dan mendoakan agar UKM terus berdiri gagah, cemerlang dan memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih dan salam saya pada semua Warga UKM, yang dahulu dan semasa. Selamat menyambut ulang tahun ke 45 UKM. Semoga diberkati Allah SWT semuanya.

Noor Azlan Ghazali

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bagaimana kita boleh mencabar sifat kehidupan harian ini supaya kita boleh mencapai kehidupan yang lebih autentik. Dengan menggunakan aktiviti membeli-belah seharian kita

Adalah lebih baik daripada kita menyalahkan mana-mana pihak, kita gabung dan satukan tenaga antara perrerintah, guru dan ibubapa untuk mencari penyelesaian kepada banyak masalah

Pihak universiti berharap pada tahun ini lebih ramai pensyarah UiTM yang tidak dapat menamatkan pengajian mereka diperingkat PhD, untuk mendaftar dalam program yang kita namakan

“…sebagai membantu kita menstabilkan nilai mata wang daripada sumbangan wakaf tunai itu adalah lebih baik kalau kita ada satu mekanisme yang boleh yang kita wujudkan dinar emas

Perkembangan yang di lihat menjadi keperluan pada masa depan adalah persekitaran kerja yang lebih fleksibel yang memenuhi keperluan semua pekerja, memberikan mereka

Untuk kajian ini, penyelidik memilih untuk menggunakan soal selidik strategi pembelajaran bahasa seperti yang dijelaskan oleh Alwahibee (2000) dimana strategi

KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2015 – Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Universiti Sains Malaysia (KSSUSM) yang dianjurkan oleh Sekretariat Laktasi dengan kerjasama

Jika kita mendapatkan informasi mengenai hasil ujian dalam volume yang lebih besar, seperti dari semua siswa di satu kelas atau satu sekolah, hal tersebut bisa digunakan untuk