• Tiada Hasil Ditemukan

KEPIMPINAN BERASASKAN KEBERHASILAN LAHIRKAN PEMIMPIN YANG EFEKTIF

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KEPIMPINAN BERASASKAN KEBERHASILAN LAHIRKAN PEMIMPIN YANG EFEKTIF"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC6854hm

PULAU PINANG, 2 Oktober 2015 – Kepimpinan yang berasaskan kepada keberhasilan adalah satu elemen yang perlu diterapkan dalam kalangan setiap pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM).

Mereka perlu membentuk karakternya yang tersendiri dengan keupayaan menggerakkan komitmen mahasiswa yang lain untuk bertindak selain menetapkan hala tuju yang tepat dalam organisasinya.Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) USM, Profesor Dato’ Dr Adnan Hussein berkata demikian ketika memberi amanatnya dalam Majlis Penyerahan Watikah dan Lafaz Ikrar MPPUSM sidang 2015/2016.

“MPP perlulah menjadi nadi dan pendengar kepada mahasiswa lain di universiti selain perlu bekerjasama dengan pihak universiti untuk mengambil tindakan bersama-sama dalam kecemerlangan universiti," kata Adnan.

DSC6914nm

Jelasnya, sebagai pemimpin pelajar, mereka haruslah memahami senario pendidikan tinggi negara yang tentunya sukar berfungsi secara efektif sekiranya tidak memahami misalnya Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara (PPPM-PT) dan inisiatif APEX 2020 serta memahami program-program pembangunan siswa USM dan harapan universiti terhadap anak-anak mudanya.

"Untuk menjadi pepimpin yang berjaya, mahasiswa perlulah menjadi seorang yang mampu memberikan inspirasi dan motivasi kepada orang yang dipimpin selain perlu libatsama bersama orang lain supaya organisasi yang dipimpin berjaya serta perlu menjadi seorang pemimpin yang prihatin kepada orang dipimpinnya," kata Adnan.

Tambahnya untuk menjadi seorang pemimpin yang efektif, seseorang itu perlulah mempunyai keupayaan dalam komunikasi yang berkesan di setiap tahap hubungannya sama ada perhubungan dengan orang atasannya atau orang bawahannya.

DSC6907fghg (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

KEPIMPINAN BERASASKAN KEBERHASILAN LAHIRKAN PEMIMPIN YANG EFEKTIF

03 OCT

(2)

Adnan turut menyeru barisan pemimpin MPPUSM supaya sentiasa mengupayakan organisasi dengan membina jaringan berasaskan kumpulan organisasi bukan secara individualistik supaya organisasi dapat mengekalkan jaringan walaupun pemimpin berubah-ubah.

“Melalui organisasi ini juga, kita akan berupaya memupuk kreativiti apatah lagi USM adalah antara universiti yang sentiasa mementingkan pemupukan kreativiti yang perlu dipupuk dalam kalangan mahasiswa supaya dapat mencapai matlamatnya iaitu keberhasilan,” tambahnya lagi.

Teks: Syuhada bt Abd Aziz Foto: Mohamad Danial Shahri

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Cabaran yang akan dihadapi oleh seorang pemimpin adalah bagaimana beliau perlu melatih pekerja beliau untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dan berkaliber. Dalam kata

Elektif Modul Sumber Air Lestari / Electives Module Sustainable Water Resources Elektif Subject (Pilih 1 sahaja)/ Electives Subject (Select 1 subject only) KKKA6363

Elektif Modul Sumber Air Lestari / Electives Module Sustainable Water Resources Elektif Subject (Pilih 2 sahaja)/ Electives Subject (Select 2 subject only) KKKA6363

Elektif Modul Sumber Air Lestari / Electives Module Sustainable Water Resources Elektif Subject (Pilih 1 sahaja)/ Electives Subject (Select 1 subject only) KKKA6363

Terdapat 12 ciri kekuatan peribadi yang diperlukan untuk menjadi seorang sukarelawan yang berjaya Sedia dan suka untuk memberikan khidmat, Jelas mengapa atau tahu tujuan melakukan

12 Tahun 2008 yang mana dalam pencalonan pemimpin daerah, calon pemimpin daerah tidak hanya dicalonkan oleh parti politik sahaja, malah boleh juga dicalonkan oleh masyarakat

Jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua Ayahanda dan Bonda; Mohd Noor bin Yaacob dan Siti Hawa binti Wahab dan juga seluruh ahli

Terangkan bagaimana yang cekap guru melalui p"nrrupur Bahasa Malaysia t.niutir* dapat.membantu belajar dalam pelajar menjadi bacaan.. t 30 markah