• Tiada Hasil Ditemukan

NILAI-NILAI ISLAM DALAM PANTUN MELAYU : ANALISIS PANTUN UTARA DALAM BUKU KURIK KUNDI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "NILAI-NILAI ISLAM DALAM PANTUN MELAYU : ANALISIS PANTUN UTARA DALAM BUKU KURIK KUNDI "

Copied!
291
0
0

Tekspenuh

(1)

Hakcipta © tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil ataupun pembelajaran individu tanpa kebenaran terlebih dahulu ataupun caj. Tesis ini tidak boleh dihasilkan semula ataupun dipetik secara menyeluruh tanpa memperolehi kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta. Kandungannya tidak boleh diubah dalam format lain tanpa kebenaran rasmi pemilik hakcipta.

(2)

NILAI-NILAI ISLAM DALAM PANTUN MELAYU : ANALISIS PANTUN UTARA DALAM BUKU KURIK KUNDI

MERAH SAGA

MOHD FAIRUS BIN ABD MAJID

IJAZAH SARJANA SASTERA (PENGAJIAN ISLAM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2017

(3)
(4)

ii

Kebenaran Merujuk Tesis

Dalam menyerahkan tesis ini, sebagai memenuhi keperluan pengajian ijazah lanjutan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), saya bersetuju supaya pihak perpustakaan UUM mengedarkan tesis ini bagi tujuan rujukan. Saya juga bersetuju bahawa kebenaran untuk membuat salinan, keseluruhan atau sebahagian daripadanya, bagi tujuan akademik mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada penyelia saya, atau, semasa ketiadaan beliau, kebenaran tersebut boleh diperolehi daripada Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences. Sebarang penyalinan, penerbitan atau penggunaan ke atas keseluruhan atau sebahagian daripada tesis ini, untuk tujuan pemerolehan kewangan, tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada saya. Di samping itu, pengiktirafan kepada saya dan UUM seharusnya diberikan dalam sebarang kegunaan bahan-bahan yang terdapat dalam tesis ini.

Permohonan untuk kebenaran membuat salinan atau kegunaan lain, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, boleh dibuat dengan menulis kepada :

Dean of Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences UUM College of Arts and Sciences

Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok

(5)

iii

Abstrak

Buku pantun Kurik Kundi Merah Saga (KKMS) memuatkan himpunan pantun Melayu dari berbagai-bagai tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pantun yang terkandung dalam buku ini mempunyai pelbagai aspek nilai Melayu dan Islam yang boleh dijadikan contoh tauladan kepada masyarakat. Kandungan pantun yang berunsur tradisional yang diadun dengan nilai Islam menjadikan pantun kawasan daerah utara KKMS amat berharga dan istimewa. Namun demikian, nilai-nilai Islam dalam buku KKMS ini masih belum dikenal pasti kebenaran dan ketepatannya dengan Islam. Kajian ini meneliti nilai Islam pantun kawasan daerah utara KKMS seperti aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila yang masih belum dikaji secara mendalam. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk meneliti nilai Islam dalam pantun Utara KKMS melalui tiga objektif, iaitu meneliti pantun Melayu Utara KKMS berbentuk Islam, mengkategorikan pantun Melayu Utara KKMS berdasarkan nilai Islam dan menganalisis pantun Melayu Utara KKMS daripada aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila Islam. Kaedah kajian yang digunakan berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data yang dikumpulkan dianalisis berdasarkan kepada isi pantun dan penggunaan istilah dalam pantun. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dibuat rumusan bahawa kebanyakan pantun Utara KKMS menerapkan nilai-nilai Islam dengan jelas dan menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan terdapat lapan (8) nilai Islam yang ketara diterapkan dalam aspek kepercayaan, enam (6) nilai Islam terpancar dalam aspek amalan dan 30 nilai Islam digambarkan dalam aspek tatasusila. Namun, nilai Islam yang paling dominan dalam pantun yang dikaji ialah dalam aspek tatasusila. Kajian ini menunjukkan masyarakat Melayu tradisional menggunakan pantun sebagai saluran dakwah dan panduan hidup. Nilai Islam yang dominan dalam aspek tatasusila menunjukkan bahawa corak penerapan nilai Islam dalam pembentukan akhlak masyarakat Melayu begitu kuat sekali. Hasil kajian ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang nilai Islam dalam kalangan orang Melayu yang terkandung dalam pantun.

Kata kunci: Pantun, Orang Melayu, Nilai Islam, Dakwah.

(6)

iv

Abstract

The book of poem (pantun), Kurik Kundi Merah Saga (KKMS) offers a set of Malay pantun from various places in the peninsula, Sabah and Sarawak. Pantun contained in this book have various aspects of the Malays and Islam that can serve as role models to the community. The content of the pantun infuses the traditional values of Islam, which makes KKMS northern region pantun precious and special. However, the truthfulness and accuracy of the Islamic values in KKMS with the teaching of Islam have yet to be identified. The present study examines the Islamic values of KKMS northern region pantun such as beliefs, practices and ethics, which have not been studied thoroughly in the previous studies. Therefore, this study was conducted to investigate the values of Islam in KKMS northern region pantun with three objectives; to examine the Islamic form of KKMS northern region Malay pantun, to categorize KKMS northern region Malay pantun based on Islamic values and to analyze KKMS northern region Malay pantun based on beliefs, practices and ethics of Islam. The present study used qualitative methods i.e., archival research and content analysis. Data were analyzed based on the content of the pantun and the use of the terms in the pantun. Based on the findings, it can be concluded that most of the KKMS northern region Malay pantun, incorporate Islamic values in a clear and comprehensive manner. The study found that there are eight (8) significant Islamic values applied in terms of trust, six (6) Islamic values in terms of practice, and 30 Islamic values in terms of ethics. However, the most dominant value of Islam in the pantun is ethics. The study shows that the Malay traditional society uses pantun as a channel of da’wah and guidance in life. Dominant Islamic values in terms of ethics indicate that the Islamic pattern of moral values strongly influence the establishment of the morals of the Malay community. The results of the study reflect clearly the Islamic values among the Malays as manifested in the pantun.

Keywords: Pantun, Malay, Islamic values, Da'wah.

(7)

v

Penghargaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani dan Selawat dan Salam ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan inayah-Nya telah memberi kekuatan dan keyakinan untuk saya menunaikan tanggungjawab menyelesaikan kerja- kerja penulisan tesis ini.

Istimewa buat Penyelia Profesor Dr Shukri Ahmad dan warga Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM:

Didikkan serta teguran menjadikan ku matang, Kalian pencorak dan mewarnai keindahan hidup ku Sokongan dan dorongan amat dihargai

Kuntuman budi dan jasa kalian menghiasi sanubari ini.

Buat Isteriku Husni Syakirah Ab Rahman, anak-anakku: Ahmad Amir Asyrafi, Ahmad Amir Adli, Aufa Aminna, Ahmad Amru Al Fateh dan Aisyah Humayra dan ibubapaku:

Restu kalian bukti kejayaan

Doa dan harapan tidak putus-putus

Menjadikan saya matang dan bersemangat Kejayaan ini hadiah buat kalian.

Tidak dilupakan semua yang terlibat dalam kajian ini, Saya sesungguhnya terhutang budi.

Semoga Allah SWT akan membalas budi baik kalian semua.

Akhir kata, semoga kajian ini dapat mendatangkan manfaat kepada yang menimba ilmu dan mudah-mudahan dapat memperkaya khazanah bahasa dan budaya bangsa untuk tatapan dan rujukan pengkaji seterusnya. Segala kelebihan dan manfaat ilmu dalam penulisan ini adalah hak Allah SWT, manakala kelemahan dan kekurangan adalah atas kejahilan saya sendiri.

Tuan Puteri mengikat sanggul, Keronsang suasa jarum pun suasa;

Akhlak diri peribadi unggul, Mulia bangsa berbudi bahasa.

Duduk mengeram burung kedidi, Burung Angsa terbang ke selat;

Akhlak Islam penghias peribadi, Mulia bangsa Negara berkat.

Mohd Fairus Bin Abd Majid Universiti Utara Malaysia

(8)

vi

Kandungan

Kebenaran Merujuk Tesis……….……. ii

Abstrak ………...…. iii

Abstract ……….…...…. iv

Penghargaan ……….….………… v

Kandungan …..……….…….… vi

Senarai Rajah……….…… xii

Senarai Jadual……… xiii

Senarai Singkatan……….………. xiv

BAB SATU PENDAHULUAN.………..…… 1

1.1 Pendahuluan……… 1

1.2 Penyataan Masalah………. 8

1.3 Model Kajian……….. 10

1.4 Persoalan Kajian……….…… 11

1.5 Objektif Kajian………... 11

1.6 Kepentingan Kajian……… 12

1.7 Skop Kajian………...….. 13

1.8 Definisi Operasional……….…..… 14

1.8.1 Nilai Islam………...……. 14

1.8.2 Pantun Melayu……….…… 16

1.8.3 Buku Kurik Kundi Merah Saga……….….…. 18

1.9 Sorotan Karya……….…... 20

1.9.1 Kajian Tentang Pantun………..…….. 20

1.9.2 Kajian Tentang Nilai dalam Pantun………..…... 22

1.9.3 Kajian Tentang Buku Kurik Kundi Merah Saga (KKMS).…..…... 24

1.10 Kaedah Kajian……… 25

1.10.1 Kajian Kepustakaan……… 25

1.11 Kesimpulan……… 28

(9)

vii

BAB DUA PANTUN MELAYU DAN BUKU KURIK KUNDI MERAH

SAGA (KKMS) ..………. 30

2.1 Pendahuluan………..…….. 30

2.2 Definisi dan konsep Pantun Melayu………..……. 32

2.2.1 Pengertian………..…….. 32

2.2.2 Asal Usul………..…… 34

2.2.3 Tema dan Isi………...…….. 36

2.2.4 Bentuk dan Struktur………..…..…. 39

2.2.5 Jenis-Jenis………..…….. 44

2.3 Peranan Pantun………..……. 47

2.3.1 Mendidik……….…… 47

2.3.2 Alat Permainan Kanak-kanak……….……. 48

2.3.3 Menasihat……….……… 48

2.3.4 Meluahkan Rasa Kasih Sayang……… 49

2.3.5 Sindiran dan Tempelak……….…... 50

2.3.6 Menyampaikan Rasa Penghargaan atau Terima Kasih……… 51

2.3.7 Menekankan Pendapat dan Menjelaskan Maklumat……….…….. 51

2.3.8 Adat Istidat………..…… 52

2.3.9 Hiburan………..….. 52

2.3.10 Menguji Minda………..….. 54

2.3.11 Memberi Semangat……….…. 54

2.3.12 Menggambarkan Sistem Hidup Masyarakat yang Beraja……….... 55

2.3.13 Menampakkan Suasana Tempat……….. 55

2.3.14 Menggambarkan Kegiatan Harian Masyarakat Melayu……..…… 56

2.3.15 Menyampaikan Mesej Agama………. 57

2.4 Buku Kurik Kundi Merah Saga (KKMS).………... 62

2.5 Kesimpulan……….… 64

(10)

viii

BAB TIGA KATEGORI PANTUN UTARA KURIK KUNDI MERAH

SAGA (KKMS) YANG BERUNSUR ISLAM……….. 66

3.1 Pendahuluan……… 66

3.2 Kategori Pantun Utara KKMS Berdasarkan Nilai-Nilai Islam ... 69

3.2.1 Nilai Islam dalam Aspek Kepercayaan ………..…….… 70

3.2.1.1 Beriman kepada Allah………..……. 71

3.2.1.2 Beriman kepada Malaikat……….……….… 72

3.2.1.3 Beriman kepada Rasul……….…….…. 74

3.2.1.4 Beriman kepada Hari Akhirat……….….…….. 75

3.2.1.5 Beriman kepada Qada’ dan Qadar………….………… 76

3.2.1.6 Ujian……….….. 78

3.2.1.7 Tawakal……….…. 79

3.2.1.8 Syukur……….……….….. 80

3.2.2 Nilai Islam dalam Aspek Amalan……….………..….… 81

3.2.2.1 Sembahyang……….….…. 82

3.2.2.2 Doa………..………... 83

3.2.2.3 Puasa………..……… 84

3.2.2.4 Merisik dan Meminang……….…………. 86

3.2.2.5 Kahwin………….……….……….…… 87

3.2.2.6 Rujuk atau Kembali………...… 88

3.2.3 Nilai Islam dalam Aspek Tatasusila………..………….……. 88

3.2.3.1 Kasih Sayang dan Cinta………..…..…….… 90

3.2.3.2 Yatim Piatu………..…………..… 93

3.2.3.3 Persaudaraan………..……… 94

3.2.3.4 Muafakat dan Tolong-menolong………...… 95

3.2.3.5 Hormat-menghormati dan Memuliakan Tetamu…..…. 96

3.2.3.6 Memberi Salam….………....……….… 97

3.2.3.7 Mendapat Restu Ibu………...… 98

3.2.3.8 Taat Pemerintah……….………… 99

3.2.3.9 Tanggungjawab dalam Keluarga…………..………… 100

3.2.3.10 Kerjasama, Tolak Ansur dan Persefahaman …….…… 101

(11)

ix

3.2.3.11 Memegang Janji………...……….. 103

3.2.3.12 Kesederhanaan dan Kesempurnaan…..……….……… 104

3.2.3.13 Keberanian……….……… 106

3.2.3.14 Ikhlas……….…. 107

3.2.3.15 Hemah Tinggi………..……….……. 108

3.2.3.16 Berbudi Bahasa……….….……… 109

3.2.3.17 Baik Hati………...….………… 110

3.2.3.18 Rendah Diri.……… …….……… 111

3.2.3.19 Mohon Maaf……….………. 112

3.2.3.20 Rajin Bekerja……….……… 113

3.2.3.21 Sabar……….………...….. 114

3.2.3.22 Menjaga Rahsia………. 116

3.2.3.23 Menuntut Ilmu……….…….. 116

3.2.3.24 Menjaga Kebersihan……….……... 117

3.2.3.25 Larangan Mengumpat………...…….… 118

3.2.3.26 Belas Kasihan……….…………... 119

3.2.3.27 Rasional….……… 120

3.2.3.28 Senyum……….……. 121

3.2.3.29 Malu………..……….… 122

3.2.3.30 Manfaat Masa Muda………..…… 124

3.3 Kesimpulan……… 125

BAB EMPAT ANALISIS PANTUN UTARA KURIK KUNDI MERAH SAGA (KKMS) DARI ASPEK KETEPATAN DENGAN NILAI ISLAM…… 127

4.1 Pendahuluan……….... 127

4.2 Analisis Nilai-Nilai Islam dalam Pantun Utara KKMS………. … 129

4.2.1 Penemuan Nilai Islam dalam Aspek Kepercayaan ……….... 130

4.2.1.1 Beriman kepada Allah………... 131

4.2.1.2 Beriman kepada Malaikat………. 133

4.2.1.3 Beriman kepada Rasul……….…….. 134

4.2.1.4 Beriman kepada Hari Akhirat……… 136

(12)

x

4.2.1.5 Beriman kepada Qada’ dan Qadar………. 137

4.2.1.6 Ujian……….……. 139

4.2.1.7 Tawakal……….…,… 142

4.2.1.8 Syukur……….…….. 143

4.2.2 Penemuan Nilai Islam dalam Aspek Amalan……….…..…... 145

4.2.2.1 Sembahyang……….….… 146

4.2.2.2 Doa………...… 147

4.2.2.3 Puasa………. 149

4.2.2.4 Merisik dan Meminang………..…… 150

4.2.2.5 Kahwin………….……….…….… 151

4.2.2.6 Rujuk atau Kembali………..…. 153

4.2.3 Penemuan Nilai Islam dalam Aspek Tatasusila…………..……… 154

4.2.3.1 Kasih Sayang dan Cinta………..………...… 157

4.2.3.2 Yatim Piatu………..……….. 160

4.2.3.3 Persaudaraan………..….……... 161

4.2.3.4 Muafakat dan Tolong-menolong……….….. 163

4.2.3.5 Hormat-menghormati dan Memuliakan Tetamu….….. 165

4.2.3.6 Memberi Salam….………....……….…… 166

4.2.3.7 Mendapat Restu Ibu……….….. 168

4.2.3.8 Taat Pemerintah……….…… 169

4.2.3.9 Tanggungjawab dalam Keluarga………..…. 171

4.2.3.10 Kerjasama, Tolak Ansur dan Persefahaman ……….… 173

4..2.3.11 Memegang Janji……….… 175

4.2.3.12 Kesederhanaan dan Kesempurnaan…..………….…… 176

4.2.3.13 Keberanian……….… 177

4.2.3.14 Ikhlas……….….… 179

4.2.3.15 Hemah Tinggi………..……….…. 180

4.2.3.16 Berbudi Bahasa……….……….…… 181

4.2.3.17 Baik Hati……… 183

4.2.3.18 Rendah Diri.……… …….……… 184

4.2.3.19 Mohon Maaf……….……. 186

(13)

xi

4.2.3.20 Rajin Bekerja……….…… 187

4.2.3.21 Sabar………....….. 189

4.2.3.22 Menjaga Rahsia……… 192

4.2.3.23 Menuntut Ilmu………... 193

4.2.3.24 Menjaga Kebersihan………... 194

4.2.3.25 Larangan Mengumpat………...……….… 196

4.2.3.26 Belas Kasihan……….………….….. 198

4.2.3.27 Rasional………. 199

4.2.3.28 Senyum……….. 201

4.2.3.29 Malu………..……….…… 203

4.2.3.30 Manfaat Masa Muda……….…….… 204

4.3 Penemuan Nilai Tegahan dalam Pantun Utara KKMS……… 206

4.4 Analisis Istilah Berunsur Islam dalam Pantun Utara KKMS…..… 210

4.5 Sumbangan Islam Terhadap Pembinaan Pantun Utara KKMS…... 219

4.4 Kesimpulan………. 221

BAB LIMA RUMUSAN DAN PENUTUP……… 223

5.1 Pendahuluan………...…. 223

5.2 Rumusan ………..…. 225

5.2.1 Aspek Kepercayaan ……….…... 227

5.2.2 Aspek Amalan……….……….… 228

5.2.3 Aspek Tatasusila………..……….…... 228

5.3 Saranan dan Cadangan……….... 231

5.3.1 Melebarkan Kajian……….. 231

5.3.2 Dokumentasi Kajian……….... 231

5.3.3 Pantun Sebagai Media Dakwah………... 232

5.4 Kesimpulan………. 233

RUJUKAN………. 236

INDEX……… 246

(14)

xii

Senarai Rajah

Rajah 1 : Model Kajian

Rajah 2 : Istilah Berunsur Islam

(15)

xiii

Senarai Jadual

Jadual 1 : Jenis-Jenis Pantun

Jadual 2 : Kawasan-Kawasan yang Terlibat dalam Koleksi Pantun Utara KKMS Jadual 3 : Individu-Individu Penyumbang Pantun Utara KKMS

Jadual 4 : Nilai Islam dalam Aspek Kepercayaan Jadual 5 : Nilai Islam dalam Aspek Amalan Jadual 6 : Nilai Islam dalam Aspek Tatasusila

Jadual 7 : Istilah Berunsur Islam dalam Aspek Kepercayaan Jadual 8 : Istilah Berunsur Islam dalam Aspek Amalan Jadual 9 : Istilah Berunsur Islam dalam Aspek Tatasusila Jadual 10 : Istilah Berunsur Islam dalam Pantun Utara KKMS

(16)

xiv

Senarai Singkatan

HR : Hadis Riwayat

KKMS : Kurik Kundi Merah Saga RA : Radhiyallahu ‘anhu

SAW : Sallallahhu alaihi wasallam SWT : Subhanahu wa Ta’ala

(17)

1

BAB SATU PENGENALAN

1.1Pendahuluan

Kedatangan agama Islam dan pengislaman masyarakat Melayu sejak abad ke-13 merupakan satu zaman baru bagi masyarakat tersebut. Kedatangan Islam merupakan bermulanya zaman tranformasi dan perombakan semula kepercayaan beragama, weltanchauung, budaya serta kesenian mereka. Kepercayaan dan kebudayaan Hindu yang telah diwarisi sejak beribu tahun lalu telah mula diketepikan. Hal yang sama berlaku dalam soal kesusasteraan terutamanya bidang puisi.

Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu.

Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari oleh adat dan ajaran Agama Islam.

Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu turut hadir mewarnai kehidupan orang Melayu. Kehadiran agama Islam dalam masyarakat Melayu telah menjadikan ajaran Islam diasimilasi ke dalam budaya dan adat kehidupan seharian orang Melayu terutamanya melalui kesusasteraan berbentuk ajaran Islam serta seni pengucapan masyarakat seharian (Azhar Hj. Mad Aros, 1995:75).

Kesusasteraan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan kebudayaan masyarakat Islam. Ia berkembang juga melalui berbagai-bagai teori dan interpretasi terhadap karya kesusasteraan. Demikian juga sastera Melayu Islam sebenarnya bersifat global kerana ia dilengkapi dengan unsur-unsur seperti fardhu ain dan kifayah yang akhirnya direalisasikan dalam bentuk ilmu tassawuf. Kesatuan ini merealisasikan hubungan manusia dengan penciptanya dan tanggungjawab manusia

(18)

2

terhadap manusia yang lain serta alam. Kesusasteraan Islam inilah yang memberi makna kepada kesusasteraan masyarakat Melayu. Menurut Ismail Hamid (1995:220) sasterawan Islam merujuk kepada seorang yang berpegang teguh kepada akidah, syariah dan akhlak. Justeru, sasterawan seumpama ini beriman, bertaqwa dan beramal salih. Mereka juga sentiasa mengatakan kebenaran dan amanah serta menjauhi fitnah dan propaganda. Shahnon Ahmad (1991:69) menjelaskan bahawa bersastera dalam Islam mesti bertunggakkan Islam, yakni sama seperti beribadah atau berbakti kerana Allah SWT. Beribadah merangkumi aspek yang luas bukan sekadar memenuhi keperluan fardhu ain dan kifayah semata-mata. Sebab utama bersastera sama dengan beribadah. iaitu dilakukan kerana Allah SWT. Oleh itu, bersastera dan beribadah mempunyai satu matlamat iaitu hikmahnya adalah untuk berdakwah kepada manusia.

Kesusasteraan Islam ialah satu bentuk kesusasteraan dalam media bahasa khususnya yang bertulis yang menggambarkan cita-cita keislaman sebagai visi, menerapkan pengajaran al-Quran dan al-Hadis yang menjalankan pengajaran Islam sebagai hasil interpretasi daripada al-Quran dan al-Hadis (S.Othman Kelantan, 1978:74). Konsep ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Syu’ara (26:224-227) :













































































“Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat. Tidaklah engkau melihat bahawasa mereka mengembara di tiap-tiap lembah (dengan berkhayal dan angan-angan kosong)?. Kecuali orang beriman dan beramal salih (daripada kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah sebanyak- banyaknya, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. (Ingatlah), orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali”.

(19)

3

Kedatangan Islam berserta tamadunnya telah membawa satu rupa baru terhadap pandangan hidup dan penerimaan pelbagai bangsa yang menganut agama tersebut.

Sememangnya diakui pegangan agama yang kuat adalah tunjang kepada pembentukan adab dan susila masyarakat Melayu. Bukan itu sahaja, agama juga memberi pengaruh yang cukup kuat kepada adat dan budaya. Mana Sikana (1996:47) menyatakan sastera Islam bagi masyarakat Melayu adalah pancaran orang yang muqarrabin, mendekati Illahi secara rohaniah dan badaniah. Tegasnya, sastera Islam itu adalah sastera untuk pengabdian. Sastera Islam juga dapat melahirkan seorang manusia yang baik dan bersih. Tujuannya ialah untuk menguatkan akidah dan untuk meninggikan akhlak.

Menurut Mohd. Affandi Hassan (2005:25) kesusasteraan dalam pandangan Islam ialah sejenis amal manusia yang menggunakan daya kreatif (yakni menjadikan bakat sebagai amanah), dicipta dengan menggunakan bahasa yang indah dan teknik yang berkesan untuk memberi makna yang sedalam-dalamnya tentang hakikat insan dan hakikat ilmu serta amal.

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mendorong masyarakat Melayu untuk mendalami ilmu al-Quran dan mengamalkan saranan-saranannya dalam kehidupan.

Pendakwah Islam ketika itu mengembangkan ilmu dengan gigih. Kreativiti memasukkan falsafah ayat al-Quran dan al-sunnah memungkinkan masyarakat yang terdedah kepada seni ini mendapat bahan yang sewajarnya. Pandangan ini selari dengan pendapat Idris Zakaria (1991:184) yang menyatakan bahawa penerapan nilai- nilai Islam, soal kemanusiaan dan akhlak mulia dalam diri individu Melayu adalah mendasari naluri semula jadi manusia.

(20)

4

Kategori sastera ditentukan berdasarkan zaman sesebuah sastera itu dihasilkan atau wujud. Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada dua iaitu kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden. Zaman kesusasteraan Melayu tradisonal bermula dari zaman purba sehingga zaman Islam, kesusasteraan moden bermula dengan kemunculan Abdullah Munsyi sehingga zaman kemerdekaan (Arbaie Sujud, 2008:8). Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, terdapat dua bentuk puisi iaitu:

i) puisi tradisional ii) puisi moden

Puisi Melayu tradisional terdiri daripada pantun berangkap yang mempunyai bentuk dan ciri-ciri tertentu yang tidak terlepas dari ikatan dan peraturan-peraturan tertentu (Kamarudin Husin, 1988: 73). Puisi Melayu tradisional boleh dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:

i) pantun ii) syair iii) gurindam iv) seloka

v) ikatan puisi bebas seperti teromba, endoi, mantera, pepatah-petitih, perbilangan dan beberapa bentuk lain.

Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu, puisi tulen yang menjadi milik masyarakat Melayu yang berkembang dan tumbuh subur lama sebelum orang Melayu tahu menulis dan membaca. Pantun masyarakat Melayu terdiri daripada rangkap- rangkap yang indah dan suci serta mempunyai beberapa maksud terselindung dan

(21)

5

diluahkan dalam bentuk melodi dan ritma yang sedap didengar dan mudah dihayati.

Pantun Melayu memperlihatkan kepintaran dan kepandaian orang-orang tua menyusun kata-kata yang mempunyai nilai-nilai estetika dengan ringkas, jelas dan tepat.

Pantun disampaikan mengikut taraf umur, ia dapat digolongkan kepada 2 kumpulan masyarakat:-

(i) Kumpulan kanak-kanak antara 4 - 13 tahun, pantun mereka sering kali berhubung dengan permainan yang mereka mainkan dan nyanyian yang berbentuk cerita pendek.

(ii) Kumpulan orang dewasa dan orang tua yang berumur 40 tahun ke atas, mereka menyampaikan dalam pelbagai keadaan untuk memenuhi fungsi tertentu, misalnya mereka berkasih sayang, bergaduh, menasihat semasa sendirian, untuk mendodoi anak, untuk meraikan hari perkahwinan dan sebagainya.

Karangan pantun Melayu mempunyai banyak nilai yang sebenarnya menjadi tauladan dan amalan generasi dahulu yang ulung. Para pemantun Melayu ialah golongan yang memuliakan agama dan amat menitikberatkan sebarang pengertian ayat al-Quran agar menepati saranan dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Falsafah pantun Melayu sebenarnya adalah pasak kepada pembangunan masyarakat dan sebenarnya pantun sewajarnya dikupas melalui tafsiran sebenar atau melalui kajian.

(22)

6

“Puisi khususnya pantun yang menekankan kepada kecantikan, keindahan bahasa, metafora, pemikiran, pendidikan, pengajaran dan sebagainya.

Pantun sebagai puisi yang diungkap dengan lenggok bahasa tertentu akan mengindahkan lagi bahasa ucapan yang digunakan untuk berbagai-bagai situasi; daripada memberi ucapan secara berseloroh hingga kepada majlis yang lebih serius seperti pertunangan dan perkahwinan dalam masyarakat Melayu”. (Za’ba, 1965:219)

Pantun Melayu sangat mementingkan aspek pendidikan dan pengajaran. Pantun boleh dijadikan alat untuk mendidik atau berdakwah demi melahirkan manusia Islam yang sejati. Idea-idea yang diketengahkan oleh pengarang mengetengahkan isu-isu dalam masyarakat. Tenas Effendy (2007:xxvi) menyebut peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu adalah untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang sarat berisi nilai- nilai luhur agama, budaya dan norma-norma sosial masyarakatnya. Melalui rangkap pantun nilai-nilai luhur itu disebarluaskan kepada masyarakatnya, diwariskan kepada anak cucunya. Selain itu, pantun berperanan juga dalam mewujudkan pergaulan yang seresam, hiburan yang bernas serta penyampaian isi hati, kritikan dan sebagainya.

Pantun merupakan karya sastera Melayu lama yang mempunyai ciri-ciri dan keunikannya yang tersendiri sebagai alat untuk mendidik sekaligus merakamkan kegiatan anggota masyarakatnya. Hingga ke hari ini masyarakat Melayu masih lagi mewarisi hasil sastera yang tinggi nilainya itu. Ia bukan sekadar untuk dinikmati keindahannya tetapi juga untuk dimanfaatkan maksud dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, pantun Melayu juga mengandungi falsafah, nilai-nilai positif dan pemikiran masyarakat Melayu lama. Hal ini menunjukkan ketinggian budi dan kebijaksanaan tokoh-tokoh masyarakat zaman silam mencipta puisi klasik yang tidak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan (Aripin Said, 1994:110).

(23)

7

Pantun lahir di dalam masyarakat Melayu yang buta huruf dan hanya mengamalkan tradisi lisan, penciptaan pantun dilakukan secara rapi sehingga dapat dijadikan susunan kata sebagai alat pertuturan yang menarik dengan kata-kata yang indah.

Nilai-nilai keindahan pantun dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan sekaligus meletakkan pantun sebagai tradisi budaya yang dianggap popular dan tahan diuji sepanjang zaman (Wan Abdul Kadir Wan Yusuf, 1996:91). Pelbagai upacara atau amalan dalam kebudayaan Melayu berkait rapat dengan kesusasteraan seperti penggunaan pantun dalam aktiviti menangkap ikan, majlis pertunangan, permainan sepak raga, upacara berendoi, kenduri perkahwinan, menyambut kelahiran dan pelbagai persembahan kebudayaan yang lain.

Ini membuktikan bahawa orang Melayu sememangnya hebat dalam memberi teguran atau nasihat secara kiasan. Pendekatan ini sesuai dengan saranan Islam iaitu menegur atau menasihat secara berhikmah. Bagi pantun Melayu, penciptaannya bukanlah bersifat sewenang-wenang. Sebaliknya, ia dicipta dengan mempunyai tujuan atau makna tertentu dan mencerminkan nilai atau sifat masyarakat Melayu pada zaman silam. Dalam rangkap pantun, terungkap falsafah atau pemikiran masyarakat yang antara lain berperanan sebagai alat mencerminkan masyarakat, alat hiburan, media pendidikan, alat penyampaian perasaan, alat pengajaran dan nasihat, alat menguji kepintaran atau pemikiran, sebagai bentuk penyampaian cerita dan sebagainya.

Pantun-pantun klasik ini telah dibukukan dalam buku Kurik Kundi Merah Saga yang boleh menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat hari ini.

(24)

8 1.2Penyataan Masalah

Kajian ini ingin membincangkan berkenaan nilai-nilai Islam yang terdapat dalam pantun Utara, Kurik Kundi Merah Saga. Kajian berkaitan nilai-nilai Islam dalam pantun Melayu daripada pengkaji kesusasteraan pada masa dahulu tidak menjurus kepada pantun utara terutamanya dalam buku Kurik Kundi Merah Saga. Kajian-kajian sebelum ini lebih berfokuskan kepada definisi, struktur dan bentuk serta penggunaan pantun dalam kehidupan masyarakat Melayu yang dijadikan sebagai panduan dan teladan sedangkan nilai-nilai Islam ini memainkan peranan yang sangat besar dalam dunia kesusasateraan Melayu yang sememangnya banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai moral yang berlandaskan kepada nilai-nilai Islam sejagat. Melalui kajian ini, pengkaji ingin menjelaskan bahawa pemikiran orang Melayu adalah sinonim dengan ajaran Islam. Cerminan minda Melayu merupakan satu bentuk yang suci dan ikhlas berlandaskan syariat Allah SWT. Malah sebahagian besar hasil penciptaan pantun tradisional Melayu yang terkandung dalam Kurik Kundi Merah Saga ini berlandaskan keagamaan yang merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis, dan bukannya lahir dari ilham yang kosong tanpa pengertian.

Akhir-akhir ini juga, pantun hampir tidak mendapat perhatian dalam masyarakat terutamanya generasi muda. Hanya sekali sekala pantun Melayu digunakan dalam upacara-upacara tertentu, misalnya dijadikan sebagai persembahan ketika majlis- majlis rasmi yang berkaitan dengan kesenian ataupun kesusasteraan seperti dalam upacara meminang, upacara perkahwinan adat, upacara musyawarah adat dan yang seumpanyanya sahaja. Tenas Effendy (2007:xix) menyatakan generasi muda Melayu nampaknya kurang berminat untuk mempelajari pantun secara penuh dan kurang berminat pula untuk mewarisinya secara utuh. Hal ini disebabkan pandangan generasi

(25)

9

muda terhadap pantun semakin sempit. Sebahagian besar antara mereka menganggap pantun hanya sebagai alat hiburan, tanpa menyedari dan memahami peranan pantun dalam kehidupan masyarakat Melayu masa silam.

Apa yang menyedihkan lagi ialah apabila nilai-nilai murni (Islam) serta keindahan dan keunikan bahasa yang terkandung dalam pantun Melayu tidak mudah untuk diperdengar lagi masa kini. Malah terdapat segelintir masyarakat yang cuba menolak serta mengetepikan kehadiran pantun Melayu kerana mereka kurang memahami falsafah dan pemikiran yang terdapat di dalam puisi lama itu. Hakikatnya, pantun Melayu mengandungi banyak perkara yang menggambarkan aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila dan memerlukan penelitian masyarakat.

Menyedari masalah tersebut, penulis mengambil inisiatif untuk mengkaji, mengungkap dan menghuraikan penerapan nilai-nilai Islam dalam aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila masyarakat Melayu melalui rangkap pantun Melayu Utara dalam buku Kurik Kundi Merah Saga (KKMS). Buku KKMS adalah kumpulan pantun lisan Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1990. Buku ini memuatkan 5653 pantun dari pelbagai tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Terbitan ini kesinambungan dari penerbitan Kumpulan Pantun Melayu yang memuatkan 2052 pantun pada tahun 1983.

Keistimewaan buku ini, pertama, kerana ia merupakan kumpulan pantun Melayu yang terbanyak yang telah dikumpulkan. Kedua, koleksi pantun dalam buku ini merangkumi semua negeri dalam Malaysia. Sehingga hari ini belum ditemui ada pengkaji yang meneliti secara khusus mengenai nilai-nilai Islam yang terkandung dalam pantun buku KKMS ini.

(26)

10

Kajian ini adalah terhadap penelitian nilai-nilai Islam yang terdapat dalam pantun Utara KKMS dalam aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila. Semoga hasil kajian ini dapat memberi pemahaman bahawa berpantun bukan sahaja sebagai alat hiburan atau peragaan, tetapi sebagai alat untuk menghayati nilai-nilai Islam yang terkandung di dalamnya, sehingga pantun dapat diangkat dalam kedudukan yang lebih terhormat.

1.3Model Kajian Rajah 1 : Model Kajian

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1, buku Kurik Kundi Merah Saga dan nilai Islam serta ketiga-tiga aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila menjadi tunjang model kajian yang saling terkait dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Hal ini bermakna bahawa sebarang perbincangan mestilah mengambil kira buku Kurik Kundi Merah Saga dan nilai Islam bagi mencapai hala tuju kajian ini.

Buku Kurik Kundi Merah Saga

Aspek Tatasusila

Aspek Amalan Aspek Kepercayaan

Nilai Islam

(27)

11 1.4 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan dalam kajian ini adalah:

i. Apakah bentuk nilai-nilai Islam yang terdapat dalam pantun-pantun Melayu Utara melalui buku Kurik Kundi Merah Saga.

ii. Bagaimanakah bentuk kategori nilai-nilai Islam yang terdapat dalam pantun- pantun Melayu Utara buku Kurik Kundi Merah Saga.

iii. Sejauh manakah nilai-nilai Islam yang terdapat dalam pantun-pantun Melayu Utara dalam buku Kurik Kundi Merah Saga memenuhi aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila Islam.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Meneliti pantun-pantun Melayu Utara berbentuk Islam dalam buku Kurik Kundi Merah Saga berkaitan dengan aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila.

ii. Mengkategorikan pantun-pantun Melayu Utara dalam buku Kurik Kundi Merah Saga berdasarkan nilai-nilai Islam.

iii. Menganalisis pantun-pantun Melayu Utara dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dari aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila.

(28)

12 1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap dapat menyingkap nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu disebalik pantun. Antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah seperti di bawah:

1.6.1 Selain mengkaji nilai-nilai Islam yang terdapat dalam pantun Melayu, kajian ini juga berupaya dan berguna untuk dikongsikan bersama untuk pengetahuan masyarakat umum. Pembaca tentunya akan mendapat manfaat melalui kajian ini kerana mereka akan memprolehi ilmu dan pengetahuan yang lebih luas berkaitan pantun di dalam Islam. Melaluinya juga, pembaca akan memperoleh manfaat daripada contoh teladan yang baik untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.

1.6.2 Penyelidikan ini penting untuk keperluan pendidikan dan pengajaran kerana melalui penekanan nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pantun boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk proses pembelajaran. Penggarapan nilai- nilai mulia, budi pekerti yang luhur dan memupuk pemikiran yang matang untuk melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, bertanggungjawab, serta sanggup mempertahankan agama, bangsa dan negara.

1.6.3 Kajian ini turut membantu khalayak memilih dan menggunakan pantun yang sesuai. Misalnya, pantun berkaitan taat dan hormat kedua ibu bapa dapat digunakan dalam program pembinaan anak soleh. Menerusi penyelidikan dan kajian pantun, membolehkan khalayak menilai dan membuat pertimbangan, di

(29)

13

samping meneliti kewajarannya dalam memahami dan menghayati kesesuaian pantun.

1.6.4 Bagi para pengkritik, kajian ini boleh dijadikan sebagai landasan ke arah melakukan lebih banyak kritikan terhadap pantun tanah air. Kritikan membina dapat meransang dan memperbaiki pembinaan pantun pada masa akan datang.

1.6.5 Melalui penyelidikan ini, diharapkan dapat merubah tanggapan yang menyatakan pantun tidak memberi manfaat dan sering dikaitkan sebagai sastera popular yang mementingkan nilai komersil tanpa memikirkan aspek keagamaan, pendidikan dan nilai keindahan yang terkandung di dalam pantun berkenaan.

Semoga dengan kajian ini, peminat dan pencinta kesusasteraan di negara ini atau di rantau nusantara dapat melihat dengan jelas gambaran masyarakat dan penggarapan nilai-nilai Islam dalam pantun Melayu yang dikaji.

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini akan memfokuskan kepada 714 rangkap pantun Melayu Utara (pantun 2292 hingga 3005 : Perlis, Kedah dan Perak) di dalam buku Kurik Kundi Merah Saga (KKMS) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pengkaji akan mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diungkapkan dalam pantun terpilih dalam aspek kepercayaan, amalan dan tatasusila.

(30)

14

Oleh itu, pengkaji lebih menumpukan jenis-jenis pantun yang bertemakan agama serta jenis-jenis pantun lainnya yang dilihat mempunyai unsur-unsur keagamaan di dalamnya. Kriteria pantun yang akan dikaji terbahagi kepada 2 iaitu isi atau maksud berunsur Islam dan penggunaan istilah berunsur Islam.

1.8Definisi Operasional 1.8.1 Nilai Islam

Islam mempunyai pandangannya tersendiri dalam menelitit teori nilai atau lebih dikenali sebagai aksiologi. Dari dimensi Islam, nilai ialah ukuran piawai kepada manusia untuk menilai sama ada sesuatu perkara, perbuatan atau perkataan itu baik, bermanfaat, mudarat atau tercela. Sesuatu benda juga mempunyai nilai instrinsiknya sama ada mendatangkan faedah atau sebaliknya. Dengan adanya garis panduan ini, ia memberi kefahaman bahawa tidak wujud pengasingan domain-domain dalam agama Islam.

Nilai diertikan oleh beberapa orang penterjemah seperti Abd. Rahim Abd. Rashid (1993:1) dengan menyatakan bahawa nilai ialah sesuatu yang dianggap baik, misalnya kasih sayang, baik hati, jujur, bersopan dan sederhana. Sebaliknya Shuhairimi Abdullah (2009:4) mentafsir nilai sebagai melihat penerimaan dan penilaian manusia terhadap sesuatu nilai samada dalam bentuk positif atau negatif. Mohd Rosli Saludin (2007:7-8) pula menyatakan nilai merupakan sesuatu yang terbit daripada keinginan dan motif dan dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Seterusnya Siti Aisah Murad (1996:vii) menekankan nilai adalah sesuatu yang amat tinggi dan berharga. Sesuatu yang bernilai tentunya mempunyai kualiti atau mutu. Jadi, apabila berbicara tentang nilai, manusia akan merasakan perkara yang bernilai tinggi itu

(31)

15

adalah sangat berguna, berfaedah dan memberi manfaat kepada setiap anggota masyarakat. Menurut Jumali Selamat (2001:46) secara khusus akhlak atau nilai membawa maksud perlakuan atau tingkah laku yang memperlihatkan budi pekerti yang tinggi lagi mulia.

Apa yang jelas, nilai dalam syariat Islam bersifat mengikat tindak-tanduk manusia untuk menjadi lebih baik dan bermanfaat kepada umat yang lain. Antara nilai-nilai yang harus dimiliki oleh setiap Muslim ialah kemanusiaan, persaudaraan, keadilan dan keprihatinan. Ini bertepatan seperti permulaan bacaan kitab suci al-Quran iaitu berupa kehadiran dua sifat utama, Ar-Rahman (Maha Pemurah) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang). Ini ialah sifat-sifat yang membawa pemahaman betapa besarnya perhatian dan kasih sayang tuhan terhadap makhluk ciptaan-Nya untuk memahami permasalahan dan keperluan hamba-hamba-Nya.

Nilai Islam adalah nilai sejagat yang mengandungi nilai-nilai moral dan etika yang boleh diterima oleh semua manusia. Agama Islam mencakupi tiga aspek iaitu aqidah, ibadah dan akhlak (Marina Munira Mutalib, 2011:56). Nilai-nilai Islam yang merangkumi nilai akhlak dan moral adalah seperti perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Moral dan akhlak terbentuk hasil daripada pendidikan dan pembudayaan yang bermaksud boleh diajar dan dipelajari.

Islam bukanlah “agama” dalam erti kata yang sempit sebagaimana agama-agama lain.

Islam ertinya tunduk dan menyerah (Imam Al-Ghazali, 2012:21). Ia merupakan ad- din, iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, merangkumi seluruh dimensi dan sudut kehidupan (Rashid Muhammad, 2010:22). Menurut Haron Din (1988:23) Islam

(32)

16

dari sudut istilah syarak ialah “mentauhidkan Allah SWT, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT”.







































“Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang terawal menyerahkan diri (kepada Allah)". (Al-An’am, 6:162-163)

Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah SWT dan dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan amalan untuk dihayati dan dibudayakan oleh semua manusia yang beragama Islam, malah terpakai atau sesuai juga kepada semua penganut agama lain.

Imam Al-Ghazali (2012:152) memberi contohnya nilai Islam yang terpuji iaitu baik dalam bergaul, dermawan, halus dalam berbicara, memberi sesuatu yang berguna, memberi makanan kepada orang lain, memasyhurkan salam, menziarah, mengiringi jenazah, menghormati tetangga, memaafkan, mendamaikan, berwajah ceria dan menahan marah

1.8.2 Pantun Melayu

Pantun mempunyai nilai-nilai estetika unik yang boleh menjadi contoh tauladan kepada masyarakat. Penciptaannya yang bersifat klasik serta diselit dengan nilai sikap Melayu lama menjadikan pantun amat berharga. Menurut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1137), pantun diberikan definisi sebagai sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dua baris pertama

(33)

17

merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya.

Keaslian pantun juga dapat dilihat dari segi pendekatan dan pengkaedahan yang diamalkan oleh pencipta-pencipta pantun. Misalnya keseluruhan pendekatan yang digunakan adalah mengikut pengkaedahan Melayu iaitu cara luahan perasaan, berhiba-sayu, gembira, sindir, memujuk, merayu, memberi nasihat, berjenaka, berfalsafah dan sebagainya (Ismail Yusoff, 2008:53).

Zainal Abidin bin Ahmad (2002:223), atau lebih dikenali sebagai Za’Ba berpendapat, pantun adalah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan orang Melayu. Ia digunakan semenjak orang Melayu belum tahu tulis-menulis atau surat- menyurat. Orang Melayu telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun antara sesama sendiri. Bahkan hingga sekarang ini pun pantun adalah kaedah karangan berangkap yang jati terpakai pada orang-orang Melayu kampung bagi menggambarkan warna-warna perasaan yang indah dan fikiran-fikiran hiba sayu, seperti hal-ehwal berkasih sayang dan pujuk rayu yang lemah lembut antara pasangan kekasih.

Syed Ahmad Jamal (1992:3) mengatakan bahawa pantun terdiri daripada empat atau lima perkataan yang mempunyai lapan, sembilan atau sepuluh suku kata. Pantun terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian pertama ialah pembayang dan bahagian kedua mengandungi maksud. Pembahagian ini adalah suatu prinsip reka bentuk yang utama dalam seni rupa Melayu. Suatu jenis motif dalam seni rupa Melayu ialah

“paling pantun”. Panduan itu seperti imej cermin. Bahagian pembayang diisi dengan bahan dari alam semula jadi; antaranya haiwan, pohon, bunga, laut dan sungai, contohnya:

(34)

18

Anak sepat mudik ke hulu, Bunga Tanjung putih berseri, Anak haruan putih dadanya; Bunga kembang berlapis-lapis;

Siapa cepat dapat dahulu, Lagu canggung lagu asli, Siapa kemudian putih matanya. Lagu asal negeri Perlis.

(Pantun 2358, KKMS 1990) (Pantun 2506, KKMS 1990)

Burung camar burung di laut, Bulan mengambang cahaya cemerlang, Camar seekor beliak mata; Nampak memancar di celah awan;

Jangan digemar ikan di laut, Rasa lemah sendi dan tulang, Ramai orang balik saja. Bila teringat wajahmu tuan.

(Pantun 2514, KKMS 1990) (Pantun 2485, KKMS 1990)

Menurut Syed Ahmad Jamal (1992:3), pantun mempunyai nilai semukur-dua kerat, empat kerat, enam kerat dan lapan kerat. Bait yang pertama mempunyai ciri-ciri persamaan dari segi iramanya dan suku katanya dengan bait yang kedua, tiada lebih, tiada yang tidak boleh diperkirakan. Yang sempurna semukurnya seperti boleh dilipat dan apabila dibuat demikian, perkataan, irama dan bentuknya akan bertemu, rapi dan kejap.

Dari segi bentuknya, pantun kebiasaannya adalah bentuk puisi yang terdiri dari empat baris yang bersajak bersilih dua-dua (pola a-b:a-b) dan biasanya, tiap-tiap baris terdiri dari empat perkataan. Dua baris pertama dipanggil sampiran (pembayang), dan dua baris berikutnya disebut isi pantun (maksud). Pantun dalam erti kata lain ialah alat ekspresi bagi kehidupan, khususnya berunsurkan pengajaran dan nasihat. Di sini pengkaji ingin mengkaji tentang pantun Utara KKMS dan mengajak pembaca memahami nilai-nilai Islam dalam pantun Utara KKMS.

1.8.3 Buku Kurik Kundi Merah Saga

Buku Kurik Kundi Merah Saga adalah kumpulan pantun lisan Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1990. Buku ini memuatkan 5653 pantun dari pelbagai tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

(35)

19

Terbitan ini kesinambungan dari penerbitan Kumpulan Pantun Melayu yang memuatkan 2052 pantun pada tahun 1983.

Pengumpulan dan rakaman pantun-pantun dalam buku ini dilakukan dengan cara- cara berikut :

a) Rakaman pantun daripada orang perseorangan

b) Rakaman pantun yang dipersembahkan oleh kumpulan kesenian c) Rakaman pantun daripada bekas ahli sesebuah kumpulan

Mempunyai 1093 halaman, membariskan rangkap-rangkap pantun dari 6 kawasan, iaitu kawasan Selatan (Johor dan Melaka), kawasan Tengah (Selangor/Negeri Sembilan), kawasan Utara (Perak/Kedah/Perlis), kawasan Timur (Kelantan/

Terenggganu/Pahang), dan Sabah & Sarawak.

Pemilihan pantun dari buku KKMS 1990 ini dilakukan kerana bahan pantun yang dirakamkan dari seluruh ceruk rantau Malaysia khususnya di Kedah, Perlis dan Perak.

Koleksi pantun Utara diambil dari Perak (Parit, Gerik, Lenggong dan Ipoh), Kedah (Alor Setar dan Langkawi) dan Perlis (Kangar, Mata Air dan Chuping) dengan jumlah 714 rangkap pantun. Seramai 14 orang dari Perak, 5 orang dari Perlis dan 7 orang dari Kedah. Setiap rangkap pantun dalam buku KKMS mengandungi sikap dan tindakan yang menjadi pengangan hidup yang dapat dinilai sesuatu yang baik ataupun buruk, yang berharga atau sebaliknya (KKMS, 2005:xliii). Dalam buku ini, gambaran tentang kepercayaan, amalan dan tatasulia masyarakat Melayu dapat diteliti bagi menjayakan kajian ini.

(36)

20 1.9 Sorotan Karya

Keistimewaan pantun telah berjaya menarik minat ramai pengkaji dan telah banyak pendapat dikeluarkan tentangnya. Antara tokoh Barat yang membuat kajian mengenai puisi Melayu tradisional ini khususnya kepada pantun ialah Pijnappel (1883), Ophuijsen (1904), Overbeck (1914; 1922), Hoessein Djajadningrat (1934), Winstedt (1947), Wilkinson (1907), Wilkinson dan Windstedt (1961). Brandsetter dan R.O.

Winstedt (1955). Manakala Sarjana dan penulis Melayu pula adalah seperti Zainal Abidin Ahmad (1965; 1966), Mohd Taib Osman (1965; 1968; 1978; 1989), Alwi Salim (1993), Muhammad Hj Salleh (1986), Harun Mat Piah (1989; 1998; 2001), dan Aripin Said (1990; 1992; 1994) dan puluhan nama lagi turut memartabatkan kembali keistimewaan pantun dalam masyarakat Malaysia mutakhir. Sesungguhnya pantun Melayu mendapat sorotan dan kritikan yang cukup luas daripada kalangan sarjana Melayu dan Orientalis Barat.

1.9.1 Kajian Tentang Pantun

Terdapat beberapa contoh kajian lalu tentang pantun. Pertama kajian oleh Mohd Taib Osman (1978) berkaitan aspek rima dan hubungan pembayang maksud (sampiran) dan maksud dengan mendalam. Beliau mengatakan hubungan antara pembayang maksud dengan maksud adalah bersifat teknikal, hal ini dirujuk dari segi bentuk pantun. Dalam kajian yang sama, beliau turut membincangkan aspek pemakaian pantun dalam masyarakat. Selain itu, beliau berpendapat pantun memerlukan dua syarat, iaitu syarat bentuk dan syarat penggunaannya. Beliau turut menyentuh dengan ringkas tentang pendekatan kajian pantun dari segi pemakaian bahasa, terutamanya bahasa kiasan, teknik rima dan maksud yang disampaikan oleh pemantun.

(37)

21

Kedua, Muhammad Hj. Salleh (1986) membuat kajian tentang pantun dari aspek keindahannya dengan terperinci. Beliau menghuraikan pantun mengandungi jiwa seni, kebijaksanaan dan budi bangsa Melayu. Kajian beliau memfokuskan penerangannya mengenai bentuk-bentuk nilai kesederhanaan, ‘dunia berjodoh’, nilai imbangan, kiasan dan saranan, kesesuaian, muzik, kepadatan dan kesingkatannya. Beliau turut menyentuh tentang keberkesanan pantun, iaitu bergantung pada teknik kiasan dan saranan serta menyatakan pencipta pantun mestilah bijak memilih bahasa, imej dan teknik yang sesuai dengan masyarakat, genre dan tradisi sastera.

Ketiga, kajian Harun Mat Piah (1989:132-133) membincangkan tentang kepentingan pemakaian unsur perlambangan dalam pantun Melayu yang semestinya sejajar dengan pemakaian lambang dalam kehidupan sehari-hari masyarakat itu. Beliau menyimpulkan penggunaan bahasa perlambangan dalam pantun memberikan impak yang besar, memberikan makna tersurat dan tersirat, di samping dapat melihat betapa gambaran kebijaksanaan terserlah dalam pantun-pantun yang dikarang oleh pemantun terdahulu.

Keempat, kajian Zahir Ahmad (Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16. 2005) membuat kajian unsur-unsur sejarah yang terdapat dalam pantun buku Kurik Kundi Merah Saga (1990). Kajian tertumpu kepada nama-nama tempat, nama-nama tokoh, peristiwa yang berlaku, adat dan budaya masyarakat terutama pantun dari Perlis dan Kedah.

Beliau menyimpulkan bahawa dalam pantun boleh dikesan cara hidup dan bermasyarakat serta penggunaan nama tempat dan tokoh.

(38)

22

Kelima, kajian Johari Yahaya (2015) “Pantun Peribahasa Melayu: Analisis Daripada Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu”. Kajian ini menunjukkan bahawa pantun peribahasa Melayu sarat dengan ketajaman pemikiran orang Melayu yang dapat mentafsirkan serta merentasi masa dan zaman, malah terkandung di dalamnya nilai budaya Melayu yang sarat dengan mesej sebagai pedoman hidup. Beliau juga merumuskan pantun peribahasa terangkum di dalamnya persoalan kepercayaan, kebudayaan dan seluruh cara hidup orang Melayu yang sangat berharga. Justeru itu, penyelidikan ini diharapkan membicarakan dan mendekati nilai Islam dalam pantun Utara KKMS.

1.9.2 Kajian Tentang Nilai dalam Pantun

Terdapat juga kajian dalam aspek nilai, antaranya oleh Norita Binti Ariffin (2001),

“Nilai Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun”. Kajian ini dilakukan untuk melihat nilai budi masyarakat Melayu dalam kumpulan pantun Bingkisan Permata terbitan Yayasan Karyawan tahun 2001. Pengkaji menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang untuk meneliti nilai budi masyarakat Melayu tradisional yang diterapkan melalui pantun yang dijadikan bahan kajian. Kajian terhadap pantun dalam aspek nilai budi ini ditumpukan kepada sembilan nilai yang utama dalam masyarakat Melayu tradisional. Penganalisisan terhadap pantun yang dikaji berhubung nilai budi ini meliputi nilai kasih sayang, kejujuran, baik hati, hemah tinggi, keberanian, hormat- menghormati, kesyukuran, kerjasama dan kerajinan. Nilai tersebut meliputi aspek moral, sikap, kepercayaan, penghargaan, pendidikan, penghormatan dan pandangan hidup.

(39)

23

Siti Hajar Che Man (International Jounal of Malay World and Civilisation (1), 2013:75-81) dalam kajiannya “Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kni dan Selamanya” membincangkan proses pengkaryaan pantun dalam membudayakan manusia, meningkat sifat manusia, kemasyarakatan, mengasah kepekaan terhadap alam dan persekitaran serta budaya dan sejarah. Pantun menjadi alat ekspresi kehidupan yang lebih tinggi iaitu moral dan agama. Perincian dalam pantun itulah cerminan kerencahan dan leluhur bangsa dulu, kini dan selamnya.

Seterusnya, pengkaji meneliti kajian tentang nilai yang berkaitan dengan puisi selain daripada pantun. Pertamanya, Nordin Bin Mohammad (1997) dalam kajian sarjananya yang bertajuk “Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Novel-Novel Shahnon Ahmad”

bertujuan untuk melihat penerapan nilai-nilai Islam di dalam novel-novel pilihan Shahnon Ahmad dan cuba memahami dengan lebih mendalam tentang konsep sastera Islam serta melihat sejauh mana penerapan nilai-nilai Islam yang diterapkan sejajar dengan konsep sastera Islam dan sastera Melayu secara am sebagai cermin kehidupan insan dan masyarakat.

Kedua, Mohd Rosli Saludin (2007) pernah menulis dalam bukunya tentang “Nilai- nilai Islam dalam Teromba” bertujuan untuk meneliti nilai-nilai Islam yang terdapat dalam puisi teromba. Pengkaji berpendapat nilai-nilai tersebut perlu dipratikkan oleh setiap anggota masyarakat demi mewujudkan keharmonian, kebenaran, keadilan dan keamanan dalam kelompok masyarakat. Beliau mengklafikasikan teromba mengikut nilai-nilai Islam yang terdapat dalam Teromba yang dikajinya. Penulis berpendapat kaedah yang sama juga boleh dilaksanakan dalam kajian mengenai nilai-nilai Islam dalam pantun Utara dalam buku Kurik Kundi Merah Saga.

(40)

24

1.9.3 Kajian Tentang Buku Kurik Kundi Merah Saga (KKMS)

Pengkaji menemui satu kertas kerja iaitu Konsep Budi Dalam Budaya Melayu Dan Kaitannya Dengan Negara Bangsa oleh Syazlina bt Hj Abd Aziz (2012). Ia berkaitan dengan 184 rangkap pantun Melayu yang bertemakan budi dalam buku KKMS.

Kajian ini membahagikan budi ini kepada budaya hidup berbudi bahasa dan budaya hidup berbudi. Kedua-dua aspek ini menunjukkan bahawa budi sangat dipentingkan dan ditekankan dalam budaya masyarakat Melayu. Budaya masyarakat Melayu sangat mementingkan budi dalam kehidupan seharian. Kajian ini menggunakan buku KKMS yang juga digunakan oleh pengkaji. Pengkaji boleh melihat kaedah kajian ini sebagai panduan untuk menulis tesis ini.

Daripada 3 tinjauan di atas didapati ramai lagi tokoh yang telah memberi pendapat mereka mengenai pantun ini. Pengkaji mendapati aspek berkaitan pantun Melayu atau nilai Islam pernah dikaji. Namun demikian, belum ditemui pengkaji yang menggabungkan atau meneliti aspek nilai-nilai Islam dalam pantun Utara KKMS.

Kedua, penulis juga tidak menemui kajian berkaitan nilai-nilai Islam terhadap pantun Melayu Utara dalam buku KKMS. Justeru, penyelidikan ini diharapkan akan mengisi kekosongan ruang penyelidikan yang dinyatakan itu.

Walaupun dari segi jumlah pengkaji dan judul-judul yang dikemukakan kelihatan banyak dan luas, namun dari segi isi dan ruang lingkup yang berkaitan dengan nilai- nilai Islam yang terdapat dalam pantun Utara KKMS belum dikaji dengan lebih mendalam lagi. Bagaimanapun, pandangan tokoh-tokoh sastera yang dinyatakan di atas dapat dijadikan panduan bagi mencari landasan untuk meneruskan kajian yang berkaitan dengan nilai-nilai Islam yang terkandung dalam pantun Melayu.

(41)

25

Melalui pantun-pantun pilihan ini juga, pengkaji ingin menghayati akan nilai-nilai Islam yang terterap di dalamnya dapat menimbulkan kesedaran sebagai memenuhi tuntutan ibadat, khalifah dan pemegang amanah Allah SWT di atas muka bumi ini sebagaimana firman-Nya :







































“Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya amanah itu.(Ingatlah) Sesungguhnya (kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh” (Al-Ahzab, 33:72)

1.10 Kaedah Kajian

Penyelidikan ini adalah berasaskan kaedah kualitatif. Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat dalam kajian ini, beberapa metodologi kajian perlu digunakan. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan untuk menjalankan kajian ini.

1.10.1 Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan ini dipilih untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang tepat dan berkaitan dengan kajian yang dijalankan kerana skop kajian memfokuskan nilai- nilai Islam yang terdapat dalam pantun Utara yang dipetik daripada buku terbitan Dewan Bahasa dan pustaka pada tahun 1990, “Kurik Kundi Merah Saga”. Antara bahan yang terlibat dalam pencarian maklumat ini ialah artikel atau esei, kertas kerja, jurnal dan buku-buku yang menjurus kepada bidang kajian ini. Terdapat ramai peneliti sastera yang giat menghasilkan esei, kritikan dan buku malahan kertas kerja untuk sesuatu majlis ilmu sastera yang melibatkan tentang pantun Melayu ini.

(42)

26

Antaranya yang giat membuat penelitian ke atas puisi-puisi tradisional ini ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba), Harun Mat Piah, Tenas Effendy, Muhammad Haji Salleh, Mohd Rosli Saludin, Aripin Said, Norhalim Hj Ibrahim dan beberapa orang pengiat sastera tanah air lainnya. Hasil-hasil penelitian tersebut digunakan sepenuhnya sebagai bahan kajian.

Bagi memenuhi pengkajian kepustakaan ini pengkaji menggunakan kaedah berikut:

a) Kaedah Dokumentasi

Kaedah dokumentasi iaitu cara pengumpulan data yang menggunakan dokumen yang berhubungan dengan masalah yang dibahaskan dalam kajian ini. Bahan-bahan rujukan yang diperoleh di perpustakaan adalah seperti buku-buku yang berkaitan pantun Melayu, sama ada ditulis oleh sarjana tempatan atau sarjana Barat. Begitu juga dengan hasil latihan ilmiah dan kertas kerja tentang pantun Melayu turut dikutip.

Bahan-bahan tambahan seperti maklumat-maklumat tersiar dalam majalah Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Dewan Budaya serta akhbar harian, iaitu sudut sastera dan budaya yang menyentuh genre pantun turut dikutip dan dimanfaatkan.

Pengkajian kepustakaan ini memerlukan pengkajian di pelbagai perpustakaan.

Dengan cara ini penulis akan mendapat data-data dan fakta-fakta dalam bentuk dokumentasi yang terdiri daripada ensklopedia, jurnal, akhbar, risalah, majalah, manuskrip dan buku-buku daripada Perpustakaan Universiti-universiti di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pejabat Kebudayaan dan Kesenian, Muzium Negara dan Negeri, Persatuan Sejarah dan lain-lain. Pengkaji juga akan merujuk kepada perpustakaan-perpustakaan institusi-institusi pengajian yang ditentukan sebagai kumpulan tumpuan bagi kajian.

(43)

27 b) Kaedah Analisis Kandungan

Analisis kandungan banyak digunakan dalam pelbagai disilplin kajian untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan penulisan karya dengan lebih tepat.

Mengikut Hesse-Biber dan Leavy (2011:227), budaya hidup yang melibatkan norma, nilai, proses sosialisasi dan strata sosial lebih mudah difahami melalui analisis kandungan berkenaan budaya masyarakat dalam sesuatu karya. Isi atau maksud kandungan karya merupakan fokus utama dalam analisis karya. Seterusnya, dua aspek penting yang melibatkan isi dan maksud kandungan turut di ambil kira. Hal ini turut disokong oleh Fraenkel dan Wallen (2009:477-479), yang menyatakan bahawa analisis kandungan semestinya melibatkan maksud tersurat/isi literal (manifest content) dan maksud tersirat/isi sebalik (latent content) yang harus diberi perhatian oleh pengkaji.

Penyelidikan ini akan bermula dengan kajian kepustakaan terhadap pantun-pantun Utara (Perak, Kedah dan Perlis) yang telah dikenalpasti. Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat nilai-nilai Islam yang terkandung dalam pantun Utara terpilih (Buku Kurik Kundi Merah Saga) yang menumpukan kepada beberapa kaedah kepustakaan.

Kaedah kepustakaan ini amat berguna untuk menyelidiki sejarah kemunculan pantun di Tanah Melayu yang sehingga sekarang masih diamalkan. Analisis kandungan (content analysis) melibat :

a) Menjelas definisi operasi kajian

b) Menjelaskan kategori yang akan dianalisis (baca)

c) Mengenalpasti unit analisis kajian (berbentuk istilah, ayat, frasa, tema dan sebagainya)

(44)

28 1.11 Kesimpulan

Pantun seperti juga karya sastera Melayu lama yang lain yang mempunyai ciri-ciri dan keunikannya yang tersendiri sebagai alat untuk mendidik sekaligus merakamkan kegiatan anggota masyarakatnya. Sehingga ke hari ini, kita masih lagi mewarisi hasil sastera yang tinggi nilainya ini. Ia bukan sekadar untuk dinikmati keindahannya tetapi juga untuk dimanfaatkan maksud yang terkandung di dalamnya. Pantun Melayu juga mengandungi falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu lama. Hal ini menunjukkan ketinggian budi dan kebijaksanaan tokoh-tokoh masyarakat zaman silam mencipta puisi klasik yang tidak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan (Aripin Said, 1994 : 110).

Jelasnya, usaha-usaha pendokumentasian amat penting dan perlu dijalankan dengan segera. Melalui pantun, masyarakat kini dapat mengimbas kembali corak kehidupan zaman silam serta merakam corak kehidupan zaman sekarang. Corak kehidupan yang penuh dengan adab, kesopanan, kelembutan serta kesederhanaan jelas tergambar melalui rangkap-rangkap dalam karangan pantun yang berlandaskan matlamat keagamaan. Generasi hari ini boleh mengambil iktibar melalui amanat yang disampaikan dalam pantun. Dengan mengenali masyarakat secara lebih dekat generasi muda dapat memahami pentingnya mengekalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.

Semoga kajian ini dapat memberi inspirasi kepada pengkarya terdahulu, kini dan masa depan tentang pentingnya mengetengahkan norma-norma Islam dalam penghasilan pantun kontemporari. Diharapkan juga orang ramai akan lebih sedar dan mengakui bahawa pantun juga boleh tumbuh segar di dalam era teknologi dan

(45)

29

setanding dengan perkembangan bidang seni yang lain. Pantun juga mampu berperanan sebagai suatu alat pendidikan kepada generasi hari ini dan generasi akan datang. Tegasnya, tanpa usaha-usaha pendokumentasian pantun dan pengamalan dalam zaman era siber ini, tidak mustahil sekiranya generasi akan datang tidak lagi mengenali atau memahami perkataan ‘pantun’ itu sendiri.

(46)

30

BAB DUA

PANTUN MELAYU DAN BUKU KURIK KUNDI MERAH SAGA (KKMS)

2.1 Pendahuluan

Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu yang wujud sejak zaman- berzaman malah terkenal sebagai pengucapan tradisi masyarakat Melayu. Rangkap- rangkap pantun Melayu mengandungi seluruh jiwa, kebijaksanaan, seni, budi bahasa dan pandangan dunia Islam yang dianuti oleh masyarakat ketika itu. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011:72) asal usul penciptaan pantun dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga sumber, “iaitu rakyat jelata yang mencipta pantun melalui pengalaman hidupnya, orang-orang bijaksana yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungannya dan kitab suci, yakni al-Quran”.

Pantun membawa atau menyatakan budi dan jiwa orang-orang Melayu. Penghayatan pantun bukan setakat susunan kata-kata atau rima secara luaran, malahan penghayatan dengan merasainya dan menjiwai secara mendalam. Perkara inilah yang dianggap amat penting dan bermakna dalam kehidupan sosial orang-orang Melayu. Masyarakat Melayu lebih gemar meluahkan rasa hati atau perasaan serta menyatakan budi dalam konteks yang lebih luas. Mereka meluahkan apa yang ada di dalam jiwa mereka melalui ucapan pantun. Pantun juga merupakan salah satu cara untuk mereka menyatakan perasaan secara berkesan dan lebih tenang dengan cara berusaha membina dan menyusun kata-kata yang indah serta bermakna untuk difahami dan dihayati bersama. Malah, melaluinya mereka dapat menyalurkan rasa hati dan perasaan mengikuti peraturan atau tatasusila yang dikehendaki oleh tradisi serta dapat

(47)

31

menjiwainya dan merasai kepuasannya secara mendalam. Menurut Wan Abdul Kadir Wan Yusuf (1996), nilai-nilai keindahan dalam sesebuah pantun menjadikan ia dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan ia tahan diuji sepanjang zaman. Ini dilihat melalui perkembangan pantun ke dalam masyarakat Melayu yang buta huruf sehingga menjadi suatu tradisi lisan dengan penciptaannya yang rapi sehingga menimbulkan seni pengucapan yang menarik.

Dalam proses kretiviti atau mencipta dan mengarang pantun, pengalaman dan suasana alam sekitar memainkan peranan penting untuk mempengaruhi perasaan, rasa hati atau emosi seseorang untuk dinyatakan melalui pantun. Pemikiran anggota-anggota masyarakat yang dapat diteliti dalam penghasilan pantun dipengaruhi oleh pengalaman, world-view, nilai-nilai sosial dan suasana alam sekitar. Proses kreativiti yang dapat diteliti dalam penyataan pantun itu dengan jelas menyatakan paras pencapaian pemikiran dan ketamadunan Melayu yang tinggi sejak lama dahulu.

Tradisi itu memberi ruang untuk masyarakat menyalurkan kemampuan intelektual untuk dinikmati dan dihayati bersama masyarakat umum. Mereka yang berkebolehan dan mempunyai kepakaran intelektual dapat melahirkan daya intelek secara kreatif mengikut nilai-nilai sosial untuk menghasilkan pantun demi kepentingan bersama.

Selain itu, kehalusan dan keindahan yang ada pada pantun melambangkan perwatakan, sahsiah, keturunan, pendidikan, serta moral dan etika orang Melayu (Ali Ahmad, 2002:5). Perlambangan ini selaras dengan sifat-sifat yang dititikberatkan oleh orang Melayu itu sendiri. Maka, penciptaan pantun adalah amat penting dalam melambangkan nilai sosial masyarakat Melayu yang sebenar sejak zaman pengucapan lisan wujud.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Adapun yang menjadi tujuan dari kajian ini adalah agar dapat mengidentifikasikan kandungan atau isi pantun kelautan Bahasa Melayu Ambon sebagai bahagian dari

Justeru, pengkajian terhadap aspek bahasa dalam pantun dan peribahasa sangat penting untuk mengetahui aspek pemikiran, nilai pendidikan, falsafah dan kebijaksanaan bangsa

Kesimpulannya, deskripsi profil tumbuh-tumbuhan dalam pantun menggambarkan hubungan antara leksikon tumbuhan-tumbuhan dan lingkungannya, khususnya dalam konteks

Kerangka konsepsi penyelidikan ini terbina daripada enam budi bahasa orang Melayu yang terkandung dalam buku bertajuk, Malay Courtesy (Sheppard 1959): 45 nilai murni untuk amalan

Amalan dalam keluarga seperti pemilihan jodoh, peranan suami isteri dan ibu bapa, peranan anak dan orang tua yang ditemui dalam masyarakat Melayu sebagai yang dinyatakan dalam

Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah sastera Melayu tradisional seperti prosa dan puisi yang dihasilkan dalam bentuk karangan atau rangkap pantun, syair, gurindam dan seloka

Berdasarkan contoh-contoh pantun, bincangkan kekuatan pertautan unsur berkenaan dalam menyampaikan maksud pantun (Lampiran A).. Mantera masih mempunyai hubungan mistik dan

Apa yang menarik dalam pantun ini juga kerana keempat- empat baris pantun pembayang dan maksud telah menggunakan perulangan frasa “kalok” iaitu yang bermaksud “kalau.”