• Tiada Hasil Ditemukan

Taburan Penduduk Sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Taburan Penduduk Sarawak"

Copied!
174
0
0

Tekspenuh

(1)

1 BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dakwah adalah berkembang dan perkembangan ini secara tidak langsung juga membawa kepada perkembangan komponen-komponen dakwah, sumbangan, cabaran-cabaran dan kumpulan sasar yang dihadapi. Dewasa ini cabaran dakwah berkembang berlipat kali ganda mengikut perkembangan dunia kerana didukung kemajuan teknologi maklumat, penyebaran informasi, pemberitaan, media komunikasi, teknologi kejuruteraan, ilmu pengetahuan, budaya dan berbagai lagi aspek dalam kehidupan manusia.

Dakwah merupakan kombinasi daripada beberapa komponen seperti pendakwah, sasaran, isi kandungan, medium, persembahan, manhaj, uslub dan wasilah.1 Sehubungan itu, studi dan kajian yang menyeluruh mengenai komponen-komponen dakwah adalah penting dalam mempersembahkan dakwah berkesan.

Dakwah adalah bertujuan untuk merubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain.2 Perubahan yang dibawa oleh dakwah adalah perubahan yang besar kerana berkait dengan tingkah laku dan tindakan manusia secara berterusan. Perubahan tersebut mempunyai relevansi bukan sahaja bagi kehidupan manusia di akhirat bahkan juga kehidupan di dunia.

1 ‘Abd al-Karim Zaidan, Usul al-Da‘wah (Beirut Lubnan: Al-Risalah Publisher, 2000), 5

2 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, et. al, Dakwah Islam di Malaysia ( Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2006), 39

(2)

2 Dalam hubungkait dengan Negeri Sarawak, dakwah telah menyumbang kepada perubahan seperti kenyataan di atas. Terdapat tulisan menyebut bahawa bumi Sarawak pernah menjadi kediaman manusia tanpa agama dan primitif.

Namun begitu, dakwah yang dilakukan sejak sekian lama telah mengubah keadaan ini dan Sarawak menjadi bumi yang dihuni oleh kaum Muslimin.3

Perubahan inilah yang menarik perhatian penulis untuk mengenal pasti asas-asas yang menyumbang kepada perubahan ini berteraskan peta dakwah dengan memberi fokus kepada pelaku dakwah yang terbabit.

1.2 Latar belakang

Pengaruh agama Islam berkembang ke serata dunia melalui dakwah Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh generasi yang hidup selepas itu. Dakwah telah memulihkan aspek ibadah, keyakinan dan akhlak manusia kepada landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman.

Perkembangan Islam di Alam Melayu melalui peranan dan dakwah yang dilakukan oleh saudagar dan pedagang dari Semenanjung Tanah Arab dan India. Mereka adalah pelaku dakwah atau yang disebut dengan agent of change membawa penduduk tempatan yang kafir menjadi pengikut agama Islam.

Disamping berdakwah, para pedagang dan saudagar menunjukkan penampilan

3 Habid’s Buhigiba Bin Muhammad Bustamam, “Perkembangan Islam di Sarawak 1945-1991”

(Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994/95), xiv

(3)

3 yang molek dan budi pekerti yang luhur, amanah, jujur, bertimbang rasa dan bertanggungjawab menjadikan masyarakat tempatan menyenangi mereka.4

Sebagaimana dakwah yang berlaku di Alam Melayu, ia juga berlaku di Sarawak. Sarawak yang pada asalnya sebuah jajahan Kesultanan Brunei mendapat sentuhan-sentuhan dakwah daripada para pembesar Kesultanan Brunei.5 Setelah itu, langkah dakwah tersekat-sekat kerana diketepikan oleh James Brooke yang menjadi Rajah Of Sarawak yang juga membawa misi Kristian di Sarawak.6 Pola dan dasar pentadbiran James Brooke itu telah diteruskan oleh pengganti-pengganti berikutnya dari kalangan ahli keluarga beliau seperti Charles Anthony Brooke dan kemudian anaknya Charles Vyner Brooke dan kluarga ini telah menjajah Sarawak selama seratus tahun iaitu dari 1840 hngga 1940.

Usaha dakwah di Sarawak diteruskan oleh kalangan agamawan tempatan dari zaman ke zaman walaupun mereka berdepan dengan kesukaran. Usaha dakwah ini telah menjadikan orang-orang Islam mampu mengekalkan jati diri mereka sebagai Muslim walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang hebat daripada perubahan cara hidup masyarakat ketika itu yang ala Barat dan tentangan kuat dari pentadbiran Brooke yang menghalang dakwah daripada berkembang maju.

4 Op. Cit., Mohd. Zin, 40

5 Awang Hasmadi Awang Mois dan Sanib Said, ed., Masyarakat Melayu Sarawak (Kuching:

Yayasan Budaya Melayu Sarawak, 1998), 31-32

6 Azhar Bin Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak : Satu Kajian Mengenai Proses PengIslaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka” (Latihan Ilmiah Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 1987/88), 22-23

(4)

4 Pada tahun 70 hingga 80-an, individu yang banyak menyumbang dalam dakwah Islam di Sarawak adalah Abdul Rahman bin Ya’kub. Tokoh ini membawa pembangunan dalam aspek agama yang dicapai pada era pentadbiran beliau. Walaupun tokoh ini bukan berkelulusan agama secara formal, tetapi beliau melibatkan diri dan menggerakkan kerja-kerja dakwah. Tokoh ini telah mengetuai mengasas dan menubuhkan sebuah organisasi dakwah untuk melebarkan lagi capaian dan pencapaian dalam dakwah di Sarawak. Selain itu, tokoh ini yang juga menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak dan dengan bidang kuasa yang ada, tokoh ini mengatur langkah dan strategi untuk memperkukuhkan survival umat Islam dan dakwah di Sarawak.7

Dalam melaksana dan menggerakkan dakwah, tokoh ini berdepan dengan berbagai bentuk halangan dan cabaran. Di antara cabaran adalah dalam bentuk pengaruh dan budaya serong dari Barat yang menjadi amalan orang Islam ketika itu kerana telah dibudayakan oleh penjajah Rajah Brooke. Dalam aspek pendidikan pula, penjajah menggunakan pendekatan yang sangat halus agar tiada anak tempatan yang berpelajaran tinggi.

Menurut Fathi Duet, Kerajaan Brooke menghalang orang Melayu Islam daripada mencapai tahap pendidikan yang tinggi dengan secara halus. Penuntut Melayu Islam akan ditawarkan jawatan dan pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan sejurus menamatkan pelajaran mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana disibukkan dengan kerja dan akhirnya mereka menjadi selesa dengan pekerjaan

7 Fathi Duet (Setiausaha Agung Ke-2 BINA) dalam temubual dengan penulis pada 24 September 2013

(5)

5 yang ada dan bergantung sepenuhnya kepada Brooke dalam urusan pentadbiran negeri.8

Tokoh ini juga menghadapi cabaran dari aspek taburan suku bangsa atau etnik yang berbeza di Sarawak. Mereka selesa hidup tanpa agama atau mewarisi agama nenek moyang yang cenderung mempercayai unsur mistik dan syirik terhadap Allah. Selain itu, cabaran juga dalam bentuk muka bumi Sarawak yang begitu luas dan berbukit bukau sedangkan kemudahan yang ada sangat terbatas.9

Itulah halangan dan cabaran besar yang dihadapi oleh tokoh ini dalam menggerakkan dakwah di Sarawak. Mampukah beliau melepasi cabaran- cabaran ini dan berjaya menyumbang untuk dakwah? Bagaimanakah cara beliau menyampaikan dakwah kepada kumpulan sasar yang beragam itu? Inilah persoalan-persoalan yang menjadi asas dan objektif kajian ini.

1.3 Penyataan Masalah

Tanggungjawab menyampaikan dakwah pada asalnya tugas para nabi dan rasul yang kemudian diwarisi oleh generasi berikutnya dari kalangan orang soleh. Dakwah digerakkan bagi mengajak manusia yang ingkar untuk beriman kepada Allah. Dakwah juga adalah dalam rangka menyebarkan rahmat ke seluruh alam. Setelah ketiadaan para nabi dan rasul, tugas dakwah digalas oleh setiap orang Islam tanpa mengira apa pun kedudukannya dalam masyarakat.10

8 Ibid.

9 Abdul Rahman Fadzail (Temenggong dan Pengerusi HIKMAH Cawangan Miri), dalam temubual dengan penulis pada 14 Julai 2013

10 Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘yah (Beirut: Mua’asasah al-Risalah, 1978), 5-6

(6)

6 Surah Ali ‘Imran ayat 104 memberi ilustrasi bahawa kerja dakwah diamanahkan kepada orang Islam melalui sekelompok di antara mereka hendaklah melakukan dakwah. Seterusnya di dalam surah al-Saff ayat 4 pula menggambarkan kerja dakwah dilakukan melalui organisasi yang tersusun baik seperti sebuah susunan yang membentuk bangunan. Kerja dakwah adalah kerja berkelompok dan bukannya seorang diri. Penulis pasti bahawa ayat-ayat di atas menjadi inspirasi kepada tokoh ini dalam membina gerakan dakwah baru di Sarawak dengan mengasas organisasi dakwah.

Tokoh ini mengambil langkah menggalas tanggungjawab dakwah ini dan melakukannya dengan gigih dan secara bijaksana supaya dapat mencapai hasil yang baik. Tokoh ini mempelajari pengalaman dari sejarah yang berlaku mengenai muslihat jahat penjajah dan nasib agama Islam dan umatnya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi sebaliknya mesti dirubah.

Tokoh ini menggariskan berbagai langkah dan strategi seperti menubuhkan sebuah organisasi yang akan digunakan sebagai jentera dakwah.

Langkah ini telah membawa kepada pengIslaman beramai-ramai golongan non- Muslim dari etnik seperti Iban, Bidayuh, Cina, Melanau, Kelabit, Penan, Kenyah berlaku melalui dakwah yang digerakkan oleh tokoh ini.11

Sejauh manakah kebenaran catatan ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh tokoh ini yang menjadi sumbangan besar dalam dakwah di Sarawak, perlu diketengahkan. Oleh itu kajian ini cuba mengenali sumbangan tersebut berdasarkan objektif-objektif berikut.

11 Jawatankuasa Penyelidikan Sejarah Penerbitan dan Penerangan Perayaan 10 Tahun Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (B.I.N.A), Sepuluh Tahun BINA 1969-1979 (Singapore: Koon Wah Lithographer, t.t.), 35-37

(7)

7 1.4 Objektif

Menerusi kajian ini penulis menggariskan dua objektif untuk dicapai dan mengungkap berkenaan sumbangan dakwah serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti berikut ;

1. Mengenal pasti profil eksklusif Abdul Rahman bin Ya’kub sebagai penyumbang kepada kerja dakwah di Sarawak

2. Mengenal pasti sumbangan dakwah tokoh ini dalam gerakan dakwah di Sarawak dan landasan menginstitusikan dakwah melalui Organisasi BINA.

1.5 Skop Kajian:

Skop kajian adalah sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak dan penulis membahaginya kepada dua bahagian. Yang pertama adalah kajian terhadap latar-belakang tokoh ini dengan menelusuri profil eksklusif beliau sebagai subjek kajian. Bahagian kedua adalah berkenaan sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak yang membawa kepada penginstitusian dakwah dalam rangka meluaskan capaian dan jangkauan dakwah yang lebih besar Secara khusus kajian ini dibataskan pada perkara-perkara berikut ;

1. Bidang Kajian: Kajian ini meneliti sumbangan dakwah oleh tokoh ini.

2. Subjek Kajian: Kajian ini membataskan skop kajian kepada dua iaitu profil eksklusif tokoh ini dan sumbangan beliau dalam dakwah di Sarawak. Terdapat sumbangan yang paling utama oleh tokoh ini yang akan dimuatkan penulis dalam kajian ini.

(8)

8 3. Lokaliti Kajian: Kajian ini menghadkan rangkuman lokaliti Negeri Sarawak sahaja.

1.6 Kepentingan Kajian

Secara umumnya, penulis menghasratkan hasil kajian ini dapat meningkatkan lagi koleksi kutub khanah karya ilmiah terutamanya dalam bidang sumbangan dakwah. Kajian ini juga mempunyai nilai tambah kepada penulis kerana meluaskan pengetahuan serta penguasaan dalam bidang sains kemasyarakatan yang berkembang dari zaman ke zaman. Secara khususnya, penulis berpendapat kajian ini amat penting dan signifikan berdasarkan pertimbangan berikut:

1.6.1 Kajian ini akan mengenalpasti tokoh ini dengan lebih dekat menerusi profil eksklusif beliau. Walaupun tokoh ini mempunyai kelulusan sekular tetapi beliau tidak memandang ringan aspek agama dan umat Islam bahkan mengambil bahagian dengan aktif sekali dalam dakwah di Sarawak. Apakah yang menjadi pendorong kepada tokoh ini melibatkan diri dalam dakwah sedangkan tugas itu bukanlah tanggungjawab hakiki beliau? Inilah kepentingan kajian ini untuk memerihalkan perkara tersebut supaya dapat diketahui oleh umum mengenainya dan menjadi panduan. memperkenalkan tokoh ini dengan lebih mendalam menerusi profil eksklusif beliau sebagai penyumbang dalam dakwah di Sarawak. Umumnya, masyarakat Sarawak mengenali tokoh ini sebagai seorang politikus di atas kejayaan dalam dunia

(9)

9 politik. Namun begitu, tokoh ini juga membawa pembangunan dan kemajuan aspek dakwah dan umat Islam di Sarawak.

1.6.2 Kajian ini akan meninjau tentang sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak terutama dakwah kepada golongan non-Muslim di kawasan pedalaman. Fakta mendapati berlaku pengIslaman terhadap golongan ini dalam jumlah yang besar dan menunjukkan konsistensi dalam tempoh waktu yang panjang. Kenapa perlu berdakwah kepada golongan non-Muslim ini sedangkan keadaan umat Islam sendiri begitu parah dengan budaya hidup ala Barat? Bukankan beliau telah mencapai prestasi yang maksima apabila berjaya menjadi Ketua Menteri Sarawak? Sudah pasti ada alasan yang besar menurut tokoh ini dalam langkah-langkah yang telah diambil oleh beliau.

1.6.3 Kajian ini juga akan cuba mengupas sumbangan yang paling utama oleh tokoh ini dalam dakwah di Sarawak. Sumbangan ini telah membantu melebarkan capaian dan pencapaian dakwah dan sumbangan ini juga menjadi dimensi gerakan dakwah menjadi lebih dinamik dan berwibawa. Sekiranya dilihat dari sejarah dakwah Sarawak sememangnya telah ada pihak yang melakukan usaha mengembangkan agama Islam sebelum beliau. Kajian ini akan menjelaskan strategi yang diambil oleh tokoh ini yang membawa kepada kejayaan dakwah beliau.

(10)

10 1.7 Definisi tajuk

Sumbangan : Sesuatu yang diberikan sebagai bantuan, pemberian sebagai bantuan, bantuan, sokongan.12 Apa-apa yang diberikan sebagai bantuan atau sebagai sokongan.13

Abdul Rahman Ya’kub: Dilahirkan di Kampung Jepak Bintulu pada tahun 1928. Beliau adalah mantan presiden BINA dan mantan Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1970 hingga 1981. Beliau mengetuai kerja dakwah di Sarawak terutamanya bersama organisasi dakwah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Sumbangan beliau dalam kerja dakwah di Sarawak adalah sebuah fakta dan dijadikan perkara utama kajian ini. Tokoh ini meninggal dunia pada 10 Januari 2015 di Kucing.

Dakwah: Penyebaran agama Islam.14 Dakwah Islamiyyah sebagai panggilan ke jalan Allah.15

Sarawak : Adalah sebuah negeri yang terdapat di Pulau Borneo bersebelahan dengan Sabah dan Brunei di utara dan Indonesia yang memanjang ke seluruh tanah Sarawak di bahagian selatan. Secara geografinya keluasan muka bumi Sarawak adalah 124,449.5 kilometer persegi.16 Sarawak mempunyai penduduk seramai 2,471,140 orang dengan pecahan mengikut etnik 713,421 Iban, 577,646 Cina, 568,113 Melayu, 198,473 Bidayuh, 123,410

12 Kamus Am, (Kuala Lumpur: Cresent Newa (K.L.) Sdn. Bhd., 1997), 1028, entri “sumbangan”

13 Pusat Rujukan Persuratan Melayu, http://prpm.dbp.gov.my/, dicapai 11 Jun 2014

14 Ibid., dicapai 11 Jun 2014

15 Op.Cit, Zaidan (1982), Dasar-dasar Ilmu Da’wah (1), terj. H.M. Asywadi Syukri LC, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam, h. 1. Pemahaman ini dikaitkan dengan maksud ayat al- Qur’an, iaitu: “Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata”. Surah Yusuf, ayat 108.

16 Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2012, (Kuching: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak, 2012), 1

(11)

11 Melanau, 7,411 India, 156,436 Bumiputera lain 9,138 lain-lain dan 117,092 bukan warganegara.17 Dari segi bentuk muka bumi, Sarawak adalah negeri yang bergunung ganang yang masih diliputi oleh hutan tebal. Terdapat sungai-sungai yang menjadi penghubung penting kawasan-kawasan utama di Sarawak seperti Sungai Baram, Sungai Batang Lupar, Sungai Sarawak, Sungan Sadong, Sungai Simunjan, Sungai Belawei dan Sungai Rajang yang merupakan terpanjang di Malaysia.

Rajah 1.1: Taburan penduduk Negeri Sarawak mengikut etnik.

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak, Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2012

1.8 Kajian Lepas

Perbincangan pada kajian lepas ini akan menyentuh mengenai 4 fokus yang terdiri daripada profil eksklusif subjek kajian, penglibatan subjek kajian

17 Ibid., 10-11 713,421

568,133

123,410

577,646

123,410 7,411

156,436

9,138 117,092 100,0000

200,000 300,000 400,000 500,000 600,000 700,000 800,000

Taburan Penduduk Sarawak

(12)

12 dalam bidang politik, sejarah Sarawak dan perkembangan Islam di Sarawak.

Keempat-empat fokus ini boleh dihuraikan sebagaimana berikut:

Dalam fokus pertama yang mengaitkan profil subjek kajian boleh dirujuk dalam 2 tulisan utama iaitu H.M Tuah Iskandar (1999), Abdul Rahman Ya’kub Kancil Sarawak, merupakan sebuah biografi tokoh ini yang menceritakan sejarah beliau dari kecil sehingga menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1970. Buku ini memaparkan kecekalan tokoh ini dalam menuntut ilmu pengetahuan walaupun dibelenggu oleh kemiskinan keluarga dan dihimpit kesengsaraan hidup. Selain itu halangan yang dihadapi oleh beliau dalam perjuangannya untuk belajar sangat mencabar seperti suasana tegang semasa kemasukan Tentera Jepun di Sarawak yang memberi tekanan kepada penduduk setempat terpaksa berpindah randah bagi menyelamatkan diri dari keganasan tentera Jepun. Selain itu dan terdapat juga unsur pelecehan terhadap hak beliau untuk mendapat peluang belajar oleh orang Islam sendiri yang tidak senang dengan beliau.

Cabaran yang dialami oleh beliau berterusan semasa beliau menuntut di London dalam bentuk penyakit apendik yang serius, migrane, penyakit rindu kepada keluarga, tetapi segalanya dapat diatasi dengan bantuan Allah dan usaha beliau yang gigih.18

Karia Bin Haji Rahmat dalam Kertas Projek jabatan Usuluddin Universiti Malaya tahun 1994, “Pemerintahan Negeri Sarawak Zaman Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub: Satu Analisa Dari Perspektif Islam”,

18 Abdul Rahman Ya’kub (Mantan Ketua Menteri, mantan TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Mantan Presiden BINA), dalam temubual dengan penulis pada 6 Julai 2011

(13)

13 memfokuskan pentadbiran yang diterapkan oleh tokoh ini yang berciri dan berasaskan Islam. Tulisan ini juga memaparkan riwayat ringkas beliau, kerjaya politik dan kejayaan dasar pentadbiran yang beliau terapkan di Sarawak sehingga mencapai kejayaan. Beliau telah berjaya memujuk dan mengadakan perjanjian dengan ketua sayap militer komunis Sarawak iaitu Bong Kee Chok dengan Perjanjian Seri Aman yang telah membawa kepada penyerahan diri seramai 482 orang anggota pengganas komunis pada tahun 1974 dan kemudian menamatkan perjuangan komunis di Sarawak. Tokoh ini juga berjaya meredakan keadaan tegang di antara parti-parti politik dan menyatupadukan etnik-etnik di Sarawak. Walaupun tidak sempurna, kejayaan ini boleh dianggap sebagai besar dalam kancah politik dan perpaduan negeri Sarawak.

Penulis merangkumkan aspek profil eksklusif subjek kajian di dalam bab yang ketiga. Dengan rangkuman ini, penulis dapat mengetengahkan perihal subjek kajian dengan teperinci dalam membina gambaran mengenai tokoh ini yang mempunyai sifat-sifat yang tinggi bagi melakar kejayaan di Sarawak.

Dalam memerihalkan penglibatan subjek kajian dalam aspek politik, dapat dilihat melalui tulisan Suhaimi Mokhtar (1981), Putera Kenyalang Satu Dekad Penuh Cabaran, menceritakan pencapaian tokoh ini sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ketiga bermula pada 7 Julai 1970 hingga tahun 1981. Buku ini bukan sahaja memaparkan penglibatan beliau dalam politik, malah dalam aspek keselamatan, pendidikan, pembangunan ekonomi, pembangunan spiritual dan sebagainya. Tokoh ini telah mencurahkan khidmat bersama kerajaan pusat selama tujuh tahun dan pengalaman ini amat membantu

(14)

14 beliau dalam mentadbir negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri. Disamping itu hubungan yang baik tokoh ini dengan kerajaan pusat pula melicinkan usaha pembangunan di Sarawak dan peruntukan disalur dengan lancar dan besar.

Sebelum itu, hubungan Sarawak dengan Kerajaan Pusat tidak harmoni di bawah prntadbiran dua ketua menteri sebelum tokoh ini.

Begitu juga dengan tulisan James Ritchie (1987), Sarawak Kemenangan Bermaruah, memaparkan berkenaan konflik dalam politik yang berlaku di Sarawak pada tahun 1987. Konflik ini telah menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan lebih awal untuk diserahkan kepada rakyat Negeri Sarawak bagi menentukan kerajaan baru yang akan memerintah. Ketua Menteri ketika itu, iaitu Abdul Taib Mahmud menghadapi cubaan sebuah komplot untuk menjatuhkan beliau oleh empat orang menteri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain. Komplot berkenaan diketuai oleh tokoh ini yang merupakan bapa saudaranya sendiri. Konflik ini juga dikenali dengan nama Ming Court merujuk kepada sebuah hotel di Kuala Lumpur yang djadikan pusat gerakan komplot tersebut.

Konflik itu berakhir pada tarikh 15-16 April 1987 dengan pilihanraya DUN dan akhirya Abdul Taib Mahmud mendapat kemenangan besar dan menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak buat kali ketiga berturut-turut.

Dalam pilihanraya tersebut juga menyaksikan Abdul Rahman Ya’kub kalah oleh lawannya dari parti kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matu Daro.

(15)

15 Aspek ini juga dimuatkan di dalam bab ketiga kajian sebagai aspek yang berhubung kait dengan subjek kajian. Melalui paparan ini memperlihatkan ketulenan tokoh ini dalam bidang politik.

Aspek yang ketiga iaitu pra merdeka Sarawak dipaparkan oleh Muhammad Rakawi Yusuf (1890-1936), Hikayat Sarawak ditransliterasikan dengan pengenalan oleh Nordi Ahcie, memaparkan sejarah Negeri Sarawak semasa di bawah naungan Kesultanan Brunei. Buku ini juga menyentuh etnik- etnik asal yang mendiami pulau Borneo dan pekerjaan mereka yang disifatkan oleh James Brooke sebagai lanun, perompak dan berunsurkan kanibalisme.

Buku ini merupakan kritikan secara halus penulis terhadap buku History Of Sarawak. History Of Sarawak ditulis dua orang penulis Barat yang diupah oleh James Brooke dan gambaran mereka terhadap Sarawak dan penduduk pulau Borneo adalah tidak objektif tetapi sebaliknya negatif berdasarkan pengalaman peribadi James Brooke sendiri dan juga atas kepentingan tertentu. Namun begitu, menurut Rakawi, gambaran tersebut tidaklah sepenuhnya tepat kerana sebagai pendatang, maklumat yang diperolehi oleh James Brooke bukannya maklumat yang komprihensif dan sudah tentu mempunyai motif tertentu.

Mohammad Hasbie Sualaiman (1989), Perjuangan Anti-Cession Sarawak, memaparkan perjuangan tokoh-tokoh Melayu seperti Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datuk Bandar Kassim,19 Tuan Haji Abdul

19 Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datuk Bandar Kassim, D.P., D.S.B., D.B., D.M., C.S.S., keturunan Raja Jarum dari Jawa, pemimpin perjuangan Anti-Cession yang berwibawa dan gigih hingga ke akhir hayatnya.

(16)

16 Rahman bin Haji Kassim,20 Encik Mohd. Rakawi Yusuf,21 Rosli Dhobie22 dan banyak lagi nama-nama lain yang menentang penyerahan Negeri Sarawak kepada Kolonial Inggeris oleh keluarga Brooke. Pergerakan dan perjuangan mereka dibawah payung pertubuhan yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS). Dari kalangan wanita yang turut terlibat dalam PKMS adalah seperti Pn. Lily Eberweine,23 Datuk Ajibah Abol,24 dan Datuk Hafsah Haji Harun.25

Walaupun perjuangan PKMS adalah berasaskan semangat Melayu atau kebangsaan, namun mereka sentiasa berdamping dengan para ulama yang ada ketika itu seperti Datuk Imam Abang Haji Morshidi bin Abang Nuruddin (1877-1939) dan Imam Haji Daud Abdul Ghani. Para ulama ini sentiasa memberi bimbingan dan panduan kepada pejuang PKMS. Daripada apa yang

20 Berasal dari Perlembang Sumatera, Beliau bersama dengan Encik Mohd. Rakawi Yusuf dan Encik Johari Anang telah mengasaskan penerbitan FAJAR SARAWAK dalam awal tahun 1930. Beliau dikenali sebagai seorang ahli usahawan Melayu yang disegani. Beliau adalah pemilik Sarawak Printing Company dan menerbitkan buku-buku Encik Mohd. Rakawi Yusuf seperti Hikayat Sarawak dan novel Melati Sarawak. Selepas kematian Encik Rakawi Yusuf, beliau menyambung usaha sehingga tertubuhnya PKMS pada 10 Oktober 1939.

21 Pengasas Persatuan Kekangsaan Melayu Sarawak (PKMS) pada tahun 1939. Pengarang novel Melati Sarawak dan Hikayat Sarawak. Beliau juga pengasas akhbar pertama iaitu FAJAR SARAWAK dan menjawat Kounselor bagi Majlis Perbandaran Kuching tahun 1934-1936.

22 Pemuda yang telah membunuh Duncan Stewat, Gabenor Inggeris Kedua. Beliau adalah ahli Kumpulan Rukun 13 P.P.M di Sibu yang menentang penyerahan Sarawak kepada Inggeris.

Beliau ditangkap pada bulan Disember 1949 di Sibu dan seterusnya menjalani hukuman mati.

23 Individu yang memimpin Kaum Ibu PKMS dilahirkan pada 11 Julai 1900. Berkhidmat di pejabat Telekom pada tahun 1927-1929. Kemudian menjadi Guru Besar di Sekolah Perempuan Permaisuri. Pada 1 Julai 1947 beliau meletak jawatan dan bergiat dalam gerakan Anti-Cession dan berkhidmat dalam PKMA hingga akhir hayatnya pada 1 April 1980.

24 Lahir pada tahun 1921 merupakan pemimpin kaum wanita PKMS yang sangat dedikasi.

Beliau berperanan penting dalam penubuhan parti BERJASA pada tahun 1961. Pernah menang dalam pilihanraya dan juga pernah menjawat Menteri Kebajikan Am Negeri Sarawak. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976. Beliau adalah pemimpin Anti-Cession paling berani.

25 Beliau meneruskan perjuangan PKMS dalam sayap wanita. Beliau mengganti YB Ajibah Abol sebagai Ketua Kaum Ibu PKMS dan Menteri Kebajikan Am Negeri Sarawak. Beliau juga pernah menjawat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

(17)

17 ditunjukkan oleh para pejuang PKMS bahawa mereka memiliki kefahaman agama yang baik sentiasa komited dengan penampilan bersongkok atau berkopiah bagi lelaki dan kaum wanitanya memakai tudung kepala.26

Md. Amin Haji Abdul Rahman (2003), “Sejarah dan Perkembangan Islam di Sarawak Sebelum Merdeka”, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003), menyentuh tentang peranan Kerajaan Islam Brunei dalam penyebaran Islam di Sarawak sebelum Merdeka dalam Malaysia 1963. Tulisan ini juga menyentuh cabaran yang dihadapi oleh ulama Islam dalam menyebarkan dakwah yang datangnya dari Gabenor-gabenor Inggeris yang berkuasa ketika itu.

Zulkiple Abdul Ghani dan Juanda Jaya (2003), “Peranan Tokoh Agama Dalam Mengorganisasikan Dakwah di Sarawak Sebelum Merdeka”, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003), memaparkan perjuangan dan penentangan oleh kalangan ulama, masyarakat peribumi dan awam terhadap pemerintahan Keluarga Brooke melibatkan pertumpahan darah. Kemudian dibentangkan juga beberapa organisasi awal yang ditubuh oleh masyarakat ketika itu walaupun maklumat tentang organisasi dan mereka yang terlibat tidak dapat disahkan dengan pasti. Pertubuhan seperti Pertubuhan Darul Ihsan ditubuhkan

26 Azhar Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak:Satu Kajian Mengenai Proses PengIslaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka” (Latihan Ilmiah Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia,1987/88), 100

(18)

18 pada tahun 1914 dan Pertubuhan Darul Ikhwan tahun 1915. Kemudian pertubuhan-pertubuhan yang lain juga ditubuhkan seperti Majis Islam Sarawak (MIS), Madrasah al-Murshidiyah, PERKIS 9 Disember 1957, BINA 1968.

Muda @ Abdul Rahman dan Farah Salwani Ismail (2003), “Peranan Ulama Sarawak dalam Pembangunan Pendidikan Islam di Sarawak”, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003), menyentuh peranan para ulama dalam perkembangan pendidikan di Sarawak. Tokoh seperti Hakim Keramat adalah individu yang bertanggungjawab pada peringkat awal dakwah di Sarawak.

Beliau mempunyai anak-anak yang juga merupakan ulama dan banyak membantu beliau dalam memberi sumbangan dalam dakwah dan pendidikan di Sarawak. Tulisan ini juga memaparkan peranan Abang Morshidi (1877-1939) dalam penubuhan al-Madrasah al-Murshidiyah, Jalan Gambir Kuching (tahun 1917). Beliau juga terlibat dalam penubuhan Sekolah Kajang untuk pelajar- pelajar perempuan bersama-sama dengan Abang Abdilah dan Abang Bolhasan Daud. Abang Morshidi juga terlibat dalam penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS).

Dengan paparan aspek pra merdeka menampakkan keadaan Negeri Sarawak yang dipengaruhi oleh budaya Barat dan keadaan umat Islam yang bangun menentang penjajah. Aspek ini dimuatkan penulis dalam bab keempat.

Seterusnya pasca merdeka dalam memerihalkan perkembangan agama Islam penulis merujuk kepada tulisan-tulisan seperti Putit Matzen (2003),

(19)

19

“Perkembangan Islam di Sarawak dan Majlis Islam Sarawak”, membincangkan tentang Islam semasa jajahan Kerajaan Brunei kemudian saingan daripada James Brooke yang berhasrat menubuhkan Church Of England yang melaksanakan berbagai dakyah, menggubal undang-undang masyarakat Islam, melantik orang Islam dalam jawatan pentadbiran semata-mata untuk membujuk mereka agar tidak memberontak. Kemudian dijelaskan perkembangan Islam menerusi tiga period.

Period pertama adalah dari tahun 1963 hingga tahun 1970 yang menggambarkan perkembangan biasa seperti pembangunan masjid dan surau melalui geran Kerajaan Persekutuan. Fasa kedua ialah antara tahun 1970 dan 1981 iaitu fasa tokoh ini menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada peringkat awal, tokoh ini tidak banyak melakukan perubahan kerana fokus utama adalah melawan ancaman perjuangan komunis. Pada tahun 1975, perubahan terjadi dalam struktur Majlis Islam Sarawak apabila kerajaan memberi fokus utama pembangunan setelah ancaman komunis semakin reda. Pertambahan kakitangan dari lapan orang menjadi 14 orang dan sehingga tahun 1981 bertambah seramai 102 orang. Dari segi peruntukan kewangan bertambah dari 40,000.00 ringgit kepada 235,400.00 ringgit.

Usaha dakwah bertambah kuat apabila organisasi bukan kerajaan iaitu Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) pimpinan tokoh ini, ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1969. Kemudian BINA dikenali dengan Harakah Islamiyah (HIKMAH) dan menjadi nadi utama pergerakan dakwah negeri Sarawak.

(20)

20 Fasa ketiga pula adalah pada tahun 1981 dan sehingga sekarang.

Seterusnya diterangkan juga penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang berperanan mengurus hal ehwal orang Islam hingga ke sekarang. Dalam tulisan ini juga ada menyebut peranan BINA/HIKMAH dalam dakwah kepada golongan non-muslim secara umum.

Kipli Haji Yassin dalam desertasi sarjana beliau tahun 2005 yang berjudul

“Datuk Haji Abdul Kadir Hassan:Pemikiran dan Sumbangannya Dalam Perkembangan Islam di Kuching, Sarawak”, menyentuh bagaimana usaha yang dilakukan oleh Datu Mufti Abdul Kadir Hassan dalam perkembangan Islam di Kuching. Selain itu beliau juga menyentuh penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS) dan pengurusan kutipan zakat dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang sekarang mengendalikan kutipan zakat di Negeri Sarawak dengan imej serta pengurusan koperat.

Berdasarkan ulasan-ulasan karya lepas mengenai subjek kajian, penulis mendapati bahawa belum ada kajian dalam aspek sumbangan dakwah oleh tokoh ini di Sarawak. Di atas rasional ini, penulis akan melakukan penerokaan secara menyeluruh aspek sumbangan dakwah oleh beliau.

1.9 Metodologi Penyelidikan

Kajian ini adalah kajian deskriptif27 iaitu sebuah huraian dan memberikan gambaran yang berlaku melibatkan subjek kajian. Bagi mendapatkan dan menganalisa data, penulis menggunakan dua kaedah

27 Op. Cit, Kamus Am, entri “deskriptif”, 234

(21)

21 utama iaitu pengumpulan dan penganalisaan data melalui tinjauan keperpustakaan daripada tulisan-tulisan seperti buku, jurnal, tesis, majalah, laman sesawang dan sumber-sumber lain yang berkaitan. Data juga diperolehi melalui sesi temubual dengan subjek kajian dan mereka yang dekat serta mengenali beliau dalam rangka mendapatkan fakta yang berkaitan dengan kajian. Bagi menganalisa data pula penulis menggunakan metode-metode berikut;

1.9.1 Metode Induktif

Dalam kajian ini penulis menggunakan metode induktif dengan memecahkan masalah kajian secara terperinci sepanjang kajian. Pada peringkat awal, masalah kajian tidak begitu jelas tetapi menjadi semakin jelas pada akhir kajian.28 Dalam memerihalkan sumbangan tokoh ini, penulis mengangkat data-data yang khusus seperti latar belakang, pendidikan, kerjaya dan politik tokoh ini dan menghubungkannya dengan sumbangan dakwah beliau. Akhir sekali sumbangan dakwah tokoh ini menjadi panduan umum dalam gerakan dakwah pada masa akan datang.

1.9.2 Metode Deduktif

Bagi merungkai dan menghasilkan asas kajian, penulis menggunakan metode deduktif. Konsep-konsep, teori, dan metode

28 Idris Awang, Penyelidikan Ilmiah Amalan Dalam Pengajian Islam (Shah Alam: Kamil &

Shakir Sdn. Bhd., 2009), 23

(22)

22 umum dakwah dijadikan elemen-elemen bagi membina teori kajian.29 Bagi tujuan itu, penulis merujuk tulisan tokoh-tokoh dakwah dan pendapat mereka tentang dakwah dan digabung jalin bagi menghasilkan dan memperkukuhkan teori kajian.

1.9.3 Metode Historis

Kajian historis atau sejarah adalah untuk bertujuan menjelas atau menjelaskan kembali suatu peristiwa sejarah dari sudut tertentu.30 Penulis menggunakan metode ini terutama sekali dalam membincangkan sejarah dan perkembangan Islam di Sarawak sejak dari zaman Kesultanan Brunei, Pemerintahan James Brooke dan pasca merdeka. Daripada susur galur sejarah tersebut maka, terbentang dengan luas kesinambungan sejarah dan perkembangan dakwah yang berlaku di Sarawak.

1.9.4 Metode Komparatif

Kajian komparatif atau perbandingan adalah untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara dua entiti atau lebih bagi mencapai sesuatu tujuan dan maksud.31 Metode ini digunakan penulis dalam mengungkapkan perbandingan-perbandingan perkembangan dakwah di Sarawak dari zaman-zaman yang telah disebutkan di atas. Sememangnya terdapat beberapa perbandingan yang perlu diketengahkan dalam kajian ini dan ianya berkait rapat dengan peredaran masa dan perkembangan ilmu pengetahuan manusia.

29 Ibid

30 Ibid., 27

31 Ibid., 30

(23)

23 1.10 Penutup

Melalui kajian ini, penulis berharap dapat mengungkap sumbangan- sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak. Dengan cara ini penulis merakamkan sebuah penghargaan kepada tokoh ini kerana setiap sumbangan itu adalah sejarah dalam dakwah di Sarawak yang perlu diketahui umum.

(24)

24 BAB 2 DAKWAH ISLAMIAH

2.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang dakwah Islamiah melalui definisi- definisi secara bahasa dan istilah bagi menampakkan dakwah dengan mendasar dan jelas. Bab ini juga membincangkan golongan yang sepatutnya memikul tanggungjawab dakwah ini sehingga menghasilkan pandangan yang terang di bahu siapakah dakwah ini dipikulkan sebenarnya. Seterusnya menyentuh pula berkenaan metode, asas-asas, medium dan yang terakhir penulis juga akan menyentuh institusi dakwah. Bab ini merupakan bab terpenting kerana menjadi landasan teori kajian ini.

2.2 Pengertian Dakwah

Dari sudut bahasa, kalimat dakwah berasal daripada lafaz perkataan bahasa Arab iaitu, “

ﻰﹷﻋﹶﺩﻮﹹﻋﹾﺪﹷﻳ ﺓﻮﹿﻋﹶﺩ

”. Perkataan “

ﺓﹶﻮﹿﻋﹶﺩ

“ adalah

istilah yang dikembangkan dari kalimat “

ﻰﹷﻋﹶﺩ

“ yang bermaksud meminta

tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil dan menyeru.32

D‘a, da‘wan, wa da‘watan, menuntut dengan sesuatu untuk hadir atau mendekat.33

32 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab (Lubnan, t.t.), 2: 257-261

33 Ibrahim Unais et al., al-Mu‘jam al-Wasit (cet. ke-2, Tehran-Iran, t.t., 1972), 1:286

(25)

25 Di dalam Ensiklopedia Islam menyebut makna dakwah adalah setiap usaha dan aktiviti yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah S.W.T selari dengan ruang lingkup akidah, syariat dan akhlak Islamiah.34

Perkataan dakwah berasal dari kalimat Arab da‘a yad‘u yang bermaksud seruan, panggilan, imbauan, undangan atau jemputan.35 Menurut

‘Abd al-‘Aziz ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung.36

Jum‘ah Amin mengertikan dakwah adalah sebagai al-nida’ yang bermaksud memanggil. Juga sebagai menyeru atau mendorong pada sesuatu.

Seterusnya beliau melanjutkan bahawa dakwah ialah usaha sama ada dengan perkataan atau perbuatan untuk menarik manusia ke sesuatu mazhab atau agama.37

Taufik al-Wa’iy menyatakan bahawa dakwah merupakan sebuah upaya merubah atau menjaga sasaran dakwah untuk berpihak kepada pendakwah melalui ucapan dan perbuatan.38

Daripada apa yang dikemukakan di atas menunjukkan maksud dakwah dari pengertian bahasa adalah merujuk kepada usaha mengajak atau menyeru ke suatu arah dan ianya semata-mata menyeru. Dengan pengertian bahasa ini,

34 Van Hoeve, Ensiklopedia Islam (cet. ke-3, Jakarta: PT Ichtiar Baru,1994), 1: 280

35 Wan Muhammad Bin Wan Muhammad Ali, Pedoman Da‘wah Islamiyyah (Kuala Lumpur:

Dewan Pustaka Fajar,1985), 2

36 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya,1997), 1

37 Jum‘ah Amin ‘Abd al-‘Aziz, Al-Da‘wah, Qawa‘d wa Usul, terj. Abdul Salam Masykur (Solo:

Gema Islami Press,1997), 22-23

38 Taufik al-Wa’iy, Dakwah Ke Jalan Allah Muatan, Sarana dan Tujuan, terj. Muhith M. Ishaq (Jakarta: Robbani Press, 2010), 12

(26)

26 makna dakwah sangat umum tanpa arah dan halatuju yang teperinci. Oleh yang demikian kita melihat ada istilah seruan untuk berjimat cermat, seruan untuk berwaspada daripada penipuan jual beli maya. Terdapat juga istilah undangan ke majlis persandingan, akikah, jemputan merasmikan majlis dan berbagai lagi.

Istilah-istilah ini adalah benar dalam pengertian dakwah secara bahasa yang bermaksud seruan, jemputan dan undangan.

Dari sudut istilah pula, ‘Abd al-Karim Zaidan menyatakan bahawa dakwah adalah menyeru kepada agama Allah S.W.T iaitu agama Islam.39 Dakwah adalah ajakan atau seruan membawa umat manusia kepada jalan yang benar.40 Dakwah adalah mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamalkan aqidah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh pendakwah sendiri.41

‘Abd al-‘Aziz menyatakan dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah S.W.T.42 Ia juga merupakan tanggungjawab bersama setiap individu dan merupakan seruan yang menuntut manusia menerima kebajikan manusia, menghormati nilai kemanusiaan dan menghayati kesempurnaan tuntutan naluri manusia.43

Dari hujah-hujah dan pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa dakwah adalah usaha mengajak dan menyeru manusia kepada agama Islam,

39 Op. Cit, Zaidan, 5

40 Hamka, Tafsir al-Azhar (Jakarta: Pustaka Panjimas, jilid 13-14, 1983), 321

41 A. Hasjmy, Dustur Da‘wah Menurut Al-quran (Jakarta: Penerbit Bulan Bintang, 1974), 28

42 Op.Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 2

43 Berhanuddin Abdullah, “Pengurusan Dakwah Dalam Menangani Gejala Sosial,” dalam Dakwah dan Perubahan Sosial, Md. Sham et al. (Kuala Lumpur: Utusan Publication

& Distributors Sdn. Bhd., 2000), 143

(27)

27 mengubah kebatilan kepada kebenaran, keingkaran kepada ketaatan keluar dari kegelapan kesesatan untuk menuju cahaya Islam yang terang benderang secara zahir atau pun batin. Pengertian menurut istilah ini membezakan dakwah Islamiah daripada dakwah-dakwah secara bahasa seperti yang dinyatakan di atas. Dakwah Islamiah pula berbeza daripada dakwah-dakwah yang lainnya kerana ia menyeru, mengajak dan menjemput manusia kepada agama Allah SWT bukan agama lain.

Daripada apa yang disaksikan dalam kenyataan sekarang ini, terdapat ajakan dan seruan kepada berbagai keyakinan dan aliran seperti ajakan kepada semangat nasionalisme, seruan kepada agama Kristian, seruan kepada aliran menyimpang seperti Rasul Melayu, Tuhan Harun, Kerajaan Langit Ayah Pin dan sebagainya adalah berbeza daripada dakwah Islamiah. Dakwah-dakwah ini membawa manusia kepada kesesatan sedangkan dakwah Islamiah membawa manusia kepada Allah SWT dan merupakan dakwah yang benar.

Dengan ini, pengertian dakwah menurut Istilah menjadikan mudah untuk memahami dakwah dan mudah pula untuk melaksanakannya. Seterusnya penulis akan menyentuh beberapa sub-judul tentang keperluan dakwah bagi manusia dan pihak yang sepatutnya memikul tugas dakwah ini. Pada hemat penulis keseluruhan sub-judul ini akan membentuk gambaran tentang keutamaan dakwah dan penglibatan setiap Muslimin dan Muslimat dalam dakwah yang memiliki signifikan yang tersendiri.

(28)

28 2.3 Dakwah Sebuah Keperluan Bagi Manusia

Dakwah merupakan misi utama Allah S.W.T mengutus para nabi dan rasul kepada seluruh manusia. Pada hakikatnya manusia sangat memerlukan dakwah kerana dakwah mengembalikan penyembahan manusia kepada haluan yang betul iaitu kepada agama Allah S.W.T sahaja sebagaimana yang sabit dari ayat 56 Surah al-Zariat mengenai penciptaan jin dan manusia untuk menyembah Allah.44

Dari paparan perjalanan hidup manusia, berlaku penyimpangan dari kebenaran terutamanya setelah kewafatan nabi mereka. Perkara ini menyebabkan tidak ada pihak yang mengingatkan mereka tentang tanggungjawab agama, hukum hakam dan akhlak mulia, akhirnya kehidupan mereka tersasar dari kebenaran. Oleh yang demikian ketika penyimpangan tersebut berada pada kemuncaknya, Allah mengutus nabi atau rasul untuk menyeru mereka supaya kembali kepada agama Allah yang fitrah.45

Tradisi penyimpangan yang berlaku pada zaman silam berlanjutan dan merebak ke zaman yang berikutnya tetapi berbeza dari segi pola dan corak.

Penyimpangan tersebut adalah bersesuaian mengikut zaman dan tempat ianya berlaku.

Dalam kehidupan zaman sekarang menyaksikan manusia telah mengalami perubahan dari kesolehan menjadi pelaku maksiat. Tidak sedikit dari kalangan umat Islam sekarang ini mengamalkan corak hidup yang bertentangan dengan ajaran Islam bahkan ada yang meninggalkan

44 M. Natsir, Fiqhud Dakwah, ed.ke-2 (Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd, 1982), 29

45 Jasim Bin Muhammad Muhalhil Al-Yasin, Li al-Du‘at Faqat Da‘kwah Ikhwan (Kuwait: Darul Al-Dakwah, 1986), 9

(29)

29 tanggungjawab agama sama sekali. Perkara ini perlu dubah tetapi tidak ada kesanggupan dari kalangan manusia untuk melakukan perubahan terhadap mereka melainkan para pendakwah. Dakwah dan pendakwah diperlukan untuk menghentikan keadaan ini dan mengembalikan kesolehan.

Dakwah perlu disampaikan secara tepat dengan keperluan kumpulan sasar kerana akan berjaya membawa perubahan pada mereka. Maka, di atas rasional ini menunjukkan dakwah adalah penting agi manusia dan mesti digerakkan.46

Begitu jelas sekali bahawa kedudukan dakwah dalam kehidupan umat Islam adalah penting lebih-lebih lagi umat yang tidak sempat melihat wajah nabi mereka dan mendapat bimbingan secara langsung daripada beliau. Secara analogi, dakwah boleh diibarat sebuah terapi dalam membawa umat Islam kepada kehidupan selari kehendak Allah S.W.T setelah berlakunya penyimpangan.

Dakwah Islamiah adalah panggilan ke jalan Allah merupakan salah satu tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam.47 Tuntutan agama ini mengandungi keutamaan disebabkan dakwah merupakan satu keperluan bagi manusia seluruhnya bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan di dunia ini.48

Seterusnya penulis menyentuh berkenaan golongan yang sepatutnya membawa dan memikul tanggungjawab dakwah pada era setelah kewafatan para utusan Allah S.W.T dari kalangan nabi dan rasul.

46 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 28

47 Op. Cit, Zaidan, 108

48 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantat Dakwah, 7

(30)

30 2.4 Dakwah Adalah Tanggungjawab Semua

Beberapa persoalan besar yang sering didengar berkenaan dakwah iaitu:

Siapakah yang berkewajipan melakukan dakwah? Apakah tanggungjawab ini terbatas hanya di atas bahu para ulama, atau kepada sesiapa sahaja? Bagaimana pula golongan yang bukan ulama, bolehkah mereka berdakwah? Persoalan- persoalan ini akan dijawab dengan menelusuri pendapat dan huraian berikut.

‘Abd al-Karim Zaidan menyebut berdakwah menyeru manusia kepada agama Allah merupakan kewajipan ke atas bahu dan pundak kaum muslimin yang sebelumnya diwajibkan ke atas para nabi dan rasul yang diutus oleh AllahS.W.T kepada setiap umat.49

A. Hasjmy yang menyatakan secara umumnya kefardhuan berdakwah adalah terletak ke atas bahu kaum Muslimin dan Muslimat. Namun, beliau meneruskan bahawa secara khusus pelaksanaan dakwah berbeza mengikut kesesuaian, kemampuan dan kepakaran masing-masing.50

Hasanuddin Abu Bakar pula menyebut bahawa dakwah menjadi kewajipan setiap Muslim dan Muslimat mengikut kesesuaian dan bidang masing-masing.51

Dengan penjelasan di atas, jelaslah bahawa tanggungjawab dakwah terletak di atas bahu semua kaum Muslimin dan Muslimat melalui cabang dan kemampuan yang dimiliki oleh masing-masing. Kewajipan tersebut mestilah dilaksanakan oleh seluruh umat Islam tetapi dikhususkan kepada kalangan ulama apabila memasuki aspek-aspek yang spesifik seperti syari‘at Islam dan

49 Op. Cit, Zaidan, 308

50 Op. Cit., Hasjmy, 71

51 Hasanuddin Abu Bakar, Meningkatkan Mutu Dakwah (Jakarta: Media Dakwah, 1999), 3

(31)

31 pelaksanaannya, ekonomi, politik, pendidikan, ibadat, hudud, dan akidah.

Dalam pandangan umum, maka tugas menyeru dan mengajak manusia kepada agama Islam terletak di atas bahu sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam.

Pada pendapat penulis, seandainya tanggungjawab menyampaikan dakwah dihadkan kepada golongan tertentu sahaja tentulah sukar dan berat kepada golongan tersebut. Perkara ini juga bertentangan dengan amalan dakwah yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW yang melibatkan para ramai sahabat seperti Abu Bakr al-Sidiq, ‘Abd Rahman bin ‘Auf yang merupakan ahli perniagaan. Abu Zar al-Ghifari, Salman al-Farisiy dan Bilal bin Rabbah yang merupakan golongan pendatang, Umar al-Khatab seorang pemuka Quraisy yang terhormat, Ali bin Abu Thalib seorang dan Mus‘ab bin Umair dari kalangan anak muda. Mereka ini bukanlah dari golongan ulama dalam erti bukanlah golongan elit agama tetapi manusia biasa dan mereka berdakwah kepada manusia.

Analisa di atas diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang menyatakan bahawa tanggungjawab dakwah menyampaikan kebenaran, mencegah kemungkaran terletak diatas bahu sesiapa sahaja dari kalangan orang beriman. Sabda baginda;

ُدَّمَحُم اَنَ ثَّدَح ِنْب ِتِباَث ُنْب ِنَمْحَّرلا ُدْبَع َوُه َناَبْوَ ث ِنْبا ْنَع َفُسوُي ُنْب ُدَّمَحُم اَنَ ثَّدَح ىَيْحَي ُنْب

ُلوُسَر َلاَق َلاَق وٍرْمَع ِنْب ِهَّللا ِدْبَع ْنَع ِّيِلوُلَّسلا َةَشْبَك يِبَأ ْنَع َةَّيِطَع ِنْب َناَّسَح ْنَع َناَبْوَ ث ِهَّللا

َّللا ىَّلَص َّيَلَع َبَذَك ْنَمَو َجَرَح َلََو َليِئاَرْسِإ يِنَب ْنَع اوُثِّدَحَو ًةَيآ ْوَلَو يِّنَع اوُغِّلَ ب َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُه

ِراَّنلا ْنِم ُهَدَعْقَم ْأَّوَ بَتَيْلَ ف اًدِّمَعَ تُم

(32)

32 Terjemahan: Muhammad bin Yahya menceritakan kepada

kami, Muhamrnad bin Yusuf menceritakan kepada kami, dari Ibnu Tsauban dari Abdurrahman bin Tsabit bin Tsauban—, dari Hassan bin Athiyah. dari Abu Kaisyah As- Saluli, dari Abdullah bin Amru. ia berkata. Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikan (ajaran) dariku meski hanya satu ayat.

Sampaikanlah berita dari kaum bani Israil, dan itu tidak ada dosa (bagi kalian). Siapa saja yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di neraka.”52

Dari hadith memberi maksud bahawa tiada pembatasan kepada golongan tertentu untuk menyampaikan apa-apa yang datang dari Nabi Muhammad SAW. Apa yang datang dari Nabi Muhammad SAW sudah semestinya ajaran agama yang perlu disampaikan kepada manusia. Kata-kata nabi :

“...Sampaikan dariku meski hanya satu ayat...” menjelaskan sesiapa sahaja boleh menyampaikan ajaran tersebut. Dengan ini memperkuatkan lagi bahawa tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua Muslim dan Muslimat walaupun perkara yang disampaikan itu adalah sedikit.

Di dalam sabda baginda yang lain Nabi ada menyatakan ; َص ِهَّللا َلوُسَر ُتْعِمَس ِهْيَلَع اَم ىَضَق ْدَقَ ف اَذَه اَّمَأ ٍديِعَس وُبَأ َلاَقَ ف ُلوُقَ ي َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُهَّللا ىَّل

ْنَم

َف ِهِناَسِلِبَف ْعِطَتْسَي ْمَل ْنِإَف ِهِدَيِب ُهْرِّ يَغُ يْلَ ف اًرَكْنُم ْمُكْنِم ىَأَر ْعِطَتْسَي ْمَل ْنِإ

َأ َكِلَذَو ِهِبْلَقِبَف ُفَعْض

ِناَميِْلْا Terjemahan: Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah beliau mengubahnya dengan tangannya, seandainya beliau tidak mampu hendaklah dengan lisannya

52 Hadith riwayat al-Tirmdizi, Kitab Ilmu, Bab Bani Israel Sunan al-Tirmizi, no. Hadith 2669, yang ditashihkan oleh Nasirudin al-Albani, , Shahih: Ar-Raudh An-nadhir (582) dan Takhrij Al Ilmi li Abu Khaitsamah (45/119); Abu Isa berkata, "Hadits ini hasan shahih."

Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Abu Ashim menceritakan kepada kami, dari Al Auza'i, dari Hassan bin Athiyyah, dari Abu Kabsyah As-Saluli, dari Abdullah bin Amr, dari Rasulullah dengan hadits yang sama. Shahih.

(33)

33 dan seandainya tidak mampu hendaklah dengan hatinya dan

itu adalah selemah-lemah iman.53

Abdul Rahman Ya’kub melibat diri dalam dakwah kerana ia adalah tanggungjawab setiap Muslim sebagaimana dibentangkan sebelum ini. Tokoh ini melibatkan diri dalam dakwah dan mengetuainya sedangkan beliau bukanlah ulama dan bukanlah berkelulusan agama secara formal. Tokoh ini juga berjaya memecah tradisi dalam amalan dakwah di Sarawak kerana sebelum ini gerakan mengembangkan agama Ialam dilakukan oleh golongan ulama sejak dari awal lagi.

Satu perkara yang penting dikemukakan di sini adalah kejayaan tokoh ini membuka dimensi gerakan dakwah daripada gerakan secara individu kepada gerakan secara kolektif dan menubuhkan organisasi untuk tujuan tersebut.

Tokoh ini sebenarnya telah mendapat didikan agama daripada ayahnya sendiri sejak dari kecil lagi sehingga beliau mampu membantu ayahnya mengendalikan kelas mengaji al-Quran pada usia mudanya. Penulis berpendapat bahawa tokoh ini seorang yang berkeyakinan tinggi dan mengamalkan ilmu yang diterimanya. Apa yang diajarkan oleh ayah beliau telah menyerap ke dalam tubuhnya menjadi kekuatan dalaman kepada beliau dan menganggap ayahnya menjadi model yang baik. Dalam kontek yang lebih luas tokoh ini menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai modelnya disebabkan ajaran agama Islam yang diajarkan oleh ayah beliau datang dari Nabi Muhammad SAW.

53 Sahih Muslim bi al-Syrah al-Imam al-Nawaawi (Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, Jilid 1, tt), 50

(34)

34 Menurut Albert Bandura dalam teori pembelajaran sosial menyebut role model sebagai elemen kuat yang boleh membentuk seseorang sebagaimana yang dimiliki oleh model tersebut.54

Jadi penulis berpendapat tidak hairanlah Abdul Rahman Ya’kub mempunyai semagat keagamaan yang kuat kerana bercermin dari model- modelnya.

Menyentuh mengenai isi kandungan dakwah, diantaranya adalah mencegah kemungkaran. Oleh yang demikian hadtih ini juga dapat difahami kewajipan mencegah kemungkaran melalui jalan dakwah terletak di atas bahu sesiapa sahaja dari kalangan Muslimin dan Muslimat berdasarkan kalimat : ...Barang siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah merubahnya dengan tangan...

Secara umumnya, tiada agama dan ajaran kerohanian yang menyokong kemungkaran, sebaliknya berusaha untuk mencegahnya kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia yang normal. Oleh yang demikian semua bentuk kemungkaran wajib dicegah dan sekiranya dibiarkan akan merebak sehingga sukar untuk ditangani.

Tokoh ini berazam kuat dan bertekad tinggi untuk melakukan perubahan terutamanya kepada umat Islam kerana masih banyak yang melakukan perkara- perkara yang salah sama ada dari sudut amalan agama, tingkah laku buruk, perpecahan, pendidikan dan sebagainya melalui jalan dakwah. 55

54 Abdullah Hassan, Berdakwah Dengan Efektif : Teori dan Teknik Moden Menolong

Perubahan Tingkah Laku (Batu Caves Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd., 2007), 20

55 Op. Cit., Abdul Rahman Ya’kub, temubual

(35)

35 Pakar motivasi menyebut semua teori motivasi mempunyai objektif yang sama iaitu untuk menerangkan sebab manusia melakukan apa yang mereka lakukan dan percaya semua kelakuan manusia mempunyai sebab. Oleh itu, matlamat tersebut menjadikan manusia melakukan perkara itu secara berulang- ulang atau berterusan.56

Tokoh ini bertekad merubah keadaan umat Islam di Sarawak dari berbagai lapisan dan peringkat umur kerana masyarakat yang baik dan berpendidikan dapat diharap membawa pembangunan dan kemajuan untuk Negeri Sarawak.57

Penulis telah mampu mencungkil landasan dan asas terhadap penglibatan tokoh ini dalam dakwah dan membawa dua hujah-hujah di atas yang menjadi teori dakwah terhadap tokoh ini.

Setelah menelusuri dalil-dalil di atas dapat disimpulkan bahawa dakwah merupakan kewajipan setiap orang Islam tanpa mengira status dan kedudukan mereka sama ada guru, pegawai, penuntut, pemandu, menteri, petani atau sesiapa sahaja. Penulis berpandangan bahawa memang sewajarnya umat Islam mengambil peranan aktif dalam dakwah bagi membendung gejala yang merosakkan daripada berlaku kepada umat Islam dewasa ini. Sikap mengambil ringan terhadap tanggungjawab ini atau meninggalkannya sama sekali, akan mencetuskan impak negatif yang besar dan meruntun kesolehan umat Islam tanpa mengira di mana mereka berada.

56 Op. Cit., Hassan, 4

57 “Sepuluh Tahun BINA”, FNM, 1979, video

(36)

36 Oleh itu kerja dakwah mesti dilestarikan dengan mengambil kira aspek- aspek rasa tanggungjawab, kewangan, pra-sarana, dan metode bagi menghasilkan dakwah yang dinamik, terkini dan tepat. Metode atau cara pelaksanaan sesuatu kerja adalah penting kerana akan mempengaruhi hasil yang diperolehi. Oleh yang demikian penulis akan membahas tentang metode dakwah kerana merupakan segmen yang penting dalam menghasilkan dakwah yang berkesan.

2.5 Metode Dakwah

Metode adalah cara melakukan sesuatu atau sistem.58 Ia berasal dari Bahasa Inggeris (method) yang bererti sistem, aturan atau kaedah.59 Ia juga merupakan proses keilmuan untuk memperoleh pengetahuan secara sistematik berdasarkan bukti fizikal.60

Di dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary mendefinisikan method sebagai a particular way of doing something iaitu cara tertentu melakukan sesuatu. 61

Selanjutnya metode merupakan satu disiplin yang dibuat bagi menggapai sesuatu matlamat yang dikehendaki. Ia merupakan pengaturan khusus secara keilmuan yang tinggi mencakupi di dalamnya logika yang kemas.62

58 Kamus Dewan Edisi Baru (cet. Ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991), 826, entri “metode.”

59 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 75

60 Pengertian-metode- Ilmiah,http://ami26chan.wordpress.com/2011/03/3// , dicapai 15 Mac 2012

61 A S Hornby, Oxford Advanced Learner’s Dictionary, Sally Wehmeier et.al (Ed.) (UK:

Oxford University Press,2005), 925

62 Mohd. Ismail et.al, “Pemetaan Dakwah di Negeri Johor: Kajian Lokasi, Metodologi &

Pengaplakasiannya di Skudai, Kulai, Pasir Gudang dan Johor Bahru” (Kajian, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti teknologi Malaysia, 2006), 10-11

(37)

37 Dari definisi-definisi di atas memberikan makna bahawa metode bermaksud cara atau sistem dalam melaksanakan sesuatu tugas atau fungsi.

Jika digabungkan metode dengan dakwah bermaksud cara atau sistem, kaedah dan pendekatan sistematik dalam menyampaikan dakwah.

Dengan cara dan kaedah yang betul dalam menyampaikan dakwah kepada kumpulan sasar, akan membantu mempermudahkan tercapainya objektif dan matlamat dakwah. Ini menunjukkan kedudukan metode dakwah sangat penting dalam mencipta peluang-peluang yang besar dalam menakluki sasaran dakwah.

Terdapat sebuah lagi istilah yang sangat hampir dengan metode dakwah, iaitu metodologi dakwah sedangkan keduanya mempunyai sedikit perbezaan.

Metodologi dakwah adalah studi mengenai cara dan kaedah berdakwah yang baik untuk mendapatkan hasil yang tepat manakala metode dakwah adalah cara menyampaikan dakwah.63

Perbincangan mengenai metode dakwah amat luas, dinamik dan bersifat mutakhir atau kontemporari. Penggunaan metode dalam dakwah merupakan tradisi para nabi dan rasul yang diutus oleh Allah S.W.T sebagaimana dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada kaum kafir Quraysh di Mekah dan di Madinah berjalan di atas metode dakwah yang baik. Dengan itu, dakwah Nabi Muhammad S.A.W diterima dan berbondong-bondong dari

63 Op. Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 75-76

(38)

38 kalangan kafir Quraysh memeluk agama Islam, bahkan juga dari kalangan masyarakat luar Semenanjung Arab juga menerima Islam.64

Dari pengamatan penulis, sebahagian besar ulama dakwah yang membincangkan mengenai metode dakwah berpaksi daripada ayat 125 Surah al-Nahl. Daripada ayat tersebut, tersurat tiga asas utama metode dakwah iaitu metode hikmah, metode nasihat yang baik dan metode dialog yang perlu diberi keutamaan oleh para pendakwah yang melakukan dakwah.65

Firman Allah S.W.T;

ىيِه ِتَِّلاِب ْمُْلِْداىجىو ِةىنىسىْلْا ِةىظِﻋْﻮىمْلاىو ِةىمْكِْلْاِب ىكِّبىر ِليِبىس ىلَِإ ُعْدا ُنىسْحىأ

ىنﻳِﺪىتْهُمْلاِب ُمىلْﻋىأ ىﻮُهىو ِهِليِبىس ْنىﻋ َّلىض ْنىِبِ ُمىلْﻋىأ ىﻮُه ىكَّبىر َّنِإ

al-Nahl (16): 125

Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang- orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Menurut M. Natsir, ketiga-tiga asas ini adalah petunjuk-petunjuk pokok dakwah yang diamalkan oleh para rasul dan para pendakwah yang akan berdakwah.66 Penulis akan memperincikan ketiga-tiga asas berkenaan pada huraian-huraian selanjutnya.

64 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, Metodologi Dakwah (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2001), vii

65 Op. Cit, Mohd. Zin et. al, Dakwah Islam Di Malaysia, 98

66 Op. Cit, M. Natsir, 158

(39)

39 2.5.1 Hikmah (Al-Hikmah)

Ibnu Jarir menyebut mengenai firman di atas : “...serulah ke jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan...”, sebagaimana dunukilkan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya iaitu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW menyeru manusia kepada apa yang telah diturunkan Allah kepadanya daripada kitab al- Quran dan sunah.67

Ibnu Jarir memberikan maksud hikmah adalah kitab al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW iaitu kitab pegangan orang Islam sebagai panduan hidup dan kitab tersebut tiada mengandungi keraguan di dalamnya. Kemudian beliau juga menggandingkan kitab al-Quran dengan sunah iaitu sesuatu yang datangnya dari Nabi Muhammad SAW sendiri dalam rangkuman erti hikmah.

Menurut Hamka dalam Tafsirnya al-Azhar pula menyebut ; ...hikmah adalah kebijaksanaan iaitu dengan secara bijaksana, akal budi yang mulia, dada yang lapang dan hati yang bersih menarik perhatian orang kepada agama atau kepada kepercayaan kepada tuhan. Kata-kata hikmat itu kadang- kadang diartikan orang dengan filsafat [falsafah]. Padahal dia adalah inti yang lebih halus dari filsafat. Filsafat hanya dapat difahamkan oleh orang-orang yang terlatih fikirannya dan tinggi pendapat logiknya. Tetapi hikmah dapat menarik orang yang belum maju kecerdasannya dan tidak dapat dibantah oleh orang yang lebih pintar. Kebijaksanaan itu bukan sahaja dengan mulut, melainkan termasuk juga dengan tindakan dan sikap hidup. Kadang-kadang lebih berhikmah diam daripada berkata...68

67 Ibnu Kathir, Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, (Lubnan, Beirut: Al-Andalus, 1983), 235

68 Op. Cit., Hamka, 321

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini meneliti wujudnya hubungan dan perkaitan antara teks dan alam yang terdapat dalam novel dihasilkan penulis Sarawak dari sudut persaingan antara spesies,

Dalam fokus pertama yang mengaitkan profil subjek kajian boleh dirujuk dalam 2 tulisan utama iaitu H.M Tuah Iskandar (1999), Abdul Rahman Ya’kub Kancil Sarawak,

Oleh yang demikian, penubuhan BINA ketika itu sangat penting dan tepat pada waktunya bagi menangani gejala yang tidak sihat itu daripada berterusan. Disamping itu, kewibawaan dan

Dalam erti kata lain sumbangan dakwah oleh tokoh ini menjadi fondasi kukuh bagi perkembangan dakwah dan umat Islam di Sarawak sekarang.. Ketiga : Sebagaimana disebut sebelum ini

diambil adalah mengkaji rekod-rekod, dokumen-dokumen dan penulisan- penulisan yang berkaitan dengan sejarah penjajahan Sarawak, peranan dan penglibatan orang Cina

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sumber sekunder atau kedua ini dapat diertikan sebagai suatu kajian atau penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang

Selain itu, metode ini juga digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan sejarah penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Malaysia dan

Selepas penulis menguraikan Jatar belakang sosial, ekonomi, politik dan sejarah hubungan agama di Indonesia pada amnya dan Maluku pada khasnya, begitu pula