• Tiada Hasil Ditemukan

View of Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Daerah Hulu Langat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Daerah Hulu Langat"

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

135

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Daerah Hulu Langat (Proficiency of Higher Order Thinking Skills (HOTs) Among Islamic

Education Teachers in Hulu Langat District)

Mohd Ashraf Che Soh1, Muhammad Talhah Ajmain@Jima’ain2*, Aminudin Hehsan3, Ahmad Marzuki Mohamed4

1 Fakulti Kemanusiaan Seni Warisan, Universiti Malaysia Sabah, (UMS), Malaysia

2 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malysia, (UTM), Malaysia

3 Ibnu Sina Institut, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Malysia, (UTM), Malaysia

4 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malysia, (UTM), Malaysia

*Pengarang Koresponden: mtalhah.uda@gmail.com

Accepted: 15 October 2020 | Published: 31 October 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Keberhasilan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ketika Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berkait rapat dengan penguasaan guru ke atas KBAT. Oleh yang demikian, kajian terhadap tahap pengetahuan, pemahaman, pelaksanaan kemahiran, kesediaan dan sikap guru terhadap KBAT perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru pendidikan Islam di daerah Hulu Langat. Seramai 117 orang responden guru pendidikan Islam di kawasan Bangi dan Kajang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Science Sosial (SPSS) versi 22. Analisis keseluruhan dapatan kajian mendapati min yang tertinggi bagi kajian ini adalah bagi aspek kesediaan GPI, diikuti aspek pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pelaksanaan yang berada pada tahap interpretasi tinggi. Min yang sederhana tinggi pula adalah bagi aspek sikap. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penguasaan guru Pendidikan Islam terhadap pengetahuan, pemahaman, pelaksanaan kemahiran, kesediaan dan sikap guru terhadap KBAT adalah faktor yang berkait rapat dalam keberhasilan menerapkan KBAT dalam PdPc. Kajian ini mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang lebih komperhensif bagi melihat penguasaan yang lebih holistik terhadap pelaksanaan KBAT yang telah diperkenalkan sejak tahun 2013.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Penguasaan, Guru Pendidikan Islam Abstract: The success of the application of higher order thinking skills (HOTs) during Teaching and Facilitation (PdPc) is closely related to teachers' proficiency of HOTs.

Therefore, a study on the level of knowledge, understanding, implementation of skills, readiness and attitude of teachers towards HOTs needs to do. This study aims to identify the proficiency of higher order thinking skills (HOTs) among Islamic education teachers in Hulu Langat district. A total of 117 respondents of Islamic education teachers in Bangi and Kajang areas were involved in this study. This study uses a quantitative approach that uses questionnaire instruments. The study data were analyzed descriptively and inferentially using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. The overall analysis of the study

(2)

136

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

findings found that the highest mean for this study is for the aspect of GPI readiness, followed by aspects of knowledge, understanding and implementation skills that are at a higher order of interpretation. The mean medium is higher for the attitude aspect. The implications of the study show that the proficiency of Islamic Education teachers on the knowledge, understanding, implementation of skills, readiness and attitude of teachers towards HOTs is a closely related factor in the success of implementing HOTs in PdPc. This study proposes some more comprehensive studies to see a more holistic proficiency of the implementation of HOTs that has been introduced since 2013.

Keywords: Higher Order Thinking Skills (HOTs), Profciency, Islamic Education Teachers _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Guru adalah seorang pembina dan pencorak kepada pembentukan masyarakat yang berfikiran aras tinggi dan memerlukan guru tersebut kompeten menggunakan KBAT (Nooriza Kassima

& Effandi Zakaria. 2015). Apabila guru melaksanakan pengajaran yang mengandungi teknik, kemahiran dan pedagogi bagi membantu murid membangunkan KBAT, guru berupaya secara langsung meningkatkan pencapaian murid dalam banyak sudut, bukan sahaja akademik (Sztajn & Ramalho, 2007, Boaler & Staples 2008). Bahkan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran juga akan memberi kesan kepada proses untuk menghabiskan sukatan pelajaran.

(Ismail Mustapa et al., 2015).

Inisiatif terhadap pendidikan lebih perlu dikemas kini bagi menghadapi menyelesaikan masalah secara menyeluruh. Sebenarnya, kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan oleh kementerian dalam kurikulum pendidikan menerusi Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) yang telah diperkenalkan secara bertahap di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2011. Usaha ini diperkenalkan bagi memperkukuhkan dan memperkasakan kemahiran berfikir dengan memberi penekanan kepada kemahiran menaakul. Kini, kemahiran berfikir telah berkembang pada peringkat yang lebih tinggi iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Penguasaan KBAT bukan sahaja dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, namun KBAT diaplikasikan dalam semua subjek termasuklah Pendidikan Islam bagi melahirkan individu yang bukan sahaja mampu menghafal, tetapi juga faham dan tahu apa yang mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi dengan menguasai kemahiran mengaplikasi, menganalisis, mencipta dan menilai bagi mengaplikasikan pendidikan Islam dalam urusan kehidupan seharian.

Dari aspek pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran pula, guru di anggap sebagai nadi penggerak yang mencetuskan keupayaan dan kemampuan berfikir para murid. Bagaimanapun, kejayaan usaha tersebut bergantung juga kepada penguasaan pengetahuan dan pandangan guru dalam melaksanakannya. Seperti mana yang dinyatakan oleh Fatihah Osman (2020), tahap penguasaan dalam pengetahuan dan keprihatinan guru perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Hal ini kerana, guru adalah pelaksana KBAT dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Penguasaan dan kedalaman pengetahuan guru

(3)

137

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

terhadap KBAT akan mempengaruhi amalan pengajaran mereka sendiri (Talhah Ajmain, 2018).

Tidak cukup sekadar pengetahuan guru, namun penguasaan dalam melaksanakan pengetahuan sedia ada, adalah lebih penting. Zamri (2012) dan Elin Driana & Ernawati (2019) dalam kajian yang dijalankannya menyatakan bahawa kecemerlangan dan kejayaan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan terbukti berkesan sekiranya pengajaran guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil berat aspek kemahiran berfikir murid sedangkan kemahiran berfikir itu adalah merupakan antara aspek utama dalam menguasai sesuatu kemahiran yang dilihat banyak mempengaruhi pencapaian murid hari ini. Dalam hal ini, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) itu jelas, mampu mempengaruhi sikap dan pencapaian murid. Namun telusuri di pihak guru, adakah mereka memahami konsep kemahiran berfikir aras tinggi itu sendiri?

Berdasarkan perkara tersebut, kajian ini bertujuan untuk menyelidik tahap penguasaan guru terhadap pengetahuan, pemahaman, pelaksanaan kemahiran KBAT dalam pengajaran, kesediaan dan sikap guru dalam menerapkan KBAT ketika pengajaran Pendidikan Islam 2. Kajian Lepas

Kajian berkenaan KBAT ini, semakin banyak dilakukan oleh pengkaji tempatan, antara kajian awal tentang KBAT dilakukan oleh Rajendran (1998; 2000; 2001) dan diteruskan lagi oleh pengkaji yang mula mengembangkan dalam aspek kemahiran berfikir (KB) terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh Rafiei (1998); Madzanah (2002); Zamri & Jamaludin (2002); dan Sharifah Puteh et al. (2012). Kemudian, mula menjumus kajian KBAT ke dalam setiap mata pelajaran, termasuk subjek Pendidikan Islam (PI). Rumusan kepada kajian terdahulu ini telah dirangkumkan oleh Hasmaliza (2016) iaitu, pengetahuan tentang KBAT dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) masih di peringkat rendah (KBAR) dan guru perlu meningkatkan diri mereka dalam aspek bagaimana penerapan KBAT semasa menjalankan aktiviti pengajaran dalam kelas. Namun kajian lebih terkini menjelaskan sebaliknya iaitu amalan kualiti guru dalam kalangan guru pendidikan Islam berada pada tahap yang tinggi (Razila Kasmin et al., 2019).

Kajian oleh Bavani Nageswana Row et al. (2016) berkenaan pengetahuan guru terhadap KBAT menunjukkan pengetahuan guru terhadap KBAT masih kurang dalam mengaplikasikan didalam kelas setiap hari secara berterusan, dan memberikan kesan yang negatif di dalam bilik darjah. Di tambah dengan kajian Sivapakkiam et al. (2016) yang menyatakan guru masih kurang pengetahuan berkenaan dengan KBAT kerana rujukan terhad, sehingga membuatkan pelajar kurang berminat mengikuti pengajaran Pendidikan Islam (Husna Jamil et al., 2019). Kekurangan sumber rujukan menyumbang kepada kurangnya penguasaan guru untuk mengaplikasikan KBAT. Kajian tersebut menyarankan agar guru turut pergi kursus untuk luaskan pengetahuan terhadap KBAT. Hasil daripada kajian tersebut lagi menunjukkan pengetahuan guru terhadap KBAT masih sekata. Kajian ini selari dengan kajian oleh M. Y. Kamarudin et al. (2016), Fatihah Osman et al., (2020) yang menyatakan bahawa pengetahuan dan kefahaman guru terhadap KBAT boleh dikembangkan menerusi kursus dan bengkel yang dijalanakan oleh KPM. Justeru, isu yang boleh disimpulkan adalah,

(4)

138

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

penguasaan pengetahuan guru terhadap KBAT masih minimum disebabkan kurang rujukan dan perlukan pendedahan dengan lebih benyak kursus dianjurkan.

Namun, kajian lain dari luar negara berkenaan KBAT oleh Elaine Hall (2006) menyatakan bahawa, pengetahuan dan kefahaman guru mula akan berkembang bila dilaksanakan, dan ianya akan selari dengan kafahaman terhadap KBAT yang dihajatkan oleh pendidikan apabila mengikuti kursus dan bengkel yang dijalankan, kerana di kursus guru akan saling berkongsi.

Seterusnya, kajian lain juga menunjukkan peningkatan pada tahap pengetahuan guru bermula dari rendah, kemudian sederhana dan meningkat. Kajian Sivapakkiam et al. (2016), menunjukkan KBAT guru di aras 50% yang medium dan meningkat penggunaan di menengah atas, hasil kajianya lagi menunjukkan guru semakin positif dalam mengaitkan pengetahuan KBAT dengan bab yang ingin diajar oleh guru menggunakan kaedah KBAT begitu juga dengan temubual terhadap guru cemerlang pendidikan Islam, fatihah Osman et al., (2020) menyatakan, GPI hari ini lebih menguasai KBAT berbanding di fasa-fasa awal pelaksanannanya

Isu pengetahuan KBAT sangat berkait dengan kefahaman seseorang guru. Kajian oleh Mat Sulaiman & Norkhairiah Hashim (2011) berkenaan KBAT guru, menunjukkan bahawa terdapat guru pendidikan Islam yang mula kreatif dengan mewujudkan pelbagai kaedah PdPc sekalipun kaedah tradisional seperti kaedah bercerita, hafalan, soal jawab, syarahan, dan latih tubi. Kajian tersebut menjelaskan bahawa lima kaedah yang paling popular dan selalu diguna pakai oleh guru-guru ialah kaedah soal jawab (90.8%), latihan (62.1%), hafalan (59.2%), bercerita (54.9%) dan syarahan (36.9%). KBAT banyak membentuk pelajar dengan kaedah soal jawab bersama guru. Dari keempat-empat kaedah, tiga daripadanya iaitu kaedah bercerita, kaedah hafalan dan kaedah latih tubi sepertimana yang dinyatakan oleh Abd Halim dan Nik Mohd Rahimi (2010) di dalam Mat Sulaiman & Norkhairiah Hashim (2011), cenderung kepada proses hafalan dan menguatkan daya ingatan. Namun, hasil kajian ini juga mendapati bahawa bentuk kata tanya atau penyoalan yang selalu diguna pakai oleh guru pendidikan Islam majoritinya masih dimonopoli oleh kata tanya aras rendah dan aras sederhana. Jurang ini boleh dilihat kerana pemahaman guru terhadap KBAT itu sendiri belum jitu kerana masih tidak dapat membezakan antara soalan aras rendah dan aras tinggi. Kajian lain dari luar negara oleh Diane M. Coffman (2013) dan Elin Driana & Ernawati (2019) menunjukkan kefahaman guru dalam memilih KBAT masih belum dilihat berjaya apabila terdapat perubahan yang berbeza ke atas tingkatan yang diajar, dan terdapat kefahaman guru memberikan sama rata pengapliksian KBAT yang hendak diajar ke atas semua tingkatan pelajar.

Manakala, kajian oleh Sukiman et al., (2012) mendapati terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan pengajaran KBAT tidak diberi penekanan iaitu segelintir guru berpendapat bahawa pelajar perlu terlebih dahulu perlu mengetahui semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum mereka boleh digalakkan berfikir. Namun kajian oleh Syaubari Othman (2018), guru harus membahagikan komposisi pengajaran agar lebih praktikal dilihat dalam pelaksanaan KBAT, misalnya bahagian permulaan, perkembangan dan penutup.

Isu berikutya, selepas memperoleh pengetahuan dan memahami konsep KBAT, perlu diterjemahkan dalam bentuk cara kaedah dan pelaksanaan kemahiran tersebut. Abd Rahim (1999) pula ada menyatakan bahawa pengajaran yang mementingkan corak hafalan kurang menekankan kepada teknik, proses dan strategi berfikir yang menatijahkan menyelesaikan masalah seharian. Di dalam kajian beliau, menerangkan kaedah yang boleh merangsang

(5)

139

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

kemahiran berfikir seperti kaedah sumbangsaran (16.5%), inkuari (14.6%), penyelesaian masalah (12.6%), projek (10.7%) dialog (7.3%) dan simulasi (4.9%) baik, namun kurang menjadi amalan guru dalam melaksanakan di dalam kelas untuk meransang pelajar berfikir.

Isu jurang yang boleh dilihat dalam kajian ini adalah, guru pendidikan Islam menghadapi cabaran dalam hendak memilih bentuk pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Dalam kajian Saido et al., (2015) menunjukkan bahawa, guru perlu pertingkatkan lagi strategi dan kemahiran pelaksanaan berkenaan tiga aras takasonomi bloom teratas agar bersesuaian dengan keperluan pelajar. Maka, isu yang dihadapi dalam bidang pendidikan Islam adalah penggunaan kaedah aktiviti yang berada di aras KBAT masih kurang dan guru selesa menggunakan kaedah konvensional.

Namun, dalam kajian oleh Razila Kasmin et al., (2019) yang dilaksakan secara kuantitatif ke atas seramai 714 guru pendidikan Islam, hasilnya menunjukkan kemahiran pelaksanaan KBAT oleh guru dalam bidang pendidikan Islam di dalam bilik darjah dalam keadaan yang baik kerana guru kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah PdPc yang berbeza-beza, penguasaan Ilmu yang semakin luas, sikap pada motivasi diri, faktor persekitaran guru yang membantu serta faktor personalitI guru yang menjadi contoh terlebih dahulu. Manakala kajian daripada luar Negara pula Klinzing-Eurich dan Tisher (1985) serta Hiebert dan Wearne (1993) memerhati bahawa guru sekolah di negara United Kingdom (UK), luar biasa positif melaksanakan KBAT. Ditambah pula negara UK melaksanakan KBAT lebih awal melaksanakan daripada Malaysia dan guru mereka sentiasa postif dan kreatif (Ewe Gnoh Ong, 2015).

Isu seterusnya berkenaan dengan sikap guru dalam menerapkan KBAT. Terdapat kajian lain yang menunjukkan bahawa, guru-guru masih tidak menyebatikan KBAT dalam pengajaran.

Kajian dibuktikan oleh Rajendran (2001) terhadap guru-guru, di mana 78 peratus daripada guru, hanya 10 peratus ataupun kurang daripada waktu PdPc untuk mengajar menggunakan KBAT di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, guru-guru masih terikat dengan pradigma lama dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hanya 10 peratus sahaja soalan yang dikemukakan dalam bacaan dan kefahaman oleh guru-guru adalah pada aras tinggi. Hal ini bermakna, 90 peratus daripada soalan yang dikemukakan adalah pada aras rendah (KBAR).

Keadaan yang sama dapat dilihat dalam soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan oleh guru-guru di bilik darjah. Walaupun, hasil dapatan kajian (Rajendran 2001) menunjukkan bahawa, guru percaya soalan aras tinggi dapat menghasilkan proses berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar, namun 90 peratus soalan yang dikemukan oleh guru-guru masih di aras rendah. Isu jurang yang jelas dilihat dalam kajian ini adalah berkenaan dengan sikap guru tersebut dalam hendak menerapkan KBAT ketika PdPc. Isu sikap memerlukan kefahaman yang jelas dan keseriusan guru itu sendiri, bukan sekadar tahu, percaya tapi tidak dipraktikkan. Penglibatan intelektual di bilik darjah adalah tanggungjawab guru. Apabila guru bertanggungjawab dan amanah melaksanakan pengajaran yang mengandungi pedagogi yang membantu pelajar membangunkan KBAT, guru perlu berupaya secara langsung meningkatkan pencapaian pelajar (Franco et al., 2007; Boaler & Staples 2008).

Kajian luar negara pula terhadap KBAT dalam pelaksanaannya dalam pengajaran Abad ke- 21, dilihat hasil akhir bahawa, untuk memastikan KBAT itu berjaya diterapkan, sikap seorang guru itu perlu memfokuskan PdPc berpusatkan pelajar dalam hendak memastikan KBAT berjaya diterapkan (Sener, N et al., 2015). Kajian daripada Ball dan Garton (2005) pula

(6)

140

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

menunjukkan kebanyakan guru pengajar agama, masih menggunakan berfikir aras KBAR dalam perbincangan, namun latihan rumah banyak diberi soalan aras analisis berbanding sintesis dan penilaian. Hal ini disebabkan sikap guru hanya menggunakan soalan-soalan KBAT yang telah disediakan dalam buku tanpa mencipta sendiri soalan KBAT yang melihatkan kepada keperluan semasa pelajar. Ianya selari dengan pandangan Sivapakkiam, et al. (2016). Zohar & Schwartzer (2005) menjelaskan di dalam kajian mereka bahawa sikap guru tidak konsisten melaksanakan KBAT, dan perlukan banyak idea dan cadangan dengan mengikut serta ke bengkel KBAT. Justeru, isu yang ketara yang boleh dilihat dalam kajian di atas adalah, disebabkan sikap guru yang meneruskan tradisi dan tidak pergi ke kursus KBAT.

Namun, dalam kajian yang dijalankan oleh Razila Kasmin et al., (2019) pula menunjukkan sebaliknya, iaitu guru bertindak kreatif dan kritis dalam melaksanakan aktiviti KBAT didalam kelas bersama pelajar. Guru juga bersikap memberi galakan, peluang dan ruang untuk pelajar belajar, berfikir dan bertindak balas.

Dalam isu yang lain, ada kajian yang menunjukkan masalah yang paling utama dalam KBAT adalah ketidak sediaan para guru melaksanakan agenda PdPc kerana faktor ilmu dan kemahiran (Rajendran 2001 ; Rosnani & Suhailah 2003). Menurut Ball dan Garton (2005) pula, kebanyakan guru tidak tahu bagaimana menerapkan KBAT kepada pelajar yang akhirnya membuatkan guru kurang bersedia PdPc berbentuk KBAT. Seterusya, dalam kajian yang lain oleh Saido et al., (2015) menunjukkan bahawa, persediaan guru dalam melaksanakan KBAT perlu mengambil kira jumlah pelajar yang boleh di fokus dan bilangan pelajar yang tidak ramai di dalam kelas. Kajian ini menjelaskan lagi, kementerian di Malaysia perlu melihat KBAT ini secara dekat serta perlu dijalankan kursus – kursus kefahaman terhadap guru dari semasa ke semasa. Kesan daripada tiada monitor berkala akan menyebabkan kesan kepada persediaan guru untuk melaksanakan KBAT juga akan kurang.

Kajian Sivapakkiam, et al. (2016) menunjukkan hanya 31% guru sahaja membuat persediaan KBAT untuk apa yang hendak diajarkan. Manakala kajian (Ewe Gnoh Ong. 2015) menunjukkan daripada tiga orang guru, hanya seorang sahaja yang bersediaan untuk menyediakan soalan KBAT. Justeru, ianya boleh disimpulkan bahawa, guru masih kurang menyiapkan persediaan terhadap KBAT sebelum PdP dan tidak konsisten pelaksanaannya dalam kalangan guru.

Namun, dapatan yang berbeza pula dilihat dalam kajian oleh Sukiman et al. (2012) di mana guru-guru mempunyai persediaan kemahiran yang cukup untuk mengembangkan kemahiran berfikir pelajar, mempunyai kefahaman yang cukup untuk mengajar kemahiran berfikir, berkebolehan mengajar pelajar untuk berfikir dengan baik, dan percaya serta yakin bahawa objektif kemahiran berfikir boleh dicapai melalui subjek yang diajar. Tambahan lagi, guru- guru juga mempunyai persepsi yang positif terhadap nilai dan kepentingan pengajaran berfikir (Sukiman et al. 2012; Rosnani Hashim & Suhailah Hamzah 2003). Barathimalar (2014) juga mendapati bahawa guru-guru bersedia dan menyedari kepentingan KBAT dalam mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Hasil dari kajian Tajularipin Sulaiman, et al. (2017) menunjukkan bahawa, guru mengetahui bahawa mereka perlu menerapkan KBAT, tapi terdapat faktor yang menghalang mereka dalam membuat persediaan yang rapi seperti faktor masa yang singkat dan banyak pecahan sub topik setiap bab, namun ingin diterapkan unsur KBAT semuanya.

Berdasarkan kajian-kajian di atas, maka jelaslah bahawa terdapat percanggahan tentang kesediaan guru dalam aspek ilmu dan kemahiran yang telah dibincangkan sebelum ini.

Namun demikian, pelaksanaan pengajaran KBAT dalam subjek Pendidikan Islam di seluruh

(7)

141

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

negara telah berlangsung semenjak 2013. Transformasi ini telah menimbulkan banyak persoalan tentang kesan pelaksanaannya di peringkat sekolah. Sekalipun ada kajian yang mengatakan KBAT positif, namun masih boleh dipersoal keberkesanannya dalam subjek pendidikan Islam. Adakah ianya mempunyai perkaitan dengan penguasaan KBAT seseorang guru? Kenapa masih kurang kajian KBAT ke atas guru diperingkat sekolah menengah? Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penguasaan KBAT dalam kalangan guru pendidikan Islam dalam pengajaran dan pemudhcaraan (PdPc).

3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah mengkaji sejauhmana tahap penguasaan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di daerah Hulu Langat (GPI) terhadap tahap pengetahuan, tahap pemahaman, tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, tahap kesediaan dan tahap sikap dalam kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran PI secara menyeluruh.

4. Metodologi

Kajian ini sepenuhnya menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang berkoleborasi dengan kajian lapangan. Metod analisis data menggunakan pendekatan kuantitatif. Othman Lebar (2009) menyatakan, kajian kuantitatif merupakan kajian berbentuk deduktif yang dilakukan oleh seseorang pengkaji untuk memahami sesuatu fenomena.

Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu kaedah soal selidik, kaedah pemerhatian terhadap sampel kajian dan kaedah analisis dokumen dilaksanakan bagi menyokong data kuantitatif. Data ini akan menggunakan kaedah soal selidik pada peringkat awal untuk melihat pengetahuan dan kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap KBAT. Soal selidik ini akan melihat tahap penguasaan pengajaran pendidikan Islam dalam kalangan guru pendidikan Islam dalam menggunakan kaedah KBAT dalam PdPc nya. Melalui kajian ini, penyelidik mengambil reka bentuk kajian pelbagai kes Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2007) dengan sedikit pengubahsuaian mengikut kesesuaian situasi penyelidik yang memfokuskan kepada guru pendidikan Islam.

(8)

142

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

Carta di bawah akan menerangkan metodologi kajian ini;

Rajah 1: Metodologi Kajian Pelaksanaan KBAT dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Negeri Selangor sekitar Bangi dan Kajang.

Terdapat lima pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini iaitu melibatkan aspek pengetahuan dan pemahaman tentang KBAT, kemahiran pelaksanaan dalam pengajaran serta kesediaan dan sikap guru pendidikan Islam terhadap KBAT. Hasil kajian menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0 yang dijalakan ke atas 117 orang responden yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Bangi adalah seperti di dalam Jadual 1.

1. ANALISIS

Menganalisis (dengan metod induktif, metod deduktif, metod komparatif dan metod historis), terhadap definisi KBAT dan peranan guru terhadapnya

2. Soal Selidik

Mengenalpasti sejauhmana pelaksanaan Guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap KBAT dipraktikkan di sekolah.

3. PEMERHATIAN

Meneliti kefahaman pengetahuan GPI terhadap KBAT dan amalan pelaksanaan KBAT antara guru - pelajar dalam proses PdPc menggunakan aplikasi SPSS

4. HASIL:

Pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) di Selangor

Membina instrumen soalan soal selidik dan pemerhatian berdasarkan dapatan analisis kajian

(9)

143

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

Jadual 1: Keputusan Tahap Kebolehperc ayaan

Aspek Jumlah Item Min (n=117) Sisihan piawaian

Tahap

Pengetahuan 10 4.05 0.386 Tinggi

Pemahaman 10 4.04 0.379 Tinggi

Kemahiran 10 3.96 0.332 Tinggi

Kesediaan 10 4.06 0.347 Tinggi

Sikap 10 3.66 0.338 Sederhana Tinggi

Secara keseluruhan indeks kebolehpercayaan yang diperolehi adalah tinggi bagi kajian ini kecuali pada skop sikap yang sederhana tinggi. Indeks kebolehpercayaan kajian ini dianggap memuaskan dan diterima menurut pendapat Hair et al. (1998) dan Mohd Majid (2009).

5. Perbincangan

Hasil dari dapatan yang diterima menunjukkan penguasaan KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) berada pada aras yang tinggi. Hal ini dapat dilihat daripada tempoh KBAT mula diperkenalkan sejak tahuan 2013. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak guru, dan KPM dalam mengembangkan penguasaan GPI dalam KBAT.

5.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan(PdPc) Pendidikan Islam

Bagi konteks Pendidikan Islam, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ini perlu diterapkan bagi matlamat mencapai tujuan Pendidikan Islam itu sendiri. Menurut Ibnu Khaldun dalam abd salam yussof (2003), tujuan Pendidikan Islam adalah untuk tujuan keagamaan iaitu membawa seseorang mengenal Allah SWT dan menunaikan hak-hak-Nya, dan untuk tujuan keilmuan iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkannya menghadapi kehidupan dunianya. Pandangan pertama Ibnu Khaldun ini turut diungkapkan oleh para sarjana Islam yang lain seperti al-Ghazali dalam Abdul Salam (2003) bahawa tujuan Pendidikan Islam adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan melahirkan insan kamil. Pandangan kedua Ibnu Khaldun pula jelas menggambarkan bahawa pengetahuan terhadap kemahiran berfikir adalah penting sebagai bekalan hidup manusia dalam menghadapi situasi yang mencabar. Dalam konteks ini, dapatlah difahami bahawa penguasaan terhadap kemahiran berfikir juga menjadi aspek penting dalam Pendidikan Islam.

KBAT menjadi teras kepada pemahaman asas-asas falsafah Pendidikan Islam. Malah, penekanan turut diberikan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Hal ini boleh dilihat menerusi pandangan Hasan Langgulung (1987) yang menyatakan bahawa guru perlu mendidik pelajar dengan asas-asas falsafah Pendidikan Islam dengan cara membantu pelajar menganalisis, mengkritik dan mensintesis agar mereka mampu memilih perkara yang lebih baik. Dalam hal ini, “memilih perkara yang lebih baik” merupakan antara strategi proses berfikir iaitu “membuat keputusan” (Beyer, 1988). Dari sudut kemahiran berfikir pula, kemahiran menganalisis, mengkritik dan mensintesis yang dimaksudkan oleh Hasan Langgulung (1987) dapat dikategorikan dalam kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dalam

(10)

144

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

kurikulum standard, dasar ini dipelajari di peringkat sekolah rendah yang terkandung dalam Kurikulum Standard Pendidikan Islam Pendidikan Islam menerusi bidang al-Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah, adab dan jawi (Kementerian Pendidikan Malaysia 2002).

Dalam Pendidikan Islam, pemahaman terhadap konsep ajaran Islam perlu ditekankan oleh guru (Abdul Raof, 1992) agar pelajar dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam secara berterusan (Fathiyah et al., 2013). Medium kurikulum banyak menyediakan konteks yang boleh digunakan oleh guru untuk menyerapkan kemahiran berfikir (Abdul Rahim, 1996). Hal ini termasuklah bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Sebagai contoh, terdapat isi kandungan pelajaran Pendidikan Islam yang meminta pelajar untuk menilai hikmah, menganalisis kebaikan dan keburukan serta menentukan hukum sah dan batal (Kamarul Azmi

& Ab. Halim 2007). Dalam kurikulum standard pula, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah dinyatakan secara eksplisit dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) melalui standard pembelajaran (Masnah, 2014). Hal ini memudahkan para guru untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam PdPc.

Hakikatnya, penerapan kemahiran berfikir adalah salah satu daripada prinsip pengajaran.

Menurut Atan Long (1983), terdapat lima prinsip pengajaran, salah satu prinsip tersebut ialah merangsang kemahiran berfikir. Pengajaran ialah suatu proses tentang bagaimana seorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar yang melibatkan aktiviti pemindahan ilmu, kemahiran, pengetahuan, sikap dan nilai (Abd Ghafar, 2003; Mok Soon Sang, 2013). Pengajaran akan menyebabkan berlakunya perubahan secara relatif sama ada secara implisit atau eksplisit dan pada tingkahlaku pelajar (Rahil et al. 2009). Hubungan antara pengajaran dan pemudahcaraan ialah pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dan ini membantu pelajar memahami sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kemahiran (Norasmah & Shuki, 2009).

Dalam merangsang pemikiran pelajar, guru boleh menggunakan pendekatan pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Poh Swee Hiang (1997) mengemukakan tiga pendekatan umum yang boleh guru lakukan dalam melaksanakan pengajaran kemahiran berfikir iaitu pendekatan terpisah, pendekatan gabungan dan pendekatan penyebatian.

Pendekatan terpisah bermaksud pelajar diajar cara menggunakan strategi pemikiran dalam satu jangka masa tertentu secara eksplisit dengan bimbingan guru diluar konteks isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan gabungan pula bermaksud guru merangsang pelajar untuk berfikir bagi meningkatkan pemahaman yang mendalam terhadap isi kandungan pelajaran melalui kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai seperti penyoalan beraras tinggi, pembelajaran koperatif, pengurusan grafik, dialog sokratik, bahan manipulatif dan pembelajaran inkuiri (Swartz & Parks 1994 dalam Poh Swee Hiang, 1997). Pendekatan penyebatian pula bermaksud guru menstruktur isi kandungan pelajaran untuk mengajar pemikiran secara langsung dengan cara menyebatikan pengajaran kemahiran berfikir dalam isi kandungan pelajaran, membincangkan kemahiran berfikir yang diajar secara eksplisit seterusnya merangsang pelajar untuk berfikir dengan cara mengajar isi kandungan pelajaran

(11)

145

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

dan mengajar kemahiran berfikir secara seiring (Swartz & Parks 1994 dalam Poh Swee Hiang, 1997; Som & Mohd Dahalan, 1998).

Menurut Mohd Hussain (1993) dalam Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2007) pula, pendekatan pengajaran berfikir boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu mengajar kepada berfikir, mengajar teknik berfikir dan mengajar tentang berfikir. Komponen mengajar kepada berfikir bermaksud satu usaha yang dilakukan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan atau kemahiran pelajar berfikir ke tahap yang tinggi iaitu KBAT yang dilakukan menerusi isi kandungan pelajaran. Mengajar teknik berfikir pula bermaksud guru mengajar sesuatu menggunakan teknik-teknik atau alat-alat berfikir berdasarkan model-model tertentu seperti Model Pemikiran Lateral oleh De Bono dan sebagainya. Manakala, mengajar tentang berfikir pula bermaksud guru mengajar mengenai ciri-ciri dan fungsi otak serta operasi- operasi minda manusia secara sengaja. Walau bagaimanapun, menurut Kamarul Azmi Jasmi

& Ab. Halim Tamuri (2007), berdasarkan pandangan Mohd. Hussain Ibrahim (1993), pendekatan yang sesuai dalam memantapkan proses PdPc Pendidikan Islam ialah pendekatan mengajar kepada berfikir.

Berdasarkan huraian keseluruhan pendekatan pengajaran kemahiran berfikir terhadap Pendidikan Islam, dapatlah difahami bahawa pendekatan mengajar kepada berfikir ini perlu diterapkan bagi matlamat mencapai tujuan Pendidikan Islam itu sendiri. Namun, sebelum melaksanakan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), guru perlu menguasai beberapa aspek termasuk konsep kemahiran berfikir, kemahiran berfikir yang berpaksikan Islam, agar penerapan tersebut dapat dilakukan dengan berkesan ke tahap praktikal tanpa terpisah dari agama.

5.2 Cadangan Kajian Lanjutan

Berdasarkan kajian yang dijalankan dan dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan yang berkaitan dengan kajian ini, diusulkan sebagai rujukan untuk penyelidikan pada masa akan datang. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:

1) Kajian kuantitatif ini melibatkan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Bangi dan Kajang dalam negeri Selangor sahaja. Oleh itu, diharapkan kajian lanjutan pada masa akan datang dapat diperluaskan dengan melibatkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran PI dari sekolah-sekolah menengah kebangsaan di daerah yang lain ataupun dari negeri lain bagi membuat perbandingan. Penglibatan lebih ramai guru dalam kajian akan memberikan gambaran yang lebih holistik tentang tahap pengetahuan, tahap pemahaman, tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, tahap kesediaan dan tahap sikap dalam kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran PI secara menyeluruh.

2) Kajian tinjauan tentang KBAT ini hanya meninjau dari segi perspektif guru-guru PI sahaja. Bagi kajian yang seterusnya, pengkaji menyarankan agar kajian diambil kira dari perspektif pelajar supaya pemahaman dan kejelasan tentang sejauh mana pelaksanaan elemen KBAT dalam pengajaran diterapkan oleh guru-guru PI boleh di ukur.

(12)

146

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

3) Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpul data. Kepelbagaian kaedah mengumpulkan data boleh dijalankan untuk kajian akan datang. Pengkaji mencadangkan kaedah kualitatif seperti temu bual dan pemerhatian langsung bagi memperkukuhkan dapatan kajian yang diperolehi, atau juga kajian tringulasi mexide method. Dengan ini, pengetahuan dan pemahaman tentang KBAT akan dapat membantu guru PI melaksanakan KBAT dalam PdPc.

4) Kajian ini telah dijalankan ke atas sekolah harian biasa iaitu sekolah menengah kebangsaan secara umum tanpa mengambil kira aspek kategori sekolah-sekolah menengah itu sendiri. Untuk kajian lanjutan dicadangkan supaya kajian ini dilakukan ke atas guru-guru PI berdasarkan kategori sekolah seperti sekolah menengah jenis kebangsaan, sekolah menengah berasarama penuh, sekolah teknik vokasional, sekolah menegah kebangsaan agama dan sekolah swasta. Kajian perbandingan tahap pengetahuan dan pemahaman tentang KBAT dalam kalangan guru berdasarkan kategori sekolah ini juga, boleh dilakukan.

5) Berikutnya di cadangkan juga, agar kajian lebih fokus kepada PdPc itu sendiri boleh dijalankan bagi menguku KBAT terhadapt komposisi pengajaran sepenjang sesi PdPc.

Ianya bertujuan bagi melihat proses penekanan KBAT lebih menjurus pada komposisi yang mana satu, sama ada Permulaan pengajaran, pertengahan pengajaran ataupun penutup penagajaran

6) Selain itu, cadangan yang terakhir adalah, pengkaji berikutnya juga boleh mengkaji bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Islam yang lebih fokus agar dapat melihat secara menyeluruh penekanan KBAT terhadap setiap bidang di dalam pendidikan Islam.

Bidang yang ada seperti Aqidah, Fiqah, Sirah, Al-Quran, Hadis dan akhlak 6. Kesimpulan

Secara umumnya, kajian ini meninjau persepsi dalam kalangan guru pendidikan Islam tentang KBAT. Persepsi guru ditinjau dari aspek pengetahuan, pemahaman, kemahiran pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, kesediaan dan sikap terhadap KBAT. KBAT diberi penekanan oleh KPM dalam sukatan pelajaran setiap mata pelajaran bagi melahirkan pelajar yang dapat berdikari dan berdaya saing diperingkat global. Sebagai seorang guru khususnya guru pendidikan Islam perlulah menguasai segala aspek berkenaan KBAT bagi mengaplikasikannya dalam setiap PdPc. Kejelasan pengetahuan, penguasaan kefahaman dan kesediaan dalam mengajar adalah pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan elemen KBAT dalam pengajaran guru pendidikan Islam. Oleh itu, guru-guru perlulah diberikan latihan dan pendedahan kursus KBAT yang mencukupi bagi membolehkan mereka menyampaikan pengajaran PI secara lebih berkesan.

Rujukan

Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

(13)

147

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

Abdul Rahim Abdul Rashid. (1999). Pendidikan Sejarah: Falsafah, Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributrs Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Hussein. (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir: Kemahiran. Skudai, Johor:

UMIDA Industries Sdn. Bhd.

Abdul Raof Dalip. (1992). Pendidikan Islam: Konsep dan Realiti. dlm. Ismail Ab. Rahman (pnyt). Pendidikan Islam di Malaysia (hlm. 151-171). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Salam Yussof. (2003). Imam al-Ghazali: Pendidikan berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Atan Long. (1983). Pedagogi Kaedah dan Mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Ball, A., & Garton, B. (2005). Modeling Higher Order Thinking: The Alignment Between Objectives, Classroom Discourse, and Assessments. Journal of Agricultural Education, 46(2), 58-69

Bavani Nageswana Row, Selvaranee Subramaniam, Renuka V. Sathasivam. (2016). When Students Say “I Just Couldn‟t Think”: Challenges in Teaching Skilful Thinking.

The Malaysian Online Journal of Educational Sciences, 4(2). University of Malaya.

Beyer, K. B. (1988). Developing a Thinking Skills Program. United States of America: Allyn

& Bacon Inc.

Boaler, J., & Staples, M. (2008). Creating Mathematical Futures Through an Equitable Teaching Approach: The Case of Rail Side School. Teachers College Record, 110(3), 608–645.

Diane M. Coffman. (2013). Thinking about Thinking: an Exploration of Preservice Teachers Views about Higher Order Thinking Skills. The Dissertation. University of Kansas.

Link :

https://kuscholarworks.ku.edu/bitstream/handle/1808/15086/Coffman_ku_0099D_

129 28_DATA_1.%20pdf?sequence=1.

Elaine Hall. (2006). In Learning and Instruction: Metacognition Special Interest Group Conference, Cambridge University, Teachers and Metacognition: Drawing

Together. Evidence from Systematic Review and Action Research. Paper presented at the European Association for Research. Newcastle University.

Elin Driana & Ernawati. (2019). Teachers' Understanding and Practices in Assessing Higher Order Thinking Skills at Primary Schools. Acitya: Journal of Teaching &

Education, 1(2), 110-118.

Ewe Gnoh Ong. (2015). Force Field Analysis on Higher Order Thinking Skills (HOTs) Airtime in Malaysian Mathematics Classroom. 7th ICMI-East Asia Regional Conference on Mathematics Education 11-15 May 2015, Cebu City, Philippines.

Fathiyah Fakhruddin, Norhayati Alwi, Lukman Abd Mutalib & Azimi Hamza. (2013).

Pemahaman dan Pengamalan Guru Pendidikan Islam Menerapkan Elemen Amalan dalam Pengajaran. The Online of Islamic Education, 1(1), 1-16.

Franco, C., Sztajn, P., & Ramalho Ortigao, M.I. (2007). Mathematics Teachers, Reform and Equity: Results from The Brazilian National Assessment. Journal for Research in Mathematics Education, 38(4), 393-419.

Hair, J.E., Anderson, R.E Tattham, R.L. & Black, W. C. (1998). Multivariate Data Analysis.

5th Ed. Upper Saddle River; Prentise Hall.

Hasan Langgulung. (1987). Asas-asas Pendidikan Islam. Jakarta: Pustaka al-Husna.

Hasmaliza Hasan. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Tesis Sarjana. UKM.

(14)

148

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

Hussain Ibrahim. (1993). Mengajar berfikir: Perkembangan dan Masalahnya. Prosiding Konvensyen Antarabangsa Kecemerlangan Berfikir. Selangor: Fakulti Pendidikan UKM.

Ismail Mustapa, Pusphavalli A. R, & Raja Gopal P., (2015). Kegunaan dan Amalan

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran Semasa Praktikum Fasa Ii, 2014. Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK).

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor Baru: Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). KBSM: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan alQuran dan al-Sunnah Tingkatan 4. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur: KPM, h. iv.

Madzanah Osman. (2002). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah.Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Majid K. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Masnah. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di Sekolah. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mat Sulaiman & Norkhairiah Hashim. (2011). Aplikasi Kemahiran Berfikir dalam

Pengajaran Pengetahuan Ugama Islam. Journal of Applied Research in Education, 15(12), 43-58.

Mohd Yusri Kamarudin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Hamidah Yamat@Ahmad,

Kamarulzaman Abdul Ghani. (2016). Inculcation of Higher Order Thinking Skills (HOTs) in Arabic Language Teaching at Malaysian Primary Schools. Creative Education, 7, 307- 314. Scientific Research Publishing Inc.

Mok Soon Sang. (2013). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muhammad Talhah Ajmain @ Jimaain. (2018). Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia

Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Prosiding Seminar Education Graduate Regional Conference (EGRC 2015).

Norasmah Othman & Shuki Osman. (2009). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. dlm.

Noraini Idris & Shuki Osman (pnyt). Pengajaran dan Pembelajaran (hlm.75-100).

Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Osman, S. F., Ajmain @ Jima’ain, M. T., & Wan Embong, W. H. (2020). Kefahaman Guru Pendidikan Islam Tentang Kemahiran Pemikiran Kritis dalam Pembelajaran Abad Ke-21. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 5(29), 130-140.

Othman Lebar. (2006). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod.

Tanjung Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Poh Swee Hiang. (1997). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rafiei Mustafa. (1998). Kajian Tentang Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan Pengajaran Berkesan. Shah Alam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.

(15)

149

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NET WORK - All rights reserved

Rajendran Nagappan. (2001). The Teaching of Higher Order Thinking Skill in Malaysia.

Journal of Southeast Asian Education, 2(1).

Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru

Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas kerja di bentang pada Seminar Projek KBKK: Poster Warisan Pendidikan Wawasan 2001.

Razila Kasmin, Mohd Faiz Baharan, Noraizan Mohsin, Norliza Kila dan Mashita Abu Hassan. (2019). Amalan Kualiti Guru dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebanggsaan. Journal of Management and Operation Research JoMOR 2019, 1(4), 1-23.

Rosnani Hashim & Suhailah Hussein. (2003). The Teaching of Thinking in Malaysia (1st ed).

Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

Saido, G. M., Siraj, S., Nordin, A. B., & Al Amedy, O. S. (2015). Higher Order Thinking Skills among Secondary Students in Science Learning. The Malaysian Online Journal of Educational Science, 3(3), 13-20.

Sener, N., Turk, C., & Tas, E. (2015). Improving Science Attitude and Creative Thinking Through Science Education Project: A Design, Implementation and Assessment.

Journal of Education and Training Studies, 3(4), 57-67.

Sharifah Puteh, Adibah Ghazali, Mahzan Tamyis & Aliza Ali. (2012). Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 19-31.

Sivapakkiam a/p Ramasamy, Fadzilah Abd. Rahman, Habsah Ismail, Umi Kalthom Abdul Manaf, Rozita Radhiah Said. (2016). Teachers Levels of Knowledge and Interest on Higher Order Thinking Skills (HOTs) According to the Field Taught and Category of Schools. Journal of Modern Education. Review, 6(9), 611–621.

Som & Dahalan Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK).

Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Uzi Dollah. (2012). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Persepsi dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan

Pembelajaran di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1), 18-36.

Syaubari Othman. (2018). Pelaksanaan Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Bidang Akidah Sekolah Rendah di Malaysia. Tesis Kedoktoran. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tajularipin Sulaiman, Vickneswary Muniyan, Diwiyah Madhvan, Raidah Hasan & Suzieleez Syrene Abdul Rahim. (2017). Implementation of Higher Order Thinking Skills in Teaching of Science: A Case Study in Malaysia. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 1(1).

Tengku Nor Husna, Hasanah, Khazri. (2019). Strategi Guru Pendidikan Islam Sebagai Pendakwah dalam Melahirkan Pelajar Berfikir Aras Tinggi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 4(19), 97-107.

Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2002). Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu. Proceeding of The International Conference on Teaching and Learning. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahmod. (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zohar, A., & Schwartzer, N. (2005). Assessing Teachers Pedagogical Knowledge in The Context of Teaching Higher-Order Thinking. International Journal of Science Education, 27(13), 1595-1620.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Jika dilihat dari sudut mengingat yang diperkenalkan oleh Bloom dan di ubahsuai oleh Anderson mengingat adalah salah satu kemahiran berfikir yang berada pada aras rendah

Secara khusus kajian ini merangkumi empat objektif utama, iaitu menghuraikan strategi penerapan KBAT dalam PdPc kemahiran menulis di Sekolah Rendah Agama Integrasi

Secara umumnya kajian rintis ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi guru sekolah rendah terhadap penerapan KBAT bagi

Keseluruhan item di dalam konstruk pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran dipersetujui oleh kumpulan pakar berdasarkan syarat yang

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan masalah guru bahasa Melayu terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan

Sehingga kini ilmu maqāṣid al-sharī‘ah tidak dibahaskan langsung dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT),

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan kemahiran yang amat penting untuk dikuasai oleh guru dan pelajar dalam meningkatkan tahap pendidikan negara di

Dapatan juga menunjukkan bahawa hubungan antara kepimpinan servan pengetua dengan pelaksanaan KBAT guru mempunyai aras kekuatan yang rendah pada nilai r=0.245 pada aras signifikan p...