• Tiada Hasil Ditemukan

Antara pembolehubah dasar monetari yang digunakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Antara pembolehubah dasar monetari yang digunakan "

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Ekonomi monetari (EPPE 2213)

Tajuk: Dasar Monetari Di Negara Argentina

Nama: Suriawani Binti Abdul Hadi No Matrik:A131890

Nama Pensyarah: Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi

(2)

Sejarah dasar monetari

Secara umumnya, Polisi Monetari dijalankan dengan menggunakan pelbagai alat untuk mengawal dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi , inflasi , pengangguran dan lain-lain. Selain itu, ia ditentukan oleh kerajaan melalui bank pusat untuk mengawal penawaran wang dan menjamin kestabilan dalam ekonomi sesebuah negara.

Bagi Negara Argentina, agensi kawal selia untuk sistem

kewangan dilahirkan sebagai hasil reformasi perbankan dan kewangan pada tahun 1935 yang membawa perubahan besar oleh enakmen Akta Kongres pada 28 MEI 1935.Pada hari tersebut, ia menandakan pembubaran rasmi Lembaga Mata Wang, yang telah beroperasi sejak 1899, dan kelahiran Bank Negara Argentina (BCRA) yang masih beroperasi hingga kini.

Seterusnya, Executive Decrees ditubuhkan hasil dari pembentukan Bank Negara Argentina (BCRA) , serta penamatan Lembaga Mata Wang (Currency Board), Agensi kredit kerajaan (Government Credit Agency), dan Lembaga Seliaan (Self-Regulatory Board) yang bertarikh 31 Mei 1935.Dan juga tarikh yang sama dianggap ulang tahun Bank Negara Argentina , walaupun institusi itu menjadi berkuat kuasa seperti beberapa hari kemudian, iaitu pada 06 Jun, tahun 1935.

Inisiatif untuk mewujudkan Bank Negara semasa Agustín P. Justo menjadi Presiden Argentina , dan Federico Pinedo yang bertindak sebagai Menteri Ekonomi berdasarkan pendapat pakar yang dikeluarkan pada tahun 1933 dengan misi yang diketuai oleh Otto Niemeyer dan kata-kata beliau, " a monetary and financial policy that responds to authentic national interests ".

Pembaharuan dalam ekonomi dimana skim adalah berdasarkan keperluan untuk mengatasi keadaan monetari dan perbankan yang serius yang dicipta oleh krisis dunia dalam tahun 1930-an, kemudiannya menanggung kemelesetan ekonomi pada 1938.

(3)

Alat dasar monetari yang diamalkan

Bagi mempengaruhi ekonomi Negara, bank pusat sesebuah Negara akan menetapkan alat dasar monetari yang akan dijalankan bagi Negara tersebut. Antara alat dasar monetari yang biasa digunakan ialah operasi pasaran terbuka, pinjaman diskaun , dan rizab berkanun. Bank Negara perlulah merancang dengan baik agar alat yang akan digunakan akan member kesan positif keatas kedudukan ekonomi Negara.

Bank Negara Argentina diamanahkan dengan membuat dan melaksanakan dasar monetari yang konsisten, memastikan pasaran wang yang seimbang di samping memupuk simpanan dan pelaburan.. Program Kewangan adalah selaras dengan matlamat untuk mencapai keseimbangan antara penawaran dan permintaan wang dan memihak kepada persekitaran kestabilan harga, dimana ejen-ejen ekonomi mampu untuk membuat keputusan yang tepat.

BCRA (Banco Central De La Republica Argentina) mempunyai beberapa mekanisme untuk mengetatkan atau melonggarkan dasar monetari:

 Kadar faedah di mana ia meminjam dari atau meminjamkan wang kepada bank-bank

 Jumlah Dolar yang dibeli atau dijual di pasaran terbuka;

 Pengiraan keperluan rizab tunai yang minimum

Bagi Bank Negara Argentina, alat dasar monetari yang utama ialah ‘Repurchase Agreement’

yang juga dikenali sebagai satu repo, RP, atau penjualan dan perjanjian belian balik, penjualan sekuriti bersama-sama dengan perjanjian bagi penjual untuk membeli balik sekuriti pada tarikh kemudian. Harga belian balik harus lebih besar daripada harga jualan asal, perbezaan yang berkesan mewakili kepentingan kadang-kadang dipanggil kadar repo.

Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember 2010 hingga 6 Disember 2011. Berdasarkan Chart 1 diatas, kita dapat lihat peningkatan yang tinggi pada bulan Mac 2011 berbanding bulan sebelumnya. Secara keseluruhannya, transaksi repo bagi Negara Argentina pada tahun 2011 mengalami naik turun setiap bulan.

(4)

Laporan ‘Repurchase Agreement’ Negara Argentina.

(5)

Antara pembolehubah dasar monetari yang digunakan

 International Reserves

- Bank pusat akan menerbitkan rizab antarabangsa yang dinyatakan dalam US$.

Satu bahagian dalam jadual setiap sukuan, perlu menyatakan ramalan bagi stok rizab antarabangsa sukuan akan datang dalam millon pada hari terakhir sukuan tersebut.

 Monetary base

-

Dasar monetari yang boleh dilaksanakan dengan menukar saiz wang asas. Bank- bank pusat menggunakan operasi pasaran terbuka untuk menukar wang asas .Bank pusat membeli atau menjual aset rizab (biasanya instrumen kewangan seperti bon)sebagai pertukaran untuk wang deposit di bank pusat.

 Foreign Exchange Market

-

Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan

(6)

Contoh Pemboleh Ubah Dasar Monetari Yang Digunakan Di Argentina.

DESCRIPTION (IN MILLIONS OF AR$) AMOUNT

BCRA’s international reserves excluding 2009 SDRs allocations (in millions of US$) 46371

Liquidity facilities 1963

Monetary base (including increase due to quasimonies) 202805

Monetary circulation 163101

Money outside the financial system 144032

Money in financial institutions 19069

Banks’ deposits in AR$-denominated current accounts at the BCRA 39704

LEBACs (BCRA bills) 65353

Cash deposits in financial institutions 433679

In current accounts (net of FUCO utilisation) 92482

In savings accounts 100636

Time deposits (including investments and excluding CEDROs) 219560

CEDROs (including accrued CER) 0

Other (including deposits exchanged for BODENs) 21002

Financial institutions’ loans to the private sector 283678

Private interbank loans interest rate (BAIBAR), % a.n. 10,58 30-day time deposits in financial institutions interest rate, % a.n. 13,3

BADLAR, local currency, private Banks 18,5625

90-day LEBAC interest rates, % 13,97

Reference exchange rate (AR$ against US$) 4,278

CER (Reference Stabilisation Coefficient) 2,8678

(7)

Kesan Dasar Monetari Kepada Kedudukan Ekonomi

Jadual 1: Penilaian Bagi Indeks Harga.

Indeks harga pengguna atau IHP atau dalam bahasa Inggeris: Consumer Price Index, CPI merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. CPI mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. CPI diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa

Berdasarkan Jadual 1 diatas, kita dapat melihat bahawa pelaksanaan dasar monetari oleh Negara Argentina adalah baik kerana peningkatan dan penurunan bagi indeks harga pengguna (CPI) tidak begitu ketara dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Cuma pada awal tahun 2011, CPI menunjukkan peningkatan tetapi ia mula menurun sedikit demi sedikit pada pertengahan tahun 2011.

Bagi Gaji (Wages) pula, peningkatan pada tahun 2008 hingga 2009 dan sekali gus CPI juga meningkat sedikit. Namun, kejatuhan gaji pada awal tahun 2010 menyebabkan CPI juga menurun sedikit. Tetapi, Negara Argentina telah memulihkan kembali keadaan tersebut dan kita dapat lihat peningkatan pada gaji pada akhir tahun 2010.

(8)

Jadual 2: Jumlah KDNK@GDP, Penggunaan ,Dan Pelaburan

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau dalam bahasa inggeris gross domestic production (GDP) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional.

KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu. Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

Berdasarkan Jadual 2, GDP mengalami pertumbuhan yang sekata iaitu ada penurunan dan peningkatan yang tidak begitu ketara dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Cuma pada tahun 2009, GDP menunjukkan nilai negatif, tetapi mula meningkat pada tahun 2010.

Bagi penggunaan pula, dapat dilihat bahawa ia mengikut GDP Negara tersebut. Jika GDP meningkat, ia juga meningkat begitu juga sebaliknya. Dapat dilihat pada rajah diatas,garisan penggunaan dan GDP adalah rapat dan ia berubah mengikut GDP.

Bagi pelaburan pula, mengalami naik turun yang ketara bagi setiap suku tahun.

Jumlah pelaburan yang paling rendah adalah pada sukuan keempat tahun 2008 iaitu apabila penggunaan dan GDP negatif. Namun ia mula menunjukkan peningkatan pada sukuan yang seterusnya.

(9)

Jadual 3: Kadar Guna Tenaga.

Pertumbuhan ekonomi juga boleh diukur melalui guna tenaga sesebuah negara.

Gunatenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh berbagai kegiatan ekonomi di dalam sesuatu negara. Pengangguran pula adalah tenaga buruh yang secara aktif mencari pekerjaan tetapi masih belum mendapat pekerjaan. Sesebuah negara dikatakan dapat mencapai guna tenaga penuh apabila kadar penganggurannya sama atau kurang dari 4%. Jika kadar pengangguran rendah, bermakna kebajikan rakyat negara tersebut adalah baik kerana semua orang mempunyai pekerjaan dan boleh berbelanja.

Berdasarkan Jadual 3, kadar guna tenaga adalah rendah pada awal tahun 2009 dan mula meningkat sedikit demi sedikit dan ini menunjukkan dasar yang dijalankan di Argentina mampu meningkatkan kadar guna tenaga. Berkemungkinan Argentina telah membangunkan beberapa industri yang berpotensi bagi mengurangkan kadar pengangguran dan seterusnya meningkatkan guna tenaga.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

 Rujukan kadar faedah untuk tempoh semalaman dalam pasaran wang euro. EONIA dikira sebagai purata wajaran urusniaga dalam pinjaman tidak bercagar yang berada semalaman dalam

Sementara itu, walaupun terdapat beberapa perubahan dasar, matlarnat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang terkandung dalarn Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Rizab Persekutuan menetapkan dasar monetari denagn mempengaruhi kadar dana persekutuan (federal fund rate) iaitu merupakan kadar pinjaman lebihan rizab antara bank. Ia merupakan

Pada 28 Januari 2008, Single Euro Payments Area (SEPA) dilancarkan di Eropah dengan pemindahan kredit SEPA. Ini membenarkan semua pembayaran euro dalam SEPA diselesaikan

• Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam adalah dasar utama yang akan melahirkan kecemerlangan, amanah dan.. tanggungjawab yang dijalankan oleh setiap anggota

Jelaskan bagaimana (0 dasar kewangan mengembang dan (ii) dasar fiskal mengembang mempengaruhi imbangan pembayaran sesebuah negara di bawah rejim kadar pertukaran tetap..

- Terdapat tiga instrumen yang digunakan oleh BNM sebagai alat dasar monetari untuk mengawal penawaran rizab (atau jumlah wang rizab)2 yang dipegang oleh bank perdagangan

Ramai pengkaji ekonomi yang mempersoalkan adakah hubungan antara kekayaan sumber alam sesebuah negara dengan modal insan dan pertumbuhan ekonomi negara tersebut