• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 419 – Karya Terpilih Kesusasteraan Asia Moden

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 419 – Karya Terpilih Kesusasteraan Asia Moden "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

…2/-

_______________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2016/2017

Mei/Jun 2017

JMK 419 – Karya Terpilih Kesusasteraan Asia Moden

Masa: 3 jam

__________________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

(2)

…3/- [JMK 419]

- 2 -

1. Minat utama Shashi Despande ialah melakarkan konflik yang dihadapi oleh wanita moden yang berpendidikan tinggi di India, yang sentiasa bergelut dengan nilai tradisional dan patriarki di samping cuba mendapat “kebebasan” dan autonomi. Fiksyen Shashi Despande menjelajahi wanita yang cuba mencapai kepuasan bukan hanya sebagai anak, isteri dan ibu tetapi sebagai seorang manusia.

Berdasarkan Roots and Shadows, bincangkan pernyataan di atas.

(25 markah)

2. Tema ketaatan adalah salah satu tema utama dalam When Heaven and Earth Changed Places karya Le Ly Hayslip.

Berdasarkan contoh konkrit daripada teks, huraikan tema ketaatan yang bercanggah seperti yang digambarkan melalui hidup Le Ly.

(25 markah)

3. Beyond Illusions ialah sebuah novel yang memaparkan satu era penuh perubahan dalam sejarah Vietnam, iaitu satu titik peralihan negara Vietnam daripada Marxisme kepada reformasi ekonomi. Bagi Duong Thu Huong, perhubungan antara watak utama diubah dan dikorbankan oleh suasana politik semasa.

Bincangkan dengan kritis idea pengorbanan dalam novel ini.

(25 markah)

4. Tokong Golden Pavilion menjadi metafora utama dalam novel The Temple of the Golden Pavilion, karya Yukio Mishima. Tokong ini sentiasa menghantui fikiran watak utama, Mizoguchi.

Bincangkan makna dan kepentingan tokong ini kepada Mizoguchi.

(25 markah)

5. Huraikan idea impian dan fantasi yang berhubung dengan ajaran Buddha dalam The Snow Country, karya Kawabata Yasunari.

(25 markah)

6. Bincangkan tema tradisi dan perubahan silang budaya dalam masyarakat moden negara China seperti yang dilakarkan dalam cerpen terpilih dalam A Thousand Years of Good Prayers, karya Yiyun Li.

(25 markah) - oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bincangkan mengapa karya pensejarahan tradisi Melayu Sulalatus Salatin oleh Tun Seri Lanang tidak memenuhi ciri-ciri sejarah moden dalam erti kata yang

Fungsi utama "syair romantis" ialah memulihkan keseimbangan perasaan di dalam jiwa melalui keindahan yang diketarakan melalui "struktur verbal" dan

dengan berbagai hukuman serta larangan bagi mengikatku tetapi selalu dapat kuhindarkan kerana kau hanya menunggu kasih untuk menyerahkan diriku. akhirnya ke tangannya

Kematian watak-watak yang ingin mencari kehidupan baru dalam novel Men In The Sun,karya Ghassan Kanafani membayangkan perjuangan rakyat Palestin yang tiada

Things Fall Apart ialah sebuah novel tentang watak dan persekitaran

Bincangkan secara perbandingan mengapakah teks-teks yang digunakan di dalam kursus ini dianggap sebagai karya besar di dalam kesusasteraan Asia. Dalam perbincangan itu,

Huraikan jenis plot transisi menurut teori itu dan terapkannya secara bandingan pada dua karya sastera berikut: Heinrich Boell: “Ketika perang usai” dan Mark Twain:

1) HKB 112: Bincangkan secara perbandingan mengapakah teks-teks yang digunakan di dalam kurus ini dianggap sebagai karya besar di dalam kesusasteraan Asia. Dalam perbincangan