PENGAPLIKASIAN ANIMASI 2D DALAM PROSES
Tekspenuh
(2) PENGAPLIKASIAN ANIMASI 2D DALAM PROSES PEMBELAJARAN SEJARAH KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA TINGKATAN 4 PELAJAR SEKOLAH DI JELI, KELANTAN. MOHAMAD DANIAL BIN ZULKEFLI C17A0086. Tesis yang dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat bagi memenuhi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan kepujian. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN (FTKW) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. 2021. FYP FTKW. `.
(3) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. /. TERBUKA. Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh _____________ hingga _____________. SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Utama. Tandatangan Penyelia. _____________________. _______________________. MOHAMAD DANIAL BIN ZULKEFLI. TS. DR. ANUAR BIN MOHD YUSOF. Tarikh: 15 JULAI 2021. Tarikh: 15 JULAI 2021. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan. FYP FTKW. PERAKUAN STATUS TESIS.
(4) Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya yang telah saya jelaskan sumbernya.. _____________________ Tandatangan Nama Pelajar : MOHAMAD DANIAL BIN ZULKEFLI No Matrik : C17A0086 Tarikh: 15 JULAI 2021. Tandatangan Penyelia. _____________________ Tandatangan Penyelia Nama Penyelia : TS. DR. ANUAR BIN MOHD YUSOF Cop : Tarikh: 15 JULAI 2021. FYP FTKW. PENGAKUAN.
(5) FYP FTKW.
(6) Syukur ke hadrat ilahi, saya telah berjaya menyelesaikan tesis ini dengan berkat dan redha dari kasih Allah s.w.t. Di kesempatan ini saya serptakan sedikit penghargaan kepada pihak-pihak yang membantu saya dalam usaha menyelesaikan tugasan tesis saya untuk memenuhi syarat kelulusan ijazah sarjanamuda dengan kepujian. Terlebih dahulu saya berikan perhargaan ini buat ibu bapa saya yang selama ini tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan di dalam liku-liku dunia pendidikan. Mereka juga banyak membantu saya dari segi kewangan dan sokongan kerohanian. Tidak lupa juga kepada pihak Universiti Malaysia Kelantan yang membuka peluang kepada saya untuk menyelesaikan tesis ini dengan lebih lancar. Ribuan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pensyarah-pensyarah serta penyelia bagi projek penyelidikan saya yang memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan penyelidikan ini. Akhir sekali saya menyertakan penghargaan ini kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang juga sudi memberikan tunjuk ajar serta sokongan dari segi mental dan fizikal dalam masa saya menjalankan projek ini.. i. FYP FTKW. PENGHARGAAN.
(7) KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA TINGKATAN 4 PELAJAR SEKOLAH DI JELI, KELANTAN. ABSTRAK. Sejarah adalah satu cabang ilmu yang mengkaji sesuatu peristiwa yang lalu dengan merekodkan setiap kajian bagi menjadi sumber rujukan dan teladan bagi generasi yang akan datang. Kini, bidang ilmu ini semakin hari semakin merosot akibat dari generasi kini yang kurang dididik untuk memahami fungsi sejarah dengan lebih tepat. Permasalahan timbul apabila rekod-rekod pendidikan daripada sumber analisis badan kerajaan menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah disekolah-sekolah di seluruh negara kian diabaikan. Bagi meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran, kita mestilah berusaha mengkaji dan menganalisis setiap langkah untuk dalam pembangunan dan inovasi demi melajirkan generasi yang pakar dalam bidang sejarah. Menarik minat golongan muda terutama pelajar sekolah untuk meminati bidang ilmu ini bukannya mudah sekiranya perubahan terhadap teknik pembelajaran masih tidak diperkembangkan. Kewujudan masalah ini membawa pengkaji menjalankan satu projek penyelidikan yang mengkaji keupayaan media digital animasi 2d dalam membantu meningkatkan proses pembelajaran bagi mata pelajaran sejarah. Kajian ini dilakukan dengan membangunkan sebuah projek animasi dan dipersembahkan kepada responden disertakan borang soal selidik. Melalui maklum balas, maka keputusan daripada kajian ini menunjukkan hasil pengaplikasian animasi 2d alam pembelajaran mata pelajaran sejarah.. ii. FYP FTKW. PENGAPLIKASIAN ANIMASI 2D DALAM PROSES PEMBELAJARAN SEJARAH.
(8) History is a branch of knowledge that studies an event of the past by recording each study to be a source of reference and example for future generations. Today, this field of knowledge is declining day by day as a result of the current generation who are less educated to understand the function of history more accurately. The problem arises when educational records from government body analysis sources state that history subjects in schools across the country are increasingly being neglected. In order to improve performance in the subject, we must strive to study and analyze every step in the development and innovation in order to produce a generation of experts in the field of history. Attracting young people, especially school students to study this field of knowledge is not easy if changes to learning techniques are still not developed. The existence of this problem led the researcher to conduct a research project that studied the ability of 2d animation digital media in helping to improve the learning process for history subjects. This study was conducted by developing an animation project and presented to the respondents accompanied by a questionnaire. Through the feedback, the results from this study show the results of the application of 2d animation to the learning environment of history subjects.. iii. FYP FTKW. ABSTRACT.
(9) KANDUNGAN. MUKA SURAT. PENHARGAAN. i. ABSTRAK. ii - iii. ISI KANDUNGAN BAB 1. :. iv PENGENALAN 1.0 Pendahuluan. 1-2. 1.1 Latar belakang kajian. 2-5. 1.2 Penyataan masalah. 5. 1.3 Persoalan kajian. 5. 1.4 Hipotesis. 6. 1.5 Definisi terma. 6-7. 1.6 Objektif kajian. 7. 1.7 Kepentingan kajian. 7-9. Kesimpulan. 9. iv. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.
(10) :. KAJIAN LITERATUR 2.0 Sorotan kajian. 10- 15. Kesimpulan BAB 3. :. 15. METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan. 16. 3.1 Skop kajian. 16-19. 3.2 Kaedah pengumpulan data. 19-23. 3.3 Gantt Chart. 24. 3.4 Rekabentuk kajian. 25. Kesimpulan BAB 4. :. 26. DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 27 4.1 Faktor teknik pembelajaran baharu perlu diwujudkan. 27- 31. 4.2 Pengaruh animasi 2d dalam pembelajaran mata pelajaran. 31-49. sejarah. Kesimpulan. 49- 50. v. FYP FTKW. BAB 2.
(11) :. KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan. 51. 5.1 Perbincangan. 51-53. 5.2 Rumusan. 53. 5.3 Cadangan. 54. RUJUKAN. 55-56. vi. FYP FTKW. BAB 5.
(12) 1.0 Pendahuluan Pengetahuan sejarah amat penting dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Menurut Nibras Nada (2019), sejarah adalah peristiwa penting yang berlaku pada masa lalu yang memberi kesan terhadap aspek sosial, ekonomi dan politik terhadap sesuatu masyarakat di sesebuah negara. Kerajaan Malaysia telah mewartakan bahawa subjek sejarah adalah wajib lulus bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan sijil SPM bermula tahun 2013. Hal ini menunjukkan usaha kerajaan untuk memartabatkan sektor pendidikan ini agar melahirkan masyarakat yang bertamadun dan tidak melupai sejarah. Walaubagaimanapun, para pelajar sekolah menegah terutama sekali di kawasan Jeli, Kelantan masih keliru dengan bidang pengajian ini dan mengganggap subjek ini membebankan. Hal ini diperolehi dengan pengkaji telah menjalankan satu temubual secara tidak formal dengan beberapa pelajar dari sekolah menengah di sekitar daerah Jeli. Menurut Nasaruddin Parzi (2019) di dalam artikel beliau menyatakan sukatan subjek sejarah di sekolah perlu dikaji semula bagi membolehkan kandungan ini lebih menarik dan serta dapat memupuk minat para pelajar dalam menceburi bidang sejarah. Mohd Johdi (2009) di dalam tesis beliau menyatakan penggunaan teknologi multimedia dapat menjadikan sesebuah subjek pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami melalui penyampaian maklumat secara visualisasi dan interaktif. Permasalahan ini telah membawa kepada kajian ini dilakukan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesan pengaplikasian animasi dua dimensi (2D) dalam pengetahuan sejarah. 1. FYP FTKW. BAB 1 : PENGENALAN.
(13) bakal menduduki SPM pada tahun 2021 dan 2022. Penyelidikan ini dijalan bagi mengenalpasti adakah media kreatif seperti animasi dua dimensi (2D) dapat membantu meningkatkan kefahaman dan menarik minat para pelajar sekolah menengah di daerah Jeli dalam subjek sejarah. Sebelum kajian dilakukan, penyelidik telah menjalankan pra penyelidikan di setiap sekolah-sekolah yang terdapat di dalam daerah Jeli. Melalui pra penyelidikan ini mendapati bahawa purata gred pencapaian sejarah adalah lebih rendah berbanding mata pelajaran asas yang lain seperti mata pelajaran sains dan ekonomi . Melalui temubual bersama seorang guru panitia bagi mata pelajaran sejarah dari SMK Jeli, jumlah lulus bagi subjek sejarah menerusi penilaian setiap penggal di sekolah tersebut, hampir mencapai 30% dimana berlaku peningkatan sekitar 0.2 daripada tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun, sumber ini hanya rekod bagi tahun 2019. 1.1 Latar Belakang Masalah Sejarah adalah satu bidang pengajian ilmu yang mengfokuskan tentang peristiwa yang berlaku pada masa lampau. Menurut Herodotus, sejarah adalah satu kajian tentang suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Manakala tokoh falsafah terkenal dari Yunani iaitu Aristotles mendefinisikan sejarah adalah satu sistem penelitian sesuatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Tokoh ini juga mendefinisikan sejarah sebagai sesuatu peristiwa masa lampau yang memupunyai catatan, rekod-rekod dan bukti konkrit. Bagi pakar sejarah moden seperti R. G. Collingwood mendefinisikan secara ilmiah tentang sejarah dengan menyatakan sejarah adalah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal atau peristiwa yang telah dilakukan sekumpulan masyarakat pada masa lampau. Secara kasar, sejarah boleh didefinisikan. 2. FYP FTKW. terhadap pelajar sekolah menengah. Kajian ini dijalankan keatas pelajar sekolah menengah yang.
(14) peristiwa yang berlaku pada masa lampau. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 telah mengeluarkan dasar pelan pendidikan baharu dimana syarat wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berdasarkan pelan pendidikan yang lama iaitu para calon SPM wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM). Walaubagaimanapun, dalam pelan pendidikan 2013 KPM telah menambah satu lagi mata pelajaran wajib lulus SPM iaitu pendidikan sejarah. Oleh yang demikian, bagi memenuhi syarat untuk para calon bermula tahun 2013 dalam mendapat kelulusan SPM, para calon wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Pendidikan Sejarah. Dalam pelan pembangunan ini, dasar kerajaan ini menyatakan bahawa laporan prestasi pengajian sejarah dalam mata pelajaran sejarah pada sepuluh tahun sebelum ini semakin menurun. Melalui laporan ini, KPM menyimpulkan bahawa purata prestasi pengetahuan sejarah dalam kalangan generasi muda semakin membimbangkan. Pendidikan sejarah adalah antara mata pelajaran teras bagi tahap pendidikan menengah dan mata pelajaran ini antara subjek penting dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan sejarah yang tinggi terutama sekali pengetahuan sejarah di Malaysia. Walaupun dasar kerajaan ini bermula di kuatkuasakan pada tahun 2013, namun terdapat beberapa kajian lepas telah dilakukan dalam usaha meningkatkan pengetahuan sejarah menerusi pelbagai medium. Menurut Mohd Johdi dan Ariegusrini (2009) telah menyatakan bahawa pembelajaran sejarah melalui medium multimedia dapat memberikan kesan pemahaman yang lebih efektif. Melalui kajian ini, satu usaha telah dilakukan oleh para penyelidik dalam membantu meningkatkan daya pengajaran sesuatu mata pelajaran atau sesuatu aspek menggunakan teknologi multimedia. Anuar Ahmad, S. Haishah Abd. Rahman dan Nur Atiqah T. Abdulllah (2009) di dalam Jurnal Pendidikan Malaysia menyatakan pencapai mata pelajaran sejarah oleh pelajar berprestasi rendah 3. FYP FTKW. sebagai satu bentuk penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penyelidik bagi mengetahui.
(15) setiap guru sejarah. Kajian ini telah mendedahkan teknik pengajaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan struktur pemahaman yang lebih efektif kepada para pelajar. Melalui kajian ini, pengkaji mendapati teknik pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran sejarah. Nik Haron (2009) menyatakan dalam tesis beliau bahawa pengaplikasian animasi 2d dapat memberi penjelasan atau penerangan secara visualisasi dengan lebih berkesan kepada orang ramai terutama sekali kanak-kanak. Melalui kajian ini, pengkaji telah mengeluarkan hopotesis bahawa pembelajaran sejarah melalui media kreatif seperti animasi dapat membantu dalam proses pembelajaran mata pelajaran sejarah dengan lebih efesien. Talib, A.Ghani, Yusoff dan Awang (2016) menyatakan bahawa bagi meningkatkan prestasi pengetahuan sejarah dalam kalangan para pelajar adalah dengan menjadikan pengubah persepsi para pelajar daripada memandang sejarah sebagai subjek membebankan kepada satu ilmu pengetahuan yang menyeronokkan. Bagi meningkatkan pencapai para pelajar berprestasi rendah dalam mata pelajaran sejarah, pertama sekali adalah perlu mewujudkan satu sistem pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Pada dasar pendidikan tahun 80-an, segala teknik dan inovasi telah dilakukan bagi meningkatkan minat para pelajar dan generasi muda dalam mempelajari bidang ilmu sejarah. Antara inovasi yang telah dilakukan adalah dengan menerapkan segala illustrasi dan sumber-sumber sejarah secara grafik di dalam buku teks dan bahan-bahan ilmiah yang lain. Hal ini demikian dapat memingkatkan pemahaman sekali gus dapat menarik minat para pelajar dalam mendalami bidang ilmu ini secara lebih luas. Walaubagaimanapun, perubahan teknologi dari semasa ke semasa menjadikan usaha ini semakin lama semakin merosot. Hal ini menyebabkan. 4. FYP FTKW. adalah berhubungkait dengan tahap keupayaan dan teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh.
(16) menekuni bidang sejarah. 1.2 Penyataan Masalah Berpandukan kepada latar belakang masalah, pengkaji telah merumuskan penyataan masalah dalam kajian ini :1. Mata pelajaran sejarah dianggap membebankan oleh para pelajar berprestasi rendah akibat daripada proses pembelajaran yang membosankan. 2. Pengaplikasian media kreatif dalam proses pembelajaran kurang dipratikkan keatas para pelajar mengakibatkan kurang tertarikkan kepada bidang ilmu sejarah. 3. Tiada medium-medium multimedia yang dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada para pelajar berprestasi rendah di Jeli, Kelantan. 1.3 Persoalan Kajian 1. Apakah faktor yang mendorong kepada teknik pembelajaran baharu bagi subjek sejarah perlu dilakukan? 2. Apakah konsep animasi 2d sesuai diaplikasikan dalam proses pembelajaran subjek sejarah kepada para pelajar di Jeli, Kelantan? 3. Bagaimana pengaplikasian konsep animasi 2d dalam proses pembelajaran bagi subjek sejarah dapat memperngaruhi prestasi para pelajar di Jeli, Kelantan?. 5. FYP FTKW. gaya penyampaian setiap guru di sekolah gagal menarik lebih ramai minat para pelajar dalam.
(17) Melalui persoalan kajian telah menimbulkan beberapa hipotesis yang mungkin dicapai menerusikan kajian ini dijalankan. Hipotesis ini adalah andaian pengkaji bagi kajian yang dijalankan. Antara hipotesis yang dapat dikemukakan adalah pengaplikasian animasi 2d dapat memberikan penjelasan yang lebih efektif dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah. 1.5 Definisi Terma Pengunaan istilah dan akronim dalam sesuatu kajian perlu diberikan penjelasan agar tidak menghadapi apa-apa kekeliruan dalam mentafsir sesuatu kajian. Kajian ini banyak menggunakan istilah-istilah yang mungkin memberi sedikit kekeliruan atau menimbulkan pertanyaan mengenai sesuatu maksud perkataan atau akronim. 1. SPM SPM adalah singkatan yang terdiri daripada Sijil Pelajaran Malaysia iaitu salah satu sijil pendidikan bagi para pelajar berperingkat sekolah menengah. 2. KPM KPM adalah singkatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebuah organisasi kerajaan yang mentadbir dan menguruskan segala hal ehwal sistem pendidikan di Malaysia. 3. GPN GPN adalah singkatan daripada Gred Purata Nasional iaitu satu rekod penilaian purata bagi setiap silibus pengajian. 4. Visualisasi. 6. FYP FTKW. 1.4 Hipotesis.
(18) atau peristiwa yang telah dijelaskan melalui teks kepada satu bentuk gambaran visual. Contoh, satu teks cerita pendek yang dijelaskan melalui teks digambarkan melalui media kreatif seperti dalam bentuk video ataupun illustrasi imej. 5. Prestasi Istilah prestasi pula adalah pencapaian atau keupayaan seseorang individau atau kumpulan dalam sesuatu perkara sebagai contoh prestasi pelajar dalam bidang akademik atau kokurikulum.. 1.6 Objektif Kajian 1. Mengenalpasti faktor yang mendorong kepada teknik pembelajaran baharu perlu dilakukan terhadap subjek sejarah. 2. Menyelidik keupayaan animasi 2d dalam memberikan gambaran yang jelas dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah kepada pelajar di daerah Jeli, Kelantan. 3. Mengkaji pengaruh dan kesan animasi 2d yang telah diaplikasikan dalam bentuk pembelajaran kepada pelajar di daerah Jeli, Kelantan. 1.7 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kelebihan animasi 2d dalam memberikan penjelasan yang lebih efektif dalam proses pembelajaran sejarah bagi pelajar sekolah menengah di sekitar Kawasan Jeli, Kelantan yang bakal menduduki SPM. Pendekatan ini adalah satu usaha meningkatkan minat para pelajar terhadap matapelajaran sejarah sekaligus dapat meningkatkan prestasi GPN bagi pelajar di daerah Jeli, Kelantan. Kajian ini dijalankan diatas 7. FYP FTKW. Istilah visualisasi adalah sama dengan illustrasi iaitu kaedah menggambarkan satu keadaan.
(19) sejarah adalah membebankan. Justeru itu, kerajaan telah mewartakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan bahawa teknik pembelajaran baru yang lebih efektif dalam matapelajaran ini perlu dikaji semula agar proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan oleh para pengkaji yang telah mengaplikasikan medium multimedia dalam proses pembelajaran. Hal ini demikian mendorong pengkaji menjalankan kajian ini untuk membantu para pelajar yang sukar memahami sejarah dengan lebih jelas. a) Kajian ini dijalankan agar dapat membantu para pengkaji lain dalam usaha menjalankan sesuatu penyelidikan mengenai medium multimedia yang dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran atau untuk tujuan yang lain. Melalui dapatan penyelidikan, pengkaji mengenalpasti terdapat beberapa kajian-kajian lepas yang dapat membantu kajian ini dijalankan. Oleh itu, melalui sumber-sumber yang digunakan dalam kajian ini dapat membantu pengkaji-pengkaji lain dalam mencari sumber-sumber rujukan. b) Kajian ini juga dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman terhadap proses pembelajaran menggunakan skop yang lebih luas. Melalui kajian ini, para pelajar terutama sekali pelajar di sekitar daerah Jeli dapat memahami sejarah dengan lebih luas dansekaligus dapat mengubah persepsi para pelajar ini terhadap subjek sejarah yang sebelum ini dianggap membosankan kepada sebuah subjek yang menyeronok dan boleh diterokai dengan lebih dalam. c) Kepada penggiat seni yang bergiat secara individu mahupun dalam sebuah organisasi dapat menggunakan kemahiran mereka kearah lain selain media hiburan. Pendekatan yang dijalankan dari kajian ini akan membuka mata kepada penggiat seni bahawa industri multimedia bukan sahaja berfungsi sebagai media hiburan malah juga berfungsi sebagai 8. FYP FTKW. wujudnya satu masalah dalam kalangan para pelajar di Malaysia yang beranggapan matapelajaran.
(20) produksi media yang akan bergiat kearah akademik sekaligus dapat meningkatkan mutu masyarakat dalam sesebuah bidang ilmu. d) Melalui kajian ini juga dapat membantu dalam perkembangan sektor pendidikan. Seiring dengan arus pemodenan, maka gaya dan teknik pembelajaran juga harus ditukar dengan kaedah yang lebih efektif dan menyeronokkan. Hal ini demikian akan mengubah persepsi masyarakat untuk mencintai ilmu. Kajian ini adalah satu usaha kecil bagi membantu kerajaan untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan kearah yang lebih moden. Kesimpulan Dalam bab ini, kajian ini didedahkan dengan pengenalan terhadap tajuk yang dipilih. Isu yang dipilih adalah mengenai pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah di sekitar Jeli, Kelantan. Pada bab pendahuluan, pengkaji telah menyatakan isu-isu yang telah dibangkitkan. Pengkaji telah menjalankan satu kajian rintis iaitu melalui kaedah temubual secara tidak langsung dengan kakitangan-kakitangan pihak sekolah yang berada di daerah Jeli, Kelantan. Pengkaji telah memilih tiga buah sekolah bagi menjalankan kajian ini dan berkomunikasi terus dengan hal ehwal murid dari setiap sekolah menengah itu. Melalui infomasi awal yang diperolehi, setiap unit hal ehwal murid dari setiap sekolah ini memberikan satu tinjauan awal melalui keputusan peperiksaan setiap penggal yang menyatakan kadar kenaikan gred purata mata pelajaran (GPMP) yang paling rendah adalah bagi subjek sejarah dan bahasa English. Melalui dapatan awal ini, pengkaji telah mendapati beberapa kajian-kajian lepas yang dapat dijadikan rujukan. Kajian-kajian lepas ini dikaji dan dibincangkan pada bab dua dalam kajian ini. Melalui dapatan daripada kajian-kajian lepas, maka pengkaji telah mengenalpasti kaedah atau metodologi kajian yang sesuai diaplikasikan dalam menjalankan penyelidikan ini. 9. FYP FTKW. medium pembelajaran akademik. Secara tidak langsung, akan lebih banyak lagi produksi-.
(21) Nik Haron (2009) melalui tesis beliau yang bertajuk Kajian pengaplikasian kartun animasi (2d) di dalam kempen keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak. Kajian ini dijalankan bertujuan memberikan penjelasan mengenai keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak melalui medium aanimasi 2d. Kronologi dari kajian ini bermula apabila timbul satu permasalahan dalam kalangan kanak-kanak yang kurang mengambil perhatian tentang keselamatan jalan raya. Oleh yang demikian, pihak kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan jalan raya mengadakan kempen keselamatan jalan raya. Melalui kempen ini, pengkaji dari penyelidikan ini menjalankan satu kajian untuk memberikan infomasi tentang keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak melalui media animasi. Kajian ini dijalankan dengan melibatkan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun. Melalui dapatan yang diperolehi kajian ini mendapati kanak-kanak lebih mudah memahami kepentingan keselamatan jalan raya melalui pelajaran animasi. Antara faktor yang dikemukan adalah hal ini kerana animasi dapat menarik perhatian kanak-kanak dalam. 10. FYP FTKW. BAB 2 : KAJIAN LITERATUR.
(22) dengan lebih berkesan. Setelah dianalisis, kajian ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Pengaplikasian animasi bagi proses penyampaian infomasi atau proses pembelajaran telahpun dijalankan sebelum ini. Ciri-ciri ini adalah sama dengan elemen yang digunakan oleh pengkaji dalam pengaplikasian animasi bagi tujuan proses pembelajaran. Selain itu, pengkaji juga mendapati terdapat komponen-komponen lain yang dapat dijadikan sumber dalam menjalankan kajian ini antaranya metodologi kajian atau kaedah kajian yang juga dapat diaplikasikan. Azalina A. Wahab (2013) telah menjalankan satu kajian kes melalui penulisan beliau yang bertajuk Konteks, input, proses dan hasil penggunaan kaedah illustrasi komik terhadap pelajar tingkatan empat dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di salah sebuah sekolah di daerah Papar. Kajian ini merupakan satu bentuk kajian kes mengenai proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan ilustrasi komik. Dalam pernyataan masalah dari kajian ini menyatakan sikap negatif terhadap subjek sejarah semakin kukuh akibat bidang pengajian ini dianggap tidak mempunyai kaitan dalam kehidupan dan bidang ilmu ini juga tidak boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian jika dibandingkan dengan bidang ilmu yang lain seperti matematik, sains dan sebagainya (Hazril , 2003). Kajian ini juga menyatakan bahawa para guru berperanan sebagai ‘master-mind’ dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran bagi meningkat motivasi pelajar dalam bidang pengajian sejarah. Setelah menganalisis kajian ini, rekabentuk kajian yang telah dinyatakan dari kajian ini telah membantu pengkaji memahami struktur dan metodologi yang dijalankan oleh kajian ini. Kajian ini telah menjalankan satu kajian dimana beberapa pelajar tingkatan empat yang berprestasi rendah dalam mata pelajaran sejarah dipilih sebagai responden. Pengkaji ini telah mempersembahkan ilustrasi komik daripada beberapa silibus pengajian tingkatan empat. Setelah 11. FYP FTKW. proses pembelajaran dan memberi satu gambaran yang jelas serta infomasi dapat disampaikan.
(23) melalui ilustrasi komik yang telah dipersembahkan. Para responden disediakan bahan-bahan seperti alat tulis dan kertas mahjong serta perlu dibentangkan semula apa yang diperolehi daripada proses pembelajaran. Melalui perbentangan ini, pengkaji ini telah mengumpul beberapa data yang dapat dianalisis. Melalui kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti bahwa telah terdapat usaha dari kajian lepas dalam membantu meningkatkan proses pembelajaran mata pelajaran sejarah. Tujuan kajian ini adalah sama dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu bertujuan mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang lebih efektif. E. Br. Sembiring , Almuaini Nurmawati, S. A Zega (2016) di dalam penyelidikan mereka Rancang Bangun dan Analisis Media Pembelajaran Sejarah Melalui Filem Animasi 3d menyimpulkan bahawa medium animasi 3d dapat dijadikan sebagai media alternatif dalam pembelajaran khususnya pembelajaran yang bersifat teks sepenuhnya. Melalui penyelidikan ini, pengkaji memahami tentang konsep media animasi yang diterapkan dalam proses pembelajaran adalah bergantung kepada jenis bidang pengajian. Dalam kajian ini, para pengkaji memilih mata pelajaran sejarah untuk mengaplikasikan pembelajaran melalui media animasi 3d. Melalui kajian dan perbincangan dalam penyelidikan ini, para pengkaji berpendapat bahawa mata pelajaran sejarah adalah sesuai diaplikasikan proses pembelajaran menggunakan animasi berbanding mata pelajaran lain. Metodologi yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah responden. Rekabentuk penyelidikan ini bermula dengan membangunkan sebuah klip pendek animasi 3d berdasarkan satu peristiwa daripada sesuatu bab dalam silibus pengajian sejarah. Seterusnya animasi pendek yang telah dibangunkan dipertontonkan oleh para responden yang terdiri daripada 25 pelajar. Setelah dipertontonkan beberapa kali, para penyelidik mengumpul data melalui kaedah kuantitatif dimana setiap responden perlu memberi maklumbalas dan pandangan 12. FYP FTKW. itu para responden disediakan bahan-bahan untuk mengaplikasikan semula apa yang dipelajari.
(24) diperolehi, kesemua responden memberikan maklum balas yang positif serta melalui satu temubual yang diadakan oleh beberapa responden menyatakan medium animasi 3d dapat memberikan penjelasan yang baik melalui gambaran visualisasi dan audio. Melalui penyelidikan ini, pengkaji telah mengenalpasti terdapat juga kajian lepas yang telah mengaplikasikan medium animasi 3d dalam proses pembelajaran sejarah. Hasil melalui penyelidikan ini juga telah meyakinkan lagi pengkaji yang berpendapat bahawa kajian yang dijalankan akan mendapat hasil kajian yang positif. Melalui penyelidikan ini juga menyatakan tidak semua mata pelajaran memerlukan media animasi sebagai medium pembelajaran alternatif. Terdapat juga mata pelajaran lain yang lebih memerlukan Latihan daripada pemahaman seperti contoh mata pelajaran matematik. Mata pelajaran matematik lebih bersifat latihan untuk menguasai subjek ini manakala mata pelajaran sains pula memerlukan satu latihan amali dan eksperimen. Walaubagaimanapun, kenyataan ini hanyalah hipotesis dan teori. Pengkaji berharap agar akan ada pengkaji-pengkaji lain di masa hadapan yang berminat menjalankan penyelidikan terhadap hipotesis ini. M. J. Salleh dan A. Agus (2009) telah menerbitkan jurnal yang bertajuk Transformasi Pengajaran Sejarah Melalui Multimedia dimana membincangkan medium multimedia dapat membantu dalam meningkatkan mutu pembelajaran bagi subjek sejarah yang lebih efektif. Dalam perbincangan ini, para penulis menyatakan bahawa transformasi ini akan dapat memancu kearah sistem pendidikan yang lebih efektif sekali gus dapat meningkatkan prestasi para pelajar dalam menguasai sesuatu bidang pengajian. Melalui kaedah penggunaan multimedia yang bersifat interaktif, proses pembelajaran menjadi lebih efesien terutama sekali dalam proses pembelajaran mata pelajaran sejarah. M. J. Salleh dan A. Agus (2009) menyatakan bahawa “Kerajaan Malaysia melancarkan Projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang memberi manfaat kepada sektor 13. FYP FTKW. mereka tentang penggunaan metod animasi 3d sebagai medium pembelajaran. Dapatan yang.
(25) melancarkan beberapa usaha dalam pembangunan multimedia kepada pelbagai sektor termasuk pendidikan. Hal ini demikian menunjukkan bahawa penggunaan multimedia dalam pendidikan juga amat dititik beratkan bukan sahaja para pengkaji malah sektor kerajaan juga. Penulisan ini memberikan infomasi kepada pengkaji tentang startegi yang dapat diguna pakai dalam mengaplikasikan. kaedah. pengajaran. subjek. sejarah. menggunakan. multimedia.. Walaubagaimanapun, batas kajian ini hanya mengfokuskan kepada guru atau tenaga pengajar. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa penyelidikan khusus perlu dijalankan berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh penulisan ini. Penulisan ini membincangkan tentang pengaplikasian multimedia yang bersifat interaktif manakala konsep yang digunakan oleh pengkaji adalah media animasi 2d yang tidak bersifat interaktif. Namun begitu, terdapat persamaan yang ditunjukkan oleh penulisan ini dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Penulisan ini juga mengfokuskan dalam sistem pengajaran mata pelajaran sejarah. Imam S. Romadhoni (2019) dalam penyelidikan beliau yang bertajuk Penggunaan Media Animasi Dalam Perlaksanaan Pembelajaran Sejarah Kebudayaan Islam Di Kelas XI Man 1 Surakarta Tahun Ajaran 2018/2019 . Kajian ini dijalankan bertujuan mengaplikasikan penggunaan media animasi dalam pembelajaran sejarah dengan mengutamakan topik sejarah kebudayaan islam di salah sebuah sekolah menengah agama di Surakarta, Jawa Barat, Indonesia. Antara maklumat penting yang diperolehi daripada kajian ini adalah konsep animasi yang dibincangkan adalah bersifat umum. Kajian ini menjalankan satu kajian kes dimana konsep animasi yang diguna pakai adalah bersifat umum tanpa memperincikan jenis-jenis animasi. Metodologi yang diaplikasikan adalah kaedah kualitatif. Dapat disimpulkan bahawa kajian ini menyatakan penggunaan animasi dalam pembelajaran sejarah kebudayaan islam dapat 14. FYP FTKW. awam dan swasta termasuk sektor pendidikan” (ms. 3). Melalu petikan ini, kerajaan telah.
(26) ceramah dan bercerita. Kajian ini adalah sama dengan objektif kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Melalui pembelajaran sejarah menggunakan animasi, penjelasan dapat diberikan dengan lebih mendalam serta mudah difahami oleh para pelajar. Hasil kajian daripada penyelidikan ini mendapati hampir 100% para responden dari kalangan pelajar berpuas hati dan tertarik dalam menjalankan proses pembelajaran melalui media animasi. Hal ini demikian menguatkan lagi andaian pengkaji terhadap kajian yang telah dijalankan ini. Kesimpulan Melalui analisis kajian-kajian lepas, pengkaji telah mengenalpasti terdapat kajian yang telah dijalankan sebelum ini yang hampir sama dengan objektif kajian. Terdapat beberapa kajian lepas yang telah mengaplikasikan medium multimedia dalam proses pembelajaran. Dengan menganalisis dapatan daripada setiap kajian, pengkaji dapat mengeluarkan hipotesis kajian yang akan dijalankan. Selain itu, kajian-kajian lepas juga mendedahkan kepada pengkaji tentang teknikteknik atau metod yang dijalankan. Sebahagian daripada kajian lepas menggunkan kaedah yang relevan dalam mendapatkan data.Pengaplikasian medium multimedia seperti animasi telahpun dijalankan oleh kajian lepas dengan menggunakan media animasi seperti animasi bergambar, animasi “stop-motion”, “motion graphic”, animasi tiga dimensi dan sebagainya. Melalui kajian lepas ini telah meyakinkan lagi pengkaji bahawa andaian yang dikeluarkan akan mendapat hasil kajian yang positif.. 15. FYP FTKW. memberikan penjelasan yang lebih baik berbanding pembelajaran yang hanya melalui metod.
(27) 3.0 Pendahuluan Metodologi kajian adalah satu kaedah atau langkah kajian yang diambil dalam proses mengumpul data, membandingkan, membincangkan dan mempersembahkan data. Menurut Hornby (1985), metodologi adalah satu set kaedah yang diguna pakai untuk menjalankan penyelidikan keatas satu topik kajian yang tertentu. Metodologi kajian adalah penting bagi mendapatkan satu kaedah yang sesuai dalam mengumpul data dan menganalisis data. Hal ini demikian bertujuan memberikan maklumat secara lebih terperinci bagaimana proses penyelidikan ini dijalankan. Selain itu, metod ini juga dapat menerangkan tentang sumber-sumber yang telah diperolehi samada melalui tinjauan, pemerhatian, sumber dari bahan-bahan ilmiah, maklumat dari responden dan sebagainya. Di dalam bab ini akan membincangkan struktur rekabentuk kajian oleh pengkaji bagi memberikan gambaran bagaimana kajian ini dijalankan. Metod kajian yang sesuai diguna pakai dalam kajian ini adalah kajian kes dimana kajian ini bertujuan mendapatkan keputusan adakah pengaplikasian animasi 2d dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah dapat meningkatkan prestasi para pelajar ataupun sebaliknya. 3.1 Skop Kajian Skop kajian juga dikenali sebagai batas atau limitasi kajian adalah mengehadkan atau membataskan kajian ini agar tidak tersasar daripada objektif asal. Melalui tajuk yang telah dipilih serta mempunyai objektif kajian, pengkaji telah mengenalpasti beberapa komponen penting yang harus didedahkan di dalam skop kajian ini. Skop kajian ini melibatkan objek atau topik penelitian, lokasi kajian, batas responden, dan batas waktu.. 16. FYP FTKW. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN.
(28) Mata pelajaran sejarah. Kajian ini hanya mengfokuskan terhadap proses pembelajaran dalam mata pelajaransejarah sahaja. Secara lebih khusus lagi, kajian ini membataskan mata pelajaran sejarah tingkatan empat yang mengikut silibus pengajian yang disusun oleh Kukurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Menurut silibus pengajian mata pelajaran sejarah KBSM, terdapat sepuluh bab di dalam silibus pengajian subjek sejarah tingkatan empat. Pengkaji telah melimitasikan kajian ini dengan hanya memilih bab pertama sebagai bahankajian. Bab pertama dalam silibus pengajian sejarah tingkatan empat adalah kemunculan tamadun awal manusia. Oleh itu, kajian ini mengfokuskan terhadap bab kemunculan tamadun awal manusia daripada pengajian subjek sejarah tingkatan empat. Animasi 2d Kajian ini juga mengecilkan ruang lingkup metod atau medium yang akan dijadikan medium eksperimentasi iaitu animasi. Media animasi adalah satu media yang terdiri daripada ilustrasi atau imej yang dipaparkan dari satu imej ke satu imej yang lain sehingga menghasilkan satu ilusi dimana ilusi itu dilihat seakan bergerak dan hidup. Dalam komponen animasi juga terbahagi kepada jenis-jenis animasi. Terdapat lima jenis animasi iaitu animasi tradisional atau juga dikenali sebagai ‘celluloid’. Selain itu, terdapat jenis animasi lain seperti animasi 2d, animasi 3d, ‘motion graphic’ dan ‘stop motion’. Bagaimanapun, bagi limitasi kajian ini pengkaji memilih animasi 2d sebagai medium eksperimentasi. Animasi 2d adalah satu animasi yang dibina melalui teknologi digital dengan menggunakan bantuan komputer. Teknik animasi 2d adalah hampir sama dengan teknik pembuatan animasi tradisional. Walaubagaimanapun, animasi tradisional dihasilkan 17. FYP FTKW. a) Batas objek atau topik penelitian.
(29) dihasilkan menggunakan lukisan digital dengan bantuan teknologi-teknologi seperti komputer, ‘drawing tablet’, dan sebagainya. Oleh yang demikian, animasi 2d menjadi pilihan pengkaji untuk menjalankan kajian ini. b) Batas lokasi Bagi mengecilkan lagi ruang lingkup terhadap kajian ini, pengkaji telah memilih batas kajian di Jeli, Kelantan . Pemilihan lokasi kajian ini adalah disebabkan lokasi ini berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji. Hal ini demikian akan lebih membantu pengkaji mendapatkan data-data secara kualitatif melalui temubual bersama kakitangan dari sekolah tersebut. Selain itu, pengkaji dapat melakukan kajian lapangan dengan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah tersebut bagi proses mengumpul data-data. Bagi sekolah yang terdapat di daerah Jeli, pengkaji memilih dua buah sekolah sebagai limitasi bagi kajian ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas. Melalui pemilihan dua buah sekolah ini, pengkaji dapat menjalankan kajian dengan membandingkan data yang diperolehi daripada dua buah sekolah ini. c) Batasan responden Responden yang akan dipilih adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima daripada dua buah sekolah ini. Oleh kerana permasalahan yang dialami oleh pengkaji disebabkan oleh bencana wabak Covid 19 yang melanda negara, maka kajian ini agak terhad dalam pemilihan responden. Pemilihan responden akan dilakukan secara rawak. Oleh itu, kajian ini tidak membataskan bilangan para responden serta tidak. 18. FYP FTKW. melalui lukisan tangan para artis dan dilukis ‘frame by frame’. Manakala animasi 2d.
(30) membataskan responden yang berumur 16-17 tahun. 3. 2 Kaedah Pengumpulan Data Dalam proses pengumpulan data, data terbahagi kepada beberapa jenis iaitu data primier dan data sekunder. Mengenalpasti jenis data yang dikumpulkan adalah amat penting bagi kajian ini supaya setiap data yang diperolehi dapat diklasifikasikan mengikut disiplin ilmu. a) Kaedah persampelan Kaedah persampelan adalah kumpulan pelajar yang menjadi responden mewakili jumlah pelajar di dua buah sekolah yang dipilih oleh pengkaji. Oleh kerana limitasi kajian tidak mengehadkan bilangan responden, maka jumlah responden adalah mewakili jumlah tepat pelajar yang berumur 16-17 tahun dari dua buah sekolah di daerah Jeli. Melalui satu temubual secara tidak langsung, jumlah pelajar tingkatan empat dan lima dari dua buah sekolah ini adalah tidak lebih dari tiga ratus orang. Oleh itu, jumlah responden yang didapati secara rawak akan mewakili jumlah kesemua pelajar ini. b) Kaedah Kualitatif Pemerhatian Kajian ini dijalankan melalui pemerhatian keatas beberapa aspek yang dapat diperhatikan secara langsung. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian terhadap cara penyampaian mata pelajaran sejarah. Bagi mendapatkan data daripada persoalan kajian iaitu faktor yang mendorong kepada teknik pembelajaran baharu bagi subjek sejarah perlu dilakukan. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuatkuasa secara berkalar, maka pergerakan pengkaji adalah terhad. Hal ini juga menghalang pengkaji untuk melakukan pemerhatian semasa proses pembelajaran sejarah dilakukan di sekolah-sekolah. Sepanjang 19. FYP FTKW. membataskan bilangan responden mengikut jantina. Walaubagaimanapun, kajian ini akan.
(31) mendadak. Oleh kerana PKP dijalankan sepanjang tahun 2020 sehingga awal tahun 2021, sekolah-sekolah ditutup dan proses P&P berjalan secara atas talian (Online). Oleh itu, pengkaji menjalankan satu pemerhatian terhadap proses P&P secara online. Proses pemerhatian ini juga dijalankan keatas media-media yang digunakan sebagai medium proses P&P dijalankan seperti program-program tv, di media sosial, dan laman web-laman web akademik. Bagi pengumpulan data ini juga, pengkaji akan menjalankan pemerhatian kepada kenalan rapat pengkaji yang juga seorang pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM. Selain itu, pemerhatian juga akan dijalankan keatas media-media yang berunsurkan akademik. Pemerhatian ini akan dijalankan dengan memerhati media pembelajaran dari laman sosial seperti Facebook, Youtube dan laman sosial lain. Melalui pemerhatian awal, terdapat banyak media-media pembelajaran yang terdapat di sosial media menggunakan pelbagai konsep media. Temubual Kaedah pengumpulan data melalui temubual akan dijalankan dengan menjalankan temubual secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar dari dua buah sekolah di daerah Jeli. Melalui temubual yang akan dijalankan, pengkaji akan mengumpul data mengenai beberapa aspek penting dalam kajian ini. Antara aspek-aspek yang akan difokuskan adalah bagaimana proses P&P bagi subjek sejarah dijalankan. Pengkaji juga akan mengfokuskan aspek prestasi dan pencapaian para pelajar dalam subjek sejarah. Bagi temubual bersama para pelajar, pengkaji akan cuba mengenalpasti persepsi mereka terhadap subjek sejarah serta mendapatkan cadangan atau pandangan daripada pihak yang ditemubual. 20. FYP FTKW. tahun 2020, perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berubah secara.
(32) Bagi mendapatkan tambahan data, pengkaji akan menjalankan pemerhatian melalui sumber rujukan daripada bahan ilmiah seperti jurnal, tesis, laporan dari institusi kerajaan, buku-buku ilmiah serta artikel-artikel yang dapat membantu dalam mengumpulkan maklumat tambahan. Pengkaji juga mendapati, terdapat juga data-data daripada kajiankajian lepas yang boleh diguna pakai dalam melakukan analisis kajian. Rujukan Internet Bagi mengumpulkan maklumat tambahan untuk membantu kajian ini, maka pengkaji juga akan melakukan pencarian data melalui sumber internet. Rujukan internet ini akan membantu pengkaji dalam mencari sumber-sumber ilmiah yang lain melalui pencarian internet. Selain itu, rujukan internet ini juga akan membantu pengkaji dalam carian sumber asas seperti definisi, cara-cara dan sumber maklumat yang lain. Melalui metod ini juga, pengkaji dapat mengakses portal laman web rasmi dari organisasi kerajaan seperti KPM, LPM dan sebagainya. c) Kaedah Kuantitatif Soal Selidik Bagi mendapatkan data secara kuantitatif, pengkaji akan menjalankan satu kajian soal selidik mengenai beberapa topik bagi mencari jawapan untuk persoalan kajian. Untuk mendapatkan data secara sistematik dan teratur, kajian soal selidik ini akan terbahagi kepada dua bahagian. Kajian soal selidik ini akan dijalankan dengan meminta guru panitia bagi mata pelajaran sejarah dari dua sekolah untuk mengagihkan pautan soal selidik menggunakan Google Form kepada para pelajar disekolah masing-masing. Antara struktur soalan dalam soal selidik adalah :21. FYP FTKW. Rujukan bahan ilmiah.
(33) FYP FTKW. Bahagian/ Tajuk. Soalan. Seksyen A. Maklumat responden. a) Jantina b) Umur c) Sekolah d) Mata pelajaran yang digemari. B. Pengetahuan. asas. sejarah. bab. 1. tingkatan. empat. :. a) Soalan-soalan. yang. berasaskan. kemunculan tamadun awal manusia. Kemunculan tamadun awal manusia C. Persepsi. terhadap. a) Adakah anda meminati subjek sejarah. mata. pelajaran. b) Adakah sejarah adalah subjek yang tiada. Sejarah (terdapat dua. kepentingan. pilihan jawapan ‘Ya’. c) Adakah subjek sejarah membebankan anda. atau ‘Tidak’). d) Sejarah adalah subjek yang menyeronokan e) Dll. D. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)(soalan subjektif). a) Bagaimana proses P&P berjalan semasa PKP dijalankan b) Bagaimana proses P&P bagi subjek sejarah dijalankan c) Pandangan anda terhadap proses P&P bagi subjek sejarah 22.
(34) pembelajaran bagi subjek sejarah E. Animasi. 2d. dalam (Sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti,. proses P&P (terdapat setuju, sangat setuju) lima pilihan jawapan) a) Animasi 2d dapat membantu dalam penyampaian maklumat dengan lebih jelas b) Animasi 2d dapat dijadikan medium pembelajaran baik c) Pembelajaran melalui media animasi 2d lebih menyeronokkan d) Pembelajaran melalui media animasi 2d dapat membantu mengingati kata kunci penting dalam subjek sejarah e) Kaedah. pembelajaran. menggunakan. animasi 2d perlu diaplikasikan secara lebih luas f) Proses pembelajaran. sejarah. melalui. animasi 2d adalah sangat berkesan Jadual 3.2.1 : Soalan kaji selidik. 23. FYP FTKW. d) Cadangan dalam penambahbaikan sistem.
(35) Minggu 1. 2. 3. 4. 5. aktiviti Temubual Mengumpul. data. dari soal selidik Mengumpul bahan kajian (rujukan) Membina/ memproduksikan satu media animasi 2d Mengumpulkan data maklum balas/ respon. daripada. media. yang. dipersembahkan Menganalisis data Melengkapkan penulisan kajian Rajah 3.3.1 Gantt Chart 24. 6. 7. 8. 9. 10. 11. FYP FTKW. 3.3 Gantt Chart. 12.
(36) Masalah kajian. Persoalan kajian. Kajian pustaka. Objektif kajian. Hipotesis/andaian. Metod yang dijalankan. Data dan maklumat. Analisis data. Hasil kajian. Rajah 3.4 : Rekabentuk kajian Struktur rekabentuk kajian amat penting bagi pengkaji sebagai panduan agar alur kerja dilaksanakan mengikut metod yang telah ditetapkan. Pada awal kajian, pengkaji telah mengenalpasti masalah kajian. Melalui permasalahan kajian telah mendorong persoalan yang timbul. Persoalan kajian pula telah membuatkan pengkaji mengeluarkan hipotesis kajian lalu mengenalpasti objektif kajian. Melalui objektif kajian ini lah, pengkaji telah mengenalpasti metod kajian yang sesuai dijalankan dalam mengumpul dan menganalisis data. Oleh yang demikian, setelah data dianalisis, maka dapatan kajian diperolehi. Hasil kajian yang diperolehi akan memberikan keputusan sama ada hipotesis yang telah dikeluarkan adalah tepat atau sebaliknya.. 25. FYP FTKW. 3.4 Rekabentuk Kajian.
(37) Perolehan maklumat-maklumat dari kajian lepas sememangnya menyatakan bahawa subjek sejarah adalah antara salah satu mata pelajaran yang ditekankan oleh pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain. Pelbagai usaha telah dilakukan dalam mengubah teknik pembelajaran subjek sejarah secara lebih efektif. Melalui kajian-kajian lepas, pengkaji telah mengenalpasti terdapat pengkaji-pengkaji lain yang telah mengaplikasikan multimedia dalam proses pembelajaran mata pelajaran sejarah. Antara multimedia yang diaplikasikan oleh pengkaji lain adalah. animasi. 3d,. animasi. ‘stop-motion’,. animasi. bergambar,. dan. sebagainya.. Walaubagaimanapun, pembelajaran melalui animasi 2d masih kurang diaplikasi dalam mata pelajaran sejarah. Pengkaji telah memilih medium animasi 2d sebagai medium pembelajaran subjek sejarah. Melalui objektif kajian, pengkaji telah memilih metod-metod yang sesuai diaplikasi dalam kajian ini.. 26. FYP FTKW. Kesimpulan.
(38) DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan. FYP FTKW. BAB 4. Bab ini menerangkan hasil kajian yang diperolehi daripada metodologi yang telah dijalankan.Bahagian ini merangkumi proses pengumpulan data, persembahan hasil kajian, perbincangan dan kesimpulan daripada. perbincangan yang telah dijalankan. Di dalam proses pengumpulan data, setiap maklumat yang didapati adalah melalui kaedah kajian seperti kajian perpustakaan, internet, temubual, soal selidik dan sebagainya. Keputusan telah dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut: Bahagian 1 : Faktor teknik pembelajaran baharu perlu diwujudkan Bahagian 2 : Pengaruh animasi 2d dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah. Bahagian 3 : Pengaruh dan kesan penggunaan animasi 2d dalam mata pelajaran sejarah. 4.1 Faktor teknik pembelajaran baharu perlu diwujudkan. Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji telah mendapatkan beberapa maklumat yang mendorong kepada teknik pembelajaran baharu perlu diwujudkan. Melalui kajian perpustakaan, terdapat beberapa sumber yang membuktikan bahawa pembelajaran sejarah melalui teknik tradisional adalah membosankan dan kurang menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Pengkaji telah mendapat keputusan melalui datadata yang dikumpul melalui sumber-sumber primer dan sekunder seperti laporan analisis keputusan SPM, internet, laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta artikel dan akhbar. 4.1.1 Laporan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Melalui sumber ini, pengkaji telah menganalisis dua laporan iaitu laporan analisis keputusan SPM tahun 2019 dan 2020. Melalui keputusan analisis ini, pengkaji mendapati jumlah calon yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran sejarah adalah meningkat. Walaubagaimanapun, purata keseluruhan yang gagal adalah meningkat daripada tahun 2018 hingga 2020.. 27.
(39) FYP FTKW Rajah 4.1.1.1 Analisis gred purata mata pelajaran (GPMP) 2019. 28.
(40) FYP FTKW Rajah 4.1.1.2 Analisis gred purata mata pelajaran (GPMP) 2020. Laporan analisis bagi tahun 2019 dan 2020 ini telah memberikan keputusan dimana gred purata mata pelajaran bagi subjek sejarah adalah meningkat antara 2018 dan 2019 dengan kadar peningkatan sebanyak 0.07. Walaubagaimanapun, pada tahun 2020 berlakunya penurunan sebanyak 0.28. Kadar penurunan GPMP bagi subjek sejarah adalah lebih tinggi berbanding kadar peningkatan. Hal ini membuktikan bahawa mata pelajaran sejarah masih lagi kurang menjadi tumpuan kepada para calon.. 4.1.2 Petikan akbar Sinar Harian edisi Selangor dan Kuala Lumpur Artikel ini bertajuk “gred purata mata pelajaran sejarah merosot, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ambil perhatian serius’. Melalui sumber ini, pengkaji telah mengenal pasti bahawa 29.
(41) FYP FTKW. gred purata mata pelajaran sejarah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merosot dan Jabatan Pendidikan di. kawasan tersebut mengambil perhatian yang cukup serius. Di dalam kenyataan ini, Jabatan Pendidikan WPKL telah menyatakan bahawa gred purata mata pelajaran sejarah merosot sebanyak 0.19 berbanding tahun. sebelumnya. Hal ini memberikan masalah yang cukup serius kerana syarat wajib untuk mendapatkan Sijil. Pelajaran Malaysia (SPM) adalah para calon mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan sejarah. Terdapat beberapa isu penting di dalam kenyataan ini yang menjadi rujukan pengkaji. Bil.. Isu yang dikupas. 1. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ingin memperkasakan pendidikan digital.. 2. Berbincang dengan guru bukan opsyen untuk memastikan para guru dapat mengajar dengan lebih baik.. 3. Kurang minat dalam subjek sejarah menjadi punca gred purata mata pelajaran berkenaan merosot Jadual 4.1.2.1 Isu yang dikupas Melalui kenyataan ini, pengkaji telah mengenalpasti bahawa Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur juga berhasrat agar pembelajaran bagi subjek sejarah perlu dikemas kini semula menggunakan pendidikan digital. Selain itu, teknik pengajaran juga menjadi isu utama yang dibincangkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Melalui kenyataan ini, pengkaji merumuskan bahawa Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ingin memperkasakan teknik pembelajaran digital yang lebih menarik minat para pelajar dalam mempelajari mata pelajaran sejarah. Hal ini menjadi faktor yang mendorong kepada teknik pembelajaran baharu perlu diwujudkan. 4.1.3 Temubual bersama guru sejarah dari sekolah di kawasan Jeli. Pengkaji telah menjalankan temubual secara tidak langsung dengan beberapa orang guru yang mengajar subjek sejarah di sekolah menengah kebangsaan Jeli (1) dan sekolah menengah kebangsaan Ayer Lanas. Walaubagaimanapun, pengkaji gagal mendapat analisis tepat tentang gred purata bagi subjek sejarah dari kedua-dua sekolah berkenaan. Hal ini kerana pengkaji gagal mendapatkan kerjasama dari pihak pengurusan sekolah-sekolah berkenaan disebabkan pihak pengurusan sekolah ingin menjaga keselamatan data-data sekolah. Melalui temubual atas talian, pengkaji telah mendapat beberapa sumber penting yang dapat mengukuhkan lagi hipotesis dalam penyelidikan ini. Bil. Cara mengajar yang dipratikkan 1. Menerangkan isi-isi penting 30.
(42) Mengerahkan para pelajar untuk mencatat nota sendiri daripada buku teks. 3. Mengerahkan para pelajar untuk mencari maklumat penting dan membentangkan. 4. Mengagihkan soalan-soalan percubaan SPM tahun-tahun sebelum kepada para pelajar.. 5. Menyuruh para pelajar untuk membina peta minda kreatif daripada isi-isi yang telah dicari. Jadual 4.1.3.1 Hasil temubual. FYP FTKW. 2. Melalui dapatan kajian ini, pengkaji telah merumuskan bahawa antara faktor mata pelajaran sejarah. kurang digemari adalah teknik pengajaran yang diaplikasi kepada guru-guru sekolah. Melalui penelitian daripada maklumat ini, para guru yang mengajar subjek mata pelajaran sejarah kebanyakkannya menekankan isi-isi penting yang mengfokuskan kepada peperiksaan semata-mata. Teknik pengajaran para guru yang hanya mengfokuskan kepada isi-isi penting sahaja mengakibatkan para pelajar gagal memahami sepenuhnya manfaat pendidikan bagi subjek sejarah. Hal ini menjadi faktor kepada kurangnya minat terhadap mata pelajaran sejarah. Teknik pembelajaran ini mengubah persepsi para pelajar daripada belajar sejarah untuk dijadikan tauladan dan ilmu-ilmu penting kepada belajar sejarah untuk mendapat cemerlang. Oleh itu, para pelajar kebanyakkannya hanya menghafal isi-isi penting tanpa memahami sejarah dengan lebih baik.. 4.2 Pengaruh animasi 2d dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah. Setelah menganalisis data, pengkaji telah mengenalpasti bahawa pembelajaran sejarah menggunakan medium digital adalah medium terbaik dalam memberi pemahaman yang jelas kepada pelajar dalam subjek sejarah. Medium digital seperti animasi serta aplikasi digital lain mampu memberikan gambaran yang jelas serta dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari subjek sejarah. Kini, kebanyakkan para pelajar ditanam pemikiran bahawa mempelajari subjek sejarah hanyalah untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam ujian. Para guru kebanyakkannya tidak berusaha untuk menarik minat para pelajar untuk memahami sejarah dengan lebih baik. Pelajar hanya mengfokuskan isi-isi penting dalam mata pelajaran sejarah untuk mendapatkan keputusan yang lulus di dalam ujian. Hal ini sebenarnya kurang memberi kesan yang lebih efektif kerana matapelajaran sejarah bukan sekadar untuk lulus di dalam ujian, tetapi mata pelajaran sejarah adalah untuk mendidik para generasi muda tentang asal usul serta menghargai perkara-perkara yang telah berlaku yang telah meningkatkan kemajuan dan peradaban manusia. Oleh yang demikian, untuk menganalisis teknik 31.
(43) FYP FTKW. pembelajaran digital, pengkaji telah memilih animasi 2d sebagai medium pembelajaran bagi mata pelajaran. sejarah. Pada bab ini, pengkaji telah membangunkan idea untuk menghasilkan satu animasi 2d tentang pembelajaran sejarah dengan mengfokuskan tajuk sejarah kemunculan tamadun awal manusia. Tajuk ini semamangnya perlu dititk beratkan dalam mata pelajaran sejarah kerana disinilah berawalnya apa yang. dikatakan itu sejarah. Bagi menarik minat para pelajar dalam mendalami sejarah, para pelajar perlu diberi. pengetahuan dan pemahaman sejarah dengan lebih jelas. Setelah para pelajar memahami sejarah dengan lebih. baik, maka minat untuk mendalami sejarah secara lebih dalam dapat dipupuk secara perlahan-lahan. Bagi menganalisis pengaruh animasi 2d dalam mata pelajaran sejarah, pengkaji telah menjalankan satu projek. animasi 2d yang memberi gambaran tentang sejarah kemunculan tamadun awal manusia. Rekabentuk dan alur kerja dalam penyelidikan ini boleh dirujuk gambar rajah dibawah : Pembangunkan projek animasi 2d. Mempersemba hkan projek animasi yang telah disiapkan kepada responden.. Setelah para responden menonton projek animasi, para responden diberi borang soal selidik.. Data daripada soal selidik dianalaisis. Rajah 4.2 rekabentuk alur kerja. 4.2.1 Membangunkan projek animasi 2d sejarah kemunculan tamadun awal manusia Bagi menyiapkan projek ini, pengkaji telah menjalankan kerja-kerja penghasilan animasi 2d mengikut proses-proses alur kerja dengan teratur. Projek ini telah mengambil masa selama lebih kurang tujuh hari. Alur kerja boleh dilihat pada jadual dibawah: Bil. Bahagian. Tugasan. 1. Pembangunan idea dan maklumat-maklumat tentang. Pra-produksi. sejarah kemunculan tamadun awal manusia 2. Pra-produksi. Membuat skrip dan papan cerita 32.
(44) Pra-produksi. Merakam suara latar (Voice Over). 4. Produksi. Merekabentuk grafik yang perlu ada dalam animasi (karakter, latarbelakang, prop, dan lain-lain). 5. Produksi. Membuat animasi sesuai mengikut suara latar (V/O). 6. Produksi. Menyunting ‘transaction’ bagi setiap ‘footage video’.. 7. Post-produksi. Menyunting video ( video editing, music latar belakang, tambahan kesan bunyi, dan lain-lain). 8. Produksi. Render dan eksport video menjadi satu video lengkap.. FYP FTKW. 3. Jadual 4.2.1.1 Alur kerja A) Pembangunan idea dan maklumat-maklumat tentang sejarah kemunculan tamadun awal manusia. Bagi membangunkan animasi 2d tentang sejarah kemunculan tamadun awal manusia, pengkaji telah menganalisis dan mencari sumber-sumber primer yang berbentuk fakta dan sumber-sumber berkanaan adalah sukatan pelajaran yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi membina satu idea animasi pembelajaran yang dapat menarik minat para pelajar terhadap sejarah, pengkaji telah menerapkan beberapa idea bagi mengabungkan sukatan mata pelajaran sejarah yang diselaraskan dengan idea tambahan dari luar buku teks bagi menjadikan medium animasi ini lebih menarik. Pengkaji telah mengumpul maklumat daripada sumber-sumber ilmiah seperti buku teks tingkatan 4, buku nota sejarah tingkatan 4, buku latihan lain, soalan-soalan percubaan tahun-tahun lepas dan juga sumber daripada internet seperti slideshare, laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sebagainya.. Bil.. Sukatan mata pelajaran bagi bab 1 kemunculan tamadun awal manusia. 1.. Zaman prasejarah :. 2. •. Paleolitik. •. Mesolitik. •. Neolitik. •. Logam. Sumber sejarah dan kajian •. Jenis sumber. •. Metodologi yang dijalankan. Jadual 4.2.1.2: Sukatan mata pelajaran bagi bab 1 kemunculan tamadun awal manusia 33.
(45) FYP FTKW. Melalui dapatan ini, pengkaji telah mengenalpasti sukatan mata pelajaran sejarah yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh yang demikian, pengkaji telah membina satu idea bagi mengolah sukatan pelajaran ini menjadi lebih menarik melalui medium animasi 2d.. Rajah 4.2.1.1: Perisian yang digunakan Konsep yang dipilih ialah animasi 2d menggunakan konsep ‘Motion Graphic’ menggunakan Adobe After Effect. Setelah mengenalpasti idea dan maklumat-maklumat untuk dibangunkan, pengkaji telah membuat persediaan untuk ke langkah seterusnya iaitu menulis skrip dan papan cerita. B) Membuat skrip dan papan cerita SKRIP SEJARAH KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA MOHD. DANIAL. Bil. Tajuk 1. Zaman prasejarah. Skrip •. Prasejarah adalah zaman dimana peradaban manusia belum lagi wujud. •. Dan manusia masih tidak mempunyai ciri-ciri tamadun.. •. Terdapat tiga zaman dalam prasejarah iaitu: Zaman Paleolitik, Neolitik dan Zaman Logam.. •. Zaman Paleolitik, manusia masih menggunakan peralatan berasaskan batu dan kayu.. •. Manakala zaman neolitik, manusia telah mempunyai sedikit kemajuan dengan mencipta peralatan yang berasaskan tembikar. 34.
(46) Dan zaman prasejarah berakhir dengan zaman logam dimana manusia pada zaman ini telah mula mencipta peralatan daripada logam.. •. Pada zaman prasejarah, manusia hidup secara nomad dan suka berpindah-randah.. 2. Definisi tamadun. •. Tamadun adalah satu perkataan jamak dari bahasa arab iaitu mudun, madana dan madain yang bermaksud peradaban atau pembukaan bandar.. •. Ahli sejarah barat seperti Herodotus memberi istilah peradaban dengan perkataan Civilization.. •. Tamadun adalah peradaban manusia yang membina penempatan kekal dan telah mempunyai ciri-ciri tamadun.. 3. 4. Ciri tamadun. Kesimpulan. •. Ciri-ciri bagi sesebuah peradaban itu adalah:. •. Mempunyai penempatan kekal.. •. Mempunyai sistem pemerintahan.. •. Pengkhususan pekerjaan.. •. Mempunyai sistem bahasa dan penulisan.. •. Mempunyai carta organisasi. •. Dan mempunyai kegiatan ekonomi. •. Oleh itu, di akhir pembelajaran ini. •. Pelajar sudahpun memahami definisi tamadun, ciriciri tamadun dan sebagainya.. •. Sekian terima kasih. Jadual 4.2.1.3: Skrip. C) Merekabentuk grafik yang perlu ada dalam animasi (karakter, latarbelakang, prop, dan lain-lain). 35. FYP FTKW. •.
(47) FYP FTKW Rajah 4.2.1.2 Proses rekabentuk grafik. Rajah 4.2.1.3 Proses rekabentuk grafik. Rajah 4.2.1.4 Proses rekabentuk grafik. 36.
(48) FYP FTKW Rajah 4.2.1.5 Proses rekabentuk grafik. D) Membuat animasi sesuai mengikut suara latar (V/O) Rajah 4.2.1.6 Proses rekabentuk grafik. Rajah 4.2.1.7 Proses animasi. 37.
(49) Rajah 4.2.1.9 Proses animasi. Rajah 4.2.1.10 Proses animasi. 38. FYP FTKW. Rajah 4.2.1.8 Proses animasi.
(50) FYP FTKW. E) Render dan eksport video menjadi satu video lengkap.. Rajah 4.2.1.11 Proses render. 4.2.1 Pengaruh dan kesan animasi 2d yang telah diaplikasikan dalam bentuk pembelajaran kepada pelajar di daerah Jeli, Kelantan. Setelah klip video pendek siap dihasilkan, seterusnya pengkaji telah membina soal selidik bagi mendapatkan maklumat daripada para responden. Kajian soal selidik ini sepenuhnya dijalankan melalui atas talian sahaja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berkuat kuasa. Pengkaji telah mendapatkan kerjasama daripada beberepa orang guru dari sekolah di sekitar kawasan Jeli untuk menyebarkan soal selidik ini berserta pautan video yang telah dimuat naik di internet. Para pelajar diminta untuk menonton terlebih dahulu klip video animasi yang telah dihasilkan sebelum menjawab soalan-soalan yang diberikan. A) Maklumat responden. 39.
(51) FYP FTKW Rajah 4.2.1.12: Jantina. Rajah 4.2.1.13: Umur. 40.
(52) FYP FTKW Rajah 4.2.1.14: Sekolah. Rajah 4.2.1.15: Mata pelajaran yang digemari. 41.
(53) FYP FTKW Rajah 4.2.1.16: Aliran pengajian. Daripada hasil kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa maklumat tetap yang boleh dikategorikan. Oleh kerana soalan kaji selidik ini diuruskan oleh beberapa orang guru dari dua buah sekolah, maka soalan kaji selidik ini dikongsikan kepada beberapa kelas dari setiap sekolah. Oleh yang demikian, dapat kajian mengenai demografi responden ini dapat disusun secara lebih teratur. Bil.. Sekolah. Aliran pengajian. Jumlah responden. Umur. 1.. Sekolah Menengah Kebangsaan. Kemanusiaan. 26 pelajar. 16 tahun. Sains tulen. 32 pelajar. 17 tahun. Jeli (1) 2.. Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas. Jadual 4.2.1.4: Maklumat responden Sekolah menengah kebangsaan Jeli (1) mewakili pelajar dari jurusan kemanusiaan yang berumur 16 tahun. Sebanyak 26 orang pelajar yang menjadi responden untuk kajian ini. Manakala sekolah menengah kebangsaan Ayer Lanas pula mewakili pelajar dari jurusan sains tulen dimana kesemua pelajar ini berumur 17 tahun. Jumlah responden dari sekolah ini adalah sebanyak 32 orang pelajar. Jumlah ini adalah jumlah daripada gabungan dua buah kelas di sekolah ini iaitu kelas tingkatan 5 sains 1 dan 5 sains 2. Melalui kajian demografi ini juga, pengkaji telah mengenalpasti bahawa majoriti responden dari buah sekolah ini adalah berjantina 42.
(54) FYP FTKW. perempuan dengan jumlahnya sebanyak 81% dan responden pelajar lelaki hanya berjumlah 19% daripada 58. orang responden. Melalui dapatan kajian ini, majoriti para responden adalah bukan daripada penggemar bagi. matapelajaran sejarah kerana maklumat mengenai matapelajaran yang digemari, hanya sebanyak 5.2% sahaja daripada 58 orang responden menjadikan matapelajaran sejarah sebagai matapelajaran kegemaran. Ini menunjukkan bahawa matapelajaran sejarah adalah matapelajaran yang kurang digemari dari dua buah sekolah ini.. B) Keupayaan pelajar selepas menjalankan sesi pembelajaran kemunculan awal tamadun manusia melalui projek animasi yang telah dihasilkan.. Rajah 4.2.1.17: Soalan kaji selidik 43.
(55) FYP FTKW Rajah 4.2.1.18: Soalan kaji selidik. Rajah 4.2.1.19: Soalan kaji selidik. 44.
(56) FYP FTKW Rajah 4.2.1.20: Soalan kaji selidik Melalui dapatan ini, pengkaji mendapati tahap kebolehan para pelajar dari dua buah sekolah ini berada pada tahap yang baik. Hal ini kerana keperatusan jawapan yang betul dijawab oleh para pelajar adalah tinggi. Merujuk pada rajah 4.2.1.17 iaitu soalan berkaitan dengan istilah sejarah, kesemua pelajar menjawab dengan betul mankala soalan pada rajah 4.2.1.18 hanya terdapat 8.6% daripada 58 orang pelajar yang gagal menjawab dengan betul. Pada rajah 4.2.1.19 sebanyak 12% daripada 58 orang pelajar yang gagal menajwab soalan dengan betul dan soalan pada rajah 4.2.1.20 kesemua pelajar menjawab dengan betul.. Peratus kesemua soalan yang dijawab 120% 100% 80% 60% 40% 20% 0% Category 1. Category 2 Peratus kesemua soalan yang dijawab. Rajah 4.2.1.21: Peratus kesemua soalan yang dijawab Formula : 45.
(57) Jumlah jawapan yang betul Jumlah soalan yang dijawab. X 100 = peratus jawapan yang betul. 100% - peratus jawapan yang betul = peratus jawapan yang salah. 58 X 4 = 232 222 232 X 100 = 96% 100% - 96% = 4%. FYP FTKW. Jumlah responden X Jumlah soalan = Jumlah soalan yang dijawab. Melalui rajah 4.2.1.21 menunjukkan bahawa majoriti pelajar mampu menjawab soalan ringkas mengenai kemunculan tamadun awal manusia dengan tepat dan peratus jawapan yang dijawab dengan salah hanyalah berjumlah 4%. C) Teknik pembelajaran sejarah menggunakan media animasi 2d.. Rajah 4.2.1.22: Soalan kaji selidik. 46.
(58) FYP FTKW Rajah 4.2.1.21: Soalan kaji selidik. Rajah 4.2.1.22: Soalan kaji selidik. 47.
(59) FYP FTKW Rajah 4.2.1.23: Soalan kaji selidik. Rajah 4.2.1.24: Soalan kaji selidik. 48.
(60) FYP FTKW Rajah 4.2.1.25: Soalan kaji selidik Melalui maklumat-maklumat yang diperolehi daripada para pelajar dari dua buah sekolah ini, persepsi mereka terhadap pengaplikasian teknik pembelajaran menggunakan animasi 2d sangat berkesan dan majoriti para pelajar memberikan respon yang positif kecuali pada bahagian soalan yang menanyakan pendapat tentang keupayaan animasi 2d dalam mengingati kata kunci penting dalam subjek sejarah. Pada bahagian ini, peratus pemilihan jawapan responden lebih banyak kapada jawapan yang tidak pasti.. Kesimpulan Faktor yang mendorong kepada teknik pembelajaran sejarah melalui media digital telah mencipta satu permasalahan dimana kini teknik pembelajaran menggunakan medium digital masih lagi tidak diberi penekanan yang rapi. Melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti faktor yang mendorong kepada teknik pembelajaran baharu bagi subjek sejarah perlu diwujudkan. Melalui data-data yang dikumpul, pengkaji telah mendapati bahawa penggunaan animasi 2d dalam pembelajaran mata pelajaran amat sesuai diaplikasikan. Hal ini demikian mendorong pengkaji dalam membangunkan satu projek penyelidikan pembelajaran sejarah melalui persembahan video animasi 2d. Pengkaji telah menyiapkan satu video animasi 2d yang menerangkan secara ringkas mengenai kemunculan awal tamadun manusia. Dengan mempersembahkan video animasi ini, pengkaji telah sertakan dengan borang soal selidik. Dapatan yang diperolehi telah menunjukkan bahawa kajian ini menepati hipotesis kajian. Melalui metodologi kajian ini, 49.
(61) FYP FTKW. pengkaji telah mengenal pasti keupayaan animasi 2d dalam pembelajaran bagi mata pelajaran sejarah. Selain. itu, kajian ini juga memberikan keputusan bahawa animasi 2d dapat memberi pengaruh dan kesan yang positif dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah. Para pelajar dari sekolah menengah kebangsaan Jeli dan Ayer Lanas mampu menjawab soalan ringkas yang disertakan di dalam borang soal selidik. Hampir kesemua. responden yang berjumlah 58 orang mampu menjawab soalan mengenai sejarah dengan baik. Selain itu, hampir keseluruhan para pelajar yang menjadi responden setuju bahawa pembelajaran sejarah menggunakan metodologi ini lebih berkesan daripada mendengar cikgu mengajar. Keputusan dan dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian.. 50.
(62) KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan. FYP FTKW. BAB 5. Bab ini adalah bab terakhir dimana bab ini akan merumuskan segala perbincangan kajian serta hasil. kajian yang diperolehi. Setelah segala metodologi kajian diaplikasikan, pengkaji telah mendapat hasil kajian. yang mampu membincang dan menghuraikan setiap persoalan kajian yang dikemukakan. Pada bab ini, pengkaji akan menyimpulkan segala dapatan kajian yang dapat mengukuhkan hipotesis yang telah dikeluarkan. oleh pengkaji. Segala perjalanan penyelidikan daripada mula sehinggalah dapatan kajian, maka pada bab ini. akan merumuskan segala persoalan dan objektif kajian.Selain itu, pada bab ini juga akan disertakan cadangancadangan yang relevan. Cadangan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk menambah baik kajian ini pada masa yang akan datang. Melalui kajian yang telah dijalankan ini juga telah memberikan beberapa permasalahan yang memerlukan penyelidikan yang seterusnya di masa yang akan datang. Oleh itu, dalam bab ini terdapat tiga bahagian yang akan dikupas iaitu perbincangan, kesimpulan dan cadangan. 5.1 Perbincangan Setelah metodologi kajian diaplikasikan, maka pengkaji telah berjaya mengumpulkan maklumatmaklumat kajian yang mampu menjawab persoalan kajian ini. Melalui pengumpulan data mengikut kaedah pencarian sumber bahan rujukan, pengkaji telah mendapatkan dua sumber penting yang mengukuhkan persoalan kajian ini. Oleh yang demikian, analisis terhadap dua sumber ini telah menjawab persoalan kajian ini. Terdapat tiga bahagian yang dapat dibincangkan bagi mendapatkan keputusan yang mampu menyokong hipotesis yang dikemukakan oleh pengkaji.. 5.1.1 Faktor yang mendorong teknik pembelajaran baharu perlu dilaksanakan. Bil. Sumber. Kandungan. 1. Gred purata mata pelajaran sejarah merosot. Laporan Analisis Keputusan SPM 2019-2020. 2. Petikan akbar Sinar Harian edisi. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Selangor dan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ingin memperkasakan pendidikan digital.. Jadual 5.1.1 : Faktor yang mendorong Merujuk jadual 5.1.1 diatas telah menunjukkan bahawa gred purata mata pelajaran sejarah merosot. Melalui laporan analisis spm, jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bagi mata pelajaran sejarah 51.
(63) FYP FTKW. sebenarnya meningkat. Walaubagaimanapun, purata pelajar yang lulus bagi mata pelajaran ini menurun daripada tahun sebelumnya. Sumber daripada petikan akbar Sinaran Harian yang mengfokuskan isu ini telah. mendedahkan kegusaran pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terhadap masalah ini.. Dalam petikan akhbar ini ada menyatakan bahawa pihak pendidikan di wilayah berkenaan ingin memperkasakan pendidikan digital sebagai alternatif untuk menarik lebih ramai lagi para pelajar untuk. meminati subjek sejarah. Pihak Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur ini menegaskan bahawa perubahan dan inovasi dalam teknik pembelajaran perlu diberi penekanan agar generasi muda akan datang tidak buta sejarah. Oleh yang demikian, melalui dapatan ini, pengkaji telah mengenalpasti faktor yang mendorong kepada teknik. pembelajaran sejarah menggunakan media animasi 2d perlu dilaksanakan. Pengkaji telah memilih medium animasi 2d sebagai medium pembelajaran bagi subjek sejarah kerana media ini adalah termasuk dalam kategori media digital.. 5.1.2 Keupayaan animasi 2d dalam memberikan gambaran yang jelas dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah kepada pelajar di daerah Jeli, Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti para responden setuju bahawa penggunaan media animasi 2d dapat memberikan gambaran yang jelas dan menyeronokkan dalam pembelajara subjek sejarah. Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar lebih tertarik dengan menggunakan teknik pembelajaran secara digital berbanding teknik pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui satu temubual bersama beberapa orang pelajar yang tinggal di kawasan sekitar, kebanyakkan daripada mereka menjawab bahawa subjek sejarah dan bahasa melayu adalah subjek yang membosankan. Terdapat diantara mereka mengatakan bahawa mereka sering kali tertidur semasa sesi pembelajaran sejarah dijalankan. Hal ini kerana guru yang mengajar subjek sejarah hanya membaca teks daripada buku teks seperti membaca buku cerita. Namun melalui kaedah pembelajaran sejarah menggunakan media animasi dapat memberikan mereka gambaran yang jelas dalam subjek sejarah. Oleh itu, para pelajar di sekitar kawasan Jeli setuju bahawa keupayaan animasi 2d sememanya dapat memberikan gambaran yang jelas dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah.. 5..1.3 Pengaruh dan kesan animasi 2d yang telah diaplikasikan dalam bentuk pembelajaran kepada pelajar di daerah Jeli, Kelantan. Rajah 4.2.1.21 menunjukkan bahawa keupayaan animasi 2d yang dibangunkan oleh pengkaji telah memberi gambaran yang jelas kepada para pelajar yang menjadi responden. Hal ini demikian membuktikan bahawa media animasi sememangnya sesuai dijadikan medium pembelajaran baharu bagi meningkatkan minat 52.
(64) FYP FTKW. para pelajar terhadap subjek sejarah. Dengan memberikan gamabran yang jelas dalam pembelajaran sejarah,. maka para pelajar akan lebih cepat memahami sesuatu peristiwa atau fakta sejarah. Animasi 2d yang berkonsepkan ringkas,padat, dan mudah difahami akan menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu. sejarah. Melalui dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar tidak menggemari subjek sejarah dan menganggap subjek ini adalah salah satu matapelajaran yang membebankan. Pemikiran yang kolot ini adalah. berpunca daripada teknik pembelajaran guru di sekolah yang hanya menekankan subjek ini semata-mata bagi mendapat keputusan yang baik di dalam ujian. Permasalahan inilah yang menjadi punca utama para pelajar tidak memahami secara tepat unsur dan fungsi ilmu sejarah karana mereka ditekankan hanya untuk menghafal dan mengingati isi-isi penting dalam peristiwa sejarah tanpa memahaminya dengan lebih mendalam. Pengaplikasian pembelajaran sejarah menggunakan animasi 2d dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap sesuatu peristiwa. Melalui teknik pembelajaran ini, para pelajar akan menjalankan sesi pembelajaran. yang mengfokuskan kepada penyampaian melalui teknik visual. Penyampaian melalui teknik visual ini adalah lebih menyeronokkan dan mudah difahami berbanding teknik pembelajaran yang hanya mengfokuskan kepada pendengaran dan penelitian. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengenal pasti bahawa animasi 2d mampu membantu dalam memperkasakan mata pelajaran sejarah bagi melahirkan generasi yang celik terhadap ilmu sejarah.. 5.2 Rumusan Sejarah adalah salah satu bidang ilmu yang cukup penting dalam menyumbangkan kepada pelbagai cabang ilmu lain. Namun, bidang ilmu ini masih kurang menarik perhatian masyarakat kini terutama sekali kepada generasi muda. Cabang ilmu sejarah sebenarnya lebih luas daripada apa yang kita fikirkan. Kini genarasi muda memandang bidang ilmu ini sebagai salah satu bidang ilmu yang tiada guna. Hal ini demikian terlahir daripada masalah terhadap teknik penyampaian ilmu yang hanya mengfokuskan kepada bidang kerjaya sahaja serta para generasi muda dididik hanya untuk mengejar pekerjaan sahaja. Walhal sebenarnya bidang ilmu sejarah mempunyai skop cabang ilmu yang cukup luas. Kurangnya minat terhadap ilmu ini kerana tiada inovasi yang kukuh dilaksanakan dalam teknik pengajaran mata pelajaran ini. Justeru itu, dengan mengaplikasikan teknik pembelajaran sejarah menggunakan media animasi 2d, maka bidang ilmu ini dapat disampaikan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Melalui kajian ini, maka pengkaji telah menyimpulkan bahawa pengaplikasian teknik pembelajaran menggunakan animasi 2d dalam mata pelajaran sejarah sememangnya sangat berkesan serta mampu dikembangkan dengan lebih luas. Oleh itu, penyelidikan ini berakhir dengan keputusan kajian adalah sama dengan hipotesis yang dikeluarkan oleh pengkaji. 53.
DOKUMEN BERKAITAN
Kajian mengenai muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal dalam mata pelajaran sejarah telah mendapati bahawa muzium dapat dijadikan satu kaedah dalam
Penggunaan Information and Communication Technology (ICT) telah dapat menarik minat pelajar- pelajar di Eropah terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan (Lee Bih Ni,
Dalam usaha untuk menerapkan KBAT bagi mata pelajaran RBT di sekolah rendah, domain asas yang perlu dikuasai oleh guru-guru RBT termasuklah ilmu pengetahuan yang
Sehubungan dengan itu, idea pembangunan Aplikasi TDProbCalt merupakan salah satu inisiatif untuk menjadi bahan bantu mengajar yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar khususnya
Semua dapatan kajian ini yang berkaitan pandangan murid dan guru terhadap aplikasi Story Map GIS adalah konsisten dengan dapatan kajian lain yang dijalankan di sekolah di mana kajian
Berdasarkan pengalaman dengan para pelajar terdahulu yang telah mengambil kursus animasi atau/ dan dokumentasi digital, boleh dirumuskan bahawa kemahiran para pelajar
Kebanyakan pelajar yang bersikap positif terhadap mata pelajaran sains akan menunjukkan tingkah laku yang positif terhadap mata pelajaran tersebut seperti menunjukkan minat
Bagi menjayakan transformasi ini, beberapa inisiatif penambahbaikan telah dirangka termasuklah menambah baik persepsi masyarakat terhadap latihan kemahiran dan menarik
Walaupun terdapat pelbagai idea ataupun teori yang berkaitan dengan idea gagasan dan kritikan sastera Islami yang telah diperkenalkan dan dibahaskan oleh para pengkaji dan
Berdasarkan analisis dapatan kajian bagi ujian pra dan ujian pasca di atas dalam Jadual 3 dapatlah dirumuskan bahawa secara keseluruhan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Set induksi bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah elemen yang penting bagi menarik minat murid terhadap tajuk kemahiran dalam komponen
Tujuan kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pelajar dalam tiga aspek iaitu motivasi pelajar, penguasaan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Kumpulan
Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan minat murid Kumpulan Eksperimen dengan dengan pencapaian dan
Kesimpulan kajian adalah bahawa grafik animasi merupakan suatu bantuan yang lebih penting bagi pembelajaran meiosis dibandingkan dengan grafik statik tetapi hanya apabila animasi
MPV yang melibatkan penggunaan komputer adalah subjek Produksi Multimedia (PM) dan subjek Animasi Grafik Berkomputer (AGB) dan untuk memenuhi syarat mata pelajaran
• Setelah melalui proses percambahan fikiran, mencari idea (peta minda dan pemerhatian) kumpulan kami telah mendapat satu idea iaitu mencipta satu sistem pencarian surat yang
Unsur iklim yang menggalakkan pembelajaran.Majoriti pakar telah bersepakat terhadap sembilan amalan bagi membina iklim yang menggalakkan pembelajaran dalam organisasi
Kebanyakan episod-episod yang dihasilkan dalam animasi Upin & Ipin ini telah memberi cetusan buah fikiran yang menarik bagi menyokong kaedah pembelajaran sedia
Bagi mendapatkan pandangan pelajar berkenaan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran biologi dan minat pelajar
Penyelidik telah menggunakan bahan multimedia interaktif 3D animasi dengan menggunakan kaedah pembelajaran teradun dalam mata pelajaran Sains bagi murid Tahun 5 bagi mengatasi masalah
Bagi membina objektif pembelajaran, pengkaji berpandukan fokus bagi setiap komponen kemahiran literasi awal yang telah ditetapkan mengikut umur kanak-kanak dalam
Peranan yang dimainkan oleh beliau dan para pendakwah yang lain dalam menerapkan elemen tauhid dan akhlak terpuji dalam kalangan masyarakat tempatan telah menarik