• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kajian Persepsi Pelajar Universiti Kuala Lumpur Terhadap Kaedah Pengajaran Total Physical Response Dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Mandarin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kajian Persepsi Pelajar Universiti Kuala Lumpur Terhadap Kaedah Pengajaran Total Physical Response Dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Mandarin"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Kajian Persepsi Pelajar Universiti Kuala Lumpur Terhadap Kaedah Pengajaran Total Physical Response Dalam

Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Mandarin

(A Study On The Perception Of Universiti Kuala Lumpur Students Toward TPR Teaching Method In Learning Mandarin Vocabulary)

Tan Hua An1*, Tan Tiam Lai2

1 Student Development Section, Malaysian Spanish Institute, Universiti Kuala Lumpur, Kulim, Kedah, Malaysia.

2 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

*Pengarang Koresponden: hatan@unikl.edu.my

Accepted: 15 December 2020 | Published: 31 December 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Total Physical Response (TPR) merupakan kaedah pengajaran yang diperkenalkan oleh Dr. James J. Asher, seorang profesor psikologi di San Jose State University di California pada tahun 1960-an. Kaedah pengajaran ini digunakan secara meluas di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, contohnya bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Jepun dan sebagainya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar dari universiti teknikal tempatan terhadap kaedah pengajaran TPR yang digunakan dalam kelas bahasa Mandarin sebagai bahasa asing peringkat permulaan. Sampel kajian adalah pelajar bukan penutur natif bahasa Mandarin. Kajian ini dijalankan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT). Soal selidik dan temu bual digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Seramai 32 orang pelajar terlibat dalam soal selidik manakala 16 orang pelajar daripadanya terlibat dalam temu bual. Secara keseluruhan, responden menerima baik kaedah pengajaran TPR. Pelajar memberi maklum balas yang positif dan memberangsangkan terhadapnya. Kajian ini diharap akan memberi inspirasi kepada pengajar di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) agar menggunakan kaedah pengajaran ini secara meluas.

Kata kunci: bahasa Mandarin, kaedah pengajaran TPR, kosa kata

Abstract: Total Physical Response (TPR) is a teaching method introduced by Dr. James J.

Asher, a professor of psychology at San Jose State University in California in 1960s. This method is widely used in teaching and learning a foreign language, for example Spanish, French, Japanese, among others. The aim of this study is to investigate the perception of local technical university students toward the TPR method used in Mandarin as a foreign language preliminary stage class. The sample of the study is non-native Mandarin students. The study was conducted at Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT). The questionnaire and interview were employed as the instruments to collect data. A total of 32 students were involved in answering the questionnaire and 16 students out of these 32 students were involved in the interview. Overall, the respondents well accepted TPR teaching method. The students gave positive and encouraging feedbacks on it. Finally, the study hope to inspire teaching staff in public and private universities to use this teaching method widely.

(2)

Keywords: Chinese language, TPR teaching method, vocabulary

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Total Physical Response (TPR) diperkenalkan oleh Dr. James J. Asher pada tahun 1960-an.

Beliau merupakan seorang profesor psikologi di San Jose State University, California. Hasil karya beliau yang berjudul “Learning Another Language Through Actions” menyarankan penggabungan bahasa dan pergerakan, iaitu mengajar bahasa asing atau bahasa kedua dengan menggunakan pergerakan badan (Asher, 2009, ms.3-4).

Asher percaya bahawa persekitaran pembelajaran bahasa asing harus sama dengan persekitaran di mana seorang bayi mula mempelajari sesuatu bahasa. Seseorang bayi mempelajari bahasa bermula dengan pemahaman melalui pergerakan. Sehingga tiba suatu masa dimana bayi tersebut merasakan telah mempunyai kebolehan bertutur, perkataan atau ayat tersebut akan dapat dituturkan dengan sendirinya (Jiang, 2008, ms.120).

Objektif kaedah pengajaran TPR adalah untuk mengajar pelajar kemahiran asas bahasa pada peringkat awal. Ia bertujuan untuk membantu pelajar memperolehi bahasa kedua sama seperti perolehan bahasa pertama mereka (Richards & Rodgers 2001, ms.76).

Menurut Liu (2015) terdapat empat peringkat penggunaan TPR seperti berikut:

Pertama, peringkat persembahan: Guru memberi arahan dan diikuti dengan melakukan pergerakan yang berkaitan dengan arahan tersebut. Pelajar hanya perlu mendengar dan meneliti pergerakan tersebut.

Kedua, peringkat peniruan: Guru memberi arahan sekali lagi dan diikuti dengan melakukan pergerakan. Pelajar diminta meniru pergerakan tersebut berdasarkan arahan yang diberi.

Ketiga, peringkat pemahaman: Guru memberi arahan tetapi tidak melakukan pergerakan.

Sebaliknya, pelajar diminta melakukan pergerakan berdasarkan arahan yang diberikan.

Keempat, peringkat aplikasi: Guru meminta sekumpulan pelajar memberi arahan. Sekumpulan pelajar yang lain melakukan pergerakan sambil mengulangi arahan tersebut.

Kaedah pengajaran TPR telah lama digunakan di negara lain. Contohnya, pengajar di negara China telah menggunakannya untuk mengajar bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Selain itu, kaedah pengajaran ini juga kerap digunakan untuk mengajar bahasa Mandarin sebagai bahasa asing peringkat permulaan di luar negara. Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran ini masih tidak popular lagi di Malaysia, khususnya di bidang pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di institusi pendidikan tinggi.

1.1 Kelebihan Kaedah Pengajaran TPR

Kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan penggunaan kaedah pengajaran TPR mempunyai kelebihan yang berikut:

Pertama, tumpuan pelajar akan lebih baik melalui kaedah ini. Selain itu, inisiatif dan semangat untuk belajar juga akan meningkat. Mereka akan berasa seperti sedang belajar di dalam persekitaran bahasa yang sebenar.

(3)

Kedua, kaedah pengajaran TPR menyarankan pembelajaran yang “menyeronokkan” dan dapat memenuhi kehendak “keseronokan” pelajar. Pelajar dapat merasai keseronokan psikologi dan fizikal dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Menurut Horwitz (2001), kira-kira satu pertiga daripada pelajar mengalami kegelisahan bahasa semasa mempelajari bahasa asing. Kelebihan kaedah pengajaran TPR diharap dapat mengurangkan kegelisahan bahasa di kalangan pelajar semasa belajar bahasa asing, khususnya bahasa Mandarin.

1.2 Pernyataan Masalah

Secara umumnya, pembelajaran bahasa selalu dianggap sebagai tugas yang membosankan. Jika pengajar tidak menguasai dan menggunakan kemahiran dan seni pengajaran dengan baik akan mewujudkan suasana kelas yang tertekan dan tegang (Chen, 2013, ms.96). Ini kerana pembelajaran bahasa asing kadang-kadang boleh menjadi pengalaman yang tidak menyeronokan bagi pelajar. Pengalaman sedemikian berpunca daripada timbulnya kegelisahan dan tekanan.

MacIntyre (1998, ms.27) berpendapat kegelisahan bahasa sebagai "kebimbangan dan reaksi emosi negatif yang timbul semasa belajar atau menggunakan bahasa kedua". Kegelisahan (anxiety) telah dikenalpasti sebagai tindak balas emosi yang biasa di dalam bilik darjah bahasa asing. Penyelidik telah mendapati bahawa satu pertiga daripada pelajar bahasa asing mengalami sekurang-kurangnya tahap kebimbangan terhadap bahasa asing yang sederhana (Horwitz, 2001, ms.112-126). Menurut Worde (1998), satu pertiga hingga separuh pelajar dikaji didapati mengalami tahap kebimbangan bahasa yang merisaukan.

Tekanan adalah faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa, ia bukan hanya memberi kesan kepada motivasi pelajar, tetapi juga menghasilkan kesan negatif dan halangan prestasi kepada pelajar (Arnold, 2005, ms. 58-59). Menurut James (2001, ms.2-3) pula, kaedah pengajaran TPR adalah satu cara yang boleh menghasilkan motivasi yang tinggi kepada pelajar.

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah Mandarin sangat penting. Dan kaedah pengajaran ini mestilah sesuai untuk pembelajaran pelajar. TPR adalah kaedah pengajaran yang dibangunkan oleh Dr. James J. Asher.

Walaupun pelaksanaan kaedah pengajaran TPR telah mencapai hasil yang baik dalam kelas bahasa Inggeris dan kelas bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di luar negara, namun ia amat jarang digunakan dalam kelas bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di tempatan. Justeru itu, kajian ini ingin mengenalpasti dan memahami pengalaman pelajar selepas penggunaan kaedah pengajaran TPR melalui borang soal selidik dan temu bual.

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR untuk membelajar kosa kata bahasa Mandarin berdasarkan peringkat pendidikan. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran TPR selepas pelaksanaan di dalam kelas bahasa Mandarin sebagai bahasa asing sangat penting untuk menggalakkan penggunaannya secara meluas di institusi pengajian tinggi tempatan.

1.4 Soalan Kajian

Demi mencapai objektif kajian, persoalan kajian yang perlu dijawab adalah apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR. Sebanyak 15 soalan dalam borang soal

(4)

selidik dan enam soalan temu bual dengan responden yang melibatkan pemahaman, penerimaan dan reaksi responden terhadap kaedah pengajaran TPR.

1.5 Kepentingan Kajian

Apabila kita menyebut kaedah pengajaran TPR, pandangan umum adalah ia hanya sesuai digunakan di tadika atau sekolah. Kita jarang melihat kajian yang seumpama di peringkat institusi pengajian tinggi tempatan.

Justeru itu, kajian ini berharap dapat memperbetulkan pandangan pengajar bahawa kaedah pengajaran TPR hanya sesuai digunakan di tadika dan sekolah. Hasil kajian diharap dapat memaparkan gambaran yang baru tentang persepsi di peringkat pengajian tinggi tempatan.

Selain itu, dapatan kajian ini diharap dapat membantu pengajar di institusi pengajian tinggi tempatan membuat refleksi tentang kaedah pengajaran mereka. Kajian ini diharap boleh menjadi sebagai salah satu pilihan tambahan kaedah pengajaran yang boleh digunakan di kelas.

2. Ulasan Kajian Lepas

Hasil tinjauan literatur, terdapat beberapa kajian berkenaan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR dalam pembelajaran bahasa Inggeris di luar negara.

Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kaedah pengajaran TPR mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar. Antaranya ialah kajian oleh Zhong (2002), Huang dan Wang (2009), Jie (2011) dan Yang (2016) ke atas murid sekolah rendah.

Walau bagaimanapun, kajian yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR dalam pembelajaran bahasa Mandarin amat kurang.

Zhang (2018) menjalankan kajian tentang kesesuaian penggunaan kaedah pengajaran TPR di kelas bahasa Mandarin peringkat permulaan di Confucius Institute University of Khartoum Sudan. Beliau menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik diedarkan kepada dua kumpulan iaitu guru dan pelajar. Seramai 18 orang guru dan 100 orang pelajar mengambil bahagian dalam kajian tersebut. Borang soal selidik bertujuan untuk mengenalpasti persepsi responden terhadap kaedah pengajaran TPR. Antara hasil dapatan daripada kumpulan guru mendapati 50% responden kerap menggunakan kaedah pengajaran ini di kelas. Bagi responden yang menggunakan kaedah pengajaran TPR, 85% menggunakannya ke atas pelajar peringkat permulaan. 70% responden berpendapat kaedah pengajaran ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Antara hasil dapatan daripada kumpulan pelajar mendapati 100% responden terima dan sukan akan kaedah pengajaran ini. 100% responden berpendapat kaedah pengajaran ini membolehkan minda tidak tertekan dan mewujudkan suasana kelas yang aktif. 90%

responden kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran, membantu penguasaan kandungan pengajaran dan meningkatkan keyakinan membelajar bahasa Mandarin. Hasil kajian ini menunjukan kaedah pengajaran TPR sesuai dan boleh dilaksanakan di kelas bahasa Mandarin peringkat permulaan di Sudan.

Wang (2014) menggunakan borang soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian ke atas murid yang mengikuti kelas bahasa Mandarin peringkat permulaan. Hasil dapatan kajiannya memberangsangkan. 87% responden berpendapat demostrasi dan lakonan membantu pembelajaran bahasa. 94% responden suka penggunaan permainan membelajar bahasa. 73%

responden berpendapat “sambil buat sambil kata” membantu peringatan perkataan. Kajian ini

(5)

menunjukkan kaedah pengajaran TPR mendapat sambutan yang baik dalam kalangan murid bahasa Mandarin peringkat permulaan.

Yang (2019) menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian ke atas pelajar Program Asasi Perubatan di Hebei University. Jumlah responden ialah 28 pelajar Pakistan iaitu 17 lelaki dan 11 perempuan. Sebanyak 82.1% pelajar sangat suka kelas komprehensif bahasa Mandarin yang menggunakan kaedah pengajaran TPR. Sebanyak 71.4% pelajar berpendapat kelas komprehensif bahasa Mandarin yang menggunakan kaedah pengajaran TPR sangat menarik. Sebanyak 78.6% pelajar ingin meneruskan pembelajaran di kelas komprehensif bahasa Mandarin yang menggunakan kaedah pengajaran TPR. Sebanyak 71.4% pelajar tidak berasa gelisah di kelas komprehensif bahasa Mandarin yang menggunakan kaedah pengajaran TPR.

Wu (2019) menggunakan borang soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian ke atas pelajar yang mengikuti kelas pertuturan bahasa Mandarin peringkat permulaan di Santo Tomas Confucius Institute di Chile. Seramai 37 orang pelajar telah menjawap borang soal selidik.

Sebanyak 62.16% responden dapat menerima kaedah pengajaran TPR. Sebanyak 56.76%

pelajar berpendapat penggunaan kaedah pengajaran TPR di kelas pertuturan membantu meningkat minat belajar. Sebanyak 70.27% pelajar harap guru menggunakan kaedah pengajaran TPR di kelas pertuturan. Sebanyak 54.05% pelajar berpendapat penggunaan kaedah pengajaran TPR dapat mengurangkan perasaan gelisah.

Terdapat dua kajian yang yang berkaitan dengan kaedah pengajaran TPR yang dijalankan di tempatan iaitu kajian oleh Krishnavani et al. (2017) ke atas murid pra sekolah dan Mohd Zuri Ghani dan Norr Huziza Hanim Mohd Ghous (2014) ke atas slow learner. Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian ini bertujuan untuk mengkaji untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran TPR dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Walaupun kedua-dua kajian menunjukkan kaedah pengajaran TPR adalah berkesan untuk membantu responden dalam pemerolehan bahasa Inggeris, namun kita tidak dapat mengenalpasti sejauh manakah persepsi responden terhadap kaedah pengajaran TPR.

3. Metodologi

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR untuk membelajar kosa kata bahasa Mandarin kepada pelajar bukan penutur natif peringkat permulaan mempelajari bahasa Mandarin di UniKL. Responden kajian terdiri daripada 32 orang pelajar yang diajar dengan kaedah pengajaran TPR. Mereka ialah pelajar dari salah sebuah kampus cawangan UniKL iaitu Malaysian Institute of Information Technology (MIIT).

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik and temu bual. Menurut Mohd Najib (2003) dan Fuad Mohamed (2017), tinjauan soal selidik merupakan cara yang berkesan dan tidak memerlukan banyak masa serta perbelanjaan yang besar.

Sebanyak tiga sesi pengajaran dijalankan. Setiap sesi menggunakan 30 minit untuk mengajar tujuh kosa kata. Jumlah keseluruhan sebanyak 21 kosa kata diajar. Kosa kata tersebut dipilih daripada buku teks yang digunakan. Setiap sesi mengajar tujuh kosa kata kerana menurut Liu (2000, ms.107), kapasiti ingatan jangka pendek adalah terhad. Setiap kali maklumat ditunjukkan atau dibentangkan, ia dapat mengingat semula 7 (± 2) unit maklumat dalam ingatan jangka pendek. Bagi mengelakkan unsur-unsur “bias eksperimen”, kajian telah

(6)

dijalankan oleh Puan Lai, pensyarah bahasa Mandarin di UniKL MIIT. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun.

Borang soal selidik kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A merupakan maklumat demografi responden seperti jantina, umur, keturunan, peringkat pendidikan, program pengajian dan semester. Bahagian B digunakan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR. Terdapat 15 item dalam bahagian B. Skala Likert lima mata telah digunakan dalam item-item bahagian B iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Agak Setuju), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju).

Soal selidik dibina berdasarkan objektif kajian dengan merujuk kepada pelajar yang telah mengikut kaedah pengajaran TPR. Borang soal selidik mengemukakan item yang ringkas dan mudah difahami.

Selain borang soal selidik, kajian ini turut menggunakan temu bual sebagai instrumen yang dilengkapi dengan 6 soalan untuk mengetahui persepsi pelajar tentang penggunaan kaedah pengajaran TPR untuk mempelajari kosa kata bahasa Mandarin.

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Sumber utama yang digunakan dalam pengumpulan data ialah sumber data primer. Data primer ialah data asal yang dikumpulkan untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan instrumen (Sabitha, 2005). Data asal bagi kajian ini adalah data daripada instrumen soal-selidik dan temu bual dengan responden.

4.1 Dapatan Soal Selidik

Program SPSS versi 23.0 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan analisis adalah seperti di bawah.

Jadual 1: Data Demografi Responden Kajian

Faktor Demografi Kategori Kekerapan Peratusan

Jantina Lelaki 24 75

Perempuan 8 25

Peringkat Pendidikan Diploma 18 56.3

Sarjana Muda 14 43.8

Semester Pengajian Semester 3 27 84.4

Semester 4 3 9.4

Semester 5 2 6.3

Berdasarkan Jadual 1 di atas, responden kajian terdiri daripada pelajar lelaki seramai 24 orang (75%) dan pelajar perempuan pula 8 orang (25%). Dari peringkat pendidikan pula, seramai 18 orang pelajar diploma (56.3%) dan 14 orang pelajar sarjana muda (43.8%). Manakala jika mengikut semester pengajian pula, seramai 27 orang adalah dari semester 3 iaitu 84.4%, 3 orang dari semester 4 iaitu 9.4% dan 2 orang dari semester 5 iaitu 6.3%.

(7)

Jadual 2: Perbezaan min skor terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR berdasarkan peringkat pendidikan

Pembolehubah bersandar

Peringkat pendidikan

N Min Sisihan

piawai

Persepsi Diploma 18 57.8333 7.70981

Sarjana Muda 14 59.0000 7.02742

Bagi soalan kajian iaitu perbezaan persepsi terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR berdasarkan peringkat pendidikan didapati pelajar sarjana muda mempunyai min yang tinggi berbanding pelajar diploma iaitu 57.83 berbanding 59.00. Jadual 2 di atas menunjukkan perbezaan min bagi persepsi terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR berdasarkan peringkat pendidikan.

Jadual 3: Perbezaan persepsi terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR berdasarkan peringkat pendidikan

Pembolehubah bersandar

df F Sig

Persepsi 30 .117 .735

Melalui analisis ujian t-bebas dijalankan, mendapati nilai p = 0.735 (p>0.735) bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi persepsi terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR berdasarkan peringkat pendidikan. Jadual 3 menunjukkan analisis ujian t-bebas bagi persepsi terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR berdasarkan peringkat pendidikan.

Jadual 4: Persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran TPR

Minima Maksima Min Sisihan

Piawai 1. Ini merupakan kali pertama saya didedahkan

dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin.

2 5 4.16 0.884

2. Saya suka dengan kaedah pengajaran Total

Physical Response (TPR) yang digunakan. 3 5 4.25 0.803 3. Saya boleh memberi tumpuan semasa

pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

3 5 4.34 0.787

4. Saya memberi respon yang

memberangsangkan semasa pensyarah mengajar kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

2 5 3.88 0.871

5. Saya berasa selesa belajar kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

3 5 4.19 0.738

(8)

6. Saya dapat memahami isi kandungan pembelajaran dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

3 5 4.00 0.803

7. Saya berasa tertekan dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) semasa belajar kosa kata bahasa Mandarin. (- ve)

1 5 1.75 0.950

8. Saya mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR).

3 5 3.56 0.716

9. Perbuatan yang digunakan untuk belajar

kosa kata bahasa Mandarin senang diikuti. 3 5 3.91 0.734 10. Pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin

melalui kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) memberi kesan yang baik kepada saya.

3 5 4.16 0.723

11. Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) meningkatkan pemahaman saya tentang kosa kata bahasa Mandarin yang saya dipelajari.

3 5 4.16 0.723

12. Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) membantu saya menguasai kosa kata bahasa Mandarin.

3 5 3.88 0.707

13. Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) membantu saya

meningkatkan memori penguasaan kosa kata bahasa Mandarin yang dipelajari.

2 5 3.84 0.767

14. Kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) sesuai digunakan untuk mengajar kosa kata bahasa Mandarin.

3 5 4.09 0.689

15. Saya berharap pensyarah menggunakan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) pada masa akan datang.

1 5 4.19 0.896

Melalui analisis min skor yang dijalankan, didapati skor min tertinggi ialah 4.34 pada item yang ke 3 iaitu “Saya boleh memberi tumpuan semasa pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR)”. Ini bermakna item ini mudah difahami dan majoriti bagi responden dalam kumpulan rawatan dapat memberi tumpuan yang baik semasa pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran TPR.

Manakala bagi item terendah skor minnya pula ialah min skor 1.75 bagi item yang ke 7 iaitu

“Saya berasa tertekan dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) semasa belajar kosa kata bahasa Mandarin”. Bagi item ini, kebanyakan responden tidak tertekan dengan kaedah pengajaran TPR semasa belajar kosa kata bahasa Mandarin. Walaupun skor min bagi item 7 ini terendah, namun ianya adalah item negatif.

4.2 Dapatan Temu Bual

Selain borang soal selidik, kajian ini turut menggunakan temu bual sebagai instrumen yang dilengkapi dengan 6 soalan untuk mengetahui persepsi pelajar tentang penggunaan kaedah pengajaran TPR untuk mempelajari kosa kata bahasa Mandarin. Responden temu bual ialah

(9)

pelajar-pelajar yang telah mengikuti kaedah pengajaran TPR. Seramai 16 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk ditemu bual.

Soalan pertama temu bual ialah “Adakah anda suka dengan penggunaan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin di dalam kelas?

Mengapa?” Kesemua responden menyatakan bahawa mereka menggemari kaedah pengajaran TPR ini di dalam kelas. Mereka bersependapat bahawa kaedah pengajaran TPR memudahkan mereka memahami kosa kata bahasa Mandarin. Menurut salah seorang responden berkata:

“saya suka menggunakan kaedah pengajaran TPR kerana saya mudah fahami dan jelas apabila melihat pergerakan dan memudahkan saya belajar Mandarin”. Selain itu, seorang responden berpendapat bahawa pergerakan badan yang ditunjukkan sangat menarik dan boleh menghilangkan rasa mengantuk. Responden lain pula suka kaedah pengajaran ini kerana ia dapat menarik minat dan lebih mudah berbanding belajar dengan menggunakan buku sahaja.

Soalan kedua temu bual ialah “adakah penggunaan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) dapat membantu anda meningkatkan memori penguasaan kosa kata bahasa Mandarin yang dipelajari? Mengapa?” Kesemua responden berpendapat bahawa kaedah pengajaran TPR dapat membantu mereka untuk meningkatkan memori penguasaan kosa kata bahasa Mandarin yang dipelajari. Contohnya, salah seorang responden berkata: “Ya mudah kerana saya senang ingat perkataan berdasarkan perbuatan yang berulang”. Selain itu, seorang responden berpendapat bahawa daripada segi sudut pembelajaran sangat berlainan daripada sebelumnya dan kaedah pengajaran TPR boleh memperbaiki bahasa Mandarin. Menurut seorang responden, kaedah pengajaran ini dapat membantunya dalam ingatkan memori kerana pergerakan fizikal mudah diingati.

Soalan ketiga temu bual ialah “adakah anda berasa tertekan dengan penggunaan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) semasa belajar kosa kata bahasa Mandarin?

Mengapa?” Tiga belas orang responden menyatakan mereka tidak berasa tertekan dengan penggunaan kaedah pengajaran TPR ini semasa memperlajari kosa kata bahasa Mandarin.

Mereka berpendapat bahawa kaedah pengajaran TPR membawa keseronokan. Menurut salah seorang responden: “saya tidak tertekan kerana ia sesuatu benda baru dan seronok untuk belajar”. Walau bagaimanapun, terdapat tiga orang responden yang berpendapat sebaliknya.

Seorang responden menyatakan sedikit tertekan pada mulanya tetapi apabila sudah belajar tekanan semakin kurang. Seorang responden pula berpendapat bahawa dia berasa sedikit tekanan kerana malu. Terdapat seorang responden berasa amat tertekan dengan penggunaan kaedah pengajaran TPR semasa belajar bahasa Mandarin.

Soalan keempat temu bual ialah “adakah perbuatan yang digunakan untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin senang diikuti? Mengapa?” Kesemua responden menyatakan perbuatan yang digunakan untuk memperlajari kosa kata bahasa Mandarin senang diikuti. Menurut salah seorang responden: “senang diikut kerana cara yang mudah difahami dan sesuai dengan maksud yang disebut”. Selain itu, terdapat seorang responden berpendapat bahawa perbuatan yang digunakan senang diikuti kerana isyarat yang digunakan jelas”. Walau bagaimana pun, terdapat seorang responden berpendapat bahawa pergerakan yang digunakan ada yang senang dan ada yang susah.

Soalan kelima temu bual ialah “Adakah anda boleh memberi tumpuan semasa pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR)?

Mengapa?” Kesemua responden menyatakan mereka dapat memberi tumpuan semasa pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin dengan kaedah pengajaran TPR. Menurut salah

(10)

seorang responden: “Saya lebih suka pensyarah menggunakan TPR daripada hanya bercakap kerana mudah untuk diingati”. Responden yang lain turut berkongsi pendapat yang sama:

“kaedah ini lebih menarik dari percakapan.” Selain itu, terdapat seorang responden berpendapat dia mampu memberi tumpuan kerana cara ini tidak membosankan.

Soalan keenam temu bual ialah “Apakah pandangan dan cadangan anda terhadap penggunaan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) untuk belajar kosa kata bahasa Mandarin?

Kesemua responden memberi pandangan yang positif terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR ini untuk mempelajari kosa kata bahasa Mandarin. Terdapat dua orang responden mencadangkan penggunaan teknologi ke atas kaedah pengajaran TPR dengan secara atas talian atau penggunaan video. Responden yang lain pula mencadangkan memasukkan unsur permainan yang berkaitan kosa kata bahasa Mandarin. Kebanyakan responden berpendapat kaedah pengajaran TPR harus diteruskan pada masa akan datang. Malahan terdapat responden beranggap bahawa kaedah pengajaran TPR sesuai digunakan bagi setiap topik. Walaupun kaedah pengajaran TPR mendapat sambutan yang menggalakan, namun penambahbaikan harus diadakan. Contohnya, menurut responden, pensyarah perlu bezakan pergerakan untuk bezakan dua kosa kata yang hampir sama, kaedah pengajaran ini boleh digunakan dalam kelas tetapi jangan terlalu kerap dan penggunaannya haruslah bergantung pada keadaan.

Secara keseluruhan, dapatan temu bual menunjukkan bahawa para responden mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap kaedah pengajaran TPR. Mereka mengakui kebaikan kaedah pengajaran ini. Dapatan temu bual selari dengan dapatan soal selidik.

5. Kesimpulan

Kaedah pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin peringkat permulaan. Kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran TPR dalam pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin memberangsangkan. Pelaksanaan kaedah pengajaran TPR mendapat maklum balas dan sambutan positif daripada pelajar. Ini jelas ditunjukkan melalui hasil soal selidik dan temu bual dengan responden.

Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai pendorong untuk pengajar institusi pengajian tinggi menggunakan kaedah pengajaran TPR dalam kelas, khususnya mengajar kosa kata bahasa Mandarin pada peringkat permulaan. Pengkaji berharap kaedah pengajaran TPR dapat dilaksanakan di semua cawangan kampus UniKL. Justeru itu, pengkaji juga berharap institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain tempatan boleh mengamalkan kaedah pengajaran ini.

Kajian yang seterusnya akan menumpukan kepada kampus yang lain dengan menambah bilangan kajian berkenaan dan mempelbagaikan dapatan sebagai rujukan para penyelidik pada masa hadapan. Dengan ini, kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan pada masa depan oleh pengajar bahasa asing atau bahasa kedua agar mereka boleh merancang dan menggunakan kaedah pengajaran TPR sebagai salah satu alat pengajaran bahasa untuk membantu pelajar.

Rujukan

Arnold, J. (2005). Affect in Language Learning. Cambridge: Cambridge University Press.

Asher, J.J. (2009). Learning Another Language Through Actions (7th edition). Los Gatos, CA:

Sky Oaks Productions.

Chen, C.L. (2013). Duiwai Hanyu Jiaoxue Gailun. Shanghai: Fudan Press.

(11)

Fuad, Mohamed. (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. Sintok: Penerbit UUM.

Huang Y.N., Wang X.W. (2009). Application of TPR in Young Learners English Teaching.

Journal of Northeast Agricultural University (Social Science Edition), Vol. 7, No. 5.

Horwitz, E. K. (2001). Language anxiety and achievement. Annual Review of Applied Linguistics, 21.

James, J. A. (2001). Learning Another Language Through Actions. Los Gatos: Shy Oaks Productions, Inc.

Jiang, L.P. (2008). Duiwai Hanyu Jiaoxue Lun. Beijing: Beijing Language and Culture University Press Co. Ltd.

Jie, Q.Y. (2011). Quanshen Fanying Fa Zai Xiaoxue Jiaoxue Zhong De Yunyong. Jiaoyu Yanjiu.

Krishnavani Anmal Govindan Nair, Suppiah Nachiappan & Wong, K.T. (2017). Integrating English with Total Physical Response for Pre-schoolers’Cognitive Development. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education.

Liu, H. (2015). Guoji Hanyu Jiaoshi Ruzhi Bixiu Shike. Beijing: The Commercial Press.

Liu, X. (2000). Duiwai Hanyu Jiaoyu Xue Yin Lun. Beijing: Beijing Language and Culture University Press Co. Ltd.

MacIntyre, P. D. (1998). Language anxiety: A review of the research for language teachers. In D. J. Young (Ed.), Affect in foreign language and second language learning (pp. 24-45).

Boston: McGraw-Hill.

Mohd, Najib. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM.

Mohd Zuri Ghani & Norr Huziza Hanim Mohd Ghous (2014). The Effectiveness of Total Physical Response (TPR) Approach in Helping Slow Young Learners with Low Achievement Acquire English as a Second Language. International Journal of Research in Social Sciences, Vol.4, No.6.

Richards, J. C. and Rodgers, T. S. (2001). Approaches and Methods in Language Teaching.

Cambridge: Cambridge University Press.

Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Prentice Hall/Pearson Malaysia.

Worde, R. (1998). An investigation of students' perspectives on foreign language anxiety.

Unpublished doctoral dissertation, George Mason University, Fairfax, Virginia.

Wu, Q (2019). The Application and Research of Total Physical Response in Elementary Chinese Teaching Procedures in Chile – Illustrated by the Example of Santo Tomas Confucius Institute in Chile. Anhui University, China.

Yang, M.R. (2019). The Application of Systemic Reaction Method in the Elementary Chinese Comprehensive Course – Taking the Pakistani Medical Prep Class in Hebei University as an Example. Hebei University, China.

Yang, T.T. (2016). Quanshen Fanying Fa Zai Xiaoxue Yingyu Cihui Jiaoxue Zhong De Yingyong – Yi Gulin Zhen Zhongxin Xiaoxue Wei Li. AnHui Wenxue, Issue 12.

Wang, H. (2014). TPR Jiaoxuefa Zai Meiguo Xiaoxue Chuji Hanyu Ketang Zhong De Yunyong Yanjiu. Kaoshi Zhoukang, Vol.5.

Zhang, M. (2018). Qianxi TPR Jiaoxuefa Zai Sudan Hanyu Jiaoxue Chuji Ketang Zhong De Shiyongxing. Technology and Economic Guide, 26 (3).

Zhong, J. (2002). Brief Talk About TPR Method in Developing Interest of Learning English.

Journal of Huizhou University, Vol. 22, No. 2.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini bagi tujuan untuk mengetahui bahan bantu mengajar yang paling diminati oleh murid dan dan dengan tujuan untuk mengetahui

Secara spesifiknya, objektif kajian adalah untuk (i) menentukan struktur faktor-faktor persepsi pelajar dalam hasil pembelajaran dengan menggunakan kaedah analisis

Sehubungan dengan itu, kajian ini memberi penumpuan dalam mengkaji impak efikasi guru kepada pembelajaran pelajar dengan memberi fokus kepada persepsi pelajar

Setiap item dalam soal selidik yang digunakan bagi mengukur persepsi pelajar terhadap aplikasi didik hibur tajwid asas Teroka Tajwid yang dibangunkan ini adalah menggunakan

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini adalah borang soal selidik seperti yang terdapat dalam Lampiran 1. Borang soal selidik ini terbahagi

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar-atlet dan pelajar aliran biasa terhadap pembelajaran kesusasteraan Inggeris. Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat

Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap penerimaan pembelajaran-e dengan menentusahkan unsur- unsur utama berdasarkan kajian sebelumnya

Contoh soalan temu bual adalah “apakah kaedah-kaedah pengajaran yang anda gunakan untuk mewujudkan interaksi antara pelajar-pelajar berlainan kaum dalam kelas BC?”,