• Tiada Hasil Ditemukan

ANUGERAH PINGAT TUNKU 2016: GRADUAN USM PEMENANG PINGAT EMAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "ANUGERAH PINGAT TUNKU 2016: GRADUAN USM PEMENANG PINGAT EMAS"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

4/5/2018 USM News Portal - ANUGERAH PINGAT TUNKU 2016: GRADUAN USM PEMENANG PINGAT EMAS

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4791-anugerah-pingat-tunku-2016-graduan-usm-pemenang-pingat-emas 1/2

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2017 – Seorang graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengharumkan nama universiti apabila dipilih sebagai penerima pingat emas Anugerah Pingat Tunku 2016.

James Lian Yoon Chen, 24, graduan ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian dengan Kepujian dari Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) USM muncul sebagai graduan ijazah sarjana muda yang paling cemerlang, mengatasi dua lagi graduan cemerlang ijazah sarjana muda dari institusi pendidikan tinggi (IPT) yang lain.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

ANUGERAH PINGAT TUNKU 2016: GRADUAN USM PEMENANG PINGAT EMAS

20 MAR

(2)

4/5/2018 USM News Portal - ANUGERAH PINGAT TUNKU 2016: GRADUAN USM PEMENANG PINGAT EMAS

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4791-anugerah-pingat-tunku-2016-graduan-usm-pemenang-pingat-emas 2/2

Majlis penganugerahan pingat tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh, yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman, di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Dalam ucapannya, YB Menteri Pendidikan Tinggi menyampaikan harapan beliau agar penerima- penerima Pingat Tunku dapat menggunakan ilmu dan kepakaran mereka untuk terus menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara dan masyarakat.

Sementara itu, Yoon Chen ketika dihubungi, melahirkan rasa gembiranya yang tidak terhingga kerana dipilih sebagai penerima pingat emas anugerah Pingat Tunku.

“Saya tidak akan lupa dengan pengalaman yang USM berikan dalam mencorak kehidupan saya, dan saya akan terus berusaha agar cemerlang dalam setiap bidang yang saya ceburi termasuk dalam profesion saya sebagai doktor pergigian sejajar dengan aspirasi YTM Tunku Abdul Rahman dan matlamat diperkenalkan anugerah ini,” katanya.

Dengan kemenangan itu, Yoon Chen menerima hadiah emas padu 32 gram beserta wang tunai RM5,000.

Anugerah Pingat Tunku yang telah diperkenalkan sejak 1979, diberikan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman kepada graduan kelas pertama ijazah sarjana muda dari kalangan graduan IPT tempatan yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Selain kecemerlangan akademik, pencapaian yang tinggi dari segi kokurikulum dan kepimpinan juga diambilkira sebagai kriteria pemilihan.

Pingat perak dimenangi oleh Hanisah Hassan, graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala Muhammad Khairul Adib Muhammad Yusof, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dengan Kepujian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima pingat gangsa.

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

When the user wants to place back or place the items in different storage, he will need to scan the item’s barcode again and the storage’s barcode that wish to be placed so that

The objectives of this project is to develop a fully functional warehouse robot that can detect obstacles in all four directions, detect and reading position information from

(2020) proposed a contrastive self-supervised learning approach, where a pair of samples is produced from one image through different data augmentations and the model will learn

The major part of system modules are include a basic and simple driving navigation route introduction, 360 degree panoramic image or street view imagery, conversation with the

Faculty of Information and Communication Technology (Kampar Campus), UTAR. game object with enemy tag indicates the game object is an enemy).. •

However, the conceptual framework of this system consists of shopping assistance applications, in-store tracking and dynamic conceptualisation in the mobile app.

In this paper, Robot Operating System (ROS), and STDR simulator are used to simulate a robot that is implemented by various path planning algorithms and environments. In

Title of Final Year Project Examining the role of emotional reactivity, learned helplessness and persistence in distress tolerance among university students in Malaysia.. Similarity